The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERJA KURSUS PENGAJIAN AM Contoh Kerja Kursus Pengajian Am

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg Manniseh, 2021-07-15 21:49:39

KERJA KURSUS PENGAJIAN AM

KERJA KURSUS PENGAJIAN AM Contoh Kerja Kursus Pengajian Am

Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM

7.0 RUJUKAN

1. Abd. Rahim Abd Rashid, 2005. Profesionalisme keguruan: prospek dan cabaran. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

2. Abdullah Sani Yahya, 2003; Lembaga Peperiksaan Malaysia KPM, 1994

3. Aini Hassan, 2007. Kualitatif Atau Kuantitatif?; Memahami Andaian Asas Yang Mendasari
Penyelidikan Pendidikan. Masalah Pendidikan. 30 (1) Halaman 7-16. ISSN 0126-5024

4. Akta Pendidikan, 1996; Mohd. Ismail Othman 2004

5. Hirwan Jasbir Bin Jaafar(2010). Program Didik Cemerlang. Dicapai pada Mac,
13, 2020 dari https://www.researchgate.net/publication/262298058_PROGRAM_DIDIK_CEMERL
ANG_MEMPERKASAKAN_PELAJAR_MELAYU_NEGERI_PERLIS

6. Ikhsan Othman & Norila Md Salleh (2005). Kurikulum dan pengajaran Sekolah Rendah.
Tanjung Malim, Quantum Books.

7. Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua, 2008. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

8. Minus Sikin. Majalah Impian Sekolah Kebangsaan Kaung Kota Belud,Sabah dlm Majalah
Impian Edisi ke-01, hlm. 65-81, Oktober 2016.

9. R. Kuberan, ef al, 2014. Teks Efektif STPM Pengajian Am Penggal 2. Selangor: Penerbit Ilmu
Bakti Sdn.Bhd.

10. S.K Kaung School-Google maps https://goo.gl/maps/QWaDPu5DSZyKsNaF9 Dicapai pada
12 Februari 2020.

11. Sufean Hussin. (2004). Pendidikan di Malaysia, sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

12. Tn.Hj.Md Lasa Bin Yahya, Sumaiyah Maisarah, Sara Fieya,2020. Nota Minda
& Lembaran Praktis Pengajian Am STPM (Semester 2). Selangor: Local Publications
(M) SDN BHD

51

Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM

8.0 LAMPIRAN

Borang Soal Selidik

Kerja Kursus Pengajian Am

Kod Pelajaran 900/4

Bahagian A: Data Demografi Responden
Arahan: Sila tandakan ( / ) pada petak kosong mengikut maklumat diri yang dinyatakan di bawah.

MAKLUMAT DIRI RESPONDEN:

1. JANTINA ()
a. Lelaki ()
b. Perempuan

2. UMUR

a. 13 tahun () c. 15 tahun ( )
b. 14 tahun ()
3. BANGSA c. Dusun ( )
a. Melayu () d. Lain-lain ( )
b. Sino ()
Sila nyatakan:
4. KEPUTUSAN UPSR
()
a. 1 A () c. 3 A ()
d. 4 A
b. 2 A ()

52

Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM

Bahagian B: Program-program pelaksanaan pencapaian akademik yang diadakan untuk
pelajar UPSR di SK.Kaung Kota Belud, Sabah.
Arahan: Sila tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan mengikut pendapat anda. (S)=Setuju,
(TP)=Tidak Pasti dan (TS)=Tidak Setuju

1. Program manakah yang banyak membantu anda dalam TS TP S
mencapai kecemerlangan UPSR?

g. Bengkel gegar UPSR

h. Gegar anakku sayang ( Mentor Mentee )

i. Gegar 3+1 ( Kelas Bimbingan 3+1 )

j. Gegar Intensif ( Kelas Intensif )

k. Gegar Kolaboratif (Kumpulan Belajar Rakan
Pembimbing)

l. Gegar Akhir (Kem Motivasi dan Pecutan Akhir UPSR)

53

Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM

Bahagian C: Cabaran-cabaran yang sering dihadapi oleh pelajar dalam menyertai
pelaksanaan program-program pencapaian akademik.
Arahan: Sila tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan mengikut pendapat anda. (S)=Setuju,
(TP)=Tidak Pasti dan (TS)=Tidak Setuju

CABARAN YANG DIHADAPI TS TP S

1. Saya mudah bosan dengan program yang dianjurkan.

2. Saya tidak memahami tujuan program yang dianjurkan.

3. Saya tidak suka penceramah yang suka mengajukan soalan
kepada saya.

4. Saya tidak suka berada dalam kumpulan semasa program
berlangsung.

5. Saya tidak suka apabila penceramah program adalah guru dari
sekolah saya sendiri.

6. Tiada pemantau atau pembimbing semasa program.

7. Rakan-rakan tidak memberi kerjasama.

8. Kekurangan bahan atau alatan belajar.

9. Saya tidak suka program dilaksanakan di dalam kelas.

10. Saya tidak suka program dijalankan mengambil masa
berhari-hari.

54

Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM

Hasil Temu Bual

(Responden A)

Pengkaji: Okay selamat petang cikgu. Terima kasih sebab sudi untuk ditemu bual. Saya terus saja
tanya la untuk soalan yang pertama. Seperti yang kita tahu kan emm selalunya kalau untuk pelajar
tahun enam banyak program-program yang dilaksanakan untuk membantu diorang untuk lebih
bersedia menghadapi peperiksaan UPSR. Dan antara usaha saya tahu mungkin pihak sekolah pasti
akan buat banyak program dan 5 kalau di sini di SK.Kaung apakah program-program yang
dilaksanakan oleh pihak sekolah kepada pelajar tahun enam dalam memastikan kejayaan pelajar ini
dalam peperiksaan UPSR.

Responden: Okay terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih juga sebab kamu

datang untuk meminta sedikit penjelasan lah kan tentang emm program-program 10
yang telah dibuat oleh sekolah atau SK.Kaung khusus untuk pelajar tahun enam untuk peningkatan
pencapaian UPSR kan. Jadi yang pertama yang kami buat seperti juga sudah beberapa tahun lah kami
laksanakan program yang kami namakan sebagai Projek Gegar UPSR. Di mana program ini kami
ambil sempena dengan yang sekolah

kita ehh kampung ini yang dilanda oleh gegaran hehe jadi bila gegaran berlaku 15

semua penduduk di kampung ini bersedia jadi kami ambil ini perkataan gegar itu kami ambil sebagai

salah satu lah untuk program kami di mana semua murid tahun enam sentiasa bersedia. Bersedia

untuk menghadapi peperiksaan yang akan mereka ikuti lah. Jadi ada beberapa program di dalam

projek gegar ini lah.

Pengkaji: Jadi, apa-apa nama program yang dilaksanakan itu? 20

Responden: Jadi antara program ataupun aktiviti ya program lah yang kami adakan untuk projek ini
ialah yang pertama bengkel gegar UPSR di mana program ini bertujuan memberi pendedahan tentang
teknik atau tips menjawab kertas soalan UPSR. Program ini dijalankan mengikut matapelajaran yang
ditetapkan dan bengkel ini disampaikan oleh penceramah luar. Walaubagaimanapun jika sekiranya
jemputan 25 itu tidak dapat datang jadi kami emm menggunakan lah tenaga yang ada di sekolah
maksudnya guru-guru subjek itu sendirilah. Kalau Bahasa Melayu macam saya lah

55

Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM

sebagai guru bahasa melayu. Dan yang kedua (ada bayi menangis).. Boleh ka juga? Pengkaji: Ya

teruskan saja.

Responden: Yang kedua ialah Gegar Anakku Sayang di mana ini melibatkan 30

mentor dan mentee lah. Emm guru sebagai mentor manakala murid sebagai mentee. Setiap murid

tahun enam menjadi mentee kepada seorang guru seorang mentor. Kemudian perjumpaan mentor

mentee diadakan pada setiap hari Khamis pada jam 1 hingga jam 1 setengah lah bergantung kepada

emm keperluan murid. Kemudian yang ketiga ialah Gegar 3+1 di mana ini ialah kelas bimbingan 3+1

di mana murud tahun 35 enam dibahagi kepada empat kumpulan mengikut prestasi kemudian setiap

matapelajaran akan mempunyai kumpulan yang berbeza mengikut tahap penguasaan murid dan setiap

murid akan dibimbing oleh seorang guru. Dan program yang keempat ialah program Gegar intensif

iaitu kelas intensif. Kelas intensif akan bermula pada semester 2 persekolahan dan berakhir bulan ogos

sebab pada september murid akan 40 menghadapi peperiksaan sudah kan. Dan setiap hari murid hanya

akan belajar matapelajaran teras sahaja kemudian matapelajaran yang lain akan diajar melalui kaedah

penggabungjalinan dengan matapelajaran teras lah. Kemudian yang kelima emm Gegar Kolaboratif.

Ini kumpulan belajar lah rakan pembimbing di mana pelajar

tahun enam akan dibahagi kepada kumpulan mengikut kampung masing-masing 45
seperti yang kamu lakukan dulu kan. Kamu masih terlibat ka tu?

Pengkaji: Iya masih lagi tu.

Responden: emm ini setiap kumpulan akan dibimbing oleh serang rakan pembimbing dan dipantau
oleh guru-guru atau PIBG atau ibu bapa lah di kampung berkenaan. Dan

ada juga ibu bapa ini yang dia mengupah guru tuisyen untuk membantu 50

membimbing murid. Kemudian program yang terakhir iaitu program Gegar akhir di mana emm kem

motivasi dan pecutan akhir UPSR. Program ini merupakan program akhir yang akan dijalankan

sebelum murid menduduki peperiksaan. Dan antara pengisian program ini ialah suntikan motivasi dan

semangat kepada murid, bimbingan

menjawab kertas soalan, contoh soalan kertas sebenar dan emm lain-lain. Dan 55

banyak lagi lah program yang akan dijalankan yang tidak termasuk dalam Projek Gegar ini cuma

program itu hanya untuk menaikkan semangat dorang saja lah seperti

56

Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM

lawatan ke tempat-tempat yang menarik.

Pengkaji: Ohh macam lawatan sambil belajar lah begitu?

Responden: Iyaa. 60

Pengkaji: Okayy jadi em adakah program-program ini semua cikgu rasa ia memberi kesan kepada
kejayaan pelajar dalam peperiksaan UPSR terutama yang kepada pelajar-pelajar yang sudah lepas lah.

Responden: Okay emm memang program ini telah menampakkan dia punya hasil dari segi pencapaian
dia lah tapi emm saya tidak dapat kasi tunjuk terperinci lah sebab 65 saya tidak terbawa tu data dia.
Boleh juga kah tu?

Pengkaji: Ya boleh juga lah yang penting saya dapat tahu yang dia beri kesan baik lah kan sama
pelajar.

Responden: Iya. Dari segi pencapaian memang emm program ini sangat membantu lah sebab sekolah
ini pernah keputusan UPSR dia jatuh pigi 15% ka tu tapi bila kami 70 buat program ini maka
keputusan UPSR di sekolah ini meningkat lah kemudian dari segi penguasaan setiap matapelajaran
dia mencapai lebih dari 80% lah. Kalau subjek bahasa melayu dan sains sentiasa mencapai 100%
dalam masa beberapa tahun.

Pengkaji: Jadi dalam setiap tahun tu memang nampak lah dia punya peningkatan?

Responden: Ya boleh nampak walaupun dia ada macam ada penurunan dari segi 75 peratus kadang-
kadang tapi itu bergantung dengan murid jugalah. Bukan sahaja dari segi usaha tapi memang ada juga
pelajar yang lambat dalam kejar pelajaran lah.

Pengkaji: Okayy emm antara semua program-program tu mana yang cikgu rasa paling berkesan
ataupun banyak membantu pelajar dalam mencapai kejayaan?

Responden: Emm semua program ini saya rasa memang membantu tapi emm antara 80 program yang
saya rasa lebih banyak membantu murid ialah dari segi program yang bengkel Gegar UPSR lah sebab
dari ini murid-murid ini didedahkan dengan teknik-teknik dan selain itu akan diberitahu macam mana
tips untuk menjawab soalan dan macam mana cara untuk belajar mengulang kaji dan macam mana
untuk dapat

57

Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM

jawapan untuk setiap soalan yang diberikan dan saya rasa ini sangat membantu 85
pelajar lah.

Pengkaji: Oh Okay emm soalan saya yang terakhir, dalam pelaksanaan ini program, apa selalunya
cabaran yang cikgu nampak yang dialami oleh pelajar semasa dorang sertai ini program?

Responden: Salah satu emm cabaran yang dihadapi oleh pelajar itu adalah dari segi 90 sikap dorang
sendiri yang tidak bersungguh-sungguh untuk mengikuti setiap program yang diadakan dan selain itu
disiplin murid itu sendiri kerana kadang-kadang ada juga pelajar yang tidak mengendahkan lah bila
disuruh begini dan ada yang tidak ikut dan tidak beri kerjasama lah. Dan saya rasa ini cabaran lah juga.
Selain itu ada juga ibu

bapa yang tidak berapa ambil berat tentang pelajaran murid-murid lah. 95

Pengkaji: Okay jadi sebelum ni pun ada juga saya soal selidik bekas pelajar dari sini tentang cabaran
yang mereka hadapi lah dan yang cabaran utama dorang pilih tu pun yang rakan tidak beri kerjasama.
Jadi, dapat tahulah seperti mana yang cikgu pun bersetuju kan dengan yang mereka tidak beri
kerjasama itu adalah cabaran mereka

dalam ini program. 100

Responden: Ya betul juga tu. Kalau misalnya diadakan yang berkumpulan tu kan ada juga yang tidak
kerjasamalah. Ya itu sajalah.

Pengkaji: Okay emm jadi itu saja lah yang saya mau tanya cikgu hari ini. Dan terima kasih sekali lagi
lah cikgu sebab sudi untuk ditemu bual. Emm Saya minta maaf

sajalah kalau masa tidak sesuai kan untuk saya temu bual cikgu. 105

Responden: Okay tidak apa-apa juga. Kalau ada lagi yang mau tahu lebih lanjut saya membantu juga
ni cuma yang dulu tu ada saya tidak tereply kan chat kau jadi saya pun minta maaf juga lah sebab
keadaan sekarang juga bah ni kan yang tidak berapa mengizinkan begini heheh

Pengkaji:Ya tidak apa juga cikgu. Saya pun faham juga tu heheh. Okay bah cikgu 110 saya minta diri
dululah dan terima kasih sekali lagi

Responden: Bah okayy

58

Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM

(Responden B)

Pengkaji: Okay terima kasih sebab kau sudi untuk ditemu bual. Jadi, apa khabar? Sihat juga?
Responden: Okay sama-sama. Ya sihat juga ni haha.

Pengkaji: Bah tujuan saya mau temu bual kau ni sebab saya mau tau apa cabaran-cabaran yang kau
atau pelajar lain hadapi semasa adanya program-program 5 pelaksanaan pencapaian akademik yang
diadakan semasa kamu masih bergelar pelajar UPSR. Jadi, kau masih ingat kah apa-apa program yang
dijalankan masa itu?

Responden: Oh okay-okay.. Emm ada juga lah sikit-sikit saya ingat macam tu yang program mentor
mentee, program motivasi, sama yang entah tu nama program dia tapi

yang kami buat macam study group ikut kampung. 10

Pengkaji: Oh okay baiklah. Jadi, saya terus saja lah tanya tentang cabaran yang mungkin kamu hadapi
lah masa program itu berlangsung. Okay jadi yang pertama, kalau kau lah adakah kau setuju dengan
cabaran bahawa pelajar mudah bosan dengan program yang dijalankan?

Responden: Emm kalau itu saya kurang pasti lah tapi kalau bagi saya, emm mau 15 ikut juga lah

macam mana pengisian dalam itu program. Kalau pengisian dia siok jadi tidaklah bosan tapi kalau

nampak macam kosong ja tu program ya memang bikin bosan. Sama kalau macam ada program yang

motivasi tu, kalau penceramah dia lucu-lucu atau cara dia menyampaikan menarik perhatian jadi tidak

bosanlah tapi kalau

sebaliknya yaa em begitulah hahaha 20

Pengkaji: Oh begitu. Okay. Soalan yang kedua adakah pernyataan tidak memahami tujuan program
yang dianjurkan merupakan cabaran bagi kamu?

Responden: Kalau yang ini saya tidak setuju sebab kalau tidak silap memang sebelum sesuatu
program tu dilaksanakan, guru-guru akan kasi tau sedia tentang tujuan program ini sama kami.
Kecuali lah masa tu guru kasi tau, tu pelajar yang lain memang tidak 25 mendengar atau pura-pura
faham saja masa cikgu kasi tau tu.

Pengkaji: Oh okay jadi memang secara keseluruhan kau faham lah dengan tujuan semua program
yang dilaksanakan?

59

Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM

Responden: Iya kalau bagi saya lah.

Pengkaji: Okay soalan yang seterusnya. Adakah kau bersetuju dengan pernyataan 30 cabaran pelajar
tidak suka penceramah atau guru yang suka mengajukan soalan dalam mana-mana program?

Responden: Okay kalau ini memang saya setuju sebagai cabaranlah sebab kalau saya memang saya
tidak suka saya yang kena tanya sebab saya segan sama malu bah mau jawab. Takut jawapan salah.
Saya rasa kebanyakan pelajar lain pun memang kalau 35 bab kena soal-soal ni memang ramai yang
tidak suka kali hahaha

Pengkaji: Oh begitu pula. Kita mesti yakin bah kalau menjawab esehh hahahah. Okay seterusnya, kau
setujukah ni pernyataan pelajar tidak suka berada dalam kumpulan semasa program ?

Responden: Kalau ini saya tidak setuju lah sebab kalau bagi saya dalam kumpulan 40 lagi bagus sebab
dapat saling tolong-menolong lah begitu. Apa yang kita tidak tahu boleh minta ajar sama kawan dan
kalau kawan yang tidak tahu kita boleh ajarlah begitu.

Pengkaji: Emm baiklah. Okay soalan yang lain, adakah kau bersetuju dengan pernyataan pelajar tidak
suka penceramah program adalah guru dari sekolah sendiri?45

Responden: Ya saya setuju. Sebab emm bukan juga lah tidak suka itu guru tapi lagi saya suka
penceramah dari luar sebab kalau guru sendiri kan kita tau sudah macam mana cara dia jadi mau juga
lah try ataupun dengar ceramah atau motivasi dari penceramah luar. Mau juga ada rasa kelainan lah
kenen supaya tidak boring bah itu-itu

yang kita tengok selalu hahaha 50

Pengkaji: Oh begitu kah hahaha okay. Okay seterusnya adakah kau setuju dengan pernyataan tiada
pemantau atau pembimbing semasa program tu satu cabaran?

Responden: Emm ya, ni pun saya setuju sebab memang selalunya kalau yang macam program belajar
berkumpulan ikut kampung tu, kan sepatutnya ada pemantau dari guru
atau ibu bapa begitu tapi macam jarang juga tu kami dipantau. Terus bila tidak 55 dipantau tu
disanalah pelajar yang lain tidak mau dengar cakap dan selalu awal pulang walaupun belum habis
masa. Jadi ya memang itu salah satu cabaran juga lah saya rasa.

60

Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM

Pengkaji: Oh begitu pula. Biasa lah bah tu kan kalo budak-budak lagi gia masa tu hahaha susah mau
dengar cakap.

Responden: Iya bah ni hahahah 60

Pengkaji: Okay soalan seterusnya, adakah kau bersetuju dengan pernyataan rakan-rakan tidak
memberi kerjasama semasa program tu adalah cabaran?

Responden: Iya memang saya setuju ni. Memang jarang juga pelajar lain mau bagi kerjasama
terutamanya yang lelaki-lelaki lah. Kalau ada belajar berkumpulan selalu buat bising terus tidak mau
kerjasama kasi siap tugasan yang cikgu bagi. Kalau ada 65 guru yang memantau saja baru dorang rajin
kenen.

Pengkaji: Ambil kesempatan main-main lah tu kan kalau sama-sama kawan sudah.

Responden: Iya apalagi kalau dalam satu kumpulan tu semua yang bergeng.

Pengkaji: Okay soalan yang seterusnya, adakah kau bersetuju dengan pernyataan

kekurangan bahan atau alatan belajar semasa program adalah satu cabaran? 70

Responden: Ya, ini pun saya setuju sebagai cabaran sebab macam kalau dalam program yang
berkumpulan tu yang ikut kampung, kan kadang-kadang kami belajar kumpulan di rumah saja jadi
kalau di rumah tu tiada papan putih untuk kami gunakan mau kasi explain sama kawan. Boleh juga
lah guna buku tapi lagi siok kalau guna papan putih. Sama kalau kami dulu memang kekurangan buku
rujukan sama buku 75 latih tubi untuk digunakan. Adapun itu dari guru juga kami pinjam.

Pengkaji: Oh okay. Ada dua soalan lagi saya mau tanya. Sabar arr hahaha Okay, kau bersetuju kah
sama ni pernyataan pelajar tidak suka program dilaksanakan di dalam kelas adalah cabaran?

Responden: Emm iya saya rasa saya setuju juga sebab kalau macam ada program 80 yang ceramah
atau motivasi begitu saya rasa siok lagi di dewan sebab luas sikit dan suasana dia lain dari di kelas.
Sebab kita kan selalu di kelas saja jadi sekali sekala kalau ada program begini bagus lagi di dewan.
Tempat yang tidak selesa pun akan mempengaruhi mood pelajar juga dalam tu program.

Pengkaji: Oh untuk suasana yang baru lah begitu kan? 85

61

Contoh Kerja Kursus Pelajar STPM

Responden: iya.
Pengkaji: Ok soalan yang terakhir sudah. Adakah kau setuju pernyataan pelajar tidak suka apabila
program dijalankan mengambil masa berhari-hari adalah cabaran?
Responden: Emm kalau itu mungkin ya saya setuju juga sebab contohnya macam ni program motivasi
atau ceramah. Kalau kena kasi jalan berhari-hari pun tapi kalau 90 pelajar tidak faham dan tidak
masuk otak tiada juga guna jadi satu hari pun cukuplah kalau untuk yang program motivasi ceramah
begini. Kecuali kalau yang macam belajar berkumpulan atau yang program mentor mentee tu gia
memang khas dijalankan secara berkala yaa hahaha
Pengkaji: Oh okay. Penjelasan yang cukup bagus hahaha. Okay jadi itu saja yang 95
mau saya tanya lah. Emm bah terima kasih sekali lagi arr sebab sudi kena temu bual hahaha
Responden: Okay bah. Sama-sama kasih hahaha kita-kita juga baini

62


Click to View FlipBook Version