The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTANDINGAN PENULISAN ILMIAH 2023, PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Hakimah, 2023-09-03 22:07:38

KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN

PERTANDINGAN PENULISAN ILMIAH 2023, PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG.

HO MEI MUN SJK(C) KHAI MENG PENGGUNAAN KATA SENDI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU MURID TAHUN LIMA 1


v PENGGUNAAN KATA SENDI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU MURID TAHUN LIMA Ho Mei Mun [email protected] Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Khai Meng 35600 Sungkai Perak ABSTRAK Kajian yang dijalankan bertujuan mengenal pasti kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi dalam penulisan, tahap penguasaan kemahiran menulis karangan bahasa Melayu murid tahun lima dan hubungan antara kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi dengan tahap penguasaan kemahiran menulis karangan tahun lima. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan. Kajian tinjauan ini menggunakan instrumen skrip jawapan karangan murid. Dalam kajian ini, sampel yang terlibat merupakan 52 orang murid Tahap 2 di sebuah sekolah rendah sekitar Zon Sentul, Kuala Lumpur. Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Kesalahan penggunaan kata sendi telah dianalisis menggunakan Teori Analisis Kesalahan Corder (1981). Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif iaitu min dan sisihan piawai untuk mengenal pasti kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi dan markah karangan bahasa Melayu. Analisis inferensi pula digunakan untuk mengkaji hubungan korelasi antara kekerapan kesalahan dengan tahap penguasaan kemahiran menulis. Dapatan kajian membuktikan kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan dan tahap penguasaan kemahiran menulis karangan adalah pada tahap memuaskan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan antara kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi dalam penulisan dengan tahap penguasaan kemahiran menulis murid tahun lima. Implikasinya kajian ini dapat membantu para guru untuk mengetahui kelemahan penggunaan kata sendi dalam karangan. Sebagai rumusan, para guru perlu didedahkan dengan tahap penguasaan kemahiran menulis murid tahun lima supaya dapat meningkatkan keberkesanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kata kunci : kesalahan, kata sendi, kemahiran menulis, karangan, hubungan korelasi 2


v PENDAHULUAN 2.1 Latar Belakang Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang diperakukan dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi rakyat Malaysia juga mempunyai fungsi tertentu khususnya dalam bidang pendidikan. Setiap murid sekolah rendah wajib menguasai bahasa Melayu di sekolah rendah dengan mengikuti sukatan pelajaran Bahasa Melayu, iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. KSSR Bahasa Melayu sekolah rendah juga bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Sehubungan itu, kemahiran menulis sebagai salah satu kemahiran berbahasa yang telah termaktub dalam KSSR perlulah diberikan perhatian oleh guru bahasa Melayu. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah. Namun, keadaan kini adalah bertentangan dengan matlamat tersebut. Segelintir murid sekolah rendah masih tidak dapat menguasai kemahiran literasi sepenuhnya terutamanya dalam penulisan. Hal ini selari dengan pendapat Siti Hajar (2009) yang menyatakan bahawa terdapat sebilangan murid sekolah rendah yang masih tidak menguasai kemahiran berbahasa, terutamanya kemahiran membaca dan menulis walaupun mereka telah menjalani sesi persekolahan selama enam tahun di sekolah rendah. Kemahiran menulis karangan dalam bahasa Melayu adalah signifikan bagi setiap murid untuk melatih murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan karangan tertentu. Tatabahasa Bahasa Melayu merupakan salah satu bidang ilmu yang penting dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang, iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi merupakan kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan manakala sintaksis pula merupakan kajian tentang pembentukan ayat (Nik Safiah Karim, 2010). Bagi mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah, antara topik yang terkandung dalam bidang morfologi termasuklah kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Topik yang terkandung dalam bidang sintaksis pula ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, ayat dasar, ayat tunggal, ayat majmuk, ragam ayat dan susunan ayat. Aspek morfologi dan sintaksis dikatakan adalah saling berkaitan terutamanya dalam bidang penulisan karangan bahasa Melayu. 3


v Sehubungan itu, kata sendi nama yang terkandung dalam bidang morfologi di bawah topik kata tugas akan mempengaruhi penulisan karangan bahasa Melayu murid sekolah rendah. Pengetahuan dari segi tatabahasa membolehkan murid-murid untuk mengaplikasikan penggunaan kata sendi nama yang sesuai dalam penulisan karangan. Penguasaan dalam penggunaan kata sendi nama yang baik akan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan khususnya pencapaian dalam ujian bahasa Melayu. Oleh itu, murid perlu memahami penggunaan kata sendi nama supaya dapat menghasilkan karangan yang berkualiti. Kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti penggunaan kata sendi nama dalam penulisan murid tahun lima. 2.2 Pernyataan Masalah Penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan murid berada pada tahap kurang memuaskan walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa utama masyarakat di negara ini. Kegagalan murid menguasai kemahiran menulis pada peringkat sekolah rendah akan memberi kesan kepada peringkat yang lebih tinggi lagi. Menurut Norsimah Mat Awal, Nadzrah Abu Bakar Nor dan Hashimah Jalaluddin (2012), tahap pencapaian murid dalam penulisan bahasa Melayu di Malaysia adalah kurang memuaskan. Kenyataan ini dibuktikan melalui pencapaian calon peperiksaan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) dalam kertas peperiksaan Bahasa Melayu – Penulisan pada tahun 2019. Pencapaian ini menunjukkan bahawa hanya 26.91% daripada 332,610 orang calon yang memperoleh gred A, 30.29% memperoleh gred B, diikuti dengan 26.66% murid mencapai gred Cdan 12.74% mencapai gred D. Sementara itu, didapati bahawa 3.4% daripada calon peperiksaan gagal dalam kertas peperiksaan tersebut (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Maka, jelaslah bahawa walaupun bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang paling penting bagi murid sekolah rendah, tetapi tahap penulisan murid dalam bahasa Melayu masih kurang memuaskan. Pemerhatian telah menunjukkan bahawa murid di sekolah rendah belum menguasai kemahiran menulis. Penggunaan kata sendi nama memberikan impak yang ketara dalam penulisan bahasa Melayu murid sekolah rendah. Pernyataan ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Yusazimah Md Yusof (2013) bahawa terdapat banyak kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam aspek tatabahasa, namun kesalahan yang paling ketara yang dikenal pasti adalah berkaitan dengan penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam ayat yang ditulis. Daripada pengamatan pengkaji, masalah sebenar yang dihadapi oleh responden adalah berkisar mengenai penggunaan kata sendi nama yang tidak tepat dan sering tertukar dalam ayat yang ditulis. Kegagalan murid untuk memilih dan mengaplikasikan penggunaan kata sendi nama dalam penulisan akan menjejaskan kualiti penulisan tersebut. 4


v FOKUS KAJIAN 3.1 Pemilihan Fokus Kajian Kajian ini hanya tertumpu kepada kata sendi yang tergolong dalam bidang morfologi dalam tatabahasa bahasa Melayu. Kata sendi merupakan perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Penggunaan kata sendi yang difokuskan dalam kajian ini termasuklah dari, daripada, kepada, ke, di dan pada. Dilihat dari sampel kajian pula, kajian ini hanya melibatkan murid tahun lima di sebuah sekolah kebangsaan di kawasan Kuala Lumpur. Penguasaan kata sendi nama dalam penulisan murid tahun lima diperlihatkan secara umum tanpa mengira jantina. Sampel kajian ini digunakan kerana murid tahun lima berkebolehan untuk menghasilkan penulisan berdasarkan idea masingmasing. Maka, murid juga berupaya untuk menggunakan kata sendi nama dalam penulisan. Oleh itu, kajian ini hanyak dibataskan kepada murid tahun lima sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah karangan bahasa Melayu murid tahun lima yang dihasilkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr). Karangan yang digunakan dalam kajian ini adalah mengikuti format Kertas Penulisan Bahasa Melayu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Dalam instrumen ini, hanya Bahagian C, iaitu bahagian penulisan karangan digunakan. Bahagian ini digunakan disebabkan penguasaan kata sendi dapat diketahui melalui karangan murid yang dihasilkan berdasarkan idea masingmasing. Karangan yang dihasilkan juga akan disemak berpandukan rubrik pemarkahan karangan UPSR. Sebanyak 20 karangan akan dikaji dalam kajian ini. Ringkasnya, instrumen ujian yang digunakan ialah karangan bahasa Melayu murid Tahun Lima. 3.2 Pengumpulan Data Awal Antara kajian lalu termasuklah kajian oleh Hajiyah Kechik (2010) yang mengkaji penggunaan kata sendi nama bahasa Melayu dalam kalangan pelajar universiti. Penyelidikan ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap penggunaan kata sendi nama bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia. Selain itu, pengkaji juga menyenaraikan kekerapan kesalahan setiap jenis kata sendi nama dan menganalisis punca kekeliruan kata sendi nama yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Kajian dilaksanakan terhadap 100 orang pelajar daripada 228 jumlah populasi yang terdiri daripada pelajar Bacelor Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu Sesi 2009/2010. Pengkaji telah menggunakan Teori Analisis Kesalahan dan Kesilapan untuk menganalisis penggunaan kata sendi nama dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia. 5


v Dapatan menunjukkan bahawa tahap penggunaan kata sendi nama pelajar UPM berada pada tahap memuaskan. Namun, kesalahan masih juga dilakukan oleh pelajar-pelajar dalam penggunaan kata sendi nama yang mudah seperti kata sendi ‘dari’ dan ‘daripada’. Seterusnya. kajian Noriyati et.al. (2003) tentang penggunaan kata sendi nama dalam novel Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said pula mendapati bahawa kata sendi nama yang kerap ditemui kesalahan penggunaannya ialah kata sendi nama di, ke, pada dan dari. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji ini meliputi keseluruhan bab dalam novel itu. Pengkaji telah mengenal pasti penggunaan kata sendi nama dalam novel yang diplih berdasarkan fungsi kata sendi nama di dalam ayat berdasarkan konteksnya. Selain itu, Wong (2015) dalam kajiannya yang bertajuk ‘Tinjauan Penggunaan Bahasa Melayu dalam Buku Teks Geografi Tingkatan Satu’ telah mengenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat dalam Bukut Teks Geografi Tingkatan 1. Penelitian terhadap penggunaan bahasa dalam buku teks tersebut dilakukan berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Daftar Kata Bahasa Melayu. Didapati bahawa terdapat kesalahan penggunaan kata sendi nama ‘di’, ‘dalam’, ‘dari’ dan ‘pada’. Jadual 1 : Kesalahan penggunaan kata sendi nama Penggunaan kata sendi nama ‘di’ SALAH BETUL ...untuk menghalang kehilangan air akibat perpeluhan di musim panas dan kering (m.s. 151) ...untuk menghalang kehilangan air akibat perpeluhan pada musim panas dan kering (m.s. 151) Beruang Brown Grizzly memakan tumbuhtumbuhan di musim bunga dan ikan salmon di musim luruh dan musim panas. (m.s. 87) Beruang Brown Grizzly memakan tumbuhtumbuhan pada musim bunga dan ikan salmon pada musim luruh dan musim panas. Penggunaan kata sendi nama ‘dari’ SALAH BETUL ...Malaysia bebas dari fenomena cuaca yang melampau.... (m.s. 104) ...Malaysia bebas daripada fenomena cuaca yang melampau.... (m.s. 104) Dari graf tersebut, buat satu tafsiran mengenai keadaan suhu di Tanah Tinggi Cameron dan Kota Kinabalu (m.s. 93) Daripada graf tersebut, buat satu tafsiran mengenai keadaan suhu di Tanah Tinggi Cameron dan Kota Kinabalu (m.s. 93) 6


v Daripada analisis yang dibuat oleh Wong (2015) dalam kajiannya, dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa kesalahan ejaan, morfologi dan sintaksis dalam buku teks yang dikaji. Wong (2015) juga berpendapat bahawa kajian ini bermatlamat untuk meningkatkan mutu bahasa Melayu dalam buku teks mata pelajaran lain. Pelajar-pelajar juga perlu disedarkan tentang kesalahan tersebut apabila guru menggunakan buku teks tersebut. Dalam meneliti kajian penulisan murid pula, Nurul Aisyah Abdullah (2015) telah melaksanakan kajian berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan karangan bahasa Melayu pelajar sekolah menengah. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid tingkatan empat terhadap penulisan karangan bahasa Melayu. Responden kajian terdiri daripada 400 orang murid tingkatan empat dari empat buah sekolah bandar dan empat sekolah luar bandar di daerah Manjung, Perak. Kajian ini ialah kajian tinjauan yang melibatkan kaedah kuantitatif dan instrumen yang digunakan ialah soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min tujuan dan strategi bagi penulisan karangan bahasa Melayu berada pada tahap tinggi manakala min bagi faktor dan proses menulis berada pada tahap sederhana. Kajian yang bertajuk ‘Kesalahan Tatabahasa bahasa Melayu dalam Penulisan Karangan Pelajar’ juga telah dilaksanakan oleh Zaliza Mohamad Nasir (2017). Objektif kajiannya adalah untuk mengenal pasti kesalahan bahasa dari segi morfologi, sintaksis dan semantik serta menghuraikan faktor kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar Indonesia. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan penulisan karangan pelajar sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar Indonesia banyak melakukan kesalahan tatabahasa terutama dari aspek sintaksis, semantik dan morfologi seperti kesalahan penggunaan aspek kata, penggunaan kata sendi dan kata ganti nama diri. Hasil kajian juga mendapati bahawa antara sebab berlakunya kesalahan ini ialah faktor kekurangan pengetahuan pelajar tentang sistem bahasa Melayu dan kekeliruan tentang makna perkataan. Dalam pada itu, sebuah kajian tentang kesalahan tatabahasa bahasa Melayu dari aspek morfologi dalam penulisan karangan murid sekolah rendah juga telah dilaksnakan oleh Siti Rahayu Muhammad dan Sharil Nizam (2020). Kajian ini telah menggunakan Teori Analisis Kesalahan Corder (1973) untuk menganalisis kesalahan tatabahasa dari aspek morfologi. Pengakji juga telah menggunakan kaedah analisis teks dalam kajian ini. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa kesalahan tatabahasa yang kerap dilakukan ialah kesalahan penggunaan imbuhan awalan ‘meN-‘ dan imbuhan awalan ‘di-‘. Analisis kajian ini dapat membantu guru-guru mengenal pasti kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid-murid yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. 7


v Berdasarkan tinjauan kajian lepas, didapati bahawa belum ada kajian tentang penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan bahasa Melayu murid tahun lima sekolah rendah. Justeru, pengkaji telah memilih untuk melaksanakan kajian tersebut. 3.3 Tindakan Kerangka konseptual merupakan gambaran tentang metodologi kajian secara menyeluruh. Tujuannya adalah untuk menunjukkan tindakan yang mungkin dilakukan atau membentangkan pendekatan pilihan berdasarkan satu pemikiran (Fauzi Hussin et.al., 2014) Rajah 1 : Kerangka Konseptual Berdasarkan kerangka konseptual kajian, Teori Analisis Kesalahan Corder (1981) telah diadaptasikan untuk menganalisis karangan murid tahun lima. Analisis dokumen karangan ini akan dilakukan ayat demi ayat dengan menfokuskan kriteria menulis karangan dan penggunaan kata sendi dalam karangan. Berdasarkan Teori Analisis Kesalahan Corder (1981), beberapa prosedur perlu dipatuhi, iaitu selepas mengenal pasti kesalahan yang dilakukan oleh murid, kesalahan tersebut dijelaskan dan dihuraikan. Kesalahan kata sendi dianalisis dari aspek ciri dan penggunaan kata sendi berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kemudian, kesalahan yang telah dikenal pasti akan ditentukan kekerapannya. Seterusnya, tahap penguasaan 8


v kemahiran menulis juga akan dikenal pasti berpandukan Rubrik Penskoran Karangan Bahasa Melayu Tahun Lima yang diadaptasi daripada Rubrik Penskoran Jawapan Bahagian C Penulisan Bahasa Melayu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Hubungan antara kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi dengan tahap penguasaan kemahiran menulis juga dapat dikenal pasti secara inferensi berdasarkan data kajian. OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN 4.1 Objektif Kajian ini mempunyai beberapa objektif, iaitu i.mengenal pasti kekerapan penggunaan kata sendi dalam penulisan murid tahun lima ii.mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran menulis murid iii.mengenal pasti hubungan antara kekerapan penggunaan kata sendi dalam penulisan murid dengan tahap penguasaan kemahiran menulis murid 4.2 Persoalan kajian i.Apakah kekerapan penggunaan kata sendi dalam penulisan murid tahun lima? ii.Apakah tahap penguasaan kemahiran menulis murid? iii.Apakah hubungan antara kekerapan penggunaan kata sendi dalam penulisan murid dengan tahap penguasaan kemahiran menulis murid? 4.3 Batasan Kajian Dilihat dari sampel kajian pula, kajian ini hanya melibatkan murid tahun lima di sebuah sekolah kebangsaan di kawasan Kuala Lumpur. Penguasaan kata sendi nama dalam penulisan murid tahun lima diperlihatkan secara umum tanpa mengira jantina. Sampel kajian ini digunakan kerana murid tahun lima berkebolehan untuk menghasilkan penulisan berdasarkan idea masing-masing. Maka, murid juga berupaya untuk menggunakan kata sendi nama dalam penulisan. Oleh itu, kajian ini hanyak dibataskan kepada murid tahun lima sebagai sampel kajian. PESERTA KAJIAN Kajian ini melibatkan 52 orang murid murid tahun lima di sebuah sekolah kebangsaan di kawasan Kuala Lumpur. Penguasaan kata sendi nama dalam penulisan murid tahun lima diperlihatkan secara umum tanpa mengira jantina dan prestasi akademik. METODOLOGI KAJIAN 9


v Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Penyelidikan kuantitatif mempunyai kaitan dengan nombor dan ketepatan. Data yang dikumpulkan dalam bentuk nombor pula dianalisis dengan pendekatan statistik. Dalam kajian kuantitatif, pengkaji menggunakan kajian tinjauan. Kajian tinjauan dilaksanakan untuk mengumpulkan maklumat dan membuat kenyataan berkaitan sesuatu populasi secara umum. Menurut Syed Ismail Syed Mustapa et.al. (2018), ciri-ciri lain kajian tinjauan ialah kajian menyeluruh tentang sesuatu isu, kutipan data yang cepat dan penggunaan saiz sampel yang agak besar. Reka bentuk kajian tinjauan secara deskriptif dilaksanakan untuk memperoleh data berkaitan kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi dalam penulisan murid tahun lima dan tahap kemahiran menulis murid tahun lima. Analisis deskriptif digunakan untuk merumuskan maklumat secara numerik bagi pemboleh ubah, iaitu kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi nama dalam penulisan murid dan tahap pencapaian penulisan murid. Kajian kolerasi juga dilaksanakan untuk mengenal pasti hubungan antara kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi nama dengan tahap kemahiran menulis murid tahun lima. Secara ringkasnya, reka bentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini untuk mengkaji sesuatu fenomena yang melibatkan hubungan kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi nama dalam penulisan dengan tahap kemahiran menulis murid tahun lima. Pemboleh ubah bebas kajian ini ialah kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi nama dalam penulisan bahasa Melayu manakala pemboleh ubah bersandar ialah tahap kemahiran menulis murid tahun lima. Proses pengumpulan data adalah sangat penting dalam sesuatu kajian. Proses pengumpulan data dijalankan secara berperingkat supaya berjalan lancar dan telus. Pada peringkat permulaan, pengkaji telah mengenal pasti permasalahan kajian, iaitu kesalahan penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan bahasa Melayu, pengkaji telah membina objektif, soalan dan hipotesis kajian. Pengkaji juga telah menjalankan tinjauan literatur dan merujuk teori, model dan metodologi yang diaplikasikan dalam kajian pengkaji-pengkaji lain. Kertas cadangan penyelidikan juga telah disemak dan diteliti oleh pensyarah penyelia sebelum mula mengumpul data. Pengkaji telah menetapkan sampel kajian berdasarkan Jadual Penentuan Saiz Sampel Kajian Krejce dan Morgan (1970). Disebabkan berlakunya wabak pandemik semasa pelaksanaan kajian, pengkaji telah mengumpul data yang diperlukan secara atas talian. Soalan karangan telah diberikan melalui Google Forms. Instrumen yang digunakan juga telah disahkan oleh pakar-pakar bahasa dan metodologi. Seterusnya, pengkaji telah mengubah suai kandungan instrumen 10


v berdasarkan pandangan pakar-pakar yang dilantik. Pengkaji juga telah melaksanakan kajian rintis untuk menguji kebolehpercayaan instrumen kajian. Berdasarkan instrumen kajian yang ditentukan, pengkaji mengumpulkan semua data yang berkaitan dengan kajian. Dalam kajian ini, data diperoleh melalui analisis skrip jawapan karangan. Pengkaji mengumpulkan data berkaitan jumlah kesalahan penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan murid dan markah karangan murid. Kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi nama ditetukan dari aspek ciri dan penggunaan sesuatu kata sendi dalam karangan. Rubrik Penskoran Menulis Karangan Bahasa Melayu Tahun 5 pula digunakan untuk memberikan markah karangan kepada responden kajian. DAPATAN KAJIAN Kekerapan Kesalahan Penggunaan Kata Sendi dalam Penulisan Karangan Penganalisisan data dimulakan dengan menjawab soalan kajian pertama, iaitu kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan. Kekerapan kesalahan kata sendi dikenal pasti melalui analisis dokumen karangan responden berdasarkan ciri dan penggunaan kata sendi berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Jadual 4.2 Kesalahan penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan Aspek Jumlah Minimum Maksimum Kekerapan 147 1 5 Berdasarkan Jadual 4, jumlah kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan adalah sebanyak 147. Kekerapan minimum bagi kesalahan penggunaan kata sendi dalam penulisan adalah sebanyak satu kali. Sementara itu, kekerapan maksimum bagi penggunaan kesalahan kata sendi dalam penulisan adalah sebanyak lima kali dalam penulisan. Ringkasnya, responden sekurang-kurangnya melakukan satu kesalahan penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan. 11


v Rajah 4.4. Kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi Berdasarkan Rajah 4.4, kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi yang paling banyak ialah sebanyak tiga kali. Sebanyak 16 orang responden yang melakukan 3 kesalahan kata sendi dalam karangan. Sebanyak 13 orang responden yang melakukan dua kesalahan dalam penulisan karangan. Seterusnya, terdapat 10 orang responden yang melakukan empat kesalahan dalam penulisan dan 8 orang responden yang melakukan satu kesalahan dalam penulisan karangan. 5 orang responden pula telah melakukan sebanyak 5 kesalahan dalam penulisan karangan. 0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 1 2 3 4 5 Bilangan responden Kekerapan kesalahan Kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi 12


v Rajah 4.5. Tahap penguasaaan penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan Setiap sampel kajian telah dinilai mengikut kriteria penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan. Berdasarkan Rubrik Tahap Penguasaan Kata Sendi dalam Penulisan Karangan, tahap penguasaan penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan dibahagikan kepada tahap cemerlang, baik, memuaskan, kurang memuaskan dan pencapaian tahap minimum. Berdasarkan Rajah 4.5, dapat dirumuskan bahawa kebanyakan responden telah mencapai tahap penguasaan memuaskan dalam penggunaan kata sendi, iaitu seramai 26 orang responden. Tiada responden yang mencapai tahap cemerlang dan pencapaian tahap minimum dalam penggunaan kata sendi. Sebanyak 21 orang responden telah mencapai tahap penguasaan baik manakala sebanyak 5 orang responden telah mencapai tahap penguasaan kurang memuaskan. Jadual 4.3 Jumlah kekerapan kesalahan kata sendi dalam penulisan karangan Bil Kata Sendi Kekerapan Peratus (%) 1. di 36 24.5 2. pada 17 11.6 3. kepada 8 5.4 4. antara 16 10.9 5. untuk 15 10.2 0 5 10 15 20 25 30 Cemerlang Baik Memuaskan Kurang memuaskan Pencapaian tahap minimum Bilangan responden Kekerapan kesalahan Tahap penguasaan penggunaan kata sendi 13


v 6. dalam 26 17.7 7. dari 14 9.5 8. ke 8 5.4 9. dengan 7 4.8 Jumlah Keseluruhan 147 100 Rajah 4.6. Kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan Jadual 4.3 dan Rajah 4.6 memaparkan jumlah kekerapan dan peratusan kesalahan kata sendi dalam penulisan karangan. Jelas bahawa kesalahan penggunaan kata sendi ‘di’ mencatatkan jumlah kesalahan sebanyak 36 kesalahan bersamaan 24.5% yang sekali gus mencatatkan jumlah kesalahan tertinggi berbanding kata sendi yang lain. Seterusnya, kesalahan penggunaan kata sendi ‘dalam’ mencatatkan 26 kesalahan bersamaan 17.7%, diikuti kesalahan kata sendi ‘pada’, iaitu sebanyak 17 kesalahan bersamaan 11.6%. Kekerapan kesalahan kata sendi ‘antara’ adalah sebanyak 16 kesalahan bersamaan 10.9% manakala kata sendi ‘untuk’ sebanyak 15 kesalahan. Di samping itu, kesalahan penggunaan kata sendi ‘dari’ mencatatkan 14 kesalahan bersamaan 9.5%. Kata sendi ‘kepada’ dan ‘ke’ pula mencatatkan kekerapan kesalahan yang sama, iaitu sebanyak 8 kesalahan bersamaan 5.4%. Kesalahan penggunaan kata sendi ‘dengan’ pula direkodkan sebagai kesalahan paling rendah, iaitu sebanyak 7 kesalahan bersamaan 4.8%. Secara keseluruhannya, sebanyak 147 kesalahan penggunaan kata sendi telah direkodkan dalam 52 buah karangan responden. 36 17 8 16 15 26 14 8 7 0 5 10 15 20 25 30 35 40 di pada kepada antara untuk dalam dari ke dengan Kekerapan Kata Sendi Kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi 14


v Rajah 4.7. Contoh perenggan karangan 1 Rajah 4.7 menunjukkan contoh perenggan karangan sampel kajian. Ayat dalam perenggan ini adalah seperti berikut. Ayat 01 - Penduduk mengada jualan makanan serta kraf tangan bagi meningkatkan ekonomi dan memupuk semangat kerjasama di kalangan penduduk. Dalam perenggan ini, didapati terdapat kesalahan penggunaan kata sendi ‘di’. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata sendi ‘di’ khususnya digunakan di hadapan kata nama atau frasa untuk menunjukkan tempat. Dalam ayat ini, kata sendi ‘di’ adalah tidak sesuai digunakan di hadapan frasa ‘kalangan penduduk’. Kata sendi yang lebih sesuai digunakan ialah kata sendi ‘dalam’. Kata sendi ‘dalam’ digunakan untuk membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Frasa ‘kalangan penduduk’ adalah lebih sesuai dengan penggunaan kata sendi ‘dalam’. Rajah 4.8. Contoh perenggan karangan 2 Dalam contoh perenggan karangan 2, terdapat dua ayat dalam perenggan tersebut. Antaranya ialah seperti berikut. Ayat 01 – Taman seri bahagia meronda kawasan perumahan di waktu malam untuk menjamin keselamatan penduduk setempat. Ayat 02 – Penduduk setempat membahagikan tugas untuk wakil penduduk. 15


v Terdapat kesalahan penggunaan kata sendi ‘di’ dalam Ayat 01. Kata sendi ‘di’ digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat. Namun, dalam ayat ini, ‘waktu malam’ menunjukkan masa. Maka, penggunaan kata sendi ‘di’ seharusnya digantikan dengan kata sendi ‘pada’ yang menunjukkan keterangan waktu. Dalam Ayat 02, kata sendi ‘untuk’ adalah tidak betul. Kata sendi ‘untuk digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Kata sendi ‘untuk’ sepatutnya digantikan dengan kata sendi ‘kepada’ yang boleh menyatakan sasaran yang merujuk ‘wakil penduduk’. Kata sendi ‘kepada’ digunakan untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Rajah 4.9. Contoh perenggan karangan 3 Rajah 4.9 menunjukkan contoh perenggan karangan 3. Dalam contoh ini, terdapat dua kesalahan penggunaan kata sendi, iaitu kata sendi ‘dalam’ dan ‘ke’. Berikut merupakan ayat dalam perenggan ini. Ayat 01 – Dalam menjaga kebajikan penduduk memberikan bantuan kewangan dalam penduduk melawat penduduk ke hospital. Penggunaan kata sendi ‘dalam’ adalah tidak sesuai dalam konteks ayat ini. Kata sendi ‘dalam’ membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Namun, frasa ‘memberikan bantuan kewangan’ tidak memberikan pengertian tersebut. Kata sendi ‘kepada’ adalah lebih sesuai dalam konteks ini yang menyatakan sasaran ‘bantuan kewangan’ tersebut yang merujuk manusia, iaitu ‘penduduk’. Seterusnya, penggunaan kata sendi ‘ke’ juga adalah salah dalam ayat ini. Kata sendi ‘ke’ digunakan untuk menunjukkan tempat atau arah yang sedang ditujui. Dalam ayat ini, ‘melawat penduduk ke hospital’ adalah tidak sesuai dan sepatutnya digantikan dengan ‘melawat penduduk di hospital’. Kata sendi ‘ke’ perlu digantikan dengan kata sendi ‘di’. 16


v Tahap Penguasaan Kemahiran Menulis Tahap penguasaan kemahiran menulis karangan responden dianalisis berpandukan Rubrik Penskoran Menulis Karangan Bahasa Melayu Tahun Lima. Markah penuh karangan adalah sebanyak 25 markah. Karangan responden dinilai daripada aspek penyampaian, kegramatisan ayat, kosa kata, ejaan dan tanda baca serta keupayaan menjawab soalan karangan. Jadual 4.4 Tahap penguasaan kemahiran menulis karangan Tahap Penguasaan Bilangan Responden Peratus (%) Cemerlang (21-25) 1 1.9 Baik (16-20) 22 42.3 Memuaskan (11-15) 20 38.5 Kurang memuaskan (6-10) 9 17.3 Pencapaian tahap minimum (1-5) 0 0 Rajah 4.10. Peratusan gred penulisan karangan Berdasarkan Jadual 4.4 dan Rajah 4.10, pencapaian responden dalam kemahiran menulis karangan adalah kurang menggalakkan, iaitu didapati hanya seorang responden yang mencapai tahap cemerlang, bersamaan dengan 1.9% daripada jumlah responden. 22 orang responden pula mencapai tahap baik bersamaan 42,3%. Seterusnya, 20 orang responden mencapai tahap 1.9 42.3 38.5 17.3 0 0 5 10 15 20 25 30 35 40 45 A B C D E Peratus (%) Gred Peratusan gred penulisan karangan 17


v penguasaan kurang memuaskan, iaitu antara 11 hingga 15 markah, bersamaan 38.5%. Tahap kurang memuaskan pula adalah sebanyak 9 orang responden bersamaan 17.3%. Berdasarkan dapatan kajian tersebut, dapat dirumuskan bahawa bilangan responden kajian yang mendapat Gred B yang membawa peratusan sebanyak 42.3% merupakan bilangan yang paling banyak sekali gus menjadi majoriti kepada bilangan responden kajian yang mendapat Gred lain. Pencapaian murid dalam penulisan menunjukkan tahap penguasaan adalah baik disebabkan kebanyakan murid memperoleh Gred B dalam penulisan, iaitu markah antara 16 hingga 20. Penulisan murid menunjukkan penyampaian yang jelas, ayat gramatis yang sesuai dengan soalan, kosa kata sederhana dan sesuai, sedikit kesalahan ejaan dan tanda baca serta menjawab soalan dengan baik. Statistik deskriptif iaitu skor min dan sisihan piawai juga digunakan untuk menerangkan tahap penguasaan kemahiran menulis karangan. Untuk tujuan tersebut, pengkaji menggunakan interpretasi skor min yang telah dicadangkan oleh Sumarni (2000) dan Jamil (2002) seperti dalam Jadual 4.5. Jadual 4.5 Interpretasi Skor Min Skor Min Interpretasi Skor Min 1.00 hingga 2.33 Tahap rendah 2.34 hingga 3.66 Tahap sederhana 3.67 hingga 5.00 Tahap tinggi Sumber : Sumarni ((2000) dan Jamil (2002) Jadual 4.6 Tahap penguasaan kemahiran menulis karangan Item Min Sisihan Piawai Tahap Penyampaian 2.88 .855 Sederhana Kegramatisan 2.60 .955 Sederhana Penggunaan kosa kata 2.98 .828 Sederhana Ejaan dan tanda baca 2.96 1.009 Sederhana Menjawab soalan 2.88 1.022 Sederhana Keseluruhan 2.86 .742 Sederhana 18


v Dapatan tahap penguasaan kemahiran menulis karangan murid dirumuskan dalam Jadual 4.6. Berdasarkan jadual tersebut, semua item berada pada tahap sederhana. Keseluruhan item menunjukkan min (µ=2.86) dan nilai sisihan piawai SP=.742. Item penggunaan kosa kata mempunyai nilai min tertinggi manakala item kegramatisan mempunyai nilai min terendah. Item penyampaian menunjukkan nilai min (µ=2.88), nilai sisihan piawai SP=.855. Data menunjukkan min bagi item penyampaian berada pada tahap sederhana. Sisihan piawai menunjukkan set data sedikit terserak kepada pusat ukuran. Keadaan ini menunjukkan kebanyakan murid mendapat tiga markah bagi item penyampaian. Item kegramatisan telah menunjukkan nilai min terendah, iaitu nilai min (µ=2.60), nilai sisihan piawai SP=.955. Data menunjukkan min bagi item ini berada pada tahap sederhana. Ini bermakna responden kurang menguasai dalam kemahiran menulis ayat yang gramatis. Kebanyakan responden mendapat dua markah dalam aspek kegramatisan. Seterusnya, item penggunaan kosa kata menunjukkan nilai min (µ=2.98) yang dicatatkan sebagai nilai min tertinggi dalam konstruk ini. Nilai sisihan piawai SP=.828 pula menunjukkan sebaran skor adalah sangat besar. Kebanyakan murid mahir dalam menggunakan kosa kata yang betul dan sesuai dengan tajuk karangan. Kebanyakan murid mendapat empat markah dalam aspek penggunaan kosa kata. Item ejaan dan tanda baca pula menunjukkan nilai min yang kedua tertinggi, iaitu nilai min (µ=2.96) dan nilai sisihan piawai SP=1.009. Data adalah tersebar luas antara satu sama lain. Responden sangat jarang melakukan kesalahan ejaan dan tanda baca dalam penulisan karangan. Item menjawab soalan menunjukkan nilai min (µ=2.88). Nilai sisihan piawai pula ialah SP=1.022, iaitu nilai yang tertinggi. Data ini menunjukkan bahawa data adalah sangat tersebar luas antara satu sama lain. Terdapat responden yang boleh menjawab soalan dengan sangat baik dan segelintir responden yang langsung tidak menjawab soalan. Secara keseluruhannya, semua item dalam konstruk ini berada pada tahap sederhana. Pernyataan ini membuktikan bahawa tahap penguasaan kemahiran menulis murid tahun lima adalah sederhana di sekolah kebangsaan tersebut. Hubungan antara kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan murid dengan tahap penguasaan kemahiran menulis murid Seterusnya, pengkaji membincangkan dapatan kajian bagi menjawab soalan kajian yang ketiga, iaitu adakah terdapat hubungan antara kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi dengan tahap penguasaan kemahiran menulis murid tahun lima. Hubungan signifikan ini ditentukan oleh nilai pekali korelasi dan aras signifikan. Hipotesis kajian sama ada diterima ataupun ditolak juga 19


v akan dibincangkan dalam bahagian ini. Jadual 4.7 menunjukkan rumusan bagi dapatan analisis korelasi bagi mengenal pasti hubungan antara dua pemboleh ubah tersebut. Jadual 4.7 Hubungan antara kekerapan kesalahan kata sendi dengan tahap penguasaan Kekerapan kesalahan pengguna an kata sendi nama Markah karangan Kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi nama Korelasi Pearson 1 -.185 Sig. (2-tailed) .189 N 52 52 Markah karangan Korelasi Pearson -.185 1 Sig. (2-tailed) .189 N 52 52 Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai koefisien korelasi Pearson antara kekerapan kesalahan dengan markah karangan adalah signifikan, r=-.185 dan p=.189. Oleh itu, terdapat hubungan linear negatif yang rendah antara kekerapan kesalahan kata sendi dengan markah karangan. Nilai r untuk hubungan kekerapan kesalahan dengan markah karangan adalah sebesar -.185 yang menunjukkan bahawa korelasi adalah rendah dan perkaitan yang sangat lemah antara kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi dengan pencapaian penulisan karangan. Tanda negatif (-) juga menunjukkan hubungan yang berlawanan. Nilai pekali korelasi negatif bermaksud sekiranya nilai satu pemboleh ubah meningkat atau menjadi lebih besar, maka nilai pemboleh ubah yang lagi satu akan mengecil. Hal ini bermakna semakin tinggi kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan, semakin rendah markah karangan responden. Keputusan analisis korelasi Pearson telah berjaya menolak hipotesis nul bahawa tidak terdapat hubungan antara kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi dalam penulisan 20


v karangan dengan tahap penguasaan kemahiran menulis karangan. Justeru, terdapat hubungan linear negatif yang rendah antara kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi dengan tahap penguasaan kemahiran menulis karangan. Pendek kata, hipotesis nul adalah tidak benar dan ditolak. RUMUSAN, REFLEKSI DAN CADANGAN TINDAKAN SUSULAN Kajian tentang hubungan antara kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi dengan tahap penguasaan kemahiran menulis dalam kalangan murid tahun lima membantu guru bahasa Melayu untuk membuat refleksi tentang kepentingan penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan murid. Guru-guru dapat mengetahui kelemahan aspek penggunaan kata sendi yang dilakukan murid ketika menulis karangan. Guru dapat menganalisis dengan lebih tepat tentang kesalahan penggunaan kata sendi yang dilakukan oleh murid dalam penulisan karangan. Menurut Abdul Razak dan Nor Asmah (2010), kaedah pengajaran seseorang guru merupakan komponen yang penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang dirancang dengan baik akan membawa hasil prestasi yang dikehendaki. Kajian ini diharap dapat membantu guru membina modul pemulihan dengan memberi penekanan terhadap aspek kesalahan penggunaan kata sendi yang dilakukan dalam kalangan murid. Sehubungan itu, guru berperanan penting untuk mendedahkan pengetahuan tentang penggunaan kata sendi yang betul kepada murid-murid. Selain itu, dapatan kajian ini memberi kesedaran kepada guru-guru bahasa Melayu agar tidak memandang remeh terhadap kemahiran tatabahasa. Guru perlu memberi penekanan terhadap kemahiran tatabahasa kerana pembentukan ayat yang gramatis dan tepat adalah berdasarkan pemahaman dan penguasaan terhadap aspek tatabahasa. Perkara ini juga disokong dalam kajian Abdul Rashid (2010) yang menyatakan bahawa analisis kesalahan bahasa untuk mendapat maklumat terperinci tentang penguasaan tatabahasa dan keberkesanan sesuatu pengajaran adalah penting sebagai wahana kajian. Oleh itu, banyak pihak juga mengharapkan diadakan suatu bentuk kursus, seminar atau bengkel yang berkaitan dengan penguasaan aspek tatabahasa bahasa Melayu kepada mereka secara intensif dari semasa ke semasa sesuai dengan perubahan dan penambahbaikan yang dialami dalam bahasa Melayu. Dapatan kajian ini juga menunjukkan tahap penguasaan kemahiran menulis murid berada pada tahap sederhana. Kajian ini boleh dijadikan pendorong untuk guru berusaha meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menulis murid dalam penulisan karangan. Guru dapat meneliti aspek kriteria penilaian markah karangan yang merangkumi kriteria penyampaian, kegramatisan, 21


v penggunaan kosa kata, ejaan dan tanda baca serta menjawab soalan. Keseluruhan item ini menunjukkan nilai min (µ=2.86), iaitu pada tahap sederhana. Kajian ini membantu guru untuk mendalami kriteria penulisan murid yang tidak dapat dikuasai dan merancang strategi pengajaran yang bersesuaian. Penyelidikan ini telah menjelaskan hubungan kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan dengan tahap penguasaan kemahiran menulis murid tahun lima. Pengetahuan tentang kata sendi dan kemahiran menulis karangan adalah kemahiran bahasa Melayu yang tidak boleh dipinggirkan. Semua pihak perlu menggembleng tenaga bagi meningkatkan tahap penguasaan penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan yang akan mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran menulis murid. Tahap penguasaan ini akan memberikan impak terhadap pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. KESIMPULAN Kesimpulan Kekerapan Kesalahan Penggunaan Kata Sendi dalam Penulisan Karangan Murid Tahun Lima. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa murid-murid tahun lima mempunyai tahap penguasaan yang memuaskan dalam penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan. Setiap murid telah melakukan kesalahan penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan. Kekerapan kesalahan minimum adalah sebanyak satu kali manakala kekerapan kesalahan maksimum sebanyak lima kali. Kebanyakan murid telah melakukan tiga kali kesalahan dalam penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan. Kekerapan kesalahan kata sendi yang paling banyak dilakukan ialah kata sendi ‘di’, iaitu sebanyak 36 kali bersamaan 24.5%. Dapatan kajian ini adalah hampir sama dengan kajian yang dijalankan oleh Nor Ain dan Nur Farahkhanna (2020) yang menyatakan bahawa penguasaan kata sendi dalam kalangan pelajar peringkat menengah rendah adalah berada pada tahap yang memuaskan. Kajian ini dilaksanakan untuk menganalisis kesalahan penggunaan kata sendi ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam kalangan pelajar berdasarkan Teori Analisis Kesalahan Corder (1981). Kajian ini telah merumuskan bahawa tahap penguasaan kata sendi pelajar masih boleh dipertingkatkan dan usaha ini menuntut kerjasama semua pihak khususnya, pelajar, guru dan ahli akademik untuk merangka strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif bagi membolehkan para pelajar menguasai kemahiran menggunakan kata sendi dengan betul. 22


v Selain itu, kajian oleh Siti Baidura dan Nurul Jamilah (2012) juga menunjukkan bahawa pelajar kursus Bahasa Melayu II untuk Pelajar Asing melakukan kesalahan tatabahasa dalam aspek kata, frasa, ayat dan ortografi dalam karangan yang dihasilkan mereka. Terdapat juga keslaahan penggunaan frasa sendi nama dalam aspek frasa. Kekerapan kesalahan paling tinggi dari aspek frasa ialah penggunaan frasa sendi nama, iaitu sebanyak 33 kesalahan bersamaan 50.8%. Faktor-faktor seperti gangguan bahasa, kurang kerprihatinan dan motivasi dalam kalangan pelajar serta keadaan persekitaran di universiti menjadi kekangan untuk pelajar menguasai bahasa Melayu. Terdapat juga persamaan dalam kajian yang dilaksanakan oleh Zaliza Mohamad Nasir (2017). Kajian ini dijalankan untuk menganalisis kesalahan tatabahasa dalam kalangan pelajar Indonesia yang mempelajari kursus Bahasa Malaysia Penulisan Ilmiah di Universiti Teknologi Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar banyak melakukan kesalahan tatabahasa terutama dari aspek sintaksis, semantik dan morfologi seperti kesalahan penggunaan aspek kata, penggunaan kata sendi dan kata ganti nama diri. Beberapa kesalahan umum telah diperolehi daripada penulisan pelajar. Antara kesalahan tatabahasa yang dapat dikesan ialah kesalahan dari segi morfologi seperti kesalahan kata penyambung ayat, iaitu kata hubung dan kata sendi nama. Berdasarkan perbincangan di atas, kebanyakan kajian sedia ada lebih banyak mengkaji kesalahan tatabahasa secara umumnya tetapi bukan fokus kepada penggunaan kata sendi sahaaja. Analisis kajian literatur ini juga mendapati bahawa masih kurang kajian yang mengkaji kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini dapat mengisi kelompangan tersebut. Kesimpulan Tahap Penguasaan Kemahiran Menulis Murid Tahun Lima Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa murid-murid tahun lima di sebuah sekolah rendah mempunyai tahap penguasaan kemahiran menulis karangan yang sederhana. Karangan tersebut telah dianalisis daripada aspek item penyampaian, kegramatisan, penggunaan kosa kata, ejaan dan tanda baca serta keupayaan menjawab soalan. Keseluruhan item ini yang menunjukkan nilai min (µ=2.86) ini membuktikan bahawa murid-murid mempunyai tahap kemahiran menulis yang sederhana secara keseluruhannya dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Dapatan kajian ini adalah hampir sama dengan beberapa dapatan kajian lain yang mengkaji tentang tahap penguasaan kemahiran menulis murid sekolah rendah. Antaranya ialah kajian Che Zanariah dan Fadzilah (2011) yang membincangkan sikap guru terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Dapatan 23


v kajian menunjukkan bahawa pernyataan murid tidak memahami bahan rangsangan kurang menjadi masalah tetapi struktur ayat murid lemah merupakan masalah yang ketara. Melalui analisis kajian ini juga, didapati pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis masih berada pada tahap sederhana dan belum mencapai sepenuhnya objektif yang disasarkan. Sehubungan itu. guru telah mengaplikasikan strategi yang betul dan menggunakan teknik yang sesuai semasa mengajar kemahiran menulis. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis harus dijalankan dengan berkesan agar usaha untuk meningkatkan penguasaan 3M khususnya kemahiran menulis dalam kalangan murid dapat dicapai. Berdasarkan kajian oleh Yahya Othman dan Suzanawaty (2014), kajian ini bertujuan untuk melihat kesan pembelajaran berasaskan projek melalui penulisan berbentuk risalah bagi menguasai kemahiran menulis dalam kalangan murid sederhana di sekolah rendah. Sampel kajian ini dipilih melalui kaedah pemilihan sampel dengan memilih murid yang mencapai keputusan markah antara 50% hingga 70% dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan pasca dari aspek penguasaan tatabahasa melalui penulisan risalah. Sampel kajian telah menunjukkan pencapaian dari aspek tatabahasa dalam kemahiran menulis risalah bagi ujian pasca berbanding ujian pra. Dalam kajian Norul Haida (2014), didapati bahawa markah dan min pencapaian pelajar dalam ujian akhir tahun bahasa Melayu berada pada tahap sederhana. Beberapa masalah telah dikenal pasti dalam kajian ini semasa murid menjawab soalan Penulisan Bahasa Melayu. Antara masalah yang timbul termasuklah masalah tidak dapat menyampaikan idea dengan jelas, gaya persembahan, ayat tergantung dan ayat yang tidak gramatis. Dengan itu, Modul Bijak Mengarang telah digunakan untuk meningkatkan kemahiran menulis karangan murid-murid sekolah rendah. Modul ini merupakan bahan pembelajaran yang mengandungi contoh-contoh karangan cemerlang calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun-tahun sebelum ini. Kesimpulan Hubungan antara Kekerapan Kesalahan Penggunaan Kata Sendi dalam Penulisan Karangan dengan Tahap Penguasaan Kemahiran Menulis Dapatan kajian ini menunjukkan pemboleh ubah kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan mempunyai hubungan linear negatif dengan tahap penguasaan kemahiran menulis. Dapatan ini dibuktikan dengan nilai pekali korelasi Pearson yang menunjukkan nilai r=-.185. Nilai pekali korelasi negatif ini bermakna semakin tinggi kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi dalam penulisan rendah, semakin rendah markah karangan murid. Dalam konteks ini, dapatan kajian ini adalah lebih kurang sama dengan kajian lepas yang 24


v mengkaji tentang kekerapan kesalahan tatabahasa dengan tahap penguasaan kemahiran menulis murid. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Mohd Nasrudin (2007), dapatan kajian menunjukkan terdapat pertalian yang signifikan dan positif antara kecekapan penggunaan tatabahasa dengan pencapaian karangan keseluruhan. Analisis korelasi juga menunjukkan terdapat korelasi yang yang signifikan bagi kekerapan kesalahan tatabahasa dalam kemahiran menulis karangan dengan ujian tatabhasa bagi kumpulan kategori pencapaian rendah. Himpunan data yang diperolehi dalam kajian ini dapat memberi kenyataan bahawa kelemahan penggunaan tatabahasa turut mempengaruhi pencapaian karangan secara kesluruhannya. Kelemahan penggunaan tatabahasa dapat membantu guru mengatasi kelemahan penggunaan tatabahasa dalam kemahiran menulis karangan. Selain itu, dalam kajian Hashim Othman (2005), dapatan kajian menunjukkan korelasi adalah sangat tinggi antara komponen dalam skema analisis karangan. Komponen ini termasuklah dari aspek mekanis, wacana dan tatabahasa. Analisis statistik kebolehpercayaan jumlah item dan korelasi skema dan komponen-komponennya juga menunjukkan bukti kebolehpercayaan yang sangat tinggi. Korelasi yang sangat tinggi antara komponen bagi keduadua versi menunjukkan hubungan yang kuat antara komponen serta dapat mentaksir kemahiran menulis pada Tahap I dan Tahap II peringkat sekolah kebangsaan. 25


v RUJUKAN Abdul Rashid. (2010). Penguasaan tatabahasa guru mata pelajaran bahasa Melayu tingkatan enam. Jurnal Linguistik, 1-17. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Bond, T. G. & Fox, C. M. (2007). Applying the Rasch model : fundamental measurement in the human sciences (2nd ed.). Lawrence Eribaum Associates Publishers. Bornman dan Donohue. (2013). South African teachers' attitudes toward learners with barriers to learning : Attention-deficit and hyperactivity disorder and little or no functional speech. International Journal of Disablity, 60(2), 85-104. Corder, S. P. (1973). Introducing applied linguistics. Peguin Book Ltd. Corder, S. P. (1981). Error analysis and interlanguage. Oxford University Press. Creswell, J. (2009). Research design : qualitative, quantitative and mixed methods approaches. Sage Publications Inc. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Pelaporan pentaksiran sekolah rendah. Dimuat turun daripada https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/laporan-dan-statistik/lp/3056-pelaporanpentaksiran-sekolah-rendah-2019/file Nik Safiah Karim. (2010). Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Norsimah Mat Awal, Nadzrah Abu Bakar Nor dan Hashimah Jalaluddin. (2012). Pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua : pengungkapan idea dalam penulisan pelajar sekolah menengah di Malaysia. Jurnal Melayu, 227-240. Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Siri pendidikan guru : Bahasa Melayu II. Oxford Fajar Sdn Bhd. Yusazimah Md Yusof. (2013). Penguasaan penggunaan kata sendi nama 'dari' dan 'daripada'. Dimuat turun daripada https://www.academia.edu/16774546/Laporan_BM 26


ROZITA BINTI PAIMAN SK SUNGAI LESONG MENINGKATKAN PENGUASAAN MENAMBAH DUA NOMBOR DENGAN MENGUMPUL SEMULA BAGI PELAJAR TAHUN 1 MENGGUNAKAN PETAK ZIETATO 27


MENINGKATKAN PENGUASAAN MENAMBAH DUA NOMBOR DENGAN MENGUMPUL SEMULA BAGI PELAJAR TAHUN 1 MENGGUNAKAN PETAK ZIETATO Rozita binti Paiman SK Sungai Lesong [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran menambah dua nombor kepada pelajar tahun 1 Iman melalui Petak Zietato. Kemahiran menambah dua nombor ini amat penting untuk mendapatkan jawapan yang tepat dan cepat. Justeru, seramai 10 orang pelajar tahun 1 Iman telah dipilih untuk dijadikan kumpulan sasaran kajian berdasarkan tinjauan masalah yang telah dilakukan. Tinjauan awal dilakukan melalui pemerhatian, temubual, semakan kerja rumah, latihan bertulis dan ujian pra. Hasil dapatan kajian, menunjukkan bahawa seramai 10 orang daripada 23 orang pelajar menghadapi masalah dalam menambah dua nombor. Kekeliruan murid ini menjurus kepada kaedah penambahan dua nombor jika melibatkan pengumpulan semula. Oleh yang demikian pendekatan khusus yang cuba diketengahkan adalah tertumpu kepada penggunaan Petak Zietato. Petak Zietato menjurus kepada penggunaan susunan nombor 1 hingga 20. Hasil dapatan kajian melalui semakan latihan selepas aktiviti yang dijalankan serta ujian pos membuktikan bahawa Petak Zietato telah berjaya mengukuhkan penguasaan murid terhadap konsep asas penambahan dua nombor dengan mengumpul semula. Seterusnya berjaya menarik minat murid terhadap mata pelajaran Matematik. Kata Kunci : Petak Zietato, Matematik, Penambahan Dengan Mengumpul Semula, Tahun Satu, 1.0 PENDAHULUAN Matlamat utama Pendidikan adalah membangunakan manusia berdasarkan fitrah dan melahirkan keharmonian diri (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). Matlamat utama itu dapat direalisasikan dengan memperkembanagkan dan mempertingkatkan pemahaman murid terutama dalam konsep asas. Ini memungkinkan murid dapat mengenal pasti kebolehan mereka seterusnya dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan. Ini sejajar dengan falsafah pendidikan negara yang mengarah kepada perkembangan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). Justeru itu Matematik merupakan instrumen yang sesuai digunakan untuk mengembangkan potensi individu. Antara aspek yang perlu dikembangkan ialah penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak pelajar. Perkara ini dapat dilakukan apabila mereka mempelajari kemahiran numerasi, menaakul, berfikir dan menyelesaikan masalah melalui pembelajaran matematik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). Oleh itu, 28


terdapat pelbagai topik matematik yang dipelajari oleh pelajar dari tahun 1 hingga 6. Topiktopik ini menjadi asas kepada perkembangan matematik mereka di masa hadapan. Topik utama yang dipelajari pelajar ialah nombor dan operasi yang merangkumi tajuk nombor dan empat kemahiran asas. Menurut Nurul Amalina (2018), penambahan merupakan salah satu kemahiran asas dalam pembelajaran matematik selain daripada penolakan, pendaraban dan pembahagian yang harus dikuasai oleh setiap murid. Empat kemahiran asas ini sangat penting sewaktu murid berada di bangku sekolah rendah terutamanya semasa tahun satu hingga tahun tiga. Kemahiran asas ini harus dikuasai oleh setiap murid untuk memastikan perjalanan pembelajaran matematik mereka berjalan lancar dan lebih mudah, Menurut Ngan (2011), penambahan dan penolakan merupakan dua operasi yang pertama sekali dikemukakan kepada murid dalam pembelajaran matematik mereka secara formal. Oleh itu, penguasaan kemahiran penambahan dan penolakan fakta asas adalah penting dalam menarik minat murid terhadap Matematik dan membentuk cara mereka berfikir secara matematik. Dalam kajian Siti Raihamah (2014), tentang kefahaman penambahan nombr bulat ke atas 6 orang murid tahun dua dan tahun tiga, mendapati mereka masih lagi tidak menguasai konsep-konsep tambah seperti konsep sepuluh, konsep pengumpulan, konsep nombor dan kemahiran membilang. Justeru pelajar perlu menguasai topik nombor dan operasi, sebelum lebih lanjut mempelajari topik-topik yang lain. Operasi yang perlu dikuasai oleh murid ialah operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Kajian ini hanya memberi fokus pada penguasaan tambah pelajar memandangkan penambahan merupakan topik asas bagi empat operasi. Tanpa penguasaan tambah pelajar akan menghadapi masalah dalam menguasai operasi asas yang lain. Perkara ini perlu dan dapat diatasi melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satu aspek yang boleh meningkatkan kefahaman pelajar adalah melalui penggunaan bahan bantu mengajar yang efektif (Mohd Amin et al., 2016). Justeru, inovasi dan transformasi perlu dilakukan menerusi pembangunan dan pembinaan bahan bantu mengajar. Oleh itu dalam kajian ini pengkaji menggunakan Petak Zietato sebagai bahan bantu mengajar. Petak Zietato telah dibangunkan khusus untuk membantu meningkatkan penguasaan murid dalam penambahan nombor. 2.0 PENYATAAN MASALAH Kekurangan kemahiran Matematik dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia adalah membimbangkan. Dalam pelaporan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) pada tahun 2019 (Mullis et al., 2020) dan Program for International Student Assessment (PISA) pada tahun 2018 (Schleicher, 2019), Malaysia adalah antara negara dengan kedudukan pencapaian Matematik yang rendah. Berdasarkan kepada kajian lepas, terdapat pelbagai punca yang menjadi penghalang penguasaan pelajar dalam pembelajaran Matematik. Salah satu punca utama adalah penguasaan konsep asas Matematik. Pengetahuan asas Matematik dikategorikan dalam lima jenis iaitu fakta, konsep, algoritma, hubungan konsep dan proses menyelesaikan masalah. Jika tidak, pelajar akan mengalami kesukaran untuk mahir dalam mata pelajaran tersebut (Subahan, 1999). Untuk menguasai mata pelajaran Matematik di peringkat yang lebih tinggi pelajar perlu 29


mempunyai pengetahuan peringkat sebelumnya. Menurut Subahan (1999) lagi, kelemahan kefahaman konsep asas semasa melalui pembelajaran Matematik dalam kelas merupakan faktor utama yang menentukan keupayaan pelajar dalam penguasaan pembelajaran Matematik. Di samping itu masalah pembelajaran dalam kemahiran operasi tambah selalunya menjadi isu dalam pendidikan Matematik. Muthukrishnan et al. (2019) mendapati bahawa kanak-kanak mengalami kesilapan pengiraan operasi tambah yang mudah disebabkan kesukaran untuk memahami konsep Matematik yang abstrak. Selain itu, guru juga mengalami cabaran dalam mengembangkan pengetahuan dan konsep Matematik kepada kanak-kanak. Menurut kajian Ali (2017), terdapat kanak-kanak yang mengalami kesukaran pada konsep Matematik yang melibatkan pemahaman numerasi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pemahaman terhadap konsep Matematik yang abstrak sering menjadi masalah dalam kalangan kanak-kanak (Bakar et al., 2020; Watson et al., 2018). Kanak-kanak yang kurang memahami terhadap konsep Matematik telah mengakibatkan mereka menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan masalah operasi tambah. Sekiranya kanak-kanak tidak memahami apa yang dipelajari, mereka tidak mencapai objektif pembelajaran kerana tidak memahami apa yang berlaku dalam pembelajaran itu. Dengan itu, kanak-kanak akan mengalami masalah dalam pembelajaran Matematik. Menurut Norsafariza dan Muhammad Nubli (2022) terdapat pelbagai punca yang menjadi penghalang penguasaan pelajar dalam pembelajaran Matematik. Salah satu punca utama adalah penguasaan konsep asas Matematik. Oleh itu untuk menguasai mata pelajaran Matematik di peringkat yang lebih tinggi pelajar perlu mempunyai pengetahuan peringkat sebelumnya. Menurut Mahpop dan Sivasubramaniam (2010) dalam kajian menyatakan bahawa murid-murid boleh membuat penambahan biasa sebagai contoh 2 tambah 3. Namun masalah berlaku apabila penambahan itu melibatkan nilai digit yang perlu dikumpul semula. Murid juga mengalami masalah untuk memahami nilai tempat sekiranya melibatkan penambahan dengan mengumpul semula. Seterusnya, menurut kajian Santos dan Patton (2016), pula menyatakan bahawa berdasarkan laporan murid Gred 3, murid-murid menghadapi masalah berkaitan dengan konsep matematik termasuklah penambahan. Walaupun pelbagai cara digunakan untuk menangani masalah murid dalam penambahan namun tetap wujud pemasalahan dalam penambahan dengan mengumpul semula. Menurut Mohd Nor Amri (2016), menyatakan bahawa murid mempunyai kemahiran mengira, namun gagal untuk membuat penambahan sekiranya melibatkan proses mengumpul semula. Kajian dijalankan terhadap murid tahun 3 dengan memperkenalkan kaedah Ladder. Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru juga mempengaruhi semangat dan minat kanak-kanak untuk belajar. Menurut kajian Marhaban dan Masnan (2020), kanak-kanak didapati lemah dalam penguasaan kemahiran operasi tambah Matematik kerana kaedah pembelajaran yang tidak menarik. Dengan itu, kanak-kanak berasa bosan dan tidak berminat pada pembelajaran kerana kaedah yang digunakan tidak dapat menarik perhatian mereka. .Dapat disimpulkan bahawa menguasai operasi asas matematik merupakan satu aspek yang sangat penting bagi seseorang murid. Kegagalan mereka menguasai operasi asas 30


matematik akan menyebabkan mereka sukar menyelesaikan masalah sendiri dalam kehidupan harian. Lantaran itu, saya berasa terpanggil untuk mengenal pasti dan merungkaikan masalah yang dihadapi oleh para pelajar. Pelbagai faktor yang menyebabkan murid kurang menguasai penambahan dua nombor. Murid sering melakukan kesilapan dalam menulis jawapan. Saya berpendapat kegagalan pelajar dalam menjawab soalan penambahan adalah disebabkan kurangnya penguasaan murid dalam mengira jumlah penambahan dua nombor. Di samping itu murid juga tidak menguasai pengiraan secara mencongak menyebabkan kesukaran bagi mereka untuk menambah. `3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN Penggunaan bahan bantu mengajar dapat membantu kanak-kanak mengatur pemikiran mereka dalam kemahiran operasi tambah. Dalam kajian Omar et al. (2017), hasil kajian tinjauan telah menunjukkan bahawa kebanyakkan guru matematik berpendapat penggunaan bahan bantu mengajar boleh meningkatkan kefahaman kanak-kanak terhadap konsep Matematik. Matematik adalah subjek yang membincangkan idea-idea yang abstrak. Dengan menggunakan bahan konkrit dan visual, kanak-kanak lebih mudah memahami konsep Matematik. Bahan konkrit dan visual membantu kanak-kanak berfikir secara logik dan strategik terhadap penyelesaian masalah operasi tambah. Kajian yang dijalankan berfokus kepada meningkatkan kemahiran menambah dua nombor dengan mengumpul semula. Apa yang diperoleh dalam menguasai kemahiran ini sering kali murid tidak dapat menambah dua nombor jika melibatkan pengumpulan semula. Walaupun pada awalnya murid telah diajar menambah dengan menggunakan jari. Sebagai contoh 7 + 8 = 15. Dua nombor satu digit ditambahkan dan jawapannya menjadi nombor dua digit. Murid kurang menguasai kemahiran ini memandangkan murid masih menggunakan jari tangan untuk penambahan. Kesukaran ini wujud bila jumlah jari tangan murid tidak mencukupi dengan jumlah angka yang ditambahkan. Oleh itu perlu ada satu cara bagi murid mengatasi masalah ini. Lazimnya, jika masalah ini tidak dibendung dari awal, murid tidak dapat menguasai kemahiran menambah dengan baik. Memandangkan murid perlu menguasai kemahiran menambahkan kerana ianya merupakan kemahiran asas dalam mata pelajaran Matematik. Jika murid tidak dapat menambah dengan baik secara tidak langsung akan mengganggu penguasaan mereka dalam operasi darab. Akhirnya akan mengakibatkan murid tidak dapat menguasai kemahiran asas Matematik. Berteraskan permasalahan ini, saya telah mencipta Petak Zietato sebagai langkah untuk membantu para pelajar menguasai kemahiran tersebut. Berdasarkan tahap perkembangan kognitif para pelajar saya yang berumur 8 tahun, mereka amat memerlukan bahan-bahan pengajaran yang konkrit dalam memahami sesuatu konsep. Situasi ini bertepatan dengan tahap perkembangan kognitif yang dinyatakan oleh Jean Piaget. Pada peringkat kanak-kanak berumur di antara 7 hingga 11 tahun, mereka masih lagi memerlukan peristiwa-peristiwa dan objek-objek yang konkrit sebelum dapat menyelesaikan satu-satu masalah. Peringkat ini digelar peringkat operasi konkrit, Ee Ah Meng (1994). 31


4.0 OBJEKTIF KAJIAN Berikut adalah objektif umum dan objektif khusus bagi kajian ini. 4.1 Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatan kemahiran menambah dua nombor dengan mengumpul semula melalui penggunaan bahan tindakan yang menarik dan mudah digunakan. 4.2.1 Objektif Khusus i. Meningkatkan kemahiran murid menambah dua nombor dengan mengumpul semula melalui penggunaan Petak Zietato. ii. Membantu murid menyelesaikan soalan penambahan dua nombor dengan menggunakan Petak Zietato. 5.0 SOALAN KAJIAN i. Sejauhmanakah penggunaan Petak Zietato dapat menambahbaik amalan pengajaran guru dalam melaksanakan aktiviti pengajaran kepada murid tahun satu? ii. Adakah murid dapat meningkatkan kemahiran menambah dua nombor dengan mengumpul semula melalui penggunaan Petak Zietato? iii. Bagaimankah penggunaan Petak Zietato dapat membantu murid untuk menyelesaikan soalan penambahan dua nombor? 6.0 TINJAUAN LITERATUR Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji telah memberi fokus kepada penggunaan alat bantu mengajar (ABM). Bahan bantu mengajar (BBM) atau alat bantuan mengajar (ABM) merupakan segala atau suatu kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah (Brown J.W, 1983) Kesedaran dan penemuan yang selaras dengan kemajuan dan teknologi mempengaruhi pendekatan kepada penggunaan ABM. ABM amat penting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar untuk mengetahui sesuatu dan menjadikan pembelajaran lebih baik dan menarik (Lim et al., 2003). Justeru itu penggunaan ABM penting untuk mencapai objektif pembelajaran serta menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan berkesan (Allen, 2007). Menurut Patricia (2012) ABM adalah alat yang membantu guru membuat ilustrasi supaya prinsip matematik lebih mudah difahami, lebih kukuh dijelaskan atau lebih mendalam penerangannya. Maria Montessori yang merupakan pendidik dari Itali telah membuktikan kepentingan penggunaan ABM dalam pengingkatan penguasaan pelajar terhadap konsep matematik pada awal tahun 1990-an (Boggan et al., 2010). Penyelidik membina Petak Zietato bagi membantu meningkatkan kefahaman dan pencapaian murid terhadap operasi asas matematik. Petak Zietato merupakan ABM yang 32


menarik, dapat disentuh, dipegang dan diteroka sendiri oleh murid. Petak Zietato juga mudah digunakan, dibawa dan disimpan. Justeru itu tumpuan kepada penggunaan Petak Zietato sebagai ABM ini diharapkan dapat membantu murid meningkatkan pencapaian dan menarik minat mereka terhadap operasi asas matematik iaitu operasi tambah. Penggunan Petak Zietato mengaktifkan pergerakan psikomotor yang melibatkan kemahiran motor halus, iaitu kemahiran bermain yang menggunakan koordinasi mata dan tangan. Bersesuaian dengan teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baharu kepada apa yang mereka telah faham sebelum ini (Brooks & Brooks, 1993). Menurut McBrien dan Brandt (1997), kontruktivisme ditakrif sebagi satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada kajian tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakkan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain (McBrien & Brandt, 1997). 7.0 METOLOGI KAJIAN Model Kurt Lewin (1946) telah digunakan sebagai panduan kajian ini. 7.1 Reka Bentuk Kajian Menurut Lewin (1946), pelaksanaan kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkahlangkah (a spiral of steps) yang tersusun dan sistematik (Syed Ismail, Ismail, & Bushro, 2018). Model ini terdiri daripada empat langkah yang dimulakan dengan fasa merancang diikuti dengan bertindak, memerhati dan diakhiri dengan mereflek seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Rajah 1: Model Kurt Lewin (1946) Pengkaji memilih model Kurt Lewin (1946) kerana setiap proses langkah tindakan tersebut mudah difahami. Model ini juga sesuai dilaksanakan mengikut tempoh masa kajian tindakan yang dijalankan. Merancang Bertindak Memerhati Mereflek 33


7.2 Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang pelajar (4 orang perempuan dan 6 orang lelaki) Tahun 1 Iman yang menghadapi masalah dalam penambahan dua nombor. Kumpulan sasaran yang telah dikenal pasti ini diperolehi berpandukan hasil daripada keputusan ujian pra dan pemerhatian yang telah dijalankan terhadap pelajar 1 Iman. 7.3 Instrumen Kajian Kajian ini mengadaptasi soalan penambahan nombor bulat yang diambil mengikut aras pengetahuan yang berperingkat denga merujuk kepada Teori Taksonomi Bloom (1956) untuk mendapatkan maklumat aras pengetahuan daripada peserta kajian. Dimualai dengan ras yang paling rendah aiatu tahap pengetahuan sehingga ke aras yang paling tinggi. Hasil kajian kepustakaan, penyelidik mendapati tidak terdapat instrumrn soalan penambahan nombor bulat yang sedia ada dapat mengukur maklumat yang diperlukan untuk menjawab soalan kajian. Sehubungan itu, penyelidik telah membina instrument soalan penambahan nombor bulat dengan mengadaptasi instrumen dari soalan-soalan latihan yang pernah diberikan kepada murid. 8.0 PERANCANGAN TINDAKAN Pengkaji melaksanakan kajian tindakan ini dengan merujuk kepada Model Kurt Lewin (1946) supaya setiap perancangan dapat dijalankan dengan sistematik. 8.1 Tinjauan Awal: Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data berteraskan pendekatan di bawah: Pemerhatian Kaedah pemerhatian digunakan dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Di samping itu pemerhatian juga di buat melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan secara lisan, semakan kerja rumah dan latihan bertulis. Temu bual Temu bual ini dilakukan secara tidak formal. Ianya dijalankan terhadap murid-murid yang mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran ini. Ujian Pra Ujian pra dijalankan bagi menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid di dalam penambahan dua nombor. Ujian pra dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. 34


8.2 Analisis Tinjauan Masalah Tinjauan masalah kepada pelajar tahun 1 Iman. Ianya bagi mengenal pasti pelajar yang menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran penambahan dua nombor. Pelajar yang dikenal pasti telah menjadi kumpulan sasaran bagi kajian ini. Pemerhatian Hasil pemerhatian yang dibuat didapati 10 orang pelajar mempunyai masalah yang sama, di mana mereka menghadapi masalah dalam menuliskan jawapan yang betul. Wujudnya kekeliruan dalam penambahan dua nombor dengan mengumpul semula. Murid tidak boleh menambah jika memerlukan jumlahnya lebih daripada sepuluh. Contohnya 4 + 8 = 12. Temu bual Saya menemu bual secara tidak formal terhadap pelajar yang menghadapi masalah menguasai kemahiran ini. Dari temubual yang dibuat, didapati pelajar memberikan jawapan yang hampir sama. Dialog antara guru dan pelajar Guru : Suka belajar matematik? Pelajar : Suka. Guru : Boleh menambah dengan baik? Pelajar : Boleh tapi kalau nombor yang besar susahlah sikit. Guru : Cuba awak tambahkan 7 + 9. Berapa jawapannya? Pelajar : Susah lah cikgu. Ujian Pra Hasil dapatan ujian pra yang diperolehi adalah seperti dalam jadual di bawah: Jadual 1 : Analisis Ujian Pra Pelajar 1 Iman Jumlah Soalan Jumlah Jawapan Betul Bilangan Murid Peratus % Gred 10 soalan 10 – 8 5 21.74 A 7 – 6 8 34.78 B 5 – 4 0 0 C 3 – 2 4 17.39 D 1 – 0 6 26.09 E JUMLAH 23 100 Berdasarkan ujian pra, didapati seramai 13 orang (53.52%) pelajar berjaya memperoleh gred A dan B manakala 10 orang (43.48%) hanya memperoleh gred D dan E. Seramai 6 orang (26.09%) pelajar telah gagal. Walaupun jumlahnya tidak ramai, tetapi boleh dianggap serius jika tidak diambil tindakan segera memandangkan ianya merupakan kemahiran asas dalam Matematik. 35


8.3 PELAKSANAAN TINDAKAN 8.3.1 Bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran ini saya telah menjalankan 3 aktiviti bagi penggunaan Petak Zietato. Setiap sesi yang dijalankan mempunyai pemeringkatan pengajaran yang berbeza. Murid didedahkan dengan 5 soalan bagi menjurus kepada pemahaman penggunaan teknik ini. a) Aktiviti 1 Pengajaran dan pembelajaran menjurus kepada kedudukan nombor di Petak Zietato. Murid diminta mengira mengikut tertib menaik dan tertib menurun. Seterusnya murid didedahkan cara mengira menggunakan Petak Zietato bagi memperolehi jawapan. b) Aktiviti 2 Murid didedahkan dengan penggunaan Petak Zietato dalam mencari jawapan bagi soalan penambahan 2 nombor. c) Aktiviti 3 Semasa aktiviti 3 murid menggunakan Petak Zietato dalam mengira jawapan bagi penambahan 2 nombor. Murid akan diajar supaya mahir menggunakan Petak Zietato dalam mencari jawapan penambahan nombor yang diberikan. 9.0 DAPATAN KAJIAN Berdasarkan analisis dan interpretasi data yang telah dijalankan, pelaksanaan kajian tindakan ini dapat memberikan impak positif kepada pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam aktiviti yang dijalankan. Persoalan pertama kajian iaitu penekanan kepada meningkatkan kemahiran menambah dua nombor dengan mengumpul semula melalui penggunaan Petak Zietato dapat dibuktikan melalui instrument senarai semak hasil kerja murid dalam aktiviti yang dijalankan. Rajah 2: Graf bar perbandingan latihan yang diberikan selepas berakhirnya setiap aktiviti yang dijalankan. 0 1 2 3 4 5 6 A B C D E F G H I J Aktiviti 1 Aktiviti 2 Aktiviti 3 36


Hasil analisis ujian pra dan ujian pos menunjukkan Petak Zietato dapat membantu murid menyelesaikan soalan penambahan dua nombor dengan mengumpul semula. Hal ini dapat dilihat dalam jadual perbandingan ujian pos dan ujian pra.. Jadual 2 : Perbandingan pencapaian individu dalam ujian pra dan ujian pos MURID JUMLAH JAWAPAN YANG BETUL PERBEZAAN UJIAN PRA UJIAN POS Murid 1 0 9 9 Murid 2 0 10 10 Murid 3 1 10 9 Murid 4 1 10 9 Murid 5 1 10 9 Murid 6 1 10 9 Murid 7 2 10 8 Murid 8 2 10 8 Murid 9 3 10 9 Murid 10 3 10 9 Seterusnya, dapatan kajian ini juga disokong oleh temu bual terhadap murid sasaran selepas aktiviti dijalankan. Jadual 3: Dapatan temu bual terhadap murid sasaran Jawapan Temu Bual Murid “…seronok belajar tambah guna Petak Zietato” Hasil jawapan temu bual guru dalam Jadual 3 menunjukkan bahawa Petak Zietato telah berjaya membantu murid menambah dengan mengumpul semula. 10.0 REFLEKSI SELEPAS KAJIAN Sepanjang tempoh pelaksanaan penyelidikan kajian tindakan ini, pengkaji berupaya melaksanakan suatu refleksi kendiri bagi tujuan penambahbaikan amalan penyelidikan yang telah diaplikasikan sepanjang proses kajian dilaksanakan. Kajian ini dijalankan bagi mengatasi isu yang dihadapi oleh pengkaji setiap kali mengajar Matematik bagi topik penambahan dengan mengumpul semula. Pengkaji dapat mengenal pasti punca berlakunya kurangnya penguasaan murid disebabkan kesukaran murid menguasai kemahiran ini tanpa bantuan bahan bantu mengajar. 37


Bagi mengatasi permasalahan yang berlaku, pengkaji telah menjalankan kajian tindakan ini untuk meningkatkan penguasaan murid bagi penambahan dua nombor dengan mengumpul semula. Melalui penggunaan Petak Zietato, peserta kajian dapat menyelesaikan soalan penambahan tanpa mengumpul semula dengan betul dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mereka juga mampu menonjolkan minat terhadap pengajaran yang disampaikan. Sebagai kesimpulan, sepanjang melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji mampu membuat refleksi kendiri dan mengesan kelemahan yang perlu diperbaiki dan kekuatan yang perlu dipertingkatkan dalam amalan pengajaran sebagai seorang guru. Hal demikian kerana, sebagai seorang guru, pengkaji perlu menggunakan kepelbagaian pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian dengan tahap dan pencapaian serta kebolehan murid. Kajian juga membuktikan pelaksanaan aktiviti menggunakan Petak Zietato amat sesuai dan mampu dijalankan dengan baik sekiranya guru mempunyai perancangan aktiviti yang sistematik berbantukan bahan yang menarik. Kenyataan tersebut membuktikan bahawa melalui penggunaan Petak Zietato ini, pengkaji dapat menekankan nilai dan sikap kesungguhan murid dalam menyelesaikan soalan yang diberikan. 11.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya Keberkesanan Petak Zietato dalam meningkatkan tahap penguasaan kemahiran penambahan 2 nombor tidak dapat dinafikan. Berteraskan hasil dapatan kajian, membuktikan penggunaan Petak Zietato ini mampu mewujudkan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan semasa menyelesaikan latihan yang diberi. Kajian yang telah dijalankan sangat berguna dan menimbulkan impak positif kepada amalan PdP guru dan peserta kajian. Walaupun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan yang dapat disenaraikan melalui penggunaan bahan tindakan sepanjang pelaksanaan kajian ini. Oleh itu, cadangan tindakan susulan perlu dilaksanakan bagi memperoleh keberkesanan yang lebih efektif. Kelemahan yang dapat dikenal pasti ialah perlu membuat penanda bagi menunjukkan nombor yang ingin ditunjukkan oleh murid bagi memudahkan murid membuat pengiraan. Memadangkan ada di antara murid yang mempunyai jari yang bersaiz besar dan menutup keseluruhan nombor. Secara keseluruhannya, kajian tindakan yang dilaksanakan berbantukan bahan tindakan Petak Zietato adalah bagi mempertingakatan penguasaan kemahiran menambah dua nombor dengan mengumpul semula telah dapat dilaksanakan dengan baik. Hal ini demikian kerana, kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan sesuatu kurikulum bergantung kepada kefahaman dan penghayatan pelaksana di dalam bilik darjah (Rosmah & Mariani, 2014). Melalui pelaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji dapat menilai, menghurai dan memikirkan dengan menyeluruh segala aspek berkaitan permasalahan pengajaran dan pembelajaran yang dialami khususnya dalam pelaksanaan pengajaran topik penambahan. Pengkaji bercadang untuk memperluaskan penggunaanya Petak Zietato dalam penguasaan kemahiran penolakan 2 nombor. 38


RUJUKAN Ali (2017), Ali, S. R. B. (2017). Analysis of Numerical Understanding Analysis for Primary School. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 7(10), 713-728. https://doi.org/10.6007/IJARBSS/v7-i10/3427 Allen Rubin. (2007). Improving The Teaching of Evidence – Basic Practise: Introduction To The Special Issue. SAGE Journals, Research on Social Work Practice. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Bakar, K. A., Yunus, F., Mohamed, S., & Karim, A. A. (2020). Addition concept through the lenses of young children: creating visual representation with digital cameras. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 16(6), em1854. https://doi.org/10.29333/ejmste/7950 Boggan, M., Harpe S., Whitmie, A. (2010). Using Manipulatives To Teach Elementary Mathematics. Journal of Instructional Pedagogies. Brooks, J. G. & Brooks, M. G. (1993). In Search of Understanding: The Case for Constructivitist Classroom. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development Ee Ah Meng. (1994). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Matematik Tahun 2. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 2. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Lim, S., Fatimah Salleh & Munirah Ghazali. (2003). Alat Bantu Mengajar Matematik. Pahang: PTS Publications & Distributors. Marhaban dan Masnan (2020), Marhaban, I. M., & Masnan, A. H. (2020). Keberkesanan alat inovasi 2c (clip & count) dalam aktiviti operasi tambah terhadap kanak-kanak tadika. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 9, 127-142. Marzita.P, Cahn.Y.L, Gobi.K, .(2018). Matematik Tahun 3 Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ngan, J. I. (2011). Penggunaan Kaedah Jari Dalam Penguasaan Kemahiran Penolakan Fakta Asas Murid Tahun Dua. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP MT amb. Januari 2008, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011, 123-136. Nurul Amalina Jajuli. (2018). Pembinaan Dan Keberkesanan Pembaris Garis Nombor Terhadap Pencapaian Operasi Asas Matematik Dalam Kalangan Murid Pra Sekolah. Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 39


McBrien, J. L & Brandt, R. S. (1997). The Language of Learning: A Guide to Education Terms. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development. Mohd Amin, M. N., Mohd Faeez, I., Kaltom., &, Muhammad Syakir Sulaiman, M. A. (2016). Inisiatif dan Usaha Guru Dalam Meningkatkan Pengetahuan Semasa Penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Journal Of Social and Humanities, 3(3), 133-144 Mullis, I. V. S., Martin, M. O., Foy, P., Kelly, D. L., & Fishbein, B. (2020). TIMSS 2019 International Results in Mathematics and Science. https://timssandpirls.bc.edu/timss2019/international-results/ Omar et al. (2017 Omar, M. S., Saad, N. S., & Dollah, M. U. (2017). Penggunaan bahan bantu mengajar guru matematik sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 7, 32-46. Patricia Alfina Jelawai Enggu. (2012). Penggunaan Teknik “Magic Tree” Dalam Mengajar Konsep Asas Penolakan Murid Pemulihan Tahun Dua. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL, Tahun 2012, 38-50. Rosinah Edinin. (2019). Penyelidikan Tindakan: Kaedah & Penulisan. Kuala Lumpur: www.PelangiBooks.com Rosmah, A., & Mariani, M. (2014). Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh Guru Prasekolah. Jurnal Peradaban, 7(1), 40-68. Ruby Rosly. (2019). Praktis Pentaksiran DSKP Matematik Tahun 3. Kuala Lumpur: Ilmu Bakti Siti Raihamah Ali. (2014). Analisis Kefahaman Numerasi Murid Sekolah Rendah. Tesis PhD, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Syed Ismail, S., Ismail, R., & Bushro, A. (2018). Asas Penyelidikan dalam Pendidikan. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd. Tan Pei Pei, (2022). Praktis Pintar Matematik Tahun 3. Selangor: Pelangi Watson, S. M. R., Lopes, J., Oliveira, C., & Judge, S. (2018). Error patterns in Portuguese students’ addition and subtraction calculation tasks. Journal for Multicultural Education, 12(1), 67-82. https://doi.org/10.1108/jme-01-2017-0002 40


LAMPIRAN Contoh Petak Zietato yang digunakan oleh murid. Pelajar menggunakan Petak Zietato untuk membuat pengiraan. 41


MUHAMMAD NUR ASNAWI BIN ROMLY SK POS MUSOH LANDING ZONE MENINGKATKAN PENGUASAAN KOSA KATA PEMBELAJARAN TRILINGUAL DALAM KALANGAN MURID ORANG ASLI SEMAI TAHUN 1 42


MENINGKATKAN PENGUASAAN KOSA KATA PEMBELAJARAN TRILINGUAL DALAM KALANGAN MURID ORANG ASLI SEMAI TAHUN 1 MUHAMMAD NUR ASNAWI BIN ROMLY Sekolah Kebangsaan Pos Musoh Landing Zone, Tapah, Perak [email protected] ABSTRAK Bahasa Semai merupakan bahasa ibunda bagi murid di sekolah saya, manakala Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pula merupakan bahasa asing bagi murid saya. Ketiga-tiga mata pelajaran ini terkandung di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan diajar di sekolah saya. Di dalam kelas saya, di dapati bahawa terdapat 10 orang murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran bagi ketiga-tiga mata pelajaran bahasa tersebut. Tujuan saya menjalankan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan intervensi Kit 3B (Belajar, Bermain dan Bermakna) dalam meningkatkan penguasaan kosa kata pembelajaran trilingual kepada murid. Ketiadaan bahan yang dapat menyokong proses pembelajaran murid terhadap Bahasa Semai, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris secara serentak turut mendorong pelaksanaan kajian ini. Metodologi yang digunakan dalan kajian ini adalah kajian tindakan yang melibatkan pemerhatian, refleksi, perancangan dan tindakan. Hasil refleksi menunjukkan bahawa murid tidak menguasai pengetahuan asas terhadap bahasa secara menyeluruh, tidak mendapat input yang betul semasa sesi PdP, dan murid tidak memahami maksud perkataan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris kerana guru tidak dapat memberikan penerangan maksud dalam Bahasa Semai. Selepas intervensi dilaksanakan, didapati bahawa terdapat pencapaian murid yang ketara dalam memahami dan menguasai kosa kata dalam ketiga-tiga bahasa tersebut. Penggunaan Kit 3B berjaya meningkatkan tahap penguasaan kosa kata pembelajaran trilingual murid. Guru juga lebih bermotivasi dan berasa yakin dengan keupayaan diri dalam menyampaikan isi pengajaran. Berdasarkan dapatan ini, disimpulkan bahawa penggunaan bahan bantu belajar yang menarik bukan sahaja dapat menarik minat murid, malah dapat meningkatkan pemahaman murid dalam pembelajaran trilingual. Oleh yang demikian, saya akan terus menggunakan kaedah tersebut bagi kumpulan murid yang akan datang. Kata kunci: kit bahan bantu belajar, pembelajaran trilingual, Orang Asli Semai PENDAHULUAN Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Musoh Landing Zone merupakan sebuah Sekolah Murid Orang Asli (SMOA) berstatus pedalaman 2 di daerah Batang Padang, Perak. Murid-murid di SK Pos Musoh Landing Zone ini tinggal di perkampungan Orang Asli yang terletak di sekitar kawasan sekolah iaitu di Kampung Pos Musoh, Kampung Lubuk Gaharu dan Kampung Woh Intake yang mana penghuni dan kawasan perkampungan tersebut adalah terdiri daripada masyarakat Orang Asli Semai. Murid-murid Orang Asli ini lebih selesa bertutur dengan menggunakan bahasa ibunda mereka iaitu Bahasa Semai manakala Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dianggap sekadar bahasa perhubungan yang digunakan secara santai (Chew, 2016). Mengajar di SMOA ini adalah satu cabaran yang besar bagi saya sebagai guru Melayu yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan dan kemahiran asas berkaitan Bahasa Semai. Namun ianya bukanlah penghalang saya untuk terus bertindak melakukan intervensi yang terbaik demi mendedahkan pembelajaran trilingual kepada murid-murid saya. Bagi sebuah sekolah kurang murid (SKM) seseorang guru terpaksa mengajar mata pelajaran yang pelbagai. Kebetulan saya telah ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Semai, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bagi tujuan meningkatkan pencapaian murid bagi kosa kata pembelajaran trilingual, pelaksanaan kajian tindakan adalah penting untuk memperbaiki amalan dalam pengajaran dan 43


pembelajaran guru dalam bilik darjah agar murid tidak tercicir. Menurut Alia dan Norwaliza (2021), murid-murid Orang Asli menganggap pendidikan bukan satu hal yang serius kerana hidup mereka hanya berdasarkan pada kefahaman dan keselesaan dalam ruang lingkup mereka sahaja. Perkara ini menyebabkan mereka akan ketinggalan dalam pembelajaran dan sukar untuk memahami semula pelajaran tersebut. Antara faktor yang menyebabkan keciciran masyarakat ini ialah kegagalan masyarakat Orang Asli untuk beradaptasi dengan kaum yang lain, kurikulum sekolah yang diajar tidak sesuai dengan budaya masyarakat Orang Asli, stereotaip orang Melayu terhadap Orang Asli dan sikap ibu bapa (Juli, 2006). Justeru itu, satu usaha perlu dilakukan bagi memantapkan pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Pernyataan Masalah/Isu Saya mendapati murid masih belum mempunyai kosa kata yang meluas bagi pembelajaran trilingual dan menyukarkan proses penyebaran ilmu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris berlaku. Ketiadaan pendidikan awal kanak-kanak seperti prasekolah di sekolah saya juga sedikit sebanyak menyumbang kepada kejanggalan penerimaan murid terhadap bahasa asing yang sekiranya tidak ditangani sejak dari tahun satu akan menyebabkan mereka tidak berminat dengan mata pelajaran tersebut pada masa akan datang. Hasil perbincangan dan analisis melalui instrumen kajian telah berjaya mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dan guru iaitu:- a) Guru tidak mempunyai pengetahuan asas tentang bahasa Semai. b) Murid tidak dapat memantapkan pengetahuan asas mereka terhadap bahasa Melayu dan bahasa Inggeris secara menyeluruh. c) Murid tidak mendapat input yang betul dan tepat semasa sesi PdP bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. d) Masa sesi PdP bahasa Melayu atau bahasa Inggeris tidak dapat digunakan secara optimum oleh guru. e) Masalah murid tidak memahami maksud perkataan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris kerana guru tidak dapat memberi penerangan maksud dengan menggunakan perkataan dalam bahasa Semai. Berdasarkan pemerhatian dalam bilik darjah pula mendapati bahawa murid tidak bermotivasi, tidak fokus, tidak memberikan respon dan berbual sesama rakan mereka semasa sesi PdP sedang dijalankan. Kekeliruan bahasa juga menyebabkan insiden lucu berlaku di mana ketika saya sedang menulis perkataan ‘tajuk’ di papan putih bagi memperkenalkan tajuk isi pelajaran pada hari tersebut ketika mengajar Bahasa Melayu, murid-murid tahun satu tersebut tiba-tiba ketawa. Rupa-rupanya setelah bertanya kepada mereka barulah saya mengetahui bahawa perkataan ‘tajuk’ dalam Bahasa Semai membawa maksud ‘ular’ dan bukannya tajuk seperti dalam Bahasa Melayu. Ketika mengajar Bahasa Inggeris pula saya mengalami masalah bagi menerangkan perkataan tersebut. Hal ini kerana murid-murid di tahun satu masih lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu mereka dan bergantung kepada Bahasa Semai. Mahu tidak mahu saya perlu menerangkan perkataan tersebut ke dalam Bahasa Semai. Saya juga mengalami masalah kerana tidak mempunyai asas dalam Bahasa Semai. Hal ini menyebabkan sesi PdP tidak dapat berjalan lancar. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, saya akan menghadapi kesukaran untuk mengajar dan menerangkan berkaitan kosa kata yang seterusnya dan murid juga akan menghadapi kesukaran untuk mengikuti pembelajaran serta mula berasa bosan kerana mereka tidak memahami maksud perkataan tersebut. Murid-murid tahun satu ini sepatutnya perlu ditarik minat dan perhatian mereka agar mereka tidak ketinggalan semasa mengikuti PdP yang lebih mencabar nanti. 44


FOKUS KAJIAN Pemilihan Fokus Kajian dan Pengumpulan Data Awal Saya telah mengenal pasti masalah melalui beberapa instrumen kajian seperti ujian, soal selidik, pemerhatian, temu bual dan catatan jurnal di lapangan iaitu semasa sesi PdP dijalankan. Selain itu, saya juga telah melakukan sesi perbincangan bersama panitia yang melibatkan panitia Bahasa Semai, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Perbincangan ini bagi mengkaji masalah yang timbul dalam pembelajaran bahasa dalam kalangan murid Orang Asli Semai. Tindakan Berdasarkan kepada isu yang dihadapi saya melaksanakan kajian tindakan berdasarkan model Kemmis & McTaggart (1988) yang telah diadaptasi (Rajah 1) yang melibatkan proses memerhati, refleksi, merancang dan tindakan. Rajah 1: Model Kajian Tindakan (adaptasi Kemmis & McTaggart 1988) OBJEKTIF KAJIAN Tujuan Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata pembelajaran trilingual dalam kalangan murid Orang Asli Semai tahun 1. Objektif Objektif kajian ini adalah: 1. Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat murid Orang Asli Semai dalam pembelajaran trilingual. 2. Meningkatkan penguasaan kosa kata pembelajaran trilingual murid melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan. 3. Meningkatkan keyakinan serta motivasi guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap murid yang berbeza bahasa. 45


Batasan Kajian Dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasi kerana data yang diperolehi hanya melibatkan amalan dalam bilik darjah saya sendiri. Semua responden yang terlibat dalam kajian ini adalah murid saya sendiri. PESERTA KAJIAN Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah murid tahun 1 Perdana. Mereka terdiri daripada 10 orang responden iaitu 4 orang responden perempuan dan 6 orang responden lelaki. TINJAUAN LITERATUR Berdasarkan kepada isu yang diperhatikan dalam bilik darjah, saya telah merujuk kepada kaedah bahasa komuniti dan aplikasi intervensi menggunakan bahan bantu belajar dalam sesi PdP. Kaedah Bahasa Komuniti Pembelajaran bahasa komuniti atau ‘Community Language Learning’ merupakan cara pembelajaran bahasa yang diasaskan oleh Charles A. Curran bersama dengan rakan-rakannya. Pada tahun 1983, La Forge yang merupakan murid Curran pula meluaskan teori CLL. Kamaruddin (1990), menyatakan dalam pembelajaran bahasa ini dianggap sebagai ‘social process’. Teori ini merupakan kesinambungan yang bermula pada peringkat penglahiran, berdikari, boleh ditegur dan dikritik dan penguasaan gaya. Menurut P.Nagaraj (2009) pula menyatakan melalui teori ini guru memahami kebimbangan murid dalam mempelajari bahasa asing. Kaedah ini amat berkait rapat dengan amalan pengajaran bahasa asing. Pendekatan bahasa komuniti berkait rapat dengan amalan pengajaran bahasa asing yang disebut sebagai teknik kemanusiaan. Teknik ini menganggap murid sebagai manusia yangmempunyai emosi dan perasaan di samping pengetahuan linguistik dan kemahiran tingkahlaku. Curran tidak banyak menulis tentang teori bahasa komuniti ini. La Forge (1983), seorang muridnya cuba meluaskan teori CLL. Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat dan model-model abstrak bahasa. Seseorang murid yang belajar bahasa perlu memahami sistem bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu. Berdasarkan pengamatan beberapa orang tokoh dan pendokong pendekatan ini, terdapat lima peringkat cara pendekatan ini digunakan iaitu: a) Peringkat pertama yang dikenali sebagai peringkat kelahiran, iaitu semangat kekitaandan perasaan keselamatan dipupuk. b) Peringkat kedua iaitu kebolehan murid meningkat maju dan mula berdikari daripada ibubapa. c) Peringkat ketiga dimana murid bebas bercakap dan membina identiti sendiri. d) Peringkat keempat dimana murid berasa selamat dikritik. e) Peringkat kelima, murid memajukan gaya dan pengetahuan linguistik yang sesuai. Pada peringkat ini murid mengetahui semua yang diajarkan dan bersedia menjadi pengajar kepada orang lain. Pendekatan ini juga menekankan bahawa kejayaan menguasai bahasa berkait rapat dengan keadaan hubungan baik guru dengan murid dan sesama murid. Pembelajaran 46


dianggap sebagai satu pengalaman yang bersepadu, bersifat peribadi dan bermasyarakat. Murid tidak digalakkan belajar bersendirian dan terasing daripada murid lain. Curren menekankan kemesraan, pemahaman dan penilaian yang positif terhadap diri dan orang lain. Kesimpulannya, pendekatan ini menggunakan psikologi dalam kaunseling atau dikenali juga sebagai teknik kemanusiaan. Penggunaan Bahan Bantu Belajar dalam Pembelajaran Trilingual Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan berlaku sekiranya guru berjaya membuat murid memahami konsep abstrak menggunakan bahan yang nyata (Skarky 2020), iaitu dengan menggunakan bahan bantu belajar. Bahan bantu belaajr boleh membantu murid memahami pembelajaran dengan lebih mudah (Ririn et al. 2018). Menurut Charlie (2008), bahan bantu belajar sama ada elektronik atau bukan elektronik adalah bahan sokongan yang penting untuk meningkatkan kefahaman murid-murid di samping mengekalkan minat belajar. Selain itu, bahan bantu belajar juga dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan. Proses pengajaran yang disertakan juga dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan. Dale (1969) menyatakan bahawa pengajaran dapat ditingkatkan dengan berkesan bila dibantu dengan media yang membolehkan pengalaman dalam ingatan. Penglibatan melalui pengalaman merupakan cara yang paling berkesan dalam pembelajaran (Charlie, 2008). Penggunaan bahan bantu belajar menyebabkan murid terlibat secara aktif semasa pembelajaran berlangsung (Adamson & Lewis, 2017). Penggunaan bahan bantu belajar juga mampu mewujudkan tumpuan murid sepanjang proses PdP serta berupaya meningkatkan pembelajaran yang cekap (Jasmi et. al., 2011). Strategi pengajaran yang murid dapat mengingat ialah melalui penggunaan bahan bantu belajar yang melibatkan gambar dan visual (Abdullah et. al., 2015). Berdasarkan kepada literatur ini, saya menggunakan elemen belajar sambil bermain bagi melahirkan pembelajaran bermakna kepada murid untuk meningkatkan penguasaan kosa kata pembelajaran trilingual murid. Motivasi Kepada Guru dan Murid Kajian ini didasari oleh Teori Motivasi Dua Faktor Herzberg oleh Frederick Herzberg (1957). Teori yang menumpukan kepada keadaan tempat kerja dalam menentukan tahap kepuasan kerja ini menggabungkan ‘Motivasi’ yang diistilahkan sebagai faktor ‘intrinsik’ iaitu dalaman dan faktor ‘hygienie’ sebagai faktor ekstrinsik (luaran). Kefungsian keluarga jelas mempengaruhi motivasi pencapaian individu dalam pelbagai aspek (Ahmad Khairuddin et. al., 2018). Murid bermotivasi untuk belajar jika mereka dilibatkan secara aktif dalam proses pembelajaran dan berupaya meningkatkan pengetahuan dalam proses pembelajaran dan berupaya meningkatkan pengetahuan dalam kemahiran sedia ada (Muhammad Faizal & Julie Williams, 2014). Guru adalah jentera terpenting dalam memastikan proses pendidikan berjalan mengikut acuan yang diingini. Dengan situasi dunia yang mementingkan pendidikan, guru juga berdepan dengan pelbagai isu dan masalah yang mencabar dalam mendidik anak bangsa (Zamri, 2014). Ketegangan yang berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi seseorang seperti hilang keyakinan, capat meradang, agresif, fikiran menjadi berstruktur dan hilang daya konsentrasi ( Raja Maria Diana Raja Ali, 2011). Malahan guru yang gagal mengawal diri akan memberi kesan bukan sahaja kepada perhubungan antara guru dengan pelajar, malah kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran guru itu sendiri (Sapora, 2010). Ganjaran banyak membantu murid-murid aktif di dalam sesuatu sesi PdP (Zamri, 2021). 47


Click to View FlipBook Version