The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Khaizairi Jojie, 2024-06-29 11:41:57

E-BUKU PANDUAN PELAJAR UC TATI

E-BUKU PANDUAN PELAJAR UC TATI

ii Syarikat Percetakan BUKU PANDUAN PELAJAR Cetakan / Printing Hak cipta / Copyright UC TATI, 2022 Pihak Pengurusan University College TATI sedaya upaya sudah memastikan bahawa Buku Panduan ini adalah tepat pada masa diterbitkan. Buku ini bermaksud untuk memberikan panduan kepada pelajar tentang perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan serta peraturan yang berkuatkuasa dan tidak dimaksudkan sebagai satu ikatan kontrak. Pengurusan Universiti berhak meminda peraturan, perkhidmatan dan kemudahan tanpa sebarang notis. Diterbitkan di Malaysia oleh : JABATAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI University College TATI, Teluk Kalong, 24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman, MALAYSIA. Semua pertanyaan hendaklah diajukan kepada : Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni Telefon : 09-860 1017 Faks : 09-860 1112 Reka Bentuk dan dicetak oleh: 144692-D Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Lot Sk. 53, Kawasan Perindustrian Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu Tel: 609-666 8611 / 8652 / 8601 Faks: 609-666 0611 / 0063 E-mail: [email protected] II


iii BUKU PANDUAN PELAJAR KANDUNGAN 5 • Kata Alu-Aluan Rektor, UC TATI 6 • Kata Alu-Aluan Dekan Jabatan HEPA, UC TATI 7 • Misi, Visi Dan Matlamat Penubuhan UC TATI 10 • Pengenalan Jabatan HEPA 10 • Objektif Jabatan HEPA 11 • Prinsip 6C Pembangunan Pelajar UC TATI 12 • Fungsi Jabatan HEPA 43 • Peraturan Asrama UC TATI 59 • Kaedah-Kaedah University College TATI (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2016 89 • Etika Penampilan Pelajar UC TATI 95 • Akuan Pelajar III


iv BUKU PANDUAN PELAJAR Ciptaan logo ini terbahagi kepada 2 elemen 1) Segiempat – pada bahagian atas 2) Segiempat – pada bahagian bawah SEGIEMPAT PADA BAHAGIAN ATAS • Lambang ‘Mata Pen’ membawa maksud wujud sebuah institusi teknologi tinggi khusus melahirkan sumber tenaga yang berkualiti dan cekap sesuai dengan matlamat Wawasan 2020. • Ini juga bermaksud menuju ke satu tingkat yang terjamin dari segala bentuk yang diusahakan. • Empat bucu yang terdapat dalam logo ini adalah 4 objektif utama UC TATI. • Keris atau kilat lambing korporat membawa kepada ketajaman fikiran dan daya kreatif pelajar untuk mencapai tahap di peringkat HI-TECH dan PRECISION TECHNOLOGY. • Disebalik kilat keris terdapat bayang-bayang manusia memainkan peranan yang penting yang lahir dari bidang latihan dan kemahiran. SEGIEMPAT BAHAGIAN BAWAH • Dua pecahan berwarna merah melambangkan 2 objektif utama yang bertemakan HIGH PRECISION dan HI-TECH MAKSUD WARNA MERAH - Semangat berjuang dan daya tahan yang kental BIRU - Peningkatan sumber inspirasi dan motivasi serta berdaya maju. HITAM - Cita-cita yang ada dan berjaya saing PUTIH - Kejayaan yang diperoleh melalui amalan bersih, suci dan ikhlas serta berkeyakinan yang teguh. Pencipta : Haji Jaafar bin Muhamad Ali IV


5 Sekian. BUKU PANDUAN PELAJAR KATA ALU-ALUAN Rektor, University College TATI Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Selamat datang ke UC TATI. Saya mengucapkan tahniah di atas kejayaan melanjutkan pengajian di University College TATI (UC TATI). Saudara-saudari kini telah menjadi warga baru UC TATI yang menjadi tonggak kebanggaan rakyat dan negara. Kejayaan melanjutkan pengajian di UC TATI adalah satu peluang yang perlu dimanfaatkan sebaiknya. Proses pembelajaran di UC TATI menyediakan pelbagai kemudahan dalam suasana yang kondusif untuk para pelajar mencungkil potensi diri bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah diri. Oleh yang demikian, terpulang kepada mahasiswa/wi untuk terus memajukan diri dan menjadi modal insan yang boleh menyumbang kepada kamajuan bangsa, agama dan negara. Sebagai sebuah Kolej Universiti yang semakin membangun, UC TATI sentiasa menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif bagi melahirkan mahasiswa yang cemerlang. Peranan dan sumbangan mahasiswa/wi penting dalam menjayakan agenda UC TATI untuk menjadi Universiti Penuh pada masa akan datang. Justeru itu, sepanjang tempoh pembelajaran, penglibatan Mahasiswa/ wi dalam mendukung visi dan misi UC TATI akan dibimbing oleh para akademik dan ilmuwan UC TATI. Saya berharap, mahasiswa/wi dapat mempelbagaikan kemahiran dengan menyertai aktiviti akademik dan kokurikulum sama ada di peringkat fakulti, kolej kediaman dan persatuan pelajar. Saya juga berharap, mahasiswa/wi dapat memberi sumbangan yang bermakna kepada UC TATI untuk menjadi sebuah universiti terulung pada masa akan datang. PROF. DR. ANUAR BIN AHMAD REKTOR UNIVERSITY COLLEGE TATI 5


6 BUKU PANDUAN PELAJAR KATA ALU-ALUAN Dekan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Terlebih dahulu, saya mengucapkan tahniah kepada saudara-saudari kerana telah berjaya untuk meneruskan pencarian ilmu di peringkat pengajian tinggi. Saya berbesar hati mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan saudara-saudari ke University College TATI (UC TATI). Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni menyediakan pelbagai kemudahan, bantuan dan persekitaran ilmu yang kondusif untuk membantu saudara-saudari mempersiapkan diri menjadi seorang graduan yang cemerlang dan holistik untuk mendepani cabaran revolusi kejuruteraan 4.0 (IR 4.0). UC TATI bersedia dan berusaha menyediakan generasi masa hadapan yang akan mewarisi negara ini. Saudara-saudari adalah pewaris generasi masa hadapan hendaklah memberikan tumpuan dan menggunakan peluang semaksimum yang boleh semasa berada di UC TATI. Dalam tempoh masa yang diberikan saudara-saudari perlu mempersiapkan diri supaya dapat berubah bersama arus perubahan ekonomi negara yang berasaskan kepada pengetahuan dan inovasi. Setiap Mahasiswa dan Mahasiswi UC TATI perlulah mempunyai dan menghayati dua belas nilai teras yang diterapkan kepada semua warga UC TATI iaitu; integriti, akauntabiliti, penyampaian yang efisien, bijaksana, komited, proaktif, menepati masa, menjaga kebersihan, kreatif & inovatif, saling menghormati, bekerjasama dan pembelajaran berterusan. Budaya kualiti dan inovasi yang merupakan faktor utama dalam menentukan kecemerlangan, daya saing dan kejayaan setiap individu, institusi dan negara Sekian. ENCIK SYAHRUL ‘ALIM BIN BAHARUDDIN DEKAN, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UNIVERSITY COLLEGE TATI 6


7 BUKU PANDUAN PELAJAR VISI MENJADI SEBUAH INSTITUSI PENDIDIKAN DAN TEKNOLOGI BAGI MELAHIRKAN PEMIMPIN MASA DEPAN MISI UNTUK MENYAMPAIKAN PUSAT PENDIDIKAN PELAJAR YANG MENGHASILKAN GRADUAN YANG HOLISTIK DAN BERDAYA SAING YANG MEMASUKI INDUSTRI DENGAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI DAN KEPEMIMPINAN YANG KUAT DAN BERSEDIA UNTUK KEHIDUPAN YANG BENAR-BENAR BERJAYA MATLAMAT PENUBUHAN UC TATI • UNTUK MELAHIRKAN TENAGA MAHIR BERTERASKAN TEKNOLOGI TERKINI • UNTUK MELAHIRKAN GENERASI INDIVIDU YANG KREATIF DAN INOVATIF • UNTUK MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT • UNTUK MENYEMAI AMALAN PEMBANGUNAN KELESTARIAN 7


8 BUKU PANDUAN PELAJAR LATAR BELAKANG UC TATI University College TATI (UC TATI) merupakan sebuah Institut pengajian tinggi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu pada 11 Jun 1993. Mula dikenali sebagai Terengganu Advance Technical Institute College sebelum dinaiktaraf kepada Kolej Universiti TATI pada tahun 2007. Misi UC TATI adalah untuk menjadi universiti berteraskan industri yang dapat melahirkan teknokrat dan profesional berkemahiran tinggi serta bersahsiah seiring dengan teknologi terkini. Penubuhan UC TATI bertujuan untuk melahirkan technologist dan juruteknik yang berkemahiran tinggi bagi memenuhi pelan perindustrian Negara selain memberi alternatif kepada pelajar yang cenderung kepada pembelajaran secara praktikal. UC TATI beroperasi di kawasan Industri Petro-Chemical, Teluk Kalong dan berhampiran industri minyak dan Gas Petronas, Kerteh yang sememangnya objektif penubuhannya adalah bagi membantu pembangunan industri minyak dan gas Terengganu khususnya. Ini juga member kelebihan kepada para pelajar UC TATI untuk melihat sendiri industri yang ada disekitar dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam bidang-bidang tersebut. Pembelajaran yang dilaksanakan di UC TATI adalah secara ‘lab intensive’ atau ‘practical oriented’ yang memberi lebih penekanan kepada amali kursus-kursus yang ditawarkan menyatukan teori dan amali mengikut keperluan industri. Keunikan sistem pembelajaran yang dijalankan di UC TATI ini yang menggunapakai sistem ‘fachhochshule’ dari Jerman bukan sahaja mampu menghasilkan kualiti graduan yang tinggi malah memenuhi keperluan serta pasaran guna tenaga pekerja berkemahiran tinggi di industri. UC TATI juga telah meraih kejayaan besar dalam pertandingan-pertandingan Penyelidikan & Inovasi yang disertai samada di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa. Antara kejayaan yang telah kecapi UC TATI adalah memenangi pingat emas, perak dan gangsa dalam Pameran Reka Cipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada setiap tahun. UC TATI Racing Team (TRT) mendapat tempat ke-2 keseluruhan dalam pertandingan EIMA RACE dan telah memenangi kategori “Best Design” dalam Pertandingan Formula Varsity 2015. Minggu Penyelidikan & pertandingan Inovasi UNISZA 2015. Selain itu juga, UC TATI telah mendapat tempat 4 terbaik dalam Chem-E-Car 2015 dan telah mendapat 2 pingat gangsa dalam Pecipta 2015. Selain hebat dalam Penyelidikan dan Inovasi, UC TATI juga telah berjaya menjadi johan bagi kejohanan Bola Sepak Zon Timur 2015, Menjadi tuan rumah bagi penganjuran Kejohanan MASISWA Zon Timur sebanyak 2 kali pada tahun 2015 dan 2019. UC TATI juga pernah mencipta kejayaan mendapat pingat perak dalam acara silat olahraga dengan mendapat pingat perak di Kejohanan Sukan IPT (SUKIPT) pada tahun 8


9 BUKU PANDUAN PELAJAR 2016. Selain aktif dalam bidang sukan, UC TATI juga turut menyokong program-program Corporate Social Responsibility (CSR) dengan menghantar 3 pelajar UC TATI ke Laos, Indonesia dan Thailand di bawah Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dan Kementerian Belia & Sukan (KBS). Kesimpulannya, sejarah telah menunjukkan bahawa UC TATI sentiasa berusaha meningkatkan taraf pendidikan dan melahirkan modal insan yang mempunyai kualiti hidup dan sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan diri. Tiada siapa dapat menyangkal bahawa pendidikan merupakan batu loncatan untuk industri yang ingin maju. Justeru itu, peranan UC TATI mampu memacu pembangunan bangsa ke arah tahap yang sama dengan Negara-negara maju di dunia seiring dengan slogan UC TATI ‘Memacu Teknologi Terkini Demi Kehidupan Lestari’ 9


10 BUKU PANDUAN PELAJAR PENGENALAN HEPA Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) diwujudkan bagi berperanan untuk mendokong Misi UC TATI bagi melahirkan graduan yang cemerlang dan berkualiti. Jesteru itu, Jabatan HEPA di UC TATI bukan sahaja diwujudkan bagi menjaga kebajikan pelajar semata-mata malah jauh lebih dari itu berusaha untuk melahirkan tenaga mahir yang mempunyai keseimbangan dari segi sahsiah, ilmu dan kemahiran selaras dengan wawasan Negara melalui aktiviti-aktiviti serta khidmat-khidmat yang diberikan kepada pelajar di UC TATI. OBJEKTIF JABATAN KERJA Mendokong misi UC TATI bagi melahirkan graduan UC TATI bukan sahaja cemerlang dalam bidang teknikal malah cemerlang dari segi sahsiah. 1. Mendokong misi UC TATI bagi melahirkan graduan UC TATI bukan sahaja cemerlang dalam bidang teknikal malah cemerlang dari segi sahsiah. 2. Menyediakan kemudahan-kemudahan yang berkaitan dengan kehidupan pelajar di Kampus UC TATI dengan mencukupi bagi menjamin keselesaan pelajar. 3. Membantu bagi mewujudkan generasi pelajar UC TATI yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi serta mempunyai sifat-sifat penyayang dan bersedia untuk berbakti kepada masyarakat. 4. Memelihara keharmonian dan kesentosaan dalam kehidupan pelajar di Kampus UC TATI. 5. Memberi khidmat nasihat dan bimbingan bagi peningkatan diri para pelajar pada setiap masa. 10


11 BUKU PANDUAN PELAJAR JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI PRINSIP 6C PEMBANGUNAN PELAJAR UC TATI CEMERLANG AKADEMIK Berupaya melahirkan generasi pelajar yang mampu mencapai dan mengutamakan kecemerlangan pembelajaran sepanjang hayat. 6C PEMBANGUNAN PELAJAR UC TATI CEMERLANG ROHANI Membentuk generasi yang bersifat wasatiyah dalam kehidupan di dunia dan akhirat serta sentiasa berusaha memberi manfaat dan kebaikan dalam setiap apa yang dilakukan. Cemerlang Akademik Cemerlang Rohani CEMERLANG EMOSI Cemerlang Emosi Cemerlang Cemerlang Cemerlang Fizikal Melahirkan generasi yang berkebolehan memantau, menilai dan mengawal emosi dalam membantu proses pemikiran dan membuat keputusan bagi memperkembangkan kemahiran intelktual dan emosi. Sosial CEMERLANG SOSIAL Membentuk perkembangan keperibadian sosial sehingga menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab dan efektif serta berkemampuan untuk yang memahami dan mengadakan hubungan sesama manusia. Kemahiran insaniah CEMERLANG KEMAHIRAN INSANIAH Untuk membentuk generasi cemerlang dalam kemahiran generik seperti kemahiran kepimpinan, semangat ‘teamwork’, komunikasi dan berfikiran kritis. CEMERLANG FIZIKAL Berkeupayaan melaksankan tugasan harian dengan cekap, cerdas dan cergas secara optimun. 11


12 BUKU PANDUAN PELAJAR FUNGSI JABATAN HEPA PENGINAPAN PELAJAR AKTIVITI PELAJAR SUKAN DAN REKREASI PELAJAR KESENIAN & KEBUDAYAAN PELAJAR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (HEPA) KEBAJIKAN PELAJAR LATIHAN KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR KAUNSELING DAN PANDUAN KERJAYA RANGKAIAN ALUMNI 12


13 BUKU PANDUAN PELAJAR Seksyen Perkhidmatan dan Pentadbiran Unit-unit yang terdapat di bawah bahagian ini ialah ➢ Unit Pinjaman ➢ Unit Kaunseling dan Rundingcara ➢ Unit Kerjaya ➢ Unit Pentadbiran Unit Pinjaman • Unit Pinjaman di Jabatan HEPA menyediakan khidmat nasihat berkenaan dengan pembiayaan pelajaran utama UC TATI iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Yayasan Terengganu (YT) dan beberapa agensi pinjaman lain yang bersesuaian dengan keadaan semasa, • Unit ini membantu mengurus permohonan pelajar yang berminat dan layak serta memberikan khidmat nasihat berhubung dengan penyediaan dokumen perjanjian selepas memperolehi kelulusan dari penaja. Perkhidmatan yang disediakan bagi Unit Pinjaman • Mengurus Permohonan Pinjaman • Mengurus Perjanjian Pinjaman • Mengurus Kenaikan Kadar Pinjaman • Rundingcara Pemulihan Pinjaman digantung/disekat 13


14 Lulus Taklimat permohonan Pemohonan melalui online (www.eduloan.mara.gov.my) Difailkan Hantar ke Pejabat MARA Semakan&Kelulusan Pegawai MARA BUKU PANDUAN PELAJAR CARTA ALIR Proses Pinjaman MARA Lulus 1. Borang Permohonan MARA 2. Borang Perjanjian Pinjaman (4 SET) 3. Senarai Semak (Check List) 4. Surat Tawaran MARA (6 SET) 5. Surat Perjanjian MARA (4 Salinan) 6. Cetakan Butiran Pinjaman Lengkap Lulus TAMAT Proses Pembayaran Semak & pengesahan Cetakan Dokumen Kelulusan secara online Tidak Lulus Tidak Lengkap Tidak Lulus Lengkapkan Dokumen 14


15 Lengkap Tidak Lulus Lulus TAMAT Semak Bayaran Dibuat Dokumen Dikembalikan Taklimat & pengesahan Berkelompok oleh PTPTN Terima Dokumen Perjanjian Lengkapkan Dokumen Perjanjian Cetakan Dokumen Perjanjian Taklimat Tatacara Memohon PTPTN Permohonan secara Online (www.ptptn.gov.my) Status Kelulusan BUKU PANDUAN PELAJAR CARTA ALIR Proses Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) Tidak LuLus Lulus Surat Makluman kepada pelajar secara online Tidak Lengkap 15


16 Tidak Semak Oleh YT Terima Borang Permohonan Proses dan penghantaran kepada pihak YT Surat makluman kepada pelajar Taklimat & Penyerahan Tawaran Pelajar Hantar Dokumen ke YT BUKU PANDUAN PELAJAR CARTA ALIR Proses Pinjaman Yayasan Terengganu (YT) Lengkap Lengkap Kelulusan oleh pihak YT TIDAK LULUS LULUS Tidak Lengkap Lengkap TAMAT Bayaran Dibuat Lengkapkan Dokumen Perjanjian Semak 16


17 Terima Borang Permohonan Proses dan penghantaran kepada pihak penaja Surat makluman kepada pemohon Proses pembayaran dibuat BUKU PANDUAN PELAJAR CARTA ALIR Proses Permohonan Lanjut Tempoh Pinjaman Semak Tidak Lengkap Lengkap TAMAT Tidak Lulus Lulus Kelulusan daripada pihak penaja 17


18 MULA Permohonan Mendapatkan Khidmat Kaunseling Borang Maklumat Peribadi Pengesahan Tarikh Sesi Kaunseling Sesi Kaunseling TAMAT Rekod Kaunseling BUKU PANDUAN PELAJAR Unit Kaunseling dan Rundingcara • Memberikan perkhidmatan kaunseling individu, kaunseling kelompok dan kaunseling keluarga kepada pelajar dan juga kakitangan UC TATI. • Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan penasihatan berkaitan dengan perkembangan akademik dan kerjaya serta kemahiran sosial. • Menjalankan program perkembangan ilmu melalui ceramah dan bengkel berkaitan dengan kemahiran kaunseling, perkembangan psikologikal dan kemahiran insaniah kepada pelajar. • Menyediakan perkhidmatan ujian psikologi berkaitan dengan trait Personaliti. CARTA ALIR Proses Perkhidmatan Kaunseling Tidak Lengkap 18


19 BUKU PANDUAN PELAJAR Unit Kerjaya • Khidmat Kerjaya menawarkan bimbingan kerjaya dan kemudahan mencari kerja. Para pelajar boleh mendapatkan nasihat tentang peluang-peluang kerjaya terkini. • Khidmat ini juga mengadakan bengkel dan seminar untuk meningkatkan kemahiran mencari kerja. Sepanjang tahun, menerima permohonan syarikat atau organisasi luar mengadakan temuduga para siswa-siswi tahun akhir dan graduan UC TATI yang berminat. • Kaunselor bimbingan kerjaya boleh mengadakan temuduga peribadi. Nasihat boleh diminta pada bila-bila masa sepanjang pengajian. Unit Pentadbiran • Unit Pentadbiran berperanan mengurus hal ehwal pentadbiran di Jabatan HEPA yang merangkumi kebajikan kakitangan, rekod cuti kakitangan HEPA, kewangan HEPA, Audit Jabatan dan semua urusan pentadbiran dalam jabatan. 19


20 Semak Terima Borang Permohonan Berserta Deposit Serahan Blazer Kepada Pelajar Terima Semula Blazer Jika lewat hantar, deposit tidak dikembalikan Jika ada kerosakan/hilang, dikenakan denda/gantirugi Dapatkan Pengesahan Pemulangan Blazer Daripada Pelajar dan Serahan Deposit TAMAT Fail BUKU PANDUAN PELAJAR CARTA ALIR KERJA Proses Permohonan Pinjaman Blazer MULA 20


21 Isi Borang Permohonan Kelulusan oleh Pendaftar Tidak Lulus Lulus Maklum kepada pelajar yang memohon Dapatkan sokongan daripada Dekan Jabatan HEPA TAMAT BUKU PANDUAN PELAJAR CARTA ALIR Proses Permohonan Kenderaan UC TATI MULA 21


22 BUKU PANDUAN PELAJAR Seksyen Pembangunan Pelajar Unit-unit yang terdapat di bawah bahagian ini ialah:- ➢ Unit Disiplin dan Tatatertib Pelajar ➢ Unit Aktiviti Pelajar ➢ Unit Sukan dan Rekreasi Pelajar ➢ Unit Keagamaan dan Kerohanian ➢ Unit Kesenian & Kebudayaan Unit Disiplin dan Tatatertib Pelajar • Unit Disiplin dan Tatatertib Pelajar di Jabatan HEPAadalah unit yang mengendalikan kes salah laku pelajar dan rayuan saman pelajar berpandukan Buku Peraturan Kaedah-Kaedah University College TATI (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2016 yang telah ditetapkan. • Pengurusan Tatatertib Pelajar. • Maklumat ini bertujuan memaklumkan kepada pelajar garis panduan pelaksanaan pengendalian kes tatatertib pelajar yang melanggar Kaedah-Kaedah University College TATI (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2016 yang telah ditetapkan. 22


23 Keputusan Rayuan Rayuan, sekiranya pelajar didapati bersalah Sekiranya pelajar tidak bersalah, pelajar akan dibebaskan Menerima laporan aduan daripada Pegawai Penguatkuasa Peraturan/ lain-lain individu/organisasi berkaitan kes tatatertib pelajar Menyemak dan membuat penilaian laporan pengaduan seperti butir-butir diri pengadu penerima aduan/Pegawai Penguatkuasa Peraturan dan butiran laporan aduan untuk Jawatankuasa Siasatan Memaklumkan keputusan perbicaraan Prosiding dan hukuman dijalankan Jawatankuasa Tatatertib menyediakan keperluan prosiding Jawatankuasa Tatatertib menghantar notis kepada pelajar Jawatankuasa Tatatertib mengaturkan tempat perbicaraan dan Jemputan panel perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib akan mengemukakan laporan kes dan tetapkan tarikh perbicaraan Jawatankuasa Siasatan menghantar laporan kepada Jawatankuasa atau Lembaga Tatatertib TAMAT Fail dan rekod CARTA ALIR BUKU PANDUAN PELAJAR Proses Mengurus Tatatertib Pelajar MULA 23


24 BUKU PANDUAN PELAJAR Unit Aktiviti Pelajar • Pendaftaran pertubuhan kelab dan persatuan pelajar • Perkhidmatan / kemudahan untuk persatuan pelajar • Kelulusan / penyelarasan / nasihat kegiatan pelajar • Mengurus penyertaan pelajar ke Program Anjuran Kementerian / Swasta • Menyelaras hal berkaitan penerbitan pelajar • Orentasi pelajar baru (Minggu Haluan Siswa) • Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UC TATI) PENDAHULUAN Pekeliling ini bertujuan sebagai panduan dan maklumkan kepada semua persatuan dan kelab yang bernaung di bawah Jabatan HEPA mengenai prosedur Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), prosedur permohonan dan perlaksanaan aktiviti/program dan cop merit. 1.1 Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 1.2 Setiap persatuan/kelab wajib menjalankan AGM setiap tahun dan menghantar minit mesyuarat kepada HEPA dalam tempoh 2 minggu selepas AGM. Berikut adalah butiran yang perlu dilampirkan bersama minit AGM. a) Carta Organisasi (termasuk penasihat persatuan/kelab) b) Takwim/kalendar perancangan aktiviti tahunan 1.3 Mana-mana persatuan/kelab yang tidak menjalankan AGM dalam tempoh 1 tahun atau tidak menjalankan sebarang aktiviti dalam tempoh berkenaan, persatuan/kelab berkenaan akan ditutup dan pemberitahuan penutupan kelab akan dibuat melalui penasihat persatuan/kelab berkenaan. 2.1 Prosedur Permohonan Dan Perlaksanaan Aktiviti 2.2 Berikut adalah prosedur permohonan dan pelaksanaan aktiviti anjuran persatuan/kelab:- a) Permohonan (kertas kerja) dihantar ke HEPA pada setiap hari Ahad dan Khamis b) Pembentangan kertas kerja bersama panel Jabatan HEPA iaitu setiap hari selasa c) Ulasan hasil pembentangan pegawai bahagian aktiviti d) Sokongan Dekan HEPA e) Kelulusan Rektor 24


25 BUKU PANDUAN PELAJAR f) Surat Kelulusan g) Urusan Kewangan (Pendahuluan akan dikreditkan atas nama penasihat persatuan/kelab) h) Lain-lain (tempahan bas/tempat/peralatan) i) Aktiviti berjalan j) Hantar laporan aktiviti (gambar)dan laporan kewangan 14 hari selepasselesai aktiviti. 2.3 Berikut adalah jenis program/aktiviti berdasarkan tempoh permohonan:- NO AKTIVITI TEMPOH 1 Ceramah/ Forum/ Kuliah 1 bulan 2 Seminar/ Kursus/ Persidangan/Motivasi/ Hari Keluarga 1 bulan 3 Lawatan sambil belajar a) Dalam Negeri Terengganu b) Luar Terengganu c) Luar Negara 1 bulan 1 bulan 3 bulan 4 Pertandingan (Dalaman) 1 bulan 5 Pertandingan (Luaran) 2 bulan 6 Gotong-royong/ Ekspedisi 1 bulan 7 Jamuan 1 bulan 8 Bakti Siswa/ Khidmat Masyarakat 2 bulan 9 Program Jemputan Agensi Luar *Bergantung kepada tarikh penganjur 1 bulan • Sebarang aktiviti yang tidak melibatkan peruntukan kewangan dari UC TATIakan diproses dalam tempoh 1 minggu. • Setiap permohonan mestilah dihantar mengikut tempoh yang telah ditetapkansebelum tarikh aktiviti. • Pihak Jabatan HEPA berhak membatalkan mana-mana permohonan yang tidakmengikut syarat yang telah ditetapkan. 25


26 2.4 Senarai Persatuan & Kelab Pelajar 1. Majlis Perwakilan Pelajar UC TATI(MPP UCTATI) 2. Persatuan Mahasiswa Islam UC TATI (PMIT) 3. Kelab Rakan Intelek Siswa UC TATI(KRISTAC) 4. Manufacturing Engineering Tech. Society(METSO) 5. Kumpulan Latihan Kelana Siswa Malaysia (KLKM) 6. NEMITEC Club 7. Polychem & Chemical Student Society (POLYCHEM) 8. Persatuan Silat Gayung Malaysia UC TATI (PSSGM) 9. UC TATI TATI Recreational & AdventureClub (TRAC-Kers) 10. Information Telecommunication CreativeTech Club (COMPALT) 11. Kelab Keusahawanan Muda UC TATI 12. Gerak Pengguna Siswa (GPS) 13. Kelab Kesenian dan Kebudayaan UC TATI (KDK UC TATI) 14. Kelab Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) 15. Pasukan Institusi Simpanan Pertahanan Awam (PISPA) 16. Sekretariat Rukun Negara 17. Kelab Usahawan Muda UC TATI 18. Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) 19. ELITE UC TATI 20. Kelab Taekwondo 21. Gym & Fitness Club UC TATI 22. Kelab Bola Sepak UC TATI (UC TATI Football Club) 23. Kelab Catur UC TATI 24. Kelab E-Sport UC TATI 25. Kelab Ragbi UC TATI (UC TATI RHINO) 26. Kelab Seni & Budaya 27. Kelab Memanah UC TATI 28. Kelab Pencak Silat 29. Kelab Petanque 30. Kelab Badminton 31. Kelab Petanque 32. Kelab Bola Baling 33. Kelab Ping Pong UC TATI 34. Kelab Bola Tampar UC TATI 35. Kelab Extreme Sport (Skateboarding) 36. Kelab Bola Jaring UC TATI 37. Kelab Futsal UC TATI 26


27 27


28 BUKU PANDUAN PELAJAR 3.0 MATA MERIT Merit adalah “mata” yang akan diperoleh selepas pelajar mengikuti aktiviti yang disahkan oleh Jabatan HEPA dan akan diambil kira ke atas semua pelajar pada akhir semester pada setiap sesi bagi tujuan penempatandi kolej kediaman dan bagi pemilihan anugerah pelajar 3.1 Bagi setiap penganjuran / penyertaan / jawatankuasa pelajar, Jabatan HEPA akan merekodkan dalam “e-campus-Activity” dan pelajar perlu menekan “join” bagi setiap program yang telah disertai. (rujuk Carta Alir Panduan Permohonan Merit pelajar) 3.2 Berikut adalah kadar merit yang yang diberikan berdasarkan jenis penganjuran dan penglibatan aktiviti:- No Aktiviti Jumlah mata 1 Mewakili negeri / negara 20-25 2 Mewakili UC TATI 10-18 3 Anjuran HEPA (AJK/Peserta) 6-14 4 Anjuran bersama HEPA dan Persatuan/Kelab 6-14 5 Anjuran Kelab/Persatuan 6-10 6 Anjuran Kolej Kediaman/Program Felo 6-10 3.3 Berikut adalah aktiviti yang akan diberikan mata merit: 3.3.1 Aktiviti yang telah mendapat kelulusan daripada Jabatan HEPA, UC TATI melalui, a. Arahan HEPA/ Pengurusan UC TATI 3.3.2 Bentuk aktiviti yang akan diberikan mata merit: a. Ceramah/Forum/Kuliah/Mesyuarat Agung b. Seminar/Kursus/Persidangan/Motivasi/Hari Keluarga 28


29 BUKU PANDUAN PELAJAR c. Lawatan sambil belajar d. Pertandingan (dalam dan luar) e. Gotong-royong / ekspedisi f. Bakti siswa / khidmat masyarakat g. Perjumpaan felo / aktiviti-aktiviti kolej kediaman h. Program anjuran kelab/persatuan i. Program anjuran fakulti KADAR ELAUN PELAJAR BIL. PERKARA ELAUN (RM) ELAUN HARIAN (RM) ELAUN PENGINAPAN (RM) Pagi T/hari Malam DlmTrg Luar Trg Dlm Trg Luar Trg 1. Mewakili UC TATI 3.00 6.00 6.00 - - 30.00 40.00 2. Program Anjuran UC TATI 3.00 5.00 5.00 - - 20.00 30.00 3. Program Jemputan Luar - - - 10.00 15.00 - - 4. Lawatan Akademik/ Industri - - - - - 20.00 30.00 * Sebarang Perubahan tertakluk kepada pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa 29


30 BUKU PANDUAN PELAJAR GARIS PANDUAN AKTIVITI PELAJAR Nisbah Pengiring dan Pelajar 1. Jumlah Pelajar Pelajar (Orang) Pengiring (Orang) 36 dan ke bawah 1 36 - 72 2 72 ke atas 3 * Bagi pertambahan pelajar setiap 36 orang mestilah menambah bilangan 1 orang pengiring * Nisbah 36 orang adalah berdasarkan kepada kapasiti bas UC TATI iaitu 36 orang pelajar. 2. Jantina * Jika ada pelajar perempuan maka diwajibkan sekurang-kurangnya membawa seorang pengiring perempuan 3. Jenis Aktiviti i) Rekreasi Aktiviti Pengiring (Orang) Jurulatih/ Penunjuk Arah (Orang) Lasak 2 2 Santai 2 - ii) Sukan Pengurus (Orang) Jurulatih (Orang) 1 1 * Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada keperluan aktiviti dan kelulusan pihak Jabatan HEPA iii) Aktiviti Umum – (Ceramah / Seminar / Bengkel / Gotong-royong / Forum / Pertandingan / Majlis-majlis Rasmi / Conference dan seumpamanya) * Mengikut nisbah yang di tetapkan 30


31 BUKU PANDUAN PELAJAR 4. Lokasi Aktiviti Lokasi Pengiring (Orang) Dalam Terengganu Mengikut nisbah yang di tetapkan Luar Terengganu Mengikut nisbah yang di tetapkan Luar Negara Bergantung kepada kelulusan pengurusan UC TATI Skop Kerja Pengiring : 1. Memastikan keselamatan pelajar semasa pergi dan balik. 2. Memantau pergaulan dan pemakaian pelajar. 3. Bertanggungjawab terhadap keselamatan pelajar. 4. Sentiasa bersama pelajar sepanjang program. 5. Melaporkan sebarang kejadian kepada pihak Jabatan HEPA seperti kecederaan,kemalangan, jenayah dan sebagainya. 6. Menjaga kebajikan pelajar seperti minuman, makanan, kecederaan dan sebagainya. 31


32 Permohonan pelajar BUKU PANDUAN PELAJAR CARTA ALIR Proses Kelulusan Permohonan Aktiviti Pelajar MULA Tidak lengkap Semak Lengkap Sokongan HEPA Tidak sokong Sokong Kelulusan Rektor Tidak lulus Lulus Surat kelulusan dikeluarkan Rekodkan maklumat aktiviti yang diluluskan dalam buku rekod aktiviti Pemantauan program Pelajar menghantar laporan kewangan Fail dan rekod TAMAT Pembentangan kertas cadangan aktiviti. Membuat penilaian dan perakuan 32


33 Isi borang peruntukan kewangan aktiviti Serahkan peruntukan aktiviti kepada pelajar Pelajar menjalankan aktiviti TAMAT Fail dan rekod BUKU PANDUAN PELAJAR CARTA ALIR Proses Kelulusan Laporan Kewangan Aktiviti Pelajar MULA Tidak lengkap Kemukakan laporan kepada Bendahari Bahagian Kewangan Semak Lengkap Pengesahan oleh Dekan Jabatan HEPA Hantar laporan dalam tempoh 14 hari selepas aktiviti dijalankan 33


34 CARTA ALIR PANDUAN PERMOHONAN MERIT PELAJAR MULA Terima Program / kejohanan / penyertaan yang telah mendapat kelulusan F e l o Program yang didaftarkan hanya sah pada tarikh program berlansung sahaja. F e l o TAMAT Aktiviti direkodkan dalam Sistem “E-Campus” Pelajar selewat-lewatnya 3 hari sebelum program berlansung F e l o Pelajar perlu akses maklumat program melalui “Student Portal-Activity” masing.masing F e l o Mana-mana pelajar yang tidak mendaftar pada tarikh program, boleh maklumkan terus kepada JHEPA JHEPA akan membuka semula program bagi tempoh yang ditetapkan. Tekan “JOIN” program yang disertai e l o JHEPA akan SAHKAN berdasarkan senarai nama yang diterima. Penganjur perlu menghantar senarai nama peserta / ajk kepada JHEPA selewatlewatnya 3 hari selepas program berlansung 34


35 Unit Sukan Dan Rekreasi Pelajar • Merancang Pelan Pembangunan Sukan pelajar • Mengurus kemudahan sukan dan rekreasi kepada pelajar • Membekal dan menyediakan peralatan sukan dan rekreasi • Mengelola kegiatan sukan dan rekreasi pelajar • Memilih pelajar yang berbakat bagi menyertai kejohanan sukan di bawah Anjuran Kementerian/Swasta contoh SUKIPT, MAHASISWA, SIPTAR dan sebagainya. • Menguruskan latihan/kursus sukan dan rekreasi pelajar 35


36 Pelajar memohon Peralatan sukan / rekreasi Terima Peralatan (Deposit RM 20) Periksa Peralatan Serah Kembali Deposit Cukup Tidak Cukup (Ganti Mengikut nilai barang) Serah Peralatan TAMAT Simpan Peralatan dan Rekod BUKU PANDUAN PELAJAR CARTA ALIR Proses Pinjaman Peralatan Sukan / Rekreasi MULA Tidak Diluluskan Kelulusan 36


37 BUKU PANDUAN PELAJAR CARTA ALIR Proses Tempahan Kemudahan Sukan MULA Tidak Lengkap Tidak Lulus Semak Lengkap Unit Keagamaan dan Kerohanian • Unit Kerohanian di HEPA adalah unit yang mengurus dan menganjurkan programprogram keagamaan di UC TATI khisnya aktiviti keagamaan bagi pelajar Muslim. • Memberi bimbingan dan sebagainya penasihat kepada Persatuan Surau dan Persatuan Mahasiswa Islam UC TATI (PMIT). • Program Sambutan Hari-hari Kebesaran seperti Ma’al Hijrah, Majlis Korban dan Aqiqah, Maulidur Rasul, Isra’ dan Mi’raj, Ihya’ Ramadan, Nuzul Al-Quran dan sebagainya. • Kursus Pra-Perkahwinan, Pengurusan Jenazah, Kefahaman Islam. • Seminar. • Program Pemantapan Ibadah (Solat dan Haji). • Program Jemputan Luar. TAMAT Rekod dan Fail Lulus Pengawasan Semasa dan Selepas Kemukakan Permohonan kepada Dekan HEPA Jika terdapat kerosakan yang disengajakan (Pemohon akan didenda/ tindakan tatatertib) Pelajar mengisi Borang Permohonan 37


38 BUKU PANDUAN PELAJAR Unit Kesenian dan Kebudayaan • Menguruskan penyertaan pelajar ke program kesenian & kebudayaan anjuran kementerian/IPT dan badan swasta. • Menyelaras hal berkaitan kesenian & kebudayaan. • Menganjurkan program-program berkaitan seni & budaya peringkat pelajar. • Perkhidmatan/kemudahan bagi latihan seni & budaya. Seksyen Penempatan & Alumni Unit-unit yang terdapat di bawah bahagian ini ialah :- ➢ Unit Penempatan/Penginapan Kolej Kediaman ➢ Unit Felo Kolej Kediaman ➢ Unit Kafetaria ➢ Unit Kebajikan ➢ Unit Alumni Unit Penempatan/Penginapan Kolej Kediaman • Unit Penempatan/Penginapan Kolej Kediaman (yang dahulunya dikenali sebagai Asrama) menguruskan dan menyediakan perkhidmatan Pendaftaran Masuk dan Pendaftaran Keluar pelajar, Menerima Aduan Kerosakan di kolej kediaman dan Pendaftaran barang-barang elektrik di kolej kediaman. • Unit Penempatan/Penginapan Kolej Kediaman juga mengenalpasti pelajar-pelajar yang menginap dan tidak menginap di kolej kediaman bagi tujuan pembayaran yuran setiap semester. • Selain menguruskan penempatan/penginapan pelajar UC TATI, unit ini juga menguruskan dan menyediakan penginapan kepada pelajar kursus jangka pendek seperti SSM dan Praktikal. 38


39 Keluar Memo Permohonan Menginap di Kolej Kediaman Mengikut Tarikh Yang Telah Ditetapkan Keluarkan Senarai Nama Permohonan Yang Layak Menginap Isi Borang Pendaftaran Masuk Kolej Kediaman Penyerahan Kunci Bilik TAMAT Rekod BUKU PANDUAN PELAJAR CARTA ALIR Garis Panduan Daftar Masuk Kolej Kediaman MULA 39


40 Keluar Memo Permohonan Menginap di Kolej Kediaman Mengikut Tarikh Yang Telah Ditetapkan Isi Borang Pendaftaran Masuk Kolej Kediaman Penyerahan Kunci Bilik Rekod TAMAT BUKU PANDUAN PELAJAR CARTA ALIR Garis Panduan Daftar Keluar Kolej Kediaman MULA 40


41 TAMAT Rekod BUKU PANDUAN PELAJAR CARTA ALIR Proses Aduan Kerosakan Penginapan Pelajar MULA Tidak lengkap Unit Felo Kolej Kediaman • Unit Felo bertanggungjawab sepenuhnya ke atas felo yang dilantik bagi setiap blok kolej kediaman seperti menjaga kebajikan Felo, memantau tugas Felo dan turut serta melakukan spot check di kolej kediaman. Terima Maklumbalas Proses Baik Pulih Daripada JPPH Hantar Borang Aduan ke JPPH / Pekerja Penyelenggaraan Semak Lengkap Terima Aduan Daripada Pelajar Rekod Ke Dalam Buku Log 41


42 BUKU PANDUAN PELAJAR CARTA ALIR Proses Tuntutan Insurans Pelajar Mula Terima Makluman Kes Maklumkan Kepada Pihak Insurans Tidak Lengkap Serah Borang Tuntutan Kepada Pelajar/Waris Terima Dan Semak Borang Tuntutan Daripada Pelajar/Waris Hantar Kepada Pihak Insurans Terima Cek Tuntutan Daripada Insurans Serah Kepada Pelajar/Waris Tamat 7.4 7.5 7.3 7.6 7.2 7.1 7.7 42


43 BUKU PANDUAN PELAJAR Unit Kebajikan • Unit Kebajikan menyediakan perkhidmatan seperti pendaftaran insurans kepada pelajar UC TATI dan pelajar SSM, menguruskan tuntutan insurans akibat kematian/kemalangan kepada pihak insurans, sumbangan Tabung Canselor iaitu Khairat Kematian kepada pelajar atau keluarga pelajar yang meninggal dunia dan urusan pinjaman Tabung Canselor. • Menjadi tanggungjawab Unit Kebajikan untuk menziarahi pelajar yang sakit dan keluarga pelajar yang meninggal dunia. 43


44 Nilai keadaan pesakit Kes Kecemasan/Penyakit Kritikal Ke Lokasi Lakukan Pemeriksaan dan Rawatan Kecederaan kecil/sakit biasa Rujuk ke klinik/hospital berhampiran Terima Panggilan/Laporan Rekod maklumat di dalam buku daftar pesakit Unit Kebajikan Hubungi Hospital/Hantar ke Hospital Maklumkan kepada Ibu bapa / penjaga Pesakit boleh berehat di bilik rawatan UC TATI BUKU PANDUAN PELAJAR CARTA ALIR Proses Mengurus Pelajar Sakit/Cedera/Kemalangan di dalam Kampus MULA Rawatan Kecemasan/ Rawatan Awalan First Ider TAMAT Rekod 44


45 Semakan Permohonan Kelulusan Ulasan & Sokongan HEPA MULA Permohonan Pelajar TAMAT Makluman Makluman Bayaran BUKU PANDUAN PELAJAR Unit Alumni • Unit Alumni adalah unit yang mengendalikan urusan pengesanan dan pembinaan jaringan maklumat serta kerjasama dengan graduan UC TATI. • Antara fungsi Unit Alumni adalah memantau dan mengemaskini data rekod alumni, menjejaki alumni dan menyimpan maklumat kemajuan kejayaan alumni serta menyediakan mekanisme sokongan yang diperlukan dan menjadi urusetia bersama bagi majlis dan program yang melibatkan alumni CARTA ALIR Proses Permohonan Sumbangan Tabung Canselor Tidak Lengkap Lengkap Tidak Lulus Lulus 45


46 Kelulusan Rektor Lulus Temuduga Pelajar & Ulasan HEPA Permohonan Pelajar Proses Perjanjian Makluman Bertulis Bayaran BUKU PANDUAN PELAJAR CARTA ALIR Proses Permohonan Pinjaman Tabung Canselor MULA Tidak Lengkap Semakan Permohonan Lengkap Tidak Lulus TAMAT 46


Peraturan Asrama University College TATI


44 BUKU PANDUAN PELAJAR PERATURAN ASRAMA Kandungan 1. Pendahuluan 2. Tafsiran 3. Penginapan Di Asrama 4. Menghalang Atau Menahan Seseorang Pegawai, Pekerja Atau Wakil UC TATI 5. Perpindahan Haram 6. Kemudahan Dan Peralatan Di Asrama 7. Penggunaan Barang Elektrik 8. Kawasan Larangan Lelaki Dan Wanita 9. Memasak Di Asrama 10. Penggunaan Peralatan Audio Visual 11. Penggunaan Komputer Riba/Desktop 12. Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi 13. Membawa Masuk Orang Luar Atau Pelawat Ke Bilik Asrama 14. Waktu Senyap 15. Pendaftaran Tinggal Di Asrama Semasa Cuti 16. Tanggungjawab Barangan Peribadi 17. Peraturan Mengosongkan Bilik 18. Peraturan Kecemasan 19. Menceroboh/Mencuri 20. Penyalahgunaan Dadah 21. Bahan Lucah 22. Senjata/Alat Berbahaya 23. Makanan/Minuman Yang Tidak Halal Atau Memabukkan 24. Merokok 25. Pematuhan Kod Etika Pakaian 26. Kenderaan 27. Perlakuan Pondan/Pengkid 28. Berkhalwat Atau Berdua-duaanAntara Lelaki Dan Perempuan Atau Hubungan Luar Tabii 29. Menganjurkan Perhimpunan 30. Aktiviti Perniagaan Dan Pelihara Haiwan 31. Kegiatan Buli Dan “Ragging” 32. Keluar Atau Masuk Asrama 33. Pergaduhan 34. Bersopan Santun 35. Kelakuan Kurang Sopan Di Sekitar Asrama 36. Simbol Keagamaan 37. Penguatkuasaan 38. Denda Kesalahan Tatatertib Peraturan Asrama 44


45 BUKU PANDUAN PELAJAR • Pendahuluan Peraturan ini dibuat berdasarkan Kaedah 37, Kaedah-Kaedah University College TATI (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2016. Peraturan ini dikeluarkan kepada semua pelajar yang menginap di asrama yang disediakan dan diurus oleh UC TATI. • Tafsiran “Asrama” ertinya apa-apa kemudahan penginapan dengan apa-apa jua nama yang dipanggil yang disediakan oleh UC TATI bagi kediaman pelajar. “Pelajar” termasuklah mana-mana pelajar lepasan ijazah, pelajar sambilan, pelajar di bawah rancangan pengajian jarak jauh atau luar Kampus, pelajar ijazah, pelajar diploma, pelajar asasi, pelajar bukan siswazah University College TATI dan pelajar-pelajar yang mengikuti program penuh dan sambilan di University College TATI. “Peraturan” ertinya Peraturan Asrama. “UC TATI” ertinya University College TATI atau mana-mana orang atau kumpulan yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak University College TATI. • Penginapan Di Asrama Penempatan di asrama merupakan satu kemudahan untuk pelajar, tetapi bukannya hak seseorang pelajar. Penginapan seseorang pelajar tinggal di asrama ditentukan mengikut budibacara dan kuasa mutlak UC TATI. Setiap pelajar akan didaftarkan bilik masing-masing oleh pihak pengurusan asrama HEPA. • Menghalang Atau Menahan Seseorang Pegawai, Pekerja Atau Wakil UC TATI Seseorang pelajar menetap tidak boleh melakukan apa-apa untuk melarang seseorang yang diberi kuasa daripada memasuki bilik pelajar menetap itu menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawabnya di dalam bilik itu. Pelajar yang terlibat dengan kesalahan tersebut boleh dihadapkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar dan dikenakan tindakan tatatertib. • Perpindahan Haram Sebarang bentuk perpindahan haram atau perpindahan tanpa keizinan Pihak Pengurusan Asrama HEPA adalah menjadi satu kesalahan. Pemeriksaan akan dibuat dari semasa ke semasa dan tindakan amaran dan denda akan diambil kepada mana-mana pelajar yang melanggar arahan. 45


46 BUKU PANDUAN PELAJAR • Kemudahan Dan Peralatan Di Asrama Segala kemudahan dan peralatan yang disediakan di dalam bangunan dan bilik asrama adalah tanggungjawab bersama untuk menjaganya. Sekiranya berlaku pengubahsuaian, kerosakan atau kemusnahan kepada kemudahan dan peralatan tersebut, pihak UC TATI berhak membuat tuntutan ganti rugi kepada penghuni yang menyebabkan pengubahsuaian, kerosakan atau kemusnahan itu. Kesalahan-kesalahan lain adalah sebagaimana berikut: (a) Dilarang menjemur, menggantung atau menyidai pakaian di tempat yang tidak dibenarkan seperti tingkap, balkoni, koridor dan hanya boleh menjemur, menggantung atau menyidai pakaian di tempat yang telah disediakan sahaja. (b) Mengubah atau ubahsuai perabot/katil dan kemudahan lain tanpa kebenaran. (c) Tidak menggunakan cadar dan sarung bantal pada setiap masa atau menggunakan cadar dan sarung bantal yang kotor. (d) Tidak mengemas bilik atau tidak mencuci atau membuang sampah di dalam bilik. (e) Menampal poster di tempat yang tidak dibenarkan atau tanpa kebenaran. Tindakan amaran dan denda akan diambil kepada mana-mana pelajar yang melanggar arahan. • Penggunaan Barangan Elektrik Setiap pelajar yang mempunyai atau memiliki peralatan elektrik di biliknya atau asrama dikehendaki mendapatkan kebenaran terdahulu daripada pihak pengurusan asrama dengan mengisi borang yang disediakan. Jika pelajar didapati menggunakan/menyimpan peralatan tersebut tanpa kebenaran, tindakan rampas dan denda boleh dikenakan kecuali ianya disediakan oleh pihak UC TATI. • Kawasan Larangan Lelaki Dan Wanita Pelajar lelaki dan wanita tidak dibenarkan memasuki atau berada di dalam kawasan yang dilarang kepada mereka. Tindakan amaran dan denda akan diambil kepada mana-mana pelajar yang melanggar arahan. • Memasak Di Asrama Sebarang bentuk masak-memasak di asrama adalah tidak dibenarkan kerana boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan pelajar secara keseluruhan. 46


Click to View FlipBook Version