The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Khaizairi Jojie, 2024-06-29 11:41:57

E-BUKU PANDUAN PELAJAR UC TATI

E-BUKU PANDUAN PELAJAR UC TATI

47 BUKU PANDUAN PELAJAR Oleh itu, menggunakan/menyimpan sebarang bentuk alat memasak seperti periuk nasi, pemanas air (heater) dan lain-lain peralatan memasak adalah kesalahan serius. Jika pelajar didapati menggunakan/menyimpan peralatan tersebut, tindakan rampas dan denda boleh dikenakan kecuali ianya disediakan oleh pihak UC TATI. • Penggunaan Peralatan Audio Visual Penggunaan alat audio yang berkuasa tinggi tidak dibenarkan di asrama kerana ianya boleh mengganggu ketenteraman dan keselesaan pelajar lain. Oleh itu, sebarang penggunaan radio dan alat-alat muzik berkuasa berkuasa tinggi adalah tidak dibenarkan. Hanya penggunaan radio transister kecil (bateri kecil) sahaja dibenarkan. Jika pelajar didapati memiliki/menyimpan peralatan tersebut, tindakan rampas dan denda akan dikenakan. • Penggunaan Komputer Riba/Dekstop Penggunaan komputer riba/desktop hendaklah berdaftar dengan Pihak Pengurusan Asrama. Sebarang penyalahgunaan ke arah yang negatif boleh menyebabkan kebenaran penggunaannya ditarik balik dan dibatalkan. Penggunaan pembesar suara (speaker) yang bising atau sambungan soket tambahan juga dilarang. Tindakan rampas dan denda akan dikenakan jika pelajar melanggar peraturan ini. • Penggunaan Kemudahan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada prosedur-prosedur dan Polisi Teknologi Maklumat dan Komunikasi UC TATI. • Membawa Masuk Orang Luar Atau Pelawat Ke Bilik Asrama Penginapan di asrama hanya diberikan kepada pelajar berdaftar dengan Pihak Pengurusan Asrama sahaja. Oleh itu, membawa atau membenarkan orang lain selain pelajar berdaftar yang diberikan kemudahan tersebut secara rasmi adalah merupakan suatu kesalahan. Ini bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pelajar di asrama keseluruhannya. Tindakan amaran dan denda akan diambil kepada mana-mana pelajar yang melanggar arahan. • Waktu Senyap (a) Penghuni tidak dibenarkan membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman penghuni lain pada bila-bila masa. (b) “Waktu Senyap” bermula jam 7:30 malam hingga 7:30 pagi. 47


48 BUKU PANDUAN PELAJAR (c) Pihak Berkuasa UC TATI akan mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati melanggar peraturan tersebut. (d) Pelajar juga tidak dibenarkan melepak di kawasan tertentu tanpa tujuan yang boleh menjejaskan imej UC TATI. Tindakan amaran dan denda akan diambil kepada mana-mana pelajar yang melanggar arahan. • Pendaftaran Tinggal Di Asrama Semasa Cuti (a) Bagi mereka yang menginap di asrama semasa cuti semester perlulah mengisi Borang Semasa Cuti Semester yang boleh didapati di Pejabat HEPA. Borang permohonan boleh didapati di Pejabat HEPA pada tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Pengurusan Asrama setelah notis dikeluarkan. (b) Tindakan akan diambil terhadap mereka yang tinggal di asrama secara haram (tanpa mendaftar). Bayaran penginapan akan dikenakan sepanjang tempoh tersebut dan perlu dibayar di Pejabat Kewangan UC TATI. • Tanggungjawab Barangan Peribadi (a) Barangan peribadi pelajar adalah dibawah tanggungjawab pelajar itu sendiri. Pihak UC TATI tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan/ kehilangan/ kecurian. • Peraturan Mengosongkan Bilik (a) Dalam masa seminggu sebelum bilik dikosongkan, Pihak Pengurusan Asrama atau wakil akan memeriksa alat perabot dan lain-lain peralatan dan kerosakan. Jika bersabit dengan kerosakan dan kehilangan, penghuni akan dikenakan denda atau membayar ganti rugi. (b) Setiap penghuni hendaklah memastikan pintu dan tingkap dikunci sebelum meninggal bilik. 48


49 BUKU PANDUAN PELAJAR (c) Kunci hendaklah diserahkan sendiri di pejabat HEPA semasa penghuni membuat pendaftaran keluar pada waktu pejabat dan mengisi borang pendaftaran keluar bilik asrama. (d) Kunci yang hilang akan diganti oleh pihak asrama dan penghuni akan dikenakan tindakan denda. (e) Penghuni hendaklah memindahkan barang-barang milik sendiri daripada bilik/almari dalam ruangan umum. Sebarang alat dan benda yang ditinggalkan dianggap tidak diperlukan lagi dan pihak asrama boleh membuangnya. • Peraturan Kecemasan (a) Sekiranya berlaku kebakaran, penghuni hendaklah membunyikan alat penggera kebakaran dan memaklumkan kepada felo atau pihak keselamatan DENGAN SEGERA. (b) Setiap penghuni hendaklah keluar dari bilik dengan berhati-hati dan berkumpul di satu tempat yang dikhaskan. (c) Jika kebakaran kecil berlaku, gunakan alat pemadam api; BIL. JENIS KEBAKARAN JENIS ALAT PEMADAM API 1 Kebakaran dari bahan kayu dan fabrik Gunakan alat pemadam api (Fire Extinguisher) 2 Kebakaran dari cecair yang mudahterbakar Gunakan alat pemadam api yang mengandungi Foam dan karbon dioksida 3 Kebakaran yang berpunca dari api Gunakan alat pemadam api yang mengandungi Foam, karbon dioksida dan bahan kimia (d) Pelajar yang sengaja membunyikan alat penggera kebakaran atau menggunakan alat pemadam api (Fire Extinguisher) tanpa sebab munasabah akan dikenakan tindakan tatatertib. (e) Penghuni hendaklah menghubungi felo/pihak keselamatan sekiranya berlaku kecemasan yang memerlukan rawatan. (f) Felo bertanggungjawab menghantar penghuni yang berkenaan ke hospital/ klinik yang berdekatan sekiranya tiada perkhidmatan ambulan. 49


50 BUKU PANDUAN PELAJAR • Menceroboh/Mencuri Sebarang bentuk pencerobohan atau mencuri adalah kesalahan serius khususnya di asrama. Pelajar yang terlibat dengan aktiviti tersebut boleh dihadapkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar dan dikenakan tindakan tatatertib. • Penyalahgunaan dadah Sebarang bentuk penyalahgunaan dadah dan segala aktiviti berkaitan dengannya adalah dilarang dan akan dirujuk kepada peruntukan Akta Dadah Merbahaya 1952 [Akta 234]. Pelajar yang terlibat dengan aktiviti tersebut boleh dihadapkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar dan dikenakan tindakan tatatertib. • Bahan Lucah Sebarang bentuk bahan lucah (cetakan atau elektronik) seperti buku, video, CD dan lain-lain adalah diharamkan sama ada memiliki, memuat turun, mengedar, memuat naik, melayari laman lucah, menonton, mencetak atau merakam. Pelajar yang terlibat dengan aktiviti tersebut boleh dihadapkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar dan dikenakan tindakan tatatertib. • Senjata/alat berbahaya Memiliki senjata atau alat yang berbahaya seperti pisau, parang, golok, buluh runcing, serpihan besi dan sebagainya adalah dilarang. Pelajar juga dilarang bermain mercun, bunga api, menyalakan api atau melakukan ujikaji dengan menggunakan bahan kimia mudah terbakar dan berbahaya. Pelajar yang terlibat dengan aktiviti tersebut boleh diambil tindakan tatatertib kecuali ianya dengan kebenaran pihak UC TATI. • Makanan/Minuman yang tidak halal atau memabukkan Membawa atau menyimpan makanan dan minuman yang tidak halal mengikut syariah atau memabukkan ke dalam bilik kediaman seperti arak, tuak dan sebagainya adalah dilarang. Pelajar yang terlibat dengan aktiviti tersebut boleh dihadapkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar dan dikenakan tindakan tatatertib. • Merokok Pelajar tidak dibenarkan merokok atau menyimpan, mengedar, membekal atau cuba menyimpan, mengedar, membekal atau menawarkan apa-apa produk tembakau atau cecair kepada mana-mana pelajar atau orang dalam kampus. Tindakan amaran, denda dan rampas akan diambil kepada mana-mana pelajar yang melanggar arahan. 50


51 BUKU PANDUAN PELAJAR • Pematuhan Kod Etika Pakaian Pelajar dikehendaki mematuhi Kod Etika Pakaian Pelajar UC TATI yang berkuatkuasa sepanjang berada di dalam kampus. Tindakan amaran dan denda akan diambil kepada mana-mana pelajar yang melanggar arahan. • Kenderaan (a) Memiliki kenderaan sendiri adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, pelajar hendaklah mengemukakan borang permohonan dan mendaftarkan kenderaan tersebut di Unit Keselamatan UC TATI dan memastikan pemakaian pelekat kenderaan pelajar yang dikeluarkan oleh Unit Keselamatan UC TATI dipatuhi. Kenderaan hendaklah disimpan di tempat yang telah ditentukan atau dibenarkan sahaja. (b) Sebarang bentuk baik pulih/servis dan membasuh kenderaan tidak dibenarkan dilakukan di premis asrama. (c) Sebarang pelanggaran peraturan ini akan menyebabkan dikenakan tindakan amaran dan denda atau kebenaran penggunaan kenderaan tersebut ditarik balik atau dibatalkan. (d) Penggunaan kenderaan di dalam kampus dibenarkan apabila dokumen berikut dikemukakan:- (i) Salinan kad pengenalan pemohon. (ii) Salinan lesen memandu pemohon. (iii) Salinan geran kenderaan terkini. (iv) Salinan kad matrik pemohon. (e) Setiap kebenaran boleh dibatalkan oleh pihak UC TATI sekiranya tidak berpuas hati dengan pemilik kenderaan itu di atas sebab yang munasabah. (f) Keselamatan dan peraturan lalu lintas di dalam kampus adalah di bawah bidangkuasa Unit Keselamatan UC TATI. Pihak Unit Keselamatan UC TATI berhak untuk mengenakan sebarang tindakan sekiranya peraturan ini tidak dipatuhi. • Perlakuan Pondan/Pengkid Perlakuan pondan/pengkid dan yang seumpama dengannya adalah tidak dibenarkan sama sekali di kalangan pelajar UC TATI baik di dalam mahu pun di luar kampus. Pelajar yang terlibat dengan aktiviti tersebut boleh dihadapkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar dan dikenakan tindakan tatatertib. 51


52 BUKU PANDUAN PELAJAR • Berkhalwat Atau Berdua-duaan Antara Lelaki Dan Perempuan Atau Hubungan Luar Tabii Pelajar dilarang melakukan khalwat atau berdua-duaan antara lelaki dan perempuan atau hubungan di luar tabii sesama sejenis. Sebarang tangkapan sama ada di dalam atau di luar kampus (oleh pihak UC TATI atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam) adalah merupakan satu kesalahan berat. Pelajar yang terlibat dengan aktiviti tersebut boleh dihadapkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar dan dikenakan tindakan tatatertib. • Menganjurkan Perhimpunan Pelajar tidak dibenarkan mengadakan atau menyertai perkumpulan haram atau aktiviti sosial tanpa kebenaran atau melakukan kegiatan atau upacara pemujaan di kawasan asrama. Pelajar yang terlibat dengan aktiviti tersebut boleh dihadapkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar dan dikenakan tindakan tatatertib. • Aktiviti Perniagaan Dan Pelihara Haiwan Pelajar tidak dibenarkan menjalankan sebarang perniagaan di dalam kawasan asrama atau memelihara atau menyimpan haiwan di dalam kawasan asrama. Tindakan amaran dan denda atau rampas akan diambil kepada mana-mana pelajar yang melanggar arahan tersebut. • Kegiatan Buli Dan “Ragging” Pelajar tidak dibenarkan sama sekali melakukan kegiatan buli dan “ragging” di kawasan asrama. Pelajar yang terlibat dengan aktiviti tersebut boleh dihadapkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar dan dikenakan tindakan tatatertib. • Keluar Atau Masuk Asrama (a) Seseorang pelajar lelaki yang keluar dari kampus hendaklah kembali ke kampus tidak melebihi jam 12:00 malam dan seseorang pelajar perempuan hendaklah kembali ke kampus tidak melebihi jam 10:00 malam. (b) Tertakluk kepada peraturan pada perenggan (a) seseorang pelajar yang ingin keluar dari kampus untuk kes-kes kecemasan perlu mendapat keizinan bertulis Pihak Berkuasa UC TATI dan Pihak Pengurusan Asrama atau wakilnya. Tindakan amaran dan denda akan diambil kepada mana-mana pelajar yang melanggar arahan. 52


53 BUKU PANDUAN PELAJAR • Pergaduhan (a) Tiada pelajar boleh, terlibat dalam pergaduhan atau menyebabkan berlaku pergaduhan di asrama. (b) Tiada pelajar boleh, mengugut atau cubaan mengugut pelajar lain. (c) Tiada pelajar boleh, bertindak kasar atau bertindak di luar batasan kerana membantah apa jua tindakan yang diambil oleh Pengurusan Asrama. (d) Pelajar yang terlibat dengan aktiviti tersebut boleh dihadapkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar dan dikenakan tindakan tatatertib. • Bersopan Santun Pelajar wajib menunjukkan sikap bersopan santun dan berakhlak mulia dengan sesiapa sahaja di kawasan asrama. • Kelakuan Kurang Sopan Di Sekitar Asrama Pelajar tidak dibenarkan berkelakuan kurang sopan di dalam asrama setiap masa. Tindakan amaran dan denda akan diambil kepada mana-mana pelajar yang melanggar arahan. • Simbol Keagamaan Pelajar tidak dibenarkan memaparkan, mempamerkan, menunjukkan atau dalam apa-apa cara menggunakan sebarang bahan, benda, lambang, yang berunsur keagamaan yang boleh menyebabkan timbul ketidakselesaan kepada pelajar lain. Pelajar yang terlibat akan dikenakan tindakan tatatertib UC TATI. • Penguatkuasaan Semua pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni boleh menguatkuasakan peraturan ini ke atas mana-mana pelajar dalam usaha membina nilai-nilai kehidupan di asrama yang mesra, harmoni, berdisiplin dan berdaya maju. (a) Pihak UC TATI atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Rektor boleh dari semasa ke semasa, memberi secara lisan atau bertulis apa-apa peraturan, arahan atau petunjuk yang difikirkan perlu atau sesuai untuk memelihara ketenteraman dan tatatertib di asrama. (b) Rektor selaku Pihak Berkuasa Tatatertib UC TATI menurunkan kuasanya kepada semua pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni bagi mengenakan hukuman tatatertib terus di bawah Peraturan ini. (c) Kesalahan tatatertib asrama yang dikenakan hukuman terus serta jenis hukuman adalah sebagaimana dalam Jadual 1. Kadar tuntutan ganti rugi kerosakan atau kehilangan perabot dan kelengkapan asrama adalah dalam Jadual 2 dan kadar bayaran denda kesalahan adalah sebagaimana Jadual 3. 53


54 BUKU PANDUAN PELAJAR JADUAL 1 BIL. PERATURAN ASRAMA KESALAHAN HUKUMAN 1. 4 Menghalang pegawai / pekerja / wakil asrama daripada masuk dan menjalankan tugas Tatatertib UC TATI 2. 5 Perpindahan haram / Pindah tanpa izin Amaran, Denda RM20.00 minimum / RM50.00 maksimum 3. 6 Pengubahsuaian, kerosakan atau kemusnahan kepada kemudahan dan peralatan di dalam asrama Amaran, Denda RM20.00 minimum / RM50.00 maksimum dan tuntutan gantirugi 4. 6 (a) Menjemur / menggantung / menyidai kain di tingkap / balkoni / koridor Amaran, Denda RM20.00 minimum / RM50.00 maksimum 5. 6 (b) Mengubah / ubahsuai perabot / katil tanpa kebenaran Amaran, Denda RM20.00 minimum / RM50.00 maksimum 6. 6 (c) Tidak menggunakan cadar / sarung bantal Amaran, Denda RM20.00 minimum / RM50.00 maksimum 7. 6 (d) Tidak menjaga kebersihan bilik Amaran, Denda RM20.00 minimum / RM50.00 maksimum 8. 6 (e) Menampal poster di tempat yang tidak dibenarkan Amaran, Denda RM20.00 minimum / RM50.00 maksimum dan tuntutan gantirugi 9. 7 Penggunaan alatan elektrik Denda RM20.00 minimum / RM50.00 maksimum dan alatan dirampas 10. 8 Memasuki kawasan larangan bagi lelaki dan perempuan Amaran, Denda RM20.00 minimum/RM50.00 maksimum 11. 9 Memasak di asrama Denda RM20.00 minimum / RM50.00 maksimum dan alatan dirampas 12. 10 Penggunaan Peralatan Audio Visual Denda RM20.00 minimum / RM50.00 maksimum dan alatan dirampas 54


55 BUKU PANDUAN PELAJAR BIL. PERATURAN ASRAMA KESALAHAN HUKUMAN 13. 11 Tidak berdaftar dan penyalahgunaan komputer riba/ desktop ke arah yang negatif Denda RM20.00 minimum RM50.00 maksimum / alatan dirampas / ditarik balik dan dibatalkan pendaftaran 14. 12 Penyalahgunaan kemudahan teknologi maklumat dan Tindakan tertakluk kepada Polisi Teknologi Maklumat dan Komunikasi UC TATI 15. 13 Membenarkan tetamu/ pelawat memasuki bilik asrama Amaran, Denda RM20.00 minimum/RM50.00 maksimum 16. 14 Membuat bising Amaran, Denda RM20.00 minimum/RM50.00 maksimum 17. 15 Tidak daftar asrama Amaran, Denda RM20.00 minimum / RM50.00 maksimum / Tatatertib UC TATI 18. 16 Barang ditinggal di dalam stor melebihi masa yang ditetapkan Denda RM20.00 minimum RM50.00 maksimum / Barang dirampas / dibuang 19. 17 Kunci hilang Denda RM 20.00 20. 18 Membunyikan alat pengera kebakaran tanpa sebab atau menggunakan alat pemadam api (Fire Extinguisher) tanpa sebab Amaran, Denda RM20.00 minimum/RM50.00 maksimum/Tatatertib UC TATI 21. 19 Menceroboh dan mencuri Tatatertib UC TATI 22. 20 Kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah Tatatertib UC TATI 23. 21 Memiliki atau menonton bahan lucah Tatatertib UC TATI 24. 22 Membawa atau menyimpan senjata berbahaya Tatatertib UC TATI 55


56 BUKU PANDUAN PELAJAR BIL. PERATURAN ASRAMA KESALAHAN HUKUMAN 25. 23 Membawa atau menyimpan makanan atau minuman yang tidak halal contoh arak/tuak Tatatertib UC TATI 26. 24 Merokok atau menawarkan apa-apa produk tembakau di kawasan asrama (menyimpan,mengedar atau membekal) Amaran, Denda RM20.00 minimum RM50.00 maksimum dan barang dirampas 27. 25 Melanggar Kod Etika Pakaian dan rupa diri di asrama Amaran, Denda RM20.00 minimum / RM50.00 maksimum 28. 26(a) Tidak mendaftar kenderaan untuk kebenaran masuk kampus dan asrama Amaran, Denda RM20.00 minimum / RM50.00 maksimum 29. 26(b) Baik pulih/servis dan basuh kenderaan di asrama Amaran, Denda RM20.00 minimum / RM50.00 maksimum / pendaftaran ditarik balik dan dibatalkan 30. 27 Perlakuan pondan / pengkid Tatatertib UC TATI 31. 28 Berkhalwat atau berduaduaan atau lebih antara lelaki dan perempuan Tatatertib UC TATI 32. 29 Mengadakan atau menyertai kumpulan haram atau aktiviti sosial tanpa kebenaran Tatatertib UC TATI 33. 30 Menjalankan aktiviti perniagaan di asrama Amaran, Denda RM20.00 minimum / RM50.00 maksimum 34. 30 Memelihara haiwan di asrama Amaran, Denda RM20.00 minimum / RM50.00 maksimum 35. 31 Melakukan kegiatan buli atau “ragging” Tatatertib UC TATI 56


57 BUKU PANDUAN PELAJAR BIL. PERATURAN ASRAMA KESALAHAN HUKUMAN 36. 32 Tidak mematuhi had masa keluar masuk asrama Amaran, Denda RM20.00 minimum / RM50.00 maksimum 37. 33 Pergaduhan Tatatertib UC TATI 38. 35 Kelakuan kurang sopan Amaran, Denda RM20.00 minimum / RM50.00 maksimum 39. 36 Simbol keagamaan Amaran, Denda RM20.00 minimum / RM50.00 maksimum / Tatatertib UC TATI * Kesalahan yang dilakukan pada sesuatu paras/rumah/bilik akan didenda kepada semua penghuni dalam paras/rumah/bilik berkenaan. * Kegagalan mengeluarkan barang-barang simpanan daripada stor asrama setelah tamat tempoh cuti semester akan mengakibatkan barang-barang tersebut dilupuskan dengan notis atau tanpa sebarang notis. 57


58 BUKU PANDUAN PELAJAR JADUAL 2 BIL. KESALAHAN HUKUMAN 1. Katil RM 250.00 atau mengikut harga semasa 2. Tilam Bujang RM 180.00 atau mengikut harga semasa 3. Almari RM 300.00 atau mengikut harga semasa 4. Langsir RM20.00 semeter 5. Meja RM 120.00 6. Kerusi RM 75.00 7. Pintu Mengikut harga semasa JADUAL 3 BIL. KESALAHAN HUKUMAN 1. Hilang kunci bilik RM20.00 2. Hilang rantai kunci / tangging kunci RM 10.00 3. Tidak serah kunci bilik setiap akhir semester RM 20.00 4. Lambat serah kunci (pinjam kunci) RM 1.00 sehari * Kadar tuntutan ganti rugi kerosakan adalah tertakluk kepada jenis kerosakan dan kos pembaikian atau penggantian. * Kadar tuntutan ganti rugi denda kesalahan yang melibatkan kehilangan barangan adalah dikenakan mengikut kadar belian semasa jika ianya lebih tinggi. 58


KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITY COLLEGE TATI (TATATERTIB PELAJAR-PELAJAR) 2016


60 BUKU PANDUAN PELAJAR KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITY COLLEGE TATI (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2016 SUSUNAN KAEDAH-KAEDAH BAHAGIAN I PERMULAAN Kaedah 1. Nama 2. Tafsiran BAHAGIAN II PERATURAN AM 3. Larangan am 4. Menganjurkan perhimpunan 5. Aktiviti politik 6. Pembesar suara 7. Sepanduk 8. Penerbitan, dokumen dan sebagainya 9. Kegiatan pelajar luar Kampus 10. Pelajar yang melibatkan diri dalam pekerjaan dan sebagainya 11. Representasi berhubungan dengan UC TATI 12. Bantahan pelajar terhadap kemasukan orang-orang ke dalam Kampus 13. Judi di dalam Kampus 14. Meminum minuman keras dan berkelakuan tidak senonoh 15. Bahan lucah 16. Dadah atau racun 17. Kebersihan di dalam Kampus 18. Membuat bising 19. Pemeriksaan ke atas pelajar yang disyaki mempunyai gangguan mental 20. Tempat tinggal atau tempat tidur dalam Kampus 21. Memasuki bahagian atau bangunan kampus yang dilarang 22. Merokok 23. Pakaian pelajar 24. Keingkaran 60


61 BUKU PANDUAN PELAJAR BAHAGIAN III PERATURAN AKADEMIK 25. Menghadiri kuliah 26. Sekatan ke atas penggunaan teks kuliah 27. Larangan terhadap plagiarisme 28. Kehadiran dalam peperiksaan 29. Kelakuan semasa peperiksaan BAHAGIAN IV PERATURAN ASRAMA 30. Memasuki atau berada di dalam bilik pelajar menetap 31. Menghalang pegawai-pegawai atau pekerja menjalankan tugas 32. Berada di dalam premis asrama selepas tengah malam 33. Membawa masuk pelawat ke bilik 34. Menggunakan premis asrama dengan cermat dan larangan kacau ganggu 35. Bertukar bilik tanpa kebenaran terdahulu 36. Berpindah bilik tanpa kebenaran terdahulu 37. Kuasa pihak pengurusan asrama untuk memberi perintah, berkenaan dengan ketenteraman dan tatatertib BAHAGIAN V PERATURAN LALU LINTAS 38. Kebenaran membawa kenderaan di dalam Kampus 39. Daftar kenderaan motor 40. Had laju 41. Kawasan pemanduan di Kampus 42. Menggunakan ruang letak kenderaan yang diuntukkan 43. Membonceng 44. Arahan dan isyarat lalu lintas 45. Lesen memandu dan kad matrik 46. Halangan kepada aliran lalu lintas 47. Pelekat kenderaan 48. Pemakaian topi dan tali pinggang keledar 49. Perbuatan di dalam Kampus yang merupakan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 menjadi kesalahan tatatertib 50. Hukuman tatatertib terus oleh pihak berkuasa tatatertib 61


62 BUKU PANDUAN PELAJAR BAHAGIAN VI PROSEDUR TATATERTIB 51. Hukuman tatatertib 52. Kehadiran di hadapan pihak berkuasa tatatertib 53. Akibat tidak hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib 54. Penjelasan fakta dan pengambil akuan 55. Pengakuan bersalah dan tatacara berikutnya 56. Tatacara apabila pelajar tidak mengaku bersalah 57. Keterangan pelajar 58. Memanggil semula saksi 59. Pengumuman keputusan 60. Mengenakan hukuman 61. Jagaan dan pelupusan barang kes 62. Nota bertulis mengenai prosiding tatatertib 63. Jagaan nota 64. Daftar prosiding tatatertib 65. Laporan prosiding kepada ibu bapa, Pengerusi Lembaga dan sebagainya 66. Bayaran denda 67. Akibat tidak membayar denda 68. Perintah pampasan 69. Orang-orang yang boleh hadir dalam prosiding tatatertib BAHAGIAN VII PROSEDUR RAYUAN 70. Notis rayuan 71. Penyampaian rayuan kepada Pengerusi Lembaga 72. Tindakan Pengerusi Lembaga ke atas rayuan 73. Rayuan tidak berkuatkuasa sebagai pengantungan pelaksanaan hukuman BAHAGIAN VIII AM 74. Kesalahan tatatertib 75. Kaedah-kaedah ini tidak mengurangkan tanggungan jenayah 76. Pemansuhan 62


63 BUKU PANDUAN PELAJAR BAHAGIAN I: PERMULAAN Nama 1. Kaedah-Kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah University College TATI (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2016. Tafsiran 2. Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain:- “Arahan lalu lintas” ertinya apa-apa perintah, arahan atau petunjuk yang diberikan oleh seseorang yang diberi kuasa kepada mana-mana orang yang menggunakan jalan atau kenderaan di dalam Kampus; “Asrama” ertinya apa-apa kemudahan penginapan dengan apa-apa jua nama yang dipanggil yang disediakan oleh UC TATI bagi kediaman pelajar; “Bilik tatatertib” ertinya sesuatu bilik yang diperuntukkan bagi maksud menjalankan prosiding tatatertib amnya atau bagi maksud prosiding tatatertib yang tertentu; “Dadah” ertinya apa-apa dadah atau bahan yang pada masa ini disenaraikan dalam Jadual Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]; “Felo” ertinya pegawai yang menjaga sesuatu asrama dan termasuklah seseorang yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak bagi pihaknya atau untuk membantunya; “Harta Benda” ertinya mana-mana isyarat lalu lintas, bangunan, binaan, kenderaan, peralatan dan perkakasan yang dipunyai oleh UC TATI; “Isyarat lalu lintas” termasuk isyarat, tiang isyarat amaran, tiang arahan, isyarat, tanda atau alat yang didirikan atau disediakan pada atau berhampiran dengan jalan untuk pengetahuan, panduan atau penunjuk orang-orang yang menggunakan jalan; “Judi” ertinya bermain apa-apa permainan beradu nasib, atau gabungan beradu nasib dan kemahiran, bagi wang atau nilai wang, dan termasuklah apa-apa pertandingan atau pertaruhan atau loteri; 63


64 BUKU PANDUAN PELAJAR “Kampus” ertinya Kampus University College TATI (UC TATI) termasuklah semua asrama, institusi dan bangunan Kolej Universiti; “Kakitangan” ertinya mana-mana pekerja University College TATI (UC TATI); “Kenderaan” ertinya suatu struktur yang boleh bergerak atau digerakkan atau digunakan bagi membawa mana-mana orang atau benda dan yang bersentuhan dengan permukaan bumi apabila bergerak; “Kenderaan motor” ertinya tiap-tiap perihalan kenderaan yang digerakkan oleh jentera mekanisme yang terkandung di dalam badan kenderaan itu dan dibina atau disesuaikan supaya boleh digunakan di atas jalan, dan termasuklah apa-apa kenderaan yang ditarik oleh sesuatu kenderaan motor sama ada atau tidak bahagian dari kenderaan yang ditarik itu menindih atas kenderaan motor yang menariknya; “Kesalahan tatatertib” ertinya suatu kesalahan di bawah kaedah-kaedah ini; “Kursus” ertinya apa-apa subjek atau mata pelajaran yang diajar; “Meletak kereta” ertinya meletakkan kenderaan dalam keadaan yang tidak bergerak dan menyebabkan kenderaan itu menunggu bagi apa-apa maksud selain mengambil atau menurunkan dengan serta merta orang, barang-barang atau bagasi; “Menipu” termasuklah meniru; “Minuman keras” ertinya apa-apa minuman keras yang mempunyai apa-apa pengaruh alkohol; “Orang yang diberi kuasa” ertinya mana-mana orang atau kumpulan yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak bagi pihak University College TATI; “Pelajar” termasuklah mana-mana pelajar lepasan ijazah, pelajar sambilan, pelajar di bawah rancangan pengajian jarak jauh atau luar Kampus, pelajar ijazah, pelajar diploma, pelajar asasi, pelajar bukan siswazah University College TATI dan pelajarpelajar yang mengikuti program penuh dan sambilan di Kolej Universiti TATI; “Pegawai” ertinya mana-mana yang menyandang sesuatu jawatan di UC TATI atau dalam sesuatu badan yang mana adalah suatu pihak berkuasa UC TATI, sama ada jawatan itu jawatan sukarela, atau untuk mendapat sasaran atau selainnya; 64


65 BUKU PANDUAN PELAJAR “Pelajar memegang biasiswa” termasuklah mana-mana pelajar yang sedang belajar atas biasiswa, dermasiswa, pinjaman, tajaan, cuti bergaji atau tanpa gaji, atau atas pemberian atau apa-apa kemudahan lain, daripada mana-mana kerajaan, institusi, pihak berkuasa berkanun, organisasi perdagangan atau perniagaan atau badan lain; “Pelajar menetap” ertinya seseorang pelajar yang menetap di asrama; “Peperiksaan” termasuklah apa-apa cara atau kaedah penilaian yang menyebabkan markah atau gred diberikan bagi sesuatu kursus atau sebahagian daripada kursus tertentu; “Pihak berkuasa tatatertib” ertinya Rektor atau, jika berkenaan, mana-mana Timbalan Rektor, mana-mana anggota kakitangan, mana-mana pegawai atau mana-mana pekerja UC TATI, yang diwakilkan oleh Rektor dengan tugas, kuasa atau kewajipan tatatertib; “Pihak pengurusan asrama” ertinya Pegawai Bahagian Penempatan Asrama atau wakilnya; “Prosiding tatatertib” ertinya prosiding tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah ini; “Racun” ertinya apa-apa bahan yang dinyatakan melalui nama dalam ruang pertama Senarai Racun kepada Akta Racun 1952 [Akta 366] dan termasuklah apa-apa sediaan, larutan, sebatian, campuran atau bahan semulajadi yang mengandungi bahan itu; “Rektor” ertinya Rektor University College TATI (UC TATI); “Rokok” ertinya satu bahan yang terhasil dari tembakau yang diracik halus dan digulung atau dibungkus dengan berbagai bentuk dan semua jenis produk pengganti rokok seperti rokok elektronik dalam apa-apa bentuk yang boleh digunakan dengan serta merta bagi tujuan merokok; “Tempat Khas” ertinya lot khas kenderaan yang diperuntukkan kepada kenderaan UC TATI, pegawai UC TATI (Rektor/ Timbalan Rektor/ Pendaftar/ Dekan/ Pengurus/ Ketua Jabatan/ Ketua Pusat) dan orang kurang upaya; dan “UC TATI” ertinya University College TATI atau mana-mana orang atau kumpulan yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak University College TATI. 65


66 BUKU PANDUAN PELAJAR BAHAGIAN II PERATURAN AM Larangan Am 3. Seseorang pelajar tidak boleh:- (a) Menjalankan urusannya sama ada di dalam Kampus atau di luar Kampus dalam apa cara yang boleh merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan atau nama baik UC TATI, mana-mana pelajar, pegawai atau pekerja UC TATI atau ketenteraman atau keselamatan awam, moral, kesopanan atau tatatertib; (b) Melanggar apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, sama ada di dalam Kampus atau di luar Kampus; (c) Mengganggu pengajaran, pengajian, penyelidikan, kerja pentadbiran, atau apaapa kegiatan yang dijalankan dan dibenarkan oleh UC TATI; (d) Melarang, menghalang atau mengganggu mana-mana pegawai atau pekerja daripada menjalankan kewajipan atau tugasnya; (e) Melarang, menghalang atau mengganggu mana-mana pelajar daripada menghadiri kuliah, tutorial atau kelas atau daripada mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti yang sah; (f) Menganjur, menghasut atau menyertai pemulauan apa-apa peperiksaan, kuliah, tutorial, kelas, atau kegiatan sah lain yang dijalankan oleh atau di bawah arahan atau dengan kebenaran UC TATI; (g) Merosak, mengubah, mengganggu, mengalih atau dalam apa-apa cara berurusan dengan apa-apa bahan, objek, artikel atau harta dalam UC TATI; (h) Melakukan apa-apa perbuatan atau menyebabkan apa-apa perbuatan di dalam Kampus, supaya menyebabkan atau mungkin menyebabkan halangan, kesulitan, kegusaran, kerugian atau kerosakan kepada mana-mana orang di dalam UC TATI; (i) Melanggar apa-apa arahan atau kehendak Pustakawan UC TATI, pekerja perpustakaan atau pekerja perpustakaan lain berkenaan dengan penggunaan perpustakaan, buku-buku dalam perpustakaan dan kemudahan-kemudahan lain dalam perpustakaan; (j) Melanggar apa-apa arahan atau kehendak orang yang diberi kuasa berkenaan penggunaan mana-mana makmal atau bengkel, peralatan makmal atau bengkel, perkakas atau bahan, dan kemudahan lain dalam makmal atau bengkel. 66


67 BUKU PANDUAN PELAJAR Menganjurkan perhimpunan 4. (1) Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh, tanpa kebenaran terdahulu Rektor mengadakan, menganjurkan, atau memanggil atau menyebabkan supaya diadakan, dianjurkan, atau dipanggil atau dalam apa-apa cara, terlibat dalam pengadaan, penganjuran, atau pemanggilan, atau menyebabkan supaya diadakan, dianjurkan, atau dipanggil, atau, dalam apaapa cara terlibat dalam melakukan apa-apa perbuatan untuk mengadakan, menganjurkan atau memanggil, apa-apa perhimpunan yang lebih daripada lima orang dalam mana-mana bahagian Kampus atau atas mana-mana tanah atau dalam mana-mana bangunan yang dipunyai oleh atau di bawah milikan atau kawalan UC TATI atau yang digunakan bagi maksud UC TATI. (2) Dalam memberi kebenaran yang tersebut dalam subkaedah (1), Rektor boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat yang disifatkan perlu atau sesuai. (3) Tiada pelajar boleh menghadiri atau menyertai sesuatu perhimpunan yang diadakan yang berlanggaran dengan subkaedah (1) atau (2). Aktiviti politik 5. Seseorang pelajar tidak boleh terlibat dalam aktiviti parti politik dalam Kampus. Pembesar suara 6. (1) Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh memiliki, atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalan pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, bagi maksud ucapan awam, apa-apa pembesar suara atau alat-alat serupa lain tanpa kelulusan terdahulu Rektor; (2) Dalam memberikan kelulusan dalam subkaedah (1), Rektor boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat yang disifatkan perlu atau sesuai. Sepanduk 7. Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh:- (a) Membuat atau menyebabkan supaya dibuat atau melakukan apa-apa perbuatan untuk membuat atau menyebabkan supaya dibuat; (b) Mengibar, mempamer, menunjukkan atau dalam apa-apa cara menggunakan atau menyebabkan supaya dikibar, dipamer, ditunjukkan atau dalam apa-apa cara menggunakan; atau 67


68 BUKU PANDUAN PELAJAR (c) Memiliki atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalan pelajar, atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar; apa-apa bendera, sepanduk, plakad, poster, lambang atau alat lain yang keadaan tidak berdisiplin, kekacauan, keingkaran atau pelanggaran Kaedah-Kaedah ini. Penerbitan, dokumen dan sebagainya 8. (1) Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, tanpa kebenaran terdahulu Rektor, boleh menerbitkan, membahagi-bahagikan atau mengedarkan apa-apa dokumen di dalam Kampus atau di luar Kampus. (2) Dalam memberikan kebenaran di bawah subkaedah (1), Rektor boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat yang difikirkan perlu atau sesuai. (3) Kebenaran yang dikehendaki di bawah kaedah ini hendaklah sebagai tambahan bagi apa-apa lesen, permit atau apa-apa bentuk lain pemberikuasaan yang dikehendaki di bawah mana-mana undang- undang bertulis lain. Kegiatan pelajar luar Kampus 9. (1) Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh menjalankan atau menyertai apa-apa kegiatan di luar Kampus yang mendatangkan kesan buruk secara langsung kepada UC TATI atau yang memudaratkan kepentingan UC TATI. (2) Rektor boleh mengeluarkan garis panduan berkenaan dengan kegiatan yang memudaratkan kepentingan UC TATI. Pelajar yang melibatkan diri dalam pekerjaan dan sebagainya 10. Tiada pelajar boleh, di dalam Kampus atau di luar Kampus, melibatkan diri dalam apa-apa pekerjaan, pengajian, perniagaan, perdagangan atau kegiatan lain, sama ada atas dasar sepenuh masa atau sambilan, yang pada pendapat Rektor tidak wajar. Representasi berhubungan dengan UC TATI 11. Tiada pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh, tanpa kelulusan Rektor terlebih dahulu membuat apa-apa representasi atau apa-apa perhubungan lain, sama ada secara lisan atau bertulis atau dalam apa-apa cara lain, kepada mana-mana pegawai awam atau kepada akhbar atau kepada orang ramai dalam perjalanan kuliah, ucapan atau pernyataan awam atau dalam perjalanan apa-apa penyiaran melalui bunyi atau gambar yang berhubungan dengan sesuatu perkara 68


69 BUKU PANDUAN PELAJAR berkaitan dengan UC TATI atau dengan kakitangan atau pelajar UC TATI, atau berkaitan dengan dirinya atas sifatnya sebagai seorang pelajar UC TATI. Bantahan pelajar terhadap kemasukan orang-orang ke dalam Kampus 12. Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh membuat apa-apa bantahan, sama ada secara lisan atau bertulis atau dalam apa- apa cara lain, terhadap kemasukan ke dalam, atau kehadiran dalam, atau larangan atau pemecatan manamana orang, badan atau kumpulan orang dari Kampus. Judi di dalam Kampus 13. Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh menganjur, mengurus, menjalankan atau membantu dalam penganjuran, pengurusan atau penjalanan, pertaganan, loteri atau pertaruhan di dalam Kampus. Meminum minuman keras dan berkelakuan tidak senonoh 14. (1) Tiada pelajar boleh, di dalam Kampus, meminum atau mempunyai di dalam milikannya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa sahaja minuman keras. (2) Mana-mana pelajar yang didapati berada dalam keadaan mabuk atau yang berkelakuan tidak senonoh di bawah pengaruh minuman keras di dalam Kampus adalah melakukan suatu kesalahan tatatertib. Bahan lucah 15. (1) Tiada seseorang pelajar boleh ada di dalam milikannya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa bahan lucah di dalam Kampus. (2) Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, yang boleh membahagibahagikan, mengedarkan atau mempamerkan, atau menyebabkan supaya dibahagi-bahagikan, diedarkan atau dipamerkan, atau dalam apa-apa cara mengambil bahagian dalam pembahagian, pengedaran atau mempamerkan apa-apa bahan lucah di dalam kampus. (3) Seseorang pelajar hendaklah disifatkan sebagai membahagi-bahagikan, mengedarkan atau mempamerkan sesuatu bahan lucah, tidak kira sama ada pembahagian, pengedaran atau pempameran itu kepada satu orang sahaja atau kepada lebih daripada satu orang yang sama ada atau tidak ada pembahagian, pengedaran atau pempameran itu adalah bagi apa-apa balasan lain. 69


70 BUKU PANDUAN PELAJAR Dadah atau racun 16. (1) Tiada pelajar boleh mempunyai dalam milikannya atau di bawah jagaannya atau kawalannya apa-apa dadah atau racun. (2) Tiada pelajar boleh memberikan, membekalkan, mengadakan atau menawarkan atau bercadang untuk memberikan, membekalkan, mengadakan atau menawarkan apa-apa dadah atau racun kepada mana-mana orang. (3) Tiada pelajar boleh makan melalui mulut atau menghisap atau memasukkan ke dalam badannya dengan suntikan atau dalam apa-apa jua cara lain, apa-apa dadah atau racun. (4) Tiada apa-apa jua dalam kaedah ini boleh disifatkan sebagai melarang seseorang pelajar daripada menjalani apa-apa rawatan oleh atau di bawah preskripsi pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50]. (5) Mana-mana pelajar yang didapati di bawah pengaruh mana-mana dadah atau racun adalah melakukan suatu kesalahan tatatertib. (6) Rektor boleh menghendaki seorang pelajar yang disyaki menagih dadah menjalani ujian air kencing. (7) Jika seseorang pelajar enggan menyerah dirinya untuk menjalani ujian yang tersebut dalam subkaedah (6), dia adalah melakukan suatu kesalahan tatatertib. Kebersihan di dalam Kampus 17. Seseorang pelajar tidak boleh melakukan apa-apa yang boleh menjejaskan kebersihan dan kekemasan tempat tinggal seseorang pelajar di dalam Kampus atau mana-mana asrama, dewan, kuliah, jalan, kawasan atau mana-mana bahagian Kampus lain, atau mana-mana bangunan atau binaan lain di dalam Kampus. Membuat bising 18. Seseorang pelajartidakboleh membuat apa-apa bunyi atau bising, atau menyebabkan apa-apa bunyi atau bising dikeluarkan, dalam apa-apa cara, jika bunyi atau bising itu menyebabkan atau mungkin menyebabkan kemarahan atau gangguan kepada mana-mana orang di dalam Kampus. Pemeriksaan ke atas pelajar yang disyaki mempunyai gangguan mental 19. Rektor boleh menghendaki seseorang pelajar yang disyaki mempunyai gangguan mental menjalani pemeriksaan perubatan oleh pengamal perubatan yang berkelayakan. 70


71 BUKU PANDUAN PELAJAR Tempat tinggal atau tempat tidur dalam Kampus 20. Tiada pelajar boleh menggunakan atau menyebabkan supaya digunakan manamana bahagian Kampus atau mana-mana bahagian bangunan di dalam Kampus sebagai tempat tinggal atau tempat tidur kecuali tempat tinggal yang disediakan untuknya di dalam asrama oleh UC TATI. Memasuki bahagian atau bangunan Kampus yang dilarang 21. Seseorang pelajar tidak boleh masuk ke dalam mana-mana bahagian Kampus atau mana-mana bahagian mana-mana bangunan di dalam Kampus, yang kemasukan ke dalamnya dilarang kepada pelajar amnya atau, terutamanya, kepada pelajar atau sesuatu kelas pelajar. Merokok 22. (1) Tiada pelajar boleh, di dalam kampus mempunyai dalam milikannya atau di bawah jagaannya atau kawalannya apa-apa jenis rokok atau cerut atau paip atau rokok elektronik. (2) Kawasan UC TATI adalah merupakan kawasan larangan merokok. Pelajar Dilarang Merokok di dalam kawasan UC TATI. (3) Mana-mana pelajar yang tidak mematuhi arahan itu, melakukan suatu kesalahan tatatertib. Pakaian Pelajar 23. (1) Rektor boleh mengeluarkan apa-apa arahan, secara bertulis, yang difikirkannya perlu yang berhubungan dengan cara berpakaian pelajar di dalam Kampus. (2) Mana-mana pelajar yang tidak mematuhi arahan itu, melakukan suatu kesalahan tatatertib. Keingkaran 24. (1) Jika seseorang pelajar melanggar apa-apa arahan atau kehendak yang sah yangdiberikan atau dibuat oleh mana-mana pegawai atau pekerja UC TATI yang diberikan kuasa untuk memberi atau membuat arahan atau kehendak di dalam Kampus, pelajar itu adalah melakukan suatu kesalahan tatatertib. 71


72 BUKU PANDUAN PELAJAR BAHAGIAN III PERATURAN AKADEMIK Menghadiri kuliah 25. (1) Jika seseorang pelajar dikehendaki hadir mana-mana kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran lain yang berhubungan dengan kursus pengajiannya, dia tidak boleh tidak hadir kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran lain yang berhubungan dengan kursus pengajiannya itu tanpa kebenaran terdahulu Dekan Fakulti atau Dekan Pusat Pengajian atau Pengarah Pusat atau Ketua Akademik, mengikut manamana yang berkenaan. (2) Jika hal keadaan tidak membenarkan kebenaran terdahulu diperoleh, pelajar hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh selepas itu, memuaskan hati Dekan Fakulti atau Dekan Pusat Pengajian atau Pengarah Pusat atau Ketua Akademik, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan ketidakhadirannya dan memperoleh kelulusan ketidakhadirannya itu. Sekatan ke atas penggunaan teks kuliah 26. (1) Tertakluk kepada subkaedah (2), seseorang pelajar tidak boleh menggunakan teks mana-mana kuliah atau pengajaran yang disampaikan kepadanya di UC TATI kecuali bagi maksud mengikut kursus pengajiannya, terutama dia tidak boleh membuat salinan dalam apa-apa cara tentang kesemua atau mana-mana bahagian teks itu bagi maksud penerbitan, pembahagian atau pengedaran, sama ada untuk bayaran atau tidak. (2) Tiada apa-apa jua dalam kaedah ini boleh disifatkan sebagai menghadkan budi bicara Rektor untuk mengeluarkan garis panduan bagi membenarkan seseorang pelajar, atau sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, membuat salinan teks mana-mana kuliah atau pengajaran di bawah kawalan dan arahan Rektor, atau Dekan Fakulti atau Dekan Pusat Pengajian atau Pengarah Pusat atau Ketua Akademik, dan Rektor boleh mengenakan dalam garis panduan itu apa-apa terma dan syarat yang disifatkannya perlu atau sesuai berkenaan dengan pengeluaran semula teks mana- mana kuliah atau pengajaran. Larangan terhadap plagiarisme 27. (1) Seseorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan data atau ciptaan orang lain. (2) Bagi maksud kaedah ini, plagiarisme termasuklah:- (a) Perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain dan mendakwa bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil dapatan atau ciptaannya sendiri; atau 72


73 BUKU PANDUAN PELAJAR (b) Suatu cubaan untuk menonjolkan atau perbuatan menonjolkan, dalam apa-apa cara, bahawa dia ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang adalah sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain. (3) Tanpa menjejaskan keluasan makna subkaedah (b), seseorang pelajar memplagiat apabila dia:- (a) Menerbitkan, dengan dirinya sebagai pengarang, suatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku yang pada keseluruhannya atau sebahagiannya ditulis oleh beberapa orang lain; (b) Menggabungkan dirinya atau membenarkan dirinya digabungkan sebagai pengarang bersama sesuatu ringkasan, artikel, kertas saintifik, atau akademik, atau buku, apabila dia tidak langsung membuat apaapa sumbangan bertulis kepada ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik atau buku itu; (c) Memaksa orang lain untuk memasukkan namanya dalam senarai penyelidik bersama bagi sesuatu projek penyelidikan tertentu atau dalam senarai penyelidik bersama bagi penerbitan apabila dia tidak membuat apa-apa sumbangan yang boleh melayakkan dirinya sebagai penyelidik bersama atau pengarang bersama; (d) Memetik data akademik yang adalah hasil penyelidikan yang dijalankan oleh beberapa orang lain, seperti dapatan makmal atau dapatan kerja lapangan, atau data yang diperoleh melalui penyelidikan perpustakaan, sama ada diterbitkan atau tidak diterbitkan,dan menggabungkan data tersebut sebagai sebahagian daripada penyelidikan akademiknya tanpa memberi pengiktirafan sewajarnya kepada sumber asal; (e) Menggunakan data penyelidikan yang diperolehi melalui kerja usahasama dengan beberapa orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu anggota atau kakitangan pelajar UC TATI sebagai sebahagian daripada penyelidikan akademik yang berbeza daripada yang lain, atau bagi penerbitan atas namanya sendiri sebagai pengarang tunggal, tanpa memperolehi keizinan penyelidikan bersamanya sebelum memulakan penyelidikanperibadinya atau sebelum menerbitkan data; (f) Menyalin idea atau ciptaan orang lain yang disimpan dalam apa-apa jua bentuk sama ada bertulis, tercetak atau tersedia dalam bentuk elektronik, atau dalam bentuk slaid, atau dalam apa-apa jua bentuk pengajaran atau perkakas penyelidikan atau dalam apa-apa bentuk lain dan mengaku sama ada cara langsung atau tidak langsung bahawa dia adalah pencipta idea atau ciptaan itu; (g) Menterjemahkan tulisan atau ciptaan orang lain daripada satu bahasa kepada bahasa lain sama ada atau tidak secara keseluruhan atau sebahagian, dan kemudian mengemukakan terjemahan itu dalam apa-apa jua bentuk atau cara sebagai penulisannya atau ciptaannya sendiri; atau 73


74 BUKU PANDUAN PELAJAR (h) Memetik idea daripada penulisan atau ciptaan orang lain dan membuat beberapa ubahsuaian tanpa rujukan sewajarnya kepada sumber asal dan menyusun idea semula dalam apa-apa cara yang seolah-olah dia adalah pencipta idea-idea itu. Kehadiran dalam peperiksaan 28. (1) Jika kursus pengajian seseorang pelajar memerlukan dia hadir bagi sesuatu peperiksaan dan dia tidak selainnya dihalang daripada peperikasan itu, dia tidak boleh tidak hadir tanpa kebenaran terdahulu Dekan Fakulti, Dekan Pusat Pengajian atau Pengarah Pusat atau Ketua Akademik, mengikut mana-mana orang yang berkenaan. (2) Jika hal berkenaan tidak membenarkan kebenaran terdahulu diperolehi, pelajar hendaklah memuaskan hati Dekan Fakulti atau Dekan Pusat Pengajian atau Pengarah Pusat atau Ketua Akademik, mengikut mana-mana berkenaan, berkenaan dengan ketidakhadirannya dan memperolehi kelulusan berkenaan dengan ketidakhadirannya itu. Kelakuan semasa peperiksaan 29. (1) Tiada pelajar boleh:- (a) Membawa apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain, kecuali yang diberi kuasa oleh pemeriksa, ke dalam atau ke luar dari sesuatu bilik peperiksaan, atau menerima apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain daripada mana-mana orang lain semasa dalam bilik peperiksaan kecuali seseorang pelajar boleh, semasa dia di dalam bilik peperiksaan menerima daripada pengawas peperiksaan apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain yang telah disyorkan oleh pemeriksa atau Lembaga Pemeriksa, dan diberi kuasa oleh Rektor; (b) Menulis, atau telah menulisnya melalui orang lain, apa-apa maklumat atau gambar rajah yang mungkin berkait dengan peperiksaan yang didudukinya, di atas tangannya atau di atas mana-mana bahagian lain tubuh badannya, atau di atas pakaiannya; (c) Berhubung dengan mana-mana pelajar lain semasa sesuatu peperiksaan melalui apa-apa jua cara; atau (d) Menipu atau cuba menipu atau berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan sebagai menipu atau cuba untuk menipu dalam sesuatu peperiksaan, semasa peperiksaan itu sedang dijalankan. 74


75 BUKU PANDUAN PELAJAR BAHAGIAN IV PERATURAN ASRAMA Memasuki atau berada di dalam bilik pelajar menetap 30. (1) Tiada seorang pun boleh memasuki sesuatu bilik di dalam asrama yang diduduki oleh seseorang pelajar menetap kecuali pelajar menetap itu sendiri. (2) Subkaedah (1) tidak terpakai:- (a) Bagi seseorang yang diberi kuasa yang memasuki bilik itu bagi maksud menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawab; atau (b) bagi seseorang yang memasuki bilik itu mengikut apa-apa kebenaran yang diberi oleh, atau bagi pihak pengurusan asrama; dan (c) Bagi pelajar menetap daripada jantina yang sama yang memasuki bilik itu untuk melawat bagi maksud sosial biasa (3) Maka hendaklah menjadi kewajipan seseorang pelajar menetap untuk memastikan bahawa sekatan dalam kaedah ini betul-betul dipatuhi. Menghalang pegawai-pegawai atau pekerja menjalankan tugas 31. Seseorang pelajar menetap tidak boleh melakukan apa-apa untuk melarang seseorang yang diberi kuasa daripada memasuki bilik pelajar menetap itu menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawabnya di dalam bilik itu. Berada di dalam premis asrama selepas tengah malam 32. (1) Selepas tengah malam, kecuali pelajar-pelajar menetap di dalam asrama masing-masing. Tiada pelajar lain boleh berada di dalam premis asrama kecuali dengan kebenaran yang diberi oleh atau bagi pihak penyelarasan asrama. (2) Seseorang pelajar tidak dibenarkan berada di luar premis asrama selepas jam 12;00 malam. Membawa masuk pelawat ke bilik 33. Tiada seseorang penghuni boleh membawa masuk pelawat ke bilik penginapan mereka samada pelawat tersebut adalah kawannya atau keluarganya tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada felo asrama. 75


76 BUKU PANDUAN PELAJAR Menggunakan premis asrama dengan cermat dan larangan kacau ganggu 34. (1) Seseorang pelajar hendaklah menggunakan premis dengan sewajarnya dan tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh melakukan sesuatu yang boleh mencacatkan, mengotorkan atau atau menyebabkan apa-apa kerosakan lain pada mana-mana bahagian kawasan atau bangunan pada apa-apa benda lengkap di dalamnya. (2) Seseorang pelajar hendaklah, dalam menggunakan premis asrama dan kemudahan-kemudahan di dalamnya, mengambil langkah berhati-hati bagi memastikan bahawa dia tidak menyebabkan apa-apa kesulitan, kegusaran, halangan atau kacau yang menganggu mana-mana orang lain. Bertukar bilik tanpa kebenaran terdahulu 35. Jika seseorang pelajar diperuntukkan sebuah bilik di asrama untuk tinggal oleh UC TATI, dia tidak boleh bertukar ke mana-mana bilik lain tanpa mendapat kebenaran terdahulu secara bertulis yang diberi oleh atau bagi pihak pengurusan asrama. Berpindah bilik tanpa kebenaran terdahulu 36. (1) Seseorang pelajar menetap tinggal di asrama mengikut budi bicara dan kehendak UC TATI. (2) UC TATI boleh menghendaki seseorang pelajar menetap mengosongkan biliknya di asrama atau memindahkannya ke tempat tinggal lain yang disediakan oleh UC TATI pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa alasan. (3) Jika seseorang pelajar menetap dikehendaki mengosongkan biliknya di asrama atau ditukarkan di bawah subkaedah (2), dia hendaklah dalam tempoh yang ditetapkan oleh UC TATI dengan mengeluarkan semua barang kepunyaannya dari bilik yang dikehendaki mengosongkan. Kuasa pihak pengurusan asrama untuk memberi perintah, berkenaan dengan ketenteraan dan tatatertib 37. (1) Pihak Pengurusan Asrama atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Rektor boleh dari semasa ke semasa, memberi secara lisan atau bertulis, apaapa perintah, arahan atau petunjuk yang difikirkannya perlu atau sesuai untuk memelihara ketenteraman dan tatatertib di dalam asrama. 76


77 BUKU PANDUAN PELAJAR (2) Perintah, arahan atau petunjuk itu boleh secara amnya terpakai bagi semua pelajar atau sesuatu kelas atau perihal pelajar atau seseorang pelajar tertentu, dan hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap pelajar yang kepadanya perintah, arahan atau petunjuk itu terpakai untuk mematuhi dan melaksanakan perintah arahan atau petunjuk itu. (3) Pihak berkuasa tatatertib boleh pada budi bicaranya, sebagai ganti mengambil prosiding tatatertib, Bahagian VI, mengenakan hukuman tatatertib terus dengan tidak melebihi lima puluh ringgit ke atas mana-mana pelajar yang melanggar mana-mana perintah, arahan atau petunjuk. Dengan syarat bahawa sebelum hukuman itu dikenakan ke atas pelajar, pihak berkuasa tatatertib hendaklah memberitahunya tentang kesalahan tatatertib yang dilakukan olehnya dan memberinya satu peluang untuk membuat, dengan serta merta, representasi lisan berkenaan dengan kesalahan itu. (4) Setelah pengenaan hukuman yang tersebut dalam subkaedah (3), pihak berkuasa tatatertib dengan serta merta menyerahkan kepada pelajar suatu notis bertulis tentang pengenaan hukuman dalam apa-apa bentuk yang diarahkan oleh Rektor, dan berkenaan dengan denda yang dikenakan di bawah peruntukan kaedah 66 dan 67, Bahagian VI (prosiding tatatertib) hendaklah terpakai. 77


78 BUKU PANDUAN PELAJAR BAHAGIAN V PERATURAN LALU LINTAS Kebenaran membawa kenderaan di dalam kampus 38. (1) Seseorang pelajar yang bercadang untuk menyimpan, mempunyai dalam milikannya atau mempunyai apa-apa kenderaan motor di dalam kampus hendaklah, memohon dan memperoleh daripada Pihak Keselamatan UC TATI suatu kebenaran bertulis berkenaan dengan kenderaan motor itu; permohonan dan kebenaran bertulis itu hendaklah dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan oleh Pihak Keselamatan UC TATI, tertakluk kepada subkaedah (2). (2). Permohonan bagi kebenaran itu hendaklah dibuat oleh pelajar secara bertulis dengan mengisi borang dan menyatakan perihalan kenderaan motor itu dan hendaklah disertai dengan salinan geran, lesen memandu yang sah, serta cukai jalan kenderaan tersebut. (3). Setiap pemilik kenderaan hendaklah mempamerkan pelekat yang diberikan oleh Pihak Keselamatan UC TATI dengan menampal atau melekatkan pada kenderaan masing-masing. (4). Kebenaran itu hendaklah diperbaharui pada setiap tahun dan peruntukan subkaedah (1) dan (2) hendaklah terpakai mutasis mutandis bagi sesuatu permohonan untuk pembaharuan. (5). Pihak UC TATI boleh enggan memberi kebenaran atau membatalkan apa-apa kenderaan yang diberikan jika berpuas hati bahawa kebenaran atau pembatalan apa-apa kebenaran yang diberikan itu bukan untuk kepentingan UC TATI bagi pelajar memegang kebenaran itu. (6). Kenderaan peribadi pelajar adalah dibawah tanggungjawab pelajar itu sendiri. Pihak UC TATI tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan/ kehilangan/ kecurian. Daftar kenderaan motor 39. Setiap pelajar hendaklah mendaftarkan kenderaan yang disimpan, dimiliki atau dipunyai oleh pelajar dalam Kampus. Had laju 40. Pelajar adalah tidak dibenarkan memandu kenderaan motor di dalam Kampus melebihi kelajuan yang telah ditunjukkan oleh isyarat lalu lintas. 78


79 BUKU PANDUAN PELAJAR Kawasan pemanduan di Kampus 41. Pelajar hanya boleh memandu kenderaan motor di mana-mana jalan selain dari bahagian jalan yang digunakan sebagai laluan pelajar yang berjalan kaki, bahu jalan, tepi rumput, lorong jalan kaki, koridor, beranda, kaki lima, laman dalam atau mana-mana bahagian bangunan atau tempat lain. Menggunakan ruang letak kenderaan yang diuntukkan 42. (1) Pelajar hendaklah meletakkan kenderaan pada tempat khas yang telah disediakan dan hendaklah meletakkannya secara yang tidak mendatangkan bahaya atau halangan atau kesulitan kepada mana-mana orang atau kenderaan lain. (2) Setiap pelajar tidak dibenarkan meletakkan di tempat atau ruang letak, petak kenderaan yang dikhaskan bagi kenderaan tertentu. Membonceng 43. Seorang pelajar yang membonceng motosikal beroda dua tidak boleh membawa lebih daripada seorang di atas motosikal itu. Arahan dan isyarat lalu lintas 44. Semua pelajar hendaklah mematuhi semua arahan lalu lintas yang telah ditetapkan oleh pihak UC TATI. Lesen memandu dan kad matrik 45. Mana-mana pelajar yang memandu sesebuah kenderaan motor hendaklah membawa bersamanya suatu lesen memandu yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan kad matrik pelajar untuk diperiksa oleh seseorang yang diberi kuasa apabila dikehendaki berbuat demikian. Halangan kepada aliran lalu lintas 46. Seseorang pelajar tidak boleh berkelakuan dalam apa-apa cara, atau melakukan apa-apa perbuatan, yang menghalang atau mengganggu perjalanan lalu lintas yang licin dan teratur di dalam Kampus. Pelekat kenderaan 47. Setiap pelajar yang telah mendapat kebenaran untuk membawa kenderaan ke dalam Kampus hendaklah menampal pelekat kenderaan di bahagian yang boleh dilihat dari hadapan. 79


80 BUKU PANDUAN PELAJAR Pemakaian topi dan tali pinggang keledar 48. Setiap pelajar diwajibkan memakai topi keledar samada yang memandu kenderaan, pembonceng serta memakai tali pinggang keledar bagi kenderaan motor. Perbuatan di dalam Kampus yang merupakan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 menjadi kesalahan tatatertib 49. (1) Seseorang pelajar melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah KaedahKaedah ini jika dia melakukan apa-apa perbuatan di dalam Kampus yang merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta itu. (2) Maka hendaklah menjadi suatu pembelaan bagi apa-apa pertuduhan kesalahan tatatertib di bawah subkaedah (1) jika seseorang pelajar mengemukakan keterangan untuk menunjukkan bahawa dia telah atau sedang dalam proses menghadapi tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta itu bagi kesalahan itu. Hukuman tatatertib terus oleh Pihak Berkuasa Tatatertib 50. (1) Pihak Berkuasa Tatatertib boleh pada budi bicaranya, sebagai ganti mengambil prosiding tatatertib di bawah Bahagian VI, mengenakan hukuman tatatertib terus dengan denda tidak melebihi lima puluh ringgit ke atas manamana pelajar yang melakukan kesalahan tatatertib di bawah Bahagian ini dengan kehadiran atau pendapat pihak berkuasa tatatertib. Dengan syarat bahawa sebelum apa-apa hukuman dikenakan ke atas pelajar, pihak berkuasa tatatertib hendaklah memberitahunya tentang kesalahan tatatertib yang dilakukan olehnya dan memberinya suatu peluang untuk membuat representasi lisan berkenaan dengan kesalahan itu. (2) Setelah hukuman yang disebut dalam subkaedah (1) dikenakan, pihak berkuasa tatatertib hendaklah, dengan serta merta, menyerahkan kepada pelajar itu suatu notis bertulis dalam apa-apa bentuk yang diarahkan oleh Rektor tentang hukuman yang dikenakan itu ialah suatu denda, peruntukan kaedah 66 dan 67 hendaklah terpakai. 80


81 BUKU PANDUAN PELAJAR BAHAGIAN VI PROSEDUR TATATERTIB Hukuman tatatertib 51. (1) Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah ini boleh dikenakan mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai seperti berikut:- (a) Amaran; (b) Denda tidak melebihi dua ratus ringgit; (c) Dihalang berada pada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu di UC TATI bagi tempoh yang ditetapkan; (d) Digantung daripada menjadi seorang pelajar UC TATI bagi tempoh yang ditetapkan; (e) Diberhentikan daripada pengajian. Kehadiran di hadapan pihak berkuasa tatatertib 52. (1) Jika pada pendapat pihak berkuasa tatatertib seseorang telah melakukan suatu kesalahan tatatertib, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah memberitahu pelajar tentang kesalahan tatatertib yang didakwa itu dan menghendaki pelajar itu hadir di hadapannya di bilik tatatertib pada tarikh dan masa yang di tetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib. Akibat tidak hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib 53. Jika seseorang pelajar tidak hadir di hadapan Pihak Berkuasa Tatatertib mengikut Kaedah 52, dia hendaklah dengan serta merta digantung daripada menjadi pelajar UC TATI dan tidak boleh selepas itu berada di dalam atau memasuki kampus dan penggantungan itu hendaklah berterusan sehingga pelajar menawarkan untuk hadir di hadapan pihak berkuasa pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib. Penjelasan fakta dan pengambil akuan 54 Dalam prosiding tatatertib, pihak berkuasa tatatertib hendaklah menjelaskan kepada pelajar tentang fakta kesalahan tatatertib yang didakwa telah dilakukan oleh pelajar dan meminta pelajar membuat pengakuan atas kesalahan itu. 81


82 BUKU PANDUAN PELAJAR Pengakuan bersalah dan tatacara berikutnya 55. (1) Jika pelajar mengaku bersalah, pihak berkuasa tatatertib hendaklah menerangkan kepadanya tentang fakta kes. (2) Jika pelajar mengaku tentang fakta ini dan pihak berkuasa tatatertib berpuas hati bahawa suatu kesalahan pada hakikatnya telah dilakukan daripada fakta tersebut, pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengumumkan dia bersalah atas kesalahan tatatertib dan memintanya untuk mengemukakan apa-apa rayuan untuk meringankan hukuman. Tatacara apabila pelajar tidak mengaku bersalah 56. (1) Jika pelajar mengaku bahawa dia tidak mengaku bersalah atas kesalahan tatatertib atau gagal atau enggan membuat pengakuan atau tidak mengaku akan fakta kes, pihak berkuasa tatatertib hendaklah memeriksa mana-mana saksi atau apa-apa dokumen atau artikel lain yang menyokong kes terhadap pelajar, pelajar hendaklah diminta menyoal saksi dan memeriksa apa-apa dokumen atau artikel dan pihak berkuasa tatatertib boleh memeriksa semula saksi. (2) Bagi maksud subkaedah (1), saksi hendaklah dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan oleh pihak berkuasa tatatertib. Keterangan pelajar 57. (1) Selepas keterangan yang tersebut dalam kaedah 56 diterima, dan pihak berkuasa tatatertib mendapati bahawa ada suatu kes untuk dijawab, pelajar hendaklah diminta memberi keterangannya, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen atau apa-apa artikel lain bagi pembelannya. (2) Pihak berkuasa tatatertib boleh menyoal pelajar atau mana-mana daripada saksi pelajar dan memeriksa apa-apa dokumen atau artikel, dan pelajar boleh memeriksa semula mana-mana daripada saksinya itu. Memanggil semula saksi 58. Pihak Berkuasa Tatatertib boleh menyoal atau memanggil semula mana-mana saksi pada bila-bila masa sebelum pihak berkuasa itu mengumumkan keputusannya. 82


83 BUKU PANDUAN PELAJAR Pengumuman keputusan 59. Selepas mendengar keterangan saksi-saksi dan memeriksa dokumen atau artikel lain yang dikemukakan di hadapannya, pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengumumkan keputusannya dalam kes itu, dan jika pihak berkuasa itu memutuskan bahawa pelajar itu bersalah atas kesalahan tatatertib, pihak berkuasa hendaklah meminta pelajar membuat apa-apa rayuan untuk meringankan hukumannya. Mengenakan hukuman 60. Selepas pelajar mengemukakan rayuan bagi meringankan hukumannya, pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengenakan ke atas pelajar satu daripada hukuman yang telah dinyatakan di dalam kaedah 51 atau mana-mana dua atau lebih hukuman yang sesuai. Jagaan dan pelupusan barang kes 61. (1) Pihak berkuasa tatatertib boleh memerintahkan apa-apa dokumen atau artikel lain yang dikemukakan di hadapannya dalam perjalanan mana-mana prosiding tatatertib supaya disimpan dalam jagaannya atau dalam jagaan orang yang dinyatakan oleh pihak berkuasa tatatertib sementara menanti tamatnya prosiding tatatertib itu. (2) Pihak berkuasa hendaklah, apabila tamat prosiding tatatertib di hadapannya, membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya patut untuk melupuskan apa-apa dokumen atau artikel lain yang dikemukakan di hadapannya dalam perjalanan prosiding tatatertib, dan boleh mengarahkan supaya perintah itu mula berkuatkuasa sama ada secara serta merta atau pada suatu masa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tatatertib itu. (3) Kuasa pihak berkuasa tatatertib di bawah subkaedah (2) hendaklah termasuk kuasa untuk memerintahkan pemusnahan apa-apa dokumen atau artikel lain atau pelucutan hak dokumen atau artikel lain kepada UC TATI. Nota bertulis mengenai prosiding tatatertib 62. Pihak berkuasa tatatertib hendaklah membuat atau menyebabkan supaya dibuat nota-nota bertulis mengenai semua prosiding tatatertib di hadapannya tetapi notanota itu tidak perlu dibuat kata demi kata. Jagaan nota 63. Nota-nota mengenai prosiding tatatertib hendaklah disimpan dalam jagaan Rektor. 83


84 BUKU PANDUAN PELAJAR Daftar prosiding tatatertib 64. Rektor hendaklah menyelenggara suatu daftar bagi semua prosiding tatatertib yang dijalankan di bawah Kaedah-kaedah ini, daftar itu hendaklah merekodkan nama pelajar, butir-butir kesalahan tatatertib, kemajuan, perjalanan, prosiding, keputusan prosiding dan maklumat-maklumat atau butir-butir lain sebagaimana yang diarahkan oleh Rektor. Laporan keputusan kepada ibu bapa, Pengerusi Lembaga dan sebagainya 65. (1) Jika seseorang telah didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, Rektor hendaklah menghantar suatu laporan berkenaan dengan keputusan tatatertib itu kepada orang-orang yang berikut:- (a) Pengerusi Lembaga. (b) Ibu bapa atau penjaga pelajar. (c) Dalam hal pelajar pemegang biasiswa, kepada pihak berkuasa atau badan penaja biasiswa atau pemberi biasiswa. (d) Dalam hal pelajar yang juga seorang pekerja kerajaan, kepada Ketua Jabatan pekerja itu. (2) Suatu salinan nota keputusan tatatertib yang disahkan berkenaan dengan mana-mana kes tertentu hendaklah diberi oleh Rektor kepada Pengerusi Lembaga jika beliau berkehendakkan nota keputusan itu. Bayaran denda 66. (1) Jika pihak berkuasa tatatertib mengenakan hukuman denda ke atas pelajar, pihak berkuasa tatatertib itu hendaklah menyatakan tempoh denda hendaklah dibayar dan pelajar hendaklah membayar denda dalam tempoh tersebut kepada bendahari. Akibat tidak membayar denda 67. (1) Jika pelajar tidak membayar denda dalam tempoh yang telah ditetapkan, dia hendaklah dengan serta merta digantung daripada menjadi pelajar UC TATI dan tidak boleh selepas itu berada di dalam atau memasuki kawasan kampus, penggantungan itu hendaklah sehingga denda dibayar. (2) Sekiranya pelajar itu tidak membayar denda tanpa alasan yang munasabah kepada Bendahari dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pelajar itu dikehendaki membayar denda berkenaan, maka pelajar itu akan terhenti daripada menjadi seorang pelajar UC TATI. 84


85 BUKU PANDUAN PELAJAR Perintah pampasan 68. (1) Jika apa-apa hukuman tatatertib telah dikenakan ke atas seseorang pelajar, pihak berkuasa tatatertib boleh, sebagai tambahan, memerintah pelajar tersebut membayar pampasan sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan kerosakan pada mana-mana harta atau apa-apa kerugian atau kecederaan kepada mana-mana orang. (2) Seseorang pelajar boleh diperintahkan membayar pampasan di bawah kaedah ini tidak kira sama ada harta yang rosak itu kepunyaan UC TATI atau manamana lain. (3) Amaun pampasan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa hendaklah amaun yang adil dan munasabah dengan mengambil kira semua hal perkara kes dan orang yang terlibat dalam kes itu. (4) Pampasan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tatatertib hendaklah dibayar kepada Bendahari dalam tempoh yang telah ditetapkan. (5) Peruntukan kaedah 67 hendaklah terpakai mutatis mutandis jika pelajar gagal membayar pampasan yang ditentukan di bawah subkaedah (1) dalam tempoh yang telah ditetapkan di bawah subkaedah (4). (6) Bendahari hendaklah membayar pampas an yang dibayar oleh pelajar di bawah subkaedah (4) kepada orang yang diperakui oleh pihak berkuasa tatatertib sebagai orang yang berhak menerima bayaran. (7) Apa-apa pampasan yang perlu dibayar atau dibayar tanpa menjejaskan hak mana-mana orang untuk memulakan prosiding sivil dalam mahkamah undangundang bagi kerosakan atau pampasan berkenaan dengan kerosakan, kerugian atau kecederaan yang disebut dalam subkaedah (1), atau mana-mana orang untuk menerima apa-apa bayaran atau pampas an di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain berkenaan dengan kerosakan, kerugian atau kecederaan itu. 85


86 BUKU PANDUAN PELAJAR Orang-orang yang boleh hadir dalam prosiding tatatertib 69. Tiada seorang pun boleh hadir dalam sesuatu prosiding tatatertib kecuali- (a) Anggota pihak berkuasa tatatertib; (b) Pelajar yang didakwa; (c) Ibu bapa atau penjaga pelajar itu; (d) Saksi semasa dia memberi keterangan atau apabila dikehendaki oleh pihak berkuasa tatatertib; dan (e) Mana-mana orang lain yang dibenarkan hadir oleh pihak berkuasa tatatertib bagi apa-apa sebab yang tertentu. 86


87 BUKU PANDUAN PELAJAR BAHAGIAN VII PROSEDUR RAYUAN Notis rayuan 70. (1) Jika seseorang pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan suatu pihak berkuasa tatatertib, pelajar tersebut boleh memberi notis secara bertulis tentang niatnya untuk merayu terhadap keputusan itu dengan memfailkan kepada Rektor suatu rayuan dalam satu salinan dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan itu disampaikan kepadanya. (2) Notis rayuan itu hendaklah menyatakan dengan jelas alasan-alasan rayuan. Penyampaian rayuan kepada Pengerusi Lembaga 71. (1) Sekretariat Jawatankuasa Rayuan Tatatertib hendaklah apabila menerima notis rayuan, mengemukakan notis rayuan itu kepada Rektor bersama dengan satu salinan pertuduhan dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh keputusan perbicaraan dikeluarkan. (2) Rektor, apabila menerima notis rayuan terhadap sesuatu keputusan dalam kaedah 51 subkaedah(1) dalam perenggan (d) dan (e) hendaklah melantik suatu jawatankuasa terdiri daripada dua orang atau lebih, dari dalam atau luar UC TATI, untuk menimbangkan rayuan itu dan membuat syor-syornya kepada Rektor, dan setelah menerima syor itu, Rektor boleh memberi apa-apa keputusan rayuan itu sebagaimana yang difikirkan patut dan wajar. (3) Mana-mana rayuan berkenaan keputusan selain daripada subkaedah (2), Rektor boleh, jika difikirkannya patut, menolak terus rayuan itu. Tindakan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib ke atas rayuan 72. (1) Jawatankuasa Rayuan Tatatertib yang mendengar suatu rayuan itu hendaklah memutuskan rayuan dalam masa enam puluh (60) hari dari tarikh penerimaan rayuan. (2) Sebarang keputusan berkaitan rayuan tersebut hendaklah disimpan oleh sekretariat Jawatankuasa Rayuan Tatatertib secara bertulis kepada pelajar dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh keputusannya. Rayuan tidak berkuatkuasa sebagai penggantungan perlaksanaan hukuman 73. Sesuatu rayuan oleh seseorang pelajar tidak berkuatkuasa sebagai menggantung pelaksanaan hukuman yang dikenakan atau sebagai menggantung pembayaran apa-apa pampasan yang diperintahkan dibayar, melainkan Rektor mengarahkan sebaliknya. 87


88 BUKU PANDUAN PELAJAR BAHAGIAN VIII AM Kesalahan tatatertib 74. Seseorang pelajar yang melanggar mana-mana peraturan dalam kaedah-kaedah ini, atau mana-mana garis panduan, arahan, petunjuk, sekatan, syarat atau terma yang dikenakan atau diberikan di bawah akta ini adalah melakukan suatu kesalahan tatatertib Kaedah-kaedah ini tidak mengurangkan tanggungan jenayah 75. Tiada apa-apa jua dalam kaedah-kaedah ini yang boleh mengurangkan tanggungan mana-mana pelajar atau orang lain bagi apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis. Pemansuhan 76. Kaedah-Kaedah Kolej Universiti TATI (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2016, adalah dimansuhkan dan ditukar kepada Kaedah-Kaedah University College TATI (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2016. 88


ETIKA PENAMPILAN PELAJAR UC TATI PERATURAN-PERATURAN AM


90 BUKU PANDUAN PELAJAR ETIKA PENAMPILAN PELAJAR UC TATI Peraturan-Peraturan Am (1) Semua pelajar yang beragama Islam dan hendaklah berpakaian seperti yang telah ditetapkan oleh syarak. (2) Bagi pelajar bukan beragama Islam, mereka hendaklah menjaga kehormatan dan tatasusila berpakaian. (3) Semua pelajar diwajibkan memakai kad matrik sepanjang berada di kawasan Kampus dan bertukar kad matrik adalah tidak dibenarkan. (4) Setiap pelajar dilarang memakai pakaian yang melambangkan sebarang pertubuhan, kumpulan, organisasi atau simbol kecuali dalam keadaan yang tertentu dan setelah mendapat kebenaran daripada pihak UC TATI. (5) Setiap pelajar dilarang mempamerkan unsur-unsur yang bertentangan dengan moral dan etika yang tidak baik. (6) Setiap pelajar dilarang memakai Tatoo di mana-mana anggota badan. (7) Setiap pelajar adalah tertakluk kepada syarat-syarat pakaian yang ditetapkan di bawah peraturan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, fakulti- fakulti, jabatanjabatan, pusat-pusat pentadbiran di Kampus, makmal dan sebagainya. (8) Di dalam majlis rasmi setiap pelajar tidak dibenarkan memakai topi atau bandana kecuali semasa aktiviti riadah. (9) Pelajar lelaki tidak dibenarkan berpakaian menyerupai wanita dan sebaliknya. (10) Pakaian yang berfesyen (luar biasa) tidak dibenarkan untuk dipakai. 90


91 BUKU PANDUAN PELAJAR PAKAIAN UNTUK PELAJAR (LELAKI) (1) Setiap pelajar hendaklah berpakaian sesuai, kemas, rapi dan sopan semasa menghadiri kuliah. (2) Setiap pelajar juga diwajibkan berpakaian sopan (baju kemeja, T-shirt berkolar, berkasut, berseluar panjang), tidak memakai topi dan tidak memakai pakaian yang bertampal-tampal. (3) Pelajar tidak dibernakan memakai seluar pendek/ketat/koyak dan bertampal ketika berurusan dengan mana-mana jabatan pentadbiran. (4) Gelang tangan dan rantai leher adalah tidak dibenarkan. (5) Pelajar juga dikehendaki memakai kasut dan berstokin semasa menghadiri kuliah dan majlis rasmi UC TATI. (6) Pelajar lelaki dilarang sama sekali memakai subang dan rantai. (7) Semasa menghadiri majlis rasmi UC TATI, setiap pelajar diwajibkan berpakaian formal seperti berkemeja lengan panjang, bertali leher dan berseluar panjang (bukan jeans), memakai jaket atau berbaju batik, berkasut atau berpakaian uniform. PAKAIAN UNTUK PELAJAR (WANITA) (1) Setiap pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian yang ketat, mempamerkan susuk tubuh, mendedahkan tubuh badan dan menjolok mata sepertimana berikut: (a) Memakai skirt di atas paras lutut (b) Berseluar pendek. (c) Berbaju T-shirt tanpa kolar. (d) Memakai skirt ketat. (e) Memakai tindik yang keterlaluan bagi perempuan. (2) Pelajar juga hendaklah memakai alas kaki yang bersesuaian. Selipar adalah tidak dibenarkan dipakai ketika menghadiri kuliah dan majlis-majlis rasmi UC TATI. (3) Semasa menghadiri majlis rasmi UC TATI, setiap pelajar wanita diwajibkan memakai baju kurung atau pakaian yang sopan. 91


92 BUKU PANDUAN PELAJAR PAKAIAN SUKAN (1) Baju Memakai kemeja ‘T’ sama ada berkolar atau tidak, berlengan panjang atau pendek. Pemakaian singlet adalah DILARANG (2) Seluar (a) Memakai seluar sukan (tracksuit) yang longgar yang menutup aurat antara pusat dan lutut bagi pelajar Islam. (b) Pakaian mesti bersesuaian dengan aktiviti agar tidak menggangu pergerakan. (3) Kasut dan Sarung Kaki (a) Memakai kasut sukan yang bersesuaian (b) Memakai sarung kaki KEBERSIHAN DIRI (1) Rambut Keadaan rambut hendaklah sebagaimana berikut:- (a) Bahagian Belakang Panjang rambut tidak melebihi garisan bawah dua cuping telinga atau tidak menyentuh kolar baju (b) Bahagian Sebelah Tidak mencecah kedua-dua cuping telinga dan ‘side burn’ tidak melebihi tengah hidung (c) Bahagian Depan Tidak melebihi tengah dahi (d) Bahagian Atas Tidak melebihi 2 inci panjang (e) Rambut hendaklah sentiasa kemas (f) Rambut hendaklah berwarna asal dan tidak dibenarkan selain daripadanya. (2) Janggut (a) Hendaklah tidak melebihi 2 inci (a) Hendaklah kemas dan terpelihara 92


93 BUKU PANDUAN PELAJAR (3) Misai (a) Hendaklah tidak menutup mulut (b) Hendaklah sentiasa kemas dan terpelihara (4) Pemakaian Purdah (Wanita) Pemakaian Purdah adalah DILARANG sama sekali. PENAFIAN PERKHIDMATAN DAN TEMPAT PENGUATKUASAAN (1) Setiap pelajar merupakan pelanggan UC TATI. Pihak UC TATI berhasrat memberikan layanan atau perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar. Sekiranya pelajar tidak mematuhi etika penampilan pemakaian, pelajar tersebut tidak akan dilayan dan dinafikan perkhidmatan di semua kaunter perkhidmatan, pejabat fakulti, pusat-pusat, jabatan-jabatan, dewan kuliah, bilik tutorial, makmal dan sebagainya. 93


94 BUKU PANDUAN PELAJAR PERATURAN PAKAIAN DAN KEMASAN DIRI PELAJAR Panduan Pakaian Pelajar Lelaki PERATURAN PAKAIAN DAN KEMASAN DIRI PELAJAR Panduan Pakaian Pelajar Perempuan 94


95 BUKU PANDUAN PELAJAR AKUAN PELAJAR Saya…………………………….......................……............... No.Matrik……….............…… No. Kad Pengenalan…………….....…….................... Pelajar tahun…........……………….. jurusan……………………………………….......................................................................... mengesahkan telah membaca segala Peraturan UC TATI dan telah faham segala isi kandungannya. Justeru itu, saya akan mematuhi segala peraturan tersebut dan peraturan-peraturan bertulis lain yang dibuat dari semasa ke semasa pada setiap masa sepanjang saya mengikuti pengajian di UC TATI. Seandainya saya gagal mematuhi peraturan tersebut, saya bersedia untuk menerima tindakan daripada Pihak Berkuasa UC TATI seperti yang tertakluk dalam Kaedah-kaedah University College TATI (UC TATI) (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2016. Tandatangan: Di hadapan Saksi Nama: Nama: No. Kad Pengenalan: No. Kad Pengenalan: Tarikh: Tarikh: 95


96 BUKU PANDUAN PELAJAR Catatan 96


Click to View FlipBook Version