The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hidayahradzir95, 2021-03-23 02:36:13

MANUAL PENGAJARAN ATAS TALIAN

MANUAL PENGAJARAN ATAS TALIAN

Keywords: EDUCATION

X

MANUAL PENGAJARAN
ATAS TALIAN

Sumbangan Pelatih UTHM untuk seluruh
warga Kolej Vokasional Juasseh;

NUR HIDAYAH BINTI MOHD RADZIR
DYG SOFIA MELISSA BINTI AWG AINI
ROSNANI BINTI AB RAHIM

ISI KANDUNGAN

Bil Isi Kandungan Muka Surat
1 Pengenalan 1
2 Pengajaran Bersemuka 1
3 Pengajaran Tidak Bersemuka 2
4 Cadangan Platform Atas Talian 3
3
4.1 Google Classroom 4
4.2 Edmodo 5
4.3 Padlet 7
4.4 Jadual Perbandingan Platform Atas Talian 7
5 Video Pengajaran 8
5.1 Aplikasi Suntingan Video Pengajaran 8
5.1.1 Filmora 9
5.1.2 CapCut 10
6 Aktiviti 10
6.1 Google Drive 11
6.2 Kahoot 12
6.3 Quizizz 13
7 Aplikasi Pertemuan Secara Atas Talian 14
7.1 Google Meet 15
7.2 Zoom 16
7.3 Jadual Perbandingan Aplikasi Pertemuan Secara Atas 17
17
Talian 19
8 Kesimpulan

Rujukan
Lampiran

MANUAL PENGAJARAN ATAS TALIAN

1.0 PENGENALAN

Pembelajaran atas talian merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan pada masa kini
disebabkan oleh penularan wabak Novel Coronavirus 2019 (COVID-19). Bertepatan dengan
pengumumman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan menguatkuasakan arahan
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr) untuk sebahagian pelajar Kolej Vokasional yang
tidak mempunyai keperluan untuk peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM). Bermula 20
Januari 2021, hanya mempunyai keperluan untuk menghadapi peperiksaan SVM dan pelajar tahun
akhir Diploma Vokasional Malaysia (DVM) sahaja yang dibenarkan untuk ke sekolah.

Sehubungan dengan itu, manual pengajaran atas talian ini dibangunkan untuk memberi
panduan pengajaran kepada guru Kolej Vokasional Juasseh yang perlu mengajar sewaktu PdPr.
Walau bagaimanapun, bermula 8 Mac 2021, pihak KPM telah mengeluarkan arahan Pengajaran
dan Pemudahcaraan (PdPc) secara bersemuka sepenuhnya untuk semua pelajar Kolej Vokasional.
Maka dengan itu, manual ini dirangka bukan sahaja untuk kegunaan semasa PdPr, malahan PdPc
secara bersemuka juga turut boleh menggunakannya. Secara tidak langsung, PdPc abad ke 21 dapat
diaplikasikan oleh semua guru. Akhir sekali, manual ini berkepentingan untuk membantu guru
Kolej Vokasional Juasseh menjadi pendidik yang lebih kreatif dalam melaksanakan Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP).

2.0 PENGAJARAN BERSEMUKA

Pengajaran bersemuka merupakan kaedah konvensional yang digunakan sejak zaman dahulu lagi.
Pengajaran jenis ini sangat sesuai digunakan untuk kedua-dua jenis pembelajaran iaitu teori dan
amali. Tetapi seiring dengan peredaran zaman teknologi pengajaran bersemuka telah bertukar
daripada Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kepada kaedah Pengajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc). Seterusnya, pengajaran bersemuka memerlukan persediaan yang rapi terutamanya bagi
pengajaran amali yang memerlukan guru bersedia dengan Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM).
Kemajuan teknologi juga memberi impak terhadap pengajaran bersemuka pada masa kini. Seorang
guru juga perlulah berada di landasan yang sama agar sentiasa sedia untuk memncuba kaedah
pengajaran terkini.

1

MANUAL PENGAJARAN ATAS TALIAN

Cadangan bagi pengajaran teori adalah guru – guru boleh menggunakan slaid interaktif
bercirikan teknologi dengan memautkan video pengajaran mahupun video atas talian seperti
daripada laman youtube. Bukan itu sahaja, aktiviti yang menarik pada akhir pengajaran penting
bagi mendapatkan maklum balas awal berkaitan dengan pengajaran yang dilakukan pada hari
tersebut. Aktiviti atas talian seperti kuiz Kahoot dan Quizizz merupakan aplikasi yang dapat
mengumpulkan maklumat dengan cepat berkaitan dengan pengajaran yang dilakukan pada hari
tersebut. Jika guru ingin melakukan aktiviti di luar talian, dokumen seperti kertas tugasan boleh
dilakukan dimuatnaik ke Google Drive dan pautan drive tersebut boleh dikongsikan kepada
pelajar. Manual aktiviti akan diterangkan dalam subtopik di bawah.

3.0 PENGAJARAN TIDAK BERSEMUKA

Pengajaran tidak bersemuka adalah proses pengajaran yang tidak melibatkan perjumpaan bersama
pelajar. Ini bermakna, kaedah PdPr mahupun PdPc secara atas talian digunakan oleh guru semasa
pengajaran tidak bersemuka. Pengajaran jenis ini sesuai untuk pengajaran teori kerana guru boleh
menggunakan aplikasi pertemuan atas talian untuk menyampaikan syarahan dalam pada masa
yang sama dapat berkomunikasi secara dua hala dengan pelajar walaupun secara tidak bersemuka.
Bukan itu sahaja, platform atas talian juga merupakan medium yang paling sesuai digunakan
mengikut kesesuaian kursus. Contohnya, bagi kursus akademik seperti Bahasa Melayu amatlah
sesuai menggunakan platform atas talian kerana guru boleh memuatnaik segala bahan yang
diperlukan pada platform yang dipilih.

Seterusnya, bagi pembelajaran tidak bersemuka untuk kursus yang melibatkan pengajaran
amali, video pengajaran adalah ABBM yang boleh digunakan oleh guru untuk dimuatnaik pada
platform atas talian. Video pengajaran berbentuk tunjuk cara dilihat dapat meningkatkan
kefahaman pelajar terutamanya bagi kursus yang mempunyai amali. Bahkan, video pengajaran
juga boleh dikongsi semasa menjalankan PdPr melalui aplikasi pertemuan seperti Google Meet
dan Zoom. Subtopik di bawah akan menerangkan perincian cadangan aplikasi pertemuan, platform
atas talian dan video penerangan dengan lebih mendalam.

2

MANUAL PENGAJARAN ATAS TALIAN

4.0 CADANGAN PLATFORM ATAS TALIAN

Platform atas talian adalah sebuah medium yang digunakan untuk berkongsi bahan atau maklumat
seperti kertas soalan ujian dan kuiz, nota pengajaran, kertas praktikal atau penerangan. Selain itu,
terdapat platform yang boleh menerima maklum balas iaitu apabila pelajar ingin menghantar
laporan yang telah disiapkan mahupun memuat naik jawapan kuiz atau ujian. Hal ini demikian,
terdapat juga platform yang boleh menghadkan masa penghantaran tugasan yang diberikan kepada
pelajar.

Tiga platform yang dipilih adalah Google Classroom, Edmodo dan Padlet. Platform yang
dipilih sudah semestinya mempunyai ciri unik yang membezakan setiap platform ditambah dengan
kelebihan dan kekurangan yang boleh dipertimbangkan sebelum memilih untuk menggunakan
platform tersebut. Berikut merupakan penerangan setiap platform atas talian yang dipilih;

4.1 Google Classroom

Google Classroom adalah platform yang menghubungkan guru dan pelajar menggunakan sumber
G Suite Google. Ia juga berfungsi sebagai platform digital, yang membolehkan guru memuatnaik
bahan kelas kemudian pelajar dapat mengakses bahan tersebut secara atas talian tanpa perlu
menggunakan kertas. Kemudian, platform ini membolehkan guru memilih ciri-ciri untuk
memudahkan cara pengurusan kelas. Terdapat banyak jalan pintas untuk tugas pengurusan kelas
kerana platform ini berinteraksi dengan aplikasi Google yang lain seperti Dokumen, Drive dan
Kalendar. Sekiranya guru ingin menetapkan tarikh akhir untuk menghantar tugasan, secara
automatik tarikh tersebut akan ditambahkan ke kalendar kelas dan dapat dilihat oleh semua pelajar.

Tugasan pengurusan kelas seperti menyusun bahan pengajaran, menyebarkan kertas
praktikal dan mengumpulkan tugasan atau kerja pelajar semuanya dilakukan secara digital. Guru
juga dapat menghantar tugasan ke beberapa kelas pada masa yang sama, serta mengubah dan
menggunakan semula tugasan dari tahun ke tahun. Sekiranya pelajar mempunyai akses berkala ke
peranti, ianya dapat membantu mengurangkan kebergantungan terhadap mesin fotokopi secara
tidak langsung dapat mengurangkan penggunaan kertas untuk PdP.

3

MANUAL PENGAJARAN ATAS TALIAN

Guru dapat menggunakan platform ini untuk berkomunikasi dengan pelajar. Ciri terbaik
yang terdapat pada platform ini adalah dapat menghantar pengumuman dan peringatan tugas
bahkan mudah untuk melihat pelajar yang telah dan belum menyelesaikan tugasan. Selain itu, guru
boleh mendaftar masuk pelajar yang berdaftar dalam kelas mereka kemudian menjawab soalan
mereka, dan memberikan sokongan.

Kelebihan lain yang terdapat pada platform ini adalah guru dapat memberi maklum balas
kepada pelajar berkaitan tugasan dan ujian mereka tepat pada masanya. Google Form boleh
digunakan pada Google Classroom untuk membuat dan berkongsi kuiz yang diberi nilai secara
automatik semasa pelajar menyerahkannya. Secara tidak langsung, penjimatan masa untuk
memberi maklum balas segera selepas pelajar menghantar jawapan kuiz.

Kekurangan platform ini adalah bahan umum tidak boleh dikongsi dengan pentadbir
sekolah mahupun ibu bapa dan akaun unik diperlukan sekiranya menggunakan domain peribadi
sekolah. Bukan itu sahaja, platform ini juga tidak mempunyai paparan untuk memasukkan gred
pelajar. Google Classroom adalah platform yang stabil dan mempunyai pelbagai kelebihan untuk
dijadikan platform atas talian. Berikut merupakan logo, kod QR dan pautan manual
https://drive.google.com/file/d/1iQxMvs1LuKmRhAvuleugcqiwdG9vI7HG/view?usp=sharing
yang boleh dijadikan rujukan untuk menggunakan Google Classroom;

Logo Platform Kod QR Manual

4.2 Edmodo
Edmodo adalah platform yang bertujuan membantu guru untuk berhubung dan berkomunikasi
dengan pelajar dan ibu bapa. Seterusnya, guru dapat berkongsi kandungan, teks, video, kerja

4

MANUAL PENGAJARAN ATAS TALIAN

rumah dan tugasan dengan pelajar secara dalam talian. Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS)
merupakan platform yang jelas menggambarkan Edmodo. Salah satu kelebihan Edmodo ialah
pelajar dan ibu bapa tidak perlu berkongsi maklumat peribadi atau alamat e-mel untuk membuat
akaun.

Hal ini kerana, ibu bapa hanya perlu memasukkan nama, nama keluarga, menetapkan kata laluan
dan memasukkan kod kelas yang telah diberikan oleh guru. Kod tersebut dijana secara automatik
oleh Edmodo semasa guru membuat kelas baru. Dalam kumpulan kelas tersebut, guru boleh
berkongsi sumber, foto dan artikel yang akan dilihat oleh pelajar dalam format siaran terbaru.
Kemudian, guru juga boleh menghantar dan menerima mesej peribadi dan membuat fail untuk
pelajar memuat naik tugasan. Semua media yang dikongsi dengan kumpulan disimpan secara
automatik pada bahagian “My Library”. Berikut merupakan logo, kod QR dan pautan manual
https://drive.google.com/file/d/1PYMReptQTK10eLypjmQoIxIGsuEo9M8y/view?usp=sharing
yang boleh dijadikan rujukan untuk menggunakan Edmodo;

Logo Platform Kod QR Manual

4.3 Padlet
Padlet adalah platform yang menyediakan kanvas digital kepada guru. Seterusnya, ciri-ciri yang
terdapat pada platform ini adalah boleh menghantar teks, video dan gambar dari peranti mudah
alih atau komputer riba. Salah satu daya tarikan Padlet untuk penggunaan bilik darjah adalah papan
yang sama dapat menerima bahan yang dimuatnaik pada masa yang sama, menjadikannya sangat
sesuai untuk aktiviti yang memerlukan maklum balas yang cepat dan projek kumpulan.

5

MANUAL PENGAJARAN ATAS TALIAN

Untuk mengakses Padlet, pelajar boleh diberi pautan atau kod QR dan mengaksesnya dari
telefon mudah alih, tablet atau komputer riba walau di mana sahaja berada. Laman web ini
memberikan pengguna pautan ringkas dan kod QR yang dapat dikongsi dengan mudah kepada
pelajar. Selain itu, Padlet dapat digunakan sebagai alat untuk mendorong kerjasama di luar kelas.
Kerja rumah dan tugas dari pelajar yang berlainan dapat disatukan jika anda meminta pelajar
menggunakan papan Padlet yang sama untuk mengirim teks, gambar, video dan audio ketika
pelajar di rumah.

Terdapat beberapa kekurangan Padlet yang boleh dipertimbangkan sebelum
menggunakannya buat pertama kali, guru perlulah mengetahui bahawa pelajar akan meluangkan
masa untuk menyambung ke Internet, membuka platform dan memahami cara untuk
menggunakannya. Bukan itu sahaja, hendaklah sentiasa diingat bahawa teknologi harus digunakan
untuk meningkatkan hasil pembelajaran bukan menjadi penghalang. Ini menjadikan guru haruslah
memikirkan keberkesanan Padlet dengan aktiviti dan tugasan yang ingin diberikan kepada pelajar.
Berikut merupakan logo, kod QR dan pautan manual
https://drive.google.com/file/d/1szG5cTBjueG3GCu6btCcpWhIzSgFI3ak/view?usp=sharing
yang boleh dijadikan rujukan untuk menggunakan Padlet;

Logo Platform Kod QR Manual

6

MANUAL PENGAJARAN ATAS TALIAN

4.4 Jadual Perbandingan Platform Atas Talian
Jadual 1: Perbandingan Plaform Atas Talian

Platform Google Classroom Edmodo Padlet
Aspek Percuma

Langganan Percuma Percuma

Keselamatan Data Data peribadi Data peribadi Data peribadi tidak
selamat selamat selamat

Markah Tugasan Boleh memberi Boleh memberi Tidak boleh
markah tugasan markah tugasan memberi markah

Jenis Maklum Balas Maklum balas dua Maklum balas dua tugasan
hala hala
Maklum balas sehala

5.0 VIDEO PENGAJARAN

Video pengajaran adalah video yang digunakan sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) bagi
suatu pengajaran. Seterusnya, video pengajaran juga berfungsi untuk meningkatkan kefahaman
pelajar dalam sesuatu pembelajaran. Video pengajaran berbeza untuk pengajaran teori dan amali.
Bagi pembelajaran teori kebiasaannya kaedah pengajaran adalah dalam bentuk syarahan dan
susunan penyampaian isi oleh guru perlulah jelas agar objektif pembelajaran tercapai. Hal ini
demikian, dengan adanya video pengajaran, pelajar dapat menggunakan teknik mengulang
kembali video untuk meningkatkan kefahaman terhadap topik yang diajar oleh guru dalam video
pengajaran. Kelebihan video pengajaran teori juga guru boleh memilih sama ada ingin
menjalankan aktiviti secara atas talian atau diluar talian.

Bagi video pengajaran amali pula, teknik tunjuk cara merupakan kaedah yang paling sesuai
kerana guru boleh menunjukkan langkah kerja untuk menyiapkan amali. Kemudian, susunan
penyampaian isi bermula dengan penerangan tajuk amali, peralatan yang digunakan, langkah
kerja, jadual keputusan, perbincangan atau soalan dan akhir sekali kesimpulan. Video pengajaran

7

MANUAL PENGAJARAN ATAS TALIAN

amali yang baik mestilah mengikuti segala elemen yang terdapat dalam kertas praktikal atau kertas
penerangan bagi setiap kursus secara tidak langsung mencapai objektif pembelajaran amali yang
dirancang pada waktu kelas tersebut.

5.1 Aplikasi Suntingan Video Pengajaran

Selepas merekod video pengajaran, guru perlu menyuting video tersebut. Walaupun terdapat
banyak aplikasi suntingan yang boleh digunakan, tetapi terdapat dua aplikasi utama yang dilihat
mudah untuk digunakan oleh guru untuk menyunting video yang telah direkod. Berikut merupakan
penerangan aplikasi suntingan Filmora dan Capcut;

5.1.1 Filmora

Filmora adalah perisian penyuntingan video yang popular keluaran Wondershare kepada guru
yang ingin menyunting video berkualiti tinggi kerana perisian ini menawarkan sokongan
penyuntingan untuk video 4K. Seterusnya, perisian yang berpatutan ini juga dilengkapi dengan
alat yang dibuat untuk video dan audio. Ini memberikan banyak pilihan semasa guru menyunting
video dari segi menambahkan gaya, menambahkan kesan dan menyesuaikan video. Ciri-ciri khas
perisian ini kepada guru adalah dapat menampilkan animasi dan elemen, menambahkan audio, dan
memasukkan teks.

Salah satu fungsi yang jelas dengan Filmora adalah skrin yang terpisah. Fungsi ini
membolehkan guru membuat video mereka sendiri yang terdiri daripada rakaman dan klip yang
dapat dimainkan pada masa yang sama. Guru dapat mewujudkannya dengan memilih ikon layar
pemisah yang terdapat di panel kiri menu utama alat. Ikon dapat dilihat di bawah ikon di mana
pengguna dapat menambahkan audio, video, teks, penapis, dan melakukan peralihan video.
Perisian ini mempunyai percubaan percuma dalam tempoh sebulan dan selepas itu langganan
berbayar diperlukan untuk menyunting video. Perisian ini sesuai digunakan pada komputer riba
kerana paparan skrin suntingan yang besar. Berikut merupakan logo, kod QR dan pautan video
laman web youtube https://www.youtube.com/watch?v=c1bm-pSVLMY yang boleh dijadikan
rujukan untuk menggunakan Filmora;

8

Logo Aplikasi MANUAL PENGAJARAN ATAS TALIAN
Kod QR Manual

5.1.2 CapCut
CapCut adalah aplikasi yang menyeronokkan untuk penyuntingan video percuma yang ringkas,
profesional, dengan alat sokongan seperti menambahkan pelekat animasi ke video mudah,
menyesuaikan kelajuan pemutaran pantas atau perlahan dengan cepat. Kemudian, CapCut juga
membantu guru dengan pilihan muzik untuk video dengan cepat. Aplikasi Cap cut adalah aplikasi
penyuntingan video yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store.
Pada mulanya, aplikasi ini dipanggil Viamaker, tetapi dasar pemaju telah menukar nama Viamaker
menjadi CapCut.

Aplikasi yang dikeluarkan pada awal April 2020, telah mendapat sambutan positif dengan
catatan 5 juta muat turun di Google Play Store. Dengan menggunakan aplikasi ini, proses
penyuntingan video pada peranti Android menjadi lebih selesa. Guru boleh memanfaatkan ciri
yang ada di CapCut, seperti antara muka pengguna, menu, pratetap, dan pelbagai bahagian lain
yang dapat digunakan untuk mengedit video apabila menjadi lebih menarik. Berikut merupakan
logo, kod QR dan pautan video laman web youtube
https://www.youtube.com/watch?v=1Isibga8AbU yang boleh dijadikan rujukan untuk
menggunakan CapCut;

9

Logo Aplikasi MANUAL PENGAJARAN ATAS TALIAN
Kod QR Manual

6.0 AKTIVITI

Aktiviti ialah salah satu bahagian yang perlu diambil perhatian semasa merancang pengajaran bagi
sesebuah kelas. Secara asasnya, terdapat dua jenis aktiviti iaitu secara atas talian dan aktiviti di
luar talian. Aktiviti luar talian merupakan kaedah yang digunakan sejak dahulu lagi di mana guru
membuat aktiviti dengan mengedarkan kertas kepada pelajar dan sesuai digunakan semasa
pengajaran bersemuka. Manakala, aktiviti atas talian pula membawa maksud aktiviti yang
dijalankan memerlukan sambungan internet sepenuhnya semasa sesi pengajaran berlangsung.
Terdapat banyak aktiviti atas talian yang mesra pengguna boleh dipilih oleh guru bagi
mendapatkan maklum balas pengajaran pada hari tersebut. Aktiviti atas talian yang dipilih adalah
Google Drive, Kahoot dan Quizizz diterangkan pada subtopik di bawah;

6.1 Google Drive

Google Drive merupakan aplikasi penyimpanan secara atas talian mempunyai banyak kelebihan
seperti perkongsian fail yang lebih mudah dan boleh mengakses fail tanpa mengira lokasi dan
waktu asalkan mempunyai jaringan internet. Sekiranya guru mempunyai akaun Google, terdapat
15 GB storan percuma yang disediakan oleh aplikasi ini. Jika storan fail telah mencapai had
tersebut, guru boleh memilih untuk menaik taraf secara berbayar kepada akaun Google One.
Kelebihan lain adalah pencarian yang komprehensif kerana Google Drive dapat mengenali gambar

10

MANUAL PENGAJARAN ATAS TALIAN

dan bahkan teks dalam dokumen yang diimbas, menjadikan pencarian fail menjadi lebih mudah
untuk dicari. Akhir sekali, aplikasi ini juga menawarkan ciri-ciri storan selamat yang membawa
maksud fail Google Drive dilindungi oleh protokol keselamatan yang sama yang digunakan pada
perkhidmatan Google yang lain. Kekurangan aplikasi ini adalah tanpa jaringan inernet ianya tidak
akan berfungsi sepenuhnya kerana tidak semua fail boleh diakses secara luar talian.

Bagi pengajaran guru pula, aktiviti yang sesuai dilakukan menggunakan Google Drive
adalah guru menyediakan bahan bertaip seperti soalan ujian contohnya secara luar talian dan
memuatnaik dalam Google Drive. Semasa pengajaran bersemuka berlangsung, pelajar boleh
membuka soalan semasa waktu aktiviti ujian setelah mendapat pautan yang diberikan oleh guru.
Bagi guru yang menjalankan pengajaran secara tidak bersemuka, pautan soalan ujian juga boleh
dikongsi semasa pertemuan menggunakan aplikasi dan pelajar boleh mengakses fail tersebut. Bagi
guru yang mengedarkan video pengajaran mengandungi kertas tugasan, kertas praktikal mahupun
kertas penerangan boleh juga dimuat naik pada Google Drive dan pelajar boleh mengakses
dokumen tersebut di luar waktu kelas. Berikut merupakan logo, kod QR dan pautan manual
https://drive.google.com/file/d/1ur2qvqmj7AAJOJqjr8popwHuG8UaNPQK/view?usp=sharing
yang boleh dijadikan rujukan untuk menggunakan Google Drive;

Logo Aplikasi Kod QR Manual

6.2 Kahoot!
Kahoot! adalah sebuah platform kuiz berasaskan atas talian yang sangat sesuai untuk pelajar dan
guru. Oleh kerana platform berasaskan permainan membolehkan anda membuat kuiz baru dari
awal, guru boleh menjadi kreatif dan menawarkan pilihan pembelajaran khusus untuk pelajar.

11

MANUAL PENGAJARAN ATAS TALIAN

Kelebihan aplikasi ini adalah sesuai untuk pembelajaran jarak jauh di mana masa dan sumber
berada pada tahap terbaik. Selain itu, Kahoot! bebas digunakan kerana hanya memerlukan sebuah
akaun dibuat untuk mula mencipta kuiz. Pelajar boleh menggunakan Kahoot! di kebanyakan
peranti dari mana-mana lokasi dengan syarat mempunyai sambungan internet.

Ciri hebat yang terdapat pada aplikasi Kahoot! adalah membolehkan pelajar bermain
dengan skor tinggi sebelumnya, menjadikan mereka naik ke tangga atas berdasarkan skor
terkumpul. Ini juga bermaksud menjawab kuiz dengan betul dan masa menjawab yang singkat
diambil akan mendapat tempat yang paling tinggi. Kuiz Kahoot boleh menjadi kaedah yang baik
untuk memeriksa pengetahuan pelajar sebelum guru memulakan pengajaran subjek untuk
mengetahui sama ada pengetahuan pelajar terlalu sederhana atau terlalu rumit untuk kelas yang
akan berlangsung. Bukan itu sahaja, soalan boleh direka dalam bentuk betul salah, soalan aneka
pilihan malahan gambar juga boleh dimasukkan ke dalam soalan kuiz. Berikut merupakan logo,
kod QR dan pautan manual https://drive.google.com/file/d/1YNk7SsR7-SrIj2_iAUH0M2kKNZ-
EHyeX/view?usp=sharing yang boleh dijadikan rujukan untuk menggunakan Kahoot!;

Logo Aplikasi Kod QR Manual

6.3 Quizizz
Quizizz adalah alat penilaian atas talian yang membolehkan guru mereka kuiz dan menilai
kefahaman pelajar pada akhir sesi pembelajaran. Setelah memberikan kod akses yang unik kepada
pelajar, kuiz dapat disajikan secara langsung sebagai cabaran yang mempunyai had masa atau
digunakan untuk kerja rumah dengan tarikh akhir yang tertentu. Setelah kuiz selesai, pelajar dapat
menyemak jawapan mereka. Selanjutnya, data yang dihasilkan disusun ke dalam spreadsheet
untuk memberi pengajar gambaran yang jelas mengenai prestasi pelajar untuk menganalisis di

12

MANUAL PENGAJARAN ATAS TALIAN

mana topik yang mungkin memerlukan fokus paling banyak di masa depan. Maklum balas segera
ini dapat digunakan oleh guru untuk menyemak semula aktiviti pembelajaran di masa depan dan
memberi fokus terhadap bahan yang disediakan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran
berdasarkan keputusan yang diperolehi oleh pelajar.

Seterusnya, Quizizz mempunyai susun atur yang sangat mudah dan aplikasi ini berfungsi
dengan baik untuk membantu guru melalui proses membuat kuiz langkah demi langkah, agar tidak
mengelirukan guru. Kelebihan aplikasi ini adalah percuma untuk semua pengguna. Satu-satunya
maklumat peribadi yang perlu diberikan oleh guru untuk membuat kuiz adalah alamat e-mel yang
sah. Pelajar tidak pernah diminta mendaftar untuk mengambil kuiz kerana pelajar hanya perlu
membuat nama pengguna sementara daripada mendaftar dengan nama tetap. Hal ini menjadikan
bukan sahaja menjadikan prosesnya lebih mudah dan cepat, tetapi juga guru perlu menasihati agar
pelajar memasukan nama penuh supaya memudahkan guru merekodkan markah. Selepas
menyiapkan kuiz, pelajar akan dapat melihat di mana kedudukannya dibandingkan dengan pelajar
yang lain secara keseluruhan. Berikut merupakan logo, kod QR dan pautan manual
https://drive.google.com/file/d/16QHFvE1AamNn9Vhd5x6Xyl9avYx4IqLZ/view?usp=sharing
yang boleh dijadikan rujukan untuk menggunakan Quizizz;

Logo Aplikasi Kod QR Manual

7.0 APLIKASI PERTEMUAN SECARA ATAS TALIAN
Aplikasi pertemuan secara atas talian menjadi buah mulut guru pada masa kini kerana semasa PdPr
memerlukan guru menjalankan pengajaran secara tidak bersemuka dan aplikasi pertemuan
menjadi popular sejak akhir-akhir ini. Dua aplikasi yang menjadi pilihan adalah Google Meet dan

13

MANUAL PENGAJARAN ATAS TALIAN

Zoom kerana kedua-dua aplikasi ini paling banyak digunakan dan mempunyai kelebihan
tersendiri. Perincian penuh aplikasi pertemuan yang dipilih diterangkan pada subtopik di bawah;

7.1 Google Meet

Google Meet adalah aplikasi persidangan video dari Google. Pada asalnya, perkhidmatan ini
tersedia untuk persidangan perusahaan, tetapi kini Google Meet dapat digunakan secara percuma.
Google Meet tersedia di web, telefon pintar dan tablet untuk Android mahupun iOS. Google Meet
bermula sebagai aplikasi untuk mengadakan mesyuarat video secara atas talian. Walau
bagaimanapun, guru boleh mengaktifkan kamera dan mikrofon secara bebas, malahan boleh
menggunakannya untuk panggilan audio jika perlu. Pautan jemputan boleh digunakan untuk
menjemput pelajar berada dalam persidangan video selain memasukkan kod mesyuarat pada
aplikasi Google Meet. Jumlah jemputan adalah maksimum 100 orang dan had masa persidangan
video adalah satu jam sahaja.

Salah satu kelebihan aplikasi pertemuan ini ialah guru tidak perlu memuat turun perisian
di komputer riba kerana carian laman web Google Meet boleh dicapai melalui web browser seperti
Chrome. Tetapi, bagi guru yang ingin menggunakan telefon pintar, aplikasi ini perlu dimuat turun
melalui App Store atau Play Store mengikut peranti masing-masing. Seterusnya, kelebihan lain
yang terdapat pada aplikasi pertemuan ini membolehkan guru membentangkan bahan yang
terdapat pada skrin telefon atau komputer riba contohnya slaid pembentangan dan dokumen
tugasan dalam pelbagai format. Sekiranya guru ingin menunjukkan video adalah tidak digalakkan
kerana kelajuan internet sangat mempengaruhi audio yang terhasil semasa membentangkan video.
Cadangannya, pautan video youtube contohnya boleh di kongsikan pada ruangan sembang “Chat”
dan pada akhir sesi pengajaran, guru boleh berkongsi pautan Google Form untuk merekodkan
kehadiran pelajar pada waktu kelas tersebut. Berikut merupakan logo, kod QR dan pautan manual
https://drive.google.com/file/d/1MYscSTQiYjKOrrQOmH-
SIWmUmCp3iXRW/view?usp=sharing yang boleh dijadikan rujukan untuk menggunakan
Google Meet;

14

Logo Aplikasi MANUAL PENGAJARAN ATAS TALIAN
Kod QR Manual

7.2 Zoom

Zoom adalah perkhidmatan persidangan video secara atas talian. Ini bertujuan agar pertemuan
daripada jarak jauh dapat dilaksanakan dan menawarkan persidangan video, audio, kolaborasi,
sembang, dan webinar. Seterusnya, Zoom menyokong pengguna komputer riba dan mudah alih.
Zoom telah menjadi sangat popular di dunia sejak akhir-akhir ini dan guru boleh memilih untuk
menggunakan perkhidmatan ini kerana aplikasi pertemuan ini sangat mudah untuk digunakan.
Zoom Meeting pada langganan biasa dan boleh menempatkan sehingga 100 orang pelajar yang
hadir secara percuma. Langganan tambahan berbayar diperlukan sekiranya jumlah pelajar
melebihi 100 orang. Kemudian, masa yang diperuntukkan secara percuma adalah 40 minit sahaja
dan jika guru memerlukan masa yang lebih, langganan tambahan juga diperlukan.

Kelebihan aplikasi Zoom adalah menyokong jumlah pelajar yang ramai, streaming
pertemuan atau Webinar dengan pelajar di Facebook, terdapat sokongan pautan pertemuan dengan
Google Calendar, mudah untuk digunakan dan mempunyai skala yang berbeza mengikut
keperluan guru. Kekurangan aplikasi Zoom pula adalah langganan tambahan yang agak mahal,
tidak ada bahagian untuk mengawal komen pelajar, aplikasi perlu dimuat turun pada komputer
riba atau telefon pintar sebelum digunakan dan video yang dipaparkan semasa pertemuan bukan
dalam kualiti tinggi iaitu hanya 720 pixel. Berikut merupakan logo, kod QR dan pautan manual
https://drive.google.com/file/d/1XD6LuvumWIqe1Q3ifYZXZTUZpr_d2SzW/view?usp=sharing
yang boleh dijadikan rujukan untuk menggunakan Zoom;

15

Logo Aplikasi MANUAL PENGAJARAN ATAS TALIAN
Kod QR Manual

7.3 Jadual Perbandingan Aplikasi Pertemuan Secara Atas Talian

Jadual 2: Perbandingan Aplikasi Pertemuan Secara Atas Talian

Aspek Aplikasi Google Meet Zoom
macOS, Windows, Android & IOS
Ketersediaan Web, Android, IOS

Jumlah peserta 100 100

Had masa 60 minit 40 minit

Perkongsian skrin Ya Ya

Merekod video Tidak Ya

Semua peserta dalam skrin Ya Ya

16

MANUAL PENGAJARAN ATAS TALIAN

8.0 KESIMPULAN

Penulis berharap agar manual yang dibangunkan dapat membantu guru Kolej Vokasional Juasseh
(KVJ) menjalankan proses pengajaran secara atas talian. Dalam pada masa yang sama, terdapat
bahagian aktiviti yang boleh dilakukan secara bersemuka dengan syarat mempunyai sambungan
internet semasa sesi pengajaran berlangsung. Seterusnya, dengan adanya manual ini diharap agar
tahap komunikasi antara guru dan pelajar dapat ditingkatkan walaupun pembelajaran secara
bersemuka mahupun secara tidak bersemuka. Ringkasan manual yang dibentangkan kepada
Pengarah KVJ boleh dirujuk pada bahagian lampiran. Selain itu, penulis berharap pada masa akan
datang terdapat wakil untuk membuat penambahbaikan untuk kegunaan pada masa hadapan
seiring dengan teknologi. Akhir sekali, penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada
warga KVJ kerana menerima baik kehadiran pelatih sepanjang menjalani Latihan Mengajar
kemudian memberi beberapa projek kepada kolej, bengkel dan asrama yang sangat bermanfaat
sebagai pengalaman untuk digunakan ketika menjadi guru kelak.

9.0 RUJUKAN

CapCut APK - MOD v1.7.1 Premium for Android. (2020, December 17). Retrieved March 20,
2021, from https://gameloop.mobi/apps/en/capcut-apk/

Filmora Review: Pricing, Pros, Cons & Features. (2018, December 13). Retrieved March 20, 2021,
from https://comparecamp.com/filmora-review-pricing-pros-cons-features/

Giaquinto, R., (2020, June 02). Pros and Cons of Using Zoom, Keeping Businesses and Events
Going. Retrieved March 20, 2021, from https://www.greengeeks.com/blog/pros-cons-using-
zoom/

Nolledo, M. (2020, July 25). What is Kahoot? How does it work for teachers. Retrieved March 15,
2021, from https://www.techlearning.com/how-to/what-is-kahoot-and-how-does-it-work-
for-teachers

Nolledo, M. (2020, July 28). What is Google Drive? A guide to navigating Google's file storage
service and collaboration tools. Retrieved March 15, 2021, from
https://www.businessinsider.com/what-is-google-drive-guide

17

MANUAL PENGAJARAN ATAS TALIAN

Online Tools for Teaching & Learning. (n.d.). Retrieved March 16, 2021, from
https://blogs.umass.edu/onlinetools/assessment-centered-tools/quizizz/

Pros and cons of Google Classroom. (n.d.). Retrieved March 16, 2021, from
https://www.uft.org/news/teaching/linking-learning/pros-and-cons-google-classroom

PROS AND CONS. (n.d.). Retrieved March 18, from

https://padletcommunicationtoolit648.weebly.com/pros-and-cons.html

Singh, J. (2020, April 30). Google Meet or Zoom: Which Should Be Your Choice Today?
Retrieved March 18, 2021, from https://gadgets.ndtv.com/apps/features/google-meet-vs-
zoom-comparison-free-version-features-2220570

Zakime, A. (2020, March 24). What is Padlet? Retrieved March 15, 2021, from
https://www.whatiselt.com/single-post/2017/09/15/What-is-Padlet

Zakime, A. (2020, March 30). What is Edmodo? Retrieved March 15, 2021, from
https://www.whatiselt.com/single-post/2018/01/28/what-is-edmodo

18

MANUAL PENGAJARAN ATAS TALIAN
LAMPIRAN

19

MANUAL PENGAJARAN ATAS TALIAN
20

MANUAL PENGAJARAN ATAS TALIAN
21

MANUAL PENGAJARAN ATAS TALIAN
22

MANUAL PENGAJARAN ATAS TALIAN
23

MANUAL PENGAJARAN ATAS TALIAN
24

MANUAL PENGAJARAN ATAS TALIAN
25


Click to View FlipBook Version