The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mersuzi 4478, 2023-10-17 02:13:52

PANDUAN qiamul lail

pusat DAKWAH

Panduan Melaksanakan


Panduan Melaksanakan Disusun oleh Bahagian Perancangan, Kajian dan Penerbitan Terbitan 1441H / 2020M


© Pusat Da’wah Islamiah 2020 Penyelaras dan Aturhuruf: Bahagian Perancangan, Kajian dan Penerbitan Diterbitkan oleh: Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kampung Pulaie, Jalan Pusat Dakwah, Bandar Seri Begawan BB4310, Negara Brunei Darussalam.


ISI KANDUNGAN PENGENALAN QIAMULLAIL 1 SEMBAHYANG SUNAT WUDHU 3 Fadhilat............................................................................................ 3 Niat Sembahyang Sunat Wudhu...................................................... 5 Bacaan Dalam Sembahyang Sunat Wudhu......................................5 SEMBAHYANG SUNAT TAHAJJUD 8 Bilangan Rakaat............................................................................... 8 Fadhilat............................................................................................ 9 Niat Sembahyang Sunat Tahajjud.................................................... 10 Bacaan Dalam Sembahyang Sunat Tahajjud....................................10 Doa Sembahyang Sunat Tahajjud .................................................... 12 SEMBAHYANG SUNAT HAJAT 15 Niat Sembahyang Sunat Hajat......................................................... 17 Bacaan Dalam Sembahyang Sunat Hajat.........................................17 Bacaan Selepas Salam ............................................................. 19 Doa Sembahyang Sunat Hajat ......................................................... 20 SEMBAHYANG SUNAT TAUBAT 23 Fadhilat............................................................................................ 24 Niat Sembahyang Sunat Taubat....................................................... 25 Bacaan Dalam Sembahyang Sunat Taubat.......................................25 Bacaan Selepas Sembahyang Sunat Taubat.....................................28 Istighfar.................................................................................... 28 Selawat .................................................................................... 29 Membaca Dua Ayat al-Qur’an .................................................29 Doa Sembahyang Sunat Taubat....................................................... 30


SEMBAHYANG SUNAT TASBIH 32 Bilangan Rakaat............................................................................... 33 Fadhilat............................................................................................ 33 Niat Sembahyang Sunat Tasbih ....................................................... 34 Bacaan Dalam Sembahyang Sunat Tasbih .......................................34 Waktu Membaca Tasbih .................................................................. 38 Cara Pertama ........................................................................... 38 Cara Kedua............................................................................... 39 Doa Sembahyang Sunat Tasbih........................................................ 40 SEMBAHYANG SUNAT WITIR 42 Hukum............................................................................................. 42 Bilangan Rakaat............................................................................... 43 Fadhilat............................................................................................ 43 Niat Sembahyang Sunat Witir.......................................................... 46 Bacaan Dalam Sembahyang Sunat Witir .........................................46 Doa Sembahyang Sunat Witir.......................................................... 50 PENUTUP 52


Bagi memudahkan pembacaan, awda bolehlah menyimpan atau menyalin (save as/copy) fail pdf ini ke aplikasi ‘EBook Reader’ seperti iBooks, Books, PocketBook, Bookari dan sebagainya yang terdapat atau dimuat turun ke dalam gadget awda.


1 PENGENALAN Qiamullail Qiamullail adalah amalan beribadat pada malam hari dengan mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat serta amalan-amalan seperti sembahyang sunat wudhu, tahajjud, taubat, hajat, tasbih, witi r, membaca al-Qur’an, berzikir, beristi ghfar, berdoa dan sebagainya. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau berjemaah pada bila-bila masa (ti dak khusus untuk bulan ramadhan sahaja). Ibadah Qiamullail sangat digalakkan apatah lagi di bulan Ramadhan yang telah disediakan di dalamnya satu malam yang dinamakan Lailatulqadr iaitu malam yang penuh keberkatan dan mempunyai keisti mewaan di mana melakukan amal ibadat pada malam tersebut adalah lebih baik ganjarannya daripada melakukan amal ibadat selama seribu bulan. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri memperbanyakkan amal ibadat lebih-lebih lagi di sepuluh terakhir bulan Ramadhan yang berdasarkan hadits shahih yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata: Maksudnya: Ada pun Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersungguh-sungguh (mengerjakan amal ibadat) di sepuluh terakhir (bulan Ramadhan), apa yang baginda ti dak kerjakan pada (bulan-bulan) yang lain. (Hadits riwayat Imam Muslim) Pengenalan Qiamullail


2 Penekanan sepuluh terakhir bulan Ramadhan ini berkemungkinan besar berlakunya Lailatulqadr (menurut Jumhur ‘Ulama) pada malam berangka ganjil di antara malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan. Ini adalah berdasarkan hadits daripada Abu Sa’id al-Khudri Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Maksudnya: Maka kamu carilah Lailatulqadr itu pada sepuluh terakhir (bulan Ramadhan) dan carilah ia pada ti ap-ti ap malam yang ganjil. (Hadits riwayat Imam al-Bukhari) Di antara perkara-perkara yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam di sepuluh terakhir Ramadhan sebagai menyambut kedatangan Lailatulqadr ialah melakukan i’ti kaf di masjid, memperbanyakkan ibadatibadat sunat, berzikir dan berdoa. Oleh yang demikian, umat Islam rebutlah peluang meningkatkan amal ibadat di bulan yang mulia ini lebih-lebih lagi di sepuluh terakhir bulan Ramadhan Mubarrak ini. Antara amalan sunat yang sebaiknya dilakukan sebagai pengisian Qiamullail ialah • Sembahyang Sunat Wudhu. • Sembahyang Sunat Tahajjud. • Sembahyang Sunat Hajat. • Sembahyang Sunat Taubat. • Sembahyang Sunat Tasbih. • Sembahyang Sunat Witi r. • Memperbanyakkan Zikir. • Berdoa. Pengenalan Qiamullail


3 SEMBAHYANG SUNAT Wudhu Sembahyang sunat Wudhu ialah sembahyang sunat dua rakaat yang dilakukan setelah mengambil air sembahyang atau berwudhu. Sembahyang ini terluput waktu mengerjakannya jika terpisah oleh jangka masa yang lama antara wudhu dengan sembahyang sunat Wudhu. FADHILAT • Memberi peluang masuk syurga sebagaimana dalam hadits shahih daripada Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu yang meriwayatkan perbualan antara Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan Bilal Radhiallahu ‘anhu: Sembahyang Sunat Wudhu


4 Maksudnya: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada Bilal keti ka (selesai) sembahyang Fajar (Subuh): “Wahai Bilal, ceritakan kepadaku amalan apa yang paling kamu harapkan melakukannya dalam Islam. Sesungguhnya aku mendengar bunyi sepasang terompahmu di hadapanku di dalam syurga.” Bilal berkata: “Tidak ada amalan yang aku lakukan yang paling aku harapkan kecuali (ada satu amalan, iaitu) aku ti dak berwudhu satu wudhu pun pada waktu malam ataupun siang, melainkan aku sembahyang dengan wudhu itu, seperti mana yang telah ditetapkan untukku melakukan sembahyang.” (Hadits riwayat Imam al-Bukhari) • Diampunkan dosa-dosa kecil sebagaimana dalam sebuah hadits shahih daripada ‘Utsman bin ‘Aff an Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Maksudnya: Sesiapa berwudhu kerana hendak sembahyang dan menyempurnakan pula cara-cara berwudhu kemudian ia pergi menunaikan sembahyang lima waktu, lalu ia sembahyang bersama orang ramai atau berjemaah atau di dalam masjid, Allah akan mengampunkan segala dosa-dosanya. (Hadits riwayat Imam Muslim) Sembahyang Sunat Wudhu


5 ﴾ ﴿ ﴾ ﴿ NIAT SEMBAHYANG SUNAT WUDHU Sahaja aku sembahyang sunat Wudhu dua rakaat kerana Allah Ta’ala. BACAAN DALAM SEMBAHYANG SUNAT WUDHU Surah-surah yang dibaca Rakaat 1 Surah Al-Faati hah Surah an-Nisaa, ayat 64 Sembahyang Sunat Wudhu


6 ﴾ ﴿ ﴾ ﴿ ﴾ Surah al-Kaafi ruun ﴿ Rakaat 2 Surah Al-Faati hah Surah an-Nisaa, ayat 110 Sembahyang Sunat Wudhu


7 ﴾ ﴿ Sembahyang Sunat Wudhu Surah al-Ikhlaash Setelah memberi salam digalakkan membaca zikir-zikir berikut: (10 x) (10 x) (10 x) (10 x) (10 x) (10 x) (10 x)


8 SEMBAHYANG SUNAT Tahajjud Sembahyang sunat Tahajjud dilakukan selepas bangun daripada ti dur walaupun sekejap dengan syarat sembahyang fardhu Isya’ telah ditunaikan dan seelok-eloknya dilakukan selepas bangun daripada ti dur pada separuh malam atau dua perti ga malam. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah al-Israa’ ayat 79: Terjemahan makna ayat: Dan pada sebahagian malam, dirikanlah sembahyang Tahajjud padanya sebagai ibadat tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu membangkitkanmu (dan menempatkanmu) pada hari akhirat di maqam (kedudukan) yang terpuji. BILANGAN RAKAAT Bilangan rakaat bagi sembahyang sunat Tahajjud ialah sekurangkurangnya dilakukan dua rakaat dan sebanyak-banyaknya ti dak ada batas rakaat mengikut kemampuan. Sembahyang Sunat Tahajjud


9 FADHILAT Kelebihan di dunia: • Allah akan pelihara dirinya daripada segala penyakit. • Dinampakkan pada wajahnya tanda-tanda sebagai orang yang taat kepada Allah. • Dicintai di hati orang-orang mu’min dan sekalian manusia. • Lidahnya berisi hikmat. • Dijadikan orang yang bijaksana dengan dikurniakan akal fi kiran yang waras. Kelebihan di akhirat: • Dibangkitkan daripada kubur dengan wajahnya yang puti h bercahaya. • Diringankan hisabnya. • Dipermudahkan meniti siratul mustaqim. • Diberi buku amalan dengan tangan kanan. Sembahyang Sunat Tahajjud


10 ﴾ ﴿ ﴾ ﴿ NIAT SEMBAHYANG SUNAT TAHAJJUD ه ي تََعاَل َعَتْ يْييلِلِ ْ جيد رَك ُّ َ َّت َة الَّ َّ أ َصِّل ي س ُ ن ُ صَل َ ال َّ َيمْْيَ، و َعال ْ ه ي رَ يِب ال ديلِلِ ُ ْ ْ َحم سَل ال أ ْْشَ يف ُة و َ َ ال َّ َََل َ م ع ي ُ آ ء َ نْيبي عْ َْي َ أ َْْجي َ ي و َ ََصْيبه ي و هيِل َ ََل ا َع ي َْي و ُ ْرَسل ال . ْم َ اَ سم ر ال َّ ُ ْو ُ أنْ َت ن َ د ُ ْ ْ َحم َّ ََلَ ال م ُ ه ه ن لل ا ِ ي َّ ي ْْي َ َم ْن ف ْريض و َ اْلْ َ و ، َ ا يت و َ سم َيِيُِ ال َّ أنْ َت ق َ د ُ ْ ْ َحم ََلَ ال ََل و ا َ َ َ ن، و ي َّ ي ْْي َ َم ْن ف ْريض و َ اْلْ َ َ ا يت و و أ َ د ُ ْ ْ َحم َ ال سم ن نْ َت ا َمي ُِل ال َّ ي َّ ي ْْي َ َم ْن ف ْريض و ََل و ، َ َ ا يت واْلْ َ َ و ق ُّ ْ َح يَقاُؤَك ال َ ل ق و ُّ ْ َح َلَ ال ُ ْو َ َق ق و ُّ ْ َح دَك ال ُ ْ َ ع َو ق و ُّ ْ َح أنْ َت ال َ د ُ ْ ْ َحم ال د ٌَّ م َحم ُ َ ق و ٌّ ُّْوَن َح َّيبي َ الن ق و ٌّ ة َح ُ َ ساع َ ال َّ ق و ٌّ ر َح ُ َّا َ الن ق و ٌّ ة َح ُ َّ ْ َجن َ ال و ق. ٌّ َح Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala. BACAAN DALAM SEMBAHYANG SUNAT TAHAJJUD Surah-surah yang dibaca Rakaat 1 Surah Al-Faati hah Surah al-Kaafi ruun Sembahyang Sunat Tahajjud


11 ﴾ ﴿ ﴾ ﴿ Rakaat 2 Surah Al-Faati hah Surah al-Ikhlaash Sembahyang Sunat Tahajjud


12 Doa Sembahyang Sunat Tahajjud Sembahyang Sunat Tahajjud


13 Sembahyang Sunat Tahajjud


14 Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam. Limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan ke atas semulia-mulia Rasul dan ke atas keluarga baginda serta para sahabat baginda sekalian. Ya Allah! BagiMu segala puji-pujian, Engkau adalah cahaya langit dan bumi (alam semesta) serta segala isinya. BagiMu segala pujian, Engkaulah Pencipta dan Pemelihara (Pengatur alam semesta) serta segala isinya. Dan bagiMu segala pujian, Engkau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. BagiMulah segala pujian, Engkaulah yang benar (Al-haqq), janjiMu adalah benar, fi rmanMu adalah benar, temuan denganMu adalah benar, dan syurga itu adalah benar dan neraka adalah benar, (adanya) hari Kiamat itu adalah benar, nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah benar. Ya Allah! KepadaMu aku menyerahkan diri, kepadaMu aku bertawakkal, denganMu aku beriman, kepadaMu aku kembali, denganMu aku menghadapi musuh dan kepadaMu aku berhukum (membuat keputusan). Maka ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang kemudian, baik yang aku sembunyikan mahupun yang aku nyatakan, Engkau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Engkau, Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah. Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dariapda azab neraka. Dan Engkau (Allah) cucurilah dengan sepenuh rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas ahli-ahli keluarga dan seluruh sahabat baginda, dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan Pentadbir sekalian alam. Sembahyang Sunat Tahajjud


15 SEMBAHYANG SUNAT Hajat Sembahyang sunat Hajat ialah sembahyang sunat yang khusus bertujuan untuk memohon supaya Allah menunaikan hajat dan keinginan seseorang atau ramai atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah bagi menjauhkan dari mara bahaya dan seumpamanya. Sembahyang ini seelok-eloknya dilakukan bersendirian oleh orang yang mempunyai hajat tersebut tetapi diharuskan berjemaah kerana memanjatkan doa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala secara berjemaah adalah lebih baik agar dimakbulkan olehNya. Tidak menjadi kesalahan jika ia meminta orang lain mengerjakan sembahyang hajat untuknya di samping ia juga turut mengerjakan secara berasingan. Waktu bagi sembahyang ini ti daklah ditentukan sama ada siang atau malam tetapi hendaklah keadaan sekeliling sunyi bertujuan untuk lebih tenteram dan khusyu’ memohon kehadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala. Seelok-eloknya dilakukan di waktu malam dan boleh dilakukan berulang kali selagi dirasakan hajatnya belum dimakbulkan. Sembahyang Sunat Hajat


16 Dalam sebuah hadits daripada Abdullah bin Abu ‘Aufa dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Maksudnya: “Barangsiapa yang mempunyai hajat (keinginan) kepada Allah atau kepada seseorang dari anak Adam, maka hendaklah dia berwudhu dengan menyempurnakan wudhunya, lalu melaksanakan sembahyang dua rakaat.” (Hadits riwayat Imam at-Tirmidzi) Sembahyang Sunat Hajat


17 ﴾ ﴿ ﴾ ﴿ NIAT SEMBAHYANG SUNAT HAJAT Sahaja aku sembahyang sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala. BACAAN DALAM SEMBAHYANG SUNAT HAJAT Surah-surah yang dibaca Rakaat 1 Surah Al-Faati hah Surah al-Kaafi ruun Sembahyang Sunat Hajat


18 ﴾ ﴿ ﴾ ﴿ Rakaat 2 Surah Al-Faati hah Surah al-Ikhlaash Sembahyang Sunat Hajat


19 Bacaan Selepas Salam Selepas memberi salam hendaklah sujud sambil membaca: Selepas itu terus berdoa apa-apa yang dihajati , setelah selesai berdoa barulah bangun daripada sujud. Sembahyang Sunat Hajat


20 Doa Sembahyang Sunat Hajat Sembahyang Sunat Hajat


21 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam. Selawat serta salam ke atas semulia-mulia nabi dan rasul serta ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda sekalian. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan yang Maha Penyabar dan Maha Pemurah. Maha Suci Allah, Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Maha Suci Tuhan yang memiliki segala langit dan bumi serta Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung. Sembahyang Sunat Hajat


22 Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kepadaMu hal-hal yang menyebabkan rahmatMu, dan yang memantapkan hati untuk memperolehi keampunanMu dan (kami memohon) keuntungan dari segala kebaikan serta keselamatan dari seti ap kejahatan dan dosadosa. Janganlah hendaknya Engkau meninggalkan dosa kepada kami, melainkan Engkau ampunkannya, dan janganlah Engkau meninggalkan kesusahan melainkan Engkau lapangkannya, dan janganlah Engkau meninggalkan kemudharatan melainkan Engkau leraikannya, serta janganlah Engkau meninggalkan hajat yang Engkau redhai melainkan Engkau kabulkannya untuk kami. Dengan rahmatMu, Ya Allah! Tuhan Yang Maha Pengasih. Ya Allah ya Tuhan kami, wahai Tuhan yang menghimpunkan yang bercerai-berai, wahai Tuhan yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, wahai Tuhan yang menghidupkan sisa-sisa tulang, wahai Tuhan yang memakbulkan seti ap doa-doa, wahai Tuhan yang menunaikan seti ap hajat, wahai Tuhan yang memiliki keperluan-keperluan seluruh alam, yang telah mendengar semua suara, dan ilmuMu meliputi segalasegalanya, kami memohon kepadaMu, ya Allah ya Tuhan kami, dengan keupayaanMu atas seti ap sesuatu, dan dengan kekayaanMu akan semua ciptaanMu, dengan pujian dan kemuliaanMu untuk menunaikan hajat kami ……….. (niatkan hajat) Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Berkuasa, dan sesungguhnya Engkau berkuasa untuk melakukan apa sahaja (yang Engkau kehendaki) dan Maha Layak untuk mengabulkan permohonan. Ya Allah! Ya Tuhan kami, Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari siksa api neraka. Limpahkanlah rahmat ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad Shallallahu ’alaihi wa sallam dan ke atas keluarga serta para sahabat sekaliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah, Tuhan pemelihara seluruh alam. Sembahyang Sunat Hajat


23 SEMBAHYANG SUNAT Taubat Sembahyang sunat Taubat ialah sembahyang sunat yang dilakukan oleh orang yang telah melakukan dosa atau terasa berbuat dosa lalu bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bertaubat bererti seseorang itu menyesali perbuatannya yang telah lalu dan meninggalkan pekerjaan yang mendatangkan dosa dengan berazam dan bercita-cita ti dak akan melakukannya lagi lalu memohon keampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan daripada Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Maksudnya: Tidaklah seorang yang melakukan suatu dosa kemudian ia berdiri lalu bersuci kemudian melakukan sembahyang kemudian memohon ampun kepada Allah melainkan Allah mengampuni dosanya. Selanjutnya baginda Shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ayat ini: Terjemahan makna ayat: Dan orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri mereka sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka…(Surah Aali ‘Imraan ayat 135). (Hadits riwayat Imam at-Tirmidzi) Sembahyang Sunat Taubat


24 Sembahyang sunat Taubat boleh dilakukan secara bersendirian dan ti dak disunatkan mengerjakannya secara berjemaah. FADHILAT Disebutkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Buraidah Radhiallahu ‘anhu, daripada bapanya bahawa pada suatu pagi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memanggil Bilal Radhiallahu ‘anhu, lalu baginda bertanya kepadanya: Wahai Bilal! Dengan (amalan) apa kau mendahului aku masuk syurga? Semalam aku telah memasuki syurga, lalu aku mendengar tapak kakimu di hadapanku. Lalu Bilal Radhiallahu ‘anhu pun menjawab: Wahai Rasulullah! Aku ti dak sekali-kali melakukan suatu dosa kecuali aku bersembahyang dua rakaat (sembahyang sunat Taubat), dan aku ti dak sekali-kali didatangi hadats kecuali aku mengambil wudhu kerananya. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pun bersabda: (Dengan amalan) inilah sebabnya (kau mendahului memasuki syurga). (Hadits riwayat Imam Ahmad) Sembahyang Sunat Taubat


25 NIAT SEMBAHYANG SUNAT TAUBAT Sahaja aku sembahyang Sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala. BACAAN DALAM SEMBAHYANG SUNAT TAUBAT • Surah-surah yang sunat dibaca Tidak ada surah-surah yang dikhususkan untuk dibaca selepas membaca surah al-Faati hah keti ka mengerjakan sembahyang sunat Taubat ini. Dari itu, bolehlah dibaca mana-mana ayat al-Qur’an ataupun surah yang dirasakan mudah ataupun mampu dibaca. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah al-Muzzammil ayat 20: Terjemahan makna ayat: …Oleh itu bacalah apa yang mudah daripada al-Qur’an… Dalam permasalahan sembahyang sunat yang ti dak dikhususkan bacaannya seperti sembahyang sunat Taubat ini, menurut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullahu, sunat membaca surah al-Kaafi ruun dan surah al-Ikhlaash. Sembahyang Sunat Taubat


26 ﴾ ﴿ ﴾ ﴿ Rakaat 1 Surah Al-Faati hah Surah al-Kaafi ruun Sembahyang Sunat Taubat


27 ﴾ ﴿ ﴾ ﴿ Rakaat 2 Surah Al-Faati hah Surah al-Ikhlaash Sembahyang Sunat Taubat


28 Bacaan Selepas Sembahyang Sunat Taubat • Is� ghfar Membaca isti ghfar sebanyak 3 atau 7 kali dan seelok-eloknya dibaca 70 atau 100 kali iaitu: Antara bacaan isti ghfar yang lain yang diamalkan oleh para ulama’: Sembahyang Sunat Taubat


29 • Selawat Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam sebanyak 10 atau 100 kali iaitu: • Membaca dua ayat al-Qur’an dalam surah Aali ‘Imraan ayat 135-136: Terjemahan makna ayat: Dan orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri mereka sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka. Dan sememangnya ti dak ada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa selain Allah. Dan mereka juga ti dak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu sedang mereka mengetahui (akibatnya). Mereka itu ganjarannya ialah keampunan daripada Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaiksebaik ganjaran bagi orang-orang yang beramal. Sembahyang Sunat Taubat


30 Doa Sembahyang Sunat Taubat Sembahyang Sunat Taubat


31 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Segala pujian bagi Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, limpahkanlah rahmat Allah dan salam ke atas penghulu dan nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan ke atas keluarga dan para sahabat baginda sekalian. Ya Allah! Ya Tuhan Kami! Kami memohon kepadaMu taubat yang sebenarnya, keampunan yang menyeluruh, kasih sayang yang sempurna, amal ibadah yang tulus, pengetahuan yang luas, cahaya kebenaran yang berkilauan, syafa’at yang teguh, hujjah yang bernas, darjat kedudukan yang ti nggi, jauhkan kepercayaan kami dari perkara yang membawa kepada maksiat dan pertaruhan kami dari sesuatu yang mengundang kemurkaanMu dengan anugerah kemuliaan dan belas kasihan. Ya Allah! Ya Tuhan Kami! Kami bertaubat kepadaMu dari sebarang dosa. Sesungguhnya ini adalah sumpah janji buat kali yang terakhir mengenainya. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kebaikan kepada kami di dunia. Anugerahkanlah juga kepada kami kebaikan di akhirat. Jauhkanlah kami dari azab seksa api neraka. Limpahkanlah rahmat Allah dan salam ke atas penghulu dan nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan ke atas keluarga dan para sahabat baginda. Segala pujian bagi Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Sembahyang Sunat Taubat


32 SEMBAHYANG SUNAT Tasbih Dinamakan sembahyang sunat Tasbih kerana di dalam sembahyang itu banyak menyebut dan mengucap kalimah tasbih. Sembahyang sunat Tasbih ini dianjurkan melakukannya sehingga mampu, afdhal dikerjakan pada ti ap-ti ap hari. Jika ti dak mampu, bolehlah dikerjakan sekali pada seti ap Jumaat. Jika ti dak mampu juga, bolehlah dikerjakan sebulan sekali. Jika ti dak mampu, bolehlah dikerjakan setahun sekali dan jika ti dak mampu juga, bolehlah dikerjakan seumur hidup sekali, sebagaimana hadits daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Maksudnya: Jika engkau mampu mengerjakannya sekali seti ap hari maka kerjakanlah, jika engkau ti dak mampu membuatnya maka kerjakanlah sekali seti ap Jumaat, jika engkau ti dak mampu, maka kerjakanlah sekali sebulan, jika engkau ti dak mampu maka kerjakanlah sekali setahun, jika engkau ti dak mampu juga maka kerjakanlah sekali dalam seumur hidupmu. (Hadits riwayat Imam Abu Daud) Sembahyang Sunat Tasbih


33 Sunat dilakukan sembahyang sunat Tasbih itu berulang kali walaupun dalam masa yang berdekatan. BILANGAN RAKAAT Bilangan rakaat bagi sembahyang sunat Tasbih yang dilakukan pada waktu malam ialah sebanyak empat rakaat iaitu seti ap dua rakaat satu salam FADHILAT Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ada mengajarkan kepada bapa saudaranya bahawa kelebihan sembahyang sunat Tasbih itu sangatlah besar sebagaimana hadits daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma: Maksudnya: Jika engkau membuat yang sedemikian itu, Allah menghapuskan dosamu, baik yang terdahulu, yang sekarang, yang sudah lama, yang baru, yang ti dak disengaja, yang sengaja, yang kecil, yang besar, yang tersembunyi mahupun yang terang-terangan. (Hadits riwayat Imam Abu Daud) Sembahyang Sunat Tasbih


34 ﴾ ﴿ ﴾ ﴿ NIAT SEMBAHYANG TASBIH Sahaja aku sembahyang sunat Tasbih dua rakaat kerana Allah Ta’ala. BACAAN DALAM SEMBAHYANG SUNAT TASBIH Surah-surah yang dibaca Rakaat 1 Surah Al-Faati hah Surah at-Takaatsur Sembahyang Sunat Tasbih


35 ﴾ ﴿ ﴾ ﴿ Rakaat 2 Surah Al-Faati hah Surah al-’Ashr Sembahyang Sunat Tasbih


36 ﴾ ﴿ ﴾ ﴿ Rakaat 3 Surah Al-Faati hah Surah al-Kaafi ruun Sembahyang Sunat Tasbih


37 ﴾ ﴿ ﴾ ﴿ Rakaat 4 Surah Al-Faati hah Surah al-Ikhlaash Sembahyang Sunat Tasbih


38 WAKTU MEMBACA TASBIH Lafaz Tasbih: Terdapat dua cara untuk membaca lafaz tasbih iaitu: • Cara Pertama Lafaz tasbih dibaca selepas bacaan Rakaat 1 Rakaat 2 Rakaat 3 Rakaat 4 Doa i� itah 15 x Surah Al-Faati hah 15 x 15 x 15 x Surah Pilihan 10 x 10 x 10 x 10 x Ruku’ 10 x 10 x 10 x 10 x I’ti dal 10 x 10 x 10 x 10 x Sujud 10 x 10 x 10 x 10 x Duduk antara dua sujud 10 x 10 x 10 x 10 x Sujud kedua 10 x 10 x 10 x 10 x Jumlah 75 x 75 x 75 x 75 x Keseluruhan 300 x Sembahyang Sunat Tasbih


39 • Cara Kedua Lafaz tasbih dibaca selepas bacaan Rakaat 1 Rakaat 2 Rakaat 3 Rakaat 4 Surah Pilihan 15 x 15 x 15 x 15 x Ruku’ 10 x 10 x 10 x 10 x I’ti dal 10 x 10 x 10 x 10 x Sujud 10 x 10 x 10 x 10 x Duduk antara dua sujud 10 x 10 x 10 x 10 x Sujud kedua 10 x 10 x 10 x 10 x *Duduk isti rahah (duduk sebelum berdiri untuk rakaat yang seterusnya) atau selepas tahiyyat awal 10 x 10 x 10 x 10 x Jumlah 75 x 75 x 75 x 75 x Keseluruhan 300 x Sembahyang Sunat Tasbih


40 Doa Sembahyang Sunat Tasbih Sunat membaca doa ini selepas tahiyyat akhir dan sebelum salam dengan dibaca dua kali iaitu seti ap kali dalam dua rakaat satu salam. Selepas mengucapkan salam bolehlah memohon dengan membaca doa-doa lain supaya diperkenankan segala hajat. Sembahyang Sunat Tasbih


41 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya Allah! Kami bermohon dariMu taufi q seperti golongan yang mendapat pertunjuk, ibadat golongan yang yakin, ketulusan golongan yang bertaubat, keazaman golongan yang sabar, kewaspadaan golongan yang takut, pengharapan golongan yang tekun, peribadatan golongan yang wara’, kebijaksanaan golongan yang berilmu sehingga kami menjadi takut kepadaMu. Ya Allah! Kami bermohon kepadMu sifat takut yang akan menjadikan benteng dari berbuat maksiat kepadaMu, (kami bermohon kepadaMu) amalan yang dengannya kami mendapat keredhaanMu sehingga (menjadikan) kami dapat beramal dengan penuh ketaatan, (kami bermohon) rasa takut kepadaMu sehingga (menjadikan) kami memohon nasihat kepadaMu di dalam taubat, (kami bermohon) rasa cinta kepadaMu sehingga (menjadikan) kami ikhlas kepadaMu dalam meminta nasihat, (kami bermohon) bersangka baik kepadaMu Tuhan yang Maha Suci Pencipta nuur (cahaya) sehingga (menjadikan) kami bertawakkal kepadaMu di dalam seti ap urusan. Wahai Tuhan kami sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas ti ap-ti ap sesuatu dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari sekalian yang mengasihi. Sembahyang Sunat Tasbih


42 SEMBAHYANG SUNAT Witir Witi r berasal daripada perkataan Arab bererti bilangan yang ganjil seperti satu, ti ga dan lima. Sembahyang sunat Witi r merupakan penutup sembahyang-sembahyang malam dan ianya adalah sebaik-baik (afdhal) daripada sembahyang-sembahyang sunat yang lain kecuali sembahyang sunat Tahajjud. Dalam sebuah hadits shahih yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Maksudnya: Hendaklah kamu jadikan akhir ibadat (sembahyang) kamu pada waktu malam dengan sembahyang Witi r. (Hadits riwayat Imam Muslim) HUKUM Hukum sembahyang Witi r itu adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang dituntut. Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits daripada ‘Ali Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sembahyang Sunat Witi r


Click to View FlipBook Version