43 Maksudnya: Sesungguhnya Allah itu tunggal, suka kepada yang ganjil. Maka dirikanlah sembahyang Witi r wahai ahli Qur’an (wahai orang-orang beriman dengan Qur’an). (Hadits riwayat Imam at-Tirmidzi) BILANGAN RAKAAT Bilangan rakaat bagi sembahyang Witi r adalah ganjil iaitu sekurangkurangnya satu rakaat dan sebanyak-banyaknya sebelas rakaat tetapi lazimnya afdhal dilakukan sebanyak ti ga rakaat dengan dua salam. FADHILAT Disaksikan oleh para malaikat, sebagaimana hadits daripada Jabir Radhiallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Maksudnya: Barangsiapa takut ti dak akan dapat bangun pada akhir malam, maka kerjakanlah pada awal waktu. Dan barangsiapa yang terasa ingin bangun pada akhir malam maka kerjakanlah witi r pada akhir malam. Sesungguhnya sembahyang di akhir malam itu disaksikan (oleh malaikat) dan itu adalah lebih afdhal. (Hadits riwayat Imam Muslim) Sembahyang Sunat Witi r
44 Mendapat ganjaran pahala lebih baik daripada humrin na’am sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Kharijah bin Huzdzafah katanya, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah ‘Azza Wajalla telah menambahkan bagi kamu satu sembahyang iaitu lebih baik untuk kamu daripada humrin na’am (semulia-mulia harta di sisi orang-orang Arab), itulah sembahyang Witi r. Allah jadikannya (sembahyang Witi r) untuk kamu di antara Isya’ hingga terbit fajar. (Hadits riwayat Imam Abu Daud) Dicatat baginya seperti pahala orang syahid, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma, beliau pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Maksudnya: Sesiapa mengerjakan sembahyang sunat Dhuha, berpuasa ti ga hari daripada sebulan dan ti dak pernah meninggalkan sembahyang sunat Witi r sama ada dalam pelayaran dan bermuqim, dicatat baginya seperti pahala orang syahid. (Hadits riwayat Imam ath-Thabarani) Sembahyang Sunat Witi r
45 Peringatan • Tidak boleh diulang pada satu malam sebagaimana hadits daripada Thallaq bin ‘Ali, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Maksudnya: Tidak ada dua kali Witi r dalam semalam. (Hadits riwayat Imam Ahmad) Sembahyang Sunat Witi r
46 NIAT SEMBAHYANG WITIR Dua Raka’at dengan satu salam: Sahaja aku sembahyang sunat Witi r dua rakaat kerana Allah Ta’ala. Satu Raka’at dengan satu salam: Sahaja aku sembahyang sunat Witi r satu rakaat kerana Allah Ta’ala. BACAAN DALAM SEMBAYANG SUNAT WITIR Sembahyang sunat Witi r yang dikerjakan lebih daripada ti ga rakaat selepas membaca surah al-Faati hah dibaca pada ti ap-ti ap rakaat manamana surah atau ayat-ayat al-Qur’an tetapi jika dikerjakan ti ga rakaat sahaja maka hendaklah dibaca seperti berikut: Sembahyang Sunat Witi r
47 ﴾ ﴿ ﴾ ﴿ Rakaat 1 Surah Al-Faati hah Surah al-A’laa Sembahyang Sunat Witi r
48 ﴾ ﴿ ﴾ ﴿ Rakaat 2 Surah Al-Faati hah Surah al-Kaafi ruun Sembahyang Sunat Witi r
49 ﴾ ﴿ ﴾ ﴿ ﴾ ﴿ ﴾ ﴿ Rakaat 3 ﴾ Surah Al-Faati hah ﴿ ﴾ Surah al-Ikhlaash ﴿ ﴾ Surah al-Falaq ﴿ ﴾ Surah an-Naas ﴿ Sembahyang Sunat Witi r (Satu Rakaat)
50 Doa Sembahyang Sunat Wi� r Sembahyang Sunat Witi r
51 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir sekalian alam. Ya Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan ke atas keluarga Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ya Allah! Kami memohon kepadaMu iman yang tetap, dan kami memohon kepadaMu hati yang khusyu’, dan kami memohon kepadaMu keyakinan yang benar, dan kami memohon kepadaMu agama yang teguh, dan kami memohon kepadaMu kemaafan dan kesejahteraan, dan kami memohon kepadaMu kesejahteraan yang sempurna, dan kami memohon kepadaMu kesyukuran di atas kesejahteraan, dan kami memohon kepadaMu kekayaan daripada manusia. Ya Tuhan kami! Terimalah sembahyang kami, puasa kami, berdirinya kami, khusyu’ kami, pengabdian kami, ibadah kami, dan sempurnakanlah kekurangan kami. Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah yang Maha Mengasihani di antara yang pengasih. Dan Engkau (Allah) cucurilah dengan sepenuh rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas ahli-ahli keluarga dan seluruh sahabat baginda, dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan Pentadbir sekalian alam. Sembahyang Sunat Witi r
52 PENUTUP Dengan penjelasan ringkas mengenai Panduan Melaksanakan Qiamullail ini, mudah-mudahan ia akan memberi manfaat kepada kita semua, dan dapat dijadikan sebagai rujukan dan panduan dalam mengerjakannya bagi memperolehi ganjaran pahala yang berlipat ganda khususnya di bulan Ramadhan ini. Moga-moga segala amalan kita diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Aamin.