The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ezzanisa67, 2023-03-03 04:51:55

EZZATUL ANIS FARISHA PPS2-8 TUGASAN 1

EZZATUL ANIS FARISHA PPS2-8 TUGASAN 1

TUGASAN 1 BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU EZZATUL ANIS FARISHA BINTI SYAHRIZAL PPS2-8 2022172310053


KONSEP SASTERA MELAYU


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SASTERA? Perkataan 'sastera' berasal daripada bahasa sanskrit castra yang membawa maksud huruf atau buku indah Menurut Harun Mat Piah (2006) , kesusasteraan membawa erti sebagai segala penghasilan sastera yang dinakmati atau disampaikan dengan baik sama ada melalui tulisan mahupun lisan atau pendengaran Menurut Kamus Dewan : sastera bermaksud hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu


KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang disampaikan melalui bahasa penggunaan bahasa yang indah serta tersusun digunakan dalam penghasilan sastera setiap karya sastera yang dihasilkan mempunyai unsur yang tersirat dan juga tersurat karya sastera yang dihasilkan merupakan sebahagian daripada cerminan realiti kehidupan sebenar


CIRI KESUSASTERAAN


A) KEINDAHAN Gaya dan lenggok bahasa yang digunakan dapat menyerlahkan keindahan organisasi unsur-unsur yang terkandung memenuhi syarat seperti keutuhan,keselarasan, keseimbangan dan berfokus kepada sesuatu unsur keindahan bergantung kepada unsur yang membentuk suatu susunan ayat sehingga menjadi sesuatu yang bulat dan utuh


B) MENCERMINKAN PENGALAMAN merujuk kepada tindak balas yang utuh daripada jiwa manusia yang digambarkan secara realiti bukan hanya merujuk kepada kegiatan fikiran,termasuk perasaan dan imaginasi dialami melalui pacaindera seseorang secara sedar dan hasil tindak balas terhadap fikiran , perasaan dan imaginasi , maka timbullah perkara yang disebut pengalaman pengalaman yang diungkap melalui bahasa pengalaman pengkarya hanya dapat diungkapkan oleh orang lain jika direalisasikan dalam bentuk bahasa bahasa merupakan peranti yang dapat meneruskan fikiran atau perasaan pengkarya untuk merasakan apa yang dialami olehnya


C) PENGALAMAN SENI pembaca dapat memahami dan merasai fikiran dan perasaan pengkarya pembaca perlu sedar dengan nilai-nilai lain yang terkandung dalam karya nilai sastera bukan terletak pada perkara yang disampaikan malahan juga kepada cara bentuk penyampainya karya bukan sahaja memberikan kepuasan dalam memahami isi hati pengkarya tetapi termasuk juga pengalaman dan nilainilai seni nilai-nilai yang berhubung dengan cara pengkarya menyampaikan pengalaman juga tidak terasing


D) KARYA SENI tiga perkara yang membezakan karya seni adalah sifat,fiksyen,nilai-nilai estetik dan gaya bahasa yang khusus fiksyen merujuk kepada karya yang dihasilkan melalui imaginasi pengkarya berdasarkan pengalaman atau tindak balas dalam realiti nilai-nilai estetika yang ada pada karya pula membolehkan pengkarya mengucapkan isi hati dengan sejelas-jelasnya dan mendalam


CIRI-CIRI KARYA SENI a) Keutuhan : setiap bahagian atau unsur yang ada padanya menunjang kepada usaha mengungkapkan isi hati pengkarya b) Keseimbangan : unsur-unsur atau bahagian-bahagian karya sastera , baik dari segi ukuran atau pemberatnya harus seimbang dengan fungsinya c) Keselarasan : hubungan antara satu unsur atau bahagian karya sastera dengan unsur atau bahagian lain harus ada keselarasan iaitu unsur itu menjadi dasar atau asas bagi mengukuhkan unsur lain d) Penekanan : unsur atau bahagian yang penting harus mendapat penekanan yang lebih berbanding unsur atau bahagian yang kurang penting


JENIS DAN BENTUK KARYA KESUSASTERAAN


JENIS-JENIS KESUSASTERAAN PROSA TRADISIONAL PROSA MODEN PUISI TRADISIONAL PUISI MODEN


PROSA TRADISIONAL merupakan bentuk kesusasteraan yang masih kekal sehingga hari ini prosa tradisional menjadi sumber pengetahuan , amalan , pengajaran , sempadan tingkah laku serta pengenalan masyarakat Melayu kepada masyarakat luar prosa ini berbeza dengan sastera lama prosa ini mempunyai sifat yang yang diwarisi secara temurun Prosa tradisional menggunakan bahasa Sanskrit dan Melayu Kuno kerana pengaruh daripada Hindu dan Buddha setelah kedatangan Islam abad ke-14 prosa tradisional semakin berkembang secara positif merupakan hasil karya seni yang disampaikan melalui bahasa


PROSA TRADISIONAL TERBAHAGI KEPADA DUA: SASTERA RAKYAT (LISAN) SASTERA ISTANA (TULISAN)


SASTERA RAKYAT(LISAN) merupakan ungkapan dari mulut ke mulut , hasil kebudayaan lisan dalam masyarakat tradisional yang isinya dapat disejajarkan dengan sastera tulisan (Zaidan ,2000) diwariskan secara lisan seperti pantun , nyanyian rakyat dan cerita rakyat mempunyai bentuk berpola dengan plot yang hampir sama wujud dalam variasi yang berbeza-beza serta bersifat anonimi bersifat tradisional lama iaitu berada dalam sesuatu kebudayaan dalam tempoh yang lama


SASTERA RAKYAT TERBAHAGI KEPADA DUA: mitos lagenda cerita NARATIF puisi rakyat BUKAN NARATIF


M I T O S b e n a r - b e n a r t e rj a di d a n dia n g g a p s u ci o l e h e m p u n y a c e rit a d a n m a s y a r a k a t m e n gis a h k a n k ej a dia n a l a m s e m e s t a , m a n u sia d a n bin a t a n g , tumbuhan-tumbuh a n , bentuk muka bumi dan kejadian alam tokoh yang terdiri daripada mahkluk halus, dewa atau separuh dewa Mit o s t e r b a h a gi k e p a d a tig a iait u a s al u s ul,in s tit u si sosial dan politik mit o s a s al u s ul : b e rla k u p a d a m a s a la m p a u y a n g m e m p e n g a r u hi k e hid u p a n m a s y r a k a t mit o s in s tit u si s o sial : a s al usul sesebuah isntitusi sosial sepeti mitos kedatanagn Islam Mitos politik : berkaitan dengan struktur pemerintahan seperti keturunan raja Melayu m e r u p a k a n p e ris tiw a y a n g a n e h m e m b e ri k e s a n k e p a d a m a s y a r a k a t y a n g b e r l a k u p a d a z a m a n l a m p a u


LAGENDA terdapat empat jenis lagenda iaitu lagenda keagamaan, lagenda alam ghaib lagenda perseorangan, lagenda tempat dan lagenda tokoh Lagenda keagamaan merupakan cerita mengenai orang alim dan penyebar agama dimana tokohnya iaitu Habib Noh dan Tok Kenali yang menajdi bualan masyarakat cerita yang dipercayai benar berlaku tetapi dianggap tidak suci tokoh yang terdiri daripada manusia yang bersifat luar biasa merupakan sejenis komunikasi lisan yang bercorak cerita daripada kisah-kisah yang lampau mempunyai kaitan dengan zaman sekarang kerana kepercayaan terhadap keramat seperti Perigi Hang Tuah Lagenda alam ghaib berfungsi sebagai peneguh kebenaran berkautan sesuatu kepercayan dimana berkaitan dengan pengalaman peribadi seseorang contohnya pengalaman menziarahi alam ghaib


LAGENDA Lagenda tempat merupakan cerita mengenai asal usul tempat dimana nama tempat itu berkaitan dengan tokoh atau binatang lagenda yang berunsur historiografi yang berkait rapat dengan sejarah tempat seperti nama Pekan Langgar di Kedah yang diambil sempena pelanggaran Siam ke atas Kedah Lagenda tokoh seperti cerita Mahsuri yang dianggap benar kerana cerita tersebut dapat dibuktikan melalui makam Mahsuri yang terdapat di Langkawi Lagenda perseorangan yang berkaitan tokoh-tokoh tertentu dimana peristiwa yang berlaku pada tokoh benar berlaku yang dapat dibukti melalui latar masa dan tempat seperti cerita tokoh Hang Tuah dan Tun Perak


3) Cerita binatang ditokohi oleh binatang yang mempunyai gambaran sikap dan tingkah laku seperti manusia seperti cerita Sang Kancil 4) Cerita jenaka merupakan cerita yang menimbulkan rasa geli hati dan gembira kepada pendengar yang berkait kepada situasi sebenar dalam ragam kehidupan seperti watak Pak Pandir CERITA RAKYAT 1)cerita yang berbentuk prosa dan dianggap tidak benar dimana merupakan sumber hiburan ,untuk menegakkan keadilan dan mengandungi sindiran dan moral 2) cerita rakyat terbahagi kepada tiga iaitu cerita binatang,cerita binatang dan cerita teladan 5) Cerita Teladan : mempunyai unsur didaktif serta sarat dengan unsur moral serta pendidikan kerana pendengarnya kebiasannya daripada kalangan kalangan kanakkanak dimana watak uatma merupakan watak yang sangat baik seperti cerita Bawang Putih Bawang Merah


SASTERA ISTANA (TULISAN) 1) sastera ini diperkenalkan setelah penerimaan islam sekitar abad ke-15 dimana sastera hikayat turut terbahagi kepada tiga jenis mengikut unsur yang terdapat di dalamnya seperti unsur Hindu , Islam dan Hindu-Islam.Contoh sastera rakyat : Hikayat Gul Bakawali 2) sastera undang-undang yang dijadikan sebagai bahan kajian tentang sistem pemerintahan , sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Adat Temenggung dan Adat Pepatih


SASTERA ISTANA (TULISAN) 3) sastera epik yang turut disebut sebagai sastera pahlawan yang bersifat sejagat dimana sastera ini mementingkan ciri kepahlawanan dan kepewiraan unggul serta terbahagi kepada dua jenis iaitu epik kebangsaan yang diwakili oleh Hikayat Hang Tuah dan epik berunsur Islam seperti Hikayat Amir Hamzah 4) sastera panji yang merupakan karya yang berkisar berkaitan kisah pengembaraan , percintaan dan peperangan dimana watak utamanya adalah Panji 5) sastera agama yang berfokus kepada cerita yang menggambarkan berkaitan dengan kehebatan Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia


PROSA MODEN


PROSA MODEN (CERPEN) merupakan gabungan dua perkataan iaitu cerita dan pendek cerpen bukan sahaja alat yang mengambarkan sikap,perasaan ,pandangan dan fikiran pengarang malahan turut memberi gambaran berkaitan masalah sosial ,politik dan ekonomi pada sesuatu zaman kebiasaannya berkisar tentang sesuatu kejadian atau peristiwa yang menjadi fokus utama membawa satu tema serta beberapa persoalan untuk menghasilkan kesan tertentu kepada pembaca pertentangan antara watak protagonis dan antagonis akan mencetuskan konflik yang dianggap penting sebagai unsur dramatik


PROSA MODEN (NOVEL) 1) novel merupakan prosa rekaan yang panjang serta di dalamnya terkandung sebahagian daripada sesebuah kehidupan 2) novel mengisahkan kejadian yang dipusatkan kepada sebahagian daripada kehidupan manusia pada suatu tempat dan masa tertentu 3) novel turut merangkumi tiga faktor uatma yang saling berkait iaitu pengalaman peribadi ,realiti rencam hidup dan imaginasi 4) novel yang bercorak kemasyarakatan telah dihasilkan oleh Harun Aminurrashid iaitu Minat Joget Moden dimana mempamerkan sikap negatif masyarakat terhadap penari-penari joget yang seharunya sikap ini diperbetulkan oleh pengarang 5) Novel yang bercorak semangat kebangsaan yang lahir pada pertengahan tahun tahun 1940an yang memberi persoalan berkaitan semangat kebangsaan pejuang gerila Melayu menentang penjajahan Jepun


PROSA MODEN (DRAMA) Drama merupakan satu bentuk karya dimana penulis menyampaikan mesej atau pemikiran melalui lakonan serta dialog merupakan jenis karya sastera yang dibangunkan oleh unsur intrinsik atau satu kesantunan yang membentuk karya secara keseluruhan antara unsur-unsur yang mendukung drama adalah skrip ,pengarah dan pentas Skrip menjadi panduan kepada pengarah Pengarah memegang peranan penting untuk menyelaraskan pementasan drama watak dalam drama memegang peranan penting untuk melakonkan cerita Pentas berperanan untuk pementasan drama beberapa unsur seperti cahaya,pakaian,bunyi ,tata rias dan penonton merupakan elemn penting dalam melaksanakan pementasan dramam yang sempurna


PUISI TRADISIONAL


PUISI TRADISIONAL PANTUN GURINDAM SYAIR SELOKA Menurut Hanun Mat Piah (1989) , antara genre dalam puisi tradisional itu ialah pantun,syair,gurindam,seloka,talibun, mentera,adat perbilangan,tekateki,peribahasa ,rubai ,masnawi dan sebagainya


PANTUN Pantun merupakan pengukapan yang mengandungi unsur pembayang maksud dan maksud unsur estetik pada pantun dapat dilihat melalui dua aspek aspek pertama merupakan penggunaan lambanglambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu Apek kedua merupakan hubungan makna anatra pasangan pembayang-pembayang sama ada secara konkrit atau abstrak bentuk pantun dapat dilihat melalui bilangan rangkap dalam baris manakala bagi ciri pula bergantung kepada bilangan baris dalam rangkap contohnya bagi bagi pantun empat kerat baris satu dan dua merupakan pembayang manakala baris ketiga dan keempat merupakan maksud bilangan perkataan bagi setiap baris adalah daripada 4 sehingga 6 patah manakala bilangan suku kata adalah 8 hingga 12


J E N I S - J E N I S P A N T U N 1 ) M E N G HIB U R 2 ) N A SIH A T


JENIS-JENIS PANTUN 3)MENDUGA AKAL 4) MELUAHKAN PERASAAN Jangan malu hendak bertanya, Nescaya akan orang tunjukkan, Dikir barat itu namanya, Negeri asalnya sila sebutkan Bak terbang si burung camar, Di pokok ara singgah menanti, Banyak orang datang melamar, Hanya abang aku menanti


JENIS-JENIS PANTUN 5) MENYAMPAIKAN HASRAT SENI 6) MENYEDAPKAN CAKAP Bunga telur cantik sekali, Pengantin baharu kita raikan, bahasa dan budaya indah sekali, daulatkan selalu jangan abaikan Bunga sekuntum jangan dipetik, Assalamualaikum si cantik


GURINDAM


GURINDAM 1) Gurindam terdiri daripada dua baris serangkap yang mengandungi tiga hingga enam patah perkataan dengagn skima rima akhir 'a' 2) Sukukata gurindam dalam sebaris ialah antara 8 hingga 12 suku kata 3) Menurut Za'ba gurindam merupakan sejenis syair yang melarat yang tetap sukatan atau rangkapannya CONTOH GURINDAM


SYAIR 1) syair merupakan sejenis puisi berlagu yang dikatakan berasal dari Pasai dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersamasama kedatangan Islam 2) Menurut Mohd Yusof Md.Nor (1985), syair dikatakan berasal daripada puisi Arab iaitu "sy'ir" 3) syair mengandungi empat baris serangkap dengan rima kahir 'a' , 'a' , 'a' , 'a' 4) setiap baris mengandungi 4 hingga 5 patah perkataan dan suku kata pula terdiri daripada 8 hingga 12 bagi setiap baris 5) syair juga merupakan suatu pernyataan yang berlarutan contohnya, untuk mengemukan cerita,kisah , buah fikiran ,nasihat dan puji-pujian


SYAIR


SELOKA 1) Menurut Harun Piah(1989),isitilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit 'shloka' yang bermaksud berseloroh 2) Seloka bercorak karangan berangkap atau bahasa berirama,seloka lebih merupakan pepatah,bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka,gurau senda ,olokan,ejekan dan sindiran 3) Isi dan mesejnya sarat dengan sindiran yang berguna untuk menjadi pengajaran dan teladan oleh pendengar atau pembaca 4) Seloka ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat baris serangkap seperti pantun seloka namun binaannya lebih mirip kepada bentuk syair atau pantun


SELOKA


PUISI MODEN (SAJAK) 1) sajak merupakan puisi moden yang lebih bebas yang teikat pada sesuatu pola khusus 2) sajak secara rumusnya merupakan karya kreatif yang mempunyai bentuk yang bebas 3) sajak mementingkan keberkesanan pengucapan perasaan melalui pemilihan dan pemakaian kata-katanya yang saling terjalin menurut erti serta irama 4) sajak merupakan suara hati serta luahan perasaan penyair 5) sajak lahir daripada jiwa dan perasaan tetapi sajak yang baik bukan mainan kata semata-mata 6) Sajak terbentuk daripada kata-kata yang terbaik dalam susunan terbaik dimana wujud nilai rasa dan nilai erti yang seimbang serta harmonis 7) sajak tidak terikat pada peraturan seperti pemilihan kata,pembentukan rangkap baris dan lain-lain 8) wujudnya nama penulis sebagai pengakuan hak ke atas pada sesebuah sastera yang merupakan ciri kepada puisi moden


FUNGSI SASTERA MELAYU


FUNGSI SASTERA MELAYU ( HIBURAN) 1)karya sastera yang mampu membawa keseronokan yang indah 2)hiburan yang terhasil melalui keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama yang tersusun CONTOHNYA CERITA PENGLIPUR LARA PANTUN POPULAR Berburu ke padang datar, Dapat rusa berbelang kaki Berguru kepalang ajar, Bagai bunga kembang tak jadi 3) kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau pendengar , unsur kelucuan dan sebagainya karya yang diminati masyarakat suatu ketika dahulu pantun popular disebelah memberikan nasihat yang berguna kepada kanakkanak disampaikan melalui katakata yang tersusun indah dengan irama yang merdu


FUNGSI SASTERA MELAYU ( HIBURAN) merupakan rentak dan rima yang bersukat membentuk irama dalam pantun pantun mempunyai struktur bacaan yang tersendiri yang dapat meghasilkan keindahan dalam pembacaan PANTUN pantun disampaikan dalam pelbagai variasi yang semakin menambahkan fungsi yang menghiburkan yang turut dijadikan lirik dikir barat , lirik lagu popular dan sebagainya


FUNGSI KARYA SASTERA (PENDIDIKAN) sastera lisan bersifat didaktif : mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan moral cerita yang terselit nasihat , pengajaran , teladan yang berguna kepada hidup masyarakat anak-anak dinasihati supaya tidak bersifat tamak, takbur , sobong dan bongkak seperti yang terdapat pada sifat binatang dalam cerita-cerita binatang anak-anak dididik untuk tidak menjadi seperti cerita Si Tanggang yang menderhaka kepada orang tuanya karya yang mampu membawa kesedaran , mengubah pemikiran serta memberi ruang kepada masyarakat untuk berubah kearah yang lebih baik masyarakat dapat menyerap nila-nilai yang terdapat dalam karya Sang Kancil dan Buaya Si Tanggang RUMUSAN DARIPADA CERITA


FUNGSI KARYA SASTERA (PENDIDIKAN) pengalaman pengarang diterjemahkan kepada pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi ,politik , sosiologi dan gama secara tidak langsung unsur pengajran atau ilmu pengetahuan boleh diserap oleh pembaca lalu membentuk personaliti pembaca ke arah kebaikan pengalaman pengarang dijadikan dalam bentuk prosa atau puisi yang diselit dengan unsur-unsur pengajaran , moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya


mengajak orang lain untuk meyakini dan mengamalkan kaedah dan syariat Islam yang terlebih dahulu yang diyakini serta diamalkan oleh pendakwah itu sendiri FUNGSI SASTERA (DAKWAH) dorongan kepada manusia untuk berbuat kebajikan dan mencegah kemungkaran demi mengejar kebahagiaan dunia dan akhirat DEFINISI DAKWAH: Ali Mahfudh dalam kitab Hidayatul Mursyidin A.Hasymi


FUNGSI SASTERA SEBAGAI (DAKWAH) dakwah merupakan satu proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia yang disampaikan melalui medium atau saranan yang difahami bahasa berfungsi sebagai saranan bagi komunikasi dakwah yang efektif keberkesananya islam menyanjungi nilai-nilai kesusasteraan yang mana kandungan karya yang mampu menyampaikan pesanan suci Tuhan yang disebut sebagai dakwah pertemuan antara agama dengan kesusasteraan pada dasarnya terlihat dalam realiti peradaban Islam


FUNGSI SASTERA (KRITIKAN SOSIAL) karya sebagai saluran untuk membuat kritikan atau sindiran terhadap raja dan bangsawan Cerita Pak Kanduk mengisahkan sindiran daripada golongan berkuasa(raja) yang bersikap zalim, tamak , pentingkan kuasa dengan mengenepikan kesejahteraan hidup rakyat jelata terselit juga unsur-unsur sindiran terhadap orang yang tamak , kedekut , gilakan kuasa dan orang-orang yang sering mengambil kesempatan atas diri orang yang lemah mengkritik masalah keruntuhan moral dan akhlak , institusi kekeluargaan , pembagunan dan keagamaan Pembangunan berlaku secara tidak seimbang antara di bandar dan luar bandar. Masyarakat di luar bandar masih tidak menikmati pembangunan sebagaimana yang dinikmati oleh masyarakat di kota dan bandar. (Novel: Tunggu Teduh Dulu TTD) Contoh : Keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat di kota. Warga di kota tidak mengira belia dan golongan tua dilihat mudah terjebak dalam kancah keruntuhan moral disebabkan pelbagai faktor seperti masalah dalam keluarga, diri sendiri, pengaruh rakan tidak ada pegangan agama dan persekitaran. mengkriitk isu pembagunan negara yang mendatangkan implikasi negatif kepada sebahagian masyarakat tertentu


MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN AKAL BUDI DAN PEMIKIRAN ? Akal : kemampuan berfikir beserta pengetahuan yang boleh membezakan kebaikan dan keburukan Menurut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Keempat perlakuan membawa maksud perbuatan Pemikiran : proses menggunakan minda untuk mencari penyelesaian dengan membuat pertimbangan dan keputusan yang logik dan munasabah.


PEMIKIRAN DALAM PANTUN MELAYU


Click to View FlipBook Version