The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ezzanisa67, 2023-03-03 04:51:55

EZZATUL ANIS FARISHA PPS2-8 TUGASAN 1

EZZATUL ANIS FARISHA PPS2-8 TUGASAN 1

1.PEMIKIRAN TENTANG KEWUJUDAN a) Pemikiran tentang hubungan manusia dengan agama serta pencipta-Nya Menanam kelapa di Pulau Bekam TInggi sedepa sudah berbuah Adat bermula dengan hukum Hukum bersandar di Kitab Allah menunjukkan isu-isu kehidupan yang berlandaskan ajaran agama Islam segala adat yang diamalkan oleh masyrakat Melayu berasaskan kepada kitab Allah iaitu Al-Quran dan segala hukum yang berlandaskan kepada hukum Allah (Pantun Melayu : Bingkasan Permata,2001:89)


1.PEMIKIRAN TENTANG KEWUJUDAN b) Kewujudan sesuatu benda dan dan fenomena alam pengamatan masyarakat melayu terhadap kejadian alam yang berlaku di sekeliling seperti hujan , ribut , kilat telah menghasilkan sesuatu konsep dalam pantun dalam penciptaan pantun Melayu turut wujud faktor-faktor alam semesta seperti flora dan fauna (Pantun Melayu : Bingkasan Permata,2001: 244) masyarakat Melayu menggunakan alam fauna sebagai pembayang iaitu kuda anak kuda yang hidup di dalam kandang merupakan situasi yang biasa dilihat oleh masyarakat Melayu Anak kuda dalam kandang Pandai menyepak tendang-menendang Kalau nasib sudah malang Rezeki secupak tidak mahu segantang


2.PEMIKIRAN TENTANG ILMU PENGETAHUAN ilmu pengetahuan amat dititik beratkan dalam masyarakat Melayu kerana dapat membentuk serta menyuburkan fikiran masyarakat ke arah kesejahteraan Menurut ilmu adalah selaras dengan objektif Islam melalui peristiwa Nabi Muhammad SAW di Gua Hira ' dimana turunnya ayat Al-Quran pertama Menurut ilmu dalam Islam menjadi kewajipan kepada umat Islam


2.PEMIKIRAN TENTANG ILMU PENGETAHUAN wujud pelbagai pantun yang menyeru masyarakat Melayu supaya menuntut ilmu seperti pantun disebelah Cempedak di luar pagar Ambil galah tolong jolokkan Saya budak baru belajar Kalau salah tolong tunjukkan. (Pantun Melayu: Bingkisan Permata, 2001: 98) sikap yang mencerminkan masyarakat Melayu mementingkan ilmu pengetahuan dan mengharapkan tunjuk ajar orang lain pantun ini menunjukkan budaya masyarakat Melayu sentiasa ingin ditegur dan diberi tunjuk ajar ketika menuntut ilmu


satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia itu sendiri meliputi pemikiran , perassaan dan niat 3.PEMIKIRAN TENTANG TINGKAH LAKU DAN MORAL MANUSIA APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MORAL ?


3.PEMIKIRAN TENTANG TINGKAH LAKU DAN MORAL MANUSIA Burung kenek-kenek Higgap pohon kelapa Pesan datuk nenek Patuh ibu bapa menghormati ibu bapa adalah tanggungjawab anak-anak kerana mereka adalah orang tua yang telah banyak berjasa kepada kita masyarakat menitik berat hubungan anak-anak terhadap orang tuanya terutama ibu seperti yang ditekankan dalam pantun disebelah Hal ini kerana, tanpa ibu bapa kita tidak akan mampu untuk meneruskan kehidupan sehingga ke hari ini (Pantun Melayu: Bingkisan Permata, 2001: 25)


PEMIKIRAN DALAM SYAIR MELAYU


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SYAIR? berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud perasaan yang akan menyedari seseorang Menurut Alwi Salim (1983), syair merupakan karangan yang tersusun rapi perkataannya secara berangkap-rangkap dan seimbang serta mempunyai pertentangan bunyi yang sama pada hujung tiap-tiap barisnya


Rangkap kedua menunjukkan ketinggian ilmu yang tidak terhingga terhadap nilainya Za'ba juga juga membuat perbandingan daripada beberapa syair bahawa nilai ilmu tidak dapat ditukar ganti walaupun dengan sebuah dunia Ilmu sangat berguna kerana ilmu pengetahuan dapat menerangi hidup dan dijadikan panduan. Ilmu yang diperoleh oleh individu sudah tentu dapat dimanfaatkan sepanjang hayat. Hal ini kerana, terdapat pelbagai manfaat yang akan diperoleh bagi orang yang berilmu tiada hadnya dan dapat digunakan di mana-mana sahaja SYAIR KELEBIHAN ILMU


Selain itu ,Ilmu turut menjadi penghias diri seseorang bahkan menjadi sahabat yang memberikan panduan semasa mengembara Ilmu juga dapat membezakan diri seseorang dengan seseorang yang kurang berilmu terutama dalam berkomunikasi Hakikatnya , ilmu tetap berguna selamanya walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia dan hidupnya akan lebih bahagia bagi setiap orang yang berilmu berbanding dengan orang yang tidak berilmu Ilmu juga mampu menghiburkan hati yang sedang gundah serta membantu untuk memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas SYAIR KELEBIHAN ILMU


SYAIR SITI SAINAH syair yang ditujukan kepada kaum wanita syair yang banyak membincangkan berkaitan adab-adab yang perlu diadaptasikan dalam masyarakat Melayu karya ini turut disabitkan berkenaan dengan nasihat dan pengajaran tentang adab isteri syair ini turut memperlihatkan gabungan nilai-nilai murni serta budi pekerti yang berteraskan pandangan Islam yang perlu dimilikki oleh golongan wanita mengutarakan idea pemerkasan akal budi wanita bertunjangkan kepada lima elemen iaitu agama, ilmu , akal , bahasa dan malu


AKAL BUDI DAN PEMIKIRAN DALAM SYAIR SITI SIANAH


ADAB DAN ETIKA WANITA wanita sebaiknya tidak ketawa mengilaingilai kerana peribadi wanita perlu dihiasi dengan rasa malu dan sopan santun Hal ini kerana ketawa yang mengilai dengan sekuat hati akan menyebabkan seseorang itu mudah menjadi lupa diri sehingga diri dipandang rendah oleh masyarakat Perasaan malu yang berkaitan dengan perlakuanperlakuan yang boleh membawa malu kepada diri sendiri amat ditekankan oleh orang Melayu kepada golongan wanita


PEMIKIRAN KEAGAMAAN MELALUI SYAIR Turut membicarakan tentang fekah, tasawwuf , akhlak dan adab yang menjadi asas pengukuhan akal budi wanita Melayu Syair ini dijadikan sebagai teladan kepada kaum wanita di samping memberi ilmu pengetahuan mengenai hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh Allah


KEPENTINGAN ILMU Dapat digambarkan melalui syair sebagai golongan wanita Islam yang berilmu tinggi dan juga sering mengadakan majlis ilmu untuk mengajar wanitawanita lain Seterusnya, kewujudan halaqah ilmu serta penglibatan kaum wanita dalam aktiviti intelektual menunjukkan betanpa suburnya budaya ilmu dalam tamadun sesuatu bangsa


PEMIKIRAN MELAYU DALAM SELOKA


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SELOKA? seloka dalam bahasa Melayu membawa maksud menyindir atau berselorok turut merupakan puisi paling tua dalam kesusasteraan Melayu wujud melalui perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara


CONTOH SELOKA EMAK SI RANDANG


HURAIAN 1)Seloka yang mengisahkan orang yang baik hati Emak Si Randang 2)Emak Si Randang sanggup memasak makanan untuk membantu pedagang yang tak dikenali 3)Emak SI Randang sanggup berhabisan dalam melayan tetamu sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tiada kayu 4)Emak Si Randang terlalu mengutamakan tetamu sehingga sanggup mengabaikan anak sendiri 5)Akhirnya, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras dan padi yang ditanam juga tidak menjadi


MANIFESTASI SELOKA EMAS SI RANDANG Masyarakat perlu mengelakkan diri daripada terlalu mudah terpengaruh dengan budaya barat Masyarakat perlu berfikir panjang terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan Masyarakat seharusnya perlu mengutamakan keluarga sendiri terlebih dahulu berbanding orang luar


P E M I K I R A N M E L A Y U D A L A M G U R I N D A M 1 2 S E N T U H A N K E R O H A N I A N K E P E R I B A D I A N K E S A N T U N A N


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN GURINDAM ? Gurindam merupakan suatu bentuk puisi Melayu tradisional seperti mana dikenali sekarang diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui "Gurindam dua Belas" yang dikarang pada tahun 1846 Menurut Kamus Dewan (1984), gurindam ialah puisi yang terdiri daripada dua baris dan berisi dengan berbagai-bagai pengajaran


GURINDAM DUA BELAS falsafah yang terkandung dalam karya ini membincangkan pelbagai persoalan kehidupan manusia sama ada kehidupan dunia mahupun di akhirat serta termasuk juga perkara yang berkaitan mengenai aqiqah dan tasawuf, syariat rukun islam dan sebagainya Selain itu, falsafah dalam karya ini turut berupaya menyentuh kesedaran dalam jiwa masyarakat , serta turut memainkan peranan penting bagi membentuk nilai keperibadian insan yang yang mulia mengikut syariat Islam


HURAIAN TENTANG GURINDAM DUA BELAS Falsafah dalam bidang etika ialah pemikiran tentang moral pendidikan dan pengajaran. Kesemua fasal yang terkandung di dalam gurindam ini menekankan hal-hal moral pendidikan dan pengajaran Falsafah dalam bidang metafizik ialah pemikiran tentang kewujudan dan keberadaan, Gurindam 12 ada menyatakan tentang kewujudan Allah SWT , akhirat,syaitan,balasan, dosa dan sebagainya. HAl ini kerana , melalui pandangan manusia semamangnya tidak dapat dilihat tetapi perkara itu wujud 1.ETIKA Dengan bapa jangan durhaka, Supaya Allah tidak murka, Dengan ibu hendaklah hormat, Supaya badan dapat selamat 2.METAFIZIK Barang siapa mengenal akhirat Tahulah ia dunia mudharat Barang siapa mengenal Allah Suruh dan tengahnya tiada ia menyalah (Fasal 10) CONTOH GURINDAM CONTOH GURINDAM


SENTUHAN KEROHANIAN Merupakan gambaran terhadap masyarakat Melayu yang berpegang kepada ajaran agama Islam dalam kehidupan seharian Perkara ini merupakan lambang masyarakat yang mempunyai pegangan agama yang menjadi teras kepada kehidupan agar tidak terpesong daripada landasan sebenar Menurut Mohd.Yusof Hasan (2004) menyatakan bahawa pemikiran kerohanian ialah pemikiran yang amat suci , luhur dan tinggi martabatnya


KEPERIBADIAN Merupa salah satu pembentukan asas terhadap keperibadian masyarakat Melayu yang baik dan terpuji Sifat keperibadian yang wujud dalam diri masyarakat dapat membentuk akhlak dan nilai moral dalam kehidupan masyarakat. Pergaulan dan persekitaran memberi kesan kepada sesuatu keperibadian masyarakat.


gambaran masyarakat yang memilikki kehalusan budi, kesopanan dan tingkah laku yang baik KESANTUNAN kesantunan masyarakat turut disamakan dengan pendidikan yang penuh adab dan tatatertib yang diamalkan dalam masyarakat untuk berkomunikasi antara satu sama lain


RUJUKAN Harun, M. P., Ismail, H., Siti Hawa, S., Abu Hassan, S., Abdul Rahman, K., & Jamilah, H. A. (2000). Kesusasteraan Melayu Tradisional (Vol. 2). Dewan Bahasa dan Pustaka Ismail, N. H., Yusoff, M. F. B. M., Mohamad, N., & Shukor, J. B. (2018, January). The Human Capital in Seloka Pak Kaduk. In 1st International Conference on Intellectuals' Global Responsibility (ICIGR 2017) (pp. 235-239). Atlantis Press. Aini, N. (2020). Analisis Gaya Bahasa dan Makna Syair Nasib Melayu Karya H. Tenas Effendy (Doctoral dissertation, Universitas Islam Riau). Othman, S., Sabil, A. M., & Lateh, G. (2015). Pemikiran akal budi dan sosiobudaya Melayu dalam pendidikan Kesusasteraan Melayu. International Journal of Education and Training (InJET), 1(2), 1-10. Daud, M. Z., Subet, M. F., & Pawi, A. A. A. (2021). “Aduhai Malangnya Pak Kaduk, Ayamnya Menang Kampung Tergadai” Sebagai Manifestasi Kritikan dalam Kancah Politik Tempatan: Analisis Pragmatik.


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version