The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ict.ilim, 2024-04-02 04:42:35

Mutiara ILIM 2019

Mutiara ILIM 2019

51 Laman Web http://www.sinarharian.com.my/ 11/3/2015 semasa/ tuntutan nafkah mahkamah syariah perlu tegas. http://beritamemey.blogspot.my/ 2016/09/ rebut-anak-bekas-isteri-datuk- sm-faisal.html https://thecoverage.my/ bahasa/ berita/ komuniti/ kes rebut anak suami dedah perangai bekas isteri/ http://www.jakess.gov.my/v4/index.php/ info jabatan/ profil bahagian/ seksyen sulh/pegawai sulh https://www.researchgate.net/publication/ Konflik Keluarga Islam dan Kaedah Penyelesaian diMahkamah Syariah di Selangor http://www.edisiviral.com/news/ usaha perkasa mahkamah syariah tingkatkan keyakinan? Undang-Undang dan Peraturan Enakmen Kanun Prosedur Mal Syariah Selangor 1999 Enakmen kanun Prosedur Mal Syariah Selangor 1991 Enakmen Tatacara Mal Syariah (Negeri Selangor) 2003 Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh) Selangor 2001 Manual Kerja Sulh Temubual Tuan Mohamad Zaid bin Abdul Aziz, Pegawai Sulh/ Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dan Hulu Selangor Harun bin Hashim, Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Taman Keramat


I-TAQWA MEKANISMA REFORMASI LANSKAP PENYAMPAIAN LATIHAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA. 52 I-TAQWA MEKANISMA REFORMASI LANSKAP PENYAMPAIAN LATIHAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA Oleh: Nor Shaidayani Binti Samah Penolong Pengarah Kanan Unit Jaminan Kualiti & Inspektorat Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) PENDAHULUAN “If your plan is for one year plant rice. If your plan is for ten years plant trees. If your plan is for one hundred years educate children. ” Confucius Proses membangun dan mendidik manusia memerlukan tempoh masa yang agak panjang. Garapan idea yang jelas dan terarah memerlukan penyelidikan dari semasa ke semasa mengikut keperluan semasa seterusnya ia diinstitusikan. Aspek pembentukan atau pembangunan Insan telah menjadi agenda besar oleh pimpinan negara dengan mewujudkan institusi-institusi latihan di Malaysia. Prinsip pembangunan insan adalah


53 berteraskan firman Allah SWT: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka”. (Surah ar-Ra’d :11) Perkara ini juga telah ditekankan oleh pimpinan negara iaitu Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi dalam Rancangan Malaysia ke-9 untuk fasa 15 tahun pertama (1991- 2005) ke arah Malaysia maju 2020. Walau bagaimanapun, usaha untuk menginsankan manusia bukanlah suatu perkara yang mudah tetapi ia memerlukan suatu komitmen dan usaha yang berterusan serta didokong oleh organisasi yang mantap, sistem yang mampan dan prasarana yang kondusif. Oleh itu, bagi merealisasikan hasrat tersebut Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai peneraju pusat latihan Islam di Malaysia telah menyahut cabaran dalam menerus dan merealisasikan pembangunan insan melalui program latihan. RASIONALISASI INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM), JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) Setelah dua dekad penubuhan ILIM, JAKIM bermula pada 1 Januari 1997 hingga kini, kewujudannya telah menatijahkan aspirasi dan cita-cita umat Islam di Malaysia yang menginginkan sebuah intitusi latihan Islam yang bertanggungjawab melaksanakan latihan di negara ini.


I-TAQWA MEKANISMA REFORMASI LANSKAP PENYAMPAIAN LATIHAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA. 54 ILIM telah mengalami revolusi dari semasa ke semasa dan kini ILIM telah mempunyai enam kampus menjangkau laut China Selatan. ILIM Kampus Lahat Datu, Sabah ILIM Kampus Lawas Sarawak ILIM Kampus Utama Bangi, Selangor ILIM Kampus Jelebu, Ng Sembilan ILIM Kampus Besut, Terengganu ILIM Kampus Kundasang, Sabah Rasionalisasi ILIM sebagai institusi latihan Islam yang ulung di Malaysia kerana ia dibina atas roh dan semangat untuk mendidik, membimbing dan mentransformasikan ummah ke arah menatijahkan insan kaamil. Berbekalkan objektif yang telah digarapkan iaitu untuk melahirkan pegawai dan kakitangan pengurusan hal ehwal Islam serta penjawat awam yang bertaqwa, kompeten dan cekal menghadapi cabaran semasa. Program-program latihan yang ditawarkan lebih menjurus kepada sembilan (9) bidang teras Perkhidmatan Hal Ehwal Islam (PHEI) iaitu; AlQuran dan Hadis, Penyelidikan & Pembangunan, Dakwah & Pembangunan Insan, Akidah & Pemikiran Islam, Pengurusan Siasah Syar’iyyah, Tarbiyah & Tadribiyyah Islamiyyah (Pendidikan dan Latihan Islam), Kewangan & Ekonomi Islam, Pengurusan Halal dan Perundangan Islam. Programprogram tersebut juga berada dalam kerangka misinya yang jelas iaitu beriltizam membangun kompetensi dan kepakaran berteraskan prinsip Islam. Selaras dengan visi ILIM iaitu menjadi peneraju latihan Islam bertaraf global, ILIM telah mengadakan pelbagai program di peringkat serantau dan antarabangsa seperti Kursus Profesionalisme Imam Negara Maldives, Kursus Profesionalisme Imam Negara Serantau dan Malaysian


55 Technical Corporation Program dengan kerjasama Wisma Putra yang diadakan setiap tahun. ILIM juga menyediakan kursus di peringkat diploma dan Sijil Tinggi antaranya Diploma Pengurusan Islam (DPI) dan Sijil Tinggi Sains Pengurusan Dakwah. Sejajar dengan perkembangan dan fungsi sebagai pusat latihan yang komprehensif dan kondusif, beberapa pengiktirafan dan penganugerahan telah diterima oleh ILIM. Antaranya; Anugerah Amalan Persekitaran Berkualiti oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia pada tahun 2009 dan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kategori Cemerlang oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Malaysia (MAMPU) pada tahun 2017 dan Standard Kualiti Pengurusan Pusat-pusat Latihan dengan kategori markah Jayyid Jiddan (Sangat Baik) oleh Bahagian Pembangunan Insan, JAKIM .


I-TAQWA MEKANISMA REFORMASI LANSKAP PENYAMPAIAN LATIHAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA. 56 Kemenjadian Insan Kaamil I-TAQWA Institusi 9 Teras Modul Latihan Al-Quran & Hadis Penyelidikan & Pembangunan Dakwah & Pembangunan Insan Akidah & Pemikiran Islam Tarbiyah & Tadribiyyah Kewangan & Ekonomi Islam Perundangan Islam Pengurusan Siasah Syar’iyyah Pengurusan Halal Bilik Kuliah Dewan Makan Dewan Besar Auditorium Surau Padang Asrama Parkir JAKIM JAIN MAIN Institusi Latihan Islam Persekitaran Kemudahan Sasaran Peserta Program Rajah 1: Integrasi I-TAQWA dengan Dimensi Latihan ILIM


57 Sejajar dengan penjenamaan semula Bahagian Latihan ILIM, ia juga memerlukan penambahbaikan dari segi pendekatan/kerangka/ modul pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersepadu dan menyeluruh. Justeru, idea pembangunan ILIM-Training Assessment And Evaluation Quality Workplace Achievement (I-TAQWA) yang berkonsepkan ‘membumikan wahyu Ilahi melalui latihan’ perlu diberikan perhatian terutama sekali oleh perunding-perunding latihan Islam ILIM dalam mengorak langkah untuk maju ke hadapan demi kelangsungan misi dan visi dakwah dan islah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Sepertimana Allah SWT berfirman: Maksudnya: Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah ali ‘Imran: 31) KONSEP SISTEM I-TAQWA ILIM-Training Evaluation and Assessment Quality Workplace Achivement (I-TAQWA) diertikan sebagai Kualiti Penilaian dan Pentaksiran Latihan untuk Pencapaian di Tempat Kerja. Kualiti didefinisikan sebagai peringkat kebaikan atau nilai sesuatu; penilaian merujuk kepada perbuatan atau hal menilai dan pentaksiran pula merujuk kepada perihal menaksir. Ia dapat difahami bahawa penilaian sesuatu melalui proses-proses tertentu dalam mewujudkan keberhasilan yang disasarkan dalam ruang lingkup kehidupan secara menyeluruh. Manakala dalam konteks latihan, I-TAQWA


I-TAQWA MEKANISMA REFORMASI LANSKAP PENYAMPAIAN LATIHAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA. 58 dapat diertikan sebagai sistem latihan yang akan melalui beberapa proses iaitu ilmu yang diterima, difikir, dinilai, difahami dan seterusnya diamalkan oleh sasaran dalam mencapai kejayaan atau keberhasilan dalam ruang lingkup yang menyeluruh sama ada ditempat kerja (penjawat awam) atau kehidupan harian (entiti masyarakat) atau hamba kepada Pencipta, sepertimana firman Allah SWT: Maksudnya: “Wahai orang orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkahlangkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”. (Surah al-Baqarah: 208) Sistem ini sejajar dengan kerangka pembangunan insan yang sebenar iaitu ke arah pembangunan spiritual insan yang berteraskan kepada segitiga kehidupan; asasnya ialah ‘aqiidah (mentauhidkan Allah SWT, pendekatannya secara hikmah (al-Quran dan as-Sunnah), pelaksanaannya melalui ukhuwwah (persaudaraan kasih sayang) yang akhirnya membina para perunding latihan dan peserta program ke arah mencapai keredhaan Allah.


59 Pelaksanaan: Ukhuwwah dan kasih sayang Pendekatan (Hikmah) Keredhaan Allah (Mardhatillah) Kaedah: (al-Quran & as-Sunnah) 1. Kerjaya 2. Kewangan 3. Kesihatan 4. Ketenangan & kedamaian 5. Kekeluargaan 6. Kemasyarakatan & kenegaraan 7. Keilmuan & ketaqwaan Sasaran (hati): Insan/Perunding Latihan /Peserta kursus Asas: Aqidah dan Keikhlasan KEHIDUPAN Rajah 2: Segitiga Kehidupan (Prinsip Pemandu I-TAQWA, ILIM) Lanskap I-TAQWA akan dibangunkan sejajar dengan peranan dan matlamat ILIM iaitu melahirkan pegawai dan kakitangan pengurusan hal ehwal Islam serta penjawat awam yang bertaqwa. Sepertimana firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” (Surah al-A’raf: 96)


I-TAQWA MEKANISMA REFORMASI LANSKAP PENYAMPAIAN LATIHAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA. 60 Rentetan itu, untuk mencapai I-TAQWA, ILIM perlu diberi nafas baharu dan penambahbaikan dari aspek modul pengajaran dan pembelajaran atau amalan latihan yang sedia ada dengan lebih informatif, kreatif, inovatif, interaktif dan efektif. Ia akan dibangunkan oleh agen-agen perubahan melalui platform makmal Penyelidikan dan Pembangunan Latihan ILIM. I-TAQWA akan berupaya menghubung jalin antara manualmanual yang sedia ada iaitu ; Training Road Map (Peta Laluan Latihan), ILIMTraining Information System (I-TIS), ILIM-Stesen Nota, ILIM-Seronok Belajar Senang Mengajar (I-SBSM) dan I-Aduan yang akhirnya menatijahkan ILIM sebagai pusat latihan Islam bertaraf global. JUSTIFIKASI I-TAQWA Dalam menunjangi era pembaharuan ini, ILIM perlu mempunyai satu sistem yang jelas dan semasa dengan identiti tersendiri dalam melaksanakan program latihan dan bimbingan kepada Perunding Latihan ILIM, JAKIM. Pembinaan sistem I-TAQWA ini bukanlah suatu falsafah yang menerawang tanpa titik noktahnya. Tetapi ia berpaksikan kepada penggabungan ilmu Ilahi (modul latihan) dengan 23 potensi psikologi perunding latihan ILIM yang sedia ada lalu disepadukan secara holistik yang akhirnya akan menimbulkan semangat untuk belajar, memahami dan mengamalkan ilmu yang disampaikan dalam menuju keredhaan Allah SWT Kesepaduan ilmu dengan potensi psikologi manusia dapat mengoptimumkan keupayaan seseorang dalam mencari, menyampai dan mengamalkan ilmu yang bermanfaat.


61 5 Pintu Masuk Minda • Mendengar • Melihat • Menghidu • Merasa • Menyentuh 6 Fakulti Intelek • Daya Pemikiran Kritikal • Daya Imaginasi/ Visualisasi • Daya Ingatan • Daya Kehendak • Daya Persepsi • Daya Instuisi 3 Sumber Penghuni Tetap Hati • Sistem Kepercayaan/ Aqidah • Tabiat • Imej Kendiri 7 Tahap Nafsu • Ammarah • Lawwamah • Mulhamah • Mutmainnah • Raadhiah • Mardhiyyah • Kaamilah 23 potensi psikologi manusia 1 Jasad/Fizikal 1 Sumber Kehidupan (Roh) Rajah 3: Kesepaduan Ilmu dengan Potensi Psikologi Manusia Sumber: Dr Hasni bin Mohamed I-TAQWA juga dapat dilaksanakan dalam aspek mengawal tadbir urus ILIM dengan menggunapakai semua aset latihan sedia ada. Kesepaduan ini boleh dilihat menerusi Rajah 3: Model Sistem I-TAQWA ILIM dan Rajah 4: Model Tadbir Urus I-TAQWA, ILIM.


I-TAQWA MEKANISMA REFORMASI LANSKAP PENYAMPAIAN LATIHAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA. 62 PRINSIP & NILAI PENDIDIKAN/ LATIHAN (Proses) Fokus (akal, hati, jiwa, roh, jasad) Sasaran (hati), Pendekatan Cognitive (minda) Affective (emosi & rohani), Psychomotor (tindakan) istiqamah, bersepadu dan menyeluruh Metodologi Hikmah, Peringatan, Perdebatan Bijaksana, Diskusi Keberhasilan Ke arah melahirkan PHEI/ insan Kaamil (melalui pentaksiran dan penilaian) Hasilan Utama Penyerahan sepenuhnya kepada Allah SWT Keseimbangan Kehidupan - Dunia - Akhirat Mekanisma melalui KOMCUBE - Knowledge (pengetahuan) - Konsep/fakta/tatacara - Object (kandungan) - Entiti/ hubungan/ operasi - Mastery Skills (Penguasaan kemahiran) - mengungkap/ memproses/ menyelesaikan Segitiga Kehidupan : Prinsip Pemandu : Islam sebagai ad-Deen 1) Asas : Aqidah (ikhlas) 2) Pendekatan (hikmah al-Quran, as-Sunnah dan Tarbiyah berterusan) = Kerjaya, kewangan, ksihatan, ketenangan dan kedamaian, kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan, keilmuan & ketaqwaan. 3) Matlamat- untuk mencapai mardhatillah Tahap/ Fasa - al-Ta’rif (kesedaran) - al-Takwiin (pembentukan) - al-Tanfiiz (pelaksanaan) Melatih/ membimbing sasaran untuk memahami ilmu ke arah menjadi insan kamil – melalui 9 bidang teras PHEI Proses Tarbiyah - Ta’liim (Pengajaran) - Ta’diib (Bimbingan) - Tadrib (Latihan) - Tarjih (Khidmat nasihat) - Irsyad (Rundingcara) Pendekatan Ilmu: - Instructional (Penerimaan) - Investigation (Penemuan) - Immersion (Penghayatan) Dasar - Manual Perundingan Latihan (MPL) - Manual Pengurusan Latihan - Kit I-Senang Belajar Senang Mengajar (I-SBSM) - Training Road Map - Pelan Operasi Latihan ILIM Program pembangunan potensi manusia (23 jenis potensi) Bahan Bantu Mengajar - Stesen nota - Modul-modul kluster Sistem Pentaksiran Penilaian - I-TIS - Kajian Pra dan pasca (kursus jangka pendek) - Kajian impak (kursus jangka sederhana) SISTEM I (AL-QURAN)- Kandungan – Dibaca & Dilihat SISTEM II (As-Sunnah) Pelaksanaan WAHYU • Kesedaran (warga ILIM) • Pembinaan sahsiah (Sasaran Program Latihan) • Pelaksanaan (oleh sasaran di tempat kerja / kehidupan) • Perunding Latihan • Persekitaran Kondusif (ILIM) Rajah 4: Model I-TAQWA ILIM (Sumber struktur: Dr Hasni bin Mohamed)


63 Dasar-Dasar Islam Negara - Rahmatan lil ‘aalamin (Islam: Rahmat Seluruh Alam) - Maqasid Syar’iyyah - Model Malaysia 9 Teras Perkhidmatan Hal Ehwal Islam 1. Al-Quran dan Hadis 2. Aqidah & Aliran Pemikiran 3. Dakwah & Pembangunan Insan 4. Perundangan Islam 5. Tarbiyah & Tadribiyyah 6. Kewangan & Ekonomi Islam 7. Pengurusan Halal 8. Penyelidikan & Pembangunan 9. Pengurusan Siyasah Syar’iyyah Pendidikan & Latihan (Tarbiyah & Tadribiyyah) - Rancangan Kurikulum ILIM (formal- dalam kelas/ Informal -luar kelas/ Non- formal - dalam kehidupan - Kursus Sijil Tinggi - Kursus jangka pendek - kursus jangka sederhana - program kerjasama strategik - Program antarabangsa Perancangan Strategik Latihan (Tadribiyyah) - Program latihan – POL/ TRM - Bukan latihan – MPK/ SOP/ Arahan Kerja/ penilaian/ Dokumentasi Material/ Media/ Teknologi - Modul/ fasiliti/ peralatan/ stesen nota/ I-TIS/ web JAKIM Pekeliling Latihan JPA Standard / Manual Latihan ILIM Total Quality Organisation - SKS - KPI - EKSA (/) - SKPPL (/) - ISO ( ) Globalisasi Total Quality Management (Training) - Manual Pengurusan Latihan - Manual Perundingan Latihan Program Pembangunan Potensi Manusia (Human Potential Development Program) - Train the Trainers Program - Pembelajaran & Pengajaran (Kepakaran SME) - Modul Latihan Kluster - Modul Perunding latihan - Penyelidikan - Penerbitan - Pentadbiran - Khidmat masyarakat Latihan - Latihan bekaitan lapan bidang teras Perkhidmatan PHEI - Kursus yang dilaksanakan oleh : Semasa/ Terbuka/ POL/ Sijil Tinggi/ Diploma Pengurusan Islam/ - Muhadharah Bukan Latihan - Sasaran Kerja Strategik - KPI - Manual - Prosedur - Arahan Kerja - Sasaran Kerja Tahunan - Laporan Nilaian Prestasi Tahunan - Penilaian dan pentaksiran - I-TIS Rajah 5: Model Urus Tadbir I-TAQWA ILIM


I-TAQWA MEKANISMA REFORMASI LANSKAP PENYAMPAIAN LATIHAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA. 64 Justeru, dalam usaha untuk membangunkan modal insan yang seimbang, Perunding Latihan Islam perlu dibimbing ke arah melahirkan ‘murabbii rabbaanii’ iaitu perunding latihan yang menyedari dan tahu dirinya bertuhan, hakiim (bijaksana), ‘aliim (berpengetahuan) dan faqiih (faham akan apa yang diajarkan). Untuk itu, mereka perlu menjalani lima peringkat latihan atau bimbingan iaitu mu’allim (pengajar), muaddib (pembentuk adab), mudarrib (perunding latihan), muwajjih (pembimbing), dan mursyid (tempat rujukan). KAEDAH PELAKSANAAN Kerangka Sistem I-TAQWA adalah hasil daripada proses asimilasi dari Integrated Holistic Education System (IHES). IHES merupakan suatu idea yang telah diperkenalkan dan digagaskan oleh Dr. Hasni bin Mohammed. Beliau merupakan Pengetua Sekolah Islam Adni dan berjaya membentuk para pelajarnya ke arah kemenjadian insan yang berilmu dan beramal soleh. Justeru, kaedah pelaksanaan Sistem I-TAQWA ini akan memfokuskan kepada dua aspek utama iaitu Pembinaan Sahsiah dan Kompetensi Perunding Latihan ILIM serta Pembangunan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Program Latihan ILIM. Pembinaan Sahsiah dan Kompetensi Perunding Latihan ILIM Sahsiah dan kompetensi merupakan dua elemen yang saling bersangkutan dan memerlukan satu sama lain. Perunding latihan ILIM merupakan mata rantai - mata rantai dalam meneruskan kesinambungan tugas dakwah para Rasul AS. Semangat dan pengorbanan perlu diterapkan dalam usaha kemenjadian perunding latihan Islam yang berwibawa. Mereka


65 memerlukan bimbingan secara berterusan terutamanya dari aspek tauhiid (aqidah sebagai asas kehidupan), tazkiyah (tulen dan kembali kepada fitrah), hikmah (kesesuaian dengan al-Quran & as-Sunnah), istiqamah (berpendirian teguh, stabil dan mantap), mu’amalah (komunikasi dan interaksi), deen (sistem kehidupan yang lengkap), dan amanah (matlamat dan peranan hidup). Ketujuh-tujuh elemen ini perlu di dalami dan perhalusi agar dapat menjana 23 potensi kesempurnaan insan ke arah perunding latihan yang kompeten dan kaamil. Kerangka kesepaduan antara wahyu dengan nilai-nilai insani mampu memberi impak kepada perunding latihan ILIM adalah melalui elemen-elemen; penerimaan ilmu (instructional knowledge) iaitu peserta dapat menerima ilmu semasa penceramah mencetuskan sesuatu idea dalam sesuatu program latihan; penerokaan ilmu (investigational knowledge) peserta akan menerokai ilmu yang dicetuskan melalui aktiviti berfikir, pemerhatian dan eksperimen. Dalam konteks ini, penceramah hanya bertindak sebagai pemudahcara dengan membimbing dan mengulangi proses tersebut dalam usaha mencanai dan membangunkan pemikiran, kesedaran dan pemahaman peserta. Kemudian ia disusuli dengan penghayatan ilmu (immersion knowledge) iaitu dengan cara peserta boleh membina kefahaman melalui maklumat yang sedia ada dan mengumpul lebih banyak data untuk menjadi lebih berpengetahuan mengenai topik yang dipelajari. Penceramah hanya menyediakan kepakaran manakala peserta perlu memahami bagaimana untuk melakukan, menggambarkan dan menggunakan ilmu pengetahuan yang diperolehi melalui pengalaman, pembacaan atau perhatian dalam kehidupannya. Pembangunan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Program Latihan ILIM Modul/ perancangan pengajaran program latihan di ILIM akan diberi nilai tambah dan diintegrasikan sehingga dapat memberi impak kepada sasaran melalui elemen-eleman penghayatan ilmu, pembinaan sahsiah, pengembangan teknik dan kompetensi, pencapaian program latihan dan pengamalan dalam kehidupan. Modul tersebut juga akan dirangka dalam konteks hablumminallah iaitu menyepadukan ilmu dengan Allah SWT,


I-TAQWA MEKANISMA REFORMASI LANSKAP PENYAMPAIAN LATIHAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA. 66 kesepaduan ilmu dengan hubungan sesama manusia (habluminnaas) dan kesepaduan ilmu dalam mewujudkan kestabilan alam sekeliling diamanahkan. • Pertama: Penghayatan Ilmu Perunding Latihan/ peserta boleh memberi penjelasan dengan penuh keyakinan dan bersemangat semasa sesi perbentangan dan soal jawab dalam program latihan. Mereka perlu menyedari dan mengetahui bahawa menuntut ilmu itu suatu bidang yang disukai Allah SWT Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang melalui satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah mempermudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Musnad: Musnad Abi Hurairah RA, no. 8316) • Kedua: Pembinaan Sahsiah Ilmu yang dipelajari memberi kesan kepada nilai-nilai moral dan amalan serta menunjukkan tingkahlaku dan pandangan terhadap kehidupan. Ilmu yang bermanfaat sudah pasti dapat membentuk jiwa yang keras menjadi halus budi pekertinya, sentiasa menjadikan senyuman dan salam dan tidak suka kepada perbalahan serta perpecahan. Pembinaan sahsiah yang mulia dalam kalangan kakitangan instusiinstitusi latihan merupakan manifestasi daripada program-program latihan yang dilaksanakan. Hal ini Allah SWT telah membimbing kita melalui firman-NYA:


67 Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan”. (Surah al-Mujadalah: 11) • Ketiga: Pengembangan Teknik dan Kompetensi Pengembangan teknik dan peningkatan kompetensi terutamanya peserta skim Perkhimatan Hal Ehwal Islam (PHEI) dalam sektor pekerjaan merupakan kredit dan keberjayaan program-program latihan yang dianjurkan. Umpamanya; Pegawai PHEI keluaran Diploma Pengurusan Islam (DPI) dapat menjalankan tugasan dengan baik dan melangkaui aspek pengetahuan yang mereka ada merupakan suatu kebanggaan yang tidak ternilai. Pengetahuan tersebut dapat dijelma dan dilaksanakan dalam organisasi yang mereka berkerja. Allah SWT berfirman: Maksudnya: Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu  yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya


I-TAQWA MEKANISMA REFORMASI LANSKAP PENYAMPAIAN LATIHAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA. 68 (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. (Surah al-Baqarah: 269) • Keempat: Pencapaian Program Latihan Peserta dan pengurus program akan dapat membuat penilaian dan pentaksiran tentang program latihan mengikut peringkat penerimaan, penerokaan dan penghayatan dalam tiga elemen latihan iaitu ilmu, etika dan kemahiran yang diperolehi. Melalui penilaian pra kursus dan Sistem Maklumat Latihan Bersepadu (I-ITIS) para peserta dapat menilai tahap penerimaan dan pengetahuan yang mereka perolehi. Manakala pentaksiran untuk menilai kemenjadian peserta kursus akan dilakukan kajian dalam bentuk jangka pendek (pentaksiran selepas kursus) dan kajian jangka panjang (kajian keberkesanan program dan kajian impak). Penilaian dan pentaksiran ini mendidik para peserta bukan sahaja selepas menghadiri kursus tetapi ia juga mendorong mereka untuk sentiasa melakukan muhasabah diri dimana sahaja berada. Sepertimana firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).” (Surah al-Ankabut: 4)


69 • Kelima: Pengamalan dalam kehidupan Peserta menggunakan ilmu yang diperolehi dalam kehidupan hariannya dan mengaitkannya dengan kehidupan situasi sebenar dan seterusnya menjadi suri teladan kepada masyarakat. Segala perkara yang dipelajari dapat diterjemahkan dalam perkataan dan tindakan. Sepertimana firman Allah SWT: Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”. (Surah al-Saff: 2-3) Keupayaan ini akan menyebabkan peserta berjaya mendepani cabaran yang sedia ada dan akan datang. Alaf perubahan ini menampakkan cabaran yang besar kepada umat Islam seluruhnya. Namun, kita perlu berlapang dada dengan setiap cabaran yang ada dan mendatang dengan berbekalkan semangat dan hikmah ‘Islam perlu ditegakkan’ dalam apa jua mehnah dan tribulasi yang ada. I-TAQWA akan membantu penjawat awam dalam menangani setiap permasalahan dengan bijaksana dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan.


I-TAQWA MEKANISMA REFORMASI LANSKAP PENYAMPAIAN LATIHAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA. 70 MODUL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) I-TAQWA Islamisasi Ilmu Sub-tajuk Objektif Al-Quran Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Hubungan dengan Allah Hubungan dengan Alam Hubungan dengan Manusia As-Sunnah Tajuk Kursus Integrasi Ilmu Penilaian Kefahaman Peserta (Kajian Pra kursus, I-ITIS) Pentaksiran Amalan Peserta (Kajian Post, kajian impak, kajian keberkesanan) Kemenjadian Peserta Kursus & Modul Latihan Rajah 6: Modul Pengajaran & Pembelajaran I-TAQWA ILIM


71 KESIMPULAN Berdasarkan penganalisisan melalui pemerhatian, secara makronya sistem I-TAQWA mampu mereformasikan corak pembelajaran yang sedia ada. Tambahan pula, pengubahsuaian yang akan dibangunkan ini mengambil kira pergerakkan potensi akal atau pemikiran dalam memastikan seseorang atau peserta program latihan dapat berfikir secara menyeluruh bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa. Dengan kata lain, ilmu yang diterima dari persekitaran sama ada melalui orang lain di dalam atau luar organisasi di proses, disusun dan dimasukkan ke dalam pemikiran untuk dianalisa. Kemudian ia digunakan atau diaplikasikan pada tindakan atau percubaan tertentu. Selanjutnya pengetahuan tersebut dikongsi bersama rakan-rakan di dalam organisasi untuk dijana dan seterusnya dikembangkan atau ditingkatkan penggunaannya (inovasi). Begitulah seterusnya proses ini akan berulang dan memberi tambahan kepada pengumpulan ilmu pengetahuan ke arah pembentukan insan kaamil dalam menuju redha Allah SWT. Justeru, untuk merealisaikan sistem ini ia perlu sokongan dan dorongan oleh semua pihak terutama peringkat tertinggi ILIM khasnya dan JAKIM keseluruhannya. Maksudnya: “Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).” (Surah al-Ankabut: 64)


I-TAQWA MEKANISMA REFORMASI LANSKAP PENYAMPAIAN LATIHAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA. 72 SINGKATAN PERKATAAN: SKS (Sasaran Kerja Strategik) KPI (Key Performance Indicator) EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) SKPPL (Standard Kualiti Pengurusan Pusat-pusat Latihan) ISO (International Organization for Standardization) SME (Subject Matter Expert) I-TIS (ILIM-Training Information System) RUJUKAN Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Pelajar Edisi Kedua. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Dewan Edisi Keempat. Laporan Tahunan Institut Latihan Islam Malaysia Tahun 2014. Dr. Haji Abd Rahman bin Ahmad (2006), Pembangunan Modal Insan, Human Resource Academy. Dr. Hasni Bin Mohammed, Slide Power Point, Integrated Holistic Education System (IHES) And Its Application In The Development Of An Education Centre. Tafsir Pimpinan Al-Rahman, Sheikh Abdullah bin Muhammad Basmieh, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Darul Fikr, cetakan ke-19, 2010.


73 PEMBINAAN MALAYSIA BAHARU BERASASKAN KEUTAMAAN FIQH AL-MUWATONAH Oleh: Khairani Binti Husin Ketua Penolong Pengarah Kluster Kepimpinan dan Kecemerlangan Islam & Zaiton binti Ab Rahman Pengarah Bahagian Pendidikan, JAKIM PENDAHULUAN Islam menjadikan cara atau pegangan hidup seseorang manusia sentiasa bermakna dan menuju kebaikan. Kefahaman dan perincian (fiqh) dalam sesuatu perkara sangat diperlukan lebih-lebih lagi bila berlaku perubahan masa dan keadaan yang memerlukan penyesuaian setempat selari dengan kehendak syariat. Berdasarkan situasi sedemikian, sudah tentu masyarakat Islam memerlukan kefahaman yang lebih mudah, menyeluruh dan saling kait-mengait antara satu isu dengan isu yang lain. Hari ini, penerangan susun atur ilmu-ilmu Islam perlu diperluas dan diperkukuhkan kepada masyarakat agar mereka dapat memahami tuntutan Islam yang sebenarnya. Fiqh enam bukanlah satu subjek baru dalam ilmu-ilmu Islam. Ia merupakan sinergi fiqh Islami yang diadun bersama pelbagai cabang fiqh


PEMBINAAN MALAYSIA BAHARU BERASASKAN KEUTAMAAN FIQH AL-MUWATONAH 74 yang kemudiannya disusun oleh cendekiawan Islam agar lebih mudah difahami. Istilah fiqh khamsah (lima) sendiri telah dirintis bagi disesuaikan dalam konteks tuntutan masa dan tempat sesebuah masyarakat. Fiqh lima sepertimana yang disusun pada awalnya oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi melibatkan; Fiqh Maqasid (Fiqh Tujuan Syariat), Fiqh Awlawiyat (Fiqh Keutamaan), Fiqh Muwazanat (Fiqh Pertimbangan), Fiqh Ikhtilaf (Fiqh Perbezaan) dan Fiqh Sunan (Fiqh Tabiat Alam dan Sosial). Fiqh Sunan pula terbahagi kepada dua (2) iaitu Fiqh Waqi’ (Fiqh Setempat atau Semasa) dan Fiqh Taghyir (Fiqh Perubahan). Mutakhir ini lahir pula Fiqh al-Muwatonah (Fiqh Kewarganegaraan) dan beberapa fiqh yang lain. Kesemua fiqh ini berkait antara satu sama lain. Adalah sangat penting bagi setiap warganegara memahami realiti, keadaan dan perubahan zaman yang berbeza latar negeri berbeza, adat dan budaya serta mengikuti perkembangan dan memahami hukum syarak luar dari kerangka kitab yang mereka baca bagi menyesuaikan dalam konteks yang berbeza. APAKAH FIQH AL-MUWATONAH DAN HUBUNGKAIT DALAM KONTEKS BERNEGARA Fiqh al-Muwatonah merupakan salah satu disiplin ilmu yang berfungsi memberi panduan kepada kita untuk menangani perubahan dan perbezaan realiti politik yang berlaku pada masa kini. Fiqh ini amat jarang sekali dibincangkan secara terbuka sebelum ini, sedangkan kepentingannya seiring dengan Fiqh al-Daulah, Fiqh al-Taghyir dan Fiqh al-Waqi’ yang menjadi asas kepada pelaksanaan pentadbiran negara yang berpandukan kepada prinsip dan nilai politik Islam. Politik


75 Islam atau siyasah syar’iyyah bermaksud ilmu pengurusan negara dan masyarakat serta hubungan antara negara yang merupakan satu kefardhuan. Sungguh pun perkataan politik Islam tidak disebut secara terus dalam al-Quran, namun ia menaungi kebanyakan pelaksanaan hukum Islam itu sendiri. Kesemua fiqh yang datang kemudian ini bertujuan untuk membantu kita menyusun keutamaan bagi menggerakkan pentadbiran demi mencapai makna politik Islam yang sebenar. Seiring dengan itu, Fiqh al-Muwatonah amat perlu difahami kerana ia menjadi asas dalam menggerakkan kesemua prinsip lain yang menjurus ke arah memupuk kebersamaan dalam kepelbagaian antara kaum dan agama di sesebuah negara yang bersifat majmuk. APLIKASI FIQH AL-MUWATONAH PENCETUS ROH KEBERSAMAAN DALAM KEPELBAGAIAN Dalam mengemudikan negara hari ini di bawah pentadbiran yang membawa slogan Malaysia Baharu, tiga (3) prinsip utama pengurusan Hal Ehwal Islam telah diperkenalkan iaitu konsep Rahmatan Lil Alamin yang berwasilahkan Maqasid Syariyyah dan Model Malaysia sebagai dasar dalam mencapai gagasan negara Rahmah. Bagi memastikan pelaksanaan perubahan politik di negara ini berjalan lancar dan terpadu, beberapa perkara amat wajar diambil kira. Elemen kefahaman, kesedaran dan kebijaksanaan semua pihak terhadap konsep perubahan yang dibawa amat penting. Terkait dengan itu diperlukan pula usaha penyegaran fiqh al-waqi` (fiqh realiti) yang merujuk realiti perubahan zaman di samping realiti khas tempatan. Dalam konteks Malaysia, realiti yang harus diperhitungkan termasuklah sistem politik, komposisi penduduk, budaya dan sejarahnya. Ciri-ciri khas kemalaysiaan inilah pula yang menjustifikasikan penggagasan fiqh Malaysia.


PEMBINAAN MALAYSIA BAHARU BERASASKAN KEUTAMAAN FIQH AL-MUWATONAH 76 Realitinya, gandingan mantap antara ulama’ dan umarak perlu berjalan seiring dalam mencerna dan mencerakin kesepaduan ilmu bagi mencapai gagasan fiqh al-Muwatonah ini. Ulama’ seharusnya melengkapkan diri dengan segala ilmu dan kemahiran agar kompeten sebagai tempat rujukan rakyat, sementara umarak (pemerintah) pula mestilah mampu mengendalikan urusan rakyat secara cekap, amanah dan berhemah. Kerana itu dinamika siyasah shar`iyyah harus dipulihkan bagi memungkinkannya berperanan semula menangani realiti-realiti baru di ranah politik berasaskan prinsip dan nilai politik Islam. Selari dengan itu fiqh al-siyasah atau fiqh al-dawlah kita juga harus dibaharui sesuai dengan realiti politik hari ini. Warisan turath fiqh politik abad ke-5 hingga abad ke-8H memang sesuai dengan realiti politik zaman tersebut, tetapi realiti politik abad ke-15H jelas sudah banyak berubah. Kerana itu kita memerlukan fiqh politik baru yang tidak lagi meminggirkan golongan ulama’ dan umarak sebagai pelengkap terhadap sesuatu keputusan atau dasar yang diputuskan dalam negara. Sekiranya pihak pemerintah ingin membuat sebarang perubahan, rakyat terlebih dahulu perlu bersedia daripada sudut minda mereka terhadap komposisi perubahan yang akan berlaku. Dengan kata lain, sekiranya rakyat belum bersedia untuk menerima perubahan sekalipun tindakan yang diambil oleh pemerintah itu didapati betul, maka adalah lebih baik perubahan itu dtangguhkan dan tidak dilaksanakan terlebih dahulu sehinggalah mereka diberikan kefahaman yang jelas tentang perubahan yang akan dibuat dan minda mereka telah betul-betul bersedia untuk menerima perubahan tersebut (conditioning the mind of the people). Sesungguhnya kejayaan sebenar tidak akan dicapai sekiranya pihak pemerintah dan juga rakyat masih gagal memahami konsep perubahan (taghyir) itu sendiri. Oleh itu, adalah menjadi tanggung jawab dan keupayaan pihak pemerintah terlebih dahulu untuk mempelajari dan memahami fiqh-fiqh berkaitan kerana landasan bagi menjiwai “roh kebersamaan dalam kepelbagaian” itu adalah terletak kepada sejauhmana kemampuan para pemimpin memahami perubahan (taghyir) dan realiti (waqi’) yang merujuk kepada realiti perubahan zaman di samping realiti tempatan (Malaysia).


77 FIQH AL-MUWATONAH MENJIWAI NILAI KEBERSAMAAN DALAM SEBUAH NEGARA DEMOKRASI Dalam konteks masyarakat Malaysia, realiti yang harus diperhitungkan termasuklah sistem politik (al-Daulah), komposisi penduduk yang berbilang bangsa, agama dan budaya serta sejarahnya yang tersendiri. Ciri-ciri khas kemalaysiaan inilah pula yang akan menjustifikasikan penggagasan Fiqh Manhaj Malizi supaya ia mempunyai nilai dinamika dan globalika yang mampu menyumbangkan kepada dunia Islam khasnya dan dunia umumnya bahawa Malaysia sebagai model kenegaraan pelbagai kaum yang tidak mengenepikan prinsip-prinsip syariah. Demi menegakkan prinsip-prinsip syariah inilah maka penglibatan dan peranan ulama’ amat diperlukan agar pentadbiran dan pembangunan negara berjalan secara seimbang dan bersepadu. Walaupun populasi Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama serta budaya, namun umat Islamlah yang mempelopori pembinaan bangsa Malaysia. Dalam suasana yang ada, agama Islam dan umatnya tidak boleh dilihat sebagai penghalang kepada usaha untuk mewujudkan nilai-nilai kebersamaan di negara ini. Sebaliknya, dengan berpandukan kepada formula dan acuan Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah) yang berjaya menggabungkan kepelbagaian dalam bingkai kesatuan, maka masyarakat Malaysia yang berbekalkan dengan jati diri keagamaan dan kebudayaan yang pelbagai itu seharusnya bergabung membentuk satu ummah siyasiyyah yang inklusif. Oleh yang demikian, bagi menjiwai nilai kebersamaan dalam kepelbagaian ini, maka lima (5) perkara asas wajar dan boleh dijadikan panduan dalam usaha Malaysia mengaplikasi konsep Fiqh Al-Muwatonah di negara ini, iaitu:


PEMBINAAN MALAYSIA BAHARU BERASASKAN KEUTAMAAN FIQH AL-MUWATONAH 78 a. Nilai kebersamaan dalam konsep ummah Perkataan ummah berasal dari bahasa Arab, iaitu kata dasarnya amma-yaummu. Ia adalah suatu kelompok masyarakat yang disatukan oleh faktor idealisme. al-Asfahāni dan Al-Faruqi mengatakan bahawa istilah ummah sebagai kumpulan yang mempunyai tujuan yang sama dan ia menggambarkan suatu bentuk kesepakatan pengetahuan, kehendak, dan tindakan seluruh kaum muslimin. Menurut tokoh-tokoh lain seperti al-Maturidi, al-Tabari, al-Qurtubi, Ibnu Kathir dan al-Mawardi menegaskan bahawa istilah ini meliputi hubungan masyarakat antara satu sama lain dengan kriteria utamanya untuk melaksanakan amar ma’ruf, nahi munkar serta menghindari perpecahan. Merujuk masa kini, konsep ummah ini berasaskan kepada masyarakat yang disatukan oleh faktor idealisme. Ia merupakan suatu bentuk persepakatan pengetahuan, kehendak dan tindakan seluruh umat Islam yang mencerminkan sebuah masyarakat yang dinamik dan boleh menerima pengaruh baik hasil daripada perkembangan peradaban dan pengaruh ilmu pengetahuan tanpa menghilangkan identiti Islam. b. Nilai kebersamaan dalam konsep Perlembagaan Madinah Dalam konsep Perlembagaan Madinah, Nabi Muhammad SAW telah melakukan pelbagai usaha untuk memastikan keamanan dan kestabilan masyarakat Madinah terjamin. Baginda telah berjaya menanamkan dalam jiwa masyarakat Madinah bahawa mereka hendaklah hidup dalam sebuah masyarakat yang saling tolong menolong antara satu sama lain dan mewujudkan ikatan persaudaraan. Antara usaha baginda ialah mewujudkan pusat perdagangan bagi kaum Muslim di Madinah. Rasulullah SAW juga menggalakkan kaum Muslim berniaga untuk memupuk sifat-sifat terpuji kaum Muslim kepada kaum Yahudi dalam sektor perniagaan. Selain itu, Rasulullah SAW juga mewujudkan persaudaraan antara orang Islam dengan orang bukan Islam iaitu Yahudi berasaskan perjanjian dalam Perlembagaan Madinah.


79 Terbukti bahawa Baginda telah berjaya mewujudkan hubungan baik antara pelbagai kaum yang menjadi penduduk Madinah ketika itu. Hasilnya, Nabi Muhammad SAW telah berjaya menggabungkan seluruh masyarakat yang berada di sekitar kota Madinah yang terdiri daripada orang-orang Islam yang mewakili dua golongan (suku), iaitu Aus dan Khazraj serta masyarakat bukan Islam dan seterusnya membentuk masyarakat Madinah menjadi umat yang hebat dalam pelbagai aspek kehidupan. c. Nilai kebersamaan dalam kebebasan beragama Dalam Piagam Madinah, golongan bukan Islam bebas menganut kepercayaan masing-masing tanpa gangguan selagi mana ianya tidak menjejaskan kepentingan umum. Namun begitu, dalam masa yang sama mereka mempunyai kewajipan mentaati negara Islam Madinah tanpa ada unsur paksaan dan mereka juga diberikan hak sewajarnya. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” (Surah al-Mumtahanah: 8) d. Nilai kebersamaan dalam konsep persaudaraan warganegara atau “al-ukhuwah al-muwatinun” Konsep ini amat bersesuaian sekali dipraktikkan bagi sebuah negara yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang Islam


PEMBINAAN MALAYSIA BAHARU BERASASKAN KEUTAMAAN FIQH AL-MUWATONAH 80 dan minoritinya bukan Islam. Jika diimbas kembali kepada zaman awal perkembangan politik Islam di Madinah, penduduk bukan Islam dikategorikan kepada 2 golongan; Ahlu Zimmah dan Ahlu Kufri. Klasifikasi Ahlu Zimmah merujuk kepada orang bukan Islam yang tinggal dalam negara Islam yang menjalankan pemerintahan Islam di mana dalam masa yang sama mereka tidak memerangi Islam. Manakala, Ahlu Kufri pula merujuk kepada orang bukan Islam yang tinggal dalam negara kafir yang kekuasaan negara berada di tangan orang bukan Islam. Merujuk realiti yang ada pada hari ini, Profesor Dr. Yusof Al-Qardhawi dalam buku beliau ‘al-Muwatonah’ menganjurkan agar istilah klasik ini wajar digugurkan kerana ianya didapati sudah tidak relevan lagi pada dunia hari ini. Sebaliknya, semua kaum berhak memelihara dan mempertahankan jati diri keagamaan dan kebudayaan masing-masing. Hanya dengan cara sedemikian kebersamaan dalam kepelbagaian akan terus wujud dan sekaligus dapat dipertahankan. Dr. Yusof Al-Qaradhawi juga dalam bukunya ‘Al Din Wal Al Siyasah’ turut berpandangan bahawa istilah tersebut lebih sesuai ditukarkan kepada istilah “persaudaraan kewarganegaraan” (Al-Ukhuwah al-Muwatinun) yang dilihat lebih menepati dalam konteks negara bangsa. INSPIRASI PERLEMBAGAAN MADINAH DALAM KONTEKS NEGARA BANGSA MALAYSIA Tidak dinafikan bahawa pentadbiran politik negara telah menerapkan sebahagian besar daripada acuan Perlembagaan Madinah dalam membangunkan negara bangsa Malaysia. Semenjak mencapai kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara ini telah menjadikan usaha


81 membina negara bangsa sebagai agenda utama kerana ia melibatkan simbol perpaduan kaum dan agama di negara ini. Justeru, Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara, yang telah terangkum di dalamnya sebahagian prinsip-prinsip Piagam Madinah telah diterjemahkan dan terpadu dalam lingkaran bingkai kesatuan merangkumi persaudaraan kemanusiaan, persaudaraan kenegaraan, kesepakatan komitmen terhadap dasar-dasar kenegaraan seperti Rukun Negara, Bahasa Kebangsaan, Bendera Kebangsaan, sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan, di samping perkongsian nilai-nilai kemanusiaan sejagat seperti patriotisme, integriti moral, kebebasan, keadilan, persamaan, hak asasi manusia dan sebagainya. Hal ini turut terpalit sama dalam usaha-usaha memastikan agar agama Islam tetap turut terpelihara tanpa diganggu gugat oleh agama lain di samping dalam masa yang sama turut menyantuni agama-agama lain. Pada ketika inilah pentingnya penguasaan ilmu para cendikiawan Islam yang bukan hanya sekadar mampu menguasai teks semata-mata tetapi turut mengetahui bagaimana mengaplikasinya mengikut keadaan dan situasi setempat. Contohnya, mendefinisikan konsep kafir harbi dan kafir zimmi dalam konteks negara Malaysia. Golongan ini perlu berani berdepan dengan realiti tanpa meninggalkan prinsip agama serta bijak menggabungkan antara nas dengan realiti yang dihadapi. Dalam hal ini, Al-Mawardi sendiri pun telah membuka ruang perkongsian kuasa dalam isu perlantikan kafir zimmi menjadi wazirutanfis dengan mengambil kira kepada realiti yang berlaku pada zamannya. Dalam konteks Malaysia pula, Almarhum Professor Dr. Muhammad Abdul Rauf, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang pertama pernah menegaskan bahawa perkongsian kuasa yang boleh kita lakukan pada hari ini ialah dengan memberi kepercayaan dan mempertanggungjawabkan jawatan dalam pentadbiran kepada non muslim. Memberi yang sesuai kepada non Muslim merupakan suatu keadilan sekiranya mereka benar-benar layak. Jika tidak, bermakna kita telah tidak berlaku adil. Hal ini tiada kaitan langsung dengan kesetiaan kepada musuh. Tanpa keadaan yang mencurigakan, rakyat bukan Islam patut dibenarkan untuk turut sama menjalankan urusan negara dan memegang jawatan rasmi di semua peringkat dalam kerajaan. Sehingga kini, perkara ini telah pun dipraktikkan dari semasa ke semasa dalam pentadbiran kerajaan.


PEMBINAAN MALAYSIA BAHARU BERASASKAN KEUTAMAAN FIQH AL-MUWATONAH 82 KESEIMBANGAN PERANAN ULAMA’ DALAM PENTADBIRAN NEGARA BANGSA Usaha memberi kefahaman mengenai Fiqh al-Muwatonah dalam konteks Malaysia Baharu ini perlu turut melibatkan peranan para ulama’. Meskipun lebih bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal Islam, namun mereka perlu membiasakan diri dalam perbincangan subjek ini dan seharusnya juga dapat menjiwai Perlembagaan Persekutuan, Sistem Raja Berperlembagaan, proses demokrasi berparlimen dan kebudayaankebudayaan yang membentuk Malaysia hari ini. Oleh itu, para ulama’ dan pentadbir agama diharapkan mampu terlibat secara langsung dengan politik tanpa ada sebarang ancaman atau ugutan terhadap mereka. Fenomena yang berlaku sebelum ini menunjukkan bahawa ramai ulama’ telah berundur daripada politik dan pentadbiran negara disebabkan beberapa alasan. Dalam konteks ini, mereka lebih memilih untuk menjaga maruah diri terutama apabila berdepan dengan pentadbiran negara yang tidak mengikut lunas-lunas dan prinsip-prinsip syariah. Ulama’ menjadi semacam takut dan mengalah kepada pihak berkuasa. Keadaan ini berlaku sebagaimana pada ketika zaman Al Mawardi di mana beliau takut untuk menyebarkan Kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah kepada umum. Oleh yang demikian, bagi memastikan konsep Fiqh al-Muwatonah ini dapat diaplikasikan, maka para ilmuan Islam dan juga masyarakat keseluruhannya perlu menghayati beberapa etika dalam menjiwai negara bangsa berasaskan kebersamaan sebagai warga negara Malaysia. Antaranya: a) Tidak menjejaskan aqidah atau melakukan amalan yang mengandungi unsur agama lain yang bertentangan dengan Islam. b) Tidak mencetuskan kekacauan dan perbalahan antara agama dan kaum.


83 c) Tidak mencetuskan perkauman, menyentuh sensitiviti antara agama dan kaum. d) Menjaga perpaduan sesama kaum. e) Tidak bercakap tentang agama lain tanpa kepakaran dalam bidang perbandingan agama dan pengetahuan berkaitan teknik berdialog. f) Tidak mengeluarkan pernyataan berbaur hasutan. g) Tidak mengeluarkan pernyataan kafir mengkafir dan bid’ah membid’ah. h) Menunjukkan contoh teladan amalan hidup berakhlak dan berintegriti. i) Tidak menggunakan agama untuk kepentingan politik. j) Tidak melanggar peruntukan dan semangat perlembagaan persekutuan. Berdasarkan kepada penjelasan di atas dapat dirumuskan bahawa agama Islam, nilai-nilai kebersamaan dan sistem bernegara sepertimana yang terkandung dalam Fiqh al-Muwatonah merupakan tiga elemen utama yang berupaya melahirkan sebuah masyarakat Malaysia Baharu yang harmoni.


PEMBINAAN MALAYSIA BAHARU BERASASKAN KEUTAMAAN FIQH AL-MUWATONAH 84 KESIMPULAN Sesungguhnya menangani kepelbagaian memerlukan sikap keterbukaan yang berprinsip antara semua pihak, sama ada mereka sebagai pemimpin, ulama’ bahkan mewakili masyarakat umum di negara ini. Menyantuni mereka yang non muslim tidak bermaksud mengiktiraf semua perlakuan yang salah tetapi berusaha untuk memperbetulkan dan memperbaikinya mengikut lunas-lunas syariah. Oleh itu, untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat yang bukan sahaja untuk negara, tetapi juga untuk dunia, maka pentadbiran Islam itu sendiri perlulah mencapai standard “world class” dan bukan lagi diperlekehkan oleh umat negara sendiri. Semuanya boleh digapai sekiranya kita betul-betul memahami falsafah dan prinsip Rahmatan Lil Alamin dengan berpandukan Maqasid Syariyyah dalam mencapai gagasan negara Rahmah.


85 4 konsep Fiqh al-Muwatonah 1. Nilai kebersamaan dalam konsep ummah 2. Nilai kebersamaan dalam konsep Perlembagaan Madinah 3. Nilai kebersamaan dalam kebebasan beragama 4. Nilai kebersamaan dalam konsep persaudaraan warganegara atau “al-ukhuwah al-muwatinun”


PEMBINAAN MALAYSIA BAHARU BERASASKAN KEUTAMAAN FIQH AL-MUWATONAH 86 RUJUKAN Al-Qaradawi, Yusof. 2010. Al-Watan wal al-Muwatanah. Kaherah: Dar al- Shuruq. Mohd Asri Zainul Abidin. 2018. Kewajipan Memahami Realiti Sebelum Berfatwa. Kertas Kerja Seminar Fiqh al-Waqi’ (Fiqh Realiti) di Malaysia. Anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 13 September. Mujahid Yusuf Rawa. 2015. Islam dan Kepelbagaian, Rahmat Untuk Semua. Kuala Lumpur: Ilham Books. Mujahid Yusuf Rawa. 2018. Melangkah ke Hadapan. Kuala Lumpur: Ilham Books. Kompilasi Ucapan dan Wawancara YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusuf. 2018. Gagasan Rahmatan lil Alamin. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy. 2018. Fiqh Kewarganegaraan: Menjiwai Nilai Kebersamaan Dalam Pentadbiran Negara Bangsa. Kertas Kerja Muhadharah Fiqh Kewarganegaraan (Fiqh al-Muwatanah) Dalam Era Malaysia Baharu. Anjuran Institut Latihan Islam Malaysia, 9 September. Siddiq Fadzil. 2018. Fiqh Kewarganegaraan: Aplikasinya Dalam Konteks Malaysia Baharu. Nota Ucaptama Muhadharah Fiqh Kewarganegaraan (Fiqh al-Muwatanah) Dalam Era Malaysia Baharu. Anjuran Institut Latihan Islam Malaysia, 9 September.


87 DAKWAH BERBANTUKAN TEKNOLOGI Oleh: Zulkifli Bin Tukiman Penolong Pengarah Kanan Kluster Pengurusan Kepakaran Hal Ehwal Islam Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) PENDAHULUAN Berbicara mengenai Islam, satu aspek yang sangat penting dalam penyebaran Islam ialah dakwah (Akhir, 2006). Dakwah merupakan tugas para rasul yang diwarisi kepada generasi sahabat dan umatnya untuk memastikan Islam terus bergerak dan berkembang sebagai sebuah agama yang mampu berdepan dengan cabaran semasa. Ini adalah disebabkan sifatnya yang dinamik seiring dengan perkembangan teknologi sezaman (Ab. Hamid Ali et.al., 2014). Oleh itu, peranan dakwah sememangnya tidak dapat dinafikan sebagai manhaj yang mampu memastikan penyebaran dan perluasan pemahaman Islam yang sebenar dapat dilaksanakan (Azaian et.al., 2017). Dakwah yang disampaikan secara berkesan menjadi tunjang utama dalam membentuk masyarakat madani dan beretika tinggi (Fadzli Adam et. al., 2015). Keunggulan ajaran Islam adalah bertujuan melahirkan peribadi muslim yang mempunyai nilai jati diri, iman yang mantap, bertaqwa dan dinamik dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup seperti yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah yang merangkumi elemen akidah, syariat dan akhlak (Nasir, 2012). Penghayatan yang


88 DAKWAH BERBANTUKAN TEKNOLOGI sebaiknya diharap mampu melahirkan insan kamil dalam menghayati cara hidup Islam dengan sempurna berlandaskan tasawwur Islam yang sebenar. Di sinilah terletaknya kemurnian dan kesucian yang terdapat dalam ajaran Islam berbanding dengan agama-agama lain (Earnie Elmie, 2014). IMPAK TEKNOLOGI MAKLUMAT KEPADA PERKEMBANGAN DAKWAH Cara penyebaran agama Islam sangat dipengaruhi oleh sejarah perkembangan manusia. Melihat dari sudut sejarah, usaha-usaha dakwah sentiasa diperkembangkan dan dipertingkatkan melalui pelbagai cara dan kaedah, sesuai dengan peredaran zaman dan masa (Mansor, 2011). Jika dahulu Islam disebarkan melalui gerak kerja dakwah secara tradisional seperti ceramah dan penulisan, Islam kini berkembang sebagai suatu disiplin ilmu yang aktif meneroka pelbagai kaedah yang seiring dengan kecanggihan teknologi penyampaian maklumat semasa (Azaian et al., 2017).


89 Hari ini, bidang dakwah terus berkembang dan bergerak laju dengan mengajak semua pihak memainkan peranan masingmasing mengambil langkah yang tepat dan praktikal bagi memastikan kesempurnaan ajaran Islam dapat disampaikan (Omar, 2014). Sebagai contoh, jika selama ini media cetak seperti buku, majalah, surat khabar dan begitu juga media elektronik seperti televisyen dan radio sangat membantu dan memberi sumbangan dalam usaha menyebarkan dakwah kepada masyarakat, namun dengan kemunculan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti internet ia telah banyak merubah cara hidup manusia dari aspek sosial, ekonomi, politik dan sebagainya apabila maklumat boleh dicapai dan disebar melalui rangkaian komputer dan internet (Md Salleh et. al., 2003). Hal ini menuntut supaya masyarakat bergerak ke arah literasi teknologi iaitu celik teknologi, berpengetahuan dan mampu mengaplikasikan penggunaan teknologi yang tersedia. Oleh itu, peranan penyebaran dakwah menuntut anjakan ke arah perubahan yang seiring dengan kemajuan dunia ICT (Abdullah, 2009). Kini, kepesatan dunia ICT telah mendasari segala aspek dan aktiviti kehidupan manusia. Internet menawarkan pelbagai fungsi kepada pengguna di seluruh dunia. Umar Halim & Samsudin A. Rahim (2010), mendapati masyarakat Islam menggunakan internet untuk mencari maklumat berkaitan dengan isu-isu agama Islam seperti hukum-hakam, urusan menunaikan haji dan umrah, isu-isu semasa dalam Islam dan dunia Muslim, sejarah atau sirah Nabi dan mendapatkan nasihat mengenai jodoh serta tafsiran hukum Islam. Selain itu, Internet juga dijadikan sumber untuk mempelajari lebih banyak mengenai Islam seperti untuk mencari maklumat tentang kepercayaan agama, amalan serta perayaan keagamaan (Chawki, 2010), sebagai sumber maklumat keagamaan (Lovheim, 2008 ; Haron, 2013; Kosheleva, 2013). Perkembangan ini telah memberikan impak yang cukup besar dalam proses kehidupan kepada masyarakat. Segala aktiviti kehidupan manusia menjadi semakin mudah, pantas dan menjimatkan (Sallehuddin & Faradillah, 2011). Melaluinya, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti penghantaran mesej melalui emel, berhubung dengan orang lain, pencarian dan penyebaran maklumat. Perkembangan dunia ICT juga telah menjadikan dunia tanpa sempadan di mana geografi bukan lagi menjadi


90 DAKWAH BERBANTUKAN TEKNOLOGI penghalang dalam penyebaran maklumat. Fenomena kepesatan ICT ini telah membawa kesan yang sangat positif dalam pelbagai lapangan bidang seperti penyelidikan, pendidikan, pertanian, ekonomi termasuklah aktiviti pendakwahan (Mohamad Salih, 2015). Abad ini menyaksikan penggunaan teknologi terkini adalah lumrah dalam kalangan para pendakwah. Dalam penyebaran dakwah, perkongsian maklumat di antara pengguna dan pihak berkuasa agama khususnya telah menjadi lebih mudah dengan adanya teknologi internet sebagai medium komunikasi (Hidayah et. al., 2013). Oleh yang demikian, bagi memperkasakan usaha dakwah supaya disampaikan dengan berkesan, seharusnya kepelbagaian kaedah dan bentuk penyampaian maklumat dakwah serta berliterasi teknologi perlu bergerak seiringan. Penerapan ICT dalam penyebaran dakwah dengan pengintegrasian teknologi pangkalan data, multimedia, internet dan sebagainya dilihat mampu membawa kemajuan yang pesat dalam bidang dakwah masa kini yang lebih bersifat progresif dan interaktif (Norliza et.al., 2013). Dakwah berkembang pesat/aktif meneroka kecanggihan teknologi maklumat - Internet - Media Sosial - Facebook -Youtube -Twitter Dahulu gerak kerja dakwah secara tradisional - Penulisan Dahulu - Ceramah Kini


91 KONSEP BIL-HIKMAH DALAM JARINGAN DAKWAH ATAS TALIAN Internet adalah ungkapan umum bagi dunia komunikasi dan maklumat pada masa ini. Media baru ini telah dianggap sebagai kuasa besar kerana kekuatannya dalam menyampaikan mesej merentasi sempadan masa dan tempat dengan kapasiti yang besar dan pantas. Pelbagai transaksi, perkembangan ekonomi, politik, pendidikan, keagamaan dan sosial boleh dilakukan selama 24 jam tanpa batas. Perbincangan mengenai media baru sangat menarik kerana ia menawarkan pelbagai bentuk maklumat baru seperti dialog dan perkongsian maklumat, blog, forum, wikipedia, chat, rangkaian sosial, dan lain-lain perisian yang membolehkan pelbagai aktiviti dilakukan. Kemajuan internet telah menyediakan persekitaran komunikasi yang lebih luas dari segi masa, tempat, kaedah dan salinan penyampaian sesuatu maklumat dalam abad ke-21. Menurut Akhir (2006), media yang menjadi nadi kepada maklumat menjadikan kejayaan sesebuah masyarakat bergantung kepada sejauh mana usaha mereka menguasai medium pada zamannya. Impak daripada perkembangan ini memberi idea untuk membangun satu persekitaran pemaparan maklumat yang berasaskan kepada internet, laman web dan sistem rangkaian yang lebih luas bahkan mampu menjadi wasilah yang sangat berkesan serta memberikan impak positif sekiranya dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya (Mansur et. al., 2013). Realitinya, pemaparan secara elektronik atau digital melalui penggunaan ICT dilihat memberi peluang untuk menerbitkan maklumat dan mempromosikan imej positif Islam dari pelbagai aspek seperti ekonomi, pendidikan, pembelajaran, sains dan teknologi, pengurusan dan sebagainya (Hafiza et. al., 2017) & (Maarof, 2002). Peluang ini diterokai dengan menerbitkan maklumat Islam kerana ia


92 DAKWAH BERBANTUKAN TEKNOLOGI merupakan salah satu media sebaran am dan medium komunikasi yang boleh membujuk khalayak sebagai satu taktik untuk mempengaruhi, menerangkan, mempercayai dan mempelajari sesuatu ilmu. Gabungan beberapa media yang lebih dikenali sebagai multimedia juga merupakan satu bentuk penyampaian isi kandungan komunikasi yang boleh mempengaruhi dan memberi maksud atau makna kepada sesebuah masyarakat atau individu tentang maklumat yang hendak disampaikan itu (Norazlin et. al., 2007). Dalam hal ini, jaringan dakwah atas talian ini adalah selari dengan kehendak al-Quran melalui ayat al-Quran : Maksudnya “ Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orangorang yang mendapat hidayah petunjuk”. (Surah an-Nahl: 125) Menurut Zulkifli (2010), berkenaan ayat 125 daripada surah anNahl ini telah menjadi asas perbincangan yang berkait dengan cara, kaedah atau pendekatan terhadap mekanisme metodologi penyampaian dakwah. Ketiga-tiga metodologi yang disebutkan dalam ayat tersebut iaitu hikmah (kebijaksanaan), mauizah hasanah (nasihat yang baik) dan al-mujadalah al-husna (perbincangan dengan cara yang baik) merupakan teras utama


93 metodologi penyampaian dakwah yang sesuai untuk diimplementasikan pada sebarang tempat dan sepanjang masa. Dalam hal ini, Mohamad (2013) dan Mansor (2011) menjelaskan dakwah dengan hikmah ialah kesediaan para da’ie untuk berkorban demi mengembangkan kesucian agama Islam kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira masa dan tempat. Manakala Abd. Rasyid (1977) dan Mukti Ali (1971), pula menyatakan bahawa dakwah dengan hikmah merupakan usaha penyebaran dakwah yang dilaksanakan dengan menyelami semua persoalan dan keperluan dengan mendalam segala yang berkaitan dengan proses dakwah merangkumi sasaran dakwah, langkahlangkah perlu diberi perhatian terhadap golongan yang menjadi objek dakwah, situasi, tempat dan masa di mana dakwah akan dilakukan dan sebagainya. Oleh itu, dengan menekuni secara terperinci segala elemen yang diperlukan untuk melaksanakan usaha-usaha dakwah, kelompokkelompok masyarakat yang akan dihadapi, keadaan, kemudahan yang ada, ruang dan peluang, bentuk dan metod dakwah yang sesuai, sehingga menjadi daya pemangkin untuk sesuatu tindakan yang tepat, dengan itulah segala usaha dan aktiviti penyampaian dakwah dapat dilaksanakan secara efektif (Ismail et. al., 2016). MAUIZAH HASANAH (Nasihat Yang Baik) AL-HIKMAH (Kebijaksanaan) AL-MUJADALAH AL-HUSNA (Berbincang Secara Baik) METODOLOGI DAKWAH (Surah An-Nahl: 125)


94 DAKWAH BERBANTUKAN TEKNOLOGI DAKWAH BERBANTUKAN TEKNOLOGI Masyarakat Islam perlu sedar bahawa teknologi adalah pemudah cara, keberadaan teknologi maklumat menjadikan dakwah dapat disampaikan dalam pelbagai bentuk dan ia dilihat lebih pantas dalam menyampaikan sesuatu nasihat atau ilmu serta mampu dikongsikan kepada seluruh dunia lantas bersifat lebih global. Penggunaan teknologi dalam dakwah bukan semata-mata sebagai pengantara atau alat tetapi berfungsi lebih dari itu. Media dakwah berkembang melalui fasa-fasa tertentu sehingga kini dilihat lebih sistematik dengan reka bentuk yang menarik dilengkapi dengan kombinasi sumber-sumber manusia dan bukan manusia untuk menghasilkan dakwah yang lebih kreatif dan efektif.


95 Media sememangnya diperakui sentiasa memainkan peranan penting sebagai alat sebaran maklumat termasuklah media Islam. Kejayaan media Islam bergantung kepada usaha sejauh mana pengamalnya menguasai medium penyebaran maklumat pada zamannya (Akhir, 2006). Apa yang dimaksudkan dengan media baru adalah alat untuk menyampaikan perkhabaran, isi dan pemikiran kepada sasaran yang juga dalam bahasa Arab merujuk kepada perkataan wasail. Instrumen dakwah haruslah digunakan sepenuhnya dalam aktiviti dakwah dan penentuan samada baik atau tidak adalah diserahkan kepada pengguna (Ab. Aziz, 2006). Penggunaan media baru adalah sebagai memenuhi tuntutan semasa terhadap konsep al-hikmah dalam dakwah. Perkataan al-hikmah ini telah disebut sebanyak 20 kali dalam al-Quran dan biasanya dirangkaikan dengan perkataan al-Kitab yang ditakrifkan sebagai pengetahuan yang dibawa oleh para Nabi. Adakalanya digabungkan dengan perkataan kekuasaan sebagai kelayakan pemimpin. Allah SWT menjelaskan alhikmah sebagai hukum-hukum dan prinsip yang mengatur kehidupan manusia. Al-hikmah juga termasuk dalam kaedah merombak tradisi dan amat sukar jika tidak menyampaikan sesuatu perkara secara berhikmah kerana manusia mempunyai kesukaran yang tinggi untuk meninggalkan kebiasaan atau merubah tradisi. Selain itu, ia juga mencakupi pengertian meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Jalinan dakwah dan maklumat agama berkemungkinan tidak sampai kepada masyarakat Islam pada hari ini sekiranya penggunaan alat untuk berdakwah melalui penulisan tidak dipraktikkan pada peringkat awal Islam. Bertitik tolak kepada realiti era globalisasi pada masa kini, ruang dakwah serta penyebaran maklumat Islam dengan lebih pantas dan berkesan kini terbuka luas melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) (Mohamad, 2013). Era penyampaian dakwah pada masa kini telah melangkah setapak demi setapak bersama perkembangan teknologi multimedia yang mana salah satu daripada aplikasi penggunaan ICT dalam penyampaian dakwah dengan mengaplikasikan secara optimum penggunaan komputer dan teknologi komunikasi (Maghfiroh, 2016). Demi memastikan kecemerlangan dalam proses penyampaian dakwah pada masa kini, pelbagai usaha dilakukan bagi menjadikan penggunaan teknologi dalam bidang dakwah diperluaskan. Hal ini membuktikan


96 DAKWAH BERBANTUKAN TEKNOLOGI dengan penggunaan teknologi komputer dalam bidang dakwah mampu membina asas konsep secara berkesan. Kewujudan pelbagai media terkini seperti portal, blog dan laman web sosial telah telah mengubah gaya hidup masyarakat masa kini. Melaluinya, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti penghantaran mesej melalui mel, berhubung dengan orang lain pencarian maklumat dan penyebaran maklumat (Mansor, 2011). Dari perspektif ilmu dan maklumat dalam internet pula, pelbagai maklumat disebarkan tanpa menilai kualiti dan mutu maklumat tersebut. Ianya melibatkan penyebaran maklumat negatif yang jauh lebih banyak berbanding maklumat positif mengenai Islam. Walaubagaimanapun, kecanggihan yang ada pada ICT tidak seharusnya dipinggirkan dalam usaha memartabatkan institusi dakwah dalam memacu masyarakat untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan tepat. Menurut (Shaukhi & Radzi, 2016), kemajuan ICT telahpun dikuasai oleh dunia barat dalam menyampaikan agenda mereka untuk memesongkan pemikiran umat Islam khususnya generasi muda. Tambahnya, lambakan laman web anti Islam di dalam internet bertujuan untuk merosakkan akidah dan pegangan umat Islam.


97 PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM DAKWAH Sorotan terhadap kajian-kajian lepas berkaitan penggunaan media sosial dalam aktiviti pendakwahan dan tujuan keagamaan dan penggunaannya juga bukan lagi suatu yang asing. Keupayaan teknologi komunikasi pada ketika ini, membawa fenomena apabila memungkinkan penggunaan aplikasi media sosial dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah aktiviti dakwah. Justeru, penggunaan media sosial seperti facebook, what’s app, instagram dan twitter, dilihat memberi peluang yang meluas terhadap penyebaran mesej dakwah kerana sifatnya yang pantas dan lebih global. Media sosial kini merupakan fenomena kepada masyarakat dunia. Statistik berkaitan aplikasi media sosial menunjukkan terdapat lebih 2 billion pengguna facebook dan lebih 328 juta pengguna twitter di seluruh dunia. Di negara kita direkodkan lebih 22 juta rakyat di negara ini mempunyai akaun facebook, majoritinya berusia antara 16 hingga 35 tahun (MCMC, 2017). Menariknya media sosial ini memiliki kelebihan yang dapat diterima oleh penggunanya. Rasit (2011) mendapati media sosial menawarkan penciptaan personal maya dalam setiap profil pengguna serta sebagai bentuk komunikasi dengan pelbagai aktiviti. Manakala Siti Eizaleila Mustafa & Azizah Hamzah (2010), pula menjelaskan bahawa laman jaringan sosial berfungsi seperti sebagai tempat untuk bertemu sahabat baharu, mengekalkan persahabatan, berkongsi maklumat dan idea sama ada untuk tujuan peribadi mahupun perniagaan serta menyatukan orang ramai. Selain itu, media sosial juga memudahkan penyampaian pembelajaran, memudahkan hubungan, membentuk identiti serta membantu membentuk self esteem (Collin et. al., 2011) dan Baruah (2012) pula mengatakan antara kepentingan penggunaan media sosial ialah untuk perkongsian pengetahuan dan maklumat atas talian


98 DAKWAH BERBANTUKAN TEKNOLOGI dalam pelbagai kumpulan yang menggalakkan kemahiran berkomunikasi terutamanya antara pelajar dengan institusi pendidikan. Dalam aktiviti keagamaan pula, penggunaan media sosial membantu penyampaian serta penyebaran mesej dengan mudah dan pantas. Dari sudut proses pendakwahan, kajian oleh Ab Hamid et. al., (2014) mendapati generasi muda menggunakan blog untuk menyampaikan dakwah Islamiah. Manakala Liza Shahnaz & Saodah Wok (2011) juga mendapati motif menggunakan Facebook ialah untuk mengekalkan hubungan, berjumpa rakan baru, mendapat maklumat yang terkini dan juga tujuan berdakwah. Sehubungan itu, Omar (2014), mendapati bahawa terdapat implikasi yang signifikan antara penggunaan media sosial dengan penerimaan mesej dakwah apabila 62.2 peratus responden menyatakan bahawa mesej dakwah di media sosial memberikan kesan yang positif terhadap jiwa mereka. Ini menunjukkan bahawa media sosial sebagai medium dakwah turut memainkan peranan dalam pembentukan peribadi Muslim. Selain itu, Ika Destiana et. al., (2013) juga mendapati penerimaan media sosial dipengaruhi faktor seperti mudah guna, faktor kaitan dan rangkaian antara peribadi dan sosial turut memberikan kesan signifikan ke atas penerimaan dan penggunaan medium tersebut. Manakala kajian oleh Siti Rokiah & Fadzli Adam (2015) juga mendapati penggunaan YouTube berkait dengan faktor kebergunaan dan faktor kemudahgunaan dengan asas pengetahuan agama responden. KESIMPULAN Sesuai dengan amanah sebagai khalifah di bumi ini kita dituntut untuk mengimarahkan bumi ini dengan ajaran suci agama dan tidak mengesampingkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat. Oleh itu, kemampuan menguasai dunia ICT memberi kelebihan kepada


99 umat Islam dalam menyampaikan dakwah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah keburukan, menerokai seterusnya memanfaatkan kemajuan teknologi maklumat. Menginsafi perkara, pihak berkuasa agama terutamanya dituntut menerokai setiap peluang, cabaran dan elemen-elemen positif dunia ICT bagi memastikan orang Islam meneraju dan mengungguli era teknologi maklumat, supaya dapat menampilkan fungsi serta peranan dalam mengajukan idea-idea Islam dan mendapat faedah daripada pelbagai penggunaan teknologi tersebut. Sudah sampai masanya masyarakat Islam khususnya di negara ini dihubungkan dan disatupadukan maklumat dan bahan dakwah. Adalah diharapkan satu kajian pembangunan portal e-Dakwah sebagai one stop center dapat dibangunkan yang mampu menyokong usaha memartabatkan fungsi dan peranan isntitusi-institusi agama di negara ini disamping membekalkan maklumat dakwah Islam melalui pembangunan web portal yang menarik, unggul, menyeluruh serta interaktif. Maksudnya: “Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk”. (Surah An-Nahl: 125)


100 DAKWAH BERBANTUKAN TEKNOLOGI RUJUKAN Ab. Aziz, M. Z. (2006). Dakwah Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: Cetakan Pertama. Penerbit Universiti Malaya. Abd. Rasyid Shaleh. (1977). Manajeman Dakwah Islam. Jakarta: Bulan Bintang. Baruah, T. D. (2012). Effectiveness of Social Media as a tool of communication and its potential for technology enabled connection: A Micro Level Study. International. Journal of Scientific and Research Publications., 2 (5):1-10. Collin, P, Rahilly, K, Richardson, I & Third, A. (2011). Literature Review: The Benefits of Social Networking Services. Retrieved from http://www. uws.edu.au/data/assets/pdf_file/0003/476337/The-Benefits-of- Social- Networking-Services.pdf Hafiza Abas, Rahmah Lob Yussof, Zulkifli Tukiman, Roslinda Ramli, A. H. M. N. (2017). Apps: Platform Dakwah Untuk Generasi Y Dan Z. In Conference: 3rd International Seminar On Da’wah, At Bandar Baru Bangi. Retrieved From https://www.researchgate.net/publication/321212057_Apps_ Platform_Dakwah_Untuk_Generasi_Y_Dan_Z Haron, H. H. & H. (2013). Technology and Religion: Information Seeking Behaviour of Online Religious Information Among Malays. World Applied Sciences Journal, 28 (8): 10. Ika Destiana, A. S. & M. H. A. R. (2013). Penerimaan Media Sosial: Kajian dalam kalangan pelajar universiti di Palembang. Jurnal Komunikasi., Jilid 29(2. Liza Shahnaz & Saodah Wok. (2011). Religious Motives for Using Facebook among University Muslim Students. In Dibentangkan di Seminar Kebangsaan Media dan Dakwah (SMED). 14 Disember 2011.


Click to View FlipBook Version