101 Lovheim, M. (2008). Religious Socialization in a Media Age. Nordic Journal of Religion and Society, 25 (2): 15. Maarof, M. A. (2002). Peluang Masyarakat Islam Dalam Perkembangan Dan Kemajuan ICT Masakini. In Seminar Berdakwah Menerusi ICT, Hotel The Golden Legacy, Melaka, 9-10 September 2002. Melaka. Maghfiroh, E. (2016). Komunikasi Dakwah; Dakwah Interaktif melalui Media Komunikasi. Dakwatuna: Jurnal Dakwah Dan Komunikasi Islam, 2(1), 34– 48. Mansur Aliyu, M. M. and A. O. M. T. (2013). Features Influencing Islamic Websites Use: A Muslim User Perspective. Intelectual Discourse, Ms. 33- 54. Mohamad, N. Z. dan A. D. (2013). Media Sebagai Wasilah Dakwah. https:// doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004 Mohamad Salih, M. . (2015). Kajian Pembinaan Laman Web Dakwah Untuk Tekno Daie : Analisis Terhadap Model Penilaian Laman Web Dakwah Di Malaysia. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Mukti Ali. (1971). Faktor-faktor Penyiaran Islam. Jakarta: YPTDI. Norazlin Mohamed, Ibrahim Ahmad, Mohd Hafiz Zakaria, Muhammad Haziq Lim Abdullah, Farah Nadia Azman, Sharul Badariah Madt Sah, Rusnida Ramli, N. B. F. S. (2007). Sistem Multimedia. Selangor: Venton Publishing Sdn. Bhd. Mahasiswa KUIS. E-Proceedings of the Conference on Management and Muamalah, 53(May), 64–74. https://doi.org/10.1017/ CBO9781107415324.004 Rasit, R. M. (2011). Mediamorphosis melalui laman web sosial: Dari perspektif sasaran dakwah remaja. In Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Media & Dakwah (SMED 2011), anjuran Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, USIM. Shaukhi, M., & Radzi, M. (2016). Dakwah di Internet: Aplikasi Model Tetingkap Ekni (TtEKNI) ke atas wacana mesej dakwah di ‘ g ro u p p ag e ’ Islamik Malaysia. Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas, 44–63.
102 DAKWAH BERBANTUKAN TEKNOLOGI Siti Eizaleila Mustafa & Azizah Hamzah. (2010). Media Sosial: Tinjauan Terhadap Laman Jaringan Sosial Dalam Talian Tempatan. Jurnal Pengajian Media Malaysia., Vol. 12, N, Pages 37–52. Siti Rokiah Ab Rahman dan Fadzli Adam. (2015). Penggunaan Youtube sebagai Medium Pembelajaran agama dalam kalangan Generasi Y di Terengganu, Malaysia. In E- Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR. Umar Halim & Samsudin A. Rahim (2010). (2010). Penglibatan Digital: Akses dan Penggunaan E-Agama Dalam Kalangan Generasi Muda Muslim. Jurnal Komunikasi UKM, Jilid 27(2, : 121-135.
103 HIKMAH SENTUHAN KASIH SAYANG Oleh: Norlim Binti Mohd Yusof Penolong Pengarah Kanan Kluster Ilmu Teras Dan Tamadun Islam Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Maksudnya: Daripada Jarir bin Abdullah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda “Barangsiapa yang tidak menyayangi manusia, nescaya Allah tidak akan menyayanginya”. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Kitab: al-Adab, Bab Rahmati al-Nas wa al-Bahaim, no. 6013) PENDAHULUAN Kasih sayang adalah perasaan yang timbul dalam diri hati yang tulus untuk mencintai, menyayangi, serta memberikan kebahagiaan kepada orang lain, atau sesiapa sahaja yang dicintainya. Kasih sayang diungkapkan bukan hanya kepada kekasih tetapi kasih kepada Allah, orang tua, keluarga,
104 HIKMAH SENTUHAN KASIH SAYANG teman, serta makhluk lain yang hidup di bumi ini. Setiap insan ingin dirinya disayangi, maka sayangilah orang lain juga. Ini kerana dengan merasakan sayang itu setiap insan dapat merasakan kebahagiaan yang hakiki. Apabila sifat sayang mulai luntur maka lahirlah sifat dendam serta kebencian yang melebihi, maka akan menjanjikan kehancuran kepada suatu bangsa dan Negara. Hidup akan terasa lebih indah apabila selalu saling memberi kasih dan saling menyayangi tanpa memandang perbezaan. Salah satu kaedah yang paling berkesan tentang bagaimana hendak menzahirkan kasih sayang dan menunjukkan kemesraan kepada setiap ahli keluarga adalah melalui pelukan. IMPAK POSITIF Berdasarkan kajian yang telah dibuat dan pandangan daripada golongan pakar, ramai menyatakan pelukan banyak memberi impak positif kepada individu dan secara tidak langsung kepada keharmonian keluarga. Ramai yang tidak menyedari, meluahkan kasih sayang melalui sentuhan pelukan bukan sahaja boleh merapatkan hubungan kekeluargaan antara suami isteri dan anak-anak, tetapi juga boleh meningkatkan kesihatan seseorang individu. Ada beberapa kajian menyatakan bahawa pelukan akan mengurangkan tekanan emosi, merendahkan tekanan darah, serta mengurangkan risiko serangan penyakit jantung.
105 K kasih sayang A Akhlak H Harmoni I Ilmu S sihat & selamat - KASIH - Penghayatan kepada lima teras keluarga iaitu (KASIH – Kasih Sayang, Akhlak, Sihat dan Selamat, Ilmu dan Harmoni) tidak memadai sekiranya kita tidak diamalkan dalam kehidupan seharian. Nilai-nilai murni dalam keluarga boleh disampaikan melalui tindakan dan perlakuan yang lebih caring, loving dan menyentuh perasaan sebagai contoh melalui pelukan. (YB Datuk Hajjah Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat). Dalam masyarakat kita hari ini, masih ramai tidak menyedari dan mengetahui bahawa meluahkan perasaaan kasih sayang melalui pelukan ini dapat meningkatkan kesihatan individu bahkan Ia dapat merapatkan hubungan kekeluargaan antara suami isteri dengan anak-anak.
106 HIKMAH SENTUHAN KASIH SAYANG We need 4 hugs a day for survival. We need 8 hugs a day for maintenance. We need 12 hugs a day for growth. (Virginia Satir, Pakar Fisioterapi) Pelukan kasih sayang juga boleh bertindak sebagai ubat antibiotik yang boleh bertindak menghalang virus masuk dalam meruntuhkan hubungan kasih sayang, malah ia dapat membantu memulihkan kasih sayang. Ia juga merupakan satu urutan yang boleh merangsang pengeluaran hormon cinta (hormone oxytocin) yang mana sistem saraf dapat dirangsang dan ditenangkan melalui emosi positif dalam minda. Pelukan 10 saat lebih mudah diamalkan apabila kita mempunyai hubungan yang baik dengan Allah dan Rasul serta cintakan Nabi dengan sepenuh hati. Ini kerana untuk mengamalkan pelukan ini ia perlu lahir dari hati yang betul-betul ikhlas dan suci. Hasil daripada kajian yang dibuat mendapati individu yang menerima lebih daripada empat pelukan setiap hari akan mempunyai kehidupan yang lebih sejahtera. Berkeluarga dan menjaga keluarga merupakan satu ibadah dan setiap ibadah dibalas dengan 10 ganjaran. Oleh itu, kita digalakkan untuk berpelukan dengan penuh kasih sayang. Pelukan terhadap anak-anak ketika baru dilahirkan Pelukan suami isteri ketika melangsungkan perkahwinan Pelukan ketika dalam Dimensi Pelukan kesedihan
107 Pelukan adalah satu aktiviti yang dilakukan oleh mereka yang rapat dan kadangkala mempunyai maksud tertentu. Bergantung pada dengan siapa pelukan itu dibuat. Ia juga adalah satu terapi antara ibu bapa dan anak-anak atau suami dan isteri. Pelbagai perasaan akan dirasakan apabila kita dipeluk dengan begitu erat dan penuh kasih sayang. Apabila sudah berumahtangga, adalah rugi jika pasangan itu tidak mempraktikkan pelukan yang romantik, hangat dan rapat. Setiap kali melakukan pelukan tiga jenis hormon dirembeskan. Apabila seseorang melakukan pelukan atau urutan ianya akan merangsang sel-sel kulit yang dikesan melalui sentuhan dan belaian yang akan disalurkan melalui urat saraf kepada otak. Seterusnya otak akan mengeluarkan tiga jenis hormon yang bertindak sebagai natural transmitter yang menyebabkan kita rasa lebih riang dan kurang stress. 3 jenis hormon yang dimaksudkan ialah: 3 JENIS HORMONE Hormone oxytocin Hormone dopamine Hormone serotonin 1. Hormone oxytocin Hormon yang lebih dominan juga dikenali sebagai love hormone yang menenangkan sistem saraf dan merangsang atau meningkatkan emosi positif dalam minda kita. 2. Hormone dopamine Ia juga dipanggil sebagai flasher hormone yang memberi rasa tenang, seronok, gembira pada seseorang individu. Pelukan
108 HIKMAH SENTUHAN KASIH SAYANG dilihat sebagai tindakan untuk merangsang pengeluaran hormon ini. 3. Hormone serotonin Hormon yang terdapat dalam urat saraf tunjang dan usus berfungsi merangsang keriangan dan kegembiraan. Berpelukan bukan hanya sebagai bentuk dan ekspresi dari perasaan kasih sayang ianya juga tanda keakraban antara suami isteri, pasangan, anak-anak dan orang tua. Tetapi kesan yang lebih mendalam dan positif dari pelukan ialah untuk kesihatan antara lain adalah boleh mengurangkan stres, menurunkan tekanan darah, dan meningkatkan daya ingatan. Bagaimana cara melakukan pelukan keluarga? Bisikkan di telinga sebelah kanan bagi salam dan doa kepada anak-anak. Peluk anak sambil membisikkan ungkapan kasih sayang. Bisikkan di telinga sebelah kiri ucapkan kata-kata yang menggambarkan anda sayang kepada mereka, kata-kata yang memberi semangat, dan yang menjamin keselamatan anak- anak. Sebaiknya setiap ucapan kepada anak akan dibalas oleh anak-anak yang menggambarkan mereka faham dan menerima dengan ketaatan. Luangkan masa yang sesuai untuk bersamasama semua ahli keluarga.
109 “Pelukan juga memegang peranan penting untuk menciptakan rasa sejahtera dan bahagia pada seseorang” (Dr. Renee Horowitz, Michigan Women Health Institute) MANFAAT DAN KELEBIHAN PELUKAN Terdapat pelbagai faedah dan manfaat daripada pelukan antaranya a) Meningkatkan kesihatan individu Pelukan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, dapat meningkatkan sistem imunisasi serta dapat melawan jangkitan penyakit. Ia juga dapat mengurangkan stres melalui mengelakkan kemurungan, melawan keletihan dan melancarkan proses tidur. Kebaikan berpelukan juga memberi sokongan emosi kepada anak-anak dan meningkatkan kemesraan antara ahli keluarga. Ini kerana ia merupakan ubat terapi yang paling sesuai di mana ia tidak memerlukan kos yang mahal, tidak memerlukan tenaga yang banyak serta tiada kesan sampingan. b) Mengurangkan Stres dan Tekanan Darah Berpelukan, berciuman, atau kegiatan fizikal yang bersentuhan lainnya meningkatkan tahap oksitosin, yang disebut hormon “ikatan”. Reaksi kimiawi ini boleh membantu mengurangkan tekanan darah, yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan juga mengurangkan stres dan rasa cemas.
110 HIKMAH SENTUHAN KASIH SAYANG Menerusi satu penelitian yang dipimpin oleh Dr. Jan Astrom dan diterbitkan dalam Journal Comprehensive Psychology membuktikan bahawa dengan berpelukan boleh membantu menurunkan tekanan darah seseorang. Hal ini juga disebut oleh seorang pakar psikologi bernama Karen Grewen dari The School of Medicine, University of North Carolina-Chapel Hill. Dr. Jan juga menyimpulkan bahawa dengan berpelukan selama 10 saat pun terbukti boleh merembeskan hormon baik dalam tubuh, seperti oksitosin dan mengurangkan produksi hormon kortisol yang boleh meningkatkan berlakunya punca stres dalam fikiran dan tubuh badan. Hormon oksitosin inilah yang akan membantu meredakan perasaan kesepian dan marah yang dialami. Sedangkan menurut Mayo Clinic, hormon kortisol yang mengatur peningkatan stres tersebut boleh juga mempengaruhi sistem imun dalam tubuh. Hormon kortisol atau juga dikenali sebagai hormon stres dan hormon ini akan terhasil lebih banyak ketika tubuh mengalami stres, baik fizikal atau mental. c) Menunjukkan Kasih Sayang Serta Perasaan Cinta Dan Empati Ketika kita mencintai dan menyayangi seseorang maka bentuk ekspresi rasa cinta dan kasih sayang kita adalah salah satunya dengan berpelukan. Berpelukan adalah cara yang terbaik dalam rangka rasa kasih sayang kita terhadap orang yang kita cintai baik pada suami, isteri, ibu bapa kita bahkan kepada anak-anak kita. Pelukan dapat menjadi isyarat bahawa kita memberikan perhatian dan kasih sayang secara tulus kepada orang yang kita cintai. Hal ini juga akan menimbulkan perasaan untuk selalu dekat dengannya. Pendekatan secara psikologi tentang dua orang yang saling mencintai dan menyayangi akan membantu menguatkan daya tarikan secara emosional serta meningkatkan rasa aman dan nyaman pada orang yang kita cintai dan sayangi. Pegang peluk dengan erat serta lingkarkan kedua tangan kita kepada tubuhnya untuk menunjukkan kasih sayang.
111 d) Meningkatkan Keyakinan Diri Pelukan dapat meningkatkan rasa percaya kepada diri sendiri. Orang yang hidup dalam lingkungan keluarga di mana pelukan merupakan hal yang penting biasanya memiliki rasa percaya diri yang tinggi kerana mereka terbiasa merasa dihargai dan dicintai. Di saat anak-anak meningkat dewasa, maka perasaan seperti ini penting untuk mengembangkan sifat mampu mencintai dan menghargai diri sendiri. e) Membantu Dan Meningkatkan Komunikasi Yang Baik Salah satu manfaat terbaik dari berpelukan dan sentuhan nonerotis ialah membantu masalah komunikasi. Menurut David Klow, seorang pakar terapi masalah rumah tangga dan keluarga di Chicago, memeluk merupakan cara mengatakan, “Aku tahu apa yang kamu rasakan”. “Pelukan membiarkan perasaan kita diketahui oleh pasangan di mana kata-kata kadang kala tidak mampu menjelaskan,” ujar Klow. Klow juga menyarankan untuk berfikir bahawa pelukan adalah bentuk komunikasi yang boleh membantu pasangan memiliki hubungan yang lebih baik. f) Mengajar Erti Memberi dan Menerima Pelukan dapat mengajar kita bagaimana caranya memberi dan menerima. Sebuah pelukan memberikan perasaan menerima dan diterima secara bersamaan, menunjukkan pada kita bagaimana kasih sayang dapat berjalan dari dua arah. g) Menjadikan Tubuh Lebih Rileks Dengan berpelukan ternyata dapat meregangkan otot-otot yang tegang serta melepaskan tekanan dari tubuh kita. Dengan ini
112 HIKMAH SENTUHAN KASIH SAYANG tubuh akan rasa lebih rileks, nyaman, ringan dan tenang seolaholah baru keluar dari bilik rawatan kecantikan badan. Pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan. h) Menjadikan anak lebih bijak Menurut penyelidikan yang terkini, kasih sayang fizikal yang dicurahkan dan ditunjukkan kepada anak-anak kecil semasa tempoh pembesaran mereka amat penting bagi membantu perkembangan otak dan pemikiran mereka. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh pihak Nationwide Children’s Hospital yang terletak di Ohio, otak kanak-kanak lebih cepat berkembang apabila mereka menerima kasih sayang yang cukup daripada ibu bapa mereka. KESIMPULAN Pelukan merupakan bahasa kasih sayang. Individu yang dipeluk merasa dirinya dikasihi dan disayangi. Pelukan dan belaian yang penuh dengan kasih sayang ditambah pula dengan disiplin yang betul menjadikan seseorang itu berjiwa kental dan berperikemanusiaan. Kajian juga mendapati, individu yang menerima lebih daripada empat pelukan setiap hari akan mempunyai kehidupan yang lebih sejahtera. Hal itu kemudian akan menjanjikan kehidupan yang lebih berharga sama seperti nilai sebuah pelukan. Dari sudut psikologi pula menyatakan bahawa naluri manusia yang berfikiran normal memerlukan kasih sayang, penghargaan dan pengiktirafan. Tindakan sedemikian boleh ditunjukkan dengan pelbagai
113 cara seperti melalui sentuhan, belaian, ciuman dan juga pelukan. Tindakan ibu bapa yang rapat dengan anak-anak dan kerap memeluk anak-anak dilihat sebagai satu bentuk sokongan emosi dan penghargaan kepada anak. Anak-anak akan merasa mereka sentiasa dihargai, disayangi dan rasa selamat bersama keluarga secara tidak langsung meningkatkan harga diri dan tahap keyakinan diri mereka. Pelukan juga dilihat salah satu kaedah terbaik berbentuk semulajadi untuk meningkatkan sistem imunisasi, menyembuhkan kemurungan, mengurangkan tekanan dan melancarkan proses tidur. Proses pelukan tidak memerlukan kos yang mahal, tenaga yang banyak, dan kesan sampingan yang lain membuktikan ianya sesuai sebagai ubat terapi yang mudah untuk dipraktikkan.
114 HIKMAH SENTUHAN KASIH SAYANG RUJUKAN http://iburose.com/2018/06/04/kuasa-pelukan-kasih-sayang-anak-jadi- bijak/ Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat (KPWM) Modul Family Education @LPPKN. Satir V (1983). Conjoint family therapy. Palo Alto, CA: Science and Behavior Books. https://www.mindbodygreen.com/0-5756/10-Reasons-Why-We-Need-at- Least-8-Hugs-a-Day.html http://pelukankeluarga.blogspot.com/2014/10/10-second-family-hug-10- saat-pelukan.html Maitre Et Al. The Dual Nature Of Early-Life Experience On Somatosensory Processing In The Human Infant Brain. Current Biology, 2017
115 PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI, JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) Oleh: Hajjah Zawanah Binti Muhammad Pengarah Kanan Encik Hanifuddin Bin Roslan Puan Siti Hamira Binti Abd. Rahim Dr. Wan Nor Aisyah Binti Wan Yussof Cawangan Pembangunan Profesionalisme Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) PENDAHULUAN Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam yang diperkenalkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 telah menetapkan bahawa setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri dengan sikap, kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian, melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan.
PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI, JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) 116 Pembangunan sumber manusia merupakan satu proses berterusan yang perlu dilalui oleh setiap pegawai awam bermula daripada lantikan sehingga persaraan. Proses ini perlu supaya pegawai awam berkompetensi, bertanggungjawab, berintegriti, kekal relevan dan berdaya saing. Bagi melancarkan proses tersebut, Pelan Tindakan Pembangunan Kompetensi (PTPK) dijadikan sebagai satu pelan tindakan yang strategik untuk memperkasakan keupayaan organisasi bagi meningkatkan kecekapan dan penyampaian perkhidmatan. Ia juga memberi pendekatan kepada pembangunan sumber manusia ke arah pembentukan pegawai perkhidmatan awam yang berfikiran aras tinggi (High Order Thinking Skills) dan ke hadapan (future-thinking), tangkas (agile), berkemahiran digital (digital capabilities) serta kreatif dan berupaya berfikir di luar kotak, berteraskan nilai-nilai murni dan profesionalisme. Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005) Dasar Pembangunan Sumber Manusia (sedang digubal (2018) Tujuan: Memperkasakan Keupayaan Organisasi serta pembangunan sumber manusia ke arah pembentukan pegawai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri berikut: 1. High Order Thinking Skills 2. Future-thinking 3. Agile 4. Digital capabilities 4. Kreatif 5. Berupaya berfikir di luar kotak
117 PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI (PTPK) JAKIM JAKIM melalui Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM) bertanggungjawab memastikan setiap pegawai di JAKIM melalui proses pembelajaran secara berterusan melalui Pelan Tindakan Pembangunan Kompetensi (PTPK). Pelan ini bertujuan untuk melahirkan pegawai khususnya Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) yang memiliki kompetensi meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap yang bersesuaian supaya Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam kekal relevan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat awam. Pelan tindakan ini meliputi dua komponen iaitu Kompetensi Generik dan Fungsian Bekerja. Kompetensi Generik merupakan perkara yang berkaitan dengan organisasi dan tingkah laku yang merangkumi kompetensi generik organisasi dan kompetensi generik tingkah laku. Manakala itu, Kompetensi Fungsian Bekerja merujuk kepada kemahiran, keupayaan, sikap dan pengetahuan khusus serta pengalaman yang diperlukan untuk menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan berdasarkan deskripsi tugas (JD) semasa.
PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI, JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) 118 Pendekatan Baharu Dalam PTPK Antara pendekatan baharu yang diterapkan dalam pelan tindakan ini ialah pendekatan model organisasi pembelajaran dengan menekankan konsep 10%:20%:70%. Ia akan digunakan untuk membangunkan kompetensi generik dan fungsian seperti keterangan berikut: a) Pendekatan 10% merujuk kepada latihan formal jangka pendek secara bersemuka dan atas talian. b) Pendekatan 20% merujuk kepada pembelajaran dari pihak lain (learning from others). c) Pendekatan 70% merujuk kepada pembelajaran dari pengalaman di tempat bertugas (learning from experience/ on the job training –OJT). Justeru, pegawai tidak lagi terikat dengan hanya menghadiri kursus atau seminar secara formal sahaja. Malah dari sudut peratusannya, pembangunan kompetensi pegawai amat bergantung kepada pembelajaran dari pengalaman di tempat bertugas sebanyak 70 peratus berbanding dahulunya latihan secara formal.
119 Pendekatan Baharu dalam PTPK 10% 20% 70% Latihan Formal Pembelajaran dari pihak lain Pembelajaran dari pengalaman di tempat bertugas Lima komponen utama kompetensi kepimpinan: PTPK ini disediakan sebagai persiapan dalam melengkapkan kemahiran dan membantu mencungkil bakat kepimpinan serta meningkatkan kompetensi pegawai dalam pembangunan kerjaya. Antara lima komponen utama kompetensi kepimpinan ialah seperti berikut: • Strategik; Keupayaan untuk berfikir, membuat keputusan serta bertindak dan mempengaruhi pegawai lain ke arah kejayaan berterusan organisasi.
PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI, JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) 120 • Transformatif; Keupayaan untuk mengadaptasi dan mendepani perubahan serta bertindak dalam persekitaran semasa dan masa hadapan yang mencabar. • Tangkas dan Adaptif; Kebolehan untuk menyesuaikan diri secara tangkas dan mencipta suasana yang kondusif bagi organisai melakukan perubahan dan kekal berdaya saing. • Autentik; Kebolehan dan kekuatan kendiri berasaskan nilai-nilai murni dan prinsip diri yang sejajar dengan visi dan misi organisasi yang diterajui serta mampu membina hubungan yang positif dan menyuntik inspirasi kepada pegawai lain demi mencapai kejayaan di luar jangkaan. • Keterampilan Eksekutif. Kelebihan menonjolkan keyakinan dan ketenangan dalam pelbagai situasi dan mempunyai ketegasan dalam prinsip dan etika serta mempunyai gaya penyampaian dan keterampilan yang tersendiri. ILIM SEBAGAI PELAKSANA PUSAT PEMBANGUNAN KOMPETENSI JAKIM ILIM berperanan menyediakan latihan yang bersesuaian untuk melahirkan pegawai yang kompeten bagi melaksanakan program-program atau inisiatif yang dirancang di bawah PTPK ini. Sebagai pusat latihan, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) bertanggungjawab menyediakan programprogram latihan berkaitan bagi memenuhi keperluan di setiap bahagian di JAKIM.
121 Skop perkhidmatan hal ehwal Islam adalah sangat luas dan komprehensif. Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) JAKIM perlu menguasai dan kompeten dalam melaksanakan tugas berdasarkan sembilan (9) bidang teras yang telah ditetapkan iaitu: Akidah dan Aliran Pemikiran Al-Quran dan Hadis Tarbiyyah dan Tadribiyyah Islamiah Pengurusan Halal Dakwah dan Pembangunan Insan Penyelidikan dan Pembangunan 9 BIDANG TERAS Muamalat Perundangan Islam Pengurusan Siasah Syari’yyah Oleh itu, sebagai pusat latihan, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) bertanggungjawab merangka program latihan yang membantu meningkatkan kompetensi kepimpinan Pegawai Hal Ehwal Islam mengikut gred dan pengalaman berkhidmat. Bidang Kepakaran / Fokus Latihan Sejajar dengan proses redeployment pada Disember 2018, ILIM telah mengalami perubahan struktur dan juga melibatkan pertambahan fungsi. Justeru, bidang kepakaran atau bidang fokus latihan bagi ILIM Kampus Utama dan Kampus Cawangan telah ditetapkan. Jadual berikut menjelaskan pembahagian fokus latihan bagi setiap kampus ILIM:
PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI, JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) 122 Bil Kampus ILIM Bidang Kepakaran/Fokus 1. ILIM Kampus Utama Bangi Kecemerlangan Kepemimipinan dan Pengurusan Hal Ehwal Islam 2. ILIM Kampus Besut Program Teambuilding dan Pembangunan Insan,Pengurusan Pejabat 3. ILIM Kampus Jelebu Pengurusan Kepemimpinan Belia, Akidah dan Aliran Pemikiran 4. ILIM Kampus Kundasang Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Asas Bahasa Arab dan Perkaderan Dakwah 5. ILIM Kampus Lahad Datu Profesionalisme Imam dan Pengimarahan Masjid 6. ILIM Kampus Lawas Pengurusan Keluarga, Komuniti dan Program Dakwah Jadual 1: Bidang Kepakaran/ Fokus Latihan Kampus ILIM Penetapan fokus bidang kepakaran latihan ini diharap dapat memberikan panduan dalam pemilihan golongan sasar yang bakal menjalani program latihan yang dilaksanakan serta modul latihan yang bersesuaian dapat dibangunkan bagi mencapai matlamat sebenar pelaksanaan sesuatu program latihan. Penetapan bidang fokus ini juga akan memudahkan ILIM sebagai pelaksana PTPTK. Penilaian ke atas tahap kompetensi kepimpinan Hal Ehwal Islam (HEI) Penilaian ke atas tahap kompetensi kepimpinan HEI haruslah dinilai mengikut gred jawatan masing-masing. Setiap kompetensi juga haruslah
123 dinilai atas lima kompetensi kepimpinan perkhidmatan Hal Ehwal Islam berdasarkan empat ciri utama penilaian kenaikan pangkat iaitu daya fikir, daya pimpin, bentuk komunikasi dan cara tindakan. (Think, Lead, Speak, Act). Keupayaan individu menguasai kompetensi yang disenaraikan perlu dinilai mengikut tahap kepimpinan mereka. THINK LEAD SPEAK ACT Tanggungjawab Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) dan Ketua Jabatan/Perkhidmatan Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) adalah bertanggungjawab untuk: a. Mengenal pasti kompetensi yang diperlukan berdasarkan PTPK JAKIM; b. Memohon dan menghadiri program/ intervensi pembangunan kompetensi; c. Memohon menjalani penilaian potensi setelah memenuhi syaratsyarat yang ditetapkan; dan d. Menghadiri sekurang-kurangnya 40 jam latihan formal jangka pendek setahun. Manakala itu, Ketua Pengarah JAKIM sebagai Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam pelaksanaan dasar ini. ILIM sebagai pusat pembangunan kompetensi JAKIM boleh merancang dan menyesuaikan dasar ini berdasarkan keperluan jabatan.
PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI, JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) 124 KESIMPULAN Berdasarkan pelan yang akan dibangunkan ini, program latihan yang dibentuk oleh pihak ILIM akan sentiasa dinilai setiap tahun agar mematuhi piawaian yang ditetapkan melalui jawatankuasa pembangunan latihan ILIM. Justeru, setiap program yang melibatkan kompetensi fungsian akan perlu dinilai dari masa ke semasa bagi memastikan kursus yang disediakan akan memenuhi kompetensi individu dan keperluan organisasi. RUJUKAN Dasar Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam Versi 1.0 (2018), Pekeliling Perkhidmatan Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia. Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6, Tahun 2015. Training Road Map JAKIM, 2016.
125 FALSAFAH PERENIAL DAN PENYIMPANGAN ABARAHAMIC FAITHS DARIPADA KONSEP AGAMA SAMAWI DALAM WACANA KETUHANAN Oleh: Nurhayati Binti Abdullah Kluster Kecemerlangan Kepimpinan Islam (KKKI) Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) PENDAHULUAN Lazimnya agama difahami sebagai kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Kuasa dan sifat-sifat kekuasaan-Nya, atau kepercayaan kepada suatu kuasa yang lebih tinggi, dan dianggap sebagai sesuatu yang amat berkuasa. Agama dan kepercayaan saling berkaitan antara satu sama lain. Suatu agama semestinya mempunyai kepercayaan, namun suatu kepercayaan tidak semestinya dianggap agama. Kepercayaan dianggap menjadi agama apabila terdapat sekumpulan besar kalangan manusia menganutinya. Sebaliknya kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu, tidak dianggap agama. Umumnya, agama dikategorikan kepada agama langit atau agama samawi dan agama budaya. Agama langit atau agama samawi bersumberkan wahyu daripada tuhan yang disampaikan melalui seorang Rasul. Manakala agama budaya bersumberkan adat dan falsafah.
FALSAFAH PERENIAL DAN PENYIMPANGAN ABARAHAMIC FAITHS DARIPADA KONSEP AGAMA SAMAWI DALAM WACANA KETUHANAN 126 Daripada sudut ketuhanan, setiap agama mempunyai pandangan yang berbeza-beza terhadap tuhan dan konsep ketuhanan. PENGERTIAN AGAMA Bagi seorang muslim, untuk memahami makna agama daripada perspektif Islam, pemahaman terhadap konsep agama perlu diambil daripada pengertian “al-din” dalam istilah bahasa Arab kerana “al-din” dalam bahasa Arab tidak sama pengertiannya dengan maksud religion dalam peradaban Barat atau lain-lain agama. Hanya kefahaman sebenar terhadap konsep agama daripada perspektif Islam, dapat membezakan antara agama yang sebenar diturunkan daripada Tuhan (agama samawi) atau agama ciptaan manusia. Menurut al-Attas, di sebalik makna-makna dasar istilah “al-din” yang diberi oleh Ibnu Manzur dalam lisān al-c Arab, terdapat kesatuan makna yang menghubungkan antara istilah tersebut dengan Islam yang namanya terbina daripada kata dasar “aslama” (menyerah diri). Maknamakna dasar yang diberi oleh lisān al-c Arab saling bersangkutan maknanya dan kesemuanya tidak ada pada mana-mana agama yang lain selain Islam. Hanya agama Islam yang dapat menggambarkan makna agama setepat dan selengkapnya sepertimana yang diberikan oleh lisān al-c Arab, kamus ulung yang dijadikan kayu ukur tetap dalam penyusunan kata Arab (Syed Naquib al-Attas, 2013). Salah satu makna dasar istilah “al-din” menerangkan pengalaman rohani penyerahan diri seorang insan kepada tuhan. Istilah yang mengandungi maksud penyerahan diri yang sama adalah “aslama”. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan siapalah yang terlebih baik agamanya daripada dia yang menyerahkan wajahnya kepada Allah?” (Surah al-Nisa’: 125).
127 Menurut al-Attas, agama yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah Islam. Salah satu makna dasar istilah “din” juga memberi maksud bawaan kecenderungan yang sedia ada pada diri insan. Al-Quran menjelaskan bahawa setiap manusia telah pun mengakui menerima Allah SWT sebagai Tuhan Yang Hak sejak di alam roh berdasarkan dalil: Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam daripada (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (Firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab: Benar, kami menjadi saksi”. (Surah al-A’rāf: 172) Sekiranya istilah “din” dan “aslama” digabungkan, ia membawa maksud pengertian Islam iaitu penyerahan diri yang rendah, yang telah mengakui dan memperakukan Allah sebagai Tuhan yang satu sejak di alam roh sebelum lahir ke dunia kepada suatu kuasa secara fitrah,. Istilah “din” membawa makna yang merujuk kepada agama Islam yang mengandungi ajaran tauhid, sehingga seorang muslim dibezakan dengan seorang bukan muslim berdasarkan pegangan tauhid yang diimani. Oleh itu, bolehlah disimpulkan bahawa antara ciri terpenting sesuatu agama itu dianggap sebagai agama wahyu daripada tuhan adalah mempunyai ajaran tauhid daripada sudut ketuhanannya. Ini bermakna, agama samawi atau agama wahyu adalah merujuk kepada agama Islam. Menurut Khalif Muammar (2013), intipati agama Islam telah bermula sejak zaman Nabi Adam, walaupun begitu, ia tidak disebut sebagai dīn, iaitu agama yang lengkap dengan aturan dan sistem kehidupan manusia yang bertamadun; lantaran itu ia disebut sebagai millah kerana belum mempunyai aturan sistem kehidupan yang lengkap. Namun para Nabi dan Rasul serta pengikut mereka yang autentik sudah disebut muslim
FALSAFAH PERENIAL DAN PENYIMPANGAN ABARAHAMIC FAITHS DARIPADA KONSEP AGAMA SAMAWI DALAM WACANA KETUHANAN 128 atau muslimun, iaitu orang yang berserah diri kepada Allah. Selepas kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai penutup kenabian, maka telah sempurnalah agama Allah sebagai dīn yang dinamakan sebagai Islam sepertimana firman Allah SWT: Maksudnya: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah redha akan Islam itu menjadi agama untuk kamu” (Surah al-Māidah: 3) MONOTEISME DAN TAUHID Dalam perbincangan akademik, berlaku kekeliruan di mana “monoteisme” dan “tauhid” digunakan sebagai istilah sinonim; seolah-olah konsepkonsep ini membawa maksud yang sama tentang kepercayaan dan kesatuan Tuhan. Menurut satu artikel daripada Encyclopaedia Brittanica, monoteism ditakrifkan sebagai: Belief in the existence of one god, or in the oneness of God. As such, it is distinguished from polytheism, the belief in the existence of many gods, and from atheism, the belief that there is no god. Monotheism characterizes the traditions of Judaism, Christianity, and Islam and elements of the belief are discernible in numerous other religions. (Baaren t.t.)
129 Takrifan tersebut membawa kefahaman bahawa agama Islam, Yahudi dan Kristian serta sebilangan agama lain yang mempunyai elemenelemen kepercayaan terhadap tuhan yang satu dikategorikan sebagai agama monoteisme atas dasar kepercayaan kepada tuhan yang satu; berbeza daripada politeisme yang mempercayai kewujudan tuhan yang banyak, dan berbeza daripada fahaman Ateis yang tidak mempercayai langsung kewujudan tuhan. Namun demikian, adakah takrifan tersebut menunjukkan bahawa monoteisme dan tauhid merupakan konsep yang sinonim atau sama? Tauhid tidak semata-mata memadai dengan hanya berpegang kepada konsep tuhan itu satu, tetapi hendaklah mengakui hanya Allah sahaja Tuhan yang layak diibadati dengan cara atau kaedah beribadat yang telah ditentukan oleh-Nya sahaja. Tauhid dalam pandangan Islam adalah rumusan daripada kalimah syahadah “Lā ilāha illalLāh” yang membawa maksud “tiada tuhan yang disembah melainkan Allah”. Menurut ilmu bahasa Arab, “Lā” pada awal kalimah syahadah adalah Lā al-Nāfiyah li al-jinsi, iaitu huruf nafi (harf al-nafy) yang menafikan segala tuhan. “Illa” adalah huruf al-istithnā’ (pengecualian) yang mengecualikan Allah SWT dari segala tuhan (ilah) lain yang dinafikan. Dalam kaedah bahasa Arab, penggunaan ithbāt sesudah nāfi adalah bermaksud untuk membataskan (alhaSru) dan untuk menguatkan (tawkid). Pernyataan menafikan dalam ungkapan kalimah “Lā ilāha” (tiada Tuhan), merupakan titik permulaan dalam proses membebaskan terlebih dahulu keimanan seseorang daripada segala bentuk ketuhanan selain Allah atau daripada belenggu kesyirikan. Ini kerana, bukanlah ketidakpercayaan kepada Allah yang menghalang manusia untuk bertauhid, kerana sememangnya mempercayai tuhan adalah fitrah manusia. Al-Quran telah menggambarkan dengan baik bahawa kekufuran masyarakat Arab Jahiliyah pada zaman Rasulullah SAW bukanlah kerana mereka tidak mempercayai kewujudan tuhan, tetapi disebabkan adanya kepercayaan lain yang merosakkan kepercayaan mereka kepada Allah SWT Oleh itu langkah penafian adalah prasyarat yang menjadi mutlak dalam ketauhidan Islam (Roni Ismail 2014). Menurut Roni lagi (2014), langkah kedua iaitu menetapkan hanya Allah SWT sebagai satu-satunya Tuhan (illaLlāh) merupakan penetapan
FALSAFAH PERENIAL DAN PENYIMPANGAN ABARAHAMIC FAITHS DARIPADA KONSEP AGAMA SAMAWI DALAM WACANA KETUHANAN 130 dan peneguhan bahawa ketaatan hanya tertuju kepada Allah SWT tanpa sekutu, kesamaan, tandingan, atau hal lain yang memiliki sifat ketuhanan, melainkan Allah semata-mata. Ini menegaskan bahawa sesungguhnya iman memerlukan kemurnian sejati tanpa gejala syirik yang menggugat kemurnian iman seseorang. Penafian dan ithbāt ini telah membataskan hanya kepada Allah SWT sahaja Tuhan yang selayaknya disembah dan diibadati oleh manusia. Justeru, konsep tauhid bukanlah sinonim atau sama dengan monoteisme. Abdurezak A.Hashi (2013) menyimpulkan empat sebab mengapa konsep monoteisme tidak boleh disamakan dengan konsep tauhid. Pertama, tauhid mengajarkan kepercayaan kepada satu entiti Tuhan Yang Maha Pencipta, yang mengaturkan alam ini dengan sifat tidak boleh dibahagi-bahagi dan dipecah-pecahkan. Kedua, menurut monoteisme perspektif Islam, Tuhan (Allah) tidak ada yang sebandingan dengan-Nya sama ada daripada segi sifat mahupun perbuatan. Ketiga, tauhid memerlukan pengakuan dan pengagungan terhadap Tuhan yang satu (Maha Esa) yang sejagat, dengan penegasan terhadap keesaanNya daripada segi zat, sifat dan perbuatan. Keempat, tauhid bukan teori yang dibentuk oleh perdebatan ahli falsafah, tidak disokong oleh ajaran mistik dan dibenarkan oleh pengisytiharan ulama; sebaliknya ia adalah kepercayaan yang berasal daripada wahyu ilahi. KONSEP MONOTEISME PADA AGAMA LAIN Konsep Dualiti, Triniti dan henoteistik (henotheistic) yang terdapat pada agama monoteistik lain seperti Zoroastrian, Kristian dan Yahudi tidak menepati konsep tauhid dalam Islam. Agama Kristian dengan doktrin Triniti tidak mencerminkan “kesatuan” yang absolut (absolute unity) terhadap Realiti Agung (Ultimate Reality) kerana kepercayaan tiga dalam satu, ‘Tuhan Bapa’, ‘Tuhan Anak’ dan Holy Spirit membawa kepada sifat pluraliti Realiti Agung. Begitu juga kepercayaan yang menunjukkan adanya kuasa
131 berbilang (plurality of power) atau apa-apa bentuk yang seakan sama antara tuhan dengan sesuatu yang lain seperti konsep trimurti dalam agama Hindu adalah bertentangan dengan monoteisme perspektif Islam. Manakala agama Yahudi pula, menurut Abdurezak A.Hashi (2013), lebih sesuai dikategorikan sebagai agama henoteistik atau monolatry. Monolatry ialah ketaatan kepada satu tuhan tetapi mengakui hak orang lain untuk beribadat kepada tuhan-tuhan yang lain; juga membenarkan tuhan yang satu itu disembah dengan cara yang lain, atau melalui berbagai-bagai bentuk lain atau berbagai tujuan lain. Pembenaran menyembah tuhan yang lain atau Tuhan yang satu disembah dengan cara yang berbeza adalah bertujuan untuk menjauhkan kelompok orang lain daripada agama mereka supaya agama mereka akan tetap menjadi milik eksklusif mereka selama-lamanya. Walaupun ajaran Yahudi mempercayai Tuhan Yang Esa, tetapi prinsip mereka mencerminkan kecenderungan beribadat kepada banyak tuhan yang lain, tetapi mereka memilih Tuhan yang lebih berkuasa dan maha tinggi daripada tuhan yang lain (supreme God over other gods). Ciri henoteistik pula lebih kepada menetapkan tuhan untuk sesuatu tempat (localize) dan sesuatu bangsa (nationalize). Keduadua ciri henoteistik dan monolatry tidak sehaluan dengan konsep tauhid kerana dalam konsep tauhid, Allah adalah Tuhan kepada semua manusia bahkan seluruh makhluk, tidak ada tuhan yang lain untuk semua manusia tanpa mengira lokaliti dan kaum. Kesimpulannya, monoteisme perspektif Islam amat berbeza sama sekali dengan monoteisme dalam sistem kepercayaan agama lain kerana agama-agama monoteistik lain tidak benar-benar murni monoteisme sebagaimana pegangan tauhid umat Islam. Walaupun agama-agama monoteistik mempercayai tuhan yang satu, namun hakikatnya, monoteisme tetap jauh daripada konsep dan prinsip tauhid yang terdapat dalam agama Islam.
FALSAFAH PERENIAL DAN PENYIMPANGAN ABARAHAMIC FAITHS DARIPADA KONSEP AGAMA SAMAWI DALAM WACANA KETUHANAN 132 ABRAHAMIC FAITHS DAN FALSAFAH PERENIAL Terminologi Abrahamic Faiths mula diperkenalkan dalam satu persidangan agama-agama semitik, iaitu Persidangan Muslim-Yahudi-Kristian (The Muslim-Jewish-Christian Conference) atau MJCC yang dianjurkan oleh American Academy of Religion pada tahun 1979 di New York . Ia muncul daripada cara pandang orientalis dalam kajian perbandingan agama untuk merujuk kepada agama Islam, Kristian dan Yahudi. Istilah ini kemudiannya diterjemahkan sebagai millah Ibrahim kerana ketiga-tiga agama ini dianggap berada dalam satu millah kerana persamaan-persamaan yang dimiliki daripada sudut sejarah dan rantaian ideologi yang saling berkaitan. Sebagai contoh, sebahagian syariat Nabi Muhammad SAW mempunyai persamaan dengan syariat nabi-nabi sebelumnya. TERMINOLOGI: 1. Abrahamic Faiths Terminologi yang diperkenalkan oleh orientalis dalam bidang perbandingan agama untuk merujuk kepada tiga agama besar dunia iaitu Islam, Yahudi dan Kristian yang dikelompokkan dalam satu kumpulan agama adik beradik monoteistik kerana dianggap mewarisi ajaran Nabi Ibrahim AS.
133 2. Falsafah Perenial Satu aliran falsafah agama membincangkan keabadian kebenaran, di mana agenda yang dibicarakan adalah mengenai Tuhan, “Wujud” yang mutlak iaitu sumber kepada segala wujud. Berpandangan bahawa semua agama adalah sama kerana pada prinsipnya Tuhan yang benar hanya satu, oleh itu semua agama berasal daripada sumber yang sama, iaitu Tuhan Yang Satu. Kepelbagaian agama wujud kerana diturunkan kepada manusia dalam spektrum sejarah dan sosiologi . Oleh itu, setiap agama adalah sama, tetapi memiliki keunikan tersendiri yang berbeza-beza dengan yang lain. Justeru, tradisi asal dalam agama tidak memerlukan perubahan, kekal selamalamanya dan berterusan sepanjang zaman. 3. Monoteisme Fahaman dalam konsep ketuhanan yang merujuk kepada kepercayaan terhadap satu tuhan. 4.Pluralisme Agama Ideologi yang menerima kebenaran semua agama dan menganggap semuanya sah di sisi tuhan. 5. Transcendant Unity of Religions (TUR) Salah satu aliran dalam pluralisme agama yang mengaplikasi falsafah perenial dengan pandangan bahawa agama mempunyai dua hakikat, iaitu “eksoterik” (zahir/luaran) dan “esoterik” (batin/dalaman). Pada peringkat zahir, semua agama dilihat mempunyai ritual, ajaran dan tuhan yang berbeza. Namun, sebenarnya semua agama bersatu pada peringkat batin dan mempunyai tuhan yang sama dan abstrak. Secara teori, Abrahamic Faiths meletakkan agama Islam, Kristian dan Yahudi di bawah satu kelompok agama monoteisme atas dasar ketiga-tiga agama ini mengakui mengikuti ajaran Nabi Ibrahim AS dan keturunannya
FALSAFAH PERENIAL DAN PENYIMPANGAN ABARAHAMIC FAITHS DARIPADA KONSEP AGAMA SAMAWI DALAM WACANA KETUHANAN 134 yang percaya kepada satu tuhan, ketiga-tiganya mempunyai pertalian rapat mengenai asal usul, kitab suci, prinsip moral dan etika serta praktik amalan, tetapi berbeza dalam beberapa aspek penting dalam kepercayaan masing-masing. Menurut teori Abrahamic Faiths, agama-agama ini diberi syariat yang tidak mengikat antara satu sama lain. Ini bermakna, syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW tidak mengikat untuk diikuti oleh umat Yahudi dan Kristian. Begitu juga syariat yang dibawa oleh Nabi Musa AS tidak mengikat umat Nabi Isa AS dan syariat yang dibawa oleh Nabi Isa tidak mengikat umat Islam. Teori ini serasi dengan falsafah perenial (perennial) yang dipopularkan oleh Seyyed Hossein Nasr yang mempromosi pluralisme agama aliran Transcendent Unity of Religions (TUR) atau Kesatuan Transenden agama-agama. TUR diasaskan oleh guru Seyyed Hossein Nasr, iaitu Frithjof Schuon (1907-1998) yang mengatakan bahawa agama-agama merupakan salah satu daripada tiga “wujud utama” daripada penjelmaan Zat Yang Mutlak yang mempunyai dua hakikat iaitu esoterik (batin) dan eksoterik (zahir), substance dan accident, atau esensi dan bentuk (form) atau dalaman (inward) dan luaran (outward); Semua agama bersatu dalam tingkatan batin (esoterik) walaupun berbeza dalam tingkatan zahir (eksoterik). Kesatuan agama dalam tingkatan batin inilah yang disebut dengan “kesatuan agamaagama dalam tingkatan transenden”. Pada tingkatan eksoterik, setiap agama mempunyai tuhan, teologi, ajaran yang berbeza. Namun pada tingkat esoterik, semua agama itu bersatu dan memiliki tuhan yang sama, abstrak dan tidak terbatas (Hamid Fahmy Zarkasyi 2012). Ini bermakna, tradisionalisme di sisi Hossein Nasr membawa kepada hakikat penyatuan agama-agama disebut esoterik, manakala kepelbagaian bentuk agama adalah penjelmaan semulajadi dimensi yang disebut eksoterik. Setiap agama memiliki dua sisi, iaitu “bentuk” (form) dan “substansi” (substance). Rajah di bawah adalah gambaran teori Transcendent Unity of Religions (TUR) oleh Huston Smith dalam Pendahuluan buku ‘The Transcendent Unity of Religions (TUR)’ oleh Frithjof Schuon.
135 Rajah 1 Gambaran Teori Transcendent Unity of Religions (TUR) (Sumber: http://origin.org/one/spectrum.cfm) Falsafah perenial digagaskan oleh Seyyed Hossein Nasr untuk mengembalikan semua agama seperti asal yang dikatakan memiliki nilai-nilai kesucian tanpa diubah-ubah sebagai respon kritis terhadap sekularisme yang meminggirkan tradisi agama. Beliau berpandangan bahawa untuk berlaku adil kepada semua agama, tidak ada agama yang perlu ditolak. Setiap agama adalah sama dan setara walaupun terdapat perbezaan tertentu pada zahirnya. Dengan ini ketradisian agamaagama dapat dikekalkan, iaitu asas ketuhanan yang diwahyukan kepada seluruh manusia dan alam semesta melalui para nabi. Setiap agama perlu menghidupkan tradisi-tradisi suci tanpa menganggap salah satunya lebih superior daripada yang lain. Dalam konteks Abrahamic Faiths, tema utama falsafah perenial ditemui dalam wacana ketuhanan. Walaupun sebutan Tuhan agama Yahudi, Kristian dan Islam berbeza, tetapi secara esoterik ia merujuk kepada satu Zat Tuhan yang disembah oleh Nabi Ibrahim AS yang menjadi titik pusat ideologi agama-agama semitik. Perbezaan sebutan Tuhan daripada perspektif falsafah perenial tidak menjadi isu menurutnya kerana titik temu berlaku dalam dimensi “substansi”, manakala “bentuk” bukanlah kemuncak hakiki. Ini bermaksud syariat para nabi hanyalah luaran yang disebut eksoterik daripada hakikat esoterik bahawa ketiga-tiga agama ini menyembah Tuhan yang sama yang disembah oleh Nabi Ibrahim AS.
FALSAFAH PERENIAL DAN PENYIMPANGAN ABARAHAMIC FAITHS DARIPADA KONSEP AGAMA SAMAWI DALAM WACANA KETUHANAN 136 YAHUDI DAN KRISTIAN AGAMA SAMAWI? Berdasarkan pemahaman bahawa ketiga-tiga agama ini berasal daripada sumber yang sama, iaitu daripada Allah Taala maka ketiga-tiganya dikategorikan sebagai agama samawi oleh Seyyed Hossein Nasr dan pendokong falsafah perenial. Teori Abrahamic Faiths pula mengatakan bahawa perbezaan antara tiga agama semitik adalah perbezaan pada dimensi dogma dan ritual sahaja sedangkan pada aspek ketuhanan atau metafizik, ketiga-tiganya bertemu pada satu titik. Ini bermaksud bahawa semua agama berkenaan adalah benar dan bersatu pada dimensi Tuhan yang sama. Apabila teori Abrahamic Faiths digabungjalin dengan falsafah perenial, ia menimbulkan idea tuhan universal bagi agama-agama semitik melalui teori esoterik. Sedangkan yang universal sebenarnya adalah agama Islam (bukan Tuhan yang menjadi universal), kerana Islam mewarisi prinsip dasar tauhid Nabi Ibrahim AS yang dibawa oleh semua para nabi dan diturunkan kepada semua umat manusia. Dalam hal ini, teori Abrahamic Faiths dan teori esoterik dalam falsafah perenial bukan sahaja bercanggah dengan akidah Islam, tetapi sebenarnya juga bercanggah dengan konsep agama dan konsep ketuhanan dalam teologi Yahudi dan Kristian sendiri kerana realiti monoteisme Yahudi dan Kristian masih mempunyai unsurunsur paganisme. Secara umum, umat Islam mengetahui bahawa agama para nabi dan rasul lazimnya disebut agama hanīf . Menurut Anis Malik Thoha (2009), semua nabi dan rasul membawa risalah yang sama, agama yang sama, dari sumber yang sama. Disebabkan itu, al-Quran mengajarkan sikap tidak membeza-bezakan para nabi dan rasul dan menjadikannya sebagai salah satu daripada rukun tauhid. Syariat mereka (peraturan, undang-undang, hukum hakam) berbeza mengikut maslahat zaman masing-masing tetapi agama mereka tetap satu kerana ketetapan akidah mengenai tauhid, perkara ketuhanan dan kenabian adalah sama. Kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul yang terakhir dalam pusingan kenabian telah membatalkan semua syariat yang sebelumnya.
137 Ini menjelaskan mengapa banyak persamaan hukum terdapat di dalam kitab suci antara agama Islam, Kristian dan Yahudi seperti kewajiban solat, puasa, zakat, sembelihan, aurat dan sebagainya kerana sumber hukumnya adalah sama, iaitu daripada Allah SWT; melainkan kaedah pelaksanaan dan cara beribadatnya yang berbeza lantaran syariat yang terakhir membatalkan syariat-syariat yang terdahulu. Para Nabi dan Rasul adalah utusan Allah yang datang silih berganti membawa syariat yang berbeza kerana syariat (peraturan, undang-undang dan panduan cara hidup) boleh berubah mengikut maslahat bersesuaian dengan zaman masing-masing. Namun, akidah yang bersifat pegangan, kepercayaan ketuhanan dan kenabian sudah tentu tidak akan berubah selama-lamanya kerana Tuhan yang sama (Allah) hanya menurunkan satu agama sepanjang zaman kepada umat manusia. Hakikatnya agama monoteistik yang wujud pada hari ini seperti Yahudi dan Kristian bukanlah agama asal para nabi dan rasul. Firman Allah SWT: “Katakanlah: Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishaq dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dan Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka; dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata”. (Al-Quran, al-Baqarah 2: 136). Al-Rāzi mentafsirkan frasa “kami tidak membeza-bezakan antara tiap seorang dari mereka” dalam ayat tersebut dengan maksud: “Kami tidak mengatakan mereka (para rasul) saling berpecah dalam perkara pokok (usul) agama, bahkan mereka saling sepakat dan sekata (mujtamiūn) dalam perkara pokok, iaitu Islam”. Tafsiran tersebut bersandarkan nas yang lain dalam surah al-Shūra, ayat 13, yang bermaksud: “Allah telah menerangkan kepada kamu daripada agama, apa yang telah diperintahkan-Nya kepada Nuh, dan apa yang telah kami wahyukan kepadamu, dan yang telah kami perintahkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa, iaitu: Tegakkanlah agama, dan janganlah kamu berpecah-belah pada dasarnya”.
FALSAFAH PERENIAL DAN PENYIMPANGAN ABARAHAMIC FAITHS DARIPADA KONSEP AGAMA SAMAWI DALAM WACANA KETUHANAN 138 Al-Rāzi turut membangkitkan sekiranya timbul persoalan, bagaimana harus kita (umat Islam) beriman dengan Nabi Ibrahim AS, Nabi Musa AS dan Nabi Isa AS sedangkan dikatakan syariat mereka telah termansuh? Beliau menjawab dengan mengatakan: “Kita beriman dengan setiap syariat tersebut bahawa ia adalah benar pada zamannya dan itu tidak melazimkan (tidak menjadikan) kita menolaknya. Adapun kaum Yahudi dan Nasrani, apabila telah mengetahui kenabian pihak lain yang terzahir daripada mukjizatnya, mereka mengingkari kenabian Nabi Muhammad dan mukjizat yang berada di tangan baginda SAW, mereka menolaknya, maka terjadilah perpecahan”. Al-Tabari pula menghuraikan ayat ini dengan menyebutkan bahawa umat Islam beriman dengan Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa, dan Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa dan semua kitab-kitab yang diturunkan kepada para nabi kesemuanya, mereka memperakukan bahawa semuanya adalah benar datangnya dari sisi Allah SWT dan memperaku semua para nabi yang disebutkan oleh Allah SWT berada di atas kebenaran dan petunjuk, mereka saling membenarkan satu sama lain di atas manhaj yang satu dalam seruan mentauhidkan Allah dan beramal dengan ketaatan terhadapNya. Daripada penjelasan di atas, dapat disimpulkan bahawa pengiktirafan Islam terhadap para nabi terdahulu yang diberikan wahyu tanpa membeza-bezakan mereka dengan Nabi Muhammad SAW dalam ayat 136, surah al-Baqarah bukanlah isyarat penerimaan Tuhan terhadap agama-agama monoteisme yang ada pada hari ini, tetapi sebenarnya menunjukkan kesinambungan ajaran tauhid antara para rasul terdahulu dengan Nabi Muhammad SAW.
139 KESIMPULAN Konsep tuhan dan ketuhanan agama Yahudi dan Kristian sangat jauh berbeza daripada perspektif agama Islam, bahkan juga saling berlawanan antara ketiga-tiga agama yang disebut Abrahamic Faiths itu. Justeru, ideologi yang terdapat dalam falsafah perenial bahawa setiap agama berbeza dengan agama yang lain pada peringkat eksoterik (luaran) tetapi relatif sama pada peringkat esoterik (dalaman) adalah suatu kekeliruan. Teori Abrahamic Faiths adalah terhasil daripada pemikiran falsafah yang tidak murni berasaskan kefahaman al-Quran dan al-sunnah. Walaupun gagasan falsafah perenial tercetus sebagai reaksi kepada sekularisme yang meminggirkan agama, namun pendekatannya secara sedar atau tidak, tidak berbeza dengan sekularisme kerana agama ditafsirkan dengan falsafah yang berpandukan akal manusia semata-mata. Oleh sebab itu, agama Yahudi dan Kristian bukanlah agama samawi. Sebaliknya keduaduanya adalah agama budaya yang telah terseleweng daripada ajaran asal para nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad SAW. Kedua-duanya tidak termasuk dalam millah Ibrahim kerana millah Ibrahim tidak merujuk kepada agama Yahudi dan Kristian, tetapi merujuk kepada agama Hanīf atau agama fitrah, iaitu Islam, agama tauhid yang dibawa oleh para nabi dan rasul. Terdapat cadangan daripada para sarjana Usul al-din supaya agama Yahudi dan Kristian yang telah terbiasa dimasukkan ke dalam kategori agama samawi disemak dan diperbetulkan semula seperti cadangan daripada Anis Malik Thoha (2009). Dengan perkataan yang lain, Allah tidak menurunkan agama yang berbeza-beza antara para nabi. Lantaran itu, satu-satunya agama yang mewarisi tradisi tauhid Nabi Ibrahim AS sehingga kini adalah agama Islam. Di dalam al-Quran, Nabi Ibrahim AS tidak disebut sebagai Yahudi atau Nasrani tetapi baginda disebut sebagai muslim (al-Quran, 6:79). Oleh itu, penggunaan terminologi Abrahamic
FALSAFAH PERENIAL DAN PENYIMPANGAN ABARAHAMIC FAITHS DARIPADA KONSEP AGAMA SAMAWI DALAM WACANA KETUHANAN 140 Faiths yang berbaur falsafah perenial untuk merujuk kepada tiga agama besar, Islam, Yahudi dan Kristian dan disamakan dengan konsep agama samawi adalah satu penyelewengan makna dan tersasar daripada maksud agama wahyu yang datang daripada Allah SWT. Maksudnya: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah redha akan Islam itu menjadi agama untuk kamu” (Surah al-Māidah: 3) RUJUKAN Al-Quran al-Karim. Abdullah bin Muhammad Basmeih. (1998). Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran. Kuala Lumpur: Dar Al-Fikr. Abdurezak A.Hashi. 2013. “Between Monotheism and Tawhid: A Comparative Analysis.” Revelation and Science 3(2): 23–29. http://journals.iium.edu.my/revival/index.php/revival/article/ view/96%5Cnhttp://journals.iium.edu.my/revival/index.php/revival/ article/viewFile/96/98.
141 Al-Bukhāri, Abu c Abd Allah Muhammad bin Ismail. 1981. Sahih al-Bukhāri. Beirut: Dar Ihya’ Al-Turath Al-Arabiy. Al-Razi, Fakhruddin Muhammad. 2000. Al-Tafsir Al-Kabir Aw Mafatih Al- Ghaib. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Al-Tabari, Abu Jaafar Muhammad Ibn Jarir. 2008. Tafsir Al-Tabari. ed. M.Sulton Akbar. Jakarta: Pustaka Azzam. Anis Malik Thoha. 2009. “Fahaman Pluralisme Agama Merosakkan Akidah.” In Seminar Pemurnian Akidah 2009, Kuala Lumpur: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 49–73. Baaren, Theodorus P. van. “Monotheism.” Encyclopaedia Brittanica. https:// www.britannica.com/topic/monotheism#ref38206. Dinar Dewi Kania (2014). Kajian Kritis Pemikiran Epistemologi Frithjof Schuon (1907–1998). Jurnal Tsaqofah, 10(1), 85–108. Hamid Fahmy Zarkasyi. 2012. Misykat: Refleksi Tentang Islam, Westernisasi & Liberalisasi. Jakarta: Institute For The Study Of Islamic Thought And Civilizations (INSISTS). Kholili Hasib. 2012. “Konsep Abrahamic Faiths Dalam Pemikiran Seyyed Hossein Nasr.” Islamia VI(1): 52–65. Khalif Muammar. 2013. Islam Dan Pluralisme Agama. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia. Roni Ismail. 2014. “( Kajian Atas Konsep Tauhid ‘ Laa Ilaaha Illallah ’ ).” Religi X(2): 172–83. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. 2013. Islam: Faham Agama Dan Asas Akhlak. Kuala Lumpur: IBFIM.
PINJAMAN KEBAJIKAN (AL-QARD AL-HASAN) DARI PERSPEKTIF ISLAM BENEVOLENT LOAN (AL-QARD AL-HASAN) FROM ISLAMIC PERSPECTIVE 142 BENEVOLENT LOAN (AL-QARD AL-HASAN) FROM ISLAMIC PERSPECTIVE Oleh: Dr. Wan Nor Aisyah binti Wan Yussof Nur Hidayah Ashikin binti Mohd Nasir Cawangan Pembangunan Profesionalisme, (CPP) ILIM & Prof. Dr. Abd Ghafar bin Ismail Chief Executive, Johor Islamic Studies College, (MARSAH), Johor INTRODUCTION The origin of Qard (or lending) could be traced from several verses in the Holy Book of Al-Quran and several narrations from the Prophet Muhamad (pbuh). The theoretical foundations from these sources, later, were expanded by many scholars such as al-Tabari, Ibnu Kathir, al-Suyuti, al-Qurtubi, al-Baidhowi and al-Jalalyn (Az-Zahabi, 2000). The practices have been reported during Prophet’s time, the reign of the eighteenth Abbasid Caliph Muqtadir (908 A.D. to 932 A.D.), in the period of 300 AH to 333 AH that was ruled by four Abbasid Caliphs, Muqtadir, Qahir, Radi and Muttaqi and also in the early fourth century A.H. During this period, interest-free loan is practised.
143 In a conventional way, a similar model (known as benevolent loan) or al-Qard al-Hasan had been introduced in France since the early 14th century. In Netherlands, it was also introduced in the 14th century (G.L. 1963). The aim was intended as a gift of aid or money for the war and later it was intended to serve as an aid to needy people or an aid in place of a parliamentary subsidy (G.L,1963). However, the industrial revolution in the 17th century, marks a major turning point in trade and business. In particular, monetary loan and property (or other material object) are offered with charges. The owner of the property such as gold and later known as fiat money) being rewarded with interest rate, as had been introduced it created business-minded people. Therefore, the facility, later led to the owner of the property (such gold and later known as fiat money) being rewarded with interest rate, as had been introduced in Netherlands in the 12th century. Recent practice shows that al-Qard al-Hasan has been used in many continents of the world as a commercial facility (with some returns) in financial transactions. For example, in Malaysia, it has been practised in business activities and becomes the business model as witnessed in the operations of pawn broking (via ar-Rahnu scheme) and Amanah Ikhtiar Malaysia (an Islamic microfinance institution). Other countries such as Iran, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Vietnam and others also introduce the same business model. QARD IN RELATION TO LOAN THEORY In qard transaction, the owner of property is allowed to lend his/ her property. It raises the following related questions: What types of property that can be lent? There must also be reason(s) for lending. What are they? How could we say that lending must have a purpose? Since, the qard is meant for lending, would it bring any monetary rewards? If not, what are
PINJAMAN KEBAJIKAN (AL-QARD AL-HASAN) DARI PERSPEKTIF ISLAM BENEVOLENT LOAN (AL-QARD AL-HASAN) FROM ISLAMIC PERSPECTIVE 144 the incentives for the owner? The above questions have motivated us to revisit the loan theory, the relationship between the lender and borrower; and the factors of repayment behavior. In relation to this, the most famous and unique principle of the Islamic is the prohibition of interest (also known as riba’). Thus, a new view of Islamic loan theory needs to be discussed. In discussing the theory, several studies on qard, among others include Farooq (2008), Atia (n.d), Mirakhor and Iqbal (2007) refer to several verses in the Holy Quran. There are 6 verses in al-Quran discussed on al-Qard al-Hasan. 6 VERSES 1- Surah al-Baqarah: verse 245 2- Surah al-Maidah: verse 12 3- Surah al-Hadid: verse 11 4- Surah al-Hadid: verse 18 5- Surah al-Taghabun: verse 17 6- Surah al-Muzammil: verse 20 QURANIC COMMENTARIES ON QARD / THE INTERPRETATION OF QARD FROM THE QURAN In interpreting these verses, we adopt the Quranic commentaries by alTabari, Ibnu Kathir and al-Suyuti who used the form of al-tafsir bi al-ma’thur specifically using the method of al-tahlili. Besides, we also add some Quranic commentaries by al-Qurtubi, al-Baidhowi and al-Jalalyn that use the form of tafsir bi al-ra’yand also the al-tahlili method. We also add some
145 quranic commentaries by al-Zuhaily in his book al-Munir that combines the form of al-tafsir bi al-ma’thur and tafsir bi al-ra’y using al-tahlili and semi thematic methods. The word qard (loan) s appears in several verses in the Holy Quran. One of the intrepretation from the Chapter Al-Baqarah, verse 245, mentions that Allah decrees: “Who is it that (will) grant Allah a goodly (sincere) loan so that He will repay him many times over? And (remember) it is Allah who decreases and increases (sustenance), and to Him you shall all return.” (Surah Al-Baqarah: 245) is interpreted based on the Sahih collection that is interpreting the Qur’an with the Qur’an, the Sunnah with Qur’an because it serves as clarifying the Qur’an, with the word of Companions because they were most in the know of the Qur’an, or the words of great tabi’in because they generally receive from his companions the interpretation is done verse by verse and then sequentially letter by letter from beginning to end according to the order of the Qur’an. It explains vocabulary and wording, which are required to clarify the meaning, the intended target and content of a sentence, namely the elements i’’jaz, balaghah and the beauty of the arrangement of sentences, explain what can be taken from the text that is the law of fiqh, evidence syar’i, meaning in language, the norms of morality and so forth. Tafsir bi al-Ma`thur Tafsir Tahlili
PINJAMAN KEBAJIKAN (AL-QARD AL-HASAN) DARI PERSPEKTIF ISLAM BENEVOLENT LOAN (AL-QARD AL-HASAN) FROM ISLAMIC PERSPECTIVE 146 interpretation enlarges the role of ijtihad in comparison with the use of tafsir bi alMa’tsur. With the help of Arabic knowledge, qiraah knowledge, the knowledge of al-Qur’an, hadith and Science of Hadith, usul fiqh and other sciences, mufassir will be using their ijtihad ability to explain the meaning of the text and expand it to support the development of knowledge. interprets the Qur’an from alFatihah letter by letter until an-Nas and put the themes in each study according to the contents of the verse, as in the interpretation of the letter al-Baqarah, verse one through five, the theme attributes of believer and the reward of the righteous. Tafsir bi al-ra’y Semi thematic (method of al-maudhu`i ) The reasons why the verse 245 of al-Baqarah was revealed, was due to the story of Abu al-Dahdah. Abu al-Dahdah al-Ansari said: O Messenger of Allah, does Allah want a loan from us? He replied: “Yes, O Abu Dahdah.” He said, “Give me your hand, O Messenger of Allah: Then he held the hand of Prophet (pbuh) and said: “I lend to the Lord my garden which there is six hundred palm trees, my wife and my family. “Then Abu al-Dahdah went into his garden and he called: “O Umm al-Dahdah! She replied: “Yes, Abu al-Dahdah, said: “Since I have lent to Allah, so let us leave this garden.” The interpretation form the verses have led us to describe several topics, which are the purpose of loan, purpose of reward, default risk and repayment of debt. The Purpose of Loan There are some fundamental human needs in life, such as food, housing, transport and etc. However, with the lack of property or money, they are not able to get these basic needs and also other necessities. Therefore, they are required to buy something on credit and ocassionally give something as a mortgage to get money. The practices took place since the time of Prophet Muhammad (pbuh).
147 Narrated by ‘Aisha had said, “The Prophet bought some foodstuff on credit from a Jew and mortgaged an iron armour to him.” (Narrated by ‘Aisha RA, Kitab: al-Salam, Bab al-Rahn fi alSalam, no. 2252) The prophet at that time was really in need of money to buy food. However, as exchange the Prophet had given the iron armour (which is more valuable) to the Jewish as a mortgaged. Ibnul Munir in Fathul Bari, if the Prophet (pbuh) have money, he will not delay the payment. Purpose of Reward The act of Abu al-Dahdah was recognized by the Prophet (pbuh) who said great reward for Abu Dahdah in paradise when he contributed his land as a charity in the path of Allah in Surah al-Hadid, verse 11. There are various interpretations from at-Tabari, al-Baidhowi and al-Jalalyn. From At-Tabari, he interprets al-Qard al-Hasan, “As anyone who makes spending in the cause of Allah in this world, to achieve the blessing from Allah, and Allah will reward more on what you have given (loan) to Him, such as spending in the way of Allah. Allah will reward one with seven hundred” (Al-tabari). From alBaidhowi, “Whoever lend to Allah a good loan, meaning that who spends his money in the process hope of compensate, it is like someone who lends and spends the money sincerely, and give the best property in his best sides”. Al-Jalalayn commented, “Who is it that will lend God, by spending his wealth in the way of God, a goodly loan, by virtue of his expending it towards God’s sake, so that He may multiply it (for him, from tenfold up to more than seven hundredfold - as stated in chapter al-Baqarah, verse 261, and [so that] there may be for him, in addition to the multiplied [reward], a generous reward, coupled with satisfaction and prosperity”.
PINJAMAN KEBAJIKAN (AL-QARD AL-HASAN) DARI PERSPEKTIF ISLAM BENEVOLENT LOAN (AL-QARD AL-HASAN) FROM ISLAMIC PERSPECTIVE 148 Meanwhile, in Surah al-Hadid: 18. From Tafsir al-Jalalyn, the verse means “Indeed men who give voluntary alms and women who give voluntary alms and [those of them] who have lent God a goodly loan ‘it will be multiplied namely, their loan [will be multiplied], for them and they will have a generous reward”. In Surah al-Taghabun, verse 17, from al-Jalalyn, “He said that if you lend God a good loan, by giving voluntary alms out of the goodness of [your] hearts, He will multiply it for you, from tenfold up to seven hundredfold or more for each one - this [loan] being the giving of voluntary alms out of the goodness of the heart - and He will forgive you, whatever He will, and God is Appreciative, rewarding of obedience, forbearing, in refraining from [always] punishing disobedience.” And in Surah al-Muzammil, verse 20, from alBaidhowi, “And lent Allah a good loan} wants up in all other expenditures in the ways of good things, or by performing Zakat in the best way, and seeking the promise of reward.” Default Risk The borrower should repay the debts by all means upon and after death. Narrated by Abi Hurairah RA, The Prophet said: Whoever take the assets of others in debt, in order to pay it back, then Allah will pay it for him. And those who take it in order to spend and do not pay it off, the Allah will destroy it. (Narrated by Al-Bukhari, Kitab: fi al-Istiqradh, Bab Man Akhaza amwal al-nass yurid ada`aha aw itlafaha, 2387)
149 Repayment of Debt The borrower may pay the debt with an increase (it is also referred as `paying debt handsomely’) as it is not prescribed in the contract. Narrated by Abi Hurairah RA: The Prophet (pbuh) owed a camel of a certain age to a man who came to demand it back. The Prophet (pbuh) ordered his companions to give him. They looked for a camel of the same age, but found nothing but a camel one year older. The Prophet (pbuh) told them to give it to him. The man said, “You have paid me in full, and may Allah pay you in full. ” The Prophet (pbuh) said, “The best amongst you is he who pays his debts in the most handsome manner.” (Narrated by Al-Bukhari, Kitab: Al-Wakalah, Bab Wakalat alSyahid wa al-Ghaib Jaizah, 2305) Rational Choice Approach in Relation with Qard Religion and economy are interrelated. According to the contemporary rational choice approach (as suggested by Lavric and Flere (2011), people engage in religion predominantly because they expect to maximize their perceived rewards/cost ratio. In rational choice theories, individuals are seen as motivated by the wants or goals in expressing their preferences. They behave within a specific manner, given the constraints and on the basis of the information that they have about the conditions under which they are acting. The relationship between preferences and constraints can be seen in purely technical terms of the relationship whereby it is a means
PINJAMAN KEBAJIKAN (AL-QARD AL-HASAN) DARI PERSPEKTIF ISLAM BENEVOLENT LOAN (AL-QARD AL-HASAN) FROM ISLAMIC PERSPECTIVE 150 to an end. As it is not possible for individuals to achieve all of the various things that they want, they must also make choices in relation to both their goals and think of the means for attaining these goals. Rational choice theories hold that individuals must expect the outcomes of alternative courses of action and calculate those which will be best for them. Rational individuals would choose the alternative that is likely to give them the greatest satisfaction (Heath 1976: 3; Carling 1992: 27; Coleman 1973). In relation to Qard, the lender has two choices during the transaction whether the loan is given based on benevolent loan or monetary rewards. The outcome is either a reward from Allah (which is unseen and postponed), or monetary reward such as interest in conventional view. However, the choices will be based on the satisfaction he will get. In Islam, how this reward will satisfy him is subject to the principles of ethical philosophy by al-Ghazali which is; The end, Knowledge of God, Love of God, and The Vision of God. THE RELATIONSHIP BETWEEN QARD AND THE THEORY OF PLANNED BEHAVIOR In Psychology, the theory of planned behavior links one’s beliefs and behavior. The concept was proposed by Icek Ajzen (1991) to improve the predictive power of the theory of reasoned action by including perceived behavioral control. The theory states that attitude toward behavior, subjective norms, and perceived behavioral control, together shape an individual’s behavioral intentions and behaviors. People can hold a great many beliefs about any given behavior, but they can attend to only a relatively small number at any given moment (Miller, 1956). The theory of planned behavior (TPB) which is extended from the theory of reasoned action has been used extensively to explain socially significant behaviors.