The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT PENGURUSAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR BIL 2 TAHUN 2013

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Erabiatul Syafiqah, 2023-10-03 05:52:14

MESYUARAT PENGURUSAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR BIL 2 TAHUN 20131

MESYUARAT PENGURUSAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR BIL 2 TAHUN 2013

ATUR CARA MESYUARAT PENGURUSAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR BIL. 02 TAHUN 2023 JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR 03 OKTOBER 2023 (SELASA) MASA PERKARA URUS SETIA 3.00 petang – 3.30 petang Pendaftaran Peserta (Check in) di Homestay Kuala Medang, Kuala Lipis Pahang Unit Khidmat Pengurusan 3.30 petang – 4.45 petang ❖ Sesi Pembentangan Laporan Perkhidmatan Bed Management Unit (SOP BMU) Negeri Selangor ❖ Minum Petang PIC: Ketua Pasukan BMU Negeri 1) Dr. Shah Jahan Mohd Yussoff, Pakar Perunding Traumatologi dan Kecemasan, Hospital Sungai Buloh 2) Dr Rossman Bin Hawari Pakar Perubatan Traumatologi dan Kecemasan, Hospital Sungai Buloh 4.45 petang – 6.00 petang ❖ Sesi Pembentangan berkaitan: i) Cadangan Penubuhan Pusat Rawatan Tibi di Selangor; dan ii) TIBI CO PIC: (i) Dr Harishah binti Talib Bahagian Kesihatan Awam 7.00 malam – 8.00 malam Makan Malam 8.30 malam – 10.30 malam • Sesi Dialog Bersama Dato’ Indera PKN • Minum Malam Pegawai Khas, PKN


04 OKTOBER 2023 (RABU) MASA PERKARA URUS SETIA 7.30 pagi – 8.30 pagi Sarapan Pagi 9.00 pagi – 1.00 tengah hari • Sesi Bergambar • Mesyuarat Pengurusan Kesihatan Negeri Selangor Bilangan 2/2023 • Minum pagi Unit Khidmat Pengurusan 12.00 tengah hari – 12.30 tengah hari Taklimat ringkas oleh pihak Homestay Kuala Medang Unit Khidmat Pengurusan 12.30 tengah hari – 2.00 petang Makan Tengah hari 2.00 petang – 6.00 petang ❖ Aktiviti Menyusuri Sungai ke Kampung Serau ❖ Aktiviti di Dusun Buah-Buahan ❖ Aktiviti Demontrasi Memasak Bersama Penduduk Kampung (i) Sambal Hitam (ii) Lemang (iii) Makanan tradisional Unit Khidmat Pengurusan 8.30 malam – 10.30 malam Jamuan Makan Malam dan BBQ Unit Khidmat Pengurusan 05 OKTOBER 2023 (KHAMIS) MASA PERKARA URUS SETIA 7.30 pagi – 8.30 pagi Sarapan pagi 9.00 pagi – 12.30 tengah hari • Sesi Pembentangan berkaitan Premis Demis di Fasiliti Kesihatan Negeri Selangor • Mesyuarat Pembangunan • Minum pagi Unit Pembangunan 1.00 tengah hari Makan tengah hari & Check-out


MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR HADIR: 1) Pengarah Kesihatan Negeri Selangor - Pengerusi YBhg. Dato’ Indera Dr. Sha’ari bin Ngadiman 2) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) Encik Wong Kim Han @ Robert 3) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Dr. Wan Noraini binti Wan Mohamed Noor 4) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Dr. Faizal bin Mat Ariffin 5) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Datin Dr. Kamariah binti Omar 6) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Encik Dzafarullah bin Daud 7) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Puan Sharizat binti Hj Ahmad 8) Pegawai Khas Dr. Ismawati binti Ismail 9) Wakil Ketua Penyelia Jururawat Negeri Matron Raginder Kaur a/p Gitam Singh 10) Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan Negeri Encik P.Wilson a/l V.Perianayagam Bil. Mesyuarat : 1 Tahun 2023 Tarikh : 11 Mei 2023 (Khamis) Masa : 8.30 pagi - 1.00 tengah hari Tempat : Noble Resort Hotel, Melaka


PENGARAH HOSPITAL: 11) Pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Dr. Zulkarnain bin Mohd Rawi 12) Pengarah Hospital Selayang Dr. Afidah binti Ali 13) Pengarah Hospital Sungai Buloh Dr. Jasmeet Singh a/l Sucha Singh 14) Pengarah Hospital Serdang Dr. Hj. Amin Sah bin Hj. Ahmad 15) Pengarah Hospital Ampang Dr. Kasuadi bin Hussin 16) Pengarah Hospital Shah Alam Dr. Ruzita binti Othman 17) Pengarah Hospital Kajang Dr. Hj. Muhd Siv Azhar Merican bin Abdullah 18) Pengarah Hospital Cyberjaya Dr. Shahabuddin bin Ibrahim 19) Pengarah Hospital Tanjung Karang Dr. Mohd Zamri bin Wagiman @ Saim 20) Pengarah Hospital Banting Dr. Fakhruddin bin Amran 21) Pengarah Hospital Kuala Kubu Bharu Dr. Mohd Basil bin Sulaiman 22) Pengarah Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam Dr. Muhammad Aslahuddin bin Samsudin 23) Pengarah Hospital Orang Asli, Gombak Dr. Izandis bin Mohamad Sayed PEGAWAI KESIHATAN DAERAH 24) Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Langat Dr. Zailiza binti Suli


25) Pegawai Kesihatan Daerah Petaling Dr. Hjh Zaharah binti Hj. Zainuddin 26) Pegawai Kesihatan Daerah Klang Dr. Siti Rohana binti Saad 27) Pegawai Kesihatan Daerah Gombak Dr. Shreema a/p Rasiah 28) Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Langat Dr. Norhayati binti Mokhtar 29) Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Selangor Dr. Suhaida binti Mohd Sidek 30) Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Selangor Dr. Faridah binti Amin 31) Pegawai Kesihatan Daerah Sabak Bernam Dr. A.L Liza binti Abd Latip 32) Pegawai Kesihatan Daerah Sepang Dr. Rusilawati binti Jaudin 33) Pegawai Kesihatan KLIA Dr. Mohd Nasir bin Habib 34) Pegawai Kesihatan Pelabuhan Klang Dr. Azmi bin Abdul Rahim PEGAWAI KESIHATAN PERGIGIAN DAERAH 35) Pegawai Kesihatan Pergigian Daerah Petaling Dr. Muhammad Farid bin Nurdin 36) Pegawai Kesihatan Pergigian Daerah Hulu Langat Dr. Zurina Asiah binti Musa 37) Pegawai Kesihatan Pergigian Daerah Klang Dr. Laila binti Othman 38) Pegawai Kesihatan Pergigian Daerah Gombak Dr. Faizah binti Abd Karim 39) Pegawai Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Selangor Dr. Nor Khafidzah binti Md Abas


40) Pegawai Kesihatan Pergigian Daerah Sabak Bernam Dr. Muhammad Rafieudin bin Rafdi 41) Pegawai Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Langat Dr. Siti Fatimah binti Jaafar 42) Pegawai Kesihatan Pergigian Daerah Hulu Selangor Dr. Rohaida binti Alias 43) Pegawai Kesihatan Pergigian Daerah Sepang Dr. Patimah binti Abd. Rahim KETUA PERKHIDMATAN NEGERI SELANGOR 44) Wakil Ketua Perkhidmatan Kebangsaan Perubatan Kecemasan Hospital Ampang Dr. Vengkata Prathap A/L Simanchalam 45) Ketua Perkhidmatan Kebangsaan Rheumatology Hospital Selayang Dr. Mollyza binti Mohd Zain 46) Ketua Perkhidmatan Pembedahan Am Hospital Ampang Dr. Lee Yuk Loong 47) Ketua Perkhidmatan Pediatrik Negeri Hospital Selayang Dr. Selva Kumar a/l Sivapunniam 48) Pakar Perunding Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi Dr. Norizzati Bukhary binti Ismail Bukhary 49) Pakar Perunding & Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Sungai Buloh Dr. Darminder Singh Chopra BAHAGIAN PENGURUSAN, JKNS 50) Ketua Unit Kewangan Puan Zarith Sofia binti Jaafar 51) Ketua Unit Perolehan & Aset Puan Sazatul Faeza binti Alias 52) Ketua Unit Teknologi Maklumat Puan Rospawarna binti Rabbu


53) Ketua Unit Pembangunan Puan Jeevadarshini a/p Pilayanthran 54) Ketua Unit Psikologi Kaunseling Puan Suraya Banu binti Sallehudin 55) Ketua Unit Latihan Puan Raihan binti Sahrom 56) Wakil Ketua Unit Sumber Manusia Cik Yap Lay Hoon BAHAGIAN KESIHATAN AWAM, JKNS 57) Wakil Cawangan Perkembangan Kesihatan Awam Dr. Mohammed Azahar bin Mohammed Nawi 58) Wakil Ketua Sektor Kesihatan Primer Dr. Mastura binti Mohammad Tahir 59) Unit Kesihatan Keluarga Dr. Salina binti Mat Taib 60) Wakil Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (Epidemiologi) CDC Dr Muhammad Muaz bin Shahriman Teruna 61) Ketua Jurutera Negeri Ir. Dzulkifli bin Mohamad BAHAGIAN PERUBATAN, JKNS 62) Cawangan Perkembangan Perubatan Dr. Adibah binti Hashim 63) Cawangan Sumber Perubatan Dr. Norshuhaila binti Abdul Rahim BAHAGIAN PERGIGIAN, JKNS 64) Unit Perkembangan Kesihatan Pergigian Dr. Muhammad Zulkefli bin Ramly BAHAGIAN FARMASI, JKNS


65) Ketua Cawangan Pengurusan Farmasi Puan Norhayati binti Musa BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN, JKNS 66) Seksyen Surveilan Dan Komunikasi & Kepenggunaan Puan Safura binti Mohd Nasir TURUT HADIR: 67) Cawangan Kejuruteraan Kesihatan Encik Kanaeshwaran a/l Navappan 68) Cawangan Penguatkuasa Farmasi Cik Nurul Haizan binti Sukan 69) Timbalan Pengarah Perubatan, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Dr. Md Razis bin Ramli 70) Timbalan Pengarah Perubatan, Hospital Serdang Dr. Jeremy Rodney Davis 71) Unit Teknologi Maklumat Puan Aizam binti Aripin TIDAK HADIR DENGAN MAAF: 72) Pakar Perunding & Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Sungai Buloh Dr. Carol Lim Kar Koong 73) Timbalan Ketua Perkhidmatan Kebangsaan Perubatan Kecemasan Hospital Ampang Dr. Ridzuan bin Dato’ Mohd Isa 74) Pakar Perunding Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Bandar Botanik Dr. Ho Bee Kiau 75) Cawangan Perkembangan Kesihatan Awam Dr. Noriah binti Ismail


76) Ketua Sektor Kesihatan Primer Dr. Faridah binti Kusnin 77) Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (Epidemiologi) CDC Dr. Muhammad Haikal bin Ghazali URUS SETIA 78) Ketua Unit Khidmat Pengurusan Puan Juliza binti Mohamad Jamil 79) Penolong Pegawai Tadbir Puan Rofidah binti Abu Bakar 80) Penolong Pegawai Tadbir Cik Azwana binti Asri 81) Pembantu Tadbir (P/O) Encik Arief Zhahiran bin Zakaria 82) Pembantu Tadbir (P/O) Puan Erabia’tul Syafiqah binti Ahmad


1. PERUTUSAN YBHG. DATO’ INDERA PENGERUSI 1.1 YBhg. Dato’ Indera Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam dan selamat datang kepada semua Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Pengarah - Pengarah Hospital, Pegawai - Pegawai Kesihatan Daerah, Pegawai - Pegawai Pergigian Daerah, Ketua-Ketua Perkhidmatan Negeri Selangor dan semua ahli Mesyuarat kerana hadir ke Mesyuarat Pengurusan Kesihatan Negeri Selangor (MPKN) yang pertama bagi tahun 2023. 1.2 YBhg. Dato’ Indera Pengerusi memaklumkan bahawa Mesyuarat MPKN ini adalah bertujuan untuk menyampaikan keputusan - keputusan yang telah dibincangkan dalam mesyuarat bersama Pengurusan Tertinggi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti Mesyuarat Khas KPK dan juga Mesyuarat Bersama KSU untuk makluman, penyelarasan dan tindakan. 1.3 Mesyuarat mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan tahniah di atas pelantikan dan pertukaran masuk Pengarah Hospital, Pegawai Kesihatan Daerah dan Pegawai Kesihatan Pergigian Daerah. Senarai pegawai adalah seperti berikut: a) YBrs. Dr. Amin Sah bin Ahmad di atas pelantikan sebagai Pengarah Hospital Serdang pada 7 Februari 2023 menggantikan YBrs. Dr. Mohd Fikri bin Abu Bakar yang telah bersara; b) YBrs. Dr. Muhd Siv Azhar Merican bin Abdullah di atas pelantikan sebagai Pengarah Hospital Kajang pada 13 Mac 2023 menggantikan YBrs. Dr. Abdul Ghani bin Abdul Jalil yang bertukar keluar ke Pusat Sumber Transplan Nasional; c) YBrs. Dr. Jasmeet Singh a/l Sucha Singh di atas pelantikan sebagai Pengarah Hospital Sungai Buloh pada 6 Februari 2023 menggantikan YBrs. Dr. Kuldip Kaur a/p Prem Singh yang telah bersara; d) YBrs.Dr. Rusilawati binti Jaudin di atas pelantikan sebagai Pegawai Kesihatan Daerah Sepang;


e) YBrs. Dr. Azmi bin Abdul Rahim di atas pelantikan sebagai Pegawai Kesihatan Pejabat Kesihatan Pelabuhan Klang; f) YBrs. Dr. Norhayati binti Mokhtar di atas pelantikan sebagai Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Langat; g) YBrs. Dr. Mohd Nasir bin Habib di atas pelantikan sebagai Pegawai Kesihatan Daerah Pejabat Kesihatan KLIA; h) YBrs. Dr. Hjh Zaharah binti Hj. Zainuddin di atas pelantikan sebagai Pegawai Kesihatan Daerah Petaling; i) YBrs. Faridah binti Amin di atas pelantikan sebagai Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Selangor; j) YBrs. Dr. Siti Rohana binti Saad di atas pelantikan sebagai Pegawai Kesihatan Daerah Klang; k) YBrs. Dr. Suhaida binti Mohd Sidek di atas pelantikan sebagai Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Selangor; dan l) Ir. Dzulkifli Bin Mohamad di atas pelantikan sebagai Ketua Jurutera Negeri. 1.4 Mesyuarat juga turut mengalu-alukan kehadiran YBrs. Dr. Wan Noraini binti Wan Mohamed Noor di atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menggantikan YBrs. Dr. Ummi Kalthom binti Shamsudin yang telah bertukar ke Bahagian Perkembangan Keluarga Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia berkuatkuasa pada 3 April 2023. 1.5 Setinggi-tinggi penghargaan dan selamat maju jaya diucapkan kepada Matron Indiranee a/p Batumalai, Ketua Penyelia Jururawat Negeri yang telah bersara wajib pada 17 April 2023 yang lalu. Terima kasih di atas segala bakti dan jasa kepada perkhidmatan awam dan JKNS khususnya. 1.6 YBhg. Dato’ Indera Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Urus Setia dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pelaksanaan perasmian tiga fasiliti


kesihatan yang telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor iaitu: a) Majlis Perasmian Hospital Tanjong Karang pada 9 Februari 2023; b) Majlis Perasmian Hospital Cyberjaya pada 9 Mac 2023; dan c) Majlis Penjenamaan Semula Hospital Serdang kepada Hospital Sultan Idris Shah pada 8 Mei 2023. Perutusan YBhg. Dato’ Indera Pengerusi adalah seperti butiran berikut: 2. BAHAGIAN PENGURUSAN 2.1 Laporan Perjawatan JIK Format 2 Mesyuarat mengambil maklum: (i) Jabatan ini ingin menekankan akan keperluan menghantar Laporan Perjawatan JIK Format 2 sebelum atau selewat-lewatnya pada 10hb setiap bulan. Laporan ini perlu dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia setiap bulan tanpa gagal. Laporan perjawatan yang tidak dikemaskini oleh PTj menyebabkan keperluan sebenar pengisian tidak berlaku dan pembaziran penempatan anggota di penempatan yang tidak sepatutnya. Kepentingan laporan ini tidak boleh dipandang remeh kerana laporan yang tidak tepat menyebabkan keperluan pengisian sebenar di PTj tidak dapat ditunjukkan terutamanya apabila berlaku penempatan secara pentadbiran walaupun sudah tidak dibenarkan. Makluman 2.2 Peruntukan Fasa 2 Tahun 2023 Mesyuarat mengambil maklum: (i) Pihak jabatan telah mengangkat permohonan peruntukan tambahan berjumlah RM1.55 billion kepada Bahagian Kewangan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menampung keperluan perbelanjaan bagi bulan April hingga Disember 2023. Bermula 8 Mei 2023, Bahagian Kewangan, KKM telah mula menyalurkan waran


agihan tambahan secara berfasa kepada PTj 1. Sehingga 10 Mei 2023, JKNS telah menerima peruntukan berjumlah RM437.75 juta seperti berikut: Bil. Program Jumlah Peruntukan (RM) 1. Program Perubatan RM94.4 juta 2. Program Kesihatan Awam RM7.2 juta 3. Program Farmasi RM314.8 juta 4. Program Keselamatan dan Kualiti Makanan RM1.27 juta 5. Bekalan Perubatan Program Kesihatan Awam RM19.47 juta 6. Bekalan Perubatan Program Perubatan RM192.8 juta 7. Bekalan Perubatan Program Kesihatan Pergigian RM2.8 juta 8. Konsesi Penswastaan Makmal Ubat & Stor Program Kesihatan Awam RM50.5 juta 9. Konsesi Penswastaan Makmal Ubat & Stor Program Perubatan RM68.49 juta 10. Konsesi Penswastaan Makmal Ubat & Stor Program Kesihatan Pergigian RM395.1 juta Jumlah Peruntukan (RM) RM437.75 juta Makluman 2.3 Penggunaan Satu Akaun Bank Sahaja Bagi Semua Transaksi Bayaran Kepada Penjawat Awam Mesyuarat mengambil maklum: (i) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) melalui surat daripada Bahagian Akaun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertarikh 20 April 2023 telah memutuskan untuk melaksanakan penggunaan satu akaun bank sahaja bagi semua transaksi bayaran kepada penjawat awam mulai 1 Mei 2023. Pelaksanaan ini meliputi pembayaran emolumen serta semua jenis tuntutan kepada penjawat awam yang akan menggunakan akaun bank dari sumber data System Human Capital Management (HCM) iGFMAS.


(ii) Sehubungan dengan itu, semua PTj hendaklah memastikan nombor akaun bank yang digunakan bagi pembayaran kepada penjawat awam melalui Portal iGFMAS adalah sama dengan nombor akaun bank bagi pembayaran emolumen penjawat awam berkenaan. Sekiranya terdapat perbezaan pada nombor akaun bank terbabit, data induk berkaitan nombor akaun bank pegawai tersebut perlu dikemas kini di Portal iGFMAS. Penggunaan nombor akaun bank yang berbeza dengan nombor akaun bank emolumen pegawai hendaklah mendapat pengecualian daripada Pejabat Perakaunan terlebih dahulu, atas justifikasi tertentu yang boleh dipertimbangkan. Makluman 2.4 Garis Panduan Bilangan 2 Tahun 2023: Tuntutan Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) Bagi Pegawai Perubatan Dan Pegawai Perubatan Pakar Termasuk Di Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Mesyuarat mengambil maklum: (i) Garis Panduan ini dikeluarkan oleh Bahagian Akaun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menyelaras nama Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) yang dahulunya dikenali sebagai Elaun Kerja Luar Waktu Kerja Biasa (EKLWBB). ETAP turut dipanjangkan kepada pegawai perubatan dan pegawai perubatan pakar yang bertugas di Klinik Kesihatan yang telah disenaraikan dalam garis panduan tersebut. Ia selaras dengan garis panduan mengenai Pelaksanaan Sistem Tugas ETAP bagi Pegawai Perubatan Dan Pegawai Perubatan Pakar Yang Bertugas Di Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah dikeluarkan pada 13 April 2022. Makluman 2.5 Pindaan Pekeliling Perbendaharaan Berkaitan Perolehan Kerajaan Mesyuarat mengambil maklum: (i) Pihak Kementerian Kewangan Malaysia telah mengemaskini Pekeliling Perbendaharaan Berkaitan Perolehan Kerajaan yang


mana telah berkuatkuasa mulai 29 November 2022. Antara pindaan yang telah dibuat kepada proses perolehan kerajaan sedia ada termasuklah: a. Paparan Harga Indikatif Jabatan serta skema penilaian pada tawaran sebut harga atau tender; b. Pindaan kepada had nilai pembelian terus iaitu sehingga RM50,000.00; dan c. PK 1.3: Perolehan yang tertakluk kepada Perjanjian Perdagangan Bebas Selaras Dengan Perjanjian Komprehensif Dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (FTA-CPTPP), di mana perolehan yang tertakluk adalah bernilai RM8.85 juta (bekalan), RM11.8 juta (perkhidmatan) dan RM371.7 juta (kerja). Makluman 2.6 Perancangan Perolehan Tahunan 2023 Mesyuarat mengambil maklum: (i) Merujuk kepada Perancangan Perolehan Tahunan 2023, terdapat 43 tender yang dirancang untuk dilaksanakan pada tahun ni masih belum dikemukakan. Dengan berdasarkan tempoh masa bagi memproses sesuatu tender, tender yang belum dikemukakan ini hanya boleh dibuat penerimaan barangan atau perkhidmatan pada tahun 2024. Makluman 2.7 Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SSPA) Mesyuarat mengambil maklum: (i) Bermula pada tahun 2023, pihak Kementerian telah mewajibkan pelaksanaan pemerikaan aset alih kerajaan dengan menggunakan Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA) secara sepenuhnya. Pelaporan pemeriksaan aset alih kerajaan hanya akan dimuat turun melalui SPPA sahaja. Untuk makluman, tahap pencapaian pemeriksaan aset alih kerajaan bagi JKNS bagi suku tahun pertama tahun 2023 adalah 16.70 peratus. Sehubungan itu, semua PTj adalah disarankan untuk melaksanaan pemeriksaan aset alih kerajaan melalui SPPA dan memastikan pencapaian pemeriksaan


aset mencapai sasaran 100% pada penghujung tahun 2023. Tindakan: Semua Bahagian & PTj 2.8 Kepentingan Melindungi Aset Kerajaan Mesyuarat mengambil maklum: (i) Semua Ketua PTJ juga diingatkan untuk sentiasa menjaga kepentingan melindungi aset kerajaan di fasiliti masing-masing. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius beberapa insiden yang melibatkan kehilangan aset kerajaan di fasiliti KKM. Perkara tersebut telah melibatkan kerugian dalam bentuk kewangan dan menjejaskan penyampaian perkhidmatan kesihatan rakyat. (ii) Pada tahun 2022, JKN Selangor telah mencatatkan 28 kes kehilangan aset alih dan telah dilaporkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) manakala bagi tahun 2023, satu (1) kes telah dilaporkan pada suku pertama tahun ini. Jumlah nilai perolehan asal bagi aset-aset yang hilang ini adalah berjumlah RM135,455.80. Antara contoh aset yang kerap dilaporkan hilang adalah komputer riba, kamera dan mesin kompresor. Sebab-sebab kehilangan adalah disebabkan oleh kecurian dan kecuaian pegawai. Oleh itu, bagi memastikan keselamatan aset di semua fasiliti KKM kekal terjamin semua Ketua Jabatan, Pegawai Keselamatan dan Pegawai-pegawai yang terlibat haruslah mematuhi dan memastikan langkah-langkah kawalan keselamatan dipatuhi sepenuhnya mengikut peraturan, arahan dan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO). Makluman 2.9 Initipati Garis Panduan Pengurusan Peruntukan Pembangunan BP00600 Dan BP00100 – Pindaan Tahun 2023 Mesyuarat mengambil maklum: (i) Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Peruntukan Pembangunan KKM Bagi Butiran Projek 00600 (Naik Taraf, Ubah


Suai dan Pembaikan) dan 01100 (Peralatan dan Kenderaan) Pindaan Tahun 2023 berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah berkaitan peruntukan di bawah BP01100 (Peralatan) di mana syarat tambahan dikenakan iaitu Program di JKNS perlu menyusul pengesahan Ketua Program di Ibu Pejabat KKM sebelum PKN meluluskan permohonan penggunaan baki penjimatan / pertukaran peralatan daripada PTj. (ii) Bagi perolehan kenderaan pula, permohonan penggunaan baki dan pertukaran kenderaan perlu dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan kelulusan Pegawai Pengawal. Semua baki penjimatan bagi kelulusan Perolehan Darurat (AP173.2) perlu dikembalikan kepada Bahagian Pembangunan KKM dan tidak boleh menggunakan baki penjimatan ataupun menukar tajuk projek bagi tujuan lain. Semua PTj diminta memperhalusi ke semua perkara dalam Pindaan Garis Panduan ini untuk urusan berkaitan peruntukan BP00600 dan BP01100. Makluman 2.10 Peluasan Perkhidmatan Di Pusat Tanggungjawab (PTj) Mesyuarat mengambil maklum: (i) Setiap PTj perlu merancang peluasan perkhidmatan secara komprehensif sekiranya ada keperluan dalam penyampaian perkhidmatan. Susulan itu, cadangan bagi permohonan peruntukan BP00600 dan BP01100 mengikut keutamaan PTj perlu dikemukakan kepada Program di JKNS untuk disemak dan dipertimbangkan dalam perancangan tahun hadapan. Ini akan mengelakkan berlakunya permohonan mendesak peruntukan BP00600 dan BP01100 daripada PTj kerana ianya menggambarkan perancangan yang lemah / poor planning. (ii) Trend komunikasi surat-menyurat dengan Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati permohonan mendesak BP00600 dan BP01100 yang dikemukakan oleh PTj sepanjang tahun kebanyakkannya tidak diluluskan kerana keutamaan diberikan kepada projek darurat sahaja. Justeru, PTj


haruslah merancang dengan rapi dan menyusun keutamaan dan seterusnya menghantar permohonan peruntukan BP00600 serta BP01100 kepada Program di JKNS pada akhir tahun untuk dipanjangkan kepada Ketua Program di Ibu Pejabat KKM supaya dimasukkan dalam perancangan tahun berikutnya. Makluman 2.11 Projek Yang Telah Disenarai Pendek Oleh KKM Untuk RMK RP4 Mesyuarat mengambil maklum: (i) Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui surat bertarikh 21 Mac 2023 telah mengarahkan semua Jabatan Kesihatan Negeri untuk mengunci masuk senarai permohonan projek Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RP4, RMK12) Tahun 2024 dalam Sistem MyProjek. Sistem MyProjek ialah medium permohonan projek pembangunan di bawah RP, RMK sebelum penilaian oleh Kementerian Ekonomi dilaksanakan. Senarai projek yang telah dimuktamadkan oleh KKM dan telah dikunci masuk oleh urus setia JKNS dalam Sistem MyProjek bagi Negeri Selangor adalah seperti berikut: a) Perolehan Klinik Pergigian Bergerak Selangor (Perolehan Bas Dengan Kemudahan Dua Dental Chair Bagi Daerah Gombak); b) Klinik Kesihatan (Jenis 2) Dengan Kuarters Kuala Selangor (Gantian); c) Perolehan Bangunan Untuk Menaik Taraf Klinik Kesihatan Kota Damansara, Petaling; d) Perolehan Wisma Sunway Seksyen 9, Shah Alam Untuk Dijadikan Ibu Pejabat Jabatan Kesihatan Selangor; dan e) Perolehan Peralatan Pasukan Pergigian Bergerak Selangor (Perolehan Kenderaan Van 12 Penumpang bagi Hulu Langat (KP Taman Nirwana), Kuala Langat (KP Tanjung Sepat) dan Klang (KP Meru). (ii) Sekiranya projek-projek ini dipertimbangkan oleh Kementerian Ekonomi, ianya akan diangkat untuk kelulusan Bajet Tahun 2024 di Parlimen.


Makluman 2.12 Pelaksanaan Menu Rahmah Di Fasiliti Kesihatan KKM Mesyuarat mengambil maklum: (i) Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Mohd Zuki Ali pada 8 Februari 2023 telah mewajibkan setiap Jabatan atau agensi kerajaan memperkenalkan sekurang-kurangnya satu inisiatif sebagai menyokong agenda Malaysia MADANI. Kementerian Kesihatan Malaysia berhasrat untuk meluaskan penyediaan Menu Rahmah di kafeteria fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama pihak katerer mulai pada 1 April 2023 bagi membantu meringankan beban kos sara hidup. Kriteria Menu Rahmah adalah seperti berikut: a. Menu tengah hari atau malam yang seimbang dan merangkumi nasi, satu (1) protein dan sayuran; dan b. Harga maksimum RM5.00 setiap hidangan. (ii) Sehubungan itu, diharapkan kafeteria di fasiliti PTj dapat bekerjasama dalam menyediakan Menu Rahmah sebagai tanda sokongan terhadap agenda Negara. Makluman 2.13 Kemalangan Kenderaan Kerajaan Mesyuarat mengambil maklum: (i) Cawangan Audit Dalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan Naziran Pengurusan Kemalangan dan Kehilangan Kenderaan di JKN Selangor dan melibatkan beberapa pusat tanggungjawab iaitu Hospital Serdang, Hospital Tanjong Karang dan PKD Hulu Selangor pada 20 hingga 24 Februari 2023. Tujuan naziran tersebut diadakan adalah untuk memastikan Jabatan menguruskan kemalangan kenderaan kerajaan di Jabatan mengikut


pekeliling yang berkuatkuasa iaitu WP 4.2 Kemalangan Yang Melibatkan Kenderaa Kerajaan Malaysia dan mengikut tatacara pengurusan kemalangan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan, KKM dan Pejabat Penasihat Undang-Undang. (ii) Terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu diambil oleh JKNS dan PTj bagi memastikan pengurusan kemalangan kenderaan kerajaan mematuhi arahan dan pekeliling yang berkuatkuasa. Berikut adalah beberapa penambahbaikan yang perlu diambil tindakan di peringkat Jabatan: i. Semua laporan kemalangan yang berlaku di PTj hendaklah dilaporkan dengan kadar segera kepada Unit Khidmat Pengurusan, JKNS dan tidak melebihi tempoh 30 hari selepas dari tarikh kemalangan berlaku. Sekiranya laporan dihantar melebihi tempoh tersebut, Jabatan perlu mengemukakan justifikasi laporan lewat dikemukakan; ii. Semua laporan kemalangan hendaklah dihantar melalui JKNS dan Jabatan akan mengangkat permohonan tersebut ke BKP, KKM dan PUU; iii. Pemandu perlu mengisi Borang Laporan Kemalangan Am 362A dan ditandatangan seberapa segera yang boleh dan diserahkan kepada Ketua Jabatan dalam tempoh 48 jam kemalangan itu berlaku; iv. Pembaikan kenderaan kemalangan hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran polis (secara bertulis) dan tidak melebihi kos anggaran yang ditetapkan oleh JKR; dan v. Melaporkan kes-kes kemalangan ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) atau mana-mana mesyuarat yang dirasakan bersesuaian dan dijadikan sebagai agenda tetap mesyuarat. Makluman 2.14 Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 Bagi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor


Mesyuarat mengambil maklum: (i) Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 JKN Selangor akan diadakan pada 18 Mei 2023 dan Bahagian Pengurusan, JKNS akan bekerjsama dengan Hospital Ampang sebagai Penganjur Bersama Majlis APC pada tahun ini. Majlis akan diadakan di Dewan Canselor, Management Science University Shah Alam. Tindakan: Bahagian Khidmat Pengurusan dan Hospital Ampang 3. BAHAGIAN KESIHATAN AWAM 3.1 Saringan Kesihatan Anggota Kesihatan Mesyuarat mengambil maklum: (i) Saringan anggota kesihatan merupakan aktiviti tahunan bagi menyaring faktor risiko penyakit tidak berjangkit NCD (seperti penyakit Diabetes Mellitus, Hypertension, Obesity, saringan minda sihat, merokok, pemakanan, kecergasan dan lain-lain lagi) dan penyakit berjangkit (seperti TB). Ini bagi tujuan pengesanan awal agar rujukan dan rawatan awal boleh di jalankan. Seterusnya intervensi juga boleh di jalankan berdasarkan Modul KOSPEN WOW yang sedia ada. Pihak jabatan telah menjalankan aktiviti saringan pada 2022 di kalangan anggota di Ibu Pejabat JKNS dengan keputusan seperti berikut: a) Jumlah peserta saringan : 541 / 658 = 82.2% b) Abnormal blood sugar (≥ 5.6 mmol/l) : 70 / 151 = 46.4% c) Overweight (BMI ≥ 23) : 288 / 409 = 70.4% d) Abdominal waist circumference : 209 / 420 = 49.8% e) High Blood Pressure (≥ 140/90) : 90 / 402 = 22.4% f) High Cholesterol (≥ 5.2 mmol/l) : 39 / 250 = 15.6%


g) Saringan DASS 21 (Teruk dan Sangat Teruk) : 44 / 541 = 8.1% Sehubungan itu, keperluan cara hidup sihat terutama di tempat kerja seperti; a) Sentiasa kekal aktif; b) Pemakanan yang sihat; c) Tidak merokok dan minuman alkohol; d) Kesihatan minda; dan e) Saringan berkala setiap tahun (bagi yang tiada risiko). (ii) YBhg. Dato’ Indera PKN meminta supaya pihak Unit Psikologi dan Kaunseling, JKNS mengadakan perjumpaan dengan warga JKNS yang terlibat di dalam Saringan DASS 21 (Teruk dan Sangat Teruk) seramai 44 orang bagi mengetahui permasalahan masing-masing. Tindakan: Unit Psikologi dan Kaunseling, JKNS 3.2 Penyakit Tuberkulosis (TB) Di Kalangan Anggota Kesihatan (HCW) Mesyuarat mengambil maklum: (i) Penyakit Tuberkulosis (TB) adalah penyakit bawaan udara yang disebabkan oleh bakteria yang mycobacterium tuberculosis. Data survelan TB HCW 2022 untuk keseluruhan anggota JKNS menunjukkan; (a) Trend tahunan HCW JKNS: Tahun Bil. Kes 2019 50 kes 2020 35 kes 2021 33 kes 2022 44 kes (Meningkat 33.3% dari tahun 2021) (b) Incidence: 120.4 setiap 100,000 populasi HCW (c) Jenis TB tertinggi: Pulmonary TB (PTB), 29 kes (65.9%)


(d) Punca jangkitan: Tempat kerja (work related) 34.3% (ii) Berdasarkan Garis Panduan Pencegahan & Pengurusan Tuberkulosis untuk Pekerja Penjagaan Kesihatan di Kementerian Kesihatan 2013 iaitu keperluan menjalankan saringan pemeriksaan perubatan berdasarkan risiko tempat kerja semasa; a) Pra-penempatan b) Berkala c) Pra-persaraan / Pra-pindah keluar (iii) Bagi pemeriksaan berkala, anggota kesihatan yang bekerja di kawasan berisiko tinggi TB memerlukan saringan bergejala setiap tahun. Kawasan berisiko tinggi TB adalah seperti Bilik Isolasi, Bilik Rawatan, Fasiliti Jagaan Pesakit HIV, immunocompromised patient care areas, klinik & wad pesakit TB, unit rawatan rapi, bilik sputum induction, bilik bronkoskopi, Dewan Bedah, Jabatan Kemalangan & Kecemasan, Jabatan Pesakit Luar, Makmal, Jabatan Radiologi, Jabatan Forensik dan lain-lain yang berhadapan dengan pesakit TB. (iv) Nasihat kepada anggota kesihatan yang bergejala agar mendapatkan saringan dan rawatan segera. Gejala TB adalah seperti batuk yang berlangsung lebih dari dua minggu, batuk berdarah, penurunan berat badan, hilang selera makan, berpeluh pada waktu malam, sesak nafas / sakit di bahagian dada dan demam. Manakala pengurusan TB di setiap fasiliti kesihatan memainkan peranan yang penting dalam mengawal dan mencegah penularan penyakit TB di PTj masing-masing. Makluman 3.3 Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI: National Health Screening Initiative) Mesyuarat mengambil maklum: (i) Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) yang telah bermula pada Julai 2022 diteruskan pada tahun 2023 dengan penetapan sasaran bagi Negeri Selangor sebanyak 245,000


iaitu 19% daripada sasaran kebangsaan (1.3 juta). Bagi tahun 2023 (sehingga Februari), Negeri Selangor telah menyaring sebanyak 39,767 saringan (16.2% daripada sasaran 245,000) di mana Negeri Selangor telah menyumbang sebanyak 25.5% daripada jumlah saringan kebangsaan (155,986 saringan). Tahniah diucapkan kepada semua anggota kesihatan yang bertungkus-lumus menjayakan inisiatif ini. Bagi tahun 2023, terdapat perubahan kriteria saringan seperti berikut: i. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas; ii. Belum pernah menjalani saringan dalam tempoh setahun yang lepas; dan iii. Belum disahkan menghidap sebarang penyakit NCD (Diabetes, Hipertensi dan/atau Dislipidaemia). (ii) Sehubungan itu, semua anggota kesihatan yang berumur 18 tahun ke atas amat digalakkan untuk tampil membuat saringan kesihatan dan mengwarwarkan inisiatif yang baik ini kepada ahli keluarga, sanak-saudara dan jiran tertangga untuk ke fasiliti kesihatan berdekatan bagi menjalani saringan ini. Makluman 3.4 Isu Program Kanser Kolorektal Mesyuarat mengambil maklum: (i) Bagi program kanser kolorektal, daripada 952 iFOBT positif, terdapat 48.7% (435 kes) yang masih belum selesai di mana 44% (192 kes) masih menunggu temujanji SOPD dan 22.5% (98 kes) masih belum menjalani kolonoskopi. Mohon kerjasama daripada Jabatan Pembedahan untuk memberikan maklum balas tarikh temujanji kolonoskopi bagi pesakit Klinik Kesihatan (KK) yang dirujuk serta diagnosa pesakit yang telah menjalani kolonoskopi. Makluman 3.5 Program Saringan Komplikasi Diabetes (Diabetik Retinopati)


Mesyuarat mengambil maklum: (i) Sektor NCD, Bahagian Kesihatan Awam JKNS telah mengedarkan surat Penyelarasan Carta Alir Saringan Fundus Pesakit Diabetes yang dirujuk kepada Jabatan Oftalmologi (No. Rujukan JKNS/ KA/NCD/733-21 Jld. 4 (97) bertarikh 4 Januari 2023. Mohon kerjasama daripada Jabatan Oftalmologi di setiap hospital untuk memberikan maklum balas diagnosa akhir pesakit Diabetes yang di rujuk / di bawah Oftalmologi follow-up dengan menggunakan format borang maklumbalas yang dipersetujui. Makluman 4. BAHAGIAN PERUBATAN 4.1 Isu Kesesakan Di Yellow Zone, Jabatan Kecemasan Hospital Mesyuarat mengambil maklum: (i) Jabatan ini mengambil maklum bahawa masa menunggu yang lama di Jabatan Kecemasan terutamanya di Zon Kuning. Kekangan bilangan sumber manusia serta bebanan bilangan pesakit yang tinggi menjadi antara faktor kepada kesesakan tersebut. Berdasarkan data terkini daripada Unit Sumber Manusia JKNS, secara keseluruhan sebanyak 83% perjawatan di Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Negeri Selangor yang terdiri daripada Pakar Perubatan Kecemasan & Trauma, Pegawai Perubatan, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan telah diisi. (ii) Daripada jumlah tersebut, 61% perjawatan Pegawai Perubatan telah diisi. Namun pengisian perjawatan Pegawai Perubatan lantikan tetap agak rendah dan perkhidmatan kecemasan turut dibantu oleh Pegawai Perubatan lantikan kontrak yang berjumlah 245 orang berkhidmat di Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital di seluruh Negeri Selangor. HOSPITAL TETAP (J) PENGISIAN (I) % ISI KONTRAK (K) (I) + (K) % KESELURUHAN HTAR 77 28 36% 36 64 83%


HSEL 29 30 103% 36 66 228% HSER 61 36 59% 30 66 108% HAMP 37 25 68% 14 39 105% HSB 38 33 87% 23 56 147% HKJ 34 19 56% 23 42 124% HSAS 60 26 43% 23 49 82% HCJ 12 17 142% 16 33 275% HBTG 16 10 63% 14 24 150% HTK 16 15 94% 1 16 100% HKKB 18 4 22% 20 24 133% HTAJ 10 7 70% 7 14 140% HOAG 9 3 33% 2 5 56% SELANGOR 417 253 61% 245 498 119% (iii) Oleh yang demikian, sekiranya masa menunggu di Jabatan Kecemasan & Trauma masih lagi terlalu lama, Jabatan ini memohon Pengarah Hospital melaksanakan mobilisasi dalaman mengikut kategori staf yang diperlukan supaya penyampaian perkhidmatan di Jabatan Kecemasan Hospital berjalan dengan lancar. Tindakan: Semua Hospital 4.2 Isu Mogok Pegawai Perubatan Berstatus Kontrak Mesyuarat mengambil maklum: (i) Jabatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua Pengarah Hospital yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam penyediaan laporan segera yang dikehendaki oleh Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan isu mogok Pegawai Perubatan berstatus lantikan kontrak. Jabatan ini ingin mengingatkan bahawa semua penjawat awam adalah dilarang untuk terlibat dengan sebarang perhimpunan haram sesuai dengan surat arahan yang telah diedarkan oleh pihak JPA dengan No. Rujukan JPA(S)TT.71/140(48) bertarikh 30 Jun 2011.


(ii) Semua Pengarah-pengarah Hospital diminta untuk mengadakan sesi perjumpaan secara berkala dengan semua Pegawai Perubatan sama ada berstatus tetap mahupun kontrak bagi membincangkan sebarang isu yang dihadapi oleh para pegawai dan pada masa yang sama melalui perbincangan ini dijadikan medium untuk memaklumkan garis panduan atau pekeliling terkini. Sementelah itu, YAB Perdana Menteri juga telah mengumumkan seramai 12,800 daripada 20,330 Pegawai Perubatan lantikan kontrak akan diserap ke jawatan tetap dalam tempoh tiga tahun dengan membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM1.7 bilion. Tindakan: Semua Hospital 4.3 Penempatan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) Mesyuarat mengambil maklum: (i) Jabatan ini sedia maklum berkenaan bilangan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) yang dilantik untuk menjalani latihan siswazah secara keseluruhan adalah semakin berkurangan. Menurut pihak Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP), Kementerian Kesihatan Malaysia hal ini disebabkan oleh penurunan kadar pengeluaran PPS dari universiti dalam dan luar negara. Buat masa ini, permohonan untuk menambahkan slot PPS di mana-mana HLS tidak dapat dipertimbangkan oleh pihak BPP KKM. Pihak Jabatan ini juga ingin mengingatkan bahawa peranan utama PPS adalah untuk menjalani latihan klinikal supaya PPS lebih bersedia untuk menjalankan tugas sebagai pengamal perubatan berdaftar yang selamat kelak dan bukan sebagai “extra pair of hands”. (ii) Sehubungan itu, sekiranya terdapat pengurangan PPS di sesebuah fasiliti, pihak hospital / jabatan yang terlibat perlu menyelaras semula skop tugasan klinikal Pegawai Perubatan sedia ada. Untuk makluman, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) telah menjalankan governance round di tujuh (7) buah Hospital Latihan Siswazah (HLS) di Negeri Selangor dan menemuduga beberapa orang PPS secara rawak bermula pada 17 Januari 2023 sehingga 25 Februari 2023. (iii) Selain itu, satu sesi perjumpaan bersama Pengarah Kesihatan Negeri juga telah diadakan bersama-sama dengan 52 orang


Pegawai Perubatan Kanan selaku Pembantu Koordinator PPS di HLS dan KK pada 20 Mac 2023. Governance round serta sesi perjumpaan tersebut adalah bertujuan untuk mengenal pasti isu-isu berkaitan PPS seterusnya merancang langkah-langkah penambahbaikan. Laporan serta cadangan langkah-langkah penambahbaikan hasil dari governance round dan sesi perjumpaan tersebut telah dipanjangkan kepada pihak BPP, KKM. Makluman 4.4 Penyelarasan Permohonan Peralatan Perubatan Kritikal Bagi Tahun 2023 Di Peringkat Hospital-Hospital Negeri Selangor Mesyuarat mengambil maklum: (i) Kompilasi permohonan peralatan perubatan bagi tahun 2023 mengikut kategori dan keutamaan setiap hospital di Negeri Selangor telah diselaraskan oleh Bahagian Perubatan dan telah dikemukakan ke Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi surat rujukan JKNS (P) 190/4 Jld. 22 (08) bertarikh 17 Februari 2023. Seperti yang semua sedia maklum, permohonan peralatan perubatan kritikal perlu disusuli dengan surat permohonan berserta justifikasi kukuh bagi menyokong permohonan tersebut ke BPP, KKM. (ii) Bagi melancarkan proses permohonan, Jabatan ini memohon pihak Pengurusan Tertinggi Hospital untuk menyelaraskan semua permohonan peralatan perubatan kritikal daripada setiap jabatan mengikut keutamaan sebelum dikemukakan ke JKN Selangor selaras dengan surat Penyelarasan Permohonan Peralatan Perubatan Kritikal Bagi Tahun 2023 Di Peringkat HospitalHospital Negeri Selangor rujukan JKNS (P) 190/4 JLD 23 (3) bertarikh 5 April 2023. Diharapkan tiada lagi permohonan peralatan perubatan kritikal yang dikemukakan secara berasingan mengikut Jabatan daripada PTj yang sama dan semua permohonan peralatan perubatan yang dikemukakan telah dimohon melalui Sistem CPRC Online- Modul Asset dan diverifikasi oleh Pengarah Hospital. Makluman 4.5 Mesyuarat Survelan Pencapaian Klinikal Program Perubatan Bersama Penyelaras Kualiti Negeri Peringkat Kebangsaan Bil 1/2023


Mesyuarat mengambil maklum: a) Perubahan Indikator Klinikal Program Perubatan dan HPIA tahun 2023 Berikutan Mesyuarat Survelan Pencapaian Klinikal Program Perubatan yang telah diadakan pada 8-9 Februari yang lalu, Penyelaras Kualiti Negeri telah dimaklumkan tentang beberapa indikator telah dikemaskini bagi beberapa perkhidmatan klinikal seperti perkhidmatan O&G, Endokrinologi, Perubatan Am, Rheumatologi dan lain-lain lagi serta HPIA (KPI Pengarah Hospital). Perkara tersebut telah dipanjangkan kepada semua Quality Manager di hospital masing-masing agar pelaksanaan dan pengumpulan data KPI dijalankan sesuai dengan Teknikal Spesifikasi KPI Program Perubatan dan juga HPIA untuk tahun 2023. Untuk makluman pihak tuan/puan, taklimat berkaitan perkara ini telah dijalankan di hospital masing-masing sepanjang bulan Februari Bersama Ketua Jabatan dan desk officers pemegang KPI yang berkaitan. b) KPI PPTPA Buat tahun 2023, Negeri Selangor mempunyai 146 PPTPA yang akan melaporkan KPI melalui system MYKPI (menggantikan SKU dan LNPT). Calon-calon PPTPA yang akan mengisi MYKPI PPTPA adalah tier - tier dan seterusnya yang merangkumi anggota yang menyandang Gred Jusa (Utama/Khas/KUP/Kontrak). Pencapaian telah ditetapkan sesuai dengan tier-tier bersama Ketua Perkhidmatan Kebangsaan dan CPSU KKM. KPI PPTPA Pengarah Hospital adalah menggunakan indikator HPIA sedia ada iaitu 21 indikator manakala senarai KPI PPTPA Pakar Perubatan (Program Perubatan) adalah mengikut kepakaran masing-masing iaitu 42 jenis kepakaran dengan 2 KPI bagi setiap kepakaran atau subkepakaran yang terdiri daripada KPI Klinikal dan Output Klinikal. Sesi soal jawab berkaitan KPI PPTPA antara pakarpakar bersama Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan telah dijalankan pada 5 April 2023 secara atas talian. c) Garis Panduan Pengurusan Shortfall in Quality Tahun 2023 Skop Garis Panduan ini meliputi semua KPI yang dipantau oleh Sekretariat Induk Teknikal KPI KKM termasuklah HPIA, KPI Perkhidmatan Klinikal dan KPI PKN/TPKN. Garis panduan ini adalah


untuk memberi panduan yang jelas dan sistematik dalam menguruskan SIQ. Ini adalah penting agar SIQ dapat diuruskan dengan berkesan agar kualiti perkhidmatan dapat ditambahbaik selaras dengan objektif pemantauan KPI. Dengan kewujudan garis panduan yang baru, Garis Panduan Pengukuhan Pelaksanaan dan Aplikasi HPIA dan KPI Perkhidmatan Klinikal Program Perubatan 2014 adalah terbatal. Makluman 5. BAHAGIAN PERGIGIAN 5.1 Penguatkuasaan Akta Pergigian 2018 [Akta 804] Mesyuarat mengambil maklum: (i) Dengan bermulanya penguatkuasaan Akta Pergigian 2018 [Akta 804] pada 1 Januari 2022 yang lepas, Bahagian Kesihatan Pergigian telah berjaya menjalankan beberapa aktiviti penguatkuasaan terhadap amalan pergigian tidak bertauliah (illegal dental practice) di Negeri Selangor. Tindakan ini sedikit sebanyak telah berjaya mengekang daripada aktiviti pergigian haram ini daripada terus berleluasa. Hasil daripada aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan sepanjang tahun 2022, didapati tren rawatan pergigian yang ditawarkan oleh pengamal pergigian tidak bertauliah ini sudah berubah. (ii) Jika dilihat dalam beberapa tahun yang lepas, rawatan yang paling popular ditawarkan oleh pengamal pergigian tidak bertauliah ialah rawatan pendakap gigi atau lebih dikenali sebagai braces. Namun kebelakangan ini didapati rawatan yang ditawarkan adalah lebih kepada rawatan berbentuk kecantikan iaitu menjadikan warna gigi lebih menarik. Antara rawatan yang popular ditawarkan ialah rawatan veneer di mana lapisan gigi dibentuk dan dilekatkan dipermukaan gigi bagi memastikan gigi kelihatan lebih putih dan menarik. Rawatan ini melibatkan proses di mana permukaan asal gigi dikikis sebelum lapisan baru dilekatkan dengan warna yang dikehendaki oleh pelanggan menggunakan bahan tertentu. Kebanyakan rawatan ini ditawarkan oleh spa-spa kecantikan dan beauty saloon yang juga menawarkan lain-lain rawatan kecantikan lain.


(iii) Disebabkan rawatan veneer ini ditawarkan bersama pakej kecantikan lain, kebanyakan orang awam tidak sedar bahawa rawatan ini adalah satu bentuk rawatan pergigian yang hanya dibenarkan dijalankan oleh pengamal pergigian berdaftar. Justeru itu tindakan penguatkuasaan akan dijalankan dengan lebih giat lagi bagi memastikan kegiatan amalan pergigian haram seumpama ini tidak terus berleluasa dan dan dapat dibendung. Makluman 6. BAHAGIAN FARMASI 6.1 Konsesi Perkhidmatan Logistik Bekalan Perubatan untuk Kementerian Kesihatan, Malaysia Mesyuarat mengambil maklum: (i) Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Awam Swasta (JKAS) pada 8 Disember 2022 telah bersetuju supaya tempoh pelaksanaan Konsesi Penswastaan Makmal Ubat dan Stor Kementerian Kesihatan diteruskan secara interim sehingga 30 Jun 2023 dengan terma dan syarat konsesi sedia ada. Bagi Konsesi Baharu iaitu Konsesi Perkhidmatan Logistik Bekalan Perubatan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia, rundingan antara pihak kerajaan dan Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd sedang dilaksanakan melalui pihak Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS). Makluman 6.2 Kontrak Pusat Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia Mesyuarat mengambil maklum: (i) Pihak PTj/ fasiliti perlu menyemak status kontrak pusat sebelum membuat perancangan perolehan di peringkat PTj/ fasiliti. Dijangkakan akan berlaku sedikit kelewatan ke atas pembaharuan tender bagi kontrak-kontrak semasa yang akan tamat pada awal 2023 sehingga Julai 2023 disebabkan penstrukturan semula dasar perolehan kerajaan selaras dengan Obligasi Bab Perolehan Kerajaan Di Bawah Perjanjian Komprehensif & Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP). Status jangkaan kontrak dimuktamadkan akan dikemaskini dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Makluman 6.3 Lawatan Kerja ke Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Johor Mesyuarat mengambil maklum: (i) Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) telah mengadakan sesi lawatan kerja ke Seksyen Kawalan Pintu Masuk, Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Johor pada 13 dan 14 Mac 2023. Objektif sesi lawatan tersebut diadakan adalah untuk melihat proses kerja di Seksyen Kawalan Pintu Masuk CPF Johor di samping membincangkan kerjasama serta isu-isu yang melibatkan kawalan pintu masuk di antara keduadua CPF. Lokasi yang telah dilawati adalah Pejabat CPF Johor, DHL Senai City Airport, Terminal LTA Senai, Kargo dan Penumpang Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) serta Pelabuhan dan Terminal Feri Pasir Gudang Makluman 7. BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN 7.1 Operasi Premis Bersih Mesyuarat mengambil maklum: (i) Operasi Premis Bersih adalah aktiviti yang dirancang oleh Seksyen Penguatkuasaan Domestik & Import Sepanjang Januari hingga Februari 2023 sebanyak 2 operasi Premis Bersih telah diselaraskan oleh BKKM yang diadakan pada setiap bulan bermula Januari hingga November. Sehingga kini, sebanyak dua (2) Ops. Premis Bersih telah dijalankan pada bulan Januari dan Februari. Hasil operasi tersebut sebanyak 461 bilangan premis yang telah diperiksa. Sebanyak 339 notis 32B, telah dikeluarkan dengan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan (PPM) 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009. Nilai tawaran kompaun yang telah dikeluarkan sebanyak RM 205,350.00 manakala bilangan premis yang telah ditutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan (AM) 1983 adalah sebanyak 29 premis yang ditutup disebabkan kegagalan mengekalkan premis dalam keadaan bersih [Per.15(1) dibaca bersama Per.11(1)(a), PPKM 2009] serta kegagalan mengekalkan premis makanan bebas


daripada mana-mana makhluk perosak [Per.16(1) dibaca bersama Per.11(1)(a), PPKM 2009]. Makluman 7.2 Operasi Perayaan Mesyuarat mengambil maklum: (i) Operasi Perayaan Tahun Baru Cina telah diadakan pada 11/01/2023 sehingga 12/01/2023 yang melibatkan 9 Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) serta 2 Pejabat Kesihatan. Operasi perayaan ini melibatkan pemeriksaan produk makanan di pasaran yang tidak mematuhi kehendak pelabelan seperti di Bahagian 4, PPM 1985 serta kerosakan pada bungkusan produk makanan tersebut. Hasil daripada operasi tersebut sebanyak 5 notis 32B, telah dikeluarkan dan jumlah tawaran kompaun adalah sebanyak RM20,001.00. Sebanyak 1,415 produk makanan yang telah disita termasuk untuk pelbagai kesalahan dan jumlah hasil sitaan adalah sebanyak RM6,872.68. (ii) Operasi Perayaan Thaipusam telah diadakan pada 1/2/2023 hingga 2/2/2023 yang melibatkan 9 Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) serta 2 Pejabat Kesihatan. Operasi perayaan ini melibatkan pemeriksaan produk makanan di pasaran yang tidak mematuhi kehendak pelabelan seperti di Bahagian 4, PPM 1985 serta kerosakan pada bungkusan produk makanan tersebut. Hasil daripada operasi tersebut sebanyak 14 notis 32B, telah dikeluarkan dan jumlah tawaran kompauan adalah sebanyak RM42,500.00. Sebanyak 91 produk makanan yang telah disita termasuk untuk pelbagai kesalahan dan jumlah hasil sitaan adalah sebanyak RM6,637.41. (iii) Operasi Perayaan Aidilfitri telah diadakan pada 7-14 April 2023 yang melibatkan 9 Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) serta 2 Pejabat Kesihatan. Operasi perayaan ini melibatkan pemeriksaan produk makanan di pasaran yang tidak mematuhi kehendak pelabelan seperti di Bahagian 4, PPM 1985 serta kerosakan pada bungkusan produk makanan tersebut. Hasil daripada operasi tersebut sebanyak 29 premis diperiksa, 9 notis 32B telah dikeluarkan dan jumlah tawaran kompauan adalah sebanyak RM36,500.00. Sebanyak 201 produk makanan yang telah disita termasuk untuk pelbagai kesalahan dan jumlah hasil sitaan adalah sebanyak RM 5,396.71. Makluman


7.3 Laporan Alert Perlanggaran Makanan Mesyuarat mengambil maklum: (i) Sebanyak 3 laporan alert perlanggaran makanan domestik telah dikeluarkan sepanjang Jan-Apr 2023. Butiran seperti di bawah: Kategori Produk Nama Produk Kesalahan Buah-buahan dan hasil buah-buahan Buah lokam Mengandungi sisa racun perosak Minuman ringan Skyfuit energy drink Pelabelan makanan Ikan dan hasilan ikan Pes ikan (Nikudo Seafood) Peratus garam rendah (ii) Sebanyak 15 laporan alert perlanggaran makanan import telah dikeluarkan sepanjang Jan-Apr 2023. Butiran seperti di bawah: Kategori produk Nama Makanan Jenis Pelanggaran Ikan Dan Hasil Ikan Canned Sardines In Tomato Sauce Peratus isi ikan kurang dari standard makanan Teh, Kopi, Cikori Dan Hasil Yang Berkaitan. Jasmine Green Tea Mengandungi sisa racun perosak melebihi standard Teh, Kopi, Cikori Dan Hasil Yang Berkaitan. Jasmine Green Tea Mengandungi sisa racun perosak melebihi standard Minuman Beralkohol Wine Standard makanan Teh, Kopi, Cikori Dan Hasil Yang Berkaitan. Tea Mengandungi sisa racun perosak melebihi standard Ikan Dan Hasil Ikan Canned Mackerel In Tomato Sauce Peratus isi ikan kurang dari standard makanan Bijirin, Hasil Bijirin, Kanji Dan Roti Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Mengandungi sisa racun perosak melebihi standard


Buah-Buahan Dan Hasil Buah-Buahan Pineapple Tidbits In Heavy Syrup Pencemaran logam berat Teh, Kopi, Cikori Dan Hasil Yang Berkaitan. Tea Mengandungi sisa racun perosak melebihi standard Ikan Dan Hasil Ikan Canned Sardines In Tomato Sauce Peratus isi ikan kurang dari standard makanan Ikan Dan Hasil Ikan Canned Sardines In Tomato Sauce Peratus isi ikan kurang dari standard makanan Teh, Kopi, Cikori Dan Hasil Yang Berkaitan. Jasmine Romance Green Tea Mengandungi sisa racun perosak melebihi standard Susu Dan Hasil Susu Cream Cheese Standard makanan Buah-Buahan Dan Hasil Buah-Buahan Dry Apricots Bahan pengawet melebihi standard Buah-Buahan Dan Hasil Buah-Buahan Dry Apricots Bahan pengawet melebihi standard (iii) Semua perlanggaran telah / akan diambil tindakan sama ada di eksport semula ke negara asal, product recall untuk pelupusan dan juga tindakan perundangan untuk makanan domestik. Makluman 7.4 Laporan Alert Makanan Import Mesyuarat mengambil maklum: (i) Sebanyak 7 laporan Alert Perlanggaran Makanan Import telah dikeluarkan sepanjang Januari – Februari 2023. Makanan yang terlibat adalah 2 kes sardin dalam tin (jenis perlanggaran: standard – makanan peratus ikan kurang 55%); 4 kes teh (jenis perlanggaran: sisa racun perosak – mengandungi sisa racun perosak) dan 1 kes wain (jenis perlanggaran: standard – kandungan alkohol melebihi 15%). Semua perlanggaran telah diambil tindakan sama ada di eksport semula ke negara asal atau product recall untuk pelupusan. Makluman 7.5 Program Cakna Food Safety For Young Generation (Fooyoo) Atau Keselamatan Makanan Era Generasi Baru


Mesyuarat mengambil maklum: (i) Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, JKN Selangor telah mengadakan Program Cakna FooYoo di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, Hulu Selangor pada 16 Februari 2023 (Khamis) melibatkan seramai 75 orang pelajar Semester 2 daripada program Sijil Teknologi Hospitaliti (Pembuatan Roti, Penyediaan Pastri, Penyajian dan Penyediaan Makanan). Program Cakna FooYoo yang berlangsung selama satu hari melibatkan aktiviti taklimat berkenaan pelbagai topik keselamatan makanan, kahoot game serta penghasilan bahan promosi keselamatan makanan menggunakan medium digital. Program FooYoo ini merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan memperkasa generasi baru atau muda dalam membudayakan keselamatan makanan sebagai Unique Selling Points (USP) dalam amalan, pembangunan diri dan kerjaya generasi tersebut seiring dengan Revolusi Industri 4.0. Makluman 7.6 Kempen Sihat Milik Selangor (SMS) 2023 Peringkat Daerah Negeri Selangor Mesyuarat mengambil maklum: (i) Pada 17-18 Mac 2023 telah diadakan Siri 1 Jelajah Kempen Sihat Milik Selangor (SMS) ini di Pantai Morib melibatkan PKD Kuala Langat selaku Tuan Rumah bersama PKD Hulu Langat, PKD Sepang dan juga PK KLIA. Pengunjung yang datang ke Booth Pameran BKKM telah diberikan pelbagai info berkaitan kempen Budaya 3M, perkhidmatan industri yang ditawarkan oleh KKM seperti pensijilan, kesedaran mengenai keracunan makanan dan pelbagai info keselamatan makanan yang lain. Makluman 8. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT MPKN BILANGAN 03 TAHUN 2022 Minit Mesyuarat Pengurusan Kesihatan Negeri Selangor (MPKN) Bilangan 03Tahun 2022 telah disahkan tanpa pindaan.


Makluman 9. MAKLUM BALAS PERKARA BERBANGKIT 9.1 Status Pelaksanaan Submodul MyPortfolio Di Dalam Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) Mesyuarat mengambil maklum bahawa: (i) Status penyelesaian myPortfolio sehingga 15 April 2023 adalah 93.91% telah menyelesaikan myPortfolio manakala 1,793 pegawai yang masih belum selesai. Surat tunjuk sebab perlu dikemukakan kepada pegawai-pegawai yang gagal menyelesaikan myportfolio. Surat ini akan ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Indera PKN. Tindakan: Unit Khidmat Pengurusan 10. HAL-HAL LAIN 10.1 Pengecualian Kepada Anggota Kesihatan Yang Terlibat Dengan Kerja-Kerja Di Lapangan Mesyuarat mengambil maklum bahawa: (i) Negara kita sedang menghadapi cuaca panas dan kering berpanjangan. Fenomena ini merupakan keragaman iklim yang berlaku secara tidak tetap di mana keadaan cuaca panas ini boleh mencetuskan gelombang haba yang memudaratkan kesihatan. Sehubungan dengan itu, mana-mana pihak yang ingin memohon pengecualian bagi kelonggaran pemakaian kepada anggota kesihatan yang terlibat dengan kerja-kerja di lapangan, surat kebenaran khas hendaklah dikemukakan kepada pihak Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memohon kelonggaran pengecualian kepada anggota kesihatan yang bertugas di lapangan memakai pakaian yang bersesuaian. Tindakan: Bahagian Kesihatan Awam dan Bahagian Pergigian 10.2 Penamatan Pegawai Perubatan Kontrak Di Klinik Kesihatan Bandar Botanik Mesyuarat mengambil maklum bahawa:


(i) Terdapat pegawai perubatan kontrak yang akan tamat kontrak di Klinik Kesihatan Bandar Botanik. Semua pegawai perubatan kontrak yang ditawarkan ke jawatan tetap ini akan dihantar ke hospitalhospital kerana tiada kekosongan jawatan di Klinik Kesihatan. Namun, pihak Jabatan akan menyelaras dan memastikan semua kekosongan yang ada di Klinik Kesihatan akan diisi dengan segera. Makluman 10.3 Pengisian Kekosongan Jawatan Jururawat Di Fasiliti Kesihatan Mesyuarat mengambil maklum bahawa: (i) Terdapat kekosongan jururawat terutamanya di Paediatric Care di Negeri Selangor. Ketua Perkhidmatan Pediatrik Negeri mohon kerjasama pihak terlibat untuk membuat pengisian jawatan ini dengan segera. Tindakan: Bahagian Perubatan, Bahagian Kesihatan Awam, Ketua Penyelia Jururawat Negeri & Unit Sumber Manusia, JKNS 10.4 Isu Imunisasi Kanak-Kanak Mesyuarat mengambil maklum bahawa: (i) Masih ramai lagi kanak-kanak yang tidak mendapat vaksin yang diperlukan dan banyak ketinggalan vaksin-vaksin penting. Terdapat juga buku imunisasi kanak-kanak yang masih tidak diisi dengan lengkap. Oleh itu, Dr. Selva Kumar a/l Sivapunniam, Ketua Perkhidmatan Pediatrik Negeri mencadangkan supaya satu pemantauan terhadap data imunisasi di fasiliti kesihatan diadakan secara berkala bagi memastikan anak-anak dapat dilindungi. Tindakan: Bahagian Kesihatan Awam 10.5 Klinik Kesihatan Cyberjaya Mesyuarat mengambil maklum bahawa: (i) Sebahagian daripada asrama jururawat di dalam kawasan Hospital Cyberjaya akan dibuka dan beroperasi sebagai Kilinik Kesihatan Cyberjaya bagi rawatan pesakit luar sebagaimana yang telah diputuskan oleh YB Menteri Kesihatan semasa Majlis Perasmian Hospital Cyberjaya pada 11 November 2022 yang lalu. Namun,


sekiranya terdapat keperluan untuk memperluaskan ruang di Klinik Kesihatan, cadangan berkenaan boleh dikemukakan kepada Ybhg.Dato’ Indera PKN untuk pertimbangan. Makluman 10.6 Isu Pesakit Dari Hospital Daerah/ Hospital Pakar Minor Ke Hospital Pakar Mesyuarat mengambil maklum bahawa; (i) Isu di mana pesakit yang dihantar oleh hospital daerah / hospital pakar minor ke hospital pakar untuk rawatan lanjut namun setelah selesai mendapatkan rawatan pihak hospital akan diminta untuk mengambil semula pesakit berkenaan. TPKN (P) diminta untuk mengadakan perbincangan lanjut dan menyelaras perkara ini. Tindakan: Bahagian Perubatan 10.7 Program - Program Anjuran Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam Mesyuarat mengambil maklum bahawa; (i) Pihak Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, KKM telah menetapkan sasaran bagi penganjuran program-program tertentu yang melibatkan hospital. Namun, kekangan yang dihadapi oleh pihak hospital daerah ialah, terdapat (j) sasaran yang ditetapkan ini tidak dapat dilaksanakan di peringkat hospital. Oleh itu, mohon kerjasama pihak terlibat supaya mengadakan perbincangan dan penyelarasan bersama dengan pihak hospital terlebih dahulu supaya sasaran yang ditetapkan ini dapat dilaksanakan. Makluman 11. PENANGGUHAN MESYUARAT YBhg. Dato’ Indera Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang dapat hadir dalam mesyuarat kali ini.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari. Makluman Urus Setia Mesyuarat Pengurusan Kesihatan


NegeriUnit Khidmat Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor 11 Mei 2023


46


PARA PERBINCANGAN TINDAKAN 2.7 Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SSPA) SemuBahagi& PT


47 MAKLUM BALAS ua ian Tj Bahagian Kesihatan Pergigian (BKP), JKNS Peratus Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan sehinga suku tahun kedua tahun 2023 adalah 75.05% (Jan-Jun 2023). Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor menggunakan Sistem pemantauan Pengurusan Aset (SPPA) sepenuhnya. Hospital Selayang Hospital Selayang ambil maklum. Hospital Cyberjaya Hospital Cyberjaya mula melaksanakan pemeriksaan aset alih kerajaan dengan menggunakan Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA) bermula Jun 2023. Sehingga 18 September 2023, Hospital Cyberjaya telah melakukan pemeriksaan terhadap aset sebanyak 3404 unit iaitu sebanyak 40%. Hospital Orang Asli Gombak HOAG ambil maklum dengan tindakan pelaksanaan sewajarnya. Prestasi pemeriksaan aset alih melalui SPPA di HOAG sehingga 15 Ogos 2023 adalah sebanyak 64.17%.


PARA PERBINCANGAN TINDAKA2.14 Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 Bagi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Mesyuarat mengambil maklum: (i) Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 JKN Selangor akan diadakan pada 18 Mei 2023 dan Bahagian Pengurusan, JKNS akan bekerjasama dengan Hospital Ampang sebagai Penganjur Bersama Majlis APC pada tahun ini. Majlis akan diadakan di Dewan Canselor, Management Science University Shah Alam. BahKhiPengHosAm


Click to View FlipBook Version