The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by enighazali, 2022-01-16 20:30:09

40 SOAL-JAWAB BERKAITAN SIRAH RASULULLAH.5 10.12.2021

1

SIRAH

(40 SOAL- JAWAB PENTING SIRAH
RASULULLAH SAW)

Penulis
Dr Ahmad Sukari Bin Mohamad

Ilustrasi & Rekabentuk
Dr. Eni Eliza Binti Ghazali

eISBN
Edisi Pertama @ 2022

Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam
buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan
dalam cara yang boleh dipergunakan lagi ataupun
dipindahkan tanpa kebenaran bertulis daripada
penulis.

2

PENGHARGAAN

Al-hamdulillah, syukur kerana impian dan
harapan menghasilkan ebook bertajuk “Celik Sirah
: 40 soal-jawab berkaitan sirah Rasulullah SAW”
akhirnya dapat direalisasikan. Sesungguhnya
buku ini akan menyingkap sirah Rasululah SAW
untuk dipelajari dan dihadam dalam bentuk soal-
jawab bagi memudahkan kefahaman dan
penghayatan pembaca.

Rakaman setinggi-tinggi penghargaan
kepada Prof. Madya Dr. Mohd Nizam bin Sahad
atas dorongan dan bimbingan dalam menulis
sehingga penulisan buku terhasil dengan jayanya.
Ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Agama
Pulau Pinang atas komitmen dan kerjasama dalam
menyediakan ruang untuk penulis berkarya.

Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada
isteriku Pn. Nazahah binti Abdul Razak, semua
anak-anak (Nurul Afiqah, Syafiq, Aisyah dan Alif
Ramadhan) atas sokongan moral dan idea
sepanjang penulis menyiapkan penulisan ini.
Terima kasih semua.

3

KANDUNGAN

1 Apakah maksud sirah Rasulullah?

2 Pentingkah sirah Rasulullah SAW?

3 Siapakah Rasulullah?

4 Tahukah anda silsilah keturunan Rasulullah?

5 Bagaimana keadaan masyarakat Arab
jahiliyyah sebelum Islam?

6 Irhas! Apa tu?

7 Siapakah penyusu-penyusu Rasulullah?

8 Bagaimana zaman kanak-kanak dan remaja
Nabi?

9 Kenapa nabi beruzlah?

10 Apakah keistimewaan Saidatina Khadijah?

11 Apakah wahyu pertama yang diturunkan
kepada nabi Muhammad SAW?

12 Apakah bentuk-bentuk tentangan yang
dihadapi Rasulullah dalam menyebarkan
dakwah?

4

13 Apakah contoh-contoh siksaan yang dihadapi
oleh para sahabat?

14 Bagaimana cara Rasulullah SAW berdakwah
pada peringkat awal kepada orang Arab
Quraisy?

15 Apakah yang dimaksudkan dengan dakwah
jahriyyah?

16 Siapakah sahabat-sahabat assabiqun al-
awwalun?

17 pakah kepentingan eristiwa sra’ dan Mikraj
dalam dakwah nabi Muhammad SAW?

18 Siapakah isteri-isteri Rasulullah ?

19 Sebutkan latar belakang anak-anak Rasulullah
SAW?

20 Apakah maksud golongan muhajirin dan
golongan ansar?

21 Kenapa Rasulullah SAW berhijrah ke
Madinah?

5

22 Bagaimana penduduk Madinah menyambut
para sahabat dan Rasulullah SAW dalam
peristiwa hijrah?

23 Apakah strategi yang dilakukan oleh
Rasulullah dalam mengurus Madinah?

24 Nyatakan kehebatan strategi

pengantarabangsaan dakwah Rasulullah

SAW?

25 Sebutkan peperangan yang berlaku di zaman

Rasulullah SAW dan sebabnya?

26 Apakah kandungan piagam Madinah?

27 Senaraikan kronologi sirah Rasulullah dari
lahir baginda hingga dakwah di Mekah

28 Senaraikan kronologi sirah Rasulullah dari
saat mula menerima wahyu bi’thah hingga

sebelum hijrah baginda ke madinah?

29 Senaraikan kronologi sirah Rasulullah SAW
dari hijrah hingga kewafatan Baginda?

30 Apakah mukjizat-mukjizat yang dikurniakan
Allah SWT kepada Rasulullah SAW?

6

31 pakah kandungan khutbah wada’?

32 Bagaimana anda membuktikan bahawa anda
mencintai nabi?

33 Bagaimana beradab terhadap Rasulullah
SAW?

34 Apakah bukti Islam agama keamanan dan
bukan tersebar melalui peperangan?

35 Apakah faktor kejayaan dakwah Rasulullah?

36 Rasulullah dituduh phedofelia. Bagaimana
menolak dakyah tersebut?

37 Al-Quran bukan dari nabi. Buktikan.

38 Kenapa kita wajib beradab terhadap
Rasulullah?

39 Apakah kehebatan Rasulullah SAW sebagai
nabi akhir zaman?

40 Berdasarkan sirah Rasulullah, apakah cara
dakwah yang sesuai dilakukan pada masa
kini?

7

1. Maksud Sirah Rasulullah SAW?

Perkataan sirah sering kali diungkapkan dalam
masyarakat melayu, namun ramai yang kurang arif
makna sebenar kepada kalimah tersebut.

Secara asasnya, perkataan sirah berasal dari
kalimah arab yang bermaksud jalan, keadaan atau
tingkah laku yang dinisbahkan kepada manusia
atau selainnya. Jika disebutkan seseorang
membaca buku sirah tentang seseorang,
maksudnya ia sedang membaca sejarah, keadaan
atau cerita tentang kehidupan individu tersebut.

Dari segi istilah pula apabila disandarkan kalimah
sirah kepada kalimah nabawiyyah “Sirah
Nabawiyah” ia merujuk kepada kumpulan kisah-
kisah yang sampai kepada kita berupa peristiwa-
peristiwa atau kejadian-kejadian dalam kehidupan
Nabi SAW, budi pekerti Nabi SAW, sifat fizikal Nabi
SAW, serta hal–hal yang berkaitan dengan
peperangan dan perjalanan hidup Nabi SAW.
(Kitab al-Ta’rif bil Islam: )

8

2. Pentingkah sirah Rasulullah SAW.

Kepentingan mengetahui sirah Rasulullah SAW
sememangnya tidak dapat disangkal oleh setiap
individu muslim. Ini adalah kerana seseorang yang
mempelajari sirah akan dapat:

1. Memahami, menganggap dan

menggambarkan bahawa hakikat Islam

semuanya diperlihatkan dalam kehidupan

Rasulullah SAW itu sendiri.

2. Mendapat contoh yang baik tentang kaedah
tarbiyah dan ta’lim.

3. Memperolehi pendidikan dan pengetahuan

Islam yang sahih sama ada yang berkaitan

dengan aqidah , hukum-hakam atau akhlak.

4. Memahami dan merasai maksud dan tujuan-

tujuan isi kandungan al-quran lantaran

banyaknya ayat-ayat al-quran yang

mengisahkan kejadian dan peristiwa-

peristiwa sejarah hidup Nabi Muhammad

SAW.

5. Meningkatkan kecintaan kita kepada

Rasulullah SAW.

9

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar

kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku,

nescaya Allah mengasihi kamu serta

mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan

(ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi

Maha Mengasihani.”

li ‘ mran : 31)

6. Mengetahui Kemuliaan dan Kebesaran

Rasulullah SAW.

3. Siapakah Rasulullah SAW?

Dari sudut bahasa Rasulullah SAW bermaksud
rasul utusan Allah SWT. Kalimah ini merujuk
kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW,
seorang nabi akhir zaman, penyudah segala
nabi. Baginda merupakan nabi yang dilantik
bagi membebaskan manusia dari kesyirikan
kepada menyembah Allah SWT dalam seluruh
aspek kehidupan.

Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang
berbangsa Arab dari keturunan mulia bani
Hasyim. Baginda pernah bersabda:

10

“Siapakah aku?” Para Sahabat R.A
menjawab, “Engkau adalah Rasul Allah.”
Nabi SAW bersabda, “Aku adalah
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib.
Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk
(manusia), kemudian Dia menjadikan aku di
dalam sebaik-baik ciptaanNya, kemudian
Dia menjadikan beberapa kabilah, lalu
menjadikan aku di dalam kabilah terbaik,
kemudian Dia menjadikan mereka beberapa
rumah, dan menjadikan aku di dalam rumah
terbaik dan paling baik jiwanya.”

(Riwayat Imam Ahmad)

11

4. Tahukah anda silsilah keturunan
Rasulullah?

Carta di atas menggambarkan silsilah keturunan
Rasulullah dari sebelah bapa dan ibu di mana
keturunan nabi dari sebelah ibu dan sebelah bapa
bertemu di peringkat kilab. Secara umum nabi
Muhammad SAW adalah dari bangsa quraish yang
tinggal di Mekah dan dari keturunan nabi Ismail
dan nabi Ibrahim yang telah membina Kaabah.

12

Nabi Ibrahim pernah berdoa saat membangunkan
Mekah agar dibangkitkan seorang Rasul di bumi
Mekah:

‫ََروَباّنَْْالِ َْكوابَْمَعةَ َْوثيَُزفِكِييِِههْمْم إَِرَنُّسَوكلاًأَنِْمْنَتُه اْملَْعيَْتِزيلُُزواَْْعلَلَْيِكِهي ُْمم ءَاََيتِ َك َويَُعلِ ُم ُه ُم الْ ِكتَا َب‬

“Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang
Rasul dari kalangan mereka, yang akan
membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau,
dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al
Qur'an) dan Al-Hikmah (As-Sunah) serta
menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah
yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

(Al-Baqarah: 129)

5. Bagaimana keadaan masyarakat Arab
jahiliyyah sebelum Islam?

Keadaan masyarakat Arab jahiliyyah boleh
dilihat dari tiga sistem kehidupan iaitu:

13

Sistem -Semangat asabiyyah
sosial -Dipimpin oleh ketua (syeikh) yang
kuat dan berani. Mereka yang
Sistem lemah ditindas terutamanya
ekonomi golongan wanita
-Menjual berhala, wangi-wangian,
Politik rempah-ratus, bijirin.
-Keuntungan melalui cukai, riba,
penindasan, perdagangan dalam
bentuk kumpulan (kafilah)
-Struktur pemerintahan tidak
teratur disebabkan penjajahan
kuasa-kuasa asing (kerajaan di
utara semenanjung Arab (kerajaan
Habsyah, Parsi) dan di bahagian
selatan.

14

6. Irhas! Apa tu?

Irhas bermaksud perkara luar biasa yang
berlaku kepada seseorang sebelum diangkat
dan dilantik menjadi nabi & rasul.

Sebelum Peristiwa tentera bergajah,
kelahiran kehamilan Siti Aminah (ibu
nabi) dikhabarkan melalui
mimpi, tanah persekitaran
tempat tinggal Siti Aminah
yang kering bertukar menjadi
subur, Siti Aminah tidak

15

merasa sakit ketika

mengandungkan Rasulullah

SAW seperti wanita

mengandung yang lain.

Semasa Malam kelahiran nabi
kelahiran
berlakunya gegaran di Istana
Selepas
kelahiran Kisra, Api sembahan orang

Majusi terpadam dan beberapa

berhala rosak dan musnah.

Peristiwa belahan dada nabi,

kerap berlaku kejadian tahi

bintang, Nabi SAW sentiasa

diiringi awan kecil, lembah

Mekah menerbitkan air dan

subur, ladang subur dan

binatang ternakan

mengeluarkan hasil yang
banyak, alimatus a’diah dan

suaminya beberapa kali

melihat Nabi SAW sentiasa

diiringi awan dimana tompokan

kecil awan seolah-olah

melindungi baginda dari panas

matahari, Keldai yang

ditunggang Halimatus Saadiah

semasa membawa Nabi SAW
ke perkampungan ani a’ad

16

bergerak pantas sekali, ketika
perjalanan Nabi SAW dan Abu
Talib daripada Aqabah ke
Syam tidak ada sebutir batu
mahupun sepokok melainkan
semuanya tunduk sujud hanya
kepada Nabi SAW (jawab
Rahib Bahira kepada Abu
Talib), cap kenabian di bawah
tulang belikat Nabi SAW.

7. Siapakah penyusu-penyusu Rasulullah?

Tiga orang penyusu Rasulullah SAW adalah:

1. Ummu Aiman- Barakah binti Tsa'labah al-
Habasiyyah. Beliau adalah ibu susuan
pertama nabi SAW yang merupakan
hamba kepada Abdullah bin Abdul
Muthalib, bapa Nabi Muhammad SAW.

2. Thuwaibah Al-Aslamiyah- bekas hamba
Abu Lahab) dan dikenali sebagai wanita
penyayang. Beliau telah menyusukan
Rasulullah selama 3 hari dan juga
menyusukan Hamzah Bin Abdul Muthalib

17

iaitu bapa Saudara Nabi SAW dan Abu
alamah in bdil ‘ sad l Makhzumi

3. alimatus aa’diah – Nama penuhnya
adalah Halimah Binti Abi Dzuaib As-
a’diah . . erasal dari pedalaman iaitu
di sebuah perkampungan suku Bani
Saad. Beliau merupakan ibu susuan
paling terkenal. Antara adik beradik
susuan Nabi ketika bersama Halimatus
a’adiah ialah:

a. Abdullah, Unaysah dan Judamah - ketiga-
tiga mereka ialah anak kandung Halimah.

b. Abu Sufyan Bin Al Harith Bin Abdul
Mutalib - sepupu Nabi yang sangat
memusuhi Nabi namun memeluk Islam
ketika peristiwa Fathul Makah
(pembukaan Mekah)

c. Hamzah Bin Abdul Mutalib (bapa saudara
nabi).

18

8. Bagaimana zaman kanak-kanak dan
remaja Nabi?

Nabi SAW adalah seorang yang cekal, tabah
dan berani sejak kecil. Ujian ketiadaan bapa
semenjak lahir dan kematian ibu ketika berumur
6 tahun menjadikan diri baginda seorang yang
cekal.

Tarbiah dan didikan yang diterima oleh
Rasulullah SAW semasa membesar di
perkampungan Bani Saad menjadikan Baginda
seorang yang mempunyai tubuh yang kuat,
jasmani yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa
yang berani dan mampu menunggang kuda
dengan baik sekalipun masih kecil usianya.
Riak wajah pada muka Baginda menimbulkan
rasa sayang kepada sesiapa yang melihat
Baginda. Sebagai contoh, Baginda dibenarkan
duduk di atas tilam datuknya Abdul Mutalib
kerana memiliki keistimewaan sedangkan cucu-
cucu yang lain tidak diizinkan.

Antara pekerjaan nabi semasa kanak-kanak
dan remaja adalah memelihara kambing.

19

Baginda membantu Ibu susuannya memelihara
kambing. Baginda juga memelihara kambing
semasa tinggal dengan Abu Talib (bapa
saudara) sehingga berumur 21 tahun.

Dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah
SAW bersabda:

“Tidak ada Nabi kecuali pernah menjadi
penggembala kambing”. Mereka para sahabat
bertanya, “Apakah engkau juga wahai
Rasulullah?” Baginda bersabda: “Ya, aku telah
mengembala dengan imbalan beberapa qirath
(mata wang dinar) dari penduduk Mekah”.

(Riwayat Bukhari : 2262)

Selain memelihara kambing, baginda belajar

berniaga dari Abu Talib. Buktinya pada usia 12

tahun baginda keluar ke Syam bagi mengikuti

rombongan perniagaan. Semasa meningkat

dewasa, baginda mula menjalankan perniagaan

secara keci-kecilan. Lantaran sifat al-amin yang

ada pada diri Baginda, Siti Khadijah telah memilih

baginda untuk memimpin khafilah

perdagangannya. Hasilnya, perniagaan tersebut

20

sangat menguntungkan dan peribadi mulia nabi
makin terserlah dan disegani oleh orang quraisy
termasuk Siti Khadijah sehingga menghantar
utusan meminang baginda.

9. Nabi beruzlah? Kenapa?

Uzlah bermaksud mengasingkan atau memisah
diri dari seseorang atau masyarakat. Baginda
beruzlah lantaran kurang senang dengan amalan
syirik, khurafat dan maksiat yang berleluasa dalam
masyarkat jahiliyyah. Dengan beruzlah Baginda
dapat memikirkan kekuasaan Allah SWT pencipta
sekelian alam.

10. Apakah keistimewaan Saidatina
Khadijah RA?

Saidatina Khadijah atau nama penuhnya Khadijah
Binti Khuwailid adalah isteri pertama yang
dikahwini oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW
berumur 25 tahun ketika berkahwin sementara
Saidatina Khadijah berusia 40 tahun. Beliau
seorang yang berketurunan quraisy, hartawan,

21

dermawan dan baik hati. Beliau juga adalah wanita
pertama yang memeluk Islam dan mendorong
serta mendokong perjuangan Rasulullah SAW.
Beliau sedia mengorbankan harta, masa, tenaga
demi suami tercinta dan perjuangan menyebarkan
agama Islam.

Beliau telah mempunyai 3 orang anak sebelum
berkahwin dengan Rasulullah SAW dan
melahirkan 6 orang anak hasil perkongsian hidup
bersama Rasulullah SAW.

11. Apakah wahyu pertama yang
diturunkan kepada nabi Muhammad
SAW?

Surah al-alaq ayat 1- 5 adalah wahyu pertama
yang diturunkan kepada nabi. Ia diturunkan ketika
nabi beruzlah (mengasingkan diri) di gua Hira’
pada malam jumaat 17 ramadhan tahun ke 40
daripada keputeraan nabi. Surah al-alaq
menerangkan bahawa Allah menciptakan manusia
dari segumpal darah, kemudian memuliakannya
melalui proses membaca, menulis dan

22

mempelajari ilmu pengetahuan. Manusia perlu
mengenali asal kejadian mereka dan terus
berusaha untuk belajar supaya kenal penciptanya
yang sebenar.

12. Apakah bentuk-bentuk tentangan
yang dihadapi Rasulullah dalam
menyebarkan dakwah?

Antara bentuk-bentuk tentangan yang dihadapi
Rasulullah SAW adalah:

23

1. Nabi dituduh sebagai tukang sihir, tukang
syair, orang gila dan sebagainya.

2. Usaha tawar menawar yang cuba
diajukan oleh orang Quraisy untuk
mempertemukan Islam dengan Jahiliah
pada suatu jalan tengah.

3. Mencaci Nabi ketika baginda sedang
melakukan tawaf.

4. Menarik selendang Nabi dengan kuat
sehingga baginda tercekik.

5. Nabi Muhammad SAW dicaci oleh setiap
orang yang berjumpa dengannya
termasuk kanak-kanak.

6. Memutuskan hubungan jual beli, ziarah-
menziarahi dan hubungan perkahwinan
sahabat yang beriman.

7. Meletakkan duri dan kotoran pada laluan
nabi.

8. Abu Lahab pernah memijak leher nabi
ketika solat.

9. Menyamakan ajaran Islam dengan kisah
dongeng.

10. Menghalang orang ramai dari mendengar
al-Quran.

24

11. Mencabar nabi mendatangkan mukjizat.
12. Meminta bantuan ahli kitab di Yathrib

untuk mengajukan soalan berkaitan
Zulkharnain, Ashabul Kahfi dan roh.

13. Apakah contoh-contoh siksaan
yang dihadapi oleh para sahabat?

Antara contoh-contoh siksaan adalah:

1. Bilal bin Rabah sering diseksa oleh tuannya
iaitu Umayah bin Khalaf dengan mengheret
keliling kota dan diseksa di bawah panas
matahari serta meletakkan batu besar di atas
dada Bilal.

2. Keluarga Yasir juga diseksa oleh Bani
Mahzum.

3. thman bin Madh’um iaitu saudara susuan
Nabi yang melindungi dirinya pada salah
seorang pemuka musyrik Quraisy bernama
Walid bin Mughirah diseksa sampai matanya
rosak.

4. ‘ mir bin Fuhairah, bu Fukaihah, Zinnirah,
Ummu Unais, Lubainah, anaknya An

25

Nahdiyyah, Khabbab dan selainnya di siksa
sehinggakan ada yang syahid sebagaimana
keluarga Sumayyah & Yasir.

14. Bagaimana cara Rasulullah SAW
berdakwah pada peringkat awal kepada
orang Arab Quraisy?

Rasulullah SAW memulakan dakwah secara
sir (rahsia) setelah turunnya wahyu kedua
dari surah al-muddassir yang
memerintahkan nabi supaya bangun dari
tidur, menyucikan diri dan memberikan
peringatan kepada manusia. Nabi
menumpukan dakwah kepada ahli keluarga
Baginda yang terdekat, kaum kerabat dan
beberapa insan yang terpilih dalam kalangan
sahabat. Rumah al-Arqam Bin Abi Arqam
dijadikan tempat pertama dalam
penyampaian dakwah dan tarbiah oleh Nabi
Muhammad SAW. Dakwah ketika ini berjaya
mengislamkan 40 orang lelaki dan
perempuan. Kebanyakannya adalah dari

26

kalangan fakir, hamba dan orang Quraisy
yang tidak mempunyai kedudukan. Dakwah
secara rahsia ini berlaku selama 3 tahun

15. Apakah yang dimaksudkan dengan
dakwah jahriyyah?

Dakwah jahriyyah bermaksud dakwah yang
dilakukan secara nyata atau terang-terangan.
Dakwah ini berlaku selepas turunnya firman
Allah yang bermaksud;

“Oleh itu, sampaikanlah secara berterus terang
apa yang diperintahkan kepadamu (Wahai
Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan
bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik
itu”. (surah al-hijr: 94).

Ketika itu Islam semakin kuat kerana Hamzah
Bin Abdul Mutalib dan Umar bin al-Khattab telah
memeluk Islam. Dalam melaksanakan dakwah
secara terang-terangan, pernah baginda berdiri
di atas bukit Safa untuk mengumpulkan Bani
Fihr dan ani ‘ di. Kemudian baginda
menyampaikan dakwah namun diganggu oleh

27

Abu Lahab yang mencemuh nabi kerana
menyampaikan dakwah secara terbuka kepada
orang ramai.

Kesan dari dakwah jahriyyah ini, makin ramai
orang quraisy memeluk Islam. Keadaan ini
dikhuatiri oleh pembesar-pembesar quraisy
sehingga mereka melakukan perbagai usaha
bagi menyekat Islam dari terus tersebar

16. Siapakah sahabat-sahabat

assabiqun al-awwalun?

Individu yang paling awal memeluk Islam ialah
Sayidatina Khadijah, Sayidina Ali, Sayidina Zaid
bin Harithah dan Sayidina Abu Bakar. Anak-
anak Nabi SAW; Zainab, Ruqayyah, Ummu
Kulthum dan Fatimah. Sayidina Abu Bakar
merupakan seorang yang berpengaruh ketika
itu. Beliau telah banyak membantu Nabi dalam
mengislamkan beberapa tokoh-tokoh besar

28

iaitu Uthman Bin Affan, Zubair Bin Awwam,
Abdur Rahman Bin Auf, Saad Bin Abi Waqash
dan Thalhah Bin Ubaidillah.

17. pakah kepentingan Peristiwa sra’
dan Mikraj dalam dakwah nabi
Muhammad SAW?

sra’ bermaksud perjalanan Rasulullah SAW
dari masjidil Haram di Mekah dengan menaiki
burak ke Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis, Palestin
sementara Mikraj bermaksud perjalanan
Rasulullah SAW dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul
Muntaha. Peristiwa ini penting kepada nabi
kerana:

1. Ia berlaku pada tahun Rasulullah SAW
kehilangan dua insan yang banyak
membantu nabi iaitu Saidatina Khadijah
(isteri nabi) dan Abu Talib (bapa saudara
nabi)

2. Menambahkan semangat dan motivasi
nabi untuk terus berdakwah setelah

29

melihat pelbagai perkara sam’iyyat
seperti neraka, syurga dan lain-lain lagi.
3. Menunjukkan kepentingan solat kerana
nabi menerima arahan solat secara
langsung dari Allah SWT ketika mikraj.
4. Menambahkan ilmu berkaitan gambaran
syurga dan neraka serta keadaan
penghuni di dalamnya.
5. Menunjukkan kelebihan masjid al-haram
dan masjid al-Aqsa.

18. Siapakah isteri-isteri Rasulullah ?

Isteri-isteri Rasulullah atau disebut sebagai
“ummahatul Mukminat” merujuk kepada
isteri-isteri yang dikahwini oleh Rasulullah
SAW. Baginda pernah berkahwin dengan 13
orang isteri. elaran “ummahatul mukminat”
(ibu orang-orang beriman) disebut didalam
al-Quran:
“Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga
kebajikan orang-orang yang beriman
daripada diri mereka sendiri; dan isteri-
isterinya adalah menjadi ibu mereka...”

30

(al-Ahzab: 6)

1. Khadijah bintu Khuwailid R.A (556-619 M)
2. audah bintu Zam’ah bin Qois R.A (596-674

M)
3. ’isyah bintu Abi Bakr As-Shiddiq R.A (614-

678 M)
4. Hafshah bintu Umar bin Khatab R.A (607-

antara tahun 648 dan 665 M)
5. Zainab bintu Khuzaimah R.A (595-626 M)
6. Ummu Salamah, Hindun bintu Abi

Umayyah R.A (599-683 M)
7. Zainab bintu Jahsy bin Rabab R.A (588-641

M)
8. Juwairiyah bintu Al-Harits R.A (605-670 M)
9. Ummu Habibah bintu Abi Sufyan R.A (591-

665 M)
10. Shafiyah bintu Huyai bin Akhtab (628-

672 M)
11. Maimunah bintu Al-Harits R.A (602-

681 M)
12. Mariyah Al-Qibtiyah
13. Raihanah binti Zaid Al-Quradziyah

19. Sebutkan latar belakang anak-anak
Rasulullah SAW?

31

Al-Qasim Meninggal ketika berusia 2

tahun

Zainab Zainab berkahwin dengan Abu
l ss bin r abi’, anak

saudara Sayidatina Khadijah ra

yang merupakan seorang

peniaga yang terkenal dengan

sifat jujur

Ruqayyah Kahwin dengan Utbah (anak

(meninggal Abu Lahab (bapa Saudara

pada 2 Nabi), kemudian berkahwin

Hijrah) dengan Saidina Othman bin

Affan.

Ummu Kahwin dengan Utaibah (anak

Kalsom Abu Lahab; bapa Saudara

(meninggal Nabi). Berkahwin dengan

8 hijrah) Saidina Othman bin Affan

selepas kakaknya Ruqayyah

meninggal dunia pada 3 Hijrah.

Fatimah Kahwin dengan Saidina Ali

(Anak saudara nabi) pada 2

Hijrah

Abdullah Meninggal ketika kecil

Ibrahim Anak kepada Mariah Qibtiah.

Meninggal ketika berusia 17

bulan

32

*Semua anak nabi dilahirkan oleh Saidatina
Khadijah kecuali Ibrahim yang dilahirkan oleh
Mariah Qibtiah.

20. Apakah maksud golongan muhajirin
dan golongan ansar ?

Perkataan muhajirin berasal dari kata 'hajara',yang
bererti berhijrah,sedangkan muhajirin bererti orang
islam yang berhijrah.. Dalam sejarah islam,
perkataan muhajirin biasanya merujuk kepada
orang-orang yang berhijrah bersama Rasulullah
SAW.dari kota Mekkah ke kota Madinah.
Perkataan Ansar pula berasal dari kata 'nasara’
yang bermaksud menolong. Sedangkan kaum
Ansar bererti kaum penolong. Dalam
sejarah Islam, perkataan ansar biasanya
dimaksudkan kepada umat islam Madinah yang
membantu Rasulullah SAW dan sahabatnya yang
berhijrah ke Madinah.

21. Nyatakan hijrah-hijrah yang pernah
dilalui oleh Rasulullah dan sahabat?

33

Dalam sirah Rasulullah SAW perintiwa hijrah
berlaku sebanyak tiga kali iaitu:

1. Hijrah ke Habsyah. Hijrah ke Habsyah
berlaku sebanyak dua kali iaitu pada tahun
ke 5 dari kerasulan nabi Muhammad SAW
dan pada tahun ke tujuh dari kenabian. Pada
kali pertama seramai 15 orang telah
berpindah ke Habsyah,melibatkan 10 orang
lelaki dan 5 orang perempuan.Antara
mereka ialah : Saidina Uthman bin Affan,Az-
zubir bin Awam,Abdul Rahman bin
Auff,Usman bin Mazun,Rokiyah putri Rasul
Allah s.a.w dan lain-lain.Mereka
kembali,semula ke Makkah setelah tiga
bulan menetap di Habsyah. Lantaran berlaku
peningkatan tekanan dan penyiksaan ke
atas umat Islam Rasulullah memerintah
hijrah kali kedua ke Habsyah. Hijrah kali
kedua ini melibatkan,seramai 101 orang
yang berhijrah.Ia melibatkan 83 lelaki dan 18
perempuan.Rombongan ini,di ketuai oleh
sepupu Rasul Allah s.a.w iaitu Ja'affar bin
Abi Talib

2. Hijrah ke Thaif yang berlaku pada tahun ke
10 dari kenabian. Baginda berhinrah
bersama dengan Zaid bin Haritsah (bekas
hamba baginda yang dimerdekakan).

34

Baginda tidak disambut dengan baik oleh
Bani Thaqif, malahan dihalau, dicerca dan
dibaling dengan batu oleh budak-budak atas
perintah penduduk tempatan sehingga
berdarah kaki nabi. Zaid bin Haritsahlah
yang berusaha menjadi benteng Nabi ketika
dilempari batu oleh anak-anak kecil tersebut.
Lantaran itu Rasulullah kembali semula ke
Mekah.
3. Hijrah ke Madinah. Peristiwa ini berlaku pada
tahun ke 13 dari kenabian baginda. Hijrah
nabi berlaku susulan dari perintiwa ai’ah

qabah 1 dan bai’ah aqabah 2 dengan
penduduk Yathrib (Madinah). Mereka telah
beriman dan mengalu-alukan kedatangan
nabi ke Yathrib. Selepas mererima arahan
Allah untuk berhijrah rasulullah SAW
berhijrah bersama Saidina Abu Bakar ke
Madinah.

22. Bagaimana penduduk Madinah
menyambut para sahabat dan Rasulullah
SAW dalam peristiwa hijrah?

Penduduk Madinah secara umumnya telah
membuat persediaan mental untuk

35

menyambut para sahabat dan Rasulullah
SAW dari awal lagi sebelum hijrah. Ini
terbukti dengan berlakunya perjanjian
aqabah satu dan aqabah dua.

Sebelum Rasulullah berhijrah telah ada
sahabat yang berhijrah untuk menyebarkan
Islam. Mereka dialu-alukan oleh penduduk
Madinah. Setelah mereka mengetahui
Rasulullah dalam perjalanan ke Madinah
mereka keluar beramai-ramai dan
menunggu dengan penuh kegembiraan.
Kedatangan Rasulullah SAW disambut
dengan nasyid “ halaal abdu laina”.
Setelah sampai mereka berebut-rebut
menawarkan tempat penginapan dan
penempatan kepada Rasulullah namun
ditolak oleh Rasulullah dengan penuh
hikmah. Ini membuktikan perasaan gembira
mereka dengan kehadiran Rasulullah SAW
di Madinah.

23. Apakah strategi yang dilakukan
oleh Rasulullah dalam mengurus
Madinah?

36

Sebaik tiba di Madinah rasulullah memilih untuk
mendidikan terlebih dahulu masjid di Quba.
Setelah tinggal di beberapa hari baginda
meneruskan perjalan ke Madinah dan seterusnya
membina menginapan dengan membeli tanah
untuk mendirikan rumah dan juga masjid ( Masjid
Nabawi). Selepas itu baginda berusaha untuk
mempersaudarakan antara golongan muhajiran
dan golongan ansar. Dalam catatan sejarah, ada
90 orang yang dipersaudarakan, diantaranya:

1. a’far bin bi halib dengan Mu’adz bin
Jabal

2. Ammar bin Yasir dengan Huzaifah al-
Yamani,

3. Abu Bakar dengan Kharjah bin Zaid,
4. tsman bin ffan dengan ‘ us bin

Sabit,
5. Umar bin Khattab dengan Utbah bin

Malik,
6. bdurrahman bin ‘ uf dengan a’ad

bin abi’, dan
7. Salman al-Farisi dengan Abu Darda.

37

Selain dari itu baginda telah mengadakan
perjanjian dengan golongan bukan Islam yang
tinggal di Madinah yang terdiri dari orang yahudi
dari tiga suka kaum iaitu, bagi Quraidhah, bani
Nadhir dan bani Qainuqaq bagi mengatur dan
mentadbir Madinah. Ianya dikenali dengan Piagam
Madinah.

24. Nyatakan kehebatan strategi

pengantarabangsaan dakwah Rasulullah

SAW?

Antara strategi pengantarabangsaan dakwah
Rasulullah SAW adalah :
1. Dakwah Islamiyah disebarkan ke merata

tempat dengan pelbagai cara iaitu:
i. Penghantaraan utusan dan sariyyah.

Contohnya, Mus’ab bin mair diutus ke
Yathrib (untuk mengembangkan
islam), Abdul Rahman bin Auf diutus ke
Dauma Al Jandal (untuk memerangi
bani kalb)

38

ii. Pengutusan gabenor. Contohnya,
Muaz bin Jabal dan Abu Musa Al-
sy’ari dihantar ke den.

iii. Penghantaraan surat kepada negara
atau raja seperti Qaisar (Raja Rom), Raja
Basra, Al-Muqauqis (Raja Mesir),
Najasyi(Raja Habsyah). Surat Nabi
Muhammad SAW yang diutus boleh
dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:-
a. Seruan dan ajakan untuk menerima Islam
b. Ajaran Islam berkaitan panduan yang
diperlukan
c. Panduan mengenai Islam bagi mereka
yang bukan Islam

iv. Penerimaan utusan dari luar negara

25. Sebutkan peperangan yang berlaku
di zaman Rasulullah SAW dan sebabnya?

Peperangan dalam Islam secara umumnya
bertujuan untuk membela diri, keluarga,
mempertahankan agama dan negara,

39

mencari keamanan, menentang kezaliman,
mempertahan hak dan mencegah kerosakan
yang dilakukan oleh musuh Islam. Perlu
dijelaskan bahawa peperangan yang disertai
oleh Rasulullah SAW dirujuk sebagai
Gazwah.

Terdapat .... peperangan berlaku di zaman
Rasulullah SAW. Rasulullah terlibat secara
langsung dalam 7 peperangan. iaitu Perang
Badar, Perang Tabuk, Perang Khandak,
Perang Uhud, Perang Yahudi Bani Quraizah,
Perang Muktah, Perang Hunain. Istilah
gazwah sering digunakan bagi merujuk
kepada peperangan yang disertai oleh
Rasulullah SAW.

Berikut adalah peperangan yang berlaku dan
sebab-sebab peperangan tersebut berlaku:

NAMA SEBAB

PEPERANGAN

Perang Badar, Abu Sufyan sengaja

mengadu domba dan

menyebarkan berita

kononnya Rasulullah

40

S.A.W dan para

sahabat lain ingin

membunuhnya.

Sebenarnya, misi

Baginda S.A.W adalah

mengambil balik hak

para Sahabat kerana

Abu Sufyan keluar ke

Syam bagi

memperdagangkan

barangan para

Sahabat kalangan

Muhajirin yang

ditinggalkan di Makkah

sewaktu keluar

berhijrah.

Perang Uhud, Mempertahankan diri,
agama dan negara.
Perang pihak kafir Quraisy
Khandaq, ingin menuntut bela
dan membalas dendam
atas kekalahan mereka
dalam perang badar
Perang ini terjadi akibat
konspirasi

41

kabilah Bani

Nadhir dimana

kaum Quraisy dengan

seluruh sekutunya

bekerja sama dalam

rangka

menghancurkan Islam.

Peperangan ini berlaku

setelah Bani Nadhir

diusir daripada

Madinah kerana

mereka

melanggar perjanjian.

Mereka telah

merancang untuk

membunuh Nabi

Muhammad s.a.w.

dan rancangan mereka

telah dibongkarkan

melalui wahyu

daripada Allah s.w.t.

Susulan daripada

peristiwa ini, maka

tercetus perang

Khandaq atau dikenali

juga perang

42

Ahzab. Pemimpin Bani

Nadhir telah mengajak

Bani Fazzarah, Bani

Murrah dan Bani

Asyjak

untuk menentang kaum

muslimin habis-

habisan dan

menghapuskan Islam

hingga ke akar

umbi. Peperangan ini

berlaku pada bulan

Syawal tahun ke 5

Hijrah bersamaan 627

Masihi.

Perang Bani Bani Nadhir telah
Nadzir
melanggar

perjanjian dan mereka

telah merancang untuk

membunuh nabi. Pada

ketika itu, Nabi

Muhammad SAW

merupakan kekuatan

orang islam dalam

menyebarkan agama.

43

Perang Bani Menentang kezaliman.

Quraizah, berlaku setelah Bani

Quraizah

mengisytiharkan

pembatalan perjanjian

di saat genting perang

Al-Ahzab. Lalu

Rasulullah s.a.w.

mengarahkan 3000

tentera Islam

mengepung

perkampungan Bani

Quraizah. Saidina Ali

r.a. ditugaskan untuk

membawa panji Islam.

Perang Tabuk Mencari keamanan -

berlaku diantara

tentera Islam dan

Romawi Timur. Setelah

mereka mendengar

kedatangan tentera

Islam timbul rasa takut

dan gerun kepada

kekuatan tentera Islam.

Rasulullah didatangi

Yuhanah bin Rubbah

44

menawarkan perjanjian

perdamaian lalu

Rasulullah menerima

dan menulis surat

perjanjian diantara

kedua-dua pihak.

Akhirnya, peperangan

tidak berlaku dan tidak

ada pertumpahan

darah yang terjadi.

Tentera Islam kembali

tanpa peperangan

Perang Muktah Peperangan pemula

dan pembuka jalan

untuk menakluk negeri-

negeri Nasrani dan

peperangan ini adalah

peperangan besar

yang tercatat dalam

sejarah Islam.

Rasulullah s.a.w.

mengirimkan surat

45

melalui utusannya
Harith bin Umair r.a..
Tatkala utusan baginda
sampai ke Muktah dia
dihalang dan dibunuh.
Lalu Rasulullah s.a.w.
menghantar pasukan
tentera Islam untuk
menuntut bela atas
kematian Harith bin
Umair r.a.

Perang Hunain. Peperangan ini berlaku

lantaran persediaan

awal bani Hawazain

dan Thaqif untuk

memerangi Rasulullah

SAW setelah

mengetahui bahawa

Rasulullah memerangi

penduduk Mekah

dalam peristiwa Fathu

46

Mekah pada tahun ke 8
hijrah

26. Apakah kandungan piagam
Madinah?

Piagam Madinah merupakan

perlembagaan bertulis pertama di dunia yang telah

dibuat oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun

622M bersamaan tahun pertama Hijrah. Ia dikenali

juga dengan nama Perjanjian Madinah, Dustar al-

Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Piagam ini

mengandungi 47 fasal. 23 fasal membicarakan

tentang hubungan antara umat Islam sesama

umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin. 24

fasal yang berbaki membicarakan tentang

hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam

iaitu yahudi. Antara kandungan utama piagam

tersebut adalah:

1. Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua
negara untuk semua penduduk Madinah
dan segala pertelingkaran hendaklah
merujuk kepada baginda.

2. Semua penduduk Madinah ditegah
bermusuhan atau menanam hasad
dengki sesama sendiri, sebaliknya

47

mereka hendaklah bersatu dalam satu

bangsa iaitu bangsa Madinah.

3. Semua penduduk Madinah bebas

mengamal adat istiadat upacara

keagamaan masing-masing.

4. Semua penduduk Madinah hendaklah

bekerjasama dalam

masalah ekonomi dan mempertahankan

Kota Madinah dari serangan oleh musuh-

musuh dari luar Madinah.

5. Keselamatan orang Yahudi adalah

terjamin selagi mereka taat kepada

perjanjian yang tercatat dalam piagam

tersebut,

27. Senaraikan kronologi sirah
Rasulullah dari lahir baginda hingga
dakwah di Mekah

UMUR PERISTIWA

ahun bdullah dan minah binti

ebelum ahab berkahwin

Diutuskan apa aginda meninggal di

ahun Yathrib

ajah brahah l syram memimpin

571M tentera bergajah untuk

meruntuhkan Kaabah.

48

aginda dilahirkan di

yi’ab ani asyim pada pagi

hari snin, 12 abiul wwal

tahun gajah, bersamaan 2

atau 21 pril 571M.

bdul Muttalib membawa

cucunya ini ke dalam Kaabah

dan menamakannya

Muhammad.

erita kelahiran abi

Muhammad disambut gembira

ehingga aginda disusukan oleh

berumur dua alimah al aadiah di

tahun kampung ani a‘ad, aif.

572M

2 ahun eristiwa pembedahan dada

576M aginda.

aginda dikembalikan

ke pangkuan ibunya.

5 – 6 ahun inggal dan dipelihara oleh

ibunya, minah. dengan penuh

kasih sayang.

6 – 8 ahun ermusafir ke Yathrib pada

usia 6 tahun bersama ibunya,

mmu iman dan datuknya

untuk melawat makam

49

bapanya bdullah. Di sana

ibunya jatuh sakit dan wafat di
bwa’. minah dikebumikan di

sana.

-Datuknya, Abdul Muttalib

mengambil alih tugas menjaga

dan memelihara nabi dibantu

oleh Ummu Aiman.
8 – 12 Tahun -Datuk Baginda meninggal

dunia pada usia nabi 8 tahun.

-Baginda dipelihara oleh bapa

saudaranya Abu Talib.

-Baginda SAW bermusafir ke

Syam untuk berniaga pada

usia 12 tahun.

-Baginda memelihara kambing

kepunyaan penduduk Makkah.

-Baginda terpelihara daripada

terlibat dengan sebarang

program maksiat penduduk

Makah.

-Baginda Seorang yang sangat

rajin, berbudi bahasa dan

membawa keberkatan kepada

keluarga Abu Talib.

15 - 20 -Baginda memelihara kambing

Tahun kepunyaan penduduk Makkah.

50


Click to View FlipBook Version