The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by enighazali, 2022-01-16 20:30:09

40 SOAL-JAWAB BERKAITAN SIRAH RASULULLAH.5 10.12.2021

20 – -Pada usia 20 tahun Baginda
Tahun menyertai perang Fijar dengan
menyediakan anak panah
untuk bapa-bapa saudaranya. -
Perang Fijar ialah perang
antara Kinanah dan Hawazin.
-Baginda juga ikut serta dalam
Hilful Fudhul di rumah Abdullah
bin ud‘an untuk membantu
orang yang dizalimi.
25 -Berniaga di Syam dengan
membawa harta milik
Sayidatina Khadijah pada umur
23 tahun. Sayidatina Khadijah
mengutus Maisarah untuk
menemani Baginda SAW ke
sana.
-Berkahwin dengan Sayidatina
Khadijah ketika usianya 25
tahun.
-Umur Sayidatina Khadijah
ketika berkahwin adalah 28
tahun menurut Ibnu Ishak
sementara menurut al-waqidi
berumur 40 tahun.

51

35 Tahun -Terlibat dalam membina

(605M) bangunan Kabah yang rosak

akibat banjir.

-Baginda menyelesaikan

pertikaian tentang hak

peletakan hajarul aswad.

38 – 40 -Baginda SAW mula ber’uzlah
Tahun di gua ira’ apabila tiba bulan
Ramadan. Baginda SAW
(600M) beribadat mengikut syariat
Nabi Ibrahim A.S dan Baginda
SAW bertafakkur.
-Apabila habis bekalan
makanan Baginda SAW
kembali ke rumah untuk
mengambil bekalan yang
disediakan oleh Sayidatina
Khadijah.

28. Senaraikan kronologi sirah
Rasulullah dari saat mula menerima
wahyu (bi’thah) hingga sebelum hijrah
baginda ke madinah.

52

TAHUN PERISTIWA

KENABIAN

/UMUR

NABI

1- 3 -Wahyu pertama diturunkan
(40 – 43 ketika Baginda berumur 40

Tahun) tahun iaitu pada 7 atau 17 atau

Dakwah 18 atau malam 21 Ramadan
Sirriyah khilaf di ua ira’. Jibril

(senyap) datang menurunkan wahyu
pertama (surah al- alaq 1 – 5).

-Selepas turun wahyu kedua

(surah al-Muddassir), Baginda

mula berdakwah kepada orang-

orang terpilih dan diyakini akan

menerima dakwah. Seramai 40

orang terkumpul dalam tempoh

ini dan berpusat di rumah

Arqam bin abi Arqam

4 -Bermula dengan turunnya

(44 Tahun) perintah Allah SWT (Surah al-

Dakwah Hijr 15: 94)

Jahriah -Baginda menerangkan akidah

(Terang- Islam dan kepalsuan akidah

terangan) musyrikin Quraish.

53

Penyiksaan -Baginda menyeru kaum
Bermula keluarganya kepada Islam
dengan mengadakan jamuan.
-Baginda juga menaiki bukit
Sofa dan berdakwah secara
terang-terangan.

5 -Pada bulan rejab, Rasulullah
(45 Tahun) menyuruh/membenarkan para
Hijrah ke sahabat berhijrah ke Habsyah
Habsyah kerana Habsyah diperintah

oleh seorang raja Kristian yang
adil. Rombongan pertama
seramai 12 lelaki dan 4 Wanita
diketuai oleh Othman bin Affan.
-Pada bulan Ramadhan
tersebar berita orang Quraisy
menganut agama Islam
sehingga ada orang Islam yang
pulang ke Mekah. Berita
tersebut tidak benar.
-Rombongan kedua seramai 82
lelaki dan 18 Wanita. Sayidina
Jaafar bin Abu Talib bersama
isterinya, sma’ bt mais juga
menyertai penghijrahan kali ini.
An Najasyi meminta dibacakan

54

kepadanya beberapa potong

ayat Al Quran. Jaafar

membacakan kepadanya

beberapa ayat daripada surah

Maryam. Beliau menganut

Islam secara rahsia.

-Quraisy telah menghantar
mru bnul ‘ s dan bdullah
bi abi’ah untuk memujuk

Najashi menyerahkan mereka

kepada Quraisy, namun

Najasyi enggan.

6 -Rombongan pertama beri

(46 Tahun) amaran sehingga Abu Talib

2 turut terkesan, namun setelah

Rombonga melihat keteguhan Nabi SAW

n Quraisy beliau berjanji akan menolong.

Jumpa Abu -Rombongan kedua

Talib menawarkan pertukaran

kepada Abu Talib. Nabi diambil

oleh mereka dan dibunuh dan

diberi Imarah bin Walid bin

Hamzah Mughirah sebagai ganti kepada

dan Umar Abu Talib.

menganut -Pada Zulhijjah, Hamzah

Islam membelasah Abu Jahal dan

55

mengistiharkan Islamnya.

Umar pula menganut Islam 3

hari selepas itu. Keadaan ini

makin menguatkan Islam.

7 – 9 -Quraisy menulis wathiqah
(47 – 49 boikot dan digantung di dalam

TAHUN) Kaabah. Boikot berjalan

Boikot di selama 3 tahun dikenakan ke

Syi’ib Abi atas semua Bani Hasyim dan

Talib Bani Abdul Muthalib sama ada

Islam atau tidak Islam kerana

membantu Rasulullah SAW.

-Makanan hanya sampai

secara rahsia. Akhirnya boikot

terbatal apabila wathiqah telah

dimakan anai-anai.

10 -Bulan Rejab- Abu Talib

(50 meninggal dunia lantaran sedih

TAHUN) pemulauan terhadap nabi.
Tahun -Ramadhan – Khadijah wafat 2

Kesedihan bulan selepas kewafatan Abu

Dakwah Di Talib. Nabi begitu sedih.

Thaif -Syawal - Nabi berkahwin
dengan audah binti Zam‘ah

-Syawal - mula berdakwah di

luar Kota Makah iaitu di Taif

56

yang terletak 90km dari Makah

bersama Zaid bin Harithah.

-Nabi bertemu 3 pembesar Taif,

namun mereka menghina dan

memerintahkan orang Taif

menghalau Nabi SAW .

-Nabi pulang ke Mekah dan

berdakwah kepada Jin di

Nakhlah.

-Nabi berjaya memasuki Kota
Makkah setelah Mut‘im bin ‘ di

dan keluarganya memberi

perlindungan kepada Baginda

Dakwah SAW.
-Pada musim haji – ada jemaah

Kepada yang menolak dengan keras

Jemaah seperti Bani Hanifah dan ada

Haji Dari beberapa peribadi yang

Luar Mekah menerima secara rahsia seperti

suwaid, Iyas, Tufail dll. Ada

juga yang menerima jika

mendapat manfaat seperti

Buhaira dan Bani Amir bin
a’sa’ah

57

11 -Aishah merupakan isteri yang
(51 paling dikasihi oleh Baginda
TAHUN) selepas Khadijah.
Kahwin -Musim Haji – benih pertama
Dengan Islam dari Madinah masuk
Aishah. Islam setelah dibacakan al-
Islam 6 Quran. Mereka pulang ke
Orang Yathrib dan berdakwah di sana.
Yathrib

12 -Khilaf waktunya- Rejab tahun

(52 10 kerasulan atau Ramadhan

TAHUN) tahun 12 atau Muharram atau

sra’ Dan abi’ul al-Awwal tahun 13.

Mikhraj -Rasulullah di Isra’kan dari

Mekah ke Baitul Maqdis dan di

mikrajkan ke Sidratul Muntaha

berjumpa Allah SWT dengan

menaiki burak. Rasulullah telah

menerima perintah kewajipan

solat. Rasul diperlihatkan

dengan pelbagai balasan baik

di syurga dan azab perit di

neraka.

ai’ah -Perjanjian ini berlaku pada

Aqabah 1 musim haji melibatkan 12

individu daripada golongan

58

Khazraj dan Aus dari Yathrib.
Dikenali ai’ah isa’ kerana

tidak ada perintah jihad

padanya dan sama dengan

kandungan ai’ah yang

terdapat dalam surah Al

Mumtahanah.

-Rasulullah SAW menghantar
Mus’ab ibnu mair ke Yathrib

untuk mengajar orang Islam

dan berdakwah di sana. Beliau

digelar Muqri.

13 -Mus’ab mengislamkan aad
bin Mu‘az dan Usaid bin
(53
TAHUN) Hudhair. Kesannya seluruh

ai’ah golongan Aus di Madinah
Aqabah
Kubra memeluk Islam.

-Jemaah haji dari Yathrib telah

berjanji untuk bertemu dengan

Rasulullah. Pertemuan

melibatkan 72 lelaki dan 2

perempuan daripada golongan

Aus dan Khazraj.

-Perjanjian Aqaabah Kedua

dimeterai. Perjanjian yang

diadakan malam hari ini

59

menandakan kesungguhan Al

Ansar membela Nabi

Muhammad SAW dan Islam.

29. Senaraikan kronologi sirah
Rasulullah SAW dari hijrah hingga
kewafatan Baginda?

TAHUN PERISTIWA
KENABIAN/
UMUR NABI -Rasulullah SAW mula
1 Hijrah
(53 TAHUN) menyuruh para sahabat
Hijrah
Sahabat berhijrah ke Yathrib. Akhirnya
Bermula
Pakatan tidak tinggal di Mekah kecuali
Bunuh
Berangkat Rasul, Abu Bakar, Ali dan
Hijrah
sahabat-sahabat yang

bertahan.

-Pada pagi 26hb Safar, ketua-

ketua Arab Quraisy

60

iba di Quba’ bermesyuarat di Darul Nadwah
dan membuat keputusan untuk
membunuh Nabi SAW.
Malaikat Jibril memberitahu
nabi Pakatan itu dan Allah
membenarkan nabi berhijrah.
-Pada 27 Safar, Nabi keluar
rumah dan meminta saidina Ali
tidur di tempat tidurnya.
Baginda ke rumah Abu Bakar
dan terus ke gua Thur.
-Tiga malam di gua dan
akhirnya berlepas dari Mekah
ke Yathrib dipandu oleh
Abdullah bin Uraiqit melalui
jalan pantai.
-8 Rabiul Awwal- disambut
meriah oleh penduduk
Madinah. Menetap 14 hari di
rumah Khulthum bin hudmin
dan mengasaskan Masjid
Quba’.
-Hari Jumaat – Rasul menetap
di rumah Abu Ayyub selama 7
hari atau 10 bulan. Rasul
mendirikan Masjid Madinah,
mempersaudarakan ansar dan

61

Muhajirin, membuat

perlembagaan yang pertama

antara muslimin, yahudi dan

musyrikin.

2 hijrah -Berlaku peperangan Badar al-

54 Tahun Sughra.

Jihad -Pertukaran Qiblat (15 Syaban),

diperintahkan. Salman al-Farisi memeluk

Islam, permulaan azan, zakat

Peperangan difardukan, puasa difardukan

Badar dan permulaan solat Aidul Fitri.

-17 Ramadhan berlaku

peperangan Badar al-Kubra.

Perkahwinan Ali dengan

Fatimah.

Pengepungan Syawal hingga zulhijjah
ani Qainuqa’

3 Hijrah -Perkahwinan dengan Hafsah.

55 tahun -Perkahwinan Uthman dengan

Ummi Kalthum.

-Larangan pertama arak

-Kelahiran Hasan bin Ali

Qazwah Uhud -5 Syawal mula meninggalkan

Madinah. 6 Syawal peperangan

meletus.

-Perintah pertama

pengharaman riba.

62

-Perkahwinan dengan ummul

masakin (Zainab bin

Khuzaimah).
-Safar – peristiwa aj’i, 1

perutusan Rasulullah SAW

dibunuh.

4 Hijrah -Rabiul Awal berlaku Ghazwah
56 tahun
Bani Nadhir.
5 hijrah
57 Tahun -Kematian Ummul Masakin.

Ghazwah -Zulkaedah -perintah hijab,
Ahzab
-Perintah akhir pengharaman

arak.

-Sha’ban- Ghazwah Daumatul

Jandal.

-Perkahwinan dengan

juwairiah, Hadithul Ifki (fitnah

terhadap Aisyah),

Penguatkuasaan hukum zina

dan tuduhan.

-Shawal atau zulkaedah

Kepungan terhadap Bani

Quraizah (Zulhijjah).

-Perkahwinan Rasulullah

dengan Zainab bin Jahsy

63

6 Hijrah -Zulkaedah -Perjanjian
58 tahun
Hudaibiah.
7 Hijrah
59 tahun -Zulhijjah -Khalid bin al-Walid
dan mru bin l’As memeluk
8 hijrah
60 tahun Islam.

-Muharram- perutusan surat

kepada raja-raja.

-Haji di fardukan.

-Muharram- Ghazwah Khaibar.

-Muharram- Perkahwinan

Rasulullah dengan Sofiah.

-Umrah yang tertangguh

dilaksanakan.

-Perkahwinan Rasulullah

dengan Maimunah.
-Ramadhan- Qhazwah Mu’tah.

-Ramadhan- Qazwah Fathu

Makkah. Meruntuhkan semua

berhala (Khalid

menghancurkan Uzza, Amru
ibnu l’ s memecahkan uwa,

Saad al-Asyhal memecahkan

Manat.

-Syawal- Qazwah Hunain,

pembukaan Taif dan

pengislaman bani Thaqif.

64

-Perintah terakhir

pengharaman riba.

-Kematian Ummu Khalthum

anak perempuan Rasulullah

SAW.

9 hijrah -Rejab- Qazwah Tabuk. Di
61 tahun
musim panas, Rasulullah SAW
10 hijrah
62 tahun mendengar tentera Rom akan

menyerang.

-Selepas Tabuk jizyah mula

diperkenalkan.

-Masjid Dhirar di bakar.

-Islamnya Ukaidir ketua

Daumatul Jandal, perwakilan

dari kabilah-kabilah mula

berduyun-duyun mengunjungi

Madinah (Azra, Bahiy, Khaulan,

Thaqif dan lain-lain.

-Rasulullah SAW menyuruh

Abu Bakar mengetuai

rombongan haji yang pertama.

-Perwakilan-perwakilan

Maharib, Mahamid, Khaulan,

Naisan, bani Harith dan

Salaman mengunjungi

Madinah.

65

11 Hijrah - ajjatul ada’ aji selamat
63 tahun tinggal) – 3 bulan sebelum
Rasulullah wafat.

-12 Rabiul Awwal -Kewafatan
Rasulullah. Demam panas,
dikatakan kesan racun Yahudi
tahun 7 hijrah. Pagi 12 Rabiul
Awwal Rasulullah menarik tirai
untuk melihat sahabat buat
pandangan terakhir.
-Wafat diriba Saidatina Aishah.

30. Apakah mukjizat-mukjizat yang
dikurniakan Allah SWT kepada
Rasulullah?

Mukjizat dari sudut bahasa bermaksud
bermaksud perkara luar biasa yang
dianugerahkan kepada para nabi dan rasul.

1. Al-Quran
2. Membelah bulan
3. Air mengalir dari jari jemari Rasulullah

SAW
4. Makanan sedikit cukup dimakan ribuan

sahabat

66

5. Segelas susu mengenyangkan ramai
sahabat

6. Doa minta hujan segera dikabulkan
7. Mengubati sakit mata yang dialami oleh

Saidina Ali
8. Meramalkan isterinya yang rajin

bersedekah akan mati selepas baginda
wafat (Saidatina Zainab binti Jahsy)
9. Tubuh baginda memancarkan petir
sehingga menggagalkan Syaibah bin
Uthman dari membunuh baginda dalam
perang Hunain

31. pakah kandungan khutbah wada’?

Khutbah wada’ merujuk kepada khutbah
yang disampaikan oleh nabi pada zulhijjah
ketika melaksanakan ibadah haji. Ia
diucapkan di Padang Arafah. Antara isi
kandungan khutbah tersebut adalah:
1. Setiap manusia secara peribadi akan

dipertanggungjawabkan atas segala
tindakannya di dunia.

67

2. Keselamatan jiwa dan harta benda

menjadi syarat penting dalam

membangun kemakmuran dan

ketenteraman dunia

3. Amanah dan kepercayaan yang diberikan

baik moral ataupun material harus dijaga

dan dipelihara dengan baik.

4. Riba dalam berbagai macam bentuknya

yang berakibat pemerasan terhadap

kaum yang lemah wajib dilenyapkan.

5. Nabi memberi penegasan tentang hak-

hak wanita serta hak dan kewajipan suami

isteri.

6. Setiap muslim dengan seorang muslim

yang lain adalah bersaudara dan mereka

perlu saling bantu membantu.

7. Perbezaan berdasarkan warna kulit,

bangsa, kedudukan sosial atau amalan

asabiyyah perlu dihabuskan kerana

nilaian Allah terletak pada taqwa

seseorang.

32. Bagaimana anda membuktikan
bahawa anda mencintai nabi?

68

Cara membuktikan bahawa kita mencintai
nabi adalah dengan cara :

1. Mentaati Nabi Muhammad S.A.W di
samping mengikuti jejak langkahnya
dalam seluruh urusan dunia dan agama.

2. Menjadikan Nabi Muhammad S.A.W
sebagai orang yang paling dicintai,
dihormati dan diagungkan dari seluruh
makhluk Allah S.W.T.

3. Mengagungkan dan menghormati Nabi
Muhammad S.A.W apabila namanya
disebut dan berselawat serta salam ke
atasnya, mengakui kebenarannya dan
menghargai sifat-sifatnya.

4. Membenarkan segala yang dibawa oleh
Nabi Muhammad S.A.W sama ada soal
agama atau pun dunia.

5. Merendahkan suara di makam dan masjid
Nabi S.A.W bagi yang berpeluang
menziarahinya.

6. Mencintai para solihin dan para
pengikutnya kerana mereka mencintai

69

Nabi Muhammad S.A.W serta memusuhi
golongan fasiq kerana mereka

33. Bagaimana beradab terhadap
Rasulullah SAW?

1. Segala amalan dilakukan berdasarkan
suruhan, larangan, keizinan daripada
Baginda S.A.W berdasarkan firman Allah
S.W.T:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang
beriman! janganlah kamu memandai-mandai
(melakukan sesuatu perkara) sebelum
(mendapat hukum atau kebenaran) Allah
S.W.T. dan RasulNya; dan bertakwalah kamu
kepada Allah S.W.T; Sesungguhnya Allah
S.W.T. Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui”
(Surah al-hujurat : 1)

70

2. Tidak mengangkat suara lebih tinggi
daripada suara Rasulullah S.A.W. Ia juga
bermaksud tidak melebihkan pendapat atau
buah fikiran sendiri atau orang lain melebihi
daripada sunnah Rasulullah S.A.W.

3. Memanggil Baginda S.A.W dengan
panggilan yang mulia dan berselawat kembali
sekiranya mendengar seseorang berselawat
kepada Rasulullah SAW.

4. Tidak mempertikaikan pendapat Baginda
S.A.W dan menganggap sesuatu yang
datang daripada Baginda S.A.W adalah
terbaik.

34. Apakah bukti Islam agama
keamanan dan bukan tersebar melalui
peperangan?

1. erkataan ‘ slam” dari segi bahasa
bermaksud, selamat dan sejahtera. Ini
bermaksud mereka yang berada
bersama orang Islam selamat dan
terpelihara.

71

2. Ayat “Dan perangilah kerana
(menegakkan dan mempertahankan)
agama Allah akan orang-orang yang
memerangi kamu” (al-Baqarah : 190),
jelas menunjukkan Allah SWT
membenarkan berperang sekiranya
diserang oleh pihak musuh spt kafir
Quraisy Makkah yg memusuhi Islam,
Nabi Muhammad SAW dan umat Islam.

3. Tujuan peperangan dalam Islam adalah
mempertahankan diri atau meneguhkan
kedudukan, mempertahankan, agama,
keamanan, keadilan dan bukan
menunjukkan kuasa atau menjajah.

4. Peperangan bukan matlamat tetapi
merupakan jalan terakhir untuk
menyebarkan Islam dan

5. Dalam ekspedisi ketenteraan juga,
tentera Islam tidak boleh memerangi
musuh yang tidak memiliki kekuatan dan
daya usaha seperti kanak-kanak, kaum
wanita, warga cacat atau lumpuh, paderi
atau pendeta.

72

35. Apakah faktor kejayaan dakwah
Rasulullah?

Antara faktor kejayaan dakwah Rasulullah
SAW adalah:

1. Keunggulan peribadi Rasulullah.
2. Keadilan dan persamaan hak dalam

Islam.
3. Menghormati pandangan dan hak orang

lain.
4. Berdakwah dengan hikmah dan

bijaksana.
5. Sifat sabar dan dedikasi Rasulullah SAW.
6. Membela nasib wanita dan golongan

yang lemah.

36. Rasulullah dituduh phedofelia.
Bagaimana menolak dakyah tersebut?

1. Perkahwinan baginda dengan Aisyah
juga adalah pilihan Allah SWT untuk
baginda. Rasulullah SAW telah bermimpi

73

tentangnya, dan dimaklumi mimpi

baginda adalah wahyu.

2. Pada ketika itu, pada kanak-kanak yang

berumur 9 tahun sudah dianggap sebagai

wanita dan bukan remaja.

3. Jika Nabi berkahwin kerana nafsu, pasti

Nabi akan berkahwin dengan ramai anak

dara berbanding dengan janda, orang tua

dan orang miskin

4. Saad Ibnu Hisyam RA meriwayatkan

beliau pernah bertanya Sayidatina Aisyah

RA mengenai akhlak Rasulullah SAW.

Ummul Mukminin itu menjawab:

“ khlaknya ialah al-Quran.” hmad

Jika Saidatina Aishah membenci Nabi

SAW, tidak mungkin beliau mengatakan

sebegitu, ini menunjukkan kemuliaan sifat

peribadi Nabi SAW.

5. Saidatina Aishah tidak pernah

menyatakan beliau mengahdapi tekanan

bahkan beliau bahagia bersama Nabi

SAW. Jika tidak sudah pasti ada hadis

menyatakan beliau mengalami

74

kemurungan akibat pedofilia seperti yang
dikatakan orientalis.

37. Al-Quran bukan dari nabi. Buktikan

1. Nabi Muhammad SAW seorang yang
tidak pandai menulis dan tidak pandai
membaca. Tidak logik orang yang tidak
mempunyai asas membaca dan menulis
boleh menulis kitab yang tebal seperti Al-
Quran.

2. Terdapat pelbagai ayat yang menegur
baginda seperti surah ’basa yang
menegur baginda supaya tidak berpaling
daripada berdakwah kepada sesiapa
sahaja dan tidak memilih dalam
menyampaikan risalah. Tidak logik
sekiranya seorang penulis menulis
teguran kepada dirinya sendiri dan
menyebarkannya.

3. Jika al-Quran daripada karangan
baginda, mengapa baginda tidak menulis
ayat al-Quran untuk menjatuhkan
hukuman kepada isteri baginda sendiri

75

Saidatina Aisyah RA sejurus selepas
berlakunya peristiwa “ fk’. Di mana
Saidatina Aisyah dituduh telah
melakukan perbuatan yang tidak diingini
dengan seorang sahabat. Baginda
menunggu selama sebulan lamanya
menyendiri hinggalah turunnya ayat al-
Quran membebaskan Saidatina Aisyah
daripada tuduhan.
4. Jika baginda seorang yang genius ingin
mengubah nasib kaumnya dengan
agama baharu dan ayat-ayat yang direka
olehnya, nescaya baginda sepatutnya
memulakan bicara dengan menyeru
kepada kalimah tauhid Lailahaillah.
Tetapi, al-Quran dimulakan dengan ayat
pertamanya qra’. alhal aginda
seorang yang tidak pandai baca dan tulis.
Tidak logik baginda mereka ayat-ayat ini.

38. Kenapa kita wajib beradab terhadap
Rasulullah?

76

1. Allah SWT mewajibkan beradab dengan
Rasulullah.

2. Allah SWT mewajibkan taat kepada Rasul
dan mencintainya.

3. Allah SWT melantik Nabi Muhammad
sebagai imam dan hakim.

4. Nabi adalah sesempurna makhluk dari segi
kejadian dan akhlak.

5. Cinta dan sayang kita terhadap nabi
mempunyai perkaitan dengan iman dan
menggambarkan kekuatan iman seseorang
serta kemanisan iman yang ada diri insan
tersebut. Rasulullah SAW bersabda:

ُ‫ثََل ٌث َم ْن ٌكن إفْيإه َو َج َد َحَلَوَة اإِلْيَا إن؛ أَ ْن يَ ُكْو َن اللُ َوَر ُسْولُه‬
‫ َوأَ ْن يَ ْكَرَه‬،‫ َوأَ ْن ُإيب الَْرَء َل ُإيّبُهُ إَلإ للإه‬،‫أَ َحب إلَْيإه إِما َسَواُُهَا‬
‫أَ ْن يَعُوَد إفي ال ُكْف إر َك َما يَ ْكَرهُ أَ ْن يُْق َذ َف في النا إر‬

“Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri
seseorang maka dia akan memperolehi
kemanisan iman:

77

a. Seseorang yang mencintai Allah dan
Rasul-Nya lebih daripada selain.

b. Mencintai seorang hanya kerana Allah
c. Tidak suka kembali kepada kekafiran

setelah Allah menyelamatkannya dari
kekafiran itu, sebagaimana dia juga
tidak suka dicampakkan ke dalam
Neraka”.

39. Apakah kehebatan Rasulullah SAW
sebagai nabi akhir zaman?

Dari Jabir bin Abdullah Al-Anshari R.A, ia
berkata: Rasulullah SAW bersabda:

‫ نُ إصر ُت بالُّرع إب‬: ‫ لم يُعطَهن أح ٌد م َن الأنبياإء قَبلي‬، ‫أُعطي ُت خم ًسا‬
‫ وأُّْيا رج ٍل من‬، ‫ و ُجإعلَ ْت لي الأر ُض مسج ًدا وطَهوًرا‬، ‫َمسيرةَ شه ٍر‬

‫ وكان النبُّي‬، ‫ وأُ إحل ْت لي الغَنائ ُم‬، ‫أُمتي أدَرَكْته الصَلةُ فْليُص إل‬
‫ وأُعطي ُت‬، ً‫ وبُإعث ُت إلى النا إسكافة‬، ً‫يُبَع ُث إلى قوإمه خاصة‬
َ‫الشفاعة‬

78

“Aku diberi lima perkara yang tidak pernah
diberikan kepada seorang nabi sebelumku.
Semua nabi sebelumku diutus hanya kepada
kaumnya, sedangkan aku diutus kepada
semua manusia yang berkulit merah dan
hitam. Dihalalkan bagiku harta rampasan
perang yang tidak pernah dihalalkan kepada
seorang pun sebelumku. Bumi diciptakan
untukku dalam keadaan suci menyucikan dan
sebagai mesjid. Barang siapa yang menemui
waktu salat, maka salatlah di tempat ia
berada. Aku diberi kemenangan dengan
membuat takut musuh selama jarak
perjalanan satu bulan. Dan aku juga diberi
syafaat”.

(Muttafaqun alaih)

40. Berdasarkan sirah Rasulullah,
apakah cara dakwah yang sesuai
dilakukan pada masa kini?

Rasulullah telah menunjukkah contoh
dakwah yang terbaik untuk ummah. Antara cara

79

dakwah yang boleh diamalkan dalam konteks
semasa adalah:

1. Qudwah hasanah iaitu menunjuk contoh dan
teladan terbaik sehingga disegani oleh kawan
mahupun lawan.

2. Menyampaikan dakwah secara hikmah dan
beransur-ansur dalam keadaan memahami
suasana (waqi mad’).

3. Meraikan kesederhanaan dan menjauhi
ghulu (melampaui batas).
4. Meraikan perbezaan mad’u (orang yang
didakwah) dengan memberi nasihat yang
sesuai mengikut keadaan seseorang.

5. Menggunakan ilmu-ilmu alat seperti internet,
medsos sebagai medium dalam menyebarkan
dakwah.

6. Menggunakan laras bahasa yang baik,
bahasa kiasan dan perumpamaan yang
menarik.

80

Lantaran itu seorang pendakwah perlu
membuat persediaan dari segi ilmu fardu ain
dan ilmu fardu kifayah supaya mereka
dipandang mulia dan tinggi oleh masyarakat.
Seorang pendakwah seharusnya seperti
“mendari yang padanya ada cahaya dan
mampu menyuluh orang lain dengan cahaya
tersebut”.
Rujukan

81

82


Click to View FlipBook Version