The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by enighazali, 2021-01-13 08:40:37

DUNIA PENDIDIKAN KHAS

DUNIA PENDIDIKAN KHAS

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

ii

BAHAN BACAAN INI DIEDARKAN SEBAGAI BAHAN RUJUKAN
DAN PENGETAHUAN UMUM TENTANG DUNIA PENDIDIKAN KHAS

BAGI PELAJAR-PELAJAR YANG MENGIKUTI PROGRAM
INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO), PELAJAR-PELAJAR
PROGRAM LAIN DAN JUGA PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN

GURU, KAMPUS TUANKU BAINUN.

Cetakan November 2020
Unit PITO (Pendidikan Khas)

Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGK TUANKU BAINUN

Pengarang
ENI ELIZA BINTI GHAZALI

ABDULLAH BIN CHIK
ZARANI BIN OTHMAN

iii

ISI KANDUNGAN

Notis Hak Pengarang ----------------------------------------------------------------------------------- I
Kandungan ------------------------------------------------------------------------------------------------ II
Pendahuluan ---------------------------------------------------------------------------------------------- III
Pendidikan Khas ----------------------------------------------------------------------------------------- 1
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ---------------------------------------- 1
Mengenal Pasti Murid Berkeperluan Khas -------------------------------------------------------- 2
Maksud Berkeperluan Khas --------------------------------------------------------------------------- 2
Konsep Kanak-Kanak Luar Biasa (Exceptional Children) ------------------------------------- 3
Konsep Luar Biasa Dalam Pendidikan Khas ----------------------------------------------------- 3
Kategori Kanak-Kanak Luar Biasa ------------------------------------------------------------------ 4
Kaedah Mengenalpasti Kanak-Kanak Berkeperluan Khas ------------------------------------ 5
Prosedur Pelaksanaan Proses Penilaian ---------------------------------------------------------- 5
Penempatan Murid Berkeperluan Khas ------------------------------------------------------------ 6
Proses Pendaftaran Kanak-Kanak Program Pendidikan Khas ------------------------------ 9
Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia ------------------------------ 9
Implikasi Pendidikan Khas ----------------------------------------------------------------------------- 12
Empat Komponen Penting Dalam Pengajaran Kanak-Kanak Khas ------------------------ 12
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) -------------------------------------------------------------- 13
Peranan Penyelaras Program Pendidikan Khas ------------------------------------------------- 14
Peranan Guru Pendidikan Khas --------------------------------------------------------------------- 15
JOM KENALI MEREKA…------------------------------------------------------------------------------ 17
17
1. Masalah Tingkah Laku Dan Emosi ---------------------------------------------------- 21
2. Kecacatan Fizikal -------------------------------------------------------------------------- 29
3. Kerencatan Akal ---------------------------------------------------------------------------- 33
4. ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) ----------------------------------- 37
5. Masalah Pendengaran -------------------------------------------------------------------- 41
6. Autisme --------------------------------------------------------------------------------------- 43
7. Masalah Penglihatan ---------------------------------------------------------------------- 48
8. Masalah Bahasa Dan Komunikasi ----------------------------------------------------- 52
9. Sindrom Down (Down Syndrome) ----------------------------------------------------- 55
10. Disleksia (Dyslexia) ------------------------------------------------------------------------ 57
59
a) Diskalkulia ----------------------------------------------------------------------------- 60
b) Disgrafia ------------------------------------------------------------------------------- 61
c) Disprasia -------------------------------------------------------------------------------
11. Palsi Serebrum (Cerebral Palsy) -------------------------------------------------------

iv

PENDAHULUAN

Buku nota ini dikompilasi bagi tujuan membantu memberi sedikit
pendedahan kepada guru-guru Program Intervensi Tambah Program
(PITO) untuk mengenali dengan lebih dekat berkaitan dunia pendidikan
khas. Nota ini juga diharap dapat membantu guru-guru ini mengenal pasti
ciri-ciri dan kategori Murid Berkeperluan Khas (MBK). Di samping itu,
dapat memberi gambaran secara lebih dekat tentang MBK dan cara
terbaik untuk melaksanakan intervensi bagi menangani kekurangan
mereka. Diharap nota ini dapat memberi pengetahuan tentang
kepelbagaian kategori yang ada. Selamat datang ke Dunia Pendidikan
Khas.

1

PENDIDIKAN KHAS

§ Di Malaysia, kategori murid berkeperluan khas merangkumi murid
kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran, kurang upaya
pertuturan, kurang upaya fizikal, kurang upaya pelbagai dan masalah
pembelajaran seperti Autisme, Sindrom Down, Hiperaktif (ADHD),
dan Disleksia.

§ Landskap pendidikan khas melibatkan pelbagai pihak berkepentingan
termasuk ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian
Kesihatan dan Kementerian Sumber Manusia. Kesemua pihak
berkepentingan ini memainkan peranan penting sebagai penyokong,
pengupaya, pendukung, dan rakan pelaksana dalam pendidikan
murid berkeperluan khas.

§ Selari dengan ini, Artikel 28, Akta Orang Kurang Upaya 2008,
memperaku bahawa murid berkeperluan khas perlu diberi sokongan
untuk membantu mereka mencapai “pelibatan penuh dan
kesamarataan dalam pendidikan”.

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2013-2025

Gelombang 1 (2013 - 2015): Mengukuhkan asas sedia ada

§ Mengenal pasti, menjalankan intervensi murid berkeperluan khas
lebih awal dan menyediakan sokongan penjagaan kesihatan

§ Menyediakan kurikulum yang luwes, relevan, dan berkualiti tinggi
§ Menyediakan guru terlatih dan tenaga pakar
§ Menyediakan infrastruktur sokongan dan kewangan yang kukuh
§ Membina kesedaran dan pelibatan awam

Gelombang 2 (2016 - 2020): Meningkatkan pelaksanaan inisiatif

§ Mengenal pasti, menjalankan intervensi murid berkeperluan khas,
dan menyediakan sokongan penjagaan kesihatan

§ Menyediakan guru terlatih dan tenaga pakar
§ Menyediakan infrastruktur sokongan dan kewangan yang kukuh
§ Membina kesedaran dan pelibatan awam

2

Gelombang 3 (2021 - 2025): Menilai dan menyatukan inisiatif

§ Dalam Gelombang 3, Kementerian akan menilai kejayaan semua
inisiatif yang dilaksanakan dalam dua gelombang sebelum ini dan
membangunkan pelan tindakan masa depan. Matlamatnya adalah
untuk memberikan setiap murid berkeperluan khas akses kepada
pendidikan berkualiti tinggi dan relevan yang disesuaikan dengan
keperluan khusus mereka, melengkapi setiap guru dengan
pengetahuan asas pendidikan khas, dan mendapatkan 75% murid
berkeperluan khas mendaftar dalam program pendidikan inklusif
menjelang 2025.

§ Gelombang 3 menilai inisiatif yang dijalankan dan menggabungkan
inisiatif yang berjaya. Dalam melaksanakan inisiatif ini, kementerian
akan menjalin kerjasama dengan organisasi pakar seperti Pusat
Serantau Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara bagi
Pendidikan Khas (SEAMEO-SEN).

MENGENAL PASTI
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)

ü Bagaimanakah cara mengidentifikasi murid berkeperluan khas?
ü Bagaimana mengenal pasti jenis dan ciri murid khas?

MAKSUD BERKEPERLUAN KHAS

§ Dalam konteks ini, berkeperluan khas merujuk kepada
keperluan murid iaitu atas satu sebab atau yang lain
memerlukan bantuan khas, sokongan, dan rangsangan.

§ Murid-murid ini dirujuk sebagai murid-murid yang
mengalami perkembangan yang lambat dalam satu atau
lebih berdasarkan sebab-sebab berikut:
- Kerencatan akal
- Kecacatan fizikal
- Masalah penglihatan
- Masalah pendengaran
- Gangguan pertuturan
- Kesukaran dalam perkembangan sosial dan emosi

§ Sebahagian daripada murid ini mungkin memerlukan
bantuan khas untuk sepanjang hayat mereka, sementara
yang lain mungkin memerlukan bantuan untuk suatu
jangka masa tertentu.

3

KONSEP KANAK-KANAK LUAR BIASA (EXCEPTIONAL
CHILDREN)

§ Kanak-kanak dianggap luar biasa apabila program
pendidikan perlu diubah suai untuk memenuhi
keperluannya. Oleh itu kanak-kanak luar biasa bukan
merujuk kepada mereka yang tidak dapat menguasai
pembelajaran tetapi juga mereka yang mempunyai
kepintaran dan bakat yang luar biasa.

§ Kanak-kanak luar biasa daripada sudut pendidikan
lebih sesuai dianggap sebagai murid-murid
berkeperluan khas atau murid-murid istimewa.

§ Perbezaan ini menyebabkan mereka memerlukan
amalan-amalan sekolah yang diubah suai atau
perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas supaya
mereka dapat berkembang sehingga mencapai tahap
kebolehan yang maksimum.

KONSEP LUAR BIASA DALAM PENDIDIKAN KHAS

§ Kanak-kanak hanya dianggap luar biasa apabila
program pendidikan perlu diubah untuk memenuhi
keperluan mereka.

§ Oleh yang demikian, kanak-kanak luar biasa bukan
hanya merujuk kepada mereka yang tidak dapat
menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang
mempunyai kepintaran dan bakat yang luar biasa.

§ Dalam pendidikan, kanak-kanak dikategorikan sebagai
kanak-kanak luar biasa berdasarkan ciri-ciri tertentu
bagi tujuan pengajaran yang meliputi:

ü Perbezaan intelek
ü Perbezaan komunikasi
ü Perbezaan deria
ü Perbezaan tingkah laku
ü Perbezaan fizikal
ü Kecacatan pelbagai dan serius

4

KATEGORI KANAK-KANAK LUAR BIASA

§ Secara umumnya kanak-kanak luar biasa boleh
dikategorikan seperti berikut:

1. Rencat akal
2. Masalah pembelajaran
3. Masalah tingkah laku
4. Masalah komunikasi
5. Masalah pendengaran
6. Masalah penglihatan
7. Kecacatan fizikal dan kesihatan
8. Kecacatan yang serius dan pelbagai
9. Pintar cerdas dan pelbagai

TABURAN SKOR IQ

Kanak-kanak berbeza keupayaan mental mengikut taburan skor IQ
di atas.

§ Kanak-kanak defisit kognitif adalah terdiri daripada:
- Kanak-kanak rencat akal dari kumpulan terendah dalam
skala kecerdasan (DK=70, 2.14%) daripada populasi.
- Kanak-kanak Down Syndrom kelainan dari segi fizikal,
intelek, dan personaliti.
- Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (Learning
Disabilities) mengalami masalah pemprosesan maklumat
dan mempunyai keupayaan intelek yang rendah.
- Kanak-kanak pintar cerdas dari kumpulan tertinggi dalam
skala kecerdasan (DK>130, 2.14%) daripada populasi.

5

KAEDAH MENGENAL PASTI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN
KHAS

PROSEDUR PELAKSANAAN PROSES PENILAIAN
Langkah 1 – Penapisan (Screening)
ü Prosedur menguji/memeriksa sekumpulan pelajar sebagai
usaha mengenal pasti mereka yang mempunyai risiko yang
tinggi, mereka yang dikenal pasti dirujuk untuk pemeriksaan
dan pengukuran yang lebih bersungguh-sungguh dan intensif.
ü Guru, orang yang pertama melakukan penapisan dengan
menggunakan kaedah pemerhatian di bilik darjah dan
standardized groupassessment tool(Contoh: senarai semak,
borang berkadar/‘rating’, alat pengukuran yang piawai, dan
pemerhatian dalam bilik darjah) untuk mengesan pelajar
berisiko tinggi.
Langkah 2 – Pencalonan (Referral)
ü Individu atau pasukan (di sekolah) menerima pencalonan
untuk melaksanakan Penilaian Pendidikan Khas. Tugas
pertama ialah menulis surat kepada ibu bapa supaya mereka
memberi kebenaran dan menerima penerangan tentang
proses tersebut.

6

ü Selepas itu pasukan ini akan membentuk Pelan Penilaian
Individu untuk mengenal pasti aspek-aspek yang memerlukan
perhatian khas dalam prosedur ujian.

Langkah 3 – Penilaian

ü Ujian saringan untuk tujuan mengklasifikasi, penempatan, dan
penentuan program khas.

ü Memberi penilaian yang bersesuaian kepada pelajar dengan
menggunakan penilaian formal dan informal untuk
mengidentifikasi corak pembelajaran pelajar (perhatian: tidak
menggunakan satu alat ukur secara khusus untuk menentukan
tahap kefungsian aspek-aspek tertentu).

Langkah 4 – Kelayakan

ü Lepas proses penilaian (analisis dan penaksiran skor ujian)
disempurnakan, pasukan ini harus mengadakan perjumpaan
untuk menentukan kelayakan pelajar untuk menerima
Pendidikan Khas.

Langkah 5 – Ujian Diagnostik

ü Melaksanakan ujian diagnostik dan membentuk Program
Pendidikan Individu (RPI).

PENEMPATAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

§ Penempatan pendidikan yang sesuai diberikan kepada murid
dengan keperluan khas.

Prinsip Penempatan

§ Penempatan di buat berdasarkan prinsip ‘Least
restrictive environment’ iaitu persekitaran yang
paling tidak ‘mengehadkan’.

§ Seboleh yang mungkin, seseorang murid harus
ditempatkan belajar bersama-sama murid biasa.

Amalan Penempatan

§ Penempatan akan di buat berdasarkan tahap keterukan
masalah murid.

§ Biasanya ibu bapa harus memberi persetujuan bagi
penempatan yang dicadangkan.

7

Jenis-jenis Penempatan

a) Kelas biasa

§ Situasi ideal

ü Murid ditempatkan mengikut darjah/gred sendiri.
ü Bantuan dan pemantauan diberikan oleh guru khas.
ü Akomodasi dan modifikasi yang sesuai diberikan kepada murid.

§ Amalan
1. Model Konsultansi
§ Konsultasi pakar
ü Guru khas memberi
nasihat kepada guru
biasa tentang
pengurusan dan
pengajaran MBK.
§ Konsultasi kolaborasi
ü Guru dan pakar-pakar dalam
bidang lain bekerjasama
untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh
MBK.

2. Cooperative Teaching Team
§ Guru khas dan guru biasa berkongsi mengajar kelas

yang ada MBK

3. Teacher Assistance Team
§ Sekumpulan guru bekerjasama untuk

membantu murid yang ditempatkan di
kelas biasa

b) Bilik Resos

• Juga dikenali sebagai program ‘pull out’
• Pelaksanaan

ü Murid di dalam kelas biasa ditarik keluar dari
kelas untuk menerima pengajaran akademik
(secara individu atau kumpulan).

ü Perkhidmatan khas seperti latihan bahasa dan
pertuturan, latihan orientasi dan mobiliti atau
terapi fizikal.

8

c) Kelas Khas

• Juga dikenali sebagai self-contained class
• Pelaksanaan:

ü Murid ditempatkan di dalam kelas bersama-
sama murid lain yang juga daripada kategori
yang sama (program integrasi).

ü Kadangkala mereka menghabiskan
sedikit masa di dalam kelas biasa untuk
menerima pengajaran tertentu (inklusif
separa).

d) Sekolah Khas

§ Semua murid yang belajar di sekolah khas terdiri
daripada mereka yang mengalami kecacatan (contoh:
masalah penglihatan dan pendengaran)

§ Biasanya murid terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan
yang teruk

§ Pelaksanaan:
§ Sekolah harian
ü Murid belajar di sekolah khas
ü Murid balik selepas waktu persekolahan

§ Sekolah berasrama
ü Murid belajar di sekolah khas
ü Selepas waktu persekolahan murid balik ke asrama

e) Pengajaran di rumah/hospital

§ Guru pendidikan khas pergi ke rumah murid atau ke
hospital untuk mengajar murid.

§ Biasanya perkhidmatan sedemikian adalah buat
sementara sehingga murid sedia pulang ke sekolah.

f) Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

§ Perkhidmatan pendidikan disediakan di kawasan tempat tinggal
murid.

9

PROSES PENDAFTARAN KANAK-KANAK KE PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA

Program Pendidikan Khas KPM dilaksanakan melalui :

a) Sekolah Khas
Bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah
pendengaran.

b) Program Pendidikan Khas Intergrasi
Disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas
bermasalah pembelajaran, bermasalah
pendengaran dan bermasalah penglihatan. Ia
diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan
menengah dan sekolah menengah
teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan
pengajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

10

Tempoh Belajar

§ Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah
ialah enam (6) tahun

§ Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan
khas menengah ialah lima (5) tahun

§ Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2)
tahun maksimum di mana-mana peringkat
iaitu sama ada rendah atau menengah
mengikut keperluan murid berkenaan.

Kurikulum Program Pendidikan Khas

• Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah
pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas
Integrasi ialah kurikulum kebangsaan dan
kurikulum alternatif.

• Kurikulum kebangsaan ialah kurikulum yang
diikuti oleh murid normal bagi program
bermasalah pendengaran dan bermasalah
penglihatan.

• Kurikulum alternatif diikuti oleh murid bermasalah pembelajaran.

• Murid pendidikan khas menjalani aktiviti kokurikulum seperti
murid normal.

Kurikulum Kebangsaan

§ Kurikulum mengikut mata pelajaran seperti
kelas biasa iaitu Matematik, Bahasa Melayu,
Sejarah dan lain-lain.

§ Sehubungan dengan itu, penilaian pencapaian
akademik murid bermasalah pendengaran dan
penglihatan dinilai sama seperti murid normal dan
hanya berbeza dari segi tambahan masa sahaja.

Kurikulum Alternatif

§ Hanya diguna pakai oleh murid-murid
bermasalah pembelajaran yang mengikuti
program integrasi di kelas khas.

11

§ Kurikulum ini digunapakai bagi sekolah rendah dan menengah.

§ Hal ini adalah kerana terdapat murid yang perlu
mengikuti kurikulum ini bermula dari sekolah
rendah dan bersambung apabila mereka ke
sekolah menengah.

§ Guru tidak boleh terlalu bergantung kepada
kurikulum alternatif sahaja, sebaliknya kurikulum
kebangsaan juga perlu dijadikan rujukan bergantung
kepada kesesuaian dan pencapaian setiap murid.

§ Kurikulum ini terdiri daripada 3 bidang komponen iaitu

§ Bidang akademik berfungsi
ü Komponen Matematik
ü Komponen Bahasa Melayu
ü Komponen Bahasa Inggeris

a. Bidang Pengurusan Kehidupan
ü Komponen Pengurusan diri
ü Komponen Kemahiran Manipulatif
ü Komponen Pengurusan Tingkah Laku
ü Komponen Kemahiran Hidup
(masakan, jahitan, pertukangan,
perkebunan, pemeliharaan
haiwan, asas mendobi)

b. Bidang sosial, riadah dan kreativiti
ü Komponen Pendidikan Jasmani
ü Komponen Pendidikan Seni
ü Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan Badan dan
Drama
ü Komponen Sains, Sosial dan Alam sekitar

§ Penilaian pencapaian akademik murid bermasalah
pembelajaran hanya dilakukan di peringkat sekolah
sahaja. Guru-guru mata pelajaran bertanggungjawab
membuat penilaian ke atas mereka.

§ Namun begitu, murid bermasalah pembelajaran yang
telah mengikuti kelas inklusif layak menduduki
peperiksaan utama sama seperti murid biasa tanpa
perbezaan dari segi format dan bentuk soalan.

12

IMPLIKASI PENDIDIKAN KHAS

Pengajaran kanak-kanak berkeperluan khas

ü Bertujuan memberi perkhidmatan-perkhidmatan
yang tidak diberi di sekolah biasa dan bilik darjah
biasa.

ü Berbeza dengan pengajaran kanak-kanak biasa
kerana mengambil kira perbezaan individu.

EMPAT KOMPONEN PENTING DALAM PENGAJARAN KANAK-
KANAK KHAS

1. Persekitaran

§Melibatkan kemudahan dan kos.
§Contoh: bilik resos, guru khas/resos, peralatan khas dan peralatan

pembelajaran.

2. Kurikulum

§ Perlu diubahsuai mengikut keperluan khas pelajar
§ Aspek-aspek: (a) kandungan (b) kemahiran (c) bahan/ teknologi

3. Kaedah Pengajaran

§ Pengajaran Individu
§ Analisis Tugasan
§ Pengurusan Kontingen
§ Modifikasi Tingkah Laku
§ Pembelajaran Kooperatif
§ Aplikasi Komputer dan kaedah lain yang bersesuaian.

4. Penilaian

§ Satu proses yang sistematik dalam mengumpul
maklumat yang relevan dengan pendidikan.

§ Jenis penilaian:
ü Penilaian Sumatif
ü Penilaian Formatif

13

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

§ RPI merupakan satu perjanjian bertulis antara
ibu bapa dengan pihak sekolah tentang
keperluan-keperluan murid dan cara
bagaimana keperluan ini dapat dipenuhi.

§ Berdasarkan RPI yang telah dibentuk dan
dipersetujui, murid berkeperluan khas berhak
menerima perkhidmatan-perkhidmatan yang
dinyatakan dalam RPI tersebut.

§ Matlamat dan objektif RPI dirangka
berdasarkan prestasi sedia ada murid.

§ Dengan adanya RPI, pencapaian murid dapat
dilihat dengan jelas dari semasa ke semasa.

§ RPI bertindak sebagai penilaian yang berterusan
bagi murid itu dalam mencapai matlamat dan
objektif yang telah ditetapkan.

§ Merupakan satu dokumen yang mengandungi
pelbagai maklumat tentang kanak-kanak
berkeperluan khas yang dapat membantu proses
pengajaran pembelajaran mereka.

§ Menerangkan objektif-objektif pengajaran dan
pembelajaran serta sumber-sumber yang diperlukan
utk mencapai objektif-objektif tersebut.

§ Disediakan oleh guru khas, ahli profesional, ibu bapa dan ahli
badan sukarela.

§ Ringkasnya, RPI membekalkan satu keterangan
yang ringkas, tepat dan terperinci tentang
program pendidikan terkini bagi pelajar istimewa.

UNSUR YANG PENTING DALAM RPI

§ Keterangan tentang peringkat pencapaian
pendidikan dalam kemahiran-kemahiran seperti:
bantuan-kendiri, membaca, mengira, perkembangan
bahasa, motor kasar, motor halus, sosioemosi,

14

perkembangan fizikal dan kesihatan.

§ Keterangan tentang maklumat tahunan termasuk
objektif pengajaran jangka pendek.

§ Keterangan tentang perkhidmatan pendidikan dan
bahan pengajaran tertentu yang akan diperuntukkan.

§ Tarikh-tarikh yang dianggarkan bagi permulaan dan
jangka masa bagi perkhidmatan berkenaan.

§ Kriteria dan prosedur penilaian yang sesuai untuk
sekurang-kurang sekali setahun bagi menentukan
sama ada objektif pendidikan telah tercapai.

§ Perkara-perkara lain adalah seperti: biodata dan
masalah pelajar, tahap pencapaian tahunan,
keterangan tentang sumber dan pengubahsuaian
alternatif pendidikan, senarai ahli profesional yang
terlibat serta tugasan dan tanggungjawab mereka,
akuan persetujuan dan tanda tangan ibu
bapa/penjaga.

§ RPI perlu dibentuk oleh sebuah jawatankuasa yang
terdiri daripada pelbagai disiplin yang terlibat secara
langsung dengan kanak-kanak berkeperluan khas.
Antaranya adalah:

ü Ahli fisioterapi
ü Ahli terapi cara kerja
ü Ahli terapi pertuturan
ü Kaunselor
ü Doktor perubatan
ü Guru
ü Ibu bapa

PERANAN PENYELARAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

1. Melaksanakan segala program dan aktiviti yang diarahkan oleh
JPN dan BPKhas.

2. Melaksanakan program khas bagi guru besar sekolah.

3. Mewujudkan perhubungan yang baik dengan ibu bapa.

15

4. Membahagikan tugas program kepada guru.
5. Mewujudkan sistem yang berkesan untuk mengendalikan perkara-

perkara yang wajib.
6. Menjalankan latihan perkembangan staf bagi guru di sekolah.
7. Mewujudkan suasana persekitaran yang menggalakkan

pembelajaran
8. Mewujudkan perhubungan yang baik dengan guru besar dan guru

biasa
9. Melaksanakan dan memantau pendidikan inklusif yang dijalankan
10. Memastikan peralatan dan keperluan fizikal mencukupi
11. Mengembangkan program khas.

PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS

1. Melaksanakan PdP Pendidikan Khas.
2. Melaksanakan aktiviti kokurikulum bagi murid khas.
3. Mewujudkan suasana kelas yang menggalakkan pengajaran dan

pembelajaran.
4. Mengurus tingkah laku murid khas.
5. Menjalankan pelbagai penaksiran.
6. Membantu penyelaras dalam usaha menjayakan program khas.
7. Menjadi “Advocate” bagi hak murid khas.
8. Membantu murid berkeperluan khas bergaul dengan

murid-murid biasa dari segi sosial dan emosi.
9. Mencari kelemahan dan kekuatan murid-murid dan

menjalankan pengajaran.

16

10. Membuat alat-alat bahan bantu mengajar untuk
pengajaran yang lebih berkesan dan menarik.

11. Berhubung dengan agensi-agensi bantuan.

12. Membantu murid mencapai perkembangan yang optimum.

13. Merancang RPI untuk murid-murid bekeperluan khas
mengikut keupayaan murid tersebut.

14. Merancang aktiviti untuk murid-murid berkeperluan
khas berasaskan keperluan individu dan ujian
diagnostik.

15. Merancang penilaian berkala tentang pencapaian
murid berdasarkan keputusan untuk perubahan atau
kutipan data.

16. Melaksanakan sistem modifikasi tingkah laku untuk
meningkatkan tingkah laku yang dikehendaki atau
melupuskan yang tidak diingini.

17

Jom kenali mereka...

1 MASALAH TINGKAH LAKU DAN EMOSI
(EMOTIONAL AND BEHAVIOR DISORDER)

ISTILAH

• Turut dikenali sebagai:
ü Behaviour Disorders
ü Severe Emotional Disturbance
ü Emotionally Handicapped
ü Behaviourally Handicapped

Banyak istilah kerana terdapat ketidaksetujuan profesional mengenai
istilah-istilah yang diberikan.

• PL 94-142
- Masalah tingkah laku / gangguan emosi yang serius merujuk
kepada keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku pada
tempoh yang lama, pada darjah yang ketara dan keadaan ini
menjejaskan prestasi pembelajaran.

• IDEA (1990)
- Menggunakan istilah gangguan emosi yang teruk (Serious
emotional disturbance)
- Seseorang didefinisikan sebagai gangguan emosi mempunyai
satu atau lebih daripada ciri-ciri berikut dalam satu tempoh
masa yang panjang yang mempengaruhi pencapaian
akademiknya.
- Ketidakupayaan untuk belajar yang tidak ada kaitan dengan
kekurangan intelektual (MR/Mental retardation), kekurangan
satu deria atau faktor kesihatan (Epilapsi).
- Ketidakupayaan untuk membina hubungan sosial berkekalan
dengan rakan sebaya atau guru.
- Mudah merasai sedih.
- Menunjukkan simptom-simptom fizikal (pening, muntah) serta
ketakutan.

• IDEA 2004
- Menggunakan istilah ‘Emotional disturbance’ untuk
menggambarkan pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku
dan emosi.

18

• Perunding Psikologi Klinikal
- Menurut Perunding Psikologi Klinikal, Dr. Teoh Hsien-Jin
masalah emosi dan tingkah laku berkait dengan masalah
kesihatan mental.

• Populasi
- 1 daripada 5 orang kanak-kanak akan menghidap
(EBD/Emotional Behavior Disorder) .
- Hasil kajian oleh Kementerian Kesihatan mendapati, satu
daripada lima atau 23 peratus kanak-kanak di negara ini
mengalami masalah emosi.

CIRI-CIRI DAN KEPERLUAN DALAM PENDIDIKAN

• Tingkah laku dalaman dan tingkah laku luaran

a) Tingkah laku luaran (External behavioral)
ü Ditujukan kepada orang lain / persekitaran
ü Bersifat ‘Impulsive’
ü Kurang pengawalan diri ( agresif, mengganggu),
ü Kesan: menjejaskan pembelajaran dan perhubungan
sosial.
ü Contoh: tidak duduk di tempat duduk, menjerit, lari
mengelilingi bilik darjah, mengganggu rakan, memukul,
berkelahi / bergaduh, tidak menghiraukan guru,
merosakkan harta benda / vendalisme, berbohong, kerap
merajuk, tidak menghiraukan arahan dan bertindak
agresif seperti marah.

b) Tingkah laku dalaman (Internal behavioral)
ü Ditujukan kepada dirinya
ü Bersifat mengasingkan diri
ü Bersifat ‘Compulsive’
ü Contoh: selalu sedih, pemalu, berfokus, mengasingkan
diri, kurang kemahiran sosial, kadangkala mengadu sakit,
tertekan dan takut pada sesuatu. Tingkah laku ini
menjejaskan pembelajaran dan perhubungan sosial
ü Contoh spesifik: aneroksia, bulimia, kemurungan
skizofrenia dan keresahan.

• Pencapaian akademik yang rendah
Tahap intelektual yang sederhana, penguasaan bahasa yang
rendah, tidak dapat membaca pada tahap yang memuaskan,

19

menghadapi kesukaran mengikuti pelajaran, dan kurang memberi
tumpuan kepada tugasan yang diberi.

• Hubungan sosial yang rendah
Kesukaran bercampur gaul / berinteraksi dengan kanak-kanak lain
kerana tingkah laku luaran dan tingkah laku dalaman mereka.

PUNCA-PUNCA

1. Faktor Biologi
- Faktor biologi otak seseorang – perkembangan otak yang
tidak normal (Brain dysgenesis) atau kerosakan otak akibat
kesan daripada penyakit atau trauma yang membawa
kecederaan kepada struktur dan fungsi otak.

2. Faktor Persekitaran
- Asuhan awal yang kacau-bilau serta penuh ketegangan,
tingkah laku agresif semasa alam persekolahan dan
penyisihan sosial rakan sebaya.

3. Asuhan
- Penderaan emosi dan penderaan fizikal.
- Keabaian oleh ibu bapa.
- Keluarga yang kacau-bilau - ibu bapa sentiasa bergaduh.
- Kemiskinan dan serba kekurangan.

4. Sekolah
- Pengajaran yang tidak berkesan mengakibatkan kegagalan
akademik.
- Kekurangan pujian daripada guru melalui tingkah laku yang
baik.
- Kaedah mengajar yang tidak memberi perhatian kepada
keperluan pelajar.
- Sukar bergaul dan berinteraksi dengan rakan sebaya lain.

INTERVENSI PENDIDIKAN

• Pengajaran Kemahiran Sosial

- Contoh kemahiran: mengikut arahan, peningkatan harga-diri,
melakukan perbualan, meluahkan perasaan dengan
mengambil kira perasaan orang lain, kawalan kemarahan,
peraturan bermain dengan kawan, memantau diri sendiri,
langkah-langkah penyelesaian masalah dan bekerjasama.

20

- Tujuan: meningkatkan kemahiran sosial dan menghadapi
dengan tenang terhadap isu yang kurang menyenangkan.

- Pelibatan: ibu bapa, rakan sebaya, guru, dan kauseling.

• Pengajaran Kemahiran Akademik

- Tujuan: meningkatkan kemahiran 3M.
- Kaedah:

ü Penekanan dan lebih menumpukan perhatian terhadap
golongan EBD.

ü Pengajaran kemahiran yang sesuai dan diatur rapi.
ü Pelibatan: guru dan pihak sekolah serta ibu bapa.

• Pengurusan Tingkah Laku

- Pengurusan mendisiplin pelajar
ü Kaedah: mengajar dan menyokong tingkah laku positif.
ü Matlamat sekolah adalah untuk merangsang, mengajar,
dan menyokong tingkah laku yang sesuai dalam
peningkatan pelajaran.

- Pengurusan bilik darjah oleh guru
ü Tujuan: pembinaan tingkah laku positif; kekerapan
interaksi antara guru dengan murid dan mengurangkan
tingkah laku antisosial

- Kaedah
ü Guru menjelaskan peraturan dalam bilik darjah
ü Guru menggalakkan pelibatan aktif semua pelajar
ü Pelajar yang sukar dikawal diletakkan berhampiran meja
guru
ü Guru memberi peneguhan kepada tingkah laku positif

• Pengurusan diri

- Teknik pengurusan diri: pemantau diri (Self-monitoring).
- Tujuan: pelajar dapat memerhati dan merekod tingkah laku

yang ditunjukkan atau tidak ditunjukkan dan seterusnya
mengawal emosi dan tingkah laku mereka.

21

2 KECACATAN FIZIKAL

• Kecacatan fizikal merujuk kepada individu yang berhadapan dengan
masalah fizikal kerana ketidakupayaan dan ketidakfungsian anggota
badan mereka.

• Kecacatan fizikal berbentuk ketidakupayaan neurologi yang
melibatkan otak, dan urat saraf yang rosak. Ia juga melibatkan
kelukaan ortopedik yang melibatkan luka pada tulang, sendi dan
otot.

• (IDEA) Individuals with Disabilities Education Act
Masalah fizikal juga dikenali sebagai masalah ortopedik
merupakan masalah berkaitan sistem tulang rangka
manusia. Masalah ini tidak melibatkan masalah kepada
sensori tetapi mempengaruhi pencapaian akademik individu.
Terdapat tiga punca yang dikenal pasti membawa kepada
masalah fizikal seperti keganjilan sejak lahir (Clubfoot,
ketidakhadiran anggota), penyakit
(Polio, Bone tuberculosis ) atau disebabkan masalah lain
(Cerebral palsy, kudung, retakan).

• Suruhanjaya Hak Manusia Ontorio, Seksyen 10 (01),
Apa-apa tahap dalam ketidakupayaan fizikal, penyakit atau
kelemahan yang berpanjangan, ketidaksempurnaan
tumbesaran atau kecacatan fizikal yang disebabkan oleh
kecederaan, kecacatan ketika lahir atau penyakit dan, selain
yang disebutkan termasuklah kencing manis, sawan,
kecacatan otak, mana-mana tahap kelumpuhan, amputasi,
kekurangan koordinasi fizikal, buta atau kecacatan
penglihatan, pekak atau masalah pendengaran, bisu atau
masalah pertuturan atau kebergantungan fizikal kepada
anjing pandu, atau binatang lain, penggunaan kerusi roda
atau mana-mana alatan pemulihan lain.

• (Heward, 2000)
- Masalah ortopedik ialah sebarang masalah berkaitan dengan
sistem tulang rangka.

- Masalah neurologikal ialah masalah fizikal yang disebabkan
oleh kerosakan kepada sistem saraf pusat.

• (Bank Dunia, 2008)
- Jumlah penduduk dunia: 6.65 bilion

22

- Antara 282 dan 608 juta dikategorikan tidak upaya
- 15 – 20 % di negara membangun
- 150 juta kanak – kanak berkeperluan khas.
• United States Agency for International Development (USAID)
- 300 juta wanita menghadapi masalah kecacatan fizikal dan /

atau mental.
• World Health Organization (WHO)

- 10 % daripada populasi wanita di dunia menghadapi masalah
ketidakupayaan.

- 1 % (lebih kurang 65 juta) daripada populasi dunia
memerlukan bantuan kerusi roda.

KETIDAK UPAYAAN FIZIKAL

• Ketidakupayaan neuromotor
a) Celebral Palsi
- Sukar menggerakkan anggota badan.
b) Distropi Otot (Muscular Dystrophy)
- Otot – otot skeletal menjadi lemah dan mengecut.
- Menyebabkan lumpuh.
- Punca : penyakit keturunan.
- Kebanyakan pengidapnya mati di usia remaja.
c) Polio
- Penyakit akibat jangkitan virus Polio yang menyebabkan
kelumpuhan dan otot – otot menjadi lemah.
d) Seizure Disorders (Epilepsi)
- Serangan sawan berterusan tanpa rangsangan
- 1% dari semua kanak – kanak.
PUNCA
- Sel – sel otak tidak berfungsi dengan baik.
- Faktor keturunan dan semula jadi mendapat sawan.
- Pembentukan otak yang abnormal semasa pembentukan
janin di dalam kandungan
- Kerosakan otak yang disebabkan oleh jangkitan otak,
kekurangan oksigen / lemas atau pendarahan di bahagian
otak.

23
- Penyakit otak yang berlanjutan, contohnya kanser otak atau

penyakit yang menyebabkan otak semakin rosak.
CIRI – CIRI

- Diam seketika
- Tiba-tiba keliru atau hilang kesedaran
- Kaki dan tangan menjadi keras/kejang
- Kaki dan tangan menyentak-nyentak
- Tiba-tiba jatuh ke lantai
- Mempunyai ciri – ciri autisme dan tingkah laku yang luar

biasa
NGO

- Persatuan Epilepsi Malaysia
- Malaysian Society of Neurosciences
KETIDAKUPAYAAN TULANG
a) Spinal Cord Disorders (Spina Bifida)

(Sumber gambar: http://ohiofetalmedicine.org/)

- Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak
bersambung dengan sempurna dan menyebabkan saraf
tunjang terdedah.

- Berlaku dalam 1: 1000 kelahiran.
PUNCA

- Ia adalah disebabkan oleh kombinasi antara faktor genetik
dan persekitaran.

- Kekurangan asid folik sebelum mengandung dan pada awal
kandungan.

24

CIRI – CIRI

- Benjolan di bahagian belakang.
- Saiz kepala atau ukur lilit kepala membesar

(Meningomyelocele).
- Perubahan warna kulit, lekok, ketulan tisu lemak yang

lembut atau jumbai rerambut akan dapat dilihat di bahagian
belakang (SB Occulta).
- Hilang deria rasa di bahagian berkenaan.
- Sistem usus dan pundi kencing tidak berfungsi.
- Lumpuh

INTERVENSI

- Perkhidmatan fisioterapi dan terapi cara kerja.
- alat penyokong (Braces) dan kerusi roda.
- Penjagaan kulit mengelakkan kudis tekanan atau ulser di

bahagian yang kehilangan deria rasa.
- Latihan mengawal pundi kencing dan melakukan

pengketeran kendiri secara berkala. Pembedahan pundi
kencing mungkin diperlukan.
- Latihan kawalan buang air besar, penggunaan enema dan
pemakanan yang sihat.
- Kaunseling genetik.
- Anak seterusnya 3 – 4 % mungkin mendapat penyakit sama.

KETIDAKUPAYAAN SENDI

b) Juvenile Idiopathic Arthritis (JIA)

- Penyakit radang yang melibatkan satu atau lebih sendi
badan yang menyebabkan kesakitan, sendi merasa ketat dan
bengkak selama sekurang-kurangnya 6 minggu dan selalu
menyerang kanak – kanak bawah 16 tahun.

- 1 : 1000 kanak – kanak berpotensi diserang penyakit JIA

PUNCA

- Tiada sebab yang dapat dikenal pasti.
- Tidak berjangkit.
- Tidak disebabkan oleh makanan yang tertentu.
- bukan penyakit keturunan.

25

CIRI – CIRI

- Demam yang berpanjangan tanpa sebab yang diketahui.
- Satu atau lebih sendi badan yang sakit atau bengkak.
- Sendi merasa ketat terutamanya di waktu pagi atau selepas

tidak bergerak.
- Buat masa yang lama contohnya duduk lama di dalam kereta

atau semasa sesi PdP.
- Sukar untuk berjalan atau berjalan dengan tempang.
- Sukar untuk melakukan aktiviti harian seperti memakai baju,

makan, menyikat rambut atau menggunakan tangan seperti
biasa.
- Ruam.
- Masalah penglihatan dan mata merah (jarang sekali berlaku).
- Pembesaran yang tidak memuaskan (kerdil).
- Perkembangan tulang yang tidak perlahan atau terlalu
pantas disebabkan oleh radang sendi, ini menjadikan saiz
dan panjang anggota badan tidak sekata.
- Sendi menjadi rosak dan seterusnya cacat.
- Buta (jika keradangan mata tidak dirawat).

PEMULIHAN

- Fisioterapi dan terapi pemulihan carakerja.
- Hydroterapi
- Senaman meregangkan badan.
- Diet (kandungan Kalsium, Vitamin D, Zat Besi yang tinggi).

c) Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

- Gangguan sistem pertahanan badan seseorang individu.
- Badan mengeluarkan antibodi yang memusnahkan sel

badannya sendiri.
- Kesannya organ-organ tubuh seperti buah pinggang, otak,

paru-paru, jantung, kulit, sendi dan sistem darah menjadi
rosak.

TANDA DAN KOMPLIKASI

- Demam yang berpanjangan
- Turun berat badan
- Sakit sendi
- Ruam kulit terutama bahagian yang terdedah kepada cahaya

matahari
- Kudis/luka pada mulut

26

- Bengkak muka dan kaki
- Rambut gugur
- Kegagalan fungsi buah pinggang
- Jangkitan
- Muka merah (Flare)
- Kesan sampingan dari ubat-

ubatan yang dimakan seperti
Steroids dan Saitotoksik.

NGO
- Persatuan SLE Malaysia

d) Masalah Ortopedik
Melibatkan struktur tulang, otot dan sendi berkeadaan tidak normal.

JENIS – JENIS

1. Bowlegs (kaki melengkung keluar)
2. Knock-knee (kaki membengkok ke dalam)
3. Flatfeet (tiada lengkungan di tengah tapak

kaki)
4. Clubfoot (kaki melengkung ke tengah,

jemari ke bawah)
5. Dislokasi Congenital Tulang Pinggul (sendi

pinggul tidak normal)

CIRI – CIRI

- Kaki tidak sama panjang
- Gaya jalan tidak normal
- Lambat berjalan
- Gaya jalan seperti itik
- Pergerakan pinggul yang terhad

PEMULIHAN

- Fisioterapi
- Rawatan ortopedik

• Ketidakupayaan dan ketidakfungsian yang melibatkan
sistem saraf dan mempengaruhi keupayaan motor.

27

PUNCA – PUNCA
- Kecederaan di otak
- Penyakit keturunan
- Ketumbuhan di otak
- Keracunan plumbum dan grafit
- Jangkitan meningitis, encephalitis
- Penyalahgunaan dadah
- Alkohol
- Sindrom Sturge-weber
- Terjatuh yang serius di kepala
- Penderaan
- Terdedah kepada racun yang merbahaya
- Kelahiran anak tidak cukup bulan
- Kelahiran anak tidak cukup berat badan

KEPERLUAN DALAM PENDIDIKAN
• Semasa PdP

- Penggunaan pemegang buku (Book holders) atau buku teks
elektronik yang dapat membantu kanak–kanak yang tidak
berupaya memegang buku.

- Penggunaan komputer atau alat tulis khas yang tidak
memerlukan tekanan yang kuat.

- Guru perlu berpengetahuan mengenai penyakit murid supaya
dapat memberi bantuan segera apabila diperlukan.

- Mengajar murid yang memerlukan Clean Intermittent
Catheterization (CIC).

- Dibenarkan banyak bergerak di dalam kelas
- Beri khidmat tutor atau tuisyen untuk murid – murid

bermasalah pembelajaran yang sering cuti.
- Rakam sesi pembelajaran
• Kemudahan awam dan di sekolah
- Penyediaan braces, critches atau walkers di dalam kelas.
- Selusur di pasang di sepanjang koridor di sekolah.
- Papan tulis lebih rendah untuk kemudahan orang yang

berkerusi roda.
- Kedudukan meja dan kerusi memberi ruang yang luas untuk

bergerak.

28

- Meja dan kerusi yang telah diubah suai untuk keselesaan,
boleh mencegah kecederaan serta dapat mengelakkan
penyakit yang dihadapi menjadi lebih teruk.

- Menggunakan “e-chat room”, murid bermasalah tidak perlu
ke sekolah atau menggunakan perkhidmatan lain.

29

3 KERENCATAN AKAL
(MENTAL RETARDATION)

• Terencat akal ialah kanak-kanak yang mengalami perkembangan
minda dan daya pemikiran yang kurang ataupun tidak lengkap
termasuk kecacatan dalam fungsi intelek dan sosial.

• Evans (1983)
Mendefinisikan kerencatan mental sebagai individu yang
tidak dapat belajar secepat orang yang normal; tidak dapat
menyimpan maklumat sebaik individu yang normal dan yang
tidak dapat memahami dengan jelas serta sukar
menggunakan maklumat dalam sesuatu situasi kepada
situasi lain.

• Kirt Gallagher & Anastsiow
Mendefinisikan kerencatan akal ialah kekurangan sedia ada
yang signifikan terhadap kefungsian intelek dalam dua atau
lebih kemahiran seperti kemahiran komunikasi, penjagaan
diri, kemahiran hidup, sosial, kesihatan dan keselamatan,
akademik, rehat dan kerjaya.

• Menurut Doll (1964), sekiranya seseorang kanak-kanak tidak dapat
menguasai kemahiran yang seharusnya dimiliki oleh kanak-kanak
normal yang sebaya, kemungkinan besar dia mengalami kerencatan
mental.

• Menurut Edward Seguin, pelajar-pelajar terencat akal boleh diasuh
melalui latihan deria motor .

• Federal Government (2005)

- “Mental retardation means significant subaverage general
intellectual functioning, existing concurrently with deficits in
adaptive behavior and manifested during the developmental
period, that adversely affects a child’s educational performance.”

• American Association of Mental Retardation, (2002)

- “Mental retardation is a disability characterized by significant
limitations both in intellectual functioning and in adaptive
behavior as expressed in conceptual, social, and practical
adaptive skills. This disability originates before age 18.”

30

CIRI-CIRI

Aras Klasifikasi AAMD Klasifikasi AAMR
Pengkelasan (IQ) (IQ)
Ringan 50 - 70 50 – 55 hingga 70
(Mild)
Sederhana 35 - 49 35 – 40 hingga 50 -55
(Moderate)
Teruk 20 - 24 20 – 25 hingga 35 - 40
(Severe)
Amat Teruk Bawah 20 Bawah 20-25
(Profound)

PUNCA-PUNCA

Faktor Prenatal

- Ketidaknormalan kromosom atau jangkitan atau penyakit yang
dialami oleh ibu atau janin (pada awal kandungan iaitu tempoh 3
bulan pertama dalam kandungan).

a) Down Syndrome

ü Kecelaruan genetik.
ü Mempunyai lebih satu kromosom pada pasangan kromosom ke-

21.

b) Phenylketunoria

ü Kecelaruan metabolik.
ü Terjadi apabila tubuh tidak berupaya menghasilkan bahan kimia

yang diperlukan untuk menukar bahan kimia toksik kepada
bahan kimia yang tidak berbahaya.

Faktor Pranatal
- Kecederaan semasa lahir.
- Lahir tidak cukup bulan.
- Cedera akibat prosedur kelahiran menggunakan forsep atau
vakum.
- Tali pusat terbelit.
- Kekurangan oksigen.

Faktor Postnatal
- Kecederaan otak.

31

- Encephalitis ( pembengkakan pada otak )
- Keracunan plumbum

• Kognitif
- Ingatan: kerap terlupa tentang apa yang telah dipelajari.
- Generalisasi: masalah membuat generalisasi dalam akademik,
tingkah laku dan interaksi sosial.
- Motivasi: mengalami masalah motivasi yang rendah seperti
mudah putus asa.
- Bahasa: lewat dalam perkembangan bahasa.

• Akademik
- Pencapaian akademik adalah rendah.

• Sosial
- Menghadapi kesukaran dalam hubungan sosial.
- Mempunyai masalah menguasai kiu-kiu sosial yang halus.

• Tingkah laku
- Mempunyai tingkah laku yang khusus seperti suka
mencederakan diri.

• Emosi
- Perlukan perhatian akibat daripada perasaan kesunyian dan
kemurungan.

• Fizikal dan kesihatan
- Mempunyai masalah kesihatan sampingan selain kecacatan
yang dialami.

KEPERLUAN DALAM PENDIDIKAN

§ Program untuk bayi dan prasekolah

a) Model Home-based: kanak-kanak terima perkhidmatan di rumah
daripada ibu bapa dengan bantuan ahli profesional bagi
mengenal pasti keperluan, memperkembangkan program
pengajaran dan memantau peningkatan.

b) Program center-based: kanak-kanak mendapat perkhidmatan
dan pengajaran di pusat penjagaan daripada staf dan ibu bapa.

c) Program combination home-center based: kanak-kanak
menerima pengajaran di rumah dan di pusat. Ibu bapa diberi

32

latihan di pusat untuk mengajar anak mereka di rumah. Staf
pula akan datang ke rumah untuk membuat pemantauan dan
berbincang tentang perkembangan anak mereka.

§ Program untuk kanak-kanak dan remaja

a) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Pendidikan di bawah Program Integrasi Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran.

b) Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
(KPNPM)
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti : memberi latihan dan
pendidikan yang tertumpu kepada pemulihan.

Taman Sinar Harapan: melatih dan menjaga individu terencat
akal yang teruk.

Program latihan yang disediakan bergantung kepada tahap
keupayaan fizikal dan mental penghuninya iaitu kelas akademik
tidak formal, latihan pravokasional, aktiviti pemulihan, pendidikan
agama dan moral, sukan dan rekreasi serta aktiviti luar.

c) Kementerian Kesihatan Malaysia
Bertanggungjawab dalam pengesanan dan penapisan kanak-
kanak yang dilahirkan berisiko mengalami terencat akal atau
ketidakupayaan lain.
Mencegah dan memberi rawatan.

d) Badan-badan Sukarela
Memberi latihan dan pendidikan.

e) Tasputra Perkim, Malaysian Care, Kiwanis, Wisma Harapan.

33

4 ADHD
(Attention Deficit Hyperactivity Disorder)

• Kebanyakannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki.

• Tiada punca utama ditemui walaupun faktor genetik dan
ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin
menyumbang kepada terjadinya masalah ini.

• Uniknya kanak-kanak ADHD boleh menghafal dengan baik, tetapi
bukan dalam subjek pelajaran. Bahkan mereka juga berisiko untuk
menipu (berlaku secara automatik) untuk menyelamatkan diri
daripada dimarahi ibu bapa atau guru.

CIRI-CIRI

Kurang Tumpuan

- Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.
- Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya.
- Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah.
- Tidak dapat menyelesaikan tugasnya.
- Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap

dengannya.
- Tidak berupaya mematuhi arahan.
- Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran.
- Mudah hilang perhatian.
- Pelupa.

Hyperaktif

- Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat
dan resah di tempat duduknya

- Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk
di situ

- Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari
kanak-kanak biasa)

- Bising waktu bermain
- Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)
- Banyak bercakap
- sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah

"digerakkan oleh motor."
- mudah melibatkan diri dengan aktiviti berbahaya tanpa

mempertimbangkan akibatnya.

34

- Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7
tahun

- Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan
- Perubahan ini berlaku lebih daripada satu tempat atau keadaan

seperti di sekolah, rumah, tempat awam
- Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu
- Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan
- Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-

kanak itu di sekolah, dengan rakan rakan dan kehidupan
hariannya.

Menurut kata hati (Impulsive)

- Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan
belum habis

- Tidak sabar menunggu giliran
- Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap

atau bermain.
- Ketidaksabaran dan kesukaran menangguhkan reaksi.
- Mencekau barang daripada orang lain.
- Menyentuh benda yang tidak seharusnya disentuh.
- Sering membuat lawakjenaka.

• Menurut Sciutto, Terjesen dan Frank (2000), diagnosis ADHD yang
tepat kerap kali menjadi rumit kerana:

- Banyak masalah yang berkaitan dengan ADHD juga merupakan
ciri kecelaruan kelakuan kanak-kanak yang lain.

- ADHD selalunya diiringi dengan pelbagai kecelaruan
perkembangan dan psikiatri yang lain.

- ADHD boleh terjadi kepada manusia. Punca biologi seperti
masalah neurologi dan genetik (Bower,2003; National Institute of
Mental Health, 2003; The National Resource Center onAD/HD,
2003).

- Pengkaji dan doktor mengatakan ADHD berpunca daripada
genetik tetapi tidak diketahui sebab utama yang mampu
mengesahkan bagaimana ADHD boleh terjadi kepada manusia.

PUNCA-PUNCA

a) Genetik/Biologi
- Kelahiran pramatang, bayi dilahirkan dengan berat badan
berkurangan dan kecederaan pada otak ketika di dalam perut
ibu.

35

b) Persekitaran
- “Beberapa kajian dilakukan dan mendakwa merokok ketika
mengandung boleh menyebabkan anak berisiko mendapat
ADHD.

c) Neurologikal
- Dr Syed Nazir berkata, ADHD berlaku apabila ada perubahan
kimia yang dipanggil neurotransmitters pada otak manusia.

- Neurotransmitters- Cairan kimia ini berfungsi menghantar
pesanan antara sel saraf ke otak. Bagi individu yang
kekurangan kimia ini akan menunjukkan simptom ADHD.

KEPERLUAN DALAM PENDIDIKAN

- Mendapat perkhidmatan kesihatan mental yang sewajarnya.
- Rawatan untuk ADHD bertujuan membaiki fungsi individu dalam

semua hal.
- Mengurangkan simptomnya, mencegah kesan negatif, dan

meningkatkan pendidikan dan kemahiran.
- Melibatkan pendekatan multidisiplin yang menggabungkan

bidang perubatan, pendidikan dan psikososial (Pledge, 2002).

§ Peranan Guru Pendidikan Khas

- Berfungsi sebagai sumber maklumat tentang ADHD.
- Memainkan peranan untuk membantu pelajar yang mengalami

ADHD.
- Membantu guru dan ibu bapa yang berinteraksi dengan kanak-

kanak ADHD melalui proses perundingan.
- Memainkan peranan sebagai perunding kepada ibu bapa dan

guru untuk mendidik mereka supaya menjalankan intervensi
modifikasi tingkah laku di rumah dan di dalam bilik darjah.
- Membantu murid ADHD membentuk penghargaan suai diri yang
tinggi.
- Kurikulum pendidikan guru pendidikan khas harus memberi
penekanan kepada pelbagai kecelaruan yang dialami oleh
kanak-kanak dan remaja dalam latihan sebelum perkhidmatan,
dan kursus dalam perkhidmatan.
- Guru pendidikan khas pula mesti mengamalkan sikap
pembelajaran seumur hidup.
- Personal utama adalah untuk menjaga kesihatan mental kanak-
kanak di sekolah.

36

§ Peranan Ibu Bapa

- Sediakan persekitaran yang tenang dan teratur.
- Mesti tegas, sabar dan konsisten.
- Aturkan tugasan dengan jelas.
- Menggalakkan ibu bapa untuk menyediakan rutin yang

sesuai di rumah dan tetapkan masa.
- Arahan mesti jelas, pendek, mudah dan konsisten.
- Ulang arahan dengan tenang dan cara yang positif.
- Pastikan anak selesa untuk meminta bantuan.

RAWATAN

a) Terapi Tingkah laku
ü Beri maklum balas positif kepada kanak-kanak kerana tugas
yang berjaya dilakukan.
ü Memuji jika kanak-kanak ini dapat berhenti dan memikir
mengenai sesuatu tugas walaupun belum memulakannya.

b) Rawatan Ubatan
ü Menyediakan ubat stimulant untuk membantu kanak-kanak
ADHD menjadi tenang, dapat menumpukan perhatian dan
kurang bertindak mengikut gerak hati.

c) Latihan Tumpuan (Attention Training)

d) Latihan Hubungan Mata (Eye Contact)

e) Latihan Kemahiran Sosial (Social Skills & Training)

f) Intervensi Tingkah laku
ü Diagnosis dibuat dengan mengenal pasti corak tertentu
tingkah laku kanak-kanak serta membuat pemerhatian dan
mendapatkan laporan tingkah laku mereka di rumah dan di
sekolah daripada ibu bapa dan guru sekolah.

ü Rawatan untuk ADHD perlu diselitkan dengan program
psikologi, sosial dan pendidikan yang boleh membantu
kanak-kanak mempelajari kemahiran baharu, sikap dan
tingkah laku yang seharusnya untuk mereka mengatasi
tuntutan hidup.

37

5 MASALAH PENDENGARAN

• Masalah pendengaran adalah melibatkan ketidakupayaan
• untuk mendengar.

• Menurut Cruickshakn dan Johnson (1975), kebolehan kanak-
kanak menggunakan deria dengarnya dan juga apabila
• kecacatan itu dialami.

• Terdapat dua kategori iaitu pekak dan separuh pekak. Pekak
CIRI-CIRI ialah kanak-kanak yang mempunyai deria dengar yang tidak
berfungsi. Manakala separuh pekak adalah kanak-kanak
yang masih boleh menggunakan deria dengar tetapi dengan
menggunakan alat bantuan mendengar.

Menurut Chua Tee Tee (1992), kanak-kanak pekak boleh
dikatakan lebih tepat sebagai seorang yang rosak
pendengaran dalam kebanyakan keadaan. Contohnya
mempunyai pendengaran yang separa, adalah luar biasa
kerana memang ia tidak dapat bertindak ke arah bunyi-bunyi
sekeliling.

Asmah Haji Omar (1984), mentakrifkan pekak sebagai
seorang yang dilahirkan dengan kecacatan pada deria
pendengaran yang tidak dapat mengenal bunyi bahasa,tidak
dapat mendengar perbualan orang lain dan tidak dapat
mengalami serta menghayati pemikiran dan budaya melalui
bahasa.

Kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah mereka yang
menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan
pendengaran yang jelas. Masalah pendengaran berpunca
daripada faktor sebelum lahir, semasa lahir dan selepas lahir.

- Selalu kurang tumpuan.
- Selalu gagal bertindak balas terhadap pertuturan orang lain

terutama dalam situasi bising.
- Selalu meminta orang mengulang percakapan.
- Selalu maju rapat kepada penutur.
- Memberi perhatian kepada muka penutur.
- Memberi jawapan yang tidak kena pada soalan.

38

- Sering meninggalkan beberapa bunyi daripada pertuturannya
atau menggantikan dengan bunyi lain.

- Mempunyai suara yang terlalu perlahan atau terlalu kuat.
- Lambat bertindakbalas terhadap arahan.
- Sukar menentukan arah bunyi.
- Selalu sakit tekak dan telinga berair.
APA YANG PERLU DILAKUKAN

a) Periksa telinga semasa bayi
- Walaupun dilahirkan dengan pendengaran sempurna, namun

tanpa penjagaan rapi, sistem sofistikated anugerah Tuhan ini
boleh rosak, terutama jika sering terdedah kepada bunyi kuat.
- Masalah pendengaran juga boleh dibahagikan kepada
bersifat jenis sementara atau kekal. Masalah sementara
biasanya boleh diubati kerana ia mungkin disebabkan saluran
telinga dipenuhi tahi telinga yang menghalang gelombang
bunyi dan jangkitan kuman (biasanya pada telinga tengah)
dan ruang dalam tulang dipenuhi air.
b) Kerosakan koklea

- Manakala masalah pendengaran kekal biasanya disebabkan
kerosakan koklea. Ia hanya boleh diatasi melalui
pembedahan implan koklea. Antara faktor yang
menyebabkan masalah pendengaran kekal ialah pendedahan
kepada bunyi terlalu bising dan kuat iaitu 120 desibel yang
merosakkan sel rerambut pada koklea, serangan penyakit
teruk yang boleh mendatangkan masalah pendengaran dan
keturunan.

39

- Jika anda mendapati anda menghadapi masalah
pendengaran, buat pemeriksaan segera. Bahkan, bayi baru
lahir juga disarankan menjalani pemeriksaan pendengaran
kerana masalah pendengaran dikategorikan sebagai masalah
tersembunyi yang hanya diketahui apabila kanak-kanak
semakin membesar dan ketinggalan berbanding rakan seusia
lain.

- Proses bercakap bermula dengan pendengaran (sejak umur
enam bulan bayi dilahirkan) dan biasanya kanak-kanak mula
bercakap mengeluarkan bunyi pertuturan bermakna apabila
mencecah umur setahun.

- Jika pada umur ini baru disedari mereka mengalami masalah
pendengaran dan mendapatkan rawatan, bermakna mereka
tertinggal tiga tahun berbanding kanak-kanak sebaya lain.
Lebih baik jika masalah ini dapat dikesan awal dan diberi
bantuan segera supaya mereka tidak ketinggalan.

CARA MENGATASI

- Secara amnya, ada empat jenis alat bantu pendengaran
yang dikategorikan mengikut saiz, harga dan kedudukan,
seperti alat bantu pendengaran yang diletak di belakang
cuping telinga, di hujung saluran telinga, dalam saluran
telinga atau ditanam dalam telinga atau pacakan koklea
(cochlea implant).

- Semua alat ini mempunyai fungsi sama yang dilengkapi
mikrofon dan penguat bunyi. Namun, kesesuaian
penggunaan setiap alat bantu pendengaran tertakluk kepada
umur, tahap kerosakan pendengaran dan harga.

- Selain alat bantu pendengaran, bagi kes-kes tertentu,
pacakan koklea boleh menggantikan penggunaan alat bantu
pendengaran. Secara ringkasnya, pacakan koklea berfungsi
sebagai alat meningkatkan pendengaran melalui rangsangan
elektrik pada sel saraf di telinga dalam.

- Ia mengandungi dua komponen utama, iaitu pakej alat
penerima-perangsang dan sebaris elektrod yang dimasukkan
ke bahagian telinga dalam menerusi pembedahan dan alat
pemprosesan pertuturan serta alat penerima bunyi yang
dipakai di bahagian luar telinga.

40

- Walau apapun alat digunakan (sama ada alat bantu
pendengaran atau pacakan koklea), kanak-kanak khususnya
perlu menjalani terapi susulan bagi mengoptimumkan
kebolehan mendengar dan seterusnya diharap dapat
membantu perkembangan pertuturan dan bahasa.

KEPERLUAN DALAM PENDIDIKAN

- Semasa di dalam kelas, kanak- kanak bermasalah
pendengaran diajar menggunakan bahasa isyarat sebagai
cara mereka berkomunikasi. Keperluan khas mereka di
dalam pendidikan ialah memerlukan guru yang mahir di
dalam menggunakan bahasa isyarat. Guru- guru juga perlu
memahami gerak-geri mereka.

41

6 AUTISME

• Leo Kanner (1943)

- Kanak-kanak yang mempunyai masalah sosial, sering
bersendirian dan berada dalam dunianya sendiri. Mereka
berasa kurang senang dengan perubahan di sekeliling dan
berminat pada benda yang luar biasa.

- Autisme ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang
dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam
pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi.

- Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam
1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap dalam kalangan kanak-
kanak lelaki.

- Gejala-gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu
berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.

CIRI-CIRI

- Perbualan satu pihak
-
- Tidak menunjukkan minat
- Mengulangi sesuatu perbuatan
-
- Tidak main olok-olok
- Mengibas-ngibaskan tangan
- Ketawa berdekah-dekah tidak sesuai dengan keadaan
-
- Suka memutar objek
- Tiada hubungan mata
- Benci perubahan
-
PUNCA Mengulangi percakapan mengenai perkara yang sama
Tidak bermain dengan orang lain
Hanya menyertai kumpulan jika dibantu atau didesak

Tunjukkan keinginan dengan tangan orang dewasa

- Kekurangan oksigen ketika proses kelahiran
- Proses kelahiran secara paksaan (vacuum extraction)
- Gangguan neuro transmitter dalam sistem saraf
- Infeksi neurologikal
- Gangguan bahan kimia di dalam otak

42

PERANAN PELBAGAI DISIPLIN (MULTIDICIPLINE)

a) Pakar pertuturan dan bahasa

ü Terapi pertuturan dan bahasa
ü Untuk memperbaiki komunikasi dalam kalangan kanak-

kanak

b) Pakar terapi cara kerja

ü Cara pulih kerja ( occupational therapy )
ü Untuk menambah baik kemahiran kemasyarakatan

seperti : eye contact.
ü Pemerhatian dan tumpuan serta membantu kanak-kanak

menjalankan aktiviti harian.
ü Berbagai-bagai rangsangan pancaindera / deria

c) Pendidikan khas

ü Kanak-kanak autisme perlu berdaftar dengan Bahagian
Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia
supaya keperluan pendidikan mereka dapat diberikan.

ü Borang pendaftaran boleh diperoleh di Jabatan
Pendidikan atau di sekolah.

ü Terdapat juga pertubuhan bukan kerajaan yang dapat
memberikan pendidikan kepada kanak-kanak autisme
seperti National Autistic Society of Malaysia (NASOM )

ü Pendaftaran kurang upaya (Disability registration )
ü Kanak-kanak autisme boleh berdaftar dengan Jabatan

Kebajikan Masyarakat.

43

7 MASALAH PENGLIHATAN

• Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud
sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana
masalah penglihatan.

• Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu
diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat
mengoptimumkan pembelajaran dan pencapaian mereka.

• Murid-murid di program ini juga mengikuti pelajaran yang sama
seperti diikuti oleh murid normal.

• Yang berbeza ialah kaedahnya, di mana murid-murid ini didedahkan
kepada penggunaan bahan cetak yang dibesarkan saiz tulisannya
bagi yang rabun manakala bagi yang buta mereka akan diajar
menggunakan huruf braille.

• Program ini juga disediakan dalam dua jenis iaitu sekolah khas
masalah penglihatan dan di sekolah biasa (bagi program integrasi).

• Kanak-kanak ini memerlukan kurikulum khas yang khusus dan
kaedah pengajaran yang sesuai dengan ketidakupayaan mereka.

• Masa mereka di sekolah adalah masa yang amat berharga yang perlu
digunakan sepenuhnya untuk meminimumkan kesan kecacatan
terhadap keupayaan mereka.

• Terdapat dua kategori utama dalam masalah penglihatan iaitu buta
dan rabun ataupun juga disebut penglihatan terhad (low vision).
Pertubuhan Sedunia (WHO) mendefinisikan kedua-dua ketegori ini
sebagai :

- Buta: Penglihatan kurang daripada 3/60, pada mata yang terbaik
ataupun medan penglihatan kurang daripada 10° setelah
menerima rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive)

- Rabun ataupun penglihatan terhad (low vision) : Penglihatan
kurang daripada 6/18 sehingga persepsi cahaya mata yang
terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10°
sesudah rawatan ataupun pembetulan biasan (reflactive).
Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas
seharian menggunakan deria penglihatan.

44

• Apabila kanak-kanak itu buta, ini tidak bermakna ia tidak
mendapat stimulasi penglihatan langsung. Kanak-kanak itu
mungkin dapat melihat cahaya dan kegelapan.

• Majoriti kanak-kanak bermasalah penglihatan adalah dalam
kategori (low vision) dan deria penglihatan mereka masih boleh
digunakan.

• Kurang upaya penglihatan; Buta (Blind), penglihatan kurang
daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan
menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata).

• Blindness is the condition of lacking visual perception due to
physiological or neurological factors.

• American Medical Association (AMA) adopted the following
definition of blindness; Central visual acuity of 20/200 or less in
the better eye with corrective glasses or central visual acuity of
more than 20/200 if there is a visual field defect in which the
peripheral field is contracted to such an extent that the widest
diameter of the visual field subtends an angular distance no
greater than 20 degrees in the better eye.

• In November 2004 the article Magnitude and causes of visual
impairment, the WHO estimated that in 2002 there were 161
million (about 2.6% of the world population) visually impaired
people in the world, of whom 124 million (about 2%) had low
vision and 37 million (about 0.6%) were blind.

CIRI-CIRI

Rupa Bebola mata yang selalu berputar-putar
- Mata yang selalu bergerak-gerak
-
- Tidak bertindak balas terhadap cahaya yang terang
- Bintik-bintik putih pada pupil
- Bahagian tepi mata berwarna merah
-
- Mata selau berair
Mata yang terlalu sensitif terhadap cahaya.

Tingkah laku

- Selalu memusingkan kepala ke sebelah sahaja, misalnya untuk
melihat papan tulis ataupun objek

- Selalu mengerutkan mata ataupun mengecilkan anak mata

45

- Kerap berkelip
- Kerap menggosok mata
- Selalu menutup sebelah mata
- Selalu terlanggar objek
- Keliru dengan huruf
- Menonton televisyen ataupun membaca buku dengan jarak

dekat
- Memegang kepala dengan cara luar biasa
- Kerap menangis
- Memegang buku ataupun bahan bacaan terlalu dekat dengan

muka ataupun pada sudut berlainan
- Sering mencari-cari baris ayat yang dibaca
- Meniru kerja kawan
- Tidak menyiapkan tugasan yang diberi
- Selalu mengelak membuat sebarang tugasan yang diberi
Perlakuan
- Selalu mengadu sakit kepala, loya dan pening
- Penglihatan kabur
- Nampak dua imej pada satu objek
- Penglihatan kabur selepas tekun membuat kerja
- Sensitif terhadap cahaya
- Mata yang selalu gatal
PUNCA-PUNCA

§ Terdapat pelbagai punca bagi kecacatan ini termasuk:
ü Baka dan keturunan
ü Komplikasi semasa hamil dan semasa lahir
ü Rubella
ü Sifilis (Syphilis)
ü Kecederaan
ü Penyakit

- Rubella ialah penyakit virus berjangkit seakan-akan cacar
yang boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi sekiranya dihidapi
oleh seseorang ibu yang mengandung antara satu hingga tiga bulan.

46

KEPERLUAN PENDIDIKAN

Kanak-kanak ini diajar menggunakan deria-deria ;

a) Sentuh – melalui sentuhan, kanak-kanak dapat belajar
mengenal objek.

b) Pendengaran – melalui pendengaran, kanak-kanak dapat
mengenal orang melalui suara dan objek melalui bunyi yang
dihasilkan.

c) Bau – melalui bau, kanak-kanak dapat mengenal perbezaan
antara makanan, orang dan tempat.

d) Rasa – melalui rasa, kanak-kanak dapat mengenal perbezaan
antara makanan.

APA YANG BOLEH DILAKUKAN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN
KANAK-KANAK MASALAH PENGLIHATAN:

- Letakkan objek yang berbunyi (jam, loceng angin, radio) di
bahagian berlainan di dalam rumah untuk membantu kanak-
kanak mengenal pasti susunan rumah.

- Galakkan kanak-kanak ini mencari dan merasa tekstur yang
berlainan di sekeliling rumah seperti lantai, permaidani, kayu,
tingkap kaca, dinding berplaster, meja marmar dan
sebagainya.

- Carilah mainan dan buku yang mempunyai nombor, huruf
atau rekaan yang timbul yang boleh disentuh dan diterokai
oleh kanak-kanak ini.

- Permainan yang melibatkan pasir dan air, membuat kolaj,
tanah liat dan membuat lukisan tangan ialah aktiviti
pembelajaran yang baik.

- Baca dengan kuat cerita-cerita yang mempunyai jalan cerita
yang mudah diteka. Anda juga boleh memilih cerita yang
mempunyai penerangan yang menarik mengenai sesuatu
aksi atau objek.

- Guntingkan simbol, bentuk, huruf dan nombor daripada
kertas pasir atau kadbod. Pandu tangan kanak-kanak


Click to View FlipBook Version