1
SIRAH
(40 SOAL JAWAB PENTING SIRAH
RASULULLAH SAW)
Penulis
Dr Ahmad Sukari Bin Mohamad
Ilustrasi & Rekabentuk
Dr. Eni Eliza Binti Ghazali
eISBN
Edisi Pertama @ 2022
Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam
buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan
dalam cara yang boleh dipergunakan lagi ataupun
dipindahkan tanpa kebenaran bertulis daripada
penulis.
2
PENGHARGAAN
Al-hamdulillah, syukur kerana impian dan
harapan menghasilkan ebook bertajuk “Celik Sirah
: 40 soal jawab berkaitan sirah Rasulullah SAW”
akhirnya dapat direalisasikan. Sesungguhnya
buku ini akan menyingkap sirah Rasululah SAW
untuk dipelajari dan dihadam dalam bentuk soal
jawab bagi memudahkan kefahaman dan
penghayatan pembaca.
Rakaman setinggi-tinggi penghargaan
kepada Prof. Madya Dr. Mohd Nizam bin Sahad
atas dorongan dan bimbingan dalam menulis
sehingga penulisan buku terhasil dengan jayanya.
Ucapan terima kasih kepada Bahagian Takmir,
Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan
pengarah IPGKTB, Encik Mohd Saat bin Abas atas
sokongan kepada penulis dan memberi ruang
untuk menggunakan eISBN, IPGKTB.
Sesungguhnya jasa kalian tidak terbalas.
Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada
isteriku Pn. Nazahah binti Abdul Razak, semua
anak-anak (Nurul Afiqah, Muhammad Syafiq
3
Ikmal, Aishah Nabilah dan Muhammad Alif
Ramadhan) atas sokongan moral dan idea
sepanjang penulis menyiapkan penulisan ini.
Terima kasih semua.
4
KANDUNGAN
1 Apakah maksud sirah Rasulullah SAW?
2 Pentingkah sirah Rasulullah SAW?
3 Siapakah Rasulullah SAW?
4 Tahukah anda silsilah keturunan Rasulullah
SAW?
5 Bagaimana keadaan masyarakat Arab
jahiliyyah sebelum Islam?
6 Irhas! Apa tu?
7 Siapakah penyusu-penyusu Rasulullah SAW?
8 Bagaimana zaman kanak-kanak dan remaja
Nabi?
9 Kenapa nabi beruzlah?
10 Apakah keistimewaan Saidatina Khadijah?
11 Apakah wahyu pertama yang diturunkan
kepada nabi Muhammad SAW?
5
12 Apakah bentuk-bentuk tentangan yang
dihadapi Rasulullah SAW dalam menyebarkan
dakwah?
13 Apakah contoh-contoh siksaan yang dihadapi
oleh para sahabat?
14 Bagaimana cara Rasulullah SAW berdakwah
pada peringkat awal kepada orang Arab
Quraisy?
15 Apakah yang dimaksudkan dengan dakwah
jahriah?
16 Siapakah sahabat-sahabat assabiqun al-
awwalun?
17 Apakah kepentingan Peristiwa Isra’ dan Mikraj
dalam dakwah nabi Muhammad SAW?
18 Siapakah isteri-isteri Rasulullah SAW?
19 Sebutkan latar belakang anak-anak Rasulullah
SAW?
20 Apakah maksud golongan muhajirin dan
golongan ansar?
6
21 Nyatakan hijrah-hijrah yang pernah dilalui oleh
Rasulullah SAW dan sahabat?
22 Bagaimana penduduk Madinah menyambut
para sahabat dan Rasulullah SAW dalam
peristiwa hijrah?
23 Apakah strategi yang dilakukan oleh
Rasulullah SAW dalam mengurus Madinah?
24 Nyatakan kehebatan strategi
pengantarabangsaan dakwah Rasulullah
SAW?
25 Sebutkan peperangan yang berlaku di zaman
Rasulullah SAW dan sebabnya?
26 Apakah kandungan Piagam Madinah?
27 Senaraikan kronologi sirah Rasulullah dari
lahir baginda hingga dakwah di Mekah
28 Senaraikan kronologi sirah Rasulullah SAW
dari saat mula menerima wahyu (bi’thah)
hingga sebelum hijrah baginda ke madinah?
29 Senaraikan kronologi sirah Rasulullah SAW
dari hijrah hingga kewafatan Baginda?
7
30 Apakah mukjizat yang dikurniakan Allah SWT
kepada Rasulullah SAW?
31 Apakah kandungan khutbah wada’?
32 Bagaimana anda membuktikan bahawa anda
mencintai nabi?
33 Bagaimana beradab terhadap Rasulullah
SAW?
34 Apakah bukti Islam agama keamanan dan
bukan tersebar melalui peperangan?
35 Apakah faktor kejayaan dakwah Rasulullah
SAW?
36 Rasulullah SAW dituduh phedofelia.
Bagaimana menolak dakyah tersebut?
37 Al-Quran bukan dari Rasulullah SAW.
Buktikan.
38 Kenapa kita wajib beradab terhadap
Rasulullah SAW?
39 Apakah kehebatan Rasulullah SAW sebagai
nabi akhir zaman?
8
40 Berdasarkan sirah Rasulullah SAW, apakah
cara dakwah yang sesuai dilakukan pada
masa kini?
9
1. Maksud Sirah Rasulullah SAW?
Perkataan sirah sering kali diungkapkan dalam
masyarakat melayu, namun ramai yang kurang arif
makna sebenar kepada kalimah tersebut.
Secara asasnya, perkataan sirah berasal dari
kalimah arab yang bermaksud jalan, keadaan atau
tingkah laku yang dinisbahkan kepada manusia
atau selainnya. Jika disebutkan seseorang
membaca buku sirah tentang seseorang,
maksudnya ia sedang membaca sejarah, keadaan
atau cerita tentang kehidupan individu tersebut.
Dari segi istilah pula apabila disandarkan kalimah
sirah kepada kalimah nabawiyyah “Sirah
Nabawiyah” ia merujuk kepada kumpulan kisah-
kisah yang sampai kepada kita berupa peristiwa-
peristiwa atau kejadian-kejadian dalam kehidupan
Nabi SAW, budi pekerti Nabi SAW, sifat fizikal Nabi
SAW, serta hal–hal yang berkaitan dengan
peperangan dan perjalanan hidup Nabi SAW.
(Kitab al-Ta’rif bil Islam)
10
2. Pentingkah sirah Rasulullah SAW.
Kepentingan mengetahui sirah Rasulullah SAW
sememangnya tidak dapat disangkal oleh setiap
individu muslim. Ini adalah kerana seseorang yang
mempelajari sirah akan dapat:
1. Memahami, menganggap dan
menggambarkan bahawa hakikat Islam
semuanya diperlihatkan dalam kehidupan
Rasulullah SAW itu sendiri.
2. Mendapat contoh yang baik tentang kaedah
tarbiah dan ta’lim.
3. Memperolehi pendidikan dan pengetahuan
Islam yang sahih sama ada yang berkaitan
dengan aqidah , hukum-hakam dan akhlak.
4. Memahami dan merasai maksud dan tujuan
isi kandungan al-Quran lantaran banyaknya
ayat-ayat al-Quran yang mengisahkan
kejadian dan peristiwa-peristiwa sejarah
hidup Nabi Muhammad SAW.
5. Meningkatkan kecintaan kita kepada
Rasulullah SAW.
11
“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar
kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku,
nescaya Allah mengasihi kamu serta
mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan
(ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani.”
(Surah Ali ‘Imran : 31)
6. Mengetahui Kemuliaan dan Kebesaran
Rasulullah SAW.
3. Siapakah Rasulullah SAW?
Dari sudut bahasa Rasulullah SAW bermaksud
rasul utusan Allah SWT. Kalimah ini merujuk
kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW,
seorang nabi akhir zaman yang membawa
risalah Islam kepada seluruh alam. Baginda
merupakan nabi yang dilantik bagi
membebaskan manusia dari kesyirikan kepada
menyembah Allah SWT dalam seluruh aspek
kehidupan.
12
Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang
berbangsa Arab dari keturunan mulia bani
Hasyim. Baginda pernah bersabda:
“Siapakah aku?” Para Sahabat R.A
menjawab, “Engkau adalah Rasul Allah.”
Nabi SAW bersabda, “Aku adalah
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib.
Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk
(manusia), kemudian Dia menjadikan aku di
dalam sebaik-baik ciptaanNya, kemudian
Dia menjadikan beberapa kabilah, lalu
menjadikan aku di dalam kabilah terbaik,
kemudian Dia menjadikan mereka beberapa
rumah, dan menjadikan aku di dalam rumah
terbaik dan paling baik jiwanya.”
(Riwayat Imam Ahmad)
13
4. Tahukah anda silsilah keturunan
Rasulullah SAW?
Carta di atas menggambarkan silsilah keturunan
Rasulullah SAW dari sebelah bapa dan ibu di
mana keturunan nabi dari sebelah ibu dan sebelah
bapa bertemu di peringkat kilab. Secara umum
nabi Muhammad SAW adalah dari bangsa quraish
yang tinggal di Mekah dan dari keturunan nabi
Ismail dan nabi Ibrahim yang telah membina
Kaabah.
14
Nabi Ibrahim pernah berdoa saat membangunkan
Mekah agar dibangkitkan seorang Rasul di bumi
Mekah:
ََروَباّنَْْالِ َْكوابَْمَعةَ َْوثيَُزفِكِييِِههْْمم إَِرَنُّسَوكلاًأَنِْمْنَتُه اْملَْعيَْتِزيلُُزواَْْعلَلَْيِكِهي ُْمم ءَاََيتِ َك َويَُعلِ ُم ُه ُم الْ ِكتَا َب
“Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang
Rasul dari kalangan mereka, yang akan
membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau,
dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab (al-
Qur'an) dan al-Hikmah (al-Sunnah) serta
menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah
yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.
( Surah al-Baqarah: 129)
15
5. Bagaimana keadaan masyarakat Arab
jahiliah sebelum Islam?
Keadaan masyarakat Arab jahiliah boleh dilihat
dari tiga sistem kehidupan iaitu:
Sistem -Semangat asabiah
sosial -Dipimpin oleh ketua (syeikh) yang
kuat dan berani. Mereka yang
Sistem lemah ditindas terutamanya
ekonomi golongan wanita
-Menjual berhala, wangi-wangian,
Politik rempah-ratus, bijirin.
-Keuntungan melalui cukai, riba,
penindasan, perdagangan dalam
bentuk kumpulan (kafilah)
-Struktur pemerintahan tidak
teratur disebabkan penjajahan
kuasa-kuasa asing (kerajaan di
utara semenanjung Arab (kerajaan
Habsyah, Parsi) dan di bahagian
selatan.
16
Sumber daripada
6. Irhas! Apa tu?
Irhas bermaksud perkara luar biasa yang
berlaku kepada Rasulullah SAW sebelum
diangkat dan dilantik menjadi nabi & rasul.
Sebelum Peristiwa tentera bergajah,
kelahiran kehamilan Siti Aminah (ibu
nabi) dikhabarkan melalui
mimpi, tanah persekitaran
tempat tinggal Siti Aminah
yang kering bertukar menjadi
17
subur, Siti Aminah tidak
merasa sakit ketika
mengandungkan Rasulullah
SAW seperti wanita
mengandung yang lain.
Semasa Malam kelahiran nabi
kelahiran
berlakunya gegaran di Istana
Selepas
kelahiran Kisra, Api sembahan orang
Majusi terpadam dan beberapa
berhala rosak dan musnah.
Peristiwa belahan dada nabi,
kerap berlaku kejadian tahi
bintang, Nabi SAW sentiasa
diiringi awan kecil, lembah
Mekah menerbitkan air dan
subur, ladang subur dan
binatang ternakan
mengeluarkan hasil yang
banyak, Halimatus Sa’diah dan
suaminya beberapa kali
melihat Nabi SAW sentiasa
diiringi awan dimana tompokan
kecil awan seolah-olah
melindungi baginda dari panas
matahari, Keldai yang
ditunggang Halimatus Saadiah
semasa membawa Nabi SAW
18
ke perkampungan Bani Sa’ad
bergerak pantas sekali, ketika
perjalanan Nabi SAW dan Abu
Talib daripada Aqabah ke
Syam pokok-pokok tunduk
sujud kepada Nabi SAW
(jawab Rahib Bahira kepada
Abu Talib), cap kenabian di
bawah tulang belikat Nabi
SAW.
7. Siapakah penyusu – penyusu
Rasulullah SAW?
Tiga orang penyusu Rasulullah SAW adalah:
1. Ummu Aiman- Barakah binti Tsa'labah al-
Habasiyyah. Beliau adalah ibu susuan
pertama nabi SAW yang merupakan
hamba kepada Abdullah bin Abdul
Muthalib, bapa Nabi Muhammad SAW.
2. Thuwaibah Al-Aslamiyah- bekas hamba
Abu Lahab) dan dikenali sebagai wanita
penyayang. Beliau telah menyusukan
Rasulullah selama 3 hari dan juga
19
menyusukan Hamzah Bin Abdul Muthalib
iaitu bapa Saudara Nabi SAW dan Abu
Salamah Bin Abdil ‘Asad Al Makhzumi
3. Halimatus Saa’diah – Nama penuhnya
adalah Halimah Binti Abi Dzuaib As-
Sa’diah R.A. Berasal dari pedalaman iaitu
di sebuah perkampungan suku Bani
Saad. Beliau merupakan ibu susuan
paling terkenal. Antara adik beradik
susuan Nabi ketika bersama Halimatus
Sa’adiah ialah:
a. Abdullah, Unaysah dan Judamah - ketiga-
tiga mereka ialah anak kandung Halimah.
b. Abu Sufyan Bin Al Harith Bin Abdul
Mutalib - sepupu Nabi yang sangat
memusuhi Nabi namun memeluk Islam
ketika peristiwa Fathul Makah
(pembukaan Mekah)
c. Hamzah Bin Abdul Mutalib (bapa saudara
nabi).
20
8. Bagaimana zaman kanak kanak dan
remaja Nabi?
Nabi SAW adalah seorang yang cekal, tabah
dan berani sejak kecil. Ujian ketiadaan bapa
semenjak lahir dan kematian ibu ketika berumur
6 tahun menjadikan diri baginda seorang yang
cekal.
Tarbiah dan didikan yang diterima oleh
Rasulullah SAW semasa membesar di
perkampungan Bani Saad menjadikan Baginda
seorang yang mempunyai tubuh yang kuat,
jasmani yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa
yang berani dan mampu menunggang kuda
dengan baik sekalipun masih kecil usianya.
Riak wajah pada muka Baginda menimbulkan
rasa sayang kepada sesiapa yang melihat
Baginda. Sebagai contoh, Baginda dibenarkan
duduk di atas tilam datuknya Abdul Mutalib
kerana memiliki keistimewaan sedangkan cucu-
cucu yang lain tidak diizinkan.
21
Antara pekerjaan nabi semasa kanak-kanak
dan remaja adalah memelihara kambing.
Baginda membantu Ibu susuannya memelihara
kambing. Baginda juga memelihara kambing
semasa tinggal dengan Abu Talib (bapa
saudara) sehingga berumur 21 tahun.
Dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah
SAW bersabda:
“Tidak ada Nabi kecuali pernah menjadi
pengembala kambing”. Mereka para sahabat
bertanya, “Apakah engkau juga wahai
Rasulullah?” Baginda bersabda: “Ya, aku telah
mengembala dengan imbalan beberapa qirath
(mata wang dinar) dari penduduk Mekah”.
(Riwayat Bukhari: 2262)
Selain memelihara kambing, baginda belajar
berniaga dari Abu Talib. Buktinya pada usia 12
tahun baginda keluar ke Syam bagi mengikuti
rombongan perniagaan. Semasa meningkat
dewasa, baginda mula menjalankan perniagaan
secara keci-kecilan. Lantaran sifat al-amin yang
22
ada pada diri Baginda, Siti Khadijah telah memilih
baginda untuk memimpin khafilah perdagangan.
Hasilnya, perniagaan tersebut sangat
menguntungkan dan peribadi mulia nabi makin
terserlah dan disegani oleh orang quraisy
termasuk Siti Khadijah sehingga menghantar
utusan meminang baginda.
9. Kenapa Nabi beruzlah ?
Uzlah bermaksud mengasingkan atau memisah
diri dari seseorang atau masyarakat. Baginda
beruzlah lantaran kurang senang dengan amalan
syirik, khurafat dan maksiat yang berleluasa dalam
masyarkat jahiliah. Dengan beruzlah Baginda
dapat memikirkan kekuasaan Allah SWT yang
mencipta sekalian alam.
23
10. Apakah keistimewaan Saidatina
Khadijah RA?
Saidatina Khadijah atau nama penuhnya Khadijah
Binti Khuwailid adalah isteri pertama yang
dikahwini oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW
berumur 25 tahun ketika berkahwin sementara
Saidatina Khadijah berusia 40 tahun. Beliau
seorang yang berketurunan quraisy, hartawan,
dermawan dan baik hati. Beliau juga adalah wanita
pertama yang memeluk Islam dan mendorong
serta mendokong perjuangan Rasulullah SAW.
Beliau sedia mengorbankan harta, masa, tenaga
demi suami tercinta dan perjuangan menyebarkan
agama Islam.
Beliau telah mempunyai 3 orang anak sebelum
berkahwin dengan Rasulullah SAW dan
melahirkan 6 orang anak hasil perkongsian hidup
bersama Rasulullah SAW.
24
11. Apakah wahyu pertama yang
diturunkan kepada nabi Muhammad
SAW?
Surah al-Alaq ayat 1- 5 adalah wahyu pertama
yang diturunkan kepada nabi. Ia diturunkan ketika
nabi beruzlah (mengasingkan diri) di gua Hira’
pada malam jumaat 17 ramadhan tahun ke 40
daripada keputeraan nabi. Surah al-Alaq
menerangkan bahawa Allah menciptakan manusia
dari segumpal darah, kemudian memuliakannya
melalui proses membaca, menulis dan
mempelajari ilmu pengetahuan. Manusia perlu
mengenali asal kejadian mereka dan terus
berusaha untuk belajar supaya mereka dapat
mengenali pencipta yang sebenar.
25
12. Apakah bentuk-bentuk tentangan yang
dihadapi Rasulullah SAW dalam
menyebarkan dakwah?
Antara bentuk-bentuk tentangan yang dihadapi
Rasulullah SAW adalah:
1. Nabi dituduh sebagai tukang sihir, tukang
syair, orang gila dan sebagainya.
26
2. Usaha tawar-menawar yang cuba
diajukan oleh orang Quraisy untuk
mempertemukan Islam dengan Jahiliah
pada suatu jalan tengah.
3. Mencaci Nabi ketika baginda sedang
melakukan tawaf.
4. Menarik selendang Nabi dengan kuat
sehingga baginda tercekik.
5. Nabi Muhammad SAW dicaci oleh setiap
orang yang berjumpa dengannya
termasuk kanak-kanak.
6. Memutuskan hubungan jual beli, ziarah-
menziarahi dan hubungan perkahwinan
sahabat yang beriman.
7. Meletakkan duri dan kotoran pada laluan
nabi.
8. Abu Lahab pernah memijak leher nabi
ketika solat.
9. Menyamakan ajaran Islam dengan kisah
dongeng.
10. Menghalang orang ramai dari mendengar
al-Quran.
11. Mencabar nabi mendatangkan mukjizat.
27
12. Meminta bantuan ahli kitab di Yathrib
untuk mengajukan soalan berkaitan
Zulkharnain, Ashabul Kahfi dan roh.
13. Apakah contoh-contoh siksaan
yang dihadapi oleh para
sahabat?
Antara contoh-contoh siksaan adalah:
1. Bilal bin Rabah sering diseksa oleh tuannya
iaitu Umayah bin Khalaf dengan mengheret
keliling kota dan diseksa di bawah panas
matahari serta meletakkan batu besar di atas
dada.
2. Keluarga Yasir diseksa oleh Bani Mahzum.
3. Uthman bin Madh’um iaitu saudara susuan
Nabi yang melindungi dirinya pada salah
seorang pemuka musyrik Quraisy bernama
Walid bin Mughirah diseksa sampai matanya
rosak.
4. ‘Amir bin Fuhairah, Abu Fukaihah, Zinnirah,
Ummu Unais, Lubainah, anaknya Al-
28
Nahdiyyah, Khabbab dan selainnya disiksa
sehinggakan ada yang syahid sebagaimana
keluarga Sumayyah & Yasir.
14. Bagaimana cara Rasulullah SAW
berdakwah pada peringkat awal
kepada orang Arab Quraisy?
Rasulullah SAW memulakan dakwah secara
sir (rahsia) setelah turunnya wahyu kedua
dari surah al-Muddassir yang
memerintahkan nabi supaya bangun dari
tidur, menyucikan diri dan memberikan
peringatan kepada manusia. Nabi
menumpukan dakwah kepada ahli keluarga
Baginda yang terdekat, kaum kerabat dan
beberapa insan yang terpilih dalam kalangan
sahabat. Rumah al-Arqam Bin Abi Arqam
dijadikan tempat pertama dalam
penyampaian dakwah dan tarbiah oleh Nabi
Muhammad SAW. Dakwah ketika ini berjaya
mengislamkan 40 orang lelaki dan
perempuan. Kebanyakannya adalah dari
29
kalangan fakir, hamba dan orang Quraisy
yang tidak mempunyai kedudukan. Dakwah
secara rahsia ini berlaku selama 3 tahun
15. Apakah yang dimaksudkan dengan
dakwah jahriah?
Dakwah jahriah bermaksud dakwah yang
dilakukan secara nyata atau terang-terangan.
Dakwah ini berlaku selepas turunnya firman
Allah yang bermaksud;
“Oleh itu, sampaikanlah secara berterus terang
apa yang diperintahkan kepadamu (Wahai
Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan
bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik
itu”. (Surah al-Hijr: 94)
Ketika itu Islam semakin kuat kerana Hamzah
Bin Abdul Mutalib dan Umar bin al-Khattab telah
memeluk Islam. Dalam melaksanakan dakwah
secara terang-terangan, pernah baginda berdiri
di atas bukit Safa untuk mengumpulkan Bani
Fihr dan Bani ‘Adi. Kemudian baginda
30
menyampaikan dakwah namun diganggu oleh
Abu Lahab yang mencemuh nabi kerana
menyampaikan dakwah secara terbuka kepada
orang ramai.
Kesan dari dakwah jahriah ini, makin ramai
orang quraisy memeluk Islam. Keadaan ini
dikhuatiri oleh pembesar-pembesar quraisy
sehingga mereka melakukan perbagai usaha
bagi menyekat Islam dari terus tersebar.
16. Siapakah sahabat-sahabat
assabiqun al-awwalun?
Assabiqun al-awwalun merujuk kapada para
sahabat yang awal menerima dakwah Baginda
SAW. Individu yang paling awal memeluk Islam
ialah Saidatina Khadijah, Saidina Ali, Saidina
Zaid bin Harithah dan Saidina Abu Bakar. Anak-
anak Nabi SAW; Zainab, Ruqayyah, Ummu
Kulthum dan Fatimah. Saidina Abu Bakar
31
merupakan seorang yang berpengaruh ketika
itu. Beliau telah banyak membantu Nabi dalam
mengislamkan beberapa tokoh-tokoh besar
iaitu Uthman Bin Affan, Zubair Bin Awwam,
Abdur Rahman Bin Auf, Saad Bin Abi Waqash
dan Thalhah Bin Ubaidillah.
17. Apakah kepentingan Peristiwa
Isra’ dan Mikraj dalam dakwah nabi
Muhammad SAW?
Isra’ bermaksud perjalanan Rasulullah SAW dari
masjidil Haram di Mekah dengan menaiki burak ke
Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis, Palestin
sementara Mikraj bermaksud perjalanan
Rasulullah SAW dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul
Muntaha. Peristiwa ini penting kepada nabi
kerana:
1. Ia berlaku pada tahun Rasulullah SAW
kehilangan dua insan yang banyak
membantu nabi iaitu Saidatina Khadijah
32
(isteri nabi) dan Abu Talib (bapa saudara
nabi)
2. Menambahkan semangat dan motivasi
nabi untuk terus berdakwah setelah
melihat pelbagai perkara sam’iyyat
seperti neraka, syurga dan lain-lain.
3. Menunjukkan kepentingan solat kerana
nabi menerima arahan solat secara
langsung dari Allah SWT ketika mikraj.
4. Menambahkan ilmu berkaitan gambaran
syurga dan neraka serta keadaan
penghuni di dalamnya.
5. Menunjukkan kelebihan masjid al-haram
dan masjid al-Aqsa.
18. Siapakah isteri-isteri Rasulullah ?
Isteri-isteri Rasulullah atau disebut sebagai
“Ummahatul Mukminat” merujuk kepada
isteri-isteri yang dikahwini oleh Rasulullah
SAW. Baginda pernah berkahwin dengan 13
orang isteri. Gelaran “Ummahatul Mukminat”
(ibu orang-orang beriman) disebut didalam
al-Quran:
33
“Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga
kebajikan orang-orang yang beriman
daripada diri mereka sendiri; dan isteri-
isterinya adalah menjadi ibu mereka...”
(Surah al-Ahzab: 6)
1. Khadijah binti Khuwailid R.A (556-619 M)
2. Saudah binti Zam’ah bin Qois R.A (596-
674M)
3. A’isyah binti Abi Bakr As-Shiddiq R.A (614-
678 M)
4. Hafshah binti Umar bin Khatab R.A (607-
antara tahun 648 dan 665)
5. Zainab binti Khuzaimah R.A (595-626 M)
6. Ummu Salamah, Hindun binti Abi Umayyah
R.A (599-683 M)
7. Zainab binti Jahsy bin Rabab R.A (588-641
M)
8. Juwairiyah binti Al-Harits R.A (605-670 M)
9. Ummu Habibah binti Abi Sufyan R.A (591-
665 M)
10. Shafiyah binti Huyai bin Akhtab (628-
672 M)
11. Maimunah binti Al-Harits R.A (602-681 M)
12. Mariyah Al-Qibtiyah ( - 637M)
13. Raihanah binti Zaid Al-Quradziyah
34
19. Sebutkan latar belakang anak
anak Rasulullah SAW?
Al-Qasim Meninggal ketika berusia 2
tahun
Zainab Zainab berkahwin dengan Abu
Al Asr bin Al-Rabi’, anak
saudara Saidatina Khadijah RA
yang merupakan seorang
peniaga yang terkenal dengan
sifat jujur
Ruqayyah Berkahwin dengan Utbah
(meninggal (anak Abu Lahab (bapa
pada 2 Saudara Nabi), kemudian
Hijrah) berkahwin dengan Saidina
Othman bin Affan.
Ummu Berkahwin dengan Utaibah
Kalsom (anak Abu Lahab; bapa
(meninggal Saudara Nabi). Berkahwin
8 hijrah) dengan Saidina Othman bin
Affan selepas kakaknya
Ruqayyah meninggal dunia
pada 3 Hijrah.
Fatimah Berkahwin dengan Saidina Ali
(Anak saudara nabi) pada 2
Hijrah
35
Abdullah Meninggal ketika kecil
Ibrahim Anak kepada Mariah Qibtiah.
Meninggal ketika berusia 17
bulan
*Semua anak nabi dilahirkan oleh Saidatina
Khadijah kecuali Ibrahim yang dilahirkan oleh
Mariah Qibtiah.
20. Apakah maksud golongan
muhajirin dan golongan ansar ?
Perkataan muhajirin berasal dari kata 'hajara',yang
bererti berhijrah,sedangkan muhajirin bererti orang
Islam yang berhijrah. Dalam sejarah Islam,
perkataan muhajirin biasanya merujuk kepada
orang-orang yang berhijrah bersama Rasulullah
SAW dari kota Mekah ke kota Madinah. Perkataan
Ansar pula berasal dari kata 'nasara’ yang
bermaksud menolong. Sedangkan kaum Ansar
bererti kaum penolong. Dalam sejarah Islam,
perkataan ansar biasanya dimaksudkan kepada
umat Islam Madinah yang membantu Rasulullah
SAW dan sahabatnya yang berhijrah ke Madinah.
36
21. Nyatakan hijrah-hijrah yang pernah
dilalui oleh Rasulullah dan sahabat?
Dalam sirah Rasulullah SAW, peristiwa hijrah
berlaku sebanyak tiga kali iaitu:
1. Hijrah ke Habsyah. Hijrah ke Habsyah
berlaku sebanyak dua kali iaitu pada tahun
ke lima dan pada tahun ke tujuh dari
kenabian. Pada kali pertama seramai 15
orang telah berhijrah ke Habsyah,
melibatkan 10 orang lelaki dan 5 orang
perempuan. Antara mereka ialah : Saidina
Uthman bin Affan, Az-zubir bin Awam, Abdul
Rahman bin Auff,Usman bin Mazun, Rokiyah
putri Rasulullah SAW dan lain-lain. Mereka
kembali semula ke Mekah setelah tiga bulan
menetap di Habsyah. Lantaran berlaku
peningkatan tekanan dan penyiksaan ke
atas umat Islam, Rasulullah memerintah
hijrah kali kedua ke Habsyah. Hijrah kali
kedua ini melibatkan seramai 101 orang
yang berhijrah. Ia melibatkan 83 lelaki dan 18
perempuan. Rombongan ini diketuai oleh
sepupu Rasulullah SAW iaitu Ja'affar bin Abi
Talib.
37
2. Hijrah ke Thaif yang berlaku pada tahun ke
10 dari kenabian. Baginda berhijrah bersama
dengan Zaid bin Haritsah (bekas hamba
baginda yang dimerdekakan). Baginda tidak
disambut dengan baik oleh Bani Thaqif,
malahan dihalau, dicerca dan dibaling
dengan batu oleh budak-budak atas perintah
penduduk tempatan sehingga berdarah kaki
baginda. Zaid bin Haritsahlah yang berusaha
menjadi benteng baginda ketika dilempar
batu oleh anak-anak kecil tersebut. Lantaran
itu Rasulullah SAW kembali semula ke
Mekah.
3. Hijrah ke Madinah. Peristiwa ini berlaku pada
tahun ke 13 dari kenabian baginda. Hijrah
nabi berlaku susulan dari peristiwa Bai’ah
Aqabah 1 dan Bai’ah Aqabah 2 dengan
penduduk Yathrib (Madinah). Mereka telah
beriman dan mengalu-alukan kedatangan
nabi ke Yathrib. Selepas menerima arahan
Allah SWT untuk berhijrah, Rasulullah SAW
berhijrah bersama Saidina Abu Bakar ke
Madinah.
38
22. Bagaimana penduduk Madinah
menyambut para sahabat dan
Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah?
Penduduk Madinah secara umumnya telah
membuat persediaan mental untuk
menyambut para sahabat dan Rasulullah
SAW dari awal lagi sebelum hijrah. Ini
terbukti dengan berlakunya perjanjian
aqabah satu dan aqabah dua.
Sebelum Rasulullah SAW berhijrah telah
ada para sahabat yang berhijrah ke Madinah
untuk menyebarkan Islam. Mereka dialu-
alukan oleh penduduk Madinah. Setelah
mereka mengetahui Rasulullah SAW dalam
perjalanan ke Madinah mereka keluar
beramai-ramai dan menunggu dengan
penuh kegembiraan. Kedatangan Rasulullah
SAW disambut dengan nasyid “Thalaal
Babdu Alaina”. Setelah sampai mereka
berebut-rebut menawarkan tempat
penginapan dan penempatan kepada
Rasulullah SAW namun ditolak oleh
39
Rasulullah dengan penuh hikmah. Ini
membuktikan perasaan gembira penduduk
Madinah dengan kehadiran Rasulullah
SAW.
23. Apakah strategi yang dilakukan oleh
Rasulullah dalam mengurus Madinah?
Sebaik tiba di Madinah, Rasulullah SAW memilih
untuk mendirikan sebuah masjid di Quba. Setelah
tinggal di sana beberapa hari, baginda
meneruskan perjalanan ke Madinah dan
seterusnya membina menginapan dengan
membeli tanah untuk mendirikan rumah dan juga
masjid (Masjid Nabawi). Selepas itu baginda
berusaha untuk mempersaudarakan antara
golongan muhajiran dan golongan ansar. Dalam
catatan sejarah, ada 90 orang sahabat telah
dipersaudarakan. Antaranya:
1. Ja’far bin Abi Talib dengan Mu’adz bin
Jabal
40
2. Ammar bin Yasir dengan Huzaifah al-
Yamani
3. Abu Bakar Al-Siddiq dengan Kharjah
bin Zaid
4. Uthman bin Affan dengan ‘Aus bin
Sabit
5. Umar bin Khattab dengan Utbah bin
Malik
6. Abdurrahman bin ‘Auf dengan Sa’ad
bin Rabi’
7. Salman al-Farisi dengan Abu Darda.
Selain itu, baginda telah mengadakan perjanjian
dengan golongan bukan Islam yang tinggal di
Madinah yang terdiri dari orang yahudi dari tiga
suka kaum iaitu, bagi bani Quraidhah, bani Nadhir
dan bani Qainuqaq bagi mengatur dan mentadbir
Madinah. Perjanjian tersebut dikenali dengan
Piagam Madinah.
41
24. Nyatakan kehebatan strategi
pengantarabangsaan dakwah Rasulullah
SAW?
Rasulullah SAW menggunakan pelbagai
strategi dalam mengantarabangsakan dakwah
Islamiah. Antaranya:
1. Penghantaran utusan dan sariah.
Contohnya, Mus’ab bin Umair diutus ke
Yathrib (untuk mengembangkan
Islam), Abdul Rahman bin Auf diutus
ke Dauma al-Jandal.
2. Pengutusan gabenor. Contohnya,
Muaz bin Jabal dan Abu Musa Al-
Asy’ari dihantar ke Aden.
3. Penghantaraan surat kepada negara
atau raja seperti Qaisar (Raja Rom),
Raja Basra, Al-Muqauqis (Raja Mesir),
Najasyi (Raja Habsyah). Isi kandungan
surat tersebut menerangkan tentang
agama Islam dan mengajak mereka
untuk menerima Islam.
4. Penerimaan utusan dari luar negara.
42
25. Sebutkan peperangan yang
berlaku di zaman Rasulullah SAW dan
sebabnya?
Peperangan dalam Islam secara umumnya
bertujuan untuk membela diri, keluarga,
mempertahankan agama dan negara,
mencari keamanan, menentang kezaliman,
mempertahan hak dan mencegah kerosakan
yang dilakukan oleh musuh Islam. Perlu
dijelaskan bahawa peperangan yang disertai
oleh Rasulullah SAW dirujuk sebagai
gazwah.
Rasulullah terlibat secara langsung lebih
daripada lapan gazwah (peperangan),
antaranya: Perang Badar, Perang Uhud,
Perang Bani Nadzir, Perang Bani Quraizah,
Perang Khandak, Perang Tabuk, Perang
Muktah, Perang Hunain. Berikut adalah
peperangan yang berlaku dan sebab-sebab
peperangan tersebut berlaku:
43
NAMA SEBAB
PEPERANGAN
Perang Badar Abu Sufyan sengaja
mengadu domba dan
menyebarkan berita
kononnya Rasulullah
SAW dan para sahabat
ingin membunuhnya.
Sebenarnya misi baginda
SAW adalah mengambil
balik hak para sahabat
kerana Abu Sufyan keluar
ke Syam bagi
memperdagangkan
barangan para sahabat
kalangan Muhajirin yang
ditinggalkan di Mekah
sewaktu keluar berhijrah.
Perang Uhud Mempertahankan diri,
agama dan negara. Pihak
kafir Quraisy ingin
menuntut bela dan
membalas dendam atas
kekalahan mereka dalam
perang badar.
Perang Perang ini terjadi akibat
Khandaq konspirasi
44
kabilah Bani
Nadhir dimana
kaum Quraisy dengan
seluruh sekutunya
bekerja sama dalam
rangka
menghancurkan Islam.
Peperangan ini berlaku
setelah Bani Nadhir diusir
dari Madinah kerana
mereka
melanggar perjanjian.
Mereka telah merancang
untuk membunuh Nabi
Muhammad SAW
dan rancangan mereka
telah dibongkarkan
melalui wahyu oleh Allah
SWT.
Susulan daripada
peristiwa ini, maka
tercetus perang Khandaq
atau dikenali juga perang
Ahzab. Pemimpin Bani
Nadhir telah mengajak
Bani Fazzarah, Bani
Murrah dan Bani Asyjak
45
untuk menentang kaum
muslimin habis-habisan
dan menghapuskan Islam
hingga ke akar
umbi. Peperangan ini
berlaku pada bulan
Syawal tahun ke 5 Hijrah
bersamaan 627 Masihi.
Perang Bani Bani Nadhir telah
Nadzir
melanggar
Perang
Quraizah perjanjian dan mereka
telah merancang untuk
membunuh nabi. Ini
adalah kerana, Nabi
Muhammad SAW
merupakan sumber
kekuatan orang islam di
Madinah.
Bani Menentang kezaliman
berlaku setelah Bani
Quraizah
mengisytiharkan
pembatalan perjanjian di
saat genting perang
Khandak. Lalu Rasulullah
SAW mengarahkan 3000
46
tentera Islam mengepung
perkampungan Bani
Quraizah. Saidina Ali RA
ditugaskan untuk
membawa panji Islam.
Perang Tabuk Mencari keamanan-
berlaku di antara tentera
Islam dan Romawi Timur.
Setelah mereka
mendengar kedatangan
tentera Islam, timbul rasa
takut dan gerun kepada
kekuatan tentera Islam.
Rasulullah didatangi
Yuhanah bin Rubbah
menawarkan perjanjian
perdamaian lalu
Rasulullah menerima dan
menulis surat perjanjian
diantara kedua-dua
pihak. Akhirnya
peperangan tidak berlaku
dan tidak ada
pertumpahan darah yang
terjadi. Tentera Islam
kembali tanpa
peperangan.
47
Perang Muktah Peperangan pemula dan
Perang Hunain.
pembuka jalan untuk
menakluk negeri-negeri
Nasrani dan peperangan
ini adalah peperangan
besar yang tercatat
dalam sejarah Islam.
Rasulullah SAW
mengirimkan surat
melalui utusannya Harith
bin Umair RA. Tatkala
utusan baginda sampai
ke Mu’tah dia dihalang
dan dibunuh. Lalu
Rasulullah SAW.
menghantar pasukan
tentera Islam untuk
menuntut bela atas
kematian Harith bin
Umair RA.
Peperangan ini berlaku
lantaran persediaan awal
bani Hawazain dan
Thaqif untuk memerangi
Rasulullah SAW setelah
mengetahui bahawa
Rasulullah memerangi
48
penduduk Mekah dalam
peristiwa Fathu Mekah
pada tahun ke 8 hijrah
26. Apakah kandungan Piagam
Madinah?
Piagam Madinah merupakan perlembagaan
bertulis pertama di dunia yang dilakukan oleh Nabi
Muhammad SAW pada tahun pertama hijrah. Ia
dikenali juga dengan nama Perjanjian Madinah,
Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah.
Piagam ini mengandungi 47 fasal. 23 fasal
membicarakan tentang hubungan antara
umat Islam sesama umat Islam iaitu
antara Ansar dan Muhajirin. 24 fasal yang berbaki
membicarakan tentang hubungan umat Islam
dengan umat bukan Islam iaitu yahudi. Antara
kandungan utama piagam tersebut adalah:
1. Nabi Muhammad SAW adalah ketua
negara untuk semua penduduk Madinah
dan segala pertelingkaran hendaklah
dirujuk kepada baginda.
2. Semua penduduk Madinah ditegah
bermusuh-musuhan dan berhasad
49
dengki sesama sendiri, sebaliknya
mereka hendaklah bersatu dalam satu
bangsa iaitu bangsa Madinah.
3. Semua penduduk Madinah bebas
mengamalkan adat istiadat upacara
keagamaan masing-masing.
4. Semua penduduk Madinah hendaklah
bekerjasama dalam
masalah ekonomi dan mempertahankan
Kota Madinah dari serangan oleh musuh-
musuh dari luar Madinah.
5. Keselamatan orang Yahudi adalah
terjamin selagi mereka taat kepada
perjanjian yang tercatat dalam piagam
tersebut.
27. Senaraikan kronologi sirah
Rasulullah SAW dari lahir baginda
hingga dakwah di Mekah
UMUR PERISTIWA
40 Tahun -Abdullah dan Aminah binti
Sebelum Wahab berkahwin.
Diutuskan -Bapa Baginda meninggal di
Yathrib.
50