The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

40 Soal Jawab Berkaitan Sirah Rasulullah SAW ini menyingkap sirah Rasululah SAW untuk dipelajari dalam bentuk soal jawab bagi memudahkan kefahaman dan penghayatan pembaca.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by enighazali, 2022-07-04 22:19:08

40 SOAL-JAWAB BERKAITAN SIRAH RASULULLAH 5.7.2022

40 Soal Jawab Berkaitan Sirah Rasulullah SAW ini menyingkap sirah Rasululah SAW untuk dipelajari dalam bentuk soal jawab bagi memudahkan kefahaman dan penghayatan pembaca.

(Tahun -Abrahah al-Asyram memimpin

Gajah- tentera bergajah untuk

571M) meruntuhkan Kaabah.

-Baginda SAW dilahirkan di

Syi’ab Bani Hasyim pada pagi

hari Isnin, 12 Rabiul Awwal

tahun gajah, bersamaan 20

atau 21 April 571M.

-Abdul Mutalib membawa

cucunya ke dalam Kaabah dan

menamakan Muhammad.

-Berita kelahiran Nabi

Muhammad disambut

gembira.

Sehingga Baginda SAW disusukan oleh

berumur dua Halimah al-Saadiah di

tahun kampung Bani Sa‘ad, Taif.

(572M)

2 - 4 Tahun -Peristiwa pembedahan dada

(576M) Baginda.

-Baginda SAW dikembalikan

ke pangkuan ibunya.

5 – 6 Tahun Tinggal dan dipelihara oleh

ibunya, Aminah dengan penuh

kasih sayang.

51

6 – 8 Tahun Bermusafir ke Yathrib pada
8 – 12 Tahun usia 6 tahun bersama ibu,
Ummu Aiman dan datuknya
untuk melawat makam bapa
iaitu Abdullah. Di sana Aminah
jatuh sakit dan wafat di Abwa’.
Aminah dikebumikan di sana.
-Datuknya, Abdul Mutalib
mengambilalih tugas menjaga

dan memelihara nabi dibantu
oleh Ummu Aiman.

-Datuk Baginda meninggal
dunia pada usia nabi 8 tahun.
-Baginda dipelihara oleh bapa

saudaranya Abu Talib.
-Baginda SAW bermusafir ke
Syam untuk berniaga pada
usia 12 tahun.
-Baginda memelihara kambing
kepunyaan penduduk Mekah.

-Baginda terpelihara daripada

terlibat dengan sebarang
program maksiat penduduk
Mekah.
-Baginda seorang yang sangat
rajin, berbudi bahasa dan

52

15 - membawa keberkatan kepada
Tahun keluarga Abu Talib.

20 – 20 -Baginda memelihara kambing
Tahun kepunyaan penduduk Mekah.
-Pada usia 20 tahun Baginda
menyertai perang Fijar dengan
menyediakan anak panah
untuk bapa-bapa saudaranya.
Perang Fijar ialah perang
antara Kinanah dan Hawazin.
-Baginda juga ikut serta dalam
Hilful Fudhul di rumah Abdullah
bin Jud‘an untuk membantu
orang yang dizalimi.

25 -Berniaga di Syam dengan
membawa harta milik Saidatina
Khadijah pada umur 23 tahun.
Saidatina Khadijah mengutus
Maisarah untuk menemani
Baginda SAW ke sana.
-Berkahwin dengan Saidatina
Khadijah ketika usianya 25
tahun.
-Umur Saidatina Khadijah
ketika berkahwin adalah 28
tahun menurut Ibnu Ishak

53

sementara menurut al-Waqidi

berumur 40 tahun.

35 Tahun -Terlibat dalam membina

(605M) bangunan Kaabah yang rosak

akibat banjir.

-Baginda menyelesaikan

pertikaian tentang hak

38 – peletakan hajarul aswad.
Tahun
40 -Baginda SAW mula ber’uzlah
di gua Hira’ apabila tiba bulan

Ramadan. Baginda SAW

(600M) beribadat mengikut syariat

Nabi Ibrahim A.S dan Baginda

SAW bertafakkur.

-Apabila habis bekalan

makanan Baginda SAW

kembali ke rumah untuk

mengambil bekalan yang

disediakan oleh Saidatina

Khadijah.

54

28. Senaraikan kronologi sirah

Rasulullah SAW dari saat mula
menerima wahyu (bi’thah) hingga

sebelum hijrah baginda ke Madinah.

TAHUN PERISTIWA

KENABIAN

/UMUR

NABI

1- 3 -Wahyu pertama diturunkan
(40 – 43 ketika Baginda berumur 40

Tahun) tahun iaitu pada 7 atau 17 atau

Dakwah 18 atau malam 21 Ramadan
Siriah (khilaf) di Gua Hira’. Jibril

(senyap) datang menurunkan wahyu
pertama (surah al- Alaq 1 – 5).

-Selepas turun wahyu kedua

(surah al-Muddassir), Baginda

mula berdakwah kepada orang-

orang terpilih dan diyakini akan

menerima dakwah. Seramai 40

orang terkumpul dalam tempoh

ini dan berpusat di rumah

Arqam bin Abi Arqam.

55

4 -Bermula dengan turunnya
(44 Tahun) perintah Allah SWT (Surah al-
Dakwah Hijr 15: 94)
Jahriah -Baginda menerangkan akidah
(Terang- Islam dan kepalsuan akidah
terangan) musyrikin Quraisy.
Penyiksaan -Baginda menyeru kaum
Bermula keluarganya kepada Islam
dengan mengadakan jamuan.
-Baginda juga menaiki bukit
Sofa dan berdakwah secara
terang-terangan.

5 -Pada bulan rejab, Rasulullah
(45 Tahun) menyuruh/membenarkan para
Hijrah ke sahabat berhijrah ke Habsyah
Habsyah kerana Habsyah diperintah

oleh seorang raja Kristian yang
adil. Rombongan pertama
seramai 12 lelaki dan 4 Wanita
diketuai oleh Othman bin Affan.
-Pada bulan Ramadan tersebar
berita orang Quraisy menganut
agama Islam sehingga ada
orang Islam yang pulang ke
Mekah. Berita tersebut tidak
benar.

56

-Rombongan kedua seramai 82
lelaki dan 18 Wanita. Saidina
Jaafar bin Abu Talib bersama
isterinya, Asma’ bt Umais
menyertai penghijrahan kali ini.
An-Najasyi meminta dibacakan
kepadanya beberapa potong
ayat al-Quran. Jaafar
membacakan beberapa ayat

daripada surah Maryam. Beliau
menganut Islam secara rahsia.
-Quraisy telah menghantar
Amru Ibnul ‘As dan Abdullah
Abi Rabi’ah untuk memujuk
Najashi menyerahkan mereka
kepada Quraisy, namun

Najasyi enggan.

6 -Rombongan Quraisy beri

(46 Tahun) amaran kepada Abu Talib,

2 namun setelah melihat

Rombonga keteguhan Nabi SAW beliau

n Quraisy berjanji akan menolong.

Jumpa Abu Mereka menawarkan

Talib pertukaran kepada Abu Talib

iaitu nabi diambil oleh mereka

dan dibunuh dan diberi Imarah

57

bin Walid bin Mughirah sebagai

ganti kepada Abu Talib.

Hamzah -Pada Zulhijjah, Saidina

dan Umar Hamzah membelasah Abu

menganut Jahal dan mengistiharkan

Islam Islamnya. Saidina Umar pula

menganut Islam 3 hari selepas

itu. Keadaan ini makin

menguatkan Islam.

7 – 9 -Quraisy menulis perjanjian
(47 – 49 (wathiqah) boikot dan

TAHUN) digantung di dalam Kaabah.

Boikot di Boikot berjalan selama 3 tahun
Syi’ib Abi dikenakan ke atas semua Bani

Talib Hasyim dan Bani Abdul

Muthalib sama ada Islam atau

tidak Islam kerana membantu

Rasulullah SAW.

-Makanan hanya sampai

secara rahsia. Akhirnya boikot

terbatal apabila wathiqah telah

dimakan anai-anai.

10 -Bulan Rejab- Abu Talib
(50 meninggal dunia lantaran sedih
TAHUN) pemulauan terhadap nabi.

58

Tahun -Ramadan – Khadijah wafat 2

Kesedihan bulan selepas kewafatan Abu

Dakwah Di Talib. Nabi begitu sedih.

Thaif -Syawal - Nabi berkahwin
dengan Saudah binti Zam‘ah

-Syawal - mula berdakwah di

luar Kota Mekah iaitu di Taif

yang terletak 90km dari Mekah

bersama Zaid bin Harithah.

-Nabi bertemu 3 pembesar Taif,

namun mereka menghina dan

memerintahkan orang Taif

menghalau Nabi SAW.

-Nabi pulang ke Mekah dan

berdakwah kepada Jin di

Nakhlah.

-Nabi berjaya memasuki Kota
Mekah setelah Mut‘im bin ‘Adi

dan keluarganya memberi

perlindungan kepada Baginda

Dakwah SAW.
-Pada musim haji – ada jemaah

Kepada yang menolak dengan keras

Jemaah dakwah nabi seperti Bani

Haji Dari Hanifah dan ada beberapa

Luar Mekah peribadi yang menerima secara

rahsia seperti suwaid, Iyas,

59

Tufail dll. Ada juga yang

menerima jika mendapat

manfaat seperti Buhaira dan
Bani Amir bin Sa’sa’ah

11 -Aishah merupakan isteri yang
(51 paling dikasihi oleh Baginda
TAHUN) selepas Khadijah.
Kahwin -Musim Haji – Kumpulan
Dengan pertama dari Madinah masuk
Aishah. Islam setelah dibacakan al-
Islam 6 Quran. Mereka pulang ke
Orang Yathrib dan berdakwah di sana.
Yathrib

12 -Khilaf waktunya- Rejab tahun

(52 10 kerasulan atau Ramadan

TAHUN) tahun 12 atau Muharram atau

Isra’ Dan Rabi’ul Awwal tahun 13.

Mikhraj -Rasulullah diisra’kan dari

Mekah ke Baitul Maqdis dan di

mikrajkan ke Sidratul Muntaha

berjumpa Allah SWT dengan

menaiki burak. Rasulullah telah

menerima perintah kewajipan

solat. Rasulullah diperlihatkan

dengan pelbagai balasan baik

60

Bai’ah di syurga dan azab perit di
Aqabah 1 neraka.
-Perjanjian ini berlaku pada
13
(53 musim haji melibatkan 12
TAHUN) individu daripada golongan
Bai’ah Khazraj dan Aus dari Yathrib.
Aqabah Dikenali Bai’ah Nisa’ kerana
Kubra tidak ada perintah jihad
padanya dan sama dengan
kandungan Bai’ah yang
terdapat dalam surah Al
Mumtahanah.
-Rasulullah SAW menghantar
Mus’ab ibnu Umair ke Yathrib
untuk mengajar orang Islam
dan berdakwah di sana. Beliau

digelar Muqri.

-Mus’ab mengislamkan Saad
bin Mu‘az dan Usaid bin

Hudhair. Kesannya seluruh

golongan Aus di Madinah

memeluk Islam.

-Jemaah haji dari Yathrib telah

berjanji untuk bertemu dengan

Rasulullah. Pertemuan

melibatkan 72 lelaki dan 2

61

perempuan daripada golongan
Aus dan Khazraj.
-Perjanjian Aqabah Kedua
dimeterai. Perjanjian yang
diadakan malam hari ini
menandakan kesungguhan
orang Ansar membela Nabi
Muhammad SAW dan Islam.

29. Senaraikan kronologi sirah
Rasulullah SAW dari hijrah hingga
kewafatan Baginda?

TAHUN PERISTIWA
KENABIAN/
UMUR NABI -Rasulullah SAW mula
1 Hijrah
(53 TAHUN) menyuruh para sahabat
Hijrah
Sahabat berhijrah ke Yathrib. Akhirnya
Bermula
tidak tinggal di Mekah kecuali

Rasul, Abu Bakar, Ali dan

sahabat-sahabat yang

bertahan.

62

Pakatan -Pada pagi 26hb Safar, ketua-
Bunuh
ketua Arab Quraisy
Berangkat
Hijrah bermesyuarat di Darul Nadwah

Tiba di Quba’ dan membuat keputusan untuk

membunuh Nabi SAW.

Malaikat Jibril memberitahu

nabi Pakatan itu dan Allah

membenarkan nabi berhijrah.

-Pada 27 Safar, Nabi keluar

rumah dan meminta saidina Ali

tidur di tempat tidurnya.

Baginda ke rumah Abu Bakar

dan terus ke gua Thur.

-Tiga malam di gua dan

akhirnya berlepas dari Mekah

ke Yathrib dipandu oleh

Abdullah bin Uraiqit melalui

jalan pantai.

-8 Rabiul Awwal- disambut

meriah oleh penduduk

Madinah. Menetap 14 hari di

rumah Khulthum bin Hudmin

dan mengasaskan Masjid
Quba’.
-Hari Jumaat – Rasul menetap

di rumah Abu Ayyub selama 7

hari atau 10 bulan. Rasul

63

mendirikan Masjid Madinah,

mempersaudarakan golongan

Ansar dan Muhajirin, membuat

perlembagaan yang pertama

antara muslimin, yahudi dan

musyrikin.

2 hijrah -Berlaku peperangan Badar al-

(54 Tahun) Sughra.

Jihad -Pertukaran Qiblat (15 Syaban),

diperintahkan. Salman al-Farisi memeluk

Islam, permulaan azan, zakat

Peperangan difardukan, puasa difardukan

Badar dan permulaan solat Aidul Fitri.

-17 Ramadhan berlaku

peperangan Badar al-Kubra.

Perkahwinan Ali dengan

Fatimah.

Pengepungan Syawal hingga zulhijjah
Bani Qainuqa’

3 Hijrah -Perkahwinan dengan Hafsah.

55 tahun -Perkahwinan Uthman dengan

Ummi Kalthum.

-Larangan pertama arak

-Kelahiran Hasan bin Ali

Qazwah Uhud -5 Syawal mula meninggalkan

Madinah. 6 Syawal peperangan

meletus.

64

-Perintah pertama

pengharaman riba.

-Perkahwinan dengan ummul

masakin (Zainab bin

Khuzaimah).
-Safar – peristiwa Raj’i, 10

perutusan Rasulullah SAW

dibunuh.

4 Hijrah -Rabiul Awal berlaku Ghazwah
(56 tahun)
Bani Nadhir.
5 hijrah
(57 Tahun) -Kematian Ummul Masakin.

Ghazwah -Zulkaedah -perintah hijab,
Ahzab
-Perintah akhir pengharaman

arak.

-Sha’ban- Ghazwah Daumatul

Jandal.

-Perkahwinan dengan

juwairiah, Hadis Ifki (fitnah

terhadap Aisyah),

Penguatkuasaan hukum zina

dan tuduhan.

-Shawal atau zulkaedah

Kepungan terhadap Bani

Quraizah (Zulhijjah).

-Perkahwinan Rasulullah

dengan Zainab bin Jahsy

65

6 Hijrah -Zulkaedah -Perjanjian
(58 tahun)
Hudaibiah.
7 Hijrah
(59 tahun) -Zulhijjah -Khalid bin al-Walid
dan Amru bin Al’As memeluk
8 hijrah
(60 tahun) Islam.

-Muharram- perutusan surat

kepada raja-raja.

-Haji difardukan.

-Muharram- Ghazwah Khaibar.

-Muharram- Perkahwinan

Rasulullah dengan Sofiah.

-Umrah yang tertangguh

dilaksanakan.

-Perkahwinan Rasulullah

dengan Maimunah.
-Ramadhan- Qhazwah Mu’tah.

-Ramadhan- Qazwah Fathu

Makkah. Meruntuhkan semua

berhala (Khalid

menghancurkan Uzza, Amru
ibnu al’As memecahkan Suwa,

Saad al-Asyhal memecahkan

Manat.

-Syawal- Qazwah Hunain,

pembukaan Taif dan

pengislaman bani Thaqif.

66

-Perintah terakhir

pengharaman riba.

-Kematian Ummu Khalthum

anak perempuan Rasulullah

SAW.

9 hijrah -Rejab- Qazwah Tabuk. Di
(61 tahun)
musim panas, Rasulullah SAW
10 hijrah
(62 tahun) mendengar tentera Rom akan

menyerang.

-Selepas qazwah Tabuk, jizyah

mula diperkenalkan.

-Masjid Dhirar di bakar.

-Islamnya Ukaidir ketua

Daumatul Jandal, perwakilan

dari kabilah-kabilah mula

berduyun-duyun mengunjungi

Madinah (Azra, Bahiy, Khaulan,

Thaqif dan lain-lain.

-Rasulullah SAW menyuruh

Abu Bakar mengetuai

rombongan haji yang pertama.

-Perwakilan-perwakilan

Maharib, Mahamid, Khaulan,

Naisan, bani Harith dan

Salaman mengunjungi

Madinah.

67

11 Hijrah -Hajjatul Wada’ (Haji selamat
(63 tahun) tinggal) – 3 bulan sebelum
Rasulullah wafat.

-12 Rabiul Awwal -Kewafatan
Rasulullah. Baginda demam
panas, dikatakan kesan racun
Yahudi tahun 7 hijrah. Pagi 12
Rabiul Awwal Rasulullah
menarik tirai untuk melihat
sahabat buat pandangan
terakhir.
-Wafat diriba Saidatina Aishah.

30. Apakah mukjizat yang dikurniakan
Allah SWT kepada Rasulullah SAW?

Mukjizat dari sudut bahasa bermaksud perkara
luar biasa yang dianugerahkan kepada para nabi
dan rasul. Antara mukjizat Rasulullah SAW adalah:

1. Al-Quran.
2. Membelah bulan.
3. Air mengalir dari jari-jemari Rasulullah

SAW.

68

4. Makanan sedikit cukup dimakan ribuan
sahabat.

5. Segelas susu mengenyangkan ramai
sahabat.

6. Doa minta hujan segera dikabulkan.
7. Mengubati sakit mata yang dialami oleh

Saidina Ali.
8. Meramalkan isterinya yang rajin

bersedekah akan mati selepas baginda
wafat (Saidatina Zainab binti Jahsy)
9. Tubuh baginda memancarkan petir
sehingga menggagalkan Syaibah bin
Uthman dari membunuh baginda dalam
perang Hunain.

31. Apakah kandungan khutbah
wada’?

Khutbah wada’ merujuk kepada khutbah
yang disampaikan oleh nabi pada 9 zulhijjah
tahun 10 hijrah ketika melaksanakan ibadah
haji. Ia diucapkan di Padang Arafah. Antara
isi kandungan khutbah tersebut adalah:

69

1. Setiap manusia secara peribadi akan

dipertanggungjawabkan atas segala

tindakannya di dunia.

2. Keselamatan jiwa dan harta benda

menjadi syarat penting dalam

membangun kemakmuran dan

ketenteraman dunia.

3. Amanah dan kepercayaan yang diberikan

sama ada berbentuk moral ataupun

material harus dijaga dan dipelihara

dengan baik.

4. Riba dalam sebarang bentuk yang

menzalimi terhadap kaum lemah wajib

dihapuskan.

5. Nabi memberi penegasan tentang hak-

hak wanita serta hak dan kewajipan suami

isteri.

6. Setiap muslim dengan seorang muslim

yang lain adalah bersaudara dan mereka

perlu saling bantu-membantu.

7. Perbezaan berdasarkan warna kulit,

bangsa, kedudukan sosial atau amalan

asabiah perlu dihabuskan kerana nilaian

70

seseorang terletak pada taqwa di sisi
Allah SWT.

32. Bagaimana anda membuktikan
bahawa anda mencintai Rasulullah
SAW?

Cara membuktikan bahawa kita mencintai
Rasulullah SAW adalah:

1. Mentaati Nabi Muhammad SAW di
samping mengikuti jejak langkahnya
dalam seluruh urusan dunia dan agama.

2. Menjadikan Nabi Muhammad SAW
sebagai insan yang paling dicintai,
dihormati dan diagungkan dari seluruh
makhluk Allah SWT.

3. Mengagungkan dan menghormati Nabi
Muhammad SAW apabila namanya
disebut dan berselawat serta salam ke
atasnya, mengakui kebenarannya dan
menghargai sifat-sifatnya.

4. Membenarkan segala yang dibawa oleh
Nabi Muhammad SAW sama ada soal
agama atau pun dunia.

71

5. Merendahkan suara di makam dan masjid
Nabi SAW bagi yang berpeluang
menziarahinya.

6. Mencintai para solihin dan para pengikut
Rasulullah SAW.

33. Bagaimana beradab terhadap
Rasulullah SAW?

1. Segala amalan dilakukan berdasarkan
suruhan, larangan, keizinan daripada
Baginda SAW berdasarkan firman Allah
SWT:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang
beriman! janganlah kamu memandai-mandai
(melakukan sesuatu perkara) sebelum
(mendapat hukum atau kebenaran) Allah
SWT dan RasulNya; dan bertakwalah kamu
kepada Allah SWT; Sesungguhnya Allah
SWT. Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui”

(Surah al-Hujurat : 1)

72

2. Tidak mengangkat suara lebih tinggi
daripada suara Rasulullah SAW. Ia juga
bermaksud tidak melebihkan pendapat atau
buah fikiran sendiri atau orang lain melebihi
daripada sunnah Rasulullah SAW.

3. Memanggil Baginda SAW dengan
panggilan yang mulia dan berselawat kembali
sekiranya mendengar seseorang berselawat
kepada Rasulullah SAW.

4. Tidak mempertikaikan pendapat Baginda
SAW dan menganggap sesuatu yang datang
daripada Baginda SAW adalah terbaik.

34. Apakah bukti Islam agama
keamanan dan bukan tersebar melalui
peperangan?

1. Perkataan ‘Islam” dari segi bahasa
bermaksud, selamat dan sejahtera. Ini
bermaksud mereka yang berada
bersama orang Islam selamat dan
terpelihara.

73

2. Ayat “Dan perangilah kerana
(menegakkan dan mempertahankan)
agama Allah akan orang-orang yang
memerangi kamu” (al-Baqarah : 190),
jelas menunjukkan Allah SWT
membenarkan berperang sekiranya
diserang oleh pihak musuh seperti kafir
Quraisy Mekah yg memusuhi Islam, Nabi
Muhammad SAW dan umat Islam.

3. Tujuan peperangan dalam Islam adalah
mempertahankan diri atau meneguhkan
kedudukan, mempertahankan agama,
keamanan, keadilan dan bukan
menunjukkan kuasa atau menjajah.

4. Peperangan bukan matlamat tetapi
merupakan jalan terakhir untuk
menyebarkan Islam.

5. Tentera Islam tidak boleh memerangi
musuh yang tidak memiliki kekuatan dan
daya usaha seperti kanak-kanak, kaum
wanita, warga cacat atau lumpuh, paderi
atau pendeta.

74

35. Apakah faktor kejayaan dakwah
Rasulullah SAW?

Antara faktor kejayaan dakwah Rasulullah
SAW adalah:

1. Keunggulan peribadi Rasulullah SAW.
2. Keadilan dan persamaan hak dalam

Islam.
3. Menghormati pandangan dan hak orang

lain.
4. Berdakwah dengan hikmah dan

bijaksana.
5. Sifat sabar dan dedikasi Rasulullah SAW.
6. Membela nasib wanita dan golongan

yang lemah.

36. Rasulullah SAW dituduh

phedofelia. Bagaimana menolak dakyah

tersebut?

1. Perkahwinan baginda dengan Aisyah
adalah pilihan Allah SWT untuk baginda.

75

Rasulullah SAW telah bermimpi

tentangnya, dan dimaklumi mimpi

baginda adalah wahyu.

2. Pada ketika itu, kanak-kanak yang

berumur 9 tahun sudah dianggap sebagai

wanita dan bukan remaja.

3. Jika Nabi berkahwin kerana nafsu, pasti

Nabi akan berkahwin dengan ramai anak

dara berbanding dengan janda, orang tua

dan orang miskin

4. Saad Ibnu Hisyam RA meriwayatkan

beliau pernah bertanya Saidatina Aisyah

RA mengenai akhlak Rasulullah SAW.

Ummul Mukminin itu menjawab:

“Akhlaknya ialah al-Quran.” (HR Ahmad)

Jika Saidatina Aishah membenci Nabi

SAW, tidak mungkin beliau mengatakan

sebegitu. Ini menunjukkan kemuliaan

sifat peribadi Nabi SAW.

5. Saidatina Aishah tidak pernah

menyatakan beliau menghadapi tekanan

bahkan beliau bahagia bersama Nabi

SAW. Jika tidak sudah pasti ada hadis

menyatakan beliau mengalami

76

kemurungan akibat pedofilia seperti yang
dikatakan orientalis.

37. Al Quran bukan dari Rasulullah
SAW. Buktikan

1. Nabi Muhammad SAW seorang yang
tidak pandai menulis dan tidak pandai
membaca. Tidak logik orang yang tidak
mempunyai asas membaca dan menulis
boleh menulis kitab yang tebal seperti al-
Quran.

2. Terdapat pelbagai ayat yang menegur
baginda seperti surah A’basa yang
menegur baginda kerana tidak memberi
perhatian kepada soalan tentang agama
daripada Abdullah ibnu Maktum (seorang
lelaki yang buta). Tidak logik sekiranya
seorang penulis menulis teguran kepada
dirinya sendiri dan menyebarkannya.

3. Jika al-Quran daripada karangan
baginda, mengapa baginda tidak menulis
ayat al-Quran untuk menjatuhkan

77

hukuman kepada Saidatina Aisyah RA
sejurus selepas berlakunya peristiwa “Ifk’,
di mana Saidatina Aisyah dituduh telah
melakukan perbuatan yang tidak diingini
dengan seorang sahabat. Baginda
menunggu selama sebulan lamanya
menyendiri hingga turun ayat al-Quran
membebaskan Saidatina Aisyah daripada
tuduhan.
4. Jika baginda seorang yang cerdik dan
ingin mengubah nasib kaum dengan
agama baharu dan ayat-ayat yang direka,
baginda sepatutnya memulakan bicara
dengan menyeru kepada kalimah tauhid
Lailahaillah. Sebaliknya, ayat pertama al-
Quran dimulakan dengan Iqra’,
sedangkan Baginda seorang yang tidak
pandai membaca dan menulis. Justeru,
tidak logik baginda mencipta ayat-ayat ini.

78

38. Kenapa kita wajib beradab
terhadap Rasulullah SAW?

1. Allah SWT mewajibkan beradab terhadap
Rasulullah.

2. Allah SWT mewajibkan taat kepada Rasul
dan mencintainya.

3. Allah SWT melantik Nabi Muhammad
sebagai imam dan hakim.

4. Nabi adalah sesempurna makhluk dari segi
kejadian dan akhlak.

5. Cinta dan sayang kita terhadap nabi
mempunyai perkaitan dengan iman dan
menggambarkan kekuatan iman seseorang
serta kemanisan iman yang ada dalam diri
insan tersebut. Rasulullah SAW bersabda:

ُ‫ثََل ٌث َم ْن ٌكن فإْيإه َو َج َد َحَلَوةَ اإِلْيَا إن؛ أَ ْن يَ ُكْو َن اللُ َوَر ُسْولُه‬
‫ َوأَ ْن يَ ْكَرَه‬،‫ َوأَ ْن ُإيب المَْرَء َل ُإيّبُهُ إَلإ للإه‬،‫أَ َحب إلَْيإه إِما َسَواُُهَا‬
‫أَ ْن يَعُوَد إفي ال ُكْف إر َك َما يَ ْكَرهُ أَ ْن يُْق َذ َف في النا إر‬

79

“Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri
seseorang maka dia akan memperolehi
kemanisan iman:
a. Seseorang yang mencintai Allah SWT

dan RasulNya lebih daripada selain itu,
b. Mencintai seorang hanya kerana Allah

dan
c. Tidak suka kembali kepada kekafiran

setelah Allah SWT menyelamatkannya
dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga
tidak suka dicampakkan ke dalam
Neraka”.

80

39. Apakah kehebatan Rasulullah
SAW sebagai nabi akhir zaman?

Dari Jabir bin Abdullah al-Anshari RA, dia
berkata: Rasulullah SAW bersabda:

‫ نُ إصر ُت بالُّرع إب‬: ‫ لم يُعطَهن أح ٌد م َن الأنبياإء قَبلي‬، ‫أُعطي ُت خم ًسا‬
‫ وأُّْيا رج ٍل من‬، ‫ و ُجإعلَ ْت لي الأر ُض مسج ًدا وطَهوًرا‬، ‫َمسيرةَ شه ٍر‬

‫ وكان النبُّي‬، ‫ وأُ إحل ْت لي الغَنائ ُم‬، ‫أُمتي أدَرَكْته الصَلةُ فْليُص إل‬
‫ وأُعطي ُت‬، ً‫ وبُإعث ُت إلى النا إسكافة‬، ً‫يُبَع ُث إلى قوإمه خاصة‬
َ‫الشفاعة‬

“Aku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan
kepada seorang nabi sebelumku. Semua nabi
sebelumku diutus hanya kepada kaumnya,
sedangkan aku diutus kepada semua manusia yang
berkulit merah dan hitam. Dihalalkan bagiku harta
rampasan perang yang tidak pernah dihalalkan
kepada seorang pun sebelumku. Bumi diciptakan
untukku dalam keadaan suci menyucikan dan
sebagai masjid. Barang siapa yang menemui waktu
salat, maka salatlah di tempat ia berada. Aku diberi

81

kemenangan dengan menjadikan musuh berasa
takut selama jarak perjalanan satu bulan, dan aku
juga diberi syafaat”.

(Muttafaqun alaih)

40. Berdasarkan sirah Rasulullah SAW
apakah cara dakwah yang sesuai dilakukan
pada masa kini?

Rasulullah SAW telah menunjukkah contoh
dakwah yang terbaik untuk ummah. Antara cara
dakwah yang boleh diamalkan dalam konteks
semasa adalah:

1. Qudwah hasanah iaitu menunjuk contoh dan
teladan terbaik sehingga disegani oleh kawan
mahupun lawan.

2. Menyampaikan dakwah secara hikmah dan
beransur-ansur dalam keadaan memahami
suasana.

3. Meraikan kesederhanaan dan menjauhi
ghulu (melampaui batas).

82

4. Meraikan perbezaan mad’u (orang yang
didakwah) dengan memberi nasihat yang
sesuai mengikut keadaan seseorang.
5. Menggunakan ilmu-ilmu alat seperti internet,
media sosial sebagai medium dalam
menyebarkan dakwah.
6. Menggunakan laras bahasa yang baik,
bahasa kiasan dan perumpamaan yang
menarik.
Lantaran itu seorang pendakwah perlu
membuat persediaan dari segi ilmu fardu ain
dan ilmu fardu kifayah supaya mereka
dipandang mulia dan tinggi oleh masyarakat.
Seorang pendakwah seharusnya seperti
“mentari yang padanya ada cahaya dan mampu
menyuluh orang lain dengan cahaya tersebut”.

83

84


Click to View FlipBook Version