PENDIDIKAN INKLUSIF
DR ENI ELIZA
IPGKTB
2021
• 1. Pengenalan Program Pendidikan Inklusif
• Asas dan sejarah program Pendidikan Inklusif
• Matlamat dan objektif Pendidikan Inklusif
• Dasar antarabangsa dan kebangsaan Pendidikan
inklusif
• Program Pendidikan Khas KPM
- Sekolah khas
- Program integrasi
- Program pendidikan inklusif
APAKAH DIA PENDIDIKAN KHAS/MURID BERKEPERLUAN KHAS ?
............ “ Mereka yang mana keperluan pendidikannya adalah begitu
berbeza dengan kanak-kanak biasa sehinggakan tidak mungkin mereka
dapat dididik dengan berkesan tanpa mengadakan / menyediakan
kemudahan program-program perkhidmatan, pelbagai kemudahan dan
bahan-bahan yang khusus untuk mereka ”.
Gearheart, 1972
“ ......... Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi
keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid
kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang
pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baru atau
biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.
Calatta, R.A. & Tompkins J.R.
“Fundamentals of Special Education”, 1999
“ ......... Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak
sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-
keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal
(4) dalam tingkah laku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan
komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan
ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau
perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia
boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993
........................... “ Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal,
sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan
biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari
rancangan sekolah biasa ”.
Chua Tee Tee, 1981
Berdasarkan gambar di atas
Berikan pandangan anda
dengan
menghubungkaitkan
Pendidikan Inklusif.
3. Faktor kritikal kejayaan Pendidikan
Inklusif
• Perkhidmatan sokongan
- Peralatan
- Infrastruktur
- Masyarakat
- Personel
• Kolaboratif khidmat sokongan badan kerajaan dan
bukan kerajaan
UNESCO
• Pendidikan Inklusif bermaksud bahawa sekolah
dapat memberikan pendidikan yang baik kepada
semua murid tanpa mengira kebolehan mereka
yang berbeza-beza dengan peluang yang sama
untuk belajar bersama.
• Pendidikan inklusif adalah proses yang berterusan.
• Pendidikan inklusif memberi peluang untuk belajar
dan menerima perbezaan individu bagi memenuhi
hak asasi manusia.
Faedah dari Pendidikan Inklusif:
• Kembangkan kebolehan dan kekuatan setiap individu, dengan memeberikan
harapan yang tinggi dan sesuai untuk setiap anak.
• Kebolehan individu semasa mengambil bahagian dalam kehidupan kelas
dengan pelajar lain seusianya.
• Membuka peluang untuk penglibatan ibu bapa mereka dalam pendidikan
dan aktiviti sekolah mereka, sekali gus dapat meningkatkan rasa
tanggungjawab.
• Memupuk budaya menghormati dan memiliki.
• Memberi peluang untuk belajar dan menerima perbezaan individu,
mengurangkan kesan gangguan dan buli.
• Menjalin dan mengembangkan persahabatan dalam kalangan masyarakat
sekolah, mengikut keperluan dan kebolehan masing-masing.
• Memberi kesan positif kepada sekolah dan komuniti mereka untuk
menghargai kepelbagaian dan inklusif pada tahap yang lebih luas.
Cabaran:
• Pendidikan Inklusif harus merangkumi kandungan sosial
dan komuniti yang tinggi dalam sukatan pelajaran, agar
mereka amat peka dengan keperluan pelajar dan
persekitarannya.
• Konsep kualiti, kesaksamaan dan ekuiti harus
diterjemahkan sebagai tindakan khusus dalam
intervensi pendidikan.
• Kerja berpasukan dalam kalangan pendidik
memudahkan pendidikan inklusif dan perlu
dipromosikan dalam Program Persediaan Guru.
• Guru belajar ketika mengajar dan pelajar mengajar
ketika mereka belajar.