The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

fdokumen_14-bstem-2017-sains-ren_33928

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by panitiasains8, 2022-07-13 20:56:32

BSTEM SAINS SEKOLAH RENDAH

fdokumen_14-bstem-2017-sains-ren_33928

Keywords: STEM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIRI BAHAN SUMBER
SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERING

DAN MATEMATIK (BSTEM)

BSTEM
SAINS
SEKOLAH RENDAH



SIRI BAHAN SUMBER
SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERING DAN MATEMATIK (BSTEM)

BSTEM
SAINS
(Sekolah Rendah)

Terbitan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum

2018

Terbitan Jun 2018
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan
cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya,
Malaysia.

CIP/ISBN

ISBN 978-967-420-399-3

KANDUNGAN v
vii
Rukun Negara ix
Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1
Kata Aluan 3
Pendahuluan
Panduan Pelaksanaan BSTEM 9
13
Contoh Pengajaran dan Pembelajaran 1: 16
Penghasilan Baja Organik 18
Pengenalan
Komponen Pengajaran dan Pembelajaran 22
Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran 25
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 28
Lampiran: 32
34
A -1 Ujian Pra 36
B -1 Ujian Pasca 37
C -1 Lembaran Kerja Murid
D -1 Borang Penilaian Produk dan Pembentangan 40
E -1 Borang Penilaian Rakan Sebaya dan Penilaian Kendiri 44
F -1 Exit Card 50
G -1 Aktiviti Murid Mengikut Langkah 51

Contoh Pengajaran dan Pembelajaran 2: 56
Mengawet Mangga 58
Pengenalan 60
Komponen Pengajaran dan Pembelajaran 64
Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Lampiran:

A -2 Ujian Pra
B -2 Ujian Pasca
C -2 Lembaran Kerja Murid
D -2 Borang Penilaian Produk dan Pembentangan

E -2 Borang Penilaian Rakan Sebaya dan Penilaian Kendiri 66
F -2 Exit Card 68

Rujukan 69
Penghargaan 70

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v



FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vii



KATA ALUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Bahagian
Pembangunan Kurikulum telah berjaya menghasilkan siri Bahan
Sumber STEM 2017 (BSTEM 2017). Bahan ini diharap dapat
menjadi panduan dan pencetus idea kepada guru dalam
merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
(PdP) STEM di sekolah. BSTEM 2017 merupakan
kesinambungan daripada siri BSTEM 2016. Siri BSTEM 2017
merangkumi 17 mata pelajaran teras dan elektif di peringkat pra
sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Usaha ini sejajar dengan hasrat
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperkukuhkan pembelajaran STEM di
semua peringkat.

BSTEM 2017 mengandungi dua contoh PdP bagi setiap mata pelajaran, bertujuan
membangunkan pelbagai kecekapan kognitif dan sosial, serta memupuk kemahiran
berfikir aras tinggi dalam kalangan murid. PdP STEM memberi peluang dan pendedahan
kepada murid untuk menyelesaikan masalah dalam konteks dunia sebenar. Aktiviti yang
disediakan dapat membentuk murid menjadi pemikir yang matang dan kreatif, pencipta
yang berani, ahli pasukan yang bekerjasama dan pemimpin yang tegas serta mempunyai
visi. Pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dapat memberi kepuasan dan
motivasi dalaman seterusnya meningkatkan pelibatan murid dalam bidang STEM.

Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada panel penulis dan semua pihak yang
terlibat dalam pembinaan BSTEM 2017 di bawah Inisiatif Perkukuhan Pendidikan STEM,
PPPM 2013-2025. Semoga BSTEM dapat memberi manfaat kepada semua pihak dalam
usaha meningkatkan kualiti PdP yang sejajar dengan perkembangan abad 21.

Sekian, terima kasih.

SHAZALI BIN AHMAD
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2018

ix



PENDAHULUAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat meningkatkan penyertaan dan
minat murid terhadap STEM melalui Inisiatif Perkukuhan STEM seperti yang
ditekankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Melalui inisiatif ini KPM berusaha memastikan bilangan murid yang berpotensi dan
berkelayakan adalah mencukupi untuk menceburi bidang STEM di peringkat
tertiari. Pelaksanaan pendekatan STEM berhasrat melahirkan modal insan yang
mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai serta membudayakan amalan
STEM.

Berdasarkan hasrat KPM, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah
membangunkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dikenali
sebagai Siri Bahan Sumber Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik
(BSTEM). Bahan sumber ini merupakan lanjutan kepada Buku Panduan

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran STEM yang telah dibangunkan
sebelum ini untuk membantu guru melaksanakan PdP STEM di sekolah. Siri
BSTEM yang dihasilkan adalah seperti Jadual 1.

Jadual 1: Bahan Sumber BSTEM 2016 dan 2017

BSTEM 2016 BSTEM 2017

Biologi Pengajian Pengajian Pengajian
(Sek. Men.) Kejuruteraan Awam Kejuruteraan Kejuruteraan Elektrik

Fizik (Sek. Men.) Mekanikal dan Elektronik
(Sek. Men.) (Sek. Men.) (Sek. Men.)
Grafik Komunikasi
Kimia Teknikal Reka Bentuk dan Sains Rumah Tangga
(Sek. Men.) Teknologi (Sek. Men.)
Matematik (Sek. Men.) (Sek. Men.)
Tambahan
(Sek. Men.) Sains Sukan Asas Sains Komputer Sains Tambahan
(Sek. Men.) (Sek. Men.) (Sek. Men.)
Reka Cipta
(Sek. Men.) Matematik Sains Pertanian
(Sek. Men.) (Sek. Men.) (Sek. Men.)

Asas Kelestarian Sains Matematik
(Sek. Men.) (Sek. Ren.) (Sek. Ren.)

Sains Komputer Reka Bentuk dan Pembelajaran -
(Sek. Men.) Teknologi Bersepadu
(Sek. Ren.)
(Pra Sekolah)

1

Bahan sumber ini memberi panduan kepada guru tentang pelaksanaan aktiviti
untuk sesi sebelum, semasa dan selepas PdP STEM. PdP STEM menggunakan
strategi inkuiri, pembelajaran berasaskan masalah dan projek. PdP ini memberi
peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
dan pengalaman pembelajaran yang mendalam serta diperkaya.
Pembudayaan amalan STEM dalam kalangan murid perlu dilaksanakan bagi
menyediakan murid untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Proses PdP STEM
yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dapat menghasilkan
murid seperti yang dihasratkan iaitu mempunyai profil berdaya tahan, mahir
berkomunikasi, pemikir, kerja sepasukan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
bermaklumat, penyayang, prihatin dan patriotik.
BSTEM 2017 diharap menjadi contoh dan pencetus idea kepada guru dalam
menyediakan aktiviti PdP STEM. Guru digalakkan untuk membangunkan PdP bagi
tajuk lain dalam mata pelajaran ini.

2

PANDUAN PELAKSANAAN BSTEM

Pengajaran dan pembelajaran STEM merupakan satu pendekatan yang
melibatkan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk
menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam
sekitar. Pendekatan ini menggalakkan murid menyoal dan meneroka persekitaran
melalui inkuiri serta menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar
dalam usaha membudayakan amalan STEM. Sehubungan itu, Inisiatif Perkukuhan
STEM dilaksanakan adalah untuk membudayakan amalan STEM dalam kalangan
murid.

BSTEM dibangunkan untuk membimbing guru melaksanakan PdP STEM yang
menarik agar pembelajaran menjadi lebih bermakna. BSTEM ini mengandungi dua
contoh PdP untuk mata pelajaran Sains. Contoh PdP ini diharap dapat menjadi
panduan kepada guru untuk membina lebih banyak aktiviti PdP STEM
berdasarkan kurikulum kebangsaan yang diguna pakai. Secara umumnya, setiap
contoh PdP dalam bahan sumber ini mengandungi:

1. Pengenalan
2. Komponen PdP
3. Rancangan PdP
4. Aktiviti PdP
5. Lampiran:

 Ujian Pra
 Ujian Pasca
 Lembaran Kerja Murid
 Borang Penilaian
 Exit Card
 Aktiviti Murid Mengikut Langkah
 Rujukan
 Penghargaan

Pentaksiran dilaksanakan sepanjang aktiviti menggunakan borang penilaian yang
disediakan. Antara pentaksiran yang dilaksanakan adalah penilaian prototaip,
penilaian pembentangan, penilaian kendiri dan rakan sebaya, ujian pra, ujian
pasca serta Exit Card sebagai refleksi PdP.

3

PdP STEM boleh dilaksanakan melalui beberapa langkah asas seperti yang
disyorkan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik dalam PdP 1. Urutan langkah asas aktiviti PdP STEM yang perlu dilalui
oleh murid adalah seperti yang dinyatakan dalam Rajah 1.

1 Murid menyiasat dan meneroka untuk mengenalpasti
Mengemukakan soalan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar.

dan mendefinisi masalah

2 Murid mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
Mencari dan mengumpul (temu bual, kajian, internet, media cetak dan lain-lain).

maklumat melalui inkuiri

3 Murid merancang dan menjalankan penyiasatan dalam
Merancang dan bentuk inkuiri.

menjalankan penyiasatan

4 Murid menggunakan pemikiran matematik dan
Menganalisis dan komputasional dalam membentangkan data supaya
boleh difahami, digunakan serta dikongsi bersama.
menginterpretasi data
Murid menstrategi dan merangka pelan penyelesaian.
5 Membina penyelesaian Murid mereka cipta dengan mengulangi proses/ kaedah
dan mereka bentuk secara sistematik untuk menambahbaik produk.
penyelesaian
Murid membentangkan produk dengan justifikasi
6 berdasarkan evidens. Rakan lain diberi peluang untuk
Mempersembahkan berkomunikasi dengan memberikan komen membangun.
produk
Murid menambah baik produk bagi menyelesaikan
7 masalah dan meningkatkan kefungsiannya.
Menambah baik produk

Rajah 1: Langkah Asas Aktiviti PdP STEM

1 Bahagian Pembangunan Kurikulum (2016). Buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuteruteraan
dan Matematik (STEM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. KPM

BSTEM mengandungi 3 fasa untuk membimbing guru melaksanakan PdP STEM
dengan lebih sistematik. Ketiga-tiga fasa ini memperincikan langkah-langkah yang
harus guru ikuti bagi merancang dan mengurus perjalanan PdP supaya menjadi

4

lebih berkesan. Langkah-langkah umum untuk melaksanakan PdP STEM bagi
setiap fasa dinyatakan seperti dalam Rajah 2.

FASA 1. Mengenal pasti strategi PdP STEM berdasarkan
SEBELUM pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diajar.

PdP 2. Menyediakan senario/ situasi/ masalah yang sesuai
bagi tujuan di atas.
FASA
SEMASA 3. Membina soalan yang dapat mencetus pemikiran murid
terhadap situasi yang dikemukakan sehingga akhir sesi
PdP PdP.

FASA 4. Menyediakan bahan (softcopy dan hardcopy) dan
SELEPAS peralatan yang diperlukan. Memilih tempat dan tarikh
yang sesuai bagi PdP ini.
PdP
5. Mentadbir Ujian Pra.

6. Mengemukakan senario/ situasi/ masalah sebagai set
induksi bagi mencetus minda murid dan menarik
pelibatan murid.

7. Mengedarkan lembaran kerja murid sebagai garis
panduan kepada murid melaksanakan tugasan ini.

8. Menggalakan murid menjana idea semasa
perbincangan kumpulan dalam proses penyelesaian
masalah/ melengkapkan tugasan (dengan soalan-
soalan yang telah disediakan guru semasa Fasa
Sebelum PdP).

9. Memberi respons dan menilai prototaip/ pencapaian
murid/ kumpulan.

10. Mentadbir Ujian Pasca.

11. Membuat refleksi terhadap PdP yang telah
dilaksanakan.

12. Menambah baik rancangan PdP ini bagi kelas yang
akan datang.

Rajah 2: Langkah Umum Pelaksanaan PdP STEM

PdP yang menarik, relevan dan mempunyai impak tinggi terhadap murid adalah
bergantung kepada perancangan, persediaan, pelaksanaan dan refleksi guru
sepanjang proses PdP. Guru perlu memastikan PdP dapat dijalankan dengan
berkesan dengan impak yang tinggi dalam memberi peluang dan galakan kepada
murid untuk memperolehi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dihasratkan.

5

6

CONTOH PdP 1
Projek: Penghasilan Baja Organik

7

8

PENGENALAN

Aktiviti menghasilkan baja organik merupakan satu projek mini yang dilaksanakan setelah
murid selesai mempelajari topik Bahan Buangan dalam kurikulum Sains Tahun 6. Aktiviti
ini menggunakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL). Murid
didedahkan dengan satu isu pengurusan bahan buangan untuk diselesaikan melalui
penghasilan produk. Murid mengaplikasikan pengetahuan tentang bahan buangan dalam
menghasilkan produk untuk kebaikan sejagat dan juga dapat menerapkan sikap saintifik
dan nilai murni dalam menghargai alam sekitar. Cadangan masa melaksanakan aktiviti ini
adalah 6 waktu bersemuka bergantung kepada kreativiti dan fleksibiliti guru untuk
disesuaikan dengan situasi sekolah, murid dan faktor-faktor lain.

Panduan pelaksanaan aktiviti ini perlu difahami oleh guru bagi memastikan aktiviti PdP
dapat berlangsung dengan lancar dan berkesan. Guru perlu merancang persiapan bahan
dan peralatan, ruang kerja, tempoh masa, bahan rangsangan, klip video dan kos yang
diperlukan untuk menjayakan aktiviti ini. Murid digalakkan untuk menghasilkan produk
yang mesra alam dengan kos yang minima. Langkah-langkah yang perlu dilaksanakan
oleh guru sepanjang aktiviti ini melibatkan 3 sesi pembelajaran seperti berikut:

9

Sebelum PdP SESI 1 (2 Waktu PdP)

 Merancang PdP
 Menyediakan bahan rangsangan seperti keratan surat khabar,

majalah, artikel, video atau imej yang berkaitan tentang cara
pengurusan bahan buangan terbiodegradasi.
(Kata kunci: Terbiodegradasi)

 Memperbanyakkan borang Ujian Pra dan Ujian Pasca, kertas A4,
lembaran kerja murid, serta helaian penilaian rubrik untuk guru
dan murid.

Semasa PdP  Mentadbir ujian Pra ke atas murid.
 Mencetus minda murid dengan set induksi (tayangan video/
Semasa
PdPSemasa memberikan bahan rangsangan)
PdP
 Memberikan senario atau pernyataan masalah.

 Mengedarkan lembaran kerja murid (Lampiran C) sebagai garis
panduan kepada murid melaksanakan projek ini.

 Memberi rangsangan kepada murid untuk mengenal pasti
masalah melalui proses sumbang saran dan menjana idea untuk
menyelesaikan masalah dan membimbing murid mendapatkan
idea menghasilkan produk baja organik.

 Membimbing murid membuat lakaran produk dan label.
 Mengumpul lakaran produk.

Selepas PdP  Membimbing murid mengenal pasti bahan keperluan untuk
menghasilkan produk bagi sesi PdP yang seterusnya.

 Membuat penilaian lakaran produk yang telah disediakan oleh
murid dan memberi cadangan untuk penambah baikan.

 Menyemak Ujian Pra (Lampiran A)

 Membimbing dan memantau murid menghasilkan baja organik.

10

Sebelum PdP SESI 2 (2 Waktu PdP)
 Menyediakan bahan dan peralatan yang diperlukan bagi
Semasa PdP
Semasa melaksanakan aktiviti ini berdasarkan lakaran berlabel murid.
PSedlPepSaesmPadsPa (Guru boleh minta murid membawa bahan dan peralatan
PdP yang diperlukan)

 Membimbing dan memantau murid menghasilkan baja organik

 Mengenal pasti peralatan yang diperlukan untuk mengasingkan
baja cecair organik dan sisa-sisa yang tidak terurai.

 Mengenal pasti bahan untuk aktiviti pembungkusan produk secara
kreatif untuk tujuan pemasaran.

Sebelum PdP SESI 3 (2 Waktu PdP)

Semasa PdP  Memastikan peralatan yang diperlukan untuk mengasingkan baja
Semasa cecair organik dan sisa-sisa yang tidak terurai telah disediakan.
PdPSemasa
PdP  Memastikan bahan untuk aktiviti pembungkusan produk secara
kreatif untuk tujuan pemasaran telah disediakan.

 Menjadi pemudah cara dalam aktiviti mengasingkan baja cecair
organik dengan sisa-sisa tidak terurai dan pembungkusan produk
dengan mengemukakan soalan-soalan yang kritis.

 Menjadi pemudah cara dalam aktiviti pembentangan hasil produk
bagi setiap kumpulan (Gallery walk).

 Menggalakkan kritikan berhemah dalam kalangan murid dan
memastikan murid jelas dengan konsep dan justifikasi saintifik
bagi penambahbaikan.

 Mengumpul semua produk murid
 Mentadbir ujian pasca.
 Membuat penilaian menggunakan borang penilaian rubrik

prototaip/ pembentangan manakala murid pula mengisikan
borang penilaian rakan sebaya dan penilaian kendiri.
 Mengedarkan Exit card sebagai refleksi kendiri murid.
 Membimbing murid menyediakan laporan aktiviti yang perlu
dihantar kepada guru dalam tempoh 1 minggu.

Selepas PdP  Membuat refleksi PdP yang telah dilaksanakan dan
penambahbaikan untuk PdP seterusnya.
Semasa
PdPSemasa  Menyemak laporan murid yang telah diterima.
PdP  Membimbing murid untuk mempamer laporan dan produk dalam

Bilik Sains.
 Menggalakkan murid dan pihak sekolah menggunakan produk

pada tumbuhan di kawasan sekolah.
 Membimbing murid untuk mengiklan dan menjual hasil produk.

11

Sepanjang proses PdP guru perlu menerapkan amalan STEM dan pembelajaran
mendalam supaya PdP tersebut menjadi lebih bermakna. Pengalaman pembelajaran
murid dalam menghasilkan produk ini digambarkan dalam setiap sesi PdP bersemuka
seperti dalam Carta 1.

1. Mengenal Pasti Masalah

SESI 1 2. Mengumpul Maklumat
(2 Waktu PdP) 3. Membuat Lakaran Produk Dan Berlabel

4. Mengenal Pasti Bahan Dan Peralatan

SESI 2 5. Menghasilkan Baja Organik
(2 Waktu PdP)
TIDAK
BERJAYA Proses
YA
Penambahbaikan

6. Mengasingkan Baja Cecair Organik Dengan Sisa Yang Tidak
Terurai

SESI 3 7. Menjalankan Aktiviti Pembungkusan Produk
(2 Waktu PdP) 8. Membuat Persembahan Projek Dan Sesi Soal Jawab

9. Mendokumentasikan Projek

Carta 1: Aliran pelaksanaan aktiviti murid menghasilkan Baja Organik

12

KOMPONEN PdP

BSTEM Baja Organik merujuk kepada kerangka STEM yang mengandungi komponen
berikut:

Konteks:
/ Kehidupan Harian
/ Alam Sekitar
/ Masyarakat Tempatan dan Global

Kemahiran Abad 21:
/ Kreativiti dan Inovasi
/ Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
/ Komunikasi dan Kolaborasi
/ Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
/ Kemahiran Hidup dan Kerjaya
/ Nilai dan Etika
/ Bersifat ingin tahu

Pengintegrasian STEM:

Sains: 1. Mengaplikasi pengetahuan pengurusan bahan buangan.
2. Memahami peranan mikroorganisma dalam penghasilan baja

organik.

Teknologi: Menggunakan teknologi dalam;
1. Mereka bentuk label botol pada peringkat akhir.
2. Membentangkan proses penghasilan baja organik.
3. Memasarkan baja organik.

Kejuruteraan: Mencipta formula campuran bahan untuk menghasilkan baja organik

Matematik: 1. Menyukat kuantiti gula.
2. Mengukur isipadu cecair baja organik.
3. Menggunakan unit piawai yang sesuai dalam pengukuran.

13

BahanSumber:  Sisa bahan mentah seperti;
Alat, Bahan dan sayur-sayuran, buah-buahan, kulit bawang, kulit udang, sisik ikan
Radas yang dan perut ikan.
diperlukan:
(Cadangan)  Gula (dicadangkan gula perang – ¼ daripada isipadu botol)
 Air bilasan beras (dicadangkan ¾ daripada isipadu botol)
Sumber yang  Botol 1.5 liter
disediakan oleh  Kerajang Aluminium
guru:  Penapis
 Lain-lain alat, radas dan bahan mengikut keperluan

 Blog dan laman web
 Surat khabar
 Persembahan Powerpoint
 Lampiran A - Ujian Pra
 Lampiran B - Ujian Pasca
 Lampiran C - Lembaran kerja murid
 Lampiran D - Borang Penilaian Produk dan Pembentangan
 Lampiran E - Borang Penilaian Rakan Sebaya dan Penilaian

Kendiri
 Lampiran F - Exit Card

14

PENCETUS IDEA

Panduan untuk guru dan boleh ditunjukkan kepada murid bagi mencetus idea berkaitan
dengan proses penghasilan baja organik.

Masukkan Masukkan
air beras gula

Tutup dan Masukkan
biarkan sisa makanan
beberapa
hari

Lakaran prosedur penyediaan projek baja organik

15

RANCANGAN PdP

Tahun: Tahun 6
Tajuk:
Standard Kandungan: Bahan Buangan
Standard Pembelajaran:
9.1 Bahan buangan
Hasil Murid:
Tempoh (waktu): 9.1.5 Memerihalkan pengurusan bahan buangan secara
Ringkasan Aktiviti: terancang untuk kehidupan yang lestari.

Baja Organik

6 waktu (2 + 2 + 2 waktu)

Senario:

Anda merupakan seorang jurutera bahan yang berhasrat
untuk membantu menyelesaikan masalah pengurusan sisa
buangan yang dihadapi oleh Encik Aiman.

Encik Aiman, seorang pemilik restoran berpendapat sisa
makanan boleh dimanfaatkan daripada dibuang begitu
sahaja. Di restoran beliau, terdapat banyak sisa bahan
mentah yang dikumpulkan semasa proses menyediakan
makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kulit
bawang, air bilasan beras, kulit udang, sisik ikan dan perut
ikan.

Sebagai seorang jurutera yang mementingkan kelestarian
alam sekitar, anda dikehendaki menghasilkan produk
daripada sisa bahan mentah supaya dapat dimanfaatkan
oleh penduduk setempat. Seterusnya anda juga perlu
membantu Encik Aiman memasarkan produk tersebut
dengan kaedah pembungkusan yang menarik dan murah.

Apa pengetahuan, Pengetahuan, kemahiran dan nilai
kemahiran dan nilai yang
murid peroleh setelah  Mengenal pasti masalah dunia sebenar berkaitan
melalui aktiviti ini? dengan pengurusan bahan buangan.

 Menghubungkaitkan masalah dengan konsep
penguraian bahan terbiodegradasi.

 Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran saintifik
dalam menyelesaikan masalah.

 Melahirkankan rasa tanggung jawab sosial dan
kemahiran berkerjasama dalam kumpulan.

 Memupuk kemahiran mereka cipta dan menghargai
alam sekitar

16

Apa pengalaman baharu Pengalaman baharu murid
murid setelah melalui
aktiviti ini?  Menghasilkan baja organik daripada bahan
buangan terbiodegradasi.

 Menerangkan konsep penguraian bahan
terbiodegradasi oleh mikroorganisma.

 Mengenal pasti gula sebagai sumber nutrien untuk
mikroorganisma.

 Menjana idea untuk memanfaatkan sisa-sisa bahan
buangan.

 Mencetus idea kreatif dalam memasarkan produk.
 Mengaplikasi ciri-ciri keusahawanan.

17

AKTIVITI PdP

Aktiviti Aktiviti Murid Aktiviti PdP Ciri PdP STEM Penilaian
Objektif Peranan Guru Formatif

Sesi 1 (2 waktu PdP)

1. Mengetahui/  Menduduki ujian  Memberi ujian  Lampiran A1
(Ujian Pra)
mengukur pra pra.
pengetahuan pembelajaran
sedia ada murid

dalam isu ini.

2. Membuat  Menonton dan  Menayangkan  Meningkatkan  Borang
pemerhatian dan mencatatkan video tentang kepekaan murid catatan murid
mengaitkan fakta/ lambakan sampah kepada isu dan – Kertas
pengetahuan, pemerhatian isu dan pengurusan masalah dunia kosong untuk
kemahiran dan atau masalah bahan buangan. sebenar. mencatat
nilai sedia ada yang dipaparkan pemerhatian
dengan isu dalam tayangan  Menyoal murid dan
dunia sebenar. video berkenaan. tentang masalah permasalahan/
pengurusan bahan Isu yang
buangan di dijangkakan
kawasan
perumahan
mereka.

3. Meneroka dan  Menyenaraikan  Memberikan satu  Memerlukan  Lampiran C1 -
mencari fakta-fakta yang senario berkaitan murid beri Lembaran
maklumat mereka sudah dengan pelbagai Kerja Murid
berkaitan tahu, ingin tahu pernyataan jawapan/ (Bahagian A
masalah dan akan tahu masalah. penyelesaian dan B)
pengurusan berkaitan bahan dengan
bahan buangan buangan dan  Mengarahkan justifikasi.
dan cara-cara pengurusan setiap kumpulan
mengatasinya. bahan buangan. mengenal pasti  Melibatkan
fakta-fakta yang murid dalam
 Berbincang berkaitan dengan inkuiri dan
untuk mengenal masalah penerokaan
pasti isu pengurusan bahan terbuka
berdasarkan buangan dan
senario yang cadangan untuk
diberikan. mengatasi
masalah tersebut.

18

Aktiviti Aktiviti Murid Aktiviti PdP Ciri PdP STEM Penilaian
Objektif Peranan Guru Formatif

4. Membuat strategi,  mendapatkan  Memantau dan  Melibatkan  Lampiran C1-
membimbing murid murid dalam Lembaran
merancang dan maklumat dan dalam mencari kerja Kerja Murid
maklumat, sumber berpasukan
mengagihkan sumber dan bahan yang yang produktif. (Bahagian C)
diperlukan.
tugasan bagi pembelajaran

mendapatkan serta bahan yang

maklumat, diperlukan bagi

sumber menghasilkan

pembelajaran dan baja organik.

bahan yang (rujuk bahagian

diperlukan. B, Lampiran C1)

5. Melakar draf  Mengemukakan  Melontarkan  Melibatkan kerja

campuran bahan soalan dan soalan-soalan yang berpasukan  Lampiran C1

bagi mencetuskan dapat mencungkil dengan (Bahagian D1)
menghasilkan idea-idea yang pemikiran murid penggunaan

baja organik. kreatif dan inovatif dalam pemilihan teknologi sesuai

berdasarkan bahan untuk dengan bijak dan

6. Melabel maklumat yang menghasilkan baja berhemah.

komposisi diperoleh dalam organik, kaedah

kandungan yang proses pembungkusan dan

terdapat dalam penghasilan baja kaedah pemasaran.

penghasilan organik, kaedah

baja organik. pembungkusan

dan kaedah

pemasaran.

7. Bekerja serta  Berbincang dalam  Membimbing dan  Memerlukan  Lampiran C1-

berkomunikasi kumpulan membangunkan murid Lembaran Kerja

secara berkesan masing-masing kemahiran berfikir mengaplikasi Murid

dalam kumpulan. untuk memilih murid dalam pemahaman (Bahagian D1)

kaedah mengenal pasti kandungan

8. Menerangkan pembungkusan masalah dalam STEM.

dan dan teknik kaedah

membentangkan pemasaran. pembungkusan dan  Memberi
kaedah
pemasaran dan pelbagai

pembungkusan strategi jawapan/
dan pemasaran. menyelesaikannya. penyelesaian

 Sebagai fasilitator kreatif & inovatif
dan menggalakkan beserta justifikasi

murid

menyelesaikan

masalah dengan

tepat, kreatif dan

inovatif.

 Menilai kumpulan

murid sambil

memantau.

19

Aktiviti Aktiviti Murid Aktiviti PdP Ciri PdP STEM Penilaian
Objektif Peranan Guru Formatif

SESI 2: 2 waktu PdP

9. Menghasilkan  Menghasilkan  Membimbing dan  Memerlukan
baja organik. baja organik
daripada sisa membantu murid murid
terbiodegradasi
yang diperoleh dalam mengaplikasikan
daripada rumah
atau kawasan menghasilkan baja pemahaman
sekolah.
organik. kandungan

STEM.

 Mengawas dan

memastikan  Memerlukan

keselamatan murid. murid

mengaplikasi

 Menilai kemahiran kemahiran
manipulatif murid proses mereka
semasa bentuk.

menghasilkan

produk.

SESI 3: 2 waktu PdP

10. Mengasingkan  Mengasingkan  Menilai kemahiran  Melibatkan murid
hasil penapaian baja cecair manipulatif murid dalam kerja
dengan organik dengan semasa menguji berpasukan yang
menggunakan sisa yang tidak produk. produktif.
penapis. terurai.
 Melibatkan murid
11. Menghasilkan  Aktiviti dalam
produk akhir pembungkusan mengaplikasi
baja organik. produk dengan kemahiran
kreatif untuk proses mereka
tujuan bentuk.
pemasaran.

 Mempamerkan  Mengarahkan murid  Memerlukan  Lampiran C1,

12. Membentang dan membentang- melengkapkan murid beri LEMBARAN
kan hasil produk
dengan yakin kan hasil produk tugasan seperti pelbagai jawapan KERJA MURID
beserta
justifikasi dan tersebut kepada dalam Lampiran C, / penyelesaian (Bahagian E)
eviden yang
kukuh. kelas untuk Bahagian E. kreatif & inovatif

13. Menerima penilaian. beserta  Lampiran D1
teguran dan
kritikan dengan (gallery walk)  Melontarkan justifikasi. Rubrik
baik dan
berhemah. soalan-soalan untuk Penilaian untuk

 Perbincangan menilai produk  Memberi peluang pembentangan

murid dan guru berdasarkan rubrik. murid menambah (guru)

tentang soalan, baik produk.

ulasan dan

kritikan berhemah

bagi

20

Aktiviti Aktiviti Murid Aktiviti PdP Ciri PdP STEM Penilaian
Objektif Peranan Guru Formatif
penambahbaikan
14. Melatih diri produk.
untuk
membina
soalan yang
baik dan
relevan.

15. Menilai  Menduduki ujian  Mentadbir ujian  Lampiran B1
pembelajaran pasca pasca Ujian Pasca
murid melalui pembelajaran.
perbandingan
sebelum dan
selepas PdP.

16. Membuat  Membuat  Memastikan murid  Lampiran E1
refleksi kendiri penilaian rakan melengkapkan Borang
tentang sebaya dan Borang Penilaian Penilaian
pembelajaran penilaian kendiri. Rakan Sebaya Dan Rakan Sebaya
mereka Penilaian Kendiri Dan Penilaian
dalamPdP  Membuat refleksi serta Exit Card Kendiri
tadi. dengan untuk membuat
melengkapkan penilaian dan  Lampiran F1
Exit Card. refleksi PdP Exit Card

Refleksi

21

Lampiran A-1

UJIAN PRA

[CONTOH PdPc 1: PENGHASILAN BAJA ORGANIK]

TAJUK: BAHAN BUANGAN TARIKH: ...........................
NAMA: .............................................................. KELAS: ............................

Sila jawab semua soalan di ruang jawapan yang disediakan.

1. Nyatakan empat contoh bahan buangan.( TP 1 )
_________________________________________________________

2. Berikan dua jenis bahan buangan.
a) ________________________________________________________
b) ________________________________________________________

3. Kelaskan bahan buangan dalam soalan 1 kepada jenis-jenis bahan buangan.( TP 2 )

4. Apakah yang dimaksudkan dengan bahan buangan terbiodegradasi?
________________________________________________________________
________________________________________________________________

22

5. Terdapat tiga jenis tong kitar semula di kawasan sekolah kamu. Senaraikan contoh
bahan buangan bagi setiap tong tersebut? (TP3)
Tong Berwarna Biru Tong Berwarna Coklat Tong Berwarna Jingga

6. Plastik adalah satu bahan yang mengambil masa yang lama untuk dibiodegradasi.
Jelaskan mengapa penggunaan bahan tidak terbiodegradasi perlu digunakan secara
berhemah.( TP 4 )
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

7. Nyatakan kesan pembuangan bahan buangan secara tidak terancang kepada alam
sekitar.(TP 5)
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

23

8. Lakarkan satu kaedah atau alat bagi membantu manusia menguruskan sisa buangan
berdasarkan imaginasi kamu.(TP6)

24

Lampiran B-1

UJIAN PASCA

[CONTOH PdPc 1: PENGHASILAN BAJA ORGANIK]

TAJUK: BAHAN BUANGAN TARIKH: ...........................
NAMA: .............................................................. KELAS: ............................

Sila jawab semua soalan di ruang jawapan yang disediakan.
1. Nyatakan contoh bahan buangan yang boleh ditemui di tempat berikut ( TP 1 ):

TEMPAT SISA BUANGAN

Kantin

Kelas

Sekitar Sekolah

2. Kelaskan bahan buangan di soalan 1 dalam bentuk pengurusan grafik. (TP2)

25

3. Sisa sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan bahan terbiodegradasi. Apakah
yang dimaksudkan dengan bahan buangan terbiodegradasi ?
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

4. Menjelaskan dengan contoh pengurusan bahan buangan secara terancang. ( TP 3 )
a) ______________________________________________________________
b) ______________________________________________________________

5. Jelaskan mengapa penggunaan bahan tidak terbiodegradasi perlu digunakan secara
berhemah. ( TP 4 )
________________________________________________________________
________________________________________________________________

6. Nyatakan kesan pembuangan bahan buangan secara tidak terancang kepada:
a. manusia
b. haiwan
c. alam sekitar
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

26

7. Lakarkan satu kaedah atau alat bagi membantu manusia menguruskan sisa buangan
berdasarkan imaginasi kamu. Terangkan bagaimana alat atau kaedah yang kamu
cipta berfungsi.

27

Lampiran C-1

LEMBARAN KERJA MURID
TAJUK : BAHAN BUANGAN – PENGHASILAN BAJA ORGANIK

TARIKH:……………………… KELAS: …………….…….

Nama Ahli Kumpulan:
1) 3) 5)
2) 4) 6)

Objektif Pembelajaran:

Murid dapat:

 Mempraktikkan amalan mencintai alam sekitar untuk melalui kehidupan yang
selesa.

 Meneroka dan mencari maklumat berkaitan masalah pengurusan bahan buangan
dan cara mengatasinya.

 Bekerja dan berkomunikasi secara berkesan dalam kumpulan.
 Menerangkan dan membentangkan hasil produk.
 Memahami proses merekacipta.

A. Pencarian Fakta
Berdasarkan scenario yang diberi, kenal pasti maklumat berkaitan bahan
buangan dan pengurusan bahan buangan.

Bahan Buangan Pengurusan Bahan Buangan

28

B. PerluTahu/Isu Pembelajaran
Berdasarkan fakta yang dikemukakan di A, apakah isu dan pengetahuan yang perlu
anda tahu bagi membolehkan anda menyelesaikan tugasan?
Bil. Isu dan Pengetahuan Yang Perlu Anda Tahu
1
2
3
4
5

C. PelanTindakan

Draf pelan tindakan untuk menangani isu-isu pembelajaran yang dikenal pasti
termasuk sumber dan bahan yang diperlukan.

Langkah Tindakan Bahan/Sumber
1
2
3
4
5

29

D. Penyelesaian yang dicadangkan
1. Melalui sumbang saran, lakarkan campuran untuk menghasilkan baja organik.
Labelkan lakaran yang dihasilkan.

30

2. Nyatakan kaedah pembungkusan yang dipilih dan senaraikan teknik pemasaran yang
sesuai dalam bentuk pengurusan grafik.

E. Penghasilan Produk
1. Hasilkan baja organik berdasarkan campuran bahan-bahan yang dicadangkan.
2. Sediakan pembentangan (menggunakan ICT) untuk menjelaskan pemilihan bahan

untuk menghasilkan baja organik.

31

Lampiran D-1

BORANG PENILAIAN PRODUK DAN PEMBENTANGAN

TAJUK : PENGURUSAN BAHAN BUANGAN – PENGHASILAN BAJA ORGANIK

Tarikh: ........................... Kumpulan: ………………….................

Kategori 4 3 21 Skor

Pemilihan Kombinasi bahan- Bahan yang dipilih Bahan yang dipilih Bahan yang dipilih
Bahan bahan yang dipilih sesuai dan terdapat kurang sesuai tidak sesuai dan
amat sesuai dan percubaan namun boleh menjadikan sisa-
sisa organik terurai. mengubah suai diubah suai sisa organik tidak
secara kreatif untuk secara kreatif terurai.
menjadikan sisa menjadikan sisa-
organik terurai. sisa organik
terurai.

Sikap Semua ahli Sebahagian besar Sebahagian ahli Semua ahli
saintifik kumpulan dapat ahli kumpulan dapat kumpulan tidak kumpulan tidak
menunjukkan menunjukkan dapat dapat
Fungsi pemahaman yang pemahaman yang menunjukkan menunjukkan
jelas dan dapat jelas dan dapat pemahaman yang pemahaman yang
mengaplikasi sikap mengaplikasi sikap jelas dan tidak jelas dan tidak
saintifik dalam saintifik dalam dapat dapat mengaplikasi
penghasilan penghasilan produk. mengaplikasi sikap saintifik
produk. sikap saintifik dalam penghasilan
dalam produk.
penghasilan
produk.

Kombinasi bahan Kombinasi bahan Kombinasi bahan Kombinasi bahan
sangat baik dan baik tetapi kurang kurang baik dan kurang baik dan
bertepatan dengan menepati kehendak. mempunyai mempunyai banyak
kehendak. kelemahan yang kelemahan yang
perlu penambah- perlu penambah-
baikan. baikan.

Penggunaan Ahli kumpulan Ahli kumpulan Ahli kumpulan Ahli kumpulan tidak
ICT mengaplikasi mengaplikasi mengaplikasi dapat mengaplikasi
kemahiran ICT kemahiran ICT yang kemahiran ICT kemahiran ICT
secara optimum bersesuaian sama secara minimum sama ada semasa
sama ada semasa ada semasa sama ada semasa penyelidikan dan
penyelidikan dan penyelidikan dan penyelidikan dan pembentangan
pembentangan pembentangan pembentangan
projek

32

Kategori 4 3 21 Skor

Kerja Kumpulan berfungsi Kumpulan berfungsi Kumpulan kurang Kumpulan tidak
Kumpulan dengan sangat dengan baik. berfungsi dengan berfungsi dengan
baik. Semua ahli Sebahagian besar baik. Tidak semua baik. Ramai ahli
mendengar, ahli mendengar, ahli mendengar, yang tidak
berkongsi berkongsi dan berkongsi dan memberi
pengetahuan dan menyokong usaha menyokong usaha kerjasama
menyokong usaha ahli kumpulan yang ahli kumpulan
ahli kumpulan yang lain. yang lain.
lain.

Jumlah skor

33

Lampiran E-1

BORANG PENILAIAN RAKAN SEBAYA DAN PENILAIAN KENDIRI
TAJUK : PENGURUSAN BAHAN BUANGAN – PENGHASILAN BAJA ORGANIK

Tarikh: .................... Nama: ........................................ Kumpulan: ..........................

Skor SKOR( isikan nama
ahli kumpulan)

43 2 1 Diri
…..............
Kategori
Rakan 1
……………

Rakan 2
……………

Rakan 3
……………

 Mengambil  Mengambil  Kadang-kadang  Kurang
bahagian bahagian mengambil memberi
secara sangat secara aktif dan bahagian dan kerjasama
aktif dan kerap memberi idea memberi idea dalam aktiviti
memberi idea berguna dalam dalam aktiviti yang
berguna aktiviti kumpulan. dijalankan
dalam aktiviti kumpulan.
Sumbangan kumpulan.  Memberi kerja-
 Sering memberi sama dalam
 Mempunyai kerjasama dan aktiviti yang
daya usaha komitmen yang dijalankan
yang tinggi tinggi
dan berjaya
menampilkan
ciri-ciri
kepimpinan

 Bertindak  Bertindak  Bertindak  Bertindak
secara kurang secara tidak
Penyelesaian secara aktif secara kurang aktif dan aktif dan tidak
Masalah berjaya berusaha untuk
dan berjaya aktif namun menyelesaikan menyelesaikan
sedikit masalah masalah dalam
menyelesaikan berjaya dalam kumpulan
kumpulan
banyak menyelesaikan

permasalahan masalah dalam

dalam kumpulan

kumpulan

34

Skor SKOR( isikan nama
ahli kumpulan)

43 2 1 Diri
…..............
Kategori
Rakan 1
……………

Rakan 2
……………

Rakan 3
……………

Sikap  Bersikap  Bersikap positif  Bersikap positif  Bersikap
positif terhadap projek terhadap projek kurang positif
terhadap yang dilaksana- yang terhadap
projek yang kan namun dilaksanakan projek yang
dilaksanakan kurang namun jarang dilaksanakan.
dan sentiasa mendorong memberi
mendorong rakan dalam dorongan
rakan dalam kumpulan kepada rakan
kumpulan dalam
kumpulan
 Memberi
Tumpuan terhadap tugasan tumpuan  Memberi  Kurang  Tidak
sepenuhnya tumpuan penuh memberi memberi
terhadap terhadap tumpuan tumpuan
tugasan dan tugasan namun terhadap penuh
kerap kurang tugasan dan terhadap
melakukan menyelesaikan kerap tugasan dan
tugasan tugasan secara bergantung sangat
secara kendiri kendiri kepada ahli bergantung
kumpulan yang kepada ahli
lain kumpulan
yang lain

Bekerja dengan  Sentiasa  Memberi  Kurang bekerja  Memberikan
orang lain bekerjasama, kerjasama, sama dan kerjasama
mendengar mendengar kurang menjaga yang sangat
pandangan pandangan keharmonian minimum
dan menjaga tetapi kurang dalam
keharmonian menjaga kumpulan
ahli-ahli dalam keharmonian
kumpulan dalam
kumpulan

Jumlah skor

35

Lampiran F-1

EXIT CARD

NAMA :

SOALAN 1 SOALAN 2

Dua perkara yang saya pelajari hari ini. Satu perkara yang saya masih tidak jelas.

NAMA : SOALAN 2
SOALAN 1 Satu perkara yang saya masih tidak jelas.

Dua perkara yang saya pelajari hari ini.

NAMA : SOALAN 2
SOALAN 1 Satu perkara yang saya masih tidak jelas.

Dua perkara yang saya pelajari hari ini.

36

Lampiran G-1
DAPATAN RINTIS DAN CONTOH PDP 1 DALAM PENGHASILAN BAJA ORGANIK

37

38


Click to View FlipBook Version