Koleksi Himpunan Doa &
Kelebihan Ayat-ayat Al-Quran
ايات القرءان-كوليك يس هيمڤونن دعا &كلبيهن ايات
(Surah Al Fatihah – Surah At-Taubah)
user Aida Bakar
Koleksi Himpunan Doa
& Kelebihan Ayat-ayat
Al-Quran
ايات القرءان-كوليكسي هيمڤونن دعا & كلبيهن ايات
Aida Bakar
ايدا بكر
SENARAI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKASURAT
ي1 Kata-kata pengarang 1
2. Adab berdoa 2
3. Surah Al-Fatihah 3
Keterangan Ayat 1-7: 4
Penawar segala penyakit
Pembuka ikatan, belenggu atau untuk
melepaskan diri dari tahanan
4 Surah Al-Baqarah 5
Keterangan Ayat 1-5 6
Hafalan
Pendinding rumah 7
Keterangan Ayat 25 7
Tanaman subur dan berkat
Keterangan Ayat 102 8
Rumah terpelihara dari perbuatan sihir 9
Perubatan kepada orang yang terkena sihir & gila 9
Keterangan Ayat 125 10
Bangun pada waktu yng dikehendaki 11
Keterangan Ayat 127 11
Penawar buasir 12
Keterangan Ayat 138 12
Kelebihan bercelak
Keterangan Ayat 144
Penawar herot muka
Keterangan Ayat 148
Kecurian
Keterangan Ayat 164
Hafalan
Keterangan Ayat 201
Menghadapi bencana, Isteri solehah
Keterangan Ayat 255
Segala kebaikan
Penawar sakit gila
Kecerdasan fikiran
Segala hajat & menolak musibah
SENARAI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKASURAT
Keterangan Ayat 285-286 14
Terlepas dari gangguan musuh
Perbendaharaan Allah 16
17
5. Surah Ali-Imran
18
Keterangan Ayat 1-4 18
Pendinding kanak-kanak 19
Kebahagian & segala hajat 20
21
Keterangan Ayat 8
Keteguhan iman 22
Keterangan Ayat 9 23
Mencari barang hilang
24
Keterangan Ayat 7-9
Kecerdikan luar biasa 25
26
Keterangan Ayat 14 27
Kasih sayang 28
29
Keterangan Ayat 26-27
Keluasan rezki
Keramah
Keterangan Ayat 35-37
Melahirkan anak sihat & terhindar gangguan
Pelaris
Keterangan Ayat 73-74
Pelaris kedai
Limpahan rezki
Keterangan Ayat 83
Jinakkan binatang
Melembutkan orang zalim
Keterangan Ayat 103-104
Ceramah yang berkesan
Keterangan Ayat 111-112
Kalahkan musuh
Keterangan Ayat 134-136
Pendinding
Keterangan Ayat 146-148
Hilangkan perasaan sedih
Keterangan Ayat 169-171
Mendapat taufiq &penarang hati
SENARAI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKASURAT
Keterangan Ayat 173-174 30
Mengalahkan musuh
Permudah segala urusan & keluasan rezki 31
Keterangan Ayat 190-194 32
Keteguhan iman 33
Qiamullail 34
34
Keterangan Ayat 200 35
Lembut hati anak & jinakkan binatang 36
37
6. Surah An-Nisa’ 38
38
Keterangan Ayat 75 39
Perlindungan dari kejahatan 41
42
Keterangan Ayat 148-149 42
Terpelihara dari umpatan
43
Keterangan Ayat 174-175 44
Mematahkan hujah lawan 45
7. Surah Al-Maa’idah
Keterangan Ayat 7-8
Hilangkan perasaan was-was
Keterangan Ayat 23
Mengguncikan dari keluar daripada perkataan yang buruk
Keterangan Ayat 78
Hilangkan tikus daripada rumah
Keterangan Ayat 90-92
Meninggalkan perbuatan buruk
8. Surah Al An'aam
Keterangan Ayat 13
Menghilangkan prasangka buruk
Keterangan Ayat 17-18
Penawar sakit dada
Penawar sakit jiwa
Keterangan Ayat 59
Perolehi jalan keluar
Keterangan Ayat 63-64
Meredakan ombak di laut
Keterangan Ayat 75-79
Petunjuk kepada kebenaran fasih &
ketajaman berhujah
SENARAI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKASURAT
Keterangan Ayat 95 46
Tanaman menjadi subur
Keterangan Ayat 96-97 47
Kapal selamat dari musibah
Keterangan Ayat 99 47
Pokok yang subur
Keterangan Ayat 103 48
Air selusuh
Keterangan Ayat 122 49
Pengasih
Binatang tidak keluar dari Kawasan tersebut
Keterangan Ayat 141 50
Ladang terhindar daripada penyakit
Keterangan Ayat 160-162 51
Dilapangkan dada & terhindar dari tipu muslihat orang zalim
Penawar kepada sakit dalaman
Penawar sakit mata
9. Surah Al-A’raaf 52
Keterangan Ayat 1-3: 53
Fikiran yang bernas, berakhlak & selesaikan masalah 54
Keterangan Ayat 10: 54
Rezki melimpah 55
Keterangan Ayat 23: 55
Diampunkan dosa 56
Keterangan Ayat 26
Diberi taufiq 57
Keterangan Ayat 31: 57
Terhindar sihir & racun
Keterangan Ayat 43:
Mendamaikan pertengkaran
Penawar sakit dalaman
Keterangan Ayat 47:
Terhindar dari orang zalim
Keterangan Ayat 54-56:
Terpelihara daripada orang zalim & terhindar
daripada mahluk halus
Terhindar daripada sihir & binatang buas
SENARAI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKASURAT
Keterangan Ayat 97-99: 58
Terhindar daripada serangan mahluk perosak 59
60
Keterangan Ayat 154: 60
Menahan kemarahan
62
Keterangan Ayat 171: 63
Hafalan 63
64
Keterangan Ayat 200-201
Hilangkan penyakit was-was 65
Hilangkan hayalan buruk
66
10. Surah Al-Anfaal 67
67
Keterangan Ayat 2: 68
Melembutkan hati & rajin beribadat 69
70
Keterangan Ayat 10:
Melemahkan musuh 71
Keterangan Ayat 62-63:
Tertunai segala hajat
Dicintai & dihormati orang
Keterangan Ayat 66:
Meringankan beban zahir & batin
Tenang menghadapi masalah
11. Surah At-Taubah
Keterangan Ayat 32-33:
Kasih sayang
Keterangan Ayat 46:
Mencari barang yang hilang
Keterangan Ayat 51:
Ketenangan
Keterangan Ayat 111:
Pelaris kedai
Keterangan Ayat 128-129:
Matikan dalam keadaan husnul khatimah terhindar
gangguan jin & manusia
Tertunai segala hajat
12. Rujukan
Kata-Kata Pengarang
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji
bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami
memohon keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri
kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah
maka tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka
tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah yang Maha
Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-
Nya dan Rasul-Nya.
Ini merupakan buku pertama saya dan saya berharap bahwa apa yang dibaca
dalam tulisan saya akan memberikan kekuatan pada pembaca saya, dan kalau itu
terjadi, saya mengangggap tulisan saya berhasil. itu adalah suatu kehormatan bagi
seorang pengarang, terutama bagi saya. Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah
dan buruk itu daripada kelemahan saya dalam penulisan ini.
Aida Bakar
Zuraidah Abu Bakar
25 September 2022
Kota Tinggi, Johor
1
Adab Berdoa
Doa adalah senjata bagi umat Muslim. Dengan berdoa juga menunjukkan kelemahan
seorang hamba di hadapan Allah. Kita dinasihatkan agar beradab dalam meminta-
minta sesuatu dengan Allah dengan bersungguh-sungguh. Namun, dalam berdoa, kita
juga harus memperhatikan adab-adabnya. Maka, berikut adalah antara beberapa
adab berdoa dalam Islam: -
1. Khusyu dan penuh fokus dengan doa-doa yang dipanjatkan, serta
merendahkan diri dihadapan-Nya, sehingga kita mampu merasakan kehadiran
Allah.
2. Menghadap kiblat
3. Dalam keadaan suci (berwudhu)
4. Mengangkat tangan
5. Memulakan doa dengan pujian kepada Allah, lalu membaca shalawat kepada
Nabi
6. Memohon ampunan sebelum menyampaikan keinginan
7. Memohon kehadirat Allah dengan sungguh-sungguh
8. Berdoa dengan penuh harap dan takut kepada Allah dengan menyebut nama-
nama-Nya, dan sifat-sifat-Nya, serta mengesakan-Nya
9. Seeloknya bersedekah sebelum berdoa moga cepat dikabulkan doa
Menurut Ibnu Qayyim, apabila kita memperhatikan adab-adab tersebut, maka
insya Allah doa kita akan terkabul. Diriwayatkan oleh Abdullah bin Buraidah dari
ayahnya, Nabi Muhammad pernah mendengar seorang laki-laki berdoa:
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu, karena aku menyaksikan
bahwa Engkau adalah Allah yang Maha Tunggal, tiada beranak dan tiada pula
diperanakkan, dan tiada seorang pun yang setara dengan-Nya."
Mendengar doa laki-laki itu, Nabi bersabda, "Ia telah memohon kepada Allah
dengan nama-Nya. Bila seorang memohon dengan memakai nama tersebut, Allah
akan memberi. Kalau ia berdoa, Allah pasti mengabulkan (memberi ijabah)."
Kemudian, Nabi mengatakan kepada laki-laki tersebut, "Engkau telah meminta
kepada Allah dengan nama-Nya Yang Agung."
2
SurahيAl-Fatihah
Surah al-Fatihah (Bahasa Arab: ) ُّسو َرةُ الفَا ِت َحة- Pembukaan - surah yang
diturunkan di Mekah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini
mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan
ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah. 0:49 Surah
ini dinamakan al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan
permulaan al-Quran. Surah ini juga dinamakan Ummul Quran ( ام القــرآن- Ibu Quran)
atau Ummul Kitaab ( ام الكتاب- Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada
semua isi al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan al-Quran itu sendiri. Surah
ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang
kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.
Kelebihannya: -
Sabda Rasulullah s.a.w:
Sesiapa membaca Surah Al-Fatihah, nascaya dikurniakan baginya pahala seperti
pahala orang yang membaca tujuh (7) kitab kali Taurat, Injil, Quran, Suhuf Nabi Idris
dan Nabi Ibrahim. Setiap satu huruf yang dibacanya itu akan dikurniakan kepadanya
satu darjat di dalam syurga. Luas setiap darjat tersebut adalah jarak antara langit dan
bumi.
3
Keterangan Ayat 1-7:
٣ ٱل هر ْح َم ٰـ ِن ٱل هر ِحي ِم٢ ٱ ْل َح ْم ُد َِّهل ِل َر ِب ٱ ْلعَ ٰـلَ ِمي َن١ ِب ْس ِم ٱَّهل ِل ٱل هر ْح َم ٰـ ِن ٱل هر ِحي ِم
٦ ٱ ْه ِدنَا ٱل ِص ٰ َر َط ٱ ْل ُم ْستَ ِقي َم٥ إِيها َك نَ ْعبُ ُد َوإِيها َك نَ ْستَ ِعي ُن٤ َم ٰـ ِل ِك يَ ْو ِم ٱل ِدي ِن
٧ ِص ٰ َر َط ٱله ِذي َن أَ ْنعَ ْم َت َعلَ ْي ِه ْم َغ ْي ِر ٱ ْل َم ْغ ُضو ِب َعلَ ْي ِه ْم َوََل ٱل هضآ ِلي َن
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah
sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan)
orang-orang yang sesat.
Kelebihannya: -
1. Penawar segala penyakit
Bacalah surah ini sebanyak 40 kali pada segelas air. Kemudian sapukan muka,
telapak tangan dan kaki serta seluruh tubuh pesakit terutamanya mereka yang
mengalami demam panas. InsyaAllah akan sihat.
2. Pembuka ikatan, belenggu atau untuk melepaskan diri dari tahanan
Bacalah surah ini pada sebarang ikatan (zahir atau batin) sebanyak 111 kali.
Kemudian diludahkan pada ikatan tersebut sebanyak 10 kali. InsyaAllah akan
terbuka dengan izin Allah, mujarab.
4
SurahيAl-Baqarah
Surah ‘Al Baqarah’ yang terdiri dari 286 ayat ini turun di Madinah yang
sebahagian besar diturunkan pada permulaan tahun Hijrah, kecuali ayat 281
diturunkan di Mina pada Hajji wadaa’ (hajji Nabi Muhammad s.a.w.). Seluruh ayat dari
surat Al Baqarah termasuk golongan Madaniyyah. Surah ini dinamakan ‘Al Baqarah’
kerana di dalamnya disebutkan kisah penyembelihan lembu betina yang di
perintahkan oleh Allah kepada Bani Israil (ayat 67 hingga 74) di mana dijelaskan watak
orang Yahudi pada umumnya. Ia dinamakan “Fusthaathul-Qu’ran” (puncak Al Quran)
kerana terdapat beberapa hukum yang tidak disebut dalam surah yang lain.
Dinamakan juga surah “alif-laam-miim” kerana surat ini dimulai dengan Alif-laam-miin.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti kubur, sesungguhnya rumah
yang dibaca didalamnya surah AI-Baqarah tidak dapat dimasuki oleh syaitan."
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya surah yang disebut didalamnya tentang AI-Baqarah itulah 'Kota' AI
Quran, maka pelajarilah ia, kerana mempelajarinya adalah berkat dan
meninggalkannya adalah celaka. Dan sesungguhnya tidak berupaya bagi orang-
orang yang jahat untuk melawannya. Dan para sahabat menyoal Nabi, ''Ya Rasulullah,
siapakah mereka?" Nabi bersabda, "merekalah ahli-ahli sihir".
5
Keterangan Ayat 1-5:
٢ ٰذَ ِل َك ٱ ْل ِكتَٰـ ُب ََل َر ْي َب ۛ ِفي ِه ۛ ُه ًۭدى ِل ْل ُمته ِقي َن١ ا ٓل ٓم
٣ ٱله ِذي َن يُ ْؤ ِمنُو َن ِبٱ ْلغَ ْي ِب َويُ ِقي ُمو َن ٱل هصلَ ٰوةَ َو ِم هما َر َز ْقنَ ٰـ ُه ْم يُن ِفقُو َن
٤ َوٱله ِذي َن يُ ْؤ ِمنُو َن ِب َمآ أُن ِز َل ِإلَ ْي َك َو َمآ أُن ِز َل ِمن قَ ْب ِل َك َوبِٱ ْلـَٔا ِخ َرةِ ُه ْم يُوقِنُو َن
٥ أُ۟ولَ ٰـٓ ِئ َك َعلَ ٰى ُه ًۭدى ِمن هر ِب ِه ْم ۖ َوأُ ۟ولَ ٰـٓئِ َك ُه ُم ٱ ْل ُم ْف ِل ُحو َن
[1] Alif, Laam, Miim.
[2] Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari
Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang
yang (hendak) bertaqwa;
[3] Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan
mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan)
sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
[4] Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan
kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu
daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan
sepenuhnya).
[5] Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah
orang-orang yang berjaya.
Kelebihannya: -
1. Penggunaan ayat ini digunakan untuk meningkatkan hafalan dan ingatan,
menguatkan keyakinan serta menampahkan ilmu pengetahuan. Caranya
dengan menulis ayat tersebut diatas pinggan putih atau lain-lain yang suci yang
belum digunakan. Hendaklah ianya ditulis pada waktu awal pagl hari Khamis
dengan menggunakan za'faran ataupun kasturi. Kemudian dihapuskan pula
tulisan tersebut dengan air perigi yang elok dan diminum pada waktu berbuka
puasa (hendaklah berpuasa pada hari Khamis itu). Lakukannya selama 3 kali
hari Khamis.
2. Sekiranya ayat ini dibaca dengan Al-Fatihah, ayat 1-5 surah Al-Baqarah, ayat
102 surah Al-Baqarah, ayat 255 surah al-Baqarah dan ayat 285-286 surah Al-
Baqarah selepas solat subuh dan solat magrib untuk pendiding rumah.
6
Keterangan Ayat 25:
جۦ ِر ُمتَى َش ِٰـم ِب ًۭنهاتَۖ ْحَ ِتولَ َه ُها ْم٢ْ َ ِه٥ِم َونبَ ِثَش َِمر َرٱٍۢةله ِذ ِير َْنز ًۭقاَء ۙافِ َيمقَنُاَهلُآو ۟او ۟أَا َْزو ٰ ََهوٰـَعٱ َِْذًْۭمجاللَُ ْنٱوُّمَ۟لهها ٰـِذ َطٱُرل ههىۖ َر هًۭصُُةكٰرـلهِۖلِ َزم ََْاقحوٰـنَا ُهُرِْمتِِمزأَِفقُني هنو َ۟هاقَالَْب ُِمهُلَْنْخمٰۖـَهِلاََُدوجأُنهوٰتـُ َونٍۢ۟اٍت ِبت
[25] Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal
soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis
buah-buahan syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada
kami dahulu”; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi
berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu
pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka
pula kekal di dalamnya selama-lamanya.
Kelebihannya: -
Ditulis ayat ini pada kertas kemudian gantungkannya pada sebatang tiang seperti
buluh atau lain-lain yang sesuai, kemudian pacakkan di tengah-tengah kebun atau
sawah. lnsyaAllah, tanamannya akan menjadi subur dan mendapat keberkatan.
Keterangan Ayat 102:
ِةٱنْنَوّهُلهَِِلموََمۚلتَْٰاـن ََِكووَميََهخَامنتَلَٰـٰـعَيُٱُلهٍۢرلفَ ٍقُِموۚرهشوقيَُ ٰـََتَوونلَِۚطَبِنيَئْمَواَِبن ََمِهساۦ١ُ ـنَ ُرِرم٠ِْٰذََِهنخَٰمـ٢يُيََعكَ ِلفََبَوَمُْٱيُضراته َُّبَونرِ۟ناعُ ُهٱ ْلِيُْومم۟اَمعَِْلنَْورَُممََأَِاءلو َحتَََيٍَتْنودنلُ َفَٱزولَْ۟عاُحنهوتهاُهِٱ ٰجْلمَمى َِۚهاسهشيَۦيََٰقٱُـۚولَشلَوِقَََطََِرسوْيدٓلَْمْوحُ۟اانإِ ََعنهرِلِب َُهمَعُِهمَالَمو ٓۦوَٰ۟نَماِبىاأَٓ ْنحلَأُُفُمََُمضنْلنآَِسِزِِن ِفكرُهتَْيٱلْمنَ ًَُۭۚسْنةشلَتََعلَْيِبلَفََْ َرومََِهٰٰىـىلۦهََُكنٱتاَْلِۖمنَُْمكَماْفُوَلَن۟واْ َلَكرَمأَْييَۖهاُۥَِحْعنفَلٍَدَكِيفَ ُمفِبَتَ ِإبََىوعََهارلهِبل َٱنُمْلَلِبُـسَٔوإلَاِ ْي
[102] Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang
dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman,
padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran
7
itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya);
kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang
diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon),
sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah
mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah
cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir
(dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari
dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami
dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi
mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan
dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya
membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi
sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa
sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik
di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri
mereka, kalaulah mereka mengetahui.
Kelebihannya: -
Ayat sebaiknya ditulis didalam bekas yang suci lalu dihapuskan tulisan tersebut
dengan air dan dipercikkan dibahagian dinding dalam rumah. lnsya Allah terpelihara
ahli rumah itu daripada perbuatan sihir. Air ini sekiranya disapukan atau diberi
minuman ini kepada pada orang gila atau orang-orang yang terkena perbuatan sihir,
Insya Allah sihir tersebut akan hilang dengan izin Allah.
Keterangan Ayat 125:
إِلَ ٰ ٓى١ٓا٢َ ْدن٥َٱوْل ِإبَ ْي ْس ََمتٰـ ِع َميثَاَلبَ ًۭأَة ِنللنها َط ِِهسَرا َوأَبَ ْْيم ًِۭتنا َى َوِلٱلته هِطخآ ِئذُ ِفوي۟ا َن ِم َونٱ ْل همعَ ٰـقَاِكِمِفي ِإ َْبن ٰ َر َوِهٱۧـل َمُّر هُكمعِ َصٱًۭلل ُّسى ۖ ُج َوو ِد َع ِه َو ِإ ْذ َجعَ ْلنَا
إِ ْب ٰ َر ِه ۧـ َم
[125] Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan
bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah
oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan
kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): “Bersihkanlah
8
Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang)
untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap
tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud”.
Kelebihannya: -
Sekiranya dibaca ayat ini sebelum tidur dan niatkan pada waktu yang hendak bangun,
InsyaAllah, ia akan terjaga pada waktu yang diniatkan.
Keterangan Ayat 127:
َو ِإ ْذ يَ ْرفَ ُع ِإ ْب ٰ َر ِه ۧـ ُم ٱ ْلقَ َوا ِع َد ِم َن ٱ ْلبَ ْي ِت َو ِإ ْس َم ٰـ ِعي ُل َربهنَا تَقَبه ْل ِمنهآ ۖ ِإنه َك أَن َت ٱل هس ِمي ُع ٱ ْلعَ ِلي ُم
١٢٧
[127] Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan
binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa
dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami);
sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;
Kelebihannya: -
Sekiranya ditulis pada pinggan putih dan dihapuskan dengan air (sebaiknya dengan
menggunakan air anggur hitam yang dicampurkan dengan sedikit gula halus).
Diminum oleh pesakit buasir. lnsya Allah penyakit buasir tersebut beransur pulih dan
ia juga boleh menghentikan apa-apa darah yang mengalir serta ia juga baik untuk
penyakit-penyakil angin zahir dan batin.
Keterangan Ayat 138:
١٣٨ ِص ْبغَةَ ٱَّهل ِل ۖ َو َم ْن أَ ْح َس ُن ِم َن ٱَّهل ِل ِص ْبغَ ًۭة ۖ َونَ ْح ُن لَهُۥ َع ٰـبِ ُدو َن
[138] (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Agama Islam, yang kami telah
sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan
kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada
Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.
9
Kelebihannya: -
Sekiranya ayat ini dibaca ketika memakai celak, lnsyaAllah matanya akan kelihatan
begitu bersih dan cantik.
Keterangan Ayat 144:
َ ِككتَٰـ َش َب ْط لََريَ ْعٱ ْلَل َُمموْس َِنج ِد١َهٱ ْل٤و ْ۟اج٤ِٱفَملَونلُّهس َومه۟ارآبِِءُِهوۖ ْم ُجۗفَلَونَُوَ َهو َِلم ُكايَ ْمنهٱََّهكلَشلُ ِق ِْبْطبلَ َغًَۭرٰـةهُِفۥتٍَۗلْر َو َإِع َضهمهٰنىا َهٱيَاله ِْۚعذيَمفَلََُنووأُِلَنو َتُو تَقَلُّ َب َو ْج ِه َك ِفى قَ ْد نَ َر ٰى
ۚ َو َح ْي أَُثنههَُماٱ ْل ُكَحنتُُّقْم ٱ ْل َح َرا ِم
[144] Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang
menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap
kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-
Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka
hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi
dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara
(berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan
Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.
Kelebihannya: -
Sebaiknya ayat ini ditulis dalam satu bekas yang suci, kemudian diisi dengan air
mawar, kasturi dan gula halus lalu dibasuh pada muka orang yang mukanya
berpenyakit herot (akibat stroke). Selepas itu, basuh hendaklah ia melihat mukanya di
cermin selama tiga jam sambil membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w
dan berzikir:
Ia hendaklah diamalkan selama tiga hari.
10
Keterangan Ayat 148:
َو ِل ُك ٍۢ ٍل ِو ْج َهة ُه َو ُم َو ِلي َها ۖ فَٱ ْستَ ِبقُو ۟ا ٱ ْل َخ ْي ٰ َر ِت ۚ أَ ْي َن َما تَ ُكونُو ۟ا يَأْ ِت ِب ُك ُم ٱَّهللُ َج ِميعا ۚ إِ هن
١٤٨ ٱَّهل َل َعلَ ٰى ُك ِل َش ْى ٍۢء قَ ِدي ًۭر
[148] Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh
itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja
kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada
hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu.
Kelebihannya: -
Ayat ini sebaiknya ditulis pada secebis kain (seeloknya kain putih) yang baru,
kemudian tulis nama pencuri atau mereka yang disyaki. Selepas itu, kain tersebut
dipakukan pada dinding tempat kecurian tersebut. lnsyaAllah, barang yang hilang
akan dikembalikan semula.
Keterangan Ayat 164:
ٍَۢهءُما ِفََسرأَ هخَْحوِيَٱراْلفُبَْلبِ ْي ِهِ َكنٱٱْْٱلهللَتِ ْ هسرى َمآتَ َِءضْج َِبَروٱْع َْْدىلَ ْفَِرم ْوى ِِت َضها١لمٱنهآْل٦و ِبٱ ه٤َٱٱ ُكللنهِلهاس َم َٰدَـآٰسَبهو ٍٍَۢةو ِتَمَوآ َتَوأَٱنْْ ْصَلَزلَِْـَٔررَالييَ ٰـٱَِِّفهٍۢضل ٍلُتٱ َلِلوِمِٱقَر َْيَْنوخٰـٍِۢتمٱلَ ٰلحِـيَ هسَْع ِو ِفَقٱملُلآٱ ِولهءهس ْي َنَِحِملان ِفى َخ ْل ِق ٱ ْلبَ ِإْح هِنر
ِب َما يَنفَ ُع َوبَ هث
فِي َها ِمن
[164] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam
dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa
benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air
hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-
tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-
bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang
tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi;
sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan
keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya)
bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
11
Kelebihannya: -
Sekiranya ayat ini diamalkan sebelum tidur, lnsyaAllah pengamalnya akan mendapat
banyak kebaikan dan dijaga sebarang hafalan terutamanya bagi mereka yang
menghafal Al-Quran.
Keterangan Ayat 201:
َو ِم ْن ُهم همن يَقُو ُل َربهنَآ َءاتِنَا فِى ٱل ُّد ْنيَا َح َسنَ ًۭة َو ِفى ٱ ْلـَٔا ِخ َر ِة َح َسنَ ًۭة َو ِقنَا َع َذا َب ٱلنها ِر
٢٠١
[201] Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan
kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah
kami dari azab neraka”.
Kelebihannya: -
Sekiranya ayat ini dibaca oleh orang melihat ketika orang-orang lain yang musibah,
lnsyaAllah, si pembaca terpelihara dari musibah tersebut. Kata setengah ulama'
barangsiapa yang sentiasa mengamalkan ayat ini InsyaAllah, akan si pengamal akan
dikurniakan isteri yang solehah.
Keterangan Ayat 255:
ٱَّهللُ ََ ٓل إِلَ ٰـهَ ِإَهل ُه َو ٱ ْل َح ُّى ٱ ْلقَيُّو ُم ۚ ََل تَأْ ُخذُهُۥ ِسنَ ًۭة َوََل نَ ْوًۭم ۚ لههُۥ َما ِفى ٱل هس َم ٰـ ٰ َو ِت َو َما ِفى
ٱ ْْلَ ْر ِض ۗ َمن َذا ٱله ِذى يَ ْشفَ ُع ِعن َدهُ ٓۥ إَِهل ِبإِ ْذ ِن ِهۦ ۚ يَ ْعلَ ُم َما بَ ْي َن أَ ْي ِدي ِه ْم َو َما َخ ْلفَ ُه ْم ۖ َوََل
يُ ِحي ُطو َن ِب َش ْى ٍۢء ِم ْن ِع ْل ِم ِه ٓۦ إَِهل ِب َما َشآ َء ۚ َو ِس َع ُك ْر ِسيُّهُ ٱل هس َم ٰـ ٰ َو ِت َوٱ ْْلَ ْر َض ۖ َوََل
يَـُٔو ُدهُۥ ِح ْف ُظ ُه َما ۚ َو ُه َو ٱ ْلعَ ِل ُّى ٱ ْلعَ ِظي ُم
[255] Ayatul Kursi (The Throne Verse).
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup,
Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak
mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang
ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di
12
sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan
mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak
mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah
kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan
kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan
kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha
Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Kelebihannya: -
1. Sekiranya seseorang mengamalkan ayat ini sebanyak 170 kali setiap kali selepas
solat fardhu atau pada waklu tengah malam, lnsyaAllah akan dikurniakan pangkat,
luas rezeki, dilepaskan segala hutang piutang, dilapangkan dada, terpelihara
daripada musuh, ditunaikan hajat dan dilindungi dari segala gangguan syaitan dan
sihir. Amalan ini hendaklah dilakukan dalam keadaan berwudhu’ menghadap ke
arah kiblat.
2. Sekiranya ayat ini dibaca sebanyak 11 kali dan ditiup-tiupkan pada kepala orang
gila, lakukan selalu, lnsyaAllah, ia akan sembuh.
3. Sekiranya ayat ini dibaca sebanyak 50 kali dan ditiupkan pada air hujan yang telah
ditadah daripada bekas terus dari langit, kemudian diminum setiap hari hingga
habis. lnsyaAllah, fikirannya akan cerdas serta akan dipermudahkan untuk
memahami masalah yang berkaitan dengan llmiah.
4. Bacalah ayat ini sebanyakm 313 kali pada waktu malam di tempat yang sunyi.
InsyaAllah segala hajat akan tercapai dan menolok musibah.
13
Keterangan Ayat 285-286:
َوْسعَعٱَبنَلََناْرْۖىبِتٱَحَۗٱّهْلهلُغمِلِْفنََذرايََٓبهرۚونَاَناَنَمأَلَنِٰـَََٓمكِئل َتَنك َتِتُربهَقََِمهؤ ْنَبْاِلۦاو ِنَلَخٰاىََ ْووذۚنَ ِإانَ ُكلَآتَْيُربِإِبهَِهكنَناۦ٢َتََط َم٨أنَهََُْءكۥاا٦ِْويَفسَاٱنَِِهمرۚاْغيْع َِفحنََُكَنامَْمراٌّْلل َتَلَوٱ٢ََكَعك ٰوـلَََم٨ٱوومنهْ۟لانُا٥ِنهَََءاَلوِسَميُيُرنََنَكآَ ِلوُس ِلٱََأَلْلِهُوفهرۦتُأَٱَُسَََّحْهلخلِلوُم ْلَنطُُلنَنَأفَْْافنَِبِارسََۚمما ُاآقإَِأرََُبََهنبهْليلِنَزاَنُوََطلَأَاو ْفسَقِإََََٱحلَلعَةَۢنْيٍد َهِتهَلَا ِنَمُْۚصاحِمِْلَنمرِبنَنَهِْاهلاُّرۦهرَََُۖمعسبِٱع ِْلللَلاَ ِهَْيَِوهمنَۦٱىَكاۦٓ ِْۚٱعَ َِسإصوْلبٱَيقََْلُوُْفورُْقَْمصتًِۭامْلُؤر َعَا
[285] Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari
Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada
Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya.
(Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain
Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami
pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat
kembali”.
[286] Allah tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia
mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung
dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai
Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau
kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami
bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-
orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau
pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan
maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat
kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk
mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
14
Kelebihannya: -
1. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Barangsiapa yang membaca dua ayat di akhir surah AI-Baqarah pada malam
hari nascaya Allah taala akan menjaganya dari segala gangguan musuh dan
syaitan."
2. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya, Allah taala telah mengakhiri surah AI-Baqarah dengan dua
ayat yang mana ianya adalah perbendaharaan Allah dibawah 'Arasy, maka
belajarlah kamu akan ayat itu dan ajarkanlah ia kepada isteri-isteri kamu dan
anak-anak kamu. Maka sesungguhnya ia adalah solat, doa dan Quran”.
15
SurahيAli-Imran
Surah “Ali Imran” yang terdiri dari 200 ayat ini adalah surat “Madaniyyah”.
Dinamakan Ali ‘Imran kerana memuat kisah keluarga ‘Imran yang dalam kisah itu
disebutkan kelahiran Nabi ‘Isa a.s. ppersamaan kejadiannya dengan Nabi Adam a.s.
kenabian dan beberapa mu’jizatnya, disebut pula kelahiran Maryam puteri ‘Imran, ibu
dar nabi ‘Isa a.s.
Surah Al-Baqarah dan surah Ali ‘Imran ini dinamakan “Az Zahrawaani” (dua
yang cemerlang), kerana kedua surat ini menyimkap hal-hal yang tersembunyikan
oleh para ahli Kitab, seperti kejadian dan kelahiran Nabi ‘Isa a.s., kedatangan Nabi
Muhammad s.a.w. dan sebagainya.
Sabda Rasullah s.a.w.:
“Bacalah oleh kamu dua Surah Al-Baqarah dan Surah Al-Imran. Sesungguhnya
kedua-dua surah ini akan dating pada hari qiamat seperti awan ia sentiasa melindungi
dan memberi syafaat bagi para pembaca”
Kelebihannya: -
Surah ini jika ditulis dengan menggunakan za’faran, digantung pada perempuan yang
inginkan anak, InsyaAllah akan hamil.
16
Keterangan Ayat 1-4:
ۗ ٣ ٰـٱل ِتته ْوٱَ َّهرل ِٰلىةَلَ ُه َوْمٱ ْْ ِل َعنذَ ِاجي ًۭبَل٢َ۟أَاون ُمبَِزـَٔا َلي٤وْليَنٱََحننيَ ِت َدُّىقََكْيافٍَٱِهمْلُرقَ َيُّوو١ُه ًَۭعدلَ ْيىَك ِللٱ ْلنهاِكتَِٰـس َبَوأَِبنٱ ْلَٱزََّهحلَللُ ِقٱََ ْل ٓلَفُوُمٱِْإَرّلَهٰلقَـلَُصاهَِدًَۭنقِإَع ۗاَهِزلِِإلياًَۭمهٓلنزُهآم َٱوبَلهذُ ْيِٱذ نَ هز َل ِمن
َش ِدي ًۭد قَ ْب ُل
[1] Alif, Laam, Miim.
[2] Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup,
Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.
[3] Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan
mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah
diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab
Taurat dan Injil.
[4] Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia
juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar
dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-
ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan
(ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa
(kepada golongan yang bersalah).
Kelebihannya: -
1. Sekiranya ayat ini ditulis pada kertas dengan za'faran, air mawar bercampur
dengan kasturi. Kemudian kertas tersebut dilipat dan diletakkan dalam buluh
yang kecil. Selepas itu, lubang buluh itu ditutup lubang tersebut dengan lilin.
{Buluh tersebut hendaklah dikerat atau ambil sebelum terbit matahari).
Gantunglah buluh tersebut pada kanak-kanak lnsya Allah arnan dari segala
macam gangguan dan musibah.
2. Sekiranya ayat ini ditulis pada hari Khamis di atas kulit kijang, kemudian
diletakkan di bawah permata cincin. Cincin itu hendaklah dipakai dalam
keadaan suci (berwudhu' dan niat yang baik). lnsya Allah akan mendapat
kebahagiaan, kebesaran, aman daripada musuh dan ditunaikan segala
hajatnya.
17
Keterangan Ayat 8:
٨ َربهنَا ََل تُ ِز ْغ قُلُوبَنَا بَ ْع َد إِ ْذ َه َد ْيتَنَا َو َه ْب لَنَا ِمن له ُدن َك َر ْح َمة ۚ إِنه َك أَن َت ٱ ْل َو هها ُب
[8] (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau
memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan
kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau
jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
Kelebihannya: -
Sekiranya ayat ini diamalkan sebanyak tujuh kali selepas solat fardhu. lnsyaAllah
diteguhkan iman dan dimatikan dalam husnul khalimah.
Keterangan Ayat 9:
٩ َربهنَآ إِنه َك َجا ِم ُع ٱلنها ِس ِليَ ْو ٍۢم َهل َر ْي َب فِي ِه ۚ ِإ هن ٱَّهل َل ََل يُ ْخ ِل ُف ٱ ْل ِميعَا َد
[9] “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan
sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang
tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
Kelebihannya: -
Sekiranya ingin barang yang hilang dikembalikan bacalah ayat in sebanyak 100 kali
kemudian berdoa seperti berikut: -
18
Keterangan Ayat 7-9:
تَمَم ۖاا٨ًۭ ههَِبش ِٰهاـنَبِاۦ َُۗۗهبٰـ ََوو٩هلنه ََلَءاأرُ ُّمٱََِْبحْلل ِِهٱفَمْلتْيۦُةنَِك ِْۚتةَخُٰكـِلإًٌَِّۭنهلو ُِبٱفَْبكِمِتَٱوْلأَْغَأُننِآم َيخَءَِتعُعَرناتَٱِأْدَدْلُمَِوتَويَرِل٧ّفَيَأَُه ْعَهَملَروابهُمنَٱٱالهتلهَ ِأذِْذََ ِيولٓىَي َرلَنتُبهأَهُِنَنفِٓۥزآ َزِإِْإغىَهنهَللققُُ َللُُكٱََعووّهلَلبَبِ َلُْيجنَِهۗاا َِْمكم َبَوُٱعٱَْعْلزل َدْيٰٱِكهلرًۭتَغإِنهٰـاِْذسفَ َِيَُبختَسههيَبِوَِدذهمِلْيعَُْنيَنهكتَ ْوهُنَوُارفٍَِۢمن َءِإَىاوَهَهَيَملٰٓلٱـَاه ْلأًَُِۭ۟تعَْرتْبلوْيِلَُشم ٰلَُّـموَنَبَ۟بيَااْحقُهَٱفَِِكوميِْْلُمَملَِهْٰنـْلنوۚبَهُٰـَلهنِإتٱُد ْبهنِنبَتِء ُهاَٱغَك ََهمآن
[7] Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran.
Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap,
tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu
ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat
“Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu
(timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) –
adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan,
maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk
mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut
yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir
maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh
serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami
beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah
yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang
berfikiran.
[8] (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau
memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan
kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau
jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
[9] “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan
sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang
tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya
19
Kelebihannya: -
Sekiranya ayat ini diamalkan, ia dapat menguatkan daya hafalan serta dapat
menambahkan kecerdikan. Caranya ialah dengan menulis ayat-ayal tersebut pada
pinggan berwarna hijau, pada hari Jumaat awal subuh pagi. Tulislah dengan
menggunakan za'faran dan dicampur dengan air mawar. Kemudian hapuskan dan
minumlah air tersebut selama tujuh kali Jumaat secara berturut-turut sebelum terbit
fajar. Seterusnya, hendaklah ia menghindari daripada makanan yang syubhat dan
makanan yang mempunyai roh (makanlah roti dan sayur-sayuran sahaja) pada tiap-
tiap hari Jumaat itu. InsyaAllah, akan dikurniakan kecerdikan yang luar biasa.
Keterangan Ayat 14:
وَٱك ْلقَ َمنَ ٰـتَٰـ ِطُعي ِٱرْل َٱح ْليَ ُٰموقَةِن ٱ َطل َُّدر ْن ِةيَا ِۖم ََنوٱَٱّهلللُهذ َه ِعن ِب َدهُۥ١َ ِل٤ََوٱ ْل ُ ِزف ِي َنهض ِِةللنهَاوٱ ِْلسَخ ْي ُِحل ٱُّبْل ُمٱل َس هشهو َه َٰمَوِة َِتوٱ ِْْملَ َْننعَ ٰٱُـحلِمِن ْس ََسُونآٱ ْلِءٱ ْل َح ََموْـَٔرٱاْلبَ ِثِن ِبيۗ َنٰذ
[14] Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-
benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta
benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan
yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun
tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada
sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Kelebihannya: -
Sekiranya ayat ini dibaca sebanyak 10 kali setiap hari, lnsyaAllah sesiapa sahaja
memandang kepadanya akan jatuh kasih.
20
Keterangan Ayat 26-27:
ِِعت ُّز َوتَُم ْخن ِرتَ ُجَشآ ُء٢ُويِت٦َ َم٢رٱُءْل٧ٓقُ ِلتُٱول ِلله ُهُج همٱله َمْي ٰـ ِلَل ََوكِفتُ ِٱذٱىْل ْل ُُّلمَٱمْلل ِينهَمِكَهَتانتُِرِْتَمؤ ِت َََشنوآتىُٱُء ْلوٱِۖلْل َح ُِبُمج ْيلَِىِٱد َۖلكنهَكَ َهوَماٱتَ ْل َْنرر َخ ُتَْيزفِ َُشُرقىآۖ ُءٱَِإملهنهْيَنو َِتلَكنتَۖ ِزَشََعوالَٓتُعُُٰءىْٱخ ِْبل ِرُُكغَم ْلْي ُِلجِ َركٱ ْلَشِِمحَحْهىم َسٍۢهءىان ٍۢقَِتَمٍبِد َيَشنًۭا
[26] Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa
pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa
yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan
dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa
yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau
kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[27] “Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu
siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam.
Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati,
dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup.
Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,
dengan tiada hitungan hisabnya”.
Kelebihannya: -
1. Sesiapa yang selalu mengamalkan ayat ini selepas solat fardhu, solat sunat,
sebelum tidur dan selepas terjaga dari tidur. lnsyaAllah akan diluasken rezeki,
diberkati, ditinggikan pangkat serta dihinakan segala musuh-musuhnya.
2. Sesiapa yang menulis kalimah Al Mulk, dengan dipecahakan huruf-hurufnya:-
ال م ل ك
Kemudian pandanglah kalimah ini setiap hari dengan menumpukan kepada
huruf mim ( )مyang terletak ditengah-tengah dengan keadaan berwuduk dan
suci. InsyaAllah akan dibuka baginya pintu-pintu rahsia dan keramat dan
dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
21
Keterangan Ayat 35-37:
ْط ِنى ُم َح هر ًۭرا فَتَقَبه ْل ِم ِن ٓى ۖ ِإنه َك٣َ ب٥إِ ْذ قَالَ ِت ٱ ْم َرأَ ُت ِع ْم ٰ َر َن َر ِب إِأَنِنى َتنَٱذَل ْر هس ِمُتي ُلَع َٱكْلعََمِلاي ُم ِفى
بِ َما َو َضعَ ْت َولَ ْي َس ٱل هذ َك ُر َ َووِإ ِن َٓضى ْعأُتُ َِهعايٓذُأُنَهثَا ٰىِب ََكوٱََّهوللُذُ ِأَريهْعتَلَ َهُما فََكلَٱ هْْملاُنثََو ٰى ۖ َض َعَوتِْإ ِنَهاىقَالََس همْتْيتُ ََهرا ِبَم ِْإرنِيَ َمى
٣٦ ِم َن ٱل هش ْي َط ٰـ ِن ٱل هر ِجي ِم
َز َك ِريها ۖ ُكله َما َد َخ َل َعلَ ْي َها ۖ َو َكفهلَ َها َز َك ِريها نَبَاتا َح َس ًۭنا ٱ ْلفَتَِمقَبهْحلَ ََهراا ََبربُّ ََهوا َج ِب َدقَبُ ِوعن ٍلَد َه َاح َِسرٍۢ ٍ ْنز ًۭق َاوأٍَۖۢنبَقَتَا َهَلا
ِإ هن ٱَّهل َل ُه َو ِم ْن ِعن ِد ٱَّهل ِل لَ ِك َه ٰـ َذا ۖ قَالَ ْت يَ ٰـ َم ْريَ ُم أَنه ٰى
٣٧ يَ ْر ُز ُق َمن يَ َشآ ُء بِغَ ْي ِر ِح َسا ٍب
[35] (Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:” Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan
kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas
(dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka
terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi
Maha Mengetahui.”
[36] Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya
aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-
harapkan ialah anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa yang
dilahirkannya itu – dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak
perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku
melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari
godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.
[37] Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya
dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik,
serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi
Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-
buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:” Wahai Maryam
dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?” Maryam menjawab; “Ialah dari
Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang
dikehendakiNya dengan tidak dikira”.
22
Kelebihannya: -
1. Sekiranya ayat ini ditulis dengan air mawar dan za'faran diatas kulit kijang,
kemudian gantungkanlah pada rusuk kiri perempuan yang hamil sehinggalah
ia melahirkan anak. InsyaAllah, ayat ini boleh melindungi perempuan yang
hamil dan kandungan mereka dari pelbagai jenis penyakit, kecacatan dan
gangguan makhluk halus. Seterusnya digantung pada kanak-kanak yang
selalu terjaga malam dan selalu menangis, InsyaAllah kanak-kanak itu akan
semakin pulih.
2. Sekiranya ayat ini ditulis sebegini:-
ۖ ُكله َما َد َخ َل َعلَ ْي َها َز َك ِريها ٱ ْل ِم ْح َرا َب َو َج َد ِعن َد َها ِر ْز ًۭقا ۖ قَا َل يَ ٰـ َم ْريَ ُم أَنه ٰى لَ ِك َه ٰـ َذا
٣٧ قَالَ ْت ُه َو ِم ْن ِعن ِد ٱَّهل ِل ۖ إِ هن ٱَّهللَ يَ ْر ُز ُق َمن يَ َشآ ُء ِبغَ ْي ِر ِح َسا ٍب
Seterusnya ia ditambah dengan tulisan di atas sekeping kertas dengan
hurufnya seperti berikut:-
............... ك ل م ا د خ ل ي ه ا ز ك ر ي ا أ ل م ح ر ا ب
Selepas itu, diletakkan di dalam kedai, lnsyaAllah menjadi pelaris. Sebaik
baiknya tulislah 50 huruf waw ( )وBersama-sama pecahan ayat ini.
Keterangan Ayat akhir 73 sebahagian -74:
٧٣ قُ ْل ِإ هن ٱ ْلفَ ْض َل ِبيَ ِد ٱَّهل ِل يُ ْؤتِي ِه َمن يَ َشآ ُء ۗ َوٱَّهللُ ٰ َو ِسع َع ِليًۭم
٧٤ يَ ْختَ ُّص ِب َر ْح َمتِ ِهۦ َمن يَ َشآ ُء ۗ َوٱَّهللُ ذُو ٱ ْلفَ ْض ِل ٱ ْلعَ ِظي ِم
[73] Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di
tangan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah
Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuanNya.
[74] Allah menentukan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa yang
dikehendakiNya; dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.
23
Kelebihannya: -
1. Sekiranya ayat ini selalu diamalkan, InsyaAllah dimurahkan rezki
pengamalnya. Seterusnya, ayat ini ditulis dan digantung pada kedai,
InsyaAllah akan menjadi pelaris. Dan sekiranya ayat ini digantungkan ayat ini
bagi mereka-mereka yang ingin meminang, lnsya Allah dikabulkan hajatnya.
2. Barangsiapa membaca ayat ini sebanyak 100 kali selepas solat subuh pada
hari Jumaat, nescaya dilimpahkan rezki zahir dan batin sehingga Jumaat akan
datang.
Keterangan Ayat 83:
أَفَغَ ْي َر ِدي ِن ٱَّهل ِل يَ ْبغُو َن َولَهُۥٓ أَ ْسلَ َم َمن ِفى ٱل هس َم ٰـ ٰ َو ِت َوٱ ْْلَ ْر ِض َط ْو ًۭعا َو َك ْر ًۭها َوإِلَ ْي ِه
٨٣ يُ ْر َجعُو َن
[83] Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari
lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk
yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa,
dan kepadaNya lah mereka dikembalikan.
Kelebihannya: -
1. Ayat ini dibaca sebanyak 7 kali untuk menjinakkan binatang yang liar.
2. Sekiranya dibaca sebanyak 7 kali di hadapan orang yang zalim, bengis dan
sebagainya. InsyaAllah orang yang zalim menjadi jinak serta mendengar
segala perkataannya.
24
Keterangan Ayat 103-104:
َوٱ ْعتَ ِص ُمو ۟ا ِب َح ْب ِل ٱَّهل ِل َج ِمي ًۭعا َوََل تَفَ هرقُو ۟ا ۚ َوٱ ْذ ُك ُرو ۟ا ِن ْع َم َت ٱَّهل ِل َعلَ ْي ُك ْم إِ ْذ ُكنتُ ْم أَ ْع َدآ ًۭء
فَأَله َف بَ ْي َن قُلُوبِ ُك ْم فَأَ ْصبَ ْحتُم ِب ِن ْع َم ِت ِهۦٓ إِ ْخ ٰ َو ًۭنا َو ُكنتُ ْم َعلَ ٰى َشفَا ُح ْف َر ۢةٍ ِم َن ٱلنها ِر فَأَنقَذَ ُكم
١٠٣ ِم ْن َها ۗ َك ٰذَ ِل َك يُبَيِ ُن ٱَّهللُ لَ ُك ْم َءايَ ٰـتِ ِهۦ لَعَله ُك ْم تَ ْهتَ ُدو َن
ۚ و ِف َويَ ْن َه ْو َن َع ِن ٱ ْل ُمن َك ِر١ ُر٠ ْع٤َو ْلتَ ُكن ِمن ُك ْم أُ هم ًۭة يَ ْد ُعو َن ِإ َلَوأُ ۟ىولَٱٰـْٓل ِئ َخَكْي ِر ُه ُمَويَٱأْلْ ُُمم ْفُ ِرلوُح َنو َبِنٱ ْل َم
[103] Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan
janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu
ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah
menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat
Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang
bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan
kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu
(disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu
ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
[104] Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala
perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).
Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
Kelebihannya: -
Sekiranya ayat ini jika ditanggung oleh penceramah. lnsyaAllah segala perkataannya
yang disampaikan olahnya akan memberi kesan yang mendalam kepada yang
mendenagar.
25
Keterangan Ayat 111-112:
و ََضن ٍۢ ٍب١َُتُلغ١ِيَ ْقب١ٱووَبَّهلَآِلن ُء َوو١َ تُر١ِ َصس٢ِ ُضِم ِرَنلَبَ ٱنَْتّهليَِل َعَلَوُضْي ُِّهرٱُضُمْْوِلَرٍُۢٱكنبَلِْبم ِذيَ ْلهاِإٓتَهةَُء ٓلأََعِب ْيألََ ًْۭيغَذَْينِه ِ ُىمر َمۖاٱ ْلََحثوَُمٍۢإِِق ٍقفُْسۚنٓوَك۟اٰيُنَذَ ِقَل ِإٰةُـَهِۚتَكللُ ٰ َذوبِِبِل َُكمََحْامكْب ٍۢيِبٍُلَعأََونهلُِّمُه َصوَْمن ُكو ۟اُٱمَكَّاههلٱنُِلو ْْ َوكلََ۟ااْودنُبَيََاحو ْْ۟باكَرفٍُۢ ٍليَُثرُ ْع هِممتوَ ُدََََننلوٱبِ َليُـنَٔنهناايَ ٰـ
[111] Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan
kamu, kecuali menyakiti (perasaan kamu dengan ejekan dan tuduhan yang
tidak berasas). Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari
membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya); sesudah itu mereka
tidak akan mencapai kemenangan.
[112] Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka
berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari
manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan
mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu,
disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-
perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang
benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa
mencerobohi (hukum-hukum Allah).
Kelebihannya: -
Barangsiapa menulis ayat ini diatas senjata pada hari lsnin jarn 8 pagi (waktu duha)
dalam keadaan berpuasa dan berwudhu'. Apabila ia dibawa senjata tersebut untuk
menghadapi, musuh, lnsya Allah dia tidak boleh dikalahkan.
26
Keterangan Ayat 134-136:
لا ِد َِيوسََمنۗن ِفَيويَٱ ََهّْغهال ِفلُۚ ُر١َِِهخلٰـْنهم٣ ِبٱ٥فَََظوٱتَ ُهَْسْوحْتمَٱِت ْلْغَيهَفَعَا ْاعُلَرفِٱيُْْمو ۟الََنوْن ِل ََهنٰذُـَعنُ ُرِنو١ْين١ا٣ِّهلومغََ۟ل٣َل٦ُْىعَٱٱل٤َوأٱُٱ۟لهلهوِِذذلَ ٰيـيٓ ِئ ََنن َكإِيُنذَاِفَجقُٱَفَزلوآعَذُّلَُُنُؤنووُ۟هاِفم َفَبىٰـ همإِِٱحلْغَه ِفل َشهس َرٱهةًَۭرةّهآلأَلُ ِِْءمو َوَنلَوٱَْظمَللَهور ِنُييُُمِب ِْٓهعِضهوحَِ۟امْهمصر ُّآأُّأََبرَِنوءْفُجٱو ْ۟لَاجَُ َرسوُنهمٰٱـُهْلٱَْعحْْلملًََۭك ٰتـعَِٰسٰـَذىنِِتَِظيمَك ِلَِْممجَُينرايِرَنَون۟فَا
[134] Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah,
dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang
memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang
yang berbuat perkara-perkara yang baik;
[135] Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau
menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon
ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang
mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak
meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka
mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
[136] Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan
mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi)
orang-orang yang beramal.
Kelebihannya: -
Sekiranya pengamal yang ingin berjumpa raja, orang-orang zalim atau musuhnya
dalam keadaan aman dari kejahatan mereka. Tulislah ayat ini pad a malam Jumaat
selepas solat lsya' pada sekeping kerkas (dijadikan sebagai azimat). lnsyaAllah
pengamalnya akan aman dan dilindungi dari kejahatan mereka.
27
Keterangan Ayat 146-148:
ََدوا ََممانَا١أَِل ْق٤تَّهل٨حرىنَ ِاس ِنَسيَبِويَثَن ِبِل ْٱ١ِْ ِْفمم٤ُ َم ْلأ٦اَ ِفنبَُّب ُهٓى ْٱ١نَر ِايَحص٤ُابِأَفَِي٧َُو َوَماَكأَفَ ِيـََٔكاانتَ َٰىن ُِهمقَُم ْنوٱلََنهّهُلهِبلُ ْمٍۢىثَإِ ََهوقَ ٰآلـَضتَعُأََبَفُلنٱو َ۟لامقََُّدواعََْنٱلُويَهُنۥَاوم۟اا َُِصورٱَ ْرِبرُبيهُحّْسنَنَتَاواْس َك َاَٱنن َنعُلَْغثَوَكِ۟فاَثِىوْۗيارًۭٱرَْللَو ِبقَنَٱفََْاّوهٱَلمِْللُماذُـَٔناُيُٱ َْلِووِخحبََك ََٰهنَـرنُاُِّف ِةب ِوۗ۟رَاٱويلِإَِلوَنٱَْسمَّهصهآَلٰـرل
[146] Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai
oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa
lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama)
Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada
musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.
[147] Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada
berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami
dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah
tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai
kemenangan terhadap kaum yang kafir.
[148] Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang
harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat Syurga yang tidak ada
bandingannya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang
berbuat kebaikan.
Kelebihannya: -
Sekiranya ayat ini jika ditulis pada bekas yang suci, sebelum terbit matahari pada hari
Ahad. Kemudian dihapuskan dengan air yang suci dan diminum oleh mereka yang
ditimpa kesedihan akibal bala bencana atau kematian yang menimpa sanak-
saudaranya. InsyaAllah dihilangkan perasaan sedih tersebut dan ia dapat
menghadapi situasi ini dengan perasaan redha dan tenang. Air ini hendaklah diminurn
selama tiga hari berturut-turut.
28
Keterangan Ayat 169-171:
َهل١َ أ٦ِه ْم٩فَ ِ َرو ََِحلي َتَن ْحبِ َمَسآبَ هنَءاٱتَ ٰلهى ِذ ُهي ُم َنٱَّقُهلتِلُلُ ِوم۟ان ِف فَى ْض َسِلبِ ِهيۦ ِل َٱوَيَّهل ِل ْستَأَ ْب ْم َِٰشو ٍُۢترا ۚو َبَن ْلبِٱألهَ ِذْحييَآَنءلَ ْم ِعنيَ ْلَد َح َقُر ِبو ۟اِه ْمِب ِهيُمْر َِمزقُْنو َنَخ ْل ِف
١٧٠ ُه ْم يَ ْح َزنُو َن َعلَ ْي ِه ْم َوََل بِ ِن ْع َم ٍٍۢةَخ ْوِم َنف
١٧١ ٱ ْل ُم ْؤ ِمنِي َن َوأَ هن ٱَّهللَ ََل يُ ِضي ُع أَ ْج َر ٱَّهل ِل َوفَ ْض ٍۢ ٍل يَ ْستَ ْب ِش ُرو َن ۞
[169] Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang
gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka
adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
[170] (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid)
yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita
baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang
berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum)
sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari
berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak
akan berdukacita.
[171] Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya;
dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang
beriman.
Kelebihannya: -
Bagi meraka ingin menguatkan hati / jiwa dan menguatkan pintu hati supaya mudah
menerima ilmu serta suka membual kebajikan. Maka tulislah ayat ini pada bekas yang
suci, sebaik-baiknya pada awal musim bunga dakwat za'faran. Seterusnya hapuskan
dengan air yang suci. lnsyaAllah sesiapa minum air tersebut akan diberi taufik dan
kemudahan oleh Allah untuk membuat kebajikan dan mengerjakan solat pada awal
waktu.
29
Keterangan Ayat 173-174:
ِإي َم ٰـ ًۭنا َوقَالُو ۟ا َح ْسبُنَا فَ َزا َد ُه ْم ُهو ۟اْم١َُشبَ ْوع٧خٱته٣ٱِملنه َان ٱ َُّسهل ِل ِإ َهونفَٱلنهْضا ٍۢ ٍل َسلهٱَْمّقَهل ْلُديَ ْمَوَجنَِس َمْع ْسعَُم ُهوٱْ۟امْل َلَو ُِسُكك ْٓيمو ًۭ ُلءفَٱ َ ْو ٱله ِذي َن قَا َل لَ ُه ُم
ٱَّهل ِل ۗ َوٱَّهللُ ذُو فَ ْض ٍل ِر ْض ٰ َو َن ١٧٤ َع ِظي ٍم فَٱنقَلَبُو ۟ا ِب ِن ْع َم ٍٍۢة
[173] Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada
mereka: “Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk
memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”. Maka berita itu
makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah untuk (menolong)
kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan
kami)”.
[174] Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat
dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun,
serta mereka pula menurut keredaan Allah. Dan ingatlah), Allah mempunyai
limpah kurnia yang amat besar.
Kelebihannya: -
1. Sekiranya pengamal membaca ayat ini ketika menghadapi musuh, sambil
mengulagi ayat َح ْسبُنَا ٱَّهللُ َونِ ْع َم ٱ ْل َو ِكي ُلsebanyak mungkin. InsyaAllah ia
tidak akan terkalahkan oleh musuh-musuhnya, sekalipun bilangan mereka
yang ramai.
2. Sekiranya ayat ini diamalkan setiap hari sebanyak 450 kali dengan membaca
َح ْسبُنَا ٱَّهللُ َونِ ْع َم ٱ ْل َو ِكي ُل. Selepas selesai, disambung dengan ayat
seterusnya sebanyak 6 kali ٱنقَلَبُو ۟ا بِنِ ْع َم ٍٍۢة ِم َن ٱَّهل ِل َوفَ ْض ٍۢ ٍل له ْم يَ ْم َس ْس ُه ْم ُس ٓو ًۭء
Kemudian disambung dengan ayat :-
َوٱتهبَعُو ۟ا ِر ْض ٰ َو َن ٱَّهل ِل ۗ َوٱَّهللُ ذُو فَ ْض ٍل َع ِظي ٍم
InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan dan rezki, dikasihi, digeruni
oleh musuh serta terpelihara daripada segala musibah.
30
Keterangan Ayat 190-194:
١دبَنَا٩َ ِتاو٠َِٰبَِمويذُنُع١ٱمنَْٰلـا١َ٩َفبَهسٰـل٩ُر٢للَْ ْل١ََبَِْركأَىبهلُنٱ۟نَلََوانهِللَخا َصْلفَِتاُىٱر ٍِۢقْخرْٱغِلِْْفٱ١اِإۚ ٍتنهْ ِفن٩ٍۢنـهۗاذََِنم٣ٰإِ هر هنبه َنَرٱابهِٓفلهنَ ِِإذاىنيهنََََارون ََخبهوَءْلنَٱيَاآَْسْتِْذِقِلنََمِإُكاْنهٱْرعُلرنَََمكاوهاسِ َََمُضممنَٰـونَٰ َاٱنَوَرَِعّدهًۭبهلتيدُلََِنَتاوْتهدانَِقَكِايَُيخَِفوَٰنَمـٱًْۭاِالْرْمَِعدلاَلَٱ َْلخٰرَعىَلَنهىونهْاق ِقاُل َُِْْرعُرَ ِتضل َسويفًَُۭسيَِدقََِلمـََٔوهاْٰٰـداٱـ َتِكذََِْأنَنَخاواِتَْأولَخََبَعٰـَََٰـلََْوزنل ٰتَْيِِطىَتفًَۭتوََُءهفهُاْٱلۥخنَُِلهجمۖاِْينُنُز ُسنََِوَلومْبواِ۟با ََِمعََهحيَوابِٰـْْمٱٱونََلِلرْْنَهملَِبَلَوكَهْبيَُكٱهاظْلتََْٰـفمَِرِقفَِلِرقايَِنَٰهكفَِمـلاَـرَٔيَُـَٔماراََِنةميَوَع
١٩٤
[190] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan
siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat
Allah) bagi orang-orang yang berakal;
[191] (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka
berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula
memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan
kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci
Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
[192] Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam
neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang
yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;
[193] Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru
(Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada
Tuhan kamu ‘, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-
dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan
matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;
[194] Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan
kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada
hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji”.
31
Kelebihannya: -
1. Sekiranya ayat ini diamalkan setiap hari, InsyaAllah akan teguh imannya dan
suci hatinya serta aman dari kemurkaan Ilahi di dunia dan akhirat.
2. Sekiranya ditulis pada bekas kayu yang suci, kemudian tulisannya dihapuskan
(sebaik-baiknya) dengan air zam-zam. Selepas itu, minumlah ini oleh mereka
yang selalu bangun qiamullail, lnsyaAllah ia akan terjaga pada tiap-tiap malam.
Keterangan Ayat 200:
٢٠٠ يَ ٰـٓأَيُّ َها ٱله ِذي َن َءا َمنُو ۟ا ٱ ْص ِب ُرو ۟ا َو َصا ِب ُرو ۟ا َو َرا ِب ُطو ۟ا َوٱتهقُو ۟ا ٱَّهللَ لَعَله ُك ْم تُ ْف ِل ُحو َن
[200] Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan).
Kelebihannya: -
Sekiranya ayat ini jika ditulis diatas roti (dengan jem dan sebagainya) diberi makan
kepada isteri yang derhaka, anak yang degil dan binatang yang liar, lnsyaAllah
menjadi jinak dan mendengar segala perkataaannya.
32
SurahيAn-Nisa’
Surah An-Nisa' - (Perempuan) سورة النساء- mengandungi 176 ayat itu
merupakan surah Madaniyyah yang terpanjang selepas surah Al Baqarah.
Dinamakan An Nisa' kerana dalam surah ini banyak dibicarakan hal-hal yang
berhubung wanita serta merupakan surah yang paling banyak membicarakan
mengenainya jika dibanding dengan surah-surah yang lain. Surah yang lain banyak
juga membicarakan tentang hal wanita seperti Surah At-Talaq. Dalam hubungan ini,
kebiasaannya disebut surah An Nisa' dengan sebutan: Surah An Nisa' Al Kubraa
(surah An Nisa' yang besar), sedangkan surah At-Talaq disebut dengan sebutan:
Surah An Nisa' Ash Shughraa (surah An Nisa' yang kecil).
Kelebihannya: -
1. Sekiranya keseluruhan surah ini ditulis dan kemudian diletakan didalam rumah
selama 40 hari. Selepas 40 hari keluarkan ayat ini dari rumah tersebut. lnsya
Allah rumah itu tidak boleh didiami oleh orang lain selain daripada tuan rumah
dan keluarganya.
2. Sekiranya keseluruhan surah ini ditulis dalam satu bekas, lalu dihapuskan
dengan air hujan, kemudian di beri minum kepada mereka yang penakut atau
dalam ketakutan, InsyaAllah segala perasaan tersebut akan hilang.
33
Keterangan Ayat 75:
ل ْجِرعَ َجلا لهِلنَا َو ِٱملنِن َسلهآ ُدِءن ََكوٱ ْلَو ِِول ًْۭلي ٰاَد َِنوٱٱلهْجِذعَي َلن٧وٱٱ٥ََيَوقُ َموالُ لَو ُكَنْم َََرلبهنَتآُقَ ٰـأَتِ ْلُخ ِور َنْجنَفِاىِم ْنَس ِبي َه ٰـِلِذ ِهٱلهَنَّهٱلاِلْلقَ َِمْورٱيَنْل ِةُملهٱُدْسلنتَ َهظكا ِْلضنَِمعَ ِفِأَيص ْيهَنلُرَهاِام َن
[75] Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada
jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan (untuk menyelamatkan)
orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu
mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami!
Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir
musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin
yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari
pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)”.
Kelebihannya: -
Sesiapa membaca ayat yang ke 75 ini, ia akan terselamat dari kejahatan para
penjahat.
Keterangan Ayat 148 - 149:
١٤٨ ٱَّهللُ َس ِميعا َع ِليما َهإِلنيُتُِ ْبح ُد ُّبو ۟اٱَّهلَخلُ ْيٱ ْرلا َجأَ ْهْو َرتُ ِب ْٱخلفُوُّسهُٓو ِأَء ْو ِمتَ َنْعفُٱ ْلو ۟اقَ ْو َعِلنإَِهل ُس ٓوَم ٍۢءنفَإِ ُظ هِلن َمٱ َّۚهل َلَو َكَكاا ََنن ۞
١٤٩ َعفُ ًۭوا قَ ِديرا
[148] Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan
berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang
yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha
Mengetahui.
[149] Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu
memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya
Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.
34
Kelebihannya: -
Ayat ini dilulis pada sekeping kertas, lalu dijadikan azimat. lnsya Allah terpelihara ia
dari diumpat dan dikeji oleh manusia.
Keterangan Ayat 174-175:
١٧٤ يَ ٰـٓأَيُّ َها ٱلنها ُس قَ ْد َجآ َء ُكم بُ ْر َه ٰـ ًۭن ِمن هر ِب ُك ْم َوأَن َز ْلنَآ إِلَ ْي ُك ْم نُو ًۭرا ُّم ِبي ًۭنا
فَأَ هما ٱله ِذي َن َءا َمنُو ۟ا بِٱَّهل ِل َوٱ ْعتَ َص ُمو ۟ا بِ ِهۦ فَ َسيُ ْد ِخلُ ُه ْم ِفى َر ْح َم ٍٍۢة ِم ْنهُ َوفَ ْض ٍۢ ٍل َويَ ْه ِدي ِه ْم
١٧٥ إِلَ ْي ِه ِص ٰ َر ًۭطا ُّم ْستَ ِقي ًۭما
[174] Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu:
Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-
Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa
kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).
[175] Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada
(ajaran Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam
rahmatNya (yang khas iaitu Syurga) dan limpah kurniaNya (yang tidak terkira),
dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan ugama Islam),
yang membawa kepadaNya.
Kelebihannya: -
Ditulis ayat ini sebelum berdebat, berhujah dan sebagainya. lnsya Allah tidak boleh
dikalahkan lawan. Caranya ialah dengan berpuasa pada hari Ahad, pada hari itu
tulislah ayat ini pada sekeping kertas yang suci kemudian dijadikan azimat.
35
SurahيAl-Maa’idah
Surah Al-Maa’idah - (Hidangan) سورة المائدة- mempunyai 120 ayat; termasuk
golongan dalam surah Madaniyyah. Sekalipun ada ayatnya yang turun di Mekah,
namun ayat ini diturunkan selepas Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah, iaitu
pada waktu haji wadaa'. Surah ini dinamakan Al Maa'idah (hidangan) kerana
memuatkan kisah pengikut-pengikut setia Nabi Isa a.s. meminta kepada Nabi Isa a.s.
agar Allah menurunkan untuk mereka Al Maa'idah (hidangan makanan) dari langit
(ayat 112). Dan dinamakan Al Uqud (perjanjian) kerana kata itu terdapat pada ayat
pertama surah ini dimana Allah menyuruh agar hamba-hamba-Nya memenuhi janji
mereka terhadap Allah dan perjanjian-perjanjian yang mereka buat sesamanya.
Dinamakan juga Al Munqidz (yang menyelamatkan), kerana akhir surat ini
mengandungi kisah tentang Nabi Isa a.s. penyelamat pengikut-pengikut setianya
daripada azab Allah.
Kelebihannya: -
1. Sekiranya surah ini ditulis dan diletakkan dalam rumah, kadai, pejabat dan
sebagainya, InsyaAllah akan aman daripada kecurian.
2. Sekiranya barangsiapa minum air dari tulisan surah ini. lnsya Allah hilang
dahaganya dan tidak akan rnengalami kehausan selama hidupnya.
36
Keterangan Ayat 7-8:
َوٱ ْذ ُك ُروا ِن ْع َمةَ ٱّ َل ِل َعلَ ْي ُك ْم َو ِميثَ ٰـقَهُ ٱلَ ِذى َواثَقَ ُكم بِ ِهۦٓ ِإ ْذ قُ ْلتُ ْم َس ِم ْعنَا َوأَ َط ْعنَا ۖ َوٱتَقُوا
٧ ٱّ َل َل ۚ إِ َن ٱّ َل َل َع ِليم ِبذَا ِت ٱل ُّص ُدو ِر
يَ ٰـٓأَيُّ َها ٱلَ ِذي َن َءا َمنُوا ُكونُوا قَ ٰ َو ِمي َن ِّ َل ِل ُش َه َدآ َء ِبٱ ْل ِق ْس ِط ۖ َو َل يَ ْج ِر َمنَ ُك ْم َشنَـَٔا ُن قَ ْوم َعلَ ٰ ٓى
٨ أَ َل تَ ْع ِدلُوا ۚ ٱ ْع ِدلُوا ُه َو أَ ْق َر ُب ِللتَ ْق َو ٰى ۖ َوٱتَقُوا ٱّ َللَ ۚ ِإ َن ٱّ َل َل َخ ِبير بِ َما تَ ْع َملُو َن
[7] Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta
ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu
berkata: “Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan
RasulNya)” Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
[8] Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi
orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan
kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu
mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku
adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan
bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan
mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Kelebihannya: -
Sekiranya ayat ini ditulis pada tempat yang diperbuat daripada kaca, lalu air yang suci
yang dihapuskan, kemudian air tersebut diberi kepada yang berperasaan ragu-ragu
dalam keadaan berwuduk, InsyaAllah perasaan tersebut akan sembuh dengan syarat
lakukan perkara ini selama 3 hari berturut-turut.
37
Keterangan Ayat 23:
ُقَا َل َر ُج ََل ِن ِم َن ٱلَ ِذي َن يَ َخافُو َن أَ ْنعَ َم ٱّ َللُ َعلَ ْي ِه َما ٱ ْد ُخلُوا َعلَ ْي ِه ُم ٱ ْلبَا َب فَإِذَا َد َخ ْلتُ ُموه
٢٣ فَإِنَ ُك ْم َغ ٰـ ِلبُو َن ۚ َو َعلَى ٱّ َل ِل فَتَ َو َكلُ ٓوا ِإن ُكنتُم ُّم ْؤ ِمنِي َن
[23] Berkatalah dua lelaki di antara orang-orang yang takut (menyalahi perintah
tuhan), lagi yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada keduanya:
“Seranglah mereka melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka
sudah tentu kamulah orang-orang yang menang; dan kepada Allah jualah
hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar
kamu orang-orang yang beriman”
Kelebihannya: -
Sekiranya ayat ini ditulis pada kulit kijang dengan dakwat misik za’faran dan air mawar,
kemudian nama pembesar tersebut, lalu dibawa bersama dalam songkok atau saku
ketika mengadap pembesar tersebut. Maka terkuncilah mulut pembesar tersebut
daripada mengatakan perkara yang buruk melainkan perkara-perkara yang baik-baik
sahaja.
38
Keterangan Ayat 78:
لُ ِع َن ٱلَ ِذي َن َكفَ ُروا ِمن بَ ِن ٓى ِإ ْس ٰ َٓر ِءي َل َعلَ ٰى ِل َسا ِن َدا ُوۥ َد َو ِعي َسى ٱ ْب ِن َم ْريَ َم ۚ ٰذَ ِل َك
٧٨ ِب َما َع َصوا َو َكانُوا يَ ْعتَ ُدو َن
[78] Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab
Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang
demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.
Kelebihannya: -
Sekiranya ayat ini ditulispada atap yang diperbuat daripada lempung laut, kemudian
menulisnya dengan paku, seterusnya ditanam pada sudut lading/sawah atau rumah
yang banyak tikus, InsyaAllah semua akan pergi.
Keterangan Ayat 90-92:
يَ ٰـٓأَيُّ َها ٱلَ ِذي َن َءا َمنُ ٓوا ِإنَ َما ٱ ْل َخ ْم ُر َوٱ ْل َم ْي ِس ُر َوٱ ْْلَن َصا ُب َوٱ ْْلَ ْزلَ ٰـ ُم ِر ْجس ِم ْن َع َم ِل
٩٠ ٱل َش ْي َط ٰـ ِن فَٱ ْجتَ ِنبُوهُ لَعَلَ ُك ْم تُ ْف ِل ُحو َن
إِنَ َما يُ ِري ُد ٱل َش ْي َط ٰـ ُن أَن يُوقِ َع بَ ْينَ ُك ُم ٱ ْلعَ ٰ َد َوةَ َوٱ ْلبَ ْغ َضآ َء فِى ٱ ْل َخ ْم ِر َوٱ ْل َم ْي ِس ِر
٩١ َويَ ُص َد ُك ْم َعن ِذ ْك ِر ٱّ َل ِل َو َع ِن ٱل َصلَ ٰو ِة ۖ فَ َه ْل أَنتُم ُّمنتَ ُهو َن
٩٢ تَ َولَ ْيتُ ْم فَٱ ْعلَ ُم ٓوا أَنَ َما َعلَ ٰى َر ُسو ِلنَا ٱ ْلبَلَ ٰـ ُغ ٱ ْل ُم ِبي ُن
[90] Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan
pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah,
adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah
kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
39
[91] Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan
permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan
mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada
mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada
melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
[92] Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah
(janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu
berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah,
bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan
(perintah-perintah) dengan jelas nyata.
Kelebihannya: -
Sekiranya ayat ini ditulis pada roti dengan jarum emas sesudah solat Jumaat,
kemudian diberi kepada mereka yang gemar melakukan jahat yang dilarang oleh
syarak seperti minuman arak, InsyaAllah mereka akan meninggalkan perbuatan
tersebut
40
SurahيAlيAn'aam
Surah Al An'aam - (Binatang Ternakan) سورة الأنعام- yang mempunyai 165
ayat. Surah ini termasuk dalam golongan surah Makkiyah kerana hampir keseluruhan
ayat-ayat-Nya diturunkan di Makkah sebelum hijrah. Dinamakan Al-An'aam kerana di
dalamnya disebut An'aam dalam hubungan dengan adat-istiadat kaum musyrikin yang
menurut mereka binatang-binatang ternak itu dapat dipergunakan untuk mendekatkan
diri kepada tuhan mereka. Juga dalam surah ini disebutkan hukum-hukum yang
berkenaan dengan binatang ternak itu.
41
Keterangan Ayat 13:
۞ ١٣ َولَهُۥ َما َس َك َن فِى ٱلَ ْي ِل َوٱلنَ َها ِر ۚ َو ُه َو ٱل َس ِمي ُع ٱ ْلعَ ِلي ُم
[13] Dan bagi Allah jualah apa yang ada pada waktu malam dan siang; dan Dia lah
Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Kelebihannya: -
1. Sekiranya ayat ini dibaca berulang kali ketika marah, dengki, syak wasangka
dengan perbagai perasaan buruk, InsyaAllah tersebut akan hilang.
2. Ayat ini boleh dibuat sebagai ubat pening dengan cara membacanya sambal
memicit kepala atau ditulis ayat ini dan diletakkan diatas kepala atau ayat ini
boleh juga dijampi dalam air mutlak lalu dibasahkan pada kepala tersbut,
InsyaAllah akan sihat.
Keterangan Ayat 17-18:
َوإِن يَ ْم َس ْس َك ٱَّهللُ بِ ُض ٍۢر فَ ََل َكا ِش َف لَهُ ٓۥ ِإَهل ُه َو ۖ َوإِن يَ ْم َس ْس َك بِ َخ ْي ٍۢر فَ ُه َو َعلَ ٰى ُك ِل
١٨ ْل َح ِكي ُم ٱ ْل َخ ِبي ُر١ ٱ٧َو ُه َو ٱ ْلقَا ِه ُر فَ ْو َق َِشعبَ ْاى ٍِۢدء ِهۦقَ ِۚدي ًَۭور ُه َو
[17] Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana,
maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia
sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan,
maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[18] Dan Dia lah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dangan tadbir dan takdir);
dan Dia lah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya.
42
Kelebihannya: -
1. Sekiranya ayat ini ditulis pada waktu sahur dan kemudian digantung pada
mereka yang mengalami sakit dada atau rusuk InsyaAllah akan sembuh.
2. Sekiranya ayat ini diamalkan sebanyak 7 kali sebelum tidur kepada mereka
yang mengalami perasaan tekanan jiwa, dukacita, kecewa dan sebagainya,
InsyaAllah apabila bangun dari tidur hilang segala masalah tersebut.
Keterangan Ayat 59:
َو ِعن َدهُۥ َمفَا ِت ُح ٱ ْلغَ ْي ِب َل يَ ْعلَ ُم َهآ ِإ َل ُه َو ۚ َويَ ْعلَ ُم َما ِفى ٱ ْلبَ ِر َوٱ ْلبَ ْح ِر ۚ َو َما تَ ْسقُ ُط ِمن
َو َرقَة ِإ َل يَ ْعلَ ُم َها َو َل َحبَة ِفى ُظلُ َم ٰـ ِت ٱ ْْلَ ْر ِض َو َل َر ْطب َو َل يَابِس إِ َل فِى ِكتَٰـب
٥٩ ُّمبِين
[59] Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada
sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa
yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia
mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan
tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di
dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.
Kelebihannya: -
Sekiranya ayat ini ditulis pada secebis kain kapas dan letakkan dibawah kepala
sebelum tidur, InsyaAllah akan tunjukkan perkara yang sebenar atau jalan keluar bagi
sebarang masalah yang dihadapinya.
43