The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Doa-doa pilihan daripada Surah Al-Fatihah hingga Surah At-Taubah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ir.aida.bakar, 2022-09-25 10:19:27

Kelebihan Himpunan Doa

Doa-doa pilihan daripada Surah Al-Fatihah hingga Surah At-Taubah

Keywords: Doa

Keterangan Ayat 63-64:

‫قُ ْل َمن يُنَ ِجي ُكم ِمن ُظلُ َم ٰـ ِت ٱ ْلبَ ِر َوٱ ْلبَ ْح ِر تَ ْد ُعونَهُۥ تَ َض ُّر ًۭعا َو ُخ ْفيَ ًۭة لهئِ ْن أَن َج ٰىنَا ِم ْن‬
٦٣ ‫َه ٰـ ِذ ِهۦ لَنَ ُكونَ هن ِم َن ٱل هش ٰـ ِك ِري َن‬

٦٤ ‫قُ ِل ٱَّهللُ يُنَ ِجي ُكم ِم ْن َها َو ِمن ُك ِل َك ْر ٍۢ ٍب ثُ هم أَنتُ ْم تُ ْش ِر ُكو َن‬

[63] Katakanlah: “Siapakah yang menyelamatkan kamu dari bencana-bencana di
darat dan di laut? (Ketika) kamu berdoa merayu kepadaNya dengan merendah
diri (secara terbuka) dan secara bersembunyi, (dengan berkata): “Demi
sesungguhnya jika Allah selamatkan kami dari bencana ini nescaya menjadilah
kami dari orang-orang yang bersyukur”.

[64] Katakanlah: “Allah jualah yang menyelamatkan kamu dari bencana itu dan dari
segala jenis kesusahan; dalam pada itu, kamu (masih) mempersekutukan
(Allah dengan sesuatu yang lain)”.

Kelebihannya: -
Sekiranya mereka yang menaiki kapal, secara tiba-tiba menghadapi bencana ombak
besar atau angin kencang tidak menentu, maka tulislah ayat ini pada sekeping kertas
lalu dicampakkan ke dalam laut. InsyaAllah dengan berkat ayat ini akan menjadi reda.

44

Keterangan Ayat 75-79:

٧٦٧‫ن‬٥َ ‫ََِم ٓل َنأُ ِٱحْل ُم ُّبوقِٱ ْلِنـَٔيا َفِنِلي‬ ‫أََفَو ِل َيَل ُكقَاو ََلن‬ ‫ٱل هس َم ٰـ ٰ َو ِت َوٱ ْْلَ ْر ِض‬ ‫َملَ ُكو َت‬ ‫فَلَ هماَو َكَجٰذَ ِلهن َك َعنُلَ ِْير ِه ٓىٱله ْيإِ ْب ُٰلَر َِهري َءَما‬
ٓ‫قَا َل َه ٰـذَا َر ِبى ۖ فَلَ هما‬ ۖ ‫َك ْو َك ًۭبا‬

‫ِم َن‬ ‫َْلَ ُكونَ هن‬ ‫َر ِبى‬ ‫يَ ْه ِد ِنى‬ ‫له ْم‬ ‫لَ ِئن‬ ‫قَا َل‬ ‫فَلَ همآ أَفَ َل‬ ۖ ‫ٱ َْلرقَِب ْو ِىم‬ ‫َه ٰـ َذا‬ ‫قَا َل‬ ‫بَا ِز ًۭغا‬ ‫ٱ ْلقَ َم َر‬ ‫َر َءا‬ ‫فَلَ هما‬
٧٧ ‫ٱل هضآ ِلي َن‬
‫فَلَ هما َر َءا ٱل هش ْم َس بَا ِز َغ ًۭة قَا َل َه ٰـ َذا َر ِبى َه ٰـ َذآ أَ ْكبَ ُر ۖ فَلَ همآ أَفَلَ ْت قَا َل يَ ٰـقَ ْو ِم ِإ ِنى بَ ِر ٓى ًۭء‬
٧٨ ‫ِم هما تُ ْش ِر ُكو َن‬
٧٩ ‫ٱ ْل ُم ْش ِر ِكي َن‬ ‫ِم َن‬ ‫أَنَ ۠ا‬ ٓ‫َو َما‬ ۖ ‫ٱل هس َم ٰـ ٰ َو ِت َوٱ ْْلَ ْر َض َح ِني ًۭفا‬ ‫فَ َط َر‬ ‫ِلله ِذى‬ ‫َو ْج ِه َى‬ ‫َو هج ْه ُت‬ ‫ِإنِى‬

[75] Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan
kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-
orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.

[76] Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah
bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: “Inikah Tuhanku?” Kemudian apabila
bintang itu terbenam, ia berkata pula: “Aku tidak suka kepada yang terbenam
hilang”.

[77] Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia
berkata: “Inikah Tuhanku?” Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia:
“Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya
menjadilah aku dari kaum yang sesat”.

[78] Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan
cahayanya), berkatalah dia: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar”. Setelah matahari
terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri
(bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).

[79] “Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang
menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan
bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu
yang lain)”.

45

Kelebihannya: -

Sekiranya ayat ini ditulis dengan air mawar dan za’faran pada pinggan putih,
kemudian di campur dengan air sungai yang suci lalu diminum, InsyaAllah, mereka
yang meminumnya akan dikurniakan pemikiran perbuatan petunjuk kepada
kebenaran. Semua manusia akan kasih kepadanya disamping dilimpahkan
kepadanya kefasihan dan ketajaman dalam berhujah dan berpidato.

Keterangan Ayat 95:

۞ ‫ِم َن‬ ‫ٱ ْل َميِ ِت‬ ‫َو ُم ْخ ِر ُج‬ ‫ٰ َذيُ ِل ْخُك ُِمر ٱ ُجّ َللُٱ ْلۖ َحفَأَنََى ٰىِم تَُن ْؤٱفَ ْل ُكَميِو َنِت‬ ۖ ‫َوٱٱلْلنَ ََحو ِٰىى‬ ‫ٱ ْل َح ِب‬ ‫فَا ِل ُق‬ ‫ٱّ َل َل‬ ‫ِإ َن‬
٩٥
ۚ

[95] Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-
tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati,
dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu
kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari
menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutuNya)?

Kelebihannya: -

Sekiranya ayat ini ditulis pada bekas yang suci dengan za'faran dan kapur, kemudian
dihapuskan dengan air. Kemudian, air tersebut disiram pada tanaman, lnsyaAllah
tanaman tersebut akan membesar dan berbuah dengan dengan baik serta terpelihara
dari segala kerosakan dan binatang-binatang perosak.

46

Keterangan Ayat 96-97:

‫فَا ِل ُق ٱ ْْ ِل ْصبَاحِ َو َجعَ َل ٱله ْي َل َس َك ًۭنا َوٱل هش ْم َس َوٱ ْلقَ َم َر ُح ْسبَا ًۭنا ۚ ٰذَ ِل َك تَ ْق ِدي ُر ٱ ْلعَ ِزي ِز ٱ ْلعَ ِلي ِم‬
٩٦
‫ٱ ْلـَٔايَ ٰـ ِت‬ ‫فَ هص ْلنَا‬ ‫قَ ْد‬ ‫َوٱ ْلبَ ْح ِر‬ ‫ٱ ْلبَ ِر‬ ‫ِلتَ ْهتَ ُدو ۟ا بِ َها فِى ُظلُ َم ٰـ ِت‬ ‫ٱلنُّ ُجو َم‬ ‫لَ ُك ُم‬ ‫ٱله ِذى‬ ‫َو ُه َو‬
ۗ ٩٧ ‫ِلقَ ْو ٍۢم يَ ْعلَ ُمو َن‬ ‫َجعَ َل‬

[96] Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan
yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan
bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah
kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.

[97] Dan Dia lah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu
berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut.
Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu
bagi orang-orang yang mengetahui.

Kelebihannya: -

Sekiranya ayat ini diukir pada sekeping kayu pada hari Jumaat, selepas itu dipakukan
dihadapan kapal / perahu atau seumpamanya. InsyaAllah terpelihara dan selamat
dari segala musibah dalam perjalanan kapal.

Keterangan Ayat 99:

‫ ِنِر ْيَىِهًٍۭۢةءۦٓ َِإفَوأََذ َآجْخنه ٰأـََرثْ ٍَۢمٍْتج َنَراِم َ ِْومنيَْن ْنأَهُِع ْعِهنََخآۦ ۚ ٍِۢ ٍبضِإ ًۭ هرنا‬٩‫َ َدَمَشا‬٩‫َ َووٱ ُهلنُّ َ هوْزخ ْيِٱتُرله ِذو ُج َٓنى ِم َْأنَونٱهُلَز ُّرََحلًۭهبماا ِم َنَُّمنتَ ُمٱَرلاْش ِهتسكَ ًِۭببَمًۭافِاهٓاِ َءىو َِومَٰمذَ ِالََٓغنًۭ ُْكيءٱْمَلرفَنهألََـَُْٔمْخاختَيَ َِٰـلر َش ٰـٍٍِْۢجبِمتنَ ٍهاِلنۗقَبِْٱوِهنَۢطٍمْلۦ ُِظعيُنََُْهربَؤاآِوم ۟انُِقَتْن ِإو َلَو َُاكنٰ ًۭى ِلنث‬

[99] Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan
air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan
daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu
butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma),

47

dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah
dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton
serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak
bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan
ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda
(yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.

Kelebihannya: -

Sekiranya ayat ini ditulis pada daun baru bercambah daripada biji benih (tamar, kelapa
dan sebagainya). Selepas itu, dicampak ke dalam perigi, InsyaAllah air perigi tersebut
akan berkat dan terpelihara daripada segala gangguan kerosakan dan sihir. Pokok
yang disirami dengan air perrigi tersebut akan menjad subut dan akan mengeluarkan
hasil yang memuaskan.

Keterangan Ayat 103:

١٠٣ ‫َهل تُ ْد ِر ُكهُ ٱ ْْلَ ْب َص ٰـ ُر َو ُه َو يُ ْد ِر ُك ٱ ْْلَ ْب َص ٰـ َر ۖ َو ُه َو ٱلله ِطي ُف ٱ ْل َخبِي ُر‬

[103] Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat
(dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dia lah Yang Maha
Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha
Mendalam pengetahuanNya.

Kelebihannya: -

Sekiranya wanita yang ingin mudah bersalin sebagai air selusuh bolehlah
membacakan ayat ini sebanyak 3 kali atau 7 kali dalam bekas air yang direndam
dengan pemberat jala (timah yang terdapat pada hujung jala). Kemudian berikan air
tersebut kepada wanita yang ingin bersalin, InsyaAllah akan dipermudahkan bagainya
untuk bersalin.

48

Keterangan Ayat 122:

‫ ِفى‬١‫ۥ‬٢ُ‫لُه‬٢َ‫أَ َوٱَملن ُّظلُ َكَم ٰاـ َن ِت َملَ ْيْيًۭتا َسفَأَِب ْحَخيَاْي ِنَ ٰرـ ٍۢهُجٍ َ ِوم ْن َج َهعَا ْلۚنَا َكلَٰ َذ ِلهُۥ َكنُوًُۭز ِيرا َنيَ ِلْمْل َِكشٰـ ِفىِر ِبي ِهَنۦ َمِفاى َكاٱلنُنهوا۟ا ِيَس ْع ََمكلَُمون َن همث‬

[122] Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan
dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya
(iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar
dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam
masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti
yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama
sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan
keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada
pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah
lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat).

Kelebihannya: -

1. Sekiranya ayat ini diamalkan/dibaca kalimah ia akan menjadi pengasih
dan pendamai.

2. Sekiranya ayat ini ditulis sehingga kalimah , kemudian diletakkan pada

tempat yang didiami oleh ular, InsyaAllah, haiwan tersebut tidak akan keluar

dari tempat tersebut.

49

Keterangan Ayat 141:

‫ َْخرتَ ِل َفًوا َءاتُو۞ا‬١‫ثْ ُمَم‬٤َ‫ َعأ‬١ٓ‫أَُو ُكلُُه َهُوۥ ٱ َلَو ِٱذل َٓىزَحْيقَأتَُنهُوۥ َشَنأيََ ْوَوََمجٱنَل ٰـ َُّرح َمتا َص ََمان ِدْع ِهُمُرتۦَ ۖو َش ٰـََش ِبٰوـ ًَهلاتتَُوَوْس َغِ َغْري ْيفَُرَٓروا ُمَۚمتَ ِإْعنََش ُٰـرهُبِۥوه َۚ َشلٰـ ُكيُلُتِوحاَو ُّٱبِلمنَٱ ْلن ْخُمثَ َلَْمس َِِررو ِٱِفهليۦٓ َ َزنإِ ْرَذا‬

[141] Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar
tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan
tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton
dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan
(rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya
(zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau
(pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang yang melampau.

Kelebihannya: -
Sekiranya ayat ini ditulis pada sekeping kertas, selepas itu dalam kebun / sawah /
ladang atau seumpamanya, InsyaAllah kebun / sawah / ladang akan sihat dan
terpelihara dari terkena serangan penyakit.

50

Keterangan Ayat 160-162:

‫ َها َكا َو َن ُه ْمِم َََنل‬١‫ثَْملَا‬٦‫ َِوم‬٢‫اى هسَِِيِّمهللهئَِل ِةَة َ ِإرفَ ْب ََٰ َِلبر ِهٱيُ ْلي َْجمعَ ٰـَلَز َِحمٰ ٓنِيىي ًَۭفإِناَه ۚل‬١‫ٱمل‬١ًۭ‫يَبِِت‬٦‫قِا‬٦‫َءَم‬١‫َٓام‬٠‫بِقُٱَهْلْلَد َٰىح ِإِن َسهننَى ِة َرفََصِبلَ ََهُٓلىۥتِإِلَىَع ٰىَْشو ُنُر ِ ُسأصَ ِْٰكَمرثَاىٍٍِۢلطٱََهْلوُّايُم َُۖمم ْْسظ ْْلشََتحَوِيَِقُمرَايم ٍِۢومك َنيىَنِدَنَيَوًۭجنا‬ ‫َجآ َء‬ ‫َمن‬
‫إِنه ِنى‬ ‫قُ ْل‬

[160] Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya
(balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan
sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan
(kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).

[161] Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk
hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) ugama yang tetap
teguh, iaitu ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang
musyrik”.

[162] Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian
alam.

Kelebihannya: -

1. Sekiranya mereka yang mengamalkan bacaan ayat ini, InsyaAllah akan
dilapangkan dadanya (tenang dan sabar), berikan petunjuk kebenaran dan
dilindungi dari tipu muslihat orang-orang yang zalim.

2. Sekiranya ayat ini ditulis pada bekas yang diperbuat daripada kayu dan isikan
dengan air lalu diberikan kepada mereka yang menghadapi penyakit dalaman
(hati, jantung, paru-paru dan seumpamanya), InsyaAllah akan beransur sihat.

3. Sekiranya ayat ini diukir pada kepingan perak, kemudian direndam ke dalam
air lalu basuh muka kepada mereka yang mengalami penyakit mata, InsyaAllah
akan beransur pulih penglihatanya.

51

Surah‫ي‬Al-A’raaf

Surah Al A'raaf adalah surah ke-7 dalam Al Qur'an. Surah ini mempunyai 206
ayat dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah. Surah ini diturunkan sebelum
turunnya Surah Al-An’aam dan termasuk golongan surah Assab 'uththiwaal (tujuh
surah yang panjang). Dinamakan Al A'raaf kerana perkataan Al-A'raaf terdapat dalam
ayat 46 yang mengemukakan tentang keadaan orang-orang yang berada di atas Al-
A'raaf iaitu: tempat yang tertinggi di atas syurga dan neraka.
Kelebihannya: -
Sekiranya sesiapa yang mengamalkan surah ini, Allah akan melimpahkan kebahagian
dan kebaikan kepada mereka dimana sekelian manusia akan mengasihi dan memuji
dirinya, InsyaAllah.

52

Keterangan Ayat 1-3:

٢ ‫َو ِذ ْك َر ٰى ِل ْل ُم ْؤ ِم ِني َن‬ ١ ‫ا ٓل ٓم ٓص‬ ‫أُ َنمآِزأُ َنل ِزإِلَ َْيل َإِكلَ ْيفَ ُكََمل‬ ‫ِكتَ ٰـب‬
٣ ‫ۗ قَ ِلي ًَۭل هما تَذَ هك ُرو َن‬ ‫يَِم ُكنن هرِفبِ ُكى ْم َوَصََْدل ِرتَتهَكِبعُ َحو ۟اَر ِ ًۭمجن ِم ْن ُدهُو ِنِلتُِهن ٓۦِذ َأَرْو ِلِبيَ ِهآۦَء‬ ‫ٱتهبِعُو ۟ا‬

[1] Alif, Laam, Miim, Saad.
[2] (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad dari

Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu
mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada
orang-orang yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang
yang beriman.
[3] (Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): “Turutlah apa yang telah
diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut
pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu
mengambil peringatan”.

Kelebihannya: -

Bagi mereka yang ingin menjadi pemerintah, raja, ketua atau mengetuai sesuatu
kumpulan tulislah ayat ini kepingan perak yang suci (tulin), kemudian diletakkan
dibawah permata cincin yang dipakai olehnya. lnsyaAllah, ia akan dikurniakan fikiran
yang bernas, akhlak yang baik dan segala permasalahan manusia dapat diselesaikan
melaluinya dengan keberkatan ayat tersebut.

53

Keterangan Ayat 10:

١٠ ‫َولَقَ ْد َم هكنه ٰـ ُك ْم ِفى ٱ ْْلَ ْر ِض َو َجعَ ْلنَا لَ ُك ْم ِفي َها َمعَ ٰـيِ َش ۗ قَ ِلي ًَۭل هما تَ ْش ُك ُرو َن‬

[10] Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di
bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan
(supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

Kelebihannya: -
Sekiranya ayat ini ditulis pada sekeping kertas setelah semua orang beredar selepas
solat Jumaat. Sepas itu letakkanlah kertas tersebut dalam rumah, kedai dan
sebagainya. lnsyaAllah akan dilimpahkan rezki yang tidak terhingga dan diberkati
segala hasil usahanya.

Keterangan Ayat 23:

٢٣ ‫قَاََل َربهنَا َظلَ ْمنَآ أَنفُ َسنَا َو ِإن له ْم تَ ْغ ِف ْر لَنَا َوتَ ْر َح ْمنَا لَنَ ُكونَ هن ِم َن ٱ ْل َخ ٰـ ِس ِري َن‬

[23] Mereka berdua merayu: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami
sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat
kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”.

Kelebihannya: -
Barang sesiapa yang mernbaca ayat ini selepas solat lalu beristighfar, InsyaAllah,
nescaya Allah diampuni segala dosa-dosanya.

54

Keterangan Ayat 26:

ۚ ‫َخ ْي ًۭر‬ ‫ٰذَ ِل َك‬ ‫ٱلته ْق َو ٰى‬ ‫ۖ َو ِلبَا ُس‬ ‫ِِلمبَ ْان ًۭس َاءايَيُٰـٰ َو ِِتر ٱَىّهل ِل َسلَ ْوعَ ٰله َء ُهِت ْمُك ْميَ هذَو هك ِرُري ًۭوش َان‬ ‫َع ٰلَذَ ِلْي ُكَكْم‬ ‫أَن َز ْلنَا‬ ‫قَ ْد‬ ‫َءا َد َم‬ ‫يَ ٰـبَنِ ٓى‬
٢٦

[26] Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu
(bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan;
dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu
adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-
hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

Kelebihannya: -

Sekiranya ayat ini ditulis hari Khamis, pada antara 10 haribulan hingga 15 haribulan
Islam (Hijriyah). Sebaiknya solatlah dua rakaat sebagai tanda kesyukuran kepada
Allah dalam keadaan pakaian yang baru sebelum ayat ini ditulis. Selepas selesai
menulis ayat ini, letakkan penulisan ayat tersebut ke dalam poket baju tersebut.
InsyaAllah, barang siapa yang memakai pakaian tersebut akan diberi taufiq untuk
berbuat ibadat dan kebaikan.

Keterangan Ayat 31:

‫۟ا َوٱ ْش َربُو ۟ا َوََل تُ ْس ِرفُ ٓو ۟ا ۚ ِإنههُۥ ََل‬٣‫و‬١ُ‫۞ يَ ٰـبَ ِن ٓى َءا َد َم ُخذُو ۟ا ِزينَتَ ُك ْم ِيُعنِحَد ُّبُك ِٱل ْل ُمَم ْسْس ِ ِرجِفٍۢيد َنَو ُكل‬

[31] Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-
tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan
makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya
Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.

55

Kelebihannya: -

Sekiranya ayat ini ditulis pada bekas yang baru berwarna hijau, kemudian dihapuskan
dengan air mawar atau sebaik-baiknya ditulis dengan air anggur putih dan za'faran.
Campuran air tersebut dijadikan air maindian atau ia diminum. lnsyaAllah
pengamalnya akan aman dari perbuatan sihir, keracunan clan sebagainya.

Keterangan Ayat 43:

‫َِّهل ِل ٱله ِذى‬ ‫ٱ ْل َح ْم ُد‬ ‫رلُ ِبنَو ۟اا‬٤‫قَ َا‬٣‫ُكنهُصاأَُد ِلنونَ ِ ْتِهر ْلتَ ِهُِدكمُم َى ِٱم ْللَ ْْنَوجنهََ ٓلِةُغ ٍۢأٍَأُل ْنوتَ ِرْجَهثْ ِتَُدرٰ ُىمنَاىو َهٱَِماّهللُنبِ ۖ َمتَالَقَْح ْدُتِكنِهتُ َُمجْمآٱ َتَءْْ ْعلَ ْْنَتملَُه ٰـ ُورُرَنُۖس َُلو‬ ‫ِفى‬ ‫َونَ َز ْعنَا َما‬
‫ۖ َونُو ُد ٓو ۟ا‬ ‫بِٱ ْل َح ِق‬ ‫َو َما‬ ‫َه َد ٰىنَا ِل َه ٰـذَا‬

[43] Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di
dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-
masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: “Segala puji tertentu bagi
Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat)
ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak
memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul
Tuhan kami dengan membawa kebenaran”. Dan mereka diseru: “Itulah Syurga
yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah
kerjakan”.

Kelebihannya: -

1. Sekiranya ayat ini ditulis menggunakan pen tanpa dakwat ke atas makanan
(kuih-muih, roti dan sebagainya), kemudiannya diberi makan kepada satu-satu
kumpulan atau keluarga yang sering bertengkar, InsyaAllah, mereka akan
berdamai. Allah akan satukan hati-hati mereka sentiasa dalam kasih-sayang
dan tolong-menolong.

2. Ayat ini juga boleh digunakan sebagai penawar bagi penyakit dalaman seperti
sakit jantung, hati, paru-paru dan sebagainya.

56

Keterangan Ayat 47:

‫نها ِر قَالُو ۟ا َربهنَا ََل تَ ْجعَ ْلنَا َم َع ٱ ْلقَ ْو ِم‬٤‫ٱل‬٧‫۞ َو ِإ َذا ُص ِرفَ ْت أَ ْب َص ٰـ ُر ُه ْم ِت ْلقَآ َءٱلأَ هظ ٰـ ِلْص ِم َيح ٰـ َن ِب‬

[47] Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa
dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama
orang-orang yang zalim”.

Kelebihannya: -

Barang siapa yang mengamalkan ayat ini, nascaya ia akan terpelihara dari kekacauan
para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

Keterangan Ayat 54-56:

‫ َمأَ َعْملََ ِترىِهٱَّۦٓهٱل ْلِلۗعَأقََ ََِْررليِلَش ًۭهُب‬٥‫ ْىح ِب‬٥‫خْهس ٰنََتَنر َوَ ًۭر ٍٰت‬٥‫سِٱدِإيه‬٤َ َ‫ًِۭوسيُفٱٱتهاِْللحِةنُّعََٰـوُُّأَلجَبيهِمَاطوٱٍۢيََمْملم َُنمعثُُماْعهم ۚت‬٥َ‫خلُّْبو‬٦َ‫َيُوِإ ََْغ هلن ِشتُ َْفرىبه ِسٱ ُكلهُد ُْيمو َ۟ٱالَّهلٱفِلُلٱنهٱىْدَلهه ِاٱذ ُعَْْرلَوى۟اْيَرٱ ْل ََخْطرلََِلُخبه ْبلُضَُكقهُُْمۥقبَٱلْعتََ َوَحدهسٱ ِث َْْيمَِإضًٰۭلـَث ُّٰاَْرمو ْصًَُۭلرَِعومٰـِاۗتٱ َلِنحَتََووهبَشَهٱٱاْلْاُمْْخ َُْمفلرَ َيَوََْْرحٱسكة ْدِۚسَٱوَِنُِإعَّٱهيلضنهْللُوقََهُنهُفِۥَمَر َىََر‬

[54] Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi
dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam
dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula
yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya)
tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan
menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah
yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.

[55] Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara)
perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
melampaui batas.

57

[56] Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan
segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan
perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan
terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat
kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.

Kelebihannya: -

1. Sekiranya sesiapa yang mengamalkan ayat ini, InsyaAllah pengamalnya akan
terpelihara daripada kejahatan orang-orang zalim dan gangguan makhluk
halus.

2. Sekiranya ayat ini ditulis dan dijadikan azimat, InsyaAllah, pemakainya akan
aman daripada gangguan binatang buas, sihir, tipu muslihat manusia, sengatan
ular, kala jengking dan sebagainya.

Keterangan Ayat 97-99:

٩٩٩٩٨٧‫أَأَفَأََوأَِأمَفَنُِأَم ِومَ۟ان َنأََمأَْهْك ْه َُلر ُلٱٱْلَٱّقهُْلل ِلقَُرۚ َرٰ ٓفَىٰ ََٓىأَلأَنيَأنْيََمأْيَتِأُْنيَتِيَُه َمُهم ْكمبَ َأْربَأْ ُٱسَنَُّسهلانَِلا ِإبََه ُيَضلٰـًًۭۭتٱحاْلقَىَْوو َُمُهو ْمٱُه ْلْمنَآَخ ٰيئَِـ ْل ُم ِسعَوبُُر َونو َن َن‬

[97] Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman
daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa
mereka sedang tidur?

[98] Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman
daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa
mereka sedang leka bermain-main?

[99] Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan
buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada
yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah
itu melainkan orang-orang yang rugi.

58

Kelebihannya: -
Sekiranya ayat ditulis pada satu haribulan Muharram sebelum fajar pada sekeping
kertas. Selepas itu, ayat tersebut dihapuskan dengan air muktlak dan dipercikkan di
dalam rumah, kedai dan sebagainya, InsyaAllah, ia akan terpelihara dari serangan
perosak seperti anai-anai, tikus, lipas dan seumpamanya.

Keterangan Ayat 154:

‫َولَ هما َس َك َت َعن ُّمو َسى ٱ ْلغَ َض ُب أَ َخ َذ ٱ ْْلَ ْل َوا َح ۖ َو ِفى نُ ْس َخ ِت َها ُه ًۭدى َو َر ْح َم ًۭة ِلله ِذي َن ُه ْم‬
١٥٤ ‫ِل َر ِب ِه ْم يَ ْر َهبُو َن‬

[154] Dan apabila kemarahan Nabi Musa itu reda, dia pun mengambil Lauh-lauh
Taurat itu yang dalam naskhahnya terkandung petunjuk dan rahmat, bagi
orang-orang yang bersungguh-sungguh takut kepada Tuhan mereka (daripada
melanggar perintahNya).

Kelebihannya: -
Amalkan dengan membaca ayat ini sebanyak mungkin ketika marah untuk
menghilangkan kemarahan seseorang.

59

Keterangan Ayat 171:

‫بِقُ هو ٍۢة‬ ‫َءاتَ ْينَ ٰـ ُكم‬ ٓ‫َما‬ ‫ُخذُو ۟ا‬ ‫أَنههُۥ َواقِ ٍۢع ِب ِه ْم‬ ‫َماُظله ًِۭفةي ِهَو لَ َظعَنُّله ٓوُك۟ا ْم‬ ‫فَ ْوقَ َوُهٱ ْمْذ ُك َك ُأَرنهوهُ۟اۥ‬ ‫ٱ ْل َجبَ َل‬ ‫نَتَ ْقنَا‬ ‫َوإِ ْذ‬ ۞
١٧١ ‫تَتهقُو َن‬

[171] Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Kami mengangkat gunung (Tursina)
ke atas mereka (Bani Israil) seolah-olah gunung itu awan (yang menaungi
mereka) dan mereka yakin bahawa gunung itu akan jatuh menimpa mereka,
(sambil Kami berfirman kepada mereka): “Terimalah dengan bersungguh-
sungguh (Kitab Taurat) yang telah Kami berikan kepada kamu dan ingatlah
(amalkanlah) apa yang terkandung di dalamnya, supaya kamu menjadi orang-
orang yang bertaqwa”

Kelebihannya: -

Sekiranya ayat ini diamalkan sebelum belajar, mengulangkaji atau menghafal
pelajaran. Sebaik-baiknya disamping itu, tulislah ayat ini pada buku, nota dan
sebagainya. lnsyaAllah pengamalnya akan dipermudahkan baginya untuk memahami
dan menghafal sebarang ilmu yang dipelajari.

Keterangan Ayat 200-201:

٢٠٠ ‫َع ِليم‬ ‫تبَِٱَذَّههلك ِل ُۚر إِو ۟انههُفَۥإِ َذاَس ِميُهمع‬ ‫ٱله ِذَويإِ َهنماٱتهيَقَن ْ َوز۟ا َغِإنه َذاَك َم ِم هسَن ُه ْٱمل هش َطْيٰـٓ ِئ َط ٰـ ًۭفِن ِمنَ َْزن ًۭٱغل فَ هشٱ ْي ْس َطتَٰـ ِع ِ ْنذ‬ ‫إِ هن‬
٢٠١ ‫ُّم ْب ِص ُرو َن‬

[200] Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah
perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui.

[201] Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh
sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah)
maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).

60

Kelebihannya: -
1. Sekiranya ayat ini ditulis pada 7 keping kertas yang kecil ketika terbit matahari
pada hari Jumaat dengan menggunakan air mawar dan za'faran. Kemudian
telan kertas tersebut sekeping sehari secara berturut-turut dengan air kosong
sebaik-baiknya air zam-zam sambal dibaca ayat di bawah: -

InsyaAllah, panyakit was-was akan hilang.
2. Bacalah ayat ini sekiranya mengalami khayalan-khayalan buruk/khawatir

syaitan khususnya ketika muraqabah/rabithah (bersuluk/khalwat) bagi
pengamal Tarekat, selepas itu ucapkanlah kalimah syahadah Laailaha illallah
sebanyak mungkin dengan sepenuh hati. InsyaAllah, panyakit tersebut akan
hilang.

61

Surah‫ي‬Al-Anfaal

Surah Al-Anfaal adalah surah ke-8 pada Al Qur'an, surah ini mempunyai 75
ayat dan termasuk golongan surah-surah Madaniyyah kerana seluruh ayat-ayatnya
diturunkan di Madinah. Surah ini dinamakan Al Anfaal yang bermaksud harta
rampasan perang. Berhubung kata Al Anfaal terdapat pada permulaan surah ini dan
juga persoalan yang menonjol dalam surah ini ialah tentang harta rampasan perang,
hukum perang dan hal-hal yang berhubungan dengan peperangan pada umumnya.
Menurut riwayat Ibnu Abbas r.a. surah ini diturunkan berkenaan dengan perang Badar
Kubra yang terjadi pada tahun kedua hijrah. Peperangan ini sangat penting kerana
merupakan peristiwa yang menentukan jalan sejarah Perkembangan Islam. Pada
waktu itu umat Islam dengan berkekuatan kecil untuk pertama kali dapat mengalahkan
kaum musyrikin yang berjumlah besar dan memiliki perlengkapan yang cukup dan
mereka dalam peperangan ini memperoleh harta rampasan perang yang tidak sedikit.
Oleh sebab itu, timbullah masalah bagaimana membahagikan harta-harta rampasan
perang itu, maka kemudian Allah menurunkan ayat pertama dari surah ini.

Sabda RasuluHah s.a.w:

"Barangsiapa membaca Surah Al-Anfaal dan Surah Bara'ah (Surah At-Taubah), maka
akulah yang akan memberi syafaat baginya dan akulah yang menjadi saksi bahawa
ia terlepas dari sifat nifaq dan diberikan baginya sepuluh kebaikan dengan bilangan
setiap orang munafiq. Arasy dan para malaikat yang menanggungnya sentiasa
meminta ampun baginya selama hidupnya di dunia."

62

Keterangan Ayat 2:

‫َزا َدتْ ُه ْم‬ ‫َءايَ ٰـتُهُۥ‬ ‫َعلَ ْي ِه ْم‬ ‫تُ ِليَ ْت‬ ‫إِذُي ِكَم َٰـ ًۭرناٱَّهَلولُ َعَلَو ِٰجىلَ َ ْرتبِ ِهقُلُْمويَبُتَ ُهَوْم هكلَُو ِإو َذَنا‬ ‫ِإذَا‬ ‫ٱله ِذي َن‬ ‫ٱ ْل ُم ْؤ ِمنُو َن‬ ‫إِنه َما‬
٢

[2] Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah
mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati
mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan
mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

Kelebihannya: -

Sekiranya ayat ini dibaca pada air atau ditulis pada tepung yang diuli pada tepung
dengan pen tanpa dakwat untuk dibuat kuih InsyaAllah mampu untuk melembutkan
hati yang degil atau yang enggan untuk menerima nasihat/ajaran agama dan sesuai
juga untuk mereka yang malas beriabadat.

Keterangan Ayat 10:

‫َو َما َجعَلَهُ ٱَّهللُ ِإَهل بُ ْش َر ٰى َو ِلتَ ْط َم ِئ هن ِب ِهۦ قُلُوبُ ُك ْم ۚ َو َما ٱلنه ْص ُر ِإَهل ِم ْن ِعن ِد ٱَّهل ِل ۚ إِ هن ٱَّهل َل‬
١٠ ‫َع ِزيز َح ِكيم‬

[10] Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita
gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan
itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana.

63

Kelebihannya: -

Sekirannya ayat ini ditulis pada 27 haribulan Ramadhan pada sekeping kertas, kulit
atau seumpamanya, kemudian diletakkan di bawah permata cincin, InsyaAllah
sesiapa yang memakainya akan dikurniakan kebaikan, ketenangan, kegembiraan dan
kemenangan ke atas musuh-musuhnya.

Keterangan Ayat 62-63:

٦٢ ‫بِنََت بَْص ْي ِرَنِهۦقُلُ َوو ِبِبٱِهْل ْمُم ْ َؤو ِلَم ٰـنِ ِيك َهنن‬٦‫ََلكه ْف‬٣‫َ َووإِأَلهن َيُف ِربَي ْي ُد َٓنو ۟اقُلُأَونِب ِهيَ ْم ْخۚ َدلَ ُْعووأَنَكفَأَْقلهفَإَِتَ هفن َمبَاْيَحنَ ِف ُْهسبَْمى ۚ َكٱإِْْٱنهلََّههُْلۥلرُ ۚ َِع ُهِضزَوي َجٱزلهِمِذي ًَۭحعِٓىاكيًۭأَ هميهمآَد أ‬
َ‫ٱَّهلل‬

[62] Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah
Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang
menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang
yang beriman.

[63] Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu).
Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya
engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi
Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Kelebihannya: -

1. Tulislah ayat ini pada hari Jumaat pertama bulan Ramadhan, antara waktu solat
jumaat sehingga waktu asar ditulis dalam keadaan suci pada cebisan kain bulu
atau sutera yang mempunyai 3 warna iaitu kuning, hijau dan merah. Sebaiknya
kain tersebut dijadikan kopiah atau songkok dan simpanlah ia di tempat yang
tinggi dan mulia. Apabila ingin bertemu pemerintah, orang-orang zalim atau ingin
meminta sebarang hajat, pakailah songkok tersebut. Insya Allah, sesiapa yang

64

memakainya akan Nampak hebat dan menarik. InsyaAllah segala hajatnya akan
tertunai dan keadaannya akan bertambah baik dari segenap lapangan hidup.

2. Sekiranya anyat ini sering diamalkan, InsyaAllah, nascaya dia akan dicintai dan
dihormati sekelian manusia.

Keterangan Ayat 66:

‫ِمن ُكم ِم ۟ائَ ًۭة َصا ِب َر ًۭة يَ ْغ ِلبُو ۟ا‬ ‫يَ ُكن‬ ‫ۚبِإِفَ ْذإِ ِنن‬ ‫َض ْع ًۭفا‬ ‫ٱ ْلـَِٰٔمـ ۟ا َئَنتَ ْي َخِنفه ۚ َ َفو ِإٱَّنهللُيَ ُك َعنن ُك ِْممن َ ُكو ْم َع ِلأَ ْلَم ًۭأَف هنيَ ِفْغيِلبُُك ٓ ْوم ۟ا‬
٦٦ ‫َوٱَّهللُ َم َع ٱل هص ٰـ ِب ِري َن‬ ۗ ‫ٱَّهل ِل‬ ‫أَ ْلفَ ْي ِن‬

[66] Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan
dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika
ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat
menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang,
nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan
(ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar.

Kelebihannya: -

1. Amalkan ayat ini selalu bagi meringankan beban zahir dan batin seperti
memberi kekuatan dan semangat dalam kerjaya, melepaskan beban hutang
dan seumpamanya.

2. Sekirnya ayat ini diamalkan bermula selepas solat asar pada hari jumaat
selepas solat Asar pada hari jumaat dan disambung selepas solat fardu selama
7 (tujuh) hari, InsyaAllah segala masalah dihadapi dengan tenang serta diberi
kekuatan untuk terus bekerjaya dalam segala lapangan hidup.

65

Surah‫ي‬At-Taubah

Surah At-Taubah (‫ )سورة التوبة‬terdiri atas 129 ayat termasuk golongan surah-
surah Madaniyyah. Surah ini dinamakan At Taubah yang bermaksud pengampunan
berhubung kata At Taubah berulang kali disebut dalam surat ini. Dinamakan juga
dengan Baraah yang bermaksud berlepas diri yang di sini maksudnya pernyataan
pemutusan perhubungan, disebabkan kebanyakan pokok pembicaraannya tentang
pernyataan pemutusan perjanjian damai dengan kaum musyrikin. Di samping kedua
nama yang masyhur itu ada lagi beberapa nama yang lain yang merupakan sifat dari
surah ini.

Berlainan dengan surat-surat yang lain, maka pada permulaan surat ini tidak
terdapat basmalah, kerana surat ini adalah pernyataan perang dengan makna
bahawa segenap kaum muslimin dikerahkan untuk memerangi seluruh kaum
musyrikin, sedangkan basmalah bernafaskan perdamaian dan cinta kasih Allah.
Surat ini diturunkan sesudah Nabi Muhammad SAW kembali dari peperangan Tabuk
yang terjadi pada tahun 9 H. Pengumuman ini disampaikan oleh Sayidina 'Ali r.a. pada
musim haji tahun itu juga.

Kelebihannya: -

Barangsiapa menulis surah ini, dijadikan azimat. lnsyaAllah lerpelihara dari sebarang
kecurian.

66

Keterangan Ayat 32-33:

َ‫ ٱَّهللُ ِإَه ٓل أَن يُتِ هم نُو َرهُۥ َولَ ْو َك ِره‬٣‫ى‬٢َ‫يُ ِري ُدو َن أَن يُ ْط ِفـُٔو ۟ا نُو َر ٱَّهل ِل بِأَ ْفٱٰ َْلو َك ِٰهـ ِفِه ُْمروَو َيَنأْب‬
َ‫ ْظ ِه َرهُۥ َعلَى ٱل ِدي ِن ُك ِل ِهۦ َولَ ْو َك ِره‬٣ُ‫ ِلي‬٣‫ُه َو ٱله ِذ ٓى أَ ْر َس َل َر ُسولَهُۥ بِٱ ْل ُه َد ٰى ٱ َْلو ُِمدي ْش ِنِرٱ ُكْلوَح َن ِق‬

[32] Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut
mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan
cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

[33] Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa
petunjuk dan ugama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan
ditinggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik
tidak menyukainya

Kelebihannya: -

Sekiranya ayat ini ditulis pada kulit kijang dengan air mawar beserta za’faran.
Kemudian ia diikat pada lengan kanan, InsyaAllah, sekelian manusia akan kasih dan
tunduk patuh padanya. Sekelian musuhnya tidak dapat berbuat sebarang kejahatan
mahupun tipu daya terhadapnya.

Keterangan Ayat 46:

‫رهَ ٱَّهللُ ٱ ٍۢن ِبعَاثَ ُه ْم فَثَبه َط ُه ْم َو ِقي َل‬٤ِ ‫ َك‬٦‫۞ َولَ ْو أَ َرا ُدو ۟ا ٱ ْل ُخ ُرو َج َْلَٱ َْعق ُّدعُ ُدو ۟او ۟الَهُ َۥم َع ُعٱ هدْل ًۭةقَ ٰـ َِعو ِلَد ٰـي ِكَنن‬

[46] Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka
menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka,
lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan):
“Tinggalah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal”.

67

Kelebihannya: -
Sekiranya ayat ini di bacakan beberapa kali, kemudian diniatkan (bayangkan) agar
pencuri atau barang yang hilang atau orang yang lari dari rumah supaya kembali,
InsyaAllah akan termakbul.

Keterangan Ayat 51:

٥١ ‫قُل لهن يُ ِصيبَنَآ ِإَهل َما َكتَ َب ٱَّهللُ لَنَا ُه َو َم ْولَ ٰىنَا ۚ َو َعلَى ٱَّهل ِل فَ ْليَتَ َو هك ِل ٱ ْل ُم ْؤ ِمنُو َن‬

[51] Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami
sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah
Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka
kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”.

Kelebihannya: -
Sekiranya ayat ini diamalkan ketika menghadapi bencana, kekecewaan, kegagalan,
menghadapi musuh dan seumpamanya, InsyaAllah mereka yang mengamalkan akan
diberi ketenangan dan redha dengan ketentuan Ilahi.

68

Keterangan Ayat 111:

‫َسبِي ِل‬ ‫بِٱَّعَهل ِلْ۞ه ِدِإفَ ِهيَ هْقنۦتُلُٱ َِمّهول َلَنَنٱٱََّْهوشل ِليتَُ ْقَۚرتَلُفَٰٱىو َْسنِمتَْۖب َن َِشوٱ ُْلرْع ُمدو ْ۟ااؤ ِبِمبِنََع ْيليَ ْيِعَنِه ُكأَُمنَحفًُۭٱقلها َسِذ ُهفِ ْمىىبََوٱاأَليَتْهمْعْٰ َوتُولَمَر ُٰهىبِمِةِه ِبۦَأوَۚٱ هْْن َِلولنَٰذَ ِلُِهج ُميَك ِٱل ْل ُه َََجووٱنه ْلٱةَقُْلۚ ْفَر ْيُوَءقَ ٰاُـزتِِلنُٱ ْۚلوعَََنو َِظمفِي ْ ُنمى‬
‫أَ ْوفَ ٰى‬
١١١

[111] Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa
mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan
beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di
antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang
demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam
(Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih
menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan
jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli
(yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

Kelebihannya: -

Sekirnaya ayat ini diamalkan di lokasi perniagaannya, InsyaAllah, perniagaan tersebut
akan maju.

69

Keterangan Ayat 128-129:

‫لَقَ ْد َجآ َء ُك ْم َر ُسو ًۭل ِم ْن أَنفُ ِس ُك ْم َع ِزيز َعلَ ْي ِه َما َعنِتُّ ْم َح ِريص َعلَ ْي ُكم ِبٱ ْل ُم ْؤ ِم ِني َن‬
‫هك ْل ُت ۖ َو ُه َو َر ُّب ٱ ْلعَ ْر ِش ٱ ْلعَ ِظي ِم‬١‫َو‬٢َ‫ت‬٨‫فَإِن تَ َوله ْو ۟ا فَقُ ْل َح ْسبِ َى ٱَّهللُ ََ ٓل إِلَ ٰـ َرهَ ُءِإَهول ًۭف ُه َوهرۖ ِحيًَۭعلَم ْي ِه‬

١٢٩

[128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu
sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya
sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak
(inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas
serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

[129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad):
“cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang
berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah
yang mempunyai Arasy yang besar.”

Kelebihannya: -

Amalkanlal1 ayat ini selepas solat fardhu, lnsyaAllah dipermudahkan baginya segala
urusan duniawi dan ukhrawi, serta dimatikan dalam keadaan husnul khatimah. dan
terpelihara ia daripada gangguan jin dan manusia.
Jika diamalkan membaca ayat :

‫َح ْسبِ َى ٱَّهللُ ََ ٓل ِإلَ ٰـهَ ِإَهل ُه َو ۖ َعلَ ْي ِه تَ َو هك ْل ُت ۖ َو ُه َو َر ُّب ٱ ْلعَ ْر ِش ٱ ْلعَ ِظي ِم‬

sebanyak 7 kali pagi dan petang. lnsyaAllah segala hajat dan keperluannya ditunaikan
oleh Allah. Jika dftiup pada tempat sakit, lnsyaAllah 'afiat

70

Rujukan

1. (meeftha,2016);‫ي‬Al‫ي‬Quran‫ي‬Terjemahan‫ي‬Bahasa‫ي‬Melayu‫ي‬Lengkap‫ي‬-Al‫ي‬Quran‫ي‬
Melayu;‫ي‬https://melayu.ayatalquran.net/2006/06/alquran-terjemahan-
bahasa-melayu

2. (Mohd‫ي‬Fadhil,‫ي‬2005);‫ي‬Khasiat‫ي‬dan‫ي‬Fadhilat‫ي‬ayat-ayat‫ي‬Al-Quran;‫ي‬
Perceptakan‫ي&ي‬Perniagaan‫ي‬Nik‫ي‬Daud‫ي‬Sdn.‫ي‬Bhd.

3. (Muhd.‫ي‬Abd.‫ي‬Ghani,‫ي‬1992);‫ي‬Hajat‫ي‬untuk‫ي‬rawatan,‫ي‬perlindungan‫ي‬dan‫ي‬doa;‫ي‬
Darul‫ي‬Nu’man

4. (Quran,‫ي‬2022);‫ي‬The‫ي‬Noble‫ي‬Quran-Quran.com;‫ي‬https://quran.com/en
5. (Syeikh‫ي‬Shaleh,‫ي‬2008);‫ي‬Al‫ي‬Qur’an‫ي‬danterjemahan;‫ي‬Mujamma’‫ي‬al‫ي‬Malik‫ي‬

Fahd‫ي‬Li‫ي‬Thiba’at‫ي‬Al‫ي‬Mush-Haf‫ي‬Asy‫ي‬Syarif
6. (Zahazan,‫ي‬2006);‫ي‬101‫ي‬Doa‫ي‬Para‫ي‬Nabi‫ي&ي‬Rasul‫ي‬Dalam‫ي‬Al-Quran‫ي‬Khasiat‫ي&ي‬

Kaifiat‫ي‬Beramal;‫ي‬Telaga‫ي‬Biru‫ي‬Sdn.‫ي‬Bhd

71


Click to View FlipBook Version