1 Hanafi
2 Pada Waktu Itu Diterbitkan oleh : Hanafi No.11 Lorong Bersaudara, Kampung Parit Haji Rais 86400, Batu Pahat, Johor. Cetakan Pertama, Ogos 2021 Hakcipta Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini boleh diterbitkan semula melalui apa-apa cara, sama ada bahan digital, fotostat, rekod atau apa-apa penyimpanan dan pengeluaran maklumat, tanpa kebenaran penulis. ISBN : 9789672557906 Penulis : Hanafi Editor : Hanafi / PBE ONE CENTRE Pereka Kulit : Hanafi Pencetak : PBE ONE CENTRE Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Hanafi, 2004- Pada Waktu Itu / Hanafi. ISBN 978-967-25579-0-6 1. Hanafi, 2004- --Anecdotes. 2. Conduct of life--Anecdotes. 3. Muslims--Conduct of life--Anecdotes. 4. Motivation (Psychology)--Anecdotes. I. Judul. 808.882 Muka Taip Teks: Times New Roman Saiz Taip Teks: 12/13/16
3 Isi Kandungan Kata Penerbit IV Prolog 1 BAB 1: Ikhlas 5 BAB 2: Erti Seorang Sahabat 11 BAB 3: Erti Seorang Sahabat (Bahagian 2) 27 BAB 4: Pesanan Dari Allah 37 BAB 5: Pada Waktu Itu 57 BAB 6: Lara 81 Epilog 103
4 Kata Penerbit Segala puji bagi Allah Yang Maha Esa atas segala bantuan dan pertolongan-Nya sehingga buku ini dapat disiapkan dari selembar kertas putih menjadi sebuah buku yang penuh dengan ilmu. Dan semua itu tidaklah luput dari pelbagai pihak yang telah banyak membantu. Untuk keluarga saya, Mama dan Nenek yang selalu menjadi pengingat saya agar terus kuat dan semangat untuk memulai hari dengan senyuman. Tidak lupa juga untuk Abah yang telah banyak menunjukkan saya erti kehidupan yang sebenar sehingga ke hari ini. Untuk sahabat saya, terima kasih sudah menjadi yang terbaik. Selalu menjadi pendengar setia saya di saat saya dalam bebanan masalah. Walaupun pada hakikatnya saya sering menyakiti mereka, namun perpisahan itu yang menjadikan saya semakin kuat. Untuk guru saya, terima kasih sudah menjadi pengajar yang terbaik. Terutama sekali Ustazah Norizah yang banyak memberi pesanpesan positif kepada saya sehingga saya tahu erti kehidupan yang sebenar-benarnya. Terima kasih untuk sahabat saya dunia akhirat, Lara. Beliau merupakan sahabat saya yang paling baik. Beliau sentiasa menemani saya dikala saya sedih sewaktu masih kecil, dia juga memberi impak besar kepada saya untuk lebih bersemangat lagi dengan dugaan hidup yang mencabar ini. Terima kasih, semua. Terima kasih kerana sudi membaca.
1 etiap masalah hidup pasti ada jalan penyelesaian. Setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah tidak akan terlepas dari ujianNya walaupun sebesar zarah. Ujian Allah itu berbeza-beza bagi setiap manusia kerana cara kita menyelesaikan masalah juga berbeza-beza. Manusia itu unik dan mempunyai pola pemikiran yang berbeza. Allah itu Maha Adil. Dia tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya. Kembali kepada kita, sama ada kita mampu mengharunginya atau menyerah kerana tidak sanggup dengan ujian Allah. Itulah yang saya hadapi, saya juga tidak terlepas dari ujian Allah. Saya juga pernah rasa sakit, hampir putus asa dan saat kegembiraan. Tetapi saya tahu, apa yang saya lakukan adalah yang terbaik untuk diri saya. Kehidupan ini bukanlah tempat untuk kita mencari kebahagiaan. Tetapi tempat untuk kita mencari ketenangan. Tetapi tidak mudah untuk kita mencari ketenangan. Itu jugalah yang saya alami. Ketika saya berhadapan dengan masalah, saya rasa diri saya tidak dihargai oleh orang lain. Entah kenapa saya menganggap semua manusia tidak berpihak kepada saya ketika
2 saya memerlukan pertolongan. Walaupun begitu, saya percaya Allah itu ada di sisi saya. Oleh kerana itu saya tetap kuat dan yakin untuk melakukan hal-hal yang terbaik. Walaupun begitu, saya juga memerlukan wujud seseorang yang dapat mendengarkan setiap masalah saya. Memang sudah menjadi naluri seorang manusia. Masalah harus diselesaikan. Tetapi harus diselesaikan bersama-sama dengan orang yang tulus membantu kita. Siapa orang itu? Dia adalah orang yang ikhlas menyayangi kita. Dia adalah orang yang suka menegur kita dikala kita melakukan kesilapan. Tetapi orang itu bagi saya adalah limit. Saya juga manusia biasa, saya pernah melakukan kesilapan, pernah rasa dikhianati dan pernah merasakan diri ini tidak dihargai. Oleh kerana itu saya memerlukan seseorang yang dapat mendengarkan saya. Tetapi itu mustahil. Waktu saya menulis buku ini pun, tidak ada orang yang mendengarkan saya. Saya hanya hidup dalam bebanan masalah. Tetapi Alhamdulillah. Saya lebih mudah untuk menulis apabila berhadapan dengan masalah. Saya juga orangnya Introvert. Jadi bersendirian itu memang sudah menjadi kebiasaan. Tetapi berbalik kepada point sebelumnya. Walaupun saya orangnya Introvert, saya juga memerlukan seseorang. Saya sangat berharap kepada kamu yang sedang membaca buku ini. Jika kamu sedang dalam masalah, jangan takut. Saya percaya kamu adalah orang-orang yang kuat. Kamu adalah orang-orang yang berani. Kamu adalah orang-orang yang baik. Jangan putus asa. Kerana Allah sentiasa bersama-sama dengan kamu.
3 Di dalam buku ini, akan saya curahkan dengan sejujur-jujurnya isi hati saya. Apa yang saya alami juga saya akan kongsikan di setiap lembar kertas putih ini. Inilah tujuan saya menulis. Saya yakin dengan menulis, ialah cara terbaik untuk saya berkongsi cerita dan pesan. Mengapa saya menulis judul Pada Waktu Itu ? Sebabnya, cerita dan pesan yang akan saya kongsikan ini adalah perkara-perkara yang telah berlalu. Perkara-perkara yang memberi imbak besar kepada diri saya sehingga hari ini. Semoga, ianya bermanfaat buat para pembaca. Bismillah. Pesanan 1 Pesanan 2 Sebelum saya masuk ke dalam Bab 01. Saya ingin kamu semua SCAN Barcode di bawah ini. Ada pesanan rahsia yang telah saya sampaikan di situ. Pesanan istimewa untuk para pembaca.
2
5 Ikhlas Mungkin di antara kita masih ada yang belum tahu apa itu erti ikhlas? Bila kita sebut sahaja tentang ikhlas, pasti kita akan berfikir : “Ikhlas itu bila kita beri sesuatu kepada orang lain dan kita tidak meminta apa-apa balasan.” “Ikhlas itu adalah satu pemberian dan kita tidak mengungkit semula dengan apa yang telah kita berikan.” Itulah bentuk jawapan yang sentiasa ada di dalam benak manusia apabila disoal tentang ikhlas. Bagi saya ikhlas yang sebenarnya bukanlah dari bentuk barang semata-mata. Apabila saya sebut tentang ikhlas di dalam buku ini, maka ikhlas itu bukan lagi dalam bentuk objek tetapi hati.
6 Cukup sedih untuk saya kongsikan cerita ini di awal-awal bab. Saya juga tidak mahu berkongsi kisah ini kerana saya takut jika ada pihak yang tersinggung. Tetapi saya telah berjanji kepada diri saya. Saya harus berani dan kuat. Mungkin saya harus menceritakan kisah tersebut di bab selanjutnya kerana di dalam Bab 01 ini, perkongsian saya tertumpu kepada makna Ikhlas yang sebenarnya. Sebelum itu, ikhlas yang akan saya kongsikan ini merupakan pendapat saya sendiri. Jika kamu para pembaca tidak setuju, tidak mengapa. Saya tidak marah. Kerana setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Baiklah... Ikhlas adalah memaafkan kesalahan orang lain tanpa menyebut kebaikan kita kepada sesiapa. Lebih jelas lagi, individu tersebut hanya merelakan pemergian seseorang tanpa mengungkit segala perkara. Situasi 1 “Aku ikhlaskan pemergian kau. Aku harap hidup kau akan lebih bahagia.” Dari situasi ini, ia menunjukkan bahawa dia telah ditinggalkan oleh seseorang yang amat penting dalam hidupnya. Tetapi dia tidak mengungkit segala kebaikan yang ia curah terhadap orang yang meninggalkan dirinya itu. Situasi 2 “Kenapa kau tinggalkan aku? Selama ini aku dah banyak bantu kau. Kau minta tolong, aku mesti akan tolong. Sekarang kau nak tinggalkan aku macam ni.” Dari situasi ini,sungguh terang lagi bersuluh menunjukkan bahawa orang itu telah ditinggalkan oleh seseorang yang amat penting dalam hidupnya. N dia mengungkit semula kebaikan diri dia terhadap orang itu. Adakah ini disebut sebagai orang yang ikhlas?
7 Ikhlas itu adalah melupakan segala kebaikan yang telah kita berikan kepada dia tanpa meminta timbal balas apapun darinya. Walaupun dia meninggalkan kita, kita harus tetap sabar dan jangan sesekali menyebut segala kebaikan kita kepada dia. Jika kita mengucapkan kebaikan kita kepada dia pada saat dia meninggalkan kita. Itu sama saja kita tidak ikhlas. Kita masih mengharapkan balasan dari dia yang hujungnya menyakitkan diri sendiri. Sebenarnya konsep ikhlas yang saya jelaskan ini tidak jauh berbeza dengan maksud ikhlas yang sebenar. Hal ini kerana ikhlas itu merupakan sebuah niat. Di dalam Islam, setiap perbuatan adalah wajib untuk kita niatkan kerana Allah SWT. Apabila kita diuji dengan beberapa ujian, kita hendaklah bersabar sekaligus bertakwa kerana orang-orang yang bersabar akan sentiasa mendapat ketenangan di dalam hati mereka. ➢ Ikhlas adalah melupakan segala kebaikan kita. ➢ Ikhlas adalah merelakan pemergian seseorang. ➢ Ganjaran ikhlas adalah mendapat ketenangan di dalam hati. ➢ Ikhlas adalah niat kerana Allah SWT. Kadang-kala memang akan rasa sakit untuk mengikhlaskan orang-orang yang pergi meninggalkan diri kita. Ghosting. Saya tahu, ramai manusia yang di luar sana merasakan sakit itu. Walaupun kejadiannya sudah berabad-abad, sakitnya itu sukar untuk bertemu sirna. Saya faham. Saya juga pernah mengalami hal itu. Walaupun saya berkongsi tentang ilmu ikhlas, saya juga manusia biasa. Saya juga pernah merasa sakit hati. Jika dikenang semula, rasanya teramatlah
8 perih. Walaupun begitu, alhamdulillah saya dapat mengawal perasaan itu dengan mengingat nama Allah. Setiap kali saya terimbas memori pahit, saya akan terus berzikir. Hanya berzikir sahaja yang dapat membantu saya meredakan hati yang gelisah @ sakit. ❖ “Orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka ialah dengan zikrullah. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (QS ar-Ra’d, ayat 28) Bukan hanya berzikir, saya juga selalu berdoa semoga saya dapat melembutkan hati saya ini dan menerima segala hal yang menyakitkan pada masa akan datang. Ujian Allah itu tidak akan pernah berhenti. Apatah lagi sebagai seorang insan, kita pasti akan diuji. Cuma saya takut, sekiranya mereka tidak sanggup dengan ujian Allah, mereka mula melakukan tindakan yang melampaui batas. Nauzubillah. Oleh kerana itu, kita perlu belajar untuk mengikhlaskan apa sahaja yang telah berlalu. Tujuannya agar kita tidak mudah jatuh apabila kita betul-betul memerlukan pertolongan. Setidaknya, apabila tidak ada orang yang menolong kita, tetapi kita mampu untuk berdiri sendiri. Semoga kamu yang sedang membaca buku ini sentiasa mendapat rahmat dari Allah SWT. Diberikan kekuatan, keberanian, ketabahan, kesabaran, ketakwaan, dan keikhlasan hati. Aamiin. Saya ingin kamu kongsikan pendapat kamu pula tentang keikhlasan hati. Saya ada menyediakan ruangan nota untuk kamu tulis pendapat kamu sendiri di halaman sebelah. Saya tidak mahu kamu membaca pendapat saya sahaja, saya juga memerlukan pendapat kamu. Kamu boleh menulis nota kamu sendiri tentang Keikhlasan Hati di halaman sebelah. Semoga kita sama-sama mendapat ilmu.
9 Makna Ikhlas Menurut Pandangan Kamu Tulis Di Ruang Kosong Ini.
10
11 Erti Seorang Sahabat Sahabat adalah insan yang selalu membuat hati saya tenang. Tenang dari kesedihan dan masalah yang saya hadapi. Kamu semua pasti ada rumah, dan setiap rumah pasti ada atapnya. Apabila hujan turun, bumbunglah yang menjadi penghadang agar hujan tidak masuk ke dalam rumah. Seperti itu juga sahabat. Sahabat akan terus melindungi diri kita walau dalam keadaan apapun. Sahabat juga adalah pendorong terbaik dalam hidup kita. Tanpa mereka, siapa yang akan menolong kita? Tetapi tidak semua sahabat yang kita miliki akan menolong kita pada saat kita memerlukan pertolongan.
12 “Sahabat adalah orang yang akan menolong kita walau dalam keadaan apapun.” Ya. Sahabat akan menolong kita dalam keadaan apapun. Tetapi, mengapa ada sahabat yang tidak menolong kita pada saat kita betul- betul memerlukan pertolongan? Adakah ini disebut sebagai seorang sahabat? Tidak. Dia tidak akan disebut sebagai seorang sahabat kerana antara ciri seorang sahabat adalah kesetiaan. Ingat! Sahabat adalah orang yang setia bersama kita. Sahabat yang baik tidak akan membiarkan diri kita susah. Walaupun sahabat itu mengalami kesusahan sekalipun, dia tidak akan pernah mengatakan “Tidak” untuk membantu kita. Betapa besarnya perjuangan seorang sahabat. Jika kamu mempunyai sahabat saat ini, maka hargailah mereka. Jangan pernah siasiakan mereka. Jangan pula suka mengambil kesempatan. Sahabat bukanlah hamba abdi yang boleh kita perintah sesuka hati. Mungkin sahabat itu akan ikut sesuai arahan kita kerana dia tidak mahu menyinggung perasaan sesiapa. Tetapi kita harus tahu, dia juga adalah seorang manusia dan dia juga mempunyai perasaan. Jika dia benar-benar sahabat kita, maka hargailah mereka dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, kita perlu sama-sama mengerti dan sama- sama menolong. Jadi ingat; ➢ Jangan ambil kesempatan terhadap seorang sahabat. ➢ Jangan menganggap sahabat itu adalah seorang hamba yang boleh diperintah. ➢ Kita harus saling tolong-menolong dan sama-sama mengerti.
13 Jujur, saya mempunyai kesulitan untuk menulis bab ini. Saya juga bukanlah seorang sahabat yang baik. Malah tidak layak disebut sebagai seorang sahabat. Namun, saya harus berani kerana bimbang. Di luar sana ada banyak manusia yang suka mengambil kesempatan terhadap sahabatnya sendiri. Jadi hargailah mereka sebagaimana kamu menghargai ibu bapa kamu. Sayangilah mereka seperti mana kamu menyayangi ibu bapa kamu. Sedangkan Rasulullah SWT sendiri sangat menyantuni sahabatnya. Malah sahabat Rasulullah sendiri dijamin masuk ke dalam syurga. Masyallah. “Sahabat itu akan mencerminkan diri kita sendiri.” Saya suka dengan kata-kata ini. Sahabat itu akan mencerminkan diri kita sendiri. Sahabat yang baik, kita juga akan menjadi baik. Sahabat yang suka bersedekah, kita juga akan suka bersedekah. Sahabat yang suka wangi-wangian, kita juga akan suka dengan wangi-wangian. Intinya, sahabat yang baik akan membawa kita ke jalan yang baik. Beruntungnya mereka ada sahabat yang baik. Dapat berjalan-jalan di taman syurga nanti. Semoga kita semua dapat merasakan hal itu nanti. Aamiin. Kamu yang saya sayangi, carilah sahabat yang dapat membimbing kita ke jalan yang baik. Mencari sahabat bukanlah kerana fashion, style, dan famous yang dia miliki. Apa gunanya cantik dan
14 terkenal tetapi tiada akhlak yang positif. Bukan niat saya untuk merendahkan mereka, tetapi hakikatnya, adakah mereka itu dapat membimbing kamu ke jalan yang benar? Mohon maaf, saya tidak ada niat untuk merendahkan mereka. Saya hanya ingin berpesan. Saya bukanlah orang bijak pandai yang layak untuk menegur. Tetapi semoga dengan penulisan ini saya dapat membantu sedikit kerana hidup ini terus berjalan. Sahabat yang baik akan sentiasa membimbing kita ke jalan yang baik. Apabila kita melakukan kesilapan, dia tidak akan pernah menghakimi diri kita atas kesilapan yang telah kita lakukan. Malah, dia akan berpesan dengan gaya percakapan yang berhemah. Jika kita menangis, dia juga akan turut menangis kerana sahabat yang baik akan betul-betul memahami perasaan kita. Hargailah mereka. “Apa yang kau buat ini salah, kalau kau ada masalah, bagitaulah aku. Aku akan tolong. Jangan risau, setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian. Yang penting jangan lupa berdoa.” Itulah contoh dialog bagi sahabat yang baik. Dia akan sentiasa menyantuni kita kearah yang lebih baik. Dia akan selesaikan masalah kita walaupun dirinya sendiri bermasalah. Dan bibirnya yang sentiasa basah dalam mendoakan diri kita. Dulu, saya ada seorang sahabat karib. Dia merupakan sahabat yang sangat baik. Dia selalu menegur kesilapan saya. Kalau saya ingin makan tetapi tidak baca bismillah, dia pasti akan menepis tangan saya dengan perlahan. Itu tandanya memperingatkan saya untuk membaca doa sebelum makan. Kalau saya marah, tidak lepas daripada mulutnya untuk menenangkan diri saya. Cara dia berfikir sangatlah matang. Tetapi, itu semua hanyalah memori 7 tahun lalu (2013).
15 Intinya, dia adalah seorang yang suka menegur apabila saya melakukan kesilapan. Semua manusia tidak akan terlepas dari kesilapan. Sahabat yang baik adalah seorang yang berani menegur kesilapan kita. Sama ada kesilapan itu kecil atau besar, dia pasti akan tegur. Tetapi tegurannya bukanlah secara kasar. Seperti yang saya katakan sebelumnya, sahabat yang baik akan menegur kita dengan cara yang berhemah atau bersopan-santun supaya ia tidak menyinggung perasaan. Kenapa sahabat harus saling tegur-menegur? Kerana sifat tegur-menegur itu merupakan tanda bahawa kita sayang kepada sahabat kita. Sahabat yang membiarkan kita terjerumus dengan perkara maksiat merupakan personaliti sebagai orang yang hipokrit. Dia hanya mementingkan diri sendiri. Walhal, sahabat itu harus saling membimbing, bukan saling membiarkan. Dia buat silap kita tegur, kita buat silap dia tegur. Walaupun begitu, ada sesetengah pihak yang apabila ditegur oleh sahabatnya, dia tidak terima. Setiap teguran itu merupakan sentapan yang akan tertusuk di dalam hati. Tidak ada manusia yang apabila ditegur, dia tidak terasa di dalam hatinya. Dia pasti akan terasa. Kerana itulah sifat teguran. Teguran itu akan menyakitkan hati kita. Apabila hati kita sakit, dari situlah kita akan terus membuat pilihan. Sama ada kita mahu berubah atau tidak mahu berubah. Individu yang sedar atas kesilapannya, dia akan terus berubah apabila ditegur. Manakala individu yang keras hati dan tidak terima teguran, dia akan melawan dan tetap mempertahankan egonya. Semoga mereka diberikan kesedaran dan kelembutan di dalam hatinya. Aamiin.
16 Itulah salah satu ciri sahabat yang baik. Di dalam Islam, sahabat yang baik akan membawa kita ke syurga. Apabila seorang sahabat itu menegur perbuatan maksiat yang kita lakukan, kita perlu bersyukur. Hal ini kerana masih ada orang yang ambil peduli tentang perilaku kita. Sahabat yang baik akan peka berkaitan hal-hal akhirat. Jangan sampai kita menyesal suatu masa nanti. Ingat, hargai sahabat yang baik. Saya ada satu kisah. Kisah ini adalah kisah benar dan sangat menyayat hati saya. Saya tidak berkemampuan untuk menceritakan setiap alur yang ada dalam cerita ini. Namun saya akan kongsikan kisah ini secara simple dan mudah difahami. Saya tidak boleh menggunakan nama sebenar mereka. Oleh itu, nama yang saya tetapkan ini cumalah nama rekaan sahaja. Hal ini dikeranakan saya ingin menjaga privasi mereka serta mengelakkan kesalahfahaman. Bismillah… Kisah ini dimulakan dengan seorang anak lelaki yang berumur 16 tahun. Dia tinggal bersama ibu bapanya di Los Angeles. Waktu itu merupakan kali pertama mereka pindah ke Los Angeles kerana sebelumnya mereka menetap di Paris. Disebabkan oleh ayahnya mempunyai masalah semasa menetap di Paris, jadi mereka terpaksa berpindah ke Los Angeles. Nama anak lelaki yang berumur 16 tahun itu ialah Addy. Manakala ayahnya dikenalisebagai Benjy dan ibunya dikenali sebagai Camille. Benjy dan Camille juga dikurniakan seorang anak perempuan. Diberi gerangan Alysse yang berumur 8 tahun. Disingkatkan cerita, selama Addy menetap di Los Angeles. Dia ada berkenalan dengan seorang rakan barunya yang bernama Chrice. Addy dan Chrice adalah sahabat karib. Setiap pagi sebelum ke sekolah, Chrice akan menunggu di hadapan rumah Addy untuk pergi ke sekolah bersama-sama.
17 Apabila tamat waktu persekolahan, mereka berdua akan bermain bersama-sama di taman. Addy juga tidak akan lupa membawa adiknya Alysse untuk bermain bersama-sama dengan mereka. Namun, setelah dua bulan Addy menetap di Los Angeles. Suatu hari, Addy telah dipukul oleh sekumpulan pelajar di sekolahnya. Addy berjumpa dengan guru disiplin dan menceritakan kronologinya. Dia diajak oleh Bendy iaitu seniur (pelajar paling tua) di sekolah itu. Bendy memang dikenali sebagai pelajar liar dan nakal. Tetapi guru-guru di situ tidak pernah tahu bahawa Bendy ini suka membuli-buli pelajar lain, terutama sekali pelajar bawah umurnya. Addy telah diajak oleh Bendy untuk masuk ke satu ruangan (bilik). Pada awalnya, Addy menolak untuk ikut tetapi disebabkan dia menerima ugutan daripada Bendy. Terpaksa juga Addy turut. “Bilik itu sangat gelap. Saya sampai tidak tahu posisi saya ketika itu. Saya takut, saya mencuba cari pintu keluar. Tetapi waktu itu ada seseorang menarik saya dari belakang. Kemudian dia telah menolak saya sehingga saya jatuh. Saya telah dipukul beramai-ramai oleh mereka. Tetapi saya tidak melihat wajah mereka. Mungkin sekitar 10 hingga 12 orang. Saya tidak ingat,” keluhan Addy dengan wajahnya yang masih ketakutan. Addy trauma dengan kejadian itu. Sahabatnya Chrice membantu Addy untuk membalut kesan luka yang ada di muka Addy. Chrice meminta supaya Addy tidak memberitahu ibunya. Air muka Addy seketika berubah. Guru disiplin sebelumnya telah berpesan kepada Addy untuk memberitahu perkara ini kepada ibu bapanya. Namun, Chrice tidak membenarkan Addy memberitahu ibunya kerana katanya akan merumitkan lagi keadaan.
18 Walaupun begitu, Bendy dan sekumpulan pelajar yang membuli Addy telah diberi hukuman iaitu digantung sekolah sementara. Namun begitu, Addy tidak pernah memberitahu kepada ibunya bahawa dia dibuli kerana dia percaya apa yang dikatakan Chrice itu benar. Kifarah itu berjalan, setelah enam bulan, rupa-rupanya Chrice adalah punca Addy dipukul beramai-ramai di dalam bilik tersebut. Chrice memfitnah sahabatnya dengan memberitahu Bendy bahawa Addy sering belajar bersama-sama dengan teman wanita Bendy. Padahal, Addy tidak kenal siapa teman wanita itu. Semua itu hanyalah cerita rekaan Chrice semata-mata. Setelah kejadian itu terbongkar apabila Bendy sendiri bercerita kepada Addy, dia sangat kecewa dengan Chrice. Sebenarnya, selama lima bulan Addy berkenalan dengan Chrice, dia menyimpan beribu dendam terharap Addy. Sebagai bukti, Chrice sering meminjam duit daripada Addy dengan asbab dia mempunyai masalah kewangan. Walaupun begitu, Addy sebenarnya tahu bahawa selama dia bersahabat dengan Chrice, Chrice itu sering menipu Addy. Chrice sering menggunakan duit Addy untuk pergi ke tempat-tempat hiburan. Chrice pernah mengajak Addy untuk pergi ke kelab malam. Namun, Addy menolaknya atas faktor mereka masih dibawah umur. Addy adalah sosok yang tabah. Dia tetap menganggap Chrice itu sebagai sahabat yang baik. Addy selalu berpesan kepada Chrice supaya tidak terjerumus dengan perkara yang merosakkan masa mudanya. Addy risau dengan masa depan Chrice. Namun, sifat Chrise seperti mencurah air ke daun keladi. Selama ini Addy tidak hairan jika Chrice sering menggunakan wangnya untuk kegunaan yang tidak penting itu. Cuma, nasi sudah menjadi bubur, Addy tanpa berfikir panjang terus meninggalkan Chrice kerana dia sudah hilang kepercayaan. “Saya tidak mahu kamu bersahabat dengan saya lagi. Selama ini saya boleh terima jika kamu menggunakan duit saya untuk kamu pergi ke tempat-
19 “Saya tidak mahu kamu bersahabat dengan saya lagi. Selama ini saya boleh terima jika kamu menggunakan duit saya untuk kamu pergi ke tempat-tempat hiburan. Tetapi saya tidak boleh terima— Kerana kamu, saya dipukul, Chrise!!!,” Addy betul-betul marah ketika itu dihadapan Chrice. Keputusan akhir yang Addy ambil adalah dengan memutuskan persahabatannya dengan Chrice. Betapa hancurnya hati dia waktu itu. Setelah dua minggu kejadian tersebut, Addy tidak pernah lagi berhubungan dengan Chrice. Walaupun Chrice ada berjumpa dengan Addy untuk meminta maaf. Sebaliknya, Addy selalu menghiraukan maaf Chrice. Dia hanya takut jika berlaku lagi perkara buruk seandainya dia masih meneruskan persahabatannya dengan Chrice. Dugaan tidak akan datang sekali kerana semuanya berubah. Waktu itu adalah hari yang betul-betul penuh duka bagi Addy sekeluarga. Alysse iaitu adik perempuan Addy telah dijumpai meninggal di tempat saluran air. Saluran air itu berada di belakang perumahan rumah Addy yang sudah lebih dua tahun tidak berpenghuni. Paling menyedihkan, pihak Polis bersikap tidak ambil peduli dengan kes kematian Alysse itu. Pihak Polis mengatakan Alysse mungkin bermain-main di saluran air kemudian dia terjatuh. Camille iaitu ibunya Addy sangat marah kepada pihak polis. Namun, pihak polis hanya memberikan alasan yang sama. Addy sekeluarga adalah orang yang berkulit hitam. Pada waktu itu, golongan kulit hitam dianggap sebagai orang yang tidak suci serta pembawa aktivisme di Amerika Syarikat. Disebabkan hal itu, pihak polis di AS sentiasa mengambil ringan terhadap kes-kes orang yang berkulit hitam ini. Tambahan, golongan ini sentiasa dipandang hina oleh sesetengah orang yang berkulit putih.
20 Kes itu dinyatakan selesai dengan bukti bahawa Alysse bermain-main di kawasan saluran air kemudian terjatuh. Betapa hancurnya hati seorang ibu serta kecewa terhadap keputusan pihak polis. Addy sekeluarga diberi amaran dengan tidak dibenarkan melihat jasad kaku Alysse yang telah ditutup dengan kain putih. Benjy iaitu ayahnya Addy sempat mengamuk kerana keputusan yang dilakukan oleh pihak polis itu tidak manusiawi. Namun, pihak polis berpegang dengan keputusan yang sama. Sedihnya lagi, perut Benjy ditendang oleh salah seorang polis kerana dia berteriak keras akan takdirnya itu. “Ayah, tak apalah. Kita perlu bersabar. Kita tidak boleh melakukan apa-apa lagi,” pujuk Addy kepada ayahnya. Walaupun begitu, Benjy tidak boleh terima kerana dia menganggap ini semua adalah keputusan yang menidakkan keadilan. Jika pihak polis tidak dapat menyelesaikan kes itu, sekurang-kurangnya Addy sekeluarga harus diberi peluang untuk melihat jasad Alysse buat kali terakhir. Di malam yang sepi setelah beberapa jam kejadian itu, hujan yang turun seolah-olah memahami perasaan mereka. Chrice ada menghubungi Addy, tetapi Addy menolak panggilannya. Tidak hanya panggilan telefon, dia juga ada menghantar mesej kepada Addy. “Semoga kamu baik-baik sahaja,” pesan Chrice kepada Addy melalui SMS. Biarpun begitu, Addy tidak membalas pesanannya kerana dia masih kecewa dengan tindakan yang Chrice lakukan sebelumnya. Bertambah dengan kesedihan kehilangan adiknya itu. Setelah beberapa hari berlalu, Benjy mengambil keputusan untuk berpindah ke Paris semula. Dia tidak sanggup lagi untuk menetap di kediamannya yang baharu itu. Apa yang terjadi terhadap Alysse sudah cukup membuat hati mereka sakit. Akhirnya, mereka sekeluarga bagai ikan pulang ke lubuk.
21 Namun, sebelum pindah ke Paris. Camille ingin sekali melihat jasad anaknya Alysse. “Jika saya tidak dapat melihat anak saya. Lebih baik saya mati,” ujar Camille waktu itu dengan air muka yang sangat marah dihadapan pihak polis. “Baik… Kalau kamu ingin melihat anak kamu, kamu perlu membayar pampasan kepada kami. Setuju?” ujar polis itu kemudian dipotong oleh Benjy, “Kenapa kami harus membayar pampasan?” Camille tanpa berfikir panjang berkata, “Saya setuju!” Kesudahannya, pihak polis pun bersetuju. Mereka telah menghantar jasad Alysse ke Valley Presbyterian Hospital sehari selepas kes tersebut berlaku. Addy sekeluarga terus bergegas ke hospital itu. Hanya Tuhan yang Maha Memahami, dukacita itu menjadi sejarah hitam dalam hidup mereka. Camille sempat pingsan kerana melihat jasad anak perempuannya itu. Menurut laporan pihak hospital, Alysse telah dirogol kerana kemaluan Alysse terdapat kesan lebam. Wajah Alysse terdapat kesan luka koyak di bahagian pipi yang berkemungkinan pipinya dihiris dengan sesuatu yang tajam. Seluruh tubuh badan Alysse kemerahmerahan, kemungkinan dengan tubuh kecil Alysse itu dia cuba untuk melawan tetapi dia dipuku berkali-kalisehingga bertemu dengan ajalnya. Siapalah yang sanggup melakukan hal sekeji itu kepada anak yang masih kecil. Ditambah dengan perasaan kecewa mengingat keputusan bodoh pihak polis. Hanya kerana Addy sekeluarga berkulit gelap, mereka sanggup menutup-nutup kes ini. Sungguh sifat manusiawi dalam hati mereka telah mati.
22 Benjy ingin mengupah detektif supaya menjalankan siasatan tentang kematian anaknya itu. Malangnya, Benjy tidak mempunyai wang yang mencukupi dan berhujung menghentikan niatnya itu. Sehabis sahaja Camille sedar dari pingsan, dia hanya mampu menangis. Jasad Alysse telah dijamin oleh Benjy serta telah dimakamkan di tanah perkuburan Los Angeles. Saya tidak akan menyebut di mana Alysse dimakamkan bagi menjaga privasi mereka. Setelah selesai mengurus pemakaman Alysse, mereka menetap sementara di Los Angeles selama 2 minggu sebelum berpindah ke Paris. Addy menganggap apa yang terjadi kepada dirinya dan keluarganya di Los Angeles itu sebagai suatu sejarah hitam dalam hidupnya. Bermula dari sahabat yang sanggup mengkhianatinya, dipukul, dan menemui kematian adiknya. 3 Bulan di Paris… Benjy sibuk menyiapan kerja yang berlambak di atas meja pejabatnya. Sibuknya itu diterpa dengan sebuah panggilan telefon. Dia telah dihubungi oleh pihak polis dari Los Angeles. Namun pihak polis kali ini berbeza dengan pihak polis sebelumnya. “Saya Rhodhes, kami dari balai polis Los Angeles. Kami mendapat laporan dari seseorang di sini. Saya tidak pasti sama ada dia ini waras atau tidak. Tetapi dia ada mengatakan bahawa dia telah membunuh anak kamu.” kata Sir. Rhodhes kepada Benjy. Benjy sangat terkejut seperti percaya tak percaya. Dia membalas ujar Sir. Rodhes dengan menganggap kemungkinan individu tersebut
23 tidak waras. Mereka pun menamatkan panggilan. Pada petang itu juga, Addy mendapat satu pesanan mesej dari Chrice. “Addy selamat siang. Maafkan saya. Saya adalah orang yang telah membunuh adik perempuan kamu. Alysse. Saya sangat menyesal dengan perbuatan saya”. Terkaku, Addy terus bergegas menunjukkan mesej itu kepada ibunya. Camille terkejut dan seakan tidak percaya akan hal itu. Dia terus menelefon suaminya dan memberitahu bahawa Chrice adalah punca kematian Alysse. Camille sekali lagi tergemap apabila suaminya memberitahu bahawa dia mendapat satu panggilan dari pihak polis di Los Angeles yang mengatakan si pembunuh itu mengaku kesalahannya. Pembunuh misteri itu ialah Chrice, sahabat karib Addy. Akhirnya, kesitu dibicarakan di Mahkamah. Melalui semua bukti yang kukuh, Chrice telah dijatuhkan hukuman mati kerana disabitkan kesalahan membunuh, memperkosa dan mencederakan Alysse. Suasana di mahkamah berubah apabila Addy bangun dari kerusinya dengan menatap wajah Chrice yang kelihatan cemas. “Chrice, saya maafkan segala kesalahan awak, sahabat.” Semua ini berpunca asbab Chrice cemburu dengan Addy. Setelah Addy berpindah ke Los Angeles. Dia selalu mendapatkan pujian terbaik di dalam kelas. Selama ini, Chricelah yang selalu mendapatkan gred terbaik sebelum adanya Addy. Disebabkan itu, Chrice cuba untuk menurunkan prestasi Addy dengan mengajaknya pergi ke kelab malam, memfitnah Addy sehingga dipukul dan akhirnya berhujung dengan kematian Alysse.
24 Tujuannya supaya Addy menyesal. Walaupun begitu, dia masih tetap bertahan. Selain itu, Chrice mengajak Addy ke kelab malam juga bertujuan untuk menjadikan Addy sebagai pelajar yang teruk. Tetapi semua itu gagal dilakukan oleh Chrice kerana Addy juga selalu berpesan kepada Chrice bahawa semua itu hanya akan merosakkan masa depan mereka. Setelah Addy mendapat tahu kesemua niat Chrice selama ini. Dia hanya mampu tersenyum. Addy telah memaafkan setiap perbuatan Chrice kepadanya. Addy bukanlah seorang yang pendendam walaupun Camille dan Benjy sangat marah kepada Chrice. Biasalah, ibu bapa mana yang tidak marah jika anaknya disakiti oleh orang lain. Namun, berbeza dengan Addy. Chrice menangis dan tidak pernah menyangka akan ada manusia yang sebaik itu yang sanggup memaafkan dirinya. Padahal kesalahan yang dilakukannya itu sangatlah besar. “Saya mungkin masih marah. Tetapi saya hanya mampu memaafkan kamu Chrice, sahabatku” ujar Addy kepada Chrice dengan nada yang lembut. Addy memaafkan Chrice kerana dia masih menganggapnya sebagai seorang sahabat. Addy juga meminta maaf kepada Chrice jika dia telah mengambil hak Chrice sebagai pelajar terbaik. “Addy, kamu adalah sahabatku,” kata-kata terakhir Chrice. Perbicaraan di mahkamah telah muktamad. Tertuduh dijatuhkan hukuman mati dibawah seksyen 302 akibat membunuh kanak-kanak. Walaupun begitu, Chrice ikhlas menerima semua itu kerana kesilapannya itu harus dibalas setimpal dengan perbuatannya. Wajah Chrice tetap tersenyum kerana kesalahannya itu telah dimaafkan oleh sahabatnya, Addy.
25
26 Apakah kisah yang hingga saat ini tidak dapat kamu lupakan. Mungkin kamu pernah ditinggalkan sahabat sendiri, adakah kamu berharap agar dia kembali kepada kamu?
27 Erti Seorang Sahabat (Bahagian 2) Apa yang dapat diambil dari kisah Addy dan Chrice ini sangat menyentuh hati saya. Addy mungkin berasa marah dengan apa yang dilakukan oleh Chrice. Namun, Addy telah memaafkan Chrice walaupun kesalahan yang ditanggung oleh Chrice sangatlah berat. Kata-kata terakhir Addy dan Chrice adalah “Sahabat”. Chrice mungkin bukan sahabat yang baik, tetapi dengan mengakui kesalahannya itu telah membuktikan bahawa dia adalah insan yang baik. Sejahat apapun kita, memaafkan kesalahan orang lain itu adalah perbuatan yang sangat mulia.
28 Addy juga sering berpesan kepada Chrice supaya meninggalkan perkara-perkara negatif tersebut sewaktu mereka masih bersahabat. Di saat Chrice hampir bertemu dengan ajalnya, keinginan Chrice tercapai apabila dia berpeluang berjumpa dengan Addy. Bukan mudah untuk memaafkan orang lain. Tetapi kerana mereka mempunyai hubungan persahabatan, hati mereka diberikan kelembutan di saat-saat akhir. Buktinya, Chrice yang membunuh Alysse akhirnya mengakui kesalahannya. Addy yang sebelumnya marah kepada Chrice berhujung dengan sebuah kemaafan. Intinya, apa yang dapat diambil dari kisah ini ialah memaafkan kesilapan orang lain itu besar ganjarannya. Walaupun sukar untuk memaafkan orang lain, tetapi apabila kita memaafkan kesalahan orang dengan hati yang ikhlas. Setidaknya kita mampu menenangkan hati yang gundah ini. • “Dan tidaklah kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, melainkan dengan benar. Dan, sesungguhnya saat (kiamat) itu pasti akan datang. Maka, maafkanlah (mereka) dengan cara yang baik.” (QS AL Hijr:85) Bukan mudah untuk melupakan kesalahan orang lain. Namun, memaafkan kesalahan orang lain akan memberi impak yang sangat besar kepada diri kita. Allah tidak menyuruh kita melupakan kesalahan orang kerana yang mampu membuat kita melupakan itu hanyalah Allah SWT. ☺ Natijahnya, sahabat yang baik adalah memaafkan kesilapan sahabatnya itu sendiri. Walau sebesar atau sekecil apapun kesalahannya, sahabat yang baik akan saling memaafkan. Malah sahabat yang baik juga akan sentiasa berpesan-pesan agar mereka dapat memperbaiki kesalahannya antara satu sama lain.
29 Sampai saat ini, kisah Addy dan Chrice itu tidak dapat saya lupakan. Banyak pengajarannya yang dapat diambil dari kisah ini. Antaranya ialah ; ✓ Jangan rasa cemburu dengan kejayaan orang lain, tetapi jadikan kejayaan mereka itu sebagai pedoman hidup kita supaya kita lebih berusaha keras. ✓ Jangan melakukan perkara yang melampaui batas agar maruah kita terpelihara. ✓ Jangan meletakkan sifat dendam dalam diri kerana dendam hanya akan menghancurkan hidup kita sendiri. ✓ Jangan bermusuhan dengan bangsa yang lain supaya toleransi antara masyarakat sentiasa terjaga. ✓ Sentiasa meminta maaf dan memaafkan kesalahan orang lain kerana ia memudahkan segala urusan. Terdapat banyak lagi moral yang dapat diambil daripada kisah Addy dan Chrice ini. Saya hanya mampu memberikan nilai yang menurut saya penting. Selebihnya kamu boleh menilainya sendiri. Saya telah menyediakan ruangan nota di bawah ini untuk kamu tulis pengajaran apa yang dapat kamu ambil dari kisah itu. Saya suka mendengar pendapat orang lain. Ambil waktu untuk kamu tulis, apakah pengajaran yang dapat kamu ambil dari kisah ini? Pengajaran Yang Dapat Saya Ambil
30 Seterusnya, sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu mendoakan kesejahteraan di antara mereka. Menurut saya, inilah ciri-ciri sahabat yang paling penting. Hal ini kerana bukan senang untuk orang lain menyebut nama kita dalam doa mereka. Sama seperti sebelumnya, sahabat yang baik akan sentiasa menegur kesilapan sahabatnya dengan lemah-lembut. Dalam teguran itu, PERCAYALAH. Pasti akan terselit sebuah doa. Pesanan ini harus disimpan, janganlah kita sering membuat hati sahabat itu merasa terluka. Jagalah hati mereka seperti mana kita ingin orang lain menjaga perasaan kita. Jangan lupa juga untuk sentiasa mendoakan sahabat kamu. Selesai solat, titipkanlah nama sahabatmu dalam doa. Setiap doa yang dititip itu akan menjadisaksi di akhirat kelak. Doa itu juga akan berbalik kepada diri sendiri. Insyaallah. "Bila seseorang mendoakan sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga" (Hr. Muslim) Jika kita mempunyai sahabat yang telah meninggal dunia. Saya mohon, doakan mereka. Doa semoga arwah diberikan ketenangan di alam sana. Mereka sangat memerlukan doa dari kita. Marilah bersamasama kita meluangkan waktu sejenak dengan menadah tangan. Bismillah… Al-Fatihah Terima kasih atas doanya. Semoga dengan Al-Fatihah ini dapat memberi rahmat kepada diri sendiei dan mereka di alam sana.
31 Dan ini adalah ciri-ciri terakhir tentang sahabat yang baik. Sepanjang saya menulis bab ini, air mata saya tidak berhenti mengalir. Hal ini kerana hati saya terasa amat sedih mengingat akan semua memori saya bersama dengan sahabat saya pada waktu ketika dahulu. Harapan saya, semoga mereka baik-baik sahaja dan tenang. Aamiin. Pernah tidak kamu merasa malu kerana aib kamu menjadi topik orang-orang dalam perbualannya. Rasanya sangat sakit dan pedih. Fikiran menjadi celaru seolah-olah tidak tahu apa yang harus dilakukan. Kalau berdiam menjadi fitnah, dituduh menipu apabila bersuara. Itulah hakikatnya apabila aib kita mula tersebar. Aib akan kekal menjadi rahsia. Namun, bagaimana sesebuah aib itu boleh terbongkar atau diketahui oleh orang lain? Faktor utamanya adalah orang yang memegang amanah itu sendiri bersifat tidak jujur. Cirinya, sahabat yang baik itu mempunyai sifat amanah. Menurut pengalaman saya, sahabat yang amanah atau jujur itu sangat sulit dicari. Perumpamaannya seperti kita mencari sebuah cincin yang jatuh ke dasar laut. Seperti itu jugalah perjuangan mencari seorang sahabat yang amanah. Walaupun begitu, sebenarnya masih ada sahabat yang memiliki sifat sedemikian. Cuma, hanya kita yang harus bijak menilai. Sahabat yang baik akan menjaga rahsia rakannya dari pengetahuan orang lain. Meskipun rahsia itu hanya sebesar zarah, sudah namanya rahsia ia akan tetap tersimpan. Salah satu elemen bersahabat adalah bersifat amanah. Amanah itu harus dijaga dengan baik. Jangan kerana mulut kita terseksa. Walaupun rahsia itu hanya pecah sedikit sahaja, namun kepercayaan itu lama-kelamaan akan memudar. Apabila tidak amanah, hilanglah kepercayaan. Dan apabila hilangnya kepercayaan, hilang jugalah erti sebuah keimanan.
32 Tiada keimanan bagi orang yang tidak amanah dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang pada janji. (Hr. Ahmad & Ibu Hibban) Lawan kepada sifat amanah adalah khianat. Jangan menjadi insan yang berkhianat kepada sahabatnya sendiri. Nauzubillah. Sebagai seorang sahabat, seharusnya di antara mereka harus saling berpesan-pesan positif. Menjaga amanah di antara sahabat-sahabat yang lain. Jangan sesekali menceritakan rahsia sahabat kepada orang lain apabila kita diberikan tanggungjawab tersebut. Ia bukan tertumpu kepada rahsia sahabat sahaja, rahsia orang lain juga harus wajib dijaga. Terdapat pelbagai langkah agar hubungan persahabatan itu terhindar dari sifat khianat dan kemunafikan. “Sesiapa yang solat kerana Allah SWT selama 40 hari secara berjemaah dan mendapatkan takbir pertama, akan ditulis baginya 2 pelepasan, iaitu pelepasan daripada neraka dan pelepasan dari nifak.”(Hr. At-Tirmizi) Maka, tuntutan solat berjemaah ini sebetulnya mampu menghindarkan diri kita dari sifat terkeji yang saya tuliskan itu. Jika ada peluang, solatlah berjemaah bersama-sama sahabat. Solat itu bukan sahaja dapat menenangkan hati, malah merapatkan lagi hubungan silaturahim. Solat berjemaah juga menghalang sifat dengki dan dendam di dalam diri. Insyaallah dengan bantuan Allah, hubungan itu akan kekal hingga ke syurga. Apa yang penting hanyalah meletakkan kepercayaan di antara kedua-dua pihak agar terhindar dari pergaduhan atau bermusuhan.
33 Memang tidak dapat dipungkiri, ciri-ciri sahabat yang baik pasti menjadi idaman semua orang. Seperti kita berangan-angan dalam memilih jodoh. Insyallah semoga kita diberikan jodoh yang baik. Aamiin. ☺ Saya selalu berdoa agar saya dihadirkan orang-orang yang baik dalam hidup saya. Namun, adakah saya sudah menjadi terbaik untuk orang lain?. Itulah persoalan yang sering menjadi tanda tanya dalam diri saya. Walaupun begitu, saya percaya bahawa Allah ada perancangan yang lebih baik. Disebabkan Allah-lah saya tidak takut untuk berkenalan dengan orang-orang baru walaupun harus tetap berwaspada. Setiap pertemuan pasti ada hikmah disebalik dugaan yang bakal ditempuhi oleh jiwa yang lemah ini. Sahabat yang baik datangnya dari Allah SWT. Setiap kebaikan yang hadir dalam diri kita adalah rezeki. Oleh itu, kita harus bersyukur kerana masih diberikan sahabat yang baik dalam hidup ini. “Saya tak ada sahabat yang baik,semuanya buang saya. Allah tak sayang saya ke?” Cara Allah sayang kita itu berbeza-beza. Tidak akan pernah sama. Mungkin cara Allah sayang kita bukan diberikan sahabat yang baik tetapi diberikan keluarga yang bahagia, tubuh badan yang sihat, atau hati yang tenteram. Sebenarnya cara Allah menyayangi kita itu terlalu banyak. Saking banyaknya sampai tak terkira oleh akal yang sihat ini.
34 Mafhumnya, janganlah kita bersangka buruk dengan Allah. Setiap yang berlaku dalam diri kita, semuanya atas aturan Allah. Allahlah yang lebih tahu diri kita. Jadi jangan salah membuat pilihan. Jika tersilap langkah, jangan khawatir. Hal ini kerana Allah sentiasa memberi peluang kepada hambanya. Buanglah ego dalam diri. Jadilah orang yang sentiasa merendah diri. Dosa atau tidak jika kita tidak memaafkan orang lain? Jawapannya “Tidak”. Memaafkan orang lain sebenarnya bukan senang. Apabila hati sudah tersakiti, ia tidak mudah untuk lenyap dalam diri. Biarpun begitu, memaafkan orang lain adalah sangat mulia. Sabda Rasulullah SAW: “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan ALLAH tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain), melainkan kemuliaan dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan ALLAH akan mengangkatkan darjatnya." (Riwayat Muslim) Allah akan mengangkat darjat bagi orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Tambahan, tidak terjatuh maruah diri, hina atau merosakkan harga diri seandainya memaafkan orang lain. Justeru, memaafkan orang lain dengan ikhlas adalah sebaik-baik keputusan. Sifat memaafkan telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa pembukaan kota Makkah. Baginda telah memaafkan penduduk Makkah yang pernah menghalau baginda sebelum ini. Peristiwa itu menggambarkan bahawa dalam Islam, sifat memaafkan orang lain telah ditunjukkan oleh para nabi terdahulu. Baginda SAW juga tidak pernah membalas keburukan dengan keburukan yang berlaku kepada dirinya.
35 Betapa hebatnya apabila memaafkan kesalahan orang lain. Diberikan darjat yang tinggi oleh Allah SWT kerana perbuatan tersebut adalah sangat mulia. Betapa bangganya diri ini jika memiliki sifat mulia para nabi dan rasul. Salah satunya dengan memaafkan kesalahan orang lain. Oleh itu, jangan kita menyimpan rasa dendam dalam jiwa ini. Perbuatan tersebut merupakan sifat khianat. Sesungguhnya mengikhlaskan sesuatu yang telah berlalu itu adalah lebih baik daripada terus memikirkan cara untuk membalas dendam. Semoga kita dilembutkan hatinya supaya dapat mengikhlaskan serta memaafkan kesalahan orang lain tanpa ada rasa dendam. Selain itu, semoga kita juga bertemu dengan orang-orang baik atau sahabat-sahabat yang baik sifatnya agar dapat membimbing kita ke arah hidup yang lebih sihat dari segi rohani dan jasmani. Sudah cukup untuk saya perjelaskan lagi tentang “Erti Seorang Sahabat” di dalam bab ini. Saya sangat bahagia kerana kamu dapat meneruskan bacaan hingga ke halaman ini. Walaupun ini merupakan kali pertama saya menerbitkan buku saya sendiri. Namun begitu, saya sangat bersyukur. Doakan saya semoga saya dapat menerbitkan lagi karyakarya yang lain pada masa akan datang. Insyaallah.
36
37 Pesanan Dari Allah Kisah ini berlaku pada tahun 2018 lalu. Di pagi yang redup itu, Abah menyuruh saya bersiap-siap kerana ingin membeli baju sekolah yang baharu. Disebabkan waktu itu tepat pada bulan Disember, jadi sudah tentu waktu itu adalah hari yang sesuai untuk membeli pakaian sekolah baharu. Saya sangat gembira kerana jarang sekalisaya dapat baju sekolah baru setiap tahunnya. Adapun dua tahun sekali baru ganti. Walaupun begitu, saya tidak pernah berharap atau meminta-minta untuk dibelikan kerana saya juga faham kondisi keluarga saya. Apatah lagi Abah adalah punca utama rezeki kami sekeluarga. Abah bukanlah orang yang senang. “Cepatsiap nanti lambat, abah ada kerja kejab lagi!” tegas Abah kepada saya agar cepat bersiap. Beliau adalah orang yang tidak suka
38 menunggu. Bagi Abah, masa itu adalah emas. Setiap kali Abah menyuruh anaknya bersiap, alasannya mesti bekerja. Saya orangnya tidak terlalu suka mengambil tahu urusan Abah. Tetapi apa yang saya tahu, beliau adalah orang yang bekerja keras. Semangat Abah! “Kau tengah pakaikan orang baju atau kau tengah pakai baju? Lambatnya.” suara Abah yang semakin kuat di hadapan pintu bilik saya. “Ya dah siap ni” celetuk saya sambil membuka pintu bilik. Astaghfirullah seram! Wajah Abah ketika itu hampir membuat saya pingsan. Syukur, Abah terus mengambil kunci motor di atas meja tanpa melanjutkan marahnya. Di saat yang genting itu, saya mencari-cari helmet yang tidak kunjung tiba. “Aduh... Mana helmet ni, nanti Abah marah pula lambat” gelora hati saya yang sedang mencari helmet tetapi masih tidak jumpa. “Cari apa lagi?” suara abah di anjung rumah yang terlalu kuat membuat saya semakin takut untuk bersuara. “Tengah cari helmet, tapi tak jumpa” jawab saya sambil menggarugaru kepala. “Abah ada bawa helmet tu dekat bakul motor. Haritu masa kau hantar makanan dekat tempat kerja abah, kau tumpang mak long kan. Helmet kau tertinggal dekat atas kerusi coklat tu” jawab Abah yang lemah-lembut membuat hati saya kembali tenang. Disingkatkan cerita, saya ada menghantar makanan ke tempat kerja Abah beberapa hari lepas. Abah bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sekolah. Waktu itu, Abah ditugaskan untuk bekerja di sesi malam. Petang itu,saya terpaksa menghantar bekalan makanan ke tempat kerja Abah. Kebiasaannya Abah akan membawa bekalan makanan sendiri sebelum masuk ke tempat kerja. Namun kali ini, Abah terlupa untuk membawa bekalan makanan itu bersamanya. Jadi, pada jam 6 petang itu saya terpaksa menghantar bekalan makanan untuk Abah.
39 Saya beruntung kerana mak long pada waktu itu datang ke rumah nenek untuk menghantar bubur candil buatannya. Mak long juga tidak keberatan untuk menumpangkan saya menghantar bekalan makanan ke tempat Abah. Ya, ketika itu saya memang tertinggal helmet di kerusi panjang berwarna coklat yang ada di hadapan pondok pengawal. Saya juga tidak sedar ketika pulang ke rumah nenek itu saya tidak memakai helmet. Saya orangnya mudah lupa. Hehehe Pagi itu, cuaca tidak terlalu panas. Dinginnya angin membuat saya semakin bertambah excited untuk membeli baju sekolah yang baharu. Anak siapa yang tidak gembira apabila mendapat baju baharu KAN. Saya adalah orang yang suka membeli pakaian baru, apatah lagi kalau orang belanja. Senangnyaaaa! Walaupun hanya dibelikan pakaian sekolah, saya SANGAT bersyukur. Alhamdulillah. Akhirnya saya dan Abah tiba di tempat parking yang berada di hadapan busana baju Save ‘n Save. Saya terus turun dari motor. Tibatiba, Abah terus membukakan tali helmet saya. Seketika saya terimbas kembali memori ketika saya masih kecil. Waktu itu saya masih dalam lingkungan enam ke tujuh tahun. Setiap kali saya keluar dengan Abah, beliau pasti akan membukakan tali helmet saya. ‘Dah lama rasanya Abah tak bukakan tali helmet ni. Sudah belasan tahun, bisik hati saya sambil tersenyum melihat Abah berjalan menuju ke Save ‘N Save. Kebahagian orang tua adalah melihat anak-anaknya gembira, walaupun mereka sendiri berada dalam kondisi yang sangat susah. Dan pada waktu itu, hati saya benar-benar luluh apabila melihat sebuah keluarga yang kondisinya sangat susah. Kejadian ini berlaku sewaktu---
40 saya sedang memilih-milih pakaian sekolah di rak baju. Saya melihat seorang ayah dan dua orang anak lelaki. Anak pertamanya berumur belasan tahun dan seorang lagi masih kecil. “Pilihlah nak beli baju sekolah yang mana. Abang saiz apa?” soal lembut seorang Ayah kepada anaknya sembari mengusap kepala anak-anaknya itu. “Ayah… Adik nak beli baju sekolah juga. Adik dah darjah satu, tapi kenapa Adik masih belum sekolah? Adik nak sekolah…” keluhan anak bongsunya yang meminta-minta baju sekolah kepada ayahnya sambil menarik-narik baju ayahnya. Abangnya menggeleng-geleng kepala lalu menjawab, “Adik. Nantilah dulu. Ayah kan masih belum ada duit lagi nak beli baju sekolah untuk adik. Jadi sabarlah.” Namun, adiknya tetap menangis kerana menginginkan baju sekolah yang ditatapnya itu. Tatapan saya kepada mereka disapa oleh Abah, “Astaghfirullah” saya terkejut. “Tengok apa tu? Baju sekolah dah pilih?” kata Abah sambil memegang sepasang kasut berwarna hitam. Saya pun terus menuding jari ke arah keluarga kecil itu. Abah mulai rasa aneh dan bergegas ke arah keluarga tersebut. Saya juga tidak ingin terlepas untuk curi-curi dengar sambil mengikut Abah dari belakang. Melihat anak bongsunya yang menangis, Abah terus menyapa mereka. “Kenapa ya anaknya ni?” tanya Abah dengan lembut kepada pak cik itu. “Saya minta maaf. Anak saya yang sulong ni nak beli baju sekolah. Tapi, adiknya pun nak beli baju sekolah juga. Itu yang dia menangis” jawab pak cik itu sambil mencuba untuk melepaskan tangan anak bongusnya yang menarik-narik baju ayahnya. “Anak encik yang sulong ni umurnya berapa?” soal Abah kepada pak cik itu.
41 “Anak saya tahun depan baru nak masuk sekolah menengah tingkatan satu,” jawab pakcik itu yang masih mencuba untuk melepaskan genggaman tangan anak bongsunya. Abah menangguk-angguk kepala. “Oh… Sekolah mana?” soal Abah kembali. “Anak saya sekolah STI… Tun Ismail dekat dengan Ten Ten tu,” ujar pak cik itu sambil menuding jari ke arah timur yang menunjukkan arah Sekolah Menengah Tun Ismail. Hati saya saat itu sungguh senang. Abah dan juga pak cik itu berborak rancak bagaikan berjumpa dengan rakan lama. Saya tidak dapat mendengar perbualan mereka kerana saya juga sedang mencari-cari seluar sekolah. Setelah beberapa minit Abah dan pak cik itu berbual, Abah menyuruh saya membantu anak sulung pak cik itu mencari pakaian sekolah. Saya hairan. Abah pun berbisik kepada saya, “Abah nak belikan anak pak cik ni baju sekolah”. Saya tersenyum dan mengeluarkan ibu jari, good kepada Abah . Saya dan anak sulungnya berjalan ke arah baju sekolah. “Nama awak apa?” soal saya kepada dia. “Nama saya Fitri,” jawab Fitri sambil menggaru-garu kepalanya. “ Saya tahun depan Tingkatan 3. Ada peperiksaan PT3,” ujar saya sambil membelek-belek baju sekolah. Fitri hanya mengangguk kepalanya. Saya faham dia masih malu-malu kucing. Kalau saya di tempat Fitri juga saya akan berasa malu. “Ayah awak kerja apa?” soal saya lagi kepada Fitri. Namun dia enggan menjawab. “Ayah awak kerja apa? Jangan malu… Abah saya pun cuma kerja pengawal keselamatan.”
42 Walaupun begitu, Fitri masih tidak menjawab pertanyaan saya. Saya mengerti Fitri sebenarnya berasa malu untuk memberitahu pekerjaan ayahnya. Hal ini kerana saya juga pernah merasakan hal yang sama ketika saya menceritakan pekerjaan ayah saya kepada orang lain. Sesetengah dari mereka merespon dengan baik. Manakala sebaliknya menghina pekerjaan ayah saya sebagai seorang pengawal keselamatan. Seingat saya, individu yang menghina pekerjaan Abah saya ketika itu ialah mereka yang ibu bapanya berpendapatan bagus. Menjadi persoalan kepada diri saya tentang mengapa mereka perlu menghina pekerjaan orang lain? Mengapa mereka angkuh dengan kekayaan mereka sedangkan mereka tidak melihat perjuangan orang-orang yang susah di luar sana. Sama nasibnya dengan keluarga Fitri ini. “Awak bertiga je? Mana mak awak?” soal saya kepada Fitri. “Ma…mak…mak!” jawab Fitri gementar dan terus menangis. “Eh… Maaf. Janganlah nangis. Sorry kalau saya silap tanya,” jawab saya sambil ketakutan kerana membuat Fitri menangis. Saya cuba untuk memujuk dia. Tetapi gagal kerana saya tidak berbakat dalam hal memujuk ini. Tiba-tiba Abah dan Ayah Fitri itu datang kepada kami. “Kenapa nangis ni?” nada Abah yang sedikit tinggi kepada saya. Saya hanya mampu berdiam diri. “Tak ada apa pak cik. Tadi dia tanya saya tentang mak, saya terus jadi sedih… Dia tak buat salah apa-apapun,” jawab Fitri sambil mengelap air matanya. Ayah Fitri mencelah, “Fitri ni memang sensitif sikit kalau ditanya tentang mak dia… Isteri saya dah lama meninggal. 6 tahun lepas selepas setahun anak bongsu saya lahir. Isteri saya ada barah hati tahap ke-4. Tapi disebabkan saya tak ada duit untuk tanggung kos rawatan, kami sekeluarga hanya mampu reda dan terima dengan takdir”. Seketika hati saya berkata, ‘Ya Allah, apa aku dah buat… Tak sepatutnya aku tanya soalan tu.’
43 Melihat dan mendengar luahan Fitri ketika itu, saya dapat merasakan gundahnya yang Fitri lalui selama hidupnya. Saya juga bukan orang senang, walaupun begitu saya masih mampu untuk makan dan minum. Berbeza dengan Fitri. Rezeki saya saat itu mungkin dari segi makan dan minum. Sebaliknya, rezeki bagi Fitri sekeluarga adalah kesihatan. Saya adalah orang yang mudah sakit. Disebabkan sakit, aktiviti yang ingin saya lakukan terbatas. Mendengar keluhan Fitri membuat saya iri dengannya. Dia sentiasa diberikan kesihatan untuk menolong ayahnya bekerja. Kalau boleh, saya juga ingin menjadi seperti dia. Sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Namun, saya ikhlas kerana mungkin Allah masih menunda rezeki kesihatan buat saya waktu itu. "Abah, kita tak jadilah nak beli baju,” ucap saya kepada Abah sambil meletakkan semula baju kemeja berwarna hijau ke rak jualan. “Kenapa tak jadi ambik? Ambil jelah…,” balas Abah dengan nada lembutnya. “Bukan tak nak ambik… Cuma takut Abah tak cukup duit. Tak apalah, Abah bayarkan je untuk Fitri dengan adik dia. Baju kita ni bilabila boleh belikan. Kita pakai baju lama pun okay. Kasut lama pun masih okay,” ujar saya. Air muka Abah ketika itu di antara senyum dan sedih. Tanpa berkata apa-apa, Abah terus pergi ke kaunter pembayaran sambil mempelawa Fitri dan adiknya untuk berada di kaunter. Bukan rezeki saya untuk membeli pakaian sekolah yang baharu. Saya tidak mahu Abah terasa beban dengan duit. Abah bukan sahaja membelikan barang sekolah untuk saya, tetapi untuk adik-adik saya juga.
44 Apa yang saya fikirkan adalah kondisi duit yang Abah ada. Semoga dengan sedekah yang Abah lakukan itu, Allah SWT menambahkan lagi rezeki buat Abah. Saya hanya mampu tersenyum melihat kebahagiaan Fitri dan adiknya. Tidak lupa juga dengan ayahnya yang tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada Abah. Baru kali pertama saya melihat Abah sebaik ini. Selama ini saya tidak tahu bahawa beliau orangnya suka bersedekah. Walaupun luaran hatinya bagaikan singa, namun di dalam sudut hatinya terdapat sebuah kelembutan. Tidak ada sesiapa yang tahu perjuangan seorang ayah. Wujud seorang ayah bagi saya adalah suka berahsia. Penat lelah banting tulangnya itu sentiasa disimpan di dalam hatinya dan tidak pernah pula diluahkan. Contohnya Ayah Fitri ini, walaupun dia susah pendapatan, namun dia tetap semangat untuk menanggung anak-anaknya demi kebahagian mereka. Ayah Fitri seperti menatang minyak yang penuh kepada anak-anaknya. Begitu juga dengan ayah kita semua. Kita tidak tahu apa perjuangan mereka. Mereka telah berusaha sebaik mungkin demi alas perut kita. Jadi, jangan pernah sia-siakan mereka. Buat semua ayah yang sedang bekerja keras di luar sana, SEMANGAT! Saya pulang ke rumah tanpa membawa sebarang pakaian sekolah yang baharu. Namun begitu, tidak terselit perasaan sedih dalam diri saya. Malah hati ini rasa bahagia melihat kebahagian Fitri sekeluarga. Allah itu Maha Adil. Buktinya, apa yang saya lihat itu sebenarnya merupakan pesanan dari Allah. Pesanan dari Allah agar kita harus tetap bersyukur dengan apa sahaja yang kita ada. Rezeki Allah itu terlalu banyak. Saya tidak mampu menuslinya. Rezeki yang Allah berikan itu sangat luas.
45 SELUAS lautan. Saya dapat menulis buku ini juga merupakan rezeki dari Allah. Alhamdulillah. Alhamdulillah, selamat sampai di rumah nenek. “Terima kasih, Abah,” ujar saya sambil menyalam tangan Abah. Entah kenapa selepas kejadian itu Abah banyak berdiam. Abah hanya menganggukkan kepala. Saya hanya berfikir positif. Tanpa menunggu lama, Abah terus menghidupkan enjin motornya semula. Saya melambai-lambai Abah dan lambaian itu disapa oleh Abah. ‘Semoga Abah sentiasa dikurniakan keselamatan, Aamiin.’ “Asalamualaikum Nenek.” ucap saya sambil membuka pintu. “Waalaikumusalam. Tak ada beli apa-apa pun. Tak jadi beli ke?” soal nenek yang sedang duduk di ruang tamu. Saya terus menceritakan apa yang berlaku semuanya kepada nenek. Saya melihat reaksi nenek sangat senang. Waktu saya menceritakan kejadian itu satu per satu, saya hampir menangis. Saya terharu melihat kebaikan Abah ketika itu. Itulah yang membuat saya sedih dan menahan air mata supaya tidak keluar. “Abah kau tu memang garang sikit orangnya, tapi hati dia baik. Jadi, kau pun kena ikut sifat-sifat baik macam tu. Jangan dengar orang yang selalu cerita buruk pasal Abah kau,” ujar nenek yang hampir membuat air mata saya keluar. Selama ini, saya sering berprasangka buruk terhadap Abah. Sehingga saya menanam sifat benci terhadap Abah.
46 Saya bangun dan terus melangkah kaki masuk ke dalam bilik. Air mata ini akhirnya jatuh juga ketika saya bersandar di pintu bilik. Saya menyesal dengan perbuatan saya terhadap Abah sebelum ini. Saya sanggup membenci Abah sendiri. Waktu itu saya betul-betul insaf. Saya merasa sangat bersalah. Pada waktu itu juga saya sedar, membenci orang tua adalah salah satu bentuk derhaka kepada ibu bapa. ‘Aku perlu buat sesuatu sebelum apa-apa berlaku nanti,’ bisik hati saya waktu itu sambil mengusap air mata yang tak henti mengalir. Dua minggu setelah kejadian itu… Khamis. Hari yang paling saya sukai. Soalnya setiap pagi hari Khamis, nenek akan mengajak saya ke Pasar Tani Parit Raja. Jejak sahaja kaki saya ke pasar, gerai utama yang saya tuju ialah gerai Apam Balik Mak Cik Roziah atau gelarannya Cik Ziah. Dia merupakan seorang penjual apam balik. Saya tidak pasti sekiranya ada orang lain yang menjual apam balik sama seperti Cik Ziah di pasar tani itu. Namun, apa yang saya tahu hanya gerai Cik Ziah yang menjual apam balik. Tidak pernah saya membeli apam balik di gerai lain selain daripada Cik Ziah. Saya dan nenek biasanya akan pergi ke pasar tani dengan menumpang kenderaan Pak Usu. Kereta kancil yang dalamnya penuh dengan warna merah, biru dan putih. Warna tersebut merupakan warna asal bendera Johor. Pak Usu merupakan penggemar pasukan bola sepak Johor (JDT). Dia dan bola sepak tidak dapat dipisahkan. Sayangnya,saya kurang suka dengan sukan bola sepak, jadi segala berita tentang bola sepak mungkin saya tidak tahu. Harap dimaafkan.