97 13 Julai 2018 “Dah setahun pun masih belum dapat khabar daripada Lara,” ucap saya sambil menyiapkan kerja sekolah di pondok. Kali terakhir saya dan Lara berhubung secara maya pada bulan Julai 2017. Selama 9 tahun saya menunggu Lara, akhirnya saya dapat berhubung semula dengannya, tetapi semua itu berlaku hanya dalam tempoh tiga bulan sahaja. Sejak saya menjadi pelajar tingkatan 2, akhirnya saya mulai terbiasa dengan situasi sekolah menengah. Sejak sahabat-sahabat saya menjauhkan diri daripada saya, saya belajar untuk mengawal emosi. Alhamdulillah, saya dapat mengawal emosi. Saya juga memegang jawatan sebagai Pengawas Pusat Sumber. Awalnya saya berasa kekok memegang jawatan itu, namun, saya ingin mencuba. Walaupun ada sesetengah orang mengkritik cara saya menjalankan tugasan, saya hanya mampu berdiam. Jujur, saya tidak berani melawan. Saya tidak ada seorang sahabat waktu itu. Adapun hanya berbual tentang hal-hal penting sahaja. Untuk menghilangkan rasa beban dan bosan, apa yang saya lakukan adalah dengan melakukan hobi saya sendiri. Saya suka mewarna, melukis, menulis dan membaca buku. Hobi sudah seperti sahabat saya sendiri. Terima Kasih hobi kerana sudah menjadi peneman saya selama ini. ~ Tidak ada angin dan ribut, Allah menghadirkan seorang sahabat dalam hidup saya. Saya tidak akan menyebut namanya. Saya akan menggelarnya sebagai Si H.
98 Sejak saya dan Si H bersahabat, saya sering membuat dia stres. Stres dengan perangai saya. Entah kenapa sifat itu ada dalam diri saya. Antara sifatnya ialah sering merajuk, sensitif dan cepat marah. Itulah apa yang Si H rasakan. Saya bukan sahabat yang baik. Selain dari sifat tersebut, saya juga telah menipu dia. Pada waktu konflik persahabatan saya dan Si H, dia pernah hilang sabar dengan saya. Siapa yang tidak hilang sabar kalau ada kawan yang perangainya seperti saya ini. Itulah sifat yang paling buruk ada dalam diri saya. Sebenarnya, saya orangnya tidak seperti itu sebelumnya. Dari manalah sifat itu muncul. Ingat, jangan mencontohi sifat seperti itu. Kalau mahu bersahabat, silakan, tetapi jangan sampai menyakiti perasaan sahabat itu. Alhamdulillah. Sekarang saya tidak seperti itu lagi. Saya telah buang sifat itu jauh-jauh. Jauh dari sudut hati. Jauh dari sudut mata. Jauh dari sudut fikiran. Namun, semua itu memerlukan proses. Dengan ujian-ujian yang telah Allah berikan kepada saya, akhirnya saya dapat mengubah diri saya sendiri, sehinggalah saya dapat menulis buku ini. 31 Ogos 2018 (Jumaat). Hari itu adalah hari yang penuh duka lara. Terutama sekali kepada diri saya, begitu juga nenek dan mama. Hanya Allah sahaja yang mengerti perasaan saya dengan begitu dalam. Sungguh, dugaan itu sangat berat.
99 Waktu itu, saya berada di pondok sambil membaca sebuah buku. Angin ketika itu sangat tenang. Setenang angin laut. Namun, ketenangan itu hancur. “Ujian apa ni ya Allah,” ucap saya dengan air mata yang tak henti mengalir. Di saat semua orang menjauh dari saya, waktu itu jugalah ujian datang berjatuhan. “Ini Hanafi ke,” soal Puan Lara kepada saya dalam panggilan telefon. “Ya… Ini Cik Lara ke?” jawab saya dengan nada teruja kerana mendengar suara Puan Lara. Puan Lara berkata, “Iya Hanafi, betul… Cik Lara nak bagitau sesuatu sebenarnya.” Hati saya ketika itu sudah tidak tenang. Terasa ada sesuatu yang buruk akan diberitahu oleh Puan Lara. Ternyata memang iya. “Lara, di… dia… dia,” ujar Puan Lara yang menangis teresakesak. “Lara dia dah meninggal.” Mendengar berita duka cita itu, secara tiba-tiba diri ini terasa lemah. Lemah yang teramat sangat. Ini bukan perpisahan kali ketiga, tetapi perpisahan untuk selamanya. Allah berkehendak lain. Kenapa Allah perlu menguji saya sebegini. Saya hanya ingin berjumpa dengan Lara. Saya terus memanggil nenek dan menceritakan semuanya kepada nenek. Nenek menangis. Melihat nenek menangis, semakin menambah lagi emosi sedih itu dalam diri saya. Berita dukacita itu mengubah harihari ketenangan saya menjadi hari dengan penuh kebimbangan. Saya tidak dapat mengawal kesedihan ini lagi.
100 Puan Lara memberitahu saya bahawa Lara menghidap penyakit barah otak tahap 4. Bukan itu sahaja, Lara juga menghidap kanser HPV (Kanser Rahim). Saya yang mendengarnya juga turut sedih. Saya sebagai sahabat dan keluarganya seharusnya bersama-sama Lara ketika dia sakit. Puan Lara juga ada memberitahu saya bahawa Lara tidak pernah menceritakan penyakitnya kepada Puan Lara sendiri. Sebulan sebelum Lara meninggal, barulah Lara menceritakan segala tentang penyakitnya. Lara juga ada membuat rawatan secara peribadi tanpa pengetahuan ibunya sendiri. Namun, harapan untuk Lara pulih hanya 10 peratus. Puan Lara yang mendengar Lara bercerita ketika itu menangis teresak- esak. Kesian Lara. Menderita sakit tanpa pengetahuan keluarganya. Saya juga bodoh kerana bersangka buruk terhadap Lara ketika Lara tidak membalas mesej saya. Rupa-rupanya, Lara sedang berjuang dengan sakitnya. Dia tidak ingin orang lain tahu, kerana tidak mahu orang lain turut sedih. Hanya air mata ini yang menjadi saksi kesedihan saya. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Lara ialah orang-orang yang baik. Masih ada rahsia yang ingin saya kongsikan tentang Lara. Insya-Allah jika saya dipanjangkan umur, saya akan kongsikan kisah ini sepenuhnya. Lara ialah sahabat dunia dan akhirat saya. Dia juga ialah keluarga saya. Saat ini, saya redha akan pemergian Lara. Namun, rindu itu tetap ada. Bohong jika saya tidak rindu. Pasti rindu. Mengalir air mata ini apabila teringat akan segala memori saya bersama dia. Bersemadilah dengan tenang di sana, Lara. Terima Kasih, Lara.
101
102
103 udah cukup untuk saya mengetik sampai di tahap ini. Setiap penjelasan di setiap bab sebenarnya terselit pengajaran yang akan kamu dapatkan. Antaranya ialah menjadi orang-orang yang jujur. Tujuannya agar kita tidak dibenci oleh orang lain. Kepercayaan manusia terhadap diri kita adalah bergantung kepada kejujuran diri kita sendiri. Walaupun begitu, hubungan kita dengan Allah juga wajib kita penuhi. Apabila hubungan kita dengan Allah baik, maka yang hadir dalam diri kita juga adalah hal-hal yang baik. Saya juga tidak menjaga hubungan baik dengan Allah, disebabkan itu kehidupan saya sentiasa dipenuhi masalah. Alhamdulillah, setelah itu saya mendapatkan ketenangan kerana perubahan diri. Apa yang berlaku dalam hidup saya merupakan pesanan dari Allah. Maaf, jika banyak kisah yang masih tergantung di dalam buku ini. Insya-Allah akan saya sambung kisah itu di lain waktu. Objektif saya
104 menulis buku ini adalah untuk menyampaikan mesej penting yang boleh pembaca dapatkan di setiap lembar kertas di dalam buku ini. Mesej penting itu boleh kamu dapatkan sekilas kamu membaca. Sebagai contoh di dalam bab 6 (Lara). Saya tidak hanya fokus kepada Lara, malah saya juga berkongsi kisah lainnya tentang sekolah menengah, sahabat baru dan lainnya. Telah saya sediakan ruangan nota juga untuk para pembaca menulis pendapat mereka sendiri. Sebenarnya, saya tidak mahu para pembaca hanya sekadar membaca. Saya mahukan mewujudkan pembaca yang aktif. Terlalu ramai manusia yang membaca, tetapi di kemudian hari terus lupa. Oleh sebab itu, saya menyediakan ruangan nota untuk kamu menulis pendapat kamu sendiri. Tujuannya supaya kamu boleh mengingat dan mengambil iktibar tentang ilmu yang telah saya berikan. Malah, cara itu juga boleh kamu gunakan untuk buku-buku yang lain. Jika kita ingin beramal dengan ilmu, maka kita harus beramal dengan menulis, supaya ilmu yang kita dapatkan boleh digunakan dengan sebaik mungkin. Kalau kamu seorang penulis, apakah perkara terbaik yang ingin kamu kongsikan kepada para pembaca? Jangan takut untuk menulis kerana setiap orang boleh menulis. Sekarang, senyumlah. Buka fikiran kamu seluas-luasnya. Semoga kisah dan pesan yang saya tuang dalam rangkaian kata-kata di buku Pada Waktu Itu, boleh menjadi pelajaran kamu dalam menjalani kehidupan. Jangan takut kerana kamu ialah insan-insan yang berani. Terima kasih untuk deretan perasaan yang telah saya alami dalam kehidupan ini. Saya sangat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berubah. Alhamdulillah
105 Walaupun hakikatnya manusia itu sendiri membuat saya jatuh, Allah jugalah yang sering membuat saya bangun. Allah yang menjadi peneman saya. Terima Kasih Allah. Terima kasih juga untuk pengalaman cerita yang mengajar saya mengenali erti kehidupan yang sebenar. Dugaan hidup tidak akan terhenti sampai di sini, malah ia akan sentiasa berterusan sehingga ajal maut itu tiba. Selesai sudah prakata saya di selembar kertas putih sehingga menjadi sebuah buku ini. Semoga kita boleh menjadi semakin dekat. Semoga buku ini juga dapat memotivasikan kita untuk menjadi orang-orang yang lebih baik lagi. Amin. Sebenarnya, masih banyak kisah yang ingin saya kongsikan di dalam buku ini. Mungkin akan datang kita dapat bertemu semula dengan prakata saya melalui buku yang lainnya. Saya juga harap begitu. Maaf, jika ada kata-kata saya yang menyinggung perasaan pembaca. Sekali lagi maaf jika buku ini tidak menjadi yang terbaik. Insya-Allah saya akan cuba yang terbaik lagi selepas ini. Terima kasih, keluarga, sahabat, guruguru, dan semuanya. Asalamualaikum.
106 Tentang Penulis Nama : Muhammad Hanafi bin Mohd Hair Tarikh Lahir : 9 Mac 2004 Aktif Menulis : Ogos, 2021 Hanafi penulis buku Pada Waktu Itu. Buku ini memenuhi isi hati Hanafi. Buku ini juga memberitahu tentang persahabatan, kekeluargaan, dikhianati, dibohongi sehingga bertemu dengan perpisahan. Buku berjudul Pada Waktu Itu merupakan perjalanan seorang Hanafi setelah mengamali segala kisah yang juga merupakan pesanan dari Allah. Berinteraksi lebih jauh dengan Hanafi melalui : Instagram : @hanafihair Linktree : https://linktr.ee/abouthankunext Pemandangan Alam