The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mufidatulazra, 2023-08-23 09:36:30

Buku Peraturan Sekolah SMK Tun Habab

Buku Peraturan Sekolah SMK Tun Habab

Sekiranya pelajar hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu, pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari pengetua, penolong kanan atau penolong Kanan petang dongan mengisi borang khas. Satu salinan hendaklah diserahkan kepada guru tingkatan dan satu salinan hendaklah disimpan oleh pelajar. Pelajar-pelajar yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru Bertugas, Pengawas atau Kotua Tingkatan. Pelajar-pelajar yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah sehingga sembuh. Pelajar yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan atau mendapat rawatan di hospital setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekclah Untuk tinggal di bilik rawatan pelajar-pelajar mestilah mendapat kebenaran dari pihak sekolah. Guru bertugas akan menguruskan penghantaran pelajar ke hospital kerajaan jika sakit kuat. Jika pelajar berasa kurang sihat, pelajar dinasihatkan supaya tidak hadir kesekolah dan perlu mendapatkan rawalan di Hospital/Klinik. 6. SAKIT/PENYAKIT BERJANGKIT


Tempat letak kenderaan guru Kawasan tangki septik Bilik Guru Bilik Peperiksaan Kawasan Tangki Air Bilik Pengetua Tandas Guru Tandas Pelajar Perempuan (bagi pelajar lelaki) Tandas Pelajar Lelaki (bagi pelajar perempuan Bengkel Kemahiran Manipulatif Makmal Sains Makmal Komputer Dewan Saujana Bilik Guru Penolong Kanan Bilik Guru Kanan Makmal Bestari Belakang Bilik Alatan Sukan Bahagian Belakang Pentas Dewan Seri Tun Habab Semua pelajar adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di sekolah. Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan membuang sampah sahaja. 7. KAWASAN YANG DILARANG 8. KEBERSIHAN RuJukan SPI BII. 4/1981, SPI BII. 2/1983, Spl Bll. 1/1996 dan SPI Bil. 6/1997 8.1 Tong Sampah


Bagi sampah yang boleh dikitar semula, sila pastikan bahawa sampah dimasukkan di tong-tong kitar semula yang betul. Semua pelajar tidak dibenarkan makan atau minum dl luar dari kawasan kantin sekolah. Pelajar yang ingin makan di kantin sebelum masuk ke kelas hanya dibenarkan sebelum pukul 7.15 pagi Sinki-sinki yang disediakan adalah untuk kemudahan membasuh tangan sahaja. Pelajar dilarang membuang sampah atau lebihan makanan ke dalam sinki atau parit di sekeliling kantln. Bekas-bekas makanan dan minuman hendaklah dimasukkan ke dalam tempat-tempat yang disediakan setelah selesai digunakan. Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. Papan hitam, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga, tidak dicakar atau dikotorkan. Paparan yang mesti ada di dalam setiap bilik darjah ialah carta organisasi kelas. jadual waktu kelas, jadual giliran bertugas dan pelan kedudukan pelajar. Papan Kenyataan kelas perlu dibahagikan kepada ruang-ruang mata pelajaran dan dimuatkan dengan maklumat berkaltan. 8.2 Kantin Sekolah 8.3 Bilik Darjah


Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan memastikan kebersihan dan keceriaan billk darjah serta kawasan laluan koridor. Bilik darjah perlu sentiasa bersih. Ini termasuklah kebersihan lantai,cermin tingkap, kipas siling, papan hitam, bakul sampah dan sekelilingnya, bawah meja guru dan meja pelajar. Meja dan kerusi mesti boleh disusun mengikut kesesuaian tetapi mesti dalam keadaan teratur dan memudahkan pergerakan guru. Pastikan tiada sebarang contengan pada semua perabot dan dinding kelas oleh itu 'correction fluid' dan seumpamanya adalah tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar digalakkan untuk menghias kelas secara yang sederhana. Pastikan rapalkan kerusi ke meja semasa hendak keluar kelas. Tiada pelajar dibenarkan berada di dalam kelas sewaktu rehat. Tiada pelajar dibenarkan untuk memasuki kelas laln tanpa kebenaran guru. Segala harta benda yang berada di dalam bllik darjah yang dirosakkan seperti kerusi, meja, tingkap dan lainlaln perlu dibayar gantirugi Pelajar tidak dibenarkan bermain-main di dalam kelas Pelajar lidak membawa makanan dar kantin di dalam kelas dan tidak dibenarkan makan dl dalam kelas. Makanan yang dibawa dari rumah hendaklah dlmakan di kantin Pelajar hanya dibenarkan minum minuman yang dibawa dari rumah


Kebersihan tandas adalah tanggungjawab bersama.. Pelajar tidak dibenarkan menconteng dinding tandas. Segala sampah lidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas sebaliknya dibuangkan ke dalam long-tong yang disediakan. Pelajar dibenarkan menggunakan tandas pelajar sahaja. Pamkan selepas menggunakan tandas Dilarang membuang sampah ke dalam lubang tandas. Perlu jimat dalam penggunaan alr. Dilarang menconteng di dalam tandas. Dilarang merosakkan peralatan dl dalam tandas Kebenaran ke tandas sewaktu pembelajaran hendaklah mendapat kebenaran guru. Semua pelajar mesli beratur dl luar kelas sebelum permulaan kelas. Pelajar dikehendakl beratur apabila pergl ke makmal, bengkel, pusat sumber atau pun mana-mana bilik khas yang lain. Pelajar perlu berjalan dengan tertlb dan teratur apabila bergerak ke mana-mana tempat. 8.4 Tandas 9. KESELAMATAN Rujukan SPI BIl. 8/1988, SPI Bll. 8/1999 dan SPI Bll.4/2002 9.1 Beratur


Lima minit sebelum loceng terakir, pelajar mestilah mengemaskan kerusi meja, membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta kipas jika digunakan. Apabila loceng dibunyikan, pelajar boleh keluar kelas dengan teratur. Pelajar hendaklah beratur di tempat yang ditetapkan dan berjalan apabila diarahkan. Semua pelajar hendaklah mengikut arahan pengawas yang mengawal laluan. Pelajar yang balik menaiki bas atau kenderaan lain hendaklah menunggu di lempat menunggu bas sebelum menalki kenderaan. Pelajar dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan. Pelajar yang berjaln kaki perlu berjalan dengan teratur di atas bahu jalan dan tidak secara beriringan. Pelajar hendaklah menggunakan laluan yang ditetapkan dan tidak berkumpul di pintu hadapan sekolah -tetapi di kawasan kiri, kanan dan kawasan menunggu di dalam kawasan sekolah. 9.2 Waktu balik


Basikal/Motosikal hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan di dalam kawasan sekolah secara teratur dan hendaklah dikunci. Topi kaledar tidak dibenarkan dibawa masuk ke kelas, hendaklah diletakkan di motorsikal pelajar. Pihak sekolah mencadangkan agar penunggang motorsikal memasang kotak menyimpang barang di motorsikal bagi memudahkan menyimpan topi keledar masingmasing. Motorsikal hendaklah mempunyai cukal jalan yang sah. Pelajar juga mesti mempunyai lesen memandu yang sah Tidak boleh menunggang basikal/motorsikal di kawasan sekolah walaupun bukan pada hari persekolahan. Pelajar hendaklah mematikan enjin motorsikal dan menyorong motorsikal semasa masuk dan keluar kawasan sekolah. Pelajar tidak dibenarkan mengambil atau menggunakan basikal/motorsikal pelajar lain tanpa kebenaran. Pelajar yang berkereta hendaklah meletakkan kereta mereka 10 meter sebelum dan selepas pintu hadapan sekolah. Kereta pelajar tldak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah. Pelajar yang lewat hadir kesekolah tidak dibenarkan membawa masuk motorslkal ke dalam kawasan sekolah. Motorsikal hendaklah diletakkan di luar kawasan sekolah. Keselamatan kenderaan pelajar adalah tanggungjawab sendiri. 9.3. Baslkal/Motorslkal/Kereta


Pelajar mestilah beratur apabila hendak menaiki bas dan mestilah bertertib, jangan berlumba - lumba atau berebut - rebut. Ketika berada di dalam bas, pelajar - pelajar dilarang membuat bising dan bersorak - sorak. 9.4 Bas


Apabila loceng isyarat dibunyikan, pelajar - pelajar mesti berbaris di luar kelas dan turun melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang paling dekat) Pelajar - pelajar mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu - buru atau berlari dan tanpa cuba berlumba - lumba antara saru sama lain. Di tempat berkumpul itu, guru - guru tingkatan berada bersama barisan pelajar - pelajarnya. Dengan menggunakan daftar kedatangan, pastikan setiap pelajar di dalam kelas berada di situ. Guru tingkatan hendaklah melaporkan dengan serta merta kepada Pengetua jika ada sesiapa yang diketahui tidak ada di situ dan hendaklah mencari pelajar itu dengan segera. Tidak ada seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk mengambil barang - barang seperti buku, baju dan lan - lain. Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng berbunyi hendaklah mereka pergi terus ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan. Mereka hendaklah melaporkan diri kepada guru tingkatan an brada bersama - sama rakan sekelasnya. 10. LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN


Pelajar - pelajar mestilah berada bersama - sama menjaga dengan baik semua harta benda sekolah semasa berada di sekolah seperti : Kerusi meja pelajar jangan diukir/diconteng Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng. Buku yang dipinjam daripada perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik Tandas hendaklah diguna dengan betul Cermin tingkap jangan dipecahkan Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak membazir Alatan pendidikan jasmani, alatan bilik sumber, ERT dan Sains hendakla digunakan dengan baik. 11. KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH


Setiap pelajar diwajibkan menyertai Satu pasukan berunifom Satu persatuan/kelab atau lebih Satu kegiatan sukan /permainan atau lebih Seseorang pelajar dibenarkan memegang sebanyak 2 jawatan tertinggi sahaja untuk kesemua persatuan/kelab sekolan yang dianggotai. Pelajar -pelajar tidak dibenarkan untuk turut serta dalam kegiatan luar sekolah yang bukan dianjurkan oleh pihak sekolah. Kebenaran bertuls mestilah diperoleh terlebuh dahulu daripada pengetua sekiranya seseorang pelajar ingin atau dikehendaki mengambil bahangian di dalam kegiatan luar atau pertubuhan luar, persatuan, permainan dan lain - lain yang dianjurkan sekolah atau jabatan pendidikan. Kehadiran aktiviti kokurikulum adalah wajib kepada semua pelajar. Pelajar yang tidak hadir mestilah mengemukakan alasan yang kukuh seperti surat rawatan doktor, surat cuti sakit atau pernyataan daripada ibu bapa / penjaga. 12. KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM


Telefon bimbit adalah dilarang dibawa ke sekolah. Telefon bimbit yang dirampas akan menjadi hak milik sekolah. Pelajar boleh menggunakan telefon awam yang disediakan dan dibenarkan menggunakan telefon pejabat sekolah jika ada kecemasan. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan telefon awam sewaktu pengajaran danpembelajaran berjalan kecuali kecemasan. Pelajar tidak dibenarkan menconteng atau merosakkan telefon awam yang disediakan. Kamera /komputer riba/alat perakam dilarang dibawa ke sekolah. Kamera /komputer riba/alat perakam yang dirampas akan menjadi hak milik sekolah. Jika pelajar perlu untuk menggunakan Kamera /komputer riba/alat perakam bagitujuan tugasan, perlu mendapat kebenaran daripada Pengetua seminggu sebelum masa yang yang diperlukan dengan pengesahan daripada guru yangbertanggungjawab Pengunaan kamera /komputer riba/alat perakam hendaklah dipantau oleh guru yang dipertanggungjawabkan. Peralatan tersebut tidak boleh digunakan oleh pelajar lainkecuali pelajar yang telah diberi kebenaran oleh Pengetua 13. TELEFON BIMBIT / TELEFON SEKOLAH 14. KAMERA/KOMPUTER RIBA/ALAT PERAKAM


Pelajar hanya dibenarkan memakai jam tangan bersaiz muka tidak melebihi 4 cmdan tali jam tidak melabihi 3 cm. Beg sekolah hendaklah bersesuaian dengan pelajar sekolah (ukuran tidak melebihi 40 X 40 cm) dan tidak mempunyai gambar/lambang/ilustrasi/segala unsur negatifseperti keganasan, lucah dan tidak senonoh. Pelajar yang memakai cermin mata hendaklah menggunakan kanta tidak berwarnaiaitu cerah. Cermin mata berkanta gelap tidak dibenarkan. Bingkai cermin matamestilah bersaiz kecil dan berwarna gelap. Bingkai berfesyen (fancy) tidak dibenarkan. .Hanya kanta sesentuh tidak bewarna sahaja dibenarkan 15. JAM 16. BEG SEKOLAH 17. CERMIN MATA/KANTA SESENTUH


SEKSYEN C : BILIK BILIK KHAS


Pelajar dilarang masuk ke mana-mana bilik khas seperti bengkel KH, pusat sumber,bilik tayang dan makmal komputer tanpa kebenaran / kehadiran guru berkenaan. Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan. Pelajar dilarang menyentuh atau mengambil apa-apa bahan dan alatan yangterdapat di bilik berkenaan tanpa kebenaran atau arahan guru. Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, pelajar hendaklah mengikut arahan guru berkenaan.


Pelajar-pelajar hendaklah beratur di luar makmal sebelum masuk ke makmal.Kebenaran Guru hendaklah diperolehi sebelum memasuki Makmal Sains dan BilikPersediaan. Peralatan dan bahan sains dalam makmal sains tidak boleh dibawa keluar tanpakebenaran guru sains. Peralatan dan bahan sains hanya boleh digunakan atas arahan guru. Semua peralatan dan bahan sains yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ketempat asal atau seperti yang diarahkan oleh guru. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan dankembalikan ke tempat asalnya. Kerja amali hanya boleh dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran guru. Peralatan yang pecah atau rosak perlu dilaporkan dengan segera kepada guru danPembantu Makmal. Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan dan susunan perabot supaya kemas danteratur. Pelajar dikehendaki menyusun bangku makmal di atas meja, membersihkan papanhitam, menutup suis lampu dan kipas setiap kali kelas berakhir. Sebarang kemalangan yang berlaku perlu dilaporkan dengan segera kepada gurudan Pembantu Makmal. Penunu Bunsen hendaklah dinyalakan hanya dengan pemetik api. Penggunaankertas,lidi dan mancis tidak dibenarkan. Sebarang benda yang masih menyala dan berbara tidak boleh dibuang ke dalamtong sampah. 1. PERATURAN MAKMAL SAINS


Elakkan membuang sebarang sampah dalam bentuk pepejal ke dalam sinki. Sisa-sisa bahan sains hendaklah dibuang ke dalam bekas yang berlabel sisa bahan. Beg sekolah tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal. Hanya buku danperalatan belajar yang dibenarkan sahaja boleh dibawa masuk ke dalam makmalsains semasa pengajaran dan pembelajaran sains. Bahan dan alat dalam Kit Peralatan Kecemasan boleh digunakan dengan kebenarandan pengawasan guru dan Pembantu Makmal. Pelajar dilarang bermain-main, bergurau atau berlarilari di dalam makmal sains. Jangan minum air paip dalam makmal kerana air ini tidak selamat untuk diminum. Anda juga tidak boleh membawa makanan dan minuman di dalam makmal. Andatidak boleh makan dan minum di dalam makmal.


Pelajar dilarang masuk ke dalam bilik ini kecuali dengan kebenaran guru. Pelajar mesti memulangkan bahan di tempatnya semula dengan pengetahuan guruyang berkaitan. Pastikan susunan bahan dan buku sentiasa dalam keadaan teratur. Pustakawan yang bertugas secara bergilir perlu memastikan kebersihan bilik,susunan bahan-bahan dan buku-buku serta buku log penggunaan bilik diurus dengan baik. 2. BILIK BAHAN BANTU MENGAJAR


Pelajar dilarang memasuki makmal komputer kecuali dengan kebenaran guru. Sila imbas semua disket dan "pendrive" sebelum digunakan. Sila laporkan semua masalah yang berkaitan kepada guru. Pelajar tidak dibenarkan untuk cuba membaiki peralatan kompter. Sila bertanggungjawab bila menggunakan segala peralatan, perisisan dankemudahan yang ada. Semua peralatan mestilah berada pada tempat asalnya. Tidak dibenarkan memadam atau menambah apa-apa perisian di dalam komputer.Jangan mengubahsuai segala aturan (setting) di dalam computer. Simpan semua tugasan di dalam storan sekunder (pendrive, cakera padat, cakeraliut dan sebagainya). Tidak dibenarkan membawa beg, makanan dan minuman di dalam makmal. Tutup komputer dengan betul selepas menggunakannya. Tutup semua AVR sebelum meninggalkan makmal. Kemuadahan adalah untuk kegunaan pendidikan sahaja. Guru mestilah merekodkan penggunaan komputer di dalam buku log yang disediakan. Semua pengguna mestilah merekodkan penggunaan komputer di dalam buku logyang disediakan. Makmal mesti sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas. 3. PERATURAN MAKMAL KOMPUTER


Pengurusan musolla ini adalah dikelolakan oleh sebuah jawatankuasa yangdilantik oleh pihak sekolah dengan bidang tugas yang telah ditetapkan. Musolla ini hendaklah digunakan sebagai tempat mengerjakan ibadat solat,melaksanakan amal pendidikan Islam, sambutan hari-hari kebesaran Islam danaktiviti-aktiviti pendidikan serta kemasyarakatan. Semua jemaah dikehendaki menjaga kebersihan dan keceriaan musolla sertamemastikan ianya sentiasa dalam keadaan yang memuaskan. Semua barang dan peralatan musolla hendaklah dijaga dengan selamat. Ia tidakboleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran. Tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam musolla ini perkara-perkaraberikut:(a) Senjata tajam yang merbahaya dan seumpamanya.(b) Bahan-bahan dan gambar lucah,majalah-majalah hiburan dan penerbitan yangberunsur kepartian serta risalahrisalah ajaran sesat.(c) Makanan dan minuman. Tidak dibenarkan menampal bahan-bahan penerbitan, poster atau risalah tanpamendapat keizinan daripada pengerusi atau jawatankuasa musolla. Tidak dibenarkan menjadikan musolla sebagai tempat melelapkan mata,melepak,menyalin atau menukar pakaian dan seumpamanya. Semua jemaah dikehendaki menjimatkan penggunaan elektrik dan air sertamemastikan suis-suis lampu, kipas, alat siaraya ditutup selepas digunakan. 4. SURAU/MUSOLLA 4.1 Peraturan Am


Memakai pakaian yang suci,bersih,kemas dan bersopan ketika ke musolla.4.2.2 Dilarang memakai baju t-shirt yang ”fancy” yang mengandungi gambargambaryang tidak sesuai. Masuk ke musolla dengan mengambil wudhuk terlebih dahulu. Masuk dengan kaki kanan serta keluar dengan kaki kiri yang disertakan dengan doa. Mengambil tempat duduk pada saf bahagian hadapan terlebih dahulu. Merapatkan saf dan menghidupkan budaya salam dan berjabat tangan dengan jemaah yang lain. Duduk dengan keadaan yang khusyuk,bersopan serta menghadap kiblat. Memperbanyakkan zikrullah ketika berada di musolla. Tidak membuat bising ketika berada di dalam musolla. Menghormati azan dan iqamat serta menjawabnya dengan sempurna. Dilarang melintas dihadapan orang yang sedang solat. Digalakkan berwirid,berdoa dan bersalaman sebelum meninggalkan musolla. Waktu sembahyang zohor dan asar bagi sesi petang adalah mengikut perubahan jadual yang disediakan oleh pentadbiran. 4.2 Peraturan Khas Tatasusila Di Musolla 4.3 Waktu Sembahyang


Bilik Guru adalah kawasan larangan. Pelajar hendaklah mengetuk pintu dan meminta keizinan daripada guru yang berada di dalam bilik guru sebelum masuk. Jika tiada guru di dalam bilik guru, pelajar tidak dibenarkan masuk. Pelajar-pelajar yang sakit hendaklah dilaporkan kepada guru bertugas olehpengerusi kelas dan didaftarkan di bilik sakit. Borang masuk bilik sakit hendaklah diisi dan ditandatangani oleh guru yangmengajar atau guru bertugas sebelum pelajar sakit dimasukkan kedalam bilik sakit. Pelajar yang sakit tidak boleh ditemani oleh pelajar lain kecuali kebenaran gurubertugas. Bilik sakit hendaklah dikemas selepas digunakan. 5. BILIK GURU 6. BILIK SAKIT


Waktu penggunaan 8.00 pagi – 5.00 petang setiap hari persekolahan. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa bukubuku kepunyaan sendiri ke dalampusat sumber. Pelajar mesti menggunakan kad pinjaman untuk meminjam buku. Denda akan dikenakan kepada pelajar yang lewat memulangkan buku. Pelajar dilarang membuat bising di dalam pusat sumber. Buku-buku yang telah dibaca atau telah digunakan hendaklah ditinggalkan di atasmeja. Pelajar hanya dibenarkan meminjam dua buah buku sahaja pada satu-satu masadan tempoh meminjam selama seminggu. Pelajar dilarang menconteng, mengoyak, membawa keluar buku-buku dari pusatsumber. Kebersihan, kekemasan dan keceriaan pusat sumber adalah tanggungjawab semuapelajar. Pelajar hendaklah memakai pakaian seragam sekolah atau pakaian kemas (mengikut peraturan sekolah) semasa berada di pusat sumber. Pelajar hendaklah menunjukkan buku yang hendak dibawa keluar kepada pengawas PSS yang bertugas di kaunter. 7. PUSAT SUMBER SEKOLAH


Waktu penggunaan : 7.30 pagi – 6.30 petang setiap hari persekolahan. Pelajar hanya boleh menggunakan bilik tayang jika ada guru yang mengiring merekadan tujuan yang berkaitan dengan pembelajaran atau tugasan. Tempahan dan rekod penggunaan bilik tayang hendaklah direkod dibuku log yang disediakan. Bilik alatan Sukan adalah kawasan larangan. Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar dan menyimpan alatan sukan tanpakebenaran dan pengawasan guru. Pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan padang sekolah (padang asrama/padang tepi Dewan Seri Tun Habab), Gelanggang Bola Tampar SMK Laksamanakecuali sewaktu aktivit PJK atau latihan sukan dengan pengawasan guru. 8. BILIK TAYANG 9. BILIK ALATAN SUKAN, PADANG DAN GELANGGANG PERMAINAN


Pelajar tidak dibenarkan memasuki bengkel tanpa kebenaran guru. Tidak menumpahkan minyak di atas lantai bengkel. Memastikan bengkel dibekalkan dengan alat pemadam api. Memastikan bengkel sentiasa cerah dan mempunyai pengudaraan yang baik. Memastikan bengkel di bekalkan dengan peti pertolongan cemas. Pelajar tidak dibenarkan bermain atau bergurau semasa di bengkel. Jangan menggunakan mesin tanpa kebenaran dan pengawasan guru. Bengkel hendaklah sentiasa dibersihkan selepas kerja selesai. Semua alatan tangan perlu diperiksa sebelum digunakan dan laporkan kepadaguru jika terdapat kerosakan. Bahan terbuang seperti reja kayu hendaklah dibersihkan dengan segera. Jangan bekerja bersendirian tanpa pengawasan guru. Jangan tergesa-gesa hendak menyelesaikan kerja terutamanya semasamenggunakan alatan mesin. Sentiasa membaca peraaturan keselamatan yang terdapat pada peralatansebelum menggunakannya. Patuhi arahan pengeluar mesin dan peraturan keselamatan menggunakan mesinseperti mesin gerudi dan mesin gergaji. 10. PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL


Sentiasa memakai kasut, sarung tangan dan alat pelindung mata semasa bekerjadi bengkel. Lantai bengkel perlu sentiasa kering. Elakkan lebihan kayu , logam, paku dan skru bersepah di atas lantai. Susun alatan dan bahan yang digunakan dengan teratur di atas meja kerja. Pelajar harus sentiasa berwaspada semasa bekerja di bengkel. Pelajar harus memakai pakaian yang sesuai semasa menggunakan bengkelseperti memakai apron dan kasut. Pelajar harus melaporkan sebarang kemalangan kepada guru. Tenaga elektrik digunakan secara berhati-hati kerana kejutan elektrik.


SEKSYEN D : LEMBAGA PENGAWAS


Pengawas dilantik setelah mereka mengambil ujian dan temuduga sebagaipengawas dan menunjukkan sikap bahawa mereka adalah pelajar-pelajar yangboleh diharapkan dan bertanggungjawab Mereka dilantik secara rasmi oleh Lembaga Disiplin dan Pengawas. Pelajar yang telah dilantik tidak berhak meletakkan jawatan dengan sesuka hati. Mereka diberi tugas untuk memastikan supaya pelajar-pelajar patuh kepada peraturan sekolah . Oleh itu, mereka mestilah dihormati dan arahan mereka perlu dipatuhi Tindakan disiplin (termasuk buang sekolah) akan diambil terhadap pelajar yang ingkar dan berkasar kepada pengawas sekolah. Jawatannya berterusan tetapi Pengetua dan guru-guru boleh menyingkirkan seseorang itu dari Badan Pengawas sekiranya perlu. Pengetua ada kuasa membuat pindaan dalam perlembagaan itu. Sifat-sifat Kelayakan untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang pelajar hendaklah mempunyai perangai dan kelakuan yang elok di samping prestasi akademik yang baik dan mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan sekolah. Lain-lain kelayakan : bertanggungjawab dengan sepenuhnya berwibawa dan bekerjasama rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan jujur dan berakal menepati masa


Mereka hendaklah menolong Jawatankuasa tatatertib sekolah untuk mengekalkansuasana yang baik semasa perhimpunan semasa belajar, semasa rehat dan setiap masa dan menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi. Mereka hendaklah mengawasi semua harta benda sekolah terutama sekali di perpustakaan, makmal sains, bilik Pendidikan Jasmani, bilik alat pandang dengardan bilik Ekonomi Rumahtangga supaya tidak dirosakkan. Mereka mesti juga menolong pihak sekolah menjaga kebersihan kelas dan sekolah. Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugastugas mereka semasa perhimpunan sekolah, masa bersurai sekolah dan upacara sekolah. Ketua pengawasakan menyediakan giliran tugas Pengawas. Pengawas-pengawas yang berulang kali kurang bertanggungjawab akan diberi amaran. Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut bersikap tegas tetapi bersopan santun dengan pelajarpelajar. Mereka tidak boleh berkelakuan kasar. Mereka hendaklah menjaga keharmonian pelajar. Sekiranya ada pelajar melanggar peraturan, dia hendaklah diberi dua amaran. Pada amaran ketiga, pelajar itu mesti dilaporkan kepada guru Lembaga Disiplin. Melaksanakan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Guru Disiplin. 1. PENGAWAS


Berkuasa untuk mengarahkan pelajar-pelajar keluar dari bilik darjah pada waktu rehat.Bertugas mengikut jadual bertugas. Mencatat salah laku pelajar di dalam bukulaporan masing-masing dan juga buku laporan kesalahan pelajar serta buku lewat hadir ke sekolah (jika bertugas di pintu pagar hadapan) Melaporkan kes-kes yang serius & kes-kes yang kerap berlaku kepada guru disiplin. Menasihatkan pelajar-pelajar tentang kesalahan kecil yang dilakukan. Mengawal kelas bersama-sama Pengerusi kelas apabila tiada guru di dalam kelas. Pengawas tidak boleh bertindak di luar batasan seperti mendera. Membantu guru dan pentadbir apabila diarahkan Melaksanakan arahan ketua pengawas dan guru-guru. Semua pengawas hendaklah memakai tanda nama berwarna merah


Melaksanakan arahan-arahan guru disiplin. Membuat laporan secara bertulis tentang tugas pengawas kepada guru disiplin pada setiap hari Ahad. Membantu guru disiplin meronda kawasan sekolah pada waktu rehat. Mempengerusikan mesyuarat jika diarahkan oleh guru disiplin Memastikan perjalanan perhimpunan sekolah berjalan lancar. Merancang dan melaksanakan projek-projek khas seperti lawatan dan sebagainya. Meronda dan memastikan tiada pelajar berada di dalam kelas pada waktuperhimpunan. Memantau semua pengawas dan memastikan mereka menjalankan tugas masing-masing. 2. TUGAS-TUGAS KETUA PENGAWAS


Melaksanakan arahan guru disiplin Menyemak buku laporan pengawas untuk guru disiplin pada setiap hari Khamis Menolong Ketua Pengawas dalam melaksanakan tugas-tugas beliau. Menyediakan jadual waktu bertugas bagi semua pengawas Membantu guru disiplin/guru bertugas mingguan meronda kawasan sekolah pada waktu rehat apabila ketua pengawas tidak hadir. Baju kemeja lengan panjang / pendek berwarna merah meroon. Seluar panjang berwarna hitam Berkasut hitam jenis kulit / kanvas. Berstokin putih , paras atas buku lali. Bertali leher, warna seperti yang telah disediakan oleh pihak koperasi. Tudung berwarna pink/merah jambu. Baju kurung Johor berwarna merah merun dan berkain hitam (muslim). Baju kemeja lengan pendek/panjang berwarna merah merun (non muslim). Kain(skirt) paras bawah lutut berwarna hitam (non muslim) Berstokin putih, paras atas buku lali. Berkasut hitam jenis kulit/ kanvas. 3. TUGAS PENOLONG PENGAWAS 4. PAKAIAN PENGAWAS LELAKI 5. PAKAIAN PENGAWAS PEREMPUAN


SEKSYEN F : PELAJAR TINGKATAN 6


Pelajar Lelaki Kemeja berwarna "beige" berlengan pendek serta seluar slack(panjang)berwarna hitam dengan kocek (tebuk )ditepi dan belakang Tali pinggang berwarna hitam. Tali leher pelajar Tingkatan 6. Dibeli di koperasi sekolah. Kasut kulit atau PVC bertumit tidak melebihi 1 inci berwarna hitam. Tali kasut berwarna hitam. Stokin berwarna putih sahaja. Tapak stokin boleh berwarna hitam atau kelabu. Sebarang jenama (jahitan atau tampalan) atau jalur berwarna tidak dibenarkan. Lencana sekolah dan tanda nama Semua pelajar dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda namasepanjang masa. Lencana dan hendaklah dipakai dan dijahit dengan benang putih di bahagian ataspoket di dada sebelah kiri baju. Kedudukan lencana hendaklah di atas tanda nama. Lencana dan tanda nama yang pudar atau hilang warnanya hendaklah digantidengan segera. Tanda nama dan lencana tidak boleh diconteng/dipinda/diubahsuai. Pelajar tidak dibenarkan memakai tanda nama pelajar lain PERATURAN PAKAIAN TINGKATAN 6 1. UNIFORM SEKOLAH


Pelajar Perempuan Muslim Baju kurung Johor berwarna "beige". Kain kurung berwarna hitam dengan ombak beralun di sisi. Tudung berwarna "beige" menutup dada. Kasut kulit bertumit atau PVC bertumit tidak melebihi 1 inci berwarna hitam. Stokin berwarna putih sahaja. Tapak stokin boleh berwarna hitam atau kelabu. Sebarang jenama (jahitan atau tampalan) atau jalur berwarna tidak dibenarkan. Anak tudung berwarna putih Lencana sekolah dan nama. Semua pelajar dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda namasepanjang masa. Lencana hendaklah dipakai dan dijahit di bahagian atas mini telekung sebelahkiri Kedudukan lencana hendaklah di atas tanda nama Lencana dan tanda nama yang pudar atau hilang warnanya hendaklah digantidengan segera. Tanda nama dan lencana tidak boleh diconteng/dipinda/diubahsuai. Pelajar tidak dibenarkan memakai tanda nama pelajar lain.


Pelajar Perempuan Bukan Muslim Baju kemeja berwarna "beige" berlengan panjang. Skirt panjang berwarna hitam berlipat di belakang (pleated). Tali leher pelajar Tingkatan 6 . Dibeli di koperasi sekolah. Kasut kulit bertumit atau PVC bertumit tidak melebihi 1 inci berwarna hitam. Stokin berwarna putih sahaja. Tapak stokin boleh berwarna hitam atau kelabu. Sebarang jenama (jahitan atau tampalan) atau jalur berwarna tidak dibenarkan. Lencana sekolah dan tanda nama Semua pelajar dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda namasepanjang masa. Lencana hendaklah dipakai dan dijahit dengan benang putih di bahagian atas didada sebelah kiri baju. Kedudukan lencana hendaklah di atas tanda nama Lencana dan tanda nama yang pudar atau hilang warnanya hendaklah digantidengan segera. Tanda nama dan lencana tidak boleh diconteng/dipinda/diubahsuai. Pelajar tidak dibenarkan memakai tanda nama pelajar.


UNIFORM KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA Pakaian rasmi Kadet Pertahanan Awam Malaysia dipakai pada setiap hari Rabu mengikut arahan sekolah. Tudung berwarna hitam sepenuhnya, tidak berkerawang, tidak berbatu dan tidak bersulam. Baju T rasmi Tingkatan 6 dipakai semasa aktiviti Tingkatan 6 mengikut arahan sekolah. Anak tudung boleh bewarna hitam


Pelajar lelaki Baju korporat sebagaimana diselaraskan di peringkat daerah dengan seluar slack (panjang) berwarna hitam dengan kocek (tebuk) ditepi dan belakang Kasut kulit bertumit atau PVC bertumit tidak melebihi 1 inci berwarna hitam. Tali kasut berwarna hitam. Stokin berwarna putih sahaja. Tapak stokin boleh berwarna hitam atau kelabu. Sebarang jenama (jahitan atau tampalan) atau jalur berwarna tidak dibenarkan. Pelajar perempuan Baju korporat sebagaimana diselaraskan di peringkat daerah. Tudung berwarna hitam sepenuhnya, tidak berkerawang, tidak berbatu dan tidakbersulam. Skirt panjang berwarna hitam berlipat di belakang (pleated). Kasut kulit bertumit atau PVC bertumit tidak melebihi 1 inci berwarna hitam. Stokin berwarna putih sahaja. Tapak stokin boleh berwarna hitam atau kelabu. Sebarang jenama (jahitan atau tampalan) atau jalur berwarna tidak dibenarkan 2. BAJU KORPORAT Baju ini hendaklah dipakai pada hari yang ditetapkan


Pelajar Lelaki Baju Melayu putih. Kain samping sekolah. Lencana sekolah dan tanda nama di sebelah kiri bahagian atas poket baju. Kasut kulit atau PVC bertumit tidak melebihi 1 inci berwarna hitam. Tali kasut berwarna hitam serta berstokin putih Pakaian rasmi sekolah. Aktiviti kokurikulum Pelajar wajib menyertai aktiviti kokurikulum Tingkatan. Aktiviti ini akan diadakan mengikut hari dan masa yang ditetapkan. Pelajar hendaklah mematuhi Peraturan Pakaian semasa menghadiri aktiviti. Aktiviti Kurikulum Pelajar wajib menyertai aktiviti kolokium Tingkatan Aktiviti ini akan diadakan mengikut hari dan masa yang ditetapkan. Pelajar hendaklah mematuhi Peraturan Pakaian semasa menghadiri aktiviti. 3. PAKAIAN HARI JUMAAT 4. PAKAIAN UNTUK AKTIVITI KOLOKIUM 5. AKTIVITI KOKURIKULUM DAN KURIKULUM


SEKSYEN G : KATEGORI KESALAHAN


Menyimpan misai, janggut dan jambang. Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan tertentu. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang. Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dari sekolah tanpa kebenaran. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Pengetua, atau Guru-guru Penolong Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada ketika itu Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran. Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran Pengetua atau wakilnya. Memasuki makmal/bilik khas/bengkel tanpa kebenaran atau tidak mematuhi peraturanmakmal/bilik khas/bengkel. Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam.11. Makan dan minum di dalam bilik darjah. Melakukan pembaziran air atau elektrik.13. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau memakai pakaian sekolah dengankemas. Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku,tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain) Lewat ke sekolah. 1. KESALAHAN RINGAN


Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal. Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain. Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah. Tidak membuat tugasan yang diarahkan.1 Mengganggu kawan. Mengganggu guru. Lewat masuk kelas Mengotorkan kelas. Tidak duduk setempat. Berada dalam kawasan larangan. Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran. Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin.. Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu. Membuang sampah merata-rata. Meludah atau membuang barang-barang dari atas bangunan. Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa kebenaran. Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa kebenaran pihaksekolah. Memakai cermin mata berfesyen. Tidak mendaftarkan kenderaan (motor/kereta)yang dibawa ke sekolah. Kesalahan lain yang ditentukan oleh Pengetua


Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali. Menyalahgunaan / menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpakebenaran. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran. Tiga amanan, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah. Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan. Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau bewarna. Menconteng pada harta benda sekolah. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subanglebih daripada satu pada satu cuping telinga. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah 2. KESALAHAN SEDERHANA


Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarangbenda yang memabukkan / menghayalkan. Membawa, menyimpan, menghisap aau mengedar bahan tembakau. Menyebabkan / melakukan pergadakan atau kekerasan. Melawan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru / pengawas /murid. Biadap terhadap guru / pengawas / murid. Memeras ugut guru / pengawas / murid. Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya. Melakukan buli (pelacuran), penderaan atau paksaan terhadap murid lain. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah ataupita dan multimedia yang terlarang. Membabitkan diri dalam kumpulan haram. Mencabul kehormatan guru / murid. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii. Melacur / menjadi bohsia / bohjan / ponda. 2. KESALAHAN BERAT


Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral. Mengintai murid lelaki / perempuan Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan. Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid. Membawa atau menggukanan bahan letupan Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian. Menganjur atau membebitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengannilai-nilai masyarakat Malaysia. Menganjur atau membabitkan diri dalam diri dalam acara kebudayaan tanpakebenaran pihak sekolah, PPD, JPNJ dan Kementerian Pelajaran. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturutturut) selama 30 hari atau berkala(tidak berturutturut) selama 60 hari / selama 1 tahun sesi persekolahan. Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pengetua atau guru yang menjalankantugas. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran Pengetuaatau wakilnya.


Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkanbahan lucah. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat. Melakukan hubungan yang dicurigai. Membawa telefon bimbit ke sekolah Membawa kamera/komputer riba/alat perakam tanpa kebenaran ke sekolah Menunggang basikal/motorsikal dalam kawasan sekolah Kesalahan-kesalakanain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah.


SEKSYEN H : SISTEM KAWALAN DISIPLIN MURID (e-disiplin)


SISTEM KAWALAN DISIPLIN MURID (e-disiplin) PERLAKSANAAN SMK Tun Habab dipilih sebagai perintis untuk melaksanakan program e-Disiplin ini sebelum diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara. Perlaksanaan padaperingkat sekolah telah dimulakan pada 9 Jun 2008. Pada tahun 2010, Sistem e- Disiplin ini telah digunakan sepenuhnya secara talian. Segala salah laku pelajar akan direkodkan ke dalam sistem e-Disiplin dan pelajarboleh menyemak markah merit mereka dengan ketua guru disiplin ,Guru Penolong Kanan HEM dan guru kelas. Status kelakuan bagi sijil berhenti sekolah adalahberpandukan kepada markah dimerit yang dikumpul. Ibu bapa akan menerima surat Amaran Disiplin jika markah merit pelajar mencapaimarkah yang telah ditetapkan.


e-Disiplin Bahagian SekolahKementerian Pelajaran Malaysia 1. KONSEP Sistem ini merupakan satu sistem pengurusan disiplin yang dapat mengesan danmengawal tingkahlaku murid. Seterusnya langkah-langkah intervensi dapat dirancang dandilaksanakan di sekolah bagi melahirkan modal insan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek, selaras dengan kehendak Falsafah PendidikanKebangsaan. 2. VISI Modal Insan Murid Terbilang 3. MISI Memastikan pengurusan disiplin sekolah berada pada tahap yang terbaik, mempunyai daya kawal selia disiplin yang mantap dan berkesan.


4. TUMPUAN TINGKAH LAKU e-Disiplin memberikan tumpuan kepada aspek tingkah laku murid sama ada berbentuknegatif ataupun positif. Kedua-dua jenis tingkah laku ini diambil kira dalam prosesmemulihkan murid. Tingkah laku negatif akan diberikan markah celaan, manakala tingkahlaku positif akan diberikan markah pujian. Kedua-dua jenis markah ini akan diadun untukmenentukan tahap disiplin seseorang murid. Adunan ini akan disusuli pula dengan sesibimbingan dan kaunseling untuk membentuk sahsiah murid pada tahap yang terbaik. 5. JENIS SALAH LAKU Jenis salah laku yang ada dalam e-Disiplin adalah berdasarkan senarai salah laku dalamSistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM) Kementerian Pelajaran Malaysia 6. MARKAH DEMERIT Markah-markah salah laku adalah ditetapkan seperti berikut;Markah adalah antara 3, 5, dan 10. Markah 3 bermaksud kes salah laku yang dianggapringan. Markah 5 bermaksud kesalahan yang sederhana atau kesalahan ringan yangdiulang-ulang, Markah 10 bermaksud salah laku yang berat.


Click to View FlipBook Version