7 AMARAN DISIPLIN. Amaran Disiplin adalah mengikut turutan. Melalui sistem ini, amaran disiplin adalah seperti berikut; 7.1. Amaran Disiplin Pertama (Bertulis) – (AD1) Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 20 hingga 30 markah demerit. Amaran ini hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya. 7.2. Amaran Disiplin Kedua (Bertulis) – (AD2) Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 30 hingga 40 markah demerit. Amaran ini juga hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya. 7.3. Amaran Disiplin Ketiga (Gantung Sekolah) – (AD3) Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 60 hingga 70 markah demerit. Bagaimanapun, Pengetua boleh menggantung murid (Kes Khas) tanpa Amaran Disiplin Pertama dan Kedua. Dalam hal ini, apabila murid digantung (bagi kes khas),bermaksud Amaran Disiplin Pertama (AD1) dan Amaran Disiplin Kedua (AD2) dikeluarkan serentak bersama-sama hukuman gantung sekolah.
Kali Pertama : 1 Rotan Kali Kedua : 2 Rotan Kali Ketiga : 3 Rotan Kali Keempat : Gantung Sekolah Kali Kelima : Buang sekolah 7.4. Amaran Disiplin Keempat (Amaran Akhir) – (AD4) Amaran ini dkeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 80 dan 90 markahdemerit. Amaran ini juga hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjangpersekolahnnya. 7.5. Buang Sekolah – (AD5) Amaran ini dikeluarkan apabila mencapai markah salah laku mencapai 100 markah demerit dan ke atas. Hukuman ini boleh juga dikenakan bagi kes-kes khas, mengikut pertimbangan Pengetua. 7.6. Amaran-Amaran Lisan Amaran ini dikeluarkan dari semasa ke semasa, atau apabila murid melakukan kes-kes salah laku. 7.7. Hukuan Rotan – Kes Merokok Hukuman ini adalah mengikut pekeliling berkaitan kes merokok.
Dijalani di luar waktu pembelajaran dan pembelajaran, atau di luar waktu persekolahan Kerja-keja yang dilaksanakan tidak bermaksud menggantikan kerja rutin pekerja-pekerja / kakitangan sekolah. Kerja-kerja yang tidak terlalu berat atau membebankan murid. Dikawal selia oleh guru. Boleh juga melibatkan kerja-kerja kemasyarakatan di luar sekolah 8. PEMULIHAN 8.1. KERJA AMAL Kerja Amal adalah satu bentuk hukuman yang boleh dijalani oleh murid-murid secarasukarela. Sistem eDisiplin menawarkan 2 kali kerja amal bagi setiap Amaran Disiplin yang diberikan kepada murid-murid.Syarat-syarat Kerja Amal adalah seperti berikut;
MENOLONG GURU DALAM KECERIAAN SEKOLAH KERJA-KERJA LANSKAP/TANAM DAN MENJAGA POKOK BUNGA DLLKERJA MENGECAT/MURAL/KERJA-KERJA BERAT KERJA-KERJA MULIA-PERTOLONGAN CEMAS KESUNGGUHAN KETIKA DI SURAURAJIN/TERTIB/TEKUN KOMITMEN UNTUK DATANG AWAL KE SEKOLAH RINGAN TULANG-SUKARELA MENOLONG GURU MEMBERSIH DAN MENCERIAKAN KELAS MEMBERSIH DAN MENYUSUN BILIK-BILIK KHAS MEMBERSIH KAWASAN PERSEKITARAN SEKOLAH MEMBAIKI DAN MEMBAIK PULIH PERALATAN SEKOLAH MEMBERI MAKLUMAT YANG BERGUNA KEPADA SEKOLAH AMALAN JIMAT CERMAT (AIR, ELEKTRIK DLL) AKTIF DALAM AKTIVITI KEMASYARAKATAN PENGLIBATAN IBU BAPA / PENJAGA DALAM AKTIVITI SEKOLAH AKTIVITI-AKTIVITI LAIN YANG MENZAHIRKAN NILAI-NILAI MURNI 9. JENIS KERJA AMAL Jenis-jenis Kerja Amal yang disenaraikan dalam e-Disiplin adalah seperti berikut;
Berkerjasama dengan semua guru. Murid membuat pengakuan dalam Borang Salah Laku (BSL) semasa sesi siasatan oleh Ketua Guru Disipin Sekolah. Memberi makumat yang tepat semasa soal siasat. Murid perlu membela diri dan membuat rayuan sebelum hukuman dijatuhkan. Murid perlu mengikuti sesi kaunseling sebelum/selepas menerima hukuman Menjalankan kerja amal untuk mengurangkan markah demerit salah laku Mengikuti aktiviti pemulihan yang dijalankan oleh pihak sekolah. Berkerjasama dengan pihak sekolah utuk mengawal disiplin anak. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengambil maklum dan perhatian sewajarnya apabila pihak sekolah mengeluarkan Amaran Pertama (Bertulis) dengan mengubungi pihak sekolah atau hadir sendiri ke sekolah. Markah merit Kerja Amal terdiri daripada 3, 5, dan 10 . 3 bermaksud Kerja Amal yangdianggap ringan. Markah merit 5 bermaksud Kerja Amal yang sederhana, dan markah merit 10 bermaksud Kerja Amal yang dianggap berat. Markah merit kerja amal ini akan digunakan untuk mengurangkan markah demerit pelajar 10. PERANAN MURID 11. PERANAN IBU BAPA / PENJAGA
Ibu bapa/penjaga perlu hadir ke sekolah untuk membincangkan kes salah laku anak mereka selepas Amaran Kedua (Bertulis) di keluarkan oleh pihak sekolah. Ibu bapa/penjaga perlu berkerjasama hadir ke sekolah sebagai saksi dalam proses menandatangi Aku Janji Murid selepas anak mereka menjalani hukuman Gantung Sekolah. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengemukakan rayuan bertulis kepada PengarahPelajaran Negeri dalam tempuh 30 hari apabila sekolah mengambil tindakan BuangSekolah ke atas anak mereka
Rujukan Surat Pekeliling Ikhtisas 1. Pakaian Seragam : - SPI Bil. 12/1978 - SPI Bil. 14/1976 - SPI Bil. 3/1983 - SPI Bil. 8/1985 - SPI Bil. 3/1992 - SPI Bil. 6/1993 - SPI Bil. 2/1993 -SPI Bil. 9/1975 2. Kesihatan Murid : - SPI Bil. 2/1982 - SPI Bil. 6/1998 3. Perhimpunan Sekolah : - SPI Bil. 4/1984 4. Keselamatan : - SPI Bil. 8/1988 - SPI Bil. 8/1999 - SPI Bil. 7/2000 5. Kesihatan : - SPI Bil. 4/1989 - SPI Bil. 1/1996 6. Ponteng : - SPI Bil. 6/1995 - SPI Bil. 11/1972 - SPI Bil. 9/1975 7. Sekolah Selamat : - SPI Bil. 4/2002 8. Kuasa Merotan : - SPI Bil. 7/2003 9.Disiplin/Peraturan Sekolah : - SPI Bil. 9/1975 10. Garis Panduan Pakej BayaranTambahan : - SPI Bil. 13/2007 11. Larangan Membawa Telefon Bimbit : - SPI Bil. 1/2006 12. Potongan Rambut Murid : - SPI Bil. 2/1976 13. Hukuman ke Atas Murid Menghisap Rokok: - SPI Bil. 4/1997 14. Peraturan Tatatertib : - SPI Bil. 8/1968 - SPI Bil. 6/196 15.Penyalahgunaan Dadah - SPI Bil. 7/1975 16. Kempen Anti Merokok - SPI Bil. 1/1983 17. Mengenakan Hukuman Biasa : - SPI Bil. 8/1983 18. Perhimpunan Sekolah : - SPI Bil. 4/1984 19. Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah : - SPI Bil. 7/1986
PENGAKUAN SETIA PELAJAR Bahawasanya saya ……………………………………........................... Tingkatan ............................................................................ murid SMK TUN HABAB telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Dengan ini saya mengaku akan mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan bersedia menerima tindakan yang akan dikenakan oleh pihak sekolah jika saya melanggar peraturan-peraturan tersebut. Tandatangan murid, _____________________________ ( ) Tarikh :
Lengkapkan bahgaian Pengakuan Setia Pelajar dan Pengakuan Ibu bapa/penjaga di kedua-dua bahagian muka surat. Potong bahagian bawah dan serahkan kepada Guru Disiplin. PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA Bahawasanya saya ……………………………...................................... ibu bapa / penjaga murid yang bernama ............................................................... Tingkatan: .................................................................... yang belajar di SMK TUN HABAB telahmembaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Saya sedia bekerjasama denganpihak sekolah untuk menentukan supaya anak jagaan saya mematuhi peraturan-peraturantersebut. Tandatangan ibu bapa / penjaga _____________________________ ( ) Tarikh :
PENGAKUAN SETIA PELAJAR Bahawasanya saya ……………………………………........................... Tingkatan ............................................................................ murid SMK TUN HABAB telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Dengan ini saya mengaku akan mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan bersedia menerima tindakan yang akan dikenakan oleh pihak sekolah jika saya melanggar peraturan-peraturan tersebut. Tandatangan murid, _____________________________ ( ) Tarikh :
Lengkapkan bahgaian Pengakuan Setia Pelajar dan Pengakuan Ibu bapa/penjaga di kedua-dua bahagian muka surat. Potong bahagian bawah dan serahkan kepada Guru Disiplin. PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA Bahawasanya saya ……………………………...................................... ibu bapa / penjaga murid yang bernama ............................................................... Tingkatan: .................................................................... yang belajar di SMK TUN HABAB telahmembaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Saya sedia bekerjasama denganpihak sekolah untuk menentukan supaya anak jagaan saya mematuhi peraturan-peraturantersebut. Tandatangan ibu bapa / penjaga _____________________________ ( ) Tarikh :