The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PISMPBM0622 Mohamad Afiq Bin Jetrine, 2023-04-04 23:45:39

E-PORTFOLIO PSVK3423 ASAS MENGGAMBAR

Eportfolio

PSVK 3423 ASAS MENGGAMBAR E-Portfolio


PENSYARAH Encik Thadius Gugau


NAMA: MOHAMAD AFIQ BIN JETRINE ANGKA GILIRAN: 2021012340103 NO. KAD PENGENALAN: 030430-12-0609 KUMPULAN/UNIT: BAHASA MELAYU SK Pelajar


Penghargaan Kepentingan menggambar Gambar karya tokoh tempatan Pengenalan Aktiviti bidang menggambar ISI KANDUNGAN


Tema: ISTANA LAMA Lukisan karya akhir Proses penghasilan karya Sumber rujukan ISI KANDUNGAN Rumusan


Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya yang dianugerahkan kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pensyarah bagi kursus Asas Menggambar yang saya hormati, Encik Thadius Gugaukerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menyiapkan hasil tugasan kerja kursus ini. Tanpa adanya bimbingan beliau, tugasan ini tidak dapat kami sempurnakan mengikut kehendak soalan dan tidak berupaya menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Seterusnya, saya juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan serta menjadi pemudah cara untuk menyiapjan kerja kursus ini. Mereka merupakan dua orang insan yang sememangnya telah memberikan saya segala kemudahan dan setiap doa serta harapan mereka akan saya ingat sampai bila-bila sehingga saya berjaya mencapai cita-cita. Selain itu, saya turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan khususnya rakan opsyen kerana banyak memberi pendapat, idea dan juga membantu saya ketika dalam kesusahan untuk menyelesasikan tugasan kerja kursus ini. Peringatan dan nasihat yang mereka berikan sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini akan saya hargai dan ingat sepanjang masa. Tanpa mereka, sudah pasti saya tidak akan memahami setiap soalan-soalan yang diberikan dalam tugasan kerja kursus. 2 Akhir kalam, semoga mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam tempoh penghasilan kerja kursus ini meraih kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. PENGHARGAAN


PENGENALAN


Dalam kurikulum Pendidikan Seni Visual, bidang menggambar merupakan bidang yang paling asas. Bidang ini lebih mengutamakan kepada aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi untuk menghasilkan bidang menggambar. Bidang menggambar juga merangkumi gambaran mental yang jelas dan maklumat idea yang dapat disampaikan melalui ilustrasi untuk menerangkan dengan lebih jelas mengenai sesuatu objek. Dalam menggambar, kita dapat melakukan representasi secara visual mengenai sesuatu objek/imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Para pelajar dapat meneroka pelbagai kemahiran asas dan teknik untuk melukis dan membuat gambar dalam proses rekaan.


Pelajar juga dapat mengembangkan persepsi dan kemahiran mereka melalui bidang ini kerana kebolehan murid terhadap aspek melukis dan membuat gambar dapat dilihat apabila mereka menggunakan pelbagai media dan teknik dalam oenghasilan karya seni. Secara tidak langsung, murid dapat memperkembangkan kemahiran persepsi dan kesedaran terhadap kepentingan asas seni reka dalam menghasilkan karya.


KEPENTINGAN MENGGAMBAR Murid membuat gambar dengan memanipulasi pelbagai bahan yang berasaskan air, minyak dan bahan kering supaya mereka dapat menghasilkan gambar dengan menggunakan pelbagai bahan serta teknik setelah membuat pemerhatian. Murid dapat menghayati dan memerhati asas seni yang terdapat di sekeliling mereka seperti memerhatikan kesankesan garisan iaitu kesan lauan tapak kaki haiwan, tapak kaki manusia dan sebagainya. Murid dapat menyatakan pengalaman pembelajaran yang diperhatikan melalui persekitaran. Melalui bidang menggambar, murid dapat berkomumikasi dengan diri sendiri, rakan-rakan, dan ibu bapa untuk meluahkan perasaan yang berkaitan dengan pengalaman mereka.


Aktiviti Bidang Menggambar


Aktiviti melakar dan melukis corak dengan menggunakan media kering dan saling berkait dengan minda, emosi dan perwatakan. Manusia telah menggunakan lukisan sebelum mula menulis. Lukisan dipercayai sebagai bentuk seni halus yang tertua. Setiap teknik lukisan seperti teknik lorekan ton, melakar garisan, titik-titik dan gosokan memberikan kesan terhadap lukisan yang dihasilkan. Alat yang digunakan adalah terhad kepada media kering. Lukisan


ALAT, BAHAN DAN MEDIA PENSEL H: KERAS PENSEL B: LEMBUT PENSEL JENIS H: Menghasilkan lakaran ringkas kerana garisan yang dihasilkan adalah tajam. PENSEL JENIS B: Membuat lorekan dan ton. SEMULAJADI: ARANG, BATU, KAPUR, TANAH BUATAN MANUSIA: PEN, MARKER, PASTEL KRAYON PENSEL Nilai H (H, HB, 2B) yang semakin besar, kesan pensil kelihatan lebih keras (garisan lebih tajam dan kurang gelap). Nilai B (B-6b) yang semakin besar, kesan pensil lebih lembut dan gelap. Gred Tekanan Pensil Kelajuan Pensil Garisan yang dilukis dipengaruhi oleh 3 faktor: 1. 2. 3.


ALAT, BAHAN DAN MEDIA Berasal daripada batang kayu yang terbakar. Menunjukkan kesan tekstur permukaan yang dilukis Menimbulkan kesan kelembutan dan dan kegelapan yang tinggi. SEMULAJADI: ARANG, BATU, KAPUR, TANAH BUATAN MANUSIA: PEN, MARKER, PASTEL KRAYON ARANG Garisan yang dilukis lebih tajam dan tepat. Lorekan ton lebih cepat dihasilkan dan menarik. Bahan-bahan lain seperti: i. Pastel (wujud dalam pelbagai warna dan menghasilkan kesan lembut) ii. Pen marker (Kesan garisan yang dihasilkan lebih tebal) iii. Krayon (kesan lembut dan mempunyai kesan lilin)


Teknik lukisan MENGGABUNGJALIN PELBAGAI ASPEK UNTUK MENGHASILKAN LUKISAN YANG BERMUTU SEPERTI: I. ASAS SENI REKA/PRINSIP REKAAN II. PERSPEKTIF (1,2,3, DAN TITIK LENYAP) III. TETINGKAP FOKUS UNTUK MEMILIH SUDUT PANDANGAN IV. KESAN CAHAYA V. BAYANG-BAYANG MENEKANKAN JENIS ALAT/MEDIA YANG DIGUNAKAN DAN TEMA ATAU SUBJEK YANG INGIN DILUKIS TEMA/SUBJEK TERDIRI DARIPADA: I. LUKISAN FIGURA (MANUSIA/HAIWAN) II, LUKISAN ALAM BENDA (OBJEK KAKU/TIDAK BERNYAWA III. LUKISAN LANDSKAP PEMANDANGAN


CATAN Corak yang dihasilkan adalah daripada proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna/cat yang disapu di atas permukaan. Pelukis menggunakan catan untuk mengekpresikan perasaannya, membuat interpretasi pandangannya dan merakamkan setiap perkara yang dirasai atau dilihat dalam bentuk imej visual. Teknik catan yang terhasil adalah daripada kemahiran pelukis yang menggunakan media dan teknik seperti cat air dan cat poster di atas kertas.


ALAT, MEDIA DAN BAHAN Jenis dan kualiti catan bergantung kepada alat, media dan bahan. Contoh-contoh alat dan bahan yang sesuai digunakan ialah: i. Pensel ii. Pelbagai jenis berus iii. Pelbagai jenis warna (warna air, warna poster, warna minyak) iv. Palet v. Kertas lukisan, kertas cat air, kain kanvas, permukaan dinding.


TEKNIK BASAH ATAS BASAH TEKNIK KERING ATAS KERING TEKNIK BASAH ATAS KERING TEKNIK IMPAST0 T EK N IK CATA N PERMUKAAN KERTAS YANG BASAH DISAPU DENGAN CAMPURAN WARNA YANG BASAH UNTUK MENUNJUKKAN KESAN AIR ATAU AWAN PERMUKAAN KERTAS YANG KERING DISAPU DENGAN CAMPURAN WARNA YANG BASAH UNTUK MENUNJUKKAN JALINAN IMEJ LUT SINAR PADA SESUATU PERMUKAAN. PERMUKAAN KERTAS YANG SUDAH MEMPUNYAI WARNA YANG SUDAH KERING DISAPU DENGAN WARNA TANPA ATAU CAMPURAN AIR YANG SEDIKIT UNTUK MEMPERLIHATKAN KESAN JALINAN PADA SUATU OBJEK. WARNA YANG TEBAL DIGUNAKAN UNTUK MENIMBULKAN KESAN JALINAN.


KO L A J T E K N I K I N I A D A L A H M U D A H K E R A N A P E L A J A R H A N Y A M E N A M P A L K E R T A S , K A I N A T A U B A H A N Y A N G D I B U A N G D I A T A S S E S U A T U P E R M U K A A N . T A M P A L A N A T A U C O R A K Y A N G D I H A S I L K A N B O L E H D I S U S U N S E C A R A B E R T I N D I H - T I N D I H . C O R A K Y A N G T E R H A S I L B E R G A N T U N G K E P A D A C A R A S U S U N A N M O T I F Y A N G D I H A S I L K A N . M EWU J U D K A N K O M P O S I S I A R T I S T I K D A R I P A D A P E L B A G A I I M E J A T A U G A M B A R Y A N G D I A M B I L , L A T A R B E L A K A N G Y A N G B E R B E Z A , P E L B A G A I J E N I S WA R N A D A N C O R A K .


Alat, Bahan dan Media Jenis gam: Gam kilat/tak kilat (Varnish) Gam gel (Pelekat untuk kertas, kain, logam) Gam model (Pelekat untuk batu, 3D, dipotong dan kikis warna apabila kering) Alatan lain: Pisau kraf (Memotong bahan nipis seperti kertas dan fabrik) Gunting Pembaris French Curve (Melukis dan memotong kepingan kertas) Palet (kegunaan warna air/akrilik) Berus dan bekas air Pensel dan pen


TEKNIK KOLAJ Membuat lakaran untuk mendapatkan idea dan tema yang diinginkan. Kertas warna perlu disediakan mengikut kesukaaan masing-masing Meletakkan latar belakang dan rupa bentuk dan melakukan eksperimentasi dan membentuk ruang. Karya akhir (KOLAJ) telah lengkap dan memperlihatkan kejadian sebenar.


MONTAJ Gambar-gambar daripada pelbagai media cetak dipotong untuk menghasilkan satu tema/tajuk.


ALAT, BAHAN DAN MEDIA Foto sebenar Ilustrasi Bahan terbuang Warna basah -Gambar keluarga -Gambar artis -alam semulajadi -haiwan -Majalah -Surat Khabar (Landskap, tumbuhtumbuhan) -Imej kartun -Gambar-gamabr yang dijumpai -Cawan,pinggan kertas -Warna tempera -warna air -warna poster -dakwat basah


Pemilihan tema berdasarkan tema lanskap, alam benda, figura dan corak huruf. Penggunaan warna yang harmoni dan kontra. Gambar-gambar ditampal pada suatu permukaan untuk menghasilkan tema yang dipilih. Imej atau gambar yang dipotong dari foto, majalah atau cetakan disusun supaya bercantum, bertindih dan diubahsuai untuk menghasilkan satu imej.


C E T A K A N Corak yang dihasilkan melalui cetakan biasanya akan menggunakan blok kayu, goresan batu logam dan sebagainya untuk ditebuk dan diukir. Bahan-bahan yang diukir adalah berdasarkan corak yang diingini dan kemudiannya dicetak di atas permukaan rata. Cetakan membolehkan pengkarya dapat menghasilkan lebih banyak karya dengan corak yang sama dan hasil karya yang dihasilkan adalah asli.


Alat dan bahan Tahap Pengenalan Tahap Lanjutan Tahap Pertengahan Cetakan jari Cetakan tumbuhtumbuhan Cetakan Dakwat Cetakan kraypon Cetekan tanah liat Cetakan stensil Cetakan blok getah Cetakan mono Cetekan lino Cetakan skrin Cetakan blok kayu


TEKNIK BAYANGAN GELAP TEKNIK GARIS LUAR GELAP TEKNIK BAYANGAN PUTIH TEKNIK GARISAN LUAR PUTIH T EK N IK C E TAKA N HANYA OBJEK SAHAJA YANG DICETAK TETAPI BAHAGIAN LATAR BELAKANG OBJEK TIDAK DICETAK BAHAGIAN LUAR OBJEK DIKEKALKAN MANAKALA BAHAGIAN IMEJ TIDAK DIGUNAKAN/DIBUANG BAHAGIAN DALAM DAN LUARAN OBJEK DIBUANG HANYA GARISAN PADA OBJEK DIKEKALKAN. BAHAGIAN GARISAN OBJEK TIDAK DICETAK TETAPI BAHAGIAN LATAR BELAKANG YANG HANYA DICETAK.


RESIS Aktiviti ini melibatkan warna basah yang disapukan ke atas permukaan kertas yang sudah dilukis dengan menggunakan lilin, krayon atau oil pastel. Resis merupakan bentuk kreativiti artistik yang menggunakan media basah (air) dan minyak. Melibatkan proses latihan berfikir yang perlu menguasai pengetahuan asas seperti asas rekaan dan prinsip rekaan. Permukaan kertas yang diliputi dengan lilin kekal dalam keadaan warna asal dan tidak akan menyerap warna. Bahan yang digunakan tidak bercampur antara satu sama lain.


LILIN KRAYON OIL PASTEL PENSEL KERTAS LUKISAN BERUS WARNA


PROSES DAN TEKNIK Teknik resis dihasilkan dengan cara menolak warna basah/cat basah yang diletakkan ke atas permukaan kertas yang disapu lilin. Lilin digunakan sebagai penghadang untuk mengekalkan warna asal sesuatu permukaan daripada dicampuri warna lain. Krayon lilin berfungsi sebagai alat untuk membuat lakaran garisan dan diwarnakan permukaannya. Resis juga dapat dihasilkan dengan menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke warna gelap.


Mozek merupakan aktiviti yang membentuk kreativiti artistik untuk menghasilkan corak yang estetik. Corak yang terhasil daripada aktiviti ini dapat diaplikasikan sebagai hiasan dalaman dan lanskap. Bentuk seni yang menggunakan kepingan bahan semula jadi/bahan buatan manusia yang disusun secara bersebelahan tanpa bertindih di atas permukaan rata untuk membentuk corak. MOZEK


ALat dan Bahan Kertas: Kadb o d , K e r t a s l u k i s a n , K e r t a s s u r a t k h a b a r , K e r t a s b i n a a n P r i o r i ty A l a t a n l a i n : B e k a s P l a y a r P e m b a r i s p e n s e l p e n t a l i n ot e s P e l e k a t : G a m b i a s a , g a m p u t i h , g a m k a y u , g a m s i m e n . K e r t a s p e l b a g a i w a r n a K e r t a s m a j a l a h b e r w a r n a P e l b a g a i j e n i s b i j i - b i j i a n d a n o b j e k s e m u l a j a d i


Teknik Mozek Date : STILL No Gf Teknik Secara langsung Menggambar bahan di atas permukaan seperti kertas, kadbod, permukaan pasu atau lantai. Cara ini lebih berkesan jika diaplikasikan pada permukaan kertas lukisan, lantai dan permukaan meja. Teknik secara tidak nyata Mozek yang sudah siap, media yang sama diletakkan ke atasnya kemudian mozek tersebut diterbalikkan dan bahagian asli diasingkan dari bawah mozek. Teknik indirect/double indirect Dibuat satu bahagian demi satu bahagian sesuatu gambar sebelum hasil mozek dihantar untuk proses penampalan.


GOSOKAN Proses yang paling mudah untuk merakamkan pelbagai jalinan pada permukaan yang dipilih. Murid dapat mengekplorasi terhadap permukaan untuk mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.


Alat dan bahan PENSEL/PENSEL WARNA KAPUR DAN PASTEL KRAYON DAN KRAYON LILIN ARANG SEMULAJADI


teknik gosokan Gosokan satu lapis Gosokan satu lapis dan satu arah dan satu arah sahaja Gosokan beberapa Gosokan beberapa lapisan pada tempat lapisan pada tempat yang sama secara yang sama secara berulang berulang Gosokan dari arah Gosokan dari arah dan sudut yang dan sudut yang berbeza Gosokan Monokrom Gosokan Monokrom dan gosokan dan gosokan potongan kertas potongan kertas Gosokan secara Gosokan secara berpusing berpusing Gosokan pelbagai Gosokan pelbagai warna


PERCIKAN Renjisan boleh dilakukan secara semburan, percikan atau tiupan warna untuk menghasilkan corak terancang atau tidak terancang. Renjisan pada permukaan kertas yang kering atau lembap. Kedua-dua aktiviti ini bergantung kepada daya kreativiti artistik seseorang. Teknik dengan mendetik, mengetuk dan menjentik bahagian bulu berus yang mengandungi warna untuk menghasilkan kesan speckled granite.


make your meeting agenda more organized Date : Place : Somewhere Pelbagai jenis berus lukisan/berus cat Penggelek cetakan Pelbagai jenis warna air (warna poster, warna tempera, warna minyak) Kertas: Kertas lukisan, kertas stensil, kadbod, dan kad manila. Warna semburan Pisau Bahan semulajadi (Tumbuh-tumbuhan, corak figura) Pada bahagian hujung berus dicecah warna dengan sedikit dan diketuk secara kuat untuk membentuk titikan-titikan cat di atas permukaan kertas. Menggunakan pistol semburana dapat menghasilkan percikan halus dan seragam manakala roller boleh menggelek secara cepat dan laju kerana warna akan terpercik keluar daripada berus penggelek. Percikan jari juga menghasilkan percikan yang tidak sekata.


CAPAN Teknik ini juga seperti cetakan melibatkan penggunaan bahan alam semula jadi yang mempunyai jalinan untuk dicap di atas permukaan rata. Setiap bahan akan disapukan warna cat air ataupun cat cat poster dan dicapkan di atas permukaan. Beza cpn ctkaan Imej yang terhasil berdasarkan kepada jalinan pada bahan semula jadi.


STENSILAN Teknik yang menggunakan acuan sebagai bahan untuk menghasilkan corak pada suatu permukaan. Bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil untuk mewujudkan ruang kosong di atas alat stensil. Stensilan mempunyai kelebihan iaitu boleh digunakan secara berulang kali bagi menghasilkan imej dan corak.


Alat dan bahan: Kertas lukisan Gunting Pensel Stensil Oil pastel


Bentuk-bentuk corak yang dipilih dilakarkan pada sekeping kertas dan dipotong Bentuk-bentuk yang telah dipotong diletakkan pada permukaan kertas lukisan kemudiannya warna pastel dilarikkan dari kad manila supaya kertas lukisan dapat terconteng mengikut outline bentuk Langkah sebelumnya dilanjutkan sehingga memenuhi keseluruhan pada permukaan kertas lukisan (memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkan corak hiasan yang cantik)


Gurisan Teknik yang menggunakan alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut pada sesuatu permukaan seperti kertas lukisan yang telah diwarnakan dengan krayon secara berlapis-lapis. Setiap jenis alat yang tajam yang digunakan akan menghasilkan kesan yang berbeza pada garisan yang terbentuk.


Kertas lukisan diwarnakan secara sepenuhnya dengan warna krayon sama ada secara spontan atau tidak. Sebaik sahaja kertas lukisan dipenuhi dengan pelbagai warna, dakwat hitam (indian ink) disapu dengan rat dan kemas sehingga menutupi keseluruhan warna tersebut .


Seterusnya, alat yang tajam seperti pensel mekanikal, lidi sate dan pen mata tajam untuk menghakis lapisan warna hitam setiap kali gurisan dilakukan. Gurisan yang dilakukan mengikut imaginasi atau idea yang diinginkan.


GAMBAR-GAMBAR KARYA TOKOH TEMPATAN


Karya lukisan A Latiff Mohidin


Karya Catan Abdullah Ariff


Karya Resis Tay Mo Leong


Karya Cetakan Redza Piyadasa


Click to View FlipBook Version