Seni ukiran corak merupakan hasil karya seni tradisi Melayu yang terulung. Hal ini boleh dilihat melalui sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatancatatan sejarah iaitu Sejarah Melayu yang membuktikan bahawa seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu. Masyarakat Melayu sudah menekankan seni ukiran yang dijelmakan pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Peninggalan istana-istana lama menunjukkan keindahan dan keunikan seni ukiran kayu yang bermotifkan flora, fauna, angkasa/kosmos, geometri dan sebagainya yang terdapat pada istana-istana tersebut. Kemegahan seni ukiran kayu Orang Melayu boleh dibuktikan pada binaan rumah tradisional di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan. "A GENERATION WHICH IGNORES HISTORY HAS NO PAST AND NO FUTURE." ISTANA LAMA
ISTANA KOLAM (KUALA TERENGGANU) UKIRAN PUCUK REBUNG PADA CUCURAN ATAP
ISTANA SERI MENANTI (NEGERI SEMBILAN) CORAK AYAM BERLAGA UKIRAN AWAN BERARAK Corak bermotifkan alam (awan) yang berarak sebaik sahaja ditiup angin. Corak yang banyak berunsurkan semangat dan kepercayaan.
ISTANA SERI MENANTI (NEGERI SEMBILAN) UKIRAN BUNGA MATAHARI UKIRAN ITIK PULANG PETANG Unsur yang diambil dari tumbuhan yang menjala dan dominan dalam rekaan seni ukir tradisional Motif yang mempunyai falsafah bahawa berjalan dengan mengekori pemimpin/ketua dalam keadaan beratur dan teratur. UKIRAN TIANG SERI BERCORAKKAN AWAN LARAT
Penerokaan Hal Benda (Motif Corak) BUNGA RAYA ATAU NAMA SAINTIFIKNYA HIBISCUS ROSASINENSIS MERUPAKAN BUNGA KEBANGSAAN MALAYSIA. SELAIN DINAMAKAN BUNGA RAYA, IA JUGA DIKENALI SEBAGAI BUNGA SEPATU, KEMBANG SEPATU, KEMBANG URIBANG DAN KEMBANG WARAWIRI. BERDASARKAN PENEROKAAN SAINS, BUNGA INI TERDIRI DARIPADA SPESIES TUMBUHAN BERBUNGA TROPIKA GENUS HIBISCUS DALAM SUKU HIBISCEAE KELUARGA MALVACEAE. BUNGA RAYA DITANAM SECARA MELUAS DI SELURUH KAWASAN TROPIKA DAN SEPARA TROPIKA. IA MEMPUNYAI CIRI-CIRI TIDAK BERBAU, BUNGANYA YANG BESAR, MERAH DAN KERAS. "Bunga Raya "
Bunga raya dikenali sebagai bunga kebangsaan bunga raya yang sudah terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk yang menarik, nama panggilan yang sama di seluruh negara, mudah didapati di seluruh negara, dan yang paling penting ia bukan menjadi Bukan bunga Kebangsaan mana-mana negara lain di dunia ketika itu. Kerajaan telah memilih bunga raya untuk dijadikan sebagai bunga kebangsaan:
LIMA KELOPAKNYA YANG MELAMBANGKAN SETIAP PECAHAN PRINSIP RUKUN NEGARA BUNGA YANG MELAMBANGKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
Lakaran Subject Matter Lakaran hal benda yang dilukis berdasarkan dari pelbagai sudut pandangan iaitu pandangan atas, bawah dan tepi.
T H E W E D D I N G O F ABOUT US Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Quisque molestie efficitur nisi, ac commodo est pellentesque at. Integer ut lectus ac lorem gravida vulputate. Craft workshops Creative workshops Online workshops Kids workshops Art workshops Lakaran Idea
L A K A R A N I D E A B E R D A S A R K A N L A K A R A N B U N G A , D A U N D A N T A N G K A I D A U N Y A N G D I J A D I K A N S E B A G A I P A N D U A N D A L A M M E N G H A S I L K A N M O T I F C O R A K B U N G A R A Y A . Lakaran idea yang dihasilkan meletakkan tiga kelopak bunga raya yang dapat dilihat melalui sudut-sudut yang berbeza dan disertakan dengan daun-daun yang berbeza bentuk dan saiz supaya dapat mencipta corak daun yang berlainan.
Lakaran Perkembangan Idea Daun-daun, batang kayu/ranting bunga raya telah diolah dan dikembangkan menjadi lakaran yang kelihatan berbeza bentuk dan alunan. Perubahan yang paling ketara adalah apabila ranting/batang kayu bunga raya telah dikembangkan menjadi bentuk yang membengkok dan mempunyai jalinan-jalinan yang halus diletakkan.
Lakaran Perkembangan Idea Lakaran perkembangan idea yang dihasilkan berdasarkan lakaran motif yang telah diolah dan diubah menjadi corak Sepertimana yang boleh dilihat lakaran bunga raya sebelum dan selepas dikembangkan menunjukkan bunga raya tersebut mempunyai bentuk, jarak antara kelopak bunga dan saiz. Jarak tersebut kelihatan lebih jauh/longgar antara satu kelopak dengan kelopak yang lain dan saiz pada bahagian tengah kelihatan lebih besar.
Lakaran Pengolahan Idea (Corak) Lakaran pengolahan idea merupakan hasil gabungan daripada olahan dan perkembangan corak yang dilakar membentuk kesatuan corak bunga raya. Olahan idea ini memperlihatkan bagaimana lakaran perkembangan idea sebelumnya digabungkan menjadi satu corak. Contohnya, kelopak bunga raya, daun-daun dan batang kayu/ranting telah diletakkan di setiap tempat dan sudut yang berbeza menghasilkan olahan idea sepertimana yang saya inginkan Setiap lakaran tersebut diletakkan pada tempat yang lebih sesuai iaitu diletakkan di sebelah kanan dan kiri untuk mewujudkan keseimbangan pada corak. Pada bahagian tengah pula, kelopak bunga raya dan daun kelihatan lebih rapat untuk menunjukkan hubungan hubungan corak pada sebelah kanan dan kiri lebih kukuh. Secar tidak langsung, dapat mewujudkan paksi simetri dalam corak tersebut.
Lakaran idea tema Istana Lama Saya telah memilih pintu gerbang istana sebagai lakaran utama dalam aktiviti menggambar. Pemilihan pintu gerbang ini bagi memenuhi tema asal iaitu Istana Lama.
Lakaran perkembangan tema Istana Lama Motif bunga raya ini juga dapat dikaitkan dengan seni warisan istana lama yang dahulunya kerana corak banyak diambil dan diolah daripada motif flora, fauna dan mempunyai hubungan dengan alam semula jadi. Memandangkan tema istana lama Melayu, pemilihan bunga raya amat sesuai dalam mengangkat seni warisan negara lebih-lebih lagi bunga raya merupakan bunga kebangsaan yang menjadikan karya seni lebih autentik dan asli selari dengan budaya Melayu Motif corak flora seperti daun dan tangkai bunga dipilih dan kemudiannya diolah menjadi corak yang menarik dan mempunyai alunan-alunan yang pelbagai, dan unsur seni bentuk yang berbeza. Bumbung istana telah ditambah ke dalam lakaran utama untuk menunjukkan gambaran sebenar istana. Bumbung Istana ini mempunyai bentuk yang bercirikan tradisional.
Lakaran perkembangan tema Istana Lama Lakaran corak motif awan larat telah digunakan dan dimasukkan ke dalam lakaran perkembangan idea bagi menampakkan lagi ciri-ciri istana lama. Corak awan larat yang diilhamkan dari alam banyak dijumpai pada bahagian tepi bumbung istana dan tiang telah memberi idea untuk meletakkan ke dalam lakaran ini. Penggunaan corak awan larat ini mewujudkan sifat keaslian dan kesenian corak pada zaman dahulu kala.
Lakaran perkembangan tema Istana Lama
Lakaran pengolahan tema Istana Lama
Lakaran pengolahan tema Istana Lama
PENEROKAAN ALAT, BAHAN DAN MEDIA
PENEROKAAN ALAT, BAHAN DAN MEDIA
PENEROKAAN ALAT, BAHAN DAN MEDIA
PENEROKAAN TEKNIK YANG DIPILIH TEKNIK SENI DIGITAL Teknik ini merupakan seni yang dicipta oleh media digital, seperti ilustrasi grafik, ilustrasi dan lain-lain. Lazimnya, ciptaan seni digital memerlukan peranti digital termasuk komputer peribadi, telefon pintar, tablet dan sebagainya. Malah, seni digital adalah istilah yang sinonim dengan seni kontemporari yang menggunakan kaedah pengeluaran massa atau media digital. Seni digital dijana sepenuhnya melalui program komputer seperti gambar dilukis menggunakan perisian grafik vektir, Adobe Photoshop dan ilustrator. Banyak disiplin ilmu lama telah menggunakan teknologi digital dan komputer sehingga perbandingan antara karya seni tradisional dan karya seni hasil olahan media komputer menjadi sukar untuk dibezakan.
PROSES PENGHASILAN KARYA
Kajian Warna
Kajian Warna Kajian warna yang dilakukan dapat dilihat menggunakan dan meneroka pelbagai jenis warna yang terdiri daripada warna panas, sejuk, sekunder dan primer untuk mendapat an warna yang sesuai dalam memperlihatkanpenghasilan corak yang menarik dan menonjol.
K A J I A N W A R N A Y A N G D I P I L I H Menunjukkan warna yang menarik dan harmoni. Penggunaan warna panas seperti warna kuning melambangkan sifat keaslian dan kemegahan bunga ini sebagai bunga kebangsaan.
Kajian Komposisi/Susunan Segi empat Segi tiga Heksagon
Susunan bertimbal Susunan orgee Susunan berselang-seli
2 2 M ARCH Penerokaan komposisi dan susunan corak melalui aplikasi pattern designer dan mengkaji setiap gambar susunan serta memilih susunan yang sesuai. Susunan ulang sekata Susunan batu-bata Susunan separa
day 2 2 M ARCH Kajian Komposisi yang dipilih (Segi tiga) Mempunyai daya tarikan yang tinggj dan susunannya yang tidak serabut Kajian Komposisi yang dipilih (Segi tiga) Mempunyai daya tarikan yang tinggj dan susunannya yang tidak serabut
day Rekaan Akhir Saya memilih susunan corak terancang iaitu (susunan batu-bata) dalam menghasilkan corak bunga raya. Susunan ini kelihatan lebih sesuai untuk dipamerkan di setiap tempat.
Lukisan Karya Akhir
Good bye march RUMUSAN Saya berasa bersyukur dan gembira kerana saya mampu menyelesaikan projek digital ini dalam tempoh masa yang cukup. Pada masa yang sama, sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini, saya dapat mempelajari cara untuk membuat lukisan secara digital walaupun terdapat pelbagai kekangan dalam melaksanakannya, namun semangat yang teguh dan usaha yang kukuh, saya berusaha sedaya upaya membuat tugasan dengan sebaiknya. Hal ini secara tidak langsung, erti kesabaran dan kesungguhan juga dapat saya kukuhkan sepanjang fasa menyiapkan tugasan ini. Demi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, saya telah melakukan kajian dan carian mengenai proses penghasilan corak terancang berdasarkan motif bunga raya dan lakaran secara digital menerusi pelbagai sumber seperti Google dan Youtube untuk memperoleh penjelasan dan pemahaman yang mendalam mengenai gambaran motif corak yang sebenar dan tema istana lama. Bukan itu sahaja, saya juga telah menjalankan perbincangan dengan pensyarah dan rakan untuk saling bekerjasama mencari maklumat mengenai pengaplikasian aplikasi digital. Hal ini telah membolehkan saya menguasai kemahiran seperti mengorganisasi, mentaksir, menganalisis dan mengaplikasikan setiap pengetahuan dan kemahiran dalam menghasilkan sebuah bentuk pembelajaran yang bermakna. Oleh itu, semoga segala ilmu dan kemahiran yang saya perolehi dapat diaplikasikan dalam kehidupan saya sebagai seorang bakal guru untuk memberi dan menyampaikan ilmu kepada generasi akan datang demi kemashalatan bersama.
Good bye march SUMBER RUJUKAN Abdul Radzif Yacob Al-Haj. (2021, Oktober 10). Teknik stensilan dan gosokan. https://anyflip.com/amxho/jzwa/basic Arkib Negara Malaysia. (2023, Februari 27). Istana lama Seri Menanti. http://www.arkib.gov.my/web/guest/istana-lama-seri-menanti3 Jenny, J. N. (2022, April 14). E-portfolio PSVK3073 Menggambar dan membuat corak dan rekaan. https://fliphtml5.com/qkvvs/hrtu/basic Mazlina Johari. (2021, Februari 04). Bidang membuat corak dan rekaan. https://anyflip.com/jyldh/fhuf/basic Mohamad Nur Shafiq Harun & Mohamad Samsudin. (2022). Nilai estetika keindahan motif dan corak seni ukiran kayu Rumah Limas Belanda di Terengganu. BITARA International Journal of Civilization Studies and Human Sciences, 5 (1), 36-51. https://bitarajournal.com/index.php/bitarajournal/article/view/266 Mohammed Iqbal Badaruddin, Simon Soon, Luqman Lee, Zaimie Sahibil, & Muhammad Luqman Ibnul Hakim Mohamad Saad. (2019). Teori dan kaedah Analisa terhadap nilai apresiasi motif reka corak tradisional Melayu: Satu perbandingan umum. International Journal of Heritage, Art and Multimedia, 2 (5), 56-71. http://www.ijham.com/PDF/IJHAM-2019-05-06-05.pdf Norsalisa Hafieza Salahudin. (2016, September 29). Corak bermotifkan flora. https://www.flickr.com/photos/145506300@N02/30005141291 Nurul Shakira Ahmad Asri & Mohamad Yuszaidy Mohamad Yusoff. (2022). Motif alam dan tumbuhan dalam seni ukiran kayu Melayu di Besut Terengganu. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (1), 1-8. http://journalarticle.ukm.my/19461/1/461-Article%20Text-658-1-10- 20220705.pdf Rosmah Sibin. (n.d.) Membuat corak dan rekaan. https://www.academia.edu/11923635/Membuat_Corak_dan_Rekaan Tan, L. F. (2022, April 17). E-portfolio PSVK3213. https://anyflip.com/vicyt/wjkg/basic The International School of Kuala Lumpur. (2021, April 30). Jom Belajar: ‘Bunga Raya’- the National Flower of Malaysia. https://www.iskl.edu.my/bunga-raya-the-national-flower-of-malaysia/
Good bye march LAMPIRAN
Sekian, terima kasih