Kaum kadazandusun Etika dan peradaban pensyarah: encik abdul rahman
AHLI KUMPULAN: DANIEL HAFIZ HAIRULZNI BIN MAIZUL HAIRULZNI (14DHM22F2011) SHAMEERA BEGUM BINTI SADIQ RAHIM (14DHM22F1027) CELESTINA MASIUS (14DHM22F2024)
ISI KANDUNGAN: 1.PENGENALAN 9. sambutan perayaan 2. BAHASA kaamatan(tadau kaamatan) 3. KEPERCAYAAN 10. pertandingan unduk ngadau 4. TARIAN TRADISIONAL 11. adat kelahiran 5. MAKANAN TRADISIONAL 12. adaT PERKAHWINAN 6. ALAT MUZIK TRADISIONAL 13. KEGIATAN EKONOMI 7. PAKAIAN TRADISIONAL 14. ADAT SOGIT 8. Kraf tangan 15. KESIMPULAN
PENGENALAN. Kaum Kadazandusun juga dikenali sebagai bangsa Mamasok Sabah atau Bangsa Mamasok Kadazan-Dusun merupakan kumpulan kaum bumiputera asal yang terbesar di Sabah. Kaum Kadazan-Dusun juga merupakan satu kumpulan etnik dari dua bangsa iaitu Bangsa Kadazan dan Bangsa Dusun di Borneo yang digabungkan menjadi satu kumpulan kaum/etnik. Kaum ini juga telah dikenali dalam bahasa asal sebagai Mamasok atau Pasok yang ertinya original, yang sudah menduduki, orang asal ataupun orang asli pribumi. Kaum etnik Kadazandusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialect dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional.
PENGGUNAAN BAHASA
Suku kaum Kadazan mempunyai bahasa tersendiri. Suku kaum Kadazan dan suku kaum Dusun sebenarnya merupakan suku kaum yang berbeza, tetapi berasal dari rumpun yang sama. Bahasa kedua-dua suku kaum ini seakan-akan sama, cuma dibezakan oleh sedikit perbezaan dalam ejaan dan sebutan. Contohnya, "rumah" disebut sebagai "walai" dalam bahasa Dusun dan "hamin" dalam bahasa Kadazan. Banyak perkataan lain yang hanya berbeza dari segi ejaan seperti "dua" iaitu "duo" dalam bahasa Dusun dan "duvo" dalam bahasa Kadazan, dan "sembilan" yang disebut "siam" dalam bahasa Dusun, dan "sizam" dalam bahasa Kadazan. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan yang sama seperti "satu" iaitu "iso" dalam kedua-dua bahasa dan "enam" iaitu "onom".
KEPERCAYAAN
Sebelum hadirnya agama Islam dan agama Kristian ke negeri Sabah, orang Kadazandusun adalah mereka yang mengamalkan kepercayaan animisme atau Pagan. Namun, pada masa kini, jumlah mereka yang mengamalkan kepercayaan ini sudah semakin berkurangan kerana ramai yang telah memeluk sama ada agama Islam atau Kristian. Dalam kepercayaan animisme mereka, mereka percaya kepada kewujudan Tuhan bernama Kinorohingan. Kinorohingan ini berkuasa mencipta manusia. Namun, nama Tuhan ini berbeza mengikut suku kaum dan lokasi mereka.
TARIAN TRADISIONAL
Tarian Sumazau Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan atau pada perayaan selain Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei. Hujung bulan Mei dipilih berdasarkan kepada secara tradisinya pada masa dahulu, penanaman padi hanya berlaku sekali setahun. Apabila selesai menuai padi, selalunya sebelum penghujung bulan Mei. Tarian sumazau dalam bahasa Kadazan , dan sumayau dalam bahasa Dusun. Sumayau dalam bahasa dusun bermaksud menari, dapat dikaitkan dengan perkataan minsayau, bermaksud melompat-lompat. Jumlah penari tidak ditetapkan, tetapi mestilah berpasangan, lebih ramai lebih meriah. Tarian sumazau/sumayau berbeza-beza mengikut etnik. Paluan gong juga berbeza mengikut etnik. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucapkan kesyukuran mengikut daerah dan desa. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibarkibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerakgerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu, bergantung dari mana suku kaum kadazandusun ini berasal .
Ketika menari tangan didepakan keluar, seolah-olah sedang terbang tetapi dihinjutkan pergelangan tangan. Situasi ini juga boleh berbeza-beza mengikut daerah. Kadang kala ketika menari penari boleh setakat menghayun-hayun atau melimbai-limbai tangan. Pada masa sekarang tarian sumazau/sumayau ditarikan pada setiap majlis dan keramaian menyambut hard keramaian, namun tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan"Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan pada selepas menuai padi. Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas. Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta talipinggang (hinogot) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars) dan set tangkong yang diperbuat daripada tembaga. Penari lelaki biasanya akan memakai tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyangkutkan dipinggang daun silad kering sebagai pengganti padi. Kini tarian Sumazau ditarikan dalam banyak majlis keramaian seperti majlis-majlis perkahwinan, majlismajlis keraian menyambut ketibaan orang-orang kenamaan, di mana ia turut juga ditarikan oleh semua yang hadir dengan tidak mengira suku kaum dan peringkat umur bagi memeriahkan majlis tersebut tanpa memakai pakaian tradisional hitam.
MAKANAN TRADISIONAL
Identiti dan pengenalan bagi kaum Kadazan. Masyarakat Kadazandusun memiliki pelbagai hidangan yang unik. Hidangan-hidangan ini biasanya banyak disediakan di musim perayaan seperti Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30 dan 31 Mei. Selain pada hari perayaan, suku kaum Kadazandusun yang tinggal di kampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini secara harian. Selain itu ia juga menjadi hidangan istimewa bagi acara istimewa seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh suku kaum Kadazandusun. Makanan tradisi suku kaum Kadazandusun terdiri daripada pelbagai jenis kerana keadaan semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarian makanan. Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, dan Sup Manuk Lihing , Linopot. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazandusun. Linopot Bosou Noonsom Pinaasakan Sup Manuk Lihing Hinava
ALAT MUZIK TRADISIONAL
1.KULINTANGAN Kulintangan merupakan salah satu alat muzik tradisional di negeri Sabah. Kulintangan biasanya dimainkan semasa majlis-majlis keramaian atau majlis rasmi. Kulintangan merupakan salah satu alat muzik tradisional yang terdapat di Sabah. Kulintangan banyak digunakan dan dimainkan oleh suku kaum Bajau dan KadazanDusun ketika menyambut majlis keramaian, perayaan atau majlis-majlis rasmi. Kulintangan mempunyai lapan hingga sembilan buah gong-gong kecil yang disusun sebaris dan apabila ia dimainkan akan mengeluarkan bunyi yang berlainan antara satu sama lain. Kulintangan akan dimainkan dengan menggunakan dua pemukul kayu yang kecil.Beberapa alat muzik tradisional yang lain juga turut dimainkan bersama dengan kulintangan ketika membuat sesuatu persembahan. Bagi membuat dan memainkan alat muzik kulintangan, ianya adalah sama seperti caracara membuat dan memainkan alat muzik gong namun yang membezakan adalah dari segi saiznya yang lebih kecil.
2.GENDANG Gendang juga merupakan salah satu alat muzik tradisional di Sabah yang mana ianya digunakan untuk muzik iringan bersama dengan alat tradisional yang lain seperti Kulintangan. Selain daripada menggunakan untuk membuat persembahan di majlis-majlis tertentu, gendang juga digunakan oleh sesetengah masyarakat ketika membuat upacara pengobatan orang sakit. Biasanya gendang ini dihasilkan dengan menggunakan bahan seperti kulit lembu atau kulit kerbau, batang pokok, rotan dan kayu penahan. Oleh kerana bahagian atasnya dibuat daripada kulit haiwan, maka kayu pemukul yang dihasilkan juga mestilah dibuat dengan betul agar kulit tersebut tidak mudah koyak. Paluan gendang yang dipalu adalah berbeza mengikut daerah dari segi irama dan rentaknya.
3.GONG Gong merupakan salah satu alat muzik tradisional yang terdapat di negeri Sabah. Gong yang juga dikenali dengan nama Tagung merupakan antara alat tradisional bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah.Gong ini diperbuat daripada bahan yang keras seperti besi dan juga tembaga. Besi tersebut akan diketuk menggunakan tukul khas untuk menghasilkan bentuk manakala tembaga pula akan dipanaskan dan dicairkan kemudian akan dimasukkan ke dalam bekas atau acuan gong dan dibiarkan ianya mengeras atau membeku.Gong atau Tagung digunakan ketika menyambut majlis tertentu seperti majlis keramaian, perayaan dan juga majlis-majlis rasmi. Jumlah Gong yang biasanya digunakan dan dimainkan ketika keramaian adalah terdiri daripada 7 buah
4.SOMPOTON Sompoton adalah alat muzik tradisional di Sabah yang paling popular di kalangan masyarakat Sabah terutamanya di sebelah pantai barat negeri Sabah. Sompoton juga merupakan antara alat muzik paling disukai oleh suku kaum Kadazan-Dusun. Sompoton banyak digunakan dan dimainkan ketika menyambut satu-satu majlis keramaian, perayaan ataupun majlis-majlis rasmi. Sompoton akan dimainkan oleh orang telah telah mahir menggunakannya agar bunyi atau rentak yang dihasilkan tidak rosak atau sumbang. Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat alat muzik sompoton adalah seperti : 01. Labu liar (Kurobu) 02. Gam lebah (Sopilut) 03. Buluh renik (Sumbiling) 04. Kulit pokok palma (Polod) 05. Pokok paku menjalar (Telinting) Untuk menghasilkan bunyi, Sompoton akan dimainkan dengan menggunakan jari yang dialihkan dari satu lubang ke lubang yang lain di paip sompoton tersebut. Paip sompoton biasanya bersaiz 34 cm di sebelah kiri, manakala di sebelah kanan pula 24 cm.
5.TONGKUNGAN Tongkungon adalah alat muzik tradisional yang terdapat di negeri Sabah. Tongkungon juga merupakan sejenis alat muzik tradisional yang bertali dan ia selalu dimainkan untuk menghilangkan rasa bosan atau ketika ada masa lapang. Tongkungon yang dihasilkan akan diletakkan tali sebanyak 8 utas iaitu empat tali di bahagian kanan dan empat lagi di sebelah kiri. Biasanya tali-tali ini adalah bersaiz kecil dan halus agar dapat mengeluarkan bunyi yang nyaring. Untuk memainkannya alat muzik tongkungon ini, para pemain akan menggunakan jari mereka untuk memetik tali-tali yang terdapat pada tongkungon tersebut. Mereka akan meletakkan empat jari disebelah kiri dan empat jari disebelah kanan agar dapat memainkan kesemua tali tersebut. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat tongkungon juga cukup mudah untuk didapati iaitu hanya dengan menggunakan bambu dan juga tali.
6.SERULING Seruling atau juga dikenali dengan nama 'Suling' merupakan salah satu alat muzik tradisional yang terdapat di negeri Sabah dan merupakan antara alat muzik yang popular di kalangan masyarakat Sabah terutamanya dari suku kaum Kadazan-Dusun.Di Sabah biasanya seruling ini diperbuat daripada buluh bambu yang bersaiz kecil dan terdapat juga sesetengah orang yang membuat seruling dengan menggunakan batang paip.Pada kebiasaannya seruling yang dibuat mempunyai 8 lubang kesemuanya iaitu 7 daripada lubang tersebut adalah untuk menghasilkan kod atau rentak muzik manakala 1 lubang lagi adalah ditutup.
7.SUNDATANG Sundatang adalah salah satu alat muzik tradisional yang terdapat di Sabah. Sundatang sangat popular di kalangan kaum pribumi di Sabah terutamanya suku kaum Rungus.Sundatang merupakan alat muzik yang bertali dan biasanya sebanyak 2 tali akan digunakan untuk menghasilkan alat muzik sundatang ini. Kayu yang digunakan untuk membuat sundatang juga hendaklah menggunakan kayu yang keras agar ianya tahan lama.Kebiasaannya sundatang digunakan dan dimainkan ketika masa lapang agar dapat menghilangkan rasa bosan. Kadangkala sundatang juga dimainkan dipersembahan kebudayaan.
PAKAIAN TRADISIONAL
Masyarakat kaum Kadazandusun akan memakai pakaian tradisi mereka sewaktu perayaan Tadau Kaamatan dan juga semasa pertandingan Unduk Ngadau atau ratu cantik, dan sedikit berbeza begantung dengan kawasan mereka. Bagi masyarakat yang tinggal di Penampang, lelaki akan memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan siga. Bagi wanita, mereka akan memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tetapi dan selendang batik yang dilengkapi tali pinggang himpogot. Bagi yang tinggal di Papar, lelaki dan perempuan akan memakai baju fabrik baldu hitam yang berhiaskan renda kuning keemasan. Cuma, lelaki akan dilengkapkan dengan kepala sigal dan kain destar. Wanita akan memakai siung daripada anyaman buluh halus selepas siap dipakaikan baju fabrik baldu hitam. Mereka akan dihiaskan dengan gelang tangan dan tali pinggang syiling perak.
KRAFTANGAN
KRAFTANGAN BAKUL PLASTIK Kraftangan daripada tali plastik merupakan satu revolusi baru dalam menghasilkan produk kraftangan di Sabah dan Sarawak pada hari ini. “Kraf kreatif ini sebagai satu program ‘outreach’ Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) untuk manfaat wanita khususnya. BARAIT Barait dikatakan sebagai Beg Tradisional untuk kaum KadazanDusun & Murut. Barait mempunyai pelbagai kegunaan terutamanya untuk mengangkat barang-barang. Barait boleh juga dikatakan sebagai Beg Serbaguna untuk Kaum KadazanDusun & Murut suatu ketika dulu. Barait diperbuat daripada kulit rotan khas yang tumbuh berhampiran dengan anak sungai. Rotan tersebut dihiris-hiris dalam saiz yang dikehendaki sebelum dianyam. Saiz Barait ditentukan mengikut kepanjangan rotan yang dihiris, dan jumlah rotan yang dihiris. Proses pembuatan Barait mengambil masa lebih kurang 3 hari hingga seminggu. Proses pembuatannya bukan lah mudah dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang mempunyai kemahiran.
WAKID ‘wakid’, iaitu sebuah alat sikutan tradisi suku kaum Kadazandusun dan Murut (KDM) di Sabah, Malaysia. Sejarah kraftangan "wakid" ini dihasilakn oleh masyarakat Kadazan Dusun Murut untuk digunakan tempat memasukkan hasil tuaian padi dan seterusnya sebagai alat untuk mengangkat padi yang lepas dituai. SIRUNG Sirung merupakan sejenis topi yang diperbuat dari rotan atau buluh. Topi ini diperlukan untuk melindungi diri dari panas dan hujan. Bentuk topi dapat menunjukkan asal daerah seseorang itu.Oleh itu ,topi ini sering ini di gunakan semasa berkebun atau ke sawah padi.
SAMBUTAN PERAYAAN
pengenalan Pesta kaamatan(tadau kaamatan). Tadau merupakan sebuah perkataan dalam bahasa Kadazan-Dusun bagi 'Hari' atau 'Pesta'. Perkataan Kaamatan berasal daripada kata dasar tomot, dalam istilah Kadazandusun adalah untuk "tuai". Kaamatan merujuk kepada tempoh penuaian padi, yang melibatkan satu siri ritual tradisional yang memuncak akhirnya ke Magavau dan perayaan Moginakan Kaamatan (Tuai), salah satu peringatan, sebagai penghormatan kepada oh Huminodun, Ponompuan yang dikorbankan — Puteri Kinoingan Istilah kaamatan. Istilah Kaamatan telah digunakan oleh masyarakat sabah, khususnya kaum atau etnik Kadazan-Dusun dan Murut di Negeri Sabah sejak Tun Fuad Stephens menjadi ketua menteri Sabah. Selain istilah Kaamatan, terdapat istilah "Kokotuan" yang dibahas untuk digunakan dalam perayaan Kaamatan. Namun, KDCA memutuskan untuk menggunakan Kaamatan kerana Kokotuan lebih difahami dan diterima secara meluas berkaitan dengan penuaian pucuk sayuran muda menggunakan ibu jari dan jari pertama sahaja tanpa bantuan mana-mana pihak. alat lain seperti pisau menuai seperti sabit (linggaman). Sejarah pesta kaamatan. Sejak dahulu lagi adalah menjadi amalan tradisi orang asli Sabah (kaum Kadazandusun dan Murut khususnya) mengadakan perayaan menuai tahunan. Dari segi sejarah dan tradisi, Pesta Kaamatan biasanya diadakan pada kali pertama melihat bulan purnama sejurus selepas musim menuai. Kemunculan bulan purnama lazimnya disebut sebagai tempoh tawang (harfiah: bulan purnama). Semasa tawang, orang asli membuat pematuhan yang ketat dan akan menahan diri daripada bekerja keras. Sebaliknya, mereka akan berehat untuk mengadakan sambutan kampung yang boleh berlangsung selama dua hingga tiga hari.
Sejarah pesta kaamatan. Sejak dahulu lagi adalah menjadi amalan tradisi orang asli Sabah (kaum Kadazandusun dan Murut khususnya) mengadakan perayaan menuai tahunan. Dari segi sejarah dan tradisi, Pesta Kaamatan biasanya diadakan pada kali pertama melihat bulan purnama sejurus selepas musim menuai. Kemunculan bulan purnama lazimnya disebut sebagai tempoh tawang (harfiah: bulan purnama). Semasa tawang, orang asli membuat pematuhan yang ketat dan akan menahan diri daripada bekerja keras. Sebaliknya, mereka akan berehat untuk mengadakan sambutan kampung yang boleh berlangsung selama dua hingga tiga hari. Di daerah Tambunan, seperti di banyak kawasan lain, persiapan Pesta Ka’amatan melibatkan semua orang, tua dan muda. Kaum lelaki dahulu menganjurkan ekspedisi memburu kumpulan untuk menyediakan daging yang mencukupi untuk perayaan, manakala wanita mengatur diri mereka untuk menghasilkan beras yang mencukupi untuk membuat arak beras (tapai) dan untuk memasak pada hari perayaan Ka'amatan. Di peringkat luar bandar (atau kampung), menjelang Pesta Ka'amatan diketuai terutamanya oleh Bobohizan, pakar ritual memberi penghormatan dan mengucapkan kesyukuran kepada Bambaazon, semangat padi, untuk tuaian yang baik. Kemudian, pada hari pertama sukan tradisional berlangsung, dan pada hari kedua perjumpaan komunal melalui jamuan, minum, muzik dan tarian.
Perayaan Ka'amatan sangat penting kerana ia menandakan bukan sahaja kesempatan untuk menghormati Bambaazon dan berterima kasih kepada Tuhan atas hasil tuaian yang melimpah dan kemurahan hatinya dalam memanjangkan hayat di bumi. Ia juga merupakan kesempatan di mana janji persahabatan dan persaudaraan diperbaharui melalui saling memaafkan. Perayaan Kadazan Ka'amatan mungkin merupakan Perayaan yang paling asli dan paling agung di Sabah. Sambutan meriah diadakan di semua peringkat, bermula dengan peringkat kampung, kemudian peringkat daerah dan kemuncak dengan sambutan peringkat negeri pada 30 dan 31 Mei.
PERTANDINGAN UNDUK NGADAU
PENGENALAN. Unduk Ngadau adalah pertandingan kecantikan yang diadakan setiap tahun semasa perayaan Kaamatan di Sabah dan diadakan secara berperingkat – dari peringkat daerah hingga ke peringkat negeri. Pertandingan ini sangat dinantinantikan, ia dijadikan salah satu acara utama dalam perayaan Kaamatan. Selama beberapa tahun, ia selalu terkenal sebagai pertandingan kecantikan wanita yang memakai pakaian tradisional daerah masing-masing di mana ratusan wanita bersaing untuk mewakili daerah atau zon mereka di peringkat negeri. Malah, setiap wakil yang dipilih untuk mewakili daerah ke peringkat negeri akan sangat disokong oleh daerah masing-masing atau peminat lain ketika mereka memulakan perjalanan untuk memenangi tittle Unduk Ngadau. Di sebalik pakaian tradisional, make-up, hairstyle dan sebagainya, pertandingan ini sebenarnya mempunyai sejarah yang berhubung dengan kepercayaan masyarakat dulu
SEJARAH DISEBALIK UNDUK NGADAU. Kisahnya bermula dengan sebuah kampung yang subur tanahnya pada suatu masa dahulu. Penduduknya terdiri dari para penanam buah, petani padi, dan pengumpul hasil hutan. Mereka hidup dalam aman dan damai, menikmati ketenangan yang meliputi kampung mereka itu. Namun, pada suatu ketika, penduduk kampung itu dilanda kemarau panjang dan menyebabkan tanaman mati serta sungai menjadi kering. Akibat kemarau yang berpanjangan, ramai penduduk kampung menghadapi kesukaran untuk mencari makanan dan minuman. Ketua masyarakat, Kinoingan, lalu bertanya pada Bobolian mengenai kemarau ini dan bagaimana untuk menghentikan kemarau tersebut. Bobolian merupakan pendeta tinggi, pakar ritual dan medium roh dalam upacara pagan Kadazan-Dusun serta memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian orang Kadazan. Menurut Bobolian, satu-satunya jalan untuk suburkan semula tanah mereka adalah dengan satu pengorbanan namun pengorbanan itu haruslah dibuat oleh seseorang yang sangat sayang pada masyarakat. Tanpa pengetahuan mereka, Huminodun terdengar perbualan mereka. Huminodun merupakan anak perempuan Kinoingan dan isterinya, Sumundu. Setelah mendengar perbualan bapanya dengan Bobolian, Huminodun sering terfikir mengenai kata-kata Bobolian. Setelah berfikir dengan masak, dia memutuskan untuk menjadi korban bagi membantu masyarakatnya. Meskipun keputusannya tidak dipersetujui oleh semua penduduk kampung itu sehingga dia dipujuk untuk tidak meneruskan dengan keputusannya, gadis tersebut tetap dengan pendiriannya. Tanpa pilihan lain, mereka bersetuju untuk melakukan upacara untuk mengorbankan Huminodun. Setelah gadis itu dikorbankan, cuaca menjadi gelap dan maka turunlah hujan lebat akhirnya. Untuk mengingatkan peristiwa ini, mereka merayakan upacara kesyukuran kepada semangat Huminodun serta semangat padi. Unduk Ngadau merujuk kepada semangat Huminodun – Unduk Ngadau berasal dari perkataan Runduk Tadau yang bermaksud ‘gadis dinobatkan sebagai sinar cahaya matahari’.
Hubungkait antara unduk ngadau dengan huminodun. Pada mulanya, Unduk Ngadau merupakan salah satu cara untuk memperingati pengorbanan Huminodun. Pertandingan ini secara rasminya bermula pada sekitar tahun 1960-an di Penampang. Mengikut sejarah, nama gelaran pemenang telah berubah mengikut zaman. Contohnya, dari tahun 1960 – 1970, gelaran pemenang pertandingan ini adalah Miss Kadazan. Kemudian, Miss Harvest Festival dari 1970 – 1980. Gelaran Ratu Kaamatan digunakan dari tahun 1981 – 1990 dan Unduk Ngadau telah digunakan sejak tahun 1991 sehingga hari ini. Jelas bahawa Unduk Ngadau bertujuan untuk memuji watak Huminodun yang bersedia sepenuhnya menyerahkan diri untuk menyelesaikan krisis masyarakat yang sangat serius. Kriteria Peserta Unduk Ngadau: 1. Kemampuan bertutur dalam Bahasa ibunda(dusun) Kriteria ini tidak akan menjanjikan kemenangan meskipun mahir bertutur dengan fasih tetapi ia dianggap sebagai extra merit. Ini sebenarnya antara salah satu inisiatif untuk memertabatkan bahasa ibunda. 2. DAYA TARIKAN. Seperti pertandingan kecantikan lain, kecantikan, penampilan dan tingkah laku juga bermain peranan dalam menarik perhatian juri yang mengadili bakal pemenang
3. KECERDASAN INTELEK. - Dalam konteks pertandingan, peserta harus mengetahui sejarah kaum, budaya, pakaian tradisional, adat resam serta makanan tradisi mengenai budaya masingmasing. - Perkara ini juga merupakan sebuah inisiatif untuk menggalakkan peserta memahami dan menghayati dengan berkesan, tepat dan berkeyakinan. Ringkas kata, untuk menjadi pemegang title Unduk Ngadau, wanita itu harus merangkumi semua aspek semangat Huminodun – untuk tidak mementingkan diri sendiri dan bersedia melayani komunitinya serta menjadi inspirasi kepada semua wanita dari segi kepintaran dan kemuliaan.
KEGIATAN EKONOMI
Mereka mengamalkan pertanian swidden dengan menanam padi sawah dan huma, ubi kayu dan tembakau. Sambil menternak haiwan, menangkap ikan sungai, memburu, dan memungut tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan liar. Peralatan yang digunakan untuk: • pertanian: ragus, basung, dangol, gagamas, kakali, guyudan, kisaran, tosung, rilibu • perikanan:tundalo, siud, bangkala, tambong,bubu sawak • perternakan: lukung, gading • memburu: sopuk, tuwil, gaba, sungul, balatik, paliw, tandus, ramok, rungkasip, tabpai, sodik, tungkakub, pimpig, tawos .
Bagi masyarakat Kadazandusun di Daerah Penampang, Sabah, mereka mempercayai kepada amalan yang mati akan dipanggil mogombiruoh. Perkara ini boleh diandaikan oleh dukun melalui mimpi, di mana ramalan akan diberi oleh dukun tersebut. Bila kematian berlaku dalam masyarakat kadazandusun, tradisi ahli keluarga si mati akan memukul gong "Tontong sanang" yang bertujuan memberitahu ada kematian dalam ahli keluarga dan disertai turun dari rumah atau "menuhon" bertujuan cuba menahan roh si mati atau kedwo-dwo melalui benda-benda yang diambil di persekitaran halaman rumah si mati untuk disapukan di ubun-ubun kepala si mati dengan harapan si mati hidup semula. Pada malam pada hari perkuburan, ahli keluarga akan mengadakan upacara memisah dengan menutup semua lampu dalam rumah.Tujuannya ialah agar roh si mati akan balik ke rumah untuk "megoit-megoit" atau membawa dan mengambil barang-barang milik si mati. Pembahagian barang dilakukan dengan tangan kiri dan membelakang. Pada hari kelima atau ketujuh pula, upacara keselamatan yang dipanggil "Memagompi" melalui upacara mengendi dilakukan dengan bantuan sesorang yang mahir megendi.
ADAT KELAHIRAN
MENGANDUNG. Salah satu aspek yang terdapat dibawah adat kelahiran adalah fasa mengandung. Semasa mengandung, ibu yang mengandung akan dipastikan berada dalam keadaan yang sihat dan selamat daripada roh-roh jahat yang cuba mengganggu ibu tersebut dan bayi di dalam kandungan. Oleh itu, seorang bidan yang telah dipilih oleh keluarga akan memastikan si ibu mengandung sentiasa sihat dan selamat. Sejak dalam kandungan lagi, bidan akan memastikan bayi berada dalam keadaan yang sihat dan ibu akan diingatkan untuk tidak melanggar pantangyang telah ditetapkan semasa berada pada fasa mengandung terutamanya jika ia merupakan kandungan yang sulung. Antara pantang larang yang ditetapkan semasa mengandung adalahibu tidak boleh memotong ataupun mengerat sesuatu benda mahupun daging mentah. Mereka juga tidak boleh mengikat atau menyimpul kerana dipercayai tali pusat bayi akan bersimpul dan ia akan menyukarkan proses semasa bersalin serta dapat mengancam nyawa bayi itusendiri. Ibu mengandung juga dilarang untuk memakan buah yang mengandungi air dan mencucuk hidung lembu ataupun kerbau kerana dipercayai bayi mereka akan menjadi sumbing. Bersalin. Semasa fasa bersalin, bidan merupakan orang yang akan membantu si ibu untuk melahirkan bayi. Mereka akan berada bersama ibu sehingga proses bersalin berakhir dan akanmengeluarkan tembuni bayi kemudiannya menguruskan tembuni tersebut. Ibu yang baru bersalin akan dikenakan pantang dan tempoh berpantang dalam kaum ini dilakukan mengikut sistem kasta. Bagi orang kebanyakan, tempoh untuk mereka berpantang hanya 7 hari sahaja.Manakala bagi orang berdarjat pula akan berpantang selama 21 hari dan 44 hari adalah tempoh pantang untuk orang yang berdarjat dan berkedudukan lebih tinggi. Pantang makan akandikenakan pada ibu yang berpantang dan antaranya ialah tidak boleh memakan ikan yang bertulang keras dan berduri. Mereka juga dilarang untuk memakan nasi sejuk dan nasi yang telah terbiar semalaman kerana dipercayai si ibu akan masuk angin yang boleh menyebabkan “kambu” ataupun “bentan”. Si ibu akan diberikan rehat yang secukupnya supaya tenaga yang hilang sewaktu bersalin dapat dikembalikan. Urutan akan diberikan pada si ibu terutamanya pada bahagian rahim dan akan diberiminum air herba yang dapat membantu memanaskan badan dan membuang angin sejuk.Pantang bukan sahaja dikenakan pada ibu, namun pada suami juga. Semasa tempoh berpantang, suami dilarang untuk pergi jauh dari rumah. Mereka percaya jika suami tidak berada di rumah, ibu dan bayi lebih mudah untuk diganggu oleh roh-roh jahat. Bidan akanmemberi kawalan kepada ibu dan bayi secara mistik agar tidak diganggu oleh makhluk halus yang jahat. Tempat darah yang mengalir semasa si ibu bersalin juga akan digantung dengan daun limau dan duri limau. Ahli keluarga dan sahabat dilarang untuk mengunjung ibu dan bayi dalam tempoh berpantang. Bayi juga tidak dibenarkan untuk dibawa ke ruang tamu ataupun halaman rumah kerana kaum ini percaya Roh Gaiyoh akan mengganggu bayi tersebut.Pintu rumah kediaman akan diikat dengan sejenis daun yang dipanggil daun wongkong sebagai tanda rumah tersebut baru sahaja menerima ahli baru. Orang lain tidak dibenarkan memasuki rumah tersebut kerana dipercayai roh-roh jahat boleh mengikut mereka masuk.Keluarga dan sahabat hanya boleh masuk untuk melawat selepas bayi diberikan nama.Walaupun pada masa kini kerajaan sudah menyediakan kemudahan untuk ibu dan bayi selepas bersalin, namun kaum Kadazandusun masih selesa untuk mengamalkan adat mereka kerana ia
banyak memberi manfaat kepada si ibu dan bayi agar sentiasa sihat sepanjang tempoh berpantang. Di samping itu, ramai diantara kaum ini masih tinggal di kawasan pedalaman. Olehitu, mereka masih menggunakan khidmat bidan kampung. Selepas Kelahiran. Lapan hari selepas melahirkan, bayi akan diberikan nama sebanyak dua kali, iaitu namasementara dan nama sebenar. Pemberian nama sementara diberi untuk mengelakkan roh jahatiaitu Roh Gaiyoh untuk menuntut bayi tersebut jika nama yang diberikan adalah sama dengannama yang diberikan oleh Roh Gaiyoh kepada bayi tersebut. Oleh itu, nama bayi akan diganti dengan segera untuk mengelakkan roh tersebut menuntut bayi si ibu. Semasa memberi nama kepada bayi, pada hari yang sama bayi akan dibawa keluar dari rumah buat pertama kalinya.Seluruh keluarga dan orang seluruh kampung dijemput untuk berbincang dan menentukan nama bayi tersebut. Upacara ini dipanggil “madsapi” ataupun “modsopik”, yang lengkap dengan bacaan mantera dan tatacaranya. Nama-nama yang dicadangkan akan dikumpul dandipilih dan nama yang diberikan adalah berdasarkan peristiwa yang telah berlaku semasa bayiitu dilahirkan. Semasa berumur sebulan, upacara turun tanah akan dilakukan. Upacara ini dikenali sebagai Mintuhun atau Minuhun oleh kaum Kadazandusun. Bayi akan dibawa oleh ibunyasendiri untuk turun kebawah rumah bersama beberapa barang, iaitu sebuah bakul rotan bertutupyang diisi dengan sebilah pisau kecil, serangkai kemburangoh iaitu rumput yang dianggap semangat kepada semua perubatan tradisi dan membawa tangguk yang diperbuat daripada jaring. Sebelum memijak tanah, tapak kaki bayi akan diconteng dengan arang kuali dan garisanlurus di dahinya. Rumput yang melekat pada kaki bayi akan diambil dan dimasukkan kedalamair mandian bayi tersebut. Bayi akan dibawa semula ke atas dan dimandikan
ADAT PERKAHWINAN
Terdapat lima peringkat dalam upacara perkahwinan: 1. Merisik. 2. Meminang. 3. Bertunang. 4. Berkahwin. 5. Adat Mendiri Dan Masuk Rumah Baru.
1. Merisik. Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak akan mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang diutamakan adalah tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda peminangan daripada pihak lelaki. Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan terdiri daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak dibenarkan sama sekali. Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan berada dalam proses risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan. Kalau perempuan itu dalam pertunangan, risikan itudihentikan serta-merta.Kalau perempuan itu didapati sedang dalam proses risikan daripada lelaki lain, risikanitu ditangguhkan buat sementara, sehingga keputusan muktamad diperoleh daripada risikan terdahulu itu. Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang kemudian itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh diteruskan.Risikan ini dibuat secara berulangkali, peringkat demi peringkat dan adakalanya memakanmasa sehingga berharihari, malah ada yang sampai berbulan-bulan. Hal ini disebabkan banyak perkara yang mesti diketahui dengan jelas oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga yangingin merisik anaknya. Antaranya ialah susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan danseumpamanya. Mereka tidak mahu anak perempuan mereka hidup susah selepas berkahwin.Dengan itu mereka mesti memilih calon dengan sebaiknya demi masa depan anak mereka. 2.Meminang Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akanmenentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripadatembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi. Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti membersihkandiri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang bolehmemabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu. Pada malam tersebut mereka mesti berada datam keadaan 'bersih', iaitu tidak mabuk. Pada malam itu juga,salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya sekali akan mendapat mimpi.Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir serupa dan adakalanya benar-benarserupa. Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan. Pertama, mimpi baik, ini bererti, risikanitu bolehd iteruskan kepada proses peminangan. Kedua, mimpi buruk. Tetapi mimpi buruk itu dapat dibaiki atau di perbetulkan. lni bererti, proses pertunangan boleh diuruskan dengan syarat pihak lelaki harus membayar sogit kepanasan mimpi kepada orang yang bermimpi itu.Contohmimpi yang dimaksudkan ialah seperti bermimpi tentang barangbarang yang pecah seperti periuk atau pinggan-mangkuk.Kemudiannya barang-barang yang pecah itu dibaiki oleh pihak lelaki. Ketiga, mimpi buruksebagai contoh mimpi buruk ialah bermimpi akan periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk,tempayan atau apa sahaja barang kegunaan harian yang telah pecah. Ini bererti proses risikanitu berhenti setakat itu sahaja dan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan. Hari berikutnya,ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga terdekatnya bermesyuarat untukmembincangkan mimpi tentang mereka. Mereka sekeluarga bersama-sama menganalisa baikdan buruknya mimpi itu dan seterusnya membuat keputusan tentang peminangan tersebutadakah ia diterima ataupun sebaliknya.
3. Bertunang. Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak lelakiuntuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin yang digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu wakil lelaki diberitahu sama ada boleh bertunang dengan membayar sogit kepanasan mimpi kerana mimpi buruk atau tidak boleh bertunang kerana mimpi buruk. Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinandan kadar besar ataulamanya pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari.Jikatidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran yang sudahditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di depan pengadilan adat. Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadatdan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkansemangat ini dikenali sebagai Tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat danipadatembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari penrkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula dinamakan Tinokol iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau(tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantungkepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuandua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akandisembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti. Sebuahtajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin dirumah pengantin perempuan.Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazandusun, terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlishantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkankemampuan kedua-dua belah pihak. Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuatdengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi merekayang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari. Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itudiadakan.Untuk membolehkan pengantin ini bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara inidihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadirdi rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu.
4. Berkahwin. Majlis perkahwinan orang Kadazandusun memakan masa selama tiga hari. Perkara yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah Miohon Pinisi iaitu upacara menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang berpakaian tradisional berwarna hitam. Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan menggenggam nasidan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur ayam. Kemudian kedua-duanyaakan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu dimakan. Upacara miohon pinisi merupakan nazar perkahwinan menurut cara tradisional. Setelah upacara ini dilakukan, makanan dan minuman pun dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gong dibunyikan semula, diikuti dengan pertunjukan tarian sumazau. 5.Mendiri dan Masuk Rumah Baru. Selepas majlis perkahwinan berlangsung adat mendirikan dan masuk rumah baruhendaklah dimulai dengan upacara "Tumedek" atau menanda. Upacara ini hendaklah dilakukan pada hari-hari penting bagi masyarakat kadazandusun yang dipanggil "Tadau Rampagas,Tanob, Selimpunan do kesilau, Selimpunaan Tadau Daat, Selimpunaan Tulan Daat, KepuposanTulan Daat dan Selimpunan Tulan Kelimo". Begitu juga dengan masuk rumah baru harus padahari-hari yang terpilih dan diiringi dengan upacara sembahyang doa atau Megembawon/Mengendi. Upacara ini dilakukan oleh golongan tua yang mahir untuk mengendi. Lazimnyagolongan perempuan yang melakukan upacara megendi dan bukan daripada golongan lelaki
ADAT SOGIT
PENGENALAN. Kaum majoriti Sabah ini mempunyai dua dialek bahasa serta pelbagai budaya dan adat resam. Mereka tinggal di Bahagian Pantai Barat iaitu di Daerahdaerah Penampang, Papar, Tuaran, Kota Belud dan Ranau, serta di Bahagian Pedalaman iaitu Tambunan dan Keningau. Kebanyakan mereka adalah petani tradisional yang menanam padi sawah dan padi bukit. Sesetengahnya memburu serta menangkap ikan di sungai. SOGIT. Sogit adalah seumpama undang-undang, bertindak sebagai saman dengan pampasan daripada pihak yang bersalah. Pampasan biasanya dalam bentuk haiwan ternakan seperti khinzir, kerbau, lembu, kambing atau ayam. Sebagai contoh, sogit dikenakan kepada lelaki yang mengganggu gadis yang masih suci ataupun wanita yang telah berkahwin. Antara kesalahan yang boleh dikenakan sogit ialah: 1. Mencuri hasil tanaman atau ternakan 2. Merosakkan tanaman 3. Membunuh haiwan ternakan 4.Merogol 5. Melarikan anak gadis Jika seseorang perempuan diganggu oleh lelaki dan mengandung sebelum berkahwin maka lelaki yang bertanggungjawab perlu membawa keluarganya dan Ketua Kampung untuk membincangkan persetujuan sekiranya lelaki tersebut mahu berkahwin dengan perempuan berkenaan. Jika lelaki tersebut enggan berkahwin maka ia perlu membayar pampasan mengikut kehendak keluarga pihak perempuan berkenaan. Jika perempuan berkenaan mahu lelaki tersebut berkahwin dengannya maka pihak lelaki perlu menuruti kehendak pihak perempuan. Sogit yang perlu dibayar mestilah melebihi RM1000 serta barangan tradisional. Kelengkapan perkahwinan juga perlu disediakan walaupun kedua pihak tidak akan berkahwin.
HUKUMAN SOGIT. a) Hukum Perceraian Perkahwinan. Sekiranya si suami menceraikan isterinya maka ia perlu menanggung dan menyediakan segala keperluan bekas isteri termasuk anak-anak mereka. b)Hukum Nenek Dan Datuk. Apabila cucu dimalukan maka nenek dan datuk perlu diberi pampasan. Keluarga pihak perempuan diutamakan berbanding pihak lelaki. c) Hukum Lampau. Hukum ini bersifat tegas kerana hukuman mati dikenakan sekiranya terdapat hubungan luar nikah dengan tidak mengira siapa yang bersalah. Pasangan tersebut dimasukkan ke dalam raga kemudiannya dihumban ke dalam sungai. Kini hukuman ini telah dihapuskan.
KESIMPULAN