Kepelbagaian serta keunikan adat dan amalan kepercayaan suku kaum Kadazandusun di Daerah Penampang, Sabah masih menjadi tumpuan orang ramai. Adat dan amalan kepercayaan ini telah diwarisi secara turun-temurun yang masih dikekalkan sehingga kini walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Kebaikan dalam mengekalkan amalan turun temurun seperti ini amat penting bagi rujukan di masa akan dating serta dapat dilihat oleh generasi baru agar mereka tahu dan tidak jahil dengan adat dan amalan nenek moyang mereka. Selain itu, pengekalan adat ini penting agar ia tidak lupus ditelan zaman. Adat juga merupakan salah satu media gambaran atau latar belakang sesebuah kaum khususnya kaum yang terbesar di Sabah iaitu kaum Kadazandusun. Secara tidak langsungnya, adat dan amalan kepercayaan yang dikekalkan sehingga kin imampu menarik ramai pelancong dari luar yang ingin melihat budayabudaya yang ada di Sabah. Walaupun ada sesetengah amalan kepercayaan yang tidak sesuai dilakukan lagi namun tidak salah jika ia dibuat tayangan kepada penonton agar generasi terkini lebih mudah memahami tentang asal usul etnik terdahulu.