The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEMA 6 Penambahbaikan Program Akademik dan Pemantapan Standard Kurikulum Di Sekolah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sofyanmy, 2021-12-03 18:02:49

TEMA 6 Penambahbaikan Program Akademik dan Pemantapan Standard Kurikulum Di Sekolah

TEMA 6 Penambahbaikan Program Akademik dan Pemantapan Standard Kurikulum Di Sekolah

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN
MT08C: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (PENGURUSAN PENDIDIKAN)

SEMESTER 1 SESI 2021/2022
TP60204: DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN

PENSYARAH
DR. ROSLEE BIN TALIP
PENSYARAH FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

TUGASAN KUMPULAN TP60204
TEMA 6:

PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKADEMIK DAN PEMANTAPAN
STANDARD KURIKULUM DI SEKOLAH

NAMA PELAJAR: NO. MATRIK TEL: SEKSYEN
BINTI MP 2022304T 0168386059 3
1. NURIFFA FITRIYANA 0178455743 3
ARIFFIN MP 2022276T 0195323715 17

2. MOHD ASRI BIN NORDIN

3. SOFYAN BIN MOHD YUNUS MP 2022251T

BIL. KANDUNGAN MUKASURAT

1 PENGENALAN DAN DEFINISI KURIKULUM 2

2 REKA BENTUK DAN MODUL KURIKULUM 6

3 MATLAMAT KURIKULUM DAN PERKAITAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN 11

4 PERUBAHAN KURIKULUM DI MALAYSIA

i. SEKOLAH RENDAH 17
ii. SEKOLAH MENENGAH

5 KBSR, KBSM, KSSR DAN KSSM

i. KONSEPTUAL 24
ii. OPERASIONAL
iii. CABARAN
iv. KESAN PERUBAHAN DALAM AKADEMIK

6 HUBUNGAN BIDANG KEBERHASILAN GURU DALAM PROGRAM AKADEMIK 33
DAN KURIKULUM MELALUI PPPM 2013-2025

7 PENGAPLIKASIAN STANDARD KURIKULUM DI PERINGKAT SEKOLAH

i. KAEDAH 37
ii. CABARAN
iii. KESAN

8 PEMBELAJARAN ALAF 21: PENERAPAN DALAM AKADEMIK DAN KURIKULUM 44

9 KESIMPULAN 47

10 LAMPIRAN INFORGRAFIK 49

11 RUJUKAN

1

1. PENGENALAN DAN DEFINISI KURIKULUM

1.1 PENGENALAN

Perkembangan pendidikan masa kini merupakan proses perubahan yang meliputi
kepada penambahbaikan sistem pendidikan. Penambahbaikan dilakukan bagi membina
suatu idea yang baharu dan kreatif dalam aspek pengurusan, kepimpinan, pedagogi dan
budaya sekolah yang seirin dengan peredaran masa. Kesemua aspek ini mampu memberi
perubahan kepada sekolah kerana akauntabiliti dan kecekapan setiap pihak dalam
melaksanakan tugas masing-masing dilakukan secara saksama dan fleksibel terhadap
keadaan perubahan. Namun begitu, terdapat pelbagai cabaran terhadap akauntabiliti dan
kecekapan dalam melakukan penambahbaikan sekolah. Hal ini melibatkan semua pihak
berkenaan seperti pihak ibu bapa, pihak NGO, guru-guru dan pengetua dalam
menjayakan perubahan yang dilakukan lebih baik dari sebelumnya. Dengan itu,
perbincangan terhadap kesemua pihak diperlukan bagi merancang perancangan yang
strategik dan keperluan pihak sekolah dalam melakukan perubahan dan penambahbaikan
kepada sekolah.

Menurut kajian Mariani Md Nor etc (2016), menyatakan dalam dapatan kajian
bahawa amalan kepimpinan pengajaran untuk penambahbaikan sekolah mampu
membawa kepada kecemerlangan sekolah. Hal ini kerana, pengetua atau guru besar
menekankan kepada lima dimensi di mana para guru diberikan latihan dan kursus untuk
meningkatkan prestasi guru bagi memantapkan pengajaran guru di dalam kelas. Sebagai
contohnya, mengadakan kursus pengajaran PAK-21 yang melibatkan kemahiran aras
tinggi dan aktiviti berasaskan teknologi bagi diterapkan dalam pengajaran kelas. Kursus
ini merangkumi dalam dimensi “mengalakkan pembangunan profesional” di mana paru
guru didedahkan kepada kemahiran dan pengetahuan baru yang boleh diaplikasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas. Oleh itu, kepentingan dalam amalan
kepimpinan pengetua terhadap iklim pembelajaran dapat meningkatkan profesional guru
dalam menyumbangkan idea dan pendapat yang inovatif kepada sekolah agar
penambahbaikan sekolah yang dilakukan memperoleh hasil yang memberansangkan
kepada sekolah.

Sehubungan itu, proses penambahbaikan sekolah dalam program akademik dan
standard kurikulum di sekolah merangkumi kepada memperbaiki aktiviti pengajaran,
komunikasi berkesan, menyelit kemahiran baru, dan bahan bantu pengajaran yang

2

berasaskan kepada teknologi serta meluaskan pengalaman pelajar secara kontekstual.
Dengan itu, kerajaan telah memperuntukan perbelanjaan dalam Rancangan Malaysia ke-
12 di mana langkah utama kerajaan dalam sektor pendidikan ialah mengukuhkan sains,
teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), pembaikan bangunan sekolah,
menubuhkan sekolah dan kompleks serta memperkenalkan pelan pendidikan digital.
Bahkan turut ditekankan program TVET kepada sistem pendidikan agar lebih meluas bagi
pelajar meneroka dan menguasai pembelajaran praktikal dengan baik. Hal ini
menunjukkan usaha kerajaan untuk memantapkan lagi sistem pendidikan dengan
menyediakan sumber yang mencukupi. Namun begitu, Pemantapan sistem pendidikan
juga perlu sejajar dengan budaya sekolah yang mempunyai efikasi atau renungan kendiri
dan kerjasama profesional dalam melakukan penambahbaikan sekolah agar sekolah
mempunyai kualiti perkhidmatan yang baik dan efisien (Fuzianah Taahyadin, 2020). Hal
ini menyatakan bahawa seorang guru perlu mempunyai semangat yang tinggi dan cinta
terhadap pekerjaan yang dilakukan agar guru dapat melakukan penambahbaikan kendiri
untuk mengasahkan lagi kemahiran dan pengetahuan guru.

Justeru itu, pembangunan profesional guru terhadap penambahbaikan sekolah
telah dinyatakan dalam intipati pelan pembangunan pendidikan 2013-2025 dan dasar
pendidikan. Pelan ini turut memberi ruang kepada para guru untuk meningkatkan
kemahiran bahasa guru dalam subjek bahasa Inggeris dengan mengikuti Cambridge
Placement Test (CPT) dalam tempoh dua tahun bagi memperkasakan lagi kemahiran
bahasa Inggeris para guru mengikut standard antarabangsa yang ditetapkan. Selain itu,
Program pembangunan profesional berterusan (CPD) yang bermula pada tahun 2013
turut membantu para guru untuk meningkatkan pembangunan diri dengan melengkapkan
diri dengan pengetahuan, kemahiran, nilai dan amalan profesional guru secara mendalam
dan meluas. Dengan itu, para guru telah diperlengkapkan dengan pelbagai aspek
pembangunan dan kesediaan guru dalam melakukan atau menerima perubahan
pendidikan kini. Program ini juga mampu meningkatkan keberhasilan murid yang
memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja yang meliputi kemahiran abad ke-21. Oleh itu,
pelan ini dengan jelas menggambarkan proses penambahbaikan amat penting bagi
memudahkan pelaksanaan program pendidikan berjalan dengan baik.

Melalui dasar pendidikan, kementerian pendidikan Malaysia (KPM) telah
menyediakan dan memperkenalkan program kurikulum di mana program ini merupakan
satu langkah bagi menambahbaik program akademik dan kurikulum di sekolah. Sebagai
contohnya, program memartabatkan Bahasa Malaysia memperkukuhkan Bahasa Inggeris

3

(MBMMBI) bertujuan dalam menambahbaik kemahiran bahasa para pelajar agar pelajar
dapat berkomunikasi secara global dan efektif. Program ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya sekiranya amalan kolaboratif, suasana sekolah yang kondusif, mengurangkan
persaingan dan mempunyai sokongan yang kuat diterapkan dalam budaya sekolah.
(Muhammad Faizal A. Ghani, 2018). Hal ini menjelaskan bahawa kerjasama dan
perancangan yang rapi dapat mewujudkan program akademik yang berkesan dan
memenuhi aspirasi sistem pendidikan.

Oleh yang demikian, penambahbaikan sekolah terhadap program akademik dan
kurikulum merupakan suatu usaha pihak sekolah untuk menambahbaik prestasi sekolah
sedia ada. Usaha tersebut memfokuskan secara keseluruhan dan berfokus kepada
strategi yang dilakukan agar tidak berlakunya pertindihan tugas dan konflik dalam
pengurusan. Dengan itu, pencapaian pelajar yang cemerlang menunjukkan kejayaan
dalam penambahbaikan sekolah dari aspek program akademik yang dilakukan di sekolah
seperti program kecemerlangan pelajar, program pecutan akhir dan program motivasi
yang dikhaskan bagi pelajar untuk memperoleh motivasi yang tinggi.

1.2 DEFINISI KURIKULUM

Berdasarkan definisi kurikulum yang dinyatakan oleh kementerian pendidikan
Malaysia ialah kurikulum merupakan dokumen panduan kepada guru-guru
memperkembangkan potensi pelajar dengan menggunakan kaedah pengajaran yang
pelbagai bagi memenuhi falsafah pendidikan negara. Dokumen yang disediakan
mempunyai kandungan terhadap penyediaan aktiviti berasaskan kemahiran dan pedagogi
yang mempunyai strategi berfokus dalam mencapai objektif. Bahkan, nilai-nilai juga turut
diselitkan dalam pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar agar pelajar menjadi
seorang pelajar yang bersahsiah dan mempunyai sifat kepimpinan.

Menurut Bellack dan Klibeard, 1977 dalam Ishak Ramly 2005, kurikulum
mengandungi domain kognitif, afektif dan psikomotor. Ketiga-tiga domain ini meliputi
kepada aspek nilai moral dan pelbagai kemahiran yang diperoleh oleh pelajar. Hal ini
terdapat dalam kurikulum yang menyediakan unsur nilai tambah bagi pelajar mempelajari
secara meluas melalui elemen merentas kurikulum.

Secara umumnya, terdapat pelbagai pandangan dan pendapat tokoh pendidikan
memberikan definisi tentang kurikulum di mana dokumen yang disediakan merupakan
suatu penyampaian ilmu pengetahuan secara dalam kelas mahupun di luar kelas.

4

Pengajaran yang disampaikan bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran
pelajar untuk menguasai subjek yang diajar dan mendisiplinkan cara berfikir pelajar
dalam membuat sebarang tindakan atau keputusan.

Justeru itu, panduan dan rancangan yang dibentukkan dalam sebuah dokumen
pendidikan tersebut merupakan suatu langkah untuk menambahbaik akademik pelajar
secara meluas dan mengembangkan minat atau bakat pelajar dalam sesuatu bidang
tertentu. Hal ini membantu para guru untuk merancang pengajaran menggunakan
kaedah yang proaktif dan efektif dalam menyampaikan kandungan pengajaran subjek.
Selain itu, nilai dan sikap kemanusiaan yang dijadikan sebagar unsur tambahan dalam
elemen pengajaran dapat menyeimbangkan akademik bahkan memperluaskan
pengetahuan pelajar kepada pelbagai bidang seperti keusahawanan dan teknologi kini.
Dengan itu, program kurikulum yang dilaksanakan dalam sekolah mampu meningkatkan
pencapaian pelajar dengan melakukan pelbagai program yang boleh menaikkan motivasi
pelajar.

Secara keseluruhannya, konsep kurikulum lebih kepada penyampaian dan
pengajaran ilmu pengetahuan kepada pelajar melalui program yang dilaksanakan di kelas
mahupun program sekolah berkaitan akademik. Selain itu, pengajaran akademik bukan
sahaja tertumpu kepada satu perkara bahkan tertumpu juga terhadap pengalaman
pelajar memperoleh pengetahuan secara praktikal serta penghayatan budaya. Buku teks
juga penting kerana isi kandungan buku teks memenuhi dasar pendidikan negara. Melalui
pengubahsuaian buku teks mengikut keperluan semasa, perkembangan pengetahuan dan
kemahiran pelajar bertambah. Hal ini meningkatkan kefahaman konsep pembelajaran
setiap subjek yang diajar.

Melalui semakan kurikulum 2017 menunjukkan bahawa terdapat penambahbaikan
dan tambahan terhadap kurikulum sebelumnya di sekolah menengah serta sekolah
rendah. Tambahan yang dinyatakan dalam KSSR dan KSSM merangkumi elemen
merentas kurikulum dan kemahiran yang meluas bagi kesediaan para pelajar menghadapi
cabaran abad ke-21. Kesediaan pelajar perlu menguasai kemahiran menyelesaikan
masalah, kreatif, inovatif dan kemahiran penaakulan yang membolehkan pelajar dapat
mengaplikasikan dalam kehidupan pelajar.

5

2. REKA BENTUK DAN MODUL KURIKULUM

2.1 KURIKULUM DI MALAYSIA

Perbentukan kurikulum merupakan asas kepada sistem Pendidikan di Malaysia.
Perubahan yang telah dilakukan dalam sistem pendidikan terutama dalam aspek
kurikulum adalah untuk memastikan tahap Pendidikan di Malaysia setanding dengan
negara-negara lain selain membantu negara dalam menyediakan tenaga kerja kompeten
di masa hadapan. Perubahan terhadap kurikulum di Malaysia dapat dilihat mengikut
perubahan era dan kepentingan satu-satu dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam
membangun negara. Kurikulum dalam sistem Pendidikan di Malaysia telah mengalami
beberapa fasa perubahan bermula daripada kurikulum Pasca Merdeka (1957-1970),
kepada bentuk kurikulum yang berfokus kepada dasar kerajaan seperti kurikulum era
Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971-1990), Kurikulum era Pembangunan Negara (1991-
2000) dan Kurikulum era Dasar Wawasan Negara (2001- sehingga sekarang). Perubahan
kurikulum dalam sistem Pendidikan merupakan satu inisiatif yang perlu diambil bagi
memastikan penambahbaikan dilakukan sentiasa bagi memenuhi kehendak dan
keperluan negara.

Kurikulum yang digunakan dalam sistem pendidikan pada masa kini adalah
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah
Menenegah (KSSM). Kurikulum ini telah diperkenalkan pada tahun 2017, bemula dengan
murid Tingkatan 1. Tujuan utama kurikulum standard ini diperkenalkan adalah untuk
menambah baik program pembelajaran bagi meningkatan keberhasilan murid dalam
mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
juga matlamat yang di ingin dicapai melalui PPPM 2013-2025 yang berpaksikan kepada 6
aspirasi utama murid iaitu:

i. Ilmu Pengetahuan
ii. Kemahiran Berfikir
iii. Kemahiran Kepimpinan
iv. Kemahiran Dwibahasa
v. Etika dan Kerohanian
vi. Identiti Nasional

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) merupakan penambahbaikan kepada kurikulum sebelumnya iaitu KBSR

6

dan KBSM dari aspek kandungan, pedagogi dan pentaksiran. Dalam aspek kandungan
kurikulum, penambahbaikan dilakukan dengan menyusun semula kandungan
pembelajaran agar ianya selari dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad
ke-21 dengan penambahbaikkan dilakukan dalam elemen pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang dirasakan perlu. Kesannya terdapat beberapa subjek baharu yang telah
diperkenalkan diperingkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

Melalui aspek pedagodi, KSSR dan KSSM menekankan kepada pembelajaran yang
lebih menyeluruh dan mendalam berbanding kurikulum sebelumnya dengan memberi
penekanan kepada pembelajaran yang memfokuskan kepada Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT). Pengutamaan juga diberikan kepada subjek-subjek yang berkaitan dengan
sains dan matematik selain subjek yang berasaskan inkuiri, penyelesian malasah,
pembelajaran kontekstual, pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran berasaskan
teknologi.

Dalam aspek pentaksiran terdapat beberapa perubahan yang diambil bagi
mengubah pendekatan pentaksiran yang digunapakai dalam KBSM dan KBSR. Pendakatan
pentaksiran dalam KBSR dan KBSM lebih bersikap fomatif semata-mata dan tidak
menyeluruh. Pengenalan kepada KSSR dan KSSM menyebabkan pentaksiran murid
berubah kepada penilaian yang lebih berterusan dalam membantu perkembangan murid
secara menyeluruh. Pengenalan standard prestasi yang diperkenalkan dalam KSSR dan
KSSM membolehkan pelajar dinilai dengan lebih berkesan. Hal ini demikian kerana, guru
dapat mentaksir penguasaan murid dengan lebih efektif berdasarkan standard yang telah
ditetapkan. Tahap penguasaan pelajar dalam kandungan pelajaran akan lebih mudah
untuk difahami dan dilaporkan kepada ibubapa dalam bentuk deskriptif. Kesannya, Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang perlu diduduki oleh murid darjah 6 di sekolah
rendah telah dimansuhkan dan diganti dengan standard pentaksiran dalam KSSR sebelum
memasuki peringkat menengah rendah.

Perubahan yang dilakukan dalam kurikulum sekolah rendah dan kurikulum sekolah
menengah adalah langkah yang diambil bagi memastikan terdapatnya kesinambungan
daripada pendidikan rendah kepada pendidikan menengah dalam sistem pendidikan itu
sendiri. Perubahan daripada KBSR dan KBSM kepada KSSR dan KSSM, merupakan
langkah yang diambil oleh KPM untuk menambahbaik kurikulum sediada agar ianya selari
dengan keperluan semasa dan cabaran abad ke-21. Maka rekebentuk kurikulum sediaada
iaitu KSSR dan KSSM perlulah dibincangkan dengan lebih teliti dan jelas bagi memastikan

7

ianya selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaaan dan matlamat yang ingin
dicapai dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

2.2 REKA BENTUK KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DAN
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)

2.2.1 KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Reka bentuk kurikulum merupakan asas kepada pembentukan dan penggubalan

aspek dalam kurikulum yang digunapakai dalam sistem pendidikan. Ianya merangkumi
beberapa aspek dalam kurikulum iaitu Kerangka Kurikulum, Organisasi Kurikulum, Keadah
Penyampaian dan pentaksiran dalam kurikulum itu sendiri. Secara umumnya, kerangka
kurikulum sekolah menengah yang digunakan adalah berasaskan kepada kerangka
kurikulum sekolah rendah yang sediaada. Kerangka ini menekankan kepada beberapa
kesinambungan yang juga terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
namun telah ditambahbaik bagi memenuhi kehendak semasa. Ianya juga berlandaskan
kepada matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang
seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) serta individu yang
mempunyai tahap pemikiran yang kreatif, kritis dan inovatif.

Penerapan tunjang-tunjang yang terdapat dalam KSSM merupakan
kesinambungan daripada kerangka KSSR yang dibentuk bagi menerapkan beberapa
kemahiran dalam kurikulum seperti ilmu pengetahuan, kemahiran dan estitika nilai yang
lebih mendalam serta pembangunan modal insan yang lebih menyeluruh. Penerapan
setiap tunjang ini bermula di peringkat sekolah rendah dan diteruskan diperingkat sekolah
menengah. Prinsip ini juga digunakan dalam KBSR dan KBSM dalam menerapkan
kesinambungan pendidiakn rendah dengan pendidikan menengah. Prinsip ini dikekalkan
dalam KSSR dan KSSM tetapi diberikan penekanan yang lebih mendalam di peringkat
sekolah rendah dan diperkukuhkan diperingkat sekolah menengah. Tunjang-tunjang yang
digunapakai dalam membentuk kerangka kurikulum pendidikan di Malaysia sekaligu
melahirkan insan yang seimbang adalah seperti berikut:

a) Komunikasi
b) Kerohanian, Sikap dan Nilai
c) Kemanusiaan
d) Ketrampilan Diri
e) Perkembangan Fizikal dan Estatika
f) Sains dan teknologi (STEM)

8

Gabungan daripada kesemua tunjang tersebut diterapkan dalam perlaksanaan
kurikulum yang dipakai di sekolah kini. Pengisian pengetahuan, kemahiran dan nilai
daripada tunjang-tunjang yang dinyatakan membentuk teras dan kerangka kurikulum
yang digunapakai di peringkat sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Penerapan
tunjang-tunjang tersebut dapat dilihat daripada aspek mata pelajaran dan aktiviti yang
dilaksanakan diperingkat sekolah bagi memastikan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dalam melahirkan insan seimbang dan berfikiran kritis, kreatif dan inovatif
dapat dilaksanakan.

2.2.1 Kurikulum Berasaskan Standard
Penambahbaikan dalam KSSR dan KSSM yang dapat dilihat adalah darisegi bentuk

pernyataan standard yang digunakan untuk membantu murid-murid memperolehi kualiti
pendidikan yang sama. Kurikulum berasaskan standard ini dibahagikan kepada 3 aspek
utama iaitu standard kandungan, standard pembelajaran dan juga standard prestasi.
Pengenalan kepada aspek standard ini adalah bagi membantu pelajar untuk mencapai
tahap yang diinginkan dalam subjek tersebut sekaligus dapat memastikan tiada murid
yang ketinggalan dalam pelajaran. Hal ini berbeza dengan kurikulum sebelumnya iaitu
KBSR dan KBSM yang lebih berfokus kepada hasil pembelajaran semata tanpa menilai
tahap penguasaan setiap pelajar.

Melalui penetapan kurikulum berasaskan standard ini, guru akan lebih mudah
untuk menilai penguasaan pelajar dalam satu-satu subjek. Hal ini demikian kerana
pernyataan standard yang digunakan dalam KSSR dan KSSM ini mengambil kira tahap
pencapaian yang perlu dicapai oleh setiap pelajar dalam tempoh masa dan tahap
persekolahan yang telah ditetapkan. Maka guru memainkan peranan yang penting bagi
memastikan setiap pelajar melepasi piawaian standard yang telah ditetapkan bagi setiap
mata pelajaran. Hal ini sekaligus dapat mengelakkan masalah keciciran pelajar dalam
penguasaan satu-satu subjek kerana, setiap pelajar dimestikan melepasi piawaian
standard yang telah ditetapakan. Jadual dibawah menunjukkan definisi bagi setiap
standard yang diberi penekanan dalam kerangka kurikulum berasaskan standard:

9

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi

Perkara murid yang murid Penetapan kriteria atau Set kriteria yang
patuh tahu dan boleh lakukan penunjuk tahap kualiti menunjukkan tahap-

dalam tempoh persekolahan pembelajaran dan tahap penguasaan murid

merangkumi aspek pencapaian yang boleh sebagai petunjuk

pengetahuan kemahiran dan diukur bagi setiap standar bahawa satu perkara itu

nilai. kandungan telah dikuasai

Jadual: Definisi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi yang
dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bagi memastikan perubahan dalam kurikulum ini dapat dijalankan dengan lancar
pengenalan kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) juga telah
diperkenalkan bagi menggantikan penggunaan sukatan pelajaran dan huraian sukatan
pelajaran yang digunakan dalam KBSR dan KBSM. Perubahan dokumen kurikulum ini
adalah untuk memastikan guru-guru dapat memahami sepenuhnya pembaharuan yang
dilakukan dalam menambahbaik kurikulum yang sediaada. Hal ini demikian kerana DSKP
merangkumi pengintergrasian kurikulum yang diajar di sekolah dengan pertaksiran yang
lebih tepat berdasarkan subjek yang diajar, selain menerangkan mengenai Standard
Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi. Penjelasan yang lebih
terperinci mengenai tahap penguasaan yang perlu dicapai pelajar dalam satu-satu subjek
dinyatakan di dalam DSKP bersifat lebih berfokus dan holistik berbanding penggunaan
sukatan pelajaran yang terlalu bersifat umum.

2.3 ORGANISASI KURIKULUM

Beberapa aspek dalam KBSR dan KBSM turut digunapakai dalam mereka bentuk
KSSR dan KSSM. Antara aspek utama yang diguna semula adalah kesinambungan
pembelajaran di peringkat rendah dan menengah. Dalam KSSR dan KSSM, murid yang
berada di peringkat menengah rendah akan diberikan penekanan kepada pendidikan
umum dan kemahiran-kemahiran yang dipelajari semasa di peringkat sekolah rendah.
Selain itu, penekanan di peringkat menengah rendah juga membabitkan aspek bakat dan
minat, vokasional, sahsiah, sikap dan nilai yang diperolehi di peringkat sekolah rendah.
Aspek-aspek ini adalah untuk memastiskan murid mencapai standard pembelajaran yang
telah ditetapkan dalam DSKP sebelum memasuki peringkat menengah atas.

10

Manakala, di peringkat menengah atas pula, aspek yang diberi penekanan adalah
dari segi aspek perkembangan bakat dan minat, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai,
pengkhususan, kerjaya dan pendidikan tinggi. Hal ini menunjukkan pengorganisasian
kurikulum yang lebih berfokus. Di mana di setiap peringkat murid akan diterapkan
dengan elemen-elemen yang berbeza. Hal ini adalah bertujuan untuk menglengkapi
pelajar yang dengan elemen yang diperlukan untuk menjadikan mereka insan yang
seimbang selari dengan matlamat pendididikan kebangsaan dan Hasrat dalam PPPM
2013-2025.

Selain itu pengstrukturan semula subjek dalam KSSM juga merupakan salah satu
inisiatif yang diambil dalam pengorganisasian kurikulum agar lebih tersusun dan
memenuhi kehendak semasa dalam abad ke-21. Berdasarkan daripada Peraturan
Pendidikan 1997 dibawah Akta Pendidikan1996 berkaitan dengan kruikulum kebangsaan,
matapelajaran dan subjek akademik akan dibahagaikan kepada 3 mata pelajaran utama
iaitu, Subjek Teras, Subjek Wajib, Subjek Tambahan dan Subjek Elektif. Perubahan
kurikulum daripada KBSM kepada KSSM juga menyebabkan beberapa subjek baharu
diperkenalkan di peringkat menengah terutama subjek yang berkaitan dengan teknologi,
matematik dan sains.

Perubahan utama dapat diliahat dalam mata pelajaran elektif dimana subjek yang
ditawarkan kepada pelajar diperingkat menengah atas adalah mata pelajaran yang
memfokuskan kepada bakat, minat, kebolehan dan potensi murid. Dalam mata pelajaran
elektif, setiap subjek dibahagikan keapda beberapa kumpulan iaitu Kumpulan Bahasa,
Kumpulan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), Kumpulan Pengajian
Islam dan Kemanusian dan Kumpulan Sastera Ikhtisas. Pengorganisasian kurikulum ini
membolehkan pelajar untuk lebih fokus kepada elemen-elemen yang dapat membantu
perkembangan mereka, kerana murid boleh membuat pilihan berdasarkan minat,
kecenderungan dan kesediaan sekolah untuk menawarkan subjek tersebut kepada para
pelajar.

3. MATLAMAT KURIKULUM DAN PERKAITAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN

Kurikulum disifatkan sebagai satu pelan dokumen bertulis yang mengandungi
strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati.(Ornstein dan Hankins 1993,98).
Sehubungan itu, Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan unutk memandu
guru mengajar kumpulan murid tertentu.(MOHD DAUD 1995). Dimana ianya adalah

11

sebagai dokumen yang mengandungi rancangan P&P yang mempunyai objektif
psikomotor,efektif dan kognitif bagi satu subjek. Antara lainya Kurikulum juga adalah
satu rancangan pendidikan yang mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai
dan norma serta unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat
untuk diwariskan daripada generasi ke generasi yang lain.

Konsep kurikulum dapat dikategorikan kepada 5 iaitu. Pertamanya Kurikulum
menjadi dokumentasi khas dan panduan. Kurikulum terdiri daripada cadangan-cadangan
berhubung dengan matlamat, objektif, ciri- ciri pelajar, pengalaman pembelajaran, isi
kandungan pelajaran, kaedah, bahan dan cara penilaian. Kedua, Kurikulum perlu
memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian yang lebih menarik. Ini membantu
pelajar menguasai kemahiran dan isi kandungan dengan berkesan. Ketiga Kurikulum
merupakan program pengajian yang merujuk kepada subjek yang diajar mengikut aliran
atau jurusan yang ditetapkan. Keempat Kurikulum membentuk pengalaman pembelajaran
yang terancang. Ia bukan sahaja membolehkan pelajar menimba ilmu, tetapi juga
mencari dan mendapat pengalaman. Dan kelima mempunyai konsep tersirat. Semasa
pelajar melalui pembelajaran terancang, pelajar akan memperolehi nilai-nilai sampingan.
contohnya interaksi dan komunikasi. Ia membolehkan kanak-kanak menjadi lebih matang
dan dewasa serta mempelajari nilai dan etika dalam kehidupan masyarakat.

3.1 Matlamat dan Objektif Kurikulum

Dokumen Kurikulum berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan
ilmu yang hendak disampaikan mengikut peringkat tertentu. Kurikulum di sekolah perlu
sentiasa relevan dengan kehendak semasa. Pusat perkembangan kurikulum sentiasa
merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa mengikut aliran tinggi.
Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya pelajar sentiasa belajar mengikut
trend pengetahuan terkini. Sehubungan itu, kurikulum pendidikan (KP) yang dibina bagi
melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi serta
berketerampilan dan mampu berfikir. Selain daripada intelek, kurikulum pendidikan juga
menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi
mencapai hasrat ini, kurikulum telah mengutamakan kepimpinan pelajar melalui
kokurikulum. Disamping itu, Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di
Malaysia bermatlamat untuk menguatkan hubungan kekeluargaan antara masyarakat
majmuk di Malaysia. Kurikulum pendidikan yang sama membentuk masyrakat yang

12

bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum dengan usaha kearah
melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah air.

Kurikulum di Malaysia bertujuan membangunkan modal insan yang cemerlang dari
segi sahsiah dan akademik. Kurikulum yang dibina perlu memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek,
jasmani, rohani dan emosi. Kurikulum dibina perlu memberi penekanan kpd
perkembangan kemahiran belajar dan genetik. Pendekatan ini melahirkan masyarakat
yang mampu mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan sentiasa berkebolehan
mengikuti pelajaran. Aspek ini penting kerana proses pendidikan berlangsung secara
berterusan ke arah melahirkan insan yang dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai
perubahan yang mencabar seperti keadaan ekonomi dan aplikasi teknologi maklumat dan
komunikasi. Aspek pembangunan intelek tidak mencukupi, kurikulum perlu menekankan
aspek jasmani, rohani dan emosi, pengajaran Pendidikan Jasmani, pelaksanaan
kokurikulum, penerapan nilai-nilai agama dan moral kepada semua peringkat perlu
diperkukuhkan. Pembangunan tenaga manusia menjelang abad ke 21 tidak terhad
kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang terampil tetapi aspek
melahirkan usaha yang berwibawa, terancang dan ketahanan diri yang tinggi juga diberi
perhatian. Kurikulum perlu besifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat
menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia.

3.2 Kurikulum dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Kajian falsafah pendidikan membolehkan pengkaji memahami pendidikan secara
keseluruhan, mentafsir konsep umum dan dasar pendidikan Negara. Kandungan falsafah
membolehkan pembina kurikulum memahami dan menilai secara dalaman dan luaran
hala tuju pendidikan. Menganggap minda manusia bertindak dengan aktif. Manusia yang
berkebolehan untuk menaakul dan mempunyai gaya fikiran pelbagai bagi menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan. Falsafah ini menganggap pengetahuan bukan semata-
mata ilmu tetapi pengetahuan ialah mengaplikasikan ilmu sebagai panduan dan pedoman
hidup dan bukan semata-mata mengajar manusia menghafal ilmu tetapi menggunakan
ilmu. Oleh itu aliran ini dapat dilihat dalam sistem peperiksaan awam di Malaysia yang
berubah diri soalan bentuk hafalan ke soalan berorientasikan pemikiran.

13

Pendidikan adalah keperluan untuk hidup dan mempunyai disiplin dan latih tubi
yang ketat. Pelajar perlu melalui proses pembelajaran yang tetap melalui pengujian
berstruktur. Di sekolah, guru perlu mengajar dan murid sebagai penerima dan kurikulum
terbina adalah muktamad dengan menganggap kurikulum dan guru merupakan faktor
penting dalam pembelajaran. Ahli pendidik hendaklah membezakan perkara yang
diperlukan dan tidak perlu dalam pendidikan. Kurikulum yg dibina bagi memenuhi
kehendak masyarakat semasa dan mengutamakan tamadun masa lampau serta
merangsang kebijaksanaan masa hadapan. Sehubungan itu, pembelajaran berlaku
berdasarkan perubahan kemajuan dan bukan ketekalan. Memfokuskan kepada
pendekatan p&p berpusat pelajar dan pengajaran melalui alat bantuan belajar. Memberi
penekanan kepada demokrasi. Sekolah perlu membina suasana demokrasi serta
kerjasama antara pelajar dan bukan persaingan. Guru berperanan fasilitator dan bukan
guru tradisional Menganggap perubahan yang dihasilkan bergantung kepada
kecenderungan dan minat pelajar. Pelajar diberi bimbingan untuk mengubah pengalaman
langsung menjadi pengetahuan.

3.3 Jenis Kurikulum Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia
A). Kurikulum Formal
i. Kurikulum yang tersurat (manifested curriculum)
ii. Boleh dilihat, tersedia, terancang dan berurutan
iii. Seperti yang terkandung dalam silibus. Kurikulum formal berfokus kepada:

Matlamat (goal)
Objektif
Subject matter
Struktur/susunan pengajaran
iv. Jenis kurikulum formal yang terdapat dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Kurikulum pra sekolah Kebangsaan ditukar kepada Kurikulum Standard PraSekolah
Kebangsaan.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) ditukar kepada KurikulumStandard
Sekolah Rendah (KSSR) mulai 2010.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
Kurikulum Pendidikan Khas

B). Kurikulum Tidak Formal

14

i. Melibatkan human variables yang tidak dapat dikawal/dirancang sebelumnya
ii. Melibatkan interaksi sosial-psikologikal antara pelajar dan guru, yang melibatkan perasaan,
sikap dan tingkah laku
iii. Jenis-jenis kurikulum tidak formal:

a) Ko-Kurikulum
Aktiviti untuk menyokong kurikulum lazimnya dilakukan di luar kuliah. Aktiviti ko-
kurikulum bertujuan membentuk personaliti dan sahsiah pelajar. Aktiviti ko-
kurikulumadalah seperti pasukan beruniform, berbagai-bagai jenis sukan, persatuan dan
sebagainya. Lazimnya aktiviti ko-kurikulum adalah diwajibkan kepada setiap
pelajar.

b) Kurikulum Tersembunyi
Sesuatu yang dipelajari atau diperolehi oleh pelajar secara tersirat dan
tidakdinyatakan secara bertulis. Kurikulum tersembunyi merupakan satu elemen
yang perludiberi perhatian semasa mereka bentuk kurikulum ialah kurikulum
tersembunyi. Ia adalah himpunan pengalaman tambahan pelajar yang wujud dan dialami
serentak dengan kurikulum yang sedang diajar. Contoh-contoh mudah ialah:
Kehidupan di institusi
Kaedah menetapkan peraturan dan norma institusi
Proses-proses sosialisasi, integrasi & pembudayaan
Agenda tersembunyi
Pengetahuan atau kemahiran incidental

Pengaruh kurikulum tersembunyi mudah difahami dengan melihat
bagaimana personaliti kanak-kanak terbentuk. Perkara yang sama berlaku di
institusi pendidikansama ada di sekolah ataupun IPT. Minat dan kesungguhan pendidik,
kualiti dan budaya akademik di jabatan, nilai dan pendirian terhadap ilmu turut mencorakkan
kurikulum yang dibina/ dilaksanakan.Kurikulum tersembunyi amat berpengaruh. Ia
boleh digunakan sebagai satu komponentambahan sambil melaksanakan kurikulum biasa.
Contohnya ialah dalam mengajarkemahiran generik. Kemahiran generik ialah
kemahiran umum, kemahiranberkomunikasi, kebolehan, dan trait yang perlu dikuasai
seseorang untuk berjaya didalam kerjayanya. Kemahiran generik memerlukan tempoh
yang lama untuk dikuasaisepenuhnya dan tidak mungkin diperolehi dengan mendalam
melalui pengajaransecara kursus. Oleh itu, pengajaran kemahiran generik dibuat di dalam
bentukkurikulum tersembunyi iaitu melalui teknik infusi yang menabur atau
meletakkanbeberapa bahagian dari kemahiran-kemahiran ini di dalam semua kursus yang

15

pelajarikuti. Setelah mengikuti semua kursus ini pelajar tersebut akan turut
mempelajaripelbagai kemahiran generic.

KURIKULUM DAN PERKAITAN DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN

16

4. PERUBAHAN KURIKULUM DI MALAYSIA

4.1 SEKOLAH RENDAH
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mula diperkenalkan pada tahun 2011.

Penggubalan kurikulum ini dilakukan seiring dengan perubahan semasa pendidikan yang
lebih kepada kemajuan teknologi. Kurikulum yang digubal masih berpandukan kepada
Kurikulum Bersepadu sekolah (KBSR) yang menerapkan intipati falsafah pendidikan
negara. Perubahan kurikulum ditambahbaik lagi apabila terdapat pelbagai keperluan yang
hendak diperluaskan kepada pelajar. Dengan itu, semakan 2017 dilakukan bagi
persediaan pelajar memperoleh pengetahuan terhadap cabaran abad ke-21. Transformasi
ini merupakan usaha dalam memenuhi hasrat pelan pembangunan pendidikan 2013-2025
untuk menghasilkan pelajar yang dapat mencapai enam aspirasi murid iaitu pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian
serta identiti nasional. Hal ini menunjukkan usaha pendidikan dalam menambahbaik
program akademik agar pendidikan negara dapat berdaya saing ke peringkat global.

Transformasi kurikulum ini menambahbaik kandungan, pedagogi dan pentaksiran
di mana kandungan memfokuskan pengetahuan, kemahiran dan nilai pelajar untuk
berhadapan dengan cabaran abad ke-21 dan menguasai kemahiran untuk memenuhi
kriteria pasaran kerja yang banyak memerlukan kemahiran teknologi kini. Hal ini demikian
kerana, pasaran kerja kini lebih memerlukan kemahiran teknologi yang mahir terhadap
perisian komputer, aplikasi dan sebagainya. Ini mempamerkan peralihan keperluan
pekerjaan yang memerlukan kemahiran tinggi dalam bidang teknologi yang makin meluas
(Berita Harian, 2019). Selain itu, pedagogi yang berteraskan kepada kemahiran Aras
tinggi (KBAT) bagi pelajar dapat meningkatkan keupayaan sedia ada untuk berfikir secara
kreatif dan inovasi. Kemudian, pentaksiran dilakukan dengan melihat pencapaian
standard prestasi pelajar terhadap pembelajaran yang dikuasai dan diperolehi melalui
ketetapan standard pembelajaran yang berfokus.

17

Justeru itu, perbezaan KSSR dan semakan KSSR 2017 dapat dilihat melalui jadual
rajah di bawah yang dinyatakan dari Bahagian Pembangunan Kurikulum:

Aspek KSSR KSSR (Semakan 2017)

Reka bentuk kurikulum Berasaskan 6 tunjang Berasaskan 6 tunjang

Berasaskan Berasaskan

Standard kandungan Standard kandungan
Standard pembelajaran Standard pembelajaran
Standard prestasi Standard prestasi

Dokumen kurikulum Tahap 1 (T.1 – T.3) Dokumen standard kurikulum

Peruntukan masa dan pentaksiran
Organisasi kurikulum -Dokumen standard kurikulum

Elemen merentas kurikulum Tahap 2 (T.4 – T.6)

-Dokuemn standard kurikulum
dan pentaksiran

Peruntukan masa dalam minit Peruntukan masa dalam jam
seminggu untuk pelaksanaan setahun untuk pelaksanaan
Pdp Pdp

Tahap 1 Tahap 1

Modul teras asas, tema, & Mata pelajaran teras & elektif
elektif Tahap 2
Mata pelajaran teras & elektif
Tahap 2

Mata pelajaran teras & elektif

Bahasa Bahasa

Sains & Teknologi Sains & Teknologi

Kelestarian alam sekitar Kelestarian alam sekitar

Nilai murni Nilai murni

Patriotisme Patriotisme

Kreativiti dan inovasi

18

Keusahawanan
Kelestarian global

Fokus kurikulum 4M 4M
Penekanan pedagogi Membaca/menulis/mengira
Menaakul Membaca/ menulis/ mengira
Pentaksiran Pembelajaran berasaskan
inkuiri Menaakul
Penyelesaian masalah
Pembelajaran kontekstual Pembelajaran berasaskan
Pembelajaran kolaboratif inkuiri
Pembelajaran berasaskan
projek Penyelesaian masalah

Pentaksiran sekolah Pembelajaran kontekstual
Sumatif/Formatif
Pembelajaran kolaboratif

Pembelajaran berasaskan
projek

Pendekatan konstruktivisme

Pendekatan STEM

Pentaksiran berasaskan
sekolah

Pentaksiran pusat

Pentaksiran Aktiviti jasmani,
sukan dan kokurikulum

Pentaksiran psikometrik

Pentaksiran sekolah

Penjenamaan semula mata Dunia sains teknologi Sains
pelajaran TMK sebagai mata pelajaran
Pendidikan Jasmani TMK sebagai modul tambahan
Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan

Pendidikan Kesenian (Tahap 1

19

Dunia kesenian tahap 1 dan Tahap 2)

Dunia Muzik/Seni visual

Pendidikan Seni Visual tahap
2

Pendidikan Muzik tahap 2

(Jadual diperkeluarkan dari Buku penerangan kurikulum standard Sekolah Rendah
Semakan 2017)

Jadual di atas, menyatakan penambahan dan penambahbaikan yang dilakukan
bagi setiap aspek tertentu. Aspek yang diberi fokus bertujuan untuk menstrukturkan
semula susunan untuk menjadi lebih sistematik dan penyampaian pengetahuan dapat
dipersembahkan kepada pelajar dengan baik serta lancar. Oleh itu, semakan semula
dokumen itu penting bagi melihat keberhasilan murid yang seimbang dan memenuhi
hasrat pelan pembangunan pendidikan 2013-2025.

Sehubungan itu, sebelum pertukaran kepada KSSR, kurikulum bersepadu sekolah
rendah (KBSR) merupakan kurikulum yang diperkenalkan pada tahun 1993 di mana
pengubahsuaian dilakukan bagi memantapkan pelaksanaan KBSR dan memenuhi objektif
falsafah pendidikan negara (FPN). Kurikulum ini juga lebih kepada kesepaduan
melibatkan amalan kolaboratif dan menyeluruh. Pembaharuan yang terdapat dalam KBSR
ialah menambah tiga subjek baharu iaitu Kemahiran hidup, Sains dan Kajian Tempatan.
Seterusnya, semakan semula pada tahun 2003 berlaku disebabkan dasar PPSMI dan
KBSR mula digubal menjadi KSSR. Perubahan kurikulum pada tahun 2009, kerajaan
memansuhkan dasar PPSMI dan menggantikan kepada dasar MBMMBI bagi mencapai
pencapaian pelajar secara optimum.

Perbezaan dalam penggubalan kurikulum bersepadu sekolah rendah dan
kurikulum standard sekolah rendah dapat dilihat melalui jadual di bawah yang diperoleh
dari BPK 2014:

KBSR KSSR

Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga Berasaskan enam tunjang utama
bidang
Komunikasi
Komunikasi Kerohanian, sikap dan nilai
Manusia dan alam sekeliling Kemanusiaan
Perkembangan diri individu Perkembangan fizikal dan estetika
Sains dan teknologi

20

Bahan kurikulum Keterampilan diri
Sukatan pelajaran
Reka bentuk kurikulum Dokumen standard kurikulum
Linear
Organisasi kurikulum tahap satu/ dua Modular
Mata pelajaran teras, wajib dan tambahan Tahap 1 / 2
Berfokuskan 3M Modul teras asas, tema dan elektif
Membaca, menulis dan mengira Berfokuskan 4M
Membaca, menulis, mengira dan menaakul

Secara keseluruhannya, semakan semula kurikulum dilakukan bagi memenuhi
keperluan dan kualiti penyampaian ilmu pengetahuan kepada pelajar. Keperluan pelajar
kini banyak memerlukan perubahan dari aspek kemahiran, pengetahuan dan nilai pelajar
untuk diperkembangkan lagi. Hal ini kerana, pendidikan kini lebih memfokuskan kepada
bidang teknologi dan kemahiran yang tinggi dalam mempersiapkan para pelajar dengan
pengetahuan yang relevan. Dengan itu, semakan kurikulum ini dilakukan dari masa ke
semasa bagi memastikan pelaksanaan kurikulum dijalankan dengan baik dan menepati
objektif yang ditetapkan. Perubahan dan penambahbaik yang diselitkan bertujuan untuk
menyusun dan memperbaiki aspek yang sedia ada bagi memantapkan penyampaian ilmu
kepada para pelajar. Oleh itu, kepentingan semakan ini menjadikan pendidikan dapat
menghasilkan pelajar yang berdaya saing, proaktif, dinamis dan kreatif dalam sesuatu
pekerjaan.

4.2 SEKOLAH MENENGAH

Pada tahun 2017, kurikulum standard sekolah menengah (KSSM) mula
diperkenalkan dan diberi penambahbaikan yang baru. Perubahan yang terdapat dalam
kurikulum yang digubal ini ialah panduan yang berasaskan kepada dokumen standard
kurikulum dan petaksiran (DSKP) serta penekanan kepada elemen kemahiran berfikir Aras
tinggi (KBAT). Bahkan, kurikulum ini juga memberi fokus kepada enam aspirasi murid
yang perlu dicapai dan menepati hasrat aspirasi tersebut agar pendidikan negara dapat
menyumbangkan hasil yang berkualiti dan seimbang.

21

Sehubungan itu, Kurikulum standard sekolah menengah (KSSM) yang
dilaksanakan secara peringkat bermula di peringkat tingkatan 1. Pelaksanaan kurikulum
ini meliputi kepada aspek-aspek tertentu yang telah ditambahbaik seperti pedagogi,
pembelajaran pelajar dan kemahiran. Kesemua aspek ini turut mempunyai hubung kait
dengan intipati yang terdapat dalam pelan pembangunan pendidikan 2013-2025. Dengan
itu, tujuan semakan setiap kurikulum dilakukan bagi memperbaiki set ilmu yang sedia ada
dengan menyelitkan elemen yang diperlukan masa kini seperti sifat kepimpinan,
penyelesaian masalah, pemikiran kreatif dan inovatif. Menurut Datuk Seri Mahdzir Khalid,
kurikulum perlu berfokuskan kepada pembelajaran pelajar dan menggunakan kaedah
pengajaran berasaskan projek atau eksperimen bagi memperkembangkan potensi pelajar.
Oleh itu, KSSM menggunakan dokumen standard kurikulum sebagai panduan dalam
mentaksir keupayaan pelajar dalam menguasai kemahiran berfikir Aras tinggi (KBAT).

Selain itu, pentaksiran KSSM hanya berpandukan kepada satu dokumen sahaja
dan memudahkan para guru merujuk melalui standard prestasi untuk melihat tahap
pencapaian para pelajara. Hal ini merupakan satu pembaharuan yang membolehkan guru
membina intervensi yang sesuai bagi pelajar yang kurang menguasai dan mahir.
Manakala, pentaksiran kurikulum bersepadu sekolah menengah (KBSM) menggunakan
sumatif dan formatif sebagai indikator pencapaian pelajar.

Sebelum pertukaran KSSM, Kurikulum bersepadu sekolah menengah (KBSM)
merupakan kurikulum yang diperkenalkan pada tahun 1989 dan objektif KBSM masa itu
adalah memenuhi kehendak falsafah pendidikan negara yang digariskan oleh kementerian
pendidikan malaysia. Di dalam KBSM, terdapat dua jenis mata pelajaran iaitu teras dan
pilihan. Teras yang ditawarkan di dalam KBSM ada 10 mata pelajaran manakala aspek
pilihan merupakan elektif bagi menengah atas dan tambahan bagi menengah rendah.
Dengan itu, objektif KBSM adalah mengimbangkan domain-domain kognitif, emosi, rohani
dan jasmani. Selepas KBSM diperkenalkan, berlakunya semakan semula pada tahun 2003
iaitu dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris
(PPSMI) dilaksanakan secara peringkat. Semakan semula berlaku apabila terdapat elemen
KBSM sebelumnya tidak terlaksana dengan baik dan perancangan penambahbaik
dilakukan bagi memperbaiki kurikulum sedia ada. Mengikut peredaran masa, sains dan
teknologi menjadi tumpuan untuk diterapkan dalam pendidikan kini untuk
memperkembangkan potensi pelajar secara meluas. Dengan itu, bahasa Inggersi diberi
fokus bagi mempersiapkan pelajar untuk berhadapan dengan cabaran globalisasi.

22

Berdasarkan peralihan KBSR kepada KSSM kurikulum yang dinyatakan dalam
jadual tersebut dapat dilihat beberapa aspek yang diberi penambahbaikan dan tambahan
yang seiring dengan perubahan pendidikan kini:

KBSM Semakan kurikulum 2017 KSSM
REKA BENTUK KURIKULUM
Tiga bidang Enam tunjang
Komunikasi
Manusia dan alam sekeliling Komunikasi
perkembangan diri individu Pembangunan fizikal dan
estetika
Kemanusiaan
Keterampilan diri
Sains dan teknologi (STEM)
Kerohanian,nilai dan sikap

Berasaskan hasil BAHAN KURIKULUM Berasaskan
pembelajaran
DOKUMEN KURIKULUM Standard kandungan
Sukatan pelajaran PERUNTUKAN MASA Standard pembelajaran
Huraian sukatan pelajaran ELEMEN MERENTAS Standard prestasi
Minit seminggu KURIKULUM Dokumen standard
kurikulum dan
Bahasa, sains& teknologi, PENTAKSIRAN pentaksiran(DSKP)
kelestarian alam sekitar, nilai Jam seminggu
murni, patriotisme
Bahasa, sains& teknologi,
Sumatif / Formatif kelestarian alam sekitar, nilai
murni, patriotisme, kreativiti
dan inovasi, keusahawanan,
teknologi maklumat dan
kelestarian global
Pentaksiran dalam dskp
sebagai standard prestasi

Jadual di atas merupakan perbezaan dan perubahan yang dilakukan bagi
memenuhi keperluan semasa. Setiap aspek perubahan diberi perhatian dan diteliti
dengan rapi bagi memastikan proses pelaksanaan perubahan tersebut berjalan dengan
baik dan seiring dengan kehendak yang terdapat dalam dasar pendidikan.

23

5. KBSR, KBSM, KSSR DAN KSSM KONSEPTUAL, OPERASIONAL, CABARAN
DAN KESAN PERUBAHAN DALAM AKADEMIK

Sistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan selaras dengan
perubahan yang telah berlaku dalam merentasi zaman kemodenan. Kronologinya, Akta
Pelajaran 1961 menjadi asas kepada perlaksanaan pendidikan di negara ini, atas dasar
untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir. Manakala pada
tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) diperkenalkan setelah dibuat
penambahbaikkan ke atas kurikulum lama, kesan daripada Laporan Jawatankuasa
Kabinet 1979. Seterusnya apabila Falsafah Pendidikan Negara – FPN (1988) disuratkan,
sekali lagi kurikulum diberi penambahbaikkan, lalu Kurikulum Baru Sekolah Rendah
ditukarkan namanya kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang bermula
pada tahun 1993. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah berorientasi berasaskan kepada
Falsafah Pendidikan Negara. Memandangkan zaman semakin berubah, sekali lagi
kurikulum baru diperkenalkan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Kurikulum ini dilaksanakan pada tahun 2011 hinggalah sekarang.

5.1 Konsep dan Operasi Kurikulum KBSR dan KSSR

KBSR merupakan singkatan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah yang diperkenalkan
ekoran daripada terbitnya Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar
Pelajaran Kebangsaan. KBSR diperkenalkan pada tahun 1982 menggantikan Kurikulum
Lama Sekolah Rendah. Kurikulum ini telah mula dilaksanakan di semua sekolah rendah
bermula pada tahun 1982 di 305 buah sekolah rendah dan pada tahun 1983, pelaksanaan
penuh pun bermula di semua sekolah rendah seluruh negara.

KBSR pada asasnya berpegang pada konsep bahawa murid-murid perlu
memperolehi ilmu pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai
secara terus melalui pengalaman.

KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan
dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi menjadi
bidang utama dengan menekankan kemahiran asas iaitu kemahiran 3M (membaca,
menulis, mengira) yang diterapkan melalui 2 matapelajaran : Bahasa (Melayu, Cina, Tamil
dan Inggeris) dan Matematik. Bidang ini selaras dengan perakuan dalam Laporan
Jawatankuasa Kabinet 1979.

24

“Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan rendah

bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan dalam bidang 3M iaitu membaca,

menulis dan mengira” - Perakuan 2a, Laporan Jawatankuasa Kabinet.

Dalam bidang kemanusiaan dan alam sekitar pula, memfokuskan tentang nilai-nilai
kemanusiaan dan persekitan serta komponen kerohanian, nilai dan sikap yang diajar
melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Manakala, dalam bidang
perkembangan diri individu pula meliputi semua aspek iaitu intelek, rohani, jasmani,
bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial. Aspek ini diterapkan kepada murid melalui
pembelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Muzik.

Walaubagaimana pun, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diubah kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1993 selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Negara yang ditulis ketika itu. Ini berlaku setelah penyemakan semula
kurikulum dibuat dengan alasan bagi mengenalpasti kerelavanannya dalam merentas
masa. Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ditulis ketika itu, konsep
bersepadu menjadi tumpuan utama dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah melalui
perlaksanaan KBSR.

Konsep bersepadu yang dikandung dalam KBSR adalah meliputi unsur-unsur
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan KBSR diintergrasikan supaya
terdapat kesepaduan. Maka dalam proses pengajaran dan pembelajaran, konsep
bersepadu tadi diserapkan melalui :

I. Penggabungjalinan untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran selain daripada
penyerapan ilmu pengetahuan.

II. Nilai-nilai pula dititikberatkan dan mesti diserapkan sewaktu proses pengajaran
dan pembelajaran.

III. Perkembangan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang perlu berlaku
secara harmonism menyeluruh dan sepadu. Perkembangan ini tidak boleh dilakukan
secara berasingan.

IV. Kesepaduan antara teori dan praktik.

Suasana persekolahan dalam konteks KBSR adalah bagi memberi peluang murid-
murid memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah,
berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dalam pergaulan

25

dan memupuk semangat kerja antara satu sama lain. Transformasi Kurikulum Standard
Sekolah Rendah adalah merupakan pengukuhan dan penambahbaikkan kepada Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan
semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR telah menjalani uji rintis di 500 buah
sekolah rendah yang terpilih pada 31 Mac 2009 hingga Jun 2009. KSSR dilaksanakan
sepenuhnya kepada murid-murid tahun 1 di semua sekolah bermula pada 2011.

KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara
menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan
pendidikan seumur hidup. Dalam KSSR, penggunaan standard diguna pakai. Oleh itu,
pengajaran KSSR adalah berpandukan Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen
Standard Pembelajaran.

“KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada
standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam
suatu tempoh dan tahap persekolahan”

Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM(2011)

Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu Tunjang
Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan
Estetika, Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri. Dalam KSSR juga telah ditambah
dengan elemen merentas kurikulum (EMK) yang baru iaitu Kreativiti dan Inovasi,
Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

5.2 Persamaan dan Perbezaan KBSR dan KSSR

Sepertimana yang telah kita ketahui, kewujudan KSSR ini adalah merupakan satu proses
transformasi daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Ini menjadikan KSSR
mempunyai sedikit persamaan dengan KBSR.

Antara persamaan KBSR dengan KSSR ialah

Kedua-dua kurikulum ini diolah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana
prinsip KSSR masih lagi berpegang teguh kepada 4 prinsip yang didukung oleh KBSR iaitu
pendekatan bersepadu di mana unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
kandungan si pelajaran diintergrasikan supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian
antara unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran murid.

26

Prinsip lain yang sama-sama dipegang KBSR dan KSSR ialah perkembangan individu
secara menyeluruh, peluang pendidikan yang sama serta pendidikan seumur hidup.

KBSR dan KSSR juga mempunyai persamaan dalam organisasi kurikulum. Kedua-dua
kurikulum ini diorganisasikan mengikut tahap iaitu, Tahap 1 dan Tahap 2.
Walaubagaimana pun, pengkategorian dalam organisasinya pula telah berbeza(akan
dihuraikan di bawah tajuk perbezaan KBSR dan KSSR). KBSR dan KSSR juga turut
memberikan penekanan dalam bidang kokurikulum dan pembangunan insaniah.

Perbandingan antara KBSR dan KSSR boleh dibuat berdasarkan perkaitan berikut ;
reka bentuk kurikulum, organisasi kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran,
pembahagian masa, bahan kurikulum, fokus kurikulum dan penilaian.

I. Reka bentuk kurikulum.

KBSR direka dengan hanya mempunyai tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi,
Manusia dan Alam Sekelilingnya serta bidang Perkembangan Diri Individu. Tiga bidang ini
direka bagi memastikan perkembangan murid secara menyeluruh untuk membangunkan
negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta intergrasi nasional melalui
sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik. Manakala, KSSR pula telah direka
dengan penambahbaikkan daripada KBSR. Enam tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian,
Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi
dan tunjang Keterampilan Diri menjadi bidang utama dalam KSSR. Penambahanbaikan
reka bentuk dalam KSSR, bermatlamat untuk memperluaskan skop pembelajaran murid di
peringkat sekolah rendah dan memberi banyak peluang kepada mereka untuk menjalani
‘independent learning’ .Reka bentuk KBSR adalah bersifat linear yang bermaksud
kurikulum yang disampaikan adalah mengikut turutan misalnya bermula daripada
kandungan, hasil pembelajaran dan seterusnya cadangan dan aktiviti pembelajaran.
Berlainan dengan KSSR di mana dibentuk secara modular yang merupakan satu
kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk
bahagian atau unit yang dinamakan sebagai modul.

II. Bahan Kurikulum

Justeru dengan perubahan yang berlaku dalam reka bentuk kurikulum, ia juga
membawa perubahan kepada bahan yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pengajaran guru semasa KBSR adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran dan
Huraian Sukatan Pelajaran sebagai panduan. Pembelajaran murid berlangsung mengikut

27

perancangan yang dibuat oleh guru berdasarkan kedua-dua dokumen itu. Bagi KSSR yang
digubal secara pernyataan standard maka dengan itu, bahan yang dirujuk oleh guru-guru
ialah Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi Dokumen Standard Kandungan
dan Dokumen Standard Pembelajaran. Segala perubahan ini telah menyebabkan para
guru perlu untuk membuat perubahan dalam pengajaran masing-masing sama ada
daripada segi kaedah, strategi serta teknik mengajar.

III. Organisasi Kurikulum

KBSR dan KSSR masih lagi mengekalkan organisasi kurikulum yang sama iaitu
membezakan murid mengikut tahap iaitu tahap 1 untuk murid tahun 1 hingga tahun 3
dan tahap 2 untuk murid tahun 4 hingga tahun 6 namun terdapat perbezaan dalam
penstrukturan mata pelajaran. Murid tahap 1 dan 2 perlu diajar dengan mata pelajaran
teras, wajib dan tambahan dalam KBSR .Semasa KBSR diguna pakai, selain bahan-bahan
daripada buku teks, bahan-bahan lain yang relevan difikirkan dan disediakan oleh guru
sevagai bahan pembelajaran di dalam kelas. Namun dalam KSSR, tahap 1 diajar melalui
Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif, berbeza dengan pengajaran
kepada murid tahap 2 di mana murid-murid ini diajar dalam matapelajaran teras dan
elektif. Perlaksanaan KSSR yang berasaskan modular telah menggunakan bahan-bahan
pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif dan hands-on.

IV. Fokus Kurikulum.

Perbezaan antara dua kurikulum ini juga dapat dilihat melalui fokus setiap kurikulum . Ini
dapat dilihat dalam kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid. KBSR memberi
penegasan kepada penguasaan murid dalam kemahiran asas iaitu kemahiran 3M yang
membawa maksud kemahiran membaca, menulis dan mengira, manakala dalam KSSR
pula, telah ditambah satu lagi kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid menjadikannya
empat kemahiran asas. Kemahiran asas yang telah ditambah ke dalam KSSR ialah
kemahiran menaakul. Kemahiran Menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan
dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Di tahap 1, tumpuan adalah kepada
penguasaan asas 4M manakala di tahap 2, fokus adalah terhadap pengukuhan dan
aplikasi 4M.

V. Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran selain yang diterapkan dalam proses pengajaran

28

dan pembelajaran. EMK diperkenalkan semasa dalam perlaksanaan KBSR yang mana
hanya menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Berbeza pula dalam
perlaksanaan KSSR yang mempunyai penyepaduan tiga elemen iaitu Elemen Kreatif dan
Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Elemen ini
diperkenalkan dalam KSSR sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti
perlaksanaan kurikulum terkini. Penambahan tiga elemen ini diharapkan dapat memenuhi
keperkuan murid dalam membangunkan modal insane yang holistik, berpengetahuan,
berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi serta berkeperibadian mulia.

VI. Kaedah Penilaian.

Semasa KBSR, penilaian dikendalikan guru di sekolah adalah secara formatif dan
sumatif. Penilaian berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pula adalah secara
sumatif iaitu melalui UPSR. Penilaian sumatif adalah amat ditekankan semasa KBSR
berbanding pernilaian formatif. Penilaian KSSR pula berbeza dengan penilaian dalam
KBSR. KSSR menekankan penilaian formatif yang bertujuan menilai perkembangan proses
pembelajaran murid. Penilaian dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh
pembelajaran murid. Dalam KSSR, guru-guru menilai murid melalui komponen
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana melibatkan proses mengumpul maklumat
yang autentik dan boleh diharap secara formatif dan sumatif. Pentaksiran ini adalah
penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan bertulis,
ujian, kajian dan lain-lain tugasan.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mula dilaksanakan pada tahun
1989. Untuk memastikan ia selari dan sesuai dengan perkembangan semasa, KBSM telah
disemak semula dan dilaksanakan di semua sekolah menengah melalui arahan Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2000 bertarikh 14 Januari 2002: Pelaksanaan Sukatan Pelajaran
yang Disemak Semula Bagi KBSR dan KBSM. Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri
Bil.6/2008 bertarikh 23 Mei 2008 memutuskan keperluan untuk merombak sistem
pendidikan negara. Sehubungan dengan itu, kurikulum persekolahan kebangsaan bagi
sekolah rendah dan menengah perlu dilihat semula setelah melalui satu kitaran lengkap
pelaksanaannya dalam sistem persekolahan.Konsep kurikulum baharu bagi sekolah
menengah telah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat
Bil.2/2010 pada 26 Oktober 2010 untuk pelaksanaan secara berperingkatperingkat
bermula di Tingkatan 1 dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM).Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) turut

29

diangkat sebagai Kurikulum Kebangsaan. Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan
Pendidikan (JPP) Kali Ke-198 pada 18 Januari 2012. telah memutuskan supaya
pelaksanaan KSSM pada tahun 2017, iaitu selepas kohort pertama KSSR tamat.
Pelaksanaan KSSM secara berperingkatperingkat bermula dengan murid Tingkatan 1 pada
tahun 2017 turut mengambil kira hasrat PPPM yang melakarkan aspirasi murid bagi
memenuhi keperluan negara. Transformasi kurikulum merujuk kepada usaha menambah
baik program pembelajaran bagi meningkatkan keberhasilan murid untuk mencapai enam
aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional seperti yang disyorkan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025. Transformasi ini dilakukan
ke atas kandungan, pedagogi dan pentaksiran seperti berikut:

I. Kandungan disusun semula dan ditambah baik untuk memastikanmurid dibekalkan
dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi
menghadapi cabaran abad ke-21.
II. Pedagogi menekankan kepada pembelajaran secara mendalam melalui
pendekatan pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang berasaskan kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT). Fokus diberikan kepada pembelajaran berasaskan inkuiri, penyelesaian
masalah, pembelajaran kontekstual, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran berasaskan
projek dan pendekatan STEM.
III. Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan untuk memastikan perkembangan
dan pencapaian pembelajaran murid. Pentaksiran dalam p&p dilaksanakan dalam bentuk
sumatif dan formatif.Guru mentaksir sejauh mana murid menguasai standard
pembelajaran dengan merujuk kepada standard prestasi yang ditetapkan. Perkembangan
dan pencapaian sebenar tahap penguasaan murid direkod dan dilaporkan secara
deskriptif kepada murid dan ibu bapa.

Bagi memastikan kesinambungan pendidikan rendah dengan pendidikan
menengah, transformasi kurikulum dilaksanakan ke atas Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM). KBSM diperkukuh dan ditambah baik bagi memastikan kurikulum
sentiasa relevan dengan keperluan semasa dan cabaran abad ke-21 serta selari dengan
Pelan Transformasi Kerajaan. Kurikulum baharu ini dikenali sebagai Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM).

Prinsip Kurikulum Sekolah Menengah KSSM mengekalkan semua prinsip KBSM
yang berikut:

30

a) Kesinambungan Pendidikan Rendah dengan Pendidikan Menengah Di peringkat
rendah, penekanan ialah kepada kemahiran-kemahiran asas membaca, menulis, mengira
dan menaakul; pengetahuan asas yang dapat menjamin perkembangan potensi secara
menyeluruh, dan asas nilai-nilai murni. Kemahiran-kemahiran tersebut diperkembangkan
dan diperkukuhkan di peringkat menengah.Ilmu dipertingkatkan dan
diperluaskan.Sementara itu, nilai-nilai murni diperluaskan dan diperkukuhkan.

b) Pendidikan Umum untuk Semua Murid Di kedua-dua peringkat menengah
rendah dan menengah atas, murid disediakan program pendidikan yang sama untuk
memberi mereka peluang yang luas bagi mendapatkan ilmu pengetahuan yang
menyeluruh dan seimbang. Program pendidikan yang sama untuk semua terdiri daripada
matamata pelajaran teras yang wajib diikuti oleh semua.

c) Penggunaan Disiplin Ilmu Yang Ada Disiplin ilmu yang ada dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diteruskan dalam KSSM.

d) Kesepaduan Antara Unsur-unsur Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani
Pendekatan kesepaduan menjadi tumpuan utama dalam penggubalan kurikulum
persekolahan.Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilaidigabungkan supaya wujud
kesepaduan dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.Kurikulum digubal bagi
memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan- intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Mata-mata pelajaran yang digubal juga dapat menjaminkan
bahawa aspekaspek tersebut tidak berkembang secara terpisah antara satu sama lain,
malahan saling berkaitan dan dapat mewujudkan sahsiah murid yang bersifat bersepadu.

e) Penekanan Nilai-nilai Murni Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan dengan
menyeluruh melalui semua mata pelajaran.Pendekatan ini dikenali sebagai nilai-nilai
merentas kurikulum.Disamping itu, pengajaran nilai-nilai murni secara khusus terkandung
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam bagi pelajar Muslim dan mata pelajaran
Pendidikan Moral sebagai pelajar bukan Muslim.

f) Peningkatan Penggunaan Bahasa Melayu Penggunaan Bahasa Melayu akan
dipertingkatkan dan diperkukuhkan melalui semua mata pelajaran kecuali mata pelajaran
bahasa yang lain seperti Bahasa Inggeris. Pendekatan ini dikenali sebagai bahasa Melayu
merentas kurikulum.

31

g) Pendidikan Sepanjang Hayat Kurikulum menengah pada umumnya
menekankan pemupukan minat terhadap ilmu pengetahuan dan kemahiran belajar
supaya murid dapat memiliki sikap yang positif terhadap ilmu pengetahuan dan sentiasa
berusaha untuk mencari, menambah dan mengembangkan ilmu.Ini membolehkan mereka
menghayati semangat belajar yang berterusan di sepanjang hayat. Pada peringkat
menengah atas murid diberi peluang untuk menjurus kepada pengkhususan berdasarkan
minat, bakat dan kebolehan murid dalam bidang akademik/agama, teknikal/vokasional
dan sukan/seni. Setelah tamat pendidikan menengah atas, murid boleh melanjutkan
pelajaran sama ada ke Tingkatan 6, Matrikulasi dan Institut Pendidikan Tinggi lain seperti
Universiti, Kolej, Politeknik dan Institusi Kemahiran atau menceburi alam kerjaya.
Pengoperasian Sistem Kurikulum Dalam pendidikan

32

6. HUBUNGAN BIDANG KERBERHASILAN GURU DALAM PROGRAM AKADEMIK
DAN KURIKULUM MELALUI PPPM 2013-2025

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2013 merupakan salah satu langkah yang
diambil oleh kementerian dalam meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia terutama
dalam aspek akademik dan pemantapan kurikulum di peringkat sekolah. Hal ini demikian
kerana, anjakan keempat dan kelima dalam PPPM 2013-2025 memberi penekanan
kepada mentransformasi profesion kegurusan dan menempatkan pemimpin yang
berprestasi tinggi di sekolah. Kesannya pelaksanaan kurikulum yang lebih mampan dapat
dicapai diperingkat sekolah kerana guru dan pemimpin sekolah merupakan pengerak
utama dalam memastikan pelaksanaan dasar kurikulum yang diperkenalkan dapat
dilakukan dengan jayanya. Maka, pengenalan mengenai bidang keberhasilan guru ini
sangat penting kerana ia merangkumi pelbagai aspek dalam kurikulum. Penambahbaikan
yang dilakukan melalui PPPM yang berkait rapat dengan kurikulum yang baharu
merangkumi peranan guru yang lebih jelas di peringkat sekolah. Hal ini adalah untuk
memastikan mutu pengajaran dan pembelajaran berada di tahap yang baik dan selari
dengan matlamat KSSR dan KSSM dalam PPPM.

Berdasarkan Dokumen Awal Deskripsi Tugas Pegawai Perkhidmatan Pendididkan
Edisi 2016 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysuia, terdapat 4 Bidang
Keberhasilan Guru yang diberi penekanan dalam PPPM (2013-2025). Melalui penekanan
dan pengaplikasian aspek tersebut dalam pendidikan, kurikulum yang dirancang dapat
dapat dilaksanakan sekaligus mencapai matlamat yang diingini. 4 Bidang Keberhasilan
Guru tersebut adalah:

a. Guru Berperanan Sebagai Pemudahcara Pembelajaran Dan Pentaksiran
Dalam memastikan penyampian kurikulum di dalam bilik darjah dapat

dilakukan dengan baik, guru perlu menggunakan kaedah pedagodi yang pelbagai.
Pengaplikasian teknik mengajar dan sesi pembelajaran yang dijalankan di dalam
bilik darjah perlu melibatkan murid secara langsung. Manakala, dalam aspek
pentaksiran pelajar, penilaian yang dilakukan oleh guru di dalam bilik darjah perlu
mencerminkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah berjalan dengan
lancar dan murid dapat memahami perkara yang diajar oleh guru.

Aspek ini sangat bersesuaian dengan pelaksanaan KSSR dan KSSM. Di
mana kedua-dua bentuk kurikulum tersebut menenkankan kepada pengajaran dan

33

pembelajaran murid serta pentaksiran. Melalui pengenalan KSSR dan KSSM,
standard prestasi telah diperkenalkan dalam kurikulum dimana murid perlu
mencapai satu-satu tahap bagi setiap matapelajaran yang dipelajari. Maka
pentaksiran yang lebih menyeluruh dan lengkap mengenai pencapaian murid
dapat dilaksanakan. Penggunaan sistem tahap pencapaian berbanding sistem gred
yang diguna pakai di peringkat sekolah rendah dapat membantu guru untuk
melakukan penilaian kepada pencapaian pelajar dan ibubapa lebih mudah untuk
memahami pencapaian anak mereka kerana laporan pencapaian adalah dalam
bentuk deskritif.

Dalam aspek padagogi, penerapan pembelajaran abad ke-21 dalam
kurikulum berdasarkan PPPM 2013-2025, memerlukan guru-guru untuk
mengaplikasian teknologi dalam pembelajaran bagi memudahkan sesi pengajaran
dilakukan di dalam kelas. Selain itu, penekanan kepada kualiti murid melalui 6
tunjang KSSR dan KSSM dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dimana guru
berperanan sebagai fasilitator kepada murid-murid bagi meningkatkan kemahiran
mereka berdasarkan 6 tunjang tersebut. Hal ini sekaligus dapat membantu dalam
melahirkan insan yang seimbang dilengkapi dengan pemikiran yang kritis, kreatif
dan berinvoatif berdasarkan Hasrat dalam PPPM 2013-2025.

b. Berperanan sebagai pembangunaan dan pelaksanaan kokurikulum

Guru perlu merekebantuk dan melaksanakan aktiviti kokurikulum yang
dijalankan di sekolah mengikut bidang kepakaran yang mereka miliki sekaligus
dapat menyumbang kepada pembangunan holisitik murid. Berdasarkan matlamat
KSSR dan KSSM antara tunjang yang diberikan penekanan dalam melahirkan insan
yang seimbang adalah dari segi ketrampilan diri. Dimana ketrampilan diri para
pelajar perlu dipupuk melalui aktiviti yang melibatkan kurikulum dan juga
kokurikulum.

Melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di
sekolah, penerapan nilai-nilai positif seperti harga diri dan keyakinan diri dapat
dipupuk di peringkat awal. Tambahan pula, berdasarkan Dasar Kokurikulum
kebangsaan, kegiatan kokurikulum yang dijalankan di peringkat sekolah bertujuan
untuk membantu pelajar menonjolkan diri, meningkatkan daya kreativiti dan
meningkatkan perpaduan antara kaum. Hal ini selari dengan matlamat anjakkan

34

PPPM 2013-2025 yang menjadikan kegiatan kokurikulum sebagai medium
perpaduan dan penyatuan di peringkat sekolah.
c. Penglibatan dalam pembelajaran professional

Berdasarkan PPPM 2013-2025, salah satu anjakkan yang diberi penekanan
adalah mentransformasi profession perguruan untuk menjadi profession pilihan.
Justeru penglibatan yang aktif guru-guru dalam pembelajaran professional
merupakan keperluan semasa bagi melangkapi diri menghadapi cabaran dalam
pendidikan terutama berkaitan penerapan pembelajaran abad ke-21. Guru-guru
perlu memastikan kemahiran yang dimiliki untuk melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas perlu seiring dengan pembaharuan yang
dilaksanakan dalam sistem pendidikan seperti pengenalan kurikulum baharu dan
cabaran dalam pendidikan.

Berdasarkan asas pembentukan kurikulum penekanan diberikan dalam
aspek kreatif, kritis dan inovatif dalam melahirkan insan yang seimbang. Dalam
perkara ini elemen sains dan teknologi dijadikan tunjang utama dalam
pembentukan KSSR dan KSSM. Dalam elemen ini, fokus utama diberikan kepada
penguasaan ilmu sains, matematik dan teknologi. Perkara ini juga dinyatakan
dalam anjakkan PPPM 2013-2025 mengenai peningkatan penguasaan teknologi
dan sains dalam kalangan pelajar. Selain itu, fokus dalam meningkatkan
penguasaan dalam STEM juga merupakan fokus utama dalam pelaksanaan
kurikulum ini. Maka guru-guru perlu meningkatan tahap kemahiran dalam
teknologi demi mempelbagaikan padagodi pengajaran di dalam kelas selain dapat
menerapkan dan mengaplikasikan teknologi dalam pendidikan.

d. Mewujudkan jalinan dan jaringan kolaboratif dengan ibubapa dan komuniti di
dalam serta luar sekolah
Dalam memastikan pengoptimuman dalam hasil pembelajaran murid,
jalinan dan jaringan kolaboratif antara guru, ibubapa dan komuniti perlu dibentuk
di peringkat sekolah. Hal ini adalah untuk memastikan setiap pihak memainkan
peranan masing-masing dalam membantu pelaksanaan kurikulum yang dijalankan
di peringkat sekolah. Anjakkan ke-9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia, jelas menyatakan mengenai pengwujudan kerjasama antara guru,
ibubapa, komuniti dan sektor swasta dalam memastikan matlamat pendidikan
berjaya dicapai.

35

Dalam aspek penambaikkan program akademik dan pemantapan
kukuriulum, kerjasama antara entiti yang dinyatakan amat diperlukan dalam
memastikan kelancaran sesuatu aktiviti atau perancangan yang dilaksanakan
diperingkat sekolah. Pelaksanaan KSSR dan KSSM turut memfokuskan kepada
tunjang ketrampilan diri. Hal ini merujuk kepada keupayaan pelajar untuk
menjalinkan hubungan dengan individu lain dan masyarakat. Maka,
pengaplikasian bidang keberhasilan guru dalam aspek jaringan dan kolaborasi ini
dapat diterapkan dalam aspek ketrampilan diri pelajar bagi memastikan pelajar
mencapai tahap yang diinginkan.

Secara keseluruhan, dasar pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian
pendidikan seperti PPPM 2013-2025 dan Bidang Keberhasilan Guru merupakan langkah
yang diambil bagi memastikan pemantapan atau perubahan yang laksanakan dalam
kurikulum dapat dicapai dengan jayanya. Penambahbaikan program akademik dan
pemantapan kurikulum merupakan satu langkah yang dalam memastikan sistem
pendidikan di Malaysia setanding dengan negara lain dan memenuhi tuntutan semasa,
maka perubahan lain juga perlu dilaksanakan terutama dalam aspek yang melibatkan
keberhasilan guru. Hal ini penting kerana tahap pencapaian perlaksanaan kurikulum
bergantung kepada guru yang terlibat secara langsung dalam pengajaran dan
pembelajaran di peringkat sekolah.

36

7. PENGAPLIKASIAN STANDARD KURIKULUM DI PERINGKAT SEKOLAH

7.1 KAEDAH PENGAPLIKASIAN KURIKULUM SEKOLAH

Kaedah dalam mengaplikasikan kurikulum sekolah adalah melalui penilaian yang
berterusan di sekolah atau di dalam bilik darjah. Penilaian ini membantu guru-guru untuk
mengetahui tahap penguasaan pelajar terhadap subjek yang dipelajari serta
perkembangan potensi pelajar mencapai hasrat falsafah pendidikan negara (FPN). Melalui
penilaian tersebut, guru-guru dapat merancang dan menyusun langkah seterusnya dalam
memperbaiki aspek-aspek tertentu. Penambahbaikan strategi tersebut melibatkan aspek
kaedah mengajar, program sekolah, aktiviti pengajaran, sumber Alat Bantu Mengajar
(ABM) dan sebagainya. Kaedah melalui penilaian dalam mengaplikasikan kurikulum
sekolah memberikan idea dan strategi kepada para guru untuk meningkatkan
penyampaian pengajaran dengan baik agar dapat mencapai standard kurikulum. Dengan
itu, terdapat cara-cara dalam mengaplikasikan kurikulum di peringkat sekolah dengan
mempelbagaikan strategi pengajaran, penambahbaikan aktiviti pdp, program-program
sekolah dan penilaian berterusan samaada di dalam dan luar kelas.

a) Pentaskiran Bilik Darjah (PBD)

Pentaksiran ini merupakan proses penilaian yang dilakukan di dalam bilik darjah
mahupun luar bilik darjah. Penilaian tersebut melibatkan aspek perkembangan kognitif,
afektif dan psikomotor pelajar di dalam kelas. Bahkan, guru juga melihat secara
menyeluruh terhadap perkembangan potensi pelajar agar para pelajar memperoleh ilmu
yang bermakna dan pengalaman pembelajaran di dalam kelas (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2019). Hal ini merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran yang dinilai
melalui penyampaian ilmu dan pemupukan semangat belajar di dalam kelas supaya
pelajar kondusif serta seronok untuk belajar di dalam kelas. Melalui PBD, guru dapat
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pembelajaran mereka. Selain itu,
dapat mengetahui keberkesanan pengajaran yang disampaikan dan membuat tindakan
susulan terhadap pelajar yang kurang menguasai subjek tersebut. Hal ini dilakukan
dengan membuat pemerhatian terhadap penglibatan murid dalam aktiviti di kelas dan
hasil kerja yang disiapkan oleh para pelajar. Sebagai contohnya, guru memberikan kerja
rumah kepada pelajar. Tujuan tugasan kerja rumah diberikan bagi memberi ruang
kepada murid mencari maklumat tambahan bagi memahami tajuk yang dipelajari di kelas
(William & Thompson, 2017). Dengan itu, pentaksiran melalui PBD berlaku secara

37

formatif dan sumatif supaya rekod penilaian dapat disimpan dan dirujuk bagi
menambahbaik proses pdp dalam kelas.

Formatif merupakan penilaian berterusan di dalam bilik darjah yang melibatkan
aktiviti pengajaran seperti pembentangan, soal jawab, kuiz, melaksanakan projek dan
eksperimen. Aktiviti ini dinilai melalui penglibatan dan hasil kerja murid melaksanakan
sesuatu tugasan. Tujuan formatif memastikan topik utama dan subtopik setiap subjek
memperoleh pencapaian di akhir pembelajaran. Dengan itu, guru menggunakan dokumen
standard kurikulum pentaksiran (DSKP) sebagai panduan dalam merujuk tajuk yang
bersesuaian bagi menghubungkaitkan kurikulum dengan pengajaran guru. Menurut Kalai
Selvan Arumugan (2020), melalui dapatan kajian diperolehi menunjukkan guru-guru
menggunakan DSKP sebagai rujukan dalam membina strategi pengajaran yang relevan
berdasarkan topik yang terdapat dalam dokumen tersebut. Ini menunjukkan guru-guru
menggunakan rujukan kurikulum bagi memastikan pentaksiran dilakukan dengan kaedah
yang betul.

Sumatif pula penilaian yang dilakukan pada akhir pengajaran yang lebih dikenali
penilaian akhir tahun. Penilaian ini menumpukan penguasaan sepenuhnya terhadap tajuk
yang dipelajari. Melalui penilaian sumatif, penguasaan tajuk dapat menentukan
keberkesanan terhadap kurikulum yang dilaksanakan.

b) Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Pentaksiran sekolah merupakan penilaian secara holistik yang melibatkan
beberapa penilaian iaitu pentaksiran sekolah, pentaksiran aktiviti jasmani, sukan &
kokurikulum (PAJSK), pentaksiran psikometrik (PSI), dan pentaksiran pusat. Proses
pentaksiran sekolah dilakukan dengan mengumpul maklumat prestasi pelajar berdasarkan
standard prestasi yang ditetapkan dalam kurikulum serta maklumat penggunaan teknik
mengajar dan alat (BBM). Proses mengelola, merekod, menterjemah, melapor dan
membuat pertimbangan berkenaan prestasi pelajar dilakukan semasa penilaian sumatif
dan formatif. Kemudian, hasil penilaian pelajar disimpan dalam bentuk portfolio yang
dijadikan eviden terhadap prestasi pelajar. Para guru memperoleh solusi dan langkah
untuk meningkatkan pembelajaran pelajar melalui penilaian tesebut. Penilaian ini
membantu dalam mencapai hasrat dan objektif kurikulum yang telah ditetapkan dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

38

Selain itu, kaedah menerapkan kurikulum di peringkat sekolah boleh dilaksanakan
melalui pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK). Pentaksiran ini
merupakan penilaian terhadap fizikal, kesihatan dan kecerdasan pelajar dalam mencapai
tahap kesejahteran diri yang baik. Pentaksiran ini turut melihat kepada penglibatan
pelajar terhadap tiga kegiatan iaitu kelab/persatuan, badan beruniform, dan
sukan/permainan. Ketiga-tiga ini merupakan sebahagian proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah yang telah dinyatakan dalam peraturan-peraturan pendidikan
(Kurikulum Kebangsaan) 1997. Sehubungan itu, terdapat tiga elemen yang diberi fokus
dalam penilaian tersebut iaitu ujian segak, kokurikulum, dan ekstra kurikulum. Penilaian
kokurikulum melibatkan penglibatan, penyertaan dan prestasi pelajar dalam kegiatan
kokurikulum yang disertai. Hal ini merupakan kaedah dalam memperkembangkan potensi
pelajar untuk belajar mengamalkan kesihatan diri, aktif bersukan dan memupuk nilai-nilai
murni seperti nilai kepimpinan, kerjasama dan bertanggungjawab.

Penilaian psikometrik pula melihat kepada kaedah sistematik di mana pentaksiran
dilakukan bagi melihat kecenderungan pelajar terhadap tiga aspek iaitu bidang
pembelajaran, aliran persekolahan, dan bidang pekerjaan. Hal ini menggambarkan atribut
psikologi seorang pelajar dari segi domain kognitif dan afektif. Melalui kecenderungan
tersebut, pelajar secara umumnya mempunyai pelbagai cara belajar dan keselesaan
mereka masing-masing. Dengan itu, Konstruk Inventori Kecerdasan Pelbagai (Ikep) bagi
tahun 6 terdapat 9 aspek iaitu Muzik, Logik, Visual, Verbal, Naturalistik, Kinestetik,
Interpersonal, Intrapersonal dan Eksintensial. Selain itu, pentaksiran pusat merupakan
pentaksiran yang dilakukan di sekolah berdasarkan peraturan, instrumen, tugasan, garis
panduan dan rubrik penskoran setiap pelajar. Hal ini disediakan oleh lembaga
peperiksaan dan dilaporkan dalam bentuk penskoran berpandukan rubrik yang ditetapkan.
Tugasan yang diberikan kepada pelajar akan dirujuk melalui dokumen kurikulum bagi
menghasilkan kemenjadian pelajar.

7.2 CABARAN PENGAPLIKASIAN KURIKULUM SEKOLAH

a) Kesediaan Guru dan Murid

Perubahan pendidikan kini, menjadikan keseluruhan sistem pedidikan turut
berubah mengikut keperluan semasa. Tujuan perubahan dilakukan bagi menambahbaik
dan meningkatkan kualiti pendidikan negara agar setanding dengan peringkat global.

39

Sehubungan itu, tahap kesediaan guru dan murid dalam berhadapan perubahan ini perlu
diambil prihatian kerana ia bukan perkara mudah untuk mengadaptasi perubahan
tersebut. Hal ini memerlukan masa, pengetahuan, sikap dan kemahiran para guru serta
murid untuk menyesuaikan dengan perubahan pendidikan. Ini merupakan suatu cabaran
kepada bidang pendidikan terhadap kesediaan murid dan guru dalam menerima
perubahan pendidikan masa kini.

Kajian Tuan Rahayu et al (2017), dalam kajian tentang kesediaan murid terhadap
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran Tassawur Islam menunjukkan
kesediaan murid berada tahap yang rendah. Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid
masih belum menerima elemen KBAT dan kurang minat untuk belajar. Dengan itu, guru
perlu mengambil perhatian dan memikirkan strategi dalam memupuk minat belajar
terhadap elemen KBAT. Elemen KBAT yang dimasukkan dalam dokumen kurikulum
merupakan agenda utama kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam melahirkan
murid yang berdaya tahan dan berfikiran kreatif. Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) juga turut menekankan kemahiran berfikir ini sebagai titik fokus
dalam pembangunan murid dan seiring dengan enam aspirasi murid.

Manakala, kesediaan guru dalam menghadapi perubahan kurikulum sekolah juga
mempengaruhi tahap pencapaian hasrat kurikulum yang digubal. Hal ini kerana, terdapat
segelintir para guru mempunyai tahap kesediaan yang rendah disebabkan pengetahuan,
kemahiran, penyesuaian diri dan kurang faham tentang perubahan yang digubal. Kajian
Nur Hawa dan Ghazali Darussalam (2018), dapatan kajian mendapati tahap kesediaan
guru dalam melaksanakan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) berada di tahap
yang sederhana. Hal ini menunjukkan bahawa guru belum bersedia menerima perubahan
dan memerlukan masa bagi mereka mempelajari tentang pengajaran berasaskan KBAT.
Selain itu, kajian Vadsala dan Kamisah Osman (2015), menunjukkan para guru
mengalami masalah terhadap pengurusan masa di mana mereka mengejar masa untuk
menghabiskan silibus pelajaran dan menyiapkan kerja selebihnya. Hal ini
menggambarkan kekangan masa guru untuk menerapkan elemen kurikulum dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah adalah terhad.

b) Inrastruktur Sekolah

Dalam mengaplikasikan transformasi pendidikan kini iaitu Kurikulum Standard
Sekolah Menengah dan Rendah di peringkat sekolah menunjukkan terdapat beberapa
masalah atau isu yang timbul apabila melaksanakan perubahan kurikulum di bilik darjah.

40

Salah satu cabaran yang ditempuhi oleh para guru semasa melaksanakan elemen
kurikulum baharu iaitu kelengkapan kemudahan sekolah kurang memuaskan dan tidak
lengkap.

Kajian Aminah Jekri dan Crispina Gregory (2020), menunjukkan hasil dapatan
kajian berkenaan pelaksanaan Pdp STEM menunjukkan kelengkapan infrastruktur berada
tahap yang sederhana. Hal ini bermakna infrastruktur yang tidak lengkap menyukarkan
proses Pdp dijalankan dan ia penting bagi pembelajaran berasaskan projek serta
eksperimen. Bahkan, capaian internet yang lemah juga turut mendorong kepada
kesukaran bagi pelajar mempelajari teknologi dan maklumat terkini. Hal ini disokong
dengan kajian Dominggus R., Estevanus K., Johanis Takaria (2016), menunjukkan kajian
yang dilakukan di daerah Wilayah Maluku, Indonesia berkaitan pelaksanaan kurikulum
sekolah 2013 di mana hasil dapat kajian memaparkan bahawa para guru mengalami
kekurangan sumber rujukan tentang buku panduan melaksanakan kurikulum sekolah. Ini
memberi makna kelengkapan sekolah tidak hanya terdiri daripada peralatan sekolah
bahkan kelengkapan sumber rujukan seperti buku dan rujukan ilmiah yang terdapat di
perpustakaan sekolah.

Kajian Norfaizah Md Kamary dan Mahizer Hamzah (2019), kajian ini berpadanan
dengan cabaran infrastruktur di mana dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap
kesediaan infrastruktur sekolah dalam melaksanakan PAK-21 berada tahap yang
sederhana. Hal ini menyatakan bahawa pentingnya kelengkapan infrastruktur bagi
memudahkan guru menyampaikan pengajaran abad ke-21. Sekiranya, kelengkapan tidak
mencukupi maka menyukarkan guru membina dan mewujudkan pembelajaran abad ke-
21 yang memberikan pendedahan kepada teknologi yang meluas dan kemahiran abad ke-
21. Fokus infrastruktur ini menjadikan murid-murid memperoleh pengetahuan yang
bermakna dan meluas. Sebagai contoh, menyediakan sudut pembelajaran abad ke-21
yang memberikan peluang kepada pelajar dalam mengemukakan pendapat dan
pandangan sendiri.

7.3 KESAN PENGAPLIKASIAN KURIKULUM

Kurikulum standard yang dilaksanakan di peringkat sekolah, menunjukkan kesan
atau impak yang positif kepada komuniti sekolah untuk memperoleh prestasi yang baik.
Pengaplikasian kurikulum yang baharu ini digubal bagi menambahbaik sistem pendidikan
seiring dengan hasrat transformasi pendidikan kini.

41

a) Meningkatkan Kemahiran Berfikir Pelajar
Kemahiran berfikir merupakan aspek yang penting dalam memperkasakan

kemahiran abad ke-21 para pelajar untuk berdepan dengan cabaran kini. Dengan
pelaksanaan kurikulum standard baharu yang diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran pelajar, dapat membantu dalam memantapkan proses meningkatkan
kemahiran berfikir pelajar. Kemahiran berfikir ada dua bahagian iaitu aras rendah dan
aras tinggi. Bahagian yang diberi tumpuan pada masa kini ialah aras tinggi di mana para
pelajar diberi pendedahan awal dengan kemahiran dalam menyelesaikan masalah,
berfikiran kreatif, inovasi, dan daya saing yang sihat.

Sehubungan itu, kajian Norliza Abdullah, Zulkifli Osman, Abdul Munir (2021),
dalam kajian tentang kesan penggunaan peta pemikiran terhadap pengajaran penulisan
karangan murid tahun lima mendapati dalam hasil kajian menunjukkan kesan yang positif
di mana markah pelajar meningkat apabila guru menggunakan kaedah peta pemikiran
dalam pengajaran di kelas. Hal ini bermakna, penggunaan peta pemikiran merupakan
suatu kaedah dalam meningkatkan kemahiran berfikir pelajar untuk lebih kreatif dan
KBAT dalam mengolah idea serta membina isi yang mantap. Dengan itu, pemikiran kritis
dan kreatif dalam mempelajari suatu subjek diperlukan dalam memperkasakan
keupayaan berfikir pelajar secara meluas dan mendalam. Hal ini sejajar dengan kajian
Noor Hidayu dan Yahya (2016), mendapati bahawa peta pemikiran seperti peta buih dan
peta bulatan membantu para pelajar untuk mengklasifikan isi-isi penting dengan baik.
Bahkan, hasil juga memaparkan peningkatan skor terhadap karangan yang dibina.

Selain itu, kajian Tulay Sarar dan Cansu Durna (2020), turut menunjukkan kesan
yang positif apabila menggunakan kaedah pengajaran kecerdasan dan permainan minda
dalam pelajaran Bahasa Turki terhadap pelajar sekolah menengah awam di Ankara, Turki.
Hal ini menjelaskan bahawa terdapat signifikan yang positif apabila guru-guru
menggunakan kaedah ini dan melihat kesan tersebut kepada pelajar yang melibatkan diri
secara aktif. Malahan, meningkatkan kecekapan berfikir dan membuat keputusan dengan
proaktif. Dengan itu, elemen kurikulum yang dilaksanakan memberi kesan positif dalam
kemahiran berfikir pelajar.

b) Perkembangan Potensi Pelajar secara meluas

Kesan mengaplikasikan kurikulum juga memberikan perkembangan yang meluas
kepada pelajar dari aspek nilai budaya pelajar dan sifat kepimpinan bagi diterapkan
dalam kehidupan seharian pelajar. Kajian Mutawakil Obeidat, Samer Ayasrah dan

42

Qutaibeh Katatbeh (2020), pelaksanaan kurikulum dari aspek kandungan kurikulum
menunjukkan elemen keusahawanan dan inovasi mendapati terdapat hubungan yang
positif dengan kaedah pengajaran keseluruhan pendidik. Hal ini bermakna, elemen ini
penting dalam membina potensi pelajar berhadapan dengan cabaran abad ke-21 yang
memerlukan pelajar mahir dalam bidang usahawan dan inovasi. Dengan itu, kurikulum
yang digubal di peringkat sekolah memberi impak yang positif dalam membekalkan
pelajar dengan ilmu keusahawanan, kepimpinan dan inovasi yang boleh diaplikasikan
dalam mana-man bidang tertentu.

Selain itu, kajian M. Kaviza (2019), tentang kesan kaedah Flipped Classroom
dengan teknik Peer Instruction terhadap kemahiran berfikir kritis menunjukkan bahawa
pelajar lebih aktif dan berkomunikasi dengan baik. Hal ini memberi makna bahawa
elemen kemahiran kritis dan kaedah pengajaran yang dilaksanakan meningkatkan
interaksi dua hala pelajar dan nilai kerjasama dalam melaksanakan tugasan. Dengan itu,
nilai-nilai yang diterapkan dalam kurikulum standard di peringkat sekolah mendorong
kesan yang positif kepada pelajar untuk lebih aktif bersosial bersama rakan dan
penglibatan yang aktif dalam apa-apa aktiviti pembelajaran.

Oleh yang demikian, pelaksanaan kurikulum baharu di peringkat sekolah
merupakan suatu usaha pihak kementerian pendidikan Malaysia dalam menambahbaik
sistem pendidikan negara. Dengan itu, elemen-elemen yang ditambah dan diperbaharui
memberikan kesan yang positif kepada perkembangan pelajar dari segi potensi, sikap,
pengetahuan, nilai dan kemahiran berfikir pelajar. Hal ini membantu dalam mencapai
hasrat pendidikan dan sejajar dengan perkembangan pendidikan kini bagi menghasilkan
pelajar yang berdaya saing dan seimbang.

43

8. PEMBELAJARAN ABAD KE-21: PENERAPAN DALAM AKDEMIK DAN
KURIKULUM

Dalam membincangkan penambahbaikan program akdemik dan pemantapan
standard kurikulum di sekolah, pelaksanaan amalan Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan
aspek penting untuk dibincangkan. Hal ini demikian kerana, tuntutan pendidikan pada
hari ini menitikberatkan penerapan teknologi dalam kaedah padagogi pembelajaran.
Namun begitu terdapat beberapa aspek yang perlu dibincang dan dijelaskan terlebih
dahulu terutama dari segi teori dan model pembelajaran abad ke-21 dan penambaikan
program akademik melalui amalan pembelajaran ini. Melalui perbincangan kedua-dua
aspek tersebut maka penambahbaikan program akdemik dan pemantapan standard
kurikulum dalam amalan pembelajaran abad ke-21 akan jadi lebih jelas dan singifikan.

Konsep penerapan pembelajaran Abad ke-21 ini melibatkan 3 entiti utama dalam
pendidikan iaitu pendidik, pelajar dan bahan mengajar. Ianya bertujuan untuk mengurus
PdP agar pelajar mampu belajar dengan baik selain dapat mengoptimumkan
pembelajaran. Secara keseluruhan, penerapan pembelajaran Abad ke-21 berfokus kepada
kemahiran yang dimiliki oleh pendidik dalam merancang, menyusun, memimpin dan
mengatur pelbagai aktiviti agar pembelajaran yang optimum dapat tercapai dan
merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Secara amnya, konsep
penerapan pembelajaran abad ke-21 merupakan penambahbaikan kepada program
akademik yang sediada kerana berlakunya perubahan dalam standard kurikulum di
sekolah. Penambahbaikan program akdemik dapat dilihat melalui proses merancang,
mengelola, memimpin dan mengawal kaedah padagogi dan penggunaan sumber-sumber
yang ada untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Dalam Pembelajaran abad ke-21 yang telah diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) melalui penerapannya dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025, terdapat beberapa perkara yang perlu untuk difokuskan
dalam membincangkan penambahbaikan program akademik. Aspek pembelajaran alaf ke-
21 yang disebut dalam PPPM 2013-2025 lebih berfokus kepada penambahbaikan dari
aspek kurikulum, padagogi dan pentafsiran pelajar agar lebih seimbang dan memberikan
faedah kepada pelajar. Dalam aspek kurikulum, pengajaran berdasarkan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
telah diperkenalkan pada tahun 2014 selaku langkah awal perubahan sistem pendidikan
selaras dengan kehendak dan matlamat PPPM 2013-2025.

44

PPPM, 2013-2025 juga memberikan penekanan terhadap 3 kemahiran yang perlu
dikuasai dalam PdP abad ke-21 iaitu kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and
Innovation Skills), kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, Media and
Technology Skills) dan kemahiran hidup dan kerjaya (Life and Career Skills). Ketiga-tiga
kemahiran ini perlu diterapkan dalam PdP di sekolah bagi memastikan pembelajaran abad
ke-21 dapat dilaksanakan. Ciri-ciri pembelajaran abad ke-21 juga berfokuskan kepada 4
ciri utama iaitu komunikasi, pemikiran kritis, kolaborasi dan kreativiti. Maka
pengaplikasian ciri-ciri dan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam pelaksanaan
pembelajaran abad ke-21 ini penting bagi memastikan Dasar Pendidikan Kebangsaan,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat PPPM itu sendiri dapat dicapai.

Maka dalam pelaksanaan KSSR dan KSSM, terdapat beberapa langkah yang telah
diambil bagi memastikan kurikulum yang diperkenalkan selari dengan matlamat
pembelajaran abad ke-21. Sebagai langkah awal untuk merealisasikan matlamat
pembelajaran abad ke-21 adalah memperkenalkan beberapa subjek baharu yang
melibatkan sains dan teknologi serta penjenamaan semula beberapa subjek di peringkat
sekolah rendah dan sekolah menenegah agar selari dengan pembelajaran abad ke-21.
Perkenalan subjek seperti Teknologi Maklumat (ICT) dalam KSSM merupakan salah satu
inisiatif yang diambil untuk memperkasakan lagi pembelajaran abad ke-21 dan juga
bidang sains dan matematik (STEM) yang berfokus kepada teknologi.

Selain itu, terdapat beberapa elemen-elemen lain yang terkandung dalam kemahiran
abad ke-21, berdasarkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) elemen tersebut
adalah:-

• Kreativiti dan inovasi
• Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
• Komunikasi dan kolaborasi
• Literasi maklumat
• Literasi teknologi, maklumat dan komunikasi
• Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri
• Berinisiatif dan mempunyai haluan diri
• Kemahiran sosial dan antara-budaya
• Produktiviti dan akuantabiliti
• Kepimpinan dan tanggunjawab

45

Selain aspek kurikulum, terdapat juga penambahbaikan dari aspek padagogi
pendidikan kerana aspek ini memainkan peranan yang signifikan dalam proses PdP.
Sebagai contoh dalam aspek padagogi pengenalan kepada susun atur kelas abad ke-21
telah diperkenalkan sebagai langkah untuk meningkatan kualiti pendidikan. Dalam susun
atur kelas abad ke-21, susunan meja dapat membantu murid untuk berinteraksi dan
melaksanakan kolaborasi bagi meningkatan kemahiran berfikir walaupun dalam jumlah
murid yang ramai. Hal ini sekaligus dapat membantu perjalanan PdP di dalam kelas
sekaligus meningkatkan prestasi murid.

Dalam aspek perancangan pentafsiran, penambahbaikan yang dilakukan melalui
pembelajaran abad ke-21 ialah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT). Justeru langkah proaktif perlu diambil bagi memastikan penilaian yang
dilakukan terhadap pelajar lebih bersifat holistik. Selain itu, pendekatan pembelajaran
abad ke-21 yang berpusatkan pelajar memerlukan penilaian dan pentafsiran yang lebih
menyeluruh dari pelbagai aspek kendiri pelajar bagi memastikan ianya menggambarkan
pencapaian pelajar.

Melalui pelaksanaan amalan pembelajaran abad ke-21 dalam program akademik dan
kurikulum, penggunaan teknologi dalam sesi padagogi amat digalakkan. Maka, salah satu
kemahiran yang perlu untuk dikuasai dalam PdP ialah kemahiran maklumat, media dan
teknologi. Guru-guru disarankan untuk menggunakan teknologi dalam PdP di dalam kelas
bagi meningkatkan tahap penglibatan pelajar yang maksimum. Namun pengaplikasian
teknologi dalam PdP masih terpulang kepada guru itu sendiri untuk mengaplikasikan
teknologi dalam PdP mereka. Hal ini bukan hanya meningkatkan kemahiran guru dalam
penggunaan teknologi tetapi ianya melibatkan kemahiran pelajar dalam mengendali
teknologi. Hal ini penting bagi memastikan matlamat Pembelajaran Abad Ke-21 dan
inspirasi serta objektif PPPM 2013-2025 dapat dicapai.

Kesimpulannya, penerapan pembelajaran abad ke-21 dalam program pendidikan dan
kurikulum sekolah merupakan salah satu langkah yang diambil dalam merealisasikan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendididkan Malaysia
(PPPM) 2013-2025. Program akademik dan kurikulum yang bersifat holistik dan
menyeluruh adalah perlu. Hal ini penting bagi memastikan terdapatnya satu garis
penanda aras dalam sistem pendidikan di Malaysia. Oleh itu, penambahbaikan dalam
pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 adalah perlu bagi memastikan matlamat

46

pendidikan tercapai sekaligus meningkatkan kualiti pendidikan agar selari dengan negara
maju yang lain.

9. KESIMPULAN

Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan, merupakan elemen yang penting
bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi
ekonomi, politik, dan sosial. Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk
memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata, bahkan ia merupakan saluran untuk
menyampaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat
mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai
perpaduan. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum,
agama, dan adat resam di mana ia dikenali sebagai masyarakat majmuk. Pelaksanaan
sistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat
Malaysia. Melalui pendidikan, nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bertoleransi,
bekerjasama, dan aspek
aspek moral diterapkan kepada masyarakat yang bertujuan
untuk melahirkan pewaris negara yang berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing,
bijak, dan mempunyai sifat patriotik di mana ia penting untuk memupuk perpaduan di
kalangan masyarakat. Sistem persekolahan yang terbaik adalah sistem pesekolahan yang
meliputi keseluruhan kehidupan masyarakat Malaysia, di mana ia tidak hanya terhenti
apabila seseorang individu tamat persekolahan atau tamat pengajian di institusi
institusi
pengajian tinggi, tetapi ia menjadi kesinambungan dalam kehidupan hingga ke hari tua
dengan memberi sumbangan bagi memartabatkan bangsa dan negara. Pendidikan,
mengikut Plato, ialah suatu proses membentuk individu yang berakhlak mulia. Menurut
Jean Jacues Rousseau pula, pendidikan sebagai suatu proses yang berterusan dan
bermula dari masa kanak-kanak lagi. Dalam proses ini, segala kebolehan semulajadi lahir
dengan sendirinya mengikut kehendak dan peraturan semulajadi (Mok Soon Sang,
2000:xvi). Masyarakat dan pendidikan adalah bergerak seiring kerana pendidikan adalah
acuan membentuk insan.

Justeru itu, Perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata mengalami banyak
perubahan, terutama sejak zaman penjajahan hinggalah zaman selepas merdeka.
Perkembangan masyarakat seiring dengan perkembangan dasar
dasar negara yang
sentiasa ditambahbaik bagi memastikan keperluan rakyat terbela. Perubahan dalam

47

sektor pendidikan menjadi intipati penting dalam pengukuhan perpaduan negara ke arah
yang lebih baik kerana pendidikan menjadi peneraju pembentukan masyarakat. Aspek-
aspek murni amat ditekankan dalam pendidikan kerana sebagai sebuah masyarakat
majmuk, nilai-nilai murni perlu ada dalam diri setiap masyarakat. Namun, walaupun
banyak perubahan yang telah dilakukan, kelemahan-kelemahan masih lagi wujud dan
perlu diambil serius oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikannya dengan segera.
Kelemahan yang wujud umpama barah yang akan merebak menjadi semakin besar,
malah boleh menyebabkan perpecahan dalam masyarakat. Masalah-masalah yang
melibatkan isu-isu antara kaum perlu diselesaikan segera, bukan dibiarkan senyap begitu
sahaja. Oleh itu, untuk mencapai matlamat perpaduan negara yang kukuh, seluruh
masyarakat perlu berganding bahu, seiring dengan usaha murni kerajaan melalui dasar-
dasar dan rancangan baru. Mutu pendidikan yang sempurna serta hubungan masyarakat
yang harmoni menjadi tunggak kejayaan yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara
maju dan dapat merealisasikan transformasi pendidikan dengan cemerlang

48

10. LAMPIRAN INFOGRAFIK
49


Click to View FlipBook Version