The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mmustaqimbh, 2022-11-23 11:34:47

Modul Pengajian Am Matrikulasi

Modul Pengajian Am Matrikulasi

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

MODUL
PENGAJIAN AM
MATRIKULASI

AHMAD NOH
NASRUL ISYAM ABDUL HAMID

2

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mana-mana pihak
mengeluarkan mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dengan apa-apa jua
cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau
cara lain tanpa mendapat keizinan bertulis daripada penerbit.

UNIT PENGAJIAN AM MATRIKULASI
JABATAN SASTERA IKHTISAS DAN SAINS SOSIAL

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

26300 GAMBANG
PAHANG

3

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

PRAKATA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani,
segala pujian bagi Tuhan Maha Agung yang memiliki segala dan
setiap kekuasaan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita
Nabi Muhammad s.a.w, pemimpin agung ummah akhir zaman.

Syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurniaNya maka
Modul Pengajian Am Matrikulasi ini telah dapat dibukukan.
Alhamdulillah. Modul ini diterbitkan sebagai perkongsian untuk
diguna pakai sebagai garis panduan kepada pendidik, para pelajar
Kursus Pengajian Am Matrikulasi Program Matrikulasi KPM dan
seluruh masyarakat dalam meningkatkan ilmu pengetahuan. Modul
ini merangkumi 3 komponen iaitu Kemahiran Berkomunikasi,
Demokrasi Berparlimen Dan Struktur Pentadbiran Negara, Isu &
Cabaran Negara.

Terima kasih buat semua pihak yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam memberi pandangan dan buah fikiran hingga
terhasilnya modul ini. Sokongan ini cukup besar dan telah memacu
iltizam dan motivasi kami untuk terus menulis untuk pendidikan
masyarakat.

Semoga penerbitan Modul Pengajian Am Matrikulasi ini dapat
menambah lagi bahan bacaan dan seterusnya membantu pelajar ke

4

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

arah meningkatkan pengurusan kendiri, kemahiran komunikasi, jati
diri dan semangat patriotisme yang merupakan agenda penting bagi
setiap individu dalam mendepani dunia yang semakin mencabar.
Perkongsian kemahiran insaniah (softskills) dan kenegaraan dapat
melahirkan generasi muda yang cintakan ilmu, menghayati dan
seterusnya mengamalkan dalam kehidupan sebagai warganegara.
Pemahaman yang betul berkaitan kemahiran insaniah akan
membawa kita ke datar yang gemilang dalam perjalanan kerjaya dan
hidup. Sementara pemahaman yang betul dan jelas tentang negara
merupakan kunci pengukuhan jati diri, kesedaran untuk
mempertahankan negara dan berbangga sebagai warganegara
Malaysia.

"Jika kamu tidak tahan terhadap penatnya belajar, maka
kamu akan menanggung bahayanya kebodohan"
(Imam Syafii)

Ahmad Bin Noh
Nasrul Isyam Abdul Hamid

5

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

ISI KANDUNGAN

1.0 KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

1.1 Asas Komunikasi
1.2 Temu Duga
1.3 Pengucapan Awam

2.0 RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI
BERPARLIMEN DALAM SISTEM PENTADBIRAN

NEGARA

2.1 Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
2.2 Proses Pilihan Raya di Malaysia
2.3 Komponen Utama Sistem Kerajaan Malaysia

2.3.1 Majlis Raja-Raja
2.3.2 Badan Pentadbiran/Pelaksana (Eksekutif)
2.3.3 Badan Perundangan (Legislatif)
2.3.4 Badan Kehakiman (Judisiari)
2.4 Kepentingan Rukun Negara
2.5 Menghuraikan Perkara Penting dalam Perlembagaan
2.5.1 Perkara 3 : Agama Bagi Persekutuan
2.5.2 Peruntukan Kewarganegaraan
2.5.3 Perkara 32 : Ketua Utama Negara bagi

Persekutuan
2.5.4 Perkara 152 : Bahasa Kebangsaan
2.5.5 Perkara 153 : Perizaban Kuota
2.5.6 Perkara 160 : Takrifan
2.5.7 Perkara 181 : Kedaulatan Raja-Raja

3.0 ISU DAN CABARAN NEGARA

3.1 Menerangkan maksud isu dan cabaran Negara
3.2 Revolusi Industri 4.0
3.3 Dasar Negara : Dasar Pendidikan - Bahasa Melayu

Sebagai Bahasa Pengantar
3.4 Mengenal Pasti Ancaman Luar dan Dalam Negara

BIBLIOGRAFI

6

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

1.0
KEMAHIRAN
BERKOMUNIKASI

7

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

1.1 ASAS KOMUNIKASI

Gambar 1 : Komunikasi

Pengenalan
Komunikasi amat penting dalam kehidupan individu.Merujuk kepada
buku yang bertajuk Emotional Intelligence kecerdasan sahaja tidak
mampu untuk menjamin kejayaan seseorang itu dalam hidup kerana
kejayaan itu perlu disertai dengan kemantapan emosi atas rasional
keupayaan individu dalam mengawal emosinya dan emosi orang lain
merupakan individu yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam
berkomunikasi. Oleh itu kemahiran berkomunikasi dengan baik perlu
dikuasai oleh setiap individu bagi memastikan urusan seharian
dengan individu lain berjalan dengan lancar.

8

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

Definisi Komunikasi
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-empat, komunikasi dapat ditakrifkan
sebagai perhubungan (secara langsung atau dengan perantaraan
surat, radio, telefon, dll), komunikasi massa atau perhubungan
dengan atau yang sampai kepada orang ramai amnya, berkomunikasi
berhubungan (secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio,
telefon, dll), mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang,
bertukar-tukar pendapat, dll)

Berasal daripada perkataan Latin berbunyi COMMUNICARE, dalam
Bahasa Inggeris berbunyi To make common, to share dan dalam
Bahasa Melayu ‘untuk mewujudkan persamaan’. Dari sudut
perspektif Islam pula ialah proses penyampaian atau bertukar
perutusan dan maklumat dengan menggunakan kaedah yang
terdapat di dalam Al Quran dan Hadis.

Verdeber & Verdeber (2002) and Hybels & Weaver (2001)
mendefinisikan komunikasi adalah proses membentuk dan berkongsi
makna, perasaan dan idea dalam ucapan, interaksi kumpulan bertulis
atau ucapan awam. Kesimpulannya bahawa komunikasi ini adalah
satu proses apabila seseorang individu yang mempunyai kepentingan
bagi menyampaikan maklumat secara lisan atau bukan lisan yang
akan mempengaruhi tingkah laku orang lain.

9

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

Elemen Komunikasi

Carta 1 : Model Komunikasi

1. Penyampai
- Untuk memastikan komunikasi berlaku secara berkesan, penyampai
haruslah mematuhi beberapa perkara. Penyampai haruslah jelas
tentang mesej yang disampaikannya, teliti dengan bait mesej yang
ingin disampaikannya, pasti dengan mesejnya, pasti dengan
kepentingan mesejnya, menggurangkan gangguan yang mungkin
diterima penerima dan sebagainya.
2. Mesej
- Mesej yang disampaikan akan dihantar dengan menggunakan

perkataan, simbol, ayat, atau bahasa tertentu bagi
menggambarkan makna sesuatu mesej.

10

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

3. Saluran
- Mesej yang dibentuk boleh dihantar melalui saluran tertentu.

Saluran ini boleh berbetuk lisan, tidak lisan, tulisan atau lain-lain.
Saluran mempengaruhi juga keberkesanan sesuatu komunikasi itu.
4. Penerima - Orang yang menjadi sasaran mesej.
5. Maklum Balas - Tindak balas terhadap penerimaan mesej. Boleh

berbentuk Lisan atau Tidak lisan

6. Gangguan - Perkara-perkara yang mengganggu keberkesanan

komunikasi . Akibatnya, maklumat yang dihantar kemungkinan
tidak dapat diterima ataupun kurang jelas.

Carta 2 : Gangguan Dalam Komunikasi

11

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

Bidang Komunikasi

Perkembangan Bidang Komunikasi Di Malaysia Fasa Pertama
Sebelum Merdeka (1957) dipengaruhi oleh bidang kewartawanan.
Surat khabar (media cetak) berperanan menyuntik semangat
nasionalisme bagi membantu perjuangan menuntut kemerdekaan.
Sewaktu ini, bidang komunikasi belum diwujudkan sebagai bidang
pengajian formal.Fasa Kedua bermula selepas Malaysia mencapai
kemerdekaan mula berkembang dan mendapat perhatian apabila
BERNAMA ditubuhkan pada tahun 1968. Fasa Ketiga pula baharu
mula muncul selain kewartawanan dan penyiaran seperti bidang
pendidikan komunikasi. Fasa Keempat bermula sekitar 1980-an
berperanan sebagai bidang komersial.

Carta 3 : Bidang Komunikasi

12

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

Komunikasi Intrapersonal
• Komunikasi yang berlaku di dalam diri seseorang.
• Seseorang yang sedang berfikir tentang sesuatu perkara

sebenarnya ia sedang dalam proses berkomunikasi dengan dirinya.
• Kita sering bermonolog dengan diri kita untuk membuat pilihan,
keputusan, memberikan sebab dan akibat.

Komunikasi Interpersonal
• Komunikasi antara individu.
• Proses komunikasi yang melibatkan dua orang atau lebih.
• Bersifat terus iaitu bersemuka tanpa menggunakan sebarang

perantaraan atau saluran tertentu.
• Ia juga berlaku dalam keadaan yang tidak formal dan bersahaja.

Komunikasi Kumpulan
• Berperanan membuat keputusan dan dipatuhi oleh semua ahli.
• Berlaku dalam bentuk formal dan tidak formal.
• Contoh seperti mesyuarat

Komunikasi Awam
• Berucap di khalayak ramai.
• Seorang kepada ramai orang.
• Contoh seperti taklimat, ceramah, forum, ucapan pengacara majlis,

pembaca berita, ucapan tetamu dalam majlis, jualan produk,
kempen pilihanraya dll.

13

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

Komunikasi Massa
• Komunikasi yang berlaku untuk sebaran umum dengan
menggunakan alat-alat media massa seperti akhbar, majalah, radio,
televisyen, buku dan risalah.
• Berbentuk sehala dan jika berlaku tindakbalas ia mengambil masa

dan tidak sepantas interpersonal.
Cara Perhubungan dan Corak Komunikasi

Carta 4 : Cara Perhubungan dan Corak Komunikasi

Setiap individu mempunyai ‘karektor komunikasi ‘ yang tersendiri.
Ada yang sering membangkang, memperkecilkan orang lain,
‘bermulut longkang’ menyakiti hati orang lain, ada yang diam saja,
terlalu banyak bercakap dan bermacam lagi ragam. Berikut dijelaskan

14

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

4 cara dan corak perhubungan iaitu pasif, agresif, manipulatif dan
asertif.
a. Pasif
1. Corak komunikasi adalah kalah-menang.
2. Tindakan yang tidak dapat menegakkan hak dan pandangan diri

sendiri.
3. tidak menyuarakan pandangan berpunca daripada tidak yakin

kepada diri, bimbang dipersalahkan dan suka mengalah.
4. Orang yang malas berfikir, suka mengumpat, penakut, dan tidak

suka bergaduh.
5. Sikap individu pasif:

-tiada wawasan -rendah diri -tidak yakin -rasa takut
-berfokus kawalan luar -utama orang lain -memujuk

b. Agresif
1. Corak komunikasi adalah menang-kalah.
2. Komunikasi ini boleh ditakrifkan sebagai pencipta masalah atau

konflik antara individu dengan individu yang lain.
3. Ia merujuk kepada individu yang kejam dan ingin membuat orang

bawahannya mengikut kata-katanya.
4. Sikap individu agresif :

-bersikap defensif -tidak yakin -memperkecilkan orang lain
-menindas orang lain -guna kuasa -suka menyindir -menonjol diri

c. Manipulatif
1. Corak komunikasi adalah kalah-kalah.

15

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

2. Individu yang bersikap manipulatif atau manipulator akan
mendorong orang lain untuk melakukan sesuatu secara paksaan
atau ugutan.

3. Mungkin individu tersebut akan mengritik, memarahi atau
mengancam supaya orang lain melakukan sesuatu untuknya.

4. Komunikasi ini juga digunakan untuk mendorong seseorang
melakukan sesuatu, tetapi juga untuk menghentikan orang
tersebut melakukan tindakan tertentu.

5. Sikap individu manipulatif :
- tegas -degil -egois -rendah diri -murung -merosakkan orang lain
-mudah putus asa - balas dendam -suka bergaul

d. Asertif
1. Corak komunikasi adalah menang-menang.
2. Orang yang yakin pada diri sendiri.
3. Individu yang dapat menyatakan pandangan dan hak sendiri

dengan jelas dalam cara yang boleh diterima umum.
4. Menghomati hak dan pandangan orang lain.
5. Percaya pada persamaan hak dan asasi.
6. Percapaian berasaskan insiatif dan usaha sendiri.
7. Individu yang bersikap terbuka dan berani menghadapi masalah

dan isu dengan positif.
8. Sikap individu asertif :

- menerima pendapat dengan hati terbuka - jujur - ikhlas
- yakin diri - pemikiran positif -menghormati diri dan orang lain
- berterus terang -memberi kepuasan kepada kedua belah pihak

16

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

Tips Komunikasi Berkesan

Gambar 2 : Keberkesanan Komunikasi

1. Anda sendiri perlu jelas dengan idea yang mahu disampaikan.
2. Anda perlu mengambil kira tetapan/setting

( Sosial, Budaya,Fizikal ).
3. Anda gunakan bahasa tubuh/body language yang sesuai

mengikut tetapan/setting yang betul.
4. Anda gunakan kemahiran gerakan badan seperti hubungan mata,

tunduk ke depan, anggukan kepala.
5. Anda jadilah pendengar yang baik. Tumpuan sepenuhnya apa

yang dibincangkan.
6. Anda perlu elakkan memonopoli perbualan.

17

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

1.2 TEMU DUGA

Gambar 3 : Sesi Temu duga sedang berlangsung

Pengenalan
Kelulusan akademik bukanlah satu-satunya faktor penentu seseorang
calon berjaya dalam temu duga. Sebaliknya ada banyak faktor lain
yang boleh mempengaruhi sama ada faktor dalaman mahupun
luaran. Antara faktor dalaman seperti keyakinan, kebolehan
berinteraksi dan sebagainya. Manakala faktor luaran seperti
tatakelakuan, adab sopan, kekemasan diri dan banyak lagi. Ini semua
adalah merupakan kemahiran insaniah (soft skills). Oleh sebab itu
kemahiran insaniah tidak boleh dipandang mudah dan seharusnya
aspek ini perlu diberi perhatian dan diaplikasi dalam hidup seharian
oleh semua calon yang akan melalui proses temu duga. Di dalam

18

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

modul ini dinyatakan beberapa tip sebagai panduan ringkas
menghadapi temu duga.

Definisi Temu Duga

Temuduga merupakan satu proses yang membenarkan seseorang
majikan/organisasi menilai bakal pelajar/pekerja bagi prospektif
kursus/pekerjaan bersama majikan/organisasi. Dalam proses ini,
majikan/organisasi berharap untuk menentukan sama ada pemohon
sesuai atau tidak dengan kursus/pekerjaan tersebut.
Temu duga biasanya mendahului keputusan pengambilan, dan
biasanya digunakan bagi menilai calon. Temu duga biasanya
didahuluni dengan penilaian resume dari calon yang berminat,
kemudiannya memilih sejumlah kecil calon bagi temu duga. Temu
duga untuk merebut peluang pekerjaan juga termasuk kejadian
jaringan dan pesta kerjaya/pendidikan.
Temu duga dianggap satu dari peralatan paling berguna bagi menilai
potensi bakal pelajar/pekerja. Ia juga memerlukan sumber besar dari
majikan, tetapi telah dibuktikan amat boleh diharap bagi mengenal
pasti calon optima bagi kerja. Temuduga juga membenarkan calon
menilai budaya korporat dan keperluan kursus/pekerjaan.
Temu duga beberapa kali mungkin digunakan jika terdapat ramai
calon atau berdasarkan beberapa keperluan. Pusingan awal
mungkin membabitkan sedikit kakitangan dari majikan dan biasanya

19

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

lebih ringkas dan kurang mendalam. Temu duga juga boleh berlaku
melalui atas talian/telefon/video.

Objektif Temu Duga

1. Membolehkan majikan/organisasi mendapatkan sebanyak
mungkin maklumat mengenai pengetahuan, kemahiran dan
kebolehan calon.

2. Mengetahui sama ada calon mempunyai personaliti yang sesuai
dengan kursus/pekerjaan yang ditawarkan.

3. Mengukur sejauh mana tahap pemikiran calon khususnya dalam
perkara pengetahuan am atau hal ehwal semasa.

Persediaan Menghadapi Temu Duga

a. Persiapan Awal
- Selidik profil universiti/Jabatan/Syarikat.
- Kaji kursus/jawatan/bidang yang dipohon.
- Semak dengan teliti surat/emel yang dihantar dari aspek
tarikh, masa, tempat dll.
- Kenalpasti etika berpakaian yang sesuai dan menepati
kehendak temu duga.
- Buat persediaan soalan yang mungkin akan ditanya.
- Fikirkan urusan pengangkutan jika melibatkan
pergerakan atau urusan internet jika atas talian.
- Dapatkan nama dan gelaran panel penemu duga.
- Sediakan sijil asal dan salinan.
- Ulangkaji pelajaran dan mengetahui Pengetahuan Am.

20

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

Etika Penampilan Diri Ketika Temu Duga

Memakai baju kemeja Memakai seluar slack
lengan panjang berwarna berwarna gelap

cerah Memakai kasut bertumit,
berstoking warna gelap
Bertali leher
LELAKI

Aksesori – jam Rambut,misai &
tangan, klip tali janggut kemas

leher,cincin Tali pinggang dan kasut
warna yang sama - gelap

Carta 5 : Etika Penampilan Diri Ketika Temu Duga (Lelaki)

Tidak berpakaian Memakai pakaian yang Memakai tudung dengan
mencolok mata @ sopan dan tidak terlalu kemas/ rambut disikat
rapi/diikat
seksi terang (striking)

Memakai kasut WANITA
bertumit
Solekan dan wangian
yang tidak berlebihan

Jangan memakai aksesori yang
keterlaluan

Carta 6 : : Etika Penampilan Diri Ketika Temu Duga (Wanita)

21

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

b. Semasa Temu duga
- Ucapkan salam atau ucapan selamat
- Beri tumpuan
- Berkeyakinan dan tenang
- Elakkan keburukan 4 perkara ini (jangan menguasai sesi
temu duga, membangga diri dan bercakap banyak, elak
ceritakan masalah peribadi spt kesihatan,kewangan dan
elakkkan daripada meninggikan suara.

c. Akhir Temu duga
- Biar panel temu duga yang tamatkan sesi
- Ucapkan terima kasih
- Segera tinggalkan bilik temu duga dengan sopan.

1.3 PENGUCAPAN AWAM

Pengenalan
Pengucapan awam adalah merupakan satu disiplin ilmu. Satu
bentuk saluran komunikasi pertuturan sebagai landasan
penyampaian.

Definisi
Dalam bukunya Panduan Pengucapan Awam (1994) Abdul Mua’ti
@ Zambri Ahmad menjelaskan bahawa perucapan umum
menggunakan anggota komunikasi verbal dan bukan verbal. Yang
dimaksudkan dengan anggota komunikasi verbal ialah mulut

22

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

iaitu dalam proses pembentukan suara dan perkataan. Anggota
komunikasi bukan verbal pula ialah seluruh tubuh perucap
seperti mata, kepala, tangan, badan, nada suara dan memek
muka.

Elemen Pengucapan Awam

pengucap

ucapan Elemen

audien

situasi

Carta 7 : Elemen Pengucapan Awam

Perkara-Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Menyampaikan
Pengucapan Awam

1. Menukar gaya bercakap
2. Mengaku lupa idea
3. Berhenti-tiba-tiba
4. Meminta maaf berulang kali
5. Menyalahkan masa
6. Huraian panjang

23

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

Perkara Mustahak Dalam Pengucapan Awam
a. Bahasa badan/tubuh
1. Mimik Muka

Mimik muka memainkan peranan yang besar dalam komunikasi
bukan lisan. Bayangkan berapa banyak maklumat yang boleh
disampaikan melalui mimik muka seperti senyuman ataupun
berkerut dahi. Mimik muka untuk menggambarkan kebahagiaan ,
kesedihan, kemarahan, dan ketakutan adalah serupa segenap
pelosok dunia.

2. Kepala
3. Mata
4. Bahu
5. Tangan dan Jari
6. Anggota-anggota lain

b. Pengawalan Suara
1. Kelantangan
2. Nada
3. Jeda (berhenti sebentar)
4. Pengulangan
5. Sebutan tepat

24

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

2.0
RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN

DEMOKRASI BERPARLIMEN
DALAM SISTEM PENTADBIRAN

NEGARA

25

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

2.1 DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA

Negara
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) mendefinisikan negara
sebagai suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan
diperintah oleh sebuah kerajaan, kawasan yang di bawah kekuasaan
kerajaan tertentu dan segala yang berkaitan dengan negara
(masyarakat dan kawasan di bawah satu kerajaan). Istilah negara
atau state sering dikaitkan dengan bangsa, masyarakat, kerajaan dll.
Sementara dalam Sains Politik istilah itu mempunyai pengertian yang
berbeza mengikut konteks penggunaannya.

Negara Bangsa
Negara bangsa mesti mempunyai 3 komponen utama iaitu negara,
individu dan bangsa. Antara cir-ciri Negara Bangsa adalah :
 Masyarakat yang tinggal dalam sesebuah negara hidup bersatu

padu tanpa dipisah oleh fahaman perkauman yang sempit
seperti kepercayaan, bahasa, kedaerahan, budaya, pekerjaan,
tempat tinggal dll.
 Sebilangan besar rakyat mesti berpegang pada ideologi politik
yang sama iaitu demokrasi. Perbezaan yang wujud hanya dari
segi kaedah cara mencapai matlamat.
 Kepercayaan dan keyakinan yang tinggi kepada sistem
pemerintahan dan undang-undang negara dengan mematuhi
dan yakin bahawa undang-undang dan system pentadbiran
mampu memberi perlindungan dan keadilan.

26

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

Latar Belakang Pemerintahan Negara
Pemerintahan negara adalah berasaskan suatu sistem yang telah
sedia dipraktikkan oleh masyarakat melayu sebelum era kolonial lagi.
Struktur pentadbiran sebuah kerajaan melayu dapat dilihat dengan
jelas pada zaman kegemilangan pemerintahan Kesultanan Melayu
Melaka pada suatu ketika dahulu.

Berlaku perubahan dalam hala cara berpolitik,sistem pemerintahan
Negara. British mula campur tangan dalam hal ehwal Pentadbiran
Negeri-Negeri Melayu dan memperkenalkan bentuk pemerintahan
baharu di Tanah Melayu.

Keadaan berlanjutan hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan
dengan struktur pemerintahan yang baharu diterima pakai yang
dikenali sebagai sistem pengasingan kuasa.

Dalam sistem pemerintahan di Malaysia, Demokrasi Berparlimen dan
Raja Berpelembagaan merupakan dua elemen penting. Sistem
pemerintahan ini telah dikanunkan dalam Perlembagaan Persekutuan
pada tahun 1957 dan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak apabila
kedua-dua negeri itu menyertai Persekutuan Malaysia pada 16
September 1963. Mengikut Perkara 32 dalam Perlembagaan
Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan sebagai Ketua
Negara dengan memakai gelaran rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong. Juga dinyatakan perihal demokrasi berparlimen
antaranya pada Perkara 44 dan 45.

27

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

Konsep Demokrasi Berparlimen

Carta 8 : Prinsip Utama Sistem Demokrasi Berparlimen

Malaysia mengamalkan pemerintahan bercorak demokrasi sejak
kemerdekaan sehingga sekarang. Kerajaan demokrasi berparlimen
bermaksud suatu pemerintahan yang menggunakan suara rakyat
dalam menentukan pemimpin negara atau tampuk pemerintahan.
Rakyat diwakili oleh wakil-wakil yang dipilih melalui Pihan raya.
 Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah

pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda
Yang Di-Pertuan Agong merupakan sebagai Ketua Negara.
Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan

28

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

syarat-syarat yang sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan
sistem ini. Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen
adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam
pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif
(pentadbiran).
 Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan
sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem persekutuan.
Berdasarkan kepada peruntukan ini negeri-negeri Perlis, Kedah,
Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor,
Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah
bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
 Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa
masing-masing seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar
negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di
dalam Perlembagaan Malaysia untuk di tadbir oleh Kerajaan
Pusat. Terdapat beberapa perkara yang diletakkan di
bawah kuasa negeri-negeri dan setiap negeri tersebut diberikan
hak untuk mentadbir perkara seperti agama Islam, air, tanah dan
galian.
 Pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara perwakilan yang
dilakukan melalui proses pilihan raya.
 Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong dan dua dewan iaitu Dewan Negara dan
Dewan Rakyat.

29

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

Konsep Raja Berperlembagaan

Gambar 4 : Panji-Panji Diraja

 Pemerintahan Beraja merupakan salah satu ciri yang unik dan
penting di Malaysia. Menurut Tun Mohamed Salleh Abas di
dalam buku beliau yang berjudul “Prinsip Perlembagaan dan
Pemerintahan Malaysia”, Pemerintahan Beraja merupakan salah
satu daripada unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia.

 Bermaksud sistem beraja mengikut perlembagaan Yang di-
Pertuan Agong bertindak menurut nasihat Jemaah Menteri.
Manakala raja/sultan sesebuah negeri bertindak mengikut
nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

 Yang di-Pertuan Agong adalah merupakan Ketua Negara.
Manakala Perdana Menteri ialah Ketua Kerajaan. Di peringkat
negeri pula Sultan/Raja/Yang di-Pertua Negeri adalah Ketua
Negeri. Manakala Menteri Besar/Ketua Menteri ialah Ketua
Kerajaan Negeri.

30

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

Gambar 5 : Ketua Negara - Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong

 Walaubagaimanapun, semasa zaman penjajahan British, keadaan
telah berubah kerana kuasa mutlak Raja-Raja telah mula
hilang secara beransur-ansur. Bermula daripada Sistem Residen
yang menghendaki Raja-Raja Melayu menerima seorang
penasihat British hinggalah penubuhan Malayan Union pada
tahun 1946, dapat dilihat bahawa pihak British telah
mengurangkan kuasa dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

 Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,
sistem pemerintahan beraja sebelumnya telah dikekalkan.
Walaubagaimanapun, ia telah disesuaikan dengan konsep
demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara kita.
Muncullah Konsep Raja Berperlembagaan yang bermakna, kuasa
raja yang dibatasi oleh perlembagaan.
31

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

 Raja/Sultan berperanan sebagai Ketua Negeri di bawah
Perlembagaan Negeri pada masa kini. Sistem Kerajaan di negara
kita dibahagikan kepada 13 buah kerajaan negeri dan sebuah
kerajaan pusat. Setiap negeri mempunyai seorang Raja/Sultan
atau Yang Dipertua Negeri yang merupakan Ketua Negeri seperti
mana yang disebutkan dalam perenggan 58 Suruhanjaya Reid:
“Yang di-Pertuan Besar akan menjadi ketua negeri, tetapi dia
mesti menjadi seorang pemerintah yang berperlembagaan.
Beliau mesti bertindak atas nasihat menteri dalam segala perkara
berkaitan dengan kuasa eksekutif. Beliau akan menjadi simbol
perpaduan negara.”

2.2 PROSES PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

Pilihan raya termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dalam
Perkara 113 hingga 120. Juga terdapat dalam Perlembagaan Negeri.
Undang-undang lain yang berkaitan boleh juga dirujuk melalui Akta
Pilihan Raya 1958. Diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kecuali
jika dewan dibubarkan lebih awa.l Pilihan raya diadakan untuk
memilih kerajaan sama ada di peringkat persekutuan ataupun negeri.

Pilihan raya terbahagi kepada dua jenis iaitu Pilihan Raya Umum
(PRU) dan Pilihan Raya Kecil (PRK). Pilihan raya akan bermula dengan
pengeluaran writ pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR)
kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis akan

32

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

diwartakan, menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari
mengundi.
1. Hari Penamaan Calon
Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon-calon mengemukakan kertas-
kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada
Pegawai Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh
calon, pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada
mereka. Kertas-kertas penamaan mestilah dikemukakan di antara
pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan.
Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga
11.00 pagi untuk diteliti dan bantahan. Dalam kes di mana seorang
calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan
mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.
2. Pertaruhan
Pertaruhan berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000
bagi kerusi Negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus
sebelum atau pada hari penamaan calon. Calon akan hilang wang
deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 atau 12.5% undi daripada
jumlah keseluruhan pengundi yang keluar mengundi pada hari
pengundian di kawasan tersebut.

33

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

3. Penggunaan Simbol

Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh
menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis
daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas perlu memilih
mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan
Raya, untuk dicetak pada kertas-kertas undi.

4. Kempen

Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-peraturan khas
untuk berkempen, seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan
Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh dimulakan selepas
selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00
tengah malam sebelum hari mengundi. Bagi memastikan pilihan raya
berjalan lancar Suruhanjaya mempunyai kuasa di bawah perkara 3(5)
Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya
1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu
atau lebih Pasukan-pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan
raya Parlimen, jika difikirkan perlu.

Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai
Pengurus, dan tugas pasukan ini ialah untuk memantau bahan-bahan
kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum,
bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang
dan peraturan-peraturan pilihan raya tidak dilanggar. Senarai perkara
yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan, dan
ini perlu diambil ingatan oleh calon-calon dan petugas-petugas parti.

34

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

5. Hari Mengundi
Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih
membuang undi. Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas
12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan
pilihan raya. Namun demikian, waktu membuang undi ditetapkan
dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia. Bagi
kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi
memastikan kelancaran membuang undi. Selain dari itu, waktu
membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah.
Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya akan mengeluarkan notis untuk
memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya
seperti:-

a. tarikh mengundi

b. lokasi tempat mengundi

c. waktu mengundi di semua tempat mengundi
d. lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi
Di petak mengundi, pengundi dikehendaki membuat satu tanda yang
menunjukkan pilihan mereka pada setiap kertas undi. Tanda ini,
seperti tanda 'X', tanda semak ataupun titik, perlu dibuat pada lajur
calon yang dipilih sahaja.

35

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

2.3 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA

Pengenalan
Sejarah sistem pentadbiran dalam negara bermula secara sistematik
ketika Kesultanan Melayu Melaka lagi. Bagi melicinkan urusan
pentadbiran kerajaan Melaka, Sultan Melaka telah mengadakan satu
sistem pentadbiran yang tersusun dan dikenali sebagai Sistem
Pembesar Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri
daripada kumpulan pembesar yang menjadi pegawai tadbir Kerajaan
Melaka. Dalam sistem pentadbiran ini, sultan mengetuai teraju
pemerintahan dibantu oleh Pembesar Berempat yang terdiri
daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan
Laksamana. Pembesar Berempat dibantu oleh Pembesar Berlapan,
Pembesar Enam Belas, dan Pembesar Tiga Puluh Dua.

Carta 9 : Hubungan Ketua Negara (YDPA) dan 3 badan yang bertanggungjawab dalam
pentadbiran Negara

36

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

Majlis Raja-Raja

Majlis Raja-Raja (Conference of Rulers) merupakan sebuah badan

rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan
Persekutuan sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang
di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara
yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan
kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja.
Urusan pemilihan dan pelantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak
pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi
dalam hal ehwal Islam di Malaysia.

Fungsi dan tugas majlis raja-raja melayu adalah seperti berikut:
 Memilih Yang Dipertuan Agong dan Timbalan YDPA.
 Mempersetujui dan tidak mempersetujui supaya apa-apa

perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh
Persekutuan.
 Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas.
 Memberi ampun,tunda hukum dan lega hukum atau
meremitkan,menggantung atau meringankan hukuman-
hukuman ke atas seseorang.
 Melantik seorang wakil untuk menganggotai Majlis Angkatan
Tentera dan Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka.

37

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

Badan Perundangan/Legislatif
1. Parlimen (badan perundangan persekutuan.)
2. Dewan Undangan Negeri (badan perundangan negeri).
3. Parlimen ialah badan perundangan yang tertinggi.
4. Tanggungjawabnya ialah menggubal dan meluluskan undang-un

dang persekutuan melalui YDPA, Dewan Rakyat dan Dewan
Negara.

Gambar 6 : Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur

5. Parlimen ialah badan perundangan yang tertinggi.
6. Bidang kuasanya terbahagi kepada 3 komponen iaitu Senarai

Persekutuan, Senarai Negeri, Senarai Bersama.
7. Komponen Parlimen terdiri daripada Yang diPertuan Agong,

Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
8. Parlimen juga berfungsi dalam bahaskan hal ehwal kerajaan dan

negara, bahaskan belanjawan negara, bahaskan rang undang-
undang, bahaskan pindaan undang-undang, mengawal

38

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

kewangan kerajaan (cukai dan kadar), menjadi forum kritikan
rakyat tentang dasar dan tindakan kerajaan, membenarkan
badan perundangan negeri membuat undang-undang negeri.
9. Keistimewaan Parlimen pula adalah Prosiding di parlimen tidak
boleh dipersoalkan, Prosiding di parlimen tidak boleh didakwa,
Berkuasa membuat peraturan Dewan, Berkuasa menghukum ahli
Dewan yang melanggar peraturan Dewan.
10. Persidangan Parlimen yang pertama
- Sidang pertama dalam tempoh 120 hari selepas tarikh bubar
atau 90 hari selepas pilihanraya atau 160 hari dari tarikh sidang
sebelum dewan bubar.
- Sidang pertama mengandungi titah ucapan YDPA,perancangan
takwim selama 5 penggal.
- Kalendar sidang ditentukan oleh Perdana Menteri.
- Melantik Yang diPertua Dewan.
- Ahli dewan angkat sumpah.
11. Fungsi YDPA
- Memanggil parlimen bersidang dalam tempoh masa 6 bulan
dengan sidang sebelumnya.
- Memperkenankan rang undang-undang yang diluluskan oleh
Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum diwartakan dan
dikuatkuasakan. Jika tidak diperkenankan YDPA dalam masa 30
hari,rang undang-undang akan dianggap sudah
diperkenankan.Rang undang-undang akan menjadi undang-

39

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

undang dan diwartakan setelah Penyimpan Besar Raja-Raja
mengenakan Cop Mohor Besar atas perintah YDPA.
- Mempersetujui pembubaran atau memberhentikan persidangan
parlimen (berhak tidak ikut nasihat Perdana Menteri).
- Memberi ucapan dan merasmikan pembukaan parlimen sahaja
(YDPA tidak mengikuti persidangan parlimen).

Dewan Negara
1. Juga dipanggil Senat dan Ahlinya dikenali sebagai Senator.
2. Fungsi Dewan Negara :
- Membahaskan rang undang-undang yang dibentuk oleh Dewan

Rakyat.
- Menangguhkan rang undang-undang( kewangan 30 hari,bukan

kewangan 1 tahun) yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat
tetapi tiada kuasa menolaknya.
- Menyemak dan meluluskan rang undang-undang.
- Tiada kuasa mengusulkan rang undang-undang kewangan.
- Berkuasa menambah atau mengurangkan bilangan ahli dewan.
3. Keahlian Dewan Negara - Berumur > 30 tahun, Warganegara
Malaysia, Bermastautin di Malaysia dan Sempurna akal.
4. Keanggotaan Dewan Negara/Senat:
- Jumlahnya 70 orang.
- Tempoh jadi senator ialah selama 3 tahun sepenggal dan
maksimum 6 tahun( 2 penggal).
- Tempoh jawatan tidak terjejas walaupun parlimen bubar.

40

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

- 26 daripada jumlah ialah 2 orang wakil bagi setiap negeri dan
Kuala Lumpur manakala satu masing-masing untuk Labuan dan
Putrajaya.

- 44 daripada dilantik oleh YDPA.Mereka ini kebiasaannya individu
yang cemerlang dalam perkhidmatan awam/bidang-bidang
lain/khidmat masyarakat/mewakili kaum dan golongan minoriti.

- Senator yang dilantik kerana ganti yang bercuti atau meninggal
dunia tempoh nya mengikut bakinya sahaja.

5. Komponen Dewan Negara teridiri daripada Speaker, Timbalan
Speaker, Setiausaha Dewan dan Ahli Dewan Negara.

Dewan Rakyat
1. Tempat wakil rakyat mendapat pembelaan bagi masyarakatnya.
2. Parti yang menang undi majoriti dalam pilihanraya umum akan

membentuk kerajaan.
3. Pemimpin parti politik yang dapat kepercayaan majoriti ahli

Dewan Rakyat akan dilantik sebagai Perdana Menteri.
4. Jika PM hilang suara terbanyak Dewan Rakyat,maka PM kena

letak jawatan.
5. Fungsi Dewan Rakyat :
- Menggubal rang undang-undang.
- Membahaskan rang undang-undang.
- Membahaskan dasar-dasar kerajaan.
- Membahaskan masalah rakyat.
- Mencapai kata pemutus berhubung undang-undang kewangan.

41

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

- Mengkaji semula rang undang-undang yang ditangguhkan oleh
Dewan Negara.

- Meluluskan rang undang-undang kewangan sebelum

dipersembahkan kepada Yang diPertuan Agong.

6. Keahlian Dewan Negara - Berumur > 21 tahun, Warganegara

Malaysia, bermastautin di Malaysia dan sempurna akal.

Badan Pentadbiran/Eksekutif

Badan Eksekutif juga disebut Pemerintah atau Kerajaan di dalam
sistem Parlimen. Badan ini bertanggungjawab melaksanakan undang-
undang yang diluluskan oleh pihak legislatif. Ketua eksekutif di dalam
sebuah negara dipanggil Perdana Menteri. Badan ini merangkumi
banyak sektor kerajaan seperti pelbagai kementerian, jabatan,
kerajaan tempatan dan juga agensi kerajaan. Badan Eksekutif
berfungsi sebagai badan pentadbiran dan pelaksanaan undang-
undang yang dibuat oleh Badan Perundangan. Pada hakikatnya
kebanyakan kuasa eksekutif terletak kepada Jemaah Menteri atau
oleh mana-mana Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah Menteri
untuk menjalankannya .Perlantikan Jemaah Menteri adalah
bertujuan untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong dalam
menjalankan tugas-tugasnya. Peranan Ahli Parlimen di mana mereka
juga bertanggunjawab dalam soal-jawab seperti menyoal menteri
yang berkenaan tentang hal-ehwal dan perjalanan dalam
kementeriannya. Peranan Pembangkang, walaupun dalam polisi

42

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi adalah prinsip check
and balance adalah merupakan konsep yang amat penting.

Badan Kehakiman/Judisiari

Badan Kehakiman ialah badan yang menjalankan kuasa kehakiman di
negara ini. Tertakluk kepada Perkara 121 (1) Perlembagaan, kuasa
kehakiman bagi Persekutuan adalah terletak pada Mahkamah Tinggi
di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Borneo dan juga mana-mana
Makhamah Bawahan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Undang-
undang Persekutuan. Kuasa Kehakiman adalah terletak pada
Mahkamah Agong, Mahkamah- Mahkamah Tinggi, Mahkamah-
Mahkamah Bawahan. Pada masa ini, Mahkamah Agong ialah
mahkamah yang tertinggi di Malaysia. Yang Dipertua Kehakiman ialah
Ketua Hakim Negara.

Carta 10 : Hierarki Mahkamah Terkini

43

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

2.4 KEPENTINGAN RUKUN NEGARA

Gambar 7 : Teks Penuh Rukun Negara

Perpaduan merupakan asas kemajuan dan pembangunan sesebuah
negara. Ia menjadi pengikat terpenting dalam mencapai sesuatu
kejayaan. Kerajaan memperkenalkan Rukun Negara bagi

44

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

mewujudkan kesefahaman dan perpaduan antara kaum untuk
membina sebuah negara yang aman dan maju.
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk
pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) iaitu
setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang
menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Diisytiharkan
sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail
Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan
Agong IV.

Selepas diwujudkan Rukun Negara berikutan peristiwa pahit itu,
negara masih berada dalam keadaan tidak aman tetapi setiap
pergeseran yang berlaku, dilenturkan dengan semangat Rukun
Negara.Pembentukan Rukun Negara haruslah dijadikan pegangan
bagi mengekalkan satu negara dan bangsa Malaysia yang beridentiti
dan bersatu padu. Prinsip dalam Rukun Negara jelas kunci kepada
keharmonian dan perpaduan kaum demi kestabilan Malaysia,
bertujuan menyemai nilai murni melalui prinsipnya dalam kalangan
masyarakat. Nilainya perlu difahami, dihayati dan diamalkan semua
lapisan masyarakat kerana keharmonian negara bergantung kepada
masyarakat yang tinggi disiplin dan cintakan negara.

Mencapai Perpaduan yang Lebih Erat.
Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu
bangsa dan negara di mana ahli–ahli masyarakatnya menganggap diri

45

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan perbezaan
kepercayaan masing-masing. Rakyat negara ini terdiri daripada
pelbagai kaum dengan berbagai-bagai perbezaan yang
wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud
ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-
unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk
satu bangsa yang bersatu padu di mana semua rakyat tampa mengira
kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap
negara.

Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik.
Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan
kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak
melanggar undang-undang negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan
yang diberikan ini tidak boleh disalah gunakan atas nama demokrasi
untuk membakar perasaan perkauman atau bagi
memusnahkan demokrasi. Apabila berlaku sebarang masalah yang
melanda negara, kepentingan bangsa dan negara
mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah diutamakan
lebih daripada kepentingan sesuatu kaum, jika mahu, kestabilan dan
keselamatan negara berkekalan.

Mencipta Sebuah Masyarakat Yang Adil.
Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk
menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di
negara ini jika kekayaan negara dapat dibahagikan adil dan saksama.

46

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

Bagi mencapai tujuan ini, pihak-pihak yang lemah akan dibantu
supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing
dengan pihak-pihak yang lain yang lebih maju. Masyarakat adil yang
kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang terhadap
yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.

Membentuk Satu Sikap Yang Liberal.
Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama dan adat resam
serta kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan
negara. Kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi
kebudayaan dan adat resam yang negara diamalkan oleh masyarakat
pelbagai kaum. Walaupun ada perbezaan, semua anggota
masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu
masyarakat di mana keadaan berlainan kebudayaan itu
boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa
dan negara Malaysia.

Membina Sebuah Masyarakat Progresif.
Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif
yang mencapai kemajuan di bidang sains dan teknolagi selaras
dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan
dan era globalisasi. Dunia kini sedang menyaksikan perubahan-
perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu pengtahuan,
sains dan teknologi. Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan
merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan
kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadikan

47

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

Malaysia sebuah negara maju . Tetapi kemajuan tersebut tidak akan
menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas agama
dan nilai-nilai ketuhanan.

2.5 MENGHURAIKAN PERKARA PENTING DALAM
PERLEMBAGAAN

Negara kita Malaysia mempunyai Perlembagaan bertulis.
Perlembagaan Malaysia dikenali juga sebagai Perlembagaan
Persekutuan Malaysia mengandungi 183 Perkara yang juga undang-
undang tertinggi untuk mewujudkan satu sistem kerajaan yang
teratur. Perlembagaan Persekutuan dikanunkan tetapi boleh dipinda.
Turut memperakukan undang-undang yang wujud di Sabah dan
Sarawak sebelum Hari Malaysia (1963).

Ia merupakan satu dokumen undang-undang yang telah dibentuk
berasaskan dua dokumen terdahulu yang ada iaitu Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 dan Perlembagaan
Kemerdekaan tahun 1957.

Menurut sejarah, Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan
nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah menggubal
berdasarkan 131 memorandum yang diserahkan oleh parti politik dan
pertubuhan Tanah Melayu. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa
sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Perlembagaan
itulah yang menentukan prinsip-prinsip yang perlu didukung oleh

48

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

setiap warganegara. Kewarganegaraan mewakili suatu bangsa yang

mesti memahami kerana itulah cerminan jati diri warga.

Susun Atur Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian dan 13

jadual, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih Perkara.

 Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang
persekutuan

 Bahagian 2 - Kebebasan asasi
 Bahagian 3 - Kewarganegaraan
 Bahagian 4 - Persekutuan
 Bahagian 5 - Negeri-negeri
 Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
 Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
 Bahagian 8 - Pilihanraya
 Bahagian 9 - Kehakiman
 Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
 Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan

darurat
 Bahagian 12 - Am dan pelbagai
 Bahagian 12A - Perlindungan tambahan bagi negeri Sabah dan

Sarawak
 Bahagian 13 - Peruntukan sementara
 Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan

sebagainya
 Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan

raja-raja

Keluhuran Perlembagaan

1. Undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada
semua undang-undang.

2. Semua undang-undang lain tidak bertentangan dengan Perkara 4 (1)
Perlembagaan Persekutuan

3. Semua undang-undang mesti selaras dengan Perlembagaan
Persekutuan jika tidak maka akan terbatal.

4. Badan Kehakiman adalah badan yang bertanggungjawab menjaga dan
memelihara keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Persekutuan.

49

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

Perkara Yang Tidak Boleh Dipersoalkan
1. Agama Islam sebagai Agama Persekutuan
2. Kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu, Orang Melayu, Bumiputera dan

Bumiputera Sabah & Sarawak
3. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan
4. Soal kerakyatan

Pindaan Perlembagaan
1. Boleh dibuat pindaan demi kepentingan rakyat dan negara.
2. Dipinda melalui 4 cara yang digariskan di bawah Perkara 159 dan 161E

Perkara 3 : Agama Bagi Persekutuan

Islam dalam perlembagaan adalah satu isu yang penting kerana isu ini
berkait rapat dengan kepercayaan dan pegangan majoriti penduduk
Malaysia. Isu ini juga merupakan isu yang sensitif kerana orang
Melayu merasakan bahawa agama tidak dapat dipisahkan daripada
kehidupan seharian mereka. Walaupun soal kepercayaan dan
keimanan adalah urusan seseorang, namun dalam konteks Malaysia,
perkara ini boleh memberi kesan kepada ketenteraman awam
khususnya yang melibatkan ketegangan antara kaum seperti dalam
kes Natrah pada tahun 1950 dan Nur Aisyah pada tahun 1998. Ini
diakui oleh Syed Muhammad Naqiub al-Attas (1972) yang
mengatakan Islam mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam
sejarah dan kebudayaan Melayu. Tiga perkara dalam soal kedudukan
Islam dalam perlembagaan iaitu agama bagi penduduk Tanah
Melayu, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan Tanah Melayu
tidak menjejaskan hak bukan Islam dalam menganuti dan

50


Click to View FlipBook Version