The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mmustaqimbh, 2022-11-23 11:34:47

Modul Pengajian Am Matrikulasi

Modul Pengajian Am Matrikulasi

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

mengamalkan agama mereka dan kedudukan Islam sebagai agama
persekutuan.

Peruntukan Kewarganegaraan
Dalam Perlembagaan Persekutuan terdapat Peruntukan
Pemerolehan Kewarganegaraan dalam Bahagian 3, Perkara 14 hingga
22 iaitu kuat kuasa undang-undang, pendaftaran, naturalisasi dan
percantuman wilayah. Sementara itu Peruntukan Kehilangan
Kewarganegaraan pula dalam Perkara 23 hingga 28 iaitu individu
menolak kewarganegaraan dan negara melucutkan kewarganegaraan
individu.

Perkara 32 : Ketua Utama Negara bagi Persekutuan

Kedudukan Yang di-Pertuan Agong satu-satunya jawatan unik di
dunia. Yang di-Pertuan Agong dipilih Majlis Raja-Raja dalam kalangan
sembilan Raja Melayu bagi tempoh lima tahun, sekali gus tidak
memegang jawatan itu seumur hidup seperti raja lain di dunia.
Institusi Yang di-Pertuan Agong sangat signifikan bagi rakyat kerana ia
disanjung tinggi dan berperanan penting dalam kestabilan politik,
ekonomi serta sosial negara. Ia merupakan institusi tertinggi
berdasarkan Perlembagaan bagi mengetuai Persekutuan Malaysia.

Menurut Perkara 32 (1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan
Agong ialah Ketua Tertinggi yang kedudukannya mengatasi semua
orang lain di Persekutuan Malaysia dan tidak boleh didakwa di mana-
mana mahkamah kecuali di Mahkamah Khas diwujudkan mengikut

51

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

Bahagian XV Perlembagaan Persekutuan. Kewujudan institusi Yang di-
Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja (Perkara 38 Perlembagaan
Persekutuan) berperanan sebagai juruaudit tambahan berperanan
sebagai penjaga Perlembagaan Persekutuan, pelindung hak baginda,
mempertahankan agama Islam, bahasa Melayu, keistimewaan orang
Melayu dan hak kewarganegaraan orang bukan Melayu.

Perkara 152 : Bahasa Kebangsaan

Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan
di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan
hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan
sekalipun dengan menggunakan dana awam. Kewujudan Perkara 152
tidak boleh dipadam kerana Perkara 159(5) menetapkan bahawa
perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan sekiranya ia hendak dipinda.
Sebab itu Bahasa melayu dijadikan Bahasa perpaduan untuk
menyatukan seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang
kaum.

Perkara 153 : Perizaban Kuota

Yang di-Pertuan Agong (Raja Malaysia) bertanggungjawab untuk
"menjaga kedudukan istimewa 'Melayu' dan penduduk asli mana-
mana Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah komuniti lain"
dan seterusnya menentukan cara untuk melakukan ini, seperti
mewujudkan kuota untuk dikalangan mereka masuk ke perkhidmatan
awam, biasiswa awam dan pendidikan awam. Pada hakikatnya,

52

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

Perkara 153 meletakkan kewajipan ke atas Yang di-Pertuan Agong,
bukan sahaja untuk menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan
anak-anak negeri, bahkan kepentingan sah kaum lain sebagai warga
negara Malaysia. Kepentingan Perkara 153 perlu dilihat dari sudut
sejarah kerana Raja-Raja Melayu dalam Perjanjian Negeri 1948 telah
memberi komitmen kepada orang Melayu dalam bidang pendidikan,
kemajuan ekonomi, kebajikan sosial dan penyertaan dalam
perkhidmatan kerajaan.

Kewujudan dasar kuota di bawah Perkara 153 hanyalah merangkumi
perizaban pada kadar munasabah yang difikirkan oleh Yang di-
Pertuan Agong bagi jawatan dalam perkara-perkara berikut:
Perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesebuah negeri)
Biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang
seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau
diadakan oleh Kerajaan Persekutuan termasuk permit atau lesen
pertukangan atau perniagaan.

Perkara 153, dimasukkan sekatan bahawa Yang di-Pertuan Agong
tidak boleh melucutkan mana-mana orang dalam perkhidmatan
awam atau pemegang biasiswa atau penerima danasiswa atau
keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain,
demi melaksanakan fungsi baginda di bawah Perkara 153
Perlembagaan Persekutuan.Oleh sebab dasar di atas diperuntukkan
menurut undang-undang, tidak wajar sama sekali kedudukan itu
dipertikai.

53

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

Perkara 160 : Takrifan
Perlembagaan Malaysia mentakrifkan pelbagai istilah yang digunakan
dalam Perlembagaan Malaysia. Antaranya menurut Perkara 160 (2)
Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam,
mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa
Melayu dan (a) lahir sebelum hari merdeka sama ada
di Persekutuan atau Singapura, atau pada hari merdeka telah
bermastautin di Persekutuan atau Singapura atau (b) ia adalah
keturunan dari seseorang yang tersebut. Kewujudan Perkara 160 (2)
yang berkaitan dengan pemberian hak-hak istimewa ini perlu dilihat
dan difahami daripada perspektif sejarah.

Perkara 181 : Kedaulatan Raja-Raja

Kedaulatan Malaysia adalah berpaksi pada kedaulatan Raja-Raja
Melayu seperti dijelaskan oleh Perkara 181(1) Perlembagaan
Persekutuan. Dapatan menunjukkan bahawa peruntukan,
'sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga kini adalah tetap
dan tidak terjejas' dalam Perkara 181(1) boleh disoroti melalui dua
sudut, iaitu; peruntukan berkaitan ciri-ciri kedaulatan dan prinsip
perlembagaan dalam Perlembagaan Persekutuan. Bentuk kedaulatan
Malaysia boleh dijelaskan secara ringkas melalui Perkara 38 bahawa
Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja dan tertakluk
pada sumpah berjawatan seperti Jadual 4 di bawah Perkara 37.

54

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

3.0
ISU DAN
CABARAN NEGARA

Titah YDPA :
Rakyat Jaga
Hubungan Kaum,
Tidak Main Isu

Sensitif

55

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

3.1 MENERANGKAN MAKSUD ISU DAN CABARAN NEGARA

Isu dan cabaran menuntut kerajaan untuk mempertingkatkan
keupayaan daripada segala aspek sama ada kestabilan politik,
khidmat kesihatan, ekonomi yang berkembang dan berdaya saing,
pendidikan bertaraf dunia, teknologi, pertahanan, perindustrian,
perpaduan, hubungan antarabangsa, pertanian dll. Segala yang
dilakukan pasti memberikan kesan terbaik kepada kelangsungan
kestabilan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.

3.2 REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Revolusi Industri Keempat (RI 4.0) ini ditandai dengan kemunculan
superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi,
suntingan genetik dan perkembangan neuroteknologi yang
memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan fungsi otak.

Dalam erti kata lain, hidup manusia akan dipermudahkan dengan
bantuan robot yang bakal menjadi ”kawan” yang akan menguruskan
hal ehwal dan tugasan harian.

Mungkin sukar untuk digambarkan logik akalnya apabila melihat
pesanan piza yang kita lakukan melalui pesanan telefon, akan
dihantar dengan menggunakan perkhidmatan dron sampai di depan
pintu rumah. Tetapi semuanya tidak mustahil pada era sekarang
tambahan terbukti perkembangan pesat dalam dunia teknologi.

56

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

Selain itu, segala urusan rumah seperti mencuci baju, memberi
makanan haiwan kesayangan dan mematikan alat pendingin hawa
hanya perlu menekan butang di telefon pintar masing-masing tanpa
perlu lagi bersusah payah mengambil khidmat pembantu rumah.

Untuk ke pejabat pula, kita tidak perlu lagi untuk menghidupkan enjin
dan memandu di tengah-tengah jalan raya yang sesak.

Semuanya akan selesai dengan hanya menekan butang kekunci,
penumpang boleh menyambung tidur dalam kereta masing-masing
dan segala urusan pemanduan akan dikawal sepenuhnya melalui
satelit sampai ke tempat yang ingin dituju dengan selamat.

Senario tersebut walaupun pelik, namun secara perlahan-lahan telah
mula berkembang dan berevolusi menjadi satu bentuk norma yang
biasa pada masa akan datang.

Dengan menggunakan akronim Revolusi Industri 4.0 ini, segala
urusan harian manusia akan dikongsi bersama robot yang dicipta
khusus untuk mengoptimumkan keperluan dan keselesaan manusia.

Walaupun teknologi-teknologi ini masih dalam peringkat pengujian di
peringkat global, banyak aplikasi yang digunakan telah pun kita
nikmati. Sebagai contoh, penggunaan aplikasi navigasi seperti Waze
atau Google Maps yang menyediakan pemandu tentang maklumat
laluan serta perjalanan adalah antara bibit-bibit awal kepada
pengenalan dunia yang dipanggil Internet of Things (IoT).

57

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

ABAD KE 18 ABAD KE 19
RI 1.0 – R.I 2.0 –

PENGGUNAAN PENGGUNAAN
MESIN WAP TENAGA ELEKTRIK

ABAD KE 21 ABAD KE 20
R.I 4.0 – PENGGUNAAN R.I 3.0 – PENGGUNAAN
TEKNOLOGI OTOMASISASI & KOMPUTER & ROBOT

SIBER (IOT)

Gambar 11 : Sejarah Revolusi Industri

Secara umumnya, ia melibatkan Internet Of Things (IOT) atau
Internet Kebendaan dalam hampir semua aspek kehidupan seharian
dan berbeza daripada revolusi industri pertama yang tertumpu
kepada penggunaan mesin berkuasa wap, revolusi industri kedua
yang menjurus kepada elektrik dan revolusi industri ketiga yang lebih
kepada penggunaan teknologi maklumat (IT). Revolusi Industri 4.0
yang rancak berlaku di seluruh dunia memerlukan semua pihak
bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk
berteknologi dan sistem automasi lebih pintar. Bersedialah untuk
berubah sepantas teknologi dan bersedia untuk bersaing.

58

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

3.3 DASAR NEGARA : DASAR PENDIDIKAN - BAHASA MELAYU
SEBAGAI BAHASA PENGHANTAR

Definisi dan Kepentingan Dasar
Apakah yang anda faham tentang istilah dasar? Dasar atau
kadangkala disebut polisi ialah suatu garis panduan pentadbiran atau
pegangan mengenai sesuatu idea atau gagasan yang tersusun rapi.
Pada umumnya dasar yang dibentuk oleh kerajaan mempunyai
objektif, strategi pelaksanaan dan penilaian terhadap
keberkesanannya. Ia boleh menjadi panduan pentadbiran kepada
kerajaan untuk mengatasi masalah yang wujud dalam sesebuah
negara.

Negara yang tidak mempunyai dasar-dasar tertentu akan kelihatan
pincang dan sukar bagi pemimpinnya mentadbir atau merancang
pembangunan. Dengan kata lain, pembangunan sukar dilaksanakan
tanpa adanya dasar yang menjadi asas atau tapak yang kukuh. Selain
itu, dasar amat penting dibentuk dan dilaksanakan oleh kerajaan bagi
menangani pelbagai masalah yang timbul ekoran kesan peninggalan
penjajah. Keperluan dasar selain pembangunan ialah mengatasi
masalah ketidakseimbangan yang wujud di dalam masyarakat dan ini
dapat menjamin kebajikan dan kesejahteraan masyarakat.
Sebenarnya, dasar-dasar dibentuk bukan sahaja oleh negara-negara
maju sahaja, bahkan yang lebih penting lagi bagi negara yang sedang
membangun seperti Malaysia.

59

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

Dasar Automotif
Negara

Dasar Pengangkutan Negara 2019-
2030

Dasar Keselamatan dan Ketenteraman
Awam

Dasar Keusahawanan
Nasional

Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030

Dasar
Perpaduan Negara

Carta 12 : Contoh-Contoh Dasar Negara

Dasar Pendidikan
Latarbelakang dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul
kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa
mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk
mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak
negara.

60

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

Carta 13 : Sejarah Dasar Pendidikan di Malaysia

Maka lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui
Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran,
1957. Semak semula dalam tahun 1960 telah menghasilkan Laporan
Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan
dalam Akta Pelajaran, 1961. Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet
telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar
Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya
supaya matlamat melahirkan tenaga rakyat yang terlatih bagi

61

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

pembangunan negara dapat dicapai dan telah diterbitkan dalam
tahun 1979.

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Penghantar

Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa pengantar. Bahasa
pengantar boleh didifinisikan sebagai bahasa yang ditetapkan oleh
sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem
pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan
(SK), bahasa Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan
bahasa Tamil untuk sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT). Bahasa-
bahasa ini telah ditetapkan oleh Laporan Abdul Razak Hussien (1956)
dan Laporan Pelajaran Abdul Rahman Talib (1960) sebagai bahasa
pengantar. Melalui kewujudan berkuatkuasanya Akta Pelajaran
pada tahun 1961, bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa
pengantar utama dalam institusi pendidikan juga menjelaskan
bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang menyampaikan
ilmu pengetahuan moden seperti fizik, kimia, kejuruteraan,
perubatan, ekonomi, undang-undang, kesusasteraan dan agama.

3.4 ISU DAN CABARAN NEGARA

Berdasarkan catatan Dasar Keselamatan Negara yang dikeluarkan
oleh Majlis Keselamatan Negara terdapat beberapa isu dan cabaran
pada persekitaran keselamatan negara:

62

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

a. Kerapuhan Perpaduan Nasional
Isu-isu yang menyentuh sensitiviti kaum, etnik, agama, kepercayaan
dan kebudayaan yang tersebar dengan meluas tanpa sekatan di
media sosial masih lagi menjadi punca pergeseran antara kaum di
Malaysia yang menjejaskan hasrat negara untuk mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu dan progresif.

b. Cabaran Terhadap Sistem Demokrasi Negara
Wujud usaha dan gerakan untuk menjatuhkan Kerajaan melalui cara
di luar proses demokrasi yang melanggar undang-undang negara.
Tindakan ini akan melemahkan institusi negara seterusnya
mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.

c. Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan ‘Pelarian’
Keamanan, kemakmuran dan pertumbuhan ekonomi yang pesat
turut menjadi faktor penarik kepada kemasukan Pendatang Tanpa
Izin (PATI) yang memberi implikasi sosial, ekonomi, jenayah, politik
dan hubungan diplomasi, ia juga berupaya untuk mengancam
ketenteraman dan keselamatan negara.

d. Pertikaian Tuntutan Wilayah
Malaysia masih berdepan isu tuntutan bertindih dan pertikaian
wilayah darat, maritim dan udara dengan negara-negara jiran serta
kuasa-kuasa besar. Pertikaian ini berpotensi menjejaskan hubungan
dua hala antara Malaysia dengan negara-negara jiran. Contohnya
tuntutan Filipina ke atas Sabah berdasarkan sejarah penyerahan

63

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

wilayah ini oleh Sultan Brunei kepada Sultan Sulu pada 1958 seperti
yang dinyatakan di dalam buku tulisan Mohd bin Samsudin.

e.Ekstremisme dan Keganasan
Isu keganasan antarabangsa terus menjadi ancaman global yang
memberikan impak langsung kepada keselamatan Malaysia. Elemen-
elemen ekstremisme dan keganasan yang menyusup masuk ke dalam
negara serta penglibatan rakyat Malaysia di dalam aktiviti keganasan
di dalam dan luar negara, boleh mencetuskan kekacauan dan
menggugat keamanan negara.

f. Keselamatan Siber
Penemuan dan perkembangan pesat teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) telah meningkatkan kebergantungan kepada
teknologi ini yang turut membuka ruang kepada risiko ancaman
keselamatan siber. Sifat dimensi ruang siber yang luas tanpa
sempadan dengan akses mudah dan mampu telah meningkatkan lagi
risiko ancaman-ancaman serangan terhadap infrastruktur maklumat
kritikal negara, penyalahgunaan internet, kegiatan perisikan/espionaj
siber dan sebagainya.

g. Kejadian Bencana
Malaysia terdedah kepada bahaya dan risiko bencana alam seperti
banjir, taufan, ribut, penyakit berjangkit, wabak, gempa bumi,
tsunami, kemarau/El-Nino, tanah runtuh, jerebu, kesan perubahan

64

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

iklim ke atas kejadian bencana seperti kenaikan paras laut, suhu
udara dan darat dan bencana buatan manusia.

h. Kejadian Krisis
Malaysia juga terdedah kepada pelbagai krisis sama ada di dalam
ataupun di luar negara termasuklah ekonomi, sosial dan peperangan.
Krisis ini berupaya memberi impak secara langsung kepada rakyat
sekaligus menjejaskan keselamatan negara.

i. Jenayah Rentas Sempadan
Kedudukan Malaysia yang mempunyai sempadan darat dengan
negara jiran dan terletak di laluan strategik maritim iaitu Selat Melaka
dan Laut China Selatan menjadikan Malaysia terdedah kepada
ancaman bersifat rentas sempadan seperti penyeludupan (manusia,
hidupan liar, hasil hutan, dadah, barangan dan senjata),
pemerdagangan orang, pelanunan, jenayah terancang, jenayah siber,
pengubahan wang haram, jenayah ekonomi dan rompakan di laut
dan sebagainya.

j. Pandemik dan Wabak Penyakit
Mobiliti penduduk dunia yang lebih mudah dan pantas telah
mendedahkan rakyat Malaysia terhadap ancaman kesihatan.
Penularan wabak pandemik dan penyakit berjangkit sama ada
berpunca dari dalam dan luar negara boleh menjejaskan sosio-
ekonomi negara. Contohnya melalui penularan wabak virus Covid 19
sekitar tahun 2020 yang didapati bermula dari Negara China hingga

65

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

menyebabkan Malaysia terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaiannya.

k. Keselamatan Tenaga
Dunia hari ini berhadapan dengan ketidaktentuan keselamatan
sumber tenaga. Kebergantungan kepada sumber tenaga tradisional
yang berasaskan fosil dijangka akan meningkat sehingga sumber
tenaga alternatif yang lebih bersih dan murah digunakan secara
meluas. Namun, buat masa ini, perebutan terhadap sumber tenaga
tradisional berasaskan fosil berlaku dan mencetuskan konflik.

I. Jaminan Bekalan Makanan
Kelangsungan negara juga bergantung kepada keselamatan sumber
makanan. Pertambahan penduduk dunia meningkatkan lagi
permintaan kepada sumber makanan. Kegagalan menguruskan
sumber makanan, akan mewujudkan persaingan terhadap sumber
makanan.

m. Kecambahan Nuklear dan Program Pembangunan Senjata
Negara juga terdedah kepada ancaman nuklear termasuklah
penggunaan nuklear untuk tujuan peperangan. Kelonggaran elemen
kawalan dan tekanan ke atas program nuklear dan senjata pemusnah
di kalangan negara pelaku (state actors) khasnya negara- negara
kuasa besar serta risiko kemalangan di loji nuklear yang boleh
mendatangkan mudarat kepada kesihatan penduduk serantau,
kehidupan marin dan alam sekitar.

66

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

BIBLIOGRAFI

THAJUNNISA MOHAMED IBRAHIM.2004. Tun Dr. Ismail :Kejora Timur Yang Mengerdip.
UTUSAN PUBLICATIONS & D
ABDUL MUA’TI @ ZAMBRI AHMAD. 2010. Panduan Pengucapan Awam . DBP
DANIEL GOLEMAN.2018. Emotional Intelligence. Gramedia Pustaka Utama
KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT. 2005. DBP
JOBS MALAYSIA. 2013. Tip Dan Panduan Temu duga.
UNIT KEMAHIRAN DINAMIKA. 2015. Panduan Pengajaran & Pembelajaran Pensyarah Kolej
Matrikulasi.
TUN SALLEH ABAS.1997. Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan Di Malaysia. DBP
AMRAN IDRIS, ISMAIL KOSMAN, MD LASA YAHYA. 2016. Nota MInda & Lembaran Praktis
Pengajian AM STPM (Penggal 1). Local Publications
ABDUL AZIZ BARI. 2016. Perlembagaan Malaysia Suatu Pengenalan (Edisi Kedua). ILHAM
BOOK SDN BHD
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. 2014. International Law Book Services.
NORMURNI MOHAMAD,RAZANA FATIN ABDULLAH,MOHAMAD FAIZAL AHMAT. 2020.
Pengajian Malaysia (Siri Politeknik - Edisi Kedua). Oxford Fajar.
MARDIANA NORDIN,HASNAH HUSSIIN. 2020. Pengajian Malaysia (Siri Kolej
Vokasional).OXFORD FAJAR
WAN AHMAD FAUZI WAN HUSAIN. 2020. Kenegaraan Malaysia. UNIMAP
MOHD SAMSUDIN. 2016. Persekutuan Malaysia. Penubuhan & Cabaran. UKM
http://melayumaya.blogspot.com/2013/01/definisi-komunikasi.html
https://wargasetempatt.web.app/mutiara-kata-kata-kata-kemerdekaan-malaysia.html
https://www.kehakiman.gov.my/ms/mahkamah/mahkamah-persekutuan/hierarki
http://cikguazni87.blogspot.com/2016/03/gangguan-dan-halangan-dalam-komunikasi.html
https://www.slideshare.net/redrosewithninethorns/elemen-elemen-komunikasi
http://anjunggadis.blogspot.com/2017/03/bab-3-sistem-pemerintahan-dan.html
http://jendelasejarahku.blogspot.com/2012/07/nota-dasar-dasar-kerajaan.html
https://www.pmo.gov.my/wp-content/uploads/2019/07/Bahasa_Melayu-
DASAR_KESELAMATAN_NEGARA.pdf

67

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

AKU TINGGALKAN

Aku tinggalkan kalian
sejambak bugar ilmu

menidurkan leka
terjaga warna hasrat

buat dihamparkan
di halaman retak mercu watan

berdirilah bangga
mencorak di papan hayat

sebagai waris
yang kenal nurani ayah bonda

sebagai warga
yang merdeka sayangi negara

buat simpanan
mengetuk pintu
pabila dikuak... terhidang
keagungan sejagat dan akhirat

Karya
AHMAD NOH
LAMAN AL-MUTTAQIN KMPh

28042021

68

PENGAJIAN AM MATRIKULASI

BIODATA PENULIS

AHMAD NOH

Merupakan anak jati bumi Tok Gajah . Lahir di
Kampung Sri Damai, Kuantan, Pahang.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera
(Geografi/Sains Politik) USM dan juga Diploma

Pendidikan (Pengajian Melayu) Maktab
Perguruan Mohd Khalid di Johor Bahru.
Berpengalaman sebagai guru selama 15 tahun.
Pernah bertugas sebagai Pegawai Akademik di
Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan selama 3
tahun. Juga pernah berkhidmat sebagai Penolong
Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan kini merupakan
Pensyarah di Unit Pengajian Am Matrikulasi, Kolej
Matrikulasi Pahang hampir 8 tahun. Juga
merupakan mantan Tenaga Penggerak BTN

Negeri Pahang.

NASRUL ISYAM ABDUL HAMID

Berasal dari Temerloh,, Pahang. Berkelulusan
BSc Hons Pengurusan Hotel UiTM, Diploma
Pengurusan Perniagaan UiTM, Diploma

Pendidikan (Hotel & Katering/Pengajian Am) KPLI,
IPGKTI. Mempunyai pengalaman sebagai seorang

guru selama 8 tahun. Merupakan mantan
Setiausaha GPMS Negeri Pahang selama 9 tahun.
Berpengalaman sebagai Tenaga Penggerak BTN
Negeri Pahang. Beliau juga sangat aktif dengan
aktiviti kemasyarakatan. Kini merupakan Ketua

Unit Pengajian Am Matrikulasi di Kolej
Matrikulasi Pahang.

69


Click to View FlipBook Version