SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
13 Mei 2021
MENDUNG DALAM HATI
Ramadan Mubarak 1442H bertamu dan diisi dengan pelbagai amalan yang
mendekatkan diri kepada Allah. Mudah-mudahan diterima Allah menjadi bekalan di
akhirat nanti.
Ramadan berlalu, kini Syawal menjelma. Hadir Syawal dirasakan hambar
kerana ia merupakan tahun kedua meraikannya tanpa dapat pulang ke kampung
halaman, tidak mengucup tangan mulus bonda ayahanda tercinta serta sanak
saudara.
Semuanya ketentuan daripada Yang Maha Esa. Kita hanyalah manusia. Kita
hanyalah hamba. Kita akan diuji.
Tak semua yang diinginkan akan jadi kenyataan kerana Allah Maha
Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya. Yakin dan percaya setiap yang terjadi
punya hikmah tersendiri.
Always trust Allah 100%. As long as you remember Allah, you will be okay.
Mohonlah kepada Allah agar ditunjukkan jalan yang lurus. Doa dan minta
kepada Allah bukan kepada yang lain. Agar diri cekal memilih “persimpangan” yang
indah-indah.
1
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Jalani dan hadapinya tanpa gusar kerana semuanya pasti ada hikmah dan
kebaikan.
“Penuhi hatimu dengan iman, nescaya hatimu akan menjadi tempat paling
damai di muka bumi.”
14 Mei 2021
IKHLAS SABAR REDA
Syawal kedua kami sekeluarga seperti hari biasa. Aktiviti rutin harian yang sama,
tiada yang istimewa.
Tiada ziarah sanak saudara apatah lagi keluar berjalan ke mana-mana. “Boringlah
raya macam ni”.
Selalu terdengar omelan anak. Pujukan nasihat buatnya.
Sabar ya anak, Allah menguji kita semua. Allah nak beri pahala untuk kita sebab tu
kita kena banyak bersabar, kena banyak bersyukur.
Tuan suami meminta saya masakkan rendang ayam.
“Rendang ayam semalam kan dah masak”, balas saya.
2
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Kata tuan suami, selepas asar nanti adiknya yg bertugas sebagai polis habis
kerja dan akan singgah sekejap ke rumah kami untuk mengambil lemang yang tuan
suami beli.
“Takkan nak bagi lemang kosong je kan. Kalau ada rendang barulah lengkap
kata tuan suami”.
Tuan suami keluar ke kedai Lesong Mart mencari ayam. Sempat beli 3 pek
terakhir ayam Bismi cerita tuan suami usai balik dari kedai.
Siap rendang ayam, siap juga rebus ketupat , pisang goreng dan jemput-
jemput pisang.
Juadah minum petang merangkap makan malam.
Kami sekeluarga menjamu selera menikmati juadah yang saya sediakan.
Bekalan lemang dan rendang ayam saya bungkuskan untuk adinda bawa pulang.
Memetik kata-kata Pendeta Za’ba dalam bukunya “ Perangai Bergantung
Pada Diri”
Buatlah baik aduhai rakan, ke dalam laut engkau campakkan. Andai tidak di kenal
ikan, Tuhanmu tahu iakah bukan.
Ketika waktu asar kami menerima arahan daripada masjid yang hadir solat
sunat aidifitri dan solat Jumaat perlu mula kuarantin diri di rumah selama 10 hari.
3
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Di depan pintu pagar masjid juga sudah ditampal notis pemakluman masjid
ditutup arahan JAIS.
Pihak masjid baru menerima laporan ada jemaah disahkan positif covid 19.
Tuan suami terlibat kuarantin diri kerana beliau hadir untuk solat hari raya.
Sepanjang Ramadan juga beliau adalah antara jemaah yang istiqamah
melaksanakan solat sunat terawih dan bertadarus di masjid bersebelahan rumah
kami.
Tuan suami tidak hadir solat Jumaat kerana kerap bersin dan rasa sakit kepala.
Azan maghrib berkumandang dan kelihatan kereta polis peronda berada di hadapan
masjid.
Dua anggota polis berkawal di hadapan masjid, ada jemaah yang hadir
kemudian diminta balik. Hanya Imam bertugas , bilal dan siak sahaja yang
dibenarkan solat di masjid.
“ Semakin reda kita pada ujian Tuhan, semakin tenang kita pada setiap
ketentuan”.
4
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
15 Mei 2021
DOA SEBAGAI CAHAYA
Bermula proses tuan suami kuarantin. Beliau tidur di bilik bawah, guna tandas
bawah.
Semua aktiviti termasuk makan dan minum tuan suami lakukan dalam bilik
tersebut. Makanan dan minuman saya sediakan untuk beliau dan letakkan di hadapan
pintu bilik.
Tuan suami mengadu kepada saya , kerap bersin dan selesema. Saya meminta
tuan suami makan vitamin C ‘double dose’.
Kami sekeluarga makan vitamin C jenis rendam. Biasanya hanya rendam 1
tablet. Tapi sejak suami selesema, saya minta beliau makan 2 tablet.
Saya dapat berita ahli kumpulan tadarus suami, Tuan Haji Salahuddin kini
berada di ICU KPJ kerana positif covid-19. Saya merupakan salah seorang AJK
Masjid , oleh sebab itu ada beberapa info yang agak cepat saya perolehi.
Saya beritahu tuan suami, saya ‘forward’ mesej tersebut kepada beliau. Kami
mula berasa risau.
Tuan suami pernah cerita kepada saya, ketika bertadarus ada yang membuka
“face mask” , bawa turun ke dagu.
5
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Kekadang membaca Al-Quran memakai “face mask” seperti tidak sempurna.
Mungkin ada yang berasa lemas kerana sudah memakainya untuk tempoh
yang lama.Bermula solat isyak kemudian berterawih dengan memakai “face mask”.
Ruang bertadarus pula bertutup dan berpenghawa dingin sepenuhnya.
Membaca Al-Quran juga dalam tempoh yang agak lama.
Tadarus bermula sejurus selesai solat terawih 23 rakaat. Lebih kurang jam
10.30 sehingga jam 11.00 malam.
Sebelum tadarus kebanyakan jemaah mula berada di masjid jam 8 malam atau
sebelum masuk waktu isyak.
Solat berjemaah isyak kemudian solat terawih . Timbul kerisauan dalam diri
kami. Sebelum tuan suami mula kuarantin kami memang bersalaman, cium tangan,
peluk dan tidak ada penjarakan antara tuan suami dan kami anak beranak.
“Insha-Allah semua baik-baik sahaja kata saya dan tuan suami”.
Sepanjang beliau kuarantin diri, kami banyak berbual menerusi aplikasi
‘whatssapp’.
Ada juga ketikanya saya berdiri di dapur (pakai face mask) ,tuan suami
dalam bilik dan kami berbual dengan suara agak kuat.
6
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Dapur dan bilik tuan suami kuarantin diri tidak jauh, bersebelahan sahaja.
Tandas bawah hanya tuan suami seorang sahaja yang guna.
Anak-anak dilarang menggunakan tandas bawah dan tak boleh turun sesuka
hati.
“Yang terbaik itu dalam rahsia Allah. Maka mintalah pada Dia bukan merayu
pada manusia.”
16 Mei 2021
ALLAH SELALU ADA MEMERHATI
Seperti biasa selesai semua ibadat khusus saya akan turun ke dapur untuk memasak
sarapan pagi.
Saya tanya khabar suami, beliau jawab baik dan ok. Saya lihat keadaan tuan suami
seperti keletihan dan kurang bermaya.
Suhu badan normal, tak panas. Tuan suami masih selsema.
Saya masak nasi goreng , saya hidangkan air nescafe panas buat suami. Beliau
makan seperti biasa.
Berselera makan dan habis semua makanan yang saya sediakan buatnya.
Berbeza dengan saya, saya kurang selera makan. Mungkin kerana susah hati
memikirkan keadaan tuan suami atau penat.
7
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Dalam kesibukan urus rumah, suami dan anak-anak saya mengajar (PdPR)
seperti biasa. Ikut kesesuaian, ada ketikanya PdPR online ada masanya PdPR offline.
Sebelah petang dan malam saya menanda tugasan murid-murid dan merekod
markah.
Kadang-kadang saya jarang makan makanan yang saya masak. Saya alas perut
dengan roti bakar, telur separuh masak atau telur rebus. Minat kepada nasi agak
berkurangan .
Tapi tak kurus juga. Lemak degil yang berkumpul agaknya susah dah nak cair
, getus hati kecil saya. Gemuk atau kurus bukan persoalan utama, kesihatan dan
keafiatan adalah segala-galanya.
Bila tubuh badan sihat dan afiat semua kita boleh buat. Kalau tak sihat semua
aktiviti akan tergendala.
Selesai kelas (PdPR), saya mula memasak untuk makan “lunch” pada pukul
12.30 tengah hari.
Saya masak sayur goreng campur, ayam masak kicap dan tekak saya terasa
nak makan ikan masin.
Saya goreng 3 ekor ikan masin, goreng bawang dan cili api. Perah air limau atas ikan
masin dan tabur bawang serta cili api yang di goreng tadi.
8
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Saya hidangkan dulu makanan untuk tuan suami. Letak semua makanan atas
dulang dan hantar depan bilik tuan suami kuarantin diri.
Tiba-tiba saya terdengar suami mengadu,
“Abang tak bau pun yang goreng ikan masin”.
Gulp, saya telan air liur rasa tersekat di kerongkong. Bau ikan masin segenap
sudut dapur dan ruang tamu tapi, tuan suami cakap tak dapat bau.
Allahuakbar, tak dapat bau salah satu simptom covid-19. Saya pergi
berhampiran bilik tuan suami.
“Abang makan dulu ya,nanti yang dan anak-anak makan”.
“Betul ni yang, abang tak dapat bau”.
Ulang beliau sekali lagi. Wajah tuan suami kelihatan gusar. Saya pula
sembunyikan rasa risau.
“Abang, agaknya sebab abang selesema. Sebab tu abang tak dapat bau.
Hidung abang tersumbat”.
“Mungkin juga”, balas beliau hambar .
9
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Untuk minum petang saya masak kuih jemput-jemput bilis. Seperti biasa tuan
suami menikmati juadah dengan penuh selera dan habis semua makanan yang saya
hidangkan padanya.
Kedengaran sesekali tuan suami batuk-batuk kecil dan kering. Saya ada
tanyakan tuan suami, abang sakit tekak tak. Jawab beliau abang ok tak sakit tekak.
Abang tak dapat bau.
Malam itu saya tak dapat lelapkan mata. Setiap satu jam saya turun, untuk
intai suami.
Saya nak pastikan keadaan tuan suami baik-baik sahaja.
Jam 11 malam, jam 12 malam, jam 1 pagi, jam2 pagi, jam 3 pagi. Selepas
jam 3 pagi saya beri ruang untuk diri bermunajat.
Selesai urusan tersebut saya lelapkan mata dan bangun jam 5.30 pagi. Aktiviti
diteruskan seperti biasa.
“Kata ahli hikmah, Tetaplah bersama Allah. Jika Dia mengambil sesuatu yang
tidak kita sangka akan kehilangan, maka suatu hari nanti Dia akan
memberikan sesuatu yang tidak kita duga akan memilikinya.”
10
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
17 Mei 2021
USAH BERDUKA HAL DUNIA
Keadaan tuan suami masih sama. Beliau mengadu masih tak dapat bau. Dalam
masa yang sama , saya dapat info makin ramai yang positif covid-19 dalam
kalangan jemaah yang boleh dikatakan “kaki masjid”.
Saya ajukan soalan kepada tuan suami, abang tak nak pergi buat swab test
ke? Suami balas tak nak pergi lagi.
“Abang makan ubat selsema, selsema abang dah makin baik ni.
“Tekak pun ok. Tak sakit”.
“Yang dan anak-anak macam mana?”
“Alhamdulillah, semua ok jawab saya”.
Saya maklumkan kepada tuan suami, lauk-lauk dah hampir habis. Saya
minta jiran kami, juga kawan satu sekolah saya mengajar tolong belikan lauk
basah seperti ikan, udang, sayur-sayuran,buah-buahan, roti, biskut dan panadol.
“Yang tolong minta ustaz belikan lemon juga ya”.
“Baik abang”.
“ Nanti abang trasfer duit kepada yang”.
11
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Selesai urusan membeli Ustaz Hafizul akan letakkan semua barang tersebut
di atas tembok pagar rumah kami. Saya akan “transfer” duit kepada beliau.
Semoga Allah membalas kebaikan dan pertolongan Ustaz Hafizul dengan
pahala berlipat ganda. Aamiin ya mujib.
Daripada Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda : “Barang
siapa melapangkan kesusahan seorang mukmin dari pelbagai kesusahan dunia
nescaya Allah SWT akan melapangkan dirinya daripada kesusahan pada hari
kiamat “- (Hadis Riwayat Muslim -2699)
18 Mei 2021
RENDAH HATI BERBAIK SANGKA
Tuan suami mengadu sakit kepala. Badan rasa makin sihat. Cuma rasa sakit kepala
agak kuat. Mungkin sebab semalam abang ada kelas online dan menghadap laptop
agak lama.
Tuan suami sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran
(PhD). Kini beliau cuti belajar.
Saya dapat melihat kesungguhan dan kegigihan suami berada di jalan
pengajian ini. Ia penuh liku dan beronak.
12
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Menuntut kekuatan, sokongan, perhatian, kesabaran dan ketabahan. Tidak ada
jalan pintas untuk menggapai sesuatu kejayaan yang indah. Tiada kejayaan semanis
madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu.
Seperti biasa, tuan suami berselera makan semua hidangan yang saya masak.
Anak-anak juga begitu, seronok melihat mereka menambah makanan yang
saya sediakan.
Kata mereka, ummi pakar memasak. Semua yang ummi masak sedap. Bab
ambil hati,serahkan kepada mereka.
Alhamdulillah, segala puji hanya layak untuk Allah, Tuhan yang Maha
sempurna.
“Kuasai hatimu untuk tetap tenang dengan keikhlasan kerana semakin dirimu
ikhlas maka Allah akan semakin memberimu kebaikan.”
13
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
19 Mei 2021
NIAT BAIK TUHAN BUKAKAN JALAN
Pagi ini saya teruskan rutin harian seperti biasa. Sediakan makanan , bersiap untuk
kelas PdPR dan memantau proses kelas PdPR anak-anak juga.
Suami memberitahu saya hasrat hatinya untuk ke Klinik berhampiran rumah
kami bagi tujuan Swab test. Katanya jam 2 klinik mula operasi untuk swab test.
Jam 9.30 pagi, Ketua Muslimat HELWA Masjid Baitul Mahabbah (MBM),
Puan Hajah Zainon bin Hassan menjemput saya memimpin bacaan Yasin dan doa
selamat.
Sejak hari Isnin beliau merancang mengadakan bacaan Yasin ini. Saya bersetuju dan
sudah memaklumkan kepada suami dan anak-anak.
Suami bertanya bagaimana kelas saya? Saya memberitahu beliau kelas PdPR
secara offline akan saya laksanakan dan sudah menghantar tugasan di Google
Classroom (GC) dan Group Telegram PdPR.
Tujuan diadakan bacaan Yasin secara online adalah untuk memohon doa agar
Allah yang mentadbir seluruh isi langit dan bumi memberi kesembuhan dan
kekuatan kepada semua yang dijangkiti musibah atau ujian covid ini.
14
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Saya selitkan sedikit tausiyah sebelum memulakan bacaan Yasin.
Sesungguhnya musibah yang menimpa seorang muslim baik berupa penyakit atau
sebagainya adalah penggugur dosa.
Dari Abdullah bin Mas’ud RA berkata, telah bersabda Rasulullah SAW : “
Tidaklah seorang muslim yang tertimpa musibah penyakit atau lainnya kecuali
Allah gugurkan dosa kesalahannya sebagaimana pohon menggugurkan daunnya.”
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Saya juga berkongsi amalan agar diri saya dan semua muslimat yang
dirahmati Allah agar memperbanyakkan amalan zikir untuk menghadapi zaman
fitnah. Antara zikir yang boleh dijadikan amalan harian ialah, berzikir menyebut
nama Allah :
1. Ya Allah 100 kali
2. Ya Hayyu Ya Qayyum 100 kali
3. Ya Qahhar 100kali
4. Ya Zaljalali wal Ikram 100kali
Setiap hari cuba luangkan masa berzikir dengan nama-nama Allah yang mulia
di samping amalan wirid-wirid (Awrad Rabbaniyyah ) yang lain.
15
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Sesungguhnya amalan berzikir dapat menjadikan hati tenang dan damai serta
melindungi diri daripada gangguan syaitan. Selesai bacaan Yasin saya selitkan
dengan zikir munajat dan doa.
Selepas itu kami bersurai. Meskipun tidak dapat berkumpul untuk majlis ilmu
secara bersemuka, kini pertemuan di atas talian juga sudah memadai.
Semoga usaha kecil ini dirahmati dan dipayungi rahmat yang tidak bertepi.
Selepas selesai bacaan Yasin , saya menyambung tugasan PdPR. Menjawab
soalan murid, menanda tugasan, merekod markah dan sebagainya.
Selepas solat zohor saya maklumkan kepada suami saya nak berehat. Suami
pula akan ke klinik untuk PCR Swab Test.
“Apa jua keputusan yang bakal diterima, kita reda dan ambil langkah
seterusnya”,
kata tuan suami kepada saya.
“Kata ilmuan: Jadilah kuat dengan tawakal, jadilah mulia dengan taqwa,
jadilah kaya dengan pemurah dan jadilah tenang dengan zikrullah”.
16
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
20 Mei 2021
HIDUP ADALAH PERJALANAN
Seperti biasa, saya bangun awal walaupun tidur lewat. Sejak tuan suami kuarantin
diri saya susah nak lelapkan mata.
Mungkin kerana risau memikirkan keadaannya. Dari semalam saya tidak
selera makan dan rasa sakit tekak.
Badan juga rasa sakit. Suami bertanya keadaan saya, saya jawab
alhamdulillah saya sihat dan anak-anak juga baik sahaja.
Suami katakan pada saya beliau rasa lebih sihat. Selesema dah sembuh.
Badan makin rasa cergas, Cuma kepala masih sakit.
Alhamdulillah syukur pada-MU jua ya Allah. Keputusan swabtest suami
masih belum keluar.
Jadi tuan suami masih kuarantin diri seperti sebelum ini.
Saya dan anak-anak meneruskan aktiviti harian kami, kelas PdPR online dan
offline.
Selain itu kami penuhi aktiviti dengan bermain congkak , main teka teki, dan
membaca buku cerita.
17
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
“Seberat apapun beban masalah yang harus dihadapi percayalah bahawa
semua itu tidak akan melebihi batas kemampuan kita. Bersemangatlah
menjemput kebahagiaan daripada rencana terbaik Yang Maha Esa”
21 Mei 2021
DOA MENGUATKAN JIWA
Pagi yang indah, penghulu segala hari. “Yaumul Jumuah Sayyidul Ayyam”. Habis
bacaan surah Al-Kahfi dan bacaan Yasin saya turun untuk memasak sarapan.
Tuan suami bertanya keadaan saya, saya jawab alhamdulillah sihat dan baik.
Walaupun sebenarnya rasa tak sedap badan . Badan rasa dedar, sakit tekak
dan sakit kepala.
Selepas siap tugasan memasak saya bersedia untuk kelas PdPR. Tak lupa juga
tanggungjawab memantau perihal PdPR anak-anak.
Tanggungjawab lebih banyak daripada waktu. Masa dirasakan begitu pantas
berlalu, sekejap habis seminggu, sekejap habis sebulan, muhasabah diri agar sentiasa
menjadi hamba yang diredai Tuhan.
Suami memaklumkan kepada saya, result swabtest dah dapat. Keputusannya
positif covid-19. Walaupun sudah bersedia dengan apa juga keputusan, rasa terkejut
datang menerpa.
18
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Terus lidah laju menuturkan ;
إنا لله و إنا إليه راجعون
Juga diselitkan doa tatkala ditimpa musibah mengikut yang diajar sunnah..
أللهم أجرني في مصيبتي واخلفلي خيرا منها
“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami dikembalikan. Ya Allah
berikanlah daku pahala dalam musibahku dan gantikanlah yang lebih baik
darinya”.
Usai solat zohor saya dan anak-anak pergi ke klinik untuk swabtest. Saya
berdoa agar saya dan anak-anak tidak terpalit dengan ujian covid ini.
Namun, siapakah kita untuk menidakkan takdir ketentuannya. Saya dan anak-
anak disahkan positif covid-19.
Maka, kami sekeluarga kini disahkan positif covid-19.
“You may not be happy now. You may be questioning why things didn’t
happen the way you had planned. But trust me, one day, you'll look back and be
so pleased that things didn't work out the way you thought you wanted. That’s
because the Almighty always knows best!”-Mufti Ismail Menk
19
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
22 Mei 2021
TIADA KETENTUAN YANG SIA-SIA
Kami sekeluarga hadir awal pagi di Covid Assessment Centre (CAC) Stadium
Malawati Shah Alam.
Kami perlu menjalani ujian saringan bagi penilaian risiko dan kesihatan. Doa
dan harapan agar kami sekeluarga dapat kuarantin bersama di rumah.
Terharu melihat jasa bakti dan pengorbanan setiap frontliner . Doa dilafazkan
agar mereka diberi sebaik ganjaran, dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat serta
dimasukkan ke dalam syurga tertinggi.
Semua yang hadir adalah mereka yang telah disahkan positif. Kami perlu
memuat turun applikasi Selangkah sebelum berjumpa doktor dan para petugas di
dalam dewan CAC.
Sebaik sahaja dibenarkan masuk, kami perlu mendaftarkan diri di bahagian
pendaftaran. Kami perlu menunjukkan kad pengenalan diri dan keputusan Swab test
kepada petugas.
Kemudian, kami perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di kaunter B bersama
Jururawat.
20
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Memeriksa suhu badan, tekanan darah, kadar denyutan nadi, berat, tinggi dan
lain-lain lagi.
Anak kami, Husna tersangkut di sini. Bacaan nadinya tinggi. Jadi perlu ke
kaunter pemantauan. Beberapa orang Medical Assistant (MA) bertugas di bahagian
ini. Saya melihat kelihatan susuk tubuh seorang warga emas yang kurang oksigen
dalam badan, lantas diberi bantuan oksigen melalui tiub kecil yang dimasukkan
melalui hidung.
Tuan suami kerap meminta maaf kepada saya dan anak-anak. Beliau rasa
bersalah kerana katanya semua yang terjadi berpunca darinya.
Saya membalas kepada beliau bahawasanya beliau tidak bersalah langsung.
Semuanya adalah kehendak Allah. Ketentuan dari-Nya.
Tidak pernah terfikir dan terlintas walau sekali saya dan keluarga perlu hadir
di CAC.
Kami sangat menjaga SOP. Kami tidak keluar ke mana-mana. Tuan suami
salah seorang jemaah yang “regular” solat berjemaah, berterawih dan bertadarus
setiap hari.
Duduk di dalam rumah pun jika Allah takdirkan positif covid-19 tidak ada
yang boleh menghalang.
21
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Namun , virus covid ini juga makhluk Allah. Semua makhluk Allah baik
berupa tumbuhan atau haiwan semuanya berzikir kepada-Nya.
Pepasir dan batu juga berzikir dan memuji kebesaran Allah mengikut riwayat
yang sahih.
Kita hamba yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian selayaknya lebih
lagi banyak berzikir mengingati Allah.
Selain berzikir banyakkan berdoa dan bertawakkal kepada-Nya agar Dia
memberi kesembuhan sepenuhnya kepada kami sekeluarga dan semua yang ditimpa
ujian dan musibah ini.
“Memetik kata-kata Ibnu Kathir dan Ibnu Masud, Surah Yusuf
mengajarkan kita rukun iman yang keenam iaitu qada’ dan qadar. Kita mesti
sentiasa percaya bahawa segala ketentuan Allah Taala adalah untuk kebaikan
kita. Surah Yusuf membuktikan Allah tidak meninggalkan hambanya yang
beriman.”
22
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
23 Mei 2021
USAHA DAN BERDOA
Kami sekeluarga menjalani proses Home Treatment Order (HTO) dengan penuh rasa
reda, syukur dan sabar.
Semua aktiviti kami lakukan berjemaah. Solat berjemaah , bacaan yasin
berjemaah , makan berjemaah, sama-sama berehat menonton televisyen adalah
antara aktiviti rutin kami sekeluarga sepanjang menjalani Home Treatment Order
(HTO).
23
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Badan saya dan anak perempuan panas. Sakit kepala dan sakit badan. Kami
makan panadol, minum banyak air dan mengambil vitamin C.
Anak lelaki sihat dan kekal cergas, manakala tuan suami semakin sihat dan
sembuh memandangkan beliau yang paling awal mengalami gejala demam sakit
badan, sakit kepala sebelum ini.
Awal pagi saya menerima mesej berbunyi :
“Salam ustazah, akak ada letak roti canai untuk sarapan pagi atas tembok
rumah ustazah.
Moga ustazah sekeluarga cepat sembuh sihat seperti biasa”.
-Kak Salomah.
Saya membalas mesej tersebut ucapkan terima kasih dan memaklumkan
bahawa anak-anak sangat gembira makan roti canai hadiah daripada beliau.
Mungkin dah jemu asyik makan nasi goreng, mihun gorreng, mi goreng yang
ummi sediakan.
Saya dan suami juga menikmati roti canai tersebut. Saya tiada tenaga untuk
memasak. Berdiri lama ketika solat pun terasa sangat penat.
24
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Bayangkan virus covid ini menyerang warga emas yang berpenyakit. Pasti
lagi parah dan menyakitkan.
Saya yang muda dan tidak berpenyakit pun terkesan. Apatah lagi mereka
yang berisiko tinggi.
Kata alim ulama dan para ilmuan, “Kebanyakan ujian atau dugaan yang
menimpa seorang muslim ialah untuk mengangkat darjatnya, melebur dosa-dosanya,
mendahulukan azab-azabnya di dunia sebelum di akhirat”.
Setiap yang berlaku dengan izin dan tadbir dari Allah yang Maha Mengetahui.
Mohonlah doa agar Allah kurniakan kesembuhan buat diri.
Selepas solat zohor saya menerima mesej ,
“Salam ustazah. Amir anak akak baru je hantarkan makanan untuk ustazah.
Letak atas tembok pagar rumah ustazah”- Kak Nik.
Allah Maha baik, segala puji hanya layak bagi-MU Ya Allah. Rezeki sampai
lagi. Nasi beriani lauk ayam, dalca, acar timun dan nenas kami nikmati dengan
berselera.
Sebenarnya tuan suami dah siap masak nasi, sayur goreng dan sup ayam.
Kami selesai makan sebelum azan zohor. Jam 4 kami menikmati nasi beriani pula.
Alhamdulillah.
25
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Sebelum azan maghrib saya dapat makluman daripada pihak masjid
berkenaan makan malam, ikan siakap steam lemon dihantar ke rumah dan diletakkan
di atas tembok pagar rumah saya.
Masya Allah, bertalu-talu rezeki. Hujan rezeki . Kami di kelilingi dengan
insan yang berhati mulia dan sangat baik. Syukur pada-Mu jua Ya Allah.
Selepas selesai solat maghrib saya menerima mesej daripada Tuan Haji Ishak,
Setiausaha Masjid akan menghantar madu tualang dan habbatus sawda.
Jiran kami, Haji Musa menghantar madu kelulut yang baru dituai dan pisang
berangan.
Hajah Norani pula memberi kami air kangen, lemon, dan bawang putih
goreng. Hanya Allah sahaja yang layak membalas segala jasa kebaikan dan budi
baik kalian. “Jazakumullahu khairan kathira”.
Kami sangat terharu dan berterima kasih atas semua doa, kebaikan, kasih
sayang, sokongan, bantuan dan keprihatinan.
Moga Allah ganjari dengan sebaik-baik ganjaran. Selepas solat isyak pula,
jiran kami yang baik budiman lagi beriman, memberitahu suami beliau sediakan air
kelapa bercampur lemon dan garam bukit untuk kami minum.
Doanya moga kami semua sihat dan cepat sembuh.
26
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Makanan dan minuman pemberian sahabat,jiran budiman, madu,
habbatussawda pemberian Masjid.Alhamdulillah
“Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan”
(Al-Insyirah :5)
24 Mei 2021
SYUKUR JANGAN KUFUR
Hari ini kami menerima ‘hadiah bantuan’ daripada pihak masjid. Pelbagai barangan
diterima antaranya, beras, minyak masak, telur, kicap, sos cili, tepung gandum,
mihun dan lain-lain lagi.
Syukur pada-Mu jua Ya Allah atas rezeki ini. Kebanyakan barangan dapur ini
juga sebenarnya makin susut dan habis.
27
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Belum sempat habis, stok baharu kami terima daripada masjid. Subhanallah,
Alhamdulillah, Allahuakbar.
Selain itu, jiran kami yang sungguh mulia hatinya juga ada memberi barangan
dapur dan buah-buahan kepada kami.
Jutaan terima kasih kami ucapkan atas semua kebaikan. Keadaan saya dan
anak perempuan masih sama, sakit badan, sakit kepala dan rasa lemah.
Kebanyakan kerja rumah dan tugasan memasak tuan suami ambil alih,
memandangkan tuan suami sudah semakin sihat. Alhamdulillah, syukur pada Mu
jua ya Allah.
“Barangsiapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak mampu
mensyukuri sesuatu yang banyak”
- Hadis Riwayat Ahmad
28
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
25 Mei 2021
YANG BAIK AKAN TIBA DENGAN HIKMAH
Keadaan saya dan anak masih sama. Badan rasa panas , selesema ringan, sakit
kepala dan sakit badan. Setiap hari (2 kali sehari,pagi dan petang) kami perlu
“update” status kesihatan kami dalam Selangkah. Doktor Munira dari CAC ada
menghubungi bertanyakan keadaan saya.
29
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Kami makan panadol, vitamin C dan dalam senggang masa kami makan
habbatus sawda, madu, minum air lemon halia dan berehat.
Kami mesti berfikiran positif dan banyak berdoa semoga Allah memberikan
kesembuhan sepenuhnya.
Pagi ini kami menerima nasi lemak dan bingka jagung untuk sarapan pagi
daripada jiran kami Kak Manja.
Tuan suami sediakan sandwich benjo dan daging burger untuk kami nikmati.
Segala puji hanya layak bagimu Ya Allah. Subhanallah ,Alhamdulillah,
Allahuakbar.
“ Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat.
Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang- orang yang
khusyuk.” ( Al-Baqarah : 45)
26 Mei 2021
HIDUP UNTUK REDA ALLAH
Hari ini saya berasa kurang sihat. Dada terasa sakit, mengah dan sangat penat.
Mungkin kerana kurang berehat menghadap komputer riba menyiapkan kerja
sekolah.
Doktor Ilyas menghubungi saya, juga Doktor Munira . Ketika bercakap
dengan doktor Ilyas , saya katakan, dapat panggilan daripada Doktor Munira.
30
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Jadi ,Doktor Ilyas menamatkan perbualan dengan saya kerana saya lebih
selesa berurusan dengan doktor yang sama jantina. Lagi pula doktor Ilyas baru
selesai menjalankan satu pembedahan. Doktor Ilyas selayaknya berehat.
Doktor Munira menasihatkan saya agar berehat secukupnya. “Tinggalkan
dahulu kerja sekolah”.
“Jangan fikirkan kerja sepanjang tempoh kuarantin”.
Katanya lagi, “puan paksa diri sebab puan rasa ok tak sakit sangat”. “Puan
nak ke tiba-tiba pengsan sebab tak cukup oksigen?”.
“Atau puan nak saya hantar ambulan jemput puan”.
“Varian sekarang lain macam puan, bukan macam dulu”.
“Puan dengar nasihat saya, baring dan berehat secukupnya”. “Kuarantin di
rumah ni bukan bermakna puan kena buat macam-macam kerja”.
“Puan kena rehat”.
Berulang kali doktor tegaskan kepada saya agar banyak berehat
dan tidak banyak berfikir tentang kerja dan sebagainya.
31
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Begitu juga halnya anak perempuan saya, suami ambil “laptop” miliknya
dan memaklumkan kepada guru kelas dan guru pembantu kelas anak saya, anak
saya tidak dapat mengikuti kelas online kerana doktor minta untuk berehat.
Anak saya diuji sakit kepala yang kuat, lenguh-lenguh dan berasa penat.
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat
menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang “( An-Nahl: 18)
27 Mei 2021
MINTA PADA DIA BUKAN PADA MANUSIA
Hari ini emosi kurang stabil. Badan rasa lemah dan lemau. Air mata mudah mengalir
tidak semena-mena. Rasa sedih dan tidak keruan. Perasan bercampur baur disamping
kerinduan yang menggunung terhadap ibu ayah dan ahli keluarga di kampung.
Hanya berhubung melalui panggilan telefon atau ‘video call’ mengubat rasa
rindu dan bertanya khabar berita.
Pagi ini kami sekeluarga menerima ‘hadiah’ nasi kerabu, nasi dagang dan
takoyaki pemberian dari Kak Manja.
32
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Takoyaki kesukaan anak-anak.Tempoh hari hadiahkan kami nasi lemak ,
bingka jagung dan ayam ‘wrap’. Masya Allah, Tabarakallah.
Rezeki berkat melimpah ruah kurniaan Allah azzawajalla pentadbir langit dan
bumi. Seperti biasa saya mendapat kiriman mesej meminta saya mengambil
makanan di atas tembok pagar.
Diiringi doa moga ustazah sekeluarga cepat sembuh. Moga Allah perkenan.
Jazakillahu khairal jaza’ ya Ukhti al-karimah.
Tuan suami mendapat mesej dari sahabatnya bertanyakan alamat rumah.
Sahabat tuan suami menyatakan ingin menggunakan perkhidmatan “Grab
Food” mengirim Nasi Arab buat kami.
Segala puji hanya untuk-Mu dan hanya layak bagi-MU. Kami menerima nasi
arab, ayam bakar, salad dan salsa juadah makan tengah hari.
Masya Allah, Subhanallah, Allahuakbar.
Lebih kurang jam 3 suami menerima mesej mengatakan ada buah-buahan di
atas tembok pagar kami.
Jangan lupa ambil, risau dimakan oleh binatang yang berminat. Kami
menerima buah mempelam, buah laici dan buah anggur.
33
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Buah-buahan ini pemberian sahabat tuan suami yang baik. Mulia hatinya, suci
jiwanya. Moga Allah memberi ganjaran sebaiknya.
Selepas solat asar kami menerima makanan lagi, makanan diletakkan di atas
buai di hadapan rumah kami.
Kami menerima juadah tauhu begedil, roti gardenia, planta, takoyaki, air
vitagen, dan kinder Joy.
Riang hati anak menikmati Kinder Joy saya gelar (coklat telur) yang mahal
harganya. Allah Maha Besar.
Hujan rezeki lagi hari ini. Kami berasa terharu dan mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua pemberi yang sangat baik hati.
Alhamdulillah, syukur pada-Mu jua Ya Allah. Masya Allah, Subhanallah,
Allahuakbar…
34
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
“Bagi seorang mukmin, kesulitan dan kemudahan adalah ladang untuk
menabung pahala dan hadiah daripada Allah Taala. Lalu kenapa masih
bersedih?. Jangan selalu mengeluh, Masalahku banyak, masalahku besar. Tapi
katakan pada diri dan masalah, “ Sungguh bersamaku ada Allah Yang Maha
Besar.”
Ya Allah, maka nikmat manakah lagi yang ingin kami dustakan?
28 Mei 2021
KITA MERANCANG DENGAN CITA, TUHAN MERANCANG DENGAN
CINTA
Allahumma solli a’la nabiyyina Muhammad. Jumaat, penghulu segala hari.
Banyakkan berselawat dan berzikir agar hati dan jiwa tenang.
Melazimi bacaan surah Al-Kahfi di malam Jumaat atau pagi Jumaat
merupakan amalan yang dituntut untuk kita melakukannya.
35
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Moga diri terus istiqamah diberikan taufik dan hidayah berada di jalan yang
Allah reda. Berdoa dan terus berdoa.
Mintalah kepada Allah pemilik hati manusia, pemilik jalan keluar kepada
semua masalah, pemilik kesembuhan pemilik segala-galanya.
Alangkah bertuahnya kami diberi peluang untuk menjalani proses kuarantin
di rumah.
Berbanding mereka yang perlu kuarantin di MAEPS atau pusat kuarantin
yang disediakan.
Kami tidak perlu berebut tandas, menunggu giliran untuk membersihkan diri,
tidur di dalam dewan yang dipasang lampu 24 jam.
Sehinggakan tidak tahu cuaca di luar mendung atau cerah.
Cahaya matahari tidak dapat dinikmati dan dirasai bila berada di dalam dewan
tersebut.
Perasaan dan pengalaman itu dikongsi oleh salah seorang rakan saya yang
merupakan bekas Ketua Kerani di sekolah saya mengajar.
Beruntung dapat kuarantin di rumah, dapat solat dengan lebih sempurna dan
di awal waktu tanpa bersesak beratur menunggu giliran di tandas, katanya menerusi
mesej yang dihantar pada saya.
36
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Setinggi kesyukuran saya panjatkan dalam sujud akhir ketika solat dhuha di
pagi Jumaat itu.
Usai solat dhuha, seperti biasa, saya sujud syukur. Akan tetapi sujud syukur
kali ini lebih lama dan rasa berbeda kerana mengenang nikmat Allah yang tidak
bertepi buat kami sekeluarga.
Air mata kesyukuran mengalir deras. Nikmat demi nikmat Allah curahkan
pada saya. Alhamdulillah.
Masya-Allah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Ampuni dosa kami
ya Allah. Sembuhkan kami Ya Allah. Perkenankan
“Tidaklah seorang Muslim yang mendapati waktu solat fardhu, lalu
memperelokkan wuduknya, khusyuknya dan rukuknya ( di dalam solat)
melainkan semua itu adalah penghapus dosa-dosanya yang telah lalu selagi dia
tidak melakukan dosa besar, dan keadaan ini berlaku sepanjang masa “-
( Hadith Riwayat Muslim)
37
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Gambaran situasi di MAEPS serdang-Pusat Kuarantin covid-19
29 Mei 2021
BERSANGKA BAIK PERBAIKI DIRI
Kami menghitung hari untuk potong gelang. Lagi 2 hari . Rasa teruja dan tak sabar,
tuan suami lebih lagi teruja dan ‘excited’ kerana tarikh beliau potong gelang
sepatutnya hari ini.
Tapi disebabkan tarikh saya dan anak-anak potong gelang 31 Mei,
tuan suami minta dengan doktor untuk potong gelang hari yang sama satu keluarga
dengan persetujuan doktor.
Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan.
38
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Tuan suami keadaannya masih sama, hilang deria bau, bila tuan suami ambil
minyak ‘attar’ yang kuat baunya bawa dekat dengan hidung , dapat bau sikit-sikit.
Badan rasa lebih kuat berbanding sebelum ini, tapi cepat penat. Saya pula
selalu rasa badan panas, sakit kepala, cepat penat dan mengah. Naik tangga rumah
pun rasa penat dan mengah.
Kami semua batuk-batuk ringan. Tak kuat dan tak kritikal. Semasa tanda-
tanda awal dahulu kami batuk berkahak pekat.
Tekak juga terasa sakit. Gejala saya dan anak perempuan sama.
Anak lelaki kami paling “champion”. Dia sangat cergas , cerdas, aktif dan
bagaikan tiada masalah langsung.
Bayangkan kalau anak saya ni keluar bermain, dia boleh jadi “ silent carriers”,
boleh menyebarkan virus ini kepada yang lain.
Doktor memaklumkan biasanya kanak-kanak tetap aktif walaupun positif
covid-19. Mungkin sebab sistem imun kanak-kanak berbeza dengan kita yang
dewasa.
Bagi saya virus covid ni bahaya dan teruk sebab, sepanjang kuarantin saya
yang cergas asyik terbaring dan berehat.
39
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Tidak ada tenaga. Tak hairanlah andai virus covid ini kena pada orang tua
yang berpenyakit, memang mereka berjuang untuk hidup.
Sampaikan ada yang perlu bantuan oksigen, ditidurkan untuk masuk tiub dan
sebagainya. Sakit covid tiada ubat yang khusus.
Kalau demam atau sakit kepala, makan panadol, kalau batuk, makan ubat
batuk, kalau selsema, makan ubat selsema.
Vitamin C memang sangat digalakkan untuk kita makan. Kami makan ‘double
dose’ sepanjang tempoh sakit ini.
Ada yang kata membazir kerana dos berlebihan akan dibuang begitu saja oleh
badan melalui proses perkumuhan. Kami berusaha untuk meningkatkan imun badan.
Perlu minum air yang banyak sebab tekak rasa kering dan badan rasa panas.
Di samping tidak meninggalkan pemakanan sunnah seperti madu, habbatus sawda
dan lain-lain lagi petua yang dikongsikan kepada kami untuk diamalkan.
Semua kami ikhtiar dengan doa dan harapan agar Allah kurniakan
kesembuhan.
Tak pernah terlintas kami sekeluarga akan dijangkiti virus covid ini. Bila dah
kena, kami rasa serik. Tak nak kena lagi.
40
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Yang melaluinya sahaja akan faham. Alhamdulillah, kami sekeluarga tak
seteruk orang lain. Ujian setiap orang tak sama.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Puji dan puja hanya untuk-Mu Wahai Tuhan penguasa siang dan malam.
Sebagaimana ikrar harian kami dalam solat :,
“Hanya kepada-Mu kami sembah dan hanya kepada-Mu kami memohon
pertolongan.”
Ampuni kami, redakan kami, beri kami kesembuhan Wahai Allah yang Maha
menyembuhkan.
“ Dan beribadahlah kepada Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya
dengan sesuatu pun, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa” (An-Nisa:36)
30 Mei 2021
YANG TERBAIK RAHSIA ALLAH
Hari ini berita duka kepada semua warga Malaysia. Alam juga turut berduka.
Perginya seorang lagi permata ummah.
41
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Kematian orang soleh bererti perginya bersama ilmu. Dato mufti Perak adalah
tokoh ilmuan dan di antara hamba Allah yang banyak berjasa untuk ummah dengan
ilmu pinjaman Allah untuknya.
Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya
dan mengangkat darjatnya serta memuliakannya.
Semoga Allah Taala dengan rahmat-Nya memasukkan Allahyarham Tan Sri
Dato’ Seri Haji Harussani bin Tuan Guru Haji Zakaria ke dalam syurga tertinggi
tanpa hisab.
Perginya bersama ilmu asbab positif covid -19. Allahyarham merupakan
insan yang memegang jawatan mufti paling lama dalam sejarah Malaysia iaitu
selama 36 tahun.
Meninggal dunia ketika berusia 82 tahun. Moga Allah taala merahmati roh
Tan Sri. Perkenankanlah.
Sepanjang saya sakit disebabkan virus covid 19 ini, saya sukar tidur malam.
Perasaan sering bercelaru, resah, galau dan risau. Suami dan anak perempuan juga
begitu.
Terkadang rasa nak menangis, emosi sering kurang stabil. Kami isi dengan
aktiviti berfaedah, berzikir, berdoa, membaca yasin dan banyak bersabar.
42
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Setiap yang berlaku ada hikmahnya, bersyukur dan bertabah disetiap ujian
yang dilalui.
Allah Maha mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui. Seringkali juga
saya bermimpi Allahyaham abah yang sangat dirindui.
Abah datang dalam mimpi berulang-ulang kali.
Saya ajukan persoalan tentang mimpi kepada sahabat baik saya. Suaminya
seorang tuan guru yang kami segani.
Beliau memiliki kitab berkenaan mimpi. Saya bertanyakan apakah maksud
mimpi saya ?
Jawapan tuan guru kepada persoalan saya.
Katanya, mimpi melihat abah ada beberapa takwil, secara asasnya ia
menunjukkan tercapai barang dihajati:
1. Jika dia berhajat sesuatu, hajatnya akan tercapai secara tidak sengaja.
2. Jika dia tidak sihat ,ia adalah petanda untuk pulih dari sakit.
3. Jika dia berjauhan dengan seseorang, ia adalah tanda kepulangan orang
tersebut.
Kata tuan guru lagi berdasarkan gambaran yang saya perolehi ketika mimpi,
abah dalam keadaan ‘qiam’ berdiri atas tempat yang tinggi (seperti di atas sebuah
43
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
bukit yang cantik), memakai jubah putih, kopiah putih, wajah berseri-seri dan
senyuman manis di wajahnya menggambarkan abah bahagia di alam sana.
Insya Allah dengan izin Allah dan rahmat Allah, abah damai dan tenang di
sana. Sejauh mana kebenaran takwil mimpi saya hanya Allah yang Maha
mengetahui.
Wallahu a’lam.
“Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku serta
kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku dan mendidikku ketika
kecil. Masukkanlah kedua ibu bapaku ke dalam syurga firdaus tanpa hisab”.
Perkenankanlah. Kami mohon perlindunganMu, kami mohon keampunan-
MU.
“Wahai Tuhan kami berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku
serta bagi orang-orang yang beriman pada masa berlakunya hitungan
amal dan pembalasan”.
( Ibrahim : 41)
44
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
31 Mei 2021
ALLAH MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU
Hari yang kami nantikan. Hari potong gelang merah. Saya bangun awal dan
bersemangat seperti selalu. Allah akan permudahkan segala urusan jika niat kita baik
dan betul.
Yakin dan percaya. Dia sentiasa di sisi. Saya masak nasi lemak dan jemput-
jemput bilis.
Kami menikmati sarapan pagi bersama-sama. Sejurus selesai bersarapan dan
solat dhuha kami ke Covid Assessment Centre (CAC), Stadium Malawati untuk
potong gelang.
Kami perlu beratur dan bersabar. Barisan agak panjang. Kami berjumpa
doktor untuk membuat pemeriksaan kesihatan.
Kami sangat berterima kasih kepada barisan frontliners yang berjuang dan
bergelumang dengan pesakit covid -19 ini.
Jasa pengorbanan mereka sungguh banyak. Berkhidmat dengan penuh
semangat, berpanas dalam PPE berlapis-lapis.
45
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Menahan lapar dan dahaga dan penat bekerja tanpa henti. Bila sudah
menyarung Personal Protective Equipment (PPE), face mask, face shield, sarung
tangan dan sebagainya sangat menyukarkan untuk mereka minum atau makan.
Hanya Allah sahaja yang layak membalas segala jasa pergorbanan barisan
hadapan. Semoga sentiasa berada dalam rahmat di bawah lembayung sayap malaikat
dan raudhah kemuliaan.
Perkenankanlah Wahai Tuhan yang Maha Pemberi Kurnia.
Dengan rahmat Allah kami menerima surat pelepasan “release order” selepas 10
hari menjalani Home treatment order (HTO).
Pengalaman yang berharga dan sukar untuk dilupakan. Benar dan setuju,
pengalaman guru terbaik. Pengalaman berkurung di dalam rumah satu keluarga.
Sesuatu yang manis dan indah malah mengeratkan lagi kasih sayang antara
kami.
Saya beri nama pengalaman kami kuarantin di rumah dengan nama Syurga
Baitul Mahabbah. Sementelah rumah kami bersebelahan dengan Masjid Baitul
Mahabbah (MBM) atau dikenali juga dengan nama Masjid Proton.
46
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Punca saya dan anak-anak dijangkiti virus covid-19 ini juga dari suami yang
dipercayai berjangkit daripada jemaah masjid yang positif. Sejauh mana
kebenarannya hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Wallahu taala A’lam.
47
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
DOA SENJATA MUKMIN
Long covid /Post Covid Syndrome
Menjalani hari-hari mendatang dengan 1001 kekuatan yang Allah
anugerahkan. Bersangka baik , bermuhasabah dan bersemangat asas kepada segala
yang akan membenihkan kebaikan.
Long covid ataupun Post Covid Syndrome merupakan satu keadaan di mana
bekas pesakit Covid-19 masih mempunyai simptom yang berpanjangan akibat
jangkitan Covid-19.
Menurut doktor, kebiasaannya seseorang yang telah mendapat jangkitan
Covid-19 berkemungkinan untuk kekal mempunyai beberapa simptom dalam
tempoh 12 minggu atau lebih.
Walaupun telah sembuh dari jangkitan Covid-19, namun masih mengalami
simptom yang berpanjangan seperti sakit badan, batuk, terasa lemah dan lesu, cepat
penat, mengah walaupun usaha yang minima dan kekadang kurang daya tumpu.
Meskipun kesan-kesan penyakit daripada virus Covid-19 ini masih kami
rasai, kami bersyukur kerana masih berpeluang menjalani hari-hari yang indah.
48
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Nikmat kurniaan Allah sangat luas berbanding ujiannya terhadap kami.
Doktor menyatakan virus covid ini akan mendiam dalam badan pesakit selama
tempoh 3 bulan.
Virus ini tidak akan hilang di dalam badan. Meskipun makan cengkih atau
hidu wap cengkih.
Adalah sangat penting untuk terus menjaga SOP dan kekal di rumah jika tiada
keperluan untuk keluar rumah.
Amalkan selalu 3W iaitu kerap memcuci tangan dengan air dan sabun atau
sanitizer, memakai pelitup muka sebagaimana yang disarankan dan mengamalkan
penjarakan fizikal.
Elakkan diri berkumpul atau berada di tempat yang sesak dan sempit. Jangan
berbual dengan seseorang dalam jarak yang dekat.
Patuhi segala SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan amalkan perintah
kawalan pergerakan kendiri.
Jangan lupa daftar segera untuk mendapatkan vaksinasi Covid-19 dan hadir
pada hari temujanji yang ditetapkan. Mencegah lebih baik daripada mengubati.
Moga segalanya kembali pulih sepenuhnya seperti sediakala. Kami mohon
keampunan-Mu Ya Allah.
49