SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
Kami mohon kesembuhan-Mu Wahai Tuhan yang Maha memiliki
sepenuhnya kesembuhan.
Doa Kesembuhan daripada penyakit :
“ Ya Allah anugerahkan ke atas kami penawar daripada penawar-Mu, dan
kesembuhan daripada kesembuhan-Mu, juga keberkatan dari keberkatan-Mu,
juga rahmat daripada rahmat-Mu terhadap penderitaan-penderitaan yang
dideritai oleh kami yang sakit ini juga mereka yang lemah, dan sembuhkanlah,
sembuhkanlah, sembuhkanlah dengan rahmat-Mu Ya Allah wahai Yang Maha
Mengasihani daripada segala yang mengasihani.
Ampunilah dosa juga kesalahan kami. Dan berikanlah petunjuk terhadap
urusan kami, Tuhan kami Ya Allah, Tuhan kami Ya Rahman, Tuhan kami Ya
Rahim. Engkau adalah penguasa kepada semua kesembuhan, anugerahkan
kepada kami kesembuhan dan penawar daripada sakit ini. Sembuhkanlah,
sembuhkanlah, sembuhkanlah dengan rahmat-Mu Wahai Tuhan Yang Maha
Perkasa lagi Maha Pengampun, Wahai Tuhan Yang memelihara dan
mentadbirkan sekalian alam. Perkenankanlah Ya Allah. Amin
Ihfazillah, yahfazka-Jagalah Allah, Allah pasti menjagamu,
“La quwwata illa billah” ( Al-Kahfi:39)
Zuraida binti Razali
Bekas pesakit covid stage 2
50
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
p/s : Menulis dan berkongsi catatan peribadi daripada pengalaman sendiri.
Mohon maaf atas kelemahan dan kekurangan.
Moga ada manfaat dan kebaikan
51
SyurgaBaitulMahabbah-Zuraida Razali
MAKIN KITA SABAR, ALLAH MAKIN SAYANG
Sesungguhnya yang bernama ujian itu akan lenyap dengan izin-Nya,
Ia hadir dalam dua bentuk,
Bentuk kesenangan atau kesusahan,
Bentuk kebahagiaan atau penderitaan,
Pandanglah dengan mata hati, Ujian adalah rahmat kasih Rabbul Izzati,
Syukur, sabar dan reda dengan perjalanan takdir ini,
Ia ketentuan Ilahi sejak azali,Yakin dan percaya sepenuh hati
apa yang dilorongkan Ilahi mengundang hikmah , punya kebaikan tersendiri
Mukmin beriman budiman sejati
Saat diuji terus bersabar , saat diberi nikmat lantas bersyukur
Bersyukurlah saat diuji dengan kesusahan dan kesedihan
Kerana berjuta manusia tenggalam saat diulit kesenangan
Bersangka baik dengan Allah juga bersangka baik dengan diri
Allah sembunyikan kemanisan di sebalik kepahitan
Bersama kesusahan ada kesenangan
Fokus kepada misi kita yakni dambakan reda-Nya
Dunia tempat berpenat, Akhirat tempat berehat
bercita-cita masuk Syurga , damai di dalam kubur
itulah antara taman-taman syurga
Berkumpul bersama ahli keluarga, bertemu di Firdausi penuh nikmat
Berjiran di syurga bersama tetangga juga sahabat
Moga Allah reda dan menerima amal kita
Ampuni kami, Rahmati kami
Moga diperkenan
Kami mohon keampunan-Mu dan kami bertaubat kepada-MU Ya Allah.
52