The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Politeknik Banting Selangor, 2024-01-09 22:57:18

ASAS PERMAINAN SUKAN WOODBALL

ASAS PERMAINAN SUKAN WOODBALL

A I S H A H S A I M S A H A R U D D I N T A L I B WOODBALL ASAS PERMAINAN SUKAN


Asas permainan sukan Aishah Saim Saharuddin Talib Edisi 1, 2023 Oleh: Asas Permainan Sukan Woodball Politeknik Banting Selangor (online)


Asas Permainan Sukan Woodball Hak Cipta Politeknik Banting Selangor 2023 Cetakan Pertama / First Printing, 2023 Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau dihantar dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, elektronik atau mekanikal termasuk fotokopi, rakaman, atau sebarang sistem penyimpanan dan perolehan maklumat, tanpa kebenaran daripada Politeknik Banting Selangor dan Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital, JPPKK. Pengarang: Aishah Binti Saim Saharuddin Bin Talib Editor: Muhamad Sani Bin Buang Diterbitkan oleh: Politeknik Banting Selangor, Persiaran Ilmu, Jalan Sultan Abdul Samad, 42700 Banting Selangor 03-3120 1657 / 03-3120 1625 https://pbs.mypolycc.edu.my/ eMail: [email protected] Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalamPenerbitan / Cataloguing-inPublication Data i


Prakata Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya, eBook Asas Permainan Sukan Woodball ini berjaya diterbitkan. eBook ini merupakan pengenalan kepada asas permainan woodball yang boleh menjadi panduan dan rujukan kepada tenaga pengajar dan juga kepada para pelajar yang mengambil kursus MPU24011 Sukan Woodball. eBook ini sesuai dijadikan sebagai asas kepada penggiat sukan atau individu yang mahu menceburi bidang sukan woodball. Penulisan eBook ini dirancang dan diolah ke arah menepati kehendak silibus ko-kurikulum bagi kursus sukan woodball. Antaranya, penekanan terhadap aspek pembelajaran secara konteksual di mana ianya merangkumi sebanyak mungkin perbincangan dan contoh-contoh yang di amalkan dalam permainan woodball. Maklumat secara komprehensif dalam eBook ditekankan dari aspek sejarah, asas permainan woodball dan kecergasan dan kecederaan sukan diutamakan. Akhir kata dengan penghasilan eBook ini akan dapat menjadi panduan dan rujukan semua pihak khusus kepada penggiat sukan woodball di seluruh Malaysia. Aishah Saim Saharuddin Talib ii


3.0 Asas Peralatan Dan Rekabentuk Sukan Woodball Kepentingan senaman memanaskan badan Teknik memanaskan badan sebelum bermain woodball Kepentingan senaman menyejukkan badan Senaman kalistenik dan regangan Kecederaan dalam sukan Pencegahan kecederaan dalam sukan Prinsip pencegahan kecederaan Kandungan Asas Permainan Sukan Woodball 1.0 Sejarah Sukan Woodball 2.0 Konsep Kecergasan Dan Kecederaan Sukan 01 06 24 37 iii Latar belakang sukan Woodball Latar belakang sukan Woodball di Malaysia Laman Woodball antarabangsa Informasi rekabentuk laman (Fairway) woodball Jarak fairway Peralatan sukan woodball Jenama peralatan Ukuran peralatan woodball Etika pakaian woodball 4.0 Asas Peraturan Dan Teknik Permainan Sukan Woodball Peraturan Am Permainan woodball Istilah Permainan Woodball Kaedah Permainan Woodball Pemarkahan Dan Perekodan Score Card Simbol Perekodan Score Card Rekod Score Card 5.0 Asas Kepegawaian Dan Kepengadilan 47 Ciri-ciri Jurulatih Peranan Jurulatih Pengurus Pasukan Pengadil Isyarat Permainan Woodball 6.0 Tutorial 55 Rujukan 65


WOODBALL SEJARAH SUKAN 1


Laman woodball pertama ialah Green Garden Woodball Course yang terletak di Shih-lin, Taipei City. Sukan woodball diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1994. Sejarah sukan woodball bermula pada tahun 1990 di China Taipei (Taiwan). Sukan woodball terhasil daripada idea seorang pengusaha berasal dari Taiwan, En. MingHui Weng yang mereka bentuk sebuah taman yang indah untuk kedua ibubapanya bereakreasi. Dalam pembinaan taman itu, beliau mendapat idea untuk membuat satu permainan yang dimainkan di atas tanah dengan menggunakan bola serta mengajak rakanrakannyauntuk turut sertabermain. En. Ming-Hui Weng bersama rakannya En. Kuang-Chu Yong telah berjayamembentuk permainan dan peraturan mirip sukan golf dan kriket. En. Ming-Hui Weng merupakan Presiden International Woodball Federation(IWBF) LATAR BELAKANG SUKAN WOODBALL Rajah 1:Pengasas Sukan Woodball - En. Ming- Hui Weng Rajah 2: Logo Persekutuan Woodball Antarabangsa Rajah 3: Green Garden Woodball Course 2


Laman woodball pertama di Malaysia bermula di Taman OUG atas inisiatif En. Thomas Kok. Sukan woodball diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1994. Perkembangan sukan woodball mula diperkenalkan di Malaysiapada tahun1995oleh En. ThomasKok. Laman woodball pertama di Malaysia bermuladi TamanOUGatas inisiatif En. Thomas Kok. Persatuan Woodball Malaysia secara rasmi didaftarkan pada tahun1999. LATAR BELAKANG SUKAN WOODBALL DI MALAYSIA Rajah 4: Pelopor Sukan Woodball di Malaysia -En. Thomas Kok Rajah 5: Logo Persatuan Woodball Malaysia Rajah 6: Laman Woodball Taman OUG 3


LAMAN WOODBALL ANTARABANGSA Rajah 7: Laman Woodball Chiang Dao Woodball Club, Thailand Rajah 8: Laman Woodball Azuma Sports Park Woodball , Japan 4


LAMAN WOODBALL ANTARABANGSA Rajah 9: Laman Woodball Clementi Woods Park Woodball , Singapore Rajah 10: Laman Woodball Etasia Woodball Course , Indonesia 5


KECERGASAN & KECERGASAN & KECEDERAAN SUKAN KECEDERAAN SUKAN KONSEP 6


meningkatkan suhu badan kadar denyutan jantung kadar pernafasan penyediaan keanjalan otot dan sendi membolehkan seseorang individu bersedia untuk aktiviti yang lebih mencabar. mengelak atau mengurangkan kecederaan. Memanaskan badan adalah satu aktiviti di mana kita menyediakan diri sebelum melakukan aktiviti fizikal atau senaman. Senaman memanaskan badan adalah untuk: Senaman memanaskan badan adalah penting kerana: Terdapat pelbagai contoh gerakan memanaskan badan. Ada juga aktiviti memanaskan badan yang khusus bagi permainan tertentu contoh bola sepak, bola jaring dan sebagainya. Senaman memanaskan badan amat berkait rapat dengan aktiviti regangan. Perlu ambil peduli bahagian otot yang terlibat semasa regangan dan senaman memanaskan badan Aktiviti regangan yang berbeza memberikan tumpuan kepada otot yang berbeza. Teknik Regangan KEPENTINGAN SENAMAN MEMANASKAN BADAN 7


Mulakan dengan senaman kardiovaskular ringan seperti berjalan pantas, jogging perlahan, atau skip. Ini membantu meningkatkan aliran darah ke otot-otot dan menghangatkan badan secara keseluruhan. 1. PEMANASAN KARDIOVASKULAR RINGAN Lakukan gerakan peregangan dinamik seperti lengan terayun, putaran pinggul, dan gerakan anggota badan lain. Ini membantu mengurangkan ketegangan otot dan meningkatkan kelenturan. Lakukan beberapa set senaman pengukuhan ringan untuk mengaktifkan otot-otot utama yang akan digunakan semasa bermain woodball. Contoh senaman termasuk squats, lunges, push-ups, dan sit-ups. 2. GERAKAN PEREGANGAN DINAMIK 3. SENAMAN PENGUKUHAN TEKNIK MEMANASKAN BADAN SEBELUM BERMAIN WOODBALL 8


Selepas pemanasan dinamik dan senaman pengukuhan, lakukan peregangan statis untuk membantu meningkatkan kelenturan otot. Peregangan fokus kepada otot-otot seperti otot paha, punggung, dan lengan. 4. PEREGANGAN STATIS Sebelum memulakan permainan sebenar, beberapa gerakan imitasi permainan woodball seperti mengayuh mallet secara perlahan atau melakukan pukulan ringan untuk mempersiapkan otot dan koordinasi. Sebelum permainan sebenar, beberapa pukulan ringan untuk memanaskan tangan, lengan, dan bahu serta membiasakan diri dengan mallet boleh dilakukan. 5. GERAKAN IMITASI PERMAINAN 6. PUKULAN PRAKTIS RINGAN TEKNIK MEMANASKAN BADAN SEBELUM BERMAIN WOODBALL 9


Mempercepatkan Pemulihan: Mengurangkan Risiko Kecederaan: Meningkatkan Fleksibiliti: Regangan selepas senaman, yang juga dikenali sebagai peregangan pasca-latihan, adalah penting untuk membantu menyejukkan badan dan mengurangkan ketegangan otot yang mungkin terjadi semasa senaman. Peregangan pasca-latihan membantu memulihkan otot, meningkatkan fleksibiliti, dan mengurangkan risiko kecederaan. Berikut adalah beberapa kepentingan utama penyejukan badan: Penyejukan membantu mengembalikan denyutan jantung dan pernafasan ke tahap semula selepas senaman yang intens. Ini membantu melancarkan aliran darah dan oksigen kepada otototot, mempercepatkan proses pemulihan dan mengurangkan keletihan. Peregangan pasca-latihan membantu melonggarkan otot yang mungkin menjadi tegang semasa senaman. Ini membantu mengurangkan risiko kecederaan dan kekakuan otot yang mungkin terjadi akibat latihan yang intens. Peregangan membantu meningkatkan kelenturan otot , yang penting untuk prestasi sukan yang baik dan mengurangkan risiko kecederaan. Otot yang fleksibel lebih kurang cenderung untuk terkoyak semasa aktivitifizikal. Mengurangkan Keletihan dan Rasa Sakit Otot: Meningkatkan Kesedaran Tubuh: Menggalakkan Relaksasi: Peregangan membantu mengurangkan rasa sakit dan kekejangan otot yang mungkin berlaku selepas senaman. Ini membantu memastikan anda berasa lebih selesa setelah aktiviti fizikal. Peregangan pasca-latihan juga boleh membantu meningkatkan kesedaran tubuh dan kawalan motor. Ini berguna dalam menjalankan aktiviti harian dan sukan dengan lebih baik. Peregangan melibatkan pernafasan dalam dan pergerakan yang perlahan, membantu memulihkan tubuh secara keseluruhan dan menggalakkan relaksasi. KEPENTINGAN SENAMAN MENYEJUKKAN BADAN 10


LOMPAT ANAK SETEMPAT BERDIRI SETEMPAT TRUNK TWISTER DUDUK DAN BERDIRI (5 KALI) Lompat sambil angkat kaki ke kiri dan ke kanan berselang seli. Kesan: Kelonggaran dan kelembutan sendi dan otot kaki. Hayun tangan ke depan dan ke belakang sisi. Kesan: Kelonggaran dan kelembutan sendi dan otot tangan dan bahu. Meregangkan otot-otot bahu dan belakang. Kesan: Menguatkan otot-otot pinggang. Berdiri tegak, bengkok lutut, tangan mencecah lantai dan bangun semula. Kesan: Menggalakkan peredaran darah SENAMAN KALISTENIK DAN REGANGAN Sumber dari Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia 11


BERJALAN SETEMPAT LARI SETEMPAT. JOGGING SEKELILING DEWAN LOMPAT SELANG SELI KIRI DAN KANAN. Kaki terangkat dari lantai. Tangan lenggang cergas. Kesan: Meningkatkan peredaran darah keseluruh tubuh badan Angkat lutut dan hayun tangan. Kesan: Menggalakkan peredaran darah. Jogging di sekeliling dewan sambil meloggoarkan sendi bahu, lengan dan tengkok. Kesan: Menggalakkan peredaran darah, kelonggaran sendi dan otot. Hayun tangan dengan rancak. Kesan: Menggalakkan peredaran darah serta kelonggaran sendi dan otot. SENAMAN KALISTENIK DAN REGANGAN Sumber dari Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia 12


REGANG TENGKUK REGANG TENGKUK REGANG SELANGKA REGANG BAHU Tangan di bawah dagu menolak ke atas. Kedua dua tangan di atas kepala menekan ke bawah. Ketiga tangan di kiri dagu menolak ke kanan. Akhir sekali tangan ke kanan dagu menolak ke kiri. Kesan: Kelembutan dan kelonggaran sendi tengkuk. Buat separuh bulatan dengan kepala dari kiri ke atas, ke kanan ke bawah dan ke kiri. Buat tiga bulatan dan tukar arah. Kesan: Untuk kelembutan dan kelonggaran otot-otot dan sendi di tengkuk. Angkat bahu sehingga mencecah telinga. Turunkan bahu ke bawah. Bengkokkan siku, buat bulatan supaya sendisendi bergerak. Kesan: Sendi otot lingkungan selangka dikendurkan. Tangan dibengkokkan di depan dada. Tolak siku ke dalam dengan sebelah tangan lain berselang. Tangan capai tulang belakang. Tarik siku dengan tangan bebas. Tukar tangan. Kesan: Mengendurkan otot-otot bahu. Melonggarkan sendi SENAMAN KALISTENIK DAN REGANGAN Sumber dari Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia 13


ANGKAT TANGAN KE BELAKANG (3 KALI) REGANG BADAN (2 KALI) REGANGAN DEPAN Cangkukkan jari-jari tangan di belakang. Angkat tangan perlahanlahan setinggi yang boleh, kemudian turun dan ulang. Kesan: Mengendurkan otot-otot bahu depan. Angkat tangan kanan lurus. Lengan cecah telinga. Tarik tangan kanan ke kiri sambil bengkokkan badan. Tukar tangan dan ulang. Kesan: Mengendurkan otot-otot sisi kiri dan kanan. KILAS BADAN (2 KALI) Merengangkan otot-otot paha bahagian belakang dan bahagian bawah. Kesan: Menguatkan otot-otot paha dan pinggang. Berdiri dengan kaki terbuka. Kepala toleh ke kiri. Capai pelipat kaki kanan dengan tangan kiri. Tukar arah dan ulangi. Kesan: Meregangkan otot-otot sisi supaya kendur. SENAMAN KALISTENIK DAN REGANGAN Sumber dari Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia 14


TEKAN BADAN KE BAWAH PELUK LUTUT (2 KALI) REGANG PEHA (2 KALI) TOLAK DINDING (2 KALI) Berdiri dengan kaki terbuka di dinding. Tangan letak ke dinding paras bahu. Tunduk ke depan dan bengkokkan di pinggang seberapa rendah. Kesan: Menguatkan bahagian bahu, belakang dan betis. Berdiri atas sebelah kaki. Kedua belah tangan peluk lutut sebelah lagi dan tarik ke dada. Tukar dan ulangi. Kesan: Meregangkan otot-otot pinggang dan bahagian belakang paha. Berdiri tegak dengan sebelah tangan menyokong ke dinding. Tangan kiri mencapai hujung kaki kanan dari belakang. Tarik kaki ke atas dengan membawa lutut ke belakang. Tukar kaki dan ulangi. Kesan: Mengendurkan otot-otot di bahagian hadapan paha. Menghadap dinding. Letakkan tangan ke dinding sama dengan paras bahu. Satu kaki ke depan, satu kaki ke belakang. Bengkok siku perlahanlahan sambil membawa badan ke depan. Tukar kaki dan ulangi. Kesan: Mengendurkan otot-otot betis. SENAMAN KALISTENIK DAN REGANGAN Sumber dari Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia 15


SANDARAN DINDING 'LUNGE' REGANGAN 'GROIN' PERUT KE PAHA Kedua dua tangan ke dinding. Lunjurkan sebelah kaki ke belakang dan sebelah lagi di hadapan Kesan: Menguatkan otot-otot betis Meregangkan otot-otot betis. Kesan: Menguatkan otot gastrok dan hamstring Meregangkan otot-otot paha bahagian dalam dan belakang bahagian bawah. Regangkan otot- otot paha bahagian belakang dan bahagian betis. Kesan: Menguatkan otot dibahagian peha SENAMAN KALISTENIK DAN REGANGAN Sumber dari Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia 16


BENGKOK LUTUT (3 KALI) TOLAK BUMBUNG (3 KALI) REHATKAN DIRI BARING DAN ANGKAT PUNGGUNG Berdiri tegak. Perlahanlahan bengkokkan lutut hingga 2/3 dan bertahan selama 10 saat. Ulang 3 kali. Kesan: Mengendurkan otot-otot betis. Berdiri selesa. Sambil tarik nafas, angkat tangan ke sisi dan ke atas. Hembuskan nafas perlahan-lahan habis-habisan. Kesan: Melegakan diri. Meregangkan otot-otot punggung. Kesan: Menguatkan otot-otot spinal, abdomen dan glatius SENAMAN KALISTENIK DAN REGANGAN Sumber dari Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia Berdiri tegak. Tangan jalin jari di atas kepala. Tolak ke atas hingga sampai ke bumbung. Tahan selama 10 saat. Ulang sebanyak 3 kali. Kesan: Meregangkan otot-otot seluruh badan. 17


REGANGAN 'LOWER BACK' REGANGAN KUCING REGANGAN TUNDUK REGANGAN 'GRAVITI' Meregangkan otot-otot pinggung dan belakang bahagian bawah. Kesan: Menguatkan otot-otot belakang dan pinggul Meregangkan otot-otot perut. Kesan: Menguatkan otot-otot belakang dan abdomen Meregangkan otot-otot dada dan bahu. Kesan: Meregangkan otot belakang, bahu dan abdomen Meregangkan otot-otot bahu, tulang rangka dan tepi belakang bahagian atas. Kesan: Menguatkan otot bahagian dada, lengan, bahu abdomen dan belakang SENAMAN KALISTENIK DAN REGANGAN Sumber dari Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia 18


Kecederaan sukan berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil. Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan itu juga termasuk latihan yang tidak sempurna atau alatan yang tidak sesuai. Kebanyakan pesakit mengalami kecederaan tersebut disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi. Latihan memanaskan badan yang tidak mencukupi juga akan menyumbang kepada kecederaan sukan. J KECEDERAAN DALAM SUKAN Ketegangan dan kecederaan otot Kecederaan lutut Kebengkakan otot Kecederaan pada tendon Achilles Kesakitan pada tulang tibia Fraktur (retak tulang) Sendi yang beralih Jenis-jenis kecederaan sukan yang biasa ditemui adalah : Definisi Kecederaan Akut atau kronik Ada dua jenis kecederaan sukan – akut dan kronik. Kecederaan akut berlaku semasa di dalam aktiviti sukan. Kecederaan pada buku lali, sakit belakang, patah tulang sendi adalah contoh kecederaan akut . Kecederaan kronik pula berlaku selepas bermain satu sukan atau berlatih untuk satu tempoh yang lama. Kesakitan yang akut pada kawasan yang terlibat Kebengkakan Hilang fungsi anggota (seperti tidak boleh menampung berat menggunakan kaki ) Lengan, siku, pergelangan tangan, tangan, atau jari yang sangat lembut Tidak boleh menggerakkan sendi dengan normal Lemah pada anggota terlibat Fraktur Kecederaan akut : 19


KECEDERAAN DALAM SUKAN Kecederaan yang menyebabkan kesakitan, kebengkakan atau kebas yang amat sangat Tidak boleh menampung berat badan Kecederaanyanglamaberulangkembali Sendi yang tidak stabil Kebanyakan kecederaan boleh di rawat sendiri dan bantuan doktor diperlukan jika : Kecederaan kronik Jika mengalami kecederaan semasa aktiviti sukan, individu tersebut dinasihati supaya berhenti dari terus bermain. Kesakitan semasa bermain Kesakitan semasa latihan memanaskan badan Kesakitan yang berterusan semasa rehat Kebengkakan Rawatan Rest (rehat) : Kurangkan aktiviti yang boleh menambahkan kesakitan pada anggota terlibat . Penggunaan tongkat adalah digalakkan jika kecederaan itu melibatkan anggota kaki. Ice (applikasi ais) : applikasi ais pada anggota terlibat ( 20 minit) empat hingga lapan kali sehari. Comp Rawatan bermula dari kaedah RICE : ression (kompressi) : penggunaan alat balutan boleh mengurangkan kebengkakan. Terdapat berbagai jenis balutan yang boleh didapati di kedai farmasi. Elevation (penggantungan) : meletakkan anggota yang terlibat pada posisi tinggi dari jantung boleh mengurangkan kebengkakan (meletakkan kaki pada atas bantal semasa baring ) Rawatan.... 20


Pencegahan kecederaan di dalam kamus dewan memberi maksud mencegah dari berlakunya kecederaan yang tidak diingini ketika melakukan aktiviti sukan. Sediakan otot-otot untuk melakukan aktiviti serta kemahiran, melonggarkan otot-otot dan sendi-sendi yang tegang. Mengandungui latih tubi secara beransuransur untuk memulihkan kecederaan, meningkatkan perkembangan dan keyakinan diri. 2. Memanaskan badan 3. Ansur maju latihan PRINSIP PENCEGAHAN KECEDERAAN Prinsip latihan Penambahan beban senaman secara beransur-ansur. Berlatih pada paras yang boleh dilakukan dan pastikan badan tidak terlalu letih. Tempoh yang sesuai adalah 1 hingga Intensiti Motivasi Senamam yang dipilih haruslah khusus dan sesuai untuk mencapai tujuan dan objektif. Relaksasi - Dapat mengurangkan ketegangan atau kelesuan. Rutin Prinsip pencegahan kecederaan: 1. 1 jam 30 minit sehari. Definisi 21


Meningkatkan suhu badan dengan berjoging, melunjur, berlari pecut, senaman khusus, memilih permainan yang sesuai kepada kebolehan atlet dan mengajr kemahiran asas. 4. Aktiviti bagi mengelakkan kecederaan PENCEGAHAN KECEDERAAN DALAM SUKAN Alatan yang digunakan bagi melindungi diri atau anggota badan dari sebarang kecederaan semasa melakukan aktiviti sukan. Alatan perlindungan diri adalah sebahagian daripada peraturan sesuatu permainantersebut. Penguatkuasaan peraturan akan menjamin ahli sukan mendapat kecederaan yang minimum sekiranya berlaku. Alatan yang digunakan bagi melindungi diri atau anggota badan dari sebarang kecederaan semasa melakukan aktiviti sukan. 5. Keselamatan kemudahan dan peralatan 6. Peralatan perlindungan 22


PENCEGAHAN KECEDERAAN DALAM SUKAN Pelaksanaan 6 prinsip pencegahan di dalam kitaran kecederaan Pemain berkemahiran tinggi jarang mengalami kecederaan kerana mereka mempraktikkan teknik permainan yang betul. Pemain harus menguasai teknik kecergasan spesifik. Latihan yang dijalankan bukan sahaja untuk memantapkan mutu permainan tetapi adalah untuk mengajar dan melatih pemain untuk mengelakkan kecederaan daripada berlaku. 1.Menguasai teknik yang betul 2. Menguasai komponen-komponen kecergasan spesifik Jersi, pakaian atau kasut sukan yang digunakan adalah bersesuaian dengan permainan. Pakaian yang tidak sesuai sepatutnya tidak dipakai bagi mengelakkan kecederaan. Menggunakan alat pelindung seperti pelindung siku dan lutut yang boleh melindungi kecederaan siku dan lutut apabila terjatuh. 3.Menggunakanpakaiandankemudahan yangsesuai Peraturan dalam permainan adalah untuk memastikan permainan berjalan dengan lancar tanpa berlaku apa-apa konflik atau tidak kepuasan hati pemain. Pemain harus mengikuti peraturan bagi mengelakkan kecederaan. Persediaan lengkap untuk latihan dan pertandingan memerlukan stamina yang tinggi supaya pemain tidak mengalami kecederaan semasa pertandingan. 4.Peraturandanpenguatkuasaanundangundang Mental yang sihat memainkan peranan yang penting dalam membentuk jati diri seseorang atlit. Emosi yang stabil membantu atlit untuk lebih bersedia melakukan aktiviti. Kecelaruan emosi akan menyebabkan perubahan tingkah laku yang boleh menyebabkan kecederaan. 5. Pengurusan emosi 23


PERALATAN& REKABENTUK SUKAN REKABENTUK SUKAN WOODBALL ASAS 24


Fairway perlu dijaga dengan baik untuk memastikan keadaan permukaan yang sesuai untuk permainan Woodball. Ini termasuk memotong rumput, membersihkan halangan, dan menjaga kualiti tanah agar kekal ratadantidak terganggu. Fairway biasanya ditandai dengan tanda atau penanda yang jelas untuk membantu pemain mengetahui laluan yang betul. Ini boleh berupa bendera bewarna, panah, paku, tali, atau tanda lain yang menunjukkan arah permainan. Kadang-kadang, fairway boleh mempunyai beberapa halangan seperti pokok, semak, atau gerbang yang memerlukan pemain untuk mengelakkannya atau melalui mereka dengan strategi yang baik. Ini menambah cabaran dan aspek taktikal dalam permainan. 1. Pemeliharaan 2. Tanda 3. Halangan Fairway boleh mempunyai variasi dalam lebar dan panjang bergantung kepada rekabentuk padang dan keperluan pertandingan. Lebar fairway biasanya mencukupi untuk membolehkan pemain bergerak dengan bebas dan melancarkan pukulan mereka. Panjang fairway juga berbeza, bergantung kepada kompleksiti padang dan tahap kesukaran yang diingini. 4. Lebar dan Panjang INFORMASI REKABENTUK LAMAN (FAIRWAY) WOODBALL 25


Dalam konteks Woodball, "fairway" merujuk pada jalur atau laluan yang ditetapkan di lapangan untuk permainan. Fairway adalah bahagian lapangan yang telah ditanda dengan jelas dan biasanya berupa jalur tanah yang dibersihkan dan dijaga dengan baik. Bilangan fairway yang boleh disediakan adalah 12 atau 24. Jarak minima laman woodball adalah 700 meter untuk 12 gate manakala 1400 meter adalah jarak minima bagi 24 gate. Jarak fairway kurang dari 50 meter dinamakan jarak pendek. Jarak pendek juga dikenali sebagai Par 3. Jarak di antara 51 hingga 80 meter dinamakan jarak sederhana. Jarak sederhana juga dikenali sebagai Par 4. Jarak di antara 81 hingga 130 meter dinamakan jarak panjang. Jarak panjang juga dikenali sebagai Par 5. JARAK FAIRWAY 26


Pemukul digunakan untuk memukul bola kayu. Ia terdiri daripada tangkai panjang dengan kepala yang lebih besar di salah satu hujungnya. Pemain menggunakan pemukul untuk mengawal arah dan kekuatan pukulan mereka. Pada peringkat awal, mallet diperbuat daripada kayu berbentuk T. Di bahagian bawahnya dibungkus oleh karet (rubber cap) MALLET Bola kayu adalah objek utama dalam permainan Woodball. Pemain menggunakan pemukul untuk memukul bola kayu dan mencuba memasukkannya ke dalam hole.Bola diperbuat dari kayu murni berbentuk bulat. Ia berupa struktur atau pintu yang harus dilalui oleh bola kayu dalam permainan. Gerbang berfungsi sebagai titik atau checkpoint tertentu bagi setiap fairway. Pemain perlu memastikan bola melewati gerbang dengan mengendalikan arah, kelajuan, dan ketepatan pukulan mereka. BOLA GATE PERALATAN SUKAN WOODBALL 27


Jenama peralatan woodball yang mendapat pengesahan International Woodball Federation adalah seperti berikut: JENAMA PERALATAN HUI KING Hui King : Grade A Event : All woodball events Mahogany/ Palisander/ Rubber wood Woodball Carbon Mallet Made from Carbon fibre 28


JENAMA PERALATAN HUI KING Aluminium mallet Made from aluminium Zelkova mallet Made from Zelkova wood 29


JENAMA PERALATAN DR. PAT Dr. Pat : Grade B Event : International Open Championships Mahogany/ Makha/ Rubber wood Woodball Mallet Made from makha wood Gate Made from makha wood 30


JENAMA PERALATAN JACK KING Jack King : Grade B Event : International Open Championships Mahogany/ Teak Woodball Mallet Made from mahogany/teak Gate Made from mahogany 31


Peralatan woodball terdiri dari mallet, bola dan gate. Hanya peralatan woodball yang disahkan oleh International Woodball Federation (IWBF) boleh digunakan sewaktu kejohanan woodball. UKURAN PERALATAN WOODBALL BOLA Bola woodball adalah berbentuk bulat diperbuat daripada kayu dengan diameter 9.5 ± 0.2 cm dan beratnya 350 ±80 gram. Nombor dan lambang woodball boleh ditanda pada bola. MALLET Mallet adalah berbentuk seperti T. Anggaran beratnya adalah 800 gram. Panjang mallet termasuk pemegang dan kepala mallet adalah 85 ±15 cm. Panjang kepala mallet adalah 21.5 ± 0.5 cm, manakala permukaan atas kepala mallet dengan diameternya 3.5 ± 0.5 cm. Ia dipasang dengan kusyen getah yang berukuran 6.6 ± 0.2 cm diameter dan ketinggina 3.8 ± 0.1 cm. Mallet Head Grip Shaft 85 15 cm 32


UKURAN PERALATAN WOODBALL RUBBER CUSHION 6.6 0.2 cm 33


UKURAN PERALATAN WOODBALL Gate woodball berbentuk π yang terdiri dari satu rod besi, 2 nut berbentuk sfera dan dua tiub getah. Gate dibentuk oleh 2 botol sebagai asasnya yang dipacak ke tanah. Lebar antara dua botol hendaklah berukuran 15 ± 0.5 cm yang diukur dari bahagian dalam botol. Cawan gate yang tergantung dari tanah hendaklah dengan jarak 5 ± 0.5 cm. Spefikasi gate adalah seperti berikut: GATE ROD BESI 34


UKURAN PERALATAN WOODBALL BOTOL GATE CAWAN GATE 35


Dari segi pemakaian seorang pemain woodball mestilah memakai baju sukan berkolar, seluar slack/casual dan berkasut sukan. Pemakaian seluar jean dan track suit tidak dibenarkan. ETIKA PAKAIAN SUKAN WOODBALL Pemain boleh memilih untuk memakai topi atau tudung untuk melindungi kepala dari sinar matahari atau untuk menjaga keselesaan semasa bermain. Pemain juga boleh memakai aksesori tambahan seperti gelang tangan, tali pinggang, atau sarung tangan sesuai asalkan tidak mengganggu kemahiran bermain dan mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam pertandingan Woodball. 36


PERATURAN& TEKNIK PERATURAN& TEKNIK PERMAINAN SUKAN PERMAINAN SUKAN WOODBALL ASAS 37


Merokok dan penggunaan telefon bimbit ketika permainan berlangsung adalah tidak dibenarkan. PERATURAN AM PERMAINAN WOODBALL Sekiranya berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan dalam sesuatu kejohanan, Pengarah kejohanan berhak untuk memberhentikan permainan. Permainan akan disambung semula setelah Pengarah kejohanan membuat pengumuman dan pemain menyambung permainan di gate terakhir permainan dihentikan. 38


Course merujuk kepada seluruh kawasan atau pengadilan di mana permainan woodball dijalankan. Ia mengandungi semua lubang atau stesen yang perlu dilalui oleh pemain semasa permainan. COURSE Laluan adalah sebahagian daripada course yang biasanya terletak antara starting line dan lubang pertama. Ia adalah kawasan di mana pemain biasanya melakukan pukulan awal dan melayari bola menuju ke lubang pertama. Starting line adalah garisan atau tanda yang menandakan tempat pemain memulakan permainan dengan melakukan pukulan awal. Biasanya, pemain akan meletakkan bola mereka di sini untuk memulakan permainan. FAIRWAY STARTING LINE ISTILAH PERMAINAN WOODBALL 39


Starting area adalah kawasan yang lebih luas di sekitar starting line, di mana pemain bersedia dan mengatur peralatan mereka sebelum memulakan permainan. Pemain boleh melakukan beberapa pukulan awal di sini sebelum bergerak ke lubang pertama. STARTING AREA Gate area adalah kawasan di sekitar gerbang atau lubang yang biasanya mempunyai bentuk tertentu (cth: petak) yang menandakan lubang tersebut. Pemain perlu menghantar bola mereka melalui gate area untuk mencapai lubang. Tindakan menandakan bola dengan objek yang sesuai bagi mengelakkan daripada terkena bola pemain lain. Ini adalah peraturan penting dalam permainan woodball untuk memastikan keselamatan dan keadilan dalam permainan. GATE AREA MARK ISTILAH PERMAINAN WOODBALL 40


Merujuk kepada kawasan tertentu di sekitar pengadilan woodball yang ditandakan sebagai kawasan yang tidak boleh dimasuki oleh bola semasa permainan. Sekiranya bola berada di luar batasan ini, pemain akan dikenakan penalti (tambahan 1 mata) dan permainan diteruskan dari titik di mana bola terakhir berada dalam batasan yang sah. OUT OF BOUND(OB) Par adalah jumlah pukulan yang dianggap sebagai prestasi sasaran yang baik untuk menyelesaikan satu lubang atau satu putaran. Ia adalah markah rujukan yang digunakan untuk menilai prestasi pemain. Jika seorang pemain menyelesaikan lubang dengan markah lebih rendah daripada par, ia dianggap prestasi yang baik; jika lebih tinggi, ia mungkin memerlukan lebih banyak latihan. Dalam konteks permainan woodball, penalti mungkin merujuk kepada hukuman yang dikenakan kepada pemain atau pasukan jika mereka melanggar peraturan permainan. Biasanya, peraturan dan penalti akan dinyatakan dalam peraturan rasmi permainan atau dalam panduan yang diberikan oleh penganjur permainan. Ini membantu memastikan bahawa permainan dijalankan dengan adil dan menggalakkan pematuhan terhadap peraturan. PAR PENALTI ISTILAH PERMAINAN WOODBALL 41


Siapkan Bola Kayu (Woodball): Pemukul kayu (mallet): Susun Postur Tubuh: Pegang Pemukul Kayu: Mata Terfokus pada Bola Kayu: Hayunan: Bola kayu diletakkan pada titik tee-off iaitu titik untuk memulakan pukulan. Pilih mallet yang sesuai dengan mengambilkira keserasian dan keselesaan pemain. Berdiri di belakang bola kayu dan susun postur tubuh dimana kedudukan kaki harus sekitar bahu-lebar, dan pastikan selesa dengan posisi ini. Pegang pemukul kayu dengan tangan yang dominan (tangan kanan/kiri). Genggam pemukul dengan erat, tetapi tidak terlalu tegang. Pandang bola kayu dan tentukan arah pukulan untuk membantu pemain mengukur jarak dan halangan yang perlu dilepasi. Lakukan hayunan pemukul kayu ke belakang dan kemudian ke depan untuk memukul bola. Pada puncak hayunan, lepaskan bola kayu dan biarkan ia menghentam bola dengan permukaan pemukul kayu yang lebih besar. KAEDAH PERMAINAN WOODBALL Syarat Permainan Pemain perlu menghabiskan 12 atau 24 fairway dalam satu-satu pertandingan. Mata pemain dikira dari jumlah pukulan yang dibuat dalam setiap fairway atau gate. Pemain yang mendapat jumlah mata terkumpul yang terendah untuk 12 atau 24 fairway dikira sebagai pemenang. 1. 2. Tee-off permainan. Berikut adalah cara untuk melakukan tee-off dalam permainan woodball: Dalam permainan woodball, "tee- off" merujuk kepada langkah pertama di mana bola kayu dilepaskan dari titik permulaan untuk memulakan 42


Pemahaman Asas Teknik Gating: Latihan Berkala: Rekod dan Analisis: Mentor atau Jurulatih: Latihan Keseluruhan Tubuh: Mental dan Fokus: Pertama, pastikan asas teknik gating difahami sepenuhnya, termasuk cara memegang pemukul, posisi badan, dan cara melepaskan bola. Amalkan latihan yang berkala dan konsisten. Latihan yang berterusan akan membantu meningkatkan teknik dan mendapat kefahaman tentang bagaimana melepaskan bola dengan betul. Rakam latihan dan analisis untuk mengesan kelemahan dan memperbaiki teknik gating. Mentor atau jurulatih yang berpengalaman boleh memberikan panduan berdasarkan pengalaman mereka dan memberi maklum balas langsung tentang teknik gating yang dilakukan. Gating melibatkan koordinasi tubuh yang baik. Latihan keseluruhan tubuh akan membantu meningkatkan keseimbangan dan kestabilan semasa melepaskan bola. Pastikan keadaan mental fokus dan tenang semasa berlatih atau bertanding. Ketenangan dan konsentrasi akan menjadikan teknik gating lebih baik. KAEDAH PERMAINAN WOODBALL Dalam permainan woodball, istilah "gating" merujuk kepada teknik menghalakan bola kayu dengan tujuan mengawal arah dan jarak bola dengan lebih baik. Teknik ini penting untuk mencapai ketepatan dalam melepaskan bola ke arah sasaran. Gating melibatkan kombinasi pengayunan, sudut, dan daya untuk memastikan bahawa bola bergerak ke arah yang diinginkan dengan sebaik mungkin. 3. Gat ing/put t ing Untuk mendapatkan teknik yang terbaik untuk gating dalam permainan woodball, kita perlu mengamalkan latihan yang berterusan dan memahami asas-asas teknik ini. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh dikuti untuk meningkatkan teknik gating: 43


DECLUTTER YOUR HOME AND FIND MORE PEACE HENRIETTA MITCHELL Pemarkahan dan perekodan dalam permainan woodball boleh melibatkan beberapa langkah penting untuk memastikan proses tersebut dijalankan dengan teliti dan adil. Dalam pertandingan woodball, pemain akan dibahagikan dalam beberapa kumpulan mengikut fairway yang ditetapkan oleh penganjur. Di bawah ini adalah panduan umum mengenai cara membuat pemarkahan dan perekodan dalam permainan woodball: PEMARKAHAN DAN PEREKODAN SCORE CARD Jadual Rekod: Pencatat: Pengiraan Akhir: Jadual ini mengandungi nama pemain, nombor gate dan par, dan markah setiap pemain di setiap gate. Pemain-pemain dalam fairway yang sama akan mengisi score card mengikut giliran. Ini untuk memastikan rekod markah yang diambil adalah tepat dan adil. Setelah permainan selesai, jumlahkan semua markah setiap pemain untuk menentukan pemenang. Pemain dengan markah terendah adalah pemenangnya. Pastikan peraturan permainan woodball yang diikuti difahami dan memastikan perekodan dilakukan dengan teliti. Pemarkahan dan perekodan yang teliti adalah penting untuk menjaga keadilan dan menentukan pemenang dengan betul. 44


Tanda apabila bola berjaya maksud ke gate sekaligus telah melengkapkan satu fairway. Nombor terakhir di mana bola masuk ke gate dibulatkan. Cth: 01 Tanda apabila pemain membuat turutan pukulan. Cth: TANDA PUKULAN 02 TANDA PENALTI SIMBOL PEREKODAN SCORE CARD / Tanda apabila pemain melakukan kesalahan Out of Bound (OB). Tanda tersebut diletakkan selepas pukulan sebelumnya Cth: V TANDA BOLA MASUK KE GATE 03 3/ V8 / 45


Click to View FlipBook Version