SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT THOMAS SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI PENGURUSAN DAN TAKWIM HAL EHWAL MURID 2023/2024
MANUAL PENGURUSAN HEM 2023/2024 & TAKWIM HAL EHWAL MURID Disediakan oleh: PUAN ZALINA BINTI OTHMAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT THOMAS Bertujuan sebagai panduan dan rujukan pihak pengurusan, guru-guru, pegawai PPD dan JPN dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan
DARI MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID Salam Sejahtera… Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas usaha serta komitmen guru-guru serta warga sekolah dalam menjayakan segala aktiviti yang dirancang sepanjang tahun lalu. Saya berbesar hati kerana dapat melanjutkan perkhidmatan saya di sekolah ini sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Di sini saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada guru besar En. Mohd Razali bin A. Rahman yang saya hormati dan kekanda Pn. Hjh. Dayang Zukyanatusaniah binti Awangku Abd Hamid yang dikasihi selaku Penolong Kanan Pentadbiran kerana memberi bimbingan dan nasihat yang bernas semasa merancang takwim dan programprogram di bawah unit HEM agar dapat dimanfaat oleh murid-murid dan warga sekolah. Di sini, sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan berjanji kepada Guru Besar dan warga sekolah akan menjalankan segala program dan aktiviti yang dirancang di bawah unit HEM sepanjang tahun ini. Terima kasih.
SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT THOMAS 1
VISI DAN MISI HEM VISI SKeSTHO berupaya dan mampu mengasuh serta mendidik murid dengan ilmu pengetahuan yang berkualiti tinggi menjurus kearah membina negara yang aman dan makmur. MISI SKeSTHO berupaya mengembangkan kemampuan setiap murid dengan pengetahuan, kemahiran berfikir, memimpin, etika dan kerohanian serta identiti nasional melalui ilmu didik yang berkualiti tinggi menepati aspirasi Negara. MATLAMAT STRATEGIK HEM Pencapaian sahsiah terpuji oleh semua murid SLOGAN SKeSTHO sehati KOMITED SEMPURNAKAN PENCAPAIAN UTAMA 2
MEMASTIKAN KEHADIRAN MURID MENINGKAT KE 90% MEMATIKAN DISIPLIN MURID MENINGKAT KE 97% MEMASTIKAN PENGGUNAAN BUKU TEKS SECARA MAKSIMUM DAN BERKESAN MENINGKATKAN KESEDARAN TENTANG KEBERSIHAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM KALANGAN MURID MEMPERKASAKAN PENGURUSAN KWAPM DAN LAIN- LAIN BANTUAN KEPADA MURID MEMPERKASAKAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID KE TAHAP GEMILANG DALAM ASPEK : I - KEMENJADIAN MURID II - DISILPIN MURID 3
Pengurusan Hal-Ehwal Murid (HEM) merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Sekiranya tidak dikendalikan dengan baik ia akan mencacatkan dan menjejaskan perjalanan dan prestasi sekolah itu sendiri. Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen terhadap prestasi murid khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta ketrampilan mereka. Atas dasar inilah,matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada disiplin , keselamatan serta kebajikan murid sentiasa pada tahap yang baik serta berkualiti sehingga mampu memberi sumbangan kepada bangsa,agama dan negara. Guru Penolong Kanan (HEM) membantu pihak pentadbir (guru besar ) dalam memainkan peranan sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudahcara, penyelaras, kepada ahli-ahli di bawah pengawasannya khususnya murid-murid. • Membantu dalam perkembangan diri murid supaya berfungsi sebagai individu yang seimbang. • Memupuk semangat berdikari. • Memupuk semangat kerjasama dan setiakawan. • Membantu merancang hidup yang lebih bermakna dan berkesan. • Memberi dorongan dan motivasi. • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang – bidang ilmu yang berbagai. • Memperkembangkan pemikiran yang kreatif dan kritikal. • Membantu murid tentang pentingnya hidup bermasyarakat. • Menyuburi potensi kepimpinan dalam kalangan murid. SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT THOMAS 4 PENDAHULUAN MATLAMAT PROGRAM HAL EHWAL MURID
• Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid. • Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan di peringkat sekolah. • Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketrampilan. • Memastikan kehadiran murid mencapai sifar ponteng. • Memastikan murid-murid mematuhi peraturan sekolah sepanjang sesi persekolahan. Fungsi-fungsi pengurusan HEM di sekolah pula dapat dilihat seperti berikut: • mengenalpasti potensi pelajar dan memupuknya hingga ke tahap cemerlang. • memberikan khidmat bantuan kepada pelajar yang bermasalah. • mengelolakan program latihan kepemimpinan dan organisasi murid. • mengendalikan program orientasi murid. • memberi galakan dan pedoman berdikari. • mengeratkan hubungan antara isekolah dengan masyarakat dan ibu bapa. • mengatur dan mengelola aktiviti untuk mencapai kecemerlangan diri. OBJEKTIF PERANAN PENGURUSAN HEM
66
7
Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen terhadap prestasi murid khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta ketrampilan mereka. Atas dasar inilah, matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada kebajikan, keselamatan dan akhlak serta disiplin murid sentiasa pada tahap yang baik serta berkualiti sehingga mampu memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara. Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen muridmuridnya. Atas dasar inilah pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai program yang dianjurkan oleh Bahagian HEM untuk mempastikan matlamat sekolah tercapai. Kerjasama yang erat antara semua guru dan murid mampu merealisasikan wawasan sekolah ini. Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan. 3.1 Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid. 3.2 Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan di peringkat sekolah. 3.3 Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketrampilan. 3.4 Meningkatkan tahap kesihatan, kebersihan diri dan persekitaran yang selamat. 4.1 Tenaga Pengajar 4.1.1 Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibu bapa kedua (lo co parentis) kepada semua murid. 4.1.2 Sentiasa mengutamakan kepentingan dan kebajikan murid dalam semua bentuk tindakan dan keputusan yang dibuat. 4.1.3 Semua guru perlu melayan semua murid dengan adil, saksama, bertimbang rasa serta penuh kasih sayang. 4.1.4 Semua tindakan guru adalah berkonsepkan “MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM’. 4.1.5 Membudayakan guru supaya benar-benar dapat memainkan peranan sebagai “GURU DISIPLIN” pada setiap masa. 2 MATLAMAT 3 OBJEKTIF 1 PENGENALAN 8
4.2 Kemasukan Murid 4.2.1 Sekolah ini menerima kemasukan murid dari pelbagai kaum tanpa sekatan. 4.2.2 Setiap maklumat murid akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran dan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan sentiasa memastikan data peribadi murid dikemaskini dengan lengkap dan terkini. 4.2.3 Setiap murid akan ditempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik. 4.2.4 Sekolah melaksanakan Program Hari Pendaftaran murid Tahun 1 . Aturcara Majlis: i. Pengesahan pendaftaran. ii. Taklimat oleh pihak pentadbiran sekolah. iii. Penetapan kelas iv. Pengagihan buku Teks dan borang-borang yang berkenaan 4.3 Penguatkuasaan Peraturan Sekolah 4.3.1 Semua murid perlu memiliki Buku Peraturan Sekolah dan mematuhi peraturan didalamnya pada setiap masa. 4.3.2 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama. 4.3.3 Semua Pemimpin Muda Sekolah (Pengawas Sekolah, PSS, BOSS, PUM PRS, KK dan PKK) dikehendaki memakai PAKAIAN LENGKAP emasa perhimpunan setiap hari Selasa. 4.3.4 Membuat pelantikan Pemimpin Muda Sekolah yang terdiri daripada murid Tahun 4 hingga Tahun 6. 4.3.5 Semua Pemimpin Muda Sekolah yang dilantik perlu melalui proses berikut: i. Pencalonan oleh guru disiplin/guru kelas dengan persetujuan Guru Besar/GPK Hem. ii. Temuduga oleh Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas Sekolah. iii. Kursus pelaksanaan tugas dan tanggungjawab. iv. Majlis Watikah pelantikan. 4.3.6 Murid yang sering melanggar peraturan sekolah, akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin Sekolah. 4.3.7 Sekolah akan mengamalkan pendekatan “nasihat dan bimbingan” (Unit Bimbingan dan Kaunseling) dalam menangani permasalahan disiplin murid di mana semua murid yang melakukan kesalahan akan dirujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk sesi bimbingan dan hanya akan diambil tindakan selepas tiada perubahan sikap murid terlibat. 4.3.8 Memastikan murid sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral seperti berikut; ponteng sekolah, pergaduhan, membuli, atau merosakkan harta benda sekolah atau awam (VANDALISME). 9
4.3.9 Ibu bapa murid yang melanggar peraturan sekolah akan dipanggil ke sekolah untuk tujuan makluman dan penyelesaian masalah dan laporan akan disediakan bagi tujuan rekod dan rujukan. 4.3.10 Bagi kesalahan serius pihak sekolah akan meminta nasihat dan merujuk kepada pegawai perhubungan sekolah (polis) bagi tujuan penyelesaian masalah. 4.3.11 Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang dirancang. Antara program yang boleh digunapakai: i. Program Sekolah Penyayang ii. Program Kebersihan dan Keceriaan Kelas dan Sekolah iii. Program Sambutan Majlis-majlis Perayaan 4.3.12 Memastikan semua murid mematuhi dan mengamalkan peraturan- peraturan sekolah serta SOP yang telah ditetapkan. 4.3.13 Membantu murid dalam masalah disiplin supaya menjadi insan yang dihargai oleh semua guru dan kakitangan sekolah. 4.4 Ponteng Sekolah. 4.4.1 Bagi murid yang ponteng kelas dan ponteng sekolah secara berkala tindakan akan diambil seperti berikut: a) Surat Amaran Pertama Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk murid yang tidak datang ke sekolah selama tiga (3) hari berturut-turut atau pada hari kesepuluh (10) murid tidak hadir bukan secara berturut-turut tanpa surat. b) Surat Amaran Kedua Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar jika murid tidak datang ke sekolah tujuh (7) hari berturut-turut selepas Surat Amaran Pertama. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar juga sekiranya telah ditandai (O) sebanyak 20 hari bukan secara berturut-turut. c) Surat Amaran Ketiga Surat Amaran Ketiga atau Terakhir hendaklah dihantar sekiranya tiada apa-apa komunikasi tujuh (7) hari selepas Surat Amaran Kedua. Sila hantar surat tersebut juga untuk murid yang telah ditandai (O) sebanyak 40 hari bukan secara berturut-turut. 10
d) Buang Sekolah Selepas tempoh empat belas (14) hari ponteng sekolah daripada tarikh penghantaran Surat Amaran Terakhir bagi hari tidak hadir berturut- turut atau selepas dua puluh (20) hari ditandai (O) bagi hari tidak hadir bukan berturut-turut, murid boleh dibuang sekolah. Surat untuk tujuan memberitahu ibu bapa/penjaga bahawa murid telah dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar. Murid tidak boleh diterima semula selepas itu tanpa merujukkannya kepada Guru Besar. 4.4.2 Penghantaran surat-surat adalah seperti jadual berikut: Surat Hari Tidak Hadir (P) Berturut-turut Hari Tidak Hadir (P) Bukan Berturut-turut Amaran Pertama pada hari ke-3 pada hari ke-10 Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari lagi selepas Amaran Pertama Amaran Ketiga 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari lagi selepas Amaran Kedua Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Terakhir 20 hari lagi selepas Amaran Terakhir Jumlah Hari Tidak Hadir 31 hari berturut-turut 60 hari bukan berturut-turut 4.4.3 Surat Amaran Pertama, Kedua dan Ketiga diisi dan dibuat satu salinan untuk simpanan ke dalam Fail Kehadiran Murid dan ditandatangani oleh: i. Surat Amaran Pertama ditandatangani oleh GPK HEM ii. Surat Amaran Kedua ditandatangani oleh GPK HEM iii. Surat Amaran Ketiga ditandatangani oleh GPK HEM iv. Surat Buang Sekolah ditandatangani oleh Guru Besar. 4.4.4 Ibu bapa atau penjaga kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah, perlu memaklumkan atau menulis surat kepada pihak sekolah (guru kelas) atau menelefon ke sekolah untuk memaklumkan sebab tidak hadir. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari berturut-turut akan dicatat sebagai ponteng sekolah. 4.5 Perlaksanaan Program Kesihatan 4.5.1 Sekolah akan memastikan tahap kesihatan murid sentiasa baik melalui program-program yang dirancang seperti: i. Pemeriksaan Gigi dan Mata ii. Pemeriksaan Kesihatan iii. Program RMT dan makanan seimbang di kantin sekolah iv. Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan v. Ceramah dan Kempen vi. Suntikan vii. Sambutan Bulan Kecergasan anjuran panitia PJK 11
4.5.2 Memastikan perlaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) menepati sasaran dan matlamat perlaksanaannya seperti berikut: i. Bilangan murid yang terlibat. ii. Pemilihan murid yang tepat. iii. Penyediaan menu yang berkhasiat. iv. Pemilihan dan pemantauan menu yang disediakan oleh penyedia makanan. v. Memantau kebersihan dalam penyediaan menu RMT mengikut kriteria yang ditetapkan. 4.5.3 Memastikan murid menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah seperti berikut: i. Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera. ii. Berinteraksi dengan kawan-kawan dengan menggunakan bahasa yang baik dan sopan. iii. Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya. iv. Mendapatkan maklumat atau bahan-bahan dari pusat sumber atau pusat akses. 4.5.4 Pengurusan kantin (menumpang kantin SK Teruntum). . 4.5.5 Mewujudkan tabiat sayang dan sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut: i. Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas. ii. Gotong-royong. iii Mengutip sampah dan memasukkan ke dalam tong sampah secara spontan bila ianya dijumpai. Iv Tidak membuang sampah merata-rata. 4.5.6 Ibu bapa atau penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat semasa berada di sekolah. 4.5.7 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan ibu bapa untuk mendapatkan kebenaran menghantar murid pihak hospital/klinik, bagi kes-kes kecemasan bertujuan menyelamatkan nyawa pelajar. 4.5.8 Pihak sekolah akan berusaha membantu murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit jantung berlubang, kanser, rabun dan penyakit kronik lain. 4.5.9 Memastikan murid di sekolah ini mengamalkan “BUDAYA HIDUP SIHAT”. 12
4.6 Pelaksanaan Program Kebajikan Murid. 4.6.1 Semua bentuk bantuan dan kebajikan murid adalah berdasarkan data dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). 4.6.2 Antara bantuan yang layak diperolehi oleh murid adalah seperti: i. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT); ii. Rancangan Makanan Tambahan (RMT); iii. Program Susu Sekolah (PSS); iv. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) v. Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 4.6.3 Murid-murid yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah. 4.6.4 Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan apa jua bentuk bantuan dan sumbangan kepada murid di sekolah ini. 4.6.5 Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi murid yang bermasalah demi menjaga maruah murid berkenaan. 4.6.6 Semua guru terutama guru kelas mesti sentiasa peka terhadap kemurungan, reaksi tidak normal murid bagi mengesan masalah serius yang mungkin dihadapi oleh murid. 4.7 Pelaksanaan Sesi Kaunseling dan Motivasi 4.7.1 Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa diberikan kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut: i. Sesi kaunseling Individu. ii. Sesi kaunseling Berkelompok. iii. Kem Jati Diri. iv. Ziarah Cakna ke rumah murid yang bermasalah oleh Pentadbir dan Guru B&K. 13
4.8 Pelaksanaan Program 3K dan PPDa. 4.8.1 Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kebersihan, kesihatan dan keselamatan dengan menerapkan kepada murid dan komuniti setempat. 4.8.2 Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat sekolah dan luar sekolah bagi mencapai matlamat bersama. 4.8.3 Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah seperti: i. Program Kesedaran dan Kepimpinan Bebas Dadah – Ceramah Anti Dadah. ii. Pertandingan Melukis Poster. iii. Kuiz Mingguan 3K. v. Pameran Kesihatan dan Anti Merokok. vi. Gotong Royong Perdana dan Menanam Pokok. vii. Program Kitar Semula. viii. Pemeriksaan Kesihatan Guru-Guru dan Staf Sokongan. 4.8.4 Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti kebakaran melalui Latihan Kecemasan. 4.8.5 Mengadakan sesi ceramah dan pameran dari pihak-pihak tertentu seperti AADK, Pejabat Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam dan PDRM berkaitan perkara berikut: i. Keselamatan jalan raya. ii. Jenayah juvana. iii. Pertolongan cemas. iv. Penyalahgunaan dadah dan inhalan 4.10.1 Program diatur setiap kali sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti: i. Awal Muharram. ii. Ihya Ramadhan. iii. Maulidur Rasul. iv. Israk dan Mikraj. v. Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. 4.10.2 Program sambutan hari istimewa seperti: i. Hari Bapa. ii. Hari Ibu. iii. Hari Guru. iv. Hari Jalinan Kasih. v. Sambutan Hari Lahir Guru dan Murid 5.1 Guru Kelas perlu melantik Jawatankuasa Kelas yang terdiri daripada: 5.1.1 Seorang Ketua Kelas 5.1.2 Seorang Penolong Ketua Kelas 5.1.3 Seorang Bendahari 5.1.4 AJK Keceriaan dan Kebersihan Kelas 4.10 Program Kerohanian dan Pembangunan Insan (KPI) 5 PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS (TUGAS GURU KELAS) 14
5.2 Guru Kelas hendaklah menyelaras penyediaan perkara-perkara berikut: 5.2.1 Carta Organisasi Kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas 5.2.2 Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan kelas 5.2.3 Jadual Bertugas - ditampal pada papan kenyataan kelas 5.2.4 Senarai Nama - ditampal pada papan kenyataan kelas 5.2.5 Pelan Kecemasan - ditampal di pintu hadapan i Misi & Visi Sekolah - ditampal pada papan kenyataan kelas ii Moto Sekolah - ditampal pada papan kenyataan kelas iii Artikel Berinformasi dan Isu - ditampal pada papan bulletin Isu Semasa iv. Bahan-bahan Pembelajaran - ditampal pada papan infomasi Sudut Bacaan vi. Alatan seperti pemadam papan putih, bakul sampah. - diletakan di tempat sesuai vii. Pas Keluar Kelas (2 set) - disediakan oleh Unit Disiplin& Pengawas 5.1 Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan tulis (kanan/atas) atau di tempat yang mudah dilihat. 5.2 Guru Kelas dengan dibantu oleh Ketua Kelas hendaklah memastikan semua kerusi dan meja murid mencukupi. Perabot yang rosak atau tidak sesuai digunakan hendaklah dimaklumkan kepada pengurusan sekolah (Unit Perabot) untuk diambil tindakan. 5.3 Kebersihan Kelas i AJK Kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. ii. Setiap guru yang masuk ke kelas mestilah memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum keluar dari kelas berkenaan. iii. AJK Kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampah di dalam laci meja murid dan di dalam bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari. 15
iv. Sebelum meninggalkan kelas, semua murid hendaklah memastikan kerusi dan meja dalam keadaan kemas dan teratur. vi Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas dimatikan sebelum meninggalkan kelas. vii Ketua Kelas hendaklah memastikan pintu kelas ditutup. 5.4 Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Kelas untuk melaporkan kepada Guru Kelas jika hilang atau rosak. 5.5 Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut: i Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan selamat digunakan. ii Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada pihak pentadbir. iii Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas menjalankan tugas. 5.6 Pengajaran dan pembelajaran bercirikan Pembelajaran Abad Ke-21. 16
1. UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING Objektif : Menyediakan perkhidmatan dari segi akademik , psikososial , kesejahteraan mental, kerjaya, keibubapaan, dan pembangunan murid kepada semua murid. 2. UNIT PPDa Objektif : Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah. 3. UNIT SEKOLAH PENYAYANG Objektif : Memupuk dan menarik minat murid untuk hadir ke sekolah setiap hari. 4. UNIT DISIPLIN & PEMIMPIN MUDA SEKOLAH Objektif : Mengurangkan jumlah kes-kes salah laku murid. 5. UNIT KEBERSIHAN DAN KECERIAAN Objektif : Mewujudkan persekitaran yang bersih, ceria dan konduksif. 6. UNIT KESELAMATAN DAN KECEMASAN Objektif : Mewujudkan kesedaran dalam kalangan murid-murid dan warga sekolah tentang aspek keselamatan diri dan harta benda sekolah. 7. UNIT KESIHATAN DAN RAWATAN Objektif : Mengawal pembiakan aedes dan memberi rawatan sementara. 17
8. UNIT BANTUAN DAN KEBAJIKAN MURID Objektif : Mengenal pasti murid yang layak, menerima bantuan berpandukan Data Pengurusan Murid. 9. UNIT RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) & PROGRAM SUSU SEKOLAH Objektif : Memastikan murid-murid yang layak sahaja menerima bantuan RMT dan Program Susu Sekolah. 10. UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS Objektif : Menyelaraskan hal-hal pengeluaran, pengambilan dan hapuskira buku teks. 11. UNIT DATA MURID (APDM & SSDM) Objektif : Memastikan data murid sentiasa dikemaskini. 12. UNIT RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) Objektif : Melaksanakan program dan aktiviti berdasarkan lima kegiatan dan ditetapkan iaitu: - Program Kecemerlangan akademik - Sukan dan Permainan - Perayan dan Perhimpunan - Perkhemahan dan Lawatan - Khidmat Masyarakat 13. UNIT BENCANA Objektif : Memberi pengetahuan mengenai bencana banjir dan tindakan yang patut di ambil oleh warga sekolah. 18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
BIDANG TUGAS UNIT-UNIT HAL EHWAL MURID JAWATANKUASA DISIPLIN DAN PEMIMPIN MUDA SEKOLAH 1. Mengadakan mesyuarat dan minit mesyuarat berkenaan 2. Meningkatkan mutu disiplin di kalangan murid dengan menguatkuasakan peraturan sekolah. 3. Merancang dan melaksanakan program / aktiviti yang bertujuan meningkatkan tahap disiplin murid. 4. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin murid. 5. Menyelesaikan masalah ketidakakuran disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh pengawas. 6. Mengurus kawalan disiplin dalam semua majlis sekolah. 7. Mewujudkan sistem rekod disiplin dan sistem pemantauan yang berkesan. 8. Menerima laporan pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya. 9. Menentukan bahawa tindakan diambil terhadap murid-murid yang melanggar peraturan sekolah. Jika perlu kes-kes tertentu mestilah dibawa kepada tindakan kaunselor, PK HEM atau terus kepada Guru Besar. 10. Mengurus surat mesyuarat yang bersangkutan dengan tugas-tugas di atas termasuk memaklumkan kepada penjaga tentang tindakan disiplin yang dikenakan terhadap anak mereka. 11. Menjalankan rondaan (dengan bantuan guru bertugas harian) untuk mengesan murid yang ponteng dan melanggar disiplin sekolah. 12. Mencatat semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin / buku kaporan disiplin. 13. Menyediakan dan membekalkan data serta maklumat disiplin kepada kementerian pelajaran/jabatan pelajaran/ PPD. (SSDM) 14. Merancang program dan kerja-kerja pengawas dan ketua kelas sepanjang tahun. 15. Mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pengawas dan ketua kelas dari semasa ke semasa. 16. Mengawasi kewibawaan pengawas-pengawas pada pandangan murid-murid termasuk prestasi akademik mereka. 17. Merancang dan menguruskan temuduga pemilihan pengawas akhir tahun dan majlis perlantikan pengawas & ketua kelas pada awal tahun. 18. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan. Menyediakan laporan Tahunan 19. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa 33
Jawatankuasa 3K JAWATANKUASA KEBERSIHAN & KECERIAAN 1 Bertanggungjawab merancang pelan tindakan pengurusan kebersihan sekolah. 2. Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan kebersihan murid. 3. Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan serta penilaian kebersihan murid dan sekolah secara berkala. 4. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan/komuniti program kebersihan dan keceriaan. 5. Merancang, melaksana dan memantau program/ aktiviti untuk mengekal dan meningkatkan tahap persekitaran sekolah yang bersih dan ceria. 6. Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup bersih dan sihat. 7. Menyedia dan membuat laporan berkala. 8. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan. 9. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa JAWATANKUASA KESELAMATAN & KECEMASAN 1. Bertanggungjawab merancang pelan tindakan pengurusan keselamatan sekolah. 2. Melaksanakan pemantauan, penilaian dan pemeriksaan keselamatan murid dan sekolah. 3. Mewujudkan pasukan bertindak menghadapi sebarang krisis/ bencana. 4. Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan keselamatan sekolah dipatuhi oleh syarikat kawalan keselamatan sekolah. 5. Menentukan semua polisi, manual dan tatacara keselamatan mengikut piawaian yang ditentukan oleh badan-badan profesional yang berkaitan dengan keselamatan. 6. Menyediakan pelan kebakaran sekolah di sudut tertentu dan kelas. 7. Membuat latihan kebakaran sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 8. Mengadakan ceramah/taklimat/pameran/demotrasi dengan kerjasama agensi yang berkaitan. 9. Menyediakan laporan secara berkala. 10. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan. 11. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa 34
JAWATANKUASA KESIHATAN & RAWATAN 1. Bertanggungjawab merancang pelan tindakan program pembangunan kesihatan murid. 2. Melaksanakan dasar kesihatan yang berkaitan dengan pengurusan kesihatan murid di sekolah. 3. Membuat pemantauan pelaksanaan pendidikan kesihatan murid dan program kesihatan sekolah. 4. Menyediakan pelan kontingensi kebersihan untuk menengani kes-kes seperti jerebu, keracunan makanan, jangkitan kudis buta dan lain-lain. 5. Mewujudkan pasukan petugas khas menghadapi krisis jika perlu. 6. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program kesihatan. 7. Menyedia dan membuat laporan berkala. 8. Mengurus dan memastikan peti ubat disediakan dan lengkap. 9. Mengumpul dan mengurus kad kesihatan dengan kerjasama guru kelas. 10. Bertanggungjawab mengurus pemeriksaan kesihatan / gigi oleh Jabatan Kesihatan. 11. Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti ceramah, pameran, derma darah dan lain-lain yang sesuai. 12. Mengurus murid-murid yang memerlukan rawatan di hospital. 13. Menyediakan laporan bulanan dan tahunan analisis kesihatan murid. 14. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan. 15. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa JAWATANKUASA KANTIN 1. Memastikan kebersihan kantin sentiasa terjaga dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. 2. Memastikan pihak kantin sentiasa mematuhi garis panduan pengendalian kantin. 3. Memantau kebersihan, kepelbagaian menu dan mutu masakan. 4. Memastikan perkhidmatan kantin mesra, cekap dan memuaskan pelanggan. 5. Mengambil tindakan segera dan proaktif bagi mengatasi semua kelemahan yang dapat dikesan. 6. Menyediakan laporan harian dan bulanan ke pihak terbabit/PK HEM. 7. Menceriakan kantin dengan lebih konduksif. 8. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan. 9. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa. 35
JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) 1. Mengurus fail bilik SBPT sentiasa dikemaskini dan teratur. 2. Mengedar dan memungut semula borang-borang SPBT 3. Memesan buku –buku teks 4. Menerima buku-buku daripada pembekal, menyemak dan merekod ke dalam buku stok. 5. Memproses buku-buku yang diterima. 6. Memberi pinjaman buku-buku teks kepada murid. 7. Memungut kembali buku-buku teks daripada murid. 8. Melakukan aktiviti pemeriksaan buku-buku teks dari semasa ke semasa. 9. Memilih dan melantik Pengawas SPBT/Bilik BOSS. 10.Melapor sebarang keperluan buku teks. 11. Mengurus pelupusan buku teks. 12 Mengemaskini maklumat dan menyedia laporan ke pihak berkenaan. 13.Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan. 14. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa JAWATANKUASA RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) 1. Merancang program dan aktiviti berdasarkan lima kegiatan dan ditetapkan iaitu: 1.1. Program Kecemerlangan akademik 1.2. Sukan dan Permainan 1.3. Perayan dan Perhimpunan 1.4. Perkhemahan dan Lawatan 1.5. Khidmat Masyarakat 2. Sentiasa merujuk kepada instrument pada Lampiran 9a setiap setiap kali merancang program RIMUP sekolah 3. Setiap program yang dirancang hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya dua kali setahun dan dipilih dari mana-mana kegiatan yang telah ditetapkan dalam Buku Panduan RIMUP. 4. Bertanggungjawab menyediakan laporan dua kali setahun berdasarkan format Laporan Peringkat kelompok dan Sekolah (Lampiran 12a dalam Buku Panduan RIMUP) untuk dihantar ke PPD dan JPN. 5. Bertanggungjawab menyediakan laporan bagi setiap program yang dilaksanakan. 6. Berbincang dengan GPK HEM sekiranya ada sebarang masalah berhubung dengan Program RIMUP sekolah. 36
JAWATANKUASA BIMBINGAN KAUNSELING & MOTIVASI 1. Menasihati / membimbing murid yang bermasalah. 2. Merekod murid yang bermasalah. 3. Mempamerkan carta unit bimbingan dan kaunseling 4. Membuat laporan murid bermasalah untuk tindakan susulan. 5. Merancang dan melaksana program motivasi dan ceramah khas dari luar dan peringkat sekolah. 6. Merancang, mengurus dan melaksana Program Guru Penyayang 7. Mengurus dan melaksana Program Pencegahan Dadah dan Jenayah. 8. Menyedia dan mengemaskini fail dan bilik kaunseling yang lengkap dan sesuai. memaksimumkan penggunaannya. 9. Mengambil tindakan segera dan proaktif bagi mengatasi semua masalah yang dapat dikesan. 10. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan. 11. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa JAWATANKUASA DATA MURID 1. Mengurus kemasukan murid baharu. 2. Mendaftarkan murid baharu ke dalam buku daftar masuk dan buku rekod keluar sekolah. 3. Menentukan penerimaan kad kemajuan dan fail peribadi dari sekolah terdahulu. 4. Memastikan penerimaan kelulusan bagi pelajar yang memohon bertukar dari sekolah ini. 5. Mengemaskini dan menyediakan maklumat /data terkini setiap hujung bulan (sebelum 5hb). 6. Memaklumkan kepada PK HEM sebarang perubahan data/maklumat murid. 7. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan. 8. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa. 37
JAWATANKUASA KEBAJIKAN & BANTUAN 1. Memantau perancangan, pelaksanaan dan pelaporan semua unit bantuan dan kebajikan murid. 2. Membentuk tabung kebajikan murid dan Tabung kilat/kecemasan. 3. Menguruskan hal ehwal derma dari luar. 4. Mengenalpasti murid yang memerlukan bantuan dan menguruskan kebajikan mereka. 5. Mengenalpasti dan mengurus murid-murid yang layak mendapat bantuan biasiswa, KWAMP, derma dan bantuan peralatan / pakaian. Menyimpan rekod dan menganalisis prestasi akademik / sahsiah mereka untuk tujuan rujukan dan penyambungan bantuan. 6. Memastikan semua murid mempunyai pelan perlindungan insuran takaful. 7. Mengenalpasti murid yatim dan susah (miskin). 8. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit yang berkenaan. 9. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa JAWATANKUASA RMT/ MENU SUSU RMT 1. Pemilihan murid yang layak menerima RMT dan Program Susu Sekolah 2. Pemilihan pembekal makanan. 3. Penyeliaan dan pelaksanaan program RMT dan Susu Sekolah 4. Pastikan kebersihan dan keselamatan semasa makan. 5. Mengemaskinikan rekod dan penyediaan laporan. 6. Membanci murid yang patut menerima susu percuma. 7. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan. 8. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa. 38
39
40
41
42
43
44
DASAR 1 : PENDAFTARAN MURID 1.1 Setiap maklumat pelajar akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran dan ke dalam APDM. 1.2 Setiap pelajar akan di tempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik. 1.3 Takwim pendaftaran murid Tahun 1; 1.3.1 Pendaftaran sepanjang bulan Mac - 1 Mac hingga 30 April 1.3.2 Pemberitahuan kelulusan permohonan - hujung bulan Julai 1.3.3 Pengesahan pendaftaran Ibu bapa - sepanjang bulan Ogos 1.3.4 Pendaftaran murid dan taklimat ibu bapa- akhir Disember/awal Januari DASAR 2 : PELANTIKAN PENGAWAS 2.1 Watikah pelantikan dijalankanpada awal tahun. 2.2 Pemilihan pengawas sekolah, dibuat berdasarkan temubual yang dijalankan oleh lembaga pengawas. 2.3 Penentuan pengawas, Ketua dan Penolong Pengawas dibuat oleh Lembaga Disiplin Sekolah. 2.4 Ibu bapa diberitahu tentang pemilihan pada hujung tahun untuk persediaan pakaian murid. 2.5 Pengawas yang baru dilantik akan diberi tempoh percubaan selama sebulan. DASAR-DASAR HEM 45
DASAR 3 : PENGURUSAN DISIPLIN 3.1 Setiap murid mesti mempunyai Buku Peraturan Sekolah dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. 3.2 Mempunyai Lembaga disiplin yang terdiri daripada Guru Besar dan Semua Penolong Kanan serta guru-guru yang menjadi AJK Disiplin. 3.3 Semua masalah disiplin direkod dan dilaporkan ke PPD. 3.4 Pelajar yang sering melanggar peraturan sekolah, akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin. 3.5 Ibu bapa dipanggil hadir bagi membincangkan masalah disiplin anak untuk yang serius atau berulang melebihi 4 kali. 3.6 Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat Dan Bimbingan” dalam menangani permasalahan disiplin pelajar. 3.7 Ibu bapa atau penjaga kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah, perlu memaklumkan atau menulis surat kepada pihak sekolah. 3.8 Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari berturutturut dikira ponteng sekolah. DASAR 4 : KEBAJIKAN 4.1 Murid-murid yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui Bimbingan dan kaunseling di peringkat sekolah. 4.2 Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi murid yang bermasalah demi menjaga maruah murid tersebut. 4.3 Memastikan murid yang layak mendapat bantuan diberikan bantuan berikut;RMT,PSS dan KWAPM(Kelayakan mengikut garis panduan KPM). 4.4 SPBT (semua murid layak menerima mulai tahun 2008 kecuali murid bukan warganegara). 4.5 Pemilihan berdasarkan maklumat APDM dan diputuskan oleh AJK Kebajikan. 4.6 RMT dijalankan waktu rehat dan susu diberi waktu rehat juga. 4.7 Bekalan makanan RMT disediakan oleh Pengusaha Kantin bagi memastikan tahap kebersihan dan mutu makanan mudah dipantau. 4.8 AJK memantau penyediaan makanan dan menyelia murid makan semasa waktu rehat. SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT THOMAS 46
[Document title] DASAR 5 : KESELAMATAN ( SEKOLAH SELAMAT) 5.1 Keselamatan semua murid sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah pada waktu persekolahan. 5.2 Mengambil dan mencatat suhu badan murid sebelum memasuki perkarangan sekolah. 5.3 Murid yang menghadapi gejala seperti selesema, batuk dan demam tidak dibenarkan memasuki sekolah . 5.4 Ibu bapa atau penjaga, yang ingin membawa murid pulang awal atau kurang sihat perlu menulis butiran murid di dalam Buku Kebenaran Keluar yang diletakkan di pejabat. 5.5 Alat pemadam api disediakan di tempat-tempat strategik. 5.6 Alat pemadam api diselia dan diganti jika perlu. 5.7 Latihan kebakaran dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. DASAR 6 : KESIHATAN 6.1 Sekolah akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui program- program yang dirancang seperti : • Pemeriksaan Gigi dan Mata sekali setahun • Pemeriksaan Kesihatan bagi Tahun 1 dan Tahun 6 • Program RMT • Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan • Ceramah dan Kempen 6.2 Mendapatkan maklumat tahap kesihatan murid daripada ibu bapa / penjaga. 6.3 Penjaga akan dihubungi sekiranya murid didapati tidak sihat semasa berada di sekolah 6.4 Pihak sekolah akan berusaha membantu murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan. 47