The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAHIMMAH BINTI AHMAD KPM-Guru, 2023-02-15 18:27:39

RPS BUKU 2

RPS BUKU 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Rancangan Pemajuan Sekolah 51 ❖ MEWUJUDKAN IKLIM PEMBELAJARAN POSITIF 1. Melindungi waktu PdPc • Mengurangkan serta mengatasi gangguan instruksional. • Menyediakan program guru ganti bagi melindungi waktu instruksional. • Memastikan kaedah strategik yang disediakan dijalankan dengan berkesan bagi melindungi waktu instruksional. 2. Membudayakan perkembangan professional • Mengenalpasti ‘trait’ guru yang berkesan. • Melaksanakan program perkembangan profesional. • Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru baru dan guru ganti dalam menjalankan tugas mereka. • Menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan staf sokongan. • Mengadakan kursus / latihan untuk personal. • Mewujudkan hubungan dua hala untuk sekolah dan ibu bapa / masyarakat. • Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukan. • Melibatkan secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion perguruan. • Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D). • Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu. • Menghadiri kursus, seminar dan bengkel. • Menghasilkan artikel bidang ikhtisas dan pengurusan. 3. Mengekalkan ketampakan (Visibility) • Hadir dapat dilihat dan didekati serta didampingi. • Kehadiran dapat menyelesaikan masalah yang ada. • Kehadiran dirasai walaupun ia tiada. 4. Menyediakan ganjaran kepada guru • Pemberian ganjaran dengan tepat dan berkesan. • Mengenalpasti bentuk ganjaran kepada guru. 5. Penguatkuasaan Standard Akademik • Memastikan peruntukan waktu setiap mata pelajaran mematuhi Akta Pendidikan 1996. • Memastikan guru mematuhi sukatan mata pelajaran yang diajar dan disempurnakan. • Memastikan guru mematuhi masa PdPc.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Rancangan Pemajuan Sekolah 52 • Memastikan ‘head count’ dibuat dengan telus mengikut proses yang betul sebagaimana yang diwar-warkan. • Memastikan setiap guru mempunyai standard pengajaran yang tinggi. • Memastikan kutipan data / maklumat pencapaian pelajar. • Memilih buku teks, bahan Pusat Sumber dan buku bacaan. • Merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan penilaian dan peperiksaan serta mencadangkan tindakan susulan. • Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan. 6. Menyediakan insentif kepada pelajar • Mengenalpasti dan menyediakan insentif dan ganjaran mengikut keperluan semasa pelajar. • Mengenalpasti pelajar-pelajar yang perlu diberi perhatian ❖ PETIKAN DARI PERINTAH-PERINTAH AM 1. ASAS PENGURUSAN SEKOLAH i. Guru dan staf sokongan hendaklah membaca, memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Objektif Kementerian Pendidikan. ii. Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Misi dan Visi Sekolah. iii. Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Misi, Visi, Matlamat dan objektif sekolah. iv. Bertekad dan beriltizam melaksanakan Piagam Pelanggan sekolah. v. Penekanan terhadap disiplin akan menjadi agenda utama dalam usaha mencapai kecemerlangan sekolah. Sehubungan itu semua guru adalah perlu bertindak sebagai guru disiplin. vi. Dalam usaha membantu pembentukan sahsiah terpuji, semua guru boleh memberi sumbangan dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling. 2. KEDATANGAN i. Jadual waktu persekolahan / jadual kerja mesti dipatuhi seperti ditetapkan. ii. Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu persekolahan dan merakam waktu semasa sampai dan sebelum balik sekolah.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Rancangan Pemajuan Sekolah 53 iii. Guru hendaklah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin, sekiranya tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah. iv. Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan kecemasan. v. Waktu bekerja semua staf sokongan mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa. 3. KELUAR WAKTU BERTUGAS i. Pada waktu persekolahan / kerja guru dan staf sokongan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Kementerian Pendidikan Malaysia / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran Guru Besar / Penolong Kanan ( jika guru besar tiada di sekolah ). ii. Guru dan staf sokongan dikehendaki mencatat pergerakan keluar dalam buku / borang yang disediakan di pejabat dan mendapat tandatangan guru besar / penolong kanan. iii. Kerja bertulis hendaklah disediakan untuk murid sebelum meninggalkan sekolah. iv. Guru dan Staf sokongan hendaklah merakam waktu semasa keluar dan masuk semula sendiri. Tidak boleh merakam waktu untuk orang lain. 4. CUTI i. Cuti Penggal / Cuti Rehat ➢ Berdasar Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A (30) bertarikh 24 Disember 1993, guru-guru layak mendapat cuti penggal sekolah untuk mengganti cuti rehat. Akan tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Ketua Jabatan tidak melebihi separuh dari jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain tugas mengajar biasa. ii. Cuti Rehat Khas ( CRK ) ➢ Mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Pendidikan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005 dan Surat JPA.SARAAN(S)63/51/ 8Jld.2(11) bertarikh 17 Februari 2015. Kerajaan telah menaikkan kadar Cuti Rehat Khas kepada Pegawai Perhidmatan Pendidikan sepuluh (10) hari setahun.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Rancangan Pemajuan Sekolah 54 ➢ CRK yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpulkan bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang layak. ➢ Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan Guru Kontrak. ➢ Kelulusan diberikan oleh Guru Besar dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. ➢ Rujuk Perintahn Am 1 (ix) Bab C untuk lebih lanjut. iii. Cuti Sakit ➢ Pegawai yang menerima rawatan pesakit luar di hospital atau klinik swasta, Sijil Sakit dikeluarkan oleh doktor swasta boleh diterima jika tidak melebihi 15 hari setahun. ➢ Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di hospital atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima tidak melebihi 180 hari setahun. ➢ Jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan yang boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari dalam setahun, di mana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan dan selebihnya diluluskan oleh Ketua Setiausaha. iv. Cuti Keluar Negara ➢ Semua guru yang bercuti keluar Negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan borang permohonan selewat-lewatnya 5 minggu sebelum tarikh bercuti. v. Cuti Khas – Isteri bersalin ➢ Diberikan selama (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. ➢ Pengiraan bermula pada tarikh isteri bersalin atau hari berikutnya jika bersalin selepas waktu pejabat termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. ➢ Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Rancangan Pemajuan Sekolah 55 vi. Cuti Tanpa Rekod ➢ Kemudahan Cuti Tanpa Rekod dalam Perintah Am 42(a) Bab C diperluaskan aktivitinya kepada menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan, Mesyuarat Luar Biasa, Khemah Latihan Tahunan, Seminar dan aktiviti sukan anjuran pertubuhan Malaysia sahaja. ➢ Cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela. ➢ Mengambil peperiksaan ( pada hari peperiksaan sahaja ). vii. Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat ➢ Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai cuti tanpa rekod. ➢ Ahli keluarga yang diambil kira ialah suami atau isteri, ibu bapa kandung, ibu bapa mertua, anak kandung anak angkat yang sah disegi undang-undang. ➢ Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan cuti kelepasan am. ➢ Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. viii. Cuti Tanpa Gaji ➢ Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. ➢ Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya. ➢ Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari. ➢ Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun. ➢ Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Rancangan Pemajuan Sekolah 56 5. ETIKA PAKAIAN i. Guru hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan sesuai mengikut peraturan berpakaian yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. a. Hari Rabu: Uniform Kokurikulum b. Hari Khamis: Batik Malaysia ( guru & kakitangan ) c. Hari Jumaat: Baju Melayu lengkap bersamping ( lelaki digalakkan) d. Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa bertugas atau menghadiri majlis rasmi sekolah atau luar sekolah. e. Ketika mengajar Pendidikan Jasmani dan Sukan, guru-guru dikehendaki memakai seluar panjang yang sesuai, kemeja T berkolar / baju sukan dan kasut getah / kasut sukan. PAKAIAN YANG DIBENARKAN (WANITA) Kebaya labuh dan longgar Baju kurung 2-piece suit ( skirt labuh ) 3-piece suit ( skirt labuh ) 2-piece pant suit 3-piece pant suit


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Rancangan Pemajuan Sekolah 57 Pakaian tradisional mengikut kaum PAKAIAN YANG DIBENARKAN (LELAKI) Seluar panjang dengan Baju Melayu Cekak Musang Baju Melayu Teluk Belanga baju kemeja berlengan bersamping lengkap (Johor) bersamping lengkap panjang dan bertali leher PAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN Cara berpakaian yang tidak dibenarkan dalam waktu bekerja: Berpakaian seolah-olah hendak menghadiri pesta atau ke tempat perkelahan. Pakaian yang mencolok mata. ’Jeans’ atau ’slacks’. Seluar pendek. Pakaian yang menutup muka. Kasut sukan dan selipar / sandal. Mewarnakan rambut. Skirt dan blaus ( kecuali hamil ). Seluar panjang dan blouse tanpa jaket (untuk wanita).


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Rancangan Pemajuan Sekolah 58 Seluar panjang dan Jubah / Abaya Skirt dan blaus Kebaya ketat, pendek, blaus tanpa jaket ( kecuali hamil ) jarang &terbelah Baju melayu ( tidak Baju kasual ( t-shirt , jeans ) Berkopiah/berketayap lengkap tanpa samping dan songkok ) 6. WAKTU REHAT GURU i. Guru-guru dibenarkan ke kantin sekolah untuk makan / minum pada waktu rehat sahaja jika kes-kes khas, sila guna waktu ‘free’. ii. Masa tidak mengajar bukanlah waktu rehat guru. Oleh itu guru-guru hendaklah menggunakan waktu tersebut untuk kerja-kerja pentadbiran dan lain-lain kerja yang sesuai dengan profesion perguruan seperti memeriksa buku murid, membuat perancangan mengajar, membuat alat bantu mengajar, membina bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk perisian kursus (soft copy dan hard copy) dan lain-lain perkara yang bermanfaat.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Rancangan Pemajuan Sekolah 59 7. PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN BILIK-BILIK KHAS i. Semua guru hendaklah memastikan peralatan ICT/KOMPUTER, papan kenyataan, sudut mata pelajaran, kerusi, meja, alat pemadam, papan tulis, kapur/alat tulis, bakul sampah, penyapu dan lain-lain peralatan termasuk lampu, kipas dan plag yang sepatutnya ada di bilik darjah/bilik khas mencukupi, bersih, berfungsi dan tersusun kemas. ii. Laporkan segera sekiranya terdapat sebarang kerosakan seperti lampu, kipas, tingkap atau lain-lain peralatan kepada Guru Besar secara bertulis. iii. Pastikan bilik darjah dan bilik-bilik khas sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan ceria sebelum dan selepas PdPc. iv. Papan kenyataan bilik darjah/bilik khas hendaklah diuruskan dengan baik. Maklumat seperti jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi dan lain-lain yang perlu ada. v. Pastikan suis lampu, kipas dan alat pendingin hawa ditutup selepas digunakan. vi. Semua guru hendaklah memastikan bilik darjah/bilik khas dikunci selepas tamat waktu persekolahan dan kunci bilik-bilik tersebut hendaklah diletakkan di pejabat sekolah. 8. FAIL / BUKU REKOD MENGAJAR i. Setiap guru mesti mempunyai buku rekod mengajar dan mesti dibawa bersama ke bilik darjah, bilik sains, bilik kemahiran hidup atau makmal komputer sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan. ii. Buku rekod mengajar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat guru, senarai tugas, jadual waktu kelas/persendirian yang telah disahkan, sukatan Pelajaran, Rancangan Tahunan, Rancangan Mingguan, Rancangan Harian, senarai nama murid serta markah pbd/pbs/ujian/peperiksaan murid dan lain-lain perkara yang berkaitan. iii. Persediaan mengajar hendaklah ditulis sehari lebih awal. Buku rekod mengajar hendaklah dihantar untuk semakan Guru Besar atau Penolong Kanan pada setiap hari Jumaat atau pada hari sebelumnya jika cuti umum jatuh pada hari Jumaat yang berkenaan sebelum jam 12.00 tengah hari. iv. Setiap guru hendaklah menulis refleksi setiap kali selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Rancangan Pemajuan Sekolah 60 9. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN i. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermula pada hari pertama sesi persekolahan. Setiap guru hendaklah masuk ke kelas mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. ii. Guru perlu memastikan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran mengikut DSKP terkini. iii. Pelbagaikan kaedah mengajar mengikut kebolehan murid dengan disokong oleh bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai (BBM, ABM dan BBM). iv. Semua guru hendaklah menggunakan peralatan dan perisian ICT yang terdapat di sekolah semaksimum yang mungkin. v. Beri latihan yang mencukupi dan bersesuaian kepada murid-murid setiap hari. vi. Latihan yang diberi kepada murid-murid perlu membuat pembetulan setiap kesalahan dalam latihan yang dibuat. 10. ELAKKAN MENGAJAR SAMBIL DUDUK i. Masa pengajaran dan pembelajaran hendaklah digunakan secara optimum dan berkualiti. iii. Guru yang masuk untuk ‘relief’ digalakkan mengajar subjek guru yang tidak hadir kecuali mata pelajaran Pendidikan Islam. 11. KAWALAN DISIPLIN MURID i. Semua guru adalah guru disiplin. ii. Teguran berhemah secara serta merta hendaklah dibuat kepada murid-murid yang melanggar peraturan sekolah. iii. Guru dilarang menggunakan kata-kata kesat semasa membuat teguran. iv. Sebarang bentuk tindakan disiplin terhadap murid-murid hendaklah mengikut peraturan dan garis panduan disiplin yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. v. Guru dilarang MEROTAN, MEMUKUL, MELEMPANG dan apa-apa juga bentuk tindakan atau penderaan yang boleh mendatangkan kecederaan pada tubuh murid-murid. Tindakan tatatertib akan diambil terhadap guru yang melanggar arahan ini.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Rancangan Pemajuan Sekolah 61 vi. Buat laporan kepada Guru Besar/Penolong Kanan HEM/Guru Disiplin serta merta jika terdapat murid-murid melakukan salah laku berat seperti bergaduh, biadap dengan guru, mencuri, peras ugut, membuli, merosakkan harta benda sekolah dan gangguan seksual. vii. Buat laporan kepada Guru Disiplin, PK HEM atau Guru Besar jika murid-murid melakukan salah laku ringan dan sederhana berulangkali seperti ponteng kelas, tidak membuat kerja rumah, ponteng sekolah, membuat bising, membuang sampah merata-rata. 12. AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH i. Guru-guru yang bertugas menghantar/membawa/melatih murid-murid di luar kawasan sekolah hendaklah mendapatkan surat kebenaran daripada ibu/bapa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. ii. Pastikan murid-murid sentiasa dalam pengawasan guru. iii. Pastikan kebajikan dan keselamatan murid-murid diutamakan. 13. PERHIMPUNAN i. Semua guru diwajibkan hadir dalam perhimpunan rasmi sekolah. Guru bertugas hendaklah memastikan semua persiapan yang sepatutnya telah disediakan sebelum perhimpunan bermula. ( Buku aturcara, pembesar suara berfungsi dengan baik ). 14. KESELAMATAN i. Laporkan segera kepada pihak pentadbiran jika ada peralatan yang rosak/ hilang yang boleh mendatangkan bahaya kepada murid dan warga sekolah. ii. Jangan tinggalkan kelas tanpa sebarang guru lain yang mengawasinya. iii. Guru bertugas dan Ketua Guru Disiplin hendaklah memastikan keselamatan murid-murid sewaktu datang dan balik sekolah. iv. Guru bertugas perlu berada di kantin semasa murid-murid rehat bagi tujuan mengawal disiplin murid. v. AJK Kantin perlu berada di kantin sekitar jam 9.00 pagi setiap hari untuk tujuan memantau kebersihan penyediaan makanan oleh Pengusaha Kantin. vi. Kunci bilik-bilik khas dan bilik darjah perlu diambil sendiri oleh guru dari pejabat dan direkodkan sewaktu mengambil dan memulangkannya.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Rancangan Pemajuan Sekolah 62 vii. Pastikan aset berharga seperti komputer riba dan projector LCD sentiasa disimpan ditempat yang selamat selepas menggunakannya. Catatan dibuat di Buku Log keluar masuk. viii. Sekiranya berlaku kehilangan akibat kecuaian pengurusan peralatan tersebut, tindakan tatatertib dan surcaj akan dikenakan terhadap guru atau kakitangan yang berkenaan. ix. Peraturan yang dikenakan oleh kerajaan berhubung dengan penggunaan dan kawalan harta benda awam/sekolah hendaklah sentiasa dipatuhi. x. Rahsia Kerajaan dan Rahsia Sekolah adalah tidak dibenarkan sama sekali disebarkan kepada orang lain/pihak lain/media. xi. Membuat kenyataan kepada akhbar atau media adalah dilarang sebagaimana di dalam perintah am kerajaan untuk kakitangan awam. xii. Jika terdapat sebarang berita/maklumat/hal-hal berkaitan dengan sekolah hendaklah segera dilaporkan kepada Guru Besar sebelum pihak-pihak tertentu mengetahuinya. 15. PEKELILING DAN PENGUMUMAN i. Sebarang kenyataan, pekeliling atau surat siaran kepada murid-murid, guruguru, kakitangan, ibu bapa atau orang awam hendaklah mendapat kebenaran, pengesahan dan tanda tangan daripada Guru Besar. ii. Sebarang petisyen, surat bantahan atau undangan kepada mana-mana pihak luar adalah dilarang. iii. Pekeliling, surat pekeliling, surat siaran, surat arahan dari KPM, JPNS, PPD dan sekolah hendaklah dibaca, difahami, diteliti, dihalusi, dihayati dan diambil tindakan sewajarnya. 16. TUGAS DAN PERJAWATAN i. Setiap guru adalah bertanggungjawab mengetahui, memahami dan menjalankan tugas yang ditetapkan dan yang dijangkakan dengan sempurna. ii. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan segala hal mengenai perjawatan mereka diselesaikan tanpa sebarang masalah. iii. Dokumen, fail, harta benda sekolah tidak dibenarkan dibawa keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau guru yang telah ditugaskan menjaganya.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Rancangan Pemajuan Sekolah 63 iv. Guru DILARANG memungut sebarang bayaran tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Pendaftar sekolah/Pengarah Pendidikan/Guru Besar. v. Setiap guru yang dipanggil untuk upacara rasmi sekolah termasuk mesyuarat guru, mesyuarat PIBG, LDP, sukan perkhemahan dan lain-lain acara tertentu sekolah hendaklah menghadirinya. vi. Setiap guru yang dipanggil untuk menghadiri upacara/mesyuarat oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Kementerian Pendidikan Malaysia wajib menghadirinya dan tidak boleh diwakilkan. vii. Sekiranya guru berkenaan tidak dapat hadir atau ada sebab yang munasabah dan dibenarkan, guru berkenaan hendaklah memberi kenyataan bertulis kepada Guru Besar. viii. Semua guru dan kakitangan sekolah sebagai kakitangan kerajaan adalah tertakluk kepada perintah kerajaan yang sedang berkuatkuasa. ix. Masalah disiplin guru yang terlibat dengan mahkamah, mahkamah Syariah atau syarikat kewangan akan dikenakan tindakan tatatertib sebagaimana peraturan yang sedang berkuatkuasa. 17. PEMBELIAN DAN PESANAN BARANG i. Pembelian barang hanya boleh dibuat oleh Guru Besar, PK, Ketua Panitia dan kakitangan yang telah diturunkan kuasa untuk membuat perolehan. Guru-guru dikehendaki memohon perolehan melalui Ketua Panitia masing-masing. ii. Semua urusan perolehan hendaklah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan Malaysia sebagaimana Arahan Perbendaharaan & buku tatacara pengurusan kewangan dan perakaunan kumpulan wang sekolah dan lain-lain arahan yang berkuatkuasa melalui Pekeliling Perbendaharaan/surat Pekeliling Perbendaharaan daripada JPNS, KPM dan Perbendaharaan Malaysia. iii. Sebarang pembelian yang tidak mengikut peraturan tidak akan diluluskan oleh Guru Besar dan adalah ditanggung oleh guru/kakitangan berkenaan. iv. Segala keperluan untuk PdPc hendaklah menggunakan Nota Minta dan kelulusan Guru Besar dan dihantar kepada KPT / PT (kew) selewat-lewatnya satu minggu lebih awal supaya pesanan dapat dilakukan. v. Ketua Panitia/guru yang bertanggungjawab adalah dikehendaki mengawal atau menjaga stok/inventori, mengemaskini buku stok/inventori dan menguruskan perakara yang berkaitan dengan aset tersebut dari segi keselamatan dan penggunaannya.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Rancangan Pemajuan Sekolah 64 18. KECEMASAN i. Apabila berlaku sebarang kecemasan di kawasan sekolah hendaklah segera memaklumkan kepada Guru Besar, PK atau wakil yang diturunkan kuasa dan tindakan sewajarnya hendaklah diambil. Sekiranya memerlukan perkhidmatan AMBULANS / BOMBA / POLIS sila telefon kecemasan 999.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 65


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 66 GARIS PANDUAN TADBIR URUS KURIKULUM SEKOLAH RENDAH (MyG) KETUA PANITIA RUJUKAN i. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bllangan 4/1986: Panitia Mata Pelalaran. ii. Surat Pekeliling ICT KPM Bilangan Tulion 2018 : Garis Panduan Tatacara Permohonan Kelulusan Teknikal Inisiatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Kementerian Pendidikan Malaysia. 1. Memperoleh sukatan pelajaran yang terbaharu atau kemas kini untuk kegunaan ahli-ahli panitia. 2. Menyediakan rancangan mengajar untuk setiap penggal dalam tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu kelas dan juga di antara kelas yang ada kaitan. 3. Memilih dan mencadangkan kepada PGB buku tambahan (jika diperlukan) untuk digunakan murid berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak standard kandungan dan standard pelajaran yang terdapat dalam DSKP dan tahap kebolehan murid. 4. Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah. 5. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan pentaksiran (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap kelas dan jika perlu menubuhkan bank soalan. 6. Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan murid dalam tiap-tiap peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahankelemahan pengajaran dan pembelajaran. 7. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara 'ad hoc' jika perlu, 8. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 67 9. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperoleh setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain. 10. Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. 11.Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan. 12. Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan murid yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu. 13. Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia. 14. Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan. 15. Mengurus Latihan Dalam Perkhidmatan untuk ahli-ahli panitia. 16.Memastikan semua ahli panitia mendapat maklumat terkini tentang masingmasing. 17.Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. PENYELARAS ICT LANTIKAN DALAMAN RUJUKAN i. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bllangan 3/2005 : Penyelaras Waktu Mengajar Bagi Guru Penyelaras Bestari Serta Guru Perpustakaan dan Media Sekolah. 1. Portfolio Penyelaras ICT Lantikan Dalaman (PICTLD (PR11)) diwujudkan di sekolah yang tidak mempunyai Pusat Akses yang diiktiraf oleh BSTP KPM bagi melaksanakan tugas Guru Penyelaras Bestari – HR08. 2. Tugas PICTLD (PR11) bukanlah sepenuh masa sebagaimana Guru Penyelaras Bestari – HR08 kerana fokus utama masih kepada tugas PdP. 3. Waktu mengajar PICTLD –PR11 boleh dikurangkan atas budi bicara PGB.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 68 4. Tugas yang dilaksankan ole PICTLD (PR11) oleh dirujuk pda tugas Guru Penelaras Bestari – H08. 5. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/ pentadbir dari semasa ke semasa. GURU PENYELARAS BESTARI RUJUKAN i. Surat Pekeliing Ikhtisas KPM Bilangan 3/2005 : Penyelaras Waktu mengajar bagi Guru Penyelaras Bestari serta Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah). ii. Modul Mengoptimum Peranan Guru Penyelaras Bestari dan Guru Penyelras ICT, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. iii. Kelulusan Teknikal Inisitif Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) KPM. TUGAS UTAMA (UMUM) 1. Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan antara 6 hingga 11 waktu seminggu bagi jadual 30 minit satu waktu. 2. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak sukatan pelajaran dan melaksanakan pentaksiran PdP dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. 3. Bertanggungjawab terhadap pembangunan sahsiah dan disiplin murid. 4. Menjadi guru penasihat kepada aktiviti kokurikulum. 5. PGB boleh melantik Guru Penyelaras Bestari memegang portfolio tanpa jawatan dan menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa sekiranya ada keperluan. 6. Guru-guru boleh ditugaskan secara bergilir mengawas kelakuan dan keselamatan murid apabila ada aktiviti di luar ekolah seperti di masjid, kompleks sukan, tempat-tempat lawatan dan sebagainya. 7. Melaksankan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/ pentadbir dari semasa ke semasa.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 69 GURU PENYELARAS BESTARI TUGAS UTAMA (KHUSUS) (A)PENGURUSAN ICT SEKOLAH 1. Merancang dan menyelaras program bimbingan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dengan kerjasama guru cemerlang di sekolah. 2. Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia mata pelajaran untuk menyediakan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah bagi tujuan pengintegrasian dalam PdP. 3. Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia mata pelajaran untuk menyelaraskan pembekalan perisian aplikasi pendidikn di sekolah berdasarkan keperluan bagi tujuan pengintegrasian dalam PdP. 4. Mengurus dan menyelaras dan menyediakan pengguna e-mel bagi warga sekolah untuk tujun PdP serta pengurusan pentadbiran sekolah. 5. Merancang, menyelaraskan dan mengurus dan menjadualkan penyelenggaraan (Corrective and preventive maintenance) kemudahan ICT dan perisian aplikasi pendidikan oleh juruteknik komputer serta menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul dari masa ke semasa. 6. Mengurus, memantau dan melaksanakan program bagi mempromosi penyaluran maklumat berkaitan integriti, etika penggunaan, isu-isu sosial dan keselamatan data yang berkaitan dengan teknologi di sekolah. 7. Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti Pembestarian Sekolah kepada pihak yang berkenaan. (B)KHIDMAT BANTU KEPAKARAN ICT SEKOLAH KEPADA B1- PENTADBIR, GURU DAN STAF B2- MURID


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 70 (C)PENGURUSAN PENARAFAN SEKOLAH MELALUI SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) 1. Mengurus, menyelaraskan dan melaksanakan penarafan SSQS di sekolah. 2. Menyediakan laporan keputusan pencapaian SSQS di sekolah kepada pihak yang berkenaan. 3. Merancang, mengurus dan melaksanakan program peningkatan budaya ICT di sekolah berdasarkan pencapaian keputusan SSQS semasa. GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA RUJUKAN i. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 3/2005 : Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyelaras Bestari serta Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah). ii. Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM 2017: Buku Panduan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Untuk Guru Perpustakaan dan Media (GPM). TUGAS UTAMA (UMUM) 1. Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan antara lapan (8) hingga sebelas (11) waktu seminggu bagi jadual 30 minit satu (1) waktu. 2. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak sukatan pelajaran dan melaksanakan pentaksiran PdP dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. 3. Bertanggungjawab terhadap pembangunan sahsiah dan disiplin murid. 4. Menjadi guru penasihat kepada aktiviti kokurikulum. 5. PGB boleh melantik Guru Perpustakaan dan Media memegang portfolio tanpa jawatan dan menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa sekiranya ada keperluan. 6. Guru-guru boleh ditugaskan secara bergilir mengawas kelakuan dan keselamatan murid apabila ada aktiviti di luar sekolah seperti di masjid, kompleks sukan, tempat-tempat lawatan dan sebagainya. 7. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB dari semasa ke semasa.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 71 TUGAS UTAMA (KHUSUS) 1. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah (PSS) bersama-sama PGB, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan murid sekolah. 2. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan PSS bersama AJK Kurikulum Sekolah. 3. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini. 4. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Literasi Maklumat, perkhidmatan dan aktiviti PSS yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. 5. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu. 6. Menghantar data dan laporan pelaksanaan program PSS dan program NILAM kepada BSTP melalui PPD dan JPN 6.1 Laporan Pusat Sumber Sekolah (Oktober)" 6.2 Program NILAM (Mei dan Oktober)* * mengikut arahan semasa 7. Merancang, melaksanakan dan menyelaraskan program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan PSS. 8. Merancang dan mengurus program promosi PSS. 9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber secara kolaboratif. 10.Berhubung dan bekerjasama dengan Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTPY PPD/Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program PSS. 11.Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah. 12.Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/Kerja PSS. 13.Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program PSS. 14.Melaksanakan tugas semakan stok dan Inventori peralatan PSS. 15.Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan/Pusat Sumber Sekolah Negeri. 16.Menjalankan penyelidikan/kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan PSS


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 72 17.Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan PSS. GURU DATA RUJUKAN i. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 7/2018: Pelantikan Guru Data di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia. TUGAS UTAMA (UMUM) 1. Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan tidak melebihi 8 jam seminggu iaitu 16 waktu bagi jdual 30 minit atau satu waktu. 2. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak sukatan pelajaran serta melaksanakan pentaksiran PdP dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. 3. Bertanggungjawab terhadap pembangunan sahsiah dan disiplin murid. 4. Menjadi guru penasihat kepada aktiviti kokurikulum. 5. PGB boleh melantik Guru Data memegang portfolio tanpa jawatan dan menganggotai jawatankuasa- jawatankuasa sekiranya ada keperluan. 6. Guru-guru boleh ditugaskan secara bergilir mengawas kelakuan dan keselamatan murid apabila ada aktiviti di luar sekolah seperti di masjid, kompleks sukan, tempat-tepat lawatan dan sebagainya. 7. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB dari semasa ke semasa. TUGAS UTAMA (KHUSUS) 1. Guru data bertanggungjawab membantu pihak pengurusan sekolah dalam aspek pengurusan data pada peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM. 2. Guru Data dikehendaki memperuntukkan tujuh jam seminggu untuk tugas pengurusan data sekolah. 3. Menjadi setiausaha kepada jawatankuasa pengurusan maklumat sekolah (JKPMS).


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 73 4. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang diarahkan oleh Bahagian KPM, JPN. PPD dan sekolah selaras dengan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). 5. Melaksankan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, pelaporan, pembekalan dan penyebaran data dan maklumat Modul Pegurusan Sekolah (MPS), mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah. 6. Membantu pengurusan data aplikasi Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Online. 7. Membantu pihak pengurusan sekolah menganalisis data dan maklumat peringkat sekolah bagi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025. 8. Memberi khitmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat peringkat sekolah. GURU KELAS RUJUKAN i. Buku Panduan bagi mengatasi masalah ponteng di sekolah – Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Sekolah. Unit Disiplin 1994. ii. Surat Pekeliling Bilangan 6 Tahun 1995: Menangani Masalah Ponteng di Sekolah. iii. Surat Pekeliling Bilangan 1 Tahun 2019: Panduan Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran Murid di Sekolah Kementerian Pedidikan Malaysia. iv. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 4 Tahun 2018: Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir Di Sekolah. 1. Merekod dan mengemaskinikan kehadiran serta butiran peribadi murid. 2. Memastikan murid membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor sekirannya mereka tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 74 3. Melaksanakan tindakan berikut bagi kes-kes ponteng sekolah seperti: a. Surat Amaran Pertama pada hari ketiga tidak hadir berturut-turut atau pada hari kesepuluh tidak hadir bukan berturut-turut. b. Surat Amaran Kedua pada tujuh hari selepas Amaran Pertama tidak hadir berturut-turut atau sepuluh hari selepasa Amaran Pertama tidak hadir bukan berturut-turut. c. Surat Amaran Terakhir ada tujuh hari selepas Amaran Kedua tidak hadir berturut-turut atau 20 hari selepas Amaran kedua tidak hadir bukan berturut-turut. d. Surat Buang Sekolah (bertandatangan PGB) secara berdaftar pada 14 hari selepas Surat Amaran Terakhir (60 hari) tidak hadir bukan berturutturut. 4. Memaklumkan kepada guru admin APDM sekolah untuk mengeluarkan nama murid dari sistem selepas Surat Buang Sekolah dikeluarkan. 5. Sekiranya murid tidak hadir selama 60 hari persekolahan, namanya dikeluarkan dari buku jadual kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujuk kepada PGB terlebih dahulu. 6. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan membantu mengurus pertukaran murid. 7. Mengurus pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada murid. 8. Membantu PGB dalam pengurusan pendidikan dan kebajikan, mengirim suratsurat jemputan kepada ibu bapa/ penjaga, sijil-sijil dan surat akuan. 9. Menyemak jadual waktu rasmi kelas masing-masing dan memaklumkan murid. 10.Bertanggungjawab terhadap disiplin murid dalam kelasnya dan menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan ksedaran sivik. 11.Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada GPK HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang dan masalah disiplin lain.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 75 12.Merekod dan mengemaskinikan butiran maklumat murid pindah masuk dan pindah keluar di dalam APDM dan Buku Daftar Kemasukan Murid/ sistem yang berkuat kuasa sekarang. 13.Menguruskan fail peribadi murid yang mengandungi dokumen berikut baharu jika ada pertukaran: a. Rekod Prestasi Murid b. Kad Rawatan Perkhidmatan Pergigian dan Rekod Kesihatan Murid. c. Buku Maklumat Kokurikulum dan PAJSK. d. Laporan SSDM dan Borang Laporan Psikometrik. 14.Mengisi borang pengesahan calon bagi kelas peperiksaan dan membantu menyusun kerusi meja. 15.Mengisi butiran semua ujian dan pentaksiran dengan lengkapnya dan dianalisis dalam SAPS melalui guru mata pelajaran. 16.Memastikan keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya. 17.Menyediakan senarai tugas bagi murid dalam kelasnya untuk tugas pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan. 18.Memastikan sudut info kelas ditampalkan dengan bahan ilmiah yang positif, membina dan terkini. 19.Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/ pentadbir dari semasa ke semasa. GURU PRASEKOLAH RUJUKAN i. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, 2018: Buku Garis Panduan Pengurusan Prasekolah. TUGAS UTAMA (UMUM) 1. Mengendalikan PdP yang ditetapkan antara 1080 minit hingga 1200 minit seminggu.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 76 2. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak sukatan pelajaran serta melaksanakan pentaksiran PdP dan mengambi tindakan susulan yang sewajarnya. 3. Bertanggungjawab terhadap pembangunan sahsiah dan disiplin murid. 4. Menjadi guru penasihat kepada aktiviti kokurikulum. 5. Guru-guru boleh ditugaskan secara bergilir mengawas kelakuan dan keselamatan murid apabila ada aktiviti di luar sekolah seperti di masjid, kompleks sukan, tempat-tepat lawatan dan sebagainya. 6. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB dari semasa ke semasa. TUGAS UTAMA (KHUSUS) 1. Merancang, mengurus, merekod dan melaporkan penilaian dan pentaksiran berdasarkan pekeliling kurikulum terkini yang sedang berkuat kuasa. 2. Merancang aktivii bimbingan dan asuhan. 3. Menimbul suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi merangsang bimbingan dan asuhan. 4. Mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah dalam kalangan murid prasekolah. 5. Merangsang dan meningkatkan motivasi murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar. 6. Memilih dan menyediakan bahan bantu megajar serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid prasekolah. 7. Mendampingi murid semasa menjalankan aktiviti harian di prasekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif. 8. Melaksanakan aktiviti kokurikulum. 9. Menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 77


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 78 BIDANG TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN 1) PERHIMPUNAN a. Semua guru bertugas mesti berada di tapak perhimpunan pada setiap hari b. Guru yang tidak bertugas digalakkan berada di tapak perhimpunan untuk bersama-sama mengikuti perhimpunan pagi. c. Menyelaras dan memastikan semua murid berada di tapak perhimpunan. d. Membantu menyediakan peralatan siaraya pada perhimpunan rasmi. e. Memastikan semua murid beratur di tapak perhimpunan selepas loceng dibunyikan. 2) MELAPOR DAN MEREKOD KEJADIAN SETIAP HARI a. Ucapan / Pengumuman dalam perhimpunan b. Aktiviti-aktiviti sekolah c. Mesyuarat/Taklimat d. Kemalangan e. Lawatan dari luar 3) MENYELIA DAN MELAPOR KEBERSIHAN a. Menjalankan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas b. Memeriksa kebersihan tandas murid lelaki dan perempuan. 4) MEMBANTU DAN MENGURUSKAN (dengan kerjasama guru kelas) a. Disiplin di sekolah b. kebajikan / keselamatan murid c. menghubungi / menghantar pulang / ke klinik murid yang cedera / sakit d. mengisi butir-butir berkaitan murid yang keluar dari kawasan sekolah e. kehilangan barang f. tugas-tugas khas atas arahan Guru Besar.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 79 5) MENGAWAL SUASANA a. Sepanjang waktu rehat murid b. Waktu pagi (hadir murid) c. Waktu petang (murid pulang) 6) MENULIS LAPORAN HARIAN DI DALAM BUKU/ FAIL LAPORAN


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 80 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA HEM Penyelaras Bidang Tugas : 1. Mengendalikan mesyuarat jawatankuasa masing-masing. 2. Melaporkan isu-isu berkaitan unit-unit di bawah jawatankuasa masingmasing semasa mesyuarat induk HEM. Setiausaha Bidang Tugas : 1. Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat jawatankuasa. 2. Membuat salinan minit mesyuarat jawatankuasa dan menyerahkannya kepada Ketua Unit atau Setiausaha unit di bawah jawatankuasa masing-masing. Unit Disiplin Murid dan SSDM Bidang Tugas : 1. Menyelaraskan tugas-tugas berkaitan Lembaga Disiplin Sekolah, Pengurusan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dan pengurusan peraturan sekolah. 2. Waktu mengajar boleh dikurangkan atas budi bicara PGB. 3. Membantu PGB menyelaraskan dan melaksanakan program yang diputuskan oleh Lembaga Disiplin Sekolah. 4. Memastikan penerapan dan penghayatan disiplin dan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah. 5. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi sepanjang masa kegiatan dijalankan sama ada di dalam atau di luar sekolah.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 81 6. Mangambil tindakan yang wajar dan adil untuk pihak-pihak yang terlibat seperti memberi nasihat, bimbingan ataupun merujuk kepada pihak yang lain. 7. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh PGB. 8. Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga dalam menangani masalah disiplin 9. Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat sekolah dalam kalangan murid dan guru. 10. Memantau semua kes disiplin melalui Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM). 11. Mengenal pasti murid-murid yang berisiko dari segi disiplin. 12. Menerima aduan dan memastikan kesahihan aduan. 13. Menjalankan siasatan rapi pada kes yang diadu. 14. Melaporkan isu atau insiden berdasarkan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid. 15. Menyediakan laporan disiplin secara berkala kepada PK HEM mengikut keperluan. 16. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. PENGURUSAN PENGAWAS 1. Melantik, melucut dan menyediakan garis panduan bidang tugas pengawas bagi memastikan peraturan sekolah dipatuhi. 2. Memastikan semua pengawas diberikan pendedahan dan mematuhi peraturan dan panduan disiplin sekolah. 3. Memastikan pengawas menghadiri mesyuarat agung, mesyuarat bulanan dan taklimat mingguan.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 82 4. Menyediakan jadual tugas pengawas. 5. Merancang dan melaksanakan Program Kepimpinan Pengawas. 6. Bersama-sama guru disiplin dan UBK untuk melaksanakan perancangan peningkatan sahsiah. Unit APDM Bidang Tugas: 1. Mengedarkan borang maklumat murid kepada semua murid melalui guru kelas. 2. Memastikan data murid dikemaskinikan berdasarkan borang maklumat murid yang telah diisi. 3. Memastikan guru kelas mengisi data murid tahun 1 yang terkini. 4. Menjalankan proses semakan ralat dan membuat salinan soft copy. 5. Membuat salinan untuk dimasukkan ke dalam fail untuk rujukan. 6. Memastikan guru-guru kelas sentiasa mengemaskini data APDM murid untuk pengurusan BKAP ( Bantuan Khas Awal Persekolahan), RMT, KWAPM dan sebagainya. Unit SPBT (A) PENGURUSAN AM 1. Berperanan sebagai Setiausaha dalam Jawatankuasa Pengurusan SPBT Sekolah 2. Mematuhi dan melaksanakan semua arahan berkaitan SPBT. 3. Menyenaraikan murid yang tidak layak menerima SPBT. 4. Melaporkan masalah berkaitan SPBT kepada GPK HEM/ GPK Pendidikan Khas untuk tindakan selanjutnya 5. Menyediakan peraturan dan takwim SPBT sekolah. 6. Melaksanakan pemeriksaan buku teks di tangan murid secara berkala. 7. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks dua kali, iaitu di awal dan akhir tahun. 8. Melaksanakan taklimat pengurusan SPBT kepada guru kelas.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 83 9. Pembahagian tugas pentadbiran a. buku stok (mengikut tingkatan). b. pengedaran/pengumpulan. c. buku rosak/hilang d. menubuhkan 'Pasukan Petugas' SPBT (murid). (B) PESANAN BUKU TEKS 1. Mengumpul dan merumuskan data enrolmen murid. 2. Menyediakan data pesanan buku teks SPBT sebelum pesanan dibuat. 3 Merujuk PGB dalam menentukan pembukaan/penutupan kelas dan penawaran mata pelajaran baharu sebelum membuat pesanan buku teks SPBT. 4. Menghadiri taklimat pesanan buku teks. 5. Mengisi pesanan buku teks di dalam Sistem Pengurusan Buku Teks (e-SPBT) dengan tepat. 6. Menyimpan semua dokumen yang berkaitan pesanan buku teks. (C) PENERIMAAN BUKU TEKS 1. Mencetak Penyata Bekalan Buku Teks (BTBTR460 dan BTBTB460) dan Laporan Buku Teks Lebih Kurang (BTLK) selepas menerima arahan daripada BSTP/JPN/PPD. 2. Menerima dan menyemak bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau dengan merujuk Penyata Bekalan Buku Teks. 3. Menandatangani Nota Serahan/Sijil Akuan Penerimaan (SAP)/Invois. 4 Mengurus penggantian buku teks SPBT yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh BSTP. 5. Memastikan buku teks SPBT yang diterima daripada penerbit atau pengedar dicap nama sekolah, dicatat tarikh penerimaan dan nombor perolehan pada ruangan yang disediakan.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 84 (D) PENGAGIHAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU TEKS 1. Menyelaraskan pengagihan pinjaman dan pemulangan buku teks SPBT untuk murid melalui penyelaras Tingkatan/Tahun atau guru kelas. 2. Menyelaraskan pengagihan pinjaman dan pemulangan buku teks SPBT untuk guru kepada ketua panitia. 3. Menyelaraskan dan menyemak pengisian Borang Rekod Pinjaman Buku Teks. 4. Mendapatkan borang dari murid yang baru masuk/bertukar sekolah. 5. Mengedarkan buku kepada murid yang baharu berpindah masuk (ika perlu) 6 Memastikan borang SPBT telah dihantar ke sekolah murid yang bertukar berpindah keluar. 7. Mengurus penggantian buku teks SPBT yang rosak/hilang. (E) PENGURUSAN REKOD DAN DOKUMEN 1. Menyelenggarakan fail yang kemaskini mengikut jenis. 2 Rekod buku stok yang kemaskini (mengikut kelas). 3. Senarai tugas guru pengedaran/pengumpulan. (F) PENGURUSAN BILIK OPERASI SPBT SEKOLAH (Boss) 1 Mengurus bilik SPBT. 2. Memastikan maklumat berkaitan SPBT tahun semasa dipamerkan iaitu a. Enrolmen murid. b. Carta organisasi SPBT sekolah. c. Carta organisasi Kelab SPBT. d. Takwim SPBT. e. Peraturan penjagaan buku teks SPBT f. Label pada rak - mengikut tahun/tingkatan dan judul. g. Membuat peraturan penggunaan bilik SPBT 3. Mengemaskinikan semua fail serta buku stok SPBT dari semasa ke semasa dengan kerjasama penyelaras tahun dan guru kelas. 4. Membuat pemeriksaan fizikal buku teks yang disimpan di bilik BOSS secara berkala.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 85 5. Mengurus pelupusan buku teks SPBT. 6. Merancang dan melaksanakan aktiviti baik pulih buku teks SPBT. 7. Memastikan buku teks di bilik BOSS tidak melebihi tiga (3) naskhah bagi setiap judul. (G) PENGURUSAN STOK DAN INVENTORI 1. Mengemaskinikan semua fail serta buku stok SPBT dari semasa ke semasa dengan kerjasama penyelaras tahun dan guru kelas. 2. Membuat pemeriksaan fizikal buku teks yang disimpan di bilik BOSS secara berkala. 3. Mengurus pelupusan buku teks SPBT. 4. Menyimpan invois dan Sijil Akuan Penerimaan (SAP). 5 Mengisi borang maklumat kekurangan/lebihan buku ke PPD. Unit Bantuan Pelajaran Murid Bidang Tugas : 1. Merancang dan mengadakan projek untuk mengisi Tabung Kebajikan. 2. Mengenal pasti murid-murid yang memerlukan bantuan kebajikan. 3. Menyediakan borang permohonan, mengumpul dan membuat keputusan melalui mesyuarat. 4. Mengeluarkan bantuan dalam bentuk wang, pakaian, peralatan dan lainlain. 5. Mengurus agihan derma dan bantuan dalam/luar dari semasa ke semasa. 6. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. BANTUAN KEWANGAN 1. Memilih dan memperakukan murid yang layak untuk bantuan berbentuk kewangan. 2. Menyediakan minit mesyuarat yang lengkap mengandungi maklumat bagi tujuan auditan dan pemantauan seperti berikut:


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 86 a. Senarai nama murid yang membuat permohonan. b. Senarai nama murid yang diperakukan oleh jawatankuasa. c. Senarai nama murid yang tidak diperakukan bersama justifikasi penolakan. 3. Menentukan bayaran bantuan kewangan sama ada dimasukkan ke akaun murid, wang tunai, cek atau pemberian dalam bentuk barangan. 4. Memastikan urusan terimaan dan bayaran dibuat mengikut Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah/Akaun Khas. 5. Melaporkan kepada Bahagian Kewangan, KPM sekiranya terdapat keraguan pada senarai penerima Data Sedia Ada (DSA) dan status Miskin/Miskin Tegar murid yang tersenarai dalam eKASIH dan Data Murid Orang Asal (DMOA). Unit RMT Bidang Tugas : 1. Memilih dan menyediakan senarai nama murid yang layak menerima bantuan berdasarkan permohonan melalui pengisian Borang Permohonan Bantuan Persekolahan KPM. 2. Menyediakan dokumen pelaksanaan program (kehadiran, rekod perkembangan fizikal, buku log dan sebagainya) dan laporan berhubung kualiti dan kuantiti makanan serta taraf kebersihan tempat penyediaan makanan seperti yang dinyatakan dalam buku panduan pengurusan program. 3 Membimbing pembekal makanan dalam kaedah penyediaan menu makanan yang ditentukan oleh pihak sekolah supaya menepati kualiti dan kuantiti yang ditetapkan. 4. Menyediakan Jadual Tugas Harian guru-guru. 5. Memantau dan memastikan agihan bantuan makanan murid mencukupi mengikut jumlah penerima. 6. Membuat laporan dan analisa mengikut garis panduan yang diberikan.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 87 Susu RMT 1. Pemilihan murid Susu RMT dengan bantuan guru-guru kelas dan guru Data berpandukan pendapatan penjaga dan bilangan adik beradik. 2. Pemilihan murid Susu RMT adalah berdasarkan murid RMT. 3. Menyediakan jadual tugas guru mengawasi murid minum susu. 4. Menerima susu dan mengikut tarikh yang telah ditetapkan di dalam jadual. 5. Penyimpanan bekalan susu adalah dibawah Pengusaha Kantin. 6. Memberitahu pembekal mengenai kejadian susu masam & luput tarikh. 7. Memastikan susu RMT diberi pada murid pada tarikh yang ditetapkan. Unit Kantin Bidang Tugas : 1. Bertanggungjawab dan bekerjasama dengan JK Pengurusan 3K (JR18) dalam mengurus hal-hal yang berkaitan dengan kebersihan, kesihatan dan keselamatan. 2. Bertanggungjawab memastikan kantin dan kawasan luarnya dalam keadaan bersih, tidak berbau, cantik, selesa, selamat dan sentiasa diurus. Sistem pembuangan sampah perlu diselia selalu. 3. Memastikan kemudahan-kemudahan di kantin seperti tempat membasuh tangan dan tong sampah serta lain-lain alat kelengkapan yang digunakan perlu ditinjau dari segi kebersihan, keselamatan dan kegunaannya dari semasa ke semasa. 4. Memastikan pihak kantin menyediakan makanan dan minuman halal mengikut menu dan harga seperti dalam surat perjanjian. Senarai makanan dan minuman serta harganya hendaklah dipamerkan. 5. Memastikan pengusaha kantin akur dengan pekeliling dan panduan Kementerian Kesihatan berkaitan dengan pengurusan kantin sekolah. 6. Memastikan pekerja kantin menjaga kebersihan dirinya dan mengelakkan amalan-amalan yang boleh yang menyebabkan kekotoran atau pencemaran bahan-bahan makanan dan minuman. 7. Memastikan makanan yang dijual di kantin mestilah bersih, bermutu,berzat, selamat untuk dimakan dan harganya berpatutan.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 88 8. Memastikan alat-alat ataupun perkakas-perkakas yang digunakan seperti pinggan mangkuk sentiasa dalam keadaan bersih. 9. Memastikan pengusaha/pengendali makanan memasak makanan di dalam kawasan sekolah. 10. Memastikan makanan bermasak yang disediakan tidak dimasak tidak melebihi empat (4) jam. 11. Mengadakan kempen kesedaran mengenai kebersihan makanan dan kebersihan premis makanan. 12. Bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan bagi usana-usaha peningkatan dan menggalakkan kebersihan dan kesihatan 13. Mengurus sebut harga dan Perjanjian Penyewaan dan Pengurusan Kantin Sekolah bagi memastikan kantin dapat beroperasi. Unit 3K TUGAS UTAMA JAWATANKUASA 3K 1. PGB dan GPK melakukan pemantauan, kawal selia dan pengesahan prestasi perkhidmatan kerja-kerja pembersihan dan keselamatan di sekolah. 2. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa 3K peringkat sekolah tiga (3) kali setahun (Januari, Jun dan September). 3. Merancang dan mengemaskinikan Program 3K peringkat sekolah. 4. Memastikan warga sekolah melaksanakan Program 3K. 5. Mendapatkan kerjasama daripada PIBG dan agensi berkaitan untuk menyokong pelaksanaan Program 3K. 6. Menyediakan laporan pelaksanaan Program 3K peringkat sekolah. 7. Laporan segera kes aduan mengikut tempoh 1:3:7 kepada PPD. (1 hari laporan awal, 3 hari laporan lengkap, 7 hari kes telah selesai dan diambil tindakan) 8. Mengumpul maklumat program 3K a. Penggredan Kendiri Kantin Sekolah (oleh Pengusaha Kantin). b. Senarai Semak Keselamatan Sekolah.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 89 KEBERSIHAN DAN KECERIAAN Bidang Tugas : 1. Memastikan iklim suasana sekolah yang menekankan aspek kebersihan pada setiap masa. 2. Memastikan panduan kebersihan bagi sekolah dipatuhi. 3. Melibatkan penyertaan semua warga sekolah dalam perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti peningkatan kebersihan sekolah. 4. Melaksanakan saranan dan cadangan yang terkandung dalam Buku Garis Panduan Amalan Kebersihan Sekolah. 5. Meningkatkan usaha dan menggunakan inisiatif serta kreativiti sendiri dalam memastikan sekolah dalam keadaan indah dan bersih sepanjang masa. 6. Mengamalkan tindakan positif dalam memupuk kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam diri warga sekolah supaya mereka dapat menjadikan amalan menjaga keindahan dan kebersihan sebagai cara hidup yang berkekalan. 7. Menangani masalah disiplin murid dengan mewujudkan persekitaran sosial sekolah yang dapat membantu perkembangan emosi, rohani dan sosial yang sihat. 8. Merancang cara meningkatkan keceriaan dan kebersihan persekitaran sekolah serta tandas di sekolah. 9. Menjadi pelaksana aktiviti gotong royong untuk keceriaan persekitaran sekolah. 10. Memastikan langkah-langkah pencegahan denggi dilaksanakan : a. Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pencegahan pembiakan nyamuk aedes ke arah menjadikan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas denggi. b. Memberikan garis panduan kepada guru bagi menyelaraskan aktiviti pendidikan pencegahan denggi dan peranan murid sebagai agen perubahan di sekolah, rumah dan masyarakat. c. Menyebarkan maklumat tentang bahaya nyamuk aedes dan demam denggi dalam pelbagai kaedah media. d. Melibatkan pihak luar seperti agensi kerajaan dan swasta dalam merancang serta melaksanakan program pencegahan denggi. e. Memantau dan melaporkan pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Denggi.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 90 f. Memantau, melaporkan dan merujuk kes-kes yang disyaki demam denggi kepada pihak berwajib. Kesihatan Bidang Tugas : 1. Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan dan dilengkapi. 2. Mengumpulkan dan mengurus kad kesihatan dengan kerjasama Guru Kelas / Penyelaras Tahun. 3. Membantu pegawai kesihatan mengurus pemeriksaan kesihatan gigi dan suntikan. 4. Membantu mengurus murid yang memerlukan rawatan awal. 5. Menyimpan minit-minit mesyuarat JK Pengurusan 3K (JR18). 6. Memastikan premis dan persekitaran sekolah, termasuk bilik darjah, tandas, asrama dan kantin sentiasa dalam keadaan bersih, selesa dan selamat supaya murid tidak dijangkiti penyakit. 7. Melaporkan semua kes penyakit berjangkit muntah, cirit-birit dalam kalangan murid dan kakitangan sekolah/kantin kepada Pejabat Kesihatan yang berhampiran dan tidak membenarkan murid yang disahkan menghidapi penyakit berjangkit hadir ke sekolah yang ditentukan oleh Pegawai Kesihatan yang bertauliah. 8. Menggalakkan murid-murid menjaga serta mengawal kebersihan diri dan kebersihan alam sekitar, seperti: a. membasuh tangan dengan air dan sabun selepas ke tandas. b. membasuh tangan sebelum menjamah makanan. c. menjaga kebersihan tandas. 9. Menitikberatkan aspek-aspek kesihatan diri, makanan dan pemakanan, kesihatan masyarakat dan sebagainya kepada murid-murid serta menegaskan kaitannya dengan penyakit berjangkit, terutama penyakitpenyakit yang merebak melalui makanan dan minuman. 10. Melarang murid-murid membeli makanan dan minuman dari penjaja di luar kawasan sekolah. 11. Menggalakkan penyertaan dan kerjasama ibu bapa, komuniti setempat serta agensi-agensi kesihatan dalam mewujudkan sekolah sihat.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 91 Program Tandas Bersih 1. Memastikan kebersihan dan keceriaan tandas murid dan guru dengan kerjasama pekerja sekolah. 2. Memastikan kawasan persekitaran sekolah bebas dari jentik-jentik dengan kerjasama pekerja sekolah dan Squad Denggi. 3. Menghantar laporan secara ‘online’ mengikut waktu yang ditetapkan. Keselamatan Bidang Tugas : 1. Melaporkan kepada GPK HEM sebarang masalah yang berkaitan risiko keselamatan untuk tindakan selanjutnya. 2. Menyediakan papan maklumat untuk memberitahu pelawat supaya mendapat kebenaran PGB sebelum berurusan di sekolah. 3. Mencadangkan lantikan pengawal lalu lintas sekolah kepada PGB. 4. Mendapatkan kerjasama pihak polis untuk mengawal keselamatan (jika perlu). 5. Merancang dan melaksanakan program keselamatan. 6. Mengadakan latihan mengosongkan bangunan sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun. 7. Memastikan pelan laluan keselamatan dan peraturan keselamatan bilikbilik khas ditampal di bilik darjah dan di dalam buku latihan murid. 8. Memastikan peralatan alat pemadam api berada di tempat sepatutnya serta memaklum pada pentadbir jika sudah menghampiri tarikh luput. 9. Meletakkan tanda amaran 'BAHAYA' di tempat-tempat yang berbahaya. 10. Merancang pergerakan lalu lintas dan tempat letak kenderaan pada masa majlis rasmi sekolah. 11. Menetapkan laluan tertentu untuk murid bagi mengelakkan kesesakan. 12. Melaporkan sebarang kerosakan suis, alat elektrik dan pendawaian kepada pentadbir. 13. Memaklumkan dengan segera kepada ibu bapa jika berlaku sekolah dicutikan kerana kecemasan, kebakaran dan bencana melalui platform komunikasi dan internet yang ada. 14. Mengisi Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah (SPKS).


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 92 KESELAMATAN DIRI MURID 1. Mendapatkan kerjasama dari pihak polis dan ibu bapa untuk membuat rondaan di kawasan-kawasan yang difikirkan berisiko dari segi keselamatan. 2. Memastikan kebersihkan semak samun kawasan, laluan dan jalan yang digunakan seharian oleh murid-murid supaya lebih terbuka dan selamat 3. Mempamerkan poster atau peraturan mengenai keselamatan bagi meningkatkan kepekaan dan kesedaran murid tentang pentingnya amalan dan sikap sentiasa berhati-hati dan berwaspada apabila dalam perjalanan pergi dan balik sekolah. 4. Menggalakkan murid agar sentiasa berkumpulan khususnya ketika pergi dan balik dari sekolah dan melarang murid-murid berseorangan khususnya ketika berada di tempat-tempat sunyi dan terselindung tanpa pengetahuan sesiapa 5. Menggunakan apa sahaja ruang, seperti perhimpunan mingguan,pemakluman oleh guru tingkatan, guru darjah dan warden asrama, mesyuarat staf, mesyuarat pengawas dan seumpamanya, bagi memperingatkan semua warga sekolah tentang pentingnya menjaga keselamatan dan kebajikan diri masing- masing. 6. Bekejasama dalam merancang aktiviti bersama-sama dengan Kelab Pencegahan Jenayah yang ditubuhkan di sekolah. KESELAMATAN BANGUNAN DAN PENCEGAHAN KEBAKARAN 1. Memastikan semua pendawaian di bangunan sekolah berfungsi dengan baiknya dan berada dalam keadaan selamat dengan merujuk kepada pihak JKR dan Pejabat Pendidikan Daerah/Jabatan Pendidikan Negeri. 2. Memohon kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk menggantikan pendawaian telah melebihi jangka masa piawaian pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). 3. Memastikan sistem dan alat pencegahan kebakaran seperti pili bomba, pemadam api (fire extinguisher), dan alat pencegah kebakaran automatik manual sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan. 4. Mengadakan ceramah dan pameran bomba. 5. Mengadakan aktiviti fire drill di sekolah dengan melibatkan semua murid, guru-guru, dan semua kakitangan sekolah.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 93 6. Mengadakan demonstrasi memadam kebakaran dengan menggunakai alat pemadam api (fire extinguisher). 7 Mengadakan hari/minggu pencegahan kebakaran di sekolah. 8. Menyediakan pelan keselamatan kebakaran di sekolah. Unit PPDa Bidang Tugas : 1. Menentukan warga sekolah didedahkan tentang Pendidikan Pencegahan Dadah. 2. Bekerjasama dengan komuniti setempat, agensi kerajaan dan NGO menangani penyalahgunaan dadah. 3. Menghadiri mesyuarat dan aktiviti/program dari pihak AADK. 4. Melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah berdasarkan 4 strategi iaitu: a. Pengurusan dan kepimpinan b. Kurikulum c. Kokurikulum d. Pembangunan Sahsiah 5. Melaksanakan program Penceganan, Pengesanan dan Intervensi di peringkat sekolah. 6. Mengadakan sudut, laluan atau bilik PPDa. Unit PPDe Bidang Tugas : 1. Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pencegahan pembiakan nyamuk Aedes ke arah menjadikan kawasan sekolan sebagai kawasan bebas denggi. 2. Menyebarluaskan garis panduan Pendidikan Pencegahan Denggi (PPDe) kepada warga sekolah bagi menyelaraskan aktviti pendidikan pencegahan denggi dan peranan murid sebagai agen perubahan di sekolah, rumah dan masyarakat. 3. Melibatkan pihak luar seperti agensi kerajaan dan swasta dalam merancang serta melaksanakan program pencegahan denggi. 4. Memantau dan melaporkan pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Denggi di sekolah.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 94 5. Memantau, melaporkan dan merujuk kes-kes yang disyaki demam denggi kepada pihak berwajib. Unit Guru Penyayang Bidang Tugas : 1. Merancang dan melaksanakan aktiviti amalan penyayang antara guru dan murid seperti aktiviti yang berikut : a. Mengalu-alukan kehadiran murid. b. Memberikan penghargaan kepada murid. c. Program mentor mentee. d. Ziarah Cakna. 2. Melaksanakan konsep penyayang sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. 3. Membuat analisis setiap bulan bagi menilai impak pelaksanaannya. 4. Melibatkan pihak luar seperti ibu bapa, komuniti dan masyarakat setempat. 5. Sentiasa menunjukkan penampilan yang kemas, ceria, berbudi bahasa, prihatin terhadap murid dan mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolan. Unit Kelab Pencegah Jenayah Bidang Tugas : 1. Merancang aktviti KPJ sepanjang tahun 2. Melantik ahli jawatankuasa KPJ 3. Menyediakan Kertas kerja & Laporan Aktiviti KPJ


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 95 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SK PAROI PENGENALAN Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah antara aspek utama untuk membantu pengurusan sekolah. Ini bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu untuk menghasilkan sekolah berkesan serta boleh mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan. Hal ini demikian kerana murid-murid merupakan aset negara masa depan. OBJEKTIF • Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketrampilan • Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas pengurusan Hal Ehwal Murid. • Sebagai dokumen bercetak tambahan bagi pengurusan Hal Ehwal Murid di sekolah • Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu meningkatkan keberhasilan sekolah dan kemenjadian murid MATLAMAT • Melahirkan murid yang seimbang dan harmonis, berbudaya positif serta mempunyai tahap disiplin dan sahsiah yang terpuji. • Meningkatkan tahap kesihatan, kebersihan, keceriaan, keselamatan dan amalan disiplin yang terpuji • Mempertingkatkan disiplin, kebajikan murid, dan penerapan nilainilai murni bagi melahirkan murid yang berakhlak mulia, berilmu dan berketerampilan.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 96 PENGURUSAN KELAS APDM a) Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan (Januari).Gunakan Borang Maklumat Murid yang telah diisi oleh penjaga untuk di isi maklumat ke dalam APDM. b) Guru Kelas hendaklah mengisi kedatangan murid dalam sistem APDM pada setiap hari persekolahan sebelum pukul 10.00 pagi. c) Guru mata pelajaran kedua perlu mencatatkan kehadiran murid ke dalam Whatsapp Rasmi Sekolah dan Guru Kelas / Pembantu Guru Kelas bertanggungjawab untuk masukkan kehadiran murid ke dalam sistem APDM. d) Setiap akhir bulan guru kelas perlu mencetak Analisa Kehadiran Murid dan serahkan kepada GPK HEM. e) Buku Kedatangan Murid bagi PRA Sekolah hendaklah ditandakan seperti simbol-simbol berikut: g) Isi maklumat yang diperlukan di dalam Buku Kedatangan Murid selewat- lewatnya akhir bulan Januari. h) Buku Kedatangan Murid bagi PRA Sekolah perlu dihantar ke pejabat setiap akhir bulan. BIL SIMBOL MAKSUD 1 / Murid hadir 2 O Tidak hadir tanpa sebab 3 S Tidak hadir kerana sakit (dengan dokumen sokongan) 4 K Bersebab yang telah diberi kebenaran oleh Guru Besar /Pengetua (dikira tidak hadir) 5 L Murid lewat ke sekolah (tanda dalam bulatan dan murid dikira hadir) 6 W Murid mewakili sekolah (tanda dalam bulatan dan murid dikira hadir) 7 G Murid digantung persekolahan (tanda dalam bulatan dan murid dikira tidak hadir)


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 97 MURID BUKAN WARGA NEGARA Bagi murid Bukan Warga Negara Yuran Warga Asing sebanyak RM24.50 bagi sekolah rendah setiap tahun wajib dibayar di Unit Akaun Jabatan Pelajaran terlebih dahulu sebelum didaftar sebagai murid sekolah. Resit bayaran mesti ditunjukkan kepada sekolah. Setiap murid bukan warganegara juga dikenakan bayaran tambahan mengikut arahan Pendaftar Sekolah. FAIL PERIBADI MURID • Semua murid yang berdaftar di sekolah wajib mempunyai fail peribadi sendiri. • Nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Kelas hendaklah ditulis pada helaian pertama fail. Setiap fail hendaklah dilekatkan gambar murid (ukuran pasport). • Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, keputusan peperiksaan dalaman disimpan dalam fail peribadi. Buku Rekod Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan akan disimpan di Bilik Kesihatan / Bilik Failing. • Fail peribadi hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan persekolahan atau bertukar sekolah. • Semua fail peribadi perlu disimpan dalam Bilik Failing. • Semua surat yang berkaitan dengan murid seperti sijil sakit, surat ibu bapa /penjaga bagi memaklumkan ketidakhadiran murid, salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung / buang sekolah yang dikeluarkan disimpan dalam fail peribadi. • Fail peribadi kelas akan disemak pada setiap awal tahun dan akhir tahun oleh guru kelas. MURID KELUAR / BERTUKAR / BERPINDAH • Guru Kelas Tahun 1 perlulah mengisi Buku Pendaftaran (Buku Besar) yang berada di pejabat.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 98 • Bagi pertukaran masuk ke SK Paroi, pihak pejabat yang akan mengisi maklumat murid ke dalam Buku Besar. • Bagi pertukaran keluar negara, GPK HEM perlu memastikan semuabuku teks telah dipulangkan dan senarai judul buku yang dipulangkan diserahkan kepada Guru SPBT untuk rekod dan tindakan lanjut. • Untuk pertukaran dalam negara, Guru Kelas merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah baru dan menyerahkan kepada Guru SPBT untuk rekod dan tindakan lanjut. • Semua fail yang berkaitan dengan murid perlu diserahkan kepada murid untuk rujukan pihak sekolah baru kecuali fail sulit akan dihantar ke sekolah baru. • Sijil Berhenti Sekolah hanya diberikan kepada murid Tahun 6. • Merujuk Dasar Pendidikan Wajib pihak sekolah tidak dibenarkan mengeluarkan sijil berhenti sekolah selagi murid itu berada dalam lingkungan umur pendidikan wajib. PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS a) Guru Kelas boleh melantik Jawatankuasa Kelas yang terdiri daripada: • Ketua Kelas • Penolong Ketua Kelas • Bendahari b) Guru Kelas hendaklah menyelaras penyediaan perkara berikut: • Carta Organisasi Kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas • Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan kelas • Jadual Tugas Kebersihan - ditampal pada papan kenyataan kelas. • Inventori Kelas - ditampal pada pintu masuk kelas • Misi & Visi Sekolah, Moto Sekolah, Maklumat Mata Pelajaran, Artikel Berinformasi & isu semasa hendaklah ditampal pada papan kenyataan kelas.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 99 • Alatan pembersihan seperti penyapu, pemadam papan hitam /papan putih, pengaut sampah, bakul sampah dan sebagainya hendaklah disediakan dan disimpan di tempat yang sesuai. • Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran hendaklah dipamerkan. • Sudut Bahan Bacaan hendaklah disediakan di tempat yang bersesuaian. • Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan tulis (kanan / atas) atau di tempat yang mudah dilihat. • Guru Kelas dengan dibantu oleh Pembantu Guru Kelas hendaklah memastikan semua kerusi dan meja mencukupi dan telah diberi nombor siri. Perabot yang telah rosak hendaklah diganti dan dibawa turun untuk disimpan di dalam stor peralatan sekolah. PENGURUSAN DISIPLIN Ponteng Sekolah a) Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang maklumat diberikan oleh ibu/bapa/penjaga b) Guru Kelas hendaklah menghilangkan tanda ( / ). Kemudian, nyatakan sebab ketidakhadiran di dalam sistem APDM. c) Jadual penghantaran surat kes ponteng sekolah adalah seperti berikut: Tindakan Ponteng Berterusan Ponteng Berkala/ Tidak Berterusan Amaran I 3 hari berturut-turut 10 hari Amaran II 7 hari selepas surat Amaran I 10 hari selepas Surat Amaran I Amaran III 7 hari selepas surat Amaran II 20 hari selepas Surat Amaran II Buang Sekolah 14 hari selepas surat Amaran III 20 hari selepas Surat Amaran III Jumlah Keseluruhan n 31 hari 60 hari


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 100 d) Guru Kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam SSDM Kata laluan semua guru : NBA4022 Password : NBA4022PPDS e) Rekod hantaran surat kepada ibubapa/penjaga (dalam fail kelas dan Fail SSDM). f) Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh guru besar. Buku Keberadaan Murid a) Semua Guru Kelas mesti memastikan kelas mereka mempunyai Buku Keberadaan Murid. b) Semua guru mata pelajaran mesti merekodkan kehadiran murid sebelum PDPC berjalan dan boleh juga mencatatkan masalah serta amalan baik murid dalam Buku Keberadaan Murid c) Guru kelas boleh bincangkan masalah murid semasa perjumpaan 3 penjuru bersama ibu/bapa/penjaga. Disiplin Murid a) Semua Guru Ialah Guru Disiplin. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa. b) Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu melakukan kesalahan disiplin. c) Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat kepada Guru Disiplin atau GPK HEM. d) Hukuman yang dikenakan mestilah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati. e) Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh menimbulkan prasangka kepada murid.


Click to View FlipBook Version