The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAHIMMAH BINTI AHMAD KPM-Guru, 2023-02-15 18:27:39

RPS BUKU 2

RPS BUKU 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 101 PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) a. Semua bentuk bantuan dan kebajikan murid mesti merujuk kepada data APDM yang sentiasa dikemaskini. • Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang mencukupi selewat-lewatnya hari pertama sesi baru persekolahan. • Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks • Guru Kelas mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut kemas dan ditulis nama. • Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh yang ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya. • Murid Bukan Warga Negara tidak layak menerima buku SPBT. Kebajikan Murid a. Guru Kelas hendaklah mengenalpasti maklumat berdasarkan APDM • Bilangan anak yatim di dalam kelas • Bilangan murid yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah • Semua bentuk bantuan dan kebajikan murid mesti merujuk kepada data APDM yang sentiasa dikemaskini. b. Guru kelas hendaklah memberi Borang Bersepadu (BP 1) pada semua murid untuk diisi oleh ibu bapa pada awal bulan Januari untuk pemilihan semua jenis bantuan. c. Guru kelas perlu memastikan murid-murid yang menerima mana-mana bantuan pada tahun semasa perlu di tanda tick ( /) pada ruangan yang disediakan. d. Guru kelas perlu mengingatkan ibu bapa bahawa butiran yang di isi di dalam borang PB 1 perlu lah lengkap dan betul .


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 102 e. Kecuaian mengisi maklumat dengan betul dan lengkap akan mengakibatkan permohonan bantuan ditolak. f. Guru Kelas hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada di kalangan muridnya yang mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya. g. Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan dan menyerahkan derma kepada murid berkenaan sekiranya berlaku kematian / bencana seperti kematian saudara terdekat (ibubapa) atau diri sendiri. KEBERSIHAN DAN KESIHATAN Rekod Kesihatan Murid a) Guru Kelas mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan. b) Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperolehi sewaktu murid berada di sekolah rendah lagi. Ia akan dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah. c) Jika Guru Kelas mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku tersebut, murid boleh mendapatkannya daripada PK HEM. d) Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan disertakan bersama Fail Peribadi murid berkenaan. Surat Rawatan Murid a) Murid boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah. b) Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau mana- mana Penolong Kanan. c) Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-mana hospital atau klinik kerajaan.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 103 Murid Sakit a) Guru Kelas mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid kelasnya yang sakit atau kurang sihat pada hari tersebut. b) Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, Guru Bertugas atau Guru Kelas boleh menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan untuk menjemputnya di sekolah. c) Guru Bertugas atau Guru Kelas tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang sendiri ke rumah walau pun rumahnya berhampiran dengan sekolah. d) Jika keadaan kesihatan murid serius atau berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, guru bertugas mestilah menghubungi ibu bapa / penjaga dan menghantar murid berkenaan ke klinik atau hospital terdekat samada menggunakan kenderaan sendiri, kenderan sekolah atau menghubungi ambulan. e) Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku Rekod Keluar Murid. Kantin Sekolah a) Guru Penyelaras Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha kantin mengamalkan kebersihan dalam penyediaan, penjualan dan menjaga seluruh kawasan kantin. b) Guru Penyelaras Kantin perlu membuat laporan harian dengan menyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN c) Guru Penyelaras Kantin perlu membuat laporan kepada GPK HEM atau pentadbir lain jika berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah. d) Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan para murid supaya mengamalkan pemakanan seimbang dan tidak menggalakkan murid membeli makanan daripada penjual di luar kawasan sekolah.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 104 e) Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian hendaklah berada di kantin bersama-sama pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat. f) Murid tidak dibenarkan membeli makanan / minuman di luar waktu rehat kecuali dengan kebenaran khas. g) Guru Penyelaras Kantin juga bertanggungjawab membuat laporan secara atas talian sebelum 5 haribulan setiap bulan. KESELAMATAN SEKOLAH a) Semua sekolah wajib melaksanakan Program 3K (Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan). b) Keselamatan murid sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah dari jam 6.30 pagi hingga tamat sesi persekolahan. c) Sekolah perlu memastikan semua murid memiliki insuran perlindungan kemalangan dan digalakkan membeli Skim Insuran Takaful. d) Setiap aktiviti yang dilaksanakan diluar kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran daripada pihak sekolah / Jabatan Pelajaran dan ibubapa / penjaga murid. Penglibatan murid dalam mana-mana aktiviti luar sekolah perlu diiringi oleh guru pada nisbah 10 orang murid dan seorang guru pengiring. Sekiranya terdapat seorang murid perempuan atau lebih dalam jumlah 10 orang murid berkenaan maka guru pengiringnya hendaklah seorang guru perempuan. e) Aspek-aspek keselamatan dan kebajikan murid wajib diberi keutamaan oleh semua pihak terutama semasa sebelum dan semasa selepas sesuatu program / aktiviti dilaksanakan. Latihan Kecemasan Kebakaran a) Sekolah mesti memastikan bahawa latihan kebakaran (fire drill) dijalankan 2 kali setahun.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 105 b) Sekolah mesti memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi. c) Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas / bilik khas dengan segera, tetapi secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Murid-murid khas atau OKU hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka. d) Guru-Guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain serta bekalan gas ditutup sebelum keluar. Polisi Keselamatan Sekolah a) Pihak sekolah perlu mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah iaitu: - i. Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah. ii. Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual. iii. Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum. b) Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamalkan setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah. Kenderaan Murid, Kakitangan dan Pelawat a) Guru, murid dan pelawat mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang telah dikhaskan dan tidak mengganggu laluanmasuk. b) Guru-guru diingatkan supaya berhati-hati memandu kenderaan mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan. Pondok Kawalan Keselamatan a) Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah. b) Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat dan Mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 106 JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN MENGIKUT JENIS KESALAHAN BIL . JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMAN 1. * Kesalahan Berat Rotan di punggung dengan dilapik pakaian dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3 kali sebatan) 2. ** Kesalahan Sederhana Rotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3 kali sebatan) 3. *** Kesalahan Ringan Diberi Amaran dan sesi kaunseling KESALAHAN BERAT 1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga. 2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah. 3. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau. 4. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan/mengkhayalkan. 5. Menyebabkan/melakukan pergaduhan atau kekerasan. 6. Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru/pengawas murid. 7. Biadab terhadap guru/pengawas/murid. 8. Memeras ugut guru/pengawas/murid. 9. Membawa/menggunakan senjata atau alat berbahaya. 10. Melakukan buli ((pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain. 11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan. 12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan. 13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau rakaman dan multimedia terlarang. 14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram. 15. Mencabul kehormatan guru/murid. 16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii. 17. Melacur/menjadi bohsia/bohjan/pondan. 18. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral. 19. Mengintai murid lelaki/perempuan.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 107 20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan. 21. Merosakkan harta benda sekolah/guru. 22. Membawa atau menggunakan bahan letupan. 23. Menulis/melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah. 24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh. 25. Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia. 26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu pengajaran dan pembelajaran/peperiksaan atau ujian. 27. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan masyarakat Malaysia. 28. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari selama 1 tahun sesi persekolahan. 30. Mengganggu/menjejaskan kuasa Guru Besar/Pengetua atau guru yang menjalankan tugas. 31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran. 32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah. 33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat. 34. Melakukan hubungan yang dicurigai. 35. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini. KESALAHAN SEDERHANA 1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali. 2. Menyalahgunakan/menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran. 3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran. 4. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian peperiksaan. 5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah. 6. Tidak menghormati lagu-lagu/bendera/jata sekolah, negeri dan kebangsaan. 7. Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/skin head atau berwarna. 8. Menconteng pada harta benda sekolah. 9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang berlebihan pada satu cuping telinga. 10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI HAL EHWAL MURID Rancangan Pemajuan Sekolah 108 KESALAHAN RINGAN 1. Menyimpan misai, janggut atau jambang. 2. Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu. 3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang. 4. Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran. 5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran. 6. Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran. 7. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran. 8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran. 9. Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal/bengkel/bilik khas. 10. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam. 11. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran. 12. Makan dan minum di bilik darjah. 13. Melakukan pembaziran air/elektrik. 14. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap. 15. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain). 16. Datang lewat ke sekolah. 17. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal. 18. Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain. 19. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah. 20. Berjalan-jalan tanpa kebenaran. 21. Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan. 22. Mengganggu kawasan. 23. Mengganggu guru. 24. Lewat masuk kelas. 25. Mengotorkan kelas. 26. Tidak duduk setempat.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KOKURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 110


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KOKURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 111 PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023 DASAR KOKURIKULUM KEBANGSAAN 1. Kegiatan KoKurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan “Kurikulum KoKurikulum ialah suatu program pendididkan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. SubPeraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97 2. Penyertaan murid dalam kegiatan Kokurikulum di sekolah adalah WAJIB Matlamat gerak kerja Kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan, persatuan atau kelab dan satu kegiatan seukan atau permainan. PERKARA 5.1 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 1/1985 KP 9BS08591/Jld.11(29) 3. Penyertaan SEMUA GURU sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam Pengurus, Penyelia dan mengelola kegiatan KoKurikulum di sekolah adalah WAJIB. ‘Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja Kokurikulum di sekolah” PERKARA 5.2 DALAM SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/1985. 4. ‘Kegiatan KoKurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah,


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KOKURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 112 mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari dalam bilik darjah. PERATURAN 2 DALAM PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM KEBANGSAAN 1997 5. Pelaksanaan kegiatan Kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi memfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 17/2000 BERTARIKH 16 NOVEMBER 2000


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KOKURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 113 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM 1. KEAHLIAN 1.1 Semua murid Tahun 4, 5, 6 2. KETETAPAN MASA DAN TEMPAT 2.1 Setiap hari Rabu 2.2 Masa: 1.30 petang – 3.30 petang (Badan Beruniform) 1.30 petang - 3.30 petang (Persatuan/Kelab) 3.30 petang – 4.30 petang (Sukan/Permainan) * Ikut keperluan semasa 2.3Tempat perjumpaan seperti berikut BIL UNIT BERUNIFORM BILIK TEMPAT 1. PENGAKAP TAHUN 4- 6 IBNU KHALDUN TAHUN 5- 6 IBNU ARABI TAHUN 6- 6 IBNU SINA 2. PANDU PUTERI TUNAS TAHUN 4- 3 IBNU KHALDUN TAHUN 5- 3 IBNU ARABI TAHUN 6- 3 IBNU SINA 3. TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH TAHUN 4- 2 IBNU KHALDUN TAHUN 5- 2 IBNU ARABI TAHUN 6- 2 IBNU SINA 4. PERSATUAN BULAN SABIT MERAH TAHUN 4- 5 IBNU KHALDUN TAHUN 5- 5 IBNU ARABI TAHUN 6- 5 IBNU SINA 5. PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA TAHUN 6- 1 IBNU SINA 6. TUNAS PERTAHANAN AWAM TAHUN 4 – 1 IBNU ARABI TAHUN 5 – 1 IBNU KHALDUN


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KOKURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 114 BIL UNIT BERUNIFORM BILIK TEMPAT 1. PERSATUAN BAHASA MELAYU 6 IBNU KHALDUN 6 IBNU ARABI 2. PERSATUAN BAHASA INGGERIS 2 IBNU KHALDUN 2 IBNU ARABI 3. PERSATUAN SAINS & MATEMATIK MAKMAL SAINS 4. PERSATUAN AGAMA ISLAM, BAHASA ARAB DAN KHAT JAWI 3 IBNU KHALDUN 3 IBNU ARABI 3 IBNU SINA 5. KELAB MUZIK DAN KEBUDAYAAN BILIK MUZIK 6. KELAB ICT BILIK ICT 7. KELAB RUKUN NEGARA 6 IBNU SINA BIL PERMAINAN BILIK TEMPAT 1. DODGEBALL 6 IBNU SINA 2. SEPAK TAKRAW 6 IBNU ARABI 3. BOLA JARING 6 IBNU KHALDUN 4. BOLA SEPAK 3 IBNU ARABI 5. BOLA TAMPAR 2 IBNU KHALDUN 6. PING PONG 2 IBNU SINA 7. CATUR 3 IBNU KHALDUN 2.4 Sebarang penangguhan atau perubahan akan dimaklumkan kepada semua guru dan murid dengan kadar segera.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KOKURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 115 PENGGUNAAN DEWAN BIL PERMAINAN PERJUMPAAN 1 BOLA SEPAK 7 10 13 16 19 22 2 DODGEBALL 8 11 14 17 20 23 3 RAGBI SENTUH 9 12 15 18 21 24 PENGGUNAAN TAPAK PERHIMPUNAN BI L PERMAINAN PERJUMPAAN 1 BOLA JARING 7 10 13 16 19 22 2 BOLA TAMPAR 8 11 14 17 20 23 3 SEPAK TAKRAW 9 12 15 18 21 24 3. PERANCANGAN STRATEGIK DAN RANCANGAN TAHUNAN 3.1 Semua Guru Penasihat dikehendaki MERANCANG DAN MENYEDIAKAN Perancangan Strategik dan menyerahkan kepada GPK KoKurikulum selewat-lewatnya pada akhir bulan April 2023.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KOKURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 116 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM 4. LAPORAN AKTIVITI 4.1 Semua aktiviti mingguan yang dijalankan MESTILAH dicatat dalam GOOGLE FORM yang disediakan. 4.2 Catatan dalam GOOGLE FORM hendaklah diisi oleh Setiausaha Kelab, Persatuan dan Unit beruniform dan dibantu oleh Ketua Guru Penasihat masing-masing. Perkara yang mesti diisi dalam google form: 4.2.1 Nama Persatuan/Kelab/Permainan/Badan Beruniform 4.2.2 Senarai nama ahli jawatankuasa kerja 4.2.3 Analisis data ahli mengikut kelas 4.2.4 Rekod kehadiran murid (manual) 4.2.5 Laporan Perjumpaan 4.2.6 Laporan Akhir Tahun 4.2.7 Impak 5. FAIL KELAB DAN PERSATUAN/UNIT UNIFORM/SUKAN DAN PERMAINAN 5.1 Borang Permohonan Penubuhan 5.2 Minit Mesyuarat Tahunan 5.3 Perlembangaan yang disahkan oleh GURU BESAR 5.4 Perancangan aktiviti Tahunan yang disahklan oleh GURU BESAR 5.5 Surat-surat Pekeliling yang berkaitan 5.6 Kertas Kerja Aktiviti/Program/Pertandingan/Perlawanan Persahabatan dll 5.7 Dokumen Pencapaian Cemerlang ahli-ahli 5.8 Daftar Penilaian bagi setiap ahli 5.9 Senarai Stok dan Inventori 5.10 Salinan Sijil dan Surat Penghargaan 5.11 Perancangan Strategik/Taktikal/Operasi 5.12 Surat Kebenaran Ibu bapa 5.13 Laporan Pertandingan/Program/Aktiviti dengan gambar berwarna


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KOKURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 117 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM 6. PENDAFTARAN AHLI a. Pengagihan dan pendaftaran ahli hendaklah dibuat sebaik ditetapkan oleh Jawatankuasa KoKurikulum pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama. b. Setiap Kelab Persatuan/Badan Beruniform/Sukan Permainan adalah dibenarkan mengutip yuran bagi melancarkan perjalanan aktiviti yang dirancang dan untuk Pendaftaran Ahli Peringkat Daerah khususnya. c. Jumlah adalah bergantung atas keperluan dan mestilah di bawah kawalan Guru Penasihat/Jurulatih/Guru Rumah Sukan dan dimaklumkan serta mendapat persetujuan dari GPK KoKurikulum. 7. KEHADIRAN AHLI a. Kehadiran Murid – (manual) b. Kehadiran Guru - (manual) c. Murid yang tidak hadir – SURAT AMARAN akan dikeluarkan jika ahli tidak hadir 2 kali berturut-turut tanpa sebab. d. Guru yang tidak hadir – Perlu dapatkan kebenaran daripada Guru Besar atau GPK KoKurikulum dengan melengkapkan BORANG KEBENARAN berserta DOKUMEN BUKTI. e. Surat Amaran akan dikeluarkan jika Guru Penasihat tidak hadir 2 kali berturutturut tanpa sebab. 8. KETETAPAN MASA a. Kehadiran guru hendaklah 5 minit lebih awal dari masa untuk mengawal keselamatan murid. b. Sebelum diadakan perjumpaan, SEMUA MURID DAN GURU berkumpul dahulu di Tapak Perhimpunan/Dewan Terbuka sebelum pergi ke tempat perjumpaan masing-masing. SEMUA GURU PENASIHAT hendaklah ada bersama ahli-ahli semasa perjumpaan. c. TIADA GURU yang berada di kantin/Bilik Guru atau tempat lain dari tempat yang sepatutnya kecuali dengan izin dan pengetahuan GPK Kokurikulum.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KOKURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 118 d. Penyelaras Kelab Persatuan dan Persatuan, Penyelaras Sukan Permainan, Penyelaras Badan Unit Beruniform serta Setiausaha KoKurikulum akan mengelolakan perjumpaan dan memantau pelajar ketika aktiviti dijalankan. 9. PAKAIAN a. Semua guru DIGALAKKAN dan pelajar WAJIB memakai pakaian unit uniform pada hari Rabu. b. Semasa perjumpaan Kelab dan Persatuan/Sukan dan Permainan, murid memakai baju T Sukan Sekolah dan seluar Trek berwarna biru gelap atau Hitam. c. Guru Penasihat memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti. 10. ALATAN a. Alatan yang diambil hendaklah direkodkan dalam BUKU LOG PINJAMAN dan dikawal oleh SETIAUSAHA SUKAN. b. Alatan yang diambil hendaklah disimpan semula dalam BILIK SUKAN oleh murid dengan pengawasan guru dan ditandatangani oleh peminjam dan disahkan oleh SETIAUSAHA SUKAN. c. Keselamatan alatan yang diambil adalah tanggungjawab PEMINJAM. Sebarang kerosakan akan ditanggung oleh PEMINJAM.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KOKURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 119 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM 11. SURAT KEBENARAN IBUBAPA 11.1 Kebenaran ibubapa WAJIB diperolehi sebelum membawa murid-murid keluar untuk sebarang pertandingan/lawatan/perkhemahan. 11.2 Sekiranya tidak mendapat kebenaran, murid berkenaan TIDAK DIBENARKAN mewakili sekolah walaupun murid berkenaan seorang yang berpotensi. 11.3 Setiap kali murid dibawa keluar, BORANG KEBENARAN ibu bapa hendaklah diisi dan ditandatangani oleh ibu bapa/penjaga dan bukannya diisi oleh murid berkenaan. 11.4 Borang kebenaran yang ASAL hendaklah diserahkan kepada GPK KoKurikulum dan SALINAN dibawa oleh guru pengiring. 11.5 Guru Pengiring juga hendaklah mengisi BORANG KEBENARAN membawa murid keluar dan diserahkan kepada GPK KoKurikulum bersama Surat Kebenaran murid yang asal. 12. KESELAMATAN MURID 12.1 Keselamatan murid di dalam dan di luar kawasan sekolah semasa kegiatan berlangsung adalah tanggungjawab semua GURU PENASIHAT. 12.2 SEMUA GURU PENASIHAT hendaklah sentiasa mengawasi murid-murid sepanjang kegiatan berlangsung. 12.3 Semua murid TIDAK DIBENARKAN melakukan sesuatu aktiviti secara bersendirian tanpa pengawasan semua guru penasihat. 13. LAPORAN PERTANDINGAN/PROGRAM/AKTIVITI DLL 13.1 Pengurus Pasukan atau Guru Pengiring hendaklah menghantar laporan selewatlewatnya SEMINGGU selepas pertandingan di dalam google form yang disediakan. 13.2 Sebarang tuntutan perbelanjaan sepanjang latihan dan pertandingan mesti ada KERTAS KERJA dan RESIT.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KOKURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 120 14. BUKU LOG/BUKU AKTIVITI MURID 14.1 Setiap murid wajib membeli dan membawa BUKU LOG masing-masing setiap kali perjumpaan dan merekodkan aktiviti ke dalam BUKU LOG. 14.2 Aktiviti yang dijalankan hendaklah selari dengan perancangan takwim mengikut Badan Beruniform, Sukan dan Permainan, Kelab dan Persatuan. 14.3 Semua Penasihat dikehendaki menyemak BUKU LOG dan memastikan murid mencatat maklumat/ilmu yang disampaikan.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KOKURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 121 PELAN TINDAKAN AKTIVITI KOKURIKULUM/AKTIVITI 1 MURID 1 SUKAN 2023/2024 BIL AKTIVITI/BULAN JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGO SEP OKT NOV DIS 1 PENTADBIRAN 1.1 Mesyuarat KoKurikulum/ Pembangunan Sukan Sekolah/ Majlis Sukan Sekolah X X X X 1.2 Pengagihan murid baru kepada kegiatan KoKurikulum/1M1 S X X X X X X X X X 1.3 Perancangan Aktiviti Tahunan 2023 Kelab Persatuan, Sukan Permainan, Badan Beruniform X X 1.2 Perancangan Strategik, Taktikal dan Operasi Kelab Persatuan, Sukan Permainan, Badan Uniform X X 1.5 Taklimat Sukaneka X X 1.6 Laporan Kegiatan KoKurikulum X X X X X X BIL AKTIVITI/BULAN JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGO SEP OKT NOV DIS 2 AKTIVITI LATIHAN 2.1 Mesyuarat Agung Rumah Sukan X 2.2 Mesyuarat Agung Kelab Persatuan X X 2.3 Mesyuarat Agung Badan Beruniform X X 2.4 Mesyuarat Agung Sukan dan Permainan X X 2.5 Aktiviti 1M1S Latihan Rumah Sukan & Sukaneka X X X X 2.6 Aktiviti 1M1S Sukan dan Permainan X X X X X X X X X 2.7 Latihan Pasukan Sekolah X X X X X X X X X 2.8 Perjumpaan mingguan Kelab Persatuan/Badan Uniform X X X X X X X X X


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KOKURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 122 PELAN TINDAKAN AKTIVITI KOKURIKULUM/AKTIVITI 1 MURID 1 SUKAN 2023/2024 BIL AKTIVITI/BULAN JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGO SEP OKT NOV DIS 3 AKTIVITI SEKOLAH/MAJL IS KHUSUS 3.1 Sukan Tahunan X 3.2 Merentas Desa X 3.5 Hari Sukan Negara X 3.6 Perkhemahan Unit Beruniform X 3.7 Hari Anugerah Kokurikulum X 3.8 PAJSK X X X X X X X X X X X X 3.9 Pertandingan Kawad kaki Unit Beruniform X 3.10 Pertandingan Permainan antara rumah sukan X 3.11 Kem Bestari Solat X X 3.12 Lawatan Sekolah X 3.13 Perkhemahan Perdana Unit Beruniform X FUNGSI JURULATIH SEKOLAH ➢ Membentuk pasukan sekolah yang berpotensi dan mantap ➢ Membimbing dan melatih peserta yang terpilih ➢ Pengurus Pasukan – mengurus pakaian, makanan, penyertaan, surat kebenaran dan membuat laporan pertandingan ➢ Mengawas dari segi sistem latihan dan kebajikan peserta sewaktu menyertai setiap pertandingan ➢ Berusaha meningkatkan prestasi pasukan pada semua peringkat pertandingan yang disertai


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KOKURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 123 SETIAUSAHA SUKAN ❖ Menyelaraskan dan menyelia aktiviti sukan sekolah dalam bidang olahraga dan sukan di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. ❖ Menyediakan takwim aktiviti sukan sekolah berdasarkan aktiviti MSSS Kebangsaan, Negeri, Daerah dan Zon. ❖ Menyelaraskan latihan rumah sukan. ❖ Menyelia klinik olahraga untuk guru dan para murid. ❖ Mengurus, mencatat dan merekod inventori peralatan dan kemudahan sukan sekolah. ❖ Mengurus bilik sukan dan mengemas kini stok peralatan sukan bersama ketua rumah sukan, pengurus dan jurulatih pasukan sekolah. ❖ Merancang dan menyelia sukan tahunan sekolah, hari merentas desa dan sukantara. ❖ Memastikan gelanggang sukan dan padang permainan mengikut ukuran yang betul serta mengurus persediaan dan penjagaan padang. ❖ Menyimpan rekod-rekod yang lengkap segala jenis perlawanan yang disertai oleh sekolah sama ada di peringkat zon, daerah, negeri, kebangsaan, persahabatan dan sebagainya. ❖ Mengandungi: a. Tarikh b. Jenis pertandingan/perlawanan c. Pasukan yang terlibat d. Tempat pertandingan e. Keputusan pertandingan/pencapaian pasukan. ❖ Membantu bersama ahli jawatankuasa sukan merangka aktiviti sukan selepas peperiksaan selesai dijalankan. ❖ Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KOKURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 124 PENYELARAS UNIT-UNIT KOKURIKULUM ❖ Mengatur dan menyelia perjalanan unit beruniform/kelab persatuan/sukan permainan. ❖ Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat. ❖ Menyelaraskan semua aktiviti unit beruniform/kelab persatuan/sukan permainan. ❖ Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk memasuki unit beruniform/kelab persatuan/sukan permainan. ❖ Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik. ❖ Memastikan perlembagaan dan minit mesyuarat agung seiap unit direkod serta difailkan. ❖ Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan. ❖ Mengurus buku/kad kokurikulum: a. Mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada semua murid. b. Mengutip kembali dari guru pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod di Bilik GPK Kokurikulum ❖ Menyediakan borang/buku/fail yang diperlukan untuk aktiviti: a. Borang memasuki unit-unit kokurikulum b. Borang senarai AJK dan ahli. c. Buku laporan/fail kegiatan d. Fail-fail yang diperlukan. ❖ Mengumpulkan perancangan aktiviti tahunan Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan,Sukan dan Permainan untuk rujukan, rekod dan edaran pada awal tahun. ❖ Mengumpulkan laporan tahunan dan buku/fail kegiatan untuk edaran, rujukan dan rekod. ❖ Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah. ❖ Melaksanakan pentaksiran kokurikulum. ❖ Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KOKURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 125 GURU PENASIHAT UNIT-UNIT KOKURIKULUM ❖ Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM di sekolah dan pekeliling yang berkaitan dengan kokurikulum. ❖ Memastikan mesyuarat agung diadakan bagi tujuan melantik ahli jawatankuasa dalam kalangan murid. ❖ Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disedia dan difailkan. ❖ Memastikan perlembagaan dan peraturan dipatuhi oleh ahli-ahli. ❖ Memastikan aktiviti selaras dengan visi, misi, objektif dan matlamat KPM. ❖ Merancang aktiviti tahunan dengan melibatkan kerjasama murid. ❖ Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan unit beruniform, kelab persatuan dan sukan permainan. ❖ Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat dalam dalam membangun potensi murid. ❖ Memastikan aktiviti yang dirancang berjalan mengikut jadual dan takwim yang ditetapkan. ❖ Menyemak dan mengesahkan kehadiran ahli. ❖ Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili. ❖ Memastikan undang-undang berkaitan unit kokurikulum dipatuhi. ❖ Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah, PPD/JPN. ❖ Mengurus penyertaan murid-murid dalam kegiatan di peringkat sekolah/kawasan/daerah/negeri dalam pertandingan, lawatan atau projek yang dijalankan.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KOKURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 126 FUNGSI GURU PENASIHAT BADAN BERUNIFORM ❖ Menggalakkan murid menjadi ahli Badan Beruniform ❖ Menggubal Perlembagaan dan Peraturan Badan Beruniform ❖ Menubuhkan AJK dan memastikan ia berfungsi ❖ Menyusun program aktiviti kelab bagi memastikannya berjalan mengikut jadual seperti yang dirancang. ❖ Menjaga kewangan dan harta benda badan. ❖ Mengadakan rekod stok ❖ Menyimpan fail-fail dan butiran kelab ❖ Memastikan Fail Laporan Aktiviti sentiasa dikemaskini dan dibuat tindakan. ❖ Menyerahkan satu salinan Program Aktiviti Tahunan kepada Setiausaha KoKurikulum dan GPK Kokurikulum ❖ Memastikan penyertaan pasukan dalam pertandingan dan menguruskannya. GURU PENASIHAT UNIT-UNIT KOKURIKULUM ❖ Mengurus pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar. ❖ Mengurus surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah. ❖ Melaporkan dan merekodkan keputusan pertandingan yang disertai dari semasa ke semasa. ❖ Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan. ❖ Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baiknya. ❖ Menentukan peralatan dan kemudahan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan. ❖ Mendaftarkan unit kokurikulum dengan pihak berkaitan (jika ada). ❖ Menyemai semangat kokurikulum dalam kalangan murid. ❖ Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkan pencapaian. ❖ Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri. ❖ Melaksanakan pentaksiran kokurikulum. ❖ Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KOKURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 127 FUNGSI GURU PENASIHAT KELAB/PERSATUAN ❖ Menggalakkan murid menjadi ahli Kelab/Persatuan ❖ Menggubal Perlembagaan dan Peraturan Kelab/Persatuan ❖ Menubuhkan AJK dan memastikan ia berfungsi ❖ Menyusun program aktiviti kelab bagi memastikannya berjalan mengikut jadual seperti yang dirancang. ❖ Menjaga kewangan dan harta benda badan. ❖ Mengadakan rekod stok ❖ Menyimpan fail-fail dan butiran kelab ❖ Memastikan Fail Laporan Aktiviti sentiasa dikemaskini dan dibuat tindakan. ❖ Menyerahkan satu salinan Program Aktiviti Tahunan kepada Setiausaha KoKurikulum dan GPK Kokurikulum ❖ Memastikan penyertaan pasukan dalam pertandingan dan menguruskannya. FUNGSI GURU PENASIHAT SUKAN/PERMAINAN ❖ Menggalakkan murid menjadi ahli sukan/permainan ❖ Menggubal Perlembagaan dan Peraturan Kelab/Persatuan ❖ Menubuhkan AJK dan memastikan ia berfungsi ❖ Menyusun program aktiviti kelab bagi memastikannya berjalan mengikut jadual seperti yang dirancang. ❖ Menjaga kewangan dan harta benda badan. ❖ Mengadakan rekod stok ❖ Menyimpan fail-fail dan butiran kelab ❖ Memastikan Fail Laporan Aktiviti sentiasa dikemaskini dan dibuat tindakan. ❖ Menyerahkan satu salinan Program Aktiviti Tahunan kepada Setiausaha KoKurikulum dan GPK Kokurikulum ❖ Menyediakan pasukan sekolah ❖ Merancang sesi latihan dan memastikan pelaksanaannya ❖ Merancang jadual tugas Guru Pembantu ❖ Menguruskan peralatan sukan yang digunakan ❖ Memastikan penyertaan pasukan dalam pertandingan dan menguruskannya


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KOKURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 128 JK SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 1. Mendapatkan khidmat nasihat kepakaran berkaitan pelaksanaan Sukan Tahunan Sekolah. 2. Memastikan perlembagaan, senarai ahli jawatankuasa, minit mesyuarat, surat menyurat dan laporan aktiviti disediakan dan difailkan. 3. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi. 4. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah. 5. Mengurus pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar. 6. Mengurus surat kebenaran ibu bapa/penjaga dan surat rawatan bagi penyertaan pertandingan di luar sekolah. 7. Melaporkan dan merekodkan keputusan pertandingan yang disertai. 8. Menyediakan tuntutan elaun makan murid dan pengangkutan. 9. Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid-murid. 10. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan yang baik,selamat dan mencukupi. 11. Merancang dan melaksanakan aktiviti tahunan. 12. Menilai prestasi sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkannya. 13. Merekodkan nama pemain dan pasukan yang cemerlang. 14. Menghadiri kursus kepegawaian dan kejurulatihan yang dianjurkan oleh KPM, JPN, PPD 15. dan badan-badan lain atau persatuan yang diluluskan. 16. Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang murid kepada setiausaha sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KOKURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 129 JK SUKAN TAHUNAN SEKOLAH (A) KETUA GURU RUMAH SUKAN 1. Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan murid). 2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan. 3. Membentuk jawatankuasa rumah dalam kalangan murid yang merangkumi olahraga dan permainan. 4. Menentukan guru rumah sukan untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah. 5. Sentiasa berbincang dengan GPK Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah. 6. Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod. (B) GURU RUMAH SUKAN 1. Menyediakan senarai ahli rumah sukan yang lengkap mengikut kelas. 2. Mengagihkan murid dalam rumah kepada beberapa acara sukan dan permainan. 3. Membentuk jawatankuasa rumah dalam kalangan murid merangkumi olahraga dan permainan. 4. Mengadakan mesyuarat agung. 5. Menyusun program latihan untuk peserta setiap rumah sukan. 6. Bekerjasama dengan guru-guru lain untuk menyediakan trek sebelum dan memastikan boleh diguna pakai semasa sukan. 7. Mendapatkan alatan sukan dan permainan yang mencukupi dan berkeadaan baik untuk semua murid yang mengambil bahagian 8. Mendapatkan khemah (jika berkaitan) untuk murid yang mengambil bahagian berkumpul. 9. Mengaturkan murid untuk majlis penutup hari sukan dan permainan. 10. Mengurus makanan dan minuman untuk semua murid yang mengambil bahagian dalam sukan dan permainan. 11. Mengemas padang selepas selesai majlis penutup hari sukan dan permainan. 12. Memulangkan semula alatan sukan dan permainan yang telah digunakan ke tempat yang ditetapkan dalam stor sukan. 13. Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan, GPK HEM dan GPK Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah 14. Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan disediakan untuk edaran dan rekod. 15. Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang murid kepada setiausaha sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KOKURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 130 FUNGSI GURU RUMAH SUKAN ❖ Mengendalikan Mesyuarat Agung, melantik AJK dan menjelaskan peraturan Rumah Sukan ❖ Merancang sesi latihan dan memastikan pelaksanaannya ❖ Merancang jadual bertugas guru pembantu ❖ Menjaga kewangan dan harta benda Rumah Sukan ❖ Mengadakan rekod stok ❖ Menyimpan fail-fail dan butiran ahli Rumah Sukan ❖ Memastikan penyertaan ahli rumah sukan dalam pertandingan ❖ Mengurus secara keseluruhan perjalanan sukan khasnya semasa Hari Sukan, Sukaneka, sukantara dan merentas desa dan mengikut keperluan semasa


SEKOLAH KEBANGSAAN PAROI KOKURIKULUM Rancangan Pemajuan Sekolah 131


Click to View FlipBook Version