RAPSODI TANPA NOKTAH Nukilan Karyawan JESS Kumpulan karya sastera Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Nukilan Karyawan JESS RAPSODI TANPA NOKTAH Kumpulan karya sastera Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
RAPSODI TANPA NOKTAH ©SMK JALAN EMPAT BANDAR BARU BANGI, 2024 ALL RIGHTS RESERVED TERBITAN PERTAMA, 2024 DITERBITKAN OLEH: PERSATUAN PENGKARYA SMK JALAN EMPAT BANDAR BARU BANGI SELANGOR DISUSUN OLEH: MUHAMMAD AMMAR MUKHLIS MOHD SHAHREZA [email protected] EDITOR: MUHAMMAD AMMAR MUKHLIS MOHD SHAHREZA [email protected] Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Perpustakaan Negara Malaysia Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang manamana bahagian artikel dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk, dan dengan apa cara sekalipun. Sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain untuk tujuan ciplak dan cetak rompak. Tidak dibenarkan mengambil atau meniru mana-mana bahagian di dalam buku ini sebelum mendapatkan keizinan daripada pihak PUSAT SUMBER SERI TESAURUS, SMK JALAN EMPAT BANDAR BARUBANGI
HAK CIPTA TERPELIHARA PENULIS, 2024 GURU: PUAN AZLINA BINTI MOKHILAS PENOLONG KANAN PENTADBIRAN PUAN SARLEENA BINTI MAMAT GURU KANAN MATA PELAJARAN BAHASA PUAN HANILAH BINTI RAMLI GURU PERPUSTAKAAN PUAN AZMAROZI BINTI AHMAD GURU KAUNSELING PUAN NORAZANI BINTI MD ZAIN KETUA PANITIA BAHASA MELAYU PUAN NITA RYSTYAHANI BINTI RUSLAN KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS CIK ARNIE ASLINDA BINTI ARBAK GURU BAHASA MELAYU PUAN NOOR ASILATI BINTI ARIFFIN GURU BAHASA INGGERIS
GURU PELATIH 2024: CIK HAZIQAH BINTI MOHD ROZMAN GURU PELATIH BAHASA MELAYU ENCIK AZIM FARHAN BIN NGADIMIN GURU PELATIH BAHASA MELAYU ENCIK MOHAMAD SYAHRUL AIZZAT BIN ABD HADI GURU PELATIH BAHASA MELAYU ENCIK WAN IMRAN DANIEL BIN AMINURRASHID GURU PELATIH BAHASA INGGERIS CIK DALILY BATRISYA BINTI MAZLAN GURU PELATIH BAHASA INGGERIS
MURID: MUHAMMAD AMMAR MUKHLIS BIN MOHD SHAHREZA TINGKATAN 4 DEDIKASI MUHAMMAD HANIF IDRIS BIN ADEM KILICMAN TINGKATAN 4 CENDEKIA MUHAMMAD AMIR QAWIEM BIN MUSTAKIM TINGKATAN 4 DEDIKASI AISHAH BINTI MUHAMMAD ASHRAF TINGKATAN 4 CENDEKIA FAHIMAH MAHIRAH BINTI MOHD PADALIAH TINGKATAN 4 DEDIKASI MAI BARIKA DAREEN BINTI MEOR MUNAWIR FARIS TINGKATAN 3 DEDIKASI NUR AISYAH BINTI MUHD BUSTAMAN TINGKATAN 5 INOVATIF OMANAH A/P JEYAGOBI TINGKATAN 4 CENDEKIA NURANIS AKMA BINTI KHAIRY TINGKATAN 4 INISIATIF
NUR IMAN DAMIYA BINTI AZRIL SHAM TINGKATAN 3 CENDEKIA RUSHFA FATHIYA BINTI ABDULLAH ARIFIANTO TINGKATAN 2 INISIATIF AISYAH SAFIAH BINTI SADRUDDIN TINGKATAN 5 DEDIKASI NUR QISTINA BINTI YUZRINOR TINGKATAN 4 CENDEKIA ZUHANIE SHARAF BINTI ZUBAIDI TINGKATAN 4 CENDEKIA AIN NATALIA BINTI JOHAR TINGKATAN 4 CENDEKIA NUR ARISSA BINTI MOHD. HAZIM IZUAN TINGKATAN 4 INOVATIF AISYAH ERYNA BINTI AMIRULLAH TINGKATAN 4 INOVATIF NUR AQILAH BINTI ABD RAHMAN TINGKATAN 4 INOVATIF IRDYNA MAYZAHEEN BINTI ‘AQILY TINGKATAN 3 PROAKTIF ARISSA SAFIYYA BINTI MOHD SYAHIDAN TINGKATAN 3 DEDIKASI RAISYA IRDINA BINTI SYAFIQ AKRAM TINGKATAN 3 DINAMIK AMMAR DANISH BIN ZAILAN TINGKATAN 4 CENDEKIA IBRAHIM IHTISYAM BIN MUHAMMAD HAZRUL TINGKATAN 3 DINAMIK
AISHA HUMAIRA BINTI AZRUL FAHMI TINGKATAN 4 CENDEKIA AQIL QAYYUM BIN MOHAMED IBRAHIM TINGKATAN 4 CENDEKIA MAISARAH BINTI AHMAD AFIFI TINGKATAN 4 DINAMIK SITI IWANI BINTI IKHWAN TINGKATAN 5 DEDIKASI AFIA WAFA BINTI NUR HAFIZ TINGKATAN 1 INISIATIF KYRA SYAZANA BINTI MOHD KHAIRI TINGKATAN 4 PROAKTIF NURMADIHAH MAISARAH BINTI ISKANDAR DZULKARNAIN TINGKATAN 4 INOVATIF VENEISHANN SREE GANESH TINGKATAN 1 INISIATIF SHAZANA BINTI RAMJAN ALI TINGKATAN 4 DEDIKASI
Bismilahirahmanirahim Atas nama yang maha esa Sastera terus mekar
Sekapur Sirih Bismilahirahmanirahim... Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita diberi peluang untuk mengumpulkan karya penulis-penulis berbakat besar sehingga kita berjaya menerbitkan sebuah buku kumpulan karya murid dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat Bandar Baru Bangi. Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan serta jutaan terima kasih diucapkan kepada ahli Persatuan Pengkarya Jess (PERKAJESS) kerana telah berjaya menyempurnakan buku ini dengan jayanya. Sesungguhnya buku ini amatlah signifikan dengan para penulis yang berjiwa besar di sekolah ini. Pada perspektif saya, buku ini amat penting bagi mengangkat karya murid dan guru di sekolah ini sekali gus dapat menaikkan taraf bidang bahasa di mata warga JESS. Semoga penerbitan buku ini dapat memberikan nafas baharu kepada semua pengkarya kreatif di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat. Harapan saya agar kesemua penulis di bumi JESS ini terus berkarya tanpa rasa jemu. Atas nama yang maha esa, sastera terus mekar. Insya-Allah. En. Mohd Fareed Faheim Bin Mohd Ilyas Majeed Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat Bandar Baru Bangi
Bismilahirahmanirahim... Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha berkuasa. Bersyukur kita ke hadrat-Nya, pada hari ini dapat bersama-sama kita membaca sebuah karya agung terbitan Persatuan Pengkarya JESS (PERKAJESS) dengan sokongan Pusat Sumber Seri Tesaurus Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat Bandar Baru Bangi. Pada hemat saya, karya ini amatlah penting bagi memartabatkan bahasa ibunda kita semua yakni Bahasa Melayu. Pada masa yang sama, penggunaan bahasa asing di sekolah ini juga dapat ditambah baik dari semasa ke semasa. Pada era moden ini, amat jarang kita menemui kumpulan murid yang mampu bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik, jauh sekali menghasilkan karya sastera Melayu dengan cemerlang. Tidak dinafikan bahawa pendidikan bahasa asing secara berlebihan sehingga mengabaikan bahasa ibunda sendiri mampu melenyapkan kebudayaan sastera Melayu di negara ini. Kendatipun begitu, saya berpendapat bahawa pendidikan bidang bahasa yang seimbang mampu melahirkan murid yang versatil. Oleh itu, saya berharap agar projek penerbitan buku kumpulan karya murid dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat Bandar Baru Bangi diteruskan dari tahun ke tahun. Semoga dengan adanya projek-projek seperti ini, kita mampu mencungkil bakat-bakat baharu di sekolah ini untuk memulakan penulisan karya pertama mereka. Atas nama yang maha esa, sastera terus mekar. Insya-Allah. Pn. Hanilah Binti Ramli Guru Perpustakaan Dan Media Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat Bandar Baru Bangi Seulas Pinang
Kata Iringan Bismilahirahmanirahim... Dengan nama Allah yang maha penyayang lagi maha mengasihi. Atas nama cinta terhadap bahasa, maka kususun bait-bait kata pujangga di dalam karya agung ini. Bersyukur kita ke hadrat penguasa semesta ini, pada hari yang sarat dengan seribu satu emosi dapat bersama-sama kita meraikan kejayaan pengkarya-pengkarya yang berbakat besar di sekolah ini. Sebuah karya agung terbitan Persatuan Pengkarya JESS (PERKAJESS) dengan sokongan Pusat Sumber Seri Tesaurus Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat Bandar Baru Bangi berjudul Rapsodi Tanpa Noktah. Dengan izin Allah, kami berjaya menghasilkan sebuah buku kumpulan karya murid dan guru yang menyajikan pelbagai genre kesusasteraan Melayu tradisional dan kesusasteraan Melayu moden serta genre kesusasteraan Inggeris. Lebih daripada 30 buah karya hasil tulisan murid dan guru sekolah ini telah dikumpulkan bagi menjayakan projek penerbitan buku ini sempena program pelancaran NILAM 2024. Selain menjadi bacaan kreatif, karya-karya yang termuat dalam kumpulan ini boleh sahaja dijadikan bahan rujukan generasi akan datang. Jelas sekali cerminan perubahan bangsa kita tercitra daripada karya-karya seperti ini. Semoga penerbitan buku ini memberikan manfaat yang baik kepada perkembangan bidang linguistik di sekolah ini. Justeru, saya berharap penerbitan ini juga mampu memberikan impak yang baik kepada para peminat dan pengkaji kesusasteraan tanah air.
Saya juga ingin menyeru seluruh warga JESS agar menambahkan lagi keahlian PERKAJESS pada masa akan datang. Saya mewakili kesemua penulis ingin memohon ampun dan maaf jika adanya cacat cela di dalam buku ini. Sesungguhnya yang baik itu hadirnya daripada pengatur alam, dan yang buruk lahirnya daripada penghuni alam itu sendiri. Muhammad Ammar Mukhlis Bin Mohd Shahreza, 4 Dedikasi Presiden Persatuan Pengkarya Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat Bandar Baru Bangi
Isi Kandungan KATEGORI BAHASA MELAYU (MURID) CERPEN: EUFORIA PALING SAKRAL...................................................................................3 MENGEJAR BERKAT YANG HILANG........................................................10 KATARSIS..............................................................................................................................15 CAHAYA YANG HILANG.......................................................................................19 ONANI YANG RUWAIBIDAH...........................................................................24 DI PERSIMPANGAN NASIB..................................................................................28 PANGGILAN KEADILAN........................................................................................33 PUISI: BERJAYA DALAM HIDUP.....................................................................................43 OMBAK BERMADAH SAYU................................................................................44 JIKA..............................................................................................................................................45 ATMA ADAM DAN HAWA..................................................................................46 LANGIT.....................................................................................................................................48 JANTAN HISAP KRETEK........................................................................................50 COVID-19: I.............................................................................................................................51 RUMAH....................................................................................................................................52 DIMENGERTI......................................................................................................................54 COVID 19: II............................................................................................................................55 KANTIN....................................................................................................................................56
Isi Kandungan KATEGORI BAHASA MELAYU (GURU) CERPEN: SELAMAT TINGGAL KESAYANGANKU................................................38 PUISI: IKRAR BERPUMPUN..................................................................................................57 ALHAMDULILLAH SYUKUR.............................................................................58 KENANGAN ABADI DI RELUNG ABADI................................................59 MURNI........................................................................................................................................61 SYAIR AL-FATEH..........................................................................................................63 GURINDAM KASIH SAYANG............................................................................65 PANTUN NASIHAT KEPADA PELAJAR..................................................67 TAUTAN SETIA.................................................................................................................68 SAHABAT SEJATI...........................................................................................................69 SATU NAMA.........................................................................................................................71 SYAIR SAUDARAKU..................................................................................................72
KATEGORI BAHASA INGGERIS (MURID) SHORT STORY: PATCHES OF HOPE......................................................................................................76 WE’LL SEE THE END...................................................................................................80 FLIGHT 881: RIDE OR DIE.......................................................................................83 POETRY: OVERCOMING THE SPACE BETWEEN US............................................87 LIFE...............................................................................................................................................89 WELCOME TO THE SKY..........................................................................................91 GONE...........................................................................................................................................92 YOU AND I.............................................................................................................................94 AT LAST, WE BREATH THE SAME AIR...................................................95 TWO SIDES OF THE SAME COIN WITH A TWIST OF LOVE.......................................................................................97 PERFECT..................................................................................................................................99 AN INDIGO SHINE HUES AS HEART........................................................101 YOU WERE JUST A BOY.......................................................................................103 MOTHER IS MOTHERING....................................................................................105 LOVE MYSELF, LOVE YOURSELF................................................................106 SISTERS NOT BY BLOOD.......................................................................................107 TWO FACED.....................................................................................................................109 MAMA......................................................................................................................................110 RUMORS AND LIES......................................................................................................111 LIFE.............................................................................................................................................112 ESSAY: HOME SWEET HOME: I...........................................................................................121 HOME SWEET HOME: II........................................................................................123 HONESTY.............................................................................................................................124 Isi Kandungan
Isi Kandungan KATEGORI BAHASA INGGERIS (GURU) POETRY: YOU CAN DO IT!..............................................................................................................113 GRATITUDE.......................................................................................................................115 YESTERDAY AND TODAY...................................................................................116 THE ULTIMATE LOVE..............................................................................................117 HOLDING ON.....................................................................................................................118 MY LAST CHAPTER....................................................................................................119
Bahasa Melayu 1
Cerpen 2
Euforia Paling Sakral MUHAMMAD AMMAR MUKHLIS BIN MOHD SHAHREZA TINGKATAN 4 DEDIKASI Bagaikan tongkang pecah. Panas lagi merimaskan. Aku sudah tidak mampu bertahan lagi di dalam rumah ini. Miesya memekik bak kera kena belacan. Aku geram dan aku meluat. Diaterkinja-kinja di dalam rumah yang sempit dan panas ini. Mukanyasaling tak tumpah dengan beruk, perangainyajugasama sepertinya. Mahu sajaaku terajang pinggulnya kuat-kuat. Biar mukanya tersembam diatas lantai. Biar giginyaterpokah dua batang. Sungguh merimaskan! Meena pulatidak merimaskan aku, tetapi sungguh menjengkelkan. Dari pagi hinggaabu senja menyaluti mangkuk malam, dia berselimut di atas katil. Aku keluar dari bilik yang kecil ini menuju ke ruang tamu. Kulihat di atas meja cebisan kertasyang merupakan hasil karyaku telah dicarik-carik oleh Miesya. Karya-karyaku yang sepatutnya dihantar ke Dewan Bahasa dan Pustaka untuk dijadikan bahan bacaan umum bertukar menjadi salji. Kuambil beberapalangkah lalu aku terajang belakang Miesyasekuat hati. Miesyajatuh tersembam diatas lantai. Darah dari gusinya bercucuran keluar daripada mulutnya. Emak yang baru pulang dari pasar terkejut melihat keadaan Miesyayang parah. Sejujurnyaaku masih belum puas kerana hanya sebatang giginyayang patah. 3
“Kau benar-benar mahu keluar daripadarumah ini bukan? Percayalah, karyaengkau tidak akan berjayatanparestu aku. Kau keluar sekarang!” Perintah ibu kali iniaku patuhi. Selama kami tinggal bersama, tak pernah sekali ibu mengizinkan kami melangkahkan kaki keluar daripadarumah ini untuk pergi berfoya-foya merasai nikmatnya Tuhan menciptakan dunia. “Meena, kau juga patut keluar daripadarumah buruk ini. Tiadafaedahnya engkau tinggal di sini. Mari keluar daripadarumah ini bersamaku.” “Tak! Aku tidak akan sesekali menderhakai ibu. Kau mahu keluar daripada rumah ini? Silakan! Tetapi engkau harus ingat, tanparestu daripadaseorang ibu kau takkan berjayasampai bila-bila. Pasakkan dalam jiwa dan sanubarimu kata-kataku ini!” “Suatu hari nanti,akan kubuktikan kejayaanku tanparestu dan bantuan ibu. Di kalaitu, kau akan menyesal!” Balasku dengan hati yang diselubungi nafsu amarah. *** Sejak melangkah keluar dari rumah,aku berasalebih tenang dan nyaman. Kini, aku bebas berkarya. Aku juga bebas mencari kebahagiaan buat diri sendiri. Tidak perlu lagi kudengar setiap bebelan yang keluar dari mulut ibu. Tidak perlu lagi kuhadap kejengkelan Miesya dan Meena. ‘Aku sudah bebas dari neraka!’ Desisaku dalam hati. 4
Sudah tiga bulan aku merantau ke Kota Samarahan, karyaku kini sudahpun sempurna. Hampir sepurnamaaku mengorbankan malam demi menyiapkan sebuah buku kumpulan cerpen. Kupilih remajasebagai subjek utama. Romansa menjadi temanya. Esok merupakan tarikh keramat buat diriku. Ini kali yang pertamaaku menerbitkan sebuah buku. Karyaku bertajuk Wejangan Jagatraya. Kususun pelbagai kisah cintayang sarat dengan nasihat di dalam buku ini. *** Sudah genap setahun aku menerbitkan buku. Hanya 20 naskhah yang terjual. Masih berbaki lagi 980 naskhah tidak terjual. Hutang keliling pinggang. Kesemua wang simpananku sudah habis. Aku tidak mampu membayar sewa rumah lagi. Hidupku kini saling tak tumpah dengan gelandangan. Dengan keadaan aku yang dibelenggu kesempitan tak berkesudahan ini, mahu sajaaku pulang ke rumah ibu. Aku penat, lapar dan kesejukan. Hampir sepuluh kedai di pekan tidak mahu menerimaaku bekerja di sana. Sungguhku tidak betah dengan keadaan ini. Aku tidak tahu ke manalagi harusku pergi. Aku buntu. Dari jauh aku terdengarazan berkumandang. Lantasaku bergegas menuju ke arah suaraitu. Sejurus tiba di Masjid Al-Muttaqin, segeraaku berwuduk lalu mengambil tempat di ruangan solat. Kudengarkan khutbah Jumaatyang disampaikan oleh seorang imam di masjid tersebut. 5
Aku termangu seketikasetelah mendengar sepotong hadis iaitu, sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, HR Aisyah. Di kala itu, pengatur semestaini sahajayang mengetahui perasaanku. Luluh hati ini mengingat kembali setiap dosaterhadap keluargaku. Hatiku diruntun kepiluan yang begitu menekan. Setelah selesai menunaikan solat Jumaat,aku bertemu khatib yang menyampaikan khutbah sebentar tadi. “Assalamualaikum, Ustaz Ago. Maaf mengganggu, boleh sayatanyasatu soalan?” “Waalaikumsalam, silakan. Tanyalah seberapasoalan yang kamu mahu.” “Ustaz, sudah setahun sayatidak pulang ke rumah demi melakar kejayaan buat diri sendiri. Kendatipun begitu, sayatidak pernah merasai nikmatnya kejayaan yang sebenar. Sebaliknya, wang semakin berkurangan. Hutang semakin menggunung. Apa benar tanparestu ibu sayatidak akan berjaya ustaz?” Ceritaaku dengan hatiyang begitu pilu. Tersentak aku setelah mendengar respons daripada Ustaz Ago Hashim apabila dia menjadikan Imam Syafi’e sebagai tamsil ibarat. “Pada mulanya, ibu Imam Syafi’e merasa berat untuk melepaskannya pergi menuntut ilmu kerana beliau adalah satu-satunya harapan untuk menjaga ibunya di hari tua. Demi ketaatan dan kasih sayang Imam Syafi'e kepada ibunya, beliau membatalkan keinginannyaitu. Ingatlah, setiap manusia memerlukan restu ibu untuk berjaya di dunia dan di akhirat kelak.” Respons Ustaz Ago Hashim dengan nadayang lembut. 6
Berlinangan air mata gugur dari netratatkala mengenangkan kembali dosadosasilam terhadap keluargaku. Saat iniaku mulasedar bahawa masa bersamasama keluarga merupakan euforiayang paling sakral dan kudsi. Ia harus dihargai sewajarnya. Tanpa menghiraukan ribut dan petir, aku berjalan kaki menuju pulang ke Sebuyau untuk bertemu semula dengan ibu, Miesya dan Meena. *** Setibanya di Kampung Tungkah Dayak,aku terus menuju ke rumahku. Gugur air mataku melihat ibu sedang duduk berteleku di tepi penjan. Aku merangkul tubuh ibu memohon seribu keampunan. “Maafkan Awang, ibu. Ampunkan segala dosa Awang.” Pintaku dengan penuh kekesalan di hati. “Ibu maafkan segala kesalahan Awang sejak kamu kecil hinggalah kamu pulang ke rumah ini. Cumasatu pesan ibu sayang, ketahuilah wanitaitu pemaaf tetapi ingatannyaselalu tajam. Ketika kamu menyakitinya mungkin diatetap akan tersenyum kepadamu tetapi hatinya masih perlu waktu yang panjang untuk benar-benar menghapus lukayang telah kamu hadirkan itu. Itulah sebab kamu harus menjaga perasaan wanita baik-baik. Pergilah minta maaf pada adik-adik kamu.” “Baik ibu, Awang bersumpah tidak akan mengulangi segala kekhilafan Awang terhadap ibu, Miesya dan Meena.” Aku terus memalingkan muka menghadap Miesya dan Meenayang sedang duduk diatas sofayang bertentangan dengan ibu. 7
“Miesya, Meena. Ampunkan segala dosa-dosaabang. Abang benar-benar menyesali kesilapan abang yang lalu. Bebaskanlah segalayang terbuku di hati kamu berdua. Maafkan abang ya.” Pintaku sambil menatap wajah kedua-dua adindaku. “Sudah lama kami maafkan abang. Jangan terlalu risaukan dosa-dosa silammu. Pandanglah ke hadapan, nikmatilah kebahagiaan bersama-sama kami. Syukurabang sudah pulang!” Balas Miesya dan Meena membuatkan aku bertambah sebak. *** Syukur, 30 tahun yang lalu ibu, Miesya dan Meena memaafkan segala kekhilafanku terhadap mereka. Kedua-duaadinda perempuanku jugasudah memiliki kerjayayang mampu menyumbangkan bakti kepada masyarakat. Kini, Miesya bekerjasebagai seorang doktor di Hospital Umum Sarawak. Meena pula sudah bergelar seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak, kawasan Dalat. Percayalah dengan adanyarestu ibu, Tuhan pasti merestui perjuanganmu yang berlandaskan syariat-Nya. Hinggasuatu masa kau pasti akan berjaya. Aku jugayakin bahawa Allah telah mewasiatkan kepada hamba-Nya untuk berbuat baik kepadaibu bapa masing-masing. Firman Allah di dalam surah al-Isra’: 23 dan 24, Dan Tuhanmu telah memerintahkan supayaengkau tidak menyembah selain-Nya. Dan hendaklah engkau berbuat baik kepadaibu bapa. Pada hari ini,aku diangkat sebagai Sasterawan Negarayang ke-20. Sehingga kini,aku telah berjaya menerbitkan lebih daripada 50 buah buku. Buku Wejangan Jagatrayatelah mencatatkan jualan melebihi 50,000 naskhah. 8
*** Pada hari minggu yang lalu,aku membawa keluargaku bersiar-siar di tepi pantai sambil menyaksikan keindahan alam. Dilaungkan keriangan itu agar seluruh sarwaalam tahu bahawa Miesya dan Meenaterlalu gembira menikmati kelegaan emosi setelah berpenat lelah di tempat kerja masing-masing. “Ya Allah,aku sandarkan segalanya kepada-Mu di atas segala kelemahan yang kumiliki. Tenggelamkanlah segala kesedihanku, dan Engkau terapungkanlah segala kebahagiaan milikku. Sesungguhnyayang baik itu datang dariyang mencipta dan yang buruk itu datang daripadayang dicipta.” Kupanjangkan doa paling tulus ke hadrat Ilahi. Di bawah langityang cerlang,aku menikmati katarsis bersulamkan desahan angin. Menghargai euforiaanugerah Tuhan. Cahaya matahari rakus memancar ke dasar laut. Aku duduk diatas sebuah bangku di bawah pohon yang rendang sambil menulis bait-baityang terbuku di hati. 9
Mengejar Berkat Yang Hilang MUHAMMAD HANIF IDRIS BIN ADEM KILICMAN TINGKATAN 4 CENDEKIA 10 Ah! Aku sudah rimas dengan guru-guruku. Mereka kurang arif untuk mendidik generasi baharu. Lebih baik aku belajar di rumah sahaja daripada hanya duduk di sekolah dan meratapi guru-guru yang menyakitkan hati rupanya. Aku merupakan murid cemerlang di sekolahku. Jadi, aku tahu apayang aku buat. Guru bukannya kesah tentang murid-murid. Mereka hanyaingin mendenda murid-murid kononnyasebagai tanda disiplin. Malah, guru-guru perlu menjadi contoh yang baik. Ini tidak, sesetengah daripada mereka berperangai sama sahajaseperti budak remajayang tidak matang. Rakan-rakanku jugatidak suka dengan guru-guru di sekolahku. Namun, merekajugatahu bahawaaku merupakan murid yang bersifat egotistikal. Biasalah, murid pandai perlu bersifat sedemikian. Jikatidak, bagaimanalagi aku ingin menjaga prestijaku di sekolah ini. Ingin dijadikan cerita, aku mempunyai sedikit perselisihan diantara beberapa guru di sekolahku. Lebihlebih lagi, guru Kimia dan Matematik Tambahan yang sering memarahi dan memalukanku setiap kaliaku memberikan jawapan yang salah padasoalansoalan yang dikemukakan.
11 ‘‘Awak rasajawapan awak ini boleh memberikan markah ke nanti dalam peperiksaan?’’ Soal Cikgu Zaidi kepadaaku dengan wajah sarkastik sambil menahan tawaterhadap jawapan aku. Kadangkala, hatiku membara disebabkan cara-cara mereka mempersendakan dan memperlekehkan aku di hadapan rakan-rakan. Namun, aku masih berdiam dan mengawal ekspresi mukaserta kata-kataku berhadapan dengan mereka. Sebaliknya,aku menaruh dendam atasapayang merekatelah lakukan dan bergosip perihal ini kepada orang terdekat. ‘Ah,aku amat tidak berpuas hati terhadap Cikgu Ayalina, diasengeleng menjadikan aku sebagai bahan jenaka berulang-ulang di hadapan kelasatas sebab aku cuai meletakkan simbol darab dalam ayat Matematik.’’ Luahan aku kepadarakan-rakan yang berniat untuk memalukan beliau. ‘‘Cikgu Ayalinatu bukanlah hebat sangat nak dibandingkan dengan guru lain. Apasajalah sumbangan dia kepada kita.’’ Respon rakanku. *** Padaawal bulan kedua, sekolah kami mengadakan peperiksaan awal tahun bagi menguji kebolehan para pelajar. Aku tidaklah pusang hati keranaaku amat yakin bahawa keputusan yang cemerlang pasti digenggaman walau aku tidak mengulang kaji. ‘‘Ceh, peperiksaan semestinyasuang.’’ Kataaku kepadaibu bapaku semasa di meja makan dengan mukayang yakin.
12 Tetapi,aku masih membuat persediaan awal dua minggu sebelum menduduki peperiksaan tersebut. Aku bersungguh-sungguh setiap hari semata-mata untuk mendapat gred yang cemerlang dalam peperiksaan. Pada hari peperiksaan,aku tidak mengalami kesukaran untuk menjawab setiap soalan dan sangatyakin aku menjawabnya dengan betul. Malangnya, setelah keputusan peperiksaan diumumkan,aku mendapatantara keputusan yang mengecewakan di sekolah. Diriku yang selamaini bersifat terlalu bangga, kini sangat malu dan kecewa. ‘‘Dimanakah aku ingin letakkan maruah diriku?’’ Bisikku dalam hati. *** Setelah tiba di rumah,aku dimarahi oleh ibu dan bapaku. Aku pulajenis orang yang egotistikal, sudah pastiaku bertelingkah dengan ibu bapasendiri. Perselisihan itu pun berterusan sehinggatiba padatahap mereka menegur sikap aku yang sombong dan angkuh. ‘‘Ibu tak mempersoal kebolehan awak dalam pendidikan. Ibu tahu awak merupakan pelajaryang cemerlang. Namun, ibu benci adab dan akhlak awak sebentar tadi dengan kami. Awak sedaratau tidak tentang keredhaan ibu dan bapa dalam kehidupan? Salahkah ibu untuk menegur seorang anak yang tidak melaksanakan kata-katanya?’’ Kataibuku dengan nadayang tegas tetapi penuh dengan kasih sayang.
13 Pengujaran itu menyebabkan menitisnyaair mataku ke tanah. Diriku yang selamaini seperti mencurahkan air ke daun keladi kini menjadi span yang menyerap setiap teguran yang dicurahkan oleh ibuku. “Hanif, kami menegur kamu kerana kami mahu kamu berjaya pada masa hadapan. Adab dan akhlak merupakan aspek yang penting dalam hidup tidak kira bersamaibu bapa, para guru mahupun rakan-rakan. Sudah, datang ke sini.’’ Teguran terakhir bapaku sebelum aku meminta maaf dan memeluk ibu bapaku. ‘‘Siapakah diriku hinggaterlalu congkak dan pongah disebabkan ilmu. Walhal, Imam Syafi’eyang merupakan tokoh Islam, tidak pernah bongkak untuk mempelajari ilmu adab selama 30 tahun.’’ Bisikku di dalam hati. Setelah itu,aku duduk dan terdiam sambil berfikir panjang atas segala tindakan lampauku. Baru aku sedar bahawaaku banyak melakukan kesilapan kepadaramai orang. ‘‘Mungkinkah berkat ilmuku sudah hilang?’’ persoalan itu asyik bermain di kepalaku. Aku berhajat untuk meminta maaf kepadaramai orang tetapi aku ingin mulakan dengan guru-guru. Sekolah aku akan mengadakan Program Salam Sayang bertujuan untuk membuka peluang kepada guru dan pelajar untuk bersalam-salaman serta memaafkan antarasatu samalain pada dua minggu akan datang. Maka,aku berhajat untuk bertemu dan meminta maaf kepada mereka pada hari tersebut. ***
14 Setelah dua minggu, mataku berkaca keranarasa bersalah yang membuak-buak di dalam hati mendorong diriku untuk menangis di hadapan khalayak ramai sewaktu ingin bersalaman dengan guru-guru. Walaupun guru-guruku terkaku seketikasemasaaku memohon maaf, setiap dari mereka memaafkan diriku dengan wajah yang mempunyai nur. ‘‘Hanif, cikgu maafkan segala kesilapan awak. Sayapun tidak lari daripada membuat kesilapan. Saya minta maaf. Kosong-kosong ya.’’respon Cikgu Ayalinayang tulus setelah aku meminta maaf. Dari hari ke hari, pagiku bertambah ceria dan tenang untuk ke sekolah sekaligus membina personaliti baharuku. Selang beberapa bulan,aku jugatelah mendapat keputusan peperiksaan seterusnya. Alhamdulillah,aku mendapat keputusan cemerlang di sekolah. Ini akan menjadi pengajaran terbaik dalam hidupku.
Katarsis MUHAMMAD AMMAR MUKHLIS BIN MOHD SHAHREZA TINGKATAN 4 DEDIKASI “Sampai nanti kita ketemu lagiya!” Itulah suara Auni. Seorang wanitayang berbudi pekerti. Kulitnya hitam manis. Lemah lembut bila melontarkan suara. Sementaraaku... Ha Ha Ha Hanyaseorang wanitayang lemah rupawan. Dahulunyaaku seorang yang lemah keranacinta, bodoh kerana perasaan. Oh ya, Aku lahir di Kuala Lumpur. Belajar di SBP, Selangor. Tidak pernah berjalan sendirian. Sejak dulu ditemaniayah, ibu, rakan dan saudara-mara. Bila telah bersuami, selalu bersama-sama. Ah! Itu dulu. Ketika masih muda! Sekarang aku mula berjalan sendiri kau tahu? Sejak Auni merantau ke Kota Lhokseumane di sebuah provinsi yang terletak di Sumatera,aku mula belajar berdikari. Kendati sudah memiliki sebuah perniagaan yang megah bersamaku di Begawan, tetap saja dia mahu ke Sumatera. Bukannyaaku takut bersendirian di sini, tapi sudah terbiasa bersama Auni. Ada pula mulutyang berkataaku ini takut dilimbur pasang. Jikaaku takut dilimbur pasang, dariawalaku tidak berumah di tepi pantai. 15
Waktu belajar dahulu,aku punyaseorang rakan lelaki. Walaupun diasering mengatakan bahawaaku ini seorang yang cantik, aku tetap berpegang teguh dengan kata hatiyang mengatakan diriku hanyalah seorang wanita biasatanpa sebarang rupa. Secara biologinya,aku memang seorang wanita. Tetapi sejak berada di bangku sekolah lagi perangaiaku persisanak jantan. Aku tidak pernah tahu menahu mengapa diriku tidak samaseperti wanita yang lain. Ya, memang secarafizikalnyasama. Tetapi tidak secararohani. Aku tidak samaseperti wanita-wanitalain yang memiliki sifat narsistik walau seinci di dalam hati. Tidak samaseperti Auniyang mudah saja didekati kaum Adam, mudah saja meraih perhatian lelaki. Aku pulaamat susah untuk mendekati mana-mana jantan walaupun perangai macam jantan. Begitu juga dengan kesemualelaki di luar sana, tiadaseorangpun yang mahu mendekatiku. Kawan lelakipun, Ammar seorang saja. Diajugasudah berumah tangga kau tahu? Namun semuanya berubah setelah aku bertentang mata dengan Rayyan. Seorang jejakayang tingginya hampir sama dengan aku. Kulitnya pula putih susu. “Arissa. Panggil sajaIcha.” Itulah ayat pertamayang keluar daripada kantung bibirku tatkala disapa Rayyan sewaktu aku sedang menikmati katarsis seorang diri di tepi pantai. Katanya, dia menyapaaku kalaitu kerana dia pernah terlihataku ketika belajar di SBT dahulu. Dia berasaamat teruja melihat sepasang matayang selamaini hanya dapat dilihat dari jauh kini berada betul-betul di hadapannya. Sejujurnya,aku sendiri terkejut kerana; rasanyatak pernah kulihat batang hidungnyasewaktu di SBT dahulu. Ketikaitu emosi aku baru sajalegasetelah bersedih selepas memberikan lambaian dan pelukan terakhir sebelum Auni berangkat ke Kota Lhokseumane. 16
Masih segar di fikiran aku isi perbualan antara kami berdua kala hari si dia melamarku. Awalnyaaku teragak-agak untuk menerima. Yalah, inikan kali pertamaadalelakiyang mahu melabur cinta kepadaku. Selamaini semua budak lelaki di sekolah menggelaraku sebagai seorang dwigender. Suatu hari,aku terdengar perbualan diantara dua orang jantan di dalam SBP (dalam bahasaInggeris). Arissa wasa woman yesterdayandisa man today kata dia. Aku sangat faham apayang merekacuba katakan. Aku bukanlah seorang LGBT. Bukan jugaseorang gender fluid. Aku hanyalah seorang wanitayang tak arif soal berlemah lembut dengan jantan. Aku jugaseorang yang pendiam ketika bersama-sama orang luar. Ketika di SBP,aku lebih banyak berbual dengan Auni dan Ammar. Itupun hanya berbual dalam 10 minit dan kemudiannyaaku mula ketirisan idea sehinggalah Ammaryang memecahkan kembali kesunyian. Bukan tidak mahu berbual bersama orang lain. Tetapi aku hanya mahu memanfaatkan teknologi dalam kehidupan seharian dengan cara berbual secara dalam talian melalui corong-corong telefon dan sistem pesanan ringkas. 17
Aku masih ingat dengan jelas pada hari Sabtu kala Oktober, ayatnya disusun rapi untuk memikat hatiku. Kami bertemu di sebuah kafeyang terletak di ibu negara ketika masih di Malaysia. Secaratiba-tibaaku teringatakan Auni yang amat mahir bermain kata dengan lelaki. “Kau tahu Icha, aku pada waktu bersama kawan-kawan duduk berbual ketika masih di SBP sering membuka topik tentang engkau. Merekayang tahu aku punya perasaan cintaterhadap engkau acap kali bertanya; Arissaapa hari ini?” Kata Rayyan. Aku hanya menatap wajahnyayang tampan tanpa memberikan sebarang bentuk reaksi. Sejujurnya,aku hanya‘bertukar’ menjadi jantan apabilaaku menghadapi ketegangan emosi. Apabilaaku sudah menemui katarsisyang sempurna; maka aku akan ‘bertukar’ semula menjadi perempuan. Aku faham anxiety dan katarsisaku telah menyusahkan kau dan semua orang. Bukan macam tu,aku tak pernah merasasusah soal itu, gender kau di mata belatiku sudahpun runtuh, mencair dan lutsinar. Di tengah jeda perbualan dia berkatalagi; jikaengkau adalah gunung, kaulah gunung paling tanah berwarna gula. Dan jikaaku adalah pohon; makaakulah pohon yang paling erat memeluk setiap gunung yang paling engkau. Kata-katanyacukup meyakinkanku untuk menerimalamarannya. Kau bercakap macam orang baca puisi kataaku. Memangpun, puisi itu aku tulis untuk kau. Tajuknya‘Bakal Isteriku Dwigender’ balas dialalu aku ketawa kecil. Segera dia mencapai telefon bimbitnyalalu membukaaplikasi ChatGPT dan memulakan cariannya. Ketikaaku mengintai kearah telefon bimbitnya, aku nampak dia menaip (dalam bahasaInggeris); Hey ChatGPT,pleaseprepare for me the bestproposal lines. Tak pernah kusangkateknologiyang akan menyatukan kami. Pada malam itu, bulan sabit tuaterlihat di langit. Angin mendesah tandarestu cinta. Bintang-bintang indah bekerdipan menjadi saksi janji sehidup semati. 18
Cahaya Yang Hilang AMMAR DANISH BIN ZAILAN TINGKATAN 4 CENDEKIA Disebuah kotatinggal sebuah keluargayang terdiri dari anak tunggalnyayang bernama Ghazali dan dia merupakan murid yang paling cemerlang di dalam sekolahnyaakan tetapi usaha Ghazali tidak samasekali dipandang oleh orang tuanyayang sibuk bekerja mencari pendapatan. Ibu Ghazali, Salmah bekerja sebagai seorang jururawatyang selalu balik lewat kerana membantu pesakit di hospital. Ayahnya pula, Rizal tidak berada dirumah selalu kerana bekerja sebagai juruterbang yang selalu pergi ke luar negara. *** Meskipun begitu, Ghazali tetap tekun untuk belajar dan mengambil peluang dalam setiap kesempatan untuk menambah ilmu pengetahuannya. Padasuatu hari, Ghazali perasan bahawa kawannya melakukan kesalahan dan Ghazali menegurnya. “Amirapayang kau tengah buat tu?.” kata Ghazali kepada Amir. “Tengah buat karangan yang cikgu bagi haritulah.” jawab Amir kepada Ghazali. “Ooh, Eh, ini salah ni Amir, sepatutnya mestiada pendahuluan.” Kata Ghazali pada Amir. 19
“Kau nak aku tolong kau tak?” tanya Ghazali kepada Amir. “Ah kau ingat kau pandai kau boleh tolong aku ke? Takpayah lah.” sahut Amir. “tak apalah mariaku tolong kau” Kata Ghazali. “AKU KATA TAK PAYAH KAN!” kata Amir, Amir menumbuk Ghazali dan Ghazali jatuh terduduk. “KAU TAK PAYAH NAK KACAU AKU, KAU BUAT JE LAH BAGAI ENAU DALAM BELUKAR, MELEPASKAN PUCUK MASING-MASING!” Kata Amir sambil marah. Ghazali tidak berpuas hati lalu membalas pukulan Amir dan mereka bergaduh sehinggalah datang seorang guru. “WOI BERHENTI SEKARANG!” kata Encik Yazid yang merupakan guru disiplin mereka. Ghazali dan amir dibawa ke bilik disiplin dan di soal tanya. “Ghazaliyang mulakan cikgu!” Kata Amir. “Manaada, Amiryang pukul saya dulu!” jawab Ghazali. 20
Tetapi Encik Yazid tidak percayakan Ghazali kerana Amir merupakan murid yang tidak pernah bermasalah. Encik Yazid memanggil ibu bapa Ghazali untuk datang ke sekolah tetapi hanyaibu Ghazali sahajayang hadir keranaayahnya masih diluar negara bekerja. Encik Yazid memberitahu hal-hal yang terjadi kepada Puan Salmah, ibu kepada Ghazali. Dengan kecewaibunya memanggil Ghazali pulang. “DAH CEPAT BALIK” kata Salmah kepada Ghazali dengan nadayang tegas. *** Selang beberapa hari, Sekolah Ghazali iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat Mengadakan satu pertandingan matematik yang dikenali sebagai Kangaroo Math Competition. Ghazali mahu menyertai pertandingan itu akan tetapi ibunya melarang Ghazali kerana pertandingan itu memerlukan yuran kemasukan yang tinggi. “Boleh laibu, Zali nak masuk satu je pertandingan ni.” kata Ghazali pada ibunya. “TAK BOLEH kenape nak bazirkan duit! Zali ingat ibu pergi kerjasiang malam untuk saja-saja ke? Ibu penat cari duit Zali nak bazirkan dekat bendatak berfaedah ni!.” kata Salmah dalam nadayang tegas. “Ala pasal duit, kawan Zali kata dia nak belanja.” jawab Ghazali. 21
“TAK BOLEH, IBU TAK BENARKAN ZALI PERGI SIAPA SURUH ZALI GADUH DENGAN BUDAK TU” kata Salmah. dengan bersedih hati Ghazali bergegas lari ke biliknya. *** Beberapa hari kemudian,Ghazali pergi juga mengikut pertandingan itu tanpa pengetahuan orang tuanya. Apabila Salmah pulang kerumah dan menyedari ketiadaan Ghazali, Salmah mula panik dan risau akan anaknya. Salmah bergegas keluar untuk mencari Ghazali tetapi usahanya gagal. Pada masaitu jugalah diaterkenang akan anaknyayang sentiasa dia pulaukan. Salmah memasuki bilik Ghazali dan merenung pada pencapaian anaknya dan diaternampak sepucuk suratyang ditulis kawannya Amir. Bahawa Amir meminta maaf kerana menfitnahnya pada hariyang lepas dan sudi membelanja Ghazali untuk pergi Bersamanya ke Kangaroo Math Competition. Baru Salmah sedarakan kesalahan diaterhadap anaknya Ghazali. “Zali mana kau, pulang lah, ibu nak minta maaf dekat Zali.” kata hati Salmah sambil menitiskan air mata. *** Saat Ghazali pergi, tanpa pengetahuan ibunya, perasaan cemas bercampuraduk dengan kegembiraan di hatinya. Namun,Selepas beberapa hari Ghazali pulang ke rumah dan disambut oleh suasanayang sunyi dan suram di rumahnya. Dia terkejut untuk menjumpai Rizal iaitu ayahnyayang sedang bekerja diluar negara menangis teresak-esak sambil duduk di meja makan. 22
“Kenapaayah menangis ni?” Soal Ghazali kepada Rizal. “Ibu kau dah meninggal dunia.” Jawab Rizal. “HAH KENAPA, BETUL KE?” tanya Ghazali lagi. “Ya dia kemalangan di rempuh lori waktu tengah memandu kereta pada malam yang kau hilang.” Kata Rizal keanaknya Ghazali. Ghazali jatuh terduduk apabilaterdengarakan beritaitu lalu dia menangis. “KENAPALAH AKU PERGI JUGAK PERTANDINGAN TU!” kata Hati Ghazali. “Kalau aku tak pergi mungkin tak jadi apa-apa kepadaIbu.” Ghazali berkatasambil menangis. Rasa kesal dan penyesalan meliputi hati Ghazali.Tetapi masatidak akan diputar semula dan Ghazali berasaserbasalah akan kelakuannya dan cahayayang ada dihatinya hilang selama-lamanya. Namun, dari kesedihan dan penyesalan itu, dia berjanji pada dirinyasendiri bahwa diaakan menggunakan kecemerlangannya untuk menjadikan dunia tempatyang lebih baik, dan untuk menghormati kenangan ibunya. *** Ghazali belajar bahwa kadang-kadang, perhatian dan dukungan orangtua lebih berharga daripadasegala kecemerlangan. Dia menyedari bahawa penghargaan dan perhatian dari orang yang dicintai jauh lebih berharga daripada pialaatau medal. Dia mengibaratkan dirinyasebagai Syaitan yang penuh ilmu tetapi tidak menngunakannya. Dia mengerti bahwatidak ada kata terlambat untuk mengubah sikap dan tindakan. Dan meskipun cahayayang ada di hatinya meredup, dia berjanji untuk membiarkannya bersinar kembali. 23
Onani Yang Ruwaibidah MUHAMMAD AMMAR MUKHLIS BIN MOHD SHAHREZA TINGKATAN 4 DEDIKASI “Indah benar menulis, Mujurlah aku ke industri ini.” Itulah suara Yunita Johannes, wanita kacukan Melayu, Arab, Itali dan Indonesia. Namanya memang telah lamatersenarai dalam katalog penulis, khususnyaanjuran Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP). “Percayatidak, setiap kali menghantar karya ke DBP, hatiku terlalu berdebar. Apakah karyaaku dapat diterimaatau tidak. Panel pengkritknya hebat-hebat belaka. Penulis terkenalyang memegang pelbagai sijil. Dari UKM ke UM. Dari ijazah ke sarjana. Sedang aku ha, ha, ha, hanyaseorang wanita; seorang isteriyang baru berjinak-jinak di dalam industri ini. “Panggil saja Nita. Lahir di Masjid Tanah. Belajar di Convent, Kajang. Tidak pernah berjalan sendirian. Senantiasa ditemani ibu, teman dan saudara. Bilasudah bersuami, selalu bersama-sama. Ah! Itu dulu. Ketika masih muda. Sekarang, aku mula berjlan sendiri kau tahu?“ “Memang tepat, Nitaialah orangnya. Beliaulah yang sering digambarkan oleh para penggemar dan pembaca karyanya. Seorang wanitayang tidak hentihenti suaranya. Suarayang tinggi rendah berselang-seli dengan tawanya. Hinggaaku benar-benar menjadi pendengar. Kukutip kisahnyalagi. “Aku senang menulis menggunakan carasendiri. Tidak. Tidak cara dan pemikiran orang lain.” Memang pernah dan mungkin jugaselalu saya meneliti karyanya dalam pesta buku tahunan PBAKL tahun lalu. Karya bergenre romansa dan psikologi menjadi pilihannya. Subjek utama pula; pelajar sekolah menengah. Berkisahkan pelajar perempuan yang gusarakan kesialan yang menimpa keluarganya. Tentang bagaiman dia bangkit. Terus hidup. Demi emak, demi bapa dan demi keluarga. 24
“Jelas Nitalagi, “Aku menulis perihalyang hampir dengan orang sekililingku.” Aku...Aku... Aku tergamam, terdiam. Mengenangkan kembali kesemua pahit manisyang tertulis. Mengamati setiap bait-baityang ditulis. Diam aku hingga dia berkata “Aku beranggapan ramai di antara pengkritik karya kian tersasar daripadalandasan sebenar dalam menilai dan memberi kritikan sasteraterhadap karyayang dibaca mahupun didengar. Budayaini sangat jelik dan akan mengakibatkan wujud semakin ramai pembacayang tidak berkualiti. Aku gelarkan budayaini sebagai onani. Menurut Naim AlKalantani di dalam karyaeseinyayang berjudul Budaya Onani Pengulas Filem; Karl Marx,ahli falsafah agung juga pernah menyamakan perbuatan ini di kalangan ahli-ahli falsafah.” “Adafalsafah yang beriringan dengan apayang ingin disampaikan oleh pemikir, tetapiadajugafalsafah yang dilakukan oleh orang-orang tertentu yang tiada bezanya dengan perlakuan onani. Satu-satu falsafah tidak berdiri sendiri dengan hanya berbekalkan ‘kebetulan’. Ianya perlu adasatu landasan untuk diikuti. Tiadasiapatahu seseorang pengkritik karyaitu mengambil dari manaintipati hujahnya. Adakah kita boleh sesuka hati memetik daripada manamana kitab suci dan menempelkannya di dalam argumen kritikan sastera kita?” Nah-terkaku aku mendengar segala hujah-hujah yang dilafazkannya. Mirip orang yang sedang berdebat bukan? Dibukalagi kantung bibirnya... “Itu belum lagi kubahaskan tentang budaya kosmopolitanismeyang hilang dalam kebudayaan sastera di negaraini. Bagiaku, onani hanya menyedapkan diri sendiri tetapi tidak menyedapkan orang lain yang mendengar pandangannya. Ia bahkan suatu perkarayang tabu dalam masyarakat kita dan tiadasiapa mahu mengakui perlakuan seperti itu.” Aku tidak faham apayang cuba Nitasampaikan padaawalnya. Aku cuba mendapatkan pencerahan ketika tangannya menggapai secawan kopi. 25
“Ah! Secara mudahnya, merekaini boleh dikatakan hanya menyedapakan hati sendiri ketika mengkritik karya-karyayang dihasilkan orang lain. Sebagai tamsil ibarat, novelet SHIT karya Shahnon Ahmad diulas. Dibidas. Dikritik. Disangkal bagai hari tiadaesok oleh orang-orang yang langsung tidak memiliki sebarang tauliah sehingga menimbulkan kontroversi dan polemik hangat kala itu.” “Bagiaku, ulasan dan kritikan merekayang mengatakan karyasasterawan negaraitu tidak menunjukkan suri teladan yang baik krepadaanak muda, malah adayang mengatakan Shahnon gagal menghormati pemimpin negara sangatlah melampau dan kritikal untuk diserap ke dalam kepala otak aku. Aku fikir pengkritik itu sedang beronani seorang berseorangan. Hanyayang ruwaibidah akan mentafsirkan sebuah karyaagung sesongsang itu. Pada hari ini, kita dapat melihat bagaimana novelet SHIT karya Shahnon Ahmad telah memberikan tamparan yang hebat terhadap pemikiran rakyat dalam memilih pemimpin alias pm.” Hujah Nita. Aku masih cuba meneliti setiap baityang keluar daripada mulut Nita. Nahaku masih belum mengertiapayang cuba disampaikan kepadaku. Mengapa? Mengapasecaratiba-tiba dia membukatopik ini? Terbantut niatku untuk duduk bersantai bersamarakan penulisyang baru pertama kali bertentang mata. Tidak pernah kusangka perbualan antara kami bakal sehangat ini. “Bagiaku, tidak salah untuk seseorang itu berteori dan memberikan kritikan sasteraterhadap karyayang dibaca. Tetapiapabilaterlampau syok sendiri, ianyaakan membuatkan pandangan orang awam menjadi tidak organik dan idea pengkritik yang dangkal pula meresap ke dalam fikiran orang awam justeru menjulingkan pandangan. Aku selalu terfikir, mungkinkah pengkritk karyatersebut dikurniakan kasyafyang membolehkannya mentafsirkan satusatu karyasasterasecaratepat dan sangat rinci (KONONNYA)?” Bebel Nita lagi. 26
Aku hanya mampu diam. Mulut dia! Mulut Nitatak henti-henti berbicara. “Hmm agaknya bilaaku boleh bercakap ya... Sekurang-kurangnya biarlah aku mengiyakan kata-katanya...” Desisaku dalam hati. “Aku fikir pembaca hanya perlu jujur untuk menyatakan pendapat sendiri. Jangan terikut dengan pengkritik karya. Pada kaca mataku, seorang pengkritik karya memerlukan kejujuran dan itu sangatlah penting sebenarnya. Sementelah analisis karyayang hanya mengikut trend akan mengakibatkan kekacauan dalam menilai sesebuah karya.” Aku masih keliru dan tertanya-tanya. Pada babak yang keberapaaku dapat membuka mulut? “Apayang tiada dalam karya, kita perlu lepaskan keranaia memang tiada. Tak guna untuk ‘mencari’, bendaitu mesti perlu adaterlebih dahulu. Aku tiada masalah untuk orang awam memberikan kritikan sastera dengan idea masingmasing. Yang menjadi perbalahan ialah pengkritik karyayang memang tugasnya memberi kritikan sastera. Jikateori sebegini berlarutan dan pengkritk karyaterus-menerus beronani berseorangan,aku khuatir budayasastera di negaraini semakin tenat. Adakah merekasekadar ingin dilihat sofistikad dengan menampakkan apayang orang lain tidak dapat lihat dalam sesebuah karya? Haih... Belum lagi kuulas tentang polemik yang membeza-bezakan tahap kecerdikan pelajar kelas sastera dengan pelajar kelas Sains. Adajugayang mengatakan sastera untuk pelajaryang lembab!” Kali ini Nita berhujah panjang. Semasa Nita menggapai cawannya untuk menghirup kopi, aku tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk membalas hujahnya. Baru sajaaku menggerakkan lidah-aku minta diri dulu kata dia. 27
Di Persimpangan Nasib AIN NATALIA BINTI JOHAR TINGKATAN 4 CENDEKIA NUR ARISSA BINTI MOHD. HAZIM IZUAN AISYAH ERYNA BINTIAMIRULLAH NUR AQILAH BINTIABD RAHMAN TINGKATAN 4 INOVATIF 28
“Lia, hati-hati ke sekolah tu. Lintas jalan baik-baik ya.” kata makcik Fatimah keanaknya, Anggun Dahlia. “Baik mak.” jawab si Dahlia. “Jangan kamu menggatal di sekolah tu,ayah tengok makin lama prestasi akademik kamu ni makin menurun. Ayah tak mahu kamu mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan Adeeb tu!” ujar Jaafar,ayah Dahlia. Dia merupakan seorang yang sangat tegas dalam mendidik anak tunggalnyaitu. Dahlia hanya mampu menganggukkan kepala kerana diatidak mahu memanjangkan cerita. Sebaik sahaja Dahliatiba di sekolah, diaterus menuju ke kelasnya. Tidak sempat dia meletakkan beg diaterdengar suarayang biasa didengarinya. “Hai Lia. Awak nampak cantik sangat hari ini.” kata Adeeb, teman lelaki Dahliaitu. “Eh saya biasasahajalah. Awak puji ni sebab ada hajat kan sebenarnya, saya tahulah.” balas Dahliasambil tertawa kecil. “Sayasebenarnya nak ajak awak keluar makan dengan saya petang ni, boleh tak?” Adeeb ajukan pertanyaannya itu tanparagu-ragu. “Mestilah boleh!” Dahliajawab dengan teruja. “Dahlia...Dahlia...DAHLIA! Kau berangan apatu, aku paggil berkali-kali tak dengar juga haihhh.” keluh Najwa, kawan rapat Dahlia. Mereka berdua bagai isi dengan kuku, tidak pernah berenggang di sekolah. “Aku tengah fikir pasal Adeeb ni jangan kacau ish!” jawan Dahlia. “Hmm suka hati kau lah Lia, yang penting aku takkan pernah setuju langsung hubungan kau dengan dia. Kau ni pelajar cemerlang kat sekolah ni, Adeeb tu pulak seorang yang nakal. Tiadaangin tiadaribut, tahu-tahu kau ada hubungan dengan dia. Kau betul ke sukakan dia? Aku rasa diatu cuma nak gunakan kau je Lia.” Najwaluahkan kata-katanyayang telah lama diasimpan. Dahliatidak mengendahkan nasihat rakannyaitu dan terus mengemas begnya untuk pulang. Sementara Dahlia menuju kepagar sekolah diaterserempak dengan Adeeb. 29
“Eh Lia,apa kata kita pergi makan sekarang? Perut saya pun dah berbunyibunyi ni.” kata Adeeb. “Urmm, sayaingat nak balik dulu. Saya nak mintaizin mak dan ayah saya dulu. Kalau awak lapar sangatawak makanlah dulu, kita tundaesok pun boleh.” kata Dahlia. “Tapi Lia, awak fikirayah awak kasi ke kalau awak mintaizin tu? Lagipun kita keluar makan ni sekejap je.” jawab Adeeb dengan nadasuarayang lembut mengharapkan Lia bersetuju dengannya. “Kalau macam tu kita pergi teruslah tapi janji dengan saya kita keluar sekejap je lepastu saya nak balik terus”. “Iye Liasayajanji”. Jam menunjukkan pukul 5:30 petang tetapi makcik Fatimah dan Pakcik Jaafar masih belum dapatapa-apa khabar berita dari anak tunggal merekaitu. “Abang, mana Lia ni? Sekarang dah 5:30 tapi batang hidung dia pun kitatak nampak lagi ni.” kata makcik Fatimah dalam keadaan cemas. “Sekejap lagi dia sampailah tu, mungkin diaada hal di sekolah tapi terlupa nak bagitahu awak.” ucap pakcik Jaafar cuba menenangkan fikiran isterinyayang sedang gundah gulanaitu. “Sayarisau lah bang, diatak pernah selewat ni tau. Kalau diaada kerja di sekolah tu pun selalunya diaakan telefon saya dulu gunatelefon awam tu. Hati sayatak sedaplah, cubaawak pergi cari dia ke buatlah apa-apayang penting sekarang ni saya nak diaada depan matasaya.” makcik Fatimah mula terfikir jikaadasesuatu yang tidak diingini berlaku kepada Dahlia. Sepantas kilat pakcik Jaafar pun mengambil kunci motornya dan bergegas untuk mencarianaknyaitu. Hari sudah semakin gelap, namun pakcik Jaafar masih belum menemui Dahlia. 30