The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SEBUAH BUKU KUMPULAN KARYA SASTERA BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS HASIL NUKILAN MURID DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN EMPAT BANDAR BARU BANGI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9693251, 2024-05-19 06:19:19

RAPSODI TANPA NOKTAH (KATEGORI BAHASA MELAYU))

SEBUAH BUKU KUMPULAN KARYA SASTERA BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS HASIL NUKILAN MURID DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN EMPAT BANDAR BARU BANGI

Keywords: RAPSODI TANPA NOKTAH,SMK JALAN EMPAT,rapsodi tanpa noktah,smk jalan empat

“Adeeb saya nak baliklah. Lagipun sayataknaklah orang nampak yang kita berdua-duaan di taman ni. Sayataknak orang fikir lain lah. Saya balik dulu yaa.” katasi Dahlia dengan harapan untuk pulang. “Ehh sabarlah dulu, Lia. Sekarang baru pukul 6:50, lagi 10 minitawak baliklah.” kata Adeeb cuba memujuk Dahlia. “Tapi sa-” tidak sempat Dahlia menghabiskan kata-katanya tiba-tibasahaja Adeeb memegang peha Dahlia. “Lia, saya katalagi 10 minit tunggu sahajalah lagi 10 minit,apayang awak tak faham ni?” Adeeb cubalagi untuk memujuk Dahliasambil dia mendekatkan lagi dirinya dengan Dahlialalu memegang sebelah lagi peha Dahlia. “Saya nak balik sekarang jugak!” lawan Dahliasambil cuba untuk lepaskan diri daripada genggaman Adeeb. “Kau ni memang dah melampau kan? Taknak dengar cakap aku dah. Sekarang niaku nak kau ikutaku!” lenting si Adeeb. Kemudiannya, Adeeb berdiri lalu menggenggam pergelangan tangan Dahlia dengan kuat dan cuba untuk mengheret Dahlia. “Ishhh sakitlah Adeeb! Lepaskanlah sayasekarang!” Dahlia balas dengan nadaseakan-akan diasedang takut dan suaranya kedengaran seperti diasedang menangis. “Boleh tak kau jangan melawan!” Adeeb sekali lagi cuba untuk mengheret Dahlia. Mujurlah makcik Fatimah pernah mendaftarkan Dahlia dalam sebuah akademi mempertahankan diri. Dahlia pun menendang lutut Adeeb dengan kuat sehingga membuatkan Adeeb tersungkur lalu melepaskan genggamannyayang dari tadi melekat di pergelangan tangan Dahlia. 31


Dahlia pun tanpa memikirkan tentang begnya, diaterus melarikan diri jauh daripadataman itu dengan harapan Adeeb tidak dapat mengejarnya. Sementara itu, pakcik Jaafaryang hampir sahajaingin putusasa dalam mencari anaknya itu tiba-tiba diaterdengar bunyi sepertiada orang yang sedang berlari ke arahnya dari belakang. Dia pun menoleh kebelakang dan terkejutapabila dia sedar bahawa orang itu ialah anaknyasendiri, Dahlia. Pakcik Jaafar pun memberhentikan motorsikalnyaitu lantas pergi kearah Dahlia. Sampai sahaja Dahlia di hadapan ayahnyaitu diaterus memeluk ayahnyasambil menangis teresak-esak. “Ayah maafkan Lia. Liatahu Liasalah sebab tak dengar nasihat ayah.” kata Dahlia. “Kenapa kamu menangis ni, Lia? Siapayang buat kamu sampai macam ni.” jawab pakcik Jaafar dengan nadayang cemas. “Ad-Adeeeb. Diacuba untuk pegang saya.” jawab Dahliaatas pertanyaan ayahnyaitu. “Sudahlah tu jom kita balik rumah dulu lepas itu kamu ceritakan pada mak dan ayah apayang terjadiya.” ujar pakcik Jaafar. Setelah merekatiba di rumah, Dahliaterus pergi kearah ibunya dan memeluk ibunya dengan sangat kuat. Dahlia pun menceritakan apasebenarnya yang berlaku. “Itulah ayah dah katajangan berkawan lagi dengan Adeeb tu.” ulas pakcik Jaafar. “Baik ayah sayatidak akan berkawan lagi dengan dia. Saya benar-benar minta maaf mak,ayah.” kata Dahliasambil menangis. “Tidak mengapa. Kamu jadikan ini sebagai pengajaran buat kamu ye. Lepasni tolong dengar nasihatyang mak dan ayah beri. Jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah.” kata makcik Fatimah. Mereka bertiga kemudiannya berpelukan sesama merekasebagai tanda kasih sayang merekasebagai sebuah keluarga. 32


Panggilan Keadilan AQIL QAYYUM BIN MOHAMED IBRAHIM TINGKATAN 4 CENDEKIA Di ruang belajaryang kecil, Dinesh duduk di lantai yang tidak beralaskan tikar, membaca buku sekolah dengan tekun meskipun udara panas terik menyengat. Diatetap fokus belajar tanparungutan. Dinesh merupakan seorang pelajar tingkatan empat di SMK Kepala Batas . Dia hidup bersamaibu dan adik perempuannya. Sejak pemergian ayahnya, keluarga merekaserba kekurangan dari segi keperluan. Ibunya, Puan Mala sangat bergelut dalam mencari rezeki untuk menyara keduaanaknya. Puan Mala mengalami penurunan keadaan kesihatan yang drastik sejak pemergian suaminya. Meskipun keadaan kesihatan Puan Malatidak mengizinkan diatetap gigih bekerjasebagai seorang pekerja pembersihan di sebuah tandasawam. Usaha murni Puan Mala dalam mencari rezeki diibaratkan sebagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. *** “Mak peperiksaan sudah hampir tibasaya masih tiada kalkulator untuk mengira” Dinesh memberitahu ibunya. “Dinesh, nanti mak cuba usahakan untuk mendapatkan kalkulator sebelum peperiksaan.” Jelas Puan Mala kepada Dinesh. 33


Pendapatan Puan Mala habis untuk membeli susu anak keduanyayang baru berusia duatahun lapan bulan. Dalam kondisiyang memaksa Puan Malatelah cuba untuk mendapatkan pinjaman peribadi daripadaagen yang dipercayai. Malangnya hasrat Puan Mala gagal disebabkan tidak menepati syarat dan ciri peminjaman. Dalam keadaan yang semakin mendesak, Puan Malasemakin rungsing dan tiadaidea untuk menyelesaikan masalahnya. Tanpa berfikir panjang, Puan Mala telah melakukan langkah yang gegabah. Puan Mala pergi ke kedai alat tulis dan cuba untuk mencuri sebuah kalkulator untuk kegunaan anaknya. Nasib yang kurang baik, perbuatan Puan Malaitu telah disedari oleh seorang jurujual di kedaialat tulis itu. Tanpa disoal selidik, jurujual itu telah membawa Puan Mala ke Balai Polis Kepala Batas. Puan Malatelah direman selama dua hariatas tuduhan mencuri. Dinesh berasasangat menyesal dengan penuh penyesalan keranatelah menggesaibunya untuk membelikannyasebuah kalkulator. Hati Puan Mala terasa berat dipenuhi dengan kesepian yang menghimpit. Puan Mala terbayangkan nasib dua orang anaknyasekiranya dia dihumban ke dalam penjara. *** Detik demi detik, hari perbicaraan kes bagi Puan Malatelah pun tiba. Sewaktu di mahkamah Puan Malaterserempak dengan seorang peguam yang bernama Tuan Amri. Tuan Amri merupakan seorang peguam yang mempunyai sifat empati dan kebijaksanaan yang mendalam serta berpengalaman. 34


“Salah apa puan ?” Tanya Tuan Amri kepada Puan Mala. “Saya mencuri tuan.” Respons Puan Mala. “Curiapa?” Tanya Tuan Amri. “Kalkulator tuan.” Sapa Puan Mala. Tuan Amri berasa musykil dan hairan lalu meminta pegawai penjarasupaya memberikannyaruang untuk bertemu dengan Puan Mala. “Kenapa mencuri kalkulator puan.” Tanya Tuan Amri dengan penuh kehairanan. “Puan, puan tahu atau tidak perbuatan puan ni boleh menyebabkan puan dipenjarasehinggatujuh tahun maksima.” Tegas Tuan Amri. “Sayaterdesak tuan, ini untuk kegunaan anak saya.” Jawab Puan Mala dengan teresak-esak. Puan Mala menceritakan semua perkarayang terjadi terhadap dirinya kepada Tuan Amri. Telinga mendengar kisah pilu, hati terasa hancur mendengar cerita daripada Puan Mala. “Puan nak saya bantu tak, saya boleh menolong untuk cuba meringankan hukuman yang bakal dikenakan kepada Puan.” Kata Tuan Amri dengan penuh rendah hati. “Berapa bayaran yang dikenakan?” Tanya Puan Mala. 35


“Tidak mengapa puan, sayaikhlas untuk membantu puan.” Jelas Tuan Amri. Sifat kedermawan yang tinggi dalam diri Tuan Amri membuatkannya terbuka hati untuk membantu orang yang memerlukan perkhidmatannya. *** Tuan Amri berusaha mencari beberapa buktiyang boleh membantunya. Selepas mengambil beberapa keterangan dan bukti, Tuan Amri bertemu dengan Dinesh untuk membawanya ke mahkamah bagi menyaksikan perbicaraan kes. Tuan Amri dan Puan Mala berjalan selangkah demi selangkah dengan beribu harapan melangkah masuk ke dalam medan pembuktian. Puan Mala memberi keterangan dengan penuh pengharapan di dalam sangkar kayu tempat pembuktian kes. “Yang Arif OKT telah melakukan kesalahan dengan keterpaksaan kerana dia tidak mahu mengecewakan anaknya. Saya memohon supaya hukuman yang dikenakan di bawah seksyen 294 diringankan.” Jelas Tuan Amri satu per satu kepada majistret. “Yang Arif saya memohon dengan rendah diri tinggi harapan.” Rayu Tuan Amri kepada majistret. TUNG!!! Pihak majistret menghayun tongkat gavel dan mengetuknya di meja. ‘Alhamdulillah’ desis di dalam hati Tuan Amri. 36


Air mata mengalir di pipi Puan Mala menunjukkan rasasebak kerana keputusan mahkamah berpihak padanya. Kemurahan hati seperti embun pagi,memberi kesegaran kepadayang memerlukan. Begitulah sifat pemurah yang ditunjukkan Tuan Amri. Surah al-Maidah ayat kelapan, wahai orangorang yang beriman hendaklah kamu menegakkan kebenaran kerana Allah. *** “Terima kasih tuan, jasatuan kepada kami sekeluargatidak akan terbalas. Apalah nasib kami jikatuan tidak membantu kami.” Kata Puan Mala dengan penuh sebak. “Sama- sama puan, sesungguhnya bukanlah sayayang membantu puan sebaliknyasang penciptayang menggerakkan hati saya untuk membantu puan.” Jelas Tuan Amri. “Belajar rajin-rajin ya, dah berjaya nanti jangan lupakan ibu.” Pesan Tuan Amri kepada Dinesh. “Baik Tuan” sapa Dinesh dengan penuh gembira. Dinesh telah bertekad untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan memasang cita-cita untuk menjadi seorang peguam dan berazam untuk membantu orang yang memerlukan seperti dia bersamaibunya. Dinesh bertekad untuk mempelajari dan mendalami ilmu islam keranaadab dan nilaiyang ditonjolkan oleh Tuan Amri memberi kesan kepadanya. 37


Selamat Tinggal Kesayanganku NORAZANI BINTI MD ZAIN KETUAPANITIA BAHASA MELAYU “ Hujung minggu ni kita naik motor balik Melakaye..” mesej daripada suamiku. Dalam hatiku terdetik “ Alamak… banyak kerjasekolah nak siapkan ni”. Tapiaku bungkam tidak menunjukkan sebarang reaksi. Layankan sajala. Pagi Sabtu seawal 9.00 pagiaku telah siap berpakaian lengkap sesuai sebagai seorang pembonceng motosikal besar. Sambil menunggu suamiku turun aku membelek-belek mesejyang tidak sempat dibaca malam tadi serta melihat video di tik- tok. Banyak jugavideo-video yang menarik khususnya bab resipi, makanyaseperti biasaaku akan copylink simpan dalam telegram kononnya nanti senang nak cari untuk masak resipi kegemaran keluarga. Tapi sampai hari ni tak nampakpun hidangannya….biarlah kata hatiku, janji ada. Setengah jam kemudian suamiku turun tangga dengan pakaian lengkap sebagai seorang rider. Aku pandang sekilas lalu sambil tangan sibuk mencapai beg tangan , topi keledar dan baju hujan supayatidak kelewatan mengekori suamiku. Tepat pukul 10.00 pagi tayar motosikal bergolek di jalan rayasetelah suami membantu mengikatkan tali topi keledar di bawah leherku. Detik itu aku terasa betapa kini layanannya kian mesraterhadapku. Alhamdulillah…syukur kepada Allah. Saat diatas motosikal ku pegang erat pinggangnyayang kian besar sejak diatidak aktif lagi bersukan, seolah-olah tidak mahu berpisah dengannya. Namun aku sedar kita hanya merancang tetapi sebaik-baik perancang adalah Yang Maha Pencipta. 38


“ Kitasinggah sarapan nasi dagang yang viral tu dulu ye”, katasuamiku sewaktu berhenti di persimpangan lampu isyarat. Aku hanya mengangguk sahaja. Perjalanan diteruskan sehinggasampai ke kedai Nasi Dagang Ganu. Aku diminta mencari mejatempat duduk manakalasuamiku berbaris untuk membeli makanan. Setelah dua pinggan nasi dagang dibawa ke meja, suamiku memesan pula dua gelas teh ais madu. Oleh sebab terlalu laparaku pun makan dengan lahapnyasedangkan suamiku masih mengambil beberapa keping gambar sambil meminta ku memandang kearah kamera. Aku senyum saja mengikut kehendaknya. Kami berbual tentang beberapatopik yang agak panas di media sosial sekadar memecahkan kesunyian sambil-sambil melihat gelagat pengunjung yang lain apatah lagiyang membawaanak kecil. Zaman aku bersilat menguruskan anak-anak kecil telah berlalu getus hati kecilku. Setelah satu jam berlalu, kami kembali ke motosikal. Sewaktu enjin jentera dihidupkan ku lihat banyak matayang menoleh kearah kami kerana bunyi deruman yang agak kuat. Walaupun sesekali aku rasa malu tetapi hatiku selalu berkataaku sudah tiada masalagi untuk terus membahagiakannya. Berbaktilah untuk detik-detik terakhir ini. Perjalanan ke Melaka diteruskan dengan berhati-hati… seperti biasaaku akan terus berzikir dan mengucap berkali-kali ketika diatas motosikal, manalah tahu ini hari terakhiraku melihat bumi Allah yang indah ini. Alhamdulillah kami selamat sampai ke Melaka. Ku lihat rumah jiranku dipenuhi dengan banyak kereta, mungkin tidak sempat mengadakan rumah terbuka dalam bulan Syawal yang lalu. Aku masuk ke dalam rumah dan membuka paip air untuk membuang airyang mungkin berkarat. Ketikaitu mataku terpaku pada percikan airyang membasahi lantai dapur, rupa-rupanya wayar penapisair bocor. Semuanya ku laporkan satu persatu agar suamiku akan mengambil tindakan segera. 39


Usai solat zohor suamiku berbaring sekejap untuk melelapkan mata. “ Kita balik lepas waktu Asar nantiye”, katasuamiku. Aku menjawab dari dapur sambil menyapu sampah, “ Ok”. Selesai tugasan di dapuraku menuju ke birai katil dan bertanyalembut kepadanya. “ Bang… kenapaye Mah tengok sejak kita balik haji, abang makin baik sangat kapada Mah?” Dalam hatiku terlintas, kata orang lelaki ni kalau buat baik dengan isteriadasesuatu rahsialah tu…entah-entah nak menambah cawangan lain. Suamiku memandang wajahku dengan penuh kasih sayang, menggenggam tanganku lalu menjawab , “ Abang tak tahu berapalamalagi kita dapat hidup sebagai suami isteri. Entahkan abang, entahkan Mah yang pergi dulu. Sebab tu abang nak kita nikmati hidup ni supaya kitatinggalkan kenangan manis kepada orang yang ditinggalkan. Mah ingat tak doktor cakap apatentang jantung Mah?” Ya Allah … barulah aku teringataku masih dalam rawatan sebagai pesakit jantung dan doktor mengatakan orang yang sakit jantung ni boleh meninggal secaratiba-tiba. Saat itu terasa malunyaaku keranasyak wasangka lebih menguasai diri bebanding memikirkan ajal dan maut boleh menjemput bila-bila masa. Mungkin dengan cara kemalangan, mungkin aku pergi ketika dibuai mimpi indah atau mungkin sebab lain…Perlahan-lahan gugur butirbutir mutiara dari mata bundarku. 40


“ Maafkan Mah ye bang, Mah dah salah sangka padaabang…” perlahan suaraku menahan sebak dan rasa malu. Jauh di sudut hati ku pasak niatakan berusaha untuk berubat dan selebihnyaaku pasrah kepadaMu ya Allah. Sekarang niaku nekad akan sentiasa di sisimu suamiku mencipta kenangan indah sebelum ajal menjemput… 41


Puisi 42


Berjaya Dalam Hidup SITI IWANI BINTI IKHWAN TINGKATAN 5 DEDIKASI Burung merpati hendak ke sarang, Menyiram pokok di pagi hari, Mahu berjaya mulasekarang, Keranailmu perlu dicari. Anak kucing bermain di taman, Berlari-lari di pagi hari, Jikaingin mencapai kejayaan, Haruslah akur tepati janji. Anak tiri di dalam hutan, Dipatuk ular bisanyaterasa, Jika kejayaan menjadi harapan, Jangan sekali berputusasa. Dari hulu ke hilir sungai, Burung merpati terbang merata, Restu guru perlu dihargai, Tanparestu siapalah kita. 43


Ombak Bermadah Sayu NUR AISYAH BINTI MUHD BUSTAMAN TINGKATAN 5 INOVATIF Deruan ombak menyedarkan aku, Pohon-pohon seakan melambai, Hembusan bayu menerpa diri ini, Kisah indah menyelubungi diri. Hilai tawatidak lagi kedengaran, Hanya bayangan kenangan sebagai peneman, Tangisan rakusnya memakan perasaan, Umpama belati menghiris badan. Andai dapat kuputarkan masa, Pasti dapataku bercerita, Tentang indahnya bunga, Yang dinamkan cinta. Saat ini tiadaapayang kupinta, Selain hanyasebuah cerita, Bermadah indah ketawa bahagia. Jika benar ianyafatamorgana, Jika benar ianya dusta belaka, Biarkan aku dalam dilema, Agaraku mengerti sakitnyasebuah cinta, Kerana perpisahan bertemu air mata. 44


JIKA MUHAMMAD AMMAR MUKHLIS BIN MOHD SHAHREZA TINGKATAN 4 DEDIKASI Jika dirimu adalah diriku, Makaengkaulah diriku, Yang paling mencintaimu. Jika diriku adalah dirimu, Makaakulah dirimu, Yang paling kuat, Memeluk erat tubuhmu. Dirimu tetaplah dirimu, Yang paling kuat, Yang paling semangat, Tetap setia bersamaku. Kitatetaplah kita, Yang paling kuat, Yang paling semangat, Memperjuangkan romansa kita. 45


AtmaAdam Dan Hawa NUR AISYAH BINTI MUHD BUSTAMAN TINGKATAN 5 INOVATIF Tangan yang lembut mengusap ubun-ubun, Senyuman manis bagaikan gula, Lihai tangan melambai-lambai, Tutur indah kata-katamu. Sepi saat diri merasaalpa, Pilu saat diri terluka, Air mata bertatahkan mutiara, Kecewa berselimutkan lena. Siwa bergentayangan, Kasih hilang dirajuk sukma, Cinta hilang dibawa pawana. Dirimu bagaikan mawar, Dihiasi butiran permata, Saataku dirundung dilema, Luka diubatiair mata. 46


Terima kasih menjadi buku, Saat diri menjadi keliru, Ditipu duniafatamoorgana, Ternyatasungguh pahit bak peria. Andai dirimu tenggelam di lautan, Biarkan diri berseorangan, Saataku ketawwa kebahagiaan, Rangkullah tubuh agar dapat terbang bersama. 47


Langit NUR AISYAH BINTI MUHD BUSTAMAN TINGKATAN 5 INOVATIF Langit tidak selalunyacerah, Adakalanya mendung menyinggah, Hidup tidak selalunya mudah, Kadang yang indah bertukar gundah. Hujan mengunjung menjamah bumi, Mengahalang sinar mentari, Hati dingin mulai sepi, Disulami sesal tiada henti. Lautan terbentang luas, Kadang ombak memukul bumi, Biar hidup punya dugaan, Jangan hidup penuh keluhan. Hembusan bayu menembusi wajah, Tikaman di jiwa mulai berdarah, Sabar pasti menjadai indah, Andai dikau menganggap berkah. 48


Hidup hanyafatamorganasemata, Penuh sandiwara penambah rasa. Manisnya hidup umpama gula, Namun ternyata pahit bak peria. Duniatidak mampu lagi diatur, Hidup tidak mampu lagi diduga, Andai dikau tabah meeenghadapinya, Pastinya mudah engkau meraih syurga. 49


Untuk engkau, Si jantan yang menyedut Asap bodoh itu, Kau pasti menjadi kumbang, Jinak terbang beredar, Saat kau lihat, Bunga kembang di taman. Untuk engkau, Si jantan yang menyedut Asap bodoh itu, Sedarlah, Kau tidak layak, Igau bahteracinta, Menuju muarasyurga. Jantan Hisap Kretek MUHAMMAD AMMAR MUKHLIS BIN MOHD SHAHREZA TINGKATAN 4 DEDIKASI 50


Tingkap papan kayu bersegi, Rindu kampung juga saudara, COVID-19 sangat dibenci, Tidak dapat Raya bersama. Politik berdebat penat didengar, Duit susah untuk dikumpul, Orang menangis hendak keluar, Hendak pulang ke asal-usul. COVID-19: i RAISYAIRDINA BINTI SYAFIQ AKRAM TINGKATAN 3 DINAMIK 51


Rumah AIN NATALIA BINTI JOHAR TINGKATAN 4 CENDEKIA NUR ARISSA BINTI MOHD. HAZIM IZUAN AISYAH ERYNA BINTIAMIRULLAH NUR AQILAH BINTIABD RAHMAN TINGKATAN 4 INOVATIF 52


Keluargaitu, Ibarat rumah untukku berlindung, Ingin kuberteduh sehinggaakhir hayatku, Kerana merekaadalah duniaku. Tetapi, Aku tidak sekuat ibuku, Dan aku tidak setabah ayahku, Untuk kuharungi hidupku tanparumahku. Keluargaitu, Tempat kumeluahkan segalarasa, Tempat kubergelak tawa bersama, Tempat untukku berkongsi rasa. Tetapi, Itu semua hanyalah sekadar mimpi, Itu hanyalah keluargayang kuidamkan, Bukanlah keluargayang aku miliki. Keluargaitu, Ingin kuputarkan semula masa, Masa dimana keluargaku bahagia, Dan itu bukanlah masasekarang. Tetapi, Akan kucubasegalacara, Untuk kukembalikan keluargaku, Walau kutahu iaseakan-akan mustahil, Keranarumahku ini telah lama hilang. 53


Dimengerti MUHAMMAD AMMAR MUKHLIS BIN MOHD SHAHREZA TINGKATAN 4 DEDIKASI Jika terus diam, Itu bahaya, Jika banyak bicara, Itu tanda cinta, Mereka tidak rumit, Hanya perlu difahami Dengan bahasa yang unik, Mereka mahu perhatian, Mereka mahu dihormati, Mereka mahu dikasihi, Mereka mahu dilindungi, Mereka mahu dicintai, Mereka mahu disanjungi, Wanita mahu dimengerti. 54


Jalan jalan terlihat tupai, Pergi ke sungai membawa raga; Pelitup muka mestilah dipakai, Agar kesihatan diri terjaga. Jalan-jalan terlihat Ular sawa, Pergi ke pekan menaiki kereta; Kerana virus manusia kecewa, Kehilangan ahli keluarga tercinta. COVID-19: ii IBRAHIM IHTISYAM BIN MUHAMMAD HAZRUL TINGKATAN 3 DINAMIK 55


Kantin NURANISAKMA BINTI KHAIRY TINGKATAN 4 INISIATIF AISHA HUMAIRA BINTIAZRUL FAHMI TINGKATAN 4 CENDEKIA Di luar tingkap burung bernyanyi, Bernyanyi diatas pohon palma, Tatkala loceng sudah berbunyi, Kantin menjadi destinasi utama. Jika diberi hulurkan tangan, Rezeki bergolek didepan mata, Tidak jemu setiap hidangan, Dimasak makcik manis jelita. Direnung jam menunggu waktu, Dek perut sentiasa berlagu, Wajib dibeli sudah tentu, Kegemaran kami Keleder Bersagu. 56


Ikrar Berpumpun AZLINA BINTI MOKHILAS PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK JALAN EMPAT Kitaibarat rumah, Agam berdiri teguh binanya, Kayu disepuh minyak tembaga, Pasak diketam rasi petaknya. Kitaibarat pohon, Teguh melangit gagah akarnya, Payung alam kejap tanahnya, Berkatasasnyatunjang semadi. Sederap sejalan sesusun bak sirih, Barulah seiring ayam dan kokoknya, Lantai tidak akan disalah rendah, Dilaung ke gunung kembali gemanya, Dicari di pantaiadajejaknya. Itulah kita wargajagat maya, Sekali berpumpun, bernyawaselamanya. 57


Alhamdulillah Syukur AZMAROZI BINTIAHMAD GURU KAUNSELING Alhamdulilah syukur masih diberi peluang Alhamdulilah syukur masih di ingati Alhamdulilah syukur masih di hargai Alhamdulilah syukur masih di doakan Alhamdulilah syukur masih ada waktu Alhamdulilah syukur masih bersemangat Alhamdulilah syukur semuanya dipermudahkan. Terima kasih ya Allah semuanya dengan Izin-Mu. Alhamdulilah syukuratas semuanya. 58


KenanganAbadi Di RelungAbadi HANILAH BINTI RAMLI GURU PERPUSTAKAAN Dilembaran waktu yang tak pernah berhenti Kau tinggalkan jejak dihati ini Mendidik tentang perjalanan hidup dan ajal Menunjuk jalan menuju Illahi Setiap langkahmu Penuh hikmah dan erti Membawacahaya dalam gelapnya dunia Kau ajarkan aku nilai sejati Tentang duniafana dan akhiratabadi Di bawah naungan kasih sayangmu Aku belajar tentang kebaikan dan jujur Kau pahatkan iman yang kukuh Mengenal tuhan dalam setiap tutur Kehilanganmu, Bagai lukayang dalam Namun cintamu menguatkan jiwayang rawan 59


Meskiair matajatuh tanpasuara Aku redha Redha pada ketentuan yang Esa Kau kini ditempatyang lebih bahagia Dalam rahmatNya DiFirdausyang Agung Semogarohmu tenang di sana Dikau sentiasa hidup dalam setiap doa Selamanya dihati Tidak pernah sirna Abah, Terima kasih atas segala Ajaranmu kekal, tidak terpadam masa Kau adalah bintang yang sentiasa menerangi jiwa Walau kau tiada Senyumanmu, cintamu sentiasa bersama 60


Murni ARNIEASLINDA BINTIARBAK GURU BAHASA MELAYU Dol Said penghulu Naning, Secara pertuturan bijak berunding. Libau Rentap penggoncang dunia, Secara bersepadu sahsiah muliaterbina. Yamtuan Antah Seri Menanti, Secara perlakuan berupaya bertindak sendiri. Antanom pahlawan anak rimba, Secara kontekstual mampu mengawal minda. Tok Janggut jihad Kelantan, Secarateladan memaknakan kewujudan. Mat Salleh bersifat kepahlawanan dan keberanian, Secara pertimbangan menyeimbang naluri kemanusiaan. 61


Dato’ Maharaja Lela Pembesar Berlapan Perak, Secarainterpretasi bermatlamatkan akhlak. Syarif Masahor tokoh pejuang Sarawak, Secara pemikiran melontar pendapat dan hak. Haji Abdul Rahman Limbong kebangkitan tani, Secara kefahaman membentuk aspek rohani. Mat Sator pemimpin Kadazandusun tempatan, Secara penaakulan membalut perasaan kehidupan. Dato’ Bahaman pembesar Temerloh, Secaraisyarat menyatukan akal, jasad dan roh. 62


SyairAl-Fateh HAZIQAH BINTI MOHD ROZMAN GURU PELATIH 2024 Tersebutlah kisah sianak raja menciptasejarah terus dipuja kisahnyaindah tidak terkata laungan takbir gegak gempita. Ilmu di dada penaka bekalan terus berjuang tiadasesalan perjuangan ini tanda keimanan pahala berjihad penakajaminan Dipimpin sultan yang hukama strategiyudaterus dijana hadis nabi harus dilaksana menawan kota megah terbina Beribu tentera dalam pertarungan tanduk emas menjadi halangan kisahnya masih menjadi sebutan bahtera dibawa merentas daratan. 63


KotaIstanbul kini ditawan udaakhirnya mampu dilawan pemimpin ini merekaagungkan tenteraini mereka banggakan Sultan Muhammad nama diberi KotaIstanbul megah berdiri dipimpin hukamayang berkualiti sehingga kini terus dihormati 64


Gurindam Kasih Sayang AZIM FARHAN BIN NGADIMIN GURU PELATIH 2024 Hendaklah hormat patuh padanya Syurga di bawah telapak kakinya Berhempas pulas mencari rezeki Sayang ayah tiadatandingi Susah senang sentiasa bersama Sahabat penyejuk jiwaraga Rindu semakin tidak tertahan Tidak berjumpasudah bertahun Wajah yang manis penyejuk jiwa Pengubat segala dukalara Hati disapa oleh cinta Sanggup berkorban apayang ada Hati gembirasiapakan tahu Sudah adayang menyayangiku 65


Bila hati sudah sayang Pelbagai rintangan bukan penghalang Setiap sudut hendaklah jujur Kesetiaan menjadi kayu ukur Betapa pentingnyasebuah kepercayaan Kasih sayang sentiasaterjamin 66


PANTUN NASIHAT KEPADAPELAJAR MOHAMAD SYAHRULAIZZAT BIN ABD HADI GURU PELATIH 2024 Rusa berlari di padang yang datar, Harimau di belakang sedang mengejar; Jikaingin bertambah pintar, Tentu kita harus belajar. Banyak di tasik bungateratai, Memetik bunga berhempas pulas; Rajin belajar pangkal pandai, Semangat terus jangan malas. Pergi ke dapur membawajamu, Terjatuh pula di tepi tangga; Saat insan mencari ilmu, Semakin dekat jalan ke syurga. Petang sabtu merias kuku, Kuku dirias oleh kakakmu; Banyak-banyakkan membaca buku, Kerana membacajambatan ilmu. Petang-petang menunggang kuda, Sambil menunggang sambil ketawa; Siapayang rajin di waktu muda, Hidup bahagia ketikatua. 67


Tautan Setia HAZIQAH BINTI MOHD ROZMAN GURU PELATIH 2024 Keindahan bahasa penyeri buana buat manusiayang terus berkelana supaya mampu petah berkata supaya mampu tertulis tinta sehinggatersingkap beribu ceritera. Bahasa diulit seribu satu rahsia yang diwarisi sepanjang usia sehinggaterbinasebuah adiwangsa sehinggaterbentuk takhta berkuasa kerana bangsa dan bahasasaling bersiwasa. Namun bahasa kini nestapa di saat hedonisme mula menerpa penaka bangsa Melayu kinialpa penaka bangsa Melayu tidak lagi berupa sehinggatergadai bahasatercinta sehinggaseantero buana belangsukawa Kerana bahasa dan bangsa terikat dek tautan setia di saat hilangnya nilai bahasa penaka binasasebuah bangsa penaka maruah telah diperkosa sehingga hilangnya nilaiadikara. 68


Sahabat Sejati AZIM FARHAN BIN NGADIMIN GURU PELATIH 2024 Di saataku ingin menongkah arus Di saataku ingin selami kehidupan Di saat itu aku tenggelam dalam lautan dunia Di pukul ombak berbuih duka Waktu sunyi datang menyapa Kau hadir membawacahaya Wajahmu datang bersamarupa Menghulur tangan tanda bermesra Hadirmu datang membawalembaran Menciptacerita menyulam kenangan Menyuntik semangat berpaksikan tekad Kaulah sahabat kaulah teman Hadiah terindah dari syurga 69


Gelak tawa kita bersama Susah senang sentiasaada Walau kitasering bercanggah Namun bertahan keranacinta Kita berjuang dalam kehidupan Membawa namaayah ibu tercinta Persahabatan kitatidak ternilai Kau sahabat penyejuk di jiwa Sentiasa membelai saat ku kecewa Penerang saat gelap Penunjuk saat tersesat Penyemat saat terjatuh Sahabat sejati sehidup semati 70


Satu Nama HAZIQAH BINTI MOHD ROZMAN GURU PELATIH 2024 Saat kau bahagia ingatlah padasatu nama namayang memberimu gemerlapan syamsi namayang memberimu kehangatan kama. Saat kau nestapa ingatlah padasatu nama namayang memberimu cerlak kehidupan namayang memberimu nirmala keampunan. Satu namayang penuh bermakna tanpa kasihnya kitasesat dalam zulmat tanpa kasihnya kita dinodafantasi buana tanpa kasihnya kitalemas dalam lautan resah. Maka berkelanalah di buana sebagai ulun yang mengenaliNya tandacinta kepadasatu nama yang digelar Maha Esa. 71


Syair Saudaraku AZIM FARHAN BIN NGADIMIN GURU PELATIH 2024 Ingatlah wahai saudaraku Apayang hendak diberitahu Dugaan dan ujian bakal berlaku Menceritakan hidup penuh berliku Jauhi semua perbuatan maksiat Begitu juga perbuatan jahat Segeralah kitasemua bertaubat Agar kitaselamat duniaakhirat Jadilah hambayang mentaati Menuju akhiratyang sedia menanti Sebagai hamba-Nya yang sejati Agar hidup senantiasa dirahmati Dijadikan dunia oleh Tuhanmu Bukan di siniakan tempatmu Sekadar ibadah dengan ilmu Sertaamalkan dengan yakinmu 72


Jangan risau dengan cobaan Jangan bersedih kerana kesusahan Berdoasaja pada Tuhan Mudah-mudahan Dia kabulkan Buat dirimu dan diriku ini Luahan hatiagar diperbaiki diri Nasihat membumi tulus murni Buat ingatan jasad dan nurani 73


Click to View FlipBook Version