The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-8386316, 2021-06-30 11:58:23

Buku Skrap - Al-Khawarizmi

AL-KHAWARIZMI
BAPA ALGEBRA

01 03PENGENALAN KARYA

02 04SUMBANGAN KETOKOHAN

05 KESIMPULAN

TUNTUTLAH ILMU.
DISAAT KAMU MISKIN,IA AKAN

MENJADI HARTAMU.
DISAAT KAMU KAYA, IA AKAN

MENJADI PERHIASANMU

- LUQMAN AL HAKIM

PENGENALAN

Al-Khawarizmi, atau nama sebenarnya Muhammad ibn Musa
al-Khawarizmi yang beketurunan Parsi berasal dari kawasan Khawarizm, di

kawasan Laut Aral yang hari ini merupakan sebahagian daripada
Uzbekistan dan Turkmenistan. A-Khawarizmi adalah salah seorang ilmuan

matematik di Bait al-Hikmah (House of Wisdom) yang diasaskan oleh
Khalifah al-Ma'mun pada zaman pemerintahan Kerajaan Islam Abbasiyyah

Beliau lahir disekitar tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun
sekitar 850 Masihi. Selain sebagai ahli matematik, beliau juga adalah ahli

astronomi dan juga ahli geografi di Bait al- Hikmah.

SUMBANGAN

BIDANG MATEMATIK

Al-Khwarizmi mempunyai kepakaran dalam ilmu matematik dan diiktiraf oleh pemerintahan Abbasiyah
seperti Khalifah al-Ma’mum dan Khalifah Harun al-Rashid.

Beliau telah dilantik sebagai pakar matematik dan ahli akademik matematik di Baitul Hikmah oleh Khalifah
Harun al-Rashid. Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Arkib Buku di perpustakaan istana oleh Khalifah
al-Ma’mum.

Bertindak mengemaskinikan sistem perpustakaan dengan menambah indeks buku-buku di perpustakaan,
mengetuai serta mengawasi kerja penterjemahan buku-buku matematik dalam bahasa Yunani.

Beliau turut dilantik sebagai astronomi dan bertugas di balai cerap di Baghdad oleh Khalifah al-Ma’mum.

Sumbangan terbesar beliau ialah memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini iaitu
0,1,2,3,4,5,6,7,8, dan 9. Angka-angka ini menggunakan simbol-simbol tertentu dan mewakili nilai-nilai
tertentu seperti yang digunakan oleh penduduk timur Arab.

SUMBANGAN

BIDANG MATEMATIK

Al-Khwarizmi merupakan orang pertama memperkenalkan angka sifar dan perpuluhan dalam ilmu
matematik. Penggunaan angka inilah akan terbitnya nombor yang mencapai infiniti. Hasilnya, ilmu
matematik semakin berkembang meliputi operasi kuasa, log, kosinus dan sebagainya.

Al-Khwarizmi juga dikenali sebagai Bapa al-Jabar setelah memperkenalkan jurusan aritmetik dengan
penggunaan simbol yang mewakili nombor dan nilai (pembolehubah).

Hasilnya banyak masalah pengiraan yang dihadapi oleh masyarakat Islam dapat diatasi. Buku kaedah
aritmetik al-Jabar ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan telah menjadi rujukan di universiti-universiti di
Eropah pada abad ke-12 M - ke-13 M.

Beliau berjaya mencipta ilmu baharu yang belum pernah dicipta oleh pakar-pakar matematik sebelumnya
seperti istilah-istilah baharu dalam ilmu aritmetik. Antaranya ialah istilah pemboleh ubah kuasa dua (x²),
pemboleh ubah (x) dan pemalar (c) yang digunakan sehingga kini.

HASIL KARYA

01 Mafatih al-mum
-Berkaitan dengan sistem nombor
-Karya ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin, iaitu
De Numero Indorum

02 Al-Kitab al-Muhtasar

-Karya mengenai algebra
-Diterbitkan pada tahun 820M

03 Al-Jabr wa al-muqabalah

-Karya berkaitan algebra
-Menjelaskan penggunaan scenes dan tangens dalam
penyelidikan trigonometri dan astronomi

HASIL KARYA 05

04 Zij al-Sindhind

Kitab surat al-Ard -Jadual astronomi
Sind dan Hind
-Buku mengenai
rupa muka bumi -Salah satu zij yang
dihasilkan oleh
-Merupakan beliau
rujukan dan versi
-Berdasarkan
pembetulan kaedah astronomi
kertas kerja India
Ptolemy tentang

Geografi

KETOKOHAN

Ketokohan al-Khawarizmi dapat dilihat daripada dua
bidang iaitu matematik dan astronomi. Dalam bidang
matematik, al-Khawarizmi memperkenalkan ilmu
algebra dan hisab. Pada zaman tamadun Islam, beliau
menghasilkan banyak karya yang masyhur.
Antaranya ialah Maftih al-Ulum. Selain itu, beliau
turut menyumbang dalam sistem nombor yang telah
digunakan pada zaman awal tamadun Islam

KETOKOHAN

Pada setiap karya yang dihasilkan beliau, banyak kaedah yang telah
diperkenalkannya. Antaranya ialah sin , kos dan tan dalam trigonometri
penyelesaian persamaan, teorem segi tiga sama, mengira luas segi tiga,
segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Beliau turut
memperkenalkan masalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori
nombor.

Di samping itu, al-Khawarizmi terkenal pada zaman tamadun Islam dahulu
kerana penglibatannya dalam bidang astronomi. Astronomi ialah ilmu falak
iaitu pengetahuan mengenai bintang yang melibatkan kajian tentang
kedudukan, pergerakan, pemikiran dan tafsiran berkaitan dengan bintang.

KESIMPULAN

Al-Khwarizmi ialah seorang ahli
Matematik muslim yang terkenal
dan wajar kita jadikan sebagai
contoh. Sumbangan besar beliau
kepada perkembangan ilmu perlu
kita jadikan sebagai muhasabah
kepada diri kita kerana satu ketika
dahulu umat Islam adalah
pendominasi ilmu pengetahuan.

Sekian ,
Terima Kasih


Click to View FlipBook Version