The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lizasalleh36, 2023-01-27 19:41:14

MODUL KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI PRASEKOLAH

MODUL SAINS PRASEKOLAH

1


2 ISI KANDUNGAN Bahagian / Tajuk Muka Surat BAHAGIAN A: MODUL PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI SAINS 1.0 Pengenalan 5 1.1 Rasional 5 1.2 Matlamat 6 1.3 Objektif 7 BAHAGIAN B: PROSEDUR PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN MODUL KBAT SAINS 2.0 Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran 8 2.1 Istilah/ Makna simbol elemen dalam langkah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran 9 2.2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Modul KBAT 10 2.3 Apakah masalah dalam Sains 13 2.4 Apakah Sebenarnya Kemahiran Berfikir? 15 2.5 Peranan guru untuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi 21 BAHAGIAN C: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 1.TAJUK: Manusia 22-34 2.TAJUK: Mata untuk melihat 35-46 3.TAJUK : Hidung untuk menghidu 47-56 4.TAJUK: Haiwan 57-71 5.TAJUK : Timbul Tenggelam 72-83 Sumber Rujukan Modul 84-85


3 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 1.TAJUK: Manusia STANDARD PEMBELAJARAN : Murid boleh: ST 2.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia iaitu mata, telinga, hidung, mulut, lidah, tangan, kaki. ST 2.1.2 Menceritakan tentang fungsi dan kepentingan bahagianbahagian tubuh manusia dalam kehidupan seharian. (Aras Aplikasi) ST 2.1.3 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan ciri anggota badan pada manusia (Aras Analisis) ST 2.1.4 Mengenal pasti masalah dan situasi dalam kehidupan seharian. (Aras Aplikasi) 2.TAJUK: Mata untuk melihat STANDARD PEMBELAJARAN: Murid boleh: ST 5.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang berkaitan dengan deria penglihatan. ST 5.1.2 Mengenal pasti kegunaan mata dalam kehidupan harian (Aras Aplikasi).


4 ST 5.1.3 Mengenal pasti masalah dan situasi dalam kehidupan seharian dan cara penyelesaian. (Aras Aplikasi) 3.TAJUK : Hidung untuk menghidu STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: ST 6.1.2 Mengelaskan benda-benda yang berbau dan tidak berbau berdasarkan penyiasatan. ST 6.1.3 Menjelaskan kepentingan bau dalam kehidupan harian (Aras Aplikasi) ST 6.1.3 Membanding beza jenis bau wangi dan bau busuk (Aras Analisis) ST 6.1.4 Mengenal pasti masalah dan situasi dalam kehidupan seharian dan cara penyelesaian. (Aras Aplikasi) 4.TAJUK: Haiwan STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: ST 3.1.3 Mengenal pasti haiwan dan bahagian tubuh haiwan seperti (sayap, ekor, tanduk ,bulu dll) dan menyatakan fungsi setiap bahagian tersebut. ST 3.1.4 Menceritakan tentang fungsi dan kepentingan bahagianbahagian tubuh haiwan dalam kehidupan seharian. (Aras Aplikasi)


5 ST 3.1.5 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan ciri anggota badan pada haiwan (Aras Analisis) ST 3.1.4 Mengenal pasti masalah dan situasi dalam kehidupan seharian dan cara penyelesaian. (Aras Aplikasi) 5.TAJUK : Timbul Tenggelam STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: ST 11.1.1 Mengenal pasti objek yang timbul dan objek yang tenggelam melalui penyiasatan ST 11.1.2 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan ciri-ciri objek yang timbul dan tenggelam (Aras Analisis) ST 11.1.3 Mengubah suai objek yang tenggelam supaya timbul dan objek yang timbul supaya tenggelam. (Aras Analisis) ST 11.1.4 Mengenal pasti masalah dan situasi dalam kehidupan seharian dan cara penyelesaian. (Aras Aplikasi)


6 BAHAGIAN A: MODUL PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI SAINS PRASEKOLAH 1.0 PENGENALAN Modul Pengajaran kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sains prasekolah ini, tertumpu kepada usaha untuk meningkatkan kualiti kandungan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sains. Dirangka khas bertujuan memberi pendedahan dan bimbingan kepada meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam PdP. Modul ini mengandungi, soalan-soalan kemahiran berfikir aras tinggi yang digunakan untuk merangsang, mendedahkan dan mempelbagaikan kemahiran berfikir selaras dengan matlamat mewujudkan murid yang mempunyai kesedaran berfikir aras tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Sains Sekolah Rendah. 1.1 RASIONAL Modul ini dibangunkan dan dilaksanakan dalam pengajaran Sains bertujuan untuk memberi pengalaman sebenar dan membantu mereka membina ilmu dalam minda dan setiap aktiviti dalam modul adalah saling berkaitan dengan tujuan untuk menggalakkan interaksi antara murid dan meningkatkan kemahiran berfikir di kalangan mereka terutama kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Pengajaran Sains di dalam modul


7 ini lebih memberi penekanan kepada elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Menurut Onosko dan Newman ( 1994), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ditaksirkan sebagai penggunaan minda untuk menangani cabaran baru. Dalam situasi ini, seseorang perlu memahami, menterjemah dan menganalisis dan memanipulasikan maklumat. Menurut Othman et.al (2010), KBAT adalah kemahiran berfikir seperti sintesis, analisis, memberi sebab, kefahaman, aplikasi dan penilaian. Manakala Rhoades et.al. (2009) pula mendefinisikan KBAT sebagai kemahiran yang berkait dengan penyelesaian masalah dan proses pemikiran kritikal. Dalam konteks kajian ini, KBAT adalah merujuk kepada enam aras KBAT iaitu dari Taksonomi Bloom. 1.2 MATLAMAT Modul ini sebagai garis panduan kepada guru-guru sains melaksanakan pengajaran berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi semasa proses pengajaran dan pembelajaran sains prasekolah.


8 1.3 OBJEKTIF Setelah mengikuti pengajaran modul ini diharapkan dapat: 3.1 Menimbulkan perubahan baru dari segi amalan pembelajaran dan Pengajaran 3.2 Memahami dan menguasai kemahiran berfikir aras tinggi dalam sains. 3.3 Menjadi bahan rujukan dan panduan kepada guru sains sekolah rendah 3.4 Berkeyakinan untuk mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi dalam Pembelajaran dan Pengajaran 3.5 Menyumbang ke arah peningkatan pencapaian dan penguasaan murid dalam kemahiran berfikir aras tinggi dalam sains. 3.6 Murid dapat berkomunikasi atau berhujah tentang pemahaman dalam topik sains, sama ada kepada dirinya atau pun kepada orang lain. .


9 2.0 PANDUAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Langkah aktiviti dalam modul ini disusun mengikut turutan pengajaran dan aras soalan Taksonomi Bloom. Guru menggunakan panduan modul untuk melaksanakan aktiviti bersama murid mengikut pengalaman dan minat murid. 2. Semasa melaksanakan aktiviti bersama murid, peranan guru hanya sebagai fasilitator untuk mewujudkan persekitaran intelektual, sosial dan fizikal yang menggalakkan murid menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi dan membahaskan idea untuk mewujudkan perbincangan dan interaksi antara rakan di dalam kelas. 3. Soalan aras tinggi di sediakan untuk setiap topik pengajaran untuk menguji kemahiran berfikir aras tinggi setiap murid dengan disertai dengan bimbingan daripada guru. 4. Modul ini juga menyediakan latihan penilaian, pengayaan dan perbincangan dalam kumpulan di akhir unit setiap topik untuk refleksi dan meningkatkan pemahaman murid dalam setiap topik pembelajaran. PROSEDUR PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN MODUL KBAT SAINS PRASEKOLAH


10 5. Modul mengandungi CD sebagai alat bantu mengajar kepada guru bagi memudahkan pengajaran KBAT. 6. Pembelajaran dijalankan secara berkumpulan kecil antara 3-4 orang murid dalam satu kumpulan ( Collaborative Learning ). 7. Lembaran kerja murid yang tidak dapat disiapkan dalam masa yang diperuntukkan dibenarkan untuk disiapkan di rumah dengan bimbingan ibubapa. 2.1 ISTILAH/ MAKNA SIMBOL ELEMEN DALAM LANGKAH DAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Soalan KBAT mengikut Taksonomi Bloom Apabila anda telah menyoal murid, beri mereka masa untuk memikirkan jawapan mereka


11 2.2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MODUL KBAT SAINS PRASEKOLAH 1.1 Guru bertindak sebagai pembimbing/ Fasilitator Dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan guru harus bertindak sebagai fasilitator yang tidak terlibat sepenuhnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Strategi ini memerlukan guru melibatkan perbincangan secara aktif mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi dan keupayaan penaakulan murid berdasarkan tugasan yang diberikan berdasarkan langkah-langkah yang disediakan. Perbincangan dan bimbingan daripada guru haruslah dapat merangsang kemahiran berfikir aras tinggi murid dan interaksi antara murid untuk tujuan perbincangan. 1.2 Guru mengemukakan penyoalan Untuk membantu murid menyelesaikan masalah berayat melalui tugasan yang diberikan. Guru perlu mengemukakan soalan bermula dari tahap pemikiran berasaskan pengalaman sedia ada murid ke tahap yang menjurus kepada pemikiran aras tinggi . 1.3 Guru hendaklah membentuk kumpulan kecil di dalam kelas untuk pembelajaran secara berkumpulan Menurut Vygotsky (1978), pengajaran berkumpulan menggalakkan tahap pembelajaran yang tinggi di kalangan murid berbanding secara individu. Kaedah perbincangan dan pembelajaran dalam kumpulan


12 memerlukan murid memberi idea atau pandangan terhadap soalan yang diajukan dalam kumpulan yang dibina di dalam kelas. Kaedah mencungkil idea ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara aktif dan membina kemahiran berkomunikasi yang baik. Murid bukan sahaja berbincang tentang idea mereka malah membentangkannya sebagai hasil perbincangan kumpulan. 1.4 Guru hendaklah menyediakan alat bantu/bahan pembelajaran (ruang sains) untuk setiap kumpulan kecil. Ruang sains merupakan kawasan di mana murid akan menjalankan aktiviti sains secara berkumpulan dan di ruangan ini guru akan menyediakan bahan/alatan sains yang perlu digunakan mengikut topik/aktiviti sains yang dilaksanakan. Foley & McPhee (2008) mendapati bahawa murid yang terlibat dalam aktiviti hands on mempunyai peluang yang lebih baik untuk memahami sifat sains berbanding murid yang terlibat dengan buku teks sahaja. Justeru itu, kualiti ruang sains memberi impak positif dengan perkembangan kanak-kanak. Menurut Jill Kearney (2011), oleh kerana kanak-kanak adalah seperti saintis, maka adalah penting bagi mereka mempunyai ruang sains sendiri untuk menghasilkan keseronokan sains dalam pembelajaran. Ini menggalakkan mereka untuk menggunakan semua deria untuk penerokaan serta membangunkan kemahiran pengumpulan, pengelasan (sorting) dan pemerhatian.


13 1.5 Guru mengemukakan soalan berdasarkan aras taksonomi bloom. Menurut Chua (2004), adalah rasional untuk mengkategorikan kumpulan kemahiran berfikir berdasarkan Taksonomi Bloom dan ia dianggap mampu memberi satu gambaran keseluruhan ke atas kemahiran berfikir berbentuk pemeringkatan dari segi kesukaran iaitu bermula dengan aras pengetahuan (KBAR) hingga ke aras penilaian (KBAT). Untuk membantu murid dalam menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi, guru perlu menyediakan soalan terbuka dari tahap pemikiran berasaskan pengalaman sedia ada murid kepada tahap yang menjurus kepada pemikiran yang lebih kritis. Soalan yang dibina akan dikemukakan kepada murid untuk mendapatkan jawapan berdasarkan pengalaman murid. Terdapat sembilan strategi yang patut ditonjolkan yang dipercayai sangat kritikal untuk kejayaan sesebuah kelas berfikir: 1. Guru akan mengfokus dan mengfokus-semula tugasan ke atas murid 2. Guru akan menyoal jenis soalan-terbuka 3. Guru akan menyoal soalan lanjutan 4. Guru akan menunggu murid memberikan respons 5. Guru akan menerima pelbagai respons yang diberikan murid 6. Guru akan menggalakkan berlakunya interaksi di kalangan murid 7. Guru tidak akan memberikan pendapat atau membuat penghakiman


14 8. Guru tidak akan mengulang respons murid 9. Guru akan meminta murid untuk membuat refleksi ke atas apa yang mereka fikirkan. 2.3 APAKAH MASALAH DALAM SAINS 1. Guru menggunakan kaedah tradisional dalam pengajaran • Teacher-centered. • Murid tidak boleh berfikir. • Ilmu berbentuk nota → hafalan → tiada perbincangan dalam kalangan murid → murid bergantung pada guru untuk memahami sesuatu topik. • Amalan biasa di bilik darjah masih bersifat tradisional iaitu guru masih menggunakan sebahagian besar masa PdP untuk bercakap dan memberi penerangan manakala penglibatan murid hanya didapati apabila menjawab soalan. 2. Pendidikan berpusatkan peperiksaan • Menurut Hamidah (2004), pengajaran seharusnya memfokuskan ke arah pembinaan pengetahuan dan kemahiran berfikir pada aras tinggi. Namun begitu, kebanyakan guru masih lagi menekankan


15 • kepentingan peperiksaan semata- mata tanpa menjadikan keupayaan berfikir sebagai fokus pengajaran. Peranan murid hanya tertumpu pada mendengar penjelasan, tafsiran dan huraian oleh guru, melakukan hafalan, mengingat, melakukan latih tubi serta menerima huraian konsep yang dipelajari tanpa sebarang curiga apatah lagi untuk menolak atau mempertikaikan maklumat yang disampaikan oleh guru kerana autoriti ilmu yang dimiliki oleh guru (Fadzil, 2008) 3. Guru tidak bersedia • Aspek pengetahuan: guru lebih yakin dari segi ilmu pengetahuan yang mereka miliki untuk mengajar berbanding ilmu pengetahuan mengenai KBAT. • Kemahiran Pedagogi: guru lebih yakin dari segi kemahiran pedagogi yang miliki untuk mengajar subjek berbanding kemahiran pedagogi mengajar KBAT. 4. Aras soalan yang digunakan • Aras soalan yang diberikan berada di aras rendah. • Soalan tak menggalakkan murid berfikir.


16 • 90 peratus soalan yang dikemukakan oleh guru adalah pada aras rendah. (Rajendran, 2001) 2.4 Apakah Sebenarnya Kemahiran Berfikir? Secara umumnya mengajar kemahiran berfikir adalah mengajar murid bagaimana untuk berfikir dan belajar. Ia juga merujuk kepada keupayaan manusia untuk berfikir secara bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat tertentu. Kemahiran berfikir sebenarnya tiada definisi yang khusus. Bagaimanapun, ia boleh diterima sebagai satu set kemahiran dan sub kemahiran asas dan lanjutan yang mentadbir proses mental seseorang. Proses tersebut termasuk mengingat, mempersoalkan, membentuk konsep, perancangan, penaakulan, membayangkan, menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mempertimbangkan, menterjemahkan kemahiran dalam bentuk perkataan dan sebagainya. Ia juga adalah keupayaan praktikal dalam melakukan sesuatu atau berjaya dalam tugas yang biasanya merujuk kepada kemahiran dalam konteks tertentu contohnya, murid menjadi lebih bijak untuk memberi alasan atau menyoal soalan apabila mereka dilatih untuk menggunakan kemahiran berfikir. Ia juga membina dan memperkayakan hubungan pembelajaran.


17 Kemahiran berfikir adalah kapasiti mental yang digunakan untuk menyiasat dunia, menyelesaikan masalah dan membuat pertimbangan. Dalam mengenalpasti setiap kemahiran itu, kita akan menghitung semua keupayaan minda manusia dan senarainya pastilah tidak berkesudahan. Maka ramai penyelidik telah cuba untuk mengenal pasti kemahiran yang penting dalam pemikiran manusia, dan yang paling terkenal ini adalah Taksonomi Bloom. Taksonomi Bloom bagi kemahiran berfikir (matlamat kognitif bagi pendidikan) telah digunakan secara meluas oleh guru dalam merancang pengajaran. Bloom telah mengenal pasti beberapa kemahiran kognitif aras rendah atau asas iaitu pengetahuan, kefahaman dan aplikasi, dan beberapa kemahiran peringkat tinggi adalah analisis, sintesis dan penilaian. Model Taksonomi Bloom (1956) menjelaskan penggunaan soalan mempunyai kaitan secara langsung dengan KBAR dan KBAT. Corak penyoalan menggunakan soalan aras rendah adalah berbahaya kepada penjanaan pemikiran aras tinggi kerana KBAT hanya boleh digembelingkan melalui soalan aras tinggi. Taksonomi Bloom telah mengkategorikan kemahiran berfikir mengikut aras tertentu yang dikenali sebagai ‘level of thought processes”.


18 Tahukah anda? Apabila seseorang menghafal dan memberikan maklumat itu semula tanpa perlu berfikir, itu yang dinamakan robot. Dia melakukan apa yang telah diprogramkan. Domain kognitif boleh dikategorikan kepada 6 kelas, iaitu aras pengetahuan yang bermula di peringkat rendah hingga kepada peringkat yang lebih tinggi iaitu penilaian.


19 Jadual 1: Aras Taksonomi Bloom TAKSONOMI BLOOM TAHAP CONTOH SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS RENDAH (KBAR) ● Pengetahuan Untuk mengingat kembali sesuatu istilah, fakta atau konsep. ● Pemahaman Kebolehan menerapkan/ memahami istilah,fakta atau konsep dalam situasi yang berlainan dengan perkataan sendiri. Apakah nama awak? Jelaskan makna fotosintesis KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT/HOT) ● Aplikasi Kebolehan menggunakan konsep dan istilah dalam situasi yang baru. ● Analisis Kebolehan membahagikan konsep atau kaedah kepada bahagianbahagian dan mengenalpasti perkaitan antaranya. Anda dibekalkan dengan alat untuk proses fotosintesis, cuba lakukan........ Fotosintesis perlu air, cahaya dan sebagainya.....


20 Refleksi 1.. Apakah Kemahiran Berfikir? 2. Perlukah kita mengajar murid untuk berfikir? ● Sintesis Kebolehan mencantumkan unsurunsur supaya mendapat satu corak yang bermakna. ● Penilaian Kebolehan menilai idea, konsep atau tindakan. Pelajar-pelajar diberi maklumat dan data. Pelajar diminta membuat refleksi Pemikiran Aras Tinggi (KBAT/HOT) pula merupakan aras yang paling tinggi dalam hieraki proses kognitif. Ianya berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baru, menyimpan, menyusun, serta mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dan akan memanjangkan maklumat itu untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit. Bereither & Scardamalia (1987) dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, murid perlu dilatih mengambil bahagian dalam menentukan objektif, mewujudkan wacana, menentukan tindakan motivasi, analitik dan inferens yang


21 dinamakan ‘literasi tinggi’ (high literacy). Ciri-ciri KBAT/HOT adalah seperti berikut: 1) Menggunakan tahap pemikiran secara maksimum untuk menghadapi cabaran 2) Interpretasi, analisis, dan manipulasi maklumat. 3) Bersifat kritikal terhadap maklumat, idea, dan pendapat. 4) Membuat kesimpulan, inferens dan generalisasi. 5) Komunikasi berkesan, membuat jangkaan, penyelesaian masalh, menilai idea, memberikan pendapat dan membuat pemilihan, dan keputusan. Refleksi: 1. Apakah ciri-ciri KBAT? 2. Berikan maksud takrifan Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


22 2.5 PERANAN GURU UNTUK KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) Guru memainkan peranan penting dalam memastikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dapat dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru harus memastikan murid aktif dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru juga harus memberi peluang kepada pelajar untuk memberi pendapat, berbincang dan bertanya. Di samping itu, guru hendaklah mempelbagaikan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu mengubah teknik pengajaran secara ‘chalk and talk’ kepada kaedah yang lebih menjurus pelajar untuk berfikir. Guru juga mesti merancang soalan, tugasan dan aktiviti yang menuntut pelajar berfikir secara berterusan dan menilai pemikiran mereka dan pemikiran individu lain. Soalan “aras tinggi” menggalakkan pembelajaran sebab jenis soalan ini memerlukan pelajar mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai maklumat, bukan semata-mata mengingat fakta


23 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI SAINS TAHUN 1 TAJUK : ANGGOTA BADAN


24 BAHAGIAN A: (SESI 1)- 60 minit Tajuk: Anggota Badan Objektif: Dalam tajuk ini, murid akan mempelajari bahagian badan dan fungsi bahagian badan manusia termasuk persamaan dan perbezaan bahagian badan mereka dengan rakanrakan. Standard Kandungan 2.1 Memahami bahagian dan fungsi badan manusia. 2.2 Menghargai bahagian badan kita. Standard Pembelajaran Murid boleh: 2.1.1 Mengenal pasti bahagian badan manusia iaitu mata, telinga, hidung, mulut, lidah, tangan, kaki. 2.1.2 Menceritakan tentang fungsi dan kepentingan bahagian-bahagian badan manusia dalam kehidupan seharian. (Aras Aplikasi) 2.1.3 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan ciri anggota badan pada manusia (Aras Analisis) 2.1.4 Mengenal pasti masalah dan situasi dalam kehidupan seharian. (Aras Penilaian)


25 Tempoh Masa: Sesi 1: 60 minit (aktiviti pembelajaran), Sesi 2: 60 minit (aktiviti pengayaan, pengukuhan dan perbincangan kumpulan) Bahan Pengajaran Patung mainan dan kad gambar Aktiviti Pembelajaran: Aktiviti 1: 1. Guru membimbing murid menyanyikan lagu “ Kalau Rasa Gembira”. 2. Guru menyediakan dua buah anak patung mainan yang berbeza untuk setiap kumpulan kecil. 3. Aktiviti ini dijalankan mengikut kumpulan yang terdiri daripada 3 atau 4 orang dalam setiap kumpulan 4. Murid dikehendaki melihat dengan terperinci bahagian badan yang terdapat pada anak patung tersebut. Soalan Guru : (Aras Analisis) • Apa persamaan antara dua patung yang diberikan? • Apa perbezaan antara dua patung yang diberi? • Berapakah bilangan kaki patung tersebut jika dibandingkan dengan telinga dan hidungnya?


26 5. Guru seterusnya mengedarkan sampul yang mengandungi gambar bahagian badan kepada setiap kumpulan. Murid dikehendaki memadankan anggota badan tersebut pada anak patung. Soalan Guru (Aras Mengingat) • Namakan anggota badan kamu? Soalan Guru: (Aras Pemahaman) • Apa gunanya mata, telinga, hidung dan mulut? Contoh jawapan: mata untuk melihat, telinga untuk mendengar 6. Guru membimbing murid mengenali bahagianbahagian tubuh badan manusia. Soalan Guru: (Aras Aplikasi) • Ceritakan kegunaan mata dalam kehidupan seharian? (Soalan boleh menggunakan anggota badan yang lain) Contoh Jawapan: Mata digunakan untuk menonton tv, membaca buku dll Soalan Guru: (Aras Aplikasi) • Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya seorang kanak-kanak perempuan mengalami penyakit di bahagian telinga?


27 Aktiviti 2: 1. Guru meminta murid mengenal pasti perbezaan dan persamaan 2 orang murid dalam setiap kumpulan. Soalan Guru: ( Aras Analisis) (Cth: Apakah persamaan yang ada pada dua murid tersebut? Apakah pula perbezaan yang ada pada dua murid tersebut ?) 2. Guru meminta murid menyenaraikan perbezaan dan persamaan murid di dalam carta yang disediakan. 3. Guru seterusnya mengemukakan soalan untuk perbincangan dalam kumpulan: Situasi : Seorang kanak-kanak ada 5 jari dan seorang lagi kanak-kanak ada 3 jari sahaja kerana jarinya hilang/cedera sebab bermain mercun.


28 Soalan Guru: (Aras Aplikasi) • Kanak-kanak itu makan nasi dengan cepat menggunakan tangan yang mana? • Tangan yang mana lebih mudah diguna untuk memegang pensil bila menulis dan mengambil barang? Sumber: 1. Soalan KBAT Taksonomi Bloom 2. Penilaian 3. Pengayaan


29 Soalan KBAT mengikut Taksonomi Bloom. PERINGKAT ITEM Mengingat 1. Namakan anggota badan kamu? Memahami 2. Apa gunanya mata, telinga, hidung dan mulut? Contoh jawapan: mata untuk melihat Mengaplikasi 3. Ceritakan kegunaan telinga dalam kehidupan seharian? (Soalan boleh menggunakan anggota badan yang lain) Contoh Jawapan: Telinga digunakan untuk mendengar radio, mendengar orang bercakap dan dll. 4. Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya seorang kanak-kanak perempuan mengalami penyakit di bahagian telinga?


30 5. Situasi : Seorang kanak-kanak ada 5 jari dan seorang lagi kanak-kanak ada 3 jari sahaja kerana jarinya hilang/cedera sebab bermain mercun. • Soalan: Kanak-kanak itu makan nasi dengan cepat menggunakan tangan yang mana? • Tangan yang mana lebih mudah diguna untuk memegang pensil bila menulis dan mengambil barang? Menganalisis 6. Apa persamaan antara dua patung yang diberikan? Apa perbezaan antara dua patung yang diberi? Berapakah bilangan kaki patung tersebut jika dibandingkan dengan telinga dan hidungnya Apabila anda telah menyoal murid, beri mereka masa untuk memikirkan jawapan mereka


31 NOTA ANGGOTA BADAN


32 BAHAGIAN B: (SESI 2) -60 minit PENILAIAN ARAHAN: Kenal pasti dan labelkan bahagian-bahagian tubuh manusia.


33 PENGAYAAN ARAHAN: Nyatakan bahagian anggota badan yang terlibat dan fungsi setiap anggota badan tersebut.


34 Ali dan Samad memasuki pertandingan lumba lari? Ali memiliki badan yang gemuk dengan kaki yang panjang manakala Samad memiliki badan yang kurus dan berkaki pendek. Antara Ali dan Samad , siapakah yang akan memenangi perlumbaan tersebut? PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN Situasi 1: Soalan ( Aras Penilaian) : A B


35 Situasi : Terdapat dua orang kanak-kanak. Kanak-Kanak A mempunyai kedua-dua kaki manakala kanak-kanak B hanya mempunyai sebelah kaki (tempang) dan beliau berjalan menggunakan tongkat. Kedua-dua kanakkanak ini berjalan untuk ke kedai runcit. Sebelum sampai ke kedai runcit mereka perlu menaiki tangga terlebih dahulu. Situasi 2: Pilih sama ada kanak-kanak A atau B yang akan sampai dahulu ke kedai runcit dan terangkan mengapa? ___________________________________________________ ___________________________________________________


36 BAHAGIAN A : (SESI 1) - 60 minit Tajuk: Deria penglihatan kita Objektif: Dalam tajuk ini, murid akan mengenal pasti bahagian anggota badan yang berkaitan dengan deria penglihatan, kepentingan deria penglihatan dan mensyukuri anugerah Tuhan tersebut. Standard Kandungan (ST 5.1) Mengaplikasikan pengetahuan tentang kepentingan penglihatan Standard Pembelajaran Murid boleh: (ST 5.1.1 ) Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang berkaitan dengan deria penglihatan. (ST 5.1.2) Mengenal pasti kegunaan mata dalam kehidupan harian (Aras Aplikasi). (ST 5.1.3) Mengenal pasti masalah dan situasi dalam kehidupan seharian dan cara penyelesaian. (Aras Aplikasi) Tempoh Masa: Sesi 1: 60 minit (aktiviti pembelajaran), Sesi 2: 60 minit (aktiviti pengayaan, pengukuhan dan perbincangan kumpulan) Bahan Pengajaran 10 gambar objek, Kain penutup mata. TAJUK : MATA UNTUK MELIHAT


37 Aktiviti: Aktiviti 1: 1. Guru menerangkan bahawa mata merupakan salah satu daripada deria yang dimiliki oleh manusia. 2. Guru mengedarkan 10 gambar objek kepada setiap kumpulan. Murid dalam setiap kumpulan diberi masa 1 minit untuk mengingati gambar yang diberi. 3. Murid diminta untuk menyatakan apakah deria yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti tersebut. 4. Seterusnya guru bertanya kepada murid: Soalan guru (aras mengingat): • Apakah kegunaan mata? 5. Setelah gambar objek diambil semula oleh guru, murid dikehendaki menyebut seberapa banyak objek yang telah dilihat. 6. Guru mengaitkan objek yang dilihat dengan deria penglihatan ( contoh objek-objek yang dilihat adalah menggunakan deria penglihatan dan bukannya organ deria yang lain). 7. Guru seterusnya meminta murid untuk melihat objek di dalam kotak dalam keadaan persekitaran yang gelap. Seterusnya guru meminta murid untuk melihat objek di dalam kotak dengan menggunakan lampu suluh.


38 8. Guru seterusnya menanyakan soalan: • Apa yang kamu dapat buat/lakukan menggunakan mata dalam kehidupan seharian? (Aras Pemahaman) • Apakah bahagian badan yang lain yang mempunyai bilangan yang sama dengan bilangan mata? (Aras Pemahaman) • Mata dapat melihat objek dengan jelas apabila dalam keadaan terang. Bagaimanakah caranya untuk kamu dapat melihat objek dengan jelas dalam keadaan gelap? Terangkan? (Aras Aplikasi) 9. Guru seterusnya mengemukakan soalan untuk perbincangan dalam kumpulan (Aras Aplikasi) Ali tidak dapat melihat dari kecil kerana matanya buta. Satu hari Ali mahu melintas jalan untuk membeli barang di kedai. Apa yang perlu Ali lakukan supaya dia berjaya melintas jalan dengan selamat?


39 Perhatikan gambar-gambar di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan. Gambar A Gambar B • Gambar manakah yang lebih sesuai? (Aras Analisis) Sumber: 1. Soalan KBAT Taksonomi Bloom 2. Penilaian 3. Pengayaan


40 Soalan KBAT mengikut Taksonomi Bloom. PERINGKAT ITEM Mengingat • Apa kegunaan mata? Contoh jawapan : Mata untuk melihat Memahami • Apakah bahagian badan yang lain yang mempunyai bilangan yang sama dengan bilangan mata? Mengaplikasi • Mata dapat melihat objek dengan jelas apabila dalam keadaan terang. Bagaimanakah caranya untuk kamu dapat melihat objek dengan jelas dalam keadaan gelap? Terangkan? • Ali tidak dapat melihat dari kecil kerana matanya buta. Satu hari Ali mahu melintas jalan untuk membeli barang di kedai. Apa yang perlu Ali lakukan supaya dia berjaya melintas jalan dengan selamat? Menganalisis • Perhatikan gambar-gambar di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan.


41 Gambar A Gambar B • Gambar manakah yang lebih sesuai? (Aras Analisis) Mensintesis Berdasarkan rajah di atas, perempuan A mempunyai kedua-dua mata yang baik manakala lelaki B mengalami kecederaan mata iaitu salah satu daripada matanya rosak. Terangkan tentang kebolehan melihat antara A dan B? Mata perempuan A Mata lelaki B


42 Penilaian • Murid A: Boleh melihat tetapi tidak dapat bercakap (bisu) • Murid B : Tidak dapat melihat tetapi boleh bercakap. Jika dilahirkan sebegitu, pilih yang mana satu kamu ingin dilahirkan sama ada A atau B. Terangkan mengapa? Apabila anda telah menyoal murid, beri mereka masa untuk memikirkan jawapan mereka


43 NOTA MATA UNTUK MELIHAT


44 BAHAGIAN B: (SESI 2) -60 minit PENILAIAN Rajah di bawah menunjukkan beberapa buah kereta sedang berhenti di jalan raya. (a) Mengapakah kereta itu berhenti di jalan raya? _____________________________________________________ (b) Pada pendapat kamu, mengapakah lampu isyarat mempunyai tiga warna lampu yang berbeza? _____________________________________________________ _____________________________________________________ (c) Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya lampu isyarat rosak di jalan raya.


45 PENGAYAAN Arahan: Cipta satu model robot dengan menggunakan objek-objek yang kamu lihat di sekeliling kamu. Lakarkan hasil ciptaan kamu pada ruang di bawah. Hasil ciptaan saya:


46 PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN Soalan (Aras Aplikasi) : Situasi: . Berdasarkan rajah di atas, terdapat tiga orang kanak-kanak sedang menonton televisyen. Kanak-kanak 1 (melihat tv tanpa menggunakan cermin mata kerana matanya tidak rabun), Kanak-kanak 2 (melihat tv menggunakan cermin mata kerana matanya rabun) manakala kanak-kanak 3 (tidak menggunakan cermin mata walaupun matanya rabun). Kanak-kanak yang manakah dapat melihat tv dengan terang dan selesa ? Kenapa?


47 Soalan (Aras Analisis): Tayar kereta Ahmad adalah seperti tayar A. Tayar kereta Abu pula adalah seperti tayar B. Siapakah yang dapat memandu keretanya dengan selamat sewaktu hujan. Terangkan mengapa? Soalan (Aras Aplikasi) Ali memandu kereta untuk pulang ke rumah. Didapati Ali cepat sampai ke rumah pada waktu siang berbanding pada waktu malam, Mengapa berlaku demikian? Tayar A (Tayar Berbunga) Tayar B botak (tidak berbunga)


48 BAHAGIAN A: (SESI 1) – 60 minit Tajuk: Deria Hidu Objektif: Dalam tajuk ini, murid akan mengenal pasti bahagian anggota badan yang berkaitan dengan deria hidu (hidung), kepentingan deria hidu dan mensyukuri anugerah Tuhan tersebut. Standard Kandungan ST 6.1 Mengaplikasi pengetahuan tentang pelbagai bau Standard Pembelajaran Murid boleh: ST 6.1.2 Mengelaskan benda-benda yang berbau dan tidak berbau berdasarkan penyiasatan. ST 6.1.3 Menjelaskan kepentingan bau dalam kehidupan harian (Aras Aplikasi) ST 6.1.3 Membanding beza jenis bau wangi dan bau busuk (Aras Analisis) ST 6.1.4 Mengenal pasti masalah dan situasi dalam kehidupan seharian dan cara penyelesaian. (Aras Aplikasi) Tempoh Masa: Sesi 1: 60 minit (aktiviti pembelajaran), Sesi 2: 60 minit (aktiviti pengayaan, pengukuhan dan perbincangan kumpulan) TAJUK : HIDUNG UNTUK MENGHIDU


49 Bahan Pengajaran: • Bekas bauan yang mengandungi limau, vanila, bawang, cuka, nescafe, daun sup dan rempah. • Kertas untuk merekod. Aktiviti: 1. Sediakan beberapa bekas tertutup dan berlubang yang mengandungi bahan yang mengeluarkan bau seperti limau, vanila, bawang, cuka, nescafe, daun sup dan rempah. Bekas bau ini disediakan oleh guru dan diberi pada setiap kumpulan. 2. Biarkan murid menghidu setiap bekas yang di sediakan dan murid meneka dan menerangkan ciriciri bauan yang dihasilkan. Soalan Guru: (Aras Memahami) • Bagaimana kamu tahu bau sesuatu objek tanpa melihatnya? Contoh: bau durian, bau lemon, bau sabun 3. Murid memadankan jenis bau yang dihidu dengan gambar yang telah disediakan. Aktiviti ini dijalankan mengikut kumpulan.


50 4. Soalan Guru: (Aras Aplikasi) • Ceritakan apa kegunaan hidung dalam kehidupan seharian selain menghidu? • Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya seseorang yang mengalami selesema diminta menghidu bau minyak wangi? Jelaskan mengapa 5. Soalan Guru: • Berikan nama anggota badan lain yang mempunyai bilangan yang sama dengan hidung?. ( Aras Mengingat) • Bagaimana kamu bezakan objek yang berbau wangi dengan objek berbau busuk? (Aras Analisis) 6. Guru menyediakan bahan seperti berikut: Bahan A: Kotak minuman susu yang basi Bahan B : Kotak minuman susu yang baru Bahan C: Air Bahan D : Cuka Guru meminta murid untuk mengenal pasti bau bahanbahan berikut dan mengetahui kepentingan bau tersebut dalam situasi kehidupan seharian.


Click to View FlipBook Version