1
                      ISI KANDUNGAN
Bahagian / Tajuk                                             Muka Surat
BAHAGIAN A: MODUL PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
TINGGI SAINS
1.0 Pengenalan                                               5
1.1 Rasional                                                 5
1.2 Matlamat                                                 6
1.3 Objektif                                                 7
BAHAGIAN B: PROSEDUR PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN
MODUL KBAT SAINS
2.0 Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran          8
2.1 Istilah/ Makna simbol elemen dalam langkah dan aktiviti  9
pengajaran dan pembelajaran
2.2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Modul KBAT          10
2.3 Apakah masalah dalam Sains                               13
2.4 Apakah Sebenarnya Kemahiran Berfikir?                    15
2.5 Peranan guru untuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi        21
BAHAGIAN C: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN
BERFIKIR ARAS TINGGI
1.TAJUK: Manusia                                             22-34
2.TAJUK: Mata untuk melihat                                  35-46
3.TAJUK : Hidung untuk menghidu                              47-56
4.TAJUK: Haiwan                                              57-71
5.TAJUK : Timbul Tenggelam                                   72-83
Sumber Rujukan Modul                                         84-85
2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN BERFIKIR
ARAS TINGGI
1.TAJUK: Manusia
STANDARD PEMBELAJARAN :
Murid boleh:
ST 2.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia iaitu mata, telinga,
      hidung, mulut, lidah, tangan, kaki.
ST 2.1.2 Menceritakan tentang fungsi dan kepentingan bahagian-
      bahagian tubuh manusia dalam kehidupan seharian.
        (Aras Aplikasi)
ST 2.1.3 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan ciri anggota badan
      pada manusia
      (Aras Analisis)
ST 2.1.4 Mengenal pasti masalah dan situasi dalam kehidupan seharian.
        (Aras Aplikasi)
2.TAJUK: Mata untuk melihat
STANDARD PEMBELAJARAN:
Murid boleh:
ST 5.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang berkaitan
           dengan deria penglihatan.
ST 5.1.2 Mengenal pasti kegunaan mata dalam kehidupan harian
            (Aras Aplikasi).
3
ST 5.1.3 Mengenal pasti masalah dan situasi dalam kehidupan seharian
              dan cara penyelesaian.
             (Aras Aplikasi)
3.TAJUK : Hidung untuk menghidu
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid boleh:
ST 6.1.2 Mengelaskan benda-benda yang berbau dan tidak berbau
            berdasarkan penyiasatan.
ST 6.1.3 Menjelaskan kepentingan bau dalam kehidupan harian
            (Aras Aplikasi)
ST 6.1.3 Membanding beza jenis bau wangi dan bau busuk
           (Aras Analisis)
ST 6.1.4 Mengenal pasti masalah dan situasi dalam kehidupan seharian
            dan cara penyelesaian.
             (Aras Aplikasi)
4.TAJUK: Haiwan
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid boleh:
ST 3.1.3 Mengenal pasti haiwan dan bahagian tubuh haiwan seperti
              (sayap, ekor, tanduk ,bulu dll) dan menyatakan fungsi setiap
              bahagian tersebut.
ST 3.1.4 Menceritakan tentang fungsi dan kepentingan bahagian-
            bahagian tubuh haiwan dalam kehidupan seharian.
              (Aras Aplikasi)
4
ST 3.1.5 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan ciri anggota badan
              pada haiwan
             (Aras Analisis)
ST 3.1.4 Mengenal pasti masalah dan situasi dalam kehidupan seharian
            dan cara penyelesaian.
            (Aras Aplikasi)
5.TAJUK : Timbul Tenggelam
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid boleh:
ST 11.1.1 Mengenal pasti objek yang timbul dan objek yang tenggelam
              melalui penyiasatan
ST 11.1.2 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan ciri-ciri objek yang
               timbul dan tenggelam
               (Aras Analisis)
ST 11.1.3 Mengubah suai objek yang tenggelam supaya timbul dan objek
               yang timbul supaya tenggelam.
               (Aras Analisis)
ST 11.1.4 Mengenal pasti masalah dan situasi dalam kehidupan seharian
              dan cara penyelesaian.
              (Aras Aplikasi)
5
BAHAGIAN A: MODUL PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR
ARAS TINGGI SAINS PRASEKOLAH
1.0 PENGENALAN
Modul Pengajaran kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sains
prasekolah ini, tertumpu kepada usaha untuk meningkatkan kualiti
kandungan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sains. Dirangka
khas bertujuan memberi pendedahan dan bimbingan kepada
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam PdP. Modul ini
mengandungi, soalan-soalan kemahiran berfikir aras tinggi yang
digunakan untuk merangsang, mendedahkan dan mempelbagaikan
kemahiran berfikir selaras dengan matlamat mewujudkan murid yang
mempunyai kesedaran berfikir aras tinggi selaras dengan Falsafah
Pendidikan Sains Sekolah Rendah.
 1.1 RASIONAL
       Modul ini dibangunkan dan dilaksanakan dalam pengajaran Sains
bertujuan untuk memberi pengalaman sebenar dan membantu mereka
membina ilmu dalam minda dan setiap aktiviti dalam modul adalah saling
berkaitan dengan tujuan untuk menggalakkan interaksi antara murid dan
meningkatkan kemahiran berfikir di kalangan mereka terutama
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Pengajaran Sains di dalam modul
6
ini lebih memberi penekanan kepada elemen Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT).
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
       Menurut Onosko dan Newman ( 1994), kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) ditaksirkan sebagai penggunaan minda untuk menangani
cabaran baru. Dalam situasi ini, seseorang perlu memahami, menterjemah
dan menganalisis dan memanipulasikan maklumat. Menurut Othman et.al
(2010), KBAT adalah kemahiran berfikir seperti sintesis, analisis,
memberi sebab, kefahaman, aplikasi dan penilaian. Manakala Rhoades
et.al. (2009) pula mendefinisikan KBAT sebagai kemahiran yang berkait
dengan penyelesaian masalah dan proses pemikiran kritikal. Dalam
konteks kajian ini, KBAT adalah merujuk kepada enam aras KBAT iaitu
dari Taksonomi Bloom.
1.2 MATLAMAT
Modul ini sebagai garis panduan kepada guru-guru sains melaksanakan
pengajaran berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi semasa proses
pengajaran dan pembelajaran sains prasekolah.
7
1.3 OBJEKTIF
Setelah mengikuti pengajaran modul ini diharapkan dapat:
3.1 Menimbulkan perubahan baru dari segi amalan pembelajaran dan
       Pengajaran
3.2 Memahami dan menguasai kemahiran berfikir aras tinggi dalam
       sains.
3.3 Menjadi bahan rujukan dan panduan kepada guru sains sekolah
       rendah
3.4 Berkeyakinan untuk mengaplikasikan kemahiran berfikir aras
       tinggi dalam Pembelajaran dan Pengajaran
3.5 Menyumbang ke arah peningkatan pencapaian dan penguasaan
       murid dalam kemahiran berfikir aras tinggi dalam sains.
3.6 Murid dapat berkomunikasi atau berhujah tentang pemahaman
       dalam topik sains, sama ada kepada dirinya atau pun kepada orang
       lain.
               .
8
 PROSEDUR PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN MODUL
                     KBAT SAINS PRASEKOLAH
2.0 PANDUAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
1. Langkah aktiviti dalam modul ini disusun mengikut turutan pengajaran
   dan aras soalan Taksonomi Bloom. Guru menggunakan panduan modul
   untuk melaksanakan aktiviti bersama murid mengikut pengalaman dan
   minat murid.
2. Semasa melaksanakan aktiviti bersama murid, peranan guru hanya
   sebagai fasilitator untuk mewujudkan persekitaran intelektual, sosial
   dan fizikal yang menggalakkan murid menggunakan kemahiran berfikir
   aras tinggi dan membahaskan idea untuk mewujudkan perbincangan
   dan interaksi antara rakan di dalam kelas.
3. Soalan aras tinggi di sediakan untuk setiap topik pengajaran untuk
   menguji kemahiran berfikir aras tinggi setiap murid dengan disertai
   dengan bimbingan daripada guru.
4. Modul ini juga menyediakan latihan penilaian, pengayaan dan
   perbincangan dalam kumpulan di akhir unit setiap topik untuk
   refleksi dan meningkatkan pemahaman murid dalam setiap topik
   pembelajaran.
9
5. Modul mengandungi CD sebagai alat bantu mengajar kepada guru bagi
   memudahkan pengajaran KBAT.
6. Pembelajaran dijalankan secara berkumpulan kecil antara 3-4 orang
   murid dalam satu kumpulan ( Collaborative Learning ).
7. Lembaran kerja murid yang tidak dapat disiapkan dalam masa yang
   diperuntukkan dibenarkan untuk disiapkan di rumah dengan bimbingan
   ibubapa.
    2.1 ISTILAH/ MAKNA SIMBOL ELEMEN DALAM LANGKAH
          DAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
                     Soalan KBAT mengikut Taksonomi Bloom
               Apabila anda telah menyoal murid, beri mereka masa untuk
memikirkan jawapan mereka
10
2.2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MODUL KBAT
      SAINS PRASEKOLAH
1.1 Guru bertindak sebagai pembimbing/ Fasilitator
       Dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan guru harus
bertindak sebagai fasilitator yang tidak terlibat sepenuhnya dalam
menyelesaikan sesuatu masalah. Strategi ini memerlukan guru melibatkan
perbincangan secara aktif mengembangkan kemahiran berfikir aras
tinggi dan keupayaan penaakulan murid berdasarkan tugasan yang
diberikan berdasarkan langkah-langkah yang disediakan. Perbincangan
dan bimbingan daripada guru haruslah dapat merangsang kemahiran
berfikir aras tinggi murid dan interaksi antara murid untuk tujuan
perbincangan.
1.2 Guru mengemukakan penyoalan
       Untuk membantu murid menyelesaikan masalah berayat melalui
tugasan yang diberikan. Guru perlu mengemukakan soalan bermula dari
tahap pemikiran berasaskan pengalaman sedia ada murid ke tahap yang
menjurus kepada pemikiran aras tinggi .
1.3 Guru hendaklah membentuk kumpulan kecil di dalam kelas untuk
pembelajaran secara berkumpulan
       Menurut Vygotsky (1978), pengajaran berkumpulan menggalakkan
tahap pembelajaran yang tinggi di kalangan murid berbanding secara
individu. Kaedah perbincangan dan pembelajaran dalam kumpulan
11
memerlukan murid memberi idea atau pandangan terhadap soalan yang
diajukan dalam kumpulan yang dibina di dalam kelas. Kaedah mencungkil
idea ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara aktif dan
membina kemahiran berkomunikasi yang baik. Murid bukan sahaja
berbincang tentang idea mereka malah membentangkannya sebagai hasil
perbincangan kumpulan.
1.4 Guru hendaklah menyediakan alat bantu/bahan pembelajaran
(ruang sains) untuk setiap kumpulan kecil.
       Ruang sains merupakan kawasan di mana murid akan menjalankan
aktiviti sains secara berkumpulan dan di ruangan ini guru akan
menyediakan bahan/alatan sains yang perlu digunakan mengikut
topik/aktiviti sains yang dilaksanakan. Foley & McPhee (2008) mendapati
bahawa murid yang terlibat dalam aktiviti hands on mempunyai peluang
yang lebih baik untuk memahami sifat sains berbanding murid yang
terlibat dengan buku teks sahaja. Justeru itu, kualiti ruang sains
memberi impak positif dengan perkembangan kanak-kanak. Menurut Jill
Kearney (2011), oleh kerana kanak-kanak adalah seperti saintis, maka
adalah penting bagi mereka mempunyai ruang sains sendiri untuk
menghasilkan keseronokan sains dalam pembelajaran. Ini menggalakkan
mereka untuk menggunakan semua deria untuk penerokaan serta
membangunkan kemahiran pengumpulan, pengelasan (sorting) dan
pemerhatian.
12
1.5 Guru mengemukakan soalan berdasarkan aras taksonomi bloom.
       Menurut Chua (2004), adalah rasional untuk mengkategorikan
kumpulan kemahiran berfikir berdasarkan Taksonomi Bloom dan ia
dianggap mampu memberi satu gambaran keseluruhan ke atas kemahiran
berfikir berbentuk pemeringkatan dari segi kesukaran iaitu bermula
dengan aras pengetahuan (KBAR) hingga ke aras penilaian (KBAT). Untuk
membantu murid dalam menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi, guru
perlu menyediakan soalan terbuka dari tahap pemikiran berasaskan
pengalaman sedia ada murid kepada tahap yang menjurus kepada
pemikiran yang lebih kritis. Soalan yang dibina akan dikemukakan kepada
murid untuk mendapatkan jawapan berdasarkan pengalaman murid.
Terdapat sembilan strategi yang patut ditonjolkan yang dipercayai
sangat kritikal untuk kejayaan sesebuah kelas berfikir:
       1. Guru akan mengfokus dan mengfokus-semula tugasan ke atas
          murid
       2. Guru akan menyoal jenis soalan-terbuka
       3. Guru akan menyoal soalan lanjutan
       4. Guru akan menunggu murid memberikan respons
       5. Guru akan menerima pelbagai respons yang diberikan murid
       6. Guru akan menggalakkan berlakunya interaksi di kalangan murid
       7. Guru tidak akan memberikan pendapat atau membuat
          penghakiman
13
       8. Guru tidak akan mengulang respons murid
       9. Guru akan meminta murid untuk membuat refleksi ke atas apa
          yang mereka fikirkan.
2.3 APAKAH MASALAH DALAM SAINS
1. Guru menggunakan kaedah tradisional dalam pengajaran
• Teacher-centered.
• Murid tidak boleh berfikir.
• Ilmu berbentuk nota → hafalan → tiada perbincangan dalam kalangan
   murid → murid bergantung pada guru untuk memahami sesuatu topik.
• Amalan biasa di bilik darjah masih bersifat tradisional iaitu guru masih
   menggunakan sebahagian besar masa PdP untuk bercakap dan memberi
   penerangan manakala penglibatan murid hanya didapati apabila
   menjawab soalan.
2. Pendidikan berpusatkan peperiksaan
   • Menurut Hamidah (2004), pengajaran seharusnya memfokuskan ke
       arah pembinaan pengetahuan dan kemahiran berfikir pada aras
       tinggi. Namun begitu, kebanyakan guru masih lagi menekankan
14
• kepentingan peperiksaan semata- mata tanpa menjadikan
keupayaan berfikir sebagai fokus pengajaran. Peranan murid hanya
tertumpu pada mendengar penjelasan, tafsiran dan huraian oleh
guru, melakukan hafalan, mengingat, melakukan latih tubi serta
menerima huraian konsep yang dipelajari tanpa sebarang curiga
apatah lagi untuk menolak atau mempertikaikan maklumat yang
disampaikan oleh guru kerana autoriti ilmu yang dimiliki oleh guru
(Fadzil, 2008)
3. Guru tidak bersedia
• Aspek pengetahuan: guru lebih yakin dari segi ilmu pengetahuan
   yang mereka miliki untuk mengajar berbanding ilmu pengetahuan
   mengenai KBAT.
• Kemahiran Pedagogi: guru lebih yakin dari segi kemahiran pedagogi
   yang miliki untuk mengajar subjek berbanding kemahiran pedagogi
   mengajar KBAT.
4. Aras soalan yang digunakan
• Aras soalan yang diberikan berada di aras rendah.
• Soalan tak menggalakkan murid berfikir.
15
   • 90 peratus soalan yang dikemukakan oleh guru adalah pada aras
       rendah. (Rajendran, 2001)
2.4 Apakah Sebenarnya Kemahiran Berfikir?
       Secara umumnya mengajar kemahiran berfikir adalah mengajar
murid bagaimana untuk berfikir dan belajar. Ia juga merujuk kepada
keupayaan manusia untuk berfikir secara bersungguh-sungguh untuk
mencapai matlamat tertentu. Kemahiran berfikir sebenarnya tiada
definisi yang khusus. Bagaimanapun, ia boleh diterima sebagai satu set
kemahiran dan sub kemahiran asas dan lanjutan yang mentadbir proses
mental seseorang. Proses tersebut termasuk mengingat, mempersoalkan,
membentuk konsep, perancangan, penaakulan, membayangkan,
menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mempertimbangkan,
menterjemahkan kemahiran dalam bentuk perkataan dan sebagainya. Ia
juga adalah keupayaan praktikal dalam melakukan sesuatu atau berjaya
dalam tugas yang biasanya merujuk kepada kemahiran dalam konteks
tertentu contohnya, murid menjadi lebih bijak untuk memberi alasan atau
menyoal soalan apabila mereka dilatih untuk menggunakan kemahiran
berfikir. Ia juga membina dan memperkayakan hubungan pembelajaran.
16
       Kemahiran berfikir adalah kapasiti mental yang digunakan untuk
menyiasat dunia, menyelesaikan masalah dan membuat pertimbangan.
Dalam mengenalpasti setiap kemahiran itu, kita akan menghitung semua
keupayaan minda manusia dan senarainya pastilah tidak berkesudahan.
Maka ramai penyelidik telah cuba untuk mengenal pasti kemahiran yang
penting dalam pemikiran manusia, dan yang paling terkenal ini adalah
Taksonomi Bloom.
       Taksonomi Bloom bagi kemahiran berfikir (matlamat kognitif bagi
pendidikan) telah digunakan secara meluas oleh guru dalam merancang
pengajaran. Bloom telah mengenal pasti beberapa kemahiran kognitif
aras rendah atau asas iaitu pengetahuan, kefahaman dan aplikasi, dan
beberapa kemahiran peringkat tinggi adalah analisis, sintesis dan
penilaian. Model Taksonomi Bloom (1956) menjelaskan penggunaan soalan
mempunyai kaitan secara langsung dengan KBAR dan KBAT. Corak
penyoalan menggunakan soalan aras rendah adalah berbahaya kepada
penjanaan pemikiran aras tinggi kerana KBAT hanya boleh
digembelingkan melalui soalan aras tinggi. Taksonomi Bloom telah
mengkategorikan kemahiran berfikir mengikut aras tertentu yang
dikenali sebagai ‘level of thought processes”.
17
  Domain kognitif boleh dikategorikan kepada 6 kelas, iaitu aras
  pengetahuan yang bermula di peringkat rendah hingga kepada peringkat
  yang lebih tinggi iaitu penilaian.
       Tahukah anda?
Apabila seseorang menghafal dan memberikan maklumat itu semula
tanpa perlu berfikir, itu yang dinamakan robot. Dia melakukan apa
yang telah diprogramkan.
18
              Jadual 1: Aras Taksonomi Bloom
TAKSONOMI                 TAHAP                CONTOH SOALAN
BLOOM
 KEMAHIRAN    ● Pengetahuan                    Apakah nama awak?
    BERFIKIR
              Untuk mengingat kembali sesuatu
ARAS RENDAH   istilah, fakta atau konsep.
      (KBAR)
              ● Pemahaman                      Jelaskan makna
                                               fotosintesis
              Kebolehan menerapkan/
              memahami istilah,fakta atau
              konsep dalam situasi yang
              berlainan dengan perkataan
              sendiri.
 KEMAHIRAN    ● Aplikasi
   BERFIKIR
              Kebolehan menggunakan konsep Anda dibekalkan
ARAS TINGGI
              dan istilah dalam situasi yang dengan alat untuk
 (KBAT/HOT)
              baru.                            proses fotosintesis,
                                               cuba lakukan........
              ● Analisis
              Kebolehan membahagikan konsep Fotosintesis perlu
              atau kaedah kepada bahagian- air, cahaya dan
              bahagian dan mengenalpasti sebagainya.....
              perkaitan antaranya.
              ● Sintesis
19
          Kebolehan mencantumkan unsur- Pelajar-pelajar
          unsur supaya mendapat satu diberi maklumat dan
          corak yang bermakna.  data.
          ● Penilaian
          Kebolehan menilai idea, konsep Pelajar           diminta
          atau tindakan.        membuat refleksi
Refleksi  1.. Apakah Kemahiran Berfikir?
          2. Perlukah kita mengajar murid untuk berfikir?
Pemikiran Aras Tinggi (KBAT/HOT) pula merupakan aras yang paling
tinggi dalam hieraki proses kognitif. Ianya berlaku apabila seseorang
mendapat maklumat baru, menyimpan, menyusun, serta mengaitkannya
dengan pengetahuan sedia ada dan akan memanjangkan maklumat itu
untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit. Bereither
& Scardamalia (1987) dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, murid perlu
dilatih mengambil bahagian dalam menentukan objektif, mewujudkan
wacana, menentukan tindakan motivasi, analitik dan inferens yang
20
dinamakan ‘literasi tinggi’ (high literacy). Ciri-ciri KBAT/HOT adalah
seperti berikut:
1) Menggunakan tahap pemikiran secara maksimum untuk menghadapi
cabaran
2) Interpretasi, analisis, dan manipulasi maklumat.
3) Bersifat kritikal terhadap maklumat, idea, dan pendapat.
4) Membuat kesimpulan, inferens dan generalisasi.
5) Komunikasi berkesan, membuat jangkaan, penyelesaian masalh, menilai
idea, memberikan pendapat dan membuat pemilihan, dan keputusan.
                 Refleksi:
                 1. Apakah ciri-ciri KBAT?
               2. Berikan maksud takrifan Kemahiran Berfikir Aras
                   Rendah (KBAR) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
                   (KBAT)
21
 2.5 PERANAN GURU UNTUK KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
    TINGGI (KBAT)
       Guru memainkan peranan penting dalam memastikan kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) dapat dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu guru harus memastikan murid aktif dalam
pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru juga harus memberi peluang
kepada pelajar untuk memberi pendapat, berbincang dan bertanya.
       Di samping itu, guru hendaklah mempelbagaikan strategi dalam
pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu mengubah teknik
pengajaran secara ‘chalk and talk’ kepada kaedah yang lebih menjurus
pelajar untuk berfikir. Guru juga mesti merancang soalan, tugasan dan
aktiviti yang menuntut pelajar berfikir secara berterusan dan menilai
pemikiran mereka dan pemikiran individu lain.
                                    Soalan “aras tinggi” menggalakkan pembelajaran sebab
                                        jenis soalan ini memerlukan pelajar mengaplikasi,
                                    menganalisis, mensintesis dan menilai maklumat, bukan
                                             semata-mata mengingat fakta
22
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
           TAJUK : MANUSIA
               SAINS TAHUN 1
23
BAHAGIAN A: (SESI 1)- 60 minit
Tajuk:        Manusia
Objektif:     Dalam tajuk ini, murid akan mempelajari bahagian tubuh
              dan fungsi bahagian tubuh manusia termasuk persamaan
              dan perbezaan bahagian tubuh mereka dengan rakan-
              rakan. Ada yang berambut kerinting dan ada yang
              berambut lurus.
Standard      2.1 Memahami bahagian dan fungsi tubuh manusia.
Kandungan     2.2 Menghargai bahagian tubuh kita.
Standard      Murid boleh:
Pembelajaran
              2.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia iaitu mata,
                    telinga, hidung, mulut, lidah, tangan, kaki.
              2.1.2 Menceritakan tentang fungsi dan kepentingan
                    bahagian-bahagian tubuh manusia dalam kehidupan
                    seharian.
                      (Aras Aplikasi)
              2.1.3 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan ciri
                    anggota badan pada manusia
                     (Aras Analisis)
              2.1.4 Mengenal pasti masalah dan situasi dalam kehidupan
                    seharian.
                      (Aras Penilaian)
Tempoh                                                                                                         24
Masa:
               Sesi 1: 60 minit (aktiviti pembelajaran),
Bahan          Sesi 2: 60 minit (aktiviti pengayaan, pengukuhan dan
Pengajaran     perbincangan kumpulan)
               Patung mainan dan kad gambar
Aktiviti       Aktiviti 1:
Pembelajaran:
               1. Guru membimbing murid menyanyikan lagu “ Kalau
               Rasa Gembira”.
               2. Guru menyediakan dua buah anak patung mainan
                  yang berbeza untuk setiap kumpulan kecil.
               3. Aktiviti ini dijalankan mengikut kumpulan yang
                  terdiri daripada 3 atau 4 orang dalam setiap
                  kumpulan
               4. Murid dikehendaki melihat dengan terperinci
                  bahagian badan yang terdapat pada anak patung
                  tersebut.
               Soalan Guru : (Aras Analisis)
                  • Apa persamaan antara dua patung yang
                      diberikan?
                  • Apa perbezaan antara dua patung yang diberi?
                  • Berapakah bilangan kaki patung tersebut jika
                      dibandingkan dengan telinga dan hidungnya?
25
5. Guru seterusnya mengedarkan sampul yang
   mengandungi gambar bahagian badan kepada setiap
   kumpulan. Murid dikehendaki memadankan anggota
   badan tersebut pada anak patung.
   Soalan Guru (Aras Mengingat)
       • Namakan anggota badan kamu?
       Soalan Guru: (Aras Pemahaman)
       • Apa gunanya mata, telinga, hidung dan mulut?
             Contoh jawapan: mata untuk melihat, telinga
                 untuk mendengar
6. Guru membimbing murid mengenali bahagian-
   bahagian tubuh badan manusia.
    Soalan Guru: (Aras Aplikasi)
       • Ceritakan kegunaan mata dalam kehidupan
           seharian?
           (Soalan boleh menggunakan anggota badan
          yang lain)
        Contoh Jawapan: Mata digunakan untuk
       menonton tv, membaca buku dll
        Soalan Guru: (Aras Aplikasi)
       • Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya
           seorang kanak-kanak perempuan mengalami
           penyakit di bahagian telinga?
26
Aktiviti 2:
        1. Guru meminta murid mengenal pasti perbezaan
           dan persamaan 2 orang murid dalam setiap
           kumpulan.
        Soalan Guru: ( Aras Analisis)
        (Cth: Apakah persamaan yang ada pada dua murid
        tersebut?
        Apakah pula perbezaan yang ada pada dua murid
        tersebut ?)
       2. Guru meminta murid menyenaraikan perbezaan
          dan persamaan murid di dalam carta yang
          disediakan.
      3. Guru seterusnya mengemukakan soalan untuk
          perbincangan dalam kumpulan:
Situasi : Seorang kanak-kanak ada 5 jari dan seorang
              lagi kanak-kanak ada 3 jari sahaja kerana
              jarinya hilang/cedera sebab bermain mercun.
27
         Soalan Guru: (Aras Aplikasi)
             • Kanak-kanak itu makan nasi dengan cepat
                 menggunakan tangan yang mana?
             • Tangan yang mana lebih mudah diguna untuk
                 memegang pensil bila menulis dan mengambil
                 barang?
Sumber:  1. Soalan KBAT Taksonomi Bloom
         2. Penilaian
         3. Pengayaan
28
              Soalan KBAT mengikut Taksonomi Bloom.
PERINGKAT     ITEM
Mengingat     1. Namakan anggota badan kamu?
Memahami      2. Apa gunanya mata, telinga, hidung dan mulut?
                 Contoh jawapan: mata untuk melihat
Mengaplikasi  3. Ceritakan kegunaan telinga dalam kehidupan
                 seharian?
                 (Soalan boleh menggunakan anggota badan yang
                 lain)
                 Contoh Jawapan: Telinga digunakan untuk
                 mendengar radio, mendengar orang bercakap dan
                 dll.
                 4. Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya
                 seorang kanak-kanak perempuan mengalami
                 penyakit di bahagian telinga?
29
                              5. Situasi : Seorang kanak-kanak ada 5 jari
                              dan seorang lagi kanak-kanak ada 3 jari sahaja
                              kerana jarinya hilang/cedera sebab bermain
                              mercun.
                                • Soalan: Kanak-kanak itu makan nasi dengan
                                    cepat menggunakan tangan yang mana?
                                • Tangan yang mana lebih mudah diguna untuk
                                    memegang pensil bila menulis dan mengambil
                                    barang?
Menganalisis 6. Apa persamaan antara dua patung yang diberikan?
                              Apa perbezaan antara dua patung yang diberi?
                              Berapakah bilangan kaki patung tersebut jika
                              dibandingkan dengan telinga dan hidungnya
                      Apabila anda telah menyoal murid, beri mereka
                      masa untuk memikirkan jawapan mereka
30
NOTA
      MANUSIA
31
BAHAGIAN B: (SESI 2) -60 minit
PENILAIAN
ARAHAN: Kenal pasti dan labelkan bahagian-bahagian tubuh
manusia.
32
PENGAYAAN
ARAHAN: Nyatakan bahagian tubuh yang terlibat dan fungsi setiap
bahagian tubuh tersebut.
33
PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN
Situasi 1:
Ali dan Samad memasuki pertandingan lumba lari? Ali memiliki badan
yang gemuk dengan kaki yang panjang manakala Samad memiliki badan
yang kurus dan berkaki pendek. Antara Ali dan Samad , siapakah yang
akan memenangi perlumbaan tersebut?
Soalan ( Aras Penilaian) :
AB
34
 Situasi 2:
Situasi : Terdapat dua orang kanak-kanak. Kanak-Kanak A mempunyai
kedua-dua kaki manakala kanak-kanak B hanya mempunyai sebelah kaki
(tempang) dan beliau berjalan menggunakan tongkat. Kedua-dua kanak-
kanak ini berjalan untuk ke kedai runcit. Sebelum sampai ke kedai runcit
mereka perlu menaiki tangga terlebih dahulu.
 Pilih sama ada kanak-kanak A atau B yang akan sampai dahulu ke kedai
 runcit dan terangkan mengapa?
 ___________________________________________________
 ___________________________________________________
35
            TAJUK : MATA UNTUK MELIHAT
BAHAGIAN A : (SESI 1) - 60 minit
Tajuk:      Deria penglihatan kita
Objektif:   Dalam tajuk ini, murid akan mengenal pasti bahagian
            anggota badan yang berkaitan dengan deria penglihatan,
            kepentingan deria penglihatan dan mensyukuri anugerah
            Tuhan tersebut.
Standard    (ST 5.1) Mengaplikasikan pengetahuan tentang
Kandungan kepentingan penglihatan
Standard
Pembelajaran Murid boleh:
            (ST 5.1.1 ) Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang
                      berkaitan dengan deria penglihatan.
            (ST 5.1.2) Mengenal pasti kegunaan mata dalam kehidupan
                       harian (Aras Aplikasi).
            (ST 5.1.3) Mengenal pasti masalah dan situasi dalam
                      kehidupan seharian dan cara penyelesaian.
                            (Aras Aplikasi)
Tempoh      Sesi 1: 60 minit (aktiviti pembelajaran),
Masa:
            Sesi 2: 60 minit (aktiviti pengayaan, pengukuhan dan
Bahan       perbincangan kumpulan)
Pengajaran
            10 gambar objek, Kain penutup mata.
Aktiviti:                                                                                                   36
           Aktiviti 1:
              1. Guru menerangkan bahawa mata merupakan salah
                  satu daripada deria yang dimiliki oleh manusia.
              2. Guru mengedarkan 10 gambar objek kepada setiap
                  kumpulan. Murid dalam setiap kumpulan diberi masa
                  1 minit untuk mengingati gambar yang diberi.
              3. Murid diminta untuk menyatakan apakah deria yang
                  diperlukan untuk menjalankan aktiviti tersebut.
              4. Seterusnya guru bertanya kepada murid:
              Soalan guru (aras mengingat):
                  • Apakah kegunaan mata?
           5. Setelah gambar objek diambil semula oleh guru,
              murid dikehendaki menyebut seberapa banyak objek
              yang telah dilihat.
           6. Guru mengaitkan objek yang dilihat dengan deria
              penglihatan ( contoh objek-objek yang dilihat adalah
              menggunakan deria penglihatan dan bukannya organ
              deria yang lain).
           7. Guru seterusnya meminta murid untuk melihat objek
              di dalam kotak dalam keadaan persekitaran yang
              gelap. Seterusnya guru meminta murid untuk melihat
              objek di dalam kotak dengan menggunakan lampu
              suluh.
37
8. Guru seterusnya menanyakan soalan:
• Apa yang kamu dapat buat/lakukan
   menggunakan mata dalam kehidupan seharian?
   (Aras Pemahaman)
• Apakah bahagian badan yang lain yang
   mempunyai bilangan yang sama dengan bilangan
   mata? (Aras Pemahaman)
• Mata dapat melihat objek dengan jelas apabila
   dalam keadaan terang. Bagaimanakah caranya
   untuk kamu dapat melihat objek dengan jelas
   dalam keadaan gelap? Terangkan?
   (Aras Aplikasi)
9. Guru seterusnya mengemukakan soalan untuk
  perbincangan dalam kumpulan
    Ali tidak dapat melihat dari kecil kerana
    matanya buta. Satu hari Ali mahu melintas jalan
    untuk membeli barang di kedai. Apa yang perlu
    Ali lakukan supaya dia berjaya melintas jalan
    dengan selamat?
 (Aras Aplikasi)
38
         Perhatikan gambar-gambar di bawah. Kemudian, jawab
         soalan-soalan.
         Gambar A                        Gambar B
         • Gambar manakah yang lebih sesuai? (Aras Analisis)
Sumber:  1. Soalan KBAT Taksonomi Bloom
         2. Penilaian
         3. Pengayaan
39
              Soalan KBAT mengikut Taksonomi Bloom.
 PERINGKAT                                  ITEM
Mengingat
              • Apa kegunaan mata?
Memahami         Contoh jawapan : Mata untuk melihat
              • Apakah bahagian badan yang lain yang
                 mempunyai bilangan yang sama dengan bilangan
                 mata?
Mengaplikasi  • Mata dapat melihat objek dengan jelas apabila
                 dalam keadaan terang. Bagaimanakah caranya
                 untuk kamu dapat melihat objek dengan jelas
                 dalam keadaan gelap? Terangkan?
              • Ali tidak dapat melihat dari kecil kerana
                 matanya buta. Satu hari Ali mahu melintas jalan
                 untuk membeli barang di kedai. Apa yang perlu
                 Ali lakukan supaya dia berjaya melintas jalan
                 dengan selamat?
Menganalisis  • Perhatikan gambar-gambar di bawah. Kemudian,
                 jawab soalan-soalan.
40
             Gambar A          Gambar B
             • Gambar manakah yang lebih sesuai?
                 (Aras Analisis)
Mensintesis
             Mata perempuan A  Mata lelaki B
             Berdasarkan rajah di atas, perempuan A mempunyai
             kedua-dua mata yang baik manakala lelaki B mengalami
             kecederaan mata iaitu salah satu daripada matanya
             rosak. Terangkan tentang kebolehan melihat antara A
             dan B?
41
Penilaian      • Murid A: Boleh melihat tetapi tidak dapat
                   bercakap (bisu)
               • Murid B : Tidak dapat melihat tetapi boleh
                   bercakap.
                   Jika dilahirkan sebegitu, pilih yang mana satu
                   kamu ingin dilahirkan sama ada A atau B.
                   Terangkan mengapa?
           Apabila anda telah menyoal murid, beri
           mereka masa untuk memikirkan jawapan
           mereka
42
NOTA
      MATA UNTUK MELIHAT
43
BAHAGIAN B: (SESI 2) -60 minit
PENILAIAN
Rajah di bawah menunjukkan beberapa buah kereta sedang berhenti di
jalan raya.
(a) Mengapakah kereta itu berhenti di jalan raya?
_____________________________________________________
(b) Pada pendapat kamu, mengapakah lampu isyarat mempunyai tiga
    warna lampu yang berbeza?
_____________________________________________________
_____________________________________________________
(c) Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya lampu isyarat rosak di
jalan raya.
44
PENGAYAAN
Arahan: Cipta satu model robot dengan menggunakan objek-objek
            yang kamu lihat di sekeliling kamu. Lakarkan hasil ciptaan
            kamu pada ruang di bawah.
               Hasil ciptaan
                     saya:
45
PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN
Soalan (Aras Aplikasi) :
Situasi:
. Berdasarkan rajah di atas, terdapat tiga orang kanak-kanak sedang
menonton televisyen.
Kanak-kanak 1 (melihat tv tanpa menggunakan cermin mata kerana
matanya tidak rabun),
Kanak-kanak 2 (melihat tv menggunakan cermin mata kerana matanya
rabun)
manakala kanak-kanak 3 (tidak menggunakan cermin mata walaupun
matanya rabun).
Kanak-kanak yang manakah dapat melihat tv dengan terang dan selesa ?
Kenapa?
46
Soalan (Aras Analisis):
Tayar A (Tayar Berbunga)  Tayar B botak (tidak berbunga)
Tayar kereta Ahmad adalah seperti tayar A.
Tayar kereta Abu pula adalah seperti tayar B.
Siapakah yang dapat memandu keretanya dengan selamat sewaktu
hujan. Terangkan mengapa?
Soalan (Aras Aplikasi)
Ali memandu kereta untuk pulang ke rumah. Didapati Ali cepat sampai
ke rumah pada waktu siang berbanding pada waktu malam, Mengapa
berlaku demikian?
47
            TAJUK : HIDUNG UNTUK MENGHIDU
BAHAGIAN A: (SESI 1) – 60 minit
Tajuk:        Deria Hidu
Objektif:     Dalam tajuk ini, murid akan mengenal pasti bahagian
              anggota badan yang berkaitan dengan deria hidu (hidung),
              kepentingan deria hidu dan mensyukuri anugerah Tuhan
              tersebut.
Standard      ST 6.1 Mengaplikasi pengetahuan tentang pelbagai bau
Kandungan
Standard      Murid boleh:
Pembelajaran
              ST 6.1.2 Mengelaskan benda-benda yang berbau dan tidak
              berbau berdasarkan penyiasatan.
              ST 6.1.3 Menjelaskan kepentingan bau dalam kehidupan
                          harian (Aras Aplikasi)
              ST 6.1.3 Membanding beza jenis bau wangi dan bau busuk
                          (Aras Analisis)
              ST 6.1.4 Mengenal pasti masalah dan situasi dalam
                          kehidupan seharian dan cara penyelesaian.
                          (Aras Aplikasi)
Tempoh        Sesi 1: 60 minit (aktiviti pembelajaran),
Masa:
              Sesi 2: 60 minit (aktiviti pengayaan, pengukuhan dan
              perbincangan kumpulan)
48
Bahan        • Bekas bauan yang mengandungi limau, vanila, bawang,
Pengajaran:     cuka, nescafe, daun sup dan rempah.
             • Kertas untuk merekod.
Aktiviti:    1. Sediakan beberapa bekas tertutup dan berlubang
                yang mengandungi bahan yang mengeluarkan bau
                seperti limau, vanila, bawang, cuka, nescafe, daun
                sup dan rempah. Bekas bau ini disediakan oleh guru
                dan diberi pada setiap kumpulan.
             2. Biarkan murid menghidu setiap bekas yang di
                sediakan dan murid meneka dan menerangkan ciri-
                ciri bauan yang dihasilkan.
                Soalan Guru: (Aras Memahami)
                    • Bagaimana kamu tahu bau sesuatu objek tanpa
                        melihatnya?
                        Contoh: bau durian, bau lemon, bau sabun
             3. Murid memadankan jenis bau yang dihidu dengan
                gambar yang telah disediakan. Aktiviti ini dijalankan
                mengikut kumpulan.
49
4. Soalan Guru: (Aras Aplikasi)
       • Ceritakan apa kegunaan hidung dalam
           kehidupan seharian selain menghidu?
       • Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya
           seseorang yang mengalami selesema diminta
           menghidu bau minyak wangi? Jelaskan mengapa
  5. Soalan Guru:
       • Berikan nama anggota badan lain yang
           mempunyai bilangan yang sama dengan
           hidung?.
           ( Aras Mengingat)
       • Bagaimana kamu bezakan objek yang berbau
           wangi dengan objek berbau busuk?
           (Aras Analisis)
 6. Guru menyediakan bahan seperti berikut:
   Bahan A: Kotak minuman susu yang basi
   Bahan B : Kotak minuman susu yang baru
   Bahan C: Air
   Bahan D : Cuka
Guru meminta murid untuk mengenal pasti bau bahan-
 bahan berikut dan mengetahui kepentingan bau
 tersebut dalam situasi kehidupan seharian.
50
         7. Soalan Guru: (Aras Analisis)
           1. Kamu diminta untuk membeli minuman di kedai
              runcit. Terdapat bahan A, B, C dan D di kedai itu.
              Antara 4 bahan yang dipaparkan pada rajah di atas,
              yang manakah bahan yang boleh diminum?
         . Berdasarkan rajah di atas, terangkan seperti berikut:
                i) Apakah persamaan antara bahan A dan bahan B?
               _______________________________________
               ii) Apakah perbezaan antara bahan A dan B?
               _______________________________________
               iii) Apakah persamaan antara bahan C dan D?
               ______________________________________
               iv) Apakah perbezaan antara bahan C dan D?
                _____________________________________
Sumber:  1. Soalan KBAT Taksonomi Bloom
         2. Penilaian
         3. Pengayaan
