The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lizasalleh36, 2021-11-18 21:28:12

MODUL KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI PRASEKOLAH

modul kbat untuk sains prasekolah

51

Soalan KBAT mengikut Taksonomi Bloom.

PERINGKA ITEM
T

Mengingat • Mengapa manusia perlu ada hidung?

• Berikan nama anggota badan lain yang mempunyai
bilangan yang sama dengan hidung?.

Memahami • Ceritakan kenapa kita perlu menghidu?

• Bagaimana kamu tahu bau sesuatu objek tanpa
melihatnya? Contoh: bau durian, bau lemon, bau
sabun.

Mengaplikas • Ceritakan apa kegunaan hidung dalam kehidupan
i seharian selain menghidu?

Jawapan : Bernafas

• Mata seorang murid ditutup dengan sehelai kain.
Sebiji durian dibawa menghampiri hidungnya.
Adakah murid itu dapat mengenal pasti objek
tersebut? Jelaskan.

• Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya
seseorang yang mengalami selesema diminta
menghidu bau minyak wangi? Jelaskan mengapa

52

Menganalisi • Bagaimana kamu bezakan objek yang berbau wangi
s dengan objek berbau busuk?

• Bahan A: Kotak minuman susu yang basi
Bahan B : Kotak minuman susu yang baru
Bahan C: Air
Bahan D : Cuka

2. Kamu diminta untuk membeli minuman di kedai
runcit. Terdapat bahan A, B, C dan D di kedai itu.
Antara 4 bahan yang dipaparkan pada rajah di
atas, yang manakah bahan yang boleh diminum?

. Berdasarkan rajah di atas, terangkan seperti berikut:
i) Apakah persamaan antara bahan A dan bahan B?
______________________________________
_
ii) Apakah perbezaan antara bahan A dan B?
______________________________________
_
iii) Apakah persamaan antara bahan C dan D?
______________________________________
iv) Apakah perbezaan antara bahan C dan D?
_____________________________________

_

Apabila anda telah menyoal murid, beri mereka masa
untuk memikirkan jawapan mereka

53

NOTA

HIDUNG UNTUK MENGHIDU

54

BAHAGIAN B: (SESI 2) -60 minit
PENILAIAN
Arahan: Jalankan penyiasatan berikut tentang benda yang berbau
dan benda yang tidak berbau. Ikuti langkah-langkah yang
dinyatakan di bawah.
Langkah penyiasatan:
1. Hidu benda-benda berikut:

2. Rekodkan pemerhatian kamu dalam carta yang disediakan di bawah.
Benda

Berbau Tidak berbau

1.________________________ 1.________________________
2._________________________ 2._________________________
3._________________________ 3._________________________
4._________________________ 4._________________________
P5E._N_G__A__Y_A__A_N_______________ 5._________________________

55

2. Rajah di bawah menunjukkan empat keadaan yang berbeza.

(a) Jelaskan kepentingan bau pada rajah S.
____________________________________________________
____________________________________________________
(b) Terangkan kepentingan bau pada rajah T.
_____________________________________________________
_____________________________________________________
(c) Apakah kepentingan bau susu di rajah U?
_____________________________________________________
___________________________________________________
(d) Jelaskan tindakan yang perlu kamu lakukan pada stokin di rajah
_____________________________________________________
_____________________________________________________

56

PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN

Soalan (Aras Aplikasi) :

Situasi 1:

Terdapat dua orang kanak-kanak diminta untuk menghidu bau minyak
wangi.

Kanak-kanak A Kanak-kanak B
sihat mengalami
selesema

• Antara kedua-dua kanak-kanak tersebut, kanak-kanak yang mana
dapat menghidu dengan baik? Jelaskan mengapa.

• Kedua-dua kanak-kanak A dan B terhidu bau asap dari pembakaran
sampah. Terangkan yang berlaku pada kedua-dua kanak-kanak di
atas? Jelaskan mengapa

57

TAJUK : HAIWAN

BAHAGIAN A: (SESI 1) – 60 minit

Tajuk: Haiwan

Objektif: Dalam tajuk ini, murid akan didedahkan dengan pelbagai
jenis haiwan di persekitaran mereka seperti ikan, kucing,
burung, ular, belalang, lembu, gajah dll.

Standard (ST 3.1) Memperoleh pengetahuan asas tentang bahagian
Kandungan badan

Standard Murid boleh:

Pembelajaran

ST 3.1.3 Mengenal pasti haiwan dan bahagian tubuh

haiwan seperti (sayap, ekor, tanduk ,bulu dll) dan

menyatakan fungsi setiap bahagian tersebut.

ST 3.1.4 Menceritakan tentang fungsi dan kepentingan
bahagian-bahagian tubuh haiwan dalam kehidupan
seharian.
(Aras Aplikasi)

ST 3.1.5 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan ciri
anggota badan pada haiwan
(Aras Analisis)

58

ST 3.1.4 Mengenal pasti masalah dan situasi dalam
kehidupan seharian dan cara penyelesaian.
(Aras Aplikasi)

Tempoh Sesi 1: 60 minit (aktiviti pembelajaran),
Masa:
Sesi 2: 60 minit (aktiviti pengayaan, pengukuhan dan
perbincangan kumpulan)

Bahan • Gambar-gambar haiwan
Pengajaran: • Replika haiwan
• Lembaran Kerja.

Aktiviti: Aktiviti 1

1. Guru menunjukkan tayangan video mengenai haiwan
kepada murid dan bersoal jawab mengenainya.

2. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil yang
mengandungi tidak lebih dari 4 orang.

3. Guru mengedarkan beberapa jenis replika haiwan dan
gambar haiwan kepada setiap kumpulan

4. Guru meminta murid menamakan dan menyebut
bahagian tubuh haiwan tersebut.

59

Soalan Guru: (Aras Mengingat)

• Apakah nama bahagian badan yang ada pada lembu,
burung dan gajah?

5. Guru meminta kumpulan memperkenalkan dan
menyebut bahagian haiwan-haiwan tersebut kepada
rakan-rakan kumpulan lain.

6. Guru meminta pendapat murid-murid mengenai
kepentingan bahagian-bahagian badan haiwan
tersebut.

Soalan Guru (Aras Pemahaman):
• Apa gunanya tanduk?

• Apa gunanya belalai?

• Apa gunanya sayap?

• Apakah yang akan berlaku jika siput babi tiada
cengkerang?

7. Guru kemudian mengedarkan dua keping gambar
berbentuk situasi haiwan seperti berikut:

60

8. Guru seterusnya bersoal jawab dengan murid

Soalan Guru: (Aras Pemahaman)

• Bagaimanakah kambing itu berjalan?

• Bagaimanakah burung itu berjalan?

• Bagaimanakah kambing dan burung itu berjalan untuk
pergi minum air di kolam?

(Jawapan: Kambing berjalan menggunakan 4 kaki
manakala burung berjalan menggunakan 2 kaki atau
terbang menggunakan sayap)

9. Guru mengadakan perbincangan dengan murid-murid
berkaitan haiwan-haiwan tersebut.

Aktiviti 2

1. Guru mengedarkan sekurang-kurangnya 2 replika
haiwan bagi setiap kumpulan.

2. Guru meminta murid berbincang dalam kumpulan
untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan
bahagian-bahagian tubuh yang terdapat pada replika
haiwan tersebut.

3. Murid diminta merekod dapatan dalam borang
pemerhatian yang diedarkan pada setiap kumpulan.

61

4. Guru memantau maklumat yang direkodkan oleh setiap
kumpulan dan bersoal jawab dengan murid mengenai
haiwan tersebut.
Soalan Guru: (Aras Analisis)
• Kenapa bahagian badan haiwan tidak sama antara
satu sama lain?

( Contoh : perbandingan antara ikan dan kucing )

• Apa yang sama antara gajah dan lembu?
• Apa yang tidak sama ( berbeza) antara gajah dan

lembu?

62

5. Guru membimbing murid dalam setiap kumpulan untuk
membuat kesimpulan bahawa terdapat haiwan yang
mempunyai ciri yang sama dan ada yang berbeza.

Aktiviti 3
1. Guru seterusnya menayangkan gambar situasi haiwan
dan bersoal jawab dengan murid

Soalan Guru: (Aras Aplikasi)
• Bagaimana gajah dan zirafah mengambil daun pada
pokok yang tinggi? Kenapa bahagian badan yang
berlainan digunakan oleh haiwan tersebut?

2. Guru meminta murid berbincang dalam kumpulan dan
memberi pendapat mereka berdasarkan gambar
berikut:

63

Soalan Guru: (Aras Penilaian)

Situasi : Ada sekumpulan lembu dan kuda ingin
meragut rumput di seberang sungai yang cetek.

• Bagaimanakah lembu dan kuda itu dapat sampai ke
tempat rumput itu?

• Antara kuda dan lembu, haiwan manakah yang lebih
mudah mengharungi sungai?

Jawapan: Lembu dan kuda menggunakan kaki untuk
melintasi sungai itu. Kuda lebih mudah mengharungi
sungai itu kerana kuda mempunyai leher yang lebih
panjang berbanding lembu. Leher yang panjang
memudahkan kuda bernafas apabila mengharungi
sungai berbanding lembu.

3. Murid diminta memberi penyelesaian masalah dengan
berbincang dalam kumpulan masing-masing.

Sumber: 1. Soalan KBAT Taksonomi Bloom
2. Penilaian
3. Pengayaan

64

Soalan KBAT mengikut Taksonomi Bloom.

PERINGKAT ITEM

Mengingat • Apakah nama anggota badan yang ada pada
lembu, burung dan gajah?

Memahami • Apa gunanya tanduk?

• Apa gunanya belalai?

65

Apa gunanya sayap?

• Lihat gambar yang diberikan.

• Bagaimanakah kambing itu berjalan?

• Bagaimanakah burung itu berjalan?

• Bagaimanakah kambing dan burung itu berjalan
untuk pergi minum air di kolam?

Jawapan: Kambing berjalan menggunakan 4 kaki
manakala burung berjalan menggunakan 2
kaki atau terbang menggunakan sayap.

66

Mengaplikasi

• Bagaimana gajah dan zirafah mengambil daun
pada pokok yang tinggi?

Menganalisis • Kenapa bahagian badan haiwan tidak sama antara
satu sama lain?

• Contoh: perbandingan antara ikan dan kucing.

• Apa yang sama antara gajah dan lembu?
• Apa yang tidak sama antara gajah dan lembu?

67

Menilai • Situasi : Ada sekumpulan lembu dan kuda ingin
meragut rumput di seberang sungai yang cetek.
Bagaimanakah lembu dan kuda itu dapat sampai
ke tempat rumput itu? Antara kuda dan lembu,
haiwan manakah yang lebih mudah mengharungi
sungai?

Jawapan: Lembu dan kuda menggunakan kaki untuk
melintasi sungai itu. Kuda lebih mudah
mengharungi sungai itu kerana kuda mempunyai
leher yang lebih panjang berbanding lembu.
Leher yang panjang memudahkan kuda bernafas
apabila mengharungi sungai berbanding lembu.

68

Apabila anda telah menyoal murid, beri
mereka masa untuk memikirkan jawapan
mereka

NOTA

HAIWAN

69

PENILAIAN

70

ARAHAN: Perhatikan haiwan-haiwan berikut dan jawab semua soalan

1. Tandakan (√) ciri-ciri yang sama bagi kambing dan lembu.

Tanduk Kaki
Sirip Paruh
Ekor Cangkerang

2. Berikan tiga perbezaan antara arnab dengan helang.

Arnab Helang

(a) (a)

(b) (b)
(c) (c)

PENGAYAAN

71

Tandakan (√) pada ciri-ciri haiwan yang betul.

PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN
Aras Penilaian:

72

Situasi : Bayangkan dua ekor kuda sedang meragut rumput di
kawasan hijau. Kedua-duanya sama dalam segi kekuatan saiz
dan selera makan. Salah seekor kuda bagaimanapun mempunyai
ekor yang dua kali ganda lebih panjang berbanding seekor yang
lain.

• Pada pendapat kamu, kuda manakah yang akan meragut lebih
banyak rumput dalam tempoh sejam?
(Jawapan: Kuda dengan ekor lebih panjang akan meragut lebih
banyak rumput. Keadaan ini berlaku kerana dengan ekor yang
panjang, kuda ini dapat menghalau lalat yang akan mengacau
ketika sedang meragut rumput)

• Bolehkah kuda yang berekor pendek meragut lebih banyak
rumput berbanding kuda yang berekor panjang?
( Jawapan: Boleh, kuda yang berekor pendek boleh meragut
rumput di belakang kuda yang berekor panjang.)

73

BAHAGIAN A: (SESI 1) – 60 minit

Tajuk: Timbul dan Tenggelam

Objektif: Melalui topik ini, murid akan mempelajari mengenai konsep
tenggelam dan timbul serta konsep ketumpatan dalam
bentuk eksperimen dan menggalakkan kanak-kanak menjana
idea dan membuat penaakulan.

Standard (ST 11.1) Mengaplikasikan konsep timbul dan tenggelam
Kandungan

Standard Murid boleh:

Pembelajaran

(ST 11.1.1) Mengenal pasti objek yang timbul dan objek yang

tenggelam melalui penyiasatan

(ST 11.1.2) Mengenal pasti persamaan dan perbezaan ciri-
ciri objek yang timbul dan tenggelam
(Aras Analisis)

(ST 11.1.3) Mengubah suai objek yang tenggelam supaya
timbul dan objek yang timbul supaya tenggelam.
(Aras Aplikasi)

(ST 11.1.4) Mengenal pasti masalah dan situasi dalam
kehidupan seharian dan cara penyelesaian.

74

(Aras Aplikasi)

Tempoh Sesi 1: 60 minit (aktiviti pembelajaran),
Masa:
Sesi 2: 60 minit (aktiviti pengayaan, pengukuhan dan
perbincangan kumpulan)

Bahan • Besen
Pengajaran:
• Duit syiling, batu, pemadam, klip kertas, bola ping
Aktiviti: pong, plastisin, span, Guli, Botol mineral kosong, botol
plastik yang berisi cecair berwarna dan bertutup,
kapal kertas, pensil, sabun, sudu besi dan sudu plastik,
cawan plastik, buah orange dll.

• Plastesin dan guli

• Lembaran kerja jadual pengkelasan, dan helaian
aktiviti.

Aktiviti 1:

1. Guru memberi setiap kumpulan murid dengan
bahan/objek yang diletakkan di dalam dulang.

2. Murid di minta untuk mengasingkan/ meramalkan
objek yang akan tenggelam dan objek yang tidak
tenggelam berdasarkan pengalaman lepas mereka.

3. Guru seterusnya bersoal jawab dengan murid.

Soalan guru: (Aras Mengingat)

75

• Apakah objek yang tenggelam?
• Apakah objek yang timbul?

3. Setelah membuat ramalan, murid diminta untuk
memasukkan objek yang disediakan satu persatu dan
lihat sama ada ia tenggelam atau timbul.

4. Murid diminta mengasingkan objek yang timbul dan
tenggelam pada carta yang disediakan. Guru
seterusnya bersoal jawab dengan murid:

Soalan Guru: (Aras Pemahaman)

• Kenapa objek ini tenggelam?

• Kenapa objek ini timbul?

5. Murid dalam setiap kumpulan dikehendaki
menenggelamkan objek yang timbul dan tenggelam.

Soalan Guru: (Aras Aplikasi)

76

• Bagaimana kita boleh menyebabkan objek yang
tenggelam itu timbul?

• Bagaimana kita boleh membuatkan objek yang
timbul itu supaya tenggelam?

6. Guru meminta setiap murid dalam kumpulan
berbincang dan memberi pendapat masing-masing dan
menunjukkan langkah kerja masing-masing.

7. Setelah selesai guru meminta murid mengenal
pasti ciri-ciri objek.

Soalan guru: (Aras Analisis)

• Apakah ciri-ciri yang sama pada objek yang timbul?

• Apakah ciri-ciri yang sama pada objek yang
tenggelam?

Aktiviti 2:

1. Guru memberi setiap kumpulan murid dengan
bahan/objek seperti berikut:
• Plastisin dan guli.

2. Guru meminta murid menjatuhkan guli ke dalam air
satu demi satu dan perhatikan apa yang berlaku.
(Semua tiga guli tadi tenggelam ke dasar balang)

3. Jatuhkan seketul plastisin ke dalam air dan
perhatikan apa yang berlaku ). Ia juga jatuh ke dasar
balang atau mangkuk).

77

4. Keluarkan guli dan plastisin daripada air. Plastisin
dileperkan dan dibentuk seperti perahu.

5. Masukkan semula plastisin yang terbentuk tadi ke
dalam balang dan perhatikan apa yang berlaku
(plastisin terapung).

6. Masukkan guli-guli tadi satu demi satu ke dalam
plastisin tadi dan perhatikan apa yang berlaku (
plastisin tenggelam sedikit tetapi masih lagi terapung.
Guru bersoal jawab dengan murid:

Soalan Guru: (Aras Analisis)

• Apakah perbezaan bentuk plastisin semasa ia
tenggelam dan semasa ia terapung?

• Adakah bentuk leper membolehkan benda atau
objek terapung?

• (Plastisin yang terapung mempunyai bentuk leper
dan dasar yang luas berbanding dengan plastisin
yang tenggelam).

7. Guru seterusnya menunjukkan gambar berbentuk
situasi kepada murid:

78

Situasi: : Berpandukan gambar yang diberikan
menunjukkan situasi seorang lelaki menghadapi
masalah untuk menyelamatkan Ali kerana arus
sungai deras dan pokok tempat di mana tali
diikat hampir tumbang.

Soalan Guru: (Aras Aplikasi)

• Bagaimanakah lelaki tersebut menyelamatkan Ali
daripada lemas di dalam sungai?

• Sewaktu kamu mandi atau berenang di dalam kolam
renang. Bagaimanakah kamu boleh terapung dan
tenggelam di dalam air?

8. Guru meminta setiap murid dalam kumpulan
berbincang dan memberi pendapat masing-masing dan
menceritakan kepada rakan-rakan.

Sumber: 1. Soalan KBAT Taksonomi Bloom
2. Penilaian
3. Pengayaan

79

Soalan KBAT mengikut Taksonomi Bloom.

PERINGKAT ITEM

Mengingat • Apakah objek yang tenggelam?
• Apakah objek yang timbul?

Memahami • Kenapa objek ini boleh timbul?
• Kenapa objek ini boleh tenggelam?

Mengaplikasi • Bagaimana kita boleh menyebabkan objek yang
tenggelam itu timbul?

• Bagaimana kita boleh membuatkan objek yang
terapung itu supaya tenggelam?

Contoh : Berpandukan gambar yang diberikan
menunjukkan situasi seorang lelaki
menghadapi masalah untuk menyelamatkan
Ali kerana arus sungai deras dan pokok
tempat di mana tali diikat hampir tumbang.

• Bagaimanakah lelaki tersebut menyelamatkan Ali
daripada lemas di dalam sungai?

80

• Sewaktu kamu mandi atau berenang di dalam
kolam renang. Bagaimanakah kamu boleh
terapung dan tenggelam di dalam air?

Menganalisis • Apakah ciri yang sama pada objek yang timbul?

• Apakah ciri yang sama pada objek yang
tenggelam?

Menilai • Apakah perbezaan bentuk plastisin semasa ia
tenggelam dan semasa ia terapung?

• Adakah bentuk leper membolehkan benda atau
objek terapung?

Jawapan: (Bentuk leper menyebabkan air tertolak
ke atas lalu menimbulkan objek tersebut ke atas)

NOTA Apabila anda telah menyoal murid, beri
mereka masa untuk memikirkan
jawapan mereka

NOTA 81

TIMBUL DAN TENGGELAM

82

PENILAIAN
ARAHAN: Kelaskan objek-objek berikut dalam kumpulan yang betul.

83

PENGAYAAN
ARAHAN: Isikan tempat kosong dengan ‘timbul’ atau ‘tenggelam’.

84

PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN
(Aras Sintesis)

1. Berdasarkan sifat timbul dan tenggelam, reka cipta satu objek
berasaskan sifat tersebut. Lakarkan dalam petak di bawah.

85

SUMBER RUJUKAN MODUL:

1. Bereiter, C., & Scardamalia, M. (1987). An attainable version of
high literacy: Approaches to teaching high-order skills in reading
and writing, Curriculum Inquiry, 17:1, 9-30hildren, 45(7), 28-31.

2. Bloom, B.S., Engelhart, M.D., Furst, E.J., Hill, W.H., & Krathwohl, D.
R. (1956). Taxonomy of Educational Objectives: The Classification
of Educational Goals; Handbook I: Cognitive Domain. New York,
Longmans.

3. Chua, Y. P. (2004). Creative and Critical Thinking Styles. Kuala
Lumpur: Universiti Putera Malaysia Press.

4. Foley, B. J., & McPhee, C. (2008). Students‟ attitudes towards
science in classes using hands-on or textbook based curriculum.
American Educational Research Association.

5. Hamidah Maidinsah. (2004). Kesan kaedah pengajaran metakognisi-
inkuiri terhadap prestasi dalam matematik dan penaakulan saintifik
di kalangan pelajar diploma. Tesis Ph.D. Universiti Sains Malaysia.

6. Jill Kearney (2011). Educating Young Children - Learning and
teaching in the early childhood Vol 17, No 3.

7. Mohamad Fadzil Che Amat. (2008). Kesan kaedah inkuiri koperatif
berbantukan multimedia ke atas prestasi kemahiran proses sains
bersepadu, pemikiran saintifik dan sikap dalam sains dalam kalangan
pelajar-pelajar sekolah kebangsaan. Tesis Peringkat Sarjana.
Universiti Sains Malaysia.

86

8. Norhayati Alias (2015). Dunia Sains dan Teknologi , Tahun 1 KSSR.
Info-Didik Sdn. Bhd. Selangor.

9. N.S. Rajendran. (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi:
Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran.

10. Onosko, J.J & nForth Worth : Harcourt Brace College Publishers.
11. Newmann, F. M. (1994). Creating more thoughtful learning

environments, In J.N. Mangieri & C.C. Block (Eds). Creating powerful
thinking in teachers and students : Diverse perspectives. Forth
Worth : Harcourt Brace College Publishers

11. Othman, W., Selamat, K., & Hashim, R. (2010). Teaching Methods in
Technical and Vocational Education. Selangor: Open University
Malaysia.

12. Rhoades, E. B., Richetts, J., & Friedel, C. (2009). Cognitive potential:
How different are agriculture students? Journal of Agricultural
Education, 50(2), 43–55.

13. Soon See Khim (2014). Dunia Sains dan Teknologi , Tahun 1 KSSR
Cemerlang Publications Sdn. Bhd. Selangor.

14. Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society: The development of higher
psychological processes. Cambridge, MA: Harvard University Press.


Click to View FlipBook Version