The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tokburong, 2021-08-29 14:08:47

Buku Program 5 minit Puasa

Buku Program 5 minit Puasa

PERKARA MUKASURAT

Secebis Bicara dari Penyusun 3

Hari Ke 1 Marhaban Ya Ramadhan 4

Hari Ke 2 Keutamaan Ramadhan 5

Hari Ke 3 Ramadhan Bulan Berkat 6

Hari Ke 4 Peristiwa Penting dalam Bulan Ramadhan 7

2.2.1 Diturunkan al-Quran 7

2.2.2 Diturunkan kitab suci lain 7

2.2.3 Terjadinya perang Badr 8

Hari Ke 5 Pembebasan Kota Mekah 9

2.2.5 Lailatul Qadar 9

2.2.6 Kewajipan berpuasa dan perubahan Kiblat 10

Hari Ke 6 Amalan di Bulan Ramadhan 11

2.3.1 Puasa 11

Hari Ke 7 Keutamaan puasa 12

2.3.1.2 Syarat mendapat pahala puasa 13

2.3.1.3 Pembahagian puasa 13

Hari Ke 8 Hukum berkaitan dengan puasa 14

2.3.1.4.1 Pengertian puasa 14

2.3.1.4.2 Kewajipan berpuasa 14

2.3.1.4.3 Syarat sah puasa 15

Hari Ke 9 Sunat puasa 15

2.3.1.4.5 Perkara membatalkan puasa 16

Hari Ke 10 Hukum orang tidak berpuasa Ramadhan 16

2.3.1.4.7 Hukum jimak pada siang hari Ramadhan 16

2.3.1.4.8 Kewajipan orang berpuasa 17

Hari Ke 11 Puasa yang Disyariatkan 17

1
5 Minit Tazkirah Ramadhan

PERKARA Tujuan puasa MUKASURAT
Hari Ke 12 2.3.2 Hari disunatkan berpuasa
Membaca Al-Quran ( Tilawah ) 18
Hari Ke 13 Keutamaan membaca al-Quran 18
Hari Ke 14 Kadar yang disunatkan 18
Hari Ke 15 2.3.3 Memberi makanan 20
2.3.4 Menjaga Kesihatan 22
Hari Ke 16 2.3.5 Jaga Keharmonian Keluarga 23
2.3.6 Berdakwah 23
Hari Ke 17 Qiyam Ramadhan 23
Hari Ke 18 2.3.7.1 Solat Terawih 23
Hari Ke 19 Iktikaf 24
Hari Ke 20 Pelajaran ayat-ayat tentang puasa 25
Hari Ke 21 Hikmah Puasa 26
Hari Ke 22 Berpuasa tanpa solat 27
Hari Ke 23 Adab berpuasa 29
Hari Ke 24 Waktu Lailatul Qadar 30
Hari Ke 25 Peringatan 31
Hari Ke 26 Hari Raya Aidil Fitri 32
Hari Ke 27 Aidilfitri Antara Adat dan Ibadat 34
Raya Sebenar Raya 37
Sunat Hari Raya 39
41
43

2
5 Minit Tazkirah Ramadhan

SECEBIS BICARA DARI PENYUSUN

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Penyusunan buku kecil ini adalah sempena program Ihya Ramadhan yang
merupakan program tahunan pada peringkat sekolah. Buku kecil ini di susun
bertujuan sebagai bahan bacaan kepada pelajar sebelum memulakan pengajian.
Buku ini hendaklah di baca samada oleh guru atau ketua kelas lebih kurang 5
minit sebelum memulakan pelajaran pada hari tersebut.

Buku ini mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan Bulan Ramadhan dan
hal-hal yang bersangkutan dengan kemuliaan bulan Ramadhan. Sesungguhnya
Ramadhan merupakan anugerah Allah SWT kepada umat Islam bagi
menambahkan pahala dan kebaikan sebanyak mungkin dan juga peluang untuk
umat Islam menghapuskan segala dosa dan maksiat yang telah mereka lakukan
sepanjang tahun. Sesungguhnya amat rugi bagi sesiapa yang keluar daripada
bulan Ramadhan tanpa mendapat apa-apa kebaikan atau dosanya tidak
diampunkan oleh Allah SWT.

Mudah-mudahan buku kecil yang tak seberapa ini boleh dijadikan sebagai bahan
untuk kita menambahkan ilmu dan pengetahuan mengenai ajaran Islam serta dapat
membimbing kita kearah menjadi insan yang di redai oleh Allah SWT di dunia dan
akhirat

Salam dari penyusun
Ustaz Safaee b. Zakaria
SMK Jelawat
28 Syaaban 1440 H / 04 Mei 2019M

3
5 Minit Tazkirah Ramadhan

HARI PERTAMA : MARHABAN YA RAMADHAN

Marhaban barasal dari perkataan rahb yang bererti luas atau lapang. Marhaban
menggambarkan suasana penerimaan tetamu yang di sambut dan di terima dengan
lapang dada, dan penuh kegembiraan. Marhaban ya Ramadhan (selamat datang
Ramadhan), bermaksud bahwa kita menyambut kedatangan Ramadhan dengan
berlapang dada,penuh kegembiraan, tidak dengan keluhan. Rasulullah SAW
sendiri sentiasa gembira setiap kali datangnya Ramadhan. Dan berita
gembira itu disampaikan pula kepada para sahabatnya dengan bersabdanya:

"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh
keberkatan. Allah SWT telah memfardukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan
Ramadhan dibuka segala pintu surga dan dikunci segala pintu neraka dan
dibelenggu seluruh setan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu
bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka
sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan" (Hr. Ahmad)

Marhaban Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu, kerana kita mengharapkan
agar jiwa raga kita di asah dan di asuh untuk melanjutkan perjalanan menuju Allah
SWT. Perjalanan menuju Allah SWT itu digambarkan oleh para ulama salaf sebagai
perjalanan yang banyak ujian dan cabaran. Ada gunung yang harus di daki,
itulah nafsu. Di gunung itu ada lereng yang curam, belukar yang tebal, bahkan
banyak perompak yang mengancam, serta iblis yang merayu, agar perjalanan tidak
diteruskan Bertambah tinggi gunung didaki, bertambah hebat ancaman dan rayuan,
semakin curam dan ganas pula perjalanan. Tetapi, bila tekad tetap membaja,
sebentar lagi akan kelihatan cahaya terang benderang, dan saat itu akan terlihat
dengan jelas liku-liku jalan, terbentang tempat-tempat yang indah untuk
berteduh, serta telaga-telaga jernih untuk melepaskan dahaga. Dan bila
perjalanan diteruskan, kita akan ditemukan dengan kenderaan Ar-Rahman untuk
menghantar sang musafir bertemu dengan kekasihnya.

Untuk sampai pada destinasi yang telah kita tetapkan, kita memerlukan bekalan
yang mengcukupi. Bekalan itu adalah benih-benih kebajikan dan amalan kebaikan
yang mesti kita tabur dan sematkan didalam jiwa. Tekad dan keazaman yang jitu
untuk memerangi nafsu, agar kita mampu menghidupkan malam Ramadhan
dengan solat dan tadarrus, serta siangnya dengan ibadat kepada Allah SWT
melalui pengorbanan dan pengabdian diri kepada Allah Robbul Jalil.

Ramadhan mempunyai makna tersendiri di hati umat Islam. Bulan ini adalah
bulan rehlah ruhaniyah (kerehatan rohani). Umat Islam melepas belenggu

4

5 Minit Tazkirah Ramadhan

materialisme dunia dengan menghidupkan dunia ruhiyah. Sebulan penuh umat Islam
menjalani proses tadzkiyatun nafs (pembersihan jiwa). Sebulan penuh umat Islam
melakukan riyadhatur ruhiyah (latihan kerohanian).

Pada bulan ini pintu-pintu Surga dibuka, pintu-pintu Neraka ditutup dan para setan
diikat. Betapa banyak berkat dan kebaikan yang terdapat dalam bulan Ramadhan.
Maka kita wajib memanfaatkan kesempatan ini untuk bertaubat kepada Allah SWT
dengan sebenar-benarnya dan beramal soleh, semoga kita termasuk orang-orang
yang diterima amalnya dan beruntung.

Sabda Nabi SAW :
"Jibril datang kepadaku dan berkata, 'Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai
bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat
ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah SWT menjauhkannya.
Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin. " (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu
Hibban dalam Sahihnya) "' Lihat kitab An Nasha i'hud Diniyyah, him. 37-39.

Maka sebaik-baiknya waktu-waktu pada bulan Ramadhan dipergunakan untuk
berbagai amal kebaikan, seperti solat, sedekah, membaca Al-Qur'an, zikir, doa dan
istighfar. Disamping itu kita juga wajib menjaga anggota badan dari segala
dosa, seperti berkata yang haram, melihat yang haram, mendengar yang haram,
minum dan makan yang haram agar puasanya menjadi bersih dan diterima serta
orang yang berpuasa memperoleh ampunan dan pembebasan dari api Neraka.

HARI KEDUA : KEUTAMAAN BULAN RAMADHAN

1. Dari Abu Hurairah RA.

Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan
bersabda,
"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah SWT
mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Surga
dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan di kat; juga terdapat pada
bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak
memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa'." (HR. Ahmad dan
An-Nasa'i)

2. Dari Ubadah bin AshShamit, bahwa Rasulullah SAW bersabda:

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkatan, Allah SWT

5

5 Minit Tazkirah Ramadhan

mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-
dosa dan mengabulkan doa. Allah SWT melihat kesungguhan kamu dalam
melakukan ibadat pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-
Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah SWT perkara-perkara yang baik dari dirimu.
Kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapat rahmat dari Allah
SWT di bulan ini. " (HR.Ath-Thabrani).

3. Dari Abu Hurairah RA, bahwa Rasulullah SAW bersabda:

"Umatku pada bulan Ramadhan diberi lima keutamaan yang tidak diberikan
kepada umat sebelumnya, iaitu: bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi
Allah SWT daripada aroma kasturi, para malaikat memohon keampunan bagi
mereka sampai mereka berbuka, Allah SWT setiap hari menghiasi Surga-Nya lalu
berfirman (kepada Surga), 'Hampir tiba saatnya para hamba-Ku yang soleh
dibebaskan dari beban dan derita serta mereka menuju kepadamu, 'pada bulan ini
para jin yang jahat diikat sehingga mereka tidak bebas bergerak seperti pada
bulan lainnya, dan diberikan kepada ummatku keampunan pada akhir malam.
"Sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah SAW apakah malam itu Lailatul Qadar ?
Jawab baginda, 'Tidak. Namun ovang yang beramal tentu diberi balasannya jika
menyelesaikan amalnya.' " (HR. Ahmad)'"

HARI KETIGA : RAMADHAN BULAN BERKAT

Antara sifat Allah SWT adalah Ia memiliki irodah (kehendak), sebagaimana firman-
Nya:

Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah
juga Yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau
keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun
memilih (selain dari pilihan Allah ). Maha suci Allah dan Maha Tinggilah keadaannya
dari apa Yang mereka sekutukan dengannya. (QS Al Qoshosh [28]:68).

Allah SWT memilih sesuatu yang dikehendakiNya. Allah SWT memilih tempat
yang dikehendakiNya. Allah SWT memilih manusia yang dikehendakiNya, pilihanNya
sendiri ada yang menjadi Rasul, pemimpin negara, cendekiawan, dan
sebagainya. Allah SWT memilih gua Hirak yang dikehendakiNya sebagai

6

5 Minit Tazkirah Ramadhan

tempat pertemuan Rasul dan Malaikat Jibril. Allah SWT memilih Mekkah yang
dikehendakiNya sebagai kiblat kaum Muslimin dan memilih pula kota Madinah sebagai
tempat pertahanan Rasulullah dalam menyebarkan risalah Ilahi. Begitu pula halnya
dengan bulan-bulan dalam setahun, Allah SWT telah memilih Ramadhan sebagai
bulan yang istimewa, yang namanya disebutkan dalam Al Qur-an.

Jika Allah SWT berkehendak, tentu ada suatu maksud tertentu disebalik
kehendakNya itu. Allah SWT mengutus Rasulullah dengan satu maksud, untuk
menyampaikan risalah-Nya. Begitu halnya dengan bulan Ramadhan, sebab Allah
SWT tidak akan mengatakan Ramadhan sebagai bulan istimewa jika tidak ada
sesuatu disebalik itu. Baginda Rasulullah SAW, ketika berada di penghujung bulan
Sya'ban, selalu mengatakan kepada sahabatnya:

"Telah datang padamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan. Maka
sambutlah kedatangannya. Telah datang bulan puasa membawa segala
keberkatan, maka alangkah mulianya tamu yang datang itu." (HR. Ath Thabrani).

Dalam sabdanya yang lain:

"Sesungguhnya telah datang padamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati,
Allah SWT memerintahkan berpuasa di dalamnya. Pada bulan itu, dibukakan segala
pintu Surga,dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu syetan-syetan. Di
dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa yang
tidak diberikan kebajikan pada malam itu, bererti telah diharamkan baginya segala
rupa kebajikan." (HR. An Nasai dan Al Baihaqi)

HARI KEEMPAT : PERISTIWA PENTING DALAM BULAN RAMADHAN

Jika kita melihat sirah Rasulullah SAW kita akan melihat betapa banyaknya kejadian
penting terjadi pada bulan Ramadhan, di antaranya:

7

5 Minit Tazkirah Ramadhan

2.2.1. Di Turunkan Al Qur-an.

(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi
keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan
antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang
menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia
berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia
berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu
pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah
menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu
menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan
Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya,
dan supaya kamu bersyukur. QS Al Baqorah [2]:185.

Pada bulan Ramadhan diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi umat manusia dan
berisi keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pembeza antara yang haq dan
yang bathil. Dalam tafsir Mafatihul Ghaib, berkenaan dengan ayat diatas, Ar Razi
berkata: "Allah SWT telah mengistimewakan bulan Ramadhan dengan jalan
menurunkan Al Qur-an. Kerananya, Allah SWT mengkhususkannya dengan satu
ibadat yang sangat besar nilainya, yakni puasa (shaum). Shaum adalah satu senjata
yang mengungkapkan tabir-tabir yang menghalangi kita manusia memandang nur Ilahi
yang Maha Quddus. Al Qur-an adalah suatu kitab yang tiada bandingannya, pemisah
yang haq dan bathil, sentiasa sesuai sepanjang masa, dan menjadi penyatu ummat
Islam di seluruh dunia.

8

5 Minit Tazkirah Ramadhan

2.2.2 Di turunkan kitab-kitab suci lain.

Di bulan ini juga, Allah SWT menurunkan kitab-kitabNya yang lain kepada para
RasulNya, sebagaimana diriwayatkan dalam hadis:

"Shuhuf Ibrahim diturunkan pada malam pertama bulan Ramadhan, Taurat diturunkan
pada 6 Ramadhan dan Injil diturunkan pada 13 Ramadhan sedangkan Al Qur-
an diturunkan pada 24 Ramadhan." (HR. Ahmad)

Itulah keberkatan bulan Ramadhan, bulan turunnya ayat-ayat suci, petunjuk
kepada kehidupan manusia di muka bumi, penunjuk jalan bagi orang-orang
yang mahu membersihkan dirinya.

2.2.3. Terjadinya perang Badr.

Pada bulan ini terjadi peristiwa besar iaitu Perang Badar. Perang Badar merupakan
perang pertama yang dialami oleh umat Islam pada waktu tiu, Peperangan ini
menjadi petanda sebagai penerus kepada perjuangan dakwah yang dilakukan oleh
Rasulullah SAW bersama para sahabatnya. Perang Badr dinamakan Allah SWT
dengan sebutan "yaumul furqon" (hari pembeza antara yang haq dan bathil),
sebagaimana firmanNya:

dan ketahuilah, Bahawa apa sahaja Yang kamu dapati sebagai harta rampasan
perang, maka Sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah , dan
untuk RasulNya, dan untuk kerabat (Rasulul ah), dan anak-anak yatim, dan
orang-orang miskin, serta ibnus-sabil (orang musafir Yang keputusan), jika kamu
beriman kepada Allah dan kepada apa Yang telah diturunkan oleh Kami (Allah )
kepada hamba Kami (Muhammad) pada "Hari Al-Furqaan", Iaitu hari bertemunya
dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar). dan (ingatlah)
Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. QS Al Anfal [8]:41.

Muhammad Qutb mengatakan dalam tafsirnya bahawa perang ini dari awal hingga

9

5 Minit Tazkirah Ramadhan

akhirnya adalah perancangan Allah SWT yang dilaksanakan dengan pimpinan
dan bantuanNya. Dimana dalam pertempuran tersebut, Allah SWT memenangkan
kaum Muslimin yang hanya mempunyai bilangan tentera dan persenjataan yang
sedikit dan di tambah dengan keadaan fizikal kaum Muslimin yang secara
lahiriah lebih lemah kerana sedang berpuasa. Namun itu bukanlah halangan untuk
menang, kerana kekuatan utama kaum Muslimin adalah kekuatan ruhiyyah mereka
dengan keyakinan akan kebenaran janji Allah SWT .

Peperangan ini membuahkan fenomena baru dalam sistem gerakan Islam.
Perang ini juga telah mengubah keadaan umat Islam, setelah dengan sabar dan
tabah menempuh rintangan perjuangan dalam menyebarkan dakwah Islamiah,
maka lahirlah perubahan baru dalam kehidupan manusia iaitu agama Islam
yang sentiasa memelihara hak asasi manusia serta membawa satu sistem
kehidupan bagi masyarakat dan negara demi kebahagiaan hidup di dunia dan
akhirat.

HARI KELIMA : 2.2.4. PEMBEBASAN KOTA MEKKAH.

Pada bulan suci ini terjadi pembebasan kota Makkah Al-Mukarramah, dan Allah
SWT memenangkan Rasul-Nya, sehingga masuklah manusia ke dalam agama Allah
SWT dengan berbondong-bondong dan Rasulullah menghancurkan syirik dan
paganisme (keberhalaan) yang terdapat di kota Makkah, dan Makkah pun menjadi
negeri Islam

Peristiwa "fathul makkah" terjadi pada pertengahan bulan Ramadhan, sekitar
10,000 kaum Muslim mendatangi Makkah dari segala penjuru. Pada saat itulah
terjadi fenomena kemenangan yang tidak ada bandingannya dalam sejarah,
dimana semua musuh, hingga para pemimpinnya menerima dan mengikuti
agama lawan. Keadaan Ini tidak pernah terjadi melainkan dalam sejarah Islam.
Kemenangan ini hakikatnya adalah kemenangan akidah, kalimat tauhid dan bukan
kemenangan individu atau balas dendam.

2.2.5. Lailatul Qadar.

Pada bulan ini terdapat Lailatul Qadar (malam mulia), iaitu malam yang lebih baik
daripada seribu bulan, atau bersamaan dengan 83 tahun 4 bulan. Malam di
mana pintu-pintu langit dibukakan, doa dikabulkan, dan segala takdir yang terjadi
pada tahun itu ditentukan.

10

5 Minit Tazkirah Ramadhan

Sabda Nabi :
"Barangsiapa mendirikan solat pada Lailatul Qadar Kerana iman dan mengharap
pahala, dari Allah SWT nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. "
(Hadis Muttafaq 'Alaih).

Malam ini terdapat pada sepuluh malam terakhir, dan diharapkan pada malam-malam
ganjil lebih kuat daripada di malam-malam lainnya. Kerana itu, bagi seorang muslim
yang sentiasa mengharap rahmat Allah SWT dan takut dari siksa-Nya, maka
memanfaatkanlah kesempatan pada malam-malam itu dengan bersungguh-
sungguh pada setiap malam dari kesepuluh malam tersebut dengan solat,
membaca Al-Qur'anul Karim, zikir, doa, istighfar dan taubat yang sebenar-benamya.
Semoga Allah SWT menerima amal ibadat kita, mengampuni, merahmati, dan
mengabulkan segala doa kita.

Dijelaskan dalam firman Allah SWT:

“ Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-
Qadar,dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-
Qadar itu? malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. pada malam
itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala
perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);sejahteralah
malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! ." (QS Al Qadr [97]:1-5)

2.2.6. Kewajipan berpuasa dan pemindahan Kiblat.

Puasa Ramadhan adalah rukun keempat dalam Islam.

Firman Allah SWT :

11

5 Minit Tazkirah Ramadhan

Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana
Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
"(Al-Baqarah 2 :183).

Ibadat puasa merupakan salah satu perkara penting untuk mencapai takwa, dan salah
satu sebab untuk mendapatkan ampunan dosa-dosa, pelipatgandaan kebaikan,
dan pengangkatan darjat. Allah SWT telah menjadikan ibadat puasa khusus untuk
diri-Nya dari amal-amal ibadat lainnya.

Firman Allah SWT dalam hadis Qudsi :
"Puasa itu untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan memberi ganjarannya. Orang
yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan, iaitu kesenangan ketika berbuka
puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut
orang berpuasa lebih harum dari pada aroma kesturi." (Hadis Muttafaq 'Alaih).

Dan sabda Nabi SAW lagi :
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan Kerana iman dan mengharap pahala dari
Allah SWT, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. " (Hadis Muttafaq
'Alaih).

Pemindahan Kiblat.

Pemindahan qiblat ummat Islam dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram juga
berlaku pada bulan Ramadhan. Peristiwa pemindahan kiblat ini menjadi pemisah
antara yang haq dan bathil, dimana pada sebelum pemindahan arah kiblat berlaku
orang Yahudi merasa mereka adalah di pihak yang benar , kerana puasa dan kiblat
mereka di kuti kaum Muslimin. Namun dengan perintah itu, maka berbezalah kaum
Muslimin dengan ahlul kitab. Berbeza pula kiblat Muslimin dengan mereka, serta
puasa Muslimin dengan mereka. Keangkuhan mereka pun berakhir dengan
keberkatan bulan Ramadhan ini.

HARI KEENAM : 2.3. AMALAN DI BULAN RAMADHAN

Antara amalan yang boleh di lakukan di bulan Ramadhan agar kita
memperolehi darjat takwa ialah seperti

12

5 Minit Tazkirah Ramadhan

2.3.1. Berpuasa (Shiyam)

Amal yang utama di bulan Ramadhan ialah berpuasa. Hal ini diperintahkan oleh Allah
SWT. dalam Al-Quran surat Al-Baqarah (2) ayat 183-187. oleh itu, agar puasa
kita tidak sia-sia,
perdalamlah wawasan kita tentang puasa yang benar dengan mengetahui dan
menjaga syarat-syaratnya. Sebab, puasa bukan sekadar tidak makan dan tidak
minum. Tapi, ada syarat-syarat yang mesti ditaati.

Sabda Rasulullah SAW., “Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian
mengetahui Syarat-syarat sahnya dan menjaga apa yang semestinya dijaga,
maka hal itu akan menjadi penghapus dosa-dosa yang pernah dilakukan
sebelumnya.” (HR. Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi)

Jangan sekali-kali meninggalkan puasa walaupun sehari tanpa alasan yang
dibenarkan syariat. Meninggalkan puasa tanpa uzur adalah dosa besar dan tidak
dapat ditebus meskipun orang itu berpuasa sepanjang tahun. “Barangsiapa tidak
puasa pada bulan Ramadhan sekalipun sehari tanpa alasan rukhshah atau sakit, hal
itu (merupakan dosa besar) yang tidak dapat ditebus bahkan seandainya ia berpuasa
selama hidup,” begitu sabda Rasulullah SAW. (HR. At-Turmudzi)

Jauhi perkara-perkara yang akan mengurangi dan menggugurkan nilai puasa
anda. Inti puasa adalah melatih kita menahan diri dari perkara-perkara yang tidak
benar. Bila perkara-perkara itu tidak ditinggalkan, maka nilai puasa kita akan
berkurang kadarnya.

Rasulullah SAW. bersabda, “Bukankah (hakikat) puasa itu sekadar meninggalkan
makan dan minum, melainkan meninggalkan perbuatan sia-sia dan percakapan
bohong.” (HR. IbnuHibban dan Ibnu Khuzaimah).

Rasulullah SAW. juga bersabda, “Barangsiapa yang selama berpuasa tidak juga
meninggalkan percakapan bohong bahkan mempraktikkanya, maka tidak ada
nilainya bagi Allah SWT apa yang ia sangkakan sebagai puasa, iaitu sekadar
meninggalkan makan dan minum.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Semua itu tidak akan berjaya kita lakukan kecuali dengan bersungguh-sungguh
dalam melaksankannya. Dengan begitu, puasa yang kita lakukan menghasilkan
ganjaran dari Allah SWT berupa ampunNya.
Rasulullah SAW. bersabda, “Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan sepenuh
iman dan kesungguhan, maka akan diampuni dosa-dosa yang pernah dilakukan.”
(HR. Bukhari, Muslim, dan Abu Dawud)

13

5 Minit Tazkirah Ramadhan

HARI KETUJUH : KEUTAMAAN PUASA

Diriwayatkan dalam Sahih Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi
SAW bersabda:

"Setiap amal yang dilakukan anak adam adalah untuknya, dan satu kebaikan
dibalas sepuluh kali gandanya bahkan sampai tujuh ratus kali ganda. Allah SWT
berfirman, 'Kecuali puasa, itu untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya. la telah
meninggalkan syahwat, makan dan minumnya Kerana-Ku.' Orang yang berpuasa
mendapatkan dua kegembiraan, iaitu kegembiraan ketika berbuka puasa dan
kegembiraan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang
berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi."

Cara bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT

Perlu diketahui, bahwa bertaqarrub kepada Allah SWT tidak dapat dicapai dengan
semata-mata meninggalkan syahwat ini yang selain dalam keadaan berpuasa adalah
mubah- kecuali setelah bertaqarrub kepada-Nya dengan meninggalkan apa yang
diharamkan Allah SWT dalam segala hal, seperti: dusta, menzalimi orang lain
dalam masalah darah, harta dan kehormatannya.

Nabi SAW bersabda :
"Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan sia-sia maka
Allah SWT tidak menerima dengan puasanya daripada meninggalkan makan dan
minum."(HR. Al-Bukhari) .

Hadis diatas bermaksud, bahawa tidak sempurna bertaqarub kepada Allah SWT
dengan hanya meninggalkan perkara yang harus semata-mata ( meninggalkan
makan dan minum pada siang hari ) kecuali setelah bertaqarrub kepada-Nya
dengan meninggalkan perkara-perkara yang haram (mengumpat, berbohong
dsb). Dengan demikian, orang yang melakukan perkara yang haram kemudian
bertaqarrub kepada Allah SWT dengan meninggalkan perkara yang harus, ibaratnya
orang yang meninggalkan perkara-perkara yang wajib dan bertaqarrub dengan
perkara-perkara yang sunat.

Jika seseorang dengan makan dan minum berniat agar kuat badannya dalam
solat malam dan puasa maka ia mendapat pahala kerananya. Juga jika dengan
tidurnya pada malam dan siang hari berniat agar kuat beramal (bekerja) maka tidurnya
itu merupakan ibadat.

14

5 Minit Tazkirah Ramadhan

Jadi orang yang berpuasa sentiasa dalam keadaan ibadat pada siang dan
malam harinya akan dikabulkan doanya ketika berpuasa dan berbuka. Pada
siang harinya ia adalah orang yang berpuasa dan sabar, sedang pada malam
harinya ia adalah orang yang memberi makan dan bersyukur.

2.3.1.2. Syarat mendapat pahala puasa

Imam al Ghazali (w: 505 H), menjelaskan dalam bukunya Ihya Ulum Din bahwa ibadat
puasa adalah seperempat dari iman, kenyataan ini berlandaskan kepada hadis
Nabi SAW yang menjelaskan bahwa “Puasa itu setengah daripada sifat sabar”
(HR. Ahmad dan Turmudzi) dan hadist yang lain “Sifat sabar itu setengah
daripada iman” (HR. Abu Nuaim), dari kombinasi dua hadis inilah al Ghazali
menarik kesimpulan bahwa ibadat puasa adalah seperempat dari iman.

Puasa memiliki keutamaan tersendiri jika dibandingkan dengan ibadat lainnya
apabila kita memandang dari dua sudut berikut:

Pertama, bahwa puasa adalah proses menahan dan meninggalkan dalam diri
seseorang, yang mana tidak ada orang lain yang dapat melihat dan menilai
perbuatan kita itu, kecuali
hanya oleh Allah SWT . Sedangkan semua perbuatan ta`at (ibadat) yang lain
boleh dilihat oleh orang lain, sehingga kerap menimbulkan sifat riya (menunjuk-
nunjuk) bagi pelakunya.

Kedua, Puasa adalah keupayaan dan daya usaha manusia dalam meminimakan
pengaruh serta ajakan Iblis. kerana, syahwat yang menjadi alat utama Iblis dalam
menjerumuskan anak cucu Adam ke dalam lembah kebinasaan, menjadi kuat
pengaruhnya dengan banyaknya makanan dan minuman, sedangkan ibadat
puasa adalah suatau tindakan untuk menahankedua-duanya ( Makan dan
minum) Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah menjelaskan bahwa
keleluasan Iblis dalam menggoda manusia hanya boleh dipersempitkan dengan rasa
lapar (HR. Bukhori dan Muslim).

2.3.1.3. Pembahagian Puasa

Menurut imam al Ghazali, ibadat puasa terbahagi menjadi tiga tingkat, iaitu :

Pertama, Puasa Umum, hanya menahan perut dan alat kelamin dari syahwat.

Kedua, Puasa Khusus, iaitu puasanya orang-orang soleh, menahan anggota

15

5 Minit Tazkirah Ramadhan

tubuh dari perbuatan maksiat, dengan menjaga enam perkara :

1. Menjaga mata dari melihat sesuatu yang buruk menurut norma agama
2. Menjaga lisan dari berdusta, memfitnah, dan perkataan keji
3. Menjaga telinga dari mendengar segala sesuatu yang haram untuk didengar.
4. Menjaga seluruh anggota tubuh dari perbuatan-perbuatan negatif
5. Menjaga nafsu makan untuk tidak berlebihan ketika berbuka puasa
6. Menjaga hati untuk terus terikat dengan khauf (rasa takut) dan raja'

(pengharapan), agar sedar bahwa ibadat puasanya boleh saja diterima
oleh Allah SWT, sehingga termasuk orang-orang yang beruntung atau
ditolak sehingga termasuk orang-orang yang rugi.
Tingkatan terakhir, Puasa khusus al Khusus, puasa tingkat yang tertinggi, iaitu
puasa para Anbiya (para nabi), Shidiqien (para hamba yang jujur), dan Muqorrobien
(para kekasih). Yang hanya memandang dunia ini sesuatu yang tidak bernilai kecuali
untuk kebahagiaan hidup di akhirat.

HARI KELAPAN : HUKUM-HUKUM YANG BERKAITAN DENGAN PUASA
RAMADHAN

2.3.1.4.1. Pengertian Puasa:
Puasa ialah menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan
puasa
mulai dari terbit fajar yang sidiq hingga terbenamnya matahari. Firman Allah SWT

....; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya
siang)

dari benang hitam kegelapan malam), Iaitu waktu fajar. kemudian sempurnakanlah
puasa itu
sehingga waktu malam (maghrib); "(Al-Baqarah: 187),

16

5 Minit Tazkirah Ramadhan

2.3.14.2. Kewajipan berpuasa

Puasa Ramadhan wajib dikerjakan setelah terlihatnya hilal (anak bulan), atau
setelah bulan Syaaban genap 30 hari. Puasa Ramadhan wajib dilakukan apabila hilal
awal bulan Ramadhan disaksikan seorang yang boleh dipercayai, sedangkan awal
bulan-bulan lainnya ditentukan dengan kesaksian dua orang yang dipercayai.

Puasa Ramadhan diwajibkan atas setiap muslim yang baligh (dewasa), aqil
(berakal), dan mampu untuk berpuasa. Syarat-syarat wajibnya puasa Ramadhan ada
empat, iaitu

1. Islam.
2. Berakal.
3. Dewasa.
4. Mampu untuk berpuasa.

2.3.1.4.3 Syarat sah puasa.

Syarat-syarat sahnya puasa ada enam :
1. Islam : tidak sah puasa orang kafir sebelum masuk Islam.
2. Akal : tidak sah puasa orang gila sampai kembali berakal.
3. Tamyiz : tidak sah puasa anak kecil sebelum dapat membezakan (yang balk
dengan yang buruk).
4. Suci daripada haid : tidak sah puasa wanita haid, sebelum berhenti haidnya.
5. Suci daripada nifas : tidak sah puasa wanita nifas, sebelum suci dari nifas.
6. Niat : dari malam hari untuk setiap hari dalam puasa wajib.

Hal ini didasarkan pada sabda Nabi :
"Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malam hari sebelum fajar, maka
tidak sah puasanya. " (HR.Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa'i dan At-
Tirmidzi. Ia adalah hadis mauquf menurut At-Tirmidzi.

Dan hadis ini menunjukkan tidak sahnya puasa kecuali di ringi dengan niat sejak
malam hari, iaitu dengan meniatkan puasa di salah satu bagian malam.

17

5 Minit Tazkirah Ramadhan

HARI KESEMBILAN : SUNAT PUASA

Sunat puasa ada enam perkara :
1. Mengakhirkan sahur sampai akhir waktu malam, selama tidak
dibimbangkan terbit fajar.
2. Segera berbuka puasa bila benar-benar matahari terbenam.
3. Memperbanyak amal kebaikan, terutama menjaga solat lima waktu pada
waktunya dengan berjamaah, menunaikan zakat harta benda kepada orang-
orang yang berhak, memperbanyak solat sunat, sedekah, membaca Al-Qur'an
dan amal kebajikan lainnya.
4. Jika dicaci maki, hendaklah mengatakan: "Saya berpuasa," dan jangan
membalas ejekan orang yang mengejeknya, memaki orang yang
memakinya, membalas kejahatan orang yang berbuat jahat kepadanya;
tetapi membalas itu semua dengan kebaikan agar mendapatkan pahala dan
terhindar dari dosa.
5. Berdoa ketika berbuka sesuai dengan yang diinginkan. Seperti membaca doa :
"Ya Allah SWT hanya untuk-Mu aku berpuasa, dengan rizki anugerah-
Mu aku berbuka. Mahasuci Engkau dan segala puji bagi-Mu. Ya Allah ,
terimalah amalku, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui "
6. Berbuka dengan kurma segar ( Rutab ), jika tidak ada, maka dengan
kurma kering, dan jika tidak ada juga cukup sekadar dengan air.

2.3.1.4.5 Perkara membatalkan puasa.

Terbahagi kepada 2 bahagian

1. Terbatal kerana hadir sesuatu yang membatalkan puasa
 Keluamya darah haid dan nifas. Apabila seseorang wanita
mendapati darah haid, atau nifas batalah puasanyac secara automatik.
 Murtad dari Islam -semoga Allah SWT melindungi kita darinya.
Perbuatan ini menghapuskan segala amal kebaikan.

Firman Allah SWT :

Seandainya mereka mempersekutukan Allah SWT , nescaya lenyaplah dari mereka

amalan yang telah mereka kerjakan. "(Al-An'aam: 88). 18

5 Minit Tazkirah Ramadhan

2. Terbatal jika di lakukan dengan sengaja
 Makan dan minum dengan sengaja. Jika dilakukan kerana terlupa maka
tidak batal puasanya.

 Jima' (bersenggama/ persetubuhan) dengan sengaja

 Memasukkan makanan atau minuman ke dalam perut. Termasuk
dalam hal ini adalah suntikan yang mengenyangkan dan pemindahan
darah bagi orang yang berpuasa.

 Mengeluarkan mani dalam keadaan sedar dan sengaja seperti onani,
bersentuhan, ciuman atau sebab lainnya dengan sengaja. Adapun keluar
mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa kerana keluamya tanpa
sengaja.

 Sengaja muntah, dengan mengeluarkan makanan atau minuman dari
perut melalui mulut.

HARI KESEPULUH : HUKUM ORANG YANG TIDAK BERPUASA RAMADHAN

Diperbolehkan meninggalkan puasa pada bulan Ramadhan bagi empat golongan :

a. Orang sakit yang berbahaya baginya jika berpuasa dan orang bermusafir yang
boleh baginya mengqashar solat. Tidak puasa bagi mereka berdua adalah
afdhal, tapi wajib menggadhanya. Namun jika mereka berpuasa maka
puasa mereka sah (mendapat pahala).

b. Wanita haid dan wanita nifas: mereka tidak boleh berpuasa dan wajib
mengqadha. Jika berpuasa tidak sah puasanya.

c. Wanita hamil dan wanita menyusukan anaknya, jika bimbang atas kesihatan
anaknya boleh bagi mereka tidak berpuasa dan harus mengqadha serta
memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan. Jika
mereka berpuasa maka sah puasanya. Adapun jika bimbang atas kesihatan
diri mereka sendiri, maka mereka boleh tidak puasa dan harus menggadha
saja.

d. Orang yang tidak kuat berpuasa kerana tua atau sakit yang tidak ada harapan
untuk sembuh. Boleh baginya tidak berpuasa dan memberi makan
seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkannya. Jumlah makanan
yang diberikan iaitu satu mud (genggam tangan) gandum, atau satu sha' (+
3 kg) dari bahan makanan lainnya.

19

5 Minit Tazkirah Ramadhan

2.3.1.4.7. Hukum jima' pada siang hari bulan Ramadhan.

Diharamkan melakukan jima' (persetubuhan) pada siang hari di bulan
Ramadhan. Dan siapa yang melanggarnya harus mengkhada dan membayar
kaffarah mughallazhah (denda berat) iaitu membebaskan hamba sahaya. Jika
tidak mendapatkan, maka berpuasa selama dua bulan berturut-turut; jika tidak
mampu maka memberi makan 60 orang miskin; dan jika tidak berkeupayaan
untuk memberi makanan kepada 60 orang miskin kerana dia juga orang miskin,
maka bebaslah ia dari kafarah itu. Firman Allah SWT.

"Allah SWT tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya..." (Al-Baqarah: 285).

2.3.1.4.8. Kewajiban orang berpuasa :

Orang yang berpuasa, juga lainnya, wajib menjauhkan diri dari perbuatan dusta,
ghibah (menyebutkan keburkan orang lain), namimah (mengadu domba), laknat
mendoakan orang dijauhkan dari rahmat Allah SWT) dan memaki hamum.
Hendaklah ia menjaga telinga, mata, lidah dan perutnya dari perkataan yang haram,
penglihatan yang haram, pendengaran yang haram, makan dan minum yang haram.

HARI KESEBELAS : PUASA YANG SYARI'ATKAN

Puasa yang disyari'atkan adalah puasanya anggota badan dari dosa-dosa, dan
puasanya perut dari makan dan mimum. Sebagaimana makan dan minum
membatalkan dan merusakkan puasa, demikian pula halnya dengan dosa-dosa, ia
menghilangkan pahala puasa, sehingga menjadikannya sama kedudukan dengan
orang yang tidak berpuasa.

Oleh itu, orang yang benar-benar berpuasa adalah orang yang puasa segenap
anggota badannya dari melakukan dosa-dosa; lisannya berpuasa dari dusta,
mengeji dan mengata seseorang, perutnya berpuasa dari makan dan minum,
kemaluannya berpuasa dari melakukan persetubuhan.

Dalam hadis sahih disebutkan :
"Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta serta sia-sia maka
Allah SWT tidak memerlukan daripada puasanya sekadar meninggalkan dari makan
dan minum semata-mata .(HR. Al-Bukhari, Ahmad dan lainnya)

20

5 Minit Tazkirah Ramadhan

Dalam hadis lain dikatakan :
Betapa banyak orang berpuasa, tidak mendapat apa-apa faedah daripada puasanya
dari puasanya melainkan (hanya) lapar dan dahaga.
" (HR. Ahmad, hadis hasan sahih)

HARI KEDUA BELAS : TUJUAN PUASA

Tujuan ibadat puasa adalah untuk menahan nafsu dari berbagai syahwat, sehingga ia
mampu mencari sesuatu yang menjadi puncak kebahagiaannya; menerima
sesuatu yang menyucikannya, yang di dalamnya terdapat kehidupannya yang
abadi, mematahkan permusuhan nafsu terhadap lapar dan dahaga serta
mengingatkannya dengan keadaan orang-orang yang menderita kelaparan di
antara orang-orang miskin; menyempitkan jalan setan pada diri hamba dengan
menyempitkan jalan aliran makanan dan minuman; puasa adalah untuk Al h
SWT, tidak seperti amalan-amalan yang lain, ia bererti meninggalkan segala
yang dicintai kerana kecintaannya kepada Allah SWT ; ia merupakan rahsia antara
hamba dengan Tuhannya, sebab para hamba sahaja mengetahui bahwa ia
meninggalkan perkara yang membatalkan puasa secara nyata, tetapi pada
hakikatnya dia meninggalkan perkara-perkara tersebut kerana ketaatannya
kepada Allah SWT, maka tak seorangpun manusia yang mengetahuinya, dan itulah
hakikat sebenar puasa.

2.3.1.7 Hari di sunatkan berpuasa :

a. 6 hari pada bulan Syawwal,
b. 3 hari pada setiap bulan (yang afdhal iaitu pada 13, 14 dan 15hb

setiap bulan; disebut shaumul bidh)
c. Setiap hari Isnin dan Khamis,
d. 9 hari pertama bulan Dzul Hijjah (lebih ditekankan pada 9hb, iaitu hari

Arafah),
e. Hari 'Asyuva (pada 10 Muharram) ditambah sehari sebelum atau

sesudahnya untuk mengikuti jejak Nabi dan para sahabatnya yang
mulia serta tidak menyamai dengan kaum Yahudi.

21

5 Minit Tazkirah Ramadhan

HARI KETIGA BELAS : MEMBACA AL-QUR’AN (TILAWAH)

Al-Qur’an diturunkan perama kali di bulan Ramadhan. Maka tak heran jika Rasulullah
SAW. lebih banyak membaca Al-Qur’an di bulan Ramadhan dibandingkan di bulan-
bulan lain. Imam Az-Zuhri bersabda, “Apabila datang Ramadhan, maka kegiatan
utama kita selain berpuasa adalah membaca Al-Qur’an.” Bacalah dengan tajwid
yang baik dan tadabbur, pahami, dan amalkan isinya. Insya Allah SWT , kita
akan menjadi insan yang berkat.

Buat target. Jika di bulan-bulan lain kita khatam membaca Al-Qur’an dalam sebulan,
maka di bulan Ramadhan kita boleh memasang target dua kali khatam. Lebih baik lagi
jika ditambah dengan menghafal satu juz atau surah tertentu. Ini boleh dijadikan
program utama kita bersama keluarga di bulan Ramadhan ini.

Membaca Al-Qur'anul Karim Di Bulan Ramadhan Dan Lainnya

Adalah ditekankan bagi seorang muslim yang mengharap rahmat Allah SWT dan
takut akan siksa-Nya untuk memperbanyak membaca Al-Qur'anul Karim pada
bulan Ramadhan dan buian-bulan lainnya untuk mendekatkan diri kepada Allah
SWT , mengharap ridha-Nya, memperoleh keutamaan dan pahala-Nya. Kerana Al-
Qur'anul Karim adalah sebaik-baik kitab, yang diturunkan kepada Rasul termulia,
untuk umat terbaik yang pernah dilahirkan kepada umat manusia; dengan
syari'at yang paling utama, paling mudah, paling luhur dan paling sempurna.

Al-Qur'an diturunkan untuk dibaca oleh setiap orang muslim, direnungkan dan
dipahami makna, perintah dan larangannya, kemudian diamalkan. Sehingga ia
akan menjadi hujah baginya di hadapan Tuhannya dan pemberi syafa'at baginya
pada hari Kiamat.

Allah SWT telah menjamin bagi siapa yang membaca Al-Qur'an dan
mengamalkan isi kandungannya tidak akan tersesat di dunia dan tidak celaka di
akhirat, dengan firmanNya "



Maksudnya :.......; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa
Yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan
menderita azab sengsara. ( Taha :20: 123 )

22

5 Minit Tazkirah Ramadhan

Janganlah seorang muslim memalingkan diri dari membaca kitab Allah SWT,
merenungkan dan mengamalkan isi kandungannya. Allah SWT T telah
mengancam orang-orang yang memalingkan diri darinya dengan firman-Nya:

..... sesiapa Yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Quran itu, maka Sesungguhnya
ia pada hari kiamat menanggung beban (dosa) Yang berat. ( Taha :20: 100 )

HARI KEEMPAT BELAS : KEUTAMAAN MEMBACA AL-QURAN
Di antara keutamaan Al-Qur'an ialah :
Firman Allah SWT:

"Dan Kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur'an) untuk menjelaskan segala
sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang
berserah diri. " (An-Nahl: 89),
Firman Allah SWT Ta'ala .

.. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah SWT, dan kitab

yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah SWT menunjuki orang-orang yang

mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula)

Allah SWT mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang

terang benderang dengan seizin-Nya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus. " (Al-

Ma'idah: 15-16). 23

5 Minit Tazkirah Ramadhan

Firman Allah SWT :

"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu
dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk
serta rahmat bagi ouang-orang yang beriman. " (Yunus: 57).

Sabda Rasulullah SAW :
"Bacalah Al-Qur'an, Kerana ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi
syafa 'at bagi pembacanya. " (HR. Muslim dari Abu Umamah).

Dari An-Nawwas bin Sam'an RadiAllah uanhu, katanya : Aku mendengar Rasul
bersabda :"Didatangkan pada hari Kiamat Al-Qur'an dan para pembacanya
yang mereka itu dahulu mengamalkannya di dunia, dengan didahului oleh surat Al
Baqarah dan Ali Imran yang membela pembaca kedua surat ini. " (HR, Muslim).

Dari Usman bin Affan RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-
baik Kamu adalah orang yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarkannya. " (HR. Al-
Bukhari)

Dari Ibnu Mas'ud RA, katanya : Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah SWT maka baginya satu
kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas sepuluh kali ganjarannya. Aku tidak
mengatakan alif lam mim itu satu huruf; tetapi alif satu huruf; lam satu huruf dan mim
satu huruf. " (HR. At-Tirmidzi, katanya: hadis hasan sahih).

Dari Abdul ah bin Amr bin Al 'Ash RA, bahwa Nabi SAW bersabda :
"Dikatakan kepada pembaca Al-Qur'an: "Bacalah, naiklah dan bacalah dengan
pelahann sebagaimana yang telah kamu lakukan di dunia, kerana kedudukanmu
adalah pada akhir ayat yang kamu baca. "(HR. Abu Dawud dan At-Tirmidzi
dengan mengatakan: hadis hasan sahih).

Dari Aisyah RA , katanya : Nabi SAW bersabda:
"Orang yang membaca Al-Qur'an dengan mahir adalah bersama para malaikat
yang mulia lagi taat, sedangkan orang yang membaca Al-Quran dengan tergagap

24

5 Minit Tazkirah Ramadhan

dan susah membacanya baginya dua pahala. " (Hadis Muttafaq 'Alaih). Dua pahala,
yakni pahala membaca dan pahala susah payahnya.

Dari Ibnu Umar RA, Nabi SAW bersabda :
"Tidak boleh berdengki kecuali dalam dua perkaua, iaitu: orang yang berikan
Allah SWT Al-Qur'an lalu diamalkannya pada waktu malam dan siang, dan
orang yang berikani Allah SWT harta lalu diinfakkannya pada waktu malam dan
siang "(Hadis Muttafaq 'Alaih).

Maka bersungguh-sungguhlah -semoga Allah SWT memberi hidayat kepada kita
kepada jalan yang diridhaiNya untuk mempelajari Al-Qur'anul Karim dan
membacanya dengan niat yang ikhlas keranaAllah SWT. Bersungguh-sungguhlah
untuk mempelajari maknanya dan mengamalkannya, agar mendapatkan apa
yang dijanjikan Allah SWT bagi para ahli Al-Qur'an berupa keutamaan yang
besar, pahala yang banyak, derajat yang tinggi dan kenikmatan yang abadi. Para
sahabat Rasulullah SAW dahulu jika mempelajari sepuluh ayat dari Al-Qur'an, mereka
tidak melaluinya tanpa mempelajari makna dan cara pengamalannya.

Dan perlu kita ketahui, bahwa membaca Al-Qur'an yang berguna bagi
pembacanya, iaitu membaca disertai merenungkan dan memahami maknanya,
perintah-perintahnya dan larangan-larangannya. Jika kita berjumpa dengan ayat
yang memerintahkan sesuatu maka kita pun mematuhi dan menjalankannya,
atauberjumpa dengan ayat yang melarang sesuatu maka kitapun meninggalkan dan
menjauhinya. Jika kita menjumpai ayat rahmat, kita memohon dan mengharap
kepada Allah SWT akan rahmat-Nya; atau berjumpa dengan ayat adzab, ia
berlindung kepada Allah SWT dan takut akan siksa-Nya. Al-Qur'an itu
menjadi hujjah bagi orang yang merenungkan dan mengamalkannya; sedangkan
yang tidak mengamalkan dan memanfaatkannya maka Al-Qur'an itu menjadi huj
ah terhadap dirinya (mencelakainya).

Firman Allah SWT :

"lni adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkat supaya
mereka memperhatikan ayat-ayat-Nya dan supaya orang-orang yang mempunyai
pikiran mendapatkan pelajaran. " (Shad: 29).

Disunatkan membaca Al-Qur'an dalam keadaan sesempurna mungkin, yakni dengan

bersuci, menghadap kiblat, mencari waktu-waktu yang paling utama seperti malam,

setelah maghrib dan setelah fajar. Boleh membaca sambil berdiri, duduk, tidur,

berjalan dan menaiki kenderaan. 25

5 Minit Tazkirah Ramadhan

Berdasarkan firman Allah SWT :

"(Iaitu) orang-orang yang zikir kepada Allah SWT sambil berdiri, atau duduk, atau
dalam keadaan berbaring... "(Alimran: 3:191). Sedangkan Al-Qur'anul Karim
merupakan zikir yang paling agung.

HARI KELIMA BELAS : KADAR YANG DISUNATKAN

Disunatkan mengkhatamkan Al-Qur'an setiap minggu, dengan setiap hari'
membaca sepertujuh dari Al-Qur'an dengan melihat mushaf, kerana melihat mushaf
merupakan ibadat. Juga mengkhatamkannya kurang dari seminggu pada waktu-waktu
yang mulia dan di tempat-tempat yang mulia, seperti: Ramadhan, Dua Tanah Suci dan
sepuluh hari Dzul Hijjah Kerana memanfaatkan waktu dan tempat. Jika membaca Al-
Qur'an khatam dalam setiap tiga hari pun baik, berdasarkan sabda Nabi SAW kepada
Abdul ah bin Amr :

"Bacalah Al-Qur'an itu dalam setiap tiga hari "( Lihat kitab Fadhaa'ilul qur'an, oleh Ibnu
Katsir, him. 169-172 dan Haasyiatu Muqaddimatit Tafsi r, oleh Ibnu Qaasim, hlm. 107.)

Makruh menunda khatam Al-Qur'an lebih dari empat puluh hari, bila hal
tersebut dibimbangkan membuatnya lupa. Imam Ahmad berkata : "Betapa berat
beban Al-Qur'an itu bagi orang yang menghafalnya kemudian melupakannya."

Dilarang bagi yang berhadas kecil maupun besar menyentuh mushaf,
berdasarkan firman Allah SWT :

"Tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan. "(Al-Waqi'ah: 56:79).

Dan sabda Nabi SAW :
"Tidak dibenarkan menyentuh Al-Qur'an ini kecuali orang yang suci. " (HR. Malik
dalam Al-Muwaththa,Ad-Daruquthni dan lainnya)"
2.3.3. MEMBERIKAN MAKANAN (ITH’AMU ATH-THA’AM)

Amal Ramadhan yang juga dianjurkan Rasulullah SAW. adalah memberikan

santapan berbuka puasa kepada orang-orang yang berpuasa. 26

5 Minit Tazkirah Ramadhan

“Barangsiapa memberi makanan berbuka kepada orang-orang yang berpuasa, maka
ia mendapat pahala sepertimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa
mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut.” (HR. Turmudzi dan An-Nasa’i)

Sebenarnya memberi makan untuk orang berbuka hanyalah salah satu contoh
bentuk kedermawanan yang ingin ditumbuhkan kepada kita. Masih banyak
bentuk sedekah yangboleh kita lakukan jika kita mempunyai rezeki. Bersikap
prihatin dengan kesusahan dan suka menolong orang lain adalah sifat yang ingin
dilatih dari orang yang berpuasa.

2.3.4. MENJAGA KESIHATAN

Berpuasa adalah ibadat yang terpuji. Tapi orang yang berpuasa juga
sebenarnya adalah orang yang prihatin dengan kesihatan. Rasulullah SAW.
bersabda, “Berpuasalah kamu, maka kamu akan sehat.” Tak heran jika ketika
berpuasa Rasulullah SAW tetap memperhatikan kebersihan giginya dengan
bersiwak, berobat dengan berbekam, dan memperelokkan penampilan diri ,
termasuk tidak berwajah muram dan letih lesu ketika berpuasa.

2.3.5. JAGA KEHARMONIAN KELUARGA

Puasa adalah ibadat yang khusus untuk Allah SWT. Tapi, mempunyai kesan
yang luas termasuk dalam mengharmoniskan hubungan kekeluargaan. Jadi,
berpuasa bukan bererti menjauh dari isteri kerana taqarrub kepada Allah SWT
sepanjang malam. Bukan juga tiada hari tanpa iktikaf. Rasulullah SAW. berpuasa, tapi
juga memenuhi hak-hak keluarganya.

Dalam realiti kehidupan seharian, hanya di bulan Ramadhan kita boleh makan
bersama seluruh keluarga, baik ketika berbuka atau sahur. Di bulan lain
keadaan ini susah untuk dilakukan. Keharmonian keluarga juga boleh terhasil
daripada solat berjamaah dan tadarrus bersama.

2.3.6. BERDAKWAH

Di bulan Ramadhan ini, kita mempunyai kesempatan berdakwah yang luas, kerana,
siapapun di bulan itu keadaan ruhiyahnya sedang baik sehingga boleh menerima
nasihat. Jadi, jangan sia-siakan kesempatan ini. Rasulullah SAW. bersabda,
barangsiapa menunjukkan kebaikan, baginya pahala sebagaimana orang yang
mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkannya sedikitpun.

27

5 Minit Tazkirah Ramadhan

Jika mampu, jadilah pemberi tazkirah selepas solat zuhur, asar, dan subuh di mussala
atau masjid. Boleh juga kita menjadi penceramah di waktu tarawih. Jika tidak mampu
berceramah, buat tulisan. Sebarkan kepada orang-orang yang anda temui. Jika
tidak mampu, boleh mengambil ertikel-ertikel dari majalah dan suratkhabar,
fotostat, lalu sebarkan. Insya Allah kita akan mendapat keberkatannya.

Ini sebenarnya hanyalah langkah awal bagi kerja yang lebih serius lagi. Dengan
melakukan perkara-perkara sederhana seperti di atas, sesungguhnya anda
sedang melatih diri untukmenjadi seseorang yang bermanfaat bagi orang lain.

Sabda Rasulullah SAW., mukmin yang baik adalah yang paling banyak manfaatnya
bagi orang lain.

HARI KEENAM BELAS : QIYAM RAMADHAN

1. Bukti kepentingan qiyamul Ramadhan :

1. Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda :"Barangsiapa
mendirikan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap
pahala dari Allah SWT~ nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. "
(Hadis Muttafaq 'Alaih)

2. Dari Abdurrahman bin Auf RA bahwasanya Rasulullah SAW menyebut
bulan Ramadhan seraya bersabda : "Sungguh, Ramadhan adalah bulan yang
diwajibkan oleh Allah SWT puasanya dan di sunatkan solat malamnya. Maka
barangsiapa menjalankan puasa dan solat malam pada bulan itu kerana
iman dan mengharap pahala, nescaya bebas dari dosa dosa seperti saat
ketika dilahirkan ibunya." (HR. An-Nasa'i, katanya: yang benar adalah dari Abu
Hurairah),"

2. Hukum Qiyam Ramadhan:

Qiyam Ramadhan (solat malam Ramadhan) hukumnya sunnah mu 'akkadah
(ditekankan), dituntut oleh Rasulullah SAW dan baginda anjurkan serta sarankan
kepada kaum Muslimin. Juga diamalkan oleh Khulafa' Rasyidin dan para sahabat dan
tabi'in. Kerana itu, seyogianya seorang muslim sentiasa mengerjakan solat tarawih
pada bulan Ramadhan dan solat malam pada sepuluh malam terakhir, untuk
mendapatkan Lailatul Qadar

28

5 Minit Tazkirah Ramadhan

3. Keutamaannya:
Qiyamul lail (solat malam) disyariatkan pada setiap malam sepanjang tahun.
Keutamaannya besar dan pahalanya banyak.
Firman Allah SWT :

"Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya ' ( Maksudnya mereka tidak tidur di waktu
biasanya orang tidur, untuk mengejaka solat malam) , sedang mereka berdoa kepada
Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian
dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. "(AsSajdah: 32: 16).
Ini merupakan sanjungan dan pujian dari Allah SWT bagi orang-orang yang
mendirikan solat tahaj ud di malam hari. Dan sanjungan Allah SWT kepada
kaum lainnya dengan firman-Nya

"Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam; dan di akhir-akhir malam mereka
momohon ampun (kepada Allah SWT ) . " (Adz-Dzaariyaat: 51 : 17-18).

"Dan orang-orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk
Tuhan mereka." (Al-Furqaan: 25 : 64).
2.3.7.1 Solat Tarawih
Solat tarawih terrnasuk qiyam Ramadhan. kerana itu, hendaklah bersungguh-
sungguh dan memperhatikannya serta mengharapkan pahala dan balasannya
dari Allah SWT. Malam Ramadhan adalah kesempatan yang terbatas
bilangannya dan orang mu'min yang berakal akan memanfaatkannya dengan baik29

5 Minit Tazkirah Ramadhan

tanpa terlewatkan. Jangan sampai ditinggalkan solat tarawih, agar memperoleh
pahala dan ganjarannya. Dan jangan pulang dari solat tarawih sebelum imam
selesai darinya dan dari solat witir, agar mendapatkan pahala solat sepanjang
malam.

Hal ini didasarkan pada sabda Nabi SAW
"Barangsiapa mendirikan solat malam bersama imam sehingga selesai, dicatat
baginya solat sepanjang malam. " (HR. Para penulis kitab Sunan,dengan sanad sahih)

Solat tarawih adalah sunat, dilakukan dengan berjama'ah lebih utama. Demikian
yang masyhur dilakukan para sahabat, dan diwarisi oleh umat ini dari mereka
generasi demi generasi solat ini tidak ada batasannya. Boleh melakukan solat
20 raka'at, 36 raka'at, 11 raka'at, atau 13 raka'at; semuanya baik. Banyak atau
sedikitnya raka'at tergantung pada panjang atau pendeknya bacaan ayat. Dalam
solat diminta supaya khusyu', bertuma'ninah dihayati dan membaca dengan
perlahan. Dan sepertinya lebih balk apabila solat tersebut hanya dilakukan 11
raka'at.(Iaitu berdasarkan hadis Aisyah RA yang ertinya : " Tiadalah Rasulullah
SAW menambah (rakaat), baik di bulan Ramadhan atau (di bulan) lainya lebih
dari sebelas rakaat". (HR. Al-Bukhari dan An-Nasa'i)

Ibadat sunnah yang khas di bulan Ramadhan adalah solat tarawih (qiyamul
ramadhan). Rasulullah SAW., kerana bimbang solat terawih ini akan dianggap
menjadi solat wajib, melaksanakan solat sunat terawih berjamaah bersama
para sahabat tidak sepanjang Ramadhan. Ada yang meriwayatkan hanya tiga hari.
Saat itu Rasulullah SAW. melakukannya secara berjemaah sebanyak 11 rakaat
dengan bacaan surat-surat yang panjang. Tapi, di saat kebimbingan akan diwajib
solat tarawih sudah tidak ada lagi, Umar bin Khattab menyebutkan jumlah rakaat solat
tarawih adalah 21 atau 23 rakaat (HR. Abdur Razzaq dan baihaqi).

Ibnu hajar Al-Asqalani Asy-Syafi’i bersabda, “Beberapa riwayat yang sampai
kepada kita tentang jumlah rakaat solat tarawih menyiratkan ragam solat sesuai
dengan keadaan dan kemampuan masing-masing. Kadang ia mampu
melaksanakan solat 11 rakaat, kadang 21, dan terkadang 23 rakaat, tergantung
semangat dan kemampuan masing-masing.

HARI KETUJUH BELAS : IKTIKAF

Inilah amaliyah ramadhan yang selalu dilakukan Rasulullah SAW. Iktikaf adalah
berdiam diri di masjid dengan niat beribadat kepada Allah SWT. Abu Sa’id Al-khudri
meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW. pernah berIktikaf pada awal Ramadhan,

30

5 Minit Tazkirah Ramadhan

pertengahan Ramadhan, dan paling sering di 10 hari terakhir bulan Ramadhan.
Sayangnya, ibadat ini dianggap berat oleh kebanyakan orang Islam, jadi sedikit
yang mengamalkannya. Hal ini dikritik oleh Imam Az-Zuhri, “Aneh benar

keadaan orang Islam, mereka meninggalkan Iktikaf padahal Rasulullah SAW tidak
pernah meninggalkannya sejak baginda datang ke Madinah sampai baginda wafat.”

2.3.8. Lailatul Qadar

Pada bulan Ramadhan ada satu malam yang istimewa: lailatul qadar, malam

yang penuh berkat. Malam itu nilainya sama dengan seribu bulan. Rasulullah

SAW. amat menjaga-jaga untuk meraih lailatul qadar. Maka, Baginda

menyuruh kita mencarinya di malam-malam ganjil pada 10 hari terakhir bulan

Ramadhan. Kenapa? Kerana, “Barangsiapa yang solat pada malam lailatul qadar

berdasarkan iman dan ketakwaan kepada Allah SWT, maka Allah SWT akan

mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” Begitu sabda Rasulullah SAW.

yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Bahkan, untuk mendapatkan malam

penuh berkat itu, Rasulullah SAW. mengajarkan kita sebuah doa, “Allah umma

innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni .” Ya Allah , Engkaulah Pemilik

Ampunan dan Engkaulah Maha Pemberi Ampun. Ampunilah aku.

2.3.9. Mengerjakan Umrah

Jika kita mempunyai rezeki cukup, pergilah umrah di bulan Ramadhan. Kerana,
pahalanya akan berlipat ganda. Rasulullah SAW. bersabda kepada Ummu Sinan,
seorang wanita Anshar, agar apabila datang bulan Ramadhan, hendaklah ia
melakukan umrah, kerana nilainya sama seperti melakukan ibadat haji bersama
Rasulullah SAW. (HR. Bukhari dan Muslim)

2.3.10. Membayar Zakat Fitrah

Zakat fitrah wajib dibayarkan sebelum hari Ramadhan berakhir oleh umat Islam, baik
lelaki-perempuan, dewasa maupun kanak-kanak. Tujuannya untuk mensucikan
orang yang melaksanakan puasa dan untuk membantu fakir miskin.

2.3.11. Bertaubat

Selama bulan Ramadhan Allah SWT membukakan pintu ampunan bagi hamba-
hambanya dan setiap malam bulan Ramadhan Allah SWT membebaskan banyak
hambaNya dari api neraka. Kerana itu, bulan Ramadhan adalah kesempatan
emas bagi kita untuk bertaubat daripada segala dosa kita yang telah lalu.

31

5 Minit Tazkirah Ramadhan

HARI KELAPAN BELAS : PENGAJARAN DARI AYAT-AYAT TENTANG PUASA

1. Umat Islam wajib melakukan puasa Ramadhan.

2. Kewajiban bertaqwa kepada Allah SWT dengan melakukan segala
perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya.

3. Boleh berbuka di bulan Ramadhan bagi orang sakit dan musafir.

4. Keduanya wajib mengganti puasa sebanyak bilangan hari mereka berbuka,
pada hari-hari lain.

Firman Allah SWT Ta 'ala :
"Maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada
hari-hari lain, "adalah dalil wajibnya mengqadha' bagi orang yang berbuka pada
bulan Ramadhan Kerana udzur, baik sebulan penuh atau kurang, juga
merupakan dalil dibolehkannya mengganti hari-hari yang panjang dan panas
dengan hari-hari yang pendek dan dingin atau sebaliknya.

5. Tidak diwajibkan berturut-turut dalam mengqadha' puasa Ramadhan,
Kerana Allah SWT berfirman :"Maka (wajiblah baginya berpuasa)
sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari lain, " tanpa
mensyaratkan puasa secara berturut-turut. Maka, dibolehkan berpuasa
secara berturut-turut atau secara terpisah- pisah.Dan yang demikian itu
lebih memudahkan manusia.

6. Orang yang tidak kuat puasa kerana tua atau sakit yang tidak ada harapan
sembuh, wajib baginya membayar fidyah; untuk setiap harinya memberi
makan satu orang miskin. Firman Allah SWT Ta 'ala :"Dan berpuasa lebih
baik bagimu" menunjukkan bahwa melakukan puasa bagi orang yang
boleh berbuka adalah lebih utama, selama tidak memberatkan dirinya.

7. Di antara keutamaan Ramadhan adalah, Allah SWT mengistimewakannya
dengan menurunkan Al-Qur'an pada bulan tersebut, sebagai petunjuk bagi
segenap hamba dan untuk mengeluarkan mereka dari kegelapan menuju
cahaya.

8. Bahwa kesulitan menyebabkan datangnya kemudahan. Kerana itu Allah
SWT membolehkan berbuka bagi orang sakit dan musafir.

9. Kemudahan dan kelapangan Islam, yang mana ia tidak membebani seseorang
di luar kemampuannya.

10. Disyari'atkan mengumandangkan takbir pada malam 'Idul Fitri. Firman Allah
SWT Ta 'ala : "Dan hendaklah kama mengagungkan Allah SWT
(mengumandangkan takbir) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu. " 32

5 Minit Tazkirah Ramadhan

11. Wajib bersyukur kepada Allah SWT atas berbagai karunia dan taufik-Nya,
sehingga boleh menjalankan puasa,solatdan membaca Al-Qur'anul Karim,
dan hal itu dengan mentaati-Nya dan meninggalkan maksiat terhadap-Nya.

12. Anjuran berdoa, Kerana Allah SWT memerintahkannya dan menjamin
akan mengabulkannya.

13. Kedekatan Allah SWT dari orang yang berdoa pada-Nya berupa
dikabulkannya doa,dan dari orang yang menyembah-Nya berupa pemberian
pahala.

14. Wajib memenuhi seruan Allah SWT dengan beriman kepada-Nya dan
tunduk mentaati-Nya. Dan yang demikian itu adalah syarat dikabulkannya doa.

15. Boleh makan dan minum serta melakukan hubungan suami isteri pada malam-
malam bulan Ramadhan, sampai terbit fajar, dan haram melakukannya
pada siang hari.

16. Waktu puasa adalah dari terbitnya fajar yang kedua, hingga terbenamnya
matahari.

17. Disyari'atkan i'tikaf di masjid-masjid. Yakni diam di masjid untuk
melakukan ketaatan kepada Allah SWT dan totalitas ibadat di dalamnya. Ia
tidak sah, kecuali dilakukan di dalam masjid yang di situ diselenggarakan solat
lima waktu.

18. Diharamkan bagi orang yang beri'tikaf mencumbu isterinya. Bersenggama
merupakan salah satu yang membatalkan i'tikaf.

19. Wajib konsisten dengan mentaati perintah-perintah Allah SWT dan larangan-
larangan-Nya. Allah SWT Ta'ala berfirman :"ltulah larangan-larangan Allah
SWT maka kamu jangan mendekatinya."

20. Hikmah dari penjelasan ini adalah terealisasinya taqwa setelah mengetahui
dari apa ia harus bertaqwa (menjaga diri).

21. Orang yang makan dalam keadaan ragu-ragu tentang telah terbitnya fajar atau
belum adalah sah puasanya, Kerana pada asalnya waktu malam masih
berlangsung.

22. Disunnahkan makan sahur, sebagaimana disunnahkan mengakhirkan
waktunya.

23. Boleh mengakhirkan mandi jinabat hingga terbitnya fajar.

24. Puasa adalah madrasah rohaniyah, untuk melatih dan membiasakan jiwa
berlaku sabar. (Lihat kitab Al Ikli l Istinbaathit Tanziil, oleh As-Suyuthi, hlm. 24-
28; dan Taisirul Lathifil Mannaan, oleh Ibn Sa'di, hlm. 56-58.)

33

5 Minit Tazkirah Ramadhan

HARI KESEMBILAN BELAS : HIKMAH PUASA

Puasa memiliki beberapa manfaat, ditinjau dari segi kerohanian, sosial dan
kesihatan, di antaranya:

1. Kebaikan puasa dari segi kerohanian ialah puasa dapat membiasakan
kesabaran, menguatkan kemahuan, mengajar dan membantu bagaimana
menguasai diri, serta mewujudkan dan membentuk ketaqwaan yang kukuh
dalam diri. Kesemua ini merupakan hikmah puasa yang paling utama. Firman
Allah SWT Ta 'ala : "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu
berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu
bertaqwa. " (Al-Baqarah: 183)

2. Kebaikan puasa secara sosial adalah membiasakan umat berlaku disiplin,
bersatu, cinta keadilan dan persamaan, juga melahirkan perasaan kasih sayang
dalam diri orang-orang beriman dan mendorong mereka berbuat kebajikan.
Sebagaimana ia juga menjaga masyarakat dari kejahatan dan kerusakan.

3. Manfaat puasa dari segi kesihatan adalah membersihkan usus-usus,
memperbaiki kerja pencernaan, membersihkan tubuh dari sisa-sisa dan
endapan makanan, mengurangi kegemukan dan kelebihan lemak di perut.

4. Termasuk manfaat puasa juga adalah dapat mematahkan nafsu. Kerana
berlebihan, balk dalam makan maupun minum serta menggauli isteri, boleh
mendorong nafsu berbuat kejahatan, enggan mensyukuri nikmat serta
mengakibatkan kelengahan.

5. Di antara manfaatnya juga adalah mengosongkan hati hanya untuk berfikir
dan berzikir. Sebaliknya, jika berbagai nafsu syahwat itu dituruti maka boleh
mengeraskan dan membutakan hati, selanjutnya menghalangi hati untuk
berzikir dan berfikir, sehingga membuatnya lengah. Berbeza halnya jika perut
kosong dari makanan dan minuman, akan menyebabkan hati bercahaya dan
lunak, hati terdorong dimanfaatkan untuk berzikir dan berfikir.

6. Kebaikan puasajiuga akan menjadikan orang kaya sedar bahawa seberapa
nikmat Allah SWT atas dirinya. Allah SWT mengurniakan nikmat tak
terhingga, pada saat yang sama banyak orang-orang miskin yang tak
mendapatkan sisa-sisa makanan dan minuman. Dengan terhalangnya dia dari
menikmati perkara-perkara tersebut pada saat-saat tertentu, serta rasa berat
yang ia hadapi kerananya. Keadaan itu akan mengingatkannya kepada
orang-orang yang sama sekali tak dapat menikmatinya. Keadaan Ini bukan
sahaja mendorong mereka mensyukuri nikmat Allah SWT atas dirinya tetapi
juga akan menjadikannya berbelas kasih kepada saudaranya yang

34

5 Minit Tazkirah Ramadhan

memerlukan, dan mendorongnya untuk membantu mereka.
7. Temasuk manfaat puasa adalah mempersempit jalan aliran darah yang

merupakan jalan setan pada diri anak Adam. Kerana setan masuk kepada
anak Adam melalui jalan aliran darah. Dengan berpuasa, maka dia aman dari
gangguan setan, kekuatan nafsu syahwat dan kemarahan. Kerana itu Nabi
SAW menjadikan puasa sebagai benteng untuk menghalangi nafsu syahwat
nikah, sehingga baginda memerintah orang yang belum mampu menikah
dengan berpuasa.

HARI KEDUA PULUH : BERPUASA TANPA SOLAT

Barangsiapa berpuasa tapi meninggalkan solat, bererti ia meninggalkan rukun
terpenting dari rukun-rukun Islam setelah tauhid. Puasanya sama sekali tidak
bermanfaat baginya, selama ia meninggalkan solat. Sebab solat adalah tiang agama,
di atasnyalah agama tegak. Dan orang yang meninggalkan solat hukumnya adalah
kafir. Orang kafir tidak diterima amalnya. Rasulullah SAW bersabda : "Perjanjian
antara kami dan mereka adalah solat, barangsiapa meninggalkannya maka dia
telah kafir. " (HR. Ahmad dan Para penulis kitab Sunan dari hadis Buraidah
radhillahuanhu )

Jabir RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:
(Batas) antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat." (HR.
Muslim, Abu Daud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Demikian pula halnya dengan meninggalkan solat berjamaah atau mengakhirkan
solat dari waktunya. Perbuatan tersebut merupakan maksiat dan dikenai
ancaman yang keras. Allah SWT berfirman:

"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai dari
solatnya. " (Al-Maa'un: 4-5). Maksudnya, mereka lalai dari solat sehingga
waktunya berlalu. Kalau Nabi SAW tidak mengizinkan solat di rumah kepada
orang buta yang tidak mendapatkan orang yang menuntunnya ke masjid,
bagaimana pula halnya dengan orang yang pandangannya tajam dan sehat yang
tidak memiliki sebarang keuzuran untuk solat bersendirian di rumah.?

Berpuasa tetapi dengan meninggalkan solat atau tidak berjamaah merupakan
pertanda yang jelas bahwa ia tidak berpuasa kerana mentaati perintah
Tuhannya.Jika tidak demikian, kenapa ia meninggalkan kewajiban yang utama35

5 Minit Tazkirah Ramadhan

(solat)? Padahal kewajiban-kewajiban itu merupakan satu rangkaian utuh yang tidak
terpisah-pisah, bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lain.

Catatan Penting:

1. Setiap muslim wajib berpuasa Kerana iman dan mengharap pahala Allah SWT,
tidak Kerana riya' (agar dilihat orang), sum'ah (agar didengar orang), ikut-
ikutan orang, toleransi kepada keluarga atau masyarakat tempat ia tinggal.
Jadi, yang memotivasi dan mendorongnya berpuasa hendaklah kerana
imannya bahwa Allah SWT mewajibkan puasa tersebut atasnya, serta kerana
mengharapkan pahala di sisi Allah SWT dengan puasanya. Demikian pula
halnya dengan Qiyam Ramadhan (solat malam/tarawih), ia wajib
menjalankannya Kerana iman dan mengharap pahala Allah SWT, tidak
Kerana sebab lain. Kerana itu Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa berpuasa
Ramadhan Kerana iman dan mengharap pahala Allah SWT, nescaya
diampuni dosa-dosanya yang telah lalu, barangsiapa melakukan solat malam pada
bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala Allah SWT, nescaya
diampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan barangsiapa melakukan solat pada
malam Lailatul Qadar Kerana iman dan mengharap pahala Allah SWT,
nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. " (Muttafaq 'Alaih).

2. Secara tidak sengaja, kadang-kadang orang yang berpuasa terluka, mimisan
(keluar darah dari hidung), muntah, kemasukan air atau bersin di luar
kehendaknya. Perkara-perkara tersebut tidak membatalkan puasa. Tetapi orang
yang sengaja muntah maka puasanya batal, Kerana Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa muntah tanpa sengaja maka tidak wajib qadha' atasnya, tetapi
barangsiapa sengaja muntah maka ia wajib mengqadha puasanya. " (HR.Imam
Lima kecuali An-Nasa'i) ( Al Arna'uth dalam Jaami'ul Ushuul, 6/29 berkata :
"Hadis ini sahih.")

3. Orang yang berpuasa boleh meniatkan puasanya dalam keadaan junub
(hadas besar), kemudian mandi setelah terbitnya fajar. Demikian pula halnya
dengan wanita haid, atau nifas, bila sudi sebelum fajar maka ia wajib berpuasa.
Dan tidak mengapa ia mengakhirkan mandi hingga setelah terbit fajar, tetapi
ia tidak boleh mengakhirkan mandinya hingga terbit matahari. Sebab ia wajib
mandi dan solat Subuh sebelum terbitnya matahari, Kerana waktu Shubuh
berakhir dengan terbitnya matahari. Demikian pula halnya dengan orang junub,
ia tidak boleh mengakhirkan mandi hingga terbitnya matahari. Ia wajib mandi dan
solat Shubuh sebelum terbit matahari. Bagi laki-laki wajib segera mandi, sehingga
ia boleh mendapatkan solat jamaah.

4. Di antara perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa adalah: pemeriksaan
darah, (Misalnya dengan mengeluarkan contoh darah dari salah satu anggota

36

5 Minit Tazkirah Ramadhan

tubuh suntik yang tidak dimaksudkan untuk memasukkan makanan. Tetapi
jika memungkinkan- melakukan perkara-perkara tersebut pada malam hari adalah
lebih baik dan selamat, sebab Rasulullah SAW bersabda : "Tinggalkan apa yang
membuatmu ragu, kerjakan apa yang tidak membuatmu ragu. " (HR. An- Nasa'i
dan At-Tirmidzi,) Dan baginda juga bersabda : "Barangsiapa menjaga (dirinya)
dari berbagai syubhat maka sungguh dia telah berusaha menyucikan agama
dan kehormatannya." ( Muttafaq 'Alaih). Adapun suntikan untuk memasukkan zat
makanan maka tidak boleh dilakukan, sebab hal itu termasuk kategori makan
dan minum. (Lihat kitab Risaalatush Shiyaam, oleh Syaikh Abdul Azis bin Baz,
hlm. 21-22)
5. Orang yang puasa boleh mengosok gigi pada pagi atau petang hari.
Perbuatan itu sunnah, sebagaimana halnya bagi mereka yang tidak dalam
keadaaan puasa.

HARI DUA PULUH SATU : ADAB PUASA

Puasa tidak sempurna kecuali dengan merealisasikan enam perkara:

1. Menundukkan pandangan serta menahannya dari pandangan-pandangan liar
yang tercela dan dibenci. Menjaga lisan daripada perkataan sia-sia,
berdusta, mengumpat dan melaga-lagakan seseorang.

2. Menjaga pendengaran dari mendengarkan setiap yang haram atau yang tercela.
3. Menjaga anggota tubuh lainnya dari perbuatan dosa.
4. Hendaknya tidak memperbanyak makan.
5. Setelah berbuka, hendaknya hatinya antara takut dan harap. Sebab ia tidak

tahu apakah puasanya diterima, sehingga ia termasuk orang-orang yang dekat
kepada Allah SWT, taukah ditolak, sehingga ia termasuk orang-orang yang
dimurkai. Hal yang sama hendaknya ia lakukan pada setiap selesai
melakukan ibadat. (Lihat Mau'iZatul Mukminin min Ihyaa'i Uluumid Di n, hlm.
59-60.)

37

5 Minit Tazkirah Ramadhan

2.8. Lailatul Qadar
Allah SWT berfirman :

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) saat Lailatul Qadar
(malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar
itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan
malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala uuusan. Malam itu
(penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. "(Al-Qadr: 97 : 1-5 )

Allah SWT memberitahukan bahwa Dia menurunkan Al-Qur'an pada malam
Lailatul Qadar, iaitu malam yang penuh keberkatan. Allah SWT berfirman :

"Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati."(Ad-
Dukhaan:44:3)

Dan malam itu berada di bulan Ramadhan, sebagaimana firman Allah SWT : "Bulan
Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an. "(Al-Baqarah: 185). Ibnu
Abbas SWT berkata : "Allah SWT menurunkan Al-Qur'anul Karim keseluruhannya
secara sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baitul 'Izzah (langit pertama) pada malam
Lailatul Qadar. Kemudian diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah
SAW sesuai dengan konteks berbagai peristiwa selama 23 tahun."

Malam itu dinamakan Lailatul Qadar Kerana keagungan nilainya dan

keutamaannya di sisi Allah SWT Ta 'ala. Juga, Kerana pada saat itu ditentukan ajal,

rezki, dan lainnya selama satu tahun, sebagaimana firman Allah SWT : "Pada malam

itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. " (Ad-Dukhaan: 4). Kemudian, Allah

SWT berfirman mengagungkan kedudukan Lailatul Qadar yang Dia khususkan

untuk menurunkan Al-Qur'anul Karim: 38

5 Minit Tazkirah Ramadhan

"Dan tahukah kama apakah Lailatul Qadar itu?" ( Lihat Tafsir Ibnu Katsir, 4/429.)
Selanjutnya Allah SWT menjelaskan nilai keutamaan Lailatul Qadar dengan firman-
Nya: "Lailatul Qadar itu lebih baik dari pada seribu bulan. Maksudnya, beribadat di
malam itu dengan ketaatan, solat, membaca, zikir dan doa sama dengan beribadat
selama seribu bulan, pada bulan-bulan yang di dalamnya tidak ada Lailatul Qadar.
Dan seribu bulan sama dengan 83 tahun 4 bulan. Lalu Allah SWT memberitahukan
keutamaannya yang lain, juga berkatnya yang melimpah dengan banyaknya
malaikat yang turun di malam itu, termasuk Jibril 'alaihis salam. Mereka turun
dengan membawa semua perkara, kebaikan maupun keburukan yang
merupakan ketentuan dan takdir Allah SWT. Mereka turun dengan perintah dari Allah
SWT. Selanjutnya, Allah SWT menambahkan keutamaan malam tersebut dengan
firman-Nya : "Malam itu (penuh) kesejahteraan hingga terbit fajar" (Al-Qadar: 5)

Maksudnya, malam itu adalah malam keselamatan dan kebaikan seluruhnya, tak
sedikit pun ada keburukan di dalamnya, sampai terbit fajar. Di malam itu, para
malaikat termasuk malaikat Jibril- mengucapkan salam kepada orang-orang beriman.
Dalam hadis sahih Rasulullah SAW menyebutkan keutamaan melakukan qiyamul
lail di malam tersebut. Baginda bersabda : "Barangsiapa melakukan solat malam
pada saat Lailatul Qadar Kerana iman dan mengharap pahala Allah SWT, nescaya
diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. " (Hadis Muttafaq 'Alaih)

HARI DUA PULUH DUA : WAKTU LAILATULQADAR

Tentang waktunya, Rasulullah SAW bersabda :
"Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan
Ramadhan. " (HR. Al-Bukhari, Muslim dan lainnya). Yang dimaksud dengan malam-
malam ganjil iaitu malam dua puluh satu, dua puluh tiga, dua puluh lima, dua puluh
tujuh, dan malam dua puluh sembilan.Adapun qiyamul lail di dalamnya iaitu
menghidupkan malam tersebut dengan tahajud, solat, membaca Al-Qur'anul Karim,
zikir, doa, istighfar dan taubat kepada Allah SWT.

Aisyah radhiallahu 'anha berkata, aku bertanya:
"Wahai Rasulul ah, apa pendapatmu jika aku mengetahui lailatul Qadar, apa yang
harus aku ucapkan di dalamnya?" Baginda menjawab, katakanlah : "Ya Allah ,
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau mencintai Pengampunan maka
ampunilah aku. " (HR. At-Tirmidzi, ia berkata, hadis hasan sahih).

39

5 Minit Tazkirah Ramadhan

Pelajaran dari surat Al-Qadr :

1. Keutamaan Al-Qur'anul Karim serta ketinggian nilainya, dan bahwa ia
diturunkan pada saat Lailatul Qadar.

2. Keutamaan dan keagungan Lailatul Qadar, dan bahwa ia menyamai seribu
bulan yang tidak ada Lailatul Qadar di dalamnya.

3. Anjuran untuk mengisi kesempatan-kesempatan baik seperti malam yang
mulia ini dengan berbagai amal salih.

Jika Anda telah mengetahui keutamaan-keutamaan malam yang agung ini, dan
ia terbatas pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan maka sayugia anda
bersemangat dan bersungguh-sungguh pada setiap malam dari malam-malam
tersebut, dengan solat, zikir, doa, taubat dan istighfar. Mudah-mudahan dengan
demikian anda mendapatkan Lailatul Qadar, sehingga anda berbahagia dengan
kebahagiaan yang kekal yang tiada penderitaan lagi setelahnya Di malam-malam
tersebut, hendaknya anda berdoa dengan doa-doa bagi kebaikan dunia-akhirat, di
antaranya :

1. "Ya Allah , perbaikilah untukku agamaku yang merupakan penjaga
urusanku, dan perbaikilah untukku duniaku yang di dalamnya adalah
kehidupanku, dan perbaikilah untukku akhiratku yang kepadanya aku kembali,
dan jadikanlah kehidupan (ini) menambah untukku dalam setiap kebaikan, dan
kematian menghentikanku dari setiap kejahatan. Ya Allah bebaskanlah aku
dari (siksa) api Neraka, dan lapangkanlah untukku rezeki yang halal, dan
palingkanlah daripadaku kefasikan jin dan manusia, wahai Zat Yang Hidup dan
terus menerus mengurus (makhluk-Nya)"

2. "Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di
akhirat dan jagalah kami dari siksa Neraka. Wahai Zat Yang Hidup lagi
terus menerus mengurus (makhluk-Nya), wahai Zat Yang Memiliki Keagungan
dan Kemuliaan. "

3. "Ya Allah , sesungguhnya aku memohon perkara-perkara yang menyebabkan
(turunnya) rahmat-Mu, ketetapan ampunan-Mu, keteguhan dalam kebenaran
dan mendapatkan segala kebaikan, selamat dari segala dosa, kemenangan
dengan (mendapat) Surga serta selamat dari Neraka. Wahai Zat Yang Maha
Hidup dan terus menerus mengurus makhluk-Nya, Wahai Zat yang memiliki
Keagungan dan Kemuliaan. "

4. "Ya Allah , aku memohon kepada-Mu pintu-pintu kebajikan, kesudahan
(hidup) dengannya serta segala yang menghimpunnya, secara lahir-batin, di awal
maupun di akhirnya, secara terang- terangan maupun rahsia. Ya Allah ,

40

5 Minit Tazkirah Ramadhan

kasihilah keterasinganku di dunia dan kasihilah kengerianku di dalam kubur
serta kasihilah berdiriku di hadapanmu kelak di akhirat. Wahai Zat Yang
Mahahidup, yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. "

5. "Ya Allah , sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan,
'afaaf (pemeliharaan dari segala yang tidak baik) serta kecukupan. "

6. Ya Allah , sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, mencintai
pengampunan maka ampunilah aku. " "Ya Allah , aku mengharap rahmat-Mu
maka janganlah Engkau pikulkan (bebanku) kepada diriku sendiri meski
hanya sekejap masa, dan perbaikilah keadaanku seluruhnya, tidak ada Tuhan
(yang berhak disembah) selain Engkau. "

7. "Ya Allah , jadikanlah kebaikan sebagai akhir dari semua urusan kami, dan
selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan siksa akhirat. " "Ya Tuhan kami,
terimalah (permohonan) kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui, wahai Zat Yang Maha Hidup, yang memiliki keagungan
dan kemuliaan. "

HARI KEDUA PULUH TIGA : PERINGATAN

Sebahagian orang apabila datang bulan Ramadhan, mereka bertaubat, mendirikan
solat dan melaksanakan badah puasa. Namun jika Ramadhan telah berakhir
mereka kembali meninggalkan solat dan melakukan perbuatan maksiat. Mereka
inilah seburuk-buruk manusia, Kerana mereka tidak mengenal Allah SWT kecuali
di bulan Ramadhan saja. Tidakkah mereka tahu bahwa pemilik bulan-bulan itu
adalah satu, iaitu Allah SWT. Semua bentuk kemaksiatan adalah haram di setiap
waktu dan Allah SWT Maha Mengetahui setiap gerak-geri kita pada setiap masa
dan tempat. Maka sebaiknya kita cepat-cepat bertaubat nashuha, yakni dengan
meninggalkan berbagai bentuk kemaksiatan, menyesalinya dan bertekad untuk
tidak mengulanginya di masa mendatang, sehingga taubatnya diterima Allah SWT dan
diampuni segala dosanya.

Allah SWT Ta'ala berfirman :

"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah SWT, hai orang-orangyang
beriman supaya kamu beruntung. (An-Nuur: 24:31).

Dan dalam ayat yang lain Allah SWT Ta 'ala berfirman :

41

5 Minit Tazkirah Ramadhan

" Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah SWT dengan taubat
yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-
kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam Surga yang mengalir di
bawahnya sungai-sungai " (At-Tahrim: 66:8).

Barangsiapa mohon ampunan kepada Allah SWT dengan lisannya, namun
hatinya tetap terpaut dengan kemaksiatan dan bertekad untuk kembali melakukannya
selepas Ramadhan, lalu dia benar-benar melaksanakan niatnya tersebut, maka
puasanya tertolak dan tidak diterima.

Aku mohon ampun kepada Allah SWT dan bertaubat kepada-Nya, Zat yang
tiada Tuhan yang haq kecuali Dia, Yang Maha hidup dan Berdiri Sendiri. Tuhanku,
ampunilah dosaku dan terimalah taubatku Kerana sesungguhnya hanya Engkaulah
Yang Maha Menerima taubat dan Maha Penyayang. Ya Allah SWT aku telah berbuat
banyak kezaliman terhadap diriku sendiri dan tiada yang dapat mengampuni dosa
melainkan Engkau, maka ampunilah aku dengan ampunan dari sisi-Mu dan
rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Semoga selawat dan salam selalu dilimpahkan kepada Nabi Muhammad SAW,
segenap keluarga dan para sahabat baginda.

HARI KEDUA PULUH EMPAT : HARI RAYA AIDIL FITRI

Sambutan hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah.
Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada
masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya
itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu
adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.
Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam
menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih
bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan
keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya42

5 Minit Tazkirah Ramadhan

yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Hari Raya Aidil Fitri berasal daripada bahasa Arab iaitu yang berulang-ulang.
Hari raya disambut berulang-ulang pada tiap-tiap tahun. Hari Raya Aidil Fitri yang
juga terkenal dengan "Hari Raya Puasa" disyarikatkan oleh Allah SWT untuk
Umat Islam merayakannya. Ianyadisambut menandakan kesyukuran Umat Islam
di atas kejayaan mereka melaksanakan fardhu puasa sepanjang bulan
Ramadhan dan menandakan kemenangan mereka dalam perjuangan menahan
hawa nafsu dari perkara-perkara yang ditegah di dalam bulan puasa.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Bagi orang yang berpuasa itu
dua kegembiraan, pertama kegembiraan ketika mereka berbuka dan kedua
kegembiraan mereka ketika bertemu dengan Tuhannya yang Maha Pemurah. Umat
Islam merayakan Hari Raya ini dengan penuh kesyukuran dan dengan pelbagai jenis
amal bakti yang diredai oleh Allah SWT di antaranya sembahyang Hari Raya,
ziarah menziarahi di antara sesama mereka, bersedekah dan lain-lain lagi.

Kemuliaan Hari Aidil Fitri diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh
Rasulullah di dalam beberapa hadisnya. Oleh kerana itu kita Umat Islam amat
digalakkan untuk menghidupkan Malam Hari Raya sama ada Hari Raya Puasa
atau Hari Raya Korban. Sehubungan dengan ini Allah berfirman di dalam Al Quran.
Ertinya: Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya
kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid serta Takdis kerana mendapat
petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.

Kemuliaan Hari Raya juga diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud: Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w.
telah bersabda barangsiapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya
Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan
mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari
kiamat. Daripada hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Hari Raya
satu perkara yang disyarakkan dalam Islam dan pada Hari Kiamat kelak orang-
orang yang beriman dan beramal soleh hatinya hidup bahagia dan gembira kerana
berjaya mendapat balasan yang baik dan keredaan Allah azzawajalah hasil
daripada amal-amal kebajikan yang mereka kerjakan di dunia seperti berpuasa di
bulan Ramadhan. Sebaliknya orang yang kufur dan ingkar hatinya mati mereka
hampa dan kecewa pada hari itu kerana dimurkai oleh Allah dan mereka
ditimpa dengan seburuk-buruk balasan.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat
mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan

43

5 Minit Tazkirah Ramadhan

saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama
sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri
daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya.
Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan
kejayaan daripada kemenangan itu. "

Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada
fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia
yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda. Oleh kerana ia dikatakan
sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri
perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari
raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti
memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda
kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan
bahawa: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan
amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah , maka tidak akan mati hatinya pada hari
semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat."

Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke
masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah
dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai. Perlu di
ngat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau
melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam
menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti
boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih
terlalu banyak.

Pada zaman Rasulul ah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian
serba baru, kata sahabat ini: ?Ya Rasulul ah, pada tahun ini saya tidak dapat
dapat menyambut Aidilfitri." Lalu baginda segera bertanya: "Kenapa wahai
saudaraku?" Lelaki itu berkata: ? Kerana saya tidak ada baju baru.?

Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang
mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak
melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran
daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik
dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat
kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.

44

5 Minit Tazkirah Ramadhan

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang
ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa
kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin
pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan.
Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain
yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.

Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian
duit raya Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep
pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah
jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika
sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada
sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai
jering dan bakhil.

Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua
umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan
yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan
sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.

Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat
beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang.
Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna
kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya
melupakan tuntutan agama.

Di dunia ini kaum mukminin mempunyai tiga hari Raya: hari Raya yang selalu datang
setiap minggu dan dua hari Raya yang masing-masing datang sekali dalam
setiap tahun. Adapun hari Raya yang selalu datang tiap minggu adalah hari
Jum'at, ia merupakan hari Raya mingguan, terselenggara sebagai pelengkap
(penyempurna) bagi solat wajib lima kali yang merupakan rukun utama agama
islam setelah dua kalimat syahadat.

Sedangkan dua hari Raya yang tidak berulang dalam waktu setahun kecuali sekali
adalah:

1. Aidul Fitri setelah puasa Ramadhan, hari raya ini terselenggara sebagai
pelengkap puasa Ramadhan yang merupakan rukun dan asas Islam
keempat. Apabila kaum muslimin merampungkan puasa wajibnya, maka
mereka berhak mendapatkan ampunan dari Allah SWT dan terbebas dari api
Neraka, sebab puasa Ramadhan mendatangkan ampunan atas dosa yang lain

45

5 Minit Tazkirah Ramadhan

dan pada akhirnya terbebas dari Neraka. Sebagian manusia dibebaskan dari
Neraka padahal dengan berbagai dosanya ia semestinya masuk Neraka,
maka Allah SWT mensyari'atkan bagi mereka hari Raya setelah
menyempurnakan puasanya, untuk bersyukur kepada Allah SWT, berzikir dan
bertakbir atas petunjuk dan syari'at-Nya berupa sola tdan sedekah pada hari Raya
tersebut. Hari Raya ini merupakan hari pembagian hadiah, orang-orang yang
berpuasa diberi ganjaran puasanya, dan setelah hari Raya tersebut mereka
mendapatkan ampunan.

2. Aidul Adha (Hari Raya Kurban), ia lebih agung dan utama daripada 'Idul
Fitri. Hari Raya ini terselenggara sebagai penyempurna ibadat haji yang
merupakan rukun Islam kelima, bila kaum muslimin menyempurnakan ibadat
hajinya, nescaya diampuni dosanya.

Inilah jenis hari Raya kaum muslimin di dunia, semuanya dilaksanakan
sebagai tanda dan bukti ketakwaan kepada Yang Maha Menguasai dan Yang
Maha Pemberi, di saat mereka berhasil memperoleh apa yang dijanjikan-Nya
berupa ganjaran dan pahala. (Lihat Lathaa'iful Ma'arif, oleh Ibnu Rajab, hlm. 255-258)

HARI KEDUA PULUH LIMA : AIDIL FITRI ANTARA ADAT DAN IBADAT

Hari Raya Aidil Fitri akan menjelang kembali. Ia disambut berulang-ulang pada tiap-
tiap tahun dan disyariatkan oleh Allah s.w.t. untuk Umat Islam merayakannya.
Ianya disambut menandakan kesyukuran Umat Islam di atas kejayaan mereka
melaksanakan fardu puasa sepanjang bulan Ramadan dan menandakan
kemenangan mereka dalam perjuangan menahan hawa nafsu dari perkara-perkara
yang ditegah di dalam bulan puasa.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Bagi orang yang berpuasa itu
dua kegembiraan, pertama kegembiraan ketika mereka berbuka dan kedua
kegembiraan mereka ketika bertemu dengan Tuhannya yang Maha Pemurah.”

Umat Islam merayakan Hari Raya ini dengan penuh kesyukuran dan dengan pelbagai
jenis amal bakti yang diredai oleh Allah s.w.t. di antaranya sembahyang Hari
Raya, ziarah menziarahi di antara sesama mereka, bersedekah dan lain-lain lagi.

Kemuliaan Aidil Fitri diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah di
dalam beberapa hadisnya. Oleh kerana itu kita Umat Islam amat digalakkan
untuk menghidupkan Malam Hari Raya sama ada Hari Raya Puasa atau Hari Raya
Korban. Sehubungan dengan ini Allah berfirman di dalam Al Quran, ertinya: “Dan
supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu

46

5 Minit Tazkirah Ramadhan

membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid serta Takdis kerana mendapat
petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.”

Kemuliaan Hari Raya juga diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud: Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w.
telah bersabda “Barangsiapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya
Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan
mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang kafir yang ingkar pada hari
kiamat.”

Daripada hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Hari Raya
satu perkara yang disyarakkan dalam Islam dan pada Hari Kiamat kelak orang-
orang yang beriman dan beramal soleh hatinya hidup bahagia dan gembira
kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredaan Allah SWT hasil
daripada amal-amal kebajikan yang mereka kerjakan di dunia seperti berpuasa di
bulan Ramadhan. Sebaliknya orang yang kufur dan ingkar hatinya mati mereka
hampa dan kecewa pada hari itu kerana dimurkai oleh Allah dan mereka ditimpa
dengan seburuk-buruk balasan.

Terdapat juga hadis-hadis yang lain yang menceritakan tentang menghidupkan
malam Hari Raya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani r.a. yang
bermaksud: “Barangsiapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari
Raya Aidil Adha dengan amal ibadah
sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati
seperti hati
orang-orang kafir.”

Umat Islam digalakkan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan tahmid sebagai
bersyukur kepada Allah bersempena dengan hari yang mulia itu. Ini diterangkan di
dalam Al-Quran dan juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh
Abu Hurairah r.a. Maksudnya :”Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan
Tahmid.” dan daripada Anas r.a.:”Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari
Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis.”

Walaubagaimanapun kekeliruan terhadap Aidil Fitri di kalangan umat Islam
menyebabkan hari ibadah sudah bertukar menjadi tradisi, hampir menyamai
tradisi kaum lain yang menyambut hari raya mereka yang merupakan pesta atau
majlis hiburan.

Marilah kita hidupkan malam Aidil Fitri dengan ibadah bukan dengan gelak tawa dan
hiburan. Bergembira di hari raya selalu disalah ertikan. Kita sepatutnya gembira

47

5 Minit Tazkirah Ramadhan

dengan menunjukkan kesyukuran dan membesarkan Allah dengan takbir dan
tahmid. Bukan dengan muzik dan bunyian mercun.

Bagi meyambut hari kebesaran ini, ramai yang bertakbir tetapi tidak ramai yang
berusaha menghayati lafaz-lafaz dalam takbir dan tahmid itu walaupun diulang-ulang
setiap kali tibanya hari raya. Penghayatan dan kemanisan lafaz-lafaz itu tidak dapat
dirasai.

Maksud takbir :

"Allah maha besar. Tiada tuhan melainkan Allah , kami tidak menyembah kecuali
kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh
golongan yang menyekutukan Allah .

"Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa yang benar janji-Nya, yang memuliakan
tentera-tenteraNya (tentera Muslimin) yang menolong hamba-Nya (dengan)
mengalahkan tentera Ahzab (tentera bersekutu yang diketuai oleh kaum musyrikin
serta kaum Yahudi dan Nasrani) dengan keesaan-Nya."

"Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar Allah Yang Maha Besar dan untuk
Allah-lah segala puji-pujian."

HARI KEDUA PULUH ENAM : RAYA SEBENAR RAYA

Sempena hari raya ini, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadith Nabi yang
diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkaitan dengan konsep 'hari raya' yang lebih luas.
Menurutnya, Nabi Muhammad saw. bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang
beriman itu ada pada 5 keadaan:

1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta ia tidak
melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya.

2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan
3. Hari menyeberang Siratul Mustakim dan terselamat dari bencana jatuh ke

dalam api neraka
4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka
5. Hari ia menatap wajah Allah Ta'ala
Sekiranya kita tidak melakukan sebarang dosa pada sesuatu hari, itu adalah
hari raya bagi kita. Kalaulah kita berusaha sungguh-sungguh menghindarkan diri
melakukan sebarang dosa dengan menjauhi larangan Allah serta mematuhi48

5 Minit Tazkirah Ramadhan

segala perintah Allah , hari itu adalah sebenarnya hari yang harus dirayakan.

Saat menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keimanan dari tipu daya
syaitan juga termasuk dalam 'hari raya' yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad
saw. Saat sakratul-maut adalah masa yang paling genting bagi setiap individu.
Kesakitannya yang amat sangat bukan saja menimpa jasad bahkan rohnya juga;
seperti yang digambarkan oleh ulama kesakitannya lebih dahsyat daripada dipalu
dengan 1000 pedang, atau digunting dengan beberapa gunting atau digergaji
dengan beberapa gergaji. Malahan dikatakan saat sakrat adalah hari kiamat bagi
si-mati.

Menurut Imam Ghazali kesusahan mati itu 3, pertama kesakitan sakrat, kedua
kesusahan melihat kedatangan malaikatul-maut dengan mukanya yang amat
bengis dan ketiga kesusahan jika dinampakkan tempat kediaman di neraka (jika
ahli maksiat). Sudahlah tidak tertahan dengan kedahsyatan yang amat sangat,
syaitan pula sibuk menangguk di air keruh. Di saat inilah dia menjalankan taktik
dan strategi terakhir untuk menumpaskan kita. Hanya orang yang Allah tetapkan
mati dalam husnul khatimah saja terlepas dari tipu dayanya. Berjayanya kita di
saat ini barulah kita dapat menikmati hari raya sebenarnya. Namun alam perkuburan
merupakan alam yang penuh dengan peristiwa-peristiwa dahsyat. Bagi orang
mukmin, ia merupakan satu taman dari taman-taman syurga, sebaliknya bagi
orang kafir, alam barzakh adalah satu pintu dari pintu neraka.

Hari Raya seterusnya adalah hari kita berjaya melepasi api neraka selepas merentas
Titian Siratul Mustaqim. Sebelum menyeberang jambatan yang direntang di atas
kawah neraka, setiap individu disoal dan ditimbang amalan baik dan jahatnya.
Selesai dari segala perhitungan tersebut barulah diperintah meniti Titian yang sangat
tajam dan sangat halus ini.

Orang yang mengikut jalan lurus semasa di dunia selamat menyeberang
dengan kelajuan yang pantas. Malangnya mereka yang menyeleweng dari jalan lurus
di dunia gagal dan jatuh ke dalam api neraka. Bayangkan betapa dahsyat dan
ngerinya berada di jambatan yang di bawahnya terdapat lautan api yang
sentiasa mengait sesiapa saja yang berdosa. Andainya terlepas dari tercebur ke
neraka, barulah boleh kita berhari raya.

Hari kita masuk syurga adalah hari raya seterusnya bagi orang beriman.
Terlepasnya dari neraka bermakna kita akan dimasukkan ke dalam syurga yang
penuh dengan kenikmatan dan kelazatan. Syurga adalah tempat manusia pilihan.
Penghuni-penguni syurga dengan muka yang berseri-seri diberikan kerajaan yang
sangat luas dengan mahligai yang besar serta menikmati pelbagai juadah yang

49

5 Minit Tazkirah Ramadhan


Click to View FlipBook Version