The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tokburong, 2021-08-29 14:08:47

Buku Program 5 minit Puasa

Buku Program 5 minit Puasa

lazat-lazat. Pendeknya mereka beroleh segala kelazatan dan terhindar dari segala
seksa. Inilah sebenarnya hari raya bagi orang mukmin.

Hari raya yang paling meggembirakan orang beriman ialah di saat memandang wajah
Agung Ilahi. Inilah kenikmatan yang paling agung dan lazat sehingga terlupa
kelazatan dan kenikmatan syurga. Ia merupakan puncak atau klimaks kenikmatan
orang beriman.

Memandangkan kita belum pun menempuh saat-saat di atas, sepatutnya kita berasa
cemas dan berwaspada. Dalam masa kita bersuka ria menyambut hari raya ini,
lintaskanlah di hati sanubari kita bahawa hari raya sebenarnya belum kita tempuhi
lagi. Amat jauh terpesongnya budaya kita yang menyambut hariraya dengan maksiat
seperti hiburan, nyanyian, tarian dan pelbagai kegilaan yang melupakan kita akan
hari raya sebenarnya. Idilfitri hanya satu gambaran atau tamsilan bagi kita
merenung bahawa Allah akan membalas dengan ganjaran baik jika berjaya
melepasi rintangan hawa nafsu dan mengendalikan hidup mengikut cara yang
Allah redhai.

Mudah-mudahan hari raya yang kita hadapi ini tidak berakhir di sini saja, sama-
samalah kita berdoa semoga ia berterusan sehinggalah kita berjaya melepasi
sakaratul-maut, titian siratul-mustaqim, menjadi penghuni syurga dan akhirnya
mengadap zat Allah Taala di syurga kelak.

HARI KEDUA PULUH TUJUH : SUNAT HARI RAYA

Berikut adalah amalan yang dikira sebagai sunnah pada hari pertama hari raya Aidil
Fitri iaitu sebelum menunaikan solat sunat hari raya hingga selesai.

1. Bangun pada awal pagi
2. Bersihkan gigi dengan miswak
3. Mandi
4. Memakai pakaian yang cantik dan tidak menyalahi syariat.
5. Memakai minyak wangi (minyak attar)
6. Memakan manisan, sebaik-baiknya kurma sebelum keluar untuk

menunaikan solat Aidil Fitri. Ini adalah amalan mulia Rasulullah s.a.w.
Baginda tidak keluar rumah pada hari raya Aidil Fitri melainkan setelah
baginda memakan beberapa biji kurma dalam bilangan ganjil. (Bukhari)
7. Pergi kemasjid atau surau seawal yang boleh.
8. Memberi ‘Sadaqatul Fitr’ atau sedekah aidil fitri sebelum keluar ke tempat50

5 Minit Tazkirah Ramadhan

raya.
9. Menunaikan solat Aidil Fitri di musAllah atau masjid.
10. Memilih jalan berlainan apabila pulang dari musAllah .
11. Berjalan kaki ke musallah. Walaubagaimanapun, tidak ada larangan

untuk menaiki kenderaan jika jarak masjid agak jauh.
12. Membaca takbir dengan suara yang rendah semasa dalam perjalanan

untuk menunaikan solat hari raya. "Allahu Akbar Allahu Akbar La Ilaha Ila
Allah Wa Allahu Akbar Allahu Akbar Wa Lilahil Hamd." Untuk
tambahannya, menjadi tradisi di dalam negara umat islam untuk
membaca selawat, seperti Allahuma salli `ala Sayyidina Muhammad wa
`ala aali Sayyidina Muhammad
13. Mengucapkan tahniah: Amalan mulia semasa hari raya juga termasuk
mengucapkan tahniah dan ucapan yang baik diantara satu sama lain apabila
bertemu, tidak kira apa jua perkataan, seperti berkata "Taqabbala Allah
minna waminkum (Semoga Allah menerima (amalan baik) kamu dan
kami” atau "Eid Mubarak." atau apa-apa ucapan yang dibenarkan yang
menunjukkan tahniah. Mengucapkan tahniah sudah menjadi kebiasaan
dikalangan sahabat, dan ilmuan seperti Imam Ahmad dan lain-lain.
Terdapat bukti agar mengucapkan tahniah dan ucapan yang baik pada waktu-
waktu istimewa, dan sahabat mengucapkan tahniah antara satu sama lain
apabila perkara baik berlaku, seperti Allah menerima penyesalan seseorang, dan
mereka akan mengucapkan tahnaih atas perkara itu, dan lain-lain. Tanpa
perdebatan, ucapan-ucapan tahniah ini adalah antara ciri-ciri mulia dikalangan umat
Islam

51

5 Minit Tazkirah Ramadhan


Click to View FlipBook Version