The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

01 BUKU JAWAPAN buku Kerja PdPc Ting 5 KSSM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tokburong, 2021-08-31 12:54:13

01 BUKU JAWAPAN buku Kerja PdPc Ting 5 KSSM

01 BUKU JAWAPAN buku Kerja PdPc Ting 5 KSSM

Keywords: Jawapan buku kerja TAsawwur Islam Ting 6

JAWAPAN

i

JAWAPAN
BUKU KERJA
TASAPdWPWc UR

ISLAM

TING 5

KSSM
Disusun oleh :
Safaee bin Zakaria
Guru Cemerlang Tasawwur Islam
http://tokburong.wordpress.com
[email protected]
Tel & Whatapps : 0199197072

Dicetak oleh :
Percetakan Berkat Karisma

[email protected]
Tel : 097742501

eeSmart EntKeT0r3p84r1i6s8-eV

ii

BUKU KERJA PdPc
TASAWWUR ISLAM
TINGKATAN LIMA

Cetakan Pertama 2021 Prakata
@ ee Smart Enterprise.
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana memberi
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar kekuatan kepada saya untuk menghasilkan buku
ulang mana-mana bahagian dalam buku ini dalam kerja ini. Penghasilan buku ini dalah salah satu usaha
apa jua bentuk dan apa-apa cara sekali pun, samada untuk memartabatkan kelastarian pendidikan dalam
dengan cara elektronik, fotokopi, mekanik rakaman menyahut cabaran ledakan revolusi industri 4.0.
atau lain-lain cara sebelum mendapat keizinan
bertulis daripada penerbit atau penyusun buku ini. Buku ini mengcakupi semua bab dan tajuk seperti yang
terdapat dalam DSKP Tasawwur Islam tingkatan lima
Terbitan: KSSM. Buku ini disusun agar dapat memudahkan
EE Smart Enterprise PdPc, dimana guru dapat menyesuaikan PdPc
Lot 432, Kampong Tok Burong mereka berdasarkan minggu yang telah di
bahagikan secara menyeluruh berdasarkan sesi
16300 Bachok, persekolahan yang telah ditetapkan oleh KPM.
Kelantan
Buku ini juga menyediakan standard prestasi yang
Tel: 0199197072 mesti dicapai semasa sesi PdPc dilaksanakan.
Pemaparan standard prestasi secara jelas
Muka Taip Teks : Arial Narrow pada setiap sesi ini akan memudahkan guru
Saiz Taip Teks : 11/12 dan pelajar memokuskan PdPc mereka ke
arah pencapaian standard prestasi tersebut.

Disusun oleh : Penyusunan soalan dengan pelajar mencari
Safaee bin Zakaria jawapan sendiri adalah satu kaedah yang amat
Guru Cemerlang Tasawwur Islam berkesan dalam memandu pelajar supaya dapat
http://tokburong.wordpress.com mengikut PdPc guru secara berfokus dengan
[email protected] mencari dan mencatat jawapannya dalam buku ini.
Tel & Whatapps : 0199197072
Diharapkan penggunaan buku ini semasa
PdPc akan memberikan impak yang positif
keatas pencapaian pelajar dalam memahami
dan mempelajari subjek Tasawwur Islam.

eeSmart EntKeT0r3p84r1i6s8-eV

iii

KANDUNGAN

TAJUK MINGGU HALAMAN

TEMA : SISTEM EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM

Pelajaran 1 : Sistem Ekonomi Islam

1.1.1 Konsep Asas Sistem Ekonomi Islam 2 1

1.1.2 Prinsip-prinsip Asas Sistem Ekonomi Islam 3 2

1.1.3 Konsep Pemilikan Harta dan Matlamatnya 4 3

1.1.3 Konsep Pemilikan Harta dan Matlamatnya 5 5

1.1.3 Konsep Pemilikan Harta dan Matlamatnya 6 6

1.1.3 Konsep Pemilikan Harta dan Matlamatnya 7 8

1.1.4 Peranan Pekerjaan 8 10

1.1.4 Peranan Pekerjaan 9 12

1.1.5 Kepentingan Melaksanakan Tuntutan Ekonomi Islam 10 14

1.1.6 Tindakan Kepada Penyelesaian Persoalan Ekonomi Umat Islam 10 14

PKBS Kali 1 11 18

Pelajaran 2 : Sistem Kewangan Islam

1.2.1 Konsep Asas Muamalat Dalam Islam 12 25

1.2.2 Jenis-jenis Muamalat Islam dan Cara-cara Pelaksanaannya 13 26

1.2.3 Peranan Institusi Kewangan Islam Dalam Mengurus Muamalat Islam 14 29

1.2.4 Kepentingan Pelaksanaan Muamalat Islam dan Pengurusan Institusi Kewangan

Islam dalam Kehidupan 14 29

1.2.5 Amalan Muamalat dan Aktiviti Kewangan Islam 15 31


iv

TAJUK MINGGU HALAMAN

TEMA 2 : SISTEM PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN ISLAM

Pelajaran 3 : Sistem Perundangan Islam

2.1.1 Konsep Asas Sistem Perundangan Islam 16 32

2.1.2 Keunggulan Sistem Perundangan Islam 17 35

2.1.3 Matlamat Sistem Perundangan Islam 18 36

PKBS Kali ke 2 19 39

2.1.4 Kepentingan Melaksanakan Sistem Perundangan Islam dalam Kehidupan 20 47

2.1.5 Tindakan Pematuhan Perundangan Islam dalam Kehidupan 20 47

Pelajaran 4 : Sistem Kehakiman Islam

2.2.1 Konsep Asas Sistem Kehakiman Islam 21 48

2.2.2 Matlamat Sistem Kehakiman Islam 21 48

2.2.3 Jenis Kesalahan Jenayah dan Hukumannya 22 50

2.2.3 Jenis Kesalahan Jenayah dan Hukumannya 23 51

2.2.3 Prosedur Keterangan Untuk Mensabitkan Kesalahan 24 54

2.2.4 Syarat Pelantikan, Etika dan Peranan Hakim 25 56

2.2.5 Kepentingan Melaksanakan Sistem Kehakiman Islam 26 57

2.2.6 Tindakan Menjauhi Perbuatan Yang Dilarang 26 57

TEMA 3 : SISTEM PENTADBIRAN DAN PEMERINTAHAN ISLAM

Pelajaran 5 : Sistem Pentadbiran dan Pengurusan Islam

3.1.1 Konsep Asas Sistem Pentadbiran dan Pengurusan Islam 27 60

3.1.2 Prinsip-prinsip Tadbir Urus dalam Islam 27 60

v

TAJUK MINGGU HALAMAN

3.1.3 Kepentingan Melaksanakan Tadbir Urus dalam Sistem PentadbirN 28 62
dan Pengurusan Islam

3.1.4 Tindakan Merealisasikan Tadbir Urus Islam dalam Organisasi 28 62

Pelajaran 6 : Sistem Pemerintahan Islam

3.2.1 Konsep Asas Sistem Pemerintahaan Islam 29 65

3.2.2 Konsep Asas Khilafah dalam Sistem Pemerintahan Islam 30 68

3.2.3 Elemen-elemen Pembentukan Negara Islam dan Fungsinya dalam 31 71
Sistem Pemerintahan Islam.

3.2.4 Kepentingan melaksanakan Tuntutan dan Tanggungjawab Khilafah 32 73
dalam Kehidupan Bernegara

3.2.5 Pelaksanaan Sistem Pemerintahan Islam 32 73



vi

Bil Tajuk Tarikh Tandatangan Guru Tandatangan Ibu
bapa

vii

Bil Tajuk Tarikh Tandatangan Guru Tandatangan
Ibu bapa

viii

PELAJARAN 1 : SISTEM EKONOMI ISLAM
1.1.1 KONSEP ASAS SISTEM EKONOMI ISLAM
Minggu 2
Standard Prestasi
Diakhir PdPc Pelajar dapat :
1. Menjelaskan maksud ekonomi secara umum
2. Menyatakan pengertian sistem ekonomi Islam
3. Menulis dalil ekonomi Islam
4. Menyebut hukum pelaksanaan sistem ekonomi Islam berdasarkan dalil nakli dan akli.
5. Menerangkan tiga ciri sistem ekonomi Islam
6. Menyatakan empat sumber ekonomi Islam

1.1 Maksud ekonomi secara umum
ialah ilmu tentang asas-asas pengeluaran, pembahagian, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan serta
isu-isu kewangan yang bersangkutan dengannya

1.2 Pengertian sistem ekonomi Islam

ialah ilmu yang digunakan oleh manusia bagi memenuhi keperluan ekonomi individu dan masyarakat berteraskan
aturan syariat Islam serta mencegah ketidakadilan dalam pemerolehan dan penggunaan sumber alam.

1.3 Dalil keharusan melaksanakan sistem ekonomi Islam

(Surah al-Jathiyah 45 : 12 - 13)
1.4 Hukum pelaksanaan sistem ekonomi Islam berdasarkan dalil nakli dan akli.

Wajib - kerana sistem ekonomi Islam adalah berteraskan akidah Islamiyah, maka dengan akidah inilah, sistem
ekonomi Islam dapat terlaksana ngan sempurna dan memaksimumkan manfaatnya.

1.5 Tiga ciri sistem ekonomi Islam.

1. Mengiktiraf pemilikan harta individu

2. Mengagihkan harta dalam kalangan masyarakat dengan adil

3. Mengelola harta yang dimiliki menurut syarak

1.6 Empat sumber ekonomi Islam

1. Kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi 3. Al-Ijmak - Persepakatan para ulamak mujtahid
Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril tentang sesuatu perkara yang tidak jelas
atau secara langsung untuk membimbing hukumnya di dalam al Quran dan al Hadis
manusia ke jalan yang benar demi kebahagiaan
mereka di dunia dan akhirat 4. Al-Qias : Menyandarkan hukum bagi sesuatu
perkara baru kepada sesuatu perkara yang
2. Hadis - sesuatu yang diterima daripada Rasulullah telah termaktub hukumnya di dalam al Quran dan
SAW sama ada perkataan, perbuatan atau al Sunnah kerana persamaan dari segi sebabnya
pengakuan baginda / Illat. Contoh : Pengharaman tuak diqiaskan
dengan pengharaman arak

1

PELAJARAN 1 : SISTEM EKONOMI ISLAM
1.1.2 PRINSIP ASAS SISTEM EKONOMI ISLAM
Minggu 3

Standard Prestasi
Diakhir PdPc Pelajar dapat :
1. Menjelaskan enam prinsip asas sistem ekonomi Islam satu persatu
2. Menjelaskan kepentingan prinsip asas ekonomi Islam
3. Menerangkan tiga kesan pengabaian prinsip asas ekonomi Islam

1.7 Prinsip asas sistem ekonomi Islam satu persatu

1. Akidah, syariah dan akhlak Islam sebagai teras 4. Keuntungan dan kerugian
2. Manusia sebagai khalifah 5. Keadilan sosial
3. Pekerjaan dan ganjaran 6. Larangan kerosakan dan kezaliman

1.8 Maksud akidah, syariah dan akhlak Islam sebagai teras sistem ekonomi Islam

Akidah : ialah kepercayaan dan keyakinan kepada keesaan Allah SWT dengan menyakini bahawa segala
sumber alam sebagai asas ekonomi ini adalah merupakan ciptaan dan kurniaan Allah SWT kepada
manusia.

Syariah : ialah undang-undang atau peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT keatas manusia. Sistem
ekonomi Islam adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam al-
Quran dan hadis

Akhlak Islam : Sifat atau sikap keperibadian yang membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan prinsip-
prinsip yang ditetapkan oleh Allah SWT. Sistem ekonomi Islam sentiasa menjaga tatacara perlakuan
manusia dalam urusan ekonomi seperti larangan menipu, menindas dan sebagainya.

1.9 Maksud prinsip asas ekonomi Islam dan kepentingannya

Bil Asas Prinsip Maksud Kepentingan
Ekonomi Islam
Hubungan ekonomi dengan
1. Akidah, syariah Ekonomi Islam adalah berdasarkan kepada akidah dan syariah dan akhlak
dan akhlak keesaan Allah SWT dan mengambil kira menjadikan aktiviti ekonomi
Islam kepentingan hukum dan akhlak semasa dalam islam menjadi ibadah
berurusan
Manusia akan menguruskan
Manusia Manusia hanya sebagai pengurus dan ekonomi dengan cara yang
2. sebagai pemegang amanah kepada sumber harta telah ditetapkan oleh Allah SWT
yang diberikan oleh Allah SWT
khalifah Manusia mesti melakukan
pekerjaan yang halal untuk
3. Pekerjaan dan Setiap pekerjaan manusia akan diberikan mendapat keberkatan hidup
ganjaran ganjaran berdasarkan kepada usaha yang
diberikan Manusia kan sentiasa bersyukur
dengan hasil yang diberikan
4. Keuntungan Keuntungan dan kerugian adalah oleh Allah SWT
dan kerugian berdasarkan kepada rezeki yang telah
ditetapkan oleh Allah SWT Manusia akan sentiasa
memberikan hak orang miskin
Islam sentiasa menjaga hak asasi manusia yang terdapat dalam harta
mereka
5. Keadilan sosial dan kepentingan orang yang kurang
bernasib baik dengan mewajibkan zakat Manusia akan sentiasa menjaga
peraturan semasa melakukan
dan sebagainya aktiviti ekonomi.

Larangan Islam melarang manusia dariapda

6. kerosakan dan melakukan kerosakan kepada manusia lain

kezaliman dan alam semasa mendapatkan harta

2

1.10 Tiga kesan pengabaian prinsip asas ekonomi Islam

1. Manusia akan cuba mencari kekayaan tanpa mengira hukum dan peraturan agama.
2. Manusia kan merasai bahawa semua harta yang ada di muka bumi ini adalah haknya melalui usaha dan

ikhtiar mereka sendiri.
3. Manusia sanggup bekerja mencari harta tanpa mengambil kira hukum halal dan haram
4. Keuntungan dan kerugian hanyalah semata-mata bergantung kepada usaha dan kepintaran manusia dalam

melakukan uruan perniagaan tanpa mengira kuasa dan perancangan daripada Allah SWT.
5. Keadilan sosial dan hak asasi manusia akan terabai dimana golongan kaya akan mengaut sebanyak

munmgkin kekayaan tanpa mengira nasib golongan yang kurang bernasib baik.
6. Manusia akan mencari harta dengan rakus tanpa mengira kerosakan dan kezaliman yang mereka lakukan

kepada manusia lain dan alam sekitar

PELAJARAN 1 : SISTEM EKONOMI ISLAM
1.1.3 KONSEP PEMILIKAN HARTA DAN MATLAMATNYA
Minggu 4
Standard Prestasi
Diakhir PdPc Pelajar dapat :
1. Menerangkan pengertian harta menurut Islam.
2. Menjelaskan dalil harta adalah milik Allah SWT.
3. Menyatakan pembahagian harta
4. Menjelaskan konsep harta menurut Islam
5. Menjelaskan harta adalah amanah Allah SWT
6. Menyatakan cara mencari harta yang halal
7. Menerangkan cara pengurusan harta
8. Menjelaskan ujian kepada pemilik harta
1.11 Pengertian harta menurut Islam.

Harta merupakan anugerah Allah SWT kepada manusia. Harta boleh dimiliki oleh setiap manusia melalui
usaha dan ikhtiar mereka sendiri.

1.12 Dalil harta adalah milik Allah SWT.

Maksudnya : “ Berimanlah kepada Allah dan rasul-Nya dan belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dariapda
harat benda (pemberian Allah) yang kamu menguasainya sebagai wakil. Maka, orang yang beriman dalam
kalangan kamu akan mebelanjakan (harta benda) mereka mendapat pahala yang besar.”

(Surah al-Hadid 57:7)

1.13 Pembahagian harta Jenis Harta

Harta Boleh Alih: Harta Tidak Boleh Alih:

Maksud : Maksud :

Harta yang boleh di ubah kedudukan dan boleh di Harta yang tetap kedudukan dan tidak boleh di alihkan
alihkan ketempat lain ketempat lain
Contoh : Contoh :
Kereta, wang,
Tanah, bangunan dan rumah
1.14 Konsep harta menurut Islam

1. Harta merupakan milik mutlak Allah SWT 4. Harta mesti dicari dan dibelanjakan secara halal.

2. Harta adalah amanah Allah SWT kepada 5. Harta yang cukup syarat-syaratnya mestilah
manusia untuk digunakan dengan cara yang telah dikeluarkan zakat.
ditetapkan oleh Allah SWT
6. Pengurusan dan pembahagian harta mestilah
3. Harta menjadi ujian kepada manusia untuk dilakukan dengan adil
menentukan tahap keimanan manusia
3

1.15 Maksud harta amanah Allah SWT
Harta merupakan pemberian Allah SWT kepada manusia yang bersifat sementara. Ianya merupakan ujian
Allah SWT kepada manusia bagi menentukan tahap keimanan mereka. Manusia akan dipersoalkan mengenai
cara mereka mendapat dan membelanjakan harta yang dimilikinya. Manusia mesti mendapat dan mebelanjakan
harta dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT

1.16 Tiga sebab harta adalah amanah Allah SWT
1. Supaya manusia menguruskan sumber harta dengan sebaik-baiknya, seperti yang telah ditetapkan oleh

Allah SWT
2. Supaya manusia tidak terlalu sombong dengan harta yang dimilikinya
3. Supaya manusia tidak menggunakan harta yang di miliki secara membazir dan sia-sia
4. Supaya manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari harta bagi kesenangan hidup mereka di

dunia dan akhirat.

1.17 Tiga cara mencari harta yang halal
1. Melalui pekerjaan yang halal samada dalam sektor kerajaan atau swasta seperti makan gaji atau bekerja

sendiri
2. Melalui perniagaan yang dibenarkan oleh syarak
3. Melalui hasil pertanian, penternakan dan perikanan
4. Melalui hasil pertukangan dan hasil seni yang tidak bercanggah dengan Islam

1.18 Tiga cara menguruskan harta menurut Islam
1. Menunaikan hak yang wajib terhadap harta seperti zakat dan menafkahkan harta kepada ibu bapa dan

keluarga
2. Memanfaatkan harta untuk kepentingan orang ramai seperti membina kemudahan awam
3. Melaksanakan tanggungjawab sosial yang dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan manusia seperti

sedekah, derma dan wakaf
4. Membelanjakan harta untuk beribadat kepada Allah SWT seperti mengerjakan haji

1.19 Tiga bentuk ujian Allah SWT kepada pemilik harta

1. Allah menguji mereka dengan ditimpa bencana seperti bencana alam , kebakaran dan lain-lain yang
memusnahkan harta mereka

2. Harta yang dimiliki menjadikan mereka sombong dan angkuh dengan masyarakat
3. Mereka membelanjakan harta secara batil dan kepada perkara yang tidak diredhai seperti berjudi dan

sebagainya
4. Allah SWT memudahkan lagi jalan untuk mendapatkan harta dengan senang dan banyak
5. Kesibukan mencari harta hingga mereka lupa kepada tanggungjawab terhadap Allah SWT seperti solat,

zakat dan sebagainya.

4

PELAJARAN 1 : SISTEM EKONOMI ISLAM
1.1.3 KONSEP PEMILIKAN HARTA DAN MATLAMATNYA
Minggu 5
Standard Prestasi
Diakhir PdPc Pelajar dapat :
1. Memberikan dalil kewajipan mencari harta secara halal.
2. Menyenaraikan tiga sumber harta yang halal.
3. Menyenaraikan tiga sumber harta yang haram.
4. Menjelaskan tiga langkah memperolehi harta secara halal.
5. Menjelaskan tiga langkah memperolehi harta secara haram.
6. Menghuraikan tiga kesan memperolehi harta secara halal.
7. Menghuraikan tiga kesan memperolehi harta secara haram.
8. Menerangkan tiga cara membelanjakan harta menurut Islam.
9. Menjelaskan kepentingan harta kepada pembangunan negara.

1.20 Dalil kewajipan mencari harta secara halal.

Maksudnya : “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu
mengikuti langkah-langkah setan; karena sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu.”
(Surah al-Baqarah 2: 168)

1.21 Tiga sumber harta yang halal dan haram. Sumber harta yang haram dan contoh

Sumber harta yang halal dan contoh 1. Harta yang diperoleh melalui perniagaan yang
mengandungi unsur-unsur penipuan, perjudian,
1. Harta yang diperoleh melalui perniagaan yang penganiayaan seperti rasuah dan sebagainya
dibenarkan oleh syarak dan undang-undang
negara dan tidak mengandungi unsur-unsur 2. Harta yang diperolehi secara zalim dan kekerasan,
penipuan, perjudian, penganiayaan dan rasuah. seperti merompak, mencuri dan sebagainya

2. Harta yang diperolehi daripada hasil pertanian, 3. Harta yang diperolehi melalui penindasan keatas
penternakan, dan perikanan yang dihalalkan orang lain, seperti melalui riba, pecah amanah dan
sebagainya
3. Harta yang diperolehi melalui hasil pertukangan
dan seni yang tidak bercanggah dengan ajaran
Islam.

1.22 Tiga langkah mencari harta secara halal dan haram.

Langkah mencari harta yang halal dan contoh Langkah mencari harta yang haram dan contoh

1. Melakukan pekerjaan dengan ikhlas kerana Allah 1. Melakukan pekerjaan yang diharamkan oleh
SWT syarak seperti mencuri

2. Menceburi bidang pekerjaan yang halal seperti 2. Melakukan kezaliman dan penindasan keatas

bekerja sebagai peniaga orang lain semasa bekerja seperti riba

3. Menjaga ibadat semasa melakukan pekerjaan 3. Pekerjaan yang boleh membahayakan nyawa diri

dengan sentiasa menjaga batasan aurat. sendiri atau orang lain.

1.23 Tiga kesan memperolehi harta secara halal dan haram.

Kesan memperolehi harta secara Halal Kesan memperolehi harta secara haram

1. Hidup akan menjadi bahagia kerana tidak terlibat 1. Harta tidak diberkati oleh Allah SWT kerana
dengan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.
melakukan perbuatan mungkar

2. Jiwa manusia akan sentiasa tenang kerana 2. Hidup tidak tenang kerana melanggar perintah
hartanya akan diberkati oleh Allah SWT
Allah SWT

3. Akan di kasihi dan dihormati oleh anggota 3. Di sisih oleh masyarakat kerana melakukan
masyarakat kerana mencari harta secara halal
larangan Allah SWT

5

1.24 Tiga cara membelanjakan harta menurut Islam

1. Menyumbang harta untuk kebajikan umum seperti menderma sejumlah wang dalam bentuk zakat atau
sedekah

2. Membantu institusi masyarakat seperti menyumbang dana kepada masjid
3. Meringankan beban orang yang ditimpa musibah seperti mangsa banjir

1.25 Tiga kepentingan harta kepada pembangunan negara

1. Harta dapat digunakan untuk memajukan sektor ekonomi dalam negara seperti membina pusat-pusat
perniagaan

2. Harta dapat digunakan untuk membantu golongan yang ingin memulakan perniagaan melalui sumbangan
modal perniagaan.

3. Dapat menyediakan biasiswa dan pinjaman kepada rakyat yang ingin melanjutkan pelajaran bagi
meningkatkan modal insan yang sempurna.

PELAJARAN 1 : SISTEM EKONOMI ISLAM
1.1.3 KONSEP PEMILIKAN HARTA DAN MATLAMATNYA
Minggu 6
Standard Prestasi
Diakhir PdPc Pelajar dapat :
1. Memberikan pengertian hak milik menurut Islam
2. Menyenaraikan tiga asas pemilikan harta menurut Islam.
3. Menulis tiga jenis pemilikan harta dalam Islam
4. Menjelaskan peraturan dalam pemilikan harta
5. Menghuraikan matlamat pemilikan harta menurut Islam.
6. Menjelaskan batasan dalam pemilikan harta.
7. Memberikan tiga sebab manusia diberikan kebebasan dalam pemilikan harta.
8. Menghuraikan tiga peranan harta
9. Menyatakan tiga kebaikan menunaikan tanggungjawab terhadap harta.
10. Menghuraikan tiga keburukan mengabaikan tanggungjawab terhadap harta.

1.26 Pengertian hak milik menurut Islam.

Sesuatu harta yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya untuk di miliki dan dimanfaatkan seperti,
rumah, tanah, wang ringgit dan sebagainya.
1.27 Tiga asas pemilikan harta menurut Islam.

1. Allah SWT pemilik sebenar harta yang menganugerahkannya dan mengamanahkannya kepada manusia
2. Allah SWT telah menetapkan cara pemilikan harta yang sah seperti jual beli dan wasiat serta mengharamkan

riba
3. Allah SWT memerintahkan manusia berusaha untuk memiliki harta bagi memenuhi keperluan asasi

kehidupan mereka

6

1.28 Tiga jenis pemilikan harta dalam Islam

1. Hak milik individu - hak milik yang dikhususkan untuk kepentingan awam dan orang ramai seperti jalan raya,
sungai, dan sebagainya

2. Hak milik Umum / awam - Hak milik yang dikhususkan untuk kepentingan awam dan orang ramai seperti
jalan raya, sungai, dan sebagainya.

3. Hak milik negara - Iaitu harta yang menjadi hak milik semua warganegara secara bersama seperti sekolah,
pejabat kerajaan, hospital dan sebagainya

1.29 Tiga peraturan dalam pemilikan harta

1. Membelanjakan harta yang dimiliki dengan berhemah dan bijak serta tidak membazir seperti untuk membeli
keperluan hidup

2. Mengembangkan harta tersebut mengikut syariat seperti melabur dalam saham-saham yang dibenarkan
oleh syarak

3. Mengeluarkan zakat apabila cukup syarat-syaratnya

1.30 Tiga matlamat pemilikan harta menurut Islam.

1. Untuk mendapatkan keberkatan dan rahmat daripada Alllah SWT dengan melaksanakan segala peraturan
Allah semasa mendapatkan harta.

2. Untuk menjamin keselamatan hidup di dunia dan di akhirat
3. Untuk membangunkan ekonomi umat Islam

1.31 Tiga batasan dalam pemilikan harta menurut Islam

1. Harta yang di miliki mestilah diperolehi dengan cara yang tidak bertentangan dengan kepentingan awam
seperti merompak, mencuri rasuah dan sebagainya

2. Harta yang di miliki mestilah di perolehi dengan cara yang halal dan di akui oleh syarak samada dengan
bekerja sendiri atau makan gaji

3. Harta yang menjadi milik awam tidak boleh dijadikan milik peribadi seperti sungai, pantai, udara dan
sebagainya.

1.32 Tiga sebab manusia diberikan kebebasan dalam pemilikan harta.

1. Supaya mendorong manusia berusaha dengan bersungguh- sungguh untuk mendapatkan harta
2. Untuk mengetahui kemampuan dan penguasaan seseorang terhadap harta yang dicarinya
3. Manusia dapat menguruskan harta yang di miliki mengikut kehendak mereka sendiri tanpa perlu meminta izin

daripada sesiapa.

7

1.33 Tiga peranan harta
1. Harta sebagai alat untuk merapatkan hubungan sesama manusia. Contohnya dengan mengeluarkan

sedekah atau derma akan mengeratkan hubungan antara golongan miskin dengan kaya
2. Harta sebagai alat untuk beribadat kepada Allah SWT seperti menunaikan ibadat haji, zakat dan sedekah
3. Harta sebagai alat untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa dan memenuhi segala keperluan hidup

dengan sempurna

1.34 Tiga kebaikan menunaikan tanggungjawab terhadap harta

1. Harta semakin berkembang dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
2. Mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat
3. Dapat mengeratkan perhubungan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

1.35 Tiga keburukan mengabaikan tanggungjawab terhadap harta.

1. Sering mengalami kesempitan wang dan kesempitan hidup
2. Terhapusnya sifat tolong menolong dalam kalangan masyarakat
3. Nasib golongan miskin dan kurang bernasib baik akan terabai

PELAJARAN 1 : SISTEM EKONOMI ISLAM
1.1.3 KONSEP PEMILIKAN HARTA DAN MATLAMATNYA
Minggu 7
Standard Prestasi
Diakhir PdPc Pelajar dapat :
1. Memberikan pengertian pencerobohan hak milik
2. Menyatakan dalil larangan melanggar peraturan hak milik
3. Menerangkan tiga bentuk pencerobohan hak milik
4. Menjelaskan tiga keburukan pencerobohan hak milik
5. Menulis tiga punca berlakunya pencerobohan hak milik
6. Menghuraikan tiga langkah membendung pencerobohan hak milik
7. Mengenal pasti tiga sebab Islam melarang pencerobohan hak milik
1.36 Pengertian pencerobohan hak milik

Mengambil harta orang lain tanpa kebenaran yang sah disisi syarak. Contohnya mencuri, rasuah dan sebagainya

8

1.37 Dalil larangan melanggar peraturan hak milik

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan
jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka
sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah
sentiasa mengasihi kamu”
(Surah Annisa 2: 29)

1.38 Tiga bentuk pencerobohan hak milik

1. Mendapatkan harta dengan cara yang zalim dan tidak sah. Contohnya mencuri, menipu dan merompak
2. Mengabaikan hak-hak yang wajib keatas harta seperti tidak mengeluarkan zakat
3. Mendapatkan harta dengan cara pecah amanah. Contohnya penyalahgunaan kuasa, memberi dan menerima

rasuah

1.39 Tiga keburukan pencerobohan hak milik

1. Akan melahirkan masyarakat mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan nasib orang lain
2. Akan menghilangkan perasaan belas kasihan, kasih sayang dan bertimbangrasa dalam masyarakat
4. Akan menjejaskan ekonomi negara kerana rakyatnya melakukan pembaziran dengan perkara yang tidak

berfaedah

1.40 Tiga punca berlakunya pencerobohan hak milik

1. Terpengaruh dengan kemewahan dunia
2. Mengenepikan ajaran Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian
3. Wujudnya perasaan tamak dan ingin cepat kaya tanpa melakukan usaha yang lebih

1.41 Tiga langkah membendung pencerobohan hak milik

1. Memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada masyarakat untuk memantapkan iman secara
berterusan

2. Menguatkuasakan undang-undang pencerobohan harta dengan mengenakan hukuman yang berat kepada
penceroboh harta

3. Memberi penerangan yang berterusan akan keburukan pencerobohan harta kepada masyarakat melalui
kuliah, ceramah, kempen dan sebagainya

1.42 Tiga sebab Islam melarang pencerobohan hak milik

1. Akan melahirkan individu yang malas bekerja
2. Akan berlakunya perbuatan zalim keatas orang yang tidak bersalah
3. Terhapusnya sikap tolong menolong dan ukhuwah

9

PELAJARAN 1 : SISTEM EKONOMI ISLAM
1.1.4 PERANAN PEKERJAAN
Minggu 8
Standard Prestasi
Diakhir PdPc Pelajar dapat :
1. Memberikan pengertian pekerjaan menurut Islam
2. Menjelaskan dalil kewajipan bekerja menurut Islam
3. Menjelaskan tuntutan bekerja dalam Islam
4. Menghuraikan tiga matlamat bekerja
5. Menyatakan tiga kebaikan bekerja
6. Memberikan tiga ciri pekerjaan yang digalakkan dalam Islam
7. Menulis tiga sebab Islam menyuruh umatnya bekerja
8. Menyatakan tiga perbezaan antara makan gaji dengan bekerja sendiri
9. Menjelaskan tiga kesan pekerjaan yang halal
10. Menjelaskan tiga kesan pekerjaan yang haram
11. Menerangkan tiga kepentingan bekerja kepada pembangunan negara
12. Memberikan tiga kesan buruk pengangguran kepada individu.
1.43 Pengertian pekerjaan menurut Islam.

Bekerja menurut Islam ialah satu usaha yang dilakukan untuk mendapatkan wang atau harta dengan cara yang
halal dan tidak bertentangan dengan hukum syarak.

1.44 Dalil kewajipan bekerja menurut Islam

Maksudnya : Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan
urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan
Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
(Surah al-Jumaah, 62:10)

1.45 Tiga tuntutan bekerja dalam Islam

1. Bekerja merupakan tanggungjawab setiap individu bagi memenuhi keperluan peribadi seperti menyara diri

sendiri, keluarga dan tuntutan sosial seperti membangunkan ekonomi negara
2. Bekerja merupakan ibadat dalam Islam kerana, orang yang bekerja dikira telah menunaikan satu keperluan

fardu ain, iaitu menyara kaum keluarga
3. Bekerja akan memudahkan umat Islam menunaikan ibadat kepada Allah SWT melalui harta, seperti zakat,

bersedekah dan menderma.

1.46 Tiga matlamat bekerja

1. Bekerja untuk menyara diri dan keluarga
2. Supaya dapat mengerjakan ibadat wajib dan beramal jariah melalui pekerjaan
3. Untuk membangunkan ekonomi keluarga dan umat.

10

1.47 Tiga kebaikan bekerja.

1. Mendapat keredaan dan keberkatan daripada Allah SWT.
2. Mencari rezeki yang halal untuk menyara kehidupan sendiri dan keluarga.
3. Mampu berdikari tanpa perlu meminta belas ihsan daripada orang lain.
4. Meningkatkan taraf hidup kerana memiliki sumber pendapatan sendiri

1.48 Tiga ciri pekerjaan yang digalakkan dalam Islam

1. Pekerjaan yang halal dan tidak melanggar peraturan syarak seperti perniagaan yang halal.
2. Pekerjaan yang tidak mengganggu ketenteraman awam dan tidak mencemarkan alam sekitar seperti bertani.
3. Pekerjaan yang tidak membahayakan diri sendiri dan orang ramai seperti menternak
4. Pekerjaan yang tidak melalaikan diri daripada beribadat kepada Allah SWT

1.49 Tiga sebab Islam menyuruh umatnya bekerja

1. Bekerja merupakan tanggungjawab setiap individu bagi memenuhi keperluan peribadi seperti menyara diri
sendiri, keluarga dan tuntutan sosial seperti membangunkan ekonomi negara

2. Bekerja merupakan ibadat dalam Islam kerana, orang yang bekerja dikira telah menunaikan satu keperluan
fardu ain, iaitu menyara kaum keluarga

3. Bekerja akan memudahkan umat Islam menunaikan ibadat kepada Allah SWT melalui harta, seperti zakat,
bersedekah dan menderma.

4. Orang yang bekerja dipandang mulia dan disukai oleh Allah SWT dan RasulNya.

1.50 Tiga perbezaan antara makan gaji dengan bekerja sendiri

Bil Makan Gaji Kerja Sendiri
1. Produktiviti atas tanggungan sendiri Produktiviti dipikul secara bersama

2. Risiko untung rugi ditanggung sendiri Risiko untung rugi ditanggung bersama

3. Bebas membuat keputusan sendiri Keputusan berdasarkan arahan daripada pihak
majikan

1.51 Tiga kesan pekerjaan yang halal

1. Diberkati Allah SWT kerana melakukan pekerjaan yang bertepatan dengan syarak
2. Dihormati oleh masyarakat kerana melakukan pekerjaan yang baik.
3. Masyarakat dan negara aman sejahtera kerana kehidupan mereka diberkati oleh Allah SWT

1.52 Tiga kesan pekerjaan yang haram

1. Hidupnya dilaknat oleh Allah SWT kerana melakukan pekerjaan yang bercanggah dengan syarak
2. Dibenci oleh masyarakat kerana melakukan pekerjaan yang buruk
3. Masyarakat dan negara huru hara kerana kehidupan mereka di laknat oleh Allah SWT

11

1.53 Tiga kepentingan bekerja kepada pembangunan negara

1. Dapat menghasilkan produktiviti yang bermutu.
2. Dapat menyumbangkan kepada perkembangan ekonomi negara.
3. Dapat mengurangkan kadar kemiskinan negara
4. Dapat menyediakan peluang pekerjaan

1.54 Tiga kesan buruk pengangguran kepada individu.
1. Akan mengalami kesempitan hidup kerana tidak mempunyai wang untuk memenuhi keperluan hidup
2. Terpaksa meminta-minta dan mengemis serta menyusahkan orang lain mengakibatkan dirinya dibenci oleh

masyarakat
3. Mudah terlibat dengan gejala sosial seperti melepak kerana mempunyai masa yang terluang
4. Terdorong untuk melakukan jenayah seperti mencuri untuk mendapatkan wang
5. Tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab seperti memberi nafkah kepada keluarga

PELAJARAN 1 : SISTEM EKONOMI ISLAM
1.1.4 PERANAN PEKERJAAN
Minggu 9
Standard Prestasi
Diakhir PdPc Pelajar dapat :
1. Memberikan maksud bekerja kerana Allah SWT
2. Menjelaskan dalil bekerja kerana Allah SWT
3. Menghuraikan cara bekerja sebagai pelaksanaan amanah Allah SWT
4. Menyenaraikan tiga syarat pekerjaan menjadi ibadah
5. Menulis tiga etika kerja Islam
6. Menyatakan tiga budaya kerja Islam
7. Menerangkan tiga langkah meningkatkan kualiti kerja
8. Menjelaskan tiga kelebihan bekerja kerana Allah SWT.

1.55 Maksud bekerja kerana Allah SWT
Bekerja kerana Allah SWT ialah mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri di dalam kegiatan tertentu secara
berterusan untuk mencari nafkah kerana Allah SWT

12

1.56 Menjelaskan dalil bekerja kerana Allah SWT

Maksudnya : “Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah

dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan

dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia

menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”. (Surah at-Taubah, 9:105)

1.57 Tiga cara bekerja sebagai pelaksanaan amanah Allah SWT

1. Melakukan pelbagai pekerjaan mengikut kepakaran masing-masing seperti berniaga, bertani dan menternak

2. Melakukan pelbagai penyelidikan dan penemuan sains seperti penyelidikan dalam bidang perubatan,
astronomi dan kejuruteraan

3. Bekerja dalam bidang perusahaan untuk mencipta peralatan baharu seperti dalam industri perkilangan dan
pembuatan.

1.58 Tiga syarat pekerjaan menjadi ibadah

1. Bekerja dengan niat untuk mencari rezeki yang halal
2. Bekerja untuk menyara diri dan keluarga
3. Supaya dapat mengerjakan ibadat wajib dan beramal jariah melalui pekerjaan
4. Untuk membangunkan ekonomi keluarga dan umat.
5. Bekerja untuk mencari keredaan Allah SWT

1.59 Tiga etika kerja Islam ETIKA Bekerja
KERJA ISLAM dengan tekun dan
Bekerja dengan ikhlas kerana bersungguh-sungguh
Allah SWT Sentiasa amanah ketika
bekerja

1.60 Lima budaya kerja Islam Bekerja kerana Allah SWT Mempunyai strategi yang
betul semasa bekerja
Mempunyai perancangan BUDAYA
yang lengkap dalam bekerja KERJA ISLAM Patuh kepada arahan
organisasi
Memaksimakan Berdisiplin dan menepati
produktaviti yang berkualiti masa semasa bekerja

13

1.61 Tiga langkah meningkatkan kualiti kerja

1. Berusaha dengan tekun dan bersungguh-sungguh
2. Ikhlas bekerja kerana Allah SWT
3. Istiqamah dalam sesuatu pekerjaan
4. Sentiasa bertawakal kepada Allah SWT
5. Memaksimumkan produktiviti yang berkualiti

1.62 Tiga kelebihan bekerja kerana Allah SWT.

1. Melahirkan pekerja yang bekerja dengan ikhlas kerana Allah SWT
2. Melahirkan pekerja yang amanah dalam melakukan pekerjaan
3. Melahirkan pekerja yang cekap dan bekerja dengan bersungguh-sungguh
4. Melahirkan pekerja yang bermotivasi tinggi dalam menyahut cabaran

PELAJARAN 1 : SISTEM EKONOMI ISLAM
1.1.5 KEPENTINGAN MELAKSANAKAN TUNTUTAN EKONOMI ISLAM
1.1.6 TINDAKAN KEPADA PENYELESAIAN PERSOALAN EKONOMI UMAT ISLAM
Minggu 10
Standard Prestasi
Diakhir PdPc Pelajar dapat :
1. Menyatakan tiga keistimewaan sistem ekonomi Islam.
2. Menjelaskan tiga kesan pengabaian sistem ekonomi Islam
3. Memberikan contoh sistem ekonomi konvensional

a. Kapitalis
b. Komunis
c. Sosialis
d. Campuran
4. Menyatakan tiga perbezaan antara sietem ekonomi Islam dengan konvensional
5. Menerangkan bentuk ketidakadilan dalam ekonomi konvensional
a. Riba
b. Manipulasi
c. Rasuah
d. Monopoli
e. Menciplak
f. Mencuri / merompak
g. Pecah amanah
h. Enggan mengeluarkan zakat
6. Membuat kronologi 3 langkah menyelesaikan permasalahan ekonomi umat Islam
7. Menghuraikan tiga kesan penyelesaian persoalan ekonomi umat Islam

1.63 Tiga keistimewaan sistem ekonomi Islam.
1. Satu sistem yang lengkap dan menyeluruh yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia samada di

dunia dan di akhirat.
2. Berpandukan ajaran dan wahyu Allah SWT
3. Bermotifkan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
4. Sistem ekonomi Islam menggabungkan antara aktiviti ekonomi dengan akidah Islam
5. Memberi keutamaan kepada pengeluaran barangan asas (daruriyyat) dan keperluan (hajiyyat) berbanding

barangan mewah (tahsiniyyat).
6. Berteraskan nilai dan akhlak Islam.

14

1.64 Tiga kesan pengabaian sistem ekonomi Islam

1. Penindasan seperti amalan riba akan berleluasa menyebabkan golongan pemodal semakin kaya manakala
golongan miskin semakin tertindas.

2. Nilai-nilai moral dan tolong menolong semakin terhakis menyebabkan gejala rasuah, pecah amanah dan
penipuan berleluasa dalam masyarakat.

3. Agihan kekayaan hanya tertumpu kepada golongan tertentu sahaja.
4. Keharmonian hidup masyarakat akan terjejas dan ekonomi negara tidak stabil

1.65 Contoh sistem ekonomi konvensional

Sistem Maksud Ciri-Ciri
Bil Ekonomi
Sistem ekonomi di mana 1. Mengamalkan sistem pasaran bebas (Laissez
Konvensional perdagangan, industri dan Faire)
1. Kapitalis pengeluaran dikendalikan
oleh pemilik swasta 2. Peranan kerajaan adalah amat terhad dalam
2. Komunis dengan tujuan memperoleh mengawal pasaran
keuntungan dalam ekonomi
3. Sosialis dengan keuntungan sebesar- 3. Pengeluar bebas mengeluarkan produk
besarnya. berasaskan kepada permintaan pasaran,
4. Campuran kerana faktor pengeluaran adalah berada di
Sistem ekonomi di mana tangan pengeluar

pemerintah sebagai pengatur 1. Semua keputusan ekonomi di buat oleh
pemerintah
seluruh sumber-sumber
2. Pemilikan individu atas faktor-faktor pengeluaran
kegiatan perekonomian. tidak dibenarkan

Setiap orang tidak 3. Seluruh kegiatan ekonomi harus diusahakan
bersama. Semua perusahaan adalah milik
diperbolehkan memiliki negara sehingga tidak ada perusahaan swasta.

kekayaan pribadi. Semua 1. Semua sumber ekonomi dimiliki dan dikuasai
oleh negara.
perniagaan dimiliki oleh
2. Semua kegiatan ekonomi mesti diusahakan
pemerintah. bersama. Semua perusahaan milik negara
sehingga tidak ada perusahaan swasta.
Sistem ekonomi berpusat.
dimana semua kegiatan 3. Segala suatu keputusan mengenai jumlah dan
ekonomi di uruskan oleh jenis barang ditentukan oleh pemerintah.
pemerintah dan di kawal oleh
kerajaan. Pemeritahlah yang 1. Kerajaan dan pihak swasta bekerjasama dalam
menguasai seluruh kegiatan menjalankan segala bentuk kegiatan ekonomi.
ekonomi.
2. Kerajaan memberi kebebasan kepada pihak
Ekonomi campuran adalah swasta untuk melakukan kegiatan ekonomi,
namun dengan kawalan yang tertentu
sistem ekonomi yang
3. Pihak pemerintah dan swasta memiliki peranan
menggabungkan lebih yang sama dalam kegiatan ekonomi. .

dari satu aspek sistem

ekonomi. Lazimnya, ekonomi

campuran mengandungi

unsur kapitalisme dan

sosialisme

15

1.66 Tiga perbezaan antara sietem ekonomi Islam dengan konvensional

Bil Sistem Ekonomi Islam Sistem Ekonomi Konvensional

1. Bebas daripada riba dan penindasan Berasaskan kepada sistem riba

2. Melaksanakan syariah Islam dalam urusan Hukum halal dan haram tidak di ambil kira
perniagaan

Menggalakkan manusia supaya melakukan Lebih mengutamakan keuntungan semata-mata
3. kebajikan seperti bersedekah, menderma dan

sebagainya

1.67 Bentuk ketidakadilan dalam ekonomi konvensional.

Bentuk

Bil Ketidakadilan Maksud Keburukan
dalam Ekonomi

Konvensional

1. Riba Lebihan bayaran yang 1. Berlakunya penindasan terhadap golongan
dikenakan keatas hutang yang lemah
kerana lambat membayar
balik hutang tersebut daripada 2. Melahirkan masyarakat mementingkan diri
tempoh yang telah ditetapkan. sendiri serta mementingkan kemewahan
dalam hidup

2. Manipulasi Mengggunakan kemahiran 1. Berlakunya penindasan, pergaduhan dan
untuk memperolehi keuntungan persengketaan dalam masyarakat.
peribadi secara tidak sah,
contohnya menggurangkan 2. Pengguna akan teraniaya kerana berlakunya
timbangan dalam urusan jual penipuan dalam urusan jual beli
beli.

3. Rasuah Memberi atau menerima 1. Berlakunya penindasan dan kezaliman
sesuatu yang berharga seperti dimana keadilan tidak dapat ditegakkan
wang, harta atau perkhidmatan dalam masyarakat
daripada seseorang dengan
tujuan untuk mendapatkan 2.. Sesebuah negara akan menjadi mundur
sesuatu atau dilepaskan serta matlamat negara tidak akan tercapai
daripada dikenakan tindakan
dengan cara yang salah.

4. Monopoli Pengguasaan sepenuhnya 1. Mengikis sifat amanah dan tolong menolong
terhadap sesuatu barangan, dalam muamalah kerana peniaga lebih
perdagangan, perkhidmatan mementingkan keuntungan semata-mata
dan sebagainya dalam pasaran
tertentu oleh seseorang atau 2. Barangan menjadi lebih mahal kerana
firma tertentu atau menyorok dikuasai oleh satu pihak sahaja
barang keperluan untuk dijual
dengan harga yang mahal
apabila sangat diperlukan

16

Perbuatan meniru atau 1. Perbuatan yang tidak beretika kerana serupa
dengan mencuri
mengutip sebahagian
2. Menghakis dan membunuh usaha melahirkan
atau keseluruhan karya golongan akademik yang berwibawa

5. Menciplak orang lain tanpa izin atau

tanpa memaklumkan nama

pengkarya berkenaan dan

menggunakan­nya sebagai

karyanya atau ciptaan sendiri

6. Mencuri / ialah mengambil, merampas 1. Satu bentuk pencerobohan harta benda
Merompak harta orang lain tanpa orang lain
kebenaran daripada pemiliknya
yang sah 2.. Boleh menimbulkan pergaduhan dan
perbalahan dalam masyarakat

Menyalahgunakan kuasa atau 1. Hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap
menggunakan pengaruh atau
seseorang.
7. Pecah Amanah kedudukan bagi memperolehi
kepentingan peribadi secara 2. Mewujudkan sifat pentingkan diri sendiri

salah

8. Enggan Enggan mengeluarkan zakat 1. Golongan asnaf akan terbiar
Mengeluarkan walaupun harta yang dimilki
Zakat telah memenuhi syarat 2. Harta hanya berlegar dalam kalangan orang
diwajibkan berzakat yang kaya sahaja

1.68 Tiga langkah menyelesaikan permasalahan ekonomi umat Islam.

1. Melaksanakan ekonomi Islam dalam sistem ekonomi negara.
2. Islam mewajibkan umatnya menurut tertib dalam tindakan mereka mencapai kehendak masing-masing.

Kehendak daruriyyat mestilah didahulukan sebelum kehendak hijahiyyat dan tahsiniyyat, dengan kata lain
selagi kehendak daruriyyah belurn tercapai, kehendakhijahiyyat dan tahsiniyyah mestilah dibatas.
3. Islam memelihara kepentingan umum di samping turut mengiktiraf kepentingan individu. Islam juga
mengimbangkan di antara kepentingan dunia dan kepentingan akhirat. Justeru itu ekonomi Islam tidak
menindas golongan lemah dalam masyarakat seperti yang dilakukan oleh Kapitalis dengan teori kebebasan
pemilikan individu

1.69 Tiga kesan baik penyelesaian persoalan ekonomi umat Islam
1. Golongan miskin dan kurang bernasib baik akan terbela, dimana golongan miskin berhak mendapat bantuan

golongan berada samada melalui zakat atau derma..
2. Keseimbangan ekonomi di antara anggota masyarakat akan terpelihara. Islam mengiktiraf kewujudan

perbezaan di kalangan anggota masyarakat dalam memiliki harta. Tetapi perbezaan tersebut mestilah
perbezaan yang mendorong ke arah pencapaian kesempurnaan dan kerjasama, bukan pertentangan dan
perkelahian.
3. Manusia akan menyedari bahawa pemilik sebenar sumber-sumber ekonomi ialah Allah. Asas ini mendidik
perasaan bermasyarakat di dalam diri seorang individu yang sedang berusaha mendapatkan harta dan
menanam dalam dirinya bahawa harta itu bukanlah hak mutlak dirinya seorang sahaja, bahkan terdapat juga
pemilik-pemilik yang lain di dalam harta yang sedang dimilikinya.

17

PELAJARAN 1 : SISTEM EKONOMI ISLAM
UJIAN PKBS KALI 1
Minggu 11

PKBS 1 TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5
Dua Jam Tiga Puluh Minit

1. Kertas ini mengandungi dua bahagian iaitu Untuk Kegunaan Pemeriksa
bahagian A dan bahagian B
Bahagian Markah
2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A
dan Bahagian B A

3. Tuliskan jawapan anda untuk Bahagian A di B
ruang yang disediakan dalam kertas soalan
ini JUMLAH

4. Tuliskan jawapan anda untuk Bahagian B di
kertas jawapan yang anda sediakan sendiri

18

Bahagian A
[20 markah]

Soalan 1 – 4
Tuliskan istilah yang betul bagi perkara berikut.

1. Ilmu tentang asas-asas pengeluaran, pembahagian, penggunaan barang- Ekonomi
barang dan perkhidmatan serta isu-isu kewangan yang bersangkutan
dengannya.

2. Sesuatu yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya untuk Harta
dimiliki dan dimanfaatkan menurut kehendak syarak seperti tanah, rumah Pekerjaan
kenderaan dan sebagainya.

3. Satu kegiatan yang dilakukan bagi mendapatkan sumber pendapatan dan
memiliki harta dengan cara yang halal.

4. Ilmu yang digunakan oleh manusia bagi memenuhi keperluan ekonomi Ekonomi Islam
individu dan masyarakat berteraskan aturan syariat Islam serta mencegah
ketidakadilan dalam memerolehan dan penggunaan sumber alam.

Soalan 5 – 8
Lengkapkan pernyataan berikut dengan jawapan yang betul.

5. Harta merupakan --------a-m---a--n-a--h--------- dan ujian Allah SWT kepada manusia bagi menentukan tahap
keimanan mereka.

6. Matlamat pemilikan harta dalam Islam adalah bagi menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup
manusia di dunia dan _____d_i _a_k_h_ir_a_t _____

7. Sistem ekonomi ___k_a_p_ita_l_is_________ adalah berasaskan kebebasan mutlak individu (Laissez Faire)

8. Riba ialah pertambahan bayaran dalam urusan hutang piutang kerana ___l_a_m_b_a_t____ membayar
balik pinjaman tersebut.

Soalan 9-11 a
a
Tandakan ( a) pada pernyataan yang betul. r

Tandakan (r ) pada pernyataan yang salah.

9. Amanah ketika bekerja merupakan salah satu daripada etika kerja Islam

10. Islam mengiktiraf pemilikan harta oleh setiap individu

11. Tujuan Islam menjadikan pelbagai jenis sumber sebagai hak milik individu adalah
bagi menjaga kebajikan dan keharmonian masyarakat secara umum

19

Soalan 13 - 16
Lengkapkan jadual di bawah dengan jawapan yang betul.

Matlamat pemilikan harta

13 14 15 16

Mendapat keberkatan Allah / menjamin keselamatan duni dan akhirat/
13. membangunkan ekonomi umat Islam / mengelakkan daripada penindasan dan kezaliman

Mendapat keberkatan Allah / menjamin keselamatan duni dan akhirat/
14. membangunkan ekonomi umat Islam / mengelakkan daripada penindasan dan kezaliman

Mendapat keberkatan Allah / menjamin keselamatan duni dan akhirat/
15. membangunkan ekonomi umat Islam / mengelakkan daripada penindasan dan kezaliman

Mendapat keberkatan Allah / menjamin keselamatan duni dan akhirat/
16. membangunkan ekonomi umat Islam / mengelakkan daripada penindasan dan kezaliman

Soalan 17 hingga soalan 20
Padankan situasi berikut dengan jawapan yang sesuai.

PERNYATAAN SITUASI
17. Diberkati oleh Allah SWT kerana mengikut syariat Kesan pekerjaan yang haram
A kepada masyarakat

Masyarakat mundur kerana kegiatan ekonomi Keistimewaan sistem ekonomi
18. dicemari unsur negetif B Islam

19. Berasaskan nilai dan akhlak Islam Kesan pengabaian sistem
C ekonomi Islam

Pengagihan harta dilakukan secara tidak adil dan Kesan pekerjaan yang halal
20. tertumpu kepada golongan atasan sahaja D kepada individu

20

BAHAGIAN B
(80 Markah)
Jawab semua soalan pada bahagian ini

” Allah SWT yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu agar kapa-kapal belayar padanya dengan
perintah-Nya agar kamu mencari rezeki daripada kurniaan-Nya dan agar kamu bersyukur ....

(Maksud al-Quran surah al-Jathiyah 45 : 12 - 13)

1 (a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan rezeki kurniaan Allah dalam ayat al- [2 markah ]
Quran diatas ?

Maksud rezeki kurniaan Allah SWT dalam ayat di atas ialah :

Sumber alam yang disediakan oleh Allah SWT untuk manusia terokai dan digunakan untuk
meneruskan kehidupan manusia di dunia

(ii) Senaraikan empat sumber utama sistem ekonomi Islam [4 markah ]
Empat sumber utama sistem skonomi Islam ialah :

1. Al-Quran 2. Al-Hadis
3. Al-Ijmak 4. Al-Qias

(b) Terangkan empat prinsip asas dalam sistem ekonomi Islam [4 markah ]
Empat prinsip asas sistem skonomi Islam ialah :

1. Akidah, syariah dan akhlak Islam sebagai teras 2. Manusia sebagai khalifah

3. Pekerjaan dan ganjaran 4. Keuntungan dan kerugian

(c) Terangkan dua kesan buruk jika umat Islam mengabaikan sistem ekonomi Islam [4 markah ]
dalam kehidupan mereka

Dua kesan buruk jika umat Islam mengabaikan sistem ekonomi Islam dalam kehidupan
mereka.

1. Matlamat negara yang baik dan mendapat pengampunan Allah SWT tidak akan tercapai

2. Amalan riba akan berleluasa menyebabkan golongan pemodal semakin kaya manakala
golongan miskin semakin tertindas

Sebuah syarikat telah mengupah anda untuk melakukan kegiatan sabotaj kepada syarikat pesaingnya
dengan menyebarkan berita palsu tentang keburukan syarikat tersebut melalui media sosial.

(d) Sanggupkah anda menerima tawaran tersebut. Nyatakan alasan anda [6 markah ]

Tidak sanggup kerana menyebarkan berita palsu merupakan satu perbuatan haram yang dilarang
oleh agama Islam, manakala hasil upah yang diperolehi daripada perbuatan tersebut juga tidak
diberkati oleh Allah SWT menyebabkan hidup seseorang itu sentiasa gelisah dan akhirnya akan
mendapat balasan neraka di akhirat nanti.

21

“ Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu hanyalah ujian dan disisi Allah SWT jualah

pahala yang besar.”

Maksud al-Quran surah al-Taghabun 64:15

2 (a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan harta menurut Islam. [2 markah ]

Maksud harta menurut Islam ialah

Sesuatu yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia untuk dimiliki dan dimanfaatkan menurut
kehendak syarak seperti tanah, rumah dan sebagainya.

(ii) Terangkan dua kepentingan memiliki harta kepada seseorang [4 markah ]

Dua kepentingan memiliki harta kepada seseorang

1. Untuk menjamin kebahagiaan dan keselamatan hidup di dunia dan di akhirat

2. Supaya seseorang itu dapat menyara diri dan keluarganya mengikut kehendaknya sendiri tanpa
meminta-minta daripada orang lain.

(b) Jelaskan asas pemilikan harta menurut Islam [4 markah ]

Asas pemilikan harta menurut Islam ialah

Segala harta yang terdapat di dunia ini adalah merupakan milik mutlak Allah SWT manakala manusia
hanyalah diberikan amanah untuk mencari dan mengurus harta tersebut dengan cara yang telah
ditetapkan oleh Allah SWT.

Jenis pemilikan harta dalam Islam terbahagi kepada tiga, iaitu hak milik individu, hak milik umum dan
hak milik negara.

(c) Mengapakah hak milik umum tidak boleh dijadikan hak milik individu secara [4 markah ]
sewenang-wenangnya.

Sebab hak milik umum tidak boleh dijadikan hak milik individu secara sewenang-wenangnya.
Kerana harta yang menjadi milik umum adalah merupakan harta atau sumber yang mesti dikongsi
secara bersama dengan anggota masyarakat yang lain seperti udara, laut dan sungai. Jika harta
tersebut dijadiakn sebagai milik individu maka akan menimbulkan kekecohan dan penindasan
kepada orang lain.

(d) Bincangkan kesan buruk kepada masyarakat jika pemilikan harta diperolehi dengan [6 markah]
cara yang bertentangan dengan syariat Islam, seperti melalui rasuah

Kesan buruk kepada masyarakat jika pemilikan harta diperolehi dengan cara yang bertentangan
dengan syariat Islam.
ialah akan menimbulkan kezaliman dan penindasan kepada golongan yang lemah seperti
mendapatkan harta melalui rasuah, dimana golongan yang sepatutnya mendapat peluang rezeki
tersebut telah dinafikan kerana telah di ambil oleh orang lain dengan cara yang salah. Kesannya
golongan yang lemah akan sentiasa dinafikan haknya manakala golongan yang berkuasa akan
sentiasa bertambah kaya.

22

" Tidak ada sesuatu yang dimakan oleh seseorang yang lebih baik daripada apa-apa yang dimakan

daripada usaha tangannya sendiri. Dan sesungguhnya Nabi Daud a.s makan dariapda usaha tangannya

sendiri.

(Hadis riwayat al-Bukhari)

3 (a) (i) Jelaskan maksud pekerjaan menurut Islam [2 markah ]

Maksud pekerjaan menurut Islam

ialah satu kegiatan yang dilakukan bagi mendapatkan sumber pendapatan dengan cara yang halal.

(ii) Nyatakan dua peranan pekerjaan kepada seseorang individu [4 markah ]
Dua peranan pekerjaan kepada individu.

1. Memenuhi tuntutan ibadah kepada Allah SWT
2. Menunaikan tanggungjawab bagi memenuhi keperluan asasi kehidupan individu dan keluarga

(b) (i) Terangkan dua keistimewaan bekerja sendiri [4 markah ]
Dua keistimewaan bekerja sendiri

1. Bebas membuat keputusan sendiri
2. Tidak terikat dengan waktu dan tempat kerja

(ii) Pada pandangan anda apakah yang akan berlaku jika rakyat dalam [6 markah ]
sesebuah negara memilih untuk mengganggur daripada bekerja dalam
bidang pekerjaan yang kotor dan berbahaya.


Negara akan dibanjiri oleh pekerja asing yang akan mengisi ruang pekerjaan tersebut, menyebabkan
merebaknya gejala sosial dan penyakit yang dibawa oleh pekerja asing seperti covid 19, batuk
kering dan sebagainya, kesannya negara terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak bagi
membasmi penyakit tersebut. Kesimpulannya rakyat tidak boleh terlalu memilih pekerjaan demi
kesejahteraan dan keselamatan negara.

(c) Jelaskan dua syarat sesuatu pekerjaan diterima sebagai Ibadat disisi Allah SWT. [4 markah ]

Dua syarat sesuatu pekerjaan di terima sebagai ibadat disisi Allah SWT

1. Pekerjaan yang halal seperti berniaga dan sebagainya
2. Pekerjaan yang tidak menggangu kepentingan orang ramai dan tidak mencemarkan alam

sekitar.

23

Ekonomi Islam penting dilaksanakan dalam sesebuah negara bagimenjamin pembangunan yang
seimbang serta keadilan dari segi pemerolehan dan pengagihan harta dalam kalangan rakyat.

4 (a) (i) Jelaskan keistimewaan sistem ekonomi Islam [4 markah ]

Keistimewaan sistem ekonomi Islam.

sistem sosial Islam merupakan sistem sosial yang bersifat syumuliyyah iaitu lengkap dan menyeluruh
yang meliputu setiap aspek kehidupan manusia samada di dunia dan akhirat kerana ianya adalah
berpandukan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang bersih daripada sebarang kekurangan.

(ii) Berikan dua contoh sistem ekonomi yang bertentangan dengan Islam [2 markah ]
yang di amalkan dalam sistem ekonomi sesetengah negara.

Dua co.ntoh sistem ekonomi yang bertentangan dengan Islam

1. Sistem ekonomi kapitalis
2. Sistem ekonomi campuran

(iii) Jelaskan dua keburukan salah satu sistem ekonomi tersebut. [4 markah ]
Dua keburukan sistem ekonomi tersebut

1. Ciptaan manusia yang berdasarkan kepada pengalaman dan citarasa masyarakat setempat

2. Lebih mementingkan golongan pemodal yang kaya raya dengan mengabaikan golongan miskin
yang lemah.

Rasuah merupakan musuh nombor satu negara yang boleh merosakkan negara daripada dalam.

(b) Pada pendapat anda mengapakah masalah berleluasa dalam negara walaupun [6 markah ]
pelbagai kempen dan tindakan telah dilakukan oleh kerajaan.

Sebab masalah rasuah masih berleluasa

Kerana masyarakat kurang kesedaran mengenai bahaya rasuah kepada kestabilan dan
keselamatan negara, mereka menganggap masalah rasuah sebagai perkara biasa kerana ianya
berleluasa dalam masyarakat serta diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat. Kesannya usaha
membenteras rasuah menjadi sukar kerana tidak mendapat kerjasama dariapda masyarakat.
Kesimpulannya usaha menyedarkan masyarakat mengenai bahaya rasuah mesti di giatkan lagi
agar masalah ini dapat dihapuskan dalam negara.

(c) Jelaskan dua cara untuk menghapuskan masalah rasuah dalam negara. [4 markah ]
Dua cara menghapuskan masalah rasuah dalam negara

1. Mengenkan hukuman yang berat kepada pesalah rasuah agar menjadi teladan kepada orang
lain

2. Menyedarkan masyarakat tentang bahaya amalan rasuah kepada keselamatan negara melalui
kempen dan penerangan.

KERTAS SOALAN TAMAT
24

PELAJARAN 2 : SISTEM KEWANGAN ISLAM
1.2.1 KONSEP ASAS MUAMALAT DALAM ISLAM.
Minggu 12
Standard Prestasi
Diakhir PdPc Pelajar dapat :
1. Menyatakan pengertian muamalat
2. Memberikan pengertian muamalat dalam sistem kewangan Islam.
3. Menulis dalil wajib bermuamalat secara Islam
4. Menyatakan empat ciri-ciri muamalat Islam
5. Menjelaskan empat etika muamalat Islam
6. Menjelaskan empat prinsip muamalat Islam
7. Menerangkan tiga matlamat muamalat Islam.
8. Menerangkan empat syarat sah muamalat secara am
9. Menjelaskan empat contoh muamalat yang tidak sah menurut Islam

2.1 Pengertian muamalat

Hubungan antara manusia dengan manusia lain dalam segenap segi kehidupan yang merangkumi kekeluargaan,
ekonomi, politik, pemerintahan, jenayah dan sebagainya

2.2 Pengertian muamalat dalam sistem kewangan Islam.

Tatacara urusan harian sesama manusia dalam memenuhi keperluan masing-masing yang melibatkan transaksi
kewangan berlandaskan syariat Islam

2.3 Dalil wajib bermuamalat secara Islam

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan
jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka
sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah
sentiasa mengasihani kamu” (Surah al-Nisa’ 4: 29)

2.4 Empat ciri-ciri muamalat Islam 2. Saling reda meredai antara kedua-dua pihak
4. Bersih daripada sebarang penipuan dan penindasan
Empat ciri muamalat Islam ialah :
1. Bersumberkan al-Quran dan al-Hadis
3. Adil dan mendatangkan manfaat

2.5 Empat etika muamalat Islam 2. Tekun dan tabah semasa melaksanakan urusan
4. Bekerja dengan ikhlas kerana Allah SWT
Empat etika muamalat Islam ialah :
1. Bersikap jujur dan amanah dalam semua urusan
3. Rajin dan bersungguh-sungguh dalam bekerja

25

2.6 Prinsip muamalat Islam
Empat prinsip muamalat Islam ialah :
1. Kerelaan dalam berurus niaga
2. Bersih daripada elemen yang diharamkan seperti riba, gharar dan judi
3. Urus niaga yang memberi kebaikan kepada struktur ekonomi dan sosial masyarakat.
4. Menjadikan harta sebagai alat unruk mendekatkan diri kepada Allah SWT

2.7 Tiga matlamat muamalat Islam.
1. Untuk mengawal manusia dalam menguruskan sistem ekonomi dan kewangan mereka agar lahir masyarakat

yang bersatu padu, harmoni, saling menghormati dan aman
2. Memudahkan manusia untuk menikmati segala kurniaan Allah SWT dengan cara yang betul dan diredaiNya
3. Mempereratkan hubungan persaudaraan dan hubungan silaturahim serta sifat tolong menolong sesama

manusia melalui proses transaksi yang dijalankan.

2.8 Empat syarat sah muamalat secara am

1. Barangan yang hendak dijual mestilah mikli sah penjual
2. Transaksi yang dijalankan mestilah bersih daripada unsur gharar, riba, penipuan dan judi.
3. Pihak yang menjalankan transaksi mestilah waras dan sempurna akalnya
4. Mestilah mendapat persetujuan kedua belah pihak yang menjalankan transaksi melalui ijab dan kabul.

2.9 Empat contoh muamalat yang tidak sah menurut Islam
1.. Perniagaan yang mengandungi unsur-unsur penipuan seperti manipulasi
2. Perniagaan yang mengandungi unsur-unsur penindasan, seperti riba dan monopoli.
3. Perniagaan yang mengandungi unsur-unsur barangan yang tidak suci dan najis, seperti berniaga arak
4. Perniagaan yang mengandungi unsur-unsur perjudian seperti nombor ekor
5. Urusan perniagaan yang belum pasti barangan jualan, seperti menjual ikan di lautan, burung di angkasa,
anak lembu yang masih dalam kandungan ibunya atau buah buahan yang belum nampak putiknya

PELAJARAN 1 : SISTEM EKONOMI ISLAM
1.2.2 JENIS-JENIS MUAMALAT ISLAM DAN CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Minggu 13
Standard Prestasi
Diakhir PdPc Pelajar dapat :
1. Jenis-jenis muamalat Islam dan cara pelaksanaannya.

a. Al-Wadiah
b. Al-Mudarabah
c. Al-Murabahah
d. Al-Musyarakah
e. Al-Rahnu
f. Al-Ijarah
g. Al-Bai’ Bithaman Ajil
h. Takaful
2. Membanding bezakan antara jenis muamalat tersebut
3. Menghuraikan tiga kepentingan muamalat Islam
4. Merumuskan tiga keperluan muamalat Islam
5. Membincangkan tiga konsep taawum dalam muamalat Islam

26

2.10 Pengertian jenis muamalat Islam dan cara pelaksanaannya

Bil Jenis Muamalat Pengertian Aplikasi dalam perbankan Islam
Islam
Meninggalkan atau mewakilkan sesuatu Akaun simpanan dalam sistem
1. Al-Wadiah barangan yang berharga kepada perbankan Islam dimana pendeposit
seseorang untuk disimpan dan dijaga. boleh mendapatkan wang yang
2. Al-Mudharabah Barangan terebut boleh diambil pada disimpan pada bila-bila masa
bila-bila masa yang dikehendakinya
3. Al-Murabahah Akaun semasa dimana pendeposit
Sistem pelaburan secara Islam iaitu melaburkan wangnya kepada bank
sesuatu kontrak perkongsian peniagaan pada tempoh masa yang tertentu.
diantara pemodal dan pengusaha Wang dan keuntungan hanya boleh
dimana keuntungannya dibahagikan dikeluarkan apabila cukup tempoh
mengikut persetujuan bersama. masa tersebut.

Kontrak jual beli sesuatu barangan Pihak bank membeli sesuatu harta
dengan keuntungan yang dikehendaki seperti rumah dan menjual kepada
diketahui dan dipersetujui bersama pihak ketiga dengan dinyatakan
dan pembeli membayar harga tersebut keuntungan yang dikehendaki.
secara beransur-ansur Pembeli akan membayar harga
tersebut secara nasuran selama
4. Al-Musyarakah Sistem perkongsian perniagaan secara masa yang telah dipersetujui bersama
Islam iaitu satu perjanjian usaha sama
antara beberapa orang pemilik modal Pihak bank memberikan modal
untuk berniaga. Keuntungan dan kepada seseorang untuk memulakan
kerugian dalam perniagaan tersebut di perniagaan dengan perjanjian
kongsi secara bersama mengikut kadar bahawa segala keuntungan dan
modal yang dilaburkan. kerugian ditanggung bersama.

5. Al-Rahnu Sistem gadaian secara Islam iaitu Pihak bank memberikan pinjaman
mencagarkan sesuatu barangan kepada seseorang dengan
berharga di atas pinjaman yang dibuat menjadikan barangan yang berharga
secara Islam milik peminjam sebagai cagaran.

Kontrak atau perjanjian yang Penyewa menyewa rumah dengan
membayar sejum;lah wang dengan
membolehkan seseorang mengambil syarat-syarat yang telah dipersetujui
bersama
6. Al-Ijarah manfaat daripada hak milik orang lain
Pembeli membeli sebuah kereta
dengan kadar bayaran tertentu secara dari pihak bank dengan pembeli
membayar harga kereta tersebut
Islam atau sistem sewaan secara Islam secara ansuran selama tempoh masa
yang telah di persetujui bersama
7. Al-Bai Bithaman kontrak jual beli dengan bayaran
Ajil tertangguh / bayaran ansuran mengikut Peserta menyertai skim takaful
tempuh masa yang dipersetujui bersama tertentu dengan membayar sejumlah
terlebih dahulu. wang dan sebahagian daripada wang
tersebut akan disumbangkan kepada
8. Al-Takaful Sistem insuran secara Islam iaitu semua peserta lain yang ditimpa musiabah.
pencarum bekerjasama dalam lindung-
melindungi dan tolong-menolong antara
satu sama lain untuk memperolehi
perlindungan apabila salah seorang ahli
menghadapi malapetaka dan bencana.

27

2.11 Perbezaan dan persamaan antara jenis muamalat tersebut

Jenis Muamalat Perbezaan Persamaan
Al-Wadiah
Al-Mudarabah Simpanan dijamin oleh pihak bank dan tiada Satu bentuk simpanan
Al-Musyarakah sebarang keuntungan dijanjikan dan pelaburan wang

Pemodal berpotensi menerima keuntungan dan
kerugian yang tinggi

Prestasi syarikat akan menentukan keuntungan dan
kerugian yang akan diperolehi

Jenis Muamalat Perbezaan Persamaan
penjualan barangan dengan dinyatakan kos dan
Al-Murabahah keuntungan yang dikehendaki Kontrak jual beli

Al-Bai Bithaman Penjualan barangan dengan bayaran secara ansuran barangan dengan
Ajil
bayaran secara

tertangguh

Jenis Muamalat Perbezaan Persamaan
Al-Rahnu
Al-Ijarah Pinjaman wang dengan mencagarkan sesuatu Membantu orang
Al-Takaful barangan yang berharga yang memerlukan
pembiayaan atau
Pemilikan manfaat sesuatu harta pihak lain dengan tunai ketika diperlukan
bayaran tertentu
Mendepositkan sejumlah wang untuk mendapatkan
sesuatu manfaat ketika di timpa musibah di masa
hadapan

28

PELAJARAN 2 : SISTEM KEWANGAN ISLAM
1.2.3 PERANAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM DALAM MENGURUSKAN MUAMALAT ISLAM
1.2.4 KEPENTINGAN PELAKSANAAN MUAMALAT ISLAM DAN PENGURUSAN INSTITUSI KEWANGAN

ISLAM DALAM KEHIDUPAN
Minggu 14

Standard Prestasi
Diakhir PdPc Pelajar dapat :
1. Memberikan pengertian Institusi kewangan islam.
2. Menjelaskan institusi kewangan Islam di Malaysia dan peranan dalam membangunkan ekonomi umat Islam

a. Perbankan Islam
b. Tabung Haji
c. Takaful
d. Pusat Zakat
e. Institusi Wakaf
f. Baitulmal
3. Menghuraikan perbezaan antara Institusi ekonomi Islam dengan konvensional
4. Menjelaskan kepentingan pelaksanaan muamalat Islam dalam kehidupan seharian kepada individu, masyarakat dan
negara.
5. Menyatakan kesan pengabaian muamalat Islam kepada individu, masyarakat dan negara.

2. 12 Pengertian Institusi kewangan Islam.
Badan atau agensi milik kerajaan atau swasta yang mengutip dan menyimpan sumber-sumber kewangan

dan mengagihkannya mengikut syarat dan muamalat Islam

2.13 Contoh institusi kewangan Islam di Malaysia dan peranannya dalam membangunkan ekonomi
umat Islam

Pengertian Perbankan Islam merujuk institusi yang diwujudkan untuk
Perbankan Islam menyediakan kemudahan dan perkhidmatan perbankan kepada
umat Islam dalam pengurusan wang yang berdasarkan syariat-
syariat Islam

Peranan Menyediakan urusan kewangan Islam yang patuh syariah

Tabung Haji Pengertian Sebuah badan berkanun yang ditubuhkan untuk menguruskan
Takaful Peranan tabungan umat Islam bagi menunaikan ibadat haji
Zakat Pengertian
Wakaf Peranan Membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur
Pengertian bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu Haji atau lain-lain
Peranan perbelanjaan bermanfaat;
Pengertian
Pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu
Peranan membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan
tersebut ditimpa sesuatu musibah

Instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana
ditimpa musibah selaras dengan hukum syarak

Mengeluarkan sebahagian daripada harta tertentu untuk diberikan
kepada golongan tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

Membantu golongan miskin dan golongan yang kurang bernasib baik
dalam masyarakat

Menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan masyarakat Islam
dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah
SWT.

Membolehkan masyarakat melakukan amal jariah untuk membantu
meringankan bebanan kerajaan dalam menyediakan kemudahan
kepada umat Islam

29

Baitulmal Pengertian Institusi kewangan harta dalam Islam yang menerima sesuatu harta
Peranan dan menyimpannya untuk diagihkan untuk kepentingan masyarakat
dan negara.

Menerima pelbagai sumber kewangan dan harta secara terkumpul
oleh negara seperti zakat, wakaf, cukai dan lain-lain dan
mengagihkanya kepada asnaf zakat.

2.14 Perbezaan antara Institusi ekonomi Islam dengan konvensional

Bil Institusi Ekonomi Islam Institusi Ekonomi Konvensional
1. Ciptaan Allah SWT Ciptaan manusia
2. Rujukannya adalah al-Quran dan hadis nabi
Rujukannya adalah berdasarkan pemikiran
3. Lengkap dan merangkumi dunia dan akhirat manusia
Hanya mengenai kehidupan di dunia sahaja

2.15 Tiga kepentingan pelaksanaan muamalat Islam dalam kehidupan seharian kepada individu,
masyarakat dan negara.

Individu 1. Mendapat manfaat dari sudut ganjaran pehala kerana melaksanakan muamalat Islam
2. Memperolehi jaminan keadilan dalam sistem kewangan Islam
3. Memperkemas dan melicinkan urusan kehidupan seharian

1. Masyarakat dapat saling mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim

Masyarakat 2. Masyarakat akan hidup dalam suasana bantu membantu melalui sistem ta’awun dan tabarru’

3. Memupuk sifat jujur dan amanah dalam masyarakat

1. Ekonomi negara dalam keadaan baik dan diredai Allah SWT

Negara 2. Pendapatan dan pengagihan harta negara dapat dilaksanakan dengan berkesan

3. Menghindarkan penindasan dan kezaliman yang berkaitan dengan harta dalam negara

2.16 Tiga kesan muamalat Islam dalam mempertingkatkan kualiti kehidupan manusia

1. Mengajar manusia supaya sentiasa hidup berssatu padu, tolong menolong dan bekerjasama dalam
mengembangkan ekonomi melalui sistem muamalah Islam seperti al-ijarah, jual beli dan sebagainya.

2. Memastikan kehidupan manusia sentiasa berperaturan dan menghindarkan perbuatan zalim. penganiayaan
dan penindasan ke atas golongan lemah seperti pengharaman riba, penipuan, merampas hak orang lain dan
sebagainya.

3. Keselesaan dan kemudahan manusia memilih cara bermuamalah yang terbaik mengikut keperluan mereka.
contohnya orang kaya boleh mengembangkan hartanya melalui al-Mudharabah, manakala orang miskin
pula boleh memenuhi keperluan hidup mereka memiliki barangan melalui konsep al-Ijarah.

30

2.17 Tiga kesan pengabaian muamalat Islam kepada individu, masyarakat dan negara

1. Dilaknat oelh Allah SWT kerana mengingkjari suruhan Allah SWT

Individu 2. Dibenci oleh masyarakat kerana melakukan penindasan

3. Melahirkan individu yang tamak kerana mementingkan diri sendiri

1. Masyarakat berpecah belah kerana hilangnya semangat tolong menolong

Masyarakat 2. Masyarakat tidak aman kerana berlakunya permusuhan

3. Masyarakat akan bersikap prejudis antara satu sama lain

1. Ekonomi akan merosot kerana kerana dilaknat oleh Allah SWT

Negara 2. Negara akan terjebak dalam krisis hutang akibat mengamalkan sistem riba

3. Para pelabur kurang yakin untuk melabur dalam negara.

PELAJARAN 2 : SISTEM KEWANGAN ISLAM
1.2.5 AMALAN MUAMALAT DAN AKTIVITI KEWANGAN ISLAM
Minggu 15

Standard Prestasi
Diakhir PdPc Pelajar dapat :
1. Menghuraikan amalan muamalat Islam dalam kehidupan seharian
2. Langkah menggalakan masyarakat bermuamalat dengan muamalat Islam
3. Menjelaskan tiga keperluan muamalat Islam dalam kehidupan manusia
4. Menyatakan tiga kesan muamalat Islam dalam mempertingkatkan kualiti kehidupan manusia

2.18 Amalan muamalat Islam dalam kehidupan seharian.

Bil Amalan Muamalat Cara pelaksanaannya
Islam
Berjual beli dengan jujur dan amanah
1 Jual beli
Melakukan kontrak sewaan yang dipersetujui bersama antara penyewa dan
2 Sewaan pemberi sewa
Mendapatkan pembiayaan dengan menyerahkan barangan yang berharga
3 Arrahnu sebagai cagaran kepada hutang.
Membuka akaun simpanan untuk menyimpan wang dengan menggunakan
4 Al-wadiah sistem perbankan Islam

5 Takaful Menggunakan produk takaful bagi menjamin ahli takaful yang ditimpa musibah

6 Al-Mudharabah Melaburkan sejumlah wang dalam skim pelaburan yang patuh syariah

31

2.19 Tiga langkah menggalakan masyarakat bermuamalat dengan muamalat Islam

1. Memberikan didikan agama khususnya yang berkaitan dengan ekonomi dan kewangan Islam dalam sistem
pendidikan negara

2. Memberikan penerangan tentang kebaikan muamalat Islam kepada masyarakat melalui media massa
3. Mengemaskinikan sistem muamalat Islam supaya dapat melicinkan pengurusan dan perjalanan sistem

muamalat Islam dan dapat menarik minat masyarakat kepada sistem ekonomi Islam.

2.20 Tiga keperluan muamalat Islam dalam kehidupan manusia
1. Sedekah merupakan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan pertolongan

bagi meneruskan kehidupan mereka. Contohnya orang miskin, musafir dan orang yang di timpa bencana
2. Jual beli merupakan kemudahan yang disediakan untuk orang ramai mendapatkan keperluan hidup mereka
3. Sistem muamalah Islam menyediakan al-wadiah bagi kemudahan orang ramai menyimpan dan melaburkan

wang mereka dalam bank.
4. Arrahnu kemudahan yang disediakan oleh Islam dalam keadaan terdesak. Cara ini boleh digunakan oleh

orang yang mempunyai cagaran seperti tanah dan barang kemas untuk mendapatkan wang tunai dengan
segera
2.21 Tiga keistimewaan bermuamalat secara Islam

1. Muamalah Islam menjadikan harta sebagai alat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, dengan
menunaikan beberapa ibadat melalui harta seperti, berzakat dan menunaikan haji.

2. Muamalah Islam menggalakkan manusia melakukan kebajikan melalui harta yang dimiliki, seperti bersedekah,
menolong orang yang memerlukan dan menderma.

3. Muamalah Islam melarang manusia daripada mengumpulkan harta dengan cara yang bertentangan dengan
hukum syarak, penindasan dan perbuatan zalim, seperti menipu, rasuah dan mencuri.

4. Muamalah Islam melarang manusia daripada menggunakan harta kepada jalan yang salah dan tidak memberi
faedah kepada kehidupan manusia, seperti membazir atau terlalu kedekut.

PELAJARAN 3 : SISTEM PERUNDANGAN ISLAM
2.1.1 KONSEP ASAS SISTEM PERUNDANGAN ISLAM
Minggu 16

Standard Prestasi
Diakhir PdPc Pelajar dapat :
1. Memberikan pengertian perundangan Islam
2. Menulis dalil perundangan Islam
3. Menyatakan tiga asas sistem perundangan Islam
4. Menghuraikan empat sumber utama perundangan Islam
5. Menjelaskan tiga sebab al-Quran dan al-Hadis menjadi sumber perundangan Islam
6. Menyatakan pengertian qadha
7. Menyatakan pengertian fikah
8. Menyatakan pengertian ijtihad
9. Menyatakan pengertian fatwa
10. Menghuraikan tiga kepentingan qadha, fikah, ijtihad dan fatwa

32

3.1 Pengertian perundangan Islam

Hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada manusia yang merangkumi aspek akidah, syariat,
akhlak dan sebagainya demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

3.2 Dalil perundangan Islam

Maksudnya : “Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat
(yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syariat itu dan janganlah engkau menurut
hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).”
( Surah al-Jathiyah 45:18)

3.3 Tiga asas sistem perundangan Islam

1. Pencegahan - Hukuman yang dikenakan kepada penjenayah adalah sebagai satu unsur yang bertujuan
untuk mencegah berulangnya perbuatan jenayah tersebut dan untuk memberi amaran kepda orang lain yang
mempunyai niat untuk melakukan kesalahan yang sama.

2. Pembalasan - Hukuman yang dikenakan adalah sebagai satu pembalasan yang adil dan setimpal dengan
perbuatan salah yang dilakukannya serta untuk mengelakkan perasaan dendam antara satu sama lain.

3. Pemulihan - Hukuman yang dikenakan adalah sebagai satu cara menginsafkan penjenayah daripada
kesalaha yang telah dilakukannya dan kembali bertaubat serta mentaati ajaran agama.

3.4 Empat sumber perundangan Islam

1. Al-Quran 2. Al-Hadis
3. Al-Ijmak 4. Al-Qias

3.5 Tiga sebab al-Quran dan al-Hadis menjadi sumber perundangan Islam

1. Bersifat Rabbaniyyah iaitu datangnya daripada Allah SWT untuk dijadikan sebagai panduan hidup manusia

2. Bersifat waqi’iyyah dan sesuai dengan fitrah semulajadi manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan

3. Kebenarannya adalah mutlak dan tidak mengalami perubahan sehingga ke hari kiamat kerana ia adalah
wahyu Allah SWT

3.6 Pengertian qadha dan contoh

Penghakiman atau keputusan yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah dalam sesuatu perbicaraan
berdasarkan hujah dan bukti yang jelas. Contohnya hakim memutuskan hukuman supaya suami menceraikan
isterinya, setelah terbukti suami telah mengabaikan isterinya
3.7 Pengertian fikah dan contoh

Kefahaman tentang hukum amali yang diijtihadkan oleh para mujtahid, yang diambil daripada dalil-dalil syarak.
Contohnya bersentuhan kulit antara lelaki dengan perempuan ajnabi membatalkan wuduk menurut mazhab
Syafi’i

33

3.8 Pengertian ijtihad

Suatu usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh untuk menghasilkan penetapan sesuatu hukum
syarak berdasarkan al-Quran dan al-Hadis.

3.9 Pengertian fatwa dan contoh
Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh majlis fatwa yang telah diwartakan berhubung dengan sesuatu

hukum syarak bagi menyelesaikan masalah semasa. Contohnya hukum harus menderma organ badan manusia

3.10 Tiga kepentingan qadha, fikah, ijtihad, fatwa

Hukum Kepentingan

Qadha 1. Untuk menyelesaikan pertelingkahan antara kedua belah pihak yang bertelagah
Fikah
2. Untuk memastikan pihak yang bertelagah menghormati keputusan yang telah dibuat oleh
mahkamah

3. Untuk memastikan hukuman yang dijatuhkan setimpal dan adil kepada semua pihak

1. Untuk menentukan hukum Allah SWT sesuai dilaksanakan pada setiap tempat, waktu dan
keadaan

2. Untuk memastikan umat Islam dapat mematuhi peraturan-peraturan yang terkandung dalam
hukum agama

3. Untuk memudahkan umat Islam berpegang teguh dengan hukum agama

1. Untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam kalangan umat Islam dengan sempurna

Ijtihad 2. Untuk menggalakkan umat Islam (para ulama) berfikir untuk mencari hukum yang baru
Fatwa
3. Untuk memastikan hukum Islam sentiasa berkembang selaras dengan perkembangan
manusia.

1. Untuk menyelesaikan masalah semasa yang tidak terdapat hukum secara nyata dalam
al-quran dan al-hadis seperti hukum menderma darah dan sebagainya

2. Untuk mengelakkan masyarakat berpegang kepada hukum yang dikeluarkan oleh individu
agar tidak timbul sebarang keraguan

3. Untuk menghilangkan keraguan masyarakat terhadap sesuatu hukum supaya tidak
menjatuhkan imej Islam

34

PELAJARAN 3 : SISTEM PERUNDANGAN ISLAM
2.1.2 KEUNGGULAN SISTEM PERUNDANGAN ISLAM
Minggu 17
Standard Prestasi
Diakhir PdPc Pelajar dapat :
1. Menjelaskan tiga keunggulan perundangan Islam
2. Menyatakan tiga keistimewaan perundangan Islam
3. Menghuraikan tiga keperluan perundangan Islam
4. Menghuraikan tiga faedah mengamalkan perundangan Islam
5. Membuat tiga perbezaan antara perundangan Islam dengan konvensional

3.11 Tiga keunggulan perundangan Islam

1. Ciptaan Allah SWT yang bersih daripada sebarang kelemahan, kekurangan dan dorongan hawa nafsu.
2. Lengkap dan merangkumi semua aspek kehidupan manusia damada di dunia dan akhirat.
3. Hukumannya adalah adil tanpa mengira pangkat, keturunan dan warna kulit seseorang.
4. Hukumannya bersifat memberi pengajaran supaya penjenayah tidak mengulangi kesalahan yang sama

3.12 Tiga cara melaksanakan perundangan Islam dalam kehidupan

1. Melaksanakan perundangan Islam dalam mengadili kes-kes jenayah yang berlaku dalam negara
2. Mewajibkan umat Islam supaya sentiasa beramal dengan segala hukum Islam yang diturunkan oleh Allah

SWT
3. Mengharamkan semua perbuatan keji dan mungkar daripada berlaku dalam negara.

3.13 Tiga keperluan perundangan Islam kepada individu, masyarakat dan negara

1. Mengukuhkan hubungan silaturahim tanpa mengira agama dan budaya

Individu 2. Jiwa dan harta akan terjaga

3. Kehidupan akan menjadi aman dan sejahtera

1. Mengelakkan daripada perpecahan dan pergaduhan dalam masyarakat

Masyarakat 2. Harta benda dan jiwa masyarakat terpelihara

3. Masyarakat bebas melakukan aktiviti seharian

1. Jenayah berkurangan dalam negara

Negara 2. Negara menjadi aman dan harmoni

3. Negara dihormati dan di sanjung oleh negara lain

35

3.14 Tiga faedah mengamalkan perundangan Islam

1. Mendapat keredaan Allah SWT kerana melaksanakan perundangan yang telah disyariatkan oleh Allah
2. Masalah sosial dan jenayah akan dapat diselesaikan
3. Perpaduan dan hubungan silaturahim dapat diperkukuhkan dalam masyarakat

3.15 Tiga perbezaan antara perundangan Islam dengan konvensional

Bil Perundangan Islam Perundangan Konvensional

1. Ciptaan Allah SWT Ciptaan manusia

2. Bersifat universal Bersifat setempat

3. Lengkap dan merangkumi sunia dan akhirat Hanya mengenai kehidupan di dunia sahaja

PELAJARAN 3 : SISTEM PERUNDANGAN ISLAM
2.1.3 MATLAMAT PERUNDANGAN ISLAM
Minggu 18
Standard Prestasi
Diakhir PdPc Pelajar dapat :
1. Menjelaskan matlamat perundangan Islam
2. Menghuraikan tiga kepentingan matlamat perundangan Islam

a. Memelihara agama
b. Memelihara nyawa
c. Memelihara akal
d. Memelihara keturunan
e. Memelihara harta
3. Membincangkan tiga kesan pencapaian matlamat perundangan Islam
4. Menjelaskan tiga cara merealisasikan sistem perundangan Islam dalam kehidupan

3.16 Matlamat perundangan Islam

1. Memelihara agama 4. Memelihara keturunan
2. Memelihara nyawa 5. Memelihara harta
3. Memelihara akal

3.17 Tiga kepentingan melaksanakan perundangan Islam dalam kehidupan

1. Menjaga akidah umat Islam daripada terpesong seprti tiada unsur-unsur syirik, kufur dan sebagainya
2. Menjamin keselamatan diri daripada perbuatan yang membahayakan nyawa.
3. Memastikan akal manusia terpelihara daripada perkara-perkara yang merosakkan pemikiran.
4. Melahirkan zuriat yang halal hasil daripada perkahwinan yang mengikut syarak
5. Memperoleh harta secara halal tanpa berlaku pencerobohan harta.

36

3.18 Tiga cara perundangan Islam memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta

Matlamat Cara
Perundangan Islam
1. Mewajibkan umat Islam menjaga akidah daripada perkara yang merosakan
Memelihara agama seperti khurafat, syirik dan sebagainya

2. Menyuburkan pelbagai disiplin ilmu supaya kefahaman mengenai Islam
meningkat dalam masyarakat.

3. Mengambil tindakan yang tegas keatas mereka yang menyelewengkan ajaran
Islam seperti menjatuhkan hukuman hudud kepada orang yang murtad

1. Mewajibkan umat Islam menjaga kebersihan dan keselamatan diri sendiri dan
orang lain seperti memakan makanan yang berzat, bersih dan halal

Memelihara nyawa 2. Islam mengharamkan perbuatan membunuh diri sendiri atau orang lain
Memelihara akal
Memelihara keturunan 3. Islam mewajibkan umatnya menjauhkan diri daripada perbuatan yang boleh
menyebabkan kecederaaan seperti memandu secara berbahaya dan terlibat
dengan perlumbaan haram.

1. Mewajibkan umat Islam menjauhi perkara yang boleh merosakkan akal seperti
minum arak, mengambil dadah, pil khayal dan sebagainya

2. Islam mewajibkan umatnya supaya sentiasa melakukan ibadat, membaca
buku-buku yang berfaedah, melakukan riadah dan sebagainya

3. Mewajibkan umat Islam supaya sentiasa berfikiran rasional dan melarang
daripada memikirkan perkara-perkara yang boleh merosakkan akal manusia.

1. Islam mewajibkan umatnya supaya menjauhi perbuatan yang boleh
merosakkan keturunan manusia seperti zina, liwat, homoseks dan lesbian

2. Mensyariatkan perkahwinan untuk melahirkan keturunan manusia yang
sempurna

3. Islam mengenakan hukuman Hudud seperti sebat atau rejam keatas orang
yang berzina.

1. Islam mengenakan hukuman hudud seperti potong tangan di pergelangan
tangan keatas orang yang mencuri

Memelihara harta 2. Islam mewajibkan umat Islam mencari dan membelanjakan harta secara halal

3. Islam mewajibkan dikeluarkan zakat keatas orang yang mampu dan cukup
syarat-syaratnya.

3.19 Kepentingan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta

Matlamat Perundangan Kepentingan
Islam

1. Untuk menjaga akidah umat Islam daripada terpesong

Memelihara agama 2. Untuk menjaga kesucian agama Islam

3. Untuk memantapkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT

1. Supaya kehidupan manusia berada dalam keadaan selamat dan sejahtera

Memelihara nyawa 2. Untuk menjamin kehidupan supaya lebih sempurna

3. Menjamin keselamatan diri daripada perbuatan yang membahayakan nyawa

37

1. Untuk memastikan pemikiran manusia sentiasa waras

Memelihara akal 2. Untuk memastikan kewarasan akal sentiasa terpelihara

3. Untuk memastikan akal manusia tidak terpesong daripada ajaran Islam

1. Untuk melahirkan zuriat yang bersih

Memelihara keturunan 2. Untuk memantapkan institusi kekeluargaan

3. Untuk melahirkan zuriat yang halal hasil daripada perkahwinan yang mengikut
syarak

1. Supaya manusia mencari dan memiliki harta secara halal

Memelihara harta 2. Untuk memastikan agihan harta dilakukan secara halal

3. Untuk memastikan harta manusia tidak dicerobohi sewenang-wenangnya
3.20 Tiga kesan pencapaian matlamat perundangan Islam

1. Mewujudkan keamanan dan keharmonian hidup kepada masyarakat dan negara
2. Menghindarkan masyarakat daripada melakukan jenayah
3. Dapat mendorong manusia berpegang teguh kepada ajaran Islam
4. Keadilan dan kebenaran akan sentiasa terpelihara

38

UJIAN PKBS KALI 2
Minggu 19

PEPERIKSAAN PKBS KALI KE- 2
TINGKATAN 5

TASAWWUR ISLAM
Dua Jam Tiga Puluh Minit

1. Kertas ini mengandungi dua Untuk Kegunaan Pemeriksa
bahagian iaitu bahagian A dan
bahagian B Bahagian Markah

2. Jawab semua soalan dalam A
Bahagian A dan pada Bahagian B
B
3. Tuliskan jawapan anda untuk
Bahagian A di ruang yang JUMLAH
disediakan dalam kertas soalan ini

4. Tuliskan jawapan anda untuk
Bahagian B di kertas jawapan yang
anda sediakan sendiri

39

Bahagian A Muamalat
[20 markah] Gharar
Tabarru’
Soalan 1 – 4 Jizyah
Tuliskan istilah yang betul bagi perkara berikut.

1. Hubungan sesama manusia dalam segenap segi kehidupan yang
merangkumi kekeluargaan, ekonomi, pemerintahan, jenayah dan
sebagainya

2. Ketidakpastian dalam sesuatu akad atau kontrak jual beli sama ada dari
segi kuantiti, kualiti, harga, waktu penyerahan dan sebagainya.

3. Peserta skim takaful mendermakan sebahagian atau keseluruhan wang
sumbangan yang dibayar semasa menyertai skim takaful.

4. Cukai yang dikenakan kepada orang bukan Islam yang menetap dan
berlindung dalam sesebuah negara Islam

Soalan 5 – 8
Lengkapkan pernyataan berikut dengan jawapan yang betul.
5. ________Ij_m_a_k__________ ialah kesepakatan para ulamak tentang sesuatu hukum yang tidak

dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW

6. Islam menyuruh umatnya menjaga kesihatan diri seperti memakan makanan yang halal dan baik
adalah untuk memelihara ____n_y_a_w__a________

7. Asas sistem perundangan Islam ialah pencegahan, ____p_e_m__b_a_la_s_a_n____ , dan pemulihan.

8. Cara merealisasikan sistem _p_e_r_u_n_d_a_n_g_a_n_ Islam ialah dengan sentiasa mengamalkan akhlak mulia
supaya kehormatan diri terpelihara.

40

Soalan 9 hingga soalan 12
Lengkapkan jadual di bawah dengan jawapan yang betul.

Contoh Institusi kewangan
Islam di Malaysia

9 Bank Islam 10

12 Baitulmal 11

9. Tabung haji / Wakaf / Perbankan Islam / Takaful
10. Tabung haji / Wakaf / Perbankan Islam / Takaful
11. Tabung haji / Wakaf / Perbankan Islam / Takaful
12. Tabung haji / Wakaf / Perbankan Islam / Takaful

Soalan 13 - 16 r
r
Tandakan ( ü ) pada pernyataan yang betul. a
Tandakan ( Î ) pada pernyataan yang salah. a

13. Persamaan antara Al-Rahnu dan Al-Ijarah ialah kedua-duanya membantu orang
yang memerlukan pembiayaan tunai segera atau perkhidmatan.

14. Islam mensyariatkan hukuman sebat sebanyak 40 kali keatas orang yang berzina
adalah untuk memelihara keturunan manusia dariapda tercemar.

15. Terdapat tiga sumber utama dalam perundangan Islam iaitu al-Quran, al-Hadis dan
al-Sunnah

16. Antara ciri keunggulan sistem perundangan Islam ialah ianya bersifat thabat iaitu
tetap dan kekal sehingga ke hari kiamat.

41

Soalan 17 hingga soalan 20
Padankan situasi berikut dengan istilah yang sesuai.

SITUASI ISTILAH
A
17. Mewakilkan sesuatu barangan yang berharga atau
harta kepada pihak lain untuk dijaga dan di simpan Fikah

18. Jual beli sesuatu barangan dengan dimaklumkan harga B
kos dan keuntungan yang ingini. Fatwa

19. Kefahaman tentang hukum amali yang diijtihadkan oleh C Murabahah
para mujtahid yang diambil daripada dalil-dalil syarak

20. Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh majlis D Wadiah
fatwa berhubung dengan sesuatu hukum syarak bagi
menyelesaikan masalah semasa

BAHAGIAN B
(80 Markah)
Jawab semua soalan pada bahagian ini

1 (a) (i) Apakah yang dimaksudkan muamalat dalam sistem kewangan Islam ? [2 markah ]

Tatacara urusan harian sesama manusia dalam memenuhi keperluan masing-masing yang melibatkan
transaksi kewangan berlandaskan syariat Islam

(ii) Senaraikan empat ciri muamalat Islam. [4 markah ]

Empat ciri muamalat Islam ialah : 2. Saling reda meredai antara kedua-dua pihak
1. Bersumberkan al-Quran dan al-Hadis 4. Bersih daripada sebarang penipuan dan penindasan
3. Adil dan mendatangkan manfaat

(b) Huraikan dua keistimewaan bermumalat secara Islam. [4 markah ]

Dua keistimewaan bermuamalat secara Islam

1. Muamalah Islam menjadikan harta sebagai alat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, dengan
menunaikan beberapa ibadat melalui harta seperti, berzakat dan menunaikan haji.

2. Muamalah Islam menggalakkan manusia melakukan kebajikan melalui harta yang dimiliki, seperti
bersedekah, menolong orang yang memerlukan dan menderma.

3. Muamalah Islam melarang manusia daripada mengumpulkan harta dengan cara yang bertentangan
dengan hukum syarak, penindasan dan perbuatan zalim, seperti menipu, rasuah dan mencuri.

42


Click to View FlipBook Version