The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

01 BUKU JAWAPAN buku Kerja PdPc Ting 5 KSSM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tokburong, 2021-08-31 12:54:13

01 BUKU JAWAPAN buku Kerja PdPc Ting 5 KSSM

01 BUKU JAWAPAN buku Kerja PdPc Ting 5 KSSM

Keywords: Jawapan buku kerja TAsawwur Islam Ting 6

(c) Nyatakan dua syarat sah bermuamalah menurut Islam [4 markah ]

Dua syarat sah bermuamalat menurut Islam
1. Barangan yang hendak dijual mestilah mikli sah penjual
2. Transaksi yang dijalankan mestilah bersih daripada unsur gharar, riba, penipuan dan judi.
3. Pihak yang menjalankan transaksi mestilah waras dan sempurna akalnya
4. Mestilah mendapat persetujuan kedua belah pihak yang menjalankan transaksi melalui ijab dan kabul.

Fazirul ingin memulakan perniagaan menjual kerepek secara dalam talian, tetapi beliau tidak

mempunyai modal yang mengcukupi.

(d) Pada pendapat anda, apakah jenis muamalat Islam yang boleh membantu Farizul

dalam menyelesaikan masalah beliau. Nyatakan hujah anda. [6 markah ]

Jenis muamalat Islam yang boleh membantu Fazirul ialah

Pada pendapat saya Farizul boleh menggunakan al-Musyarakah dengan mencari rakan kongsi yang boleh
melabur dalam syarikat yang akan dibuat oleh Farizul, dengan modal yang diberikan oleh pelabur tersebut
membolehkan Farizul memulakan perniagaan menjual kerepak dan keuntungan daripada perniagaan
tersebut akan dibahagiakan mengikut perjanjian yang telah dipersetujui bersama.

Mengeluarkan zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam. [2 markah ]
2 (a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan zakat

Maksud zakat ialah

Mengeluarkan sebahagian daripada harta tertentu untuk diberikan kepada golongan tertentu dengan
syarat-syarat tertentu.

(ii) Terangkan dua peranan zakat dalam membangunkan ekonomi umat Islam. [4 markah ]

Dua peranan zakat dalam membangunkan ekonomi umat Islam ialah

1. Dapat memupuk sifat tolong-menolong, membantu dalam membina aktiviti ekonomi yang baik dan
memandu kearah kehidupannnya yang lebih baik dan lebih sejahtera, sehingga mereka dapat
memenuhi keperluan hidupnya dengan secukupnya.

2. Sumber zakat dapat digunakan bagi membina kekuatan ekonomi dengan menyediakan modal kepada
golongan miskin untuk memulakan perniagaan akhirnya dapat membina kekuatan Umat Islam secara
tidak langsung membina kesatuan Ummah yang jitu.

(iii) Berikan dua sebab mengapa terdapat segelintir umat Islam yang enggan (4 markah)
membayar zakat.

Dua sebab mengapa terdapat segelintir umat Islam yang enggan membayar zakat

1. Mereka bersifat tamak, bakhil dalam diri dan sayangkan harta

2. Kurangnya didikan agama menyebabkan mereka tidak mengetahui hukum mengeluarkan zakat

3. Bimbang hartanya berkurangan dengan mengeluarkan zakat

4. Iman kurang mantap hingga tidak takut dengan azab Allah SWT

5. Kurang kesedaran atau pendedahan tentang cara mengeluarkan zakat

43

Ta’awun ialah tolong menolong dan bekerjasama dalam perkara yang boleh membawa kebaikan yang
terdapat dalam semua jenis sistem mumalat Islam seperti takaful dan sebagainya
(b) (i) Berikan dua contoh ta’awun dalam muamalat Islam selain daripada takaful [2 markah ]

Dua contoh ta’awun dalam muamalat Islam selain daripada takaful

1. Al-Ijarah (Sewaan) 2. Ar-Rahnu (Gadaian)

(ii) Jelaskan pengaplikasian konsep ta’awun yang terdapat dalam takaful [4 markah]

Pengaplikasian konsep ta’awun yang terdapat dalam takaful

Pendeposit akan menolong peserta lain yang ditimpa musibah dengan menyalurkan sejumlah wang yang
mereka carum sebagaimana yang telah dipersetujui semasa mereka menyertai program takaful tersebut.

(c) Cadangkan cara yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa bagi merealisasikan [4 markah]
sistem muamalat Islam sebagai sistem ekonomi yang dominan di Malaysia

Cara yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa bagi merealisasikan sistem muamalat Islam dalam
negara ialah

1. Menjadikan sistem muamalat Islam sebagai sistem yang utama dan dipakai oleh semua bank dalam
negara

2. Menyediakan undang-undang dan kemudahan bagi memudahkan pelaksanakan muamalat Islam
dalam negara.

" Kemudian Kami jadikan kamu menjalankan syariat daripada hukum agama; maka turutlah ia, dan
janganlah diturut hawa nafsu orang yang tidak mengetahui."

(Maksud al-Quran surah al-Jathiyah 45:18)

3 (a) (i) Jelaskan maksud perundangan Islam [2 markah ]

Maksud perundangan Islam ialah

Hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada manusia yang merangkumi aspek akidah,
syariat, akhlak dan sebagainya

(ii) Terangkan dua asas sistem perundangan Islam. [4 markah ]
Dua asas sistem perundangan Islam ialah

1. Pencegahan iaitu hukuman dijatuhkan kepada pesalah sebagai satu cara memberi amaran kepada
orang lain daripada melakukan kesalahan yang serupa.

2. Pemulihan iaitu hukuman yang dijatuhkan adalah untuk mendidik pesalah supaya insaf daripada
kesalahan yang mereka telah lakukan

44

(iii) Huraikan dua daripada sumber utama sistem perundangan Islam [4 markah ]
Dua sumber utama sistem perundangan Islam ialah

1. Al-Quran iaitu kalam Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat
Jibril untuk membimbing kehidupan manusia di dunia dan akhirat.

2. Al-Hadis iaitu sesuatu yang diambil daripada Rasulullah SAW samada perkataan, perbuatan atau
pengakuan baginda.

(b) Antara keunggulan sistem perundangan Islam adalah bersifat syumuliyyah. [4 markah ]
Bincangkan.

Perundangan Islam bersifat syumuliyyah

iaitu perundangan Islam adalah lengkap dan merangkumi semua aspek kehidupan manusia samada dari
segi politik, sosial, ekonomi dan sebagainya .

Syirik merupakan perbuatan menyekutukanm Allah SWT dengan sesuatu yang lain dan boleh berlaku
sama ada melalui perbuatan, perkataan dan iktikad.

(c) Berdasarkan pernyataan diatas jelaskan cara perundangan Islam memelihara [6 markah ]
akidah umat Islam daripada terpesong.

Cara perundangan Islam memelihara akidah umat Islam daripada terpesong.

Islam telah mensyariatkan hukuman yang tegas kepada orang keluar daripada agama Islam dengan
menjatuhkan hukuman bunuh kepada mereka yang murtad supaya agama Islam tidak tercemar dan
dipermain-mainkan dengan sewenang-wenangnya.

4 (a) (i) Nyatakan empat matlamat perundangan Islam [4 markah ]

Empat matlamat perundangan Islam

1. Memelihara agama 3. Memelihara akal

2. Memelihara keturunan 4. Memelihara harta

(ii) Terangkan dua cara mencapai matlamat perundangan Islam dalam [4 markah ]
memelihara akal manusia

Dua cara mencapai matlamat perundangan Islam dalam memelihara akal

1. Islam melarang umatnya daripada meminum atau memakan makanan yang boleh merosakkan akal
seperti arak dan dan dadah.

2. Islam menjatuhkan hukuman 40 kali sebatan keatas orang yang bersalah meminum arak bagi menjaga
kewarasan akal manusia

(iii) Jelaskan dua contoh perkara yang boleh merosakkan akal. [4 markah ]

Dua contoh perkara yang boleh merosakkan akal ialah

1. Meminum minuman yang memabukkan seperti arak atau daun ketum kerana ianya boleh merosakkan
kewarasan akal manusia

2. Melihat dan membaca bahan-bahan lucah kerana akan memesongkan pemikiran manusia dengan
perkara yang boleh merosakkan kewarasan akal manusia.

45

Dadah adalah musuh nombor satu negara. Ini adalah slogan yang menunjukan bahayanya

penyalahgunaan dadah.

(b) Pada pendapat anda bagaimanakah cara untuk membasmi masalah ini. [4 markah ]

Cara untuk membasmi masalah dadah ialah

Menjatuhkan hukuman yang berat dan tegas kepada pesalah yang melibatkan dadah akan menginsafkan
pesalah dan menakutkan orang lain daripada melakukan kesalahan yang serupa, dengan itu masalah
dadah dapat diatasi dengan berkesan.

(c) Jelaskan dua cara untuk merealisasikan sistem perundangan Islam dalam [4 markah ]
kehidupan harian.

Dua cara untuk merealisasikan perundangan Islam dalam kehidupan harian ialah

1. Melaksanakan segala perintah Allah SWT seperti solat, puasa dan sebagainya dalam kehidupan
seharian.

2. Meninggalkan segala larangan Allah SWT supaya hidup tidak terpesong daripada kebenaran.

KERTAS SOALAN TAMAT

46

PELAJARAN 3 : SISTEM PERUNDANGAN ISLAM
2.1.4 KEPENTINGAN MELAKSANAKAN SISTEM PERUNDANGAN ISLAM DALAM KEHIDUPAN
2.1.5 TINDAKAN PEMATUHAN PERUNDANGAN ISLAM DALAM KEHIDUPAN
Minggu 20
Standard Prestasi
Diakhir PdPc Pelajar dapat :
1. Menyatakan tiga kepentingan melaksanakan sistem perundangan Islam dalam kehidupan
2. Membincangkan tiga kesan pengabaian pelaksanaan sistem perundangan Islam
3. Memberikan tiga tindakan pematuhan perundangan Islam
4. Menghuraikan tiga kesan pematuhan kepada perundangan Islam kepada individu, masyarakat dan negara.

3.21 Tiga cara merealisasikan sistem perundangan Islam dalam kehidupan.
1. Dengan sentiasa menjaga akidah dengan beriman kepada semua rukun iman seperti berpegang teguh

dengan peraturan Allah SWT
2. Dengan sentiasa melaksana segala rukun Islam seperti mendirikan solat dan sebagainya.
3. Melaksanakan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian seperti menutup aurat dan sebagainya.
4. Melaksanakan perundangan Islam seperti hukum hudud, qisas dan sebagainya dalam kehidupan bernegara.
5. Dengan berfikir, mengkaji serta mengakui kebenaran ajaran Islam dalam mengatur kehidupan manusia.

3.22 Tiga sebab umat Islam wajib melaksanakan perundangan Islam dalam kehidupan.

1. Hukum-hukum tersebut bersumberkan kepada dalil-dalil yang benar dan sahih iaitu al-Quran, al-Hadis,
Ijmak dan al-Qias

2. Perundangan Islam mampu menangani semua masalah yang wujud dalam kalangan umat Islam
3. Perundangan Islam sentiasa berkembang mengikut perkembangan semasa

3.23 Tiga kesan pengabaian pelaksanaan sistem perundangan Islam.

1. Akan merosakkan akidah kerana berlakunya perkara syirik, kufur dan sebagainya
2. Akan mengancam keselamatan nyawa seperti berlakunya jenayah pembunuhan dalam masyarakat.
3. Akan merosakkan akal melalui perbuatan minum arak dan pengambilan dadah
4. Akan merosakkan keturunan manusia kerana berleluasanya perbuatan zina yang akan menyebabkan

kelahiran anak luar nikah.
5. Akan menyemarakan sistem ekonomi yang berasaskan riba, rasuah dan penindasan dalam negara
3.25 Tiga tindakan pematuhan perundangan Islam

1. Mempelajari ilmu agama yang berguna akan memantapkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
2. Memakan makanan yang baik lagi halal akan membentuk akal dan minda yang cergas serta dapat menjamin

kesihatan tubuh badan daripada jangkitan penyakit.
3. Mengamalkan muamalat Islam dalam kehidupan seharian akan memperolehi harta yang halal dan dapat

mengelakkan amalan rasuah dan pecah amanah dalam masyarakat.
4. Menjaga maruah diri dengan memakai pakaian yang menutup aurat, disamping dapat menjauhkamn diri

daripada maksiat dan perbuatan mungkar
5. Mematuhi undang-undang negara seperti undang-undang jalan raya dan sebagainya.

47

3.26 Tiga kesan pematuhan kepada perundangan Islam kepada individu, masyarakat dan negara

Individu 1. Menguatkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah SWT
2. Kehidupan akan diberkati oleh Allah SWT
3. Kehidupan akan lebih berjaya di dunia dan di akhirat

1. Masyarakat akan hidup dalam keadaan aman dan damai

Masyarakat 2. Persaudaraan Islam akan bertambah kukuh dan erat

Negara 3. Masyarakat akan sentiasa bekerjasama
1. Negara dalam keadaan aman dan damai
2. Negara akan bertambah maju dan makmur

3. Negara akan dihormati dan diteladani oelh negara luar

PELAJARAN 4 : SISTEM KEHAKIMAN ISLAM
2.2.1 KONSEP ASAS SISTEM KEHAKIMAN ISLAM
2.2.2 MATLAMAT SISTEM KEHAKIMAN ISLAM
Minggu 21

Standard Prestasi
Diakhir PdPc Pelajar dapat :
1. Memberikan pengertian kehakiman Islam.
2. Menyenaraikan empat sumber sistem kehakiman Islam
3. Menyatakan tiga ciri kehakiman Islam.
4. Menghuraikan tiga prinsip kehakiman Islam
5. Menjelaskan tiga matlamat sistem kehakiman Islam
6. Membincangkan tiga kepentingan institusi kehakiman Islam
7. Menghuraikan tiga keistimewaan sistem kehakiman Islam

4.1 Pengertian kehakiman Islam.

Menyelesaikan pertikaian atau tuntutan antara dua pihak atau lebih melalui proses undang-undang berdasarkan
hukum syarak atau suatu keputusan daripada pemerintah atau badan kehakiman dalam suatu perbicaraan di
mahkamah atau menyampaikan hukum syarak secara penepatan

4.2 Empat sumber sistem kehakiman Islam

1. Al-Q uran 3. Al-Ijmak
4. Al-Qias

2. Al-H adis

48

4.3 Tiga ciri kehakiman Islam.

1. Dasar kehakiman dan perundangan nya adalah ciptaan Allah SWT
2. Pelaksanaan sistem kehakiman Islam dapat mendidik jiwa manusia kearah yang lebih baik.
3. Kehakiman Islam menyediakan hukuman dan ganjaran di dunia dan di akhirat.

4.4 Tiga prinsip kehakiman Islam

1. Bersifat Rabani, iaitu datangnya daripada Allah SWT yang bersumberkan al-Quran dan hadis
2. Menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman dalam masyarakat agar hidup lebih aman dan selesa
3. Menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan.
4. Mengamalkan akhlak yang mulia serta menjaga hubungan yang baik sesama manusia dan mahkluk Allah

SWT yang lain.

4.5 Tiga matlamat sistem kehakiman Islam.

1. Menegakkan keadilan dengan menyeluruh kepada semua rakyat tanpa mengira kedudukan dan pangkat
seseorang

2. Menentang kezaliman dengan menjatuhkan hukuman keatas penjenayah supaya tiada orang yang teraniaya
3. Membela orang yang dizalimi agar mereka mendapat keadilan yang sewajarnya
4. Melaksanakan undang-undang Allah SWT secara menyeluruh dalam negara

4.6 Tiga kepentingan institusi kehakiman Islam.

1. Menjatuhkan hukuman dengan adil tanpa mengira warna kulit, kedudukan dan pangkat seseorang supaya
masyarakat hidup dengan aman

2. Menjatuhkan hukuman yang setimpal mengikut kesalahan yang dilakukan.
3. Menjatuhkan hukaman tanpa sebarang keraguan agar keadilan dapat ditegakkan
4. Memastikan hak asasi manusia terpelihara agar wujud keaikan kepada semua pihak yang terlibat
5. Melindungi orang yang dizalimi daripada orang yang zalim

4.7 Tiga keistimewaan sistem kehakiman Islam.

1. Menjatuhkan hukuman berlandaskan al-Quran dan hadis
2. Menjatuhkan hukuman dengan adil dan saksama tanpa mengira bangsa dan keturunan seseorang
3. Menjatuhkan hukuman tanpa ragu terhadap pesalah.
4. Membebaskan tertuduh jika terdapat sebarang keraguan dalam kes

49

PELAJARAN 4 : SISTEM KEHAKIMAN ISLAM
2.2.3 JENIS KESALAHAN JENAYAH DAN HUKUMANNYA
Minggu 22
Standard Prestasi
Diakhir PdPc Pelajar dapat :
1. Menjelaskan pengertian jenayah menurut Islam
2. Menyenaraikan tiga contoh perlakuan jenayah menurut Islam
3. Membincangkan tiga konsep pembalasan terhadap penjenayah
4. Menyenaraikan jenis hukum jenayah menurut Islam
5. Memberikan pengertian hudud
6. Memberikan pengertian qisas
7. Memberikan pengertian takzir
8. Memberikan pengertian diat.

4.8 Pengertian jenayah menurut Islam

Melakukan sesuatu perbuatan yang ditegah dan di larang oleh Allah seperti meninggalkan solat, tidak berpuasa
pada bulan ramadhan dan sebagainya

4.9 Tiga contoh perlakuan jenayah menurut Islam

1. Meninggalkan perbuatan yang disuruh oleh Alalh SWT seperti meninggalkan solat dengan sengaja
2. Melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT seperti berzina
3. Mengabaikan perjanjian yang telah dipersetujui bersama seperti pecah amanah.

4.10 Tiga konsep pembalasan terhadap penjenayah

1. Konsep pembalasan dalam perundangan Islam adalah merangkumi dunia dan akhirat.
2. Pembalasan dalam perundangan Islam adalah adil dan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
3. Pembalasan dalam perundangan Islam adalah bertujuan untuk mendidik dan menginsafkan manusia agar

tidak mengunlangi lagi kesalan yang sama. Seperti hukuman potong tangan keatas orang yang mencuri

4.11 Jenis hukum jenayah menurut Islam.

1. Hudud 3. Takzir
4. Diat
2. Qisas


50

4.12 Memberikan pengertian hudud, qisas, takzir dan diat

Bil Jenis Kesalahan Pengertian
Jenayah

1. Hudud Jenis kesalahan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran dan
hadis yang mesti dilaksanakan oleh manusia berhubung dengan kesalahan yang
melibatkan hak Allah SWT. Contohnya hukuman potong tangan kepada orang yang
mencuri

2. Qisas Jenis kesalahan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran dan
hadis yang mesti dilaksanakan oleh manusia berhubung dengan kesalahan yang
melibatkan hak manusia. Contohnya bunuh dibalas dengan bunuh.

3. Takzir Jenis kesalahan yang tidak termasuk di bawah hukum hudud dan qisas atau
4. Diat kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah ketegori hudud dan qisas tetapi
tidak cukup syarat untuk disabitkan kesalahannya seperti kesalahan mencuri yang
tidak cukup syaratnya.

Denda yang ditetapkan oleh syarak sebagai ganti kepada hukuman qisas yang
tidak dapat dilaksanakan.

PELAJARAN 4 : SISTEM KEHAKIMAN ISLAM
2.2.3 JENIS KESALAHAN JENAYAH DAN HUKUMANNYA
Minggu 23

Standard Prestasi
Diakhir PdPc Pelajar dapat :
1. Menyenaraikan tiga contoh kesalahan dan hukuman qisas
2. Menyenaraikan tiga contoh kesalahan dan hukuman hudud
3. Menyenaraikan tiga contoh kesalahan dan hukuman takzir
4. Menyenaraikan tiga contoh kesalahan dan hukuman diat
5. Menjelaskan tiga kepentingan setiap hukum jenayah
6. Menghuraikan tiga keistimewaan hukum jenayah Islam
7. Memberikan tiga perbezaan antara hukum jenayah Islam dengan bukan Islam.

4.13 Contoh kesalahan dan hukuman, hukum hudud, qisas, takzir dan diat.

Bil Jenis Contoh kesalahan Hukuman
Kesalahan
Jenayah Zina 1. Disebat 100 kali jika belum berkahwin
2. Direjam hingga mati jika sudah berkahwin
1. Hudud Qazaf - Menuduh seseorang Dirotan 80 kali sebatan
yang baik melakukan zina
tanpa bukti yang sahih Dipotong tangan dipergelangan tangan
Mencuri

Merompak Dipotong tangan secara bersilang

Minum arak / dadah / perkara Diirotan 40 kali sebatan
yang memabukkan Dihukum bunuh setelah enggan bertaubat

Murtad

51

Bil Jenis Contoh kesalahan Hukuman
Kesalahan
Jenayah Membunuh dengan sengaja Di bunuh balas

2. Qisas Di balas cedera yang serupa
Mencederakan anggota tubuh
3. Takzir badan Nasihat / teguran
Ancaman / pemulauan
4. Diat Kesalahan hudud dan qisas Pengistiharan umum
yang tidak cukup bukti untuk Denda / merampas harta (sita)
dikenakan hukuman hudud dan Sebat
qisas Buang daerah
Penjara
kesalahan yang tidak termasuk Bunuh
di bawah hukum qisas dan 100 ekor unta dibayar oleh penjenayah dengan
hudud contoh: mendedahkan segera
aurat, fitnah, kesalahan
jalanraya 100 ekor unta dibayar oleh penjenayah secara
beransur-ansur selama tiga tahun
Diat berat - membunuh dengan
sengaja, tetapi pihak waris 100 ekor unta dibayar oleh waris penjenayah dan
tidak mahu qisas dijalankan boleh dibayar secara beransur-ansur selama tiga
dan menukar dengan diat tahun. iaitu :
i. 20 ekor unta betina berumur setahun dan
Diat Berat - Membunuh dengan
tidak sengaja tetapi seolah- keatas
olah sengaja, seperti memukul ii. 20 ekor unta jantan berumur dua tahun dan
seseorang dengan kayu lalu
mati keatas
iii. 20 ekor unta betina berumur dua tahun dan
Diat ringan - membunuh
dengan tidak sengaja seperti keatas
pemburu tertembak seseorang iv.. 20 ekor unta betina berumur tiga tahun dan
yang disangkanya seekor rusa
keatas
v. 20 ekor unta betina berumur empat tahun dan

keatas

52

4.14 Tiga keistimewaan hukum jenayah Islam.

1. Menegakkan keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kedudukan dan pangkat seseorang
2. Melaksanakan hukum Allah SWT secara menyeluruh diatas muka bumi ini
3. Mewujudkan ketenteraman dalam masyarakat dan negara
4. Menjamin kebebasan diri dan masyarakat dan sebagai peringatan serta pencegahan kepada orang ramai

agar tidak melakukan jenayah

4.15 Tiga perbezaan antara hukum jenayah Islam dengan bukan Islam.

Hukum Jenayah Islam Hukum Jenayah bukan Islam
Berdasarkan al Qur’an dan al Hadis
Berdasarkan kepada pandangan dan pendapat
manusia

Bermatlamatkan keadilan sejagat Bermatlamatkan kebendaan dan keduniaan serta
kepentingan pihak-pihak tertentu

Dapat membentuk dan mendidik jiwa manusia Tidak berupaya dan gagal membentuk jiwa manusia.

Bermatlamatkan untuk menjaga keadilan sejagat Bermatlamatkan kebendaan dan keduniaan serta
kepentingan pihak-pihak tertentu

53

PELAJARAN 4 : SISTEM KEHAKIMAN ISLAM
2.2.3 PROSEDUR KETERANGAN UNTUK MENSABITKAN KESALAHAN
Minggu 24

Standard Prestasi
Diakhir PdPc Pelajar dapat :
1. Menjelaskan tiga kepentinghan setiap hukum jenayah Islam
2. Menghuraikan prosedur keterangan untuk mensabitkan kesalahan
3. Pengakuan

a. Pengertian pengakuan
b. Syarat-Syarat pengakuan diterima
4. Kesaksian
a. Pengertian kesaksian
b. Syarat-Syarat kesaksian diterima
5. Pembuktian
a. Pengertian pembuktian
b. Syarat-syarat pembuktian diterima
6. Menjelaskan kepentingan prosedur keterangan dalam menegakkan keadilan.

4.16 Tiga kepentingan setiap hukum jenayah

Bil Jenis Kesalahan Kepentingannya
Jenayah
1. Menjamin keamanan, keharmonian dan kesejahteraan individu dan
1. Hudud masyarakat

2. Qisas 2. Melindungi nyawa dan harta benda dari dianiaya

3. Menjamin maruah dan keturunan supaya tidak rosak dan tercemar

1. Untuk memberi keinsafan kepada penjenayah

2. Supaya masyarakat dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari hukuman
tersebut.

3. Mendidik masyarakat menghormati dan menghargai nyawa orang lain.

3. Takzir 1. Jaminan sosial untuk memberi perlindungan kepada masyarakat

2. Memberi amaran agar tidak terlanjur melakukan kesalahan yang lebih
besar

3. Memberi peluang kepada penjenayah untuk bertaubat dan tidak mengulangi
kesalahannya

1. Menanam sifat bertolak ansur dan bermaaf-maafan

4. Diat 2. Menghindarkan perasaan ingin membalas dendam

3. Akan mendidik jiwa manusia agar sentiasa mentaati perintah Allah SWT
dengan menjauhi segala laranganNya agar hidup lebih aman dan bahagia.

54

4.17 Prosedur keterangan untuk mensabitkan kesalahan

Kesaksian

Pengakuan Prosedur
Keterangan untuk
mensabitkan kesalahan

Pembuktian

4.18 Pengertian pengakuan, kesaksian dan pembuktian serta syarat penerimaannya

Bil Prosedur Pengertian Syarat penerimaan
keterangan
Apa-apa keterangan yang Orang yang membuat pengakuan mestilah seorang
1. Pengakuan diberikan di mahkamah dengan yang waras dan cukup umur (baligh)
menggunakan lafaz aku
bersaksi untuk membuktikan Pengakuan yang dibuat mestilah munasabah atau
suatu hak atau kepentingan tidak berbeza daripada kebiasaan hidupnya

2. Kesaksian Keterangan atau bukti yang Kesaksian perlu dilakukan tanpa prejudis dan tanpa
diberikan oleh saksi yang melihat latar belakang mana-mana pihak, meskipun
melihat atau mengetahui terhadap saudara sendiri dan orang yang kaya.
tentang sesuatu isu yang
dipertikaikan dalam suatu majlis Mempunyai ingatan yang baik dan tidak berprasangka
kehakiman tentang sesuatu hak dengan tetuduh.
orang lain
Semua fakta dan isu yang dibangkitkan perlu
Mengemukakan bukti di disokong dengan pembuktian yang boleh diyakini
hadapan hakim untuk dan dikemukakan di hadapan hakim
menuntut sesuatu hak dengan
cara membuktikan sesuatu Pembuktian tersebut perlu dikemukakan melalui
kesalahan yang didakwa kaedah tertentu yang ditetapkan dalam peruntukan
3. Pembuktian berlaku di hadapan mahkamah. sedia ada. Kaedah pembuktian tanpa cara dan
Pembuktian tersebut boleh saluran yang ditetapkan akan menyebabkan
dibuktikan melalui alat tertentu pembuktian tersebut tidak sah dan ditolak
yang berkaitan dengan kes
seperti senjata, kesan cap jari
dan sebagainya

4.19 Kepentingan prosedur keterangan dalam menegakkan keadilan.

1. Prosedur keterangan pengakuan dan kesaksian merupakan dalil sabitan yang terkuat dan dikategorikan
sebagai dalil sabitan yang mencapai tahap yakin.

2. Pembuktian melalui keterangan secara saintifik iaitu melalui ujian DNA adalah cara yang paling sesuai untuk
membuktikan sesuatu kesalahan seperti kesalahan persetubuhan haram yang dilakukan tertuduh.

3. Prosedur keterangan tersebut mampu memberikan keadilan yang sewajarnya kepada pihak-pihak yang
terlibat dengan kes bagi menguatkan lagi hujah dan dakwaan mereka di mahkamah.

55

PELAJARAN 4 : SISTEM KEHAKIMAN ISLAM
2.2.4 SYARAT PELANTIKAN, ETIKA DAN PERANAN HAKIM
Minggu 25
Standard Prestasi
Diakhir PdPc Pelajar dapat :
1. Memberikan pengertian hakim
2. Menyenaraikan tiga syarat pelantikan hakim
3. Menjelaskan tiga tanggungjawab hakim
4. Menghuraikan tiga peranan hakim sebagai pelaksana hukuman
5. Membincangkan tiga etika kehakiman Islam
6. Menjelaskan tiga peranan hakim dalam institusi kehakiman Islam.
7. Membincangkan tiga cara sistem kehakiman Islam menegakkan keadilan.
8. Menjelaskan tiga kepentingan melaksanakan sistem kehakiman Islam kepada individu, masyarakat dan negara.

4.20 Pengertian hakim

Pegawai yg dilantik untuk mengadili sesuatu perbicaraan dalam mahkamah

4.21 Tiga syarat pelantikan hakim

1. Seorang yang berilmu dan bertakwa kepada Allah SWT
2. Seorang yang berfikiran waras dan sentiasa tenang.
3. Seorang yang berwibawa dan dihormati oleh orang ramai.
4. Seorang yang bijaksana dan berpandangan jauh.

4.22 Tiga tanggungjawab hakim

1. Menjatuhkan hukuman ketika dalam keadaan emosi yang tenang seperti tidak berada dalam keadaan
marah ketika menjatuhkan hukuman.

2. Menjatuhkan hukuman tanpa ragu-ragu kepada pesalah.
3. Membebaskan tertuduh jika terdapat sebarang keraguan
4. Menjatuhkan hukuman dengan adil dan saksama tanpa mengira bangsa dan keturunan seseorang

4.23 Tiga keistimewaan sistem kehakiman Islam

1. Dasar kehakiman dan perundangan nya adalah ciptaan Allah SWT
2. Pelaksanaan sistem kehakiman Islam dapat mendidik jiwa manusia kearah yang lebih baik.
3. Kehakiman Islam menyediakan hukuman dan ganjaran di dunia dan di akhirat.

56

4.24 Tiga etika kehakiman Islam
1. Hakim tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak samada pendakwa atau tertuduh agar semua pihak
berpuas hati dengan keputusan yang dikeluarkan
2. Hakim hendaklah jujur dan amanah dalam menjalankan tugasnya agar dihormati oleh semua pihak
3. Hakim tidak boleh menghakimi mana-mana orang yang beliau mempunyai kepentingan dengannya supaya
hukumannya adil dan saksama
4. Sebarang kesalahan tidak boleh disabitkan jika terdapat keraguan supaya tidak berlaku penaniyaan
5. Hakim hendaklah membebaskan tertuduh jika terdapat sebarang keraguan

4.25 Tiga kepentingan etika kehakiman dalam menegakkan keadilan

1. Agar keadilan dapat ditegakkan dan mengelak daripada menjatuhkan hukuman yang tidak tepat dalam
sesuatu kes yang dibicarakan

2. Supaya maruah hakim terpelihara dari sebarang kesilapan.
3. Supaya keputusan mahkamah tidak akan dipertikaikan oleh mana-mana pihak
4. Supaya Institusi kehakiman dihormati oleh semua pihak.

4.26 Tiga cara sistem kehakiman Islam menegakkan keadilan.

1. Menjatuhkan hukuman dengan adil tanpa mengira warna kulit, kedudukan dan pangkat seseorang supaya
masyarakat hidup dengan aman

2. Menjatuhkan hukuman yang setimpal mengikut kesalahan yang dilakukan.
3. Menjatuhkan hukaman tanpa sebarang keraguan agar keadilan dapat ditegakkan
4. Memastikan hak asasi manusia terpelihara agar wujud keaikan kepada semua pihak yang terlibat
5. Melindungi orang yang dizalimi daripada orang yang zalim

PELAJARAN 4 : SISTEM KEHAKIMAN ISLAM
2.2.5 KEPENTINGAN MELAKSANAKAN SISTEM KEHAKIMAN ISLAM
2.2.6 TINDAKkAN MENJAUHI PERBUATAN YANG DILARANG
Minggu 26
Standard Prestasi
Diakhir PdPc Pelajar dapat :
1. Menjelaskan tiga kepentingan melaksanakan sistem kehakiman Islam kepada individu, masyarakat dan negara.
2. Menyatakan tiga kewajipan mematuhi tuntutan pelaksanaan kehakiman Islam.
3. Menghuraikan tiga cara menjauhkan diri daripada perbuatan jenayah.
4. Kebaikan menjauhkan diri daripada perbuatan jenayah
5. Menyenaraikan tiga tindakan menjauhi perbuatan yang dilarang.
6. Memberikan tiga kebaikan menjauhkan diri daripada perbuatan yang dilarang.
7. Menjelaskan tiga kesan suka melakukan perbuatan yang dilarang
8. Memperincikan tiga tindakan menyokong institusi perundangan
9. Menjelaskan tiga cara mendaulatkan sistem kehakiman Islam
10. Membincangkan tiga kebaikan menyokong institusi perundangan

57

4.27 Tiga kepentingan melaksanakan sistem kehakiman Islam kepada individu, masyarakat dan
masyarakat

Bil Kepentingannya

Mampu menyelesaikan permasalahan manusia secara menyeluruh

1. Individu Mengembalikan hak kepada orang yang dizalimi

Memberikan pengajaran dan pendidikan kepada individu lain agar
menjauhi perbuatan jenayah

Menegakkan amar makruf dalam masyarakat

2. Masyarakat Mencegah perkara mungkar dalam masyarakat

Masyarakat dapat hidup dengan tenang dan aman

3. Negara Mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam negara
Dapat mewujudkan keadilan sejagat
Hak asasi manusia dapat ditegakkan dalam negara

4.28 Tiga kewajipan mematuhi tuntutan pelaksanaan kehakiman Islam.

1. Menjadikan al-Quran dan al-Hadis sebagai sumber rujukan utama dalam mengendalikan kes supaya tindakan
diambil tidak menyalahi syarak.

2. Melaksanakan etika kehakiman Islam secara menyeluruh supaya matlamat untuk mewujudkan keamanan
masyarakat tercapai.

3. Mematuhi peraturan dan undang-undang negara seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan.

4. Mlantik orang yang berkelayakan sebagai hakim seperti memiliki sifat adil

4.29 Tiga cara menjauhkan diri daripada perbuatan jenayah.

1. Mematuhi peraturan agama seperti menunaikan solat dan menutup aurat.
2. Menuntut ilmu ytang bermanfaat seperti ilmu fardu ain dan fardu kifayah.
3. Mengisi masa dengan perkaya yang berfaedah seperti membaca dan beriadah.
4. Memilih rakan yang baik seperti rakan yang sentiasa berakhlak mulia.

4.30 Tiga kebaikan menjauhkan diri daripada perbuatan jenayah

1. Menjamin keamanan, keharmonian dan kesejahteraan individu dan masyarakat
2. Dapat melindungi nyawa, harta benda dan keturunan daripada sicerobohi.
3. Kehidupan akan diredai oleh Allah SWT kerana menjauhi perkara yang di larang oleh Allah SWT.

58

4.31 Tiga hujjah bahawa hukum jenayah Islam mampu mengawal manusia daripada melakukan jenayah.

1. Hukuman sebat dan rejam kepada penzina dapat mengelakkan daripada berlakunya perzinaan dan
persetubuhan haram secara berleluasa.

2. Hukuman bunuh kepada pembunuh dapat memelihara nyawa dan anggota tubuh badan manusia daripada
dicerobohi.

3. Hukuman potong tangan kepada pencuri adalah untuk mengelakkan masalah pencerobohan harta secara
berleluasa.

4. Hukuman sebat kepada peminum arak adalah bagi memelihara kewarasan akal manusia daripada dirosakkan.

4.32 Tiga kesan jika hakim tidak berlaku adil dalam perbicaraan

1. Jenayah tidak dapat dibendung
2. Masyarakat akan bertindak sendiri kerana tidak puas hati
3. Berlaku penindasan golongan kuat ke atas yang lemah.
4. Masyarakat sentiasa hidup dalam ketakutan merasa terancam

4.33 Prinsip kehakiman yang perlu di ikuti oleh hakim semasa mengadili perbicaraan.

1. Dalam menjatuhkan hukuman hakim hendaklah mengenal pasti punca berlakunya sesuatu jenayah
2. Sekiranya terdapat kezaliman atau paksaan didalam sesuatu kes, hakim hendaklah mempertimbangkannya

dengan seadil mungkin
3. Hakim hendaklah membebaskan tertuduh sekiranya terdapat sebarang keraguan


4.34 Tiga tindakan menyokong institusi perundangan.

1. Meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan pendukung institusi kehakiman Islam melalui kursus
dan seminar supaya kewibawaan mereka dipandang tinggi oleh masyarakat.

2. Menyebarluaskan ilmu dan kefahaman tentang institusi kehakiman Islam kepada masyarakat melalui
seminar, kempen atau penerangan menerusi media sosial.

3. Memperbanyakkan kajian dan penulisan ilmiah berkaitan dengan kehakiman Islam untuk memberi kefahaman
yang mendalam kepada masyarakat tentang fungsi dan kepentingannya.

4. Mengadakan lawatan sambil belajar ke mahkamah syariah untuk memperoleh maklumat tentang bidang
kuasa dan prosedur perbicaraan di mahkamah tersebut

4.35 Tiga cara mendaulatkan sistem kehakiman Islam.

1. Menaiktaraf sistem kehakiman Islam agar setanding dengan sistem kehakiman sivil di Malaysia.
2. Melantik hakim yang benar-benar berwibawa dalam mengadili kes-kes di mahkamah syariah agar hukuman

dan keputusannya tidak boleh dipertikaikan lagi.
3. Menjadikan sistem kehakiman Islam sebagai sistem kehakiman yang tertinggi di negara ini.

59

4.36 Tiga kebaikan menyokong institusi perundangan Islam

1. Institusi perundangan Islam akan dipandang tinggi oleh masyarakat dan negara luar
2. Institusi perundangan Islam akan setanding dan setaraf dengan institusi perundangan sivil dalam negara
3. Institusi perundangan Islam akan diterima sebagai satu institusi perundangan yang mampu membrikan

keadilan dan kesejahteraan kepada masyarakat dan negara.

PELAJARAN 5 : SISTEM PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN ISLAM
3.1.1 KONSEP ASAS PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN ISLAM
3.1.2 PRINSIP-PRINSIP TADBIR URUS DALAM ISLAM
Minggu 27
Standard Prestasi :
Diakhir PdPc murid akan dapat
1. Menyatakan pengertian pentadbiran
2. Menjelaskan pengertian pengurusan
3. Memberikan pengertian pentadbiran dan pengurusan Islam.
4. Menjelaskan enam ciri pengurusan dan pentadbiran Islam
5. Menjelaskan bentuk pentadbiran dan pengurusan zaman Rasulullah SAW dan zaman khulafa Ar-Rasyidin
6. Menyatakan pengertian tadbir urus
7. Menjelaskan enam prinsip tadbir urus dalam Islam.
8. Menghuraikan tiga etika tadbir urus Islam.
9. Menyenaraikan tiga ciri pentadbir dan pengurus yang baik
10. Membincangkan tiga kesan buruk jika pentadbir tidak menepati ciri-ciri pentadbir yang baik
5.1 Pengertian pentadbiran

Menyelaraskan tenaga manusia agar mengikut satu perancangan untuk mencapai sesuatu objektif yang telah
ditetapkan

5.2 Pengertian pengurusan

Mengguna serta menyelenggara sumber manusia dan sumber alam untuk kebajikan mansuai

5.3 Pengertian pentadbiran dan pengurusan Islam
\

Perancangan dan pergerakan oleh sesuatu organisasi berhubung dengan kaedah, peraturan, tanggungjawab
dan tugas dalam pengolahan sumber manusia dan sumber alam selasri dngan tanggungjawab sebagai hamba
dan khalifah Allah AWT di muka bumi

5.4 Enam ciri pengurusan dan pentadbiran Islam.
1. Bersumberkan al-Quran dan al-Hadis
2. Men gamalk an kon sep syu ra dala m pentadbiran.
3. Melaksanakan keadilan untuk semua pihak
4. Memastikan hakl kebebasan kepada setiap individu agar terpelihara mengikut panduan syarak
5. Men geratkan ukhuwah dalam p engurusa n yang berteraskan nilai akhlak
6. Mematuhi dan menghormati peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dalam sesebuah organisasi

60

5.5 Bentuk pentadbiran dan pengurusan zaman Rasulullah SAW dan zaman khulafa Ar-Rasyidin.

Zaman Rasulullah SAW Zaman Khulafah Ar-Rasyidin
1. Islam dijadikan dasar pentadbiran dan pengurusan 1. Sesuatu dasar diputuskan melalui kaedah syura,

negara 2. Khalifah berperanan sebagai ketua eksekutif dan
perundangan serta merupakan panglima tertinggi
2. Syura dijadiakn salah satu kaedah yang digunakan dalam pentadbiran.
dalam menguruskan pentadbiran
3. Pentadbiran disetiap wilayah diketuai oleh gabenor
3. Piagam Madinah dijadikan sebagai perlembagaan
pentadbiran dan pengurusan zaman Rasulullah 4. Institusi Baitulmal sebagai pengendali urusan
kewangan dan perbelanjaan negara.
4. Akidah Islamiah dijadikan pegangan dalam urusan
pentadbiran menggantikan semangat asabiyyah

5.6 Pengertian tadbir urus

Cara atau sistem mentadbir, mengurus, mengawal selia sesebuah perbadanan atau organisasi
5.7 Enam prinsip tadbir urus dalam Islam.

1. Bersumberkan al-Quran dan al-Hadis
2. Mengamalkan konsep keadilan dalam pentadbiran
3. Urusan pentadbiran dijalanakn berdasarkan konsep syura
4. Berteraskan nilai-nilai akhlak
5. Berasaskan keimanan kepada Allah SWT
6. Pentadbir sebagai pemegang amanah
7. Bermatlamatkan dunia dan akhirat

5.8 Empat Etika tadbir urus Islam.

Bil Etika Tadbir Urus Islam Pengertian
1. Integriti
Kejujuran dan penuh bertanggungjawab dengan tidak menggunakan
2. Efektif kedudukan untuk kepentingan sendiri

3. Amar makruf dan nahi Berkesan, efisien dan konsisten dalam menghasilkan impak yang
mungkar berkesan

4. Sistematik Menyuruh melakukann kebaikan dan mencegah daripada dalam
melakukan kemungkaran

Mempunyai sistemdalam membuat perancangan dan pemantauan yang
berterusan

5.9 Tiga kesan buruk jika pentadbir tidak menepati ciri-ciri pentadbir yang baik

1. Sistem pemerintahan negara menjadi kucar kacir
2. Ekonomi negara menjadi mundur
3. Rasuah akan berleluasa dalam negara.
4. Pemberontakan dan rasa tidak puas hati rakyat akan berlaku
5. Negara berada dalam huru hara


61

5.10 Ciri pentadbir dan pengurus yang baik

Ciri pentadbir Pengertian
Bil dan pengurus

yang baik

1. Beriman Orang yang percaya dengan semua rukun iman, mengaku tentang kewujudan dan
keesaan Alalh SWT dan beramal dengan semua ajaran Islam serta meninggalkan
segala larangan Allah SWT.

2. Amanah Jujur dan bertanggungjawab dalam melaksanakan semua tugas yang wajib ditunaikan.

3. Berwawasan Mempunyai pandangan jauh tentang kemajuan atau perkembangan masa depan

4. Ikhlas Melaksanakan sesuatu pekerjaan semata-mata kerana Allah sendiriNya, bukan di
maksudkan memperolehi kebesaran dari manusia, ataupun penghormatan. Dan bukan
pula untuk memperolehi sesuatu keuntungan dunia atau menolak sesuatu bencana
keduniaan.”

5. Positif Berfikiran terbuka terhadap sesuatu perubahan, cadangan, teguran dan nasihat kearah
kebaikan.

6. Inovatif Menjana idea baharu kearah kemajuan dan perubaahn yang lebih baik

7. Dinamik Kebolehan menyesuaikan dengan semua keadaan dan tempat, kefleksibelan dengan
semua keadaaan termasuk tempat, masa dan suasana tetapi tetap kekal dengan
matlamat yangsama

8. Integriti Perihal sifat individu atau organisasi yang sempurna berteraskan nilai murni seperti
jujur, benar, amanah, bertanggungjawab, telus, cekap dan adil (keutuhan) dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab

PELAJARAN 5 : SISTEM PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN ISLAM
3.1.3 KEPENTINGAN MELAKSANAKAN TADBIR URUS DALAM SISTEM PENTADBIRAN DAN

PENGURUSAN ISLAM
3.1.4 TINDAKAN MEREALISASIKAN TADBIR URUS ISLAM DALAM ORGANISASI
Minggu 28
Standard Prestasi :
Diakhir PdPc murid akan dapat
1. Menjelaskan kepentingan melaksanakan sistem tabdir urus dalam sistem pentadbiran dan pengurusan Islam kepada

individu
2. Menjelaskan kepentingan melaksanakan sistem tabdir urus dalam sistem pentadbiran dan pengurusan Islam kepada

organisasi
3. Menjelaskan kepentingan melaksanakan sistem tabdir urus dalam sistem pentadbiran dan pengurusan Islam kepada

negara.
4. Menghuraikan tiga kesan baik mentadbir dan mengurus yang mengikut syariat kepada individu,
5. Menghuraikan tiga kesan baik mentadbir dan mengurus yang mengikut syariat kepada organisasi
6. Menghuraikan tiga kesan baik mentadbir dan mengurus yang mengikut syariat negara.
7. Menyatakan tiga kesan buruk mentadbir dan mengurus yang tidak mengikut syariat kepada individu
8. Menyatakan tiga kesan buruk mentadbir dan mengurus yang tidak mengikut syariat kepada organisasi
9. Menyatakan tiga kesan buruk mentadbir dan mengurus yang tidak mengikut syariat kepada negara
10. Menyatakan tiga cara untuk merealisasikan tadbir urus Islam dalam organisasi.
11. Membincangkan tiga kesan baik pelaksanaan tadbir urus Islam kepada organisasi

5.11 Kepentingan melaksanakan sistem tabdir urus dalam sistem pentadbiran dan pengurusan Islam
kepada individu, organisasi dan negara

1. Individu 1.Menimbulkan nilai keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT
2. Menjaga hubungan baik antara ketua dengan ahli-ahlinya
3. Menjalankan urusan dengan penuh amanah dan bertanggungjawab

62

Memastikan kelancaran urusan pentadbiran sesebuah organisasi

2. Organisasi Menaikkan imej sesebuah organisasi

3. Negara menyelesaikan sesuatu urusan secara rundingan dan muafakat

Mewujudkan pentadbiran negara yang efisien dan efektif serta menjadi contoh kepada
negara lain

Membolehkan segala urusan dilaksanakan secara teratur dan menepati syarak

Meneladani tadbir urus negara seperti yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW

5.12 Tiga kesan baik mentadbir dan mengurus yang mengikut syariat kepada individu, organisasi dan
negara

1. Tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan penuh bertanggungjawab

1. Individu 2. Mendapat sanjungan daripada kakitangan bawahan

3. Kehidupan menjadi tenang kerana mendapat keredaan Allah SWT

1. Organisasi dapat berjaln dengan lancar dan berkesan

2. Organisasi 2. Dapat memajukan organisasi sebagaimana yang telah dirancang

3. Organisasi menjadi teladan dan ikutan kepada organisasi lain

1. Dapat memaju dan memakmurkan negara

3 Negara 2. Negara berada dalam keadaan aman dan sejahtera

3. Pelabur akan lebih yakin untuk melabur dalam negara

5.13 Tiga kesan buruk mentadbir dan mengurus yang tidak mengikut syariat kepada individu, organisasi
dan negara

1. Individu 1. Berlakunya pengabaian amanah yang telah diberikan
2. Hilangnya sokongan dan kerjasama daripada kakitangan bawahan
3. Dibenci oleh kakitangan bawahan

63

1. Menyebabkan berlakunya kemunduran kepada organisasi

2. Organisasi 2. Berlakunya perbalahan dan rasa tidak puas hati dalam organisasi

3. Organisasi akan dipandang serong oleh masyarakat

1. Negara akan mundur

3 Negara 2. Negara berada dalam keadaan huru hara

3. Rasuah dan penyelewengan kuasa akan berleluasa dalam negara

5.14 Tiga cara untuk merealisasikan tadbir urus Islam dalam organisasi.

1. Menerapkan nilai-nilai murni dalam pengurusan sesebuah organisasi
2. Menjadikan mesra ibadat sebagai teras utama sesebuah organisasi
3. Semua staff dan kakitangan mengamalkan konsep syura dalam membuat sebarang keputusan

5.15 Tiga kesan baik pelaksanaan tadbir urus Islam kepada organisasi

1. Pengurusan organisasi akan berjalan dengan lancar dan berkesasn
2. Organisasi akan sentiasa mencapai target dan sasaran yang telah ditetapkan
3. Organisasi akan mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah SWT

64

PELAJARAN 6 : SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
3.2.1 KONSEP ASAS SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
Minggu 29
Standard Prestasi :
Diakhir PdPc murid akan dapat
1. Memberikan maksud sistem pemerintahan Islam.
2. Menyenaraikan tiga ciri sistem pemerintahan Islam
3. Menjelaskan tiga konsep syura dalam sistem pemerintahan Islam
4. Memberikan maksud syura
5. Menyenaraikan tiga ciri syura
6. Menjelaskan tiga sebab syura merupakan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang terbaik
7. Memberikan tiga contoh pelaksanaan syura dalam pemerintahan Rasulullah SAW
8. Menyatakan pengertian Piagam Madinah
9. Menyenaraikan tiga kandungan Piagam Madinah
10. Menjelaskan tiga kedudukan Rasulullah SAW dalam Piagam Madinah
11. Menyatakan tiga sebab Rasulullah SAW menggubal Piagam Madinah.

6.1 Maksud sistem pemerintahan Islam.

Satu kaedah pemerintahan sesebuah negara yang ditadbir berdasarkan ajaran Islam serta melaksanakan
syariat Islam

6.2 Ciri-ciri sistem pemerintahan Islam.
1. Meletakkan Allah SWT sebagai pemegang kuasa yang mutlak manakala
manusia sebagai khalifah hanya sebagai pemegang amanah sahaja.

2. Peranan umat Islam sebagai khalifah yang diamanahkan untuk memakmurkan
muka bumi

CIRI- 3. Mengamalkan syura dalam pemerintahan berdasarkan al-Quran dan al-Hadis
CIRI SISTEM
PEMERINTAHAN 4. Segala perkara yang diputuskan dan dilaksanakan dalam pemerintahan
bersesuaian dengan kehendak rakyat serta bertepatan dengan syariat Islam
ISLAM

5. Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar, iaitu menganjurkan kebaikan
serta mencegah daripada melakukan kejahatan.

6. Rakyat terdiri dariapda golongan yang menyakini prinsip dan dasar negara
Islam serta mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan

7. Bebas daripada ikatan keturunan, warna kulit, kawasan geografi dan sebagainya

8. Negara Islam mengutamakan penghayatan akhlak yang mulia dalam semua
aspek kehidupan

65

6.3 Tiga konsep syura dalam sistem pemerintahan Islam

1. Melalui perbincangan dengan ahli majlis syura sebelum sesuatu keputusan dibuat dan suara majoriti diambil
sebagai keputusan untuk menjalankan sesuatu tindakan. Contohnya Rasulullah SAW berbincang dengan
para sahabat seperti berkaitan dengan isu tawanan perang Badar.

2. Melalui keputusan mesyuarat yang diadakan sebelum sesuatu tindakan dilakukan seperti RAsulullah
bermesyuarat dengan sahabat bagi menentukan lokasi peperangan samada di dalam atau diluar kota
Madinah.

3. Melalui cadangan yang dibuat oleh pakar dalam sesuatu bidang. Contohnya Rasulullah SAW menerima
cadangan Salman al-Farisi agar mengali parit sebagai pertahanan kepada Kota Madinah dalam mengahdapi
peperangan

6.4 Maksud syura

Perbincangan dan permuafakatan sekumpulan ulamak dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan
masyarakat berdasarkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Contoh : proses melantik pemimpin
dibuat melalui pemilihan oleh ahli majlis syura

6.5 Tiga ciri syura

1. Berpandukan al Quran dan al Sunnah
2. Mengambil perhatian tentang keperluan diri, rohani dan jasmani manusia
3. Mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk dilaksanakan
4. Berasaskan sistem rabbani
5. Bersifat ideal dan syumul.

6.6 Tiga sebab syura merupakan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang terbaik

1. Mengambil pendapat ramai melalui perbincangan dan mesyuarat
2. Sesuatu perancangan mendapat sokongan semua anggota
3. Masing-masing merasa bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah dipersetujui
4. Mengeratkan hubungan / perpaduan bertambah erat sesama manusia.

6.7 Tiga contoh pelaksanaan syura dalam pemerintahan Rasulullah SAW

1. Rasulullah SAW berbincang dengan para sahabat mengenai tindakan yang perlu dilakukan keatas tawanan
perang Badar

2. Rasulullah bermesyuarat dengan para sahabat untuk memilih lokasi peperangan samada di dalam atau
diluar kota Madinah. Para sahabat telah memilih untuk mengadakan peperangan tersebut di luar kota
Madinah, aitu di Uhud.

3. Rasulullah menerima pandangan Salman al-Farisi untuk membina parit disekeliling kota Madinah yang
merupakan pakar tentang strategi peperangan, dimana pada ketika itu kota Madinah sedang dikepung oleh
tentera Ahzab

6.8 Pengertian Piagam Madinah

Perlembagaan yang ditulis dan dipersetujui bersama semua golongan iaitu orang Islam dan Yahudi yang
menjadi warganegara Madinah Al-Munawwarah dibawah pimpinan Rasulullah SAW. Perlembagaan ini menjadi
asas kepada pembentukan sebuah Negara Islam di Madinah.

66

6.9 Perkara penting dalam isi kandungan Piagam Madinah

1. Kepimpinan negara - Rasulullah SAW sebagai pemerintah dan ketua negara
yang menjadi rujukan dalam menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku
dalam negara.

2. Perpaduan - Menyatu dan mendamaikan perhubungan antara suku kaum di
Madinah yang sering bertelagah

3. Pengiktirafan kepelbagaian kaum - Setiap kaum diberikan hak masing-masing
dari segi ekonomi, politik dan sosial

ASPEK 4. Keselamatan - Setiap kaum bertanggungjawab menjaga keamanan negara
PENTING dan keharmonian perhubungan antara kaum.
DALAM ISI
KANDUNGAN 5. Jaminan sosial - Kebajikan dan keselamatan penduduk terjamin. Setiap
PIAGAM MADINAH warganegara diberikan hak sosial untuk menikmati kehidupan yang baik dan
selesa

6. Kebebasan mengamalkan agama - Masyarakat Madinah yang terdiri daripada
pelbagai kaum diberi kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing
dengan penuh toleransi

7. Hak asasi manusia - Setiap kaum di Madinah diberikan hak terhadap diri,
harta dan mendapatkan perlindungan.

8. Penguatkuasaan undang-undang - Undang-undang Islam diguna pakai dalam
sistem pentadbiran negara dengan Rasulullah SAW sebagai hakim tertinggi

9. Tanggungjawab - Setiap individu bertanggungjawab untuk melaksanakan
tuntutan yang termaktub dalam Piagam Madinah demi merealisasikan
keamanan dan keharmonian negara

10.Hubungan luar - Hubungan luar negara dijalin dengan kebenaran dan
persetujuan Rasulullah SAW sebagai ketua negara.

67

6.10 Tiga kedudukan Rasulullah SAW dalam Piagam Madinah.

1. Rasulullah sebagai ketua negara
2. Rasulullah bertanggungjawab dalam semua hubungan diplomatik
3. Rasulullah menjadi rujukan apabila berlaku perselisihan.
4. Rasulullah menjadi ketua angkatan tentera
5. Rasulullah menjadi ketua agama

6.11 Tiga sebab Rasulullah SAW menggubal Piagam Madinah.

1. Untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian dalam negara
2. Menentukan kuasa dan hak pemimpin serta rakyat dalam menjalankan amanah masing-masing
3. Menetapkan hukum dan undang-undang demi keamanan dan keharmonian negara
4. Menjamin keselamatan dan kedaulatan negara dengan sempurna

PELAJARAN 6 : SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
3.2.2 KONSEP ASAS KHILAFAH DALAM SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
Minggu 30

Standard Prestasi :
Diakhir PdPc murid akan dapat
1. Memberikan pengertian khilafah, khalifah dan rakyat
2. Menyenaraikan tiga ciri khilafah Islam
3. Menyatakan pengertian khalifah
4. Menyenaraikan tiga ciri khalifah Islam
5. Menyatakan tiga syarat pelantikan khalifah
6. Menjelaskan tiga tanggungjawab khalifah
7. Menyatakan tiga kesan buruk jika khalifah mengabaikan tanggungjawab
8. Menjelaskan tiga hak khalifah.
9. Memberikan pengertian rakyat
10. Menyatakan tiga tanggungjawab rakyat terhadap pemerintah
11. Menghuraikan tiga kesan buruk rakyat yang mengabaikan tanggungjawab terhadap negara
12. Menjelaskan tiga ciri rakyat yang bertanggungjawab
13. Menyatakan tiga hak rakyat

6.12 Pengertian khilafah, khalifah dan rakyat

Khilafah Sistem pemerintahan Islam yang dinaungi oleh seorang pemimpin Islam yang adil, taat dan
patuh kepada syariat Allah SWT

Khalifah Individu yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk mengurus dan mentadbir dunia mengikut
syariat Allah SWT

Rakyat Seluruh penduduk dalam sesebuah negara yang berkewajipan untuk mentaati khalifah
selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam

68

6.13 Ciri-ciri khilafah Islam

Melaksanakan undang-undang Allah SWT Menegakkan keadilan

Ciri-ciri Mewujudkan perpaduan dalam kalangan
khilafah Islam rakyat

Melaksanakan amar makruf nahi mungkar

6.14 Ciri-ciri khalifah Islam

Mempunyai fizikal yang sihat dan sempurna Berpengetahuan yang luas
Memiliki semangat yang kuat
Ciri-ciri
khalifah Islam

Mempunyai keyakinan diri

6.15 Tiga syarat pelantikan khalifah.

1. Seorang muslim yang mukmim
2. Adil dan saksama
3. Lelaki
4. Berakhlak mulia dan berani
5. Berilmu dan memahami masalah negara

6.16 Tiga tanggungjawab khalifah

1. Melaksanakan hukum Allah SWT tanpa mengira tempat dan masa
2. Sentiasa menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran dalam negara
3. Sentiasa menjaga kesucian agama Islam
4. Menjaga kedaulatan dan kemerdekaan negara daripada negara asing
5. Melaksanakan undang-undang Islam secara menyeluruh dalam negara.

6.17 Tiga kesan buruk jika khalifah mengabaikan tanggungjawab

1. Sistem pemerintahan negara menjadi kucar kacir
2. Ekonomi negara menjadi mundur
3. Rasuah akan berleluasa dalam negara.
4. Pemberontakan dan rasa tidak puas hati rakyat akan berlaku
5. Negara berada dalam huru hara

69

6.18 Tiga hak khalifah.

1. Mendapatkan ketaatan dan kesetiaan daripada orang di bawah kepimpinannya
2. Mendapat kerjasama daripada rakyat dalam membangun dan menguruskan negara
3. Mendapat nasihat, teguran serta kritikan daripada rakyat agar dapat melaksanakan tugas dengan amanah

dan jujur

6.19 Tiga tanggungjawab rakyat terhadap pemerintah

1. Bekerjasama membenteras kemungkaran yang bertentangan dengan syarak daripada berlaku dalam
negara.

2. Menumpukan taat setia kepada pemerintah dengan menghormati pemerintah dan mematuhi undang-undang
negara

3. Bekerjasama mempertahankan negara daripada serangan musuh
4. Menasihati, menegur serta mengkritik pemimpin supaya melaksanakan tugas dengan amanah dan jujur

6.20 Tiga kesan buruk rakyat yang mengabaikan tanggungjawab terhadap negara.
1. Berlakunya keruntuhan akhlak serta gejala sosial seperti kejadian jenayah yang berleluasa kerana

mengabaikan tugas sebagai rakyat yang menegur pemimpin
2. Tugas amar makruf dan nahi mungkar terabai menyebabkan berlkunya huru hara dalam negara
3. Pertahanan negara menjadi lemah dan mudah ditembusi oleh musuh kerana rakyat yang berpecah belah
4. Negara mengalami kemunduran dalam pelbagai bidang seperti, ekonomi, politik, sosial, pentadiran dan

sebagainya
5. Berlakunya huru hara dalam negara kerana rakyat saling bermusuhan antara satu sama lain
6.21 Tiga hak rakyat dalam sesebuah negara.
1. Hak untuk memilih pemerintah dan kerajaan yang adil
2. Hak untuk mendapatkan pendidikan, kesihatan dan bebas bergerak.
3. Hak untuk mendapatkan perlindungan dan jaminan keselamatan
4. Hak untuk mencari harta dan membelanjakannya

70

PELAJARAN 6 : SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
3.2.3 ELEMEN DAN FUNGSI PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM
Minggu 31
Standard Prestasi :
Diakhir PdPc murid akan dapat
1. Menyatakan pengertian negara Islam
2. Menyenaraikan elemen pembentukan negara Islam
3. Menjelaskan tiga ciri negara Islam
4. Membincangkan tiga prinsip negara Islam
5. Membincangkan fungsi elemen-elemen pembentukan negara Islam dalam sistem pemerintahan Islam

a. Majlis syura
b. Khalifah
c. Wilayah
d. Rakyat
e. Undang-undang
f. Badan Kehakiman
g. Pentadbiran dan penguatkuasaan
6. Menjelaskan matlamat negara Islam
7. Memberikan tiga perbezaan antara negara Islam dengan bukan Islam

6.22 Pengertian negara Islam.

Negara yang mengarahkan segala urusan pemerintahan dan pentadbirannya tunduk kepada hukum Islam yang
bersumberkan al-Quran dan al-Hadis serta ijtihad yang sebenar.

6.23 Elemen pembentukan negara Islam.

Elemen pembentukan Pengertian Kepentingan / Fungsi
negara Islam

Majlis Syura Lembaga mesyuarat tertinggi negara yang Ahli majlis syura membuat keputusan
Khalifah ahlinya terdiri dariapda khalifah, ulama dan berdasarkan keilmuan, keimanan
Wilayah individu yang pakar dalam bidang masing- dan ketakwaan kepada Allah SWT
Rakyat masing.
Undang-undang Mengurus dan mentadbir sesebuah
Pemimpin beragama Islam yang negara
berkelayakan serta menepati syarat-syarat
yang ditetapkan oleh syarak Menentukan kedaulatan dan
keutuhan sesebuah negara.
Satu unit geografi yang dibatasi dengan
sempadan sesebuah kawasan yang Menjaga kedaulatan negara
berada dibawah sesuatu pemerintahan. dari anasir-anasir yang boleh
Ianya merupakan tempat tinggal rakyat menggangu kedaulatan serta
dalam sesuatu negara. keharmonian negara.

Rakyat ialah penduduk bagi sesebuah Memastikan undang-undang
negara yang terdiri dari pelbagai bangsa
dan agama serta keturunan yang berteraskan syariah Islam

Sesuatu peraturan atau keseluruhan dilaksanakan bagi memastikan
peraturan yg digubal (dibuat) oleh kerajaan
dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang kepentingan masyarakat terpelihara
berkenaan dalam sesebuah negara

71

Badan Kehakiman Badan yang bertanggungjawab mentafsir Memastikan hukum dan undang-
dan melaksanakan undang undang. undang yang ditetapkan oleh
Pentadbiran dan Badan ini juga dikenali sebagai sistem Allah SWT dilaksanakan dengan
Penguatkuasaan perundangan dan ahlinya terdiri dari para sepenuhnya
hakim dan majisteret yang biasannya
dilantik oleh ketua negara. Menjalankan tanggungjawab dan
memastikan undang-undang yang
Badan yang bertanggungjawab mentadbir diperuntukkan dilaksanakan dan
dan menguatkuasakan undang-undang dipatuhi
dan syariat Islam seperti Jabatan agama
Islam, Mahkamah syariah, jabatan mufti
dan sebagainya

6.24 Tiga ciri negara Islam. 4. Majlis syura sebagai asas pemerintahan
5. Ketua negara yang adil dan beriman
1. Berdasarkan al-Quran dan al-Hadis. 6. Jaminan kebebasan hak asasi manusia.
2. Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar
3. Mewujudkan keamanan dan kesejahteraan

6.25 Prinsip negara Islam.

Prinsip Negara Islam Keterangan
Musawarah (Al-Syura)
Mesyuarat dijalankan bagi membuat pertimbangan secara kolektif fslsm
Kebebasan (Al-Hurriyyah) mencapai keputusan berdasarkan kertakwaan dan keimanan kepada Allah
Keadilan (Al-Adalah) SWT
Persamaan (Al-Musawah)
Rakyat diberi kebebasan menjalani kehidupan selagi tidak bercanggah dengan
hukum syarak

Semua rakyat mendapat keadilan yang sama tanpa mengira keturunan dan
warna kulit

Setiap individu dilayan dan dihormati tanpa mengira pangkat dan kedudukan
mereka

6.26 Matlamat negara Islam.

1. . Untuk menegakkan perundangan Islam dalam sesebuah negara dengan lebih teratur dan sempurna
2. Untuk menegakkan keadilan kepada semua manusia bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan negara
3. Untuk melaksanakan kebajikan kepada semua manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan.
4. Untuk menjamin hak asasi manusia dapat dilaksanakan dalam negara kepada semua rakyat.

6.27 Tiga perbezaan antara negara Islam dengan bukan Islam.

Bil Negara Islam Negara Bukan Islam
1. Berpandukan al Quran dan al Sunnah berpandukan hukum ciptaan manusia

2. Hak asasi dilindungi hak asasi manusia tidak terjamin asas
3. Syura menjadi asas pemerintahan negara
Pendapat majoriti rakyat sebagai
pemerintahan negara.

72

PELAJARAN 6 : SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
3.2.4 KEPENTINGAN MELAKSANAKAN TUNTUTAN DAN TANGGUNGJAWAB KHILAFAH
3.2.5 PELAKSANAAN SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
Minggu 32

Standard Prestasi :
Diakhir PdPc murid akan dapat
1. Menjelaskan tiga kepentingan melaksanakan tuntutan dan tanggungjawab khilafah
2. Menerangkan tiga kesan pengabaian tugas khalifah.
3. Membincangkan tiga tindakan yang boleh di ambil oleh setiap individu dalam kehidupan bernegara.
4. Menyatakan tiga kesan jika setiap rakyat melaksanakan tanggungjawab dalam negara

6.28 Tiga kepentingan melaksanakan tuntutan dan tanggungjawab khilifah.

Bil Kepentingan melaksanakan Cara
tanggungjawab khilafah

1. Mendapat keredaan Allah Pemerintahan berteraskan al-Quran dan al-Hadis demi meraih
SWT keredaan Allah SWT

2. Mengukuhkan perpaduan Mementingkan sikap saling menghormati dan bertoleransi dalam

dalam masyarakat masyarakat

3. Menjamin keamanan negara Menjalanakn tadbir urus yang menjamin keamanan dan kestabilan
negara.

4. Memastikan pelaksanaan Melaksanakan keadilan terhadap semua pihak agar rakyat tidak
keadilan kepada semua pihak merasa dizalimi

6.29 Tiga kesan pengabaian tugas khalifah.

1. Mendapat kemurkaan Allah SWT dan kesucian agama Islam terancam
2. Berlakunya penyelewengan dalam pentadbiran negara dan masyarakat
3. Terdedah kepada ancaman musuh
4. Pengagihan harta negara secara zalim
5. Gagal melantik orang yang cekap dan amanah untuk membantu mentadbir negara

6.30 Tiga tindakan yang boleh di ambil oleh setiap individu dalam kehidupan bernegara.

1. Sentiasa meningkatkan syiar dan syariat Islam dalam negara
2. Mematuhi segala peraturan dan undang-undang negara seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
3. Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran agar dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
4. Mentaati arahan kerajaan selagi tidak menyalahi syariat Islam
5. Mengamalkan sikap hormat menghormayti antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama
6. Menyelesaikan sesuatu urusan secara rundingan dan muafakat bersama.

73

6.31 Tiga kesan jika setiap rakyat melaksanakan tanggungjawab dalam negara.
1. Gejala sosial seperti kejadian jenayah dapat dikurangkan kerana rakyat memainkan peranan masing-

masing dalam membasmi perbuatan tersebut dalam masyarakat
2. Tugas amar makruf dan nahi mungkar akan dapat dipraktikkan dalam negara dimana semua rakyat

memainkan peranan masing-masing
3. Pertahanan negara menjadi kuat dan tidak ditembusi oleh musuh kerana rakyat yang bersatu padu
6.32 Tiga kesan jika rakyat mengabaikan tanggungkjawab terhadap negara.
1. Berlakunya keruntuhan akhlak serta gejala sosial seperti kejadian jenayah yang berleluasa kerana

mengabaikan tugas sebagai rakyat yang menegur pemimpin
2. Tugas amar makruf dan nahi mungkar terabai menyebabkan berlkunya huru hara dalam negara
3. Pertahanan negara menjadi lemah dan mudah ditembusi oleh musuh kerana rakyat yang berpecah belah
4. Negara mengalami kemunduran dalam pelbagai bidang seperti, ekonomi, politik, sosial, pentadiran dan

sebagainya
5. Berlakunya huru hara dalam negara kerana rakyat saling bermusuhan antara satu sama lain

74


Click to View FlipBook Version