The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fadhiljusri5, 2024-03-12 22:25:39

HUBUNGAN KELAS AGAMA DENGAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS MURID TAHAP DUA DI DAERAH TAWAU

KERTAS CADANGAN TESIS

Keywords: PROPOSAL

i HUBUNGAN KELAS AGAMA DENGAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS JAWI MURID DI DAERAH DI TAWAU MOHAMAD FADHIL BIN JUSRI PISMP PENDIDIKAN ISLAM RENDAH (AMBILAN JUN 2021) DR ISMAIL BIN HUSIN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU 2024


i KANDUNGAN KANDUNGAN i SENARAI JADUAL iii SENARAI RAJAH iv SENARAI SINGKATAN v SENARAI LAMPIRAN vi BAB 1: PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Pernyataan Masalah 2 1.3 Tujuan Kajian 3 1.3.1 Objektif Kajian 3 1.3.2 Persoalan Kajian 3 1.3.3 Hipotesis kajian 4 1.4 Skop Kajian 4 1.4.1 Batasan kajian 4 1.5 Kepentingan Kajian 5 1.5.1 Kementerian Pendidikan Malaysia 5 1.5.2 Jabantan Kemanjuan Agama Islam Malaysia 5 1.5.3 Murid Sekolah Rendah 6 1.6 Definisi Operasional 6 1.6.1 Kelas Agama 6 1.6.2 Jawi 7 1.6.3 Murid Sekolah Rendah 7 1.6.4 Sekolah Rendah 7 1.7 Rumusan 8 BAB 2: Tinjauan Literatur 9 2.1 Pengenalan Konteks kajian 9 2.1.1 Kemahiran 9 2.1.1 Kemahiran menulis dan membaca Jawi 10 2.2 Teori dan Model Kajian 11


ii 2.2.1 Teori Behevorisme 11 2.2.2 Teori Pembelajaran Bloom 12 2.3 Dapatan Kajian Lalu 14 2.4 Kerangka Konseptual 23 2.5 Rumusan Tinjauan Literatur. 24 BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 26 3.1 Pengenalan 26 3.2 Reka Bentuk Kajian 26 3.3 Persampelan 27 3.3.1 Populasi Kajian 27 3.3.2 Saiz Sampel Kajian 28 3.4 Insturmen Kajian 28 3.4.1 Kesahan 29 3.4.2 Kebolehpercayaan 30 3.5 Kajian Rintis 31 3.6 Prosedur Pengumpulan Data 33 3.7 Prosedur Penganalisisan Data 33 3.8 Rumusan 34 RUJUKAN 35 LAMPIRAN 40


iii SENARAI JADUAL Jadual Mukasurat Jadual 1 Teori Bloom 13 Jadual 2 Penentuan saiz sampel berdasarkan populasi 27 Jadual 3 Nilai Cronbach Alpha Setiap Konstruk dalam Instrumen Soal Selidik 31 Jadual 4 Taksiran Skor Cronbach Alpha 32 Jadual 5 Nilai dan Interprestasi Cronbach Alpha Setiap Konstruk 32


iv SENARAI RAJAH Rajah Mukasurat Rajah 1 Kerangka Konseptual 23


v SENARAI SINGKATAN Singkatan KAFA Kelas Agama dan Fardhu Ain JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia KPM Kementerian Pelajaran Malaysia J-QAF Jawi, Al Quran, Arab dan Fardu Ain SPSS The Statistical Packages for the Social Sciences


vi SENARAI LAMPIRAN Lampiran Muka surat Lampiran A Surat Kebenaran 38 Lampiran B Carta Gantt 39 Lampiran C Nilai Kebolehpercayaan (Cronbach Alpha) 40 Lampiran D Instrumen Kajian 41 Lampiran E Supervisor Lampiran F Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie & Morgan (1970) 44


1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Tulisan jawi merupakan salah sebuah warisan bangsa melayu yang amat berharga dalam menunjukkan bahawa bangsa melayu juga memiliki sistem literatur yang sistematik sama seperti tamadun – tamadun besar yang lain (Shakila et al,. 2012). Oleh itu ia perlu dikekalkan dan di ajarkan kepada generasi seterusnnya untuk mengelakkan ianya hilang ditelan zaman. Pada zaman kegemilangan bangsa melayu dahulu tulisan jawi telah digunakan sebagai medium perantaraan dalam perhubungan antarabangsa. Ini dapat dibuktikan degan penemuan-penemuan artifak-artifak serta catatan bersejarah yang ditulis dalam tulisan jawi. Antaranya adalah seperti batu bersurat yang dijumpai di terengganu, hukum kanun melaka, serta Hukum 44 di kedah yang semuanya ditulis dalam tulisan jawi (Siti Nur Anis, 2020). Ini secara jelasnya menunjukkan mengapa tulisan jawi perlu dimartabatkan dan dipelajari oleh generasi kini. Kelas agama merupakan suatu wadah pendidikan yang secara khusus dirancang untuk memahamkan dan mengajarkan nilai-nilai keagamaan kepada para pesertanya. Dalam konteks ini, kelas agama tidak hanya berfungsi sebagai tempat untuk memahami ajaran-ajaran agama tertentu, tetapi juga sebagai forum untuk membentuk karakter dan moral peserta didik sesuai dengan prinsip-prinsip keagamaan yang dipegang (Nur Farah & Harun, 2023). Pelajar boleh memperoleh pemahaman yang mendalam tentang ajaran agama, membangunkan kemahiran untuk melaksanakan ibadah, dan memperoleh asas moral yang kukuh untuk digunakan dalam kehidupan seharian mereka melalui kelas agama (Ruzaimah, Azman & Hilmi, 2017). Oleh itu, kelas agama memainkan peranan penting dalam menentukan identiti agama individu dan memupuk nilai kerohanian dalam masyarakat. Oleh itu, walaupun tulisan jawi merupakan warisan bangsa melayu ia tetap diajarkan di Kelas Agama. Ini menunjukkan sendiri bagaimana dekatnya kaitan


2 bangsa melayu itu sendiri dengan agama islam itu sendiri sehingga tulisan yang digunakan mengambil idea daripada tulisan dalam bahasa arab yang merupakan bahasa yang digunakan di dalam al quran. Oleh itu, dengan adanya kurikulum di sekolah dicampur dengan kelas agama ia mampu untuk membantu serba sedikit kemahiran membaca dan menulis jawi murid. 1.2 Pernyataan Masalah Sejarah pendidikan di Malaysia mencerminkan pengajaran pendidikan Islam melalui pelbagai pendekatan khususnya menggunakan buku atau teks yang ditulis dalam tulisan jawi. Tulisan Jawi adalah hasil pengubahsuaian dan penambahan huruf Arab untuk disesuaikan dengan bahasa Melayu, memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, huruf Ga (ڬ (diperkenalkan berdasarkan bunyi huruf Kaf (ك (dan Jim (ڄ ,(manakala Cha (چ ( berdasarkan bunyi huruf Ta (ت (dan Jim (ج) (al attas, 1990).Tulisan Jawi telah menjadi medium utama pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di sekolah-sekolah Malaysia khususnya dalam konteks pembelajaran al-Quran (Faisal & Faizuri, 2014). Matlamat pelajaran Jawi adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran membaca dan menulis Jawi, membolehkan mereka memahami pelbagai bidang ilmu dalam Pendidikan Islam. Kekangan masa menjadi salah satu punca utama kelemahan murid-murid dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi dengan baik. Ini kerana di sekolah hanya diperuntukkan masa sebanyak 30 minit untuk mengajarkan bidang jawi. Ini membuatkan guru mencari strategi yang berkesan untuk mengajar dalam masa yang singkat. Kekangan masa merupakan salah satu cabaran utama bagi guru dalam melakasanakan kaedah pengajaran abad ke 21 dengan baik dan berkesan (Norazlin & Siti Rahaimah, 2019). Oleh kerana itu, murid yang tidak memiliki akses kepada pemebelajaran di luar waku sekolah seperti kelas agama sukar untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi. Selain itu, persepsi masyarakat sekeliling terhadap kedudukan tulisan jawi juga merupakan salah satu punca murid tidak terlalu minat dengan menguasai kemahiran jawi. Penggunaan tulisan rumi yang lebih banyak digunakan


3 berbanding tulisan jawi dalam kehidupan seharian terutama dalam urusan urusan rasmi (Nur Farah & Harun, 2023). Oleh sebab itulah, tulisan jawi sering diajar hanya untuk formaliti dan hanya untuk melengkap silibus yang telah disediakan oleh KPM. Ini menyebabkan murid mengambil ringan kemahiran jawi ini dan tidak mempelajarinya bersungguh-sungguh. Selain itu, mereka beranggapan bahawa tulisan rumi lebih penting berbanding tulisan jawi. Ini kerana Tulisan jawi tidak penting, sukar dipekajar dan tidak dinilai dalam peperiksaan (Nik Rosila, 2007) 1.3 Tujuan Kajian Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji Hubungan Kelas agama dengan Kemahiran membaca dan menulis jawi murid tahap dua di daerah Tawau. Tambahan pula kajian ini juga bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi murid tahap dua di daerah Tawau. 1.3.1 Objektif Kajian 1. Mengenal Pasti Murid yang menghadiri Kelas Agama 2. Mengenal pasti kemampuan murid dalam menulis dan membaca tulisan Jawi 3. Mengenal pasti pengetahuan murid mengenai tulisan jawi 1.3.2 Persoalan Kajian 1. adakah kelas agama mempengaruhi kemahiran membaca dan menulis tulisan jawi murid? 2. Sejauh manakah tahap penguasaan murid terhadap kemahiran membaca dan menulis tulisan jawi? 3. Adakah pengetahuan murid terhadap tulisan jawi mempengaruhi kemahiran membaca dan menulis tulisan jawi?


4 1.3.3 Hipotesis kajian 1. Terdapat hubungan yang signifikan antara menghadiri kelas agama dengan kemampuan membaca dan menulis tulisan jawi murid. 2. Tidak Terdapat hubungan yang signifikan antara menghadiri kelas agama dengan kemampuan membaca dan menulis tulisan jawi murid. 3. Terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan murid berkenaan tulisan jawi dengan kemapuan membaca dan menulis tulisan jawi. 4. Tidak terdapat hubungan yang signifikan dengan pengetahuan murid terhadap tulisan jawi dengan menghadiri kelas agama. 1.4 Skop Kajian Kajian ini telah memfokuskan kepada hubungan kelas Agama dengan kemahiran membaca dan menulis tulisan jawi murid tahap dua di salah sebuah sekolah di Tawau. Skop kajian ini juga dilakukan terhadap murid-murid tahap dua sekolah rendah dan tidak termasuk murid di sekolah menengah. selain itu, skop kajian dikecilkan kepada sebuah sekolah rendah di daerah Tawau, Sabah sahaja. 1.4.1 Batasan kajian Kajian ini terhad kepada murid-murid tahap dua di sebuah sekolah rendah di daerah Tawau, Sabah sahaja. Tambahan pula, kajian ini hanya memfokuskan kepada hubungan kelas agama dengan kemahiran membaca dan menulis jawi murid tahap dua di salah sebuah sekolah rendah di Tawau, Sabah. Justeru, hasil kajian ini hanya sesuai dan diterima pakai untuk menunjukkan hubungan kelas agama dan kemahiran membaca dan menulis tulisan jawi murid tahap dua di salah sebuah sekolah di tawau dan tidak bolej diguna untuk menunjukkan aspek yang sama di seluruh malaysia. Tambahan pula, dapatan kajian juga tidak digeneralisasikan kepada semua murid tahap dua di negara ini. kerana sistem pengajaran jawi berbeza mengikut kawasan masing-masing.


5 1.5 Kepentingan Kajian Kajian ini dilaksanakan sebagai satu inisiatif unutk menambah serta mengembangkan ilmu pengetahuan tentang kepentingan kelas agama dalam mengatasi masalah-masalah berkaitan pendidikan islam. hasil kajian ini, pengkaji berharap dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak yang terlibat seperti kementerian pendidikan malaysia, jabatan kemajuan islam malaysia dan muridmurid sekolah rendah. 1.5.1 Kementerian Pendidikan Malaysia Perkara ini amat penting untuk diberikan perhatian oleh kementerian pendidikan malaysia. Ini kerana ia melibatkan pengajaran salah satu warisan bangsa kita iaitu tulisan jawi. Namun begitu, kementerian pendidikan malaysia seperti tidak mengambil berat mengenai bagaimana perkembangan generasi terkini mempelajari warisan bangsa itu sendiri dan lebih menekankan kepada aspek-aspek lain seperti sains dan teknologi. Oleh hal yang demikian, kajian ini amat penting bagi pihak kementerian pendidikan malaysia supaya dapat merancang satu sistem yang lebih strategik untuk menangani masalah mempelajari kemahiran jawi dalam kalangan murid-murid di sekolah rendah seperti mengadakan seminar teknik pengajaran jawi kepada guru pendidikan islam, mengadakan bengkel untuk mengajar murid-murid menulis dan membaca tulisan jawi ataupun memperuntukkan lebih masa untuk pengajaran kemahiran jawi dalam silibus pembelajaran. 1.5.2 Jabantan Kemanjuan Agama Islam Malaysia Bukan itu sahaja, Jakim juga memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah ini. ini kerana kelas-kelas agama berada dibawah tanggungjawab mereka. Mereka perlu memastikan bahawa setiap kelas agama mampu untuk menampung murid-murid yang beragama islam untuk


6 mengikutinya. Pihak Jakim juga perlu untuk memastikan semua guru-guru kelas agama tersebut memiliki kemahiran yang diperlukan untuk mengajar terutamanya kemahiran jawi. Ini agar murid-murid dapat dengan lebih mudah mempelajarinya. Ini adalah agar setiap murid beragama islam di daerah tawau mampu mempelajarinya dengan baik berdasarkan ilmu yang mereka dapat di sekolah dan juga di kelas agama. 1.5.3 Murid Sekolah Rendah Kebanyakan murid sekolah rendah tidak ditekankan mengenai subjek pendidikan islam terutamanya bidang jawi. Ini adalah kerana ibubapa mereka tidak sedar dan tahu kepentingan menjaga warisan bangsa ini. Oleh itu, ini membuatkan mereka juga turut tidak berminat untuk mempelajari kemahiran jawi yang membuatkan mereka sukar untuk memahaminya. Oleh itu, ibubapa perlu memberi kesedaran dan memupuk minat dalam diri murid untuk mempelajari kemahiran jawi seperti membeli buku-buku dalam tulisan jawi, mengajar anak membaca alif ba ta sejak berusia 4 tahun dan membantu anak menulis tulisan jawi di rumah. Ini akan menyebabkan mereka menjadi tertarik untuk mempelajari kemahiran jawi dan akan lebih memudahkan mereka untuk menguasainya. 1.6 Definisi Operasional Kajian ini turut melibatkan beberapa istilah seperti kelas agama,jawi, murid sekolah rendah, dan sekolah rendah. 1.6.1 Kelas Agama Kelas agama ialah tempat pembelajaran yang bertujuan untuk mengajar pelajar tentang prinsip dan ajaran agama. Dalam situasi seperti ini, kelas agama berfungsi sebagai tempat di mana pelajar dapat memperdalam pegangan agama mereka, mendapatkan pemahaman tentang kitab suci, dan memahami prinsip moral yang dipegang teguh oleh agama tertentu. Matlamat utama kelas agama


7 bukan sahaja untuk memberitahu pelajar tentang agama, tetapi juga untuk mengajar mereka cara bertindak dan berperilaku mengikut ajaran agama mereka. Kelas agama membantu pelajar memahami kerohanian dan moral dalam konteks agama melalui perbincangan, pemahaman idea, dan amalan ibadat. 1.6.2 Jawi Jawi merujuk kepada sistem penulisan tulisan Arab yang telah disesuaikan untuk menyampaikan teks Melayu. Secara amalinya, Jawi melibatkan penggunaan huruf Arab yang telah diadaptasi dan ditambah agar sesuai dengan fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Secara operasional, pembelajaran Jawi merangkumi pengajaran kemahiran membaca dan menulis menggunakan tulisan jawi khususnya dalam konteks pengajaran agama Islam dan pengajian al-Quran. Penggunaan Jawi sebagai media penulisan juga digunakan dalam bidang seperti warisan budaya, seni dan dokumentasi sejarah Melayu. 1.6.3 Murid Sekolah Rendah Murid sekolah rendah merujuk kepada kriteria dan ciri-ciri yang digunakan untuk mengenal pasti individu yang termasuk dalam kumpulan pelajar di peringkat pendidikan rendah atau asas iaitu antara umur 7 hingga 12 tahun. Secara operasional, Murid sekolah rendah terlibat dalam proses pembelajaran formal yang melibatkan pelbagai mata pelajaran seperti matematik, bahasa, sains dan mata pelajaran lain, mengikut kurikulum yang ditetapkan oleh kementerian pendidikan. Mereka biasanya berada dalam persekitaran sekolah rendah yang menyediakan pendidikan awal dan pembangunan kemahiran asas, membentuk aspek kognitif, sosial dan emosi perkembangan murid pada tahap ini. 1.6.4 Sekolah Rendah


8 Kementerian pendidikan malaysia (2013), menyatakan bahawa terdapat beberapa jenis sekolah yang telah dibahagikan dalam sistem pendidikan di malaysia antaranya ialah sekolah rendah awam, sekolah menengah awam, sekolah swasta dan pilihan pendidikan lain. Dalam kajian ini pengkaji merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan di sekitar Tawau, Sabah 1.7 Rumusan Dalam bab ini telah dihuraikan dan diperjelaskan setiap perkara yang menjadi asas dan hala tuju kajian ini. Pengkaji turut menetapkan objektif yang hendak dicapai di akhir kajian ini. Bukan itu sahaja, beberapa persoalan kajian turut ditentukan berdasarkan objektif yang telah ditetapkan pada awalnya. Setelah itu, hipotesis kajian juga turut dibentuk bersesuaian dengan objektif dan persoalan kajian. Dalam pada itu, pengkaji turut menyatakan kepentingan serta beberapa batasan kajian yang dijalankan. Pada akhir bab ini juga, definisi operasional bagi beberapa istilah penting turut dihuraikan bagi meningkatkan kefahaman yang mendalam terhadap perkara yang hendak dikaji oleh pengkaji


9 BAB 2 Tinjauan Literatur 2.1 Pengenalan Konteks kajian Bab 2 ini akan membincangkan tentang definisi Kemahiran, teori, model dan kajian-kajian pengkaji yang lalu berkenaan perkara yang berkaitan dengan kajian ini. penggunaan teori, model dan dapatan kajian lalu ini amat penting untuk dijadikan sebagai panduan bagi membantu pengkaji supaya lebih memahami dengan jelas tentang permasalahan kajian. Dalam bab ini juga akan memfokuskan kepada hubungan kelas agama dan kemahiran menulis dan membaca jawi murid di salah sebuah sekolah di tawau. Justeru itu, pengkaji akan menerangkan tentang teori, serta beberapa kajian lepas bagi membantu sedikit sebanyak penyelidikan yang mempunyai hubungkait dengan kemahiran menulis dan membaca jawi dalam kalangan murid. Setersunya dapat dijadikan satu panduan yang membawa kepada matlamat sebenar kajian ini. 2.1.1 Kemahiran Kemahiran, pada asasnya, merangkumi semua kebolehan dan kebolehan yang membolehkan individu berinteraksi dan berdaya saing dalam pelbagai aspek kehidupan. Definisi ini melibatkan elemen kognitif, fizikal dan sosial yang bersatu, mencerminkan kerumitan personaliti dan kebolehan manusia. Kemahiran kognitif misalnya melibatkan kebolehan berfikir secara kreatif, menyelesaikan masalah, dan menggunakan pengetahuan dengan berkesan. Ini termasuk kreativiti dan ketajaman intelek yang penting dalam menangani cabaran kehidupan seharian yang kompleks dan dinamik. Aspek kemahiran fizikal pula merangkumi ketangkasan motor dan kemahiran fizikal yang berkaitan dengan pelbagai bidang, seperti industri, sukan, atau kesenian. Kemahiran ini mungkin memerlukan latihan berterusan dan pembangunan fizikal. Manakala, kemahiran sosial pula melibatkan kebolehan berkomunikasi, bekerjasama dan berinteraksi dengan orang lain. Ini amat


10 penting dalam konteks profesional, sosial dan persekitaran yang memerlukan kerjasama dan persefahaman antara individu. Dalam aspek pendidikan, konsep kecekapan sering dikaji secara mendalam oleh pakar pendidikan seperti Howard Gardner dengan teori kecerdasan pelbagainya. Gardner menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kelebihan dan kekuatan dalam pelbagai bidang kepakaran, yang mewujudkan kepelbagaian dan keunikan dalam kebolehan manusia. Pemahaman tentang kemahiran juga terdapat dalam pemikiran penulis buku motivasi dan pengurusan seperti Peter Drucker, yang menekankan kepentingan penyesuaian dan pembelajaran berterusan dalam membangunkan kemahiran yang relevan dengan keperluan semasa. Rujukan kepada definisi kemahiran juga boleh didapati dalam karya terbaru yang membincangkan transformasi tenaga kerja, seperti buku "The Skills Revolution" oleh Michelle Weise. Dalam era globalisasi dan revolusi industri, kemahiran telah menjadi prinsip penting untuk kejayaan peribadi dan profesional. Definisi kemahiran bukan sahaja berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran teknikal tetapi juga melibatkan usaha individu untuk menyesuaikan diri, belajar daripada pengalaman, dan terus berkembang mengikut tuntutan perubahan dunia. Oleh itu, memahami definisi kemahiran merangkumi pelbagai dimensi yang saling berkaitan dan memberi penekanan kepada pembangunan holistik individu dalam menghadapi cabaran semasa dan masa hadapan. 2.1.1 Kemahiran menulis dan membaca Jawi Kebolehan menulis dan membaca Jawi merupakan satu kemahiran yang melibatkan penguasaan sistem tulisan Arab yang telah disesuaikan dengan konteks bahasa Melayu. Kemahiran menulis Jawi melibatkan beberapa aspek penting. Pertama, individu perlu menguasai struktur bahasa dan tatabahasa Jawi untuk dapat menyusun ayat atau teks dengan betul dan berkesan. Kedua, pemilihan perkataan yang sesuai dengan konteks dan maksud yang ingin disampaikan juga memainkan peranan penting dalam kemahiran menulis Jawi. Ketiga, memahami konteks budaya dan nilai yang terkandung dalam tulisan Jawi membantu meningkatkan mutu dan kesan komunikasi melalui tulisan.


11 Dalam konteks penguasaan membaca jawi, individu perlu memahami setiap huruf dan lambang jawi serta cara menggunakannya. Membaca perkataan dan ayat dengan betul merupakan kemahiran asas yang diperlukan untuk memahami maksud yang terkandung dalam teks Jawi. Pemahaman makna yang lebih mendalam juga melibatkan keupayaan untuk mengenali frasa utama, menganalisis struktur ayat, dan mengaitkan konteks yang diberikan. Kebolehan membaca Jawi juga membuka pintu kepada dunia sains dan budaya Melayu yang ditulis dalam tulisan Jawi, membolehkan individu mengakses ilmu yang mungkin tidak terdapat dalam abjad rumi atau biasa. 2.2 Teori dan Model Kajian Kajian ini dijalankan berpandukan beberapa teori yang boleh dijadikan asas bagi kajian yang berkaitan dengan kemahiran jawi. Teori – teori ini dipilih berdasarkan kepentingan untuk melihat perkaitan kelas agama dengan kemahiran menulis dan membaca jawi dalam kehidupan manusia. 2.2.1 Teori Behevorisme Teori behaviorisme yang merupakan asas penting dalam bidang psikologi memberi penekanan khusus kepada kajian tingkah laku yang boleh diukur secara langsung. B.F. Skinner dan John B. Watson, dua tokoh utama dalam perkembangan teori ini menyatakan bahawa tingkah laku manusia boleh dijelaskan melalui pemerhatian objektif tentang bagaimana individu bertindak balas terhadap rangsangan di persekitaran. Skinner, khususnya, memperkenalkan konsep gandingan operan, yang menyatakan bahawa tingkah laku akan dikuatkan atau dilemahkan oleh akibat positif atau negatif yang mengikuti tingkah laku tersebut. Dalam konteks pembelajaran, teori behavioris memberi penekanan kepada proses pembentukan tingkah laku melalui peneguhan atau hukuman. Peneguhan atau ganjaran positif diberikan untuk meningkatkan kecenderungan untuk tingkah laku yang diingini, manakala hukuman digunakan untuk mengurangkan kecenderungan untuk tingkah laku yang tidak diingini. Dalam pendidikan, pendekatan ini diterjemahkan kepada konsep pembelajaran melalui


12 latihan dan pengulangan. Pemahaman dan penguasaan konsep baru difikirkan berlaku melalui pengulangan dan peneguhan positif. Walau bagaimanapun, kritikan terhadap teori behaviorisme muncul menyatakan ketidakupayaannya untuk menjelaskan aspek kognitif dan proses mental yang kompleks dalam pembentukan tingkah laku manusia. Kritikan ini memfokuskan kepada batasan teori ini dalam membincangkan aspek seperti pemikiran, motivasi, dan persepsi. Namun begitu, teori behaviorisme tetap relevan dan menyumbang kepada pemahaman pembentukan tingkah laku manusia khususnya dalam konteks pembelajaran dan interaksi manusia dengan persekitaran sekeliling. Teori behaviorisme yang telah dijelaskan jelas menunjukkan bahawa tanggungjawab guru Jawi terutamanya tertumpu kepada meningkatkan dan mengawasi kemahiran membaca dan menulis pelajar. Faktor persekitaran seperti yang ditekankan oleh tokoh teori ini juga penting untuk memahami dan meningkatkan pemahaman murid tentang bahasa Jawi, terutamanya kemahiran membaca dan menulis. Pelajar boleh meningkatkan pemahaman mereka tentang pembelajaran Jawi dengan mewujudkan persekitaran bilik darjah yang menyenangkan, tidak membosankan dan menarik. Tujuan inisiatif ini adalah untuk mengatasi kelemahan dalam penguasaan tulisan Jawi. Selain itu, guru harus mengutamakan untuk memantau pelajar yang ketinggalan dalam pemahaman atau memerlukan lebih perhatian. Pelajar boleh mengelakkan perasaan terpinggir, mengatasi perasaan malas, dan kekal fokus semasa sesi pembelajaran dengan pendekatan ini. Dengan mengambil kira perkara ini, pendidik boleh membantu murid dengan lebih berkesan dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi yang baik. 2.2.2 Teori Pembelajaran Bloom Taksonomi Bloom, yang menjadi asas penting untuk pembinaan kurikulum dan pengajaran dalam sistem pendidikan, adalah komponen Teori Pembelajaran Bloom yang dicipta oleh Benjamin Bloom dan kumpulannya pada tahun 1956. Menurut taksonomi ini, objektif pembelajaran dibahagikan kepada enam peringkat kognitif progresif: pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis,


13 sintesis, dan penilaian. Diharapkan pelajar dapat mengingat dan memahami konsep atau fakta pada peringkat pengetahuan. Keupayaan untuk menyatakan idea dengan jelas dan terperinci adalah komponen penilaian kefahaman. Penilaian analisis mendorong pelajar untuk berfikir secara kritis tentang perkara yang mereka ketahui, manakala penarafan aplikasi menggalakkan mereka untuk menggunakan pengetahuan mereka dalam konteks dunia sebenar. Selain itu, tahap penilaian melibatkan keupayaan untuk menilai dan menilai secara kritis, manakala tahap sintesis melibatkan keupayaan untuk menggabungkan maklumat dan idea untuk mencipta sesuatu yang baharu. Teori Pembelajaran Bloom menawarkan rangka kerja yang komprehensif untuk mengukur dan mereka bentuk matlamat pembelajaran, yang membentangkan jalan yang jelas ke arah pembelajaran peringkat tinggi. Taksonomi ini boleh digunakan oleh guru untuk membantu mereka bentuk aktiviti pembelajaran yang memerlukan kemahiran kreatif dan pemikiran aras tinggi. Selain itu, teori ini menekankan bahawa elemen afektif seperti sikap dan nilai adalah penting dalam proses pembelajaran kerana ia memberi dimensi pendidikan yang lebih luas. Dengan menggunakan idea ini, pendidik boleh mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih berkesan dan menyokong perkembangan pelajar mereka, membolehkan mereka mencapai tahap pemikiran kritis dan kreatif yang lebih tinggi. Ciri Pelajar Pengajaran Hasil Pembelajaran Kesediaan Kognitif Tahap dan jenis pencapaian Tugasan pembelajaran Kadar pembelajaran Kesediaan Afektif Kesan Afektif Jadual 1. Teori Pembelajaran Bloom(1976) Berdasarkan model di atas, terdapat tiga komponen utama yang mempengaruhi hasil pembelajaran: kualiti pengajaran guru, tugas pembelajaran, dan ciri pelajar.


14 Pelajar mempunyai unsur kesediaan kognitif dan afektif. Tingkah laku inventori pelajar dipengaruhi oleh ketersediaan kognitif, yang mempengaruhi sejauh mana tugas pembelajaran boleh dipelajari. Terdapat juga istilah "kesediaan afektif" yang merujuk kepada sejauh mana sikap dan minat pelajar boleh mempengaruhi cara mereka menyelesaikan tugasan pembelajaran dan mempengaruhi tahap motivasi mereka. Sekiranya pelajar mempunyai kesediaan afektif yang baik dan seimbang, pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan peluang untuk pelajar berjaya dalam tugasan pembelajaran meningkat. Selain itu, konsep tugasan pembelajaran melibatkan pelbagai aspek yang pelajar pelajari, yang mungkin tidak berkaitan. Tugas pembelajaran di sekolah merujuk kepada beberapa tugasan yang telah ditetapkan dalam kursus atau buku teks. Guru perlu bijak merancang pengajaran mereka untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bermakna dan menarik. Seterusnya, kualiti pengajaran guru adalah komponen penting yang menentukan kecekapan pelajar dalam menyelesaikan tugasan pembelajaran. Sejauh mana guru boleh mengoptimumkan penawaran pengajaran, penerangan, dan penyusunan elemen yang berkaitan dengan tugasan pembelajaran adalah antara kualiti pengajaran ini. Guru boleh mewujudkan persekitaran pembelajaran yang memotivasikan dan menyokong pencapaian maksimum dengan melibatkan pelajar secara aktif dan memberikan bimbingan yang berkesan. 2.3 Dapatan Kajian Lalu Tulisan Jawi adalah harta warisan Melayu yang sangat berharga dan harus dijaga dan diwariskan. Umat Islam di Nusantara menggunakan tulisan Jawi sebagai cara utama untuk mendapat maklumat. Tulisan Jawi digunakan secara meluas di seluruh Nusantara, seperti yang ditunjukkan oleh batu bersurat yang ditemui di Kedah dan Terengganu, surat-surat perjanjian jual beli yang ditulis dalam tulisan Jawi, dan Hukum Kanun Melaka yang digunakan pada masa lalu di Melaka. Tulisan Jawi di Pattani juga dipanggil Yawi. Istilah "tulisan Jawi" merujuk kepada cara menulis dalam bahasa Melayu menggunakan huruf Arab dan beberapa huruf lain. Selain itu, tulisan Jawi dianggap sebagai sistem tulisan alternatif di Malaysia (Rashidah et al,. 2019).


15 Tulisan jawi mempunyai peranan yang sangat besar dalam pendidikan dan penyebaran ilmu. Ini ditunjukkan oleh fakta bahawa ulama terkenal di Tanah Melayu menggunakan tulisan jawi kuno untuk menulis semua kitab mereka. Tulis jawi digunakan dalam pendidikan dan dalam bidang pentadbiran, agama dan kesusasteraan di Alam Melayu seiring dengan perkembangan agama Islam. Walau bagaimanapun, pertumbuhan tulisan Jawi terganggu apabila penjajah Barat seperti Portugis, Belanda dan Inggeris tiba di Tanah Melayu. Penjajah ini membawa tulisan Rumi dan mengambil alih pengurusan sekolah agama. Dalam beberapa situasi pendidikan Islam, tulisan Jawi digunakan semula (Rashidah et al,. 2019) Pada mulanya, kajian ini bertujuan untuk menentukan faktor kelemahan yang dialami oleh pelajar dalam penguasaan tulisan jawi, terutamanya dalam bidang membaca dan menulis tulisan jawi. Objektif utama adalah untuk menilai sejauh mana pelajar menguasai kemahiran ini. Tidak semua pelajar mempunyai nasib yang sama dalam pembelajaran, Pelajar tertentu mencapai kejayaan yang luar biasa, manakala pelajar lain mungkin menghadapi kesukaran dalam proses pembelajaran (Fatimah, 2016). Pembelajaran tulisan jawi juga mengalami situasi ini. Pada tahun 1960-an, satu situasi telah berlaku di mana tulisan Jawi digantikan dengan tulisan Rumi dalam penerbitan buku teks menyebabkan penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan pelajar Islam di sekolah merosot. Namun, dalam konteks pengajaran pendidikan Islam, penggunaan tulisan jawi tetap dikekalkan. Perubahan ini kembali mendapat perhatian apabila Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia kelima, memperkenalkan program j-QAF (Jawi-Quran dan Fardhu Ain) di sekolah rendah pada tahun 2005. Usaha ini memberi penekanan baharu kepada Jawi. menulis.dalam kurikulum menarik perhatian kepada penguasaan tulisan jawi dalam kalangan murid (Aminnudin et al,. 2023) Semasa Dr Muhamad Fathi Yusof diwawancara wartawan Harian Metro. Beliau berkata Kementerian Pendidikan tidak memberikan perhatian yang mencukupi kepada tulisan jawi sejak kurikulum lama dilaksanakan di sekolah. Sedangkan tulisan Jawi lebih awal digunakan untuk bahasa Melayu kerana ketika bahasa ini berkembang sebagai bahasa ilmu, tulisan pertama diperkenalkan ialah tulisan Jawi. Dr Muhamad Fathi Yusof menyatakan bahawa


16 jika sistem pendidikan tidak menumpukan sepenuhnya pada pengajaran tulisan jawi, ia boleh menyebabkan generasi muda kehilangan kemahiran membaca dan menulis tulisan jawi. Untuk memastikan kemahiran menulis Jawi kekal dan berkembang, usaha yang lebih khusus dan proaktif perlu dilakukan mulai sekarang. Jika tidak, adalah mungkin bahawa lebih ramai kanak-kanak tidak akan memahami, membaca dan menulis tulisan jawi dengan baik. (Asyikin, 2024) Selain itu, kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa kajian ini memberikan penjelasan yang mendalam dan relevan tentang penguasaan tulisan Jawi pelajar (Asmahanis, 2020). Ia juga menerangkan hubungan antara penguasaan ini dan minat dan pencapaian pelajar. Tetapi kajian ini memberi tumpuan khusus kepada beberapa sekolah rendah, yang mungkin berbeza daripada sekolah rendah vernakular. Kajian ini menjadi rujukan utama Rosila sebagai kajian pertama yang dirujuk semasa menentukan objektif dan matlamat penyiasatannya. Kajian ini menyediakan asas yang kukuh untuk penyelidikan lanjut, menunjukkan bahawa penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan pelajar sekolah menengah adalah penting dan berkaitan. Menurut wakalah berikut (Basri, 1991), laporan kajian IRPA yang telah dijalankan oleh beberapa penyiasat dan penyemak Universiti Malaya di bawah pengawasan Dr. Hassan Basri. Hasil kajian ini membincangkan maklumat dan data yang berkaitan. Namun begitu, pengkaji menyatakan bahawa kajian ini masih boleh disiasat semula kerana sikap dan ciri pelajar cenderung untuk berubah seiring dengan zaman dan keadaan setempat. Perlu diingat bahawa penyelidikan ini telah dijalankan pada akhir tahun 80-an dan awal 1990-an, jadi hasil dan kesimpulan yang diperoleh mungkin perlu diteliti semula untuk memahami perubahan yang berlaku pada masa ini. Sehubungan itu, modul ini memberikan penjelasan mendalam tentang kesan dan keberkesanan latihan pemulihan Jawi yang dilaksanakan oleh guru jQAF (Amran, 2019). Modul tersebut terutamanya melibatkan kebolehan membaca dan mengenal pasti huruf jawi. Ini penting memandangkan mata pelajaran j-QAF pada masa itu hanya diajar kepada pelajar tahun satu. Sebaliknya, kajian Ishak (1998) berdasarkan maklumat khusus mengenai penguasaan Jawi di sekolah menengah di Selangor. Kajian ini dianggap mempunyai kualiti yang tinggi. Oleh itu, perlu diambil kira bahawa sekolah rendah


17 dan sekolah rendah vernakular mempunyai perbezaan yang ketara. Sebagai kesimpulan, modul pemulihan Jawi yang dikaji oleh Daud (2005) dan kajian penguasaan Jawi oleh Ishak (1998) memberikan gambaran yang menyeluruh tentang usaha untuk pemulihan dan penguasaan tulisan Jawi di peringkat sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri luar biasa di seluruh dunia, termasuk ia boleh ditulis dalam kedua-dua tulisan Jawi dan Rumi. Sejarah menunjukkan bahawa tulisan jawi pernah menjadi medium komunikasi yang penting bagi orang Melayu. Tulisan Jawi merupakan gabungan huruf Arab dan huruf Melayu. Menariknya, istilah “tulisan Jawi” hanya digunakan di Malaysia, Singapura, Selatan Thailand dan Brunei Darussalam. Di Indonesia, gaya penulisan ini lebih dikenali sebagai tulisan Melayu Arab atau "Tulisan Melayu Arab." Faktor ini menunjukkan keunikan dan perbezaan istilah berkaitan tulisan jawi di rantau Melayu. (Manan, 2005) Prinsip utama untuk belajar tulisan jawi ialah mengetahui huruf jawi. Keupayaan pelajar untuk mengenal pasti huruf jawi adalah penting sebelum mereka boleh mengembangkan kemahiran mereka dalam membaca dan menulis tulisan jawi yang lebih kompleks. Kemahiran membaca dan menulis huruf jawi juga perlu dikuasai secara menyeluruh (Sharif et al,. 2024). Sebagai contoh, pelajar mesti tahu berapa banyak titik dan di mana setiap huruf Jawi berada. Perkataan yang terhasil tidak boleh dipanggil, dibaca atau difahami jika titik-titik pada huruf tertentu diletakkan dengan tidak betul. Kesilapan ini menunjukkan kemungkinan pelajar tersilap memberikan nombor atau titik pada huruf Jawi tertentu. Oleh itu, memahami dan menguasai kemahiran mengenal huruf jawi adalah langkah penting ke arah pembelajaran tulisan jawi secara menyeluruh. Guru yang berpengalaman akan mencari cara untuk menggalakkan minat dan kecenderungan pelajar mereka. Selain itu, kebijaksanaan guru terletak pada keupayaan untuk menjadi kreatif apabila memilih kaedah pengajaran yang akan menarik minat pelajar dan mendorong mereka untuk mempelajari lebih banyak tentang sesuatu subjek. Guru yang luar biasa boleh dinilai bukan sahaja berdasarkan kebolehan mereka dalam pengajaran, tetapi juga berdasarkan kreativiti yang mereka tunjukkan dan gunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kaedah pengajaran yang inovatif dan menyeronokkan boleh menarik perhatian pelajar dan mengukuhkan ingatan dan pemahaman


18 mereka (Rashidah, Ibrahim, Rahimah, Firdaus & Huda, 2019) (Bohar, 2010)pendekatan ini boleh mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menarik dan berkesan. Manan (2005) memberitahu kami bahawa perkataan "Jawi" berasal daripada perkataan Arab, "Jawah," yang bermaksud semua wilayah, bangsa, atau penduduk asli Asia Tenggara pada zaman dahulu. Penjelasan ini menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia menyedari betapa pentingnya pembelajaran dan penguasaan bahasa Melayu, terutamanya untuk orang Melayu. Tambahan pula, dalam Penyata Kajian Razak 1956, jelas dinyatakan bahawa pelajar Islam mesti diberikan pembelajaran Jawi. Ini menunjukkan bahawa kerajaan bersungguh-sungguh untuk memastikan generasi pelajar Islam di negara ini menyerap dan menguasai pengetahuan dan kemahiran Jawi. Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Bohar (2010) mendapati bahawa markah minimum penguasaan menulis huruf kursif dalam sampel yang dikaji (n=73) ialah 2.96, dengan margin mahir 0.96. Ini menunjukkan bahawa pelajar mudah menulis tulisan jawi. Selain itu, dalam sampel yang sama (n=73), kebolehan menukar perkataan Rumi kepada Jawi mendapat skor minimum 1.73, manakala margin kemahiran ialah 0.83. Keputusan ini menunjukkan bahawa menukar perkataan Rumi kepada Jawi menunjukkan penguasaan tulisan Jawi yang rendah. Analisis ini menunjukkan kesukaran dalam menguasai kemahiran menulis Jawi, terutamanya dalam pertukaran perkataan daripada tulisan Rumi kepada tulisan Jawi. hasil peperiksaan menunjukkan penguasaan bahasa Jawi dalam kalangan pelajar tahun dua sekolah rendah masih rendah (Ahmad, 2014). Selain itu, 41.82 peratus pelajar gagal menulis tulisan jawi, terutamanya menyambung huruf jawi yang diberikan. Keputusan ini menunjukkan bahawa penguasaan murid dalam menulis Jawi tidak stabil. Tambahan pula, kemahiran menyambung huruf jawi sepatutnya telah dikuasai pada tahap satu pada tahun sebelumnya. Ini menunjukkan bahawa isu ini memerlukan penekanan yang lebih besar untuk pemulihan yang lebih berkesan. Untuk meningkatkan penguasaan tulisan jawi pelajar dan mengubah sikap dan minat mereka, guru Pendidikan Islam biasanya mengintegrasikan pelbagai pendekatan, strategi dan kaedah pedagogi yang berkesan (Ahmad, 2014).


19 Namun begitu, sejak kebelakangan ini, terdapat banyak isu penting yang dibangkitkan yang mengecam kualiti pengajaran guru (Harun & Katutu, 2014). Selain itu, kajian menunjukkan bahawa cara guru mengajar Pendidikan Islam mempunyai kelemahan, yang secara tidak langsung menyumbang kepada kekurangan penguasaan pelajar dalam Pendidikan Islam tulisan jawi (Nik Rosila, 2007). Oleh itu, untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut, guru Pendidikan Islam mesti menilai semula kaedah pengajaran mereka dan memperbaiki kelemahan. Keadaan ini menunjukkan bahawa guru pendidikan Islam hanya berada pada tahap yang mudah apabila ia datang untuk membangkitkan rasa ingin tahu murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Ini terutamanya berlaku apabila mereka menggunakan teknik soalan dan kaedah sumbangsaran (Nik Rosila, 2007). Semasa menilai proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, guru mesti menyesuaikan pengajaran mereka dengan keperluan individu pelajar, keseluruhan kelas, bahan pengajaran, dan polisi guru (Nik Rosila, 2007). Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa beberapa guru pendidikan Islam tidak menyediakan dan mereka bentuk pengajaran dengan betul. Sebuah kajian yang dilakukan singapura mendapati bahawa pelajar menilai guru Pendidikan Islam mereka sebagai mengajar tanpa persediaan yang mencukupi, yang mengakibatkan penyampaian pengajaran yang tidak teratur. Ini menekankan betapa pentingnya guru pendidikan Islam untuk berusaha lebih keras untuk membuat dan menyediakan pengajaran supaya ia mempunyai kesan yang lebih positif terhadap proses pembelajaran pelajar (Khamis, Aziz, Musa & Othman, 2015). Selain itu, kajian itu mendapati bahawa hanya 7.5% pelajar bersetuju dengan frasa "Guru menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran." Sebaliknya, kebanyakan pelajar tidak bersetuju bahawa guru Pendidikan Islam mereka menggunakan bahan bantu mengajar dalam pengajaran mereka (Nahar & Safar, 2016). Menurut penyelidikan lain, guru pendidikan Islam didapati kurang menggunakan bahan bantu mengajar (Nahar & Safar, 2016). Mereka juga didapati kurang berkebolehan untuk mengawal bahan bantu mengajar moden, yang termasuk penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) (Lubis, Hasan & Hamzah, 2017). Selain itu, guru tertentu lebih suka menggunakan buku teks sebagai bahan bantu mengajar utama


20 (Mahamod, Itam & Hamat, 2016). Ini adalah masalah kerana penggunaan bahan bantu mengajar adalah komponen penting dalam meningkatkan pemahaman pelajar tentang pembelajaran Jawi. Ia juga merupakan komponen penting yang mempengaruhi kejayaan guru dalam memberi pendidikan. Oleh itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan berkualiti diperlukan untuk pengajaran Islam dan Jawi. Menurut kajian Rosila (2007), tidak terdapat perbezaan yang ketara antara minat pelajar terhadap pendidikan Islam dan tahap penguasaan Jawi yang lemah, mudah, dan mahir. Indikator "Seronok belajar mata pelajaran lain berbanding mata pelajaran Islam" tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan bahawa sebilangan besar pelajar yang mampu menguasai Bahasa Jawa tetapi tidak berminat untuk mengikuti pengajian tinggi Islam tidak berminat. Keadaan ini menunjukkan bahawa guru mungkin tidak mengajar dengan baik dalam membangkitkan minat pelajar terhadap subjek tersebut (Saufee, 2006) Saufee (2006) mendapati bahawa latar belakang dan persekitaran pelajar sangat berkaitan dengan pencapaian mereka. Sebilangan ibu bapa tidak mempunyai pendedahan atau pengetahuan awal tentang tulisan jawi, dan mereka juga tidak menyedari kepentingan tulisan jawi. Selain itu, sikap negatif pelajar mempengaruhi cara mereka belajar. Oleh itu, untuk meningkatkan penggunaan tulisan jawi, beberapa idea telah dikemukakan sebagai usaha berterusan untuk mengembalikan kegemilangan tulisan jawi dan menekankan betapa pentingnya ia seiring dengan tulisan lain di dunia. Sejarah tulisan Jawi mempunyai banyak cabaran dan halangan. Tulisan Jawi menghadapi banyak cabaran dan persaingan, Pertama, tulisan Jawi bersaing dengan tulisan Rumi, yang dianggap sebagai tulisan utama dalam bahasa Melayu (Yusoff, 2005). Ini adalah hasil daripada undang-undang yang dibuat pada tahun 1963 yang menetapkan bahawa bahasa Rumi adalah tulisan rasmi bagi bahasa Melayu di Malaysia, seperti yang dinyatakan dalam Akta Bahasa 1963. Oleh itu, tulisan Jawi semakin terpinggir dalam bahasa Melayu. Cabaran kedua ialah orang bukan Melayu, yang lebih ramai daripada orang Melayu di seluruh Malaysia, menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan tulisan Jawi, walaupun keadaan bahasa Melayu masih boleh


21 digunakan (Fatah & Ashaari, 2020). Ini disebabkan oleh fakta bahawa sebilangan besar individu bukan beragama Islam, dan oleh itu, mereka mungkin tidak merasa perlu untuk menerima tulisan Jawi. Tambahan pula, pedoman ejaan Jawi masih mempunyai kelemahan, terutamanya dalam beberapa pengecualian. Termasuk dalam kategori ini ialah Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan (EJYD). Oleh itu, garis panduan ejaan yang sedia ada tidak lengkap dan tidak dapat menyelaraskan ejaan perkataan dalam bahasa Melayu (Abdullah, Zurina & Adi, 2020). Walaupun vokal Jawi hanya terdiri daripada tiga huruf, huruf ini masih berfungsi sebagai vokal tambahan. Bahasa Melayu mempunyai enam vokal. Ini menunjukkan bahawa tulisan Jawi masih kurang digunakan dalam bahasa Melayu, yang merupakan kelemahan yang ketara berbanding tulisan Rumi. Di sisi lain, tulisan Jawi dianggap lebih baik daripada tulisan Rumi (Herniti, 2017). Sebagaimana yang dinyatakan oleh Nik Abdullah (2019), terdapat beberapa isu yang dihadapi oleh pelajar apabila mereka menggunakan bahasa Jawi. Pertama sekali, pelajar mesti bertanding dalam kemahiran menulis Rumi, yang biasanya diajar dalam mata pelajaran lain. Dengan keadaan ini, pembelajaran tulisan jawi menjadi lebih mencabar untuk pelajar. Penggunaan buku teks dalam tulisan jawi juga dianggap sebagai faktor yang menyebabkan pelajar lebih sukar untuk belajar pendidikan Islam. Pelajar sering menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bantuan atau penjelasan daripada orang lain apabila mereka cuba memahami kandungan tulisan jawi. Ini boleh menjejaskan kefahaman pelajar dan pencapaian mereka dalam tulisan jawi. Menurut kajian Kadir, Muhammad & Yusof (2022) terdapat pelbagai sebab mengapa pelajar kurang mahir dalam penguasaan bahasa Jawi. Salah satu sebabnya ialah masa yang tidak mencukupi untuk sesi pengajaran dan pembelajaran Jawi. Pelajar mungkin tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk memahami tulisan jawi dan menguasainya dengan baik. Selain itu, bahan bantu mengajar Jawi kekurangan. Proses pembelajaran Jawi boleh menjadi tidak menarik dan tidak berkesan jika tiada alat yang mencukupi. Guru yang tidak mempunyai kemahiran khas dalam tulisan jawi juga memberi kesan buruk kepada pelajar mereka. Kerana kekurangan penguasaan dan pendekatan yang sesuai, pelajar mungkin menghadapi kesukaran jika guru menggunakan tulisan jawi dalam pengajaran mereka. Oleh itu, usaha perlu dilakukan untuk


22 menyediakan bahan bantu mengajar yang mencukupi dan meningkatkan penguasaan guru dalam tulisan jawi untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan keraguan yang ketara mengenai peringkat penguasaan kemahiran membaca dan menulis Jawi pelajar. Menurut Nik Abdullah (2019), pelajar akan menghadapi kesukaran untuk memahami subjek pendidikan Islam di sekolah jika mereka tidak mahir menulis jawi.Beliau menekankan bahawa menguasai tulisan Jawi adalah penting untuk memahami subjek pendidikan Islam. Oleh itu, beliau menggalakkan setiap orang yang terlibat untuk memainkan peranan dalam memperbaiki keadaan ini dengan mengatasi setiap kelemahan yang dikenal pasti oleh pengkaji. Diharapkan kefahaman dan pembelajaran dalam Pendidikan Islam akan dipertingkatkan dengan meningkatkan penguasaan tulisan jawi. Secara keseluruhannya, ketidakmampuan untuk menulis dengan betul dalam tulisan jawi boleh menjejaskan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Penguasaan pelajar dalam aspek membaca al-Quran juga boleh terjejas secara automatik jika mereka tidak mahir dalam tulisan jawi. Seperti yang dinyatakan oleh Yunus (2016), guru memainkan peranan yang sangat penting dalam proses penyampaian ilmu. Kajian ini menekankan betapa pentingnya guru dalam memastikan matlamat dan objektif pembelajaran dicapai.Guru bertanggungjawab untuk memberikan pelajaran yang berkesan kepada pelajar dan memberi mereka sokongan yang mencukupi untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis tulisan jawi. Kesungguhan guru untuk membantu pelajar memahami dan menguasai tulisan jawi akan membentuk generasi yang mahir dalam bidang ini. Ini bukan sahaja warisan budaya yang menjadi kebanggaan orang Melayu, tetapi juga komponen penting dalam pemahaman dan pelaksanaan prinsip agama Islam. Nik Rosila (2007) menyatakan bahawa kajian beliau mengesahkan bahawa kemahiran membaca dan menulis Jawi adalah penting untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam kerana bahan pengajaran dan pembelajaran Islam secara amnya ditulis dalam tulisan Jawi. Oleh itu, pelajar mesti mempunyai kemahiran membaca dan menulis Jawi supaya mereka boleh mempelajari alQuran dengan lancar dan mudah.


23 2.4 Kerangka Konseptual Rajah 1 Kerangka Konseptual (Diadaptasi dan Dimodifikasi Melalui Asmahanis, 2020) Kerangka konseptual kajian ini menggambarkan keseluruhan kajian dengan memaparkan hubungan antara model yang digunakan dalam kajian (Madekhan, 2018). Di samping itu, kerangka konseptual ini juga merupakan prosedur berterusan dalam pengumpulan maklumat yang di atur ke arah pembentukan hubungan antara pemboleh ubah yang diteroka (Miles & Huberman, 1994) Hubungan Kelas Agama dengan Kemahiran Membaca dan Menulis Jawi Murid Tahap 2 Di Daerah Tawau Jadual Krecjie Morgan


24 Dalam kerangka konseptual kajian ini mempunyai beberapa bahagian yang telah disusun oleh pengkaji salah satunya adalah demografi yang menhuraikan tentang maklumat responden seperti jantina, Darjah dan Kelas agama yang dihadiri. Manakala, pengetahuan dalam bidang tulisan Jawi adalah untuk mengukur sejauh mana tahap pengetahuan tulisan Jawi terhadap responden. Cabang yang selanjutnya pula adalah kemahiran yang terdiri daripada kemahiran membaca dan menulis tulisan Jawi. Dalam aspek membaca adalah untuk mengukur tahap kemahiran pelajar dalam membaca tulisan Jawi manakala dari aspek menulis adalah untuk mengenalpasti tahap kemahiran pelajar dalam menulis tulisan Jawi (Yusof & Zulkifli, 2021). Dalam pelaksanaan soal selidik pengkaji menggunkan model yang diasaskan oleh Krecjie Morgan untuk menentukan sampel dan populasi responden. Dalam aspek pengetahuan, pelajar sekolah rendah didedahkan dengan pemahaman serta pengetahuan sedia ada mereka mengenai pembelajaran yang menggunakan medium tulisan Jawi seperti Pendidikan Islam. Manakala. dari sudut hasil menunjukkan dapatan serta output yang diperolehi murid tahap dua dalam kemahiran membaca dan menulis tulisan Jawi daripada aspek pergerakan dan pengetahuan tulisan Jawi yang digunakan dalam medium matapelajaran tulisan Jawi. Kesimpulan daripada kerangka ini adalah untuk mengukur tahap peguasaan pelajar terhadap kemahiran membaca dan menulis serta mengkaji adakah ia berpunca daripada kelas-kelas agama yang dihadiri. 2.5 Rumusan Tinjauan Literatur. Berdasarkan dapatan-dapatan kajian lalu, pengkaji menadapati bahawa semua pihak perlu memainkan peranan penting dan mengambil tindakan drastik untuk memulihkan kehidupan tulisan Jawi. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertanggungjawab untuk melihat tulisan Jawi sebagai seni yang mulia dalam masyarakat Melayu dan bertanggungjawab untuk menjaga dan merekodkan tulisan jawi dalam Sistem Pendidikan Negeri tanpa mengabaikan kepentingannya. KPM juga perlu melihat dan menyokong tulisan jawi. Sebagai


25 warganegara dan warga pendidik, guru pendidikan Islam harus memainkan peranan penting dalam mengajar pelajar mereka cara menulis jawi. Guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar mereka dalam tulisan jawi. Oleh itu, murid-murid perlu meningkatkan dan menguasai kemahiran membaca dan menulis tulisan jawi dengan bantuan guru dan ibu bapa.


26 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Dalam bab ini, pengkaji akan memfokuskan perbincangan kepada metadologi atau prosedur-prosedur yang digunakan bagi merealisasikan kajian ini. Berdasarkan kajian ini, reka bentuk kajian dipilih mengikut kesesuaian dengan persoalan kajian. Seterusnya, instrumen kajian disediakan sebagai alat bagi mengukur kesesuaian dengan objektif dan persoalan kajian. Bukan itu sahaja, instrumen yang disediakan akan menjalani proses kesahan kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran dalam pelaksanaan kajian rintis Sebaik sahaja mendapat kelulusan dalam menjalankan kajian, pengumpulan dan penganalisisan data dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Package for Socal Science Version 27.0 (SPSS 27.0) sebelum diterjemah kepada dapatan kajian. 3.2 Reka Bentuk Kajian Dalam sesebuah penyelidikan, data kuantitatif dan kualitatif adalah metodologi yang berbeza, tetapi kedua-duanya berfungsi bersama (Barlian, 2018). Pendekatan kuantitatif mengutamakan pengumpulan data statistik dan nombor untuk mengkaji secara sistematik hubungan, corak atau trend. Untuk mendapatkan data yang boleh diukur secara berangka, penyelidik dalam kajian kuantitatif menggunakan alat seperti soalan kuar atau ukuran objektif (Muhson, 2006). Dalam kajian kualitatif, sebaliknya, pemahaman yang mendalam dan penjelasan fenomena adalah tumpuan utama (Agusta, 2003). Data deskriptif, seperti pemerhatian, temu bual dan analisis teks, diperoleh melalui kaedah ini. Penyelidik yang menjalankan kajian kualitatif berusaha untuk mendapatkan pemahaman tentang konteks, persepsi dan makna fenomena yang dikaji. Mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing untuk kedua-dua pendekatan, dan pilihan antara pendekatan kuantitatif atau kualitatif biasanya bergantung pada persoalan kajian, matlamatnya, dan jenis fenomena yang akan dikaji.


27 Kajian tinjauan yang dijalankan oleh pengkaji menggunaan metode data kuantitatif dalam mengkaji aspek-aspek yang diigini. Ini kerana metode pelaksanaan kajian tinjauan memerlukan pengkaji mengumpul maklumat daripada instrumen soal selidik yang telah diberakan kepada populasi yang ingin dikaji (Jailani, 2023). Seterusnya, data-data deskiriptif yang diperolehi akan dianalisis dan dipersembahkan dengan statistik kekerapan, peratusan dan min. manakala data-data inteferensi yang diperolehi dianalisis dan dipersembahkan dalam ujian-t bagi mencari hubungan kelas agama dengan kemahiran membaca dan menulis jawi murid tahap dua di salah sebuah sekolah daerah Tawau. Bertitik tolak daripada itu, soal selidik tersebut dikendalikan secara atas talian menggunakan perisian “Google Form” di mana murid-murid diberi masa tertentu untuk menjawab soal selidik yang diberikan. 3.3 Persampelan 3.3.1 Populasi Kajian Sampel daripada koleksi kecil yang sedia ada dipilih secara rawak secara berstrata untuk kajian ini. Kajian ini melibatkan beberapa buah sekolah di daerah Tawau. Kajian ini lebih tertumpu kepada murid Tahap Dua. Daripada jumlah populasi yang diperolehi, pengkaji akan memilih sampel melalui populasi kajian bagi mewakili sesebuah kajian yang hendak dilaksanakan dan saiz sampel yang diperlukan perlulah mempunyai sekurang-kurangnya 30 orang responden. Perkara ini adalah untuk memastikan bilangan populasi kajian dapat menentukan jumlah bagi saiz sampel kajian dengan menggunakan kaedah jadual penentuan saiz sampel oleh krejcie dan morgan(1970). Populasi Sampel 200 127 210 132 220 136 Jadual 2: Penentuan saiz sampel berdasarkan populasi Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh penkaji, bilangan populasi kajian adalah terdiri daripada murid-murid tahap dua di daerah tawau daripada dua buah sekolah yang dipilih secara rawak. Jumlah populasi bagi murid-murid


28 tahap dua di dua buah sekolah tersebut adalah seramai 200 orang. Oleh hal demikina, berdasarkan jumlah populasi tersebut, seramai 127 orang sampel akan digunakan oleh pengkaji, sebagai responden bagi soal selidik kajian berdasarkan penentuan saiz sampel krejcie dan morgan (1970) dalam jadual 2 3.3.2 Saiz Sampel Kajian Sampel adalah satu kumpulan kecil daripada sesebuah populasi yang menjadi sasaran pengkaji untuk melakukan sesebuah kajian. Persampelan merupakan satu proses dimana sebilangan kecil daripada populasi dipilih untuk menjadi bahan bantuan untuk penkaji mencari generalisasi mengenai sesebuah populasi. Oleh itu, saiz sampel 127 adalah berpadanan dengan saiz populasi iaitu 200 menurut jadual kerjcie dan morgan (1970). Ini adalah untuk memastikan sampel yang digunakan menepati keperluan kajian. 3.4 Insturmen Kajian Kajian ini menggunakan insturmen soal selidik deskriptif dan inferensi untuk membantu dalam proses pengumpulan data dan menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan. Untuk mengkaji hubungan antara sekolah agama dan kemahiran membaca dan menulis jawi murid tahap dua sekolah rendah di beberapa buah sekolah di sekitar Tawau, pengkaji telah menggunakan soal selidik yang diubah suai daripada soal selidik kajian terdahulu, kerana menurut Mohd Najib (2003), instrumen berbentuk soal selidik mudah ditadbir dan datanya mudah diproses. Pengkaji telah menggunakan soal selidik sebagai alat kajian, berbanding dengan kaedah lain, soal selidik memberikan pengkaji keyakinan yang lebih besar bahawa responden akan memberikan respons yang berkesan kepada topik yang dikaji(Harun & Ghani, 2016). Selain itu, soal selidik boleh mengumpul data dengan lebih tepat. penggunaan soal selidik ini juga boleh membantu pengkaji berhubung dengan responden dengan lebih cepat. Selain itu, untuk menjimatkan masa dan tenaga pengkaji, soal selidik ini diubah suai untuk memenuhi objektif kajian. Dalam soal selidik ini, terdapat empat bahagian. Bahagian A termasuk soalan mengenai jantina, darjah dan


29 kelas agama responden. Seterusnya, bahagian B terdiri daripada sebelas soalan yang digunakan untuk mengukur tahap penguasaan responden dalam tulisan jawi; bahagian C terdiri daripada sembilan soalan yang menilai perasaan dan pengalaman responden semasa menghadiri kelas agama. Sedangkan bahagian D terdiri daripada sembilan soalan yang menilai pengetahuan murid tentang tulisan jawi. Untuk memudahkan proses kajian, kesemua item yang dibentuk juga menggunakan format skala likert lima mata. Tujuan format ini adalah untuk membolehkan responden memilih jawapan yang tepat dan fleksibel. Terdapat lima kategori dalam skala Likert iaitu 1 (sangat lemah), 2 (lemah), 3 (sederhana), 4 (baik), dan 5 (sangat baik). Analisis kuantitatif telah dijalankan terhadap data dan maklumat yang diperoleh daripada responden. Oleh itu, instrumen soal selidik sangat sesuai untuk digunakan kerana ia mudah untuk mengumpul data dan sesuai dengan saiz populasi. Jadual 3: Konstruk Soal Selidik Bahagian Bil. Soalan A Demografi Responden 4 B Kemahiran Membaca dan Menulis Jawi Murid Tahap Dua 11 C Persepsi dan Pengalaman Menghadiri Kelas Agama 9 D Pengetahahuan Murid Tahap Dua mengenai Tulisan Jawi 10 3.4.1 Kesahan Seperti yang dinyatakan oleh Kerlinger dan Lee (2000), kedua-dua kesahan dan kebolehpercayaan instrumen adalah penting untuk memastikan bahawa hasil yang diperoleh boleh dipercayai dan tidak dipercayai. Pertama, pengkaji lalah memastikan kesahan instrumen sebelum menentukan kebolehpercayaannya. Untuk memastikan kandungan soal selidik adalah betul, pengkaji mendapatkan pengesahan daripada pensyarah pakar penyelidikan untuk mengubah suai soal selidik, dan kemudian disemak oleh penyelia untuk memastikan struktur bahasa


30 yang digunakan adalah betul dan sesuai. Pengkaji menjalankan kajian rintis di beberapa sekolah di daerah Tawau yang bukan terdiri daripada responden sebenar kajian selepas menyelesaikan semua prosedur yang diperlukan untuk memastikan instrumen adalah sah. 3.4.2 Kebolehpercayaan Setelah selesai proses melihat kesahan instrumen barulah beralih ke proses kajian rintis. Untuk memastikan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan, kajian rintis ini dijalankan. Kebolehpercayaan alat pengukuran ditakrifkan sebagai tahap keupayaannya untuk mengukur pembolehubah yang ditetapkan dan data yang sepatutnya diukur, menurut Chua (2012). Oleh itu, untuk menilai tahap kebolehpercayaan dalaman alat kajian, peneliti telah menggunakan model Cronbach Alpha. Kebolehpercayaan soal selidik dan ujian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah bertujuan untuk menentukan sama ada soal selidik dan ujian itu memberi bantuan kepada pelajar atau sebaliknya. Kebolehpercayaan juga, menurut Bougie (2009) adalah penilaian yang menunjukkan bahawa borang soal selidik yang digunakan oleh pengkaji bebas daripada sebarang ketidakjujuran. Ujian kebolehpercayaan diperlukan untuk mengukur kestabilan dan ketekalan borang soal selidik untuk mengukur idea dan membantu dalam menentukan sama ada baik atau tidak borang soalan selidik. Tujuan ujian kebolehpercayaan adalah untuk memastikan keupayaan soalan soal selidik untuk mencapai hasil yang serupa dalam keadaan yang berbeza setanding (Wah, Ali & Salleh, 2008). Oleh itu, seperti yang dinyatakan oleh Sekaran dan Bougie (2009), Kebolehpercayaan adalah berkaitan dengan nilai cronbach alpha. Sebaliknya, jika niai menunjukkan bahawa kebolehpercayaan kajian adalah di bawah tahap niali 0.60 menunjukkan bahawa instrumen itu tidak melepasi tahap yang diperlukan untuk dijalankan. Pada masa yang sama, Hasil daripada penyelidikan ini, nilai kebolehpercayaan instrumen yang telah saya gunakan semasa kajian rintis adalah 0.808 iaitu berada pada tahap yang boleh diterima dalam model cronbach alpha.


31 Jadual 3: Nilai Cronbach Alpha Setiap Konstruk dalam Instrumen Soal Selidik Cronbach’s Alpha Bil Item Soalan Konstruk 0.933 11 Kemahiran membaca dan menulis Jawi Murid Tahap 2 0.934 9 Pengalaman dan Persepsi Murid Menghadiri Kelas Agama 0.901 11 Pengetahuan Murid tahap Dua mengenai Tulisan Jawi 3.5 Kajian Rintis Tujuan kajian rintis ini adalah untuk menentukan kedua-dua tahap ketekalan instrumen pengukuran yang digunakan dan kebolehpercayaan setiap item dalam soal selidik (Noor, 2017). Sebelum kajian sebenar dijalankan, kajian rintis perlu dijalankan untuk mengetahui sejauh mana responden memahami setiap pernyataan dan item yang digunakan. Selain itu, tujuan kajian rintis ini adalah untuk mengkaji kefahaman responden terhadap struktur ayat dan item soal selidik tertentu. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengkaji isu yang mungkin muncul sebelum kajian sebenar dijalankan (Mohd Amin et al,. 2018). Menurut Rashid (2023), objektif kajian rintis adalah untuk mengetahui sama ada item sesuai dengan keadaan sampel. Oleh itu, item yang tidak sesuai, tidak jelas atau mengelirukan perlu diperbaiki atau digugurkan secara langsung. Kajian rintis kemudiannya dijalankan di kalangan 30 murid sekolah rendah di Tawau, Sabah, untuk menilai kebolehpercayaan instrumen. Beberapa guru ini dipilih untuk kajian rintis kerana latar belakang sekolah dan diri mereka serupa dengan responden sebenar kajian. Tujuannya adalah supaya keputusan mengenai kebolehpercayaan alat kajian ini dapat menunjukkan kesesuaiannya dengan kajian sebenar. Hasil daripada kajian rintis, instrumen kajian mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, dengan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach 0.808 untuk semua 30 item. Memandangkan instrumen soal selidik yang digunakan dalam kajian ini mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan, menurut


32 Bond dan Fox (2015), nilai Cronbach Alpha yang boleh diterima kebolehpercayaannya ialah 0.71–0.99. Oleh itu, instrumen soal selidik ini boleh diterima dan digunakan dalam kajian sebenar. Jadual 4: Taksiran Skor Cronbach Alpha (Bond dan Fox, 2015) Skor Cronbach Alpha Interprestasi Kebolehpercayaan 0.8 - 1.0 Sangat baik dan Efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi 0.7 – 0.8 Baik dan Boleh Diterima 0.6 – 0.7 Boleh Diterima <0.6 Item Perlu Diperbaiki <0.5 Item Perlu Diperbaiki Memandangkan instrumen soal selidik yang digunakan dalam kajian ini mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan, menurut Bond dan Fox (2015), nilai Cronbach Alpha yang boleh diterima kebolehpercayaannya ialah 0.71–0.99. Oleh itu, instrumen soal selidik ini boleh diterima dan digunakan dalam kajian sebenar. Jadual 5: Nilai dan Interprestasi Cronbach Alpha Setiap Konstruk Konstruk Crombach Alpha Interprestasi Kebolehpercayaan Kemahiran Membaca dan Menulis Jawi Murid Tahap Dua 0.933 Sangat baik dan Efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi Pengalaman Dan Persepsi Menghadiri Kelas Agama 0.934 Sangat baik dan Efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi


33 Pengetahuan Murid Tahap Dua Mengenai Tulisan Jawi 0.901 Sangat baik dan Efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi 3.6 Prosedur Pengumpulan Data Untuk memastikan kajian dijalankan dengan lancar dan mengikut format yang ditetapkan oleh penyelia, pengkaji mesti mematuhi beberapa prosedur. Sebelum kajian sebenar dijalankan, pengkaji terlebih dahulu akan menulis kertas cadangan penyelidikan. Penyelia kajian akan menerima kertas cadangan penyelidikan untuk semakan dan maklum balas. Tajuk, kepentingan dan objektif kajian, hipotesis dan kerangka konseptual, teori atau model, instrumen soal selidik, dan lain-lain adalah antara elemen yang diambil kira. Untuk mendapatkan maklum balas melalui borang soal selidik, pengkaji terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau dan guru besar kedua-dua sekolah yang terlibat di sekitar Tawau untuk menjalankan kajian. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, pengkaji menghantar borang soal selidik dan surat memohon kerjasama daripada guru besar sekolah yang terlibat. Selepas itu, borang soal selidik dihantar kepada semua murid tahap dua yang terlibat dalam kajian. Selain itu, responden diberi masa satu minggu untuk menyelesaikan borang soal selidik sepenuhnya. Seterusnya, pengkaji mengumpul semula borang soal selidik yang telah dijawab oleh pelajar tahap 2 untuk analisis. 3.7 Prosedur Penganalisisan Data Perisian Statistical Package for Social Science, atau SPSS versi 27.0, akan digunakan untuk mengumpul dan menganalisis semua data yang diperoleh. Di beberapa sekolah rendah di daerah Tawau, analisis memberi tumpuan kepada hubungan antara sekolah agama dan kemahiran membaca dan menulis jawi murid tahap dua. Ini selaras dengan objektif kajian. Oleh itu, untuk menjawab


34 persoalan kajian secara keseluruhan, pengkaji menggunakan kekerapan, peratus, min, dan sisihan piawai untuk mendapatkan data keseluruhan. Sementara itu, untuk menganalisis data yang melibatkan inferensi, pengkaji menggunakan ujian-t. Ini bertujuan untuk menentukan perbezaan dalam kemahiran membaca dan menulis jawi antara pelajar lelaki dan perempuan di sekolah agama, maahad tahfiz, kelas tambahan dan KAFA. 3.8 Rumusan Bab ini membincangkan metodologi yang digunakan oleh pengkaji untuk menjalankan kajian. Seperti yang dinyatakan dalam Bab 1, metodologi ini digunakan untuk menjawab soalan kajian. Oleh kerana instrumen soal selidik boleh diubah suai, pengkaji boleh menganalisis data dengan lebih mudah. Selain itu, kerana tindak balas hanya perlu memilih satu jawapan daripada pernyataan soalan, ia juga tepat. Seterusnya, penemuan kajian akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam bab berikut berdasarkan faedah analisis data.


35 RUJUKAN Abdullah, Zurina & Adi. (2020). Peminggirna Tulisan Jawi Sebagai Lambang Jati Diri Melayu: Satu Kajian Tinjauan. Abandonment of Jawi Script as a Symbol of Malay Identity. A Case Observation Research. The Sultan Alaudin Sulaiman Shah Jounal, 244-255. Agusta. (2003). Teknik pengumpulan dan analisis data kualitatif. Bogor: Pusat Penelitian Sosial Ekonomi. Ahmad. (2014). Penguasaan Kemahiran Menulis Jawi. al attas. (1990). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Aminnudin, Nurshaqqira, Nuwaira, Azmina & Aqilah. (2023). Tahap penguasaan Tulisan Jawi dalam kalangan murid tahun 4 di Sekolah Kota Raja, Panchor, Muar, Johor. Journal of Malay Languages, Education and Literature. Amran. (2019). Persepsi guru Pendidikan Islam Terhadap Pengetahuan Kemahiran dan Sikap Pelajar Lepasan Program J-QAF. Tesis, 19-22. Asmahanis. (2020). Tahap Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Tulisan Jawi Dalam Kalangan Pelajar Menengah Rendah Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kenari. 20-27. Asyikin. (2024). Tulisan Jawi adalah identiti negara. Kuala Lumpur: Harian Metro. Barlian. (2018). Metodologi penelititan kualitatif & kuantitatif. Bohar. (2010). penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi dalam kalangan murid murid tahap 1 sekolah-sekolah kebangsaan program latihan perguruan berasaskan sekolah kpli(sr)-lpbs-j-qaf ambilan januari 2009 . Keningau: IPGM. Bond & Fox. (2015). Applying the Rasch Model: Fundamental Measurement in the human science (2nd ed). Mahwah, New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates. Bougie & Sekaran. (2009). Research Methods for Business: A Skill building Approach (5th ed). South Africa: Rosslyn Publishers.


36 Chua. (2012). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Buku 2. Kuala Lumpur: The Mcgraw Hill. Faisal & Faizuri. (2014). SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI: ANALISIS MENGENAI TEORI KANG KYOUNG SEOK (Historical Development of Jawi Script: Analysis to Theory of Kang Kyoung Seok). Journal of Al-Tamaddun. Fatah & Ashaari. (2020). Asimilasi Masyarakat Cina dengan Orang Melayu di Kelantan [Asimilation of Chinese Comunity and Malays in Kelantan]. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (e-ISSN: 2600-9080), 3(2), 186-198. Fatimah. (2016). Permasalahan penguasaan pelajaran jawi dalam kalangan murid tahun tiga. Jurnal Pendidikan. Harun & Ghani. (2016). Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik amalan belajar pelajar berpencapaian rendah sekolah berasrama penuh. Jurnal Kemanusiaan. Harun & Katutu. (2014). Pengajaran Seni Khat dan Tulisan Jawi Dalam Pendidikan Islam: Peluang, Cabaran dan Harapan. Seminar Kebangsaan Penyelidikan dan Pendidikan Islam Politeknik, 1-19. Herniti. (2017). Islam dan perkembangan bahasa Melayu. Jurnal Lektur Keagamaan, 81-96. Jailani. (2023). Teknik Pengumpulan Data Dan Instrumen Penelitian Ilmiah Pendidikan Pada Pendekatan Kualitatif dan Kuantitatif. IHSAN: Jurnal Pendidikan Islam, 1-9. Kadir, Muhammad & Yusof. (2022). Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Kemahiran Menulis Jawi dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah. Kerlinger & Lee. (2000). Foundation of Behavorial Research ( 4 th ed.) . United States: Wadsworth Thomson Learning. Khamis, Aziz, Musa & Othman. (2015). Tahap Kemahiran Tulisan Jawi Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Di Singapuran. Sidang Editorial. Krejcie & Morgan. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and psychological measurement, 607-610.


37 Lubis, Hasan & Hamzah. (2017). Tahap pengetahuan dan kesediaan guru-guru pendidikan islam sekolah menengah di Selangor terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran pendidikan islam. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization(ACER-J), 1(1), 1- 13. Madekhan. (2018). Posisi Dan Fungsi Teori dalam Penelitian Kualitatif. Reforma: Jurnal Pendidikan Pembelajaran, 62-69. Mahamod, Itam & Hamat. (2016). Sikap guru Bahasa Melayu sekolah rendah terhadap penggunaan buku teks Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 17-30. Miles & Huberman. (19984). Qualitative data analysis: an expanded sourcebook. sage. Mohd Amin, Abdul Rahman, Razali & Abdul Wahab. (2018). Pemeliharaan Tulisan Jawi dan Penggunaan Tulisan Jawi di Media: Kajian Persepsi Pelajar Melayu di UNITEN. Jurnal Sains Insani. Mohd Najib. (2003). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Muhson. (2006). Teknik analisis kuantitatif. Yogyakarta: Universitas Negeri Yogyakarta. Nahar & Safar. (2016). Amalan Pengajaran Jawi Dalam Pendidikan Masa Kini: Suatu tinjauan. Tinta Artikulasi membina ummah, 70-85. Nik Abdullah . (2019). Penulisan Jawi dalam mata pelajaran pendidikan al quran dan al sunnah di peringkat menengah: isu dan cabaran. Jurnal KIAS, 1- 30. Nik Rosila. (2007). PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT . Jurnal Pendidik dan Pendidikan,. Noor. (2017). Elemen kemahiran pensyarah cemerlang Pendidikan Islam di Politeknik Premier: Satu Kajian Rintis. O-JIE Online Journal of Islamic Education. Norazlin & Siti Rahaimah. (2019). Amalan dan Cabaran Pelaksanaan PembelajaranAbad Ke-21. Proceedings of the International Conference


38 on Islamic CivilizationandTechnology Management. Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti PendidikanSultanIdris. Nur Farah & Harun. (2023). CABARAN GURU KELAS AGAMA FARDU AIN SEKOLAH RENDAH . Tinta Artikulasi Membina Ummah 9(1). Rashid, Sani, Sabilan, Hamzah & Hashim. (2023). Pendekatan Intervensi Murid Tercicir Bagi Subjek Jawi di Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor: Kajian Rintis. e-jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 37-49. Rashidah, Ibrahim, Rahimah, Firdaus & Huda. (2019). Pemerkasaan Tulisan Jawi Dahulu dan Kini . International Journal of Civilization Studies and Human Science. Ruzaimah, Azman & Hilmi. (2017). PERMASALAHAN DALAM PERLAKSANAAN PROGRAM KELAS AL QURAN DAN FARDU AIN (KAFA) DI DAERAH PENDANG KEDAH. Journal of Islamic, Social, Economics and Development. Saufee. (2006). Penguasaan tulisan jawi di kalangan murid-murid tahap satu si salah sebuah sekolah rendah di daerah meradong. Shakila, Husain, Rafiuddin, Mikdar, Hisyam. (2012). CABARAN SEMASA TULISAN JAWI SEBAGAI WARISAN MASYARAKAT PERADABAN BANGSA MELAYU. Journak of Techno-Social. Sharif, Saali, Kamarudin,Esrati & Kamarulzaman. (2024). Tahap Penguasaan Tulisan Jawi Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas. International Journal of Advance Research in Education and Society. Siti Nur Anis. (2020). Hukum Kanun Melaka: Simbol Keindahan Melayu. Jabatan Warisan Negara. Wah, Ali & Salleh. (2008). Pembinaan Dan Pengesahan Ujian Membaca Perkataan Dan Ujian Mengeja Untuk Tujuan Mengenal Pasti Disleksia: Kajian Rintis. Jounal of Educators & Education. Yunus. (n.d.). Keberkesanan Kad Imbasan bergambar dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata jawi dalam kalangan murid tahun 5 sekolah kebangsaan parit jawa, muar, johor. 2015, 2.


39 Yusof & Zulkifli. (2021). Tahap Kefahaman dan Kemahiran pengajaran matapelajaran jawi dalam kalangan guru pendidikan islam. Jounal of Quran Sunnah Education and Special Needs (JQSS). Yusoff. (2005). Perkembangan tulisan jawi dan aplikasinya dalam masyarakat islam di malaysia. Jurnal Usuluddin, 23-28.


40 LAMPIRAN Surat Kebenaran


41 Carta Gant


42 Nilai Kepercayaan Cronbach Alpha


43 Instrumen Kajian INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU INSTRUMEN SOAL SELIDIK HUBUNGAN SEKOLAH AGAMA DENGAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS JAWI MURID TAHAP DUA DI DAERAH TAWAU Instrumen soal selidik ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan sekolah agama dengan kemahiran membaca dan menulis jawi murid tahap dua di daerah Tawau. Kerjasama menjawab soal selidik secara jujur dan ikhlas amat diharapkan supaya pengkaji dapat maklumat yang tepat. Maklumat berguna untuk penambahbaikan dimasa hadapan. Semua maklumat yang anda berikan adalah sulit. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian bagi mengenalpasti; 1. Mengenal Pasti Murid yang menghadiri Kelas Agama 2. Mengenal pasti kemampuan murid dalam menulis dan membaca tulisan Jawi 3. Mengenal pasti pengetahuan murid mengenai tulisan jawi PERSOALAN KAJIAN 1. adakah kelas agama mempengaruhi kemahiran membaca dan menulis tulisan jawi murid? 2. Sejauh manakah tahap penguasaan murid terhadap kemahiran membaca dan menulis tulisan jawi? 3. Adakah pengetahuan murid terhadap tulisan jawi mempengaruhi kemahiran membaca dan menulis tulisan jawi? A: DEMOGRAFI RESPONDEN Sila tandakan ( / ) di petak yang berkenaan. A1. Jantina : a. Lelaki b. Perempuan A2. Darjah a. (4) b. (5) c. (6)


Click to View FlipBook Version