The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suhadaamin96, 2021-09-30 02:40:25

Buku Program PIBG 2021

Buku Program PIBG 2021

SK KOTA MASAI 3
PASIR GUDANG, JOHOR

MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

KALI KE– 4

TARIKH : 3 OKTOBER 2021

HARI : AHAD

MASA : 9.00 PAGI

PLATFORM : GOOGLE MEET &

FB LIVE SKeMAS3

INTISARI KANDUNGAN

Surat Notis Mesyuarat 3
Kata Alu-aluan Guru Besar 4
Kata Alu-aluan Yang Dipertua PIBG 5
Tentatif 6
Jawatankuasa Induk Mesyuarat Agung PIBG ke-4 8
Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-4 9
Agenda Mesyuarat Agung PIBG kali ke-4 11
Ahli Jawatankuasa PIBG SK Kota Masai 3 sesi 2020/2021 12
Maklumat Mesyuarat Agung Sekolah-Sekolah Negeri Johor 2020/2021 13
Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-3 14-18
Laporan Kegiatan PIBG 20-21
Laporan Kewangan PIBG 23
Laporan Pemeriksa Kira-Kira 24
Pembentangan Usul 26-30
Mutiara Kata 31
Penghargaan
32

2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA MASAI 3
Jalan Ciku Utama 1 Tel : 07-2561467
Taman Kota Masai Fax : 07-2561469
81700 Pasir Gudang, Email : [email protected]
____________________________________________________________________________

Rujukan Kami : JBA1139/100-9/2/2 ( )
Tarikh : 14 September 2021

Kepada;

Ibubapa / Penjaga Murid,
SK Kota Masai 3,

Pasir Gudang.

Melalui Guru Besar,
SK Kota Masai 3,

81700, Pasir Gudang,

Johor Darul Takzim.

Tuan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK KOTA MASAI 3
KALI KE-4

Berhubung dengan perkara di atas, dimaklumkan bahawa Persatuan Ibubapa dan Guru ( PIBG )
SK Kota Masai 3 akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke- 4 seperti ketetapan

berikut :-

Tarikh : 3 OKTOBER 2021
Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi
Platform : Google Meet dan Facebook Live

2. Tuan/puan dijemput bersama menyertai pertemuan ini sebagai tanda keprihatinan dan
kebersamaan dalam PIBG dan sokongan terhadap pendidikan anak-anak selain mempamerkan

rasa tanggungjawab dan tugas sebagai ibubapa.

3. Kehadiran serta kerjasama daripada tuan/puan amat dihargai. Semoga dalam makluman
dan tindakan tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD ZAINUDIN BIN SAHIR)
Yang Dipertua PIBG,
SK Kota Masai 3,
Pasir Gudang, Johor.

s.k.SK KOTA MASAI 3

3

SEKALUNG BUDI

GURU BESAR SK KOTA MASAI 3

Asalamualaikum dan salam sejahtera,

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) SK Kota Masai 3 kerana dapat berganding bahu
untuk menganjurkan Mesyuarat Agung untuk kali yang ke-4 pada tahun ini.

Sesungguhnya pertemuan seperti ini amat dialu-alukan agar
wujudnya ketelusan dalam penyampaian maklumat berkaitan pendidikan
selain mempererat hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa.

Seperti yang kita sedia maklum, PIBG menjadi jambatan penghubung
antara ibu bapa dengan pihak sekolah. Kesungguhan PIBG mengaturkan
pelbagai aktiviti pembangunan insan khususnya kepada ibu bapa dan
penjaga sememangnya amat diharap-harapkan agar wujudnya
kesinambungan usaha antara sekolah dan ibu bapa.

Ini sejajar dengan hasrat kita untuk melihat setiap anak didik yang
berada di SK Kota Masai 3 ini mendapat kemudahan pembelajaran, ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang semaksimum untuk bekalan mereka
selepas meninggalkan sekolah ini dan persediaan untuk ke peringkat yang
lebih tinggi. Oleh kerana itu setiap ibu bapa tidak seharusnya membiarkan
semua ini hanya menjadi tatapan semata-mata.

Kita harus sentiasa berusaha dengan pantas untuk memastikan anak -
anak kita dapat menempatkan diri bagi merebut segala peluang
pembelajaran yang disediakan di sekolah. Gunakanlah peluang ini untuk
meneroka potensi anak-anak dan membantu mereka menjalani hidup
sebagai satu proses yang bermakna dan menggembirakan. Semoga
anak-anak kita mampu memberikan sumbangan yang bermakna kepada
keluarga, masyarakat dan negara, Insya Allah. Selamat bersidang.

Sekian, terima kasih

(ASROL FAEZAL BIN AHMAD)
Guru Besar,
SK Kota Masai 3,

4

SEKAPUR SIRIH
YANG DIPERTUA PIBG

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh ,

Alhamdulillah, pertama-tamanya saya dahulukan dengan setinggi-tinggi
kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya dapat saya
mencurahkan sepatah dua kata di ruangan sekapur sirih ini sebagai
perkongsian bersama dalam mendokong misi dan visi gemilang sekolah.

Sebagaimana kita semua maklum, objektif utama PIBG adalah
membantu dan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melonjakkan
pencapaian yang gemilang dalam bidang akademik, kokurikulum dan
sebagainya. Disamping itu, PIBG menjadi medium untuk bersama-sama
mengatasi sebarang masalah yang mungkin timbul sama ada secara dalaman
atau luaran. Oleh yang demikian PIBG akan berusaha lebih keras, berganding
bahu untuk memastikan pencapaian cemerlang sekolah dilonjakkan menjadi
sekolah gemilang.

Saya selaku Yang Di Pertua PIBG sekolah ini sangat-sangat berterima
kasih atas segala kerjasama, sumbangan idea dan tenaga yang diberikan oleh
pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan kakitangan yang sentiasa bersama
tidak kira susah dan senang dalam menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan
oleh PIBG.

Semoga segala usaha dan kerjasama yang sedia ada dapat
dimantapkan lagi dan menyerlahkan lagi imej sekolah sebagai sekolah
cemerlang.

Akhir kata, renungkanlah kata-kata ini,`Kalau bukan kita, siapa? Kalau
bukan sekarang, bila?’.

Sekian, terima kasih dan selamat bersidang.

(MOHD ZAINUDIN BIN SAHIR)
Yang Di Pertua ,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Kota Masai 3

5

Tentatif

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke– 4
SK Kota Masai 3

8.30 pagi :Pendaftaran

8.45 pagi :Ketibaan YDP PIBG

9.00 pagi :Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
:Bacaan Doa

9.10 pagi :Ucapan En. Asrol Faezal bin Ahmad
Guru Besar SK Kota Masai 3

9.15 pagi :Ucapan En. Mohd Zainudin bin Sahir
YDP PIBG SK Kota Masai 3 sesi 2020/2021
:Ucapan Perasmian

9.30 pagi :Mesyuarat Agung ke-4 bersidang

10.00 pagi :Penyampaian Cenderamata dan
Sijil AJK PIBG sesi 2020/2021

10.00 pagi :Cabutan bertuah -

10.30 pagi :Bersurai

6

JAWATANKUASA
KERJA

MESYUARAT
AGUNG PIBG

KALI KE-4

7

JAWATANKUASA INDUK
MESYUARAT AGUNG KALI KE- 4
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK KOTA MASAI 3

SESI 2020/2021

Ex-Officio : En. Asrol Faezal bin Ahmad
Guru Besar SK Kota Masai 3

Pengerusi : En. Mohd Zainudin bin Sahir
Yang Dipertua PIBG

Timbalan Pengerusi: En. Nor Faizal Shafri bin Ahmad
Naib Yang Dipertua PIBG

Naib Pengerusi 1 : En. Muhammad Zaki bin Hitam
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi 2 : Pn. Nor’azah bt Ya’kob
Guru Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi 3 : Pn.Shafika bt Ishak
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Naib Pengerusi 4 : En. Mohd Faiz bin Nandari
Guru Penolong Kanan Petang

Naib Pengerusi 5 : Pn.Norazah bt Busra
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

Setiausaha : En. Mohd Fairuz bin Wahab

Naib Setiausaha : Pn. Siti Norlina bt Mohd Isa

Bendahari : Pn. Fatin Munira bt Ishak
Pn. Nur Qistina Thomas
Naib Bendahari :

8

AJK PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK KOTA MASAI 3 KALI KE-4

BACAAN DOA BUKU PROGRAM
En. Muhammad Ehsan bin Makhtar En.Mohd Fairuz bin Wahab
Cik Suhada Fatimah bt Mohamad
PENGACARA MAJLIS Amin
Pn.Nor Akmar bt Amon
PENCATAT MINIT
PERSIAPAN BILIK MESYUARAT Pn.Suhana bt Misni
( SEBELUM DAN SELEPAS ) Pn.Norazila bt Sehman
En. Ahmad Zulhilmi bin Aminnudin
Pekerja Kebersihan CABUTAN BERTUAH/CENDERAMATA &
SIJIL PIBG
URUSETIA/HOST/PENGENDALI TEKNI- Pn. Fatin Munira bt Ishak
KAL GM & FACEBOOK LIVE Pn.Nadia Hafiza bt Abdul Majid
En. Velmurugan a/l Sivalingham Pn. Nor Qistina Thomas
En.Sivanesan a/l Velavan
Cik Thelaga a/p C.Loganathan LAPORAN BERTULIS DAN BERGAMBAR
Pn. Nor Shazayana bt Sakir
JURUGAMBAR
En. Muhammad Ehsan bin Makhtar PENDAFTARAN
En.Mohd Fairuz bin Wahab
BANNER SIARAYA/ PUBLISTI FB En. Muhammad Ehsan bin Makhtar
En. Muhammad Hafizudin bin
Kamaruzaman

9

AGENDA
MESYUARAT AGUNG PIBG

KALI KE-4
TAHUN 2021

10

AGENDA MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA MASAI 3
KALI KE-4
SESI 2020/2021

1. Ucapan pengerusi.
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu bertarikh

8 Mac 2020.
3. Membentang dan mengesahkan penyata kewangan tahunan PIBG

mulai 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020.
4. Membentang dan membahaskan usul.
5. Hal-hal lain.
6. Ucapan penangguhan.

11

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA MASAI 3
SESI 2020/2021

Ex-Officio : En. Asrol Faezal bin Ahmad
Yang Dipertua : En. Mohd Zainudin bin Sahir
Naib Yang Dipertua : En. Nor Faizal Shafri bin Ahmad

Setiausaha : En . Mohd Fairuz bin Wahab
Naib Setiausaha : Pn. Siti Norlina bt Mohd Isa
Bendahari : Pn. Fatin Munira bt Ishak
Naib Bendahari : Pn. Nor Qistina Thomas

Ahli Jawatankuasa : ( Wakil ibu bapa )
En. Abdul Mo’azin bin Jabal
En. Mohd Sofi bin Omar
En. Mohd Fauzan bin Jamhuri
Pn. Noraizan bt Mohd Ali
Pn. Amutha a/p Laomanan

( Wakil guru )
En. Muhamad Hafizudin bin Kamaruzaman
En. Muhammad Ehsan bin Makhtar
En. Ahmad Zulhilmi bin Aminnudin
Pn. Suhana bt Misrni

Pemeriksa kira-kira : Pn. Nor Shazayana bt Sakir (Guru)
Pn. Rahayu bt Sabtu (Ibu bapa)

Pemegang Amanah : Pn Siti Norhayati bt Mat Noh (Ibu bapa)

12

MAKLUMAT MESYUARAT AGUNG

SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR TAHUN 2020

NAMA SEKOLAH : SK KOTA MASAI 3

DAERAH : PASIR GUDANG

NO. PENDAFTARAN PIBG : JPNJ/31/0704

TARIKH MESYUARAT AGUNG : 8 MAC 2020 ( AHAD)

SUMBANGAN PIBG YANG DIPUTUSKAN DALAM MESYUARAT AGUNG : RM 50.00

( Ringgit Malaysia : Lima Puluh Sahaja )

SENARAI AJK PIBG SESI 2020 / 2021

BIL NAMA JAWATAN

1 En. Mohd Zainudin bin Sahir Yang Dipertua
2 En. Nor Faizal Shafri bin Ahmad Naib Yang Dipertua

3 En. Mohd Fairuz bin Wahab Setiausaha
4 Pn. Siti Norlina bt Mohd Isa Naib Setiausaha
5 Pn. Fatin Munira bt Ishak Bendahari
6 Pn. Nor Qistina Thomas Naib Bendahari
7 En. Abdul Mo’azin bin Jabal AJK Ibu Bapa
8 En. Mohd Sofi bin Omar AJK Ibu Bapa
9 En. Mohd Fauzan bin Jamhuri AJK Ibu Bapa

10 Pn. Noraizan binti Mohd Ali AJK Ibu Bapa
11 Pn. Amutha A/P Laomanan AJK Ibu Bapa

12 En. Muhamad Hafizudin bin Kamaruzaman AJK Guru

13 En. Muhammad Ehsan bin Makhtar AJK Guru

14 En. Ahmad Zulhilmi Bin Aminnudin AJK Guru

15 Pn. Suhana bt Misni AJK Guru
16 Pn. Nor Shazayana binti Sakir Pemeriksa Kira-Kira
17 Pn. Rahayu binti Sabtu Pemeriksa Kira-Kira

18 Pn Siti Norhayati bt Mat Noh Pemegang Amanah

Disahkan oleh, Cop Sekolah;

(ASROL FAEZAL BIN AHMAD)
Guru Besar,
SK Kota Masai 3

13

SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA MASAI 3
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

KALI KE– 3

Tarikh : 8 Mac 2020
Masa
Tempat : 7.30 pagi –12.30 tengah hari
Kehadiran
: Dewan Sinar Gemilang SK Kota Masai 3

: Ibu Bapa (seramai 183 orang)

Guru (seramai 67 orang)

Jumlah (seramai 250 orang)

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan Pengerusi.
2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu

bertarikh 24 Februari 2019.
3. Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan PIBG mulai

1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019.
4. Membentang dan membahaskan usul.
5. Perlantikan Pengerusi Sementara
6. Pelantikan AJK PIBG sesi 2020/2021
7. Hal-Hal Lain
8. Ucapan penangguhan.

14

Agenda Butiran

1 Ucapan Pengerusi

1.1 YDP memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab Al Fatihah
dan mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa ke Mesyuarat
Agung PIBG kali ke 3.

1.2 Beliau memaklumkan bahawa pertambahan murid SKKM3 sehingga
mencapai 40 orang dalam satu kelas.

1.3 Beliau meminta kerjasama ibu bapa untuk membantu pihak sekolah
terutamanya dalam aspek keselamatan murid-murid.

1.4 Beliau juga mengharapkan agar perbincangan harmoni bagi
menjaga hubungan baik antara sesama ibu bapa dan guru terus terjalin
kukuh demi kesejahteraan dan kecemerlangan anak-anak di sekolah.

1.5 Ibu bapa diminta membantu pihak sekolah terutamanya dalam
aspek pemantauan keselamatan murid.

1.6 Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada pihak sekolah dan AJK PIBG (ibu bapa) yang gigih membuat
persiapan untuk menjayakan majlis pada hari ini.

Tindakan/makluman : Semua yang hadir

2 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat

2.1 Setiausaha PIBG, Pn.Noryana bt Ibun membentangkan Minit
Mesyuarat Agung Kali ke-2/2019 untuk disahkan.

Dicadangkan pengesahan oleh : Pn Siti Nor Hayati binti Mat Noh
Disokong pengesahan oleh : Pn Norlaila binti Hashim

Tindakan/makluman : Semua yang hadir

3 Membentangkan Penyata Kewangan PIBG 2019

3.1 Penyata kewangan dibentangkan oleh Pn. Fatin Munirah binti Ishak.

3.2 Beliau memaklumkan duit masuk pada awal tahun adalah
berjumlah RM 47,777.00. Duit keluar pula berjumlah RM 34,842.00. Oleh
itu, baki akhir tahun pada 07/03/2020 berjumlah RM 12,934.20.

3.3 Pengesahan penyata kewangan :

Dicadangkan pengesahan oleh : Pn Rohana binti Rahman.

Disokong pengesahan oleh : Pn Rosmawati binti Othman.

Tindakan/makluman : Semua yang hadir

15

Agenda Butiran
4 Membahaskan Usul

4.1 Usul 1 (Perkara 5.1) – Tidak hadir
-Penjelasan YDP :
YDP memaklumkan bahawa anggota RELA dibayar gaji

mengikut hari iaitu RM 60.00 seorang. Kerjasama ibu bapa untuk
membantu pihak sekolah dalam pemantauan keselamatan anak
pergi dan balik sekolah dalam keadaan terkawal.

4.2 Usul 2 (Perkara 5.2) – Tidak hadir

4.3 Usul 3 (Perkara 5.3) – Tidak hadir
-Penjelasan guru besar :
Pihak sekolah memohon maaf atas kerana tidak dapat

memenuhi tuntutan waktu seperti dalam usul kerana
persekolahan berjalan 2 sesi pagi dan petang. Ini menyebabkan
waktu tidak mencukupi. Waktu tersebut tidak sesuai dijalankan
untuk sekolah 2 sesi.

4.4 Usul 4 (Perkara 5.4) – Tidak hadir

4.5 Usul 5 (Perkara 5.5) – Tidak hadir
-Penjelasan Guru Besar :
Pelantikan ketua darjah telah dilaksanakan dan ada panel

yang akan membuat penilaian dan pemilihan mestilah telus dan
jujur bagi memastikan murid tersebut layak dilantik. Pemilihan
ketua darjah memerlukan kos yang minimum untuk perbelanjaan
baju uniform.

Tindakan/makluman : Semua yang hadir

5 Perlantikan Pengerusi Sementara

5.1 Dicadangkan dan disokong : Semua ibu bapa yang hadir
(En Mohd Zainudin bin Sahir).

Tindakan/makluman : Semua yang hadir

6 Perlantikan AJK PIBG Sesi 2020/2021

6.1 Guru Besar memaklumkan pelantikan AJK guru akan
dibincangkan pada peringkat sekolah nanti.

6.2 Guru Besar memaklumkan bahawa Jawatankuasa PIBG yang
dilantik akan memegang jawatan selama 2 tahun iaitu bagi sesi
penggal 2020/2021.

16

Agenda Butiran

6.3 Calon YDP PIBG :
-Pn Siti Nor Hayati binti Mat Noh mencadangkan agar

mengekalkan En Mohd Zainudin bin Sahir sebagai Yang DiPertua
PIBG SK Kota Masai 3.

Cadangan tersebut disokong oleh Pn Norlela binti Hashim.
Cadangan ditutup telah dicadangkan oleh Pn Nor Aida binti
Khairuddin.

6.4 Calon NYDP :
-Pn Siti Norlina binti Mohd Isa mencadangkan agar

mengekalkan En Nor Faizal Shafri bin Ahmad sebagai Naib Yang
Di Pertua PIBG SK Kota Masai 3.

Cadangan tersebut disokong oleh Pn Arsina binti Abdullah.
Cadangan diutup telah dicadangkan oleh Pn Latifah binti
Tompang.

6.5 Calon AJK PIBG :
-Pn Aishah binti Kamorudin mencadangkan agar

mengekalkan AJK PIBG 2019 untuk tahun ini.

-Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh semua ibu
bapa yang hadir dalam mesyuarat hari ini. Pelantikan AJK PIBG
2019 yang tidak hadir akan dibubarkan serta merta dan diganti
dengan AJK yang baharu.

6.6 Calon AJK PIBG yang baharu :

-Pengerusi Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Pendidikan Khas
iaitu Cik Nurul Jannah binti Khamis secara tidak langsung dilantik
serta merta sebagai AJK PIBG.

-En Muhd Rafflees :
Dicadangkan oleh Pn Noraizan bin Mohd Ali.
Disokong oleh Pn Rozita.

-Pn Amutha A/P Laomanan :
Dicadangkan oleh Pn Rokiah binti Dollah.

-En Mohd Fauzan bin Jamali :
Dicadangkan oleh Pn Noraizan bin Mohd Ali.
Disokong oleh Pn Siti Norlina binti Mohd Isa.

-Pn Siti Nor Hayati binti Mat Noh : 17
Dicadangkan oleh Pn Norhana binti Rahmat.
Disokong oleh Pn Arsina binti Abdillah.

Agenda Butiran
7 Hal-hal Lain

7.1 Sumbangan PIBG diputuskan dengan persetujuan majoriti
bernilai RM 50.00 setiap keluarga seperti kutipan pada tahun
lepas.

7.2 Sumbangan keceriaan dan pembangunan sebanyak
RM 20.00 juga telah dipersetujui oleh semua hadirin yang hadir.

7.3 Kutipan sumbangan boleh dijelaskan secara ansuran dan
kaunter PIBG akan dibuka di tempat letak kereta selepas
mesyuarat ini.

8 Ucapan Penangguhan

8.1 Pengerusi berharap agar setiap aktiviti yang dirancang
dapat dijalankan dengan baik demi masa depan anak-anak
serta kerjasama yang utuh dapat dilahirkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh,

URUSETIA
Mesyuarat AJK PIBG Bil 3/2020,
SK Kota Masai 3.

Tarikh : 08 Mac 2020

18

LAPORAN KEGIATAN PIBG
SK KOTA MASAI 3
1 JANUARI 2020
HINGGA
31 DISEMBER 2020

19

LAPORAN KEGIATAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK KOTA MASAI 3

SESI 2020 / 2021
Aktiviti –aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2020 ialah:

1.Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-3
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-3 telah diadakan pada 8 Mac 2020

dengan jayanya.
2.Mesyuarat AJK PIBG

Mesyuarat telah diadakan sebanyak 8 kali bagi membincangkan
perkara-perkara yang menjurus ke arah kecemerlangan sekolah dan
murid di samping mencari sumber kewangan bagi menambah dana
untuk menjalankan aktiviti-aktiviti juga menyediakan prasarana yang lebih
baik.
3. Program

Program yang dijalankan oleh pihak PIBG dan sekolah ialah :
3.1 - Program Guru Penyayang semasa Pembukaan Sekolah.
3.2 - Hari Kejohanan Sukan Tahunan sekolah acara ibubapa.
3.2 - Jualan tapak niaga sempena Kejohanan Sukan Sekolah.
3.3- Gotong-Royong Keceriaan Sekolah.
3.3 - Pembinaan tempat sanitasi tangan.
3.4 - Pembinaan tempat mencuci tangan.
3.5 - Kelengkapan bilik darjah dan keceriaan bangunan sekolah.
3.6 - Program Jalinan Mesra Tahun 6.

20

4. Sumbangan PIBG

PIBG juga membantu pihak sekolah dalam menjayakan program-
program sekolah dengan memberikan sumbangan. Antaranya ialah;

4.1 – Sumbangan murid mewakili sekolah ke peringkat daerah,
negeri dan kebangsaan.

4.2 - Sumbangan membeli kerusi meja Kelas Prasekolah.
4.3 - Sumbangan unit ICT.
4.4 - Sumbangan Program Jalinan Mesra.
4.5 - Sumbangan barang SEGAK.
4.6 - Sumbangan membeli papan kenyataan sekolah.
4.7 - Sumbagan membeli peralatan & bahan landskap sekolah.
4.8 - Sumbangan membeli banner Covid-19 sekolah.
4.9 - Sumbangan modul PdPR.
4.10– Sumbangan membina rak buku Bilik SPBT Sekolah.
4.11– Sumbangan membeli set pembesar suara di kantin sekolah.
4.12- Membeli kerusi dewan.
4.13– Sumbangan bagi Program e-Mahabbah Pend.Khas Daerah

Pasir Gudang.

Penutup
Saya bagi pihak PIBG ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Ex-Officio yang banyak memberikan pandangan dan nasihat, kepada
YDP dan NYDP yang bekerja keras memimpin persatuan, juga kepada
semua AJK 2020 / 2021 atas komitmen yang diberikan. Semoga semangat
bekerjasama ini akan diteruskan lagi demi kebaikan persatuan, sekolah
dan anak-anak. Saya menyusun jari sepuluh memohon kemaafan kiranya
ada kekurangan dan kesilapan yang dilakukan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

(MOHD FAIRUZ BIN WAHAB)
Setiausaha ,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Kota Masai 3.

21

PENYATA KEWANGAN
SK KOTA MASAI 3
1 JANUARI 2020
HINGGA
31 DISEMBER 2020

22

LAPORAN KEWANGAN PIBG SK KOTA MASAI 3
1 JANUARI 2020—31 DISEMBER 2020

BIL TARIKH BUTIRAN PENERIMAAN JUMLAH BIL TARIKH BUTIRAN PERBELANJAAN JUMLAH
(RM) (RM)

1 1/1/2020 Baki bawa ke hadapan 12,934.20 1 9/1/2020 Kutipan sumbangan PIBG PPKI 1,620.00

2 Sumbangan PIBG ( Mesyuarat 3,650.00 2 2/2/2020 Perbelanjaan jamuan hari 3,040.00
8/3/2020 Agung PIBG 2020 dan Hari sukan 6,500.00

Anugerah Cemerlang)

3 4/10/2020- Sumbangan kutipan PIBG Perbelanjaan Mesyuarat
8/10/2020 17,060.00 3 19/2/2020 Agung PIBG dan Hari

Anugerah Cemerlang

4 9/10/2020- Sumbangan kutipan PIBG 6,550.00 4 1/3/2020 Pengurusan PIBG 75.00
31/10/2020

5 1/12/2020- Sumbangan PIBG semasa 450.00 Perbelanjaan pembinaan 800.00
10/12/2020 50.00 5 14/7/2020 tempat pembersihan tangan

(Covid-19)

6 11/12/2020- Sumbangan PIBG semasa Sumbangan bagi Program
17/12/2020 6 6/8/2020 e-Mahabbah Pendidikan Khas 30.00

Daerah Pasir Gudang

7 6/9/2020 Perbelanjaan Prasekolah 1,947.50

8 22/10/2020 Perbelanjaan unit ICT 989.00

9 22/10/2020 Perbelanjaan barang SEGAK & 849.00
papan kenyataan

10 22/10/2020 Perbelanjaan peralatan & ba- 1,000.00
han landskap

11 23/10/2020 Perbelanjaan banner Covid-19 232.00

12 12/11/2020 Perbelanjaan resit PIBG 300.00

13 8/12/2020 Perbelanjaan modul PdPr 6,000.00
2,500.00
14 13/12/2020 Perbelanjaan rak buku Bilik
SPBT

15 30/12/2020 Perbelanjaan pembesar suara 640.00

Jumlah 40,694.20 Jumlah perbelanjaan 26,522.50
Baki bawa ke hadapan 14,171.70

40,694.20

Bahawa kami seperti nama di bawah mengakui semua maklumat dan jumlah yang tercatat di
atas adalah benar dan resit- resit serta penyata kewangan telah dibuat.

23

LAPORAN PEMERIKSA KIRA-KIRA
Kami telah memeriksa dan mengaudit penyata kewangan Persatuan Ibu
bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kota Masai 3 dari 1 Januari
2020 hingga 31 Disember 2020 dan didapati kira-kiranya betul. Segala
perbelanjaan berbuktikan resit pembelian. Disediakan juga buku tunai
kewangan yang menunjukkan penerimaan dan perbelanjaan yang telah
berlangsung pada 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020.
Disemak dan disahkan oleh,

24

SISIPAN
USUL

25

CADANGAN/USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-4
SK KOTA MASAI 3
TAHUN 2021

a) Responden:- 238 Orang
b) Kutipan data :- 8 /6 /2021 hingga 13 /6 /2021
c) Kutipan Sumbangan PIBG RM 50/keluarga

Bersetuju : 224 Orang (94.12%)
Tidak Bersetuju : 14 Orang (5.88%)

SISIPAN
PEMBENTANGAN USUL

A)PdPR

1. Saya lebih suke cikgu bagi latihah /kerje sekolah yg ambil di sekolah.

Pembawa Usul:Rosli bin Rohani @ Tukimin
No.Kad Pengenalan:740811-01-6609

2. Meneruskan penggunaan modul sebagai medium tambahan@latihan
disamping google classroom seperti yang telah dijalankan semasa MCO 2

- Google Meet diteruskan seperti biasa dgn meminimakan jumlah subjek serta
jam temu utk sehari bagi membantu ibubapa yang bekerja secara online
memantau perkembangan pembelajaran anak²

Pembawa Usul:Mohamad Rohaidzat bin Mohamed Rashid
No.Kad Pengenalan:810201-14-5535

3. Pembelajaran atas talian menggunakan buku aktiviti untuk latihan.

Pembawa Usul:Hasniza bt Moksin
No.Kad Pengenalan:841118-01-6494

4. Maklum balas dan penerangan lebih teperinci dari guru kelas semasa kelas
online Dan tidak hanya memberi kerja kerja sekolah untuk disiapkan.Sebahagian
penjaga tidak mampu membantu ansk-anak atas faktor usia dan tahap
pemikiran .

Pembawa Usul:Mohd Aris Bin Mat Daud
No.Kad Pengenalan:720722-06-5259

26

5. Cadagan sy la utk pdpr bt semua masuk dalam telegram..xperlu whatsapp

group byk..senang pdpr photostat kami semua dtg amek di guard sekola..telah
siap hantar semula

Pembawa Usul:Azroy bin Saim
No.Kad Pengenalan:870202-23-5051

6.PDPR - diminta kepada guru subjek berkaitan membuat video rakaman untuk
murid-murid, menerangkan tentang sesuatu subjek pelajaran dan bukan hanya
memberi kerja sekola semata-mata tanpa menerangkan kepada murid.

Pembawa Usul:Mohamad Sufian bin Mansor
No.Kad Pengenalan:820321-01-5435

7. UNTUK PDPR, JIKA BOLEH KERJA SEKOLAH MINTA CIKGU HANTAR MELALUI
WASSP/TELEGRAM KERANA JIKA MELALUI LINK GOOGLECLASSROOM KADANG-
KADANG, TAK DAPAT NAK MASUK LINK.

Pembawa Usul:Zainor bt Ithnin
No.Kad Pengenalan:860417-23-5834

8. Utk program PDPR semasa pkp, diharap cg dapat memberi task awal sedikit
dr masa sesi persekolahan utk sesi petang, contohnya cg memberi task di waktu
pagi, ini utk menggelakkan kerja PDPR berlarutan hingga ke malam.

Pembawa Usul:Nur Hidayati Ayub
No.Kad Pengenalan:840617-03-5476

9. Mohon pihak sek sediakan modul untuk pljar semasa pdpr,tidak smue ibu
bapa yg mempunyai Line internet yg bagus dirumh,dan slh satu jgk
menyediakan modul utk plja lg memudahkan ibu bapa,peljr tu tak leka utk
membuat KJ rumah yg d berikn

Pembawa Usul:Nora bt Sulaiman
No.Kad Pengenalan:800420-01-6144

10. Mohon sekolah sediakan module utk pembelajaran anak sepanjang pdpr

Pembawa Usul:Nur Suriana bt Abu Bakar
No.Kad Pengenalan:821215-01-5532

11. Bljr online dn kertas kerja sekolah guru wajib adakan dn letak di pintu pak
guard

Pembawa Usul:Norina bt Abd Karim
No.Kad Pengenalan:730322-01-5948

27

12. Saya nak cadangkan sepanjang pdpr buat kelas secara online bukan hanya
beri video dan homework shj. Sy sebagai ibu bapa tekontang kanting nk ajar
anak kat rumah.. kalau boleh buat jadual ikut subjek dan buat kelas online
secara googlemate/zoom utk ank2... Mcm dlm kelas... Sekian tu jer cadangan sy.

Pembawa Usul:Nur Farahin Bt Maslan
No.Kad Pengenalan:881207-23-5492

13. Adakah bahasa arab penting? Ramai yang tidak tahu bahasa arab, dan
sukar untuk mengajar anak bahasa tersebut.

Pembawa Usul:Theinsheila a/p Narayanaswami
No.Kad Pengenalan:891127-01-5958

14. Sepanjang pdpr , cikgu2 bm,bi,mate,sains.. Buat la google meet ke ape ke utk
penerangan matapelajaran . Jangan la bg video dr u tube je ,pastu da ... bg
homework . Kalau x phm , jenuh parents nk explain . kami ni bukannya pandai
sgt . kalau google meet tu senang sikit .. Murid x phm bole terus tanya .

Pembawa Usul:Siti Nor Aishah Bt Zainal
No.Kad Pengenalan:861214-23-5804

15. PDPR menggunakan sistem modul yang pernah digunakan sebelum ini.Modul
dihantar setiap minggu dan ditanda oleh guru.Guru menggunakan medium
video untuk mengajar subjek tertentu supaya anak murid boleh ulang siar
rakaman video tersebut.

Pembawa Usul:Mohammed Redzuan Bin Abdol Motalib
No.Kad Pengenalan:801022-01-5685

16. Untuk melaksanakan pdpr secara atas talian (Live bersama cikgu) atau ada

video yg dirakam utk subjek yg ‘critical‘(maths, english, science, pendidikan
Islam), dan mengurangkan subjek bukan core (Eg: pendidikan seni).

- Untuk menyediakn handsout utk pdpr. Ibu bapa boleh bayar utk kos handsout
atau menggunakan budget PIBG.

Pembawa Usul:Mohd Hazzar Bin Johari
No.Kad Pengenalan:861104-23-5723

17. Buat Kelas dalam bentuk Google Meet

Pembawa Usul:Noor Iswandi Bin Salman
No.Kad Pengenalan:850118-01-5613

18. MENCETAK BAHAN PELAJARAN UNTUK PDPR

Pembawa Usul:Serolind Anak Nuek 28
No.Kad Pengenalan:890415-13-5044

B)Tempat Meletak Kenderaan

1. Sekiranya boleh jangan benarkan bas kilang atau lori treler parking didalam
kawasan menunggu berhampiran sekolah, kerana ia menganggu penglihatan
ibubapa semasa mengambil dan menurunkan anak2. Diharapkan pihak
berwajib mengambil tindakan, terima kasih.

Pembawa Usul:Norsuraya Bt Mokhtar
No.Kad Pengenalan:810704-01-6508

C)Jadual Waktu

1.Penyelarasan jadual waktu. Ini kerana beg anak2 terlalu berat sekiranya dalam 1
hari terdapat lebih dari 5 matapelajaran. Diharap guru dapat pertimbangkan.

Pembawa Usul:Nadirah Bt Noraini
No.Kad Pengenalan:871115-23-5170

2.Minta tolong kurangkan subjek pembelajaran dalam 1 hari kesian anak-anak
terpaksa bawa buku teks lagi dan aktiviti dan buku tulis ikut jadual. Walaupun ada
yang sebelum ni dah maklum jadual baru ada pengurangan subjek mata pelajaran
tapi kami tetap rasa sama tiada perubahan. Anak still lg merungut berat bawa beg
ke sekolah sampaikan anak saya terpaksa beli beg yang lain kerana beg
sebelum ini sudah terputus tali. 2 orang anak saya terpaksa beli beg lain.
Tak mampu nak ditanggung berat barang di dalam.

Pembawa Usul:Nurul Farhana Bt Mat Zin
No.Kad Pengenalan:881014-11-5662

D)Baiki Lampu

1. Saya berharap pihak sekolah dapat membaiki lampu di dalam tandas. Anak
saya selalu beritahu tandas gelap dan dia takut nak pergi tandas seorang.
lagipun saya paham kadang-kadang guru tidak izinkan anak2 pergi ke tandas
berteman.

Pembawa Usul:Siti Nur Ain Bt Sheikh Hishamuddin
No.Kad Pengenalan:891127-01-5958

E)Bayaran PIBG

1. BAYARAN SUMBANGAN PIBG RM 50 DIBAYAR SETAHUN SEKALI ATA PER
BULAN?

Pembawa Usul:Azuani Bt Mohamed Yazid
No.Kad Pengenalan:860904-23-6228

29

2. Mengapa PIBG terlalu mahal.
Pembawa Usul:Nur Sashrina Bt Hashim
No.Kad Pengenalan:840121-01-5260
E)Pakaian Pemimpin Muda

1. Untuk mengekalkan pakaian seragam untuk pemimpin muda(imam muda,
pengawas, pengawas pusat sumber, etc) dan juga tali leher dan tidak menukar
setiap tahun. Contoh 2020,Imam Muda memakai jaket coklat, 2021,kemeja
coklat.

Pembawa Usul:Mohd Hazzar Bin Johari
No.Kad Pengenalan:861104-23-5723
F)Rak Simpanan Buku
1.Untuk menyediakan kabinet simpanan buku teks. Pelajar perlu beratur dan perlu
berjalan jauh untuk sampai ke bustop.
Pembawa Usul:Mohd Hazzar Bin Johari
No.Kad Pengenalan:861104-23-5723

30

Mutiara kata

1. Anak-anak menginginkan waktumu lebih dari segalanya. Bermainlah bersama
mereka, ajari mereka, dan sayangi mereka. Kerana mereka adalah amanah
dari Tuhanmu.

2. Tidak ada pemberian yang lebih utama dari orangtua kepada anaknya,
selain daripada akhlak yang mulia.

3. Kita selalu memikirkan “Apa yang akan terjadi pada anak-anakku setelah aku
meninggal”, tapi mestinya kita juga harus benar-benar memikirkan “Apa yang
akan terjadi pada anak-anakku setelah mereka meninggal”.

4. Cara terbaik untuk mendidik anak adalah melalui kepribadian terbaik dari
orangtua. Kerana anak akan mencontohi banyak hal dari orang tuanya.

5. Semua anak adalah baik. Keranaa Allah telah mencipta di dalam dirinya
fitrah yang lurus.

6. “Cubalah untuk tidak menjadi orang sukses, melainkan mencoba menjadi
orang yang berharga.” - Albert Einstein.

7. “Jangan takut untuk membuat sebuah kesalahan. Tapi, pastikan kamu tidak
melakukan kesalahan yang sama dua kali.” - Akio Morit.

8. “Bersyukurlah atas apa yang kamu miliki; kamu akan berakhir dengan memiliki
lebih banyak. Jika kamu berkonsentrasi pada apa yang tidak kamu miliki, kamu
tidak akan pernah merasa cukup.” - Oprah Winfrey.

9. “Seorang juara hanyalah seseorang yang tidak menyerah saat menginginkan
nya.” - Tom Landry.

10. “Meraih kejayaan besar adalah bukti bagi semua orang lain bahwa boleh
mencapainya juga.” - Abraham Lincoln.

11. "Teruslah tersenyum, kerana hidup itu indah dan ada banyak hal yang boleh
disyukuri." - Marilyn Monroe.

12. “Mencintai anak tidaklah cukup, yang terpenting adalah anak-anak me-
nyedari bahwa mereka dicintai orangtuanya.” - St. John Bosco.

13. Jangan paksa anakmu untuk menjadi seperti dirimu, kerana mereka tidak
terlahir di zamanmu. – Ali bin Abi Thalib

31

PENGHARGAAN

Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pengelola
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-4 SK Kota Masai 3
Merakamkan jutaan terima kasih dan pernghargaan

kepada

Guru Besar SK Kota Masai 3,

Yang Dipertua PIBG ,

Naib yang Dipertua PIBG,

Ahli jawatankuasa PIBG,

Guru-guru Penolong Kanan SK Kota Masai 3,

Para ibu bapa,

Semua guru dan staf sokongan SK Kota Masai 3,

Serta semua pihak,
yang memberikan sumbangan tenaga ,material dan moral,

demi menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-4 ini.

Terbang selisih si burung kedidi,
Terbang rapat di waktu pagi.
Terima kasih daun keladi,
Semoga dapat berjumpa lagi.

32


Click to View FlipBook Version